Sunday, May 23, 2010

Malas Update Blog



Hai semua...
mama adik malas update blog..
mood dia pegi mana tah..
katanya takder mood,
tp cube-cube babah adik ajak dia pegi ke Kedai Romantika ke... kedai KK ka.. Kedai Perabot ka.. mau terus mood dia mai... ape daaaa mama ni..

Mama kata dia nak stop nulih blog, dan blog ni akan dikatup sikit hari lagi.. adik tatau apsal... betoi ke dak adik tak tau.. mama kata bosan, entahlah mama tu.. ni cekak rambut adik, mama baru beli, cantik tak?? adik suka...

okalh bye auntie..nanti adik paksa mama suruh update blog kalau mama ada mood dah.. tak hape je mama ni..

Thursday, May 20, 2010

Tak der mood


Kalau anda rasa gembira tepuk tangan...
kalau anda rasa gembira hentak kaki..
kalau anda rasa nak marah, meh hentak ngan lesung batu leh?

baru lepas nak marah orang pastu rasa nak marah orang lain pulak
dah abeh rasa nak marah orang lain, nak marah orang lain lagi.

Berapa ramai orang nak marah ni??

ermm tak baik memarah orang.. emak saya kata "Biaq orang nak buat apa kat kita, kita jangan buat tak baik kat orang, Allah Maha Adil, DIA tau mana betoi mana salah,"

tengkiu mak, saya pegang kata-kata tu.

jadi saya adalah seorang yang happy... don't try at me ok, ai tak suka meroyan gado-gado.. I am cool.. tak best la gado-gado dan sentap-sentap, macam bebudak je.. sebagai acik rock, gua tak amek port la beb.

Okeh tata.. saya suka jadi diri saya, saya tak suka jadi orang lain.

babaiiii

Wednesday, May 19, 2010

Cake..cake..cake...


Malas la nak update blog
pening kepala, sebab sudah belasah nescafe yang jahat itu semalam.

Pastu macam malas nak keja sebab saket kepala..
buat kerja sambil sakit kepala tak best. tapi kalau tak buat saper nak buat pulak? Kasi tengok cake je la

Just to share last month punya cake saya bikin, kenapa saya nak letak pic ni? sebab panduan untuk beginner pembuat kek gila awat beginner tu, macam sapinat dah terrer, citttt ishkk dak la saya kata saya terrer, tapi dalam seminggu mesti satu dua email dari pembaca-pembaca blog ni bertanya saya soalan-soalan berkaitan kek, dari resepi kek, cemana nak baut krim la, nozel la, oven la, ada je beberapa soalan kan. So saya share pic ni sebagai panduan kepada pembuat kek.. sekiranya ada terlupa beli cake board yang sesuai dengan size cake, dan hanya size yg beso je ada dalam stok, so guna je apa ada, dun be tak berapa cerdik, naik keter pegi kedai beli, kalau kedai tu takat sebatang rokok tak abeh hisap tak per la. tapi kalau jarak kedai tu berbelas batang baru abeh hisap rokok baru nak sampai, korang kena pikir, kos perjalanan tu, minyak, kalau ada tok kena tol, semata-mata nak beli cake board yang rega tak sampai 2 ringgit sekeping tu. Sebagai peniaga, think smart.

Ni kes cake saya diorder oleh my very-very regular customer, Cida, dia mintak kek 4 segi, about 9inci, setelah bako kek bagai, baru ku perasan cake board size dalam 11@12 takder, yang ada cuma cake board size 14 ke 15inci, ni. So be creative.. ko taram le lukis haper pun tak tepi tu, pastu sy sms cida tanya nak tulis ape-ape tak kat cake board tu, sekalik hambek ko, makcik ni suruh tulis panjang sedepa. hehehe tanya lagik...

Dan idea ini end up cida suka tergedik-gedik.. matilah suka suki kata bini orang gedik..ampun Cida






Saya pernah tengok ada seorang pembuat cake yang baru berjinak dengan arena ini arena katanya tuuuu dia buat wedding cake, cakenya nampak janggal, kerana cake board lebih besar dari cake tu, pulak tu tingkat pertama dan tingkat ke2 kek, cake board sama beso, dan paling silap ialah cake board tu satu kaler gold dan satu kaler silver. Ermmm kalau saya, saya akan cover semua cake board tu sampai tak nampak alas cake board tu dengan segala idea yang ada, kekadang bila buat kek ni, customer ni macam kerenah tau, paling mencabar bagi saya ialah bila cutomer minta tema kaler hijau putih.. huwaaa nak buat bunga hijau?? daun hijau??? cemana tu

Tapi try je la.. dan ini hasilnya, pada mata saya, kombinasi hijau putih ni menarik, tetapi tidak untuk cake atau cupcakes...sorry just my 2 kupang.




Dan lagi...kalau kekadang customer meminta warna-warna yang kita rasa tak berapa match, boleh bg idea kita, bincang dulu, tentang warna, jangan nanti bila menjadi, ekk tu tak menarik, contoh, kalau customer mintak kaler oren dan warna brown/coklat. Kurang menyerlah kan? cube bagi idea, boleh tak tambah warna cream/kuning/putih, utk balancekan balik dua warna tu. bagitau customer, kalau dua kaler tu nanti kurang menyerlah, dan hasilkan kek tu tak menarik, percayalah, diaorang akan ikut kalau inginkan kek mereka lawa.

Erkkk dalam saket pale pun boleh meraban panjang berjela..sapinat..sapinat... nanti-nanti saya share pasai oven dan temparature sesuai untuk bako kek ni.. sabooo ek... erkk nanti tu bile tatau ek..boleh jadi minggu depan.. bulan depan, tahun depan...ahhahah tiada kepastian..

Tuesday, May 18, 2010

Nescafe itu jahat.. Tapi Coney Dog itu baik


Nengok tajuk kat atas tu kan.. saya tak salahkan diri saya langsung... tapi nescafe itu jahat sungguh. Aroma dia harum untuk dihidu, manakala kesedapan adalah sedap untuk dihirup. Itu nescafe bikin gue punya hati panas... hari-hari mau nescafe. Ini adalah ketagihan baru. Benci. Dulu saya memang kureng dengan nescafe ni sebab buat saya sakit kepala, tapi seminggu dua, ni saya minum cam ok je tader apa-apa, pening pun tadak, mungkin badan saya sudah pandai berjinak-jinak dengan caffein. Eh caffien pun ada caffien baik tau..tak caya tengok kandungan kimia dalam ubat migrai, ada mengandung caffein tau.. Masa saya bersalin, ada patient beranak sakit kepala sangat, doktor suruh dia minum kopi pekat atau minum coke untuk cafein bantu kurangkan sakit kepala. Tak tau le kot doktor tu propa.

Tapi dua kali beranak, dua kali dua doktor kabo, doktor kat spital besar GH, dan doktor kat spital Putrajaya pun kabo. Tapi saya tidak minum selepas bersalin ye, sebab syukur Alhamdulillah saya tak sakit kepala teruk, lite-lite je. Masa Najmi la, masa Alesya ok je saya, mungkin bisu sikit, masa Najmi terketar takut, jadi sampai dua kali bius, tu kesan dia kuat beno. Tu diaaa dari topik nescafe masuk topik beranak, muhibbah sungguh entry-entry kat blog ni kan??

NI pic hiasan nescafe dari pakcik google ye. Nescafe ni sedap tak kira sejuk atau panas. Tp kat ofis saya prefer sejuk punya, kalau panas punay version kena bikin sendiri, takut tak sedap, hok sejuk ni konon nak kurangkan efek caffein tu. kononnya la..



Okeh, semalam adalah sangat hujan di Putrajaya. Sepatutnya saya adalah pergi ke Pasar Tani yang tidak menjual produk pertanian itu. Ya sile percaya, Pasar Tani putrajaya adalah menjual produk pertanian seperti cadar, mop ajaib, tilam kekabu, kain baju usah ceritalah, dan paling hebat kadang-kadang mereka juga jual kerete cap proton, kereta cap produa wah pertanian apakah itu? ok saya mesti ke Pasar Tani kerana perlu juga membeli ikan dan bahan memasak yang berkurangan itu.

So sedari tengahari saya tidak memakan lunch, saya cuma sarapan bihun goreng je pagi tu, tengahari saya cuma minum nescafe ais dan kunyah buah betik sepotong, adalah semata-mata kerana saya mahu membeli laksa tanpa belacan pak cik dari Pendang yang sedap itu, juga terbayang di mata ialah apam balik jagung lebey, untuk menternak lemak di badan. Jadi petang itu adalah sangat lapar buat saya. Tetiba hujan lebat adalah mematikan segala-galanya. Apabila hujan adalah sininom kita mesti kata diri kita lapar, itu adalah satu penyakit keturunan. juga sile percaya. Kerana tok kita, emak kita dulu asal hujan mesti nak goreng cucoq ikan bilis la..cucoq udang kering ka, koman-koman pun buat cucuq kembong cuma tepung+air dan sedikit gula (cicah dengan kari) Jadi jangan salahkan diri kita bila hujan kita sebut lapar ye tuan-tuan dan puan-puan. Ia adalah penyakit keturunan. Dan juga hujan juga jangan dipersalahkan, kerana hujan itu tidak bersalah apa-apa.

Jadi apabila saya lapar, tetiba rasa nak bertukar menjada raksasa gorgon, agar saya boleh kunyah pokok besar kat tempat parking ini, tapi saya sedar diri, saya manusia biasa, mesti mencari makanan. Dari rancangan nak ke pasar tani, saya terpaksa menerima hakikat bahawa ke Alamanda adalah yang terbaek. Maka saya menuju ke Alamanda dalam hujan lebat. Di sana saya membeli ikan kerisi, ikan sardin sos cili thai cap life, beli sosej, daging kisar. Adalah terbayang di mata ingin membuat coney dog. So saya juga merembat sebentuk salad bulat, adakah itu dibenarkan? sebentuk salad? ermm harap ok, manusia boleh menerima perumpaan saya itu.

Pulang ke rumah, tetiba masuk je rumah terbau gorengan seperti kodok bilis sudah digoreng, rupanya bibik saya yang rajin itu sudah siapkan minum petang, jadi ape lagi perut lapar, terus ngap..ngap. maka coney dog itu adalah menjadi sarapan pagi, bekalan saya, bekalan si abang dan bekalan pakcik gebu ke opis. Inilah Coney Dog Versi Mak Pnut. Resepi pernah diberi rasanya,tetapi cari balik tak jumpe, maka saya boh sekali lagi resepi, ianya mudah banget untuk disediakan, kiranya memalam dah boleh prepare inti daging tu, esoknya cuma bako sosej sajork.



Coney Dog Sempoi
1 bungkus daging kisar
2 ulas bawang putih
sebiji bawang beso, (potong dadu)
Separuh kiub ayam meggi (tak boh pun taper aiiihhhh)
satu suduh teh serbuk lada hitam (best guna hok kasar-kasar sikit
satu suduh teh serbuk lada sulah
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram

Caranya
*Tumis bawang putih dan sedikit bawang beso dadu tu
(separuh lagi masukkan masa dekat nak masak)
*masuk sikit air, sos tiram, lada hitam dan lada sulah dan kiub ayam
*masak kejap sampai naik minyak sikit
*pastu masukkan daging kisar, masak sampai agak kering,
*last masukkan segala neka sos tadi. pastu letak baki bawang potong dadu tadi..

siap..

pastu bako sosej, belah roti kat tengah-tengah, boh la salad, letak sosej dan tabur daing kisar tadi, then picitkan sos lada hitam, sos cili dan mayonis. (saya masukkan dalam piping beng je)

Siappp makan le...

*tips-salad tu kalo boleh basuh malam tu, dan simpan dlm peti ais, jadi esoknya air dia dah kering

sempoi ni, kalau korang tak mo buat, sile mengaku korang memang pemalas.. hahahahaha jangan mare...

tata...

Monday, May 17, 2010

Anugerah Terindah kami


Rantai hilang boleh berganti, macam si abang dan pengomen di entry lepas kata, syukurlah Alesya tidak diapa-apakan..

Anak wedok saya.. (anak wedok = anak dara/gadis-bahasa jawa tu kan?? ehehe saya belajar dari bibik)


Rantai kaki yang hilang itu..kenangan suda..Syukur anak manja saya ni selamat tidak diapa-apakan.

Cakap pasai budak kecik ni kan?? humang aiii dia memang manja, sementelah semua orang tumpukan perhatian kat dia, bibik,babah, mama, abang dan along (anak sedara hubby yang ada kat rumah sekarang) kerenah dia, aduhh kekadang pening, asal saya duduk je kat kerusi meja makan, kompeemmm dia pun akan meleseh nak duduk atas riba. sampai kekadang kalau tengahari time saya balik kejap hantar si abang tu, saya makan pun sambil berdiri, eheheh asal dia nampak saya duduk, kompem dia nak riba, abeh cemana saya nak makan cepat-cepat, nak layan peel dia lagi.

Merajuk??? huuh usah cakap le.. kuat bebeno ikut sapa la gamaknya. Cuma satu saya notice, manja-manja dia pun, dia cukup kuat, kena cucuk jarang demam, pastu kalau takat terhantuk kepala, tersepit jari kat celah kusi je, jatuh lite-lite tu, jarang dia menangis, semalam dia belakang pintu, saya tak sedar, saya bukak pintu gedebuk dia jatuh dan kaki tersepit bawah pintu, saya yang cuak, dia cuma aduhhh aduhhh ssssssssssstttttt akitttt.. tapi tak nangis.. adik-adik saya pun cakap, alesya ni sakit sikit-sikit tak nanges pun, kuat betul. Yeee dia memang kuat..

Pada yang baru ikut blog ni, mungkin tidak tahu, Alesya is a prem baby dilahirkan pada usia kandungan 30 minggu, dengan berat 1kg, air mata saja mengiringi dia setiap kali saya melawat dia di NICU (sile klik kalau nak tau kesahnya) kami pernah dikhabarkan cuma berdoa sahaja untuk anak ini, kerana sering berada didalam keadaan "kritikal tapi stabil" kata doktor. Tetapi dia cukup kuat semangat, dia cukup tabah lalui semua itu, sedari hari pertama dia dilahirkan lagi, dia sudah lali kena cucuk sana sini, kena ambil darah sana sini, paras hemoglobin menurun la.. kurang darah la..dan segala komplikasi yang menyebabkan lena saya tidak pernah nyenyak setiap malam, cuma selepas lebih sebulan berlalu barulah hati tenang sedikit, dan dia semakin sihat. opsss luahan ni patut saya simpan pada enrty birthday Alesya nanti, ehehe tapi dah tertaip pulok. Tapi itulah anak 'ajaib' diberikan Allah kepada kami.

Setelah dia melalui semua itu, saya sering merasakan dia perlukan seluruh kasih sayang kami, tidak boleh tidak, kerana hadir dia membawa satu kebahagiaan yang tidak mampu saya nilaikan macam mana. Itu sebab apabila melihat dia keriangan tergedik-gedik menari-nari apabila menonton Dibo, menonton Mickey Mouse, tonton Pocoyo, dan mrah-marah apabila dia minta buka BIBO..BIBO..BIBO.. (Dibo) tetapi tiada rancangan Dibo di tv, dia marah-marah sangat, bagi dia semua kartun itu adalah Dibo.. hahaha dia sangat cute duduk berjuntai kaki di kerusi dan goyang-goyangkan kaki dia. Tatkala di puji dia akan malu-malu berlari sembunyi dibelakang pintu, atau sembunyi belakang sesiapa sahaja berdekatan dia, atau kalau di dukung dia akan tarik-tarik tudung saya bila dia malu. Dia membuatkan saya selalu nak cepat balik rumah mencium dia, mendukung dia, dan melayan dia menonton TV, dia mengajar saya mengenali Dibo, Handy Manny, Pocoyo, Postman Pats, dan ape lagi la.. yang tidak pernah saya tau sebelum ini. Si abang sudah 9 tahun, tak main beb nengok kartun, member layan HBO saja sekarang.

Sumpah kengkawan, dia anugerah terindah buat kami, selain si abang yang baik itu. Ops si abang ni ada kalanya nakal macam budak lain juga, serius memang menyesak jiwa, tapi part lain banyak dia mendamaikan jiwa sebenarnya. Saya doakan adik-adik, kawan-kawan, kakak-kakak yang membaca blog ini, yang belum punya rezeki nak ada anak sendiri, saya doakan kalian akan diberi peluang untuk merasai nikmat yang saya ceritakan ini. Saya doakan untuk kalian diberi peluang untuk menimang anak sendiri, atau pun anak angkat. Betapa kasih sayang itu amat indah sekali.

Sunday, May 16, 2010

Si adik kehilangan rantai kaki yang comel


Gambar Hiasan Si Abang dan adik..



Seperti Semalaya tahu kan, kat Putrajaya ada Jom Heboh + Karnival Belia kan? dari hari Jumaat-Ahad. So hari Ahad petang tu, dah pukul 6 lebih dah, kami pun pegi juga jengah ke sana, pak cik gebu bukan nak pegi sangat, tapi saya gedik merajuk lite-lite nak juga pegi... erkk sebenarnya kan babah, mama nak tengok crowd cemana, sebabnya ada kawan emailkan brosur tentang gerai-gerai untuk disewa kat sini beberapa minggu sebelum karnival ni berlangsung. Sewanya sekitara RM1,800-2,800 ikut tapak le.. so saya nak tengok crowd cemana, so next year kalau ada lagi, boleh join. BIla tengok crowd mmg berbaloi la sewa tu, sebab memang ramai gilos, tak kena gaya, sehari berniaga dah balik modal.

Tapikannn ada kesah sedih berlaku.. masa turun dari kereta, bibik ada tanya saya, tak nak bukak ke rantai leher, rantai kaki dan rantai tangan ALesya, ermm saya fikir tak apa-apa, so biar aje la.. ermm sekali benda nak jadi..takdir tuhan rantai kaki Alesya hilang, tak tau samaada dicuri atau terjatuh. Naluri saya kata ia dicuri, sebab bibik perasan, masa kami beli air, sedikit berasak, kaki adik bagai disentap-sentap... tp bibik tak fikir yang rantai kaki tu. Sekali lepas babah selesai solat maghrib babah tego, mana rantai kaki?? huwaaa dah hilang??? sedih sangat, terus tader mood, terus balik, sebab down giler.. itu rantai kaki asalnya babah belikan, kemudian terputus, saya nak repair, TOMEI kata tak leh repair, so saya tukar yang tu amek yang baru, comel.. ada loket comel-comel bentuk teddy bear bergantung-gantung.. cute sangat, dan ada loceng yang memaklumkan kami pergerakan dia, samada dia bergerak ke dapur... atau ada dimana, bunyi tu sudah tidak didengari lagi.

Semalam pulang je dari Jom Heboh tu, saya terus tader mood sampai kat rumah, nak siapkan tempahan cupcakes pun surammmm je..sampailah Najmi keluarkan kata-kata ni pada saya

"Mama, uztazah kita cakap, kalau kita hilang benda semua tu sudah takdir dari sebelum kita lahir lagi, Mama, rantai kaki adik tu, kalau mama ada duit nanti mama boleh beli lain kan? mama bayangkan kalau adik yang hilang, mana mama nak ganti, adik tu bukan ada dijual kat mana-mana? cube mama bayangkan emak yang anak dia hilang? sabar la mama, " uhuhu sebak dengar dia cakap ni, dia sudah matang, suatu ketika dahulu masa dia kecik, dia pernah ajak saya pegi TESCO belikan dia adik. uhuhu dia ingat adik dia ada jugal kat TESCO, tapi sekarang dia sudah tahu bahawah adik nya tiada jual di mana-mana.. saya pernah tulis ni kat blog, tapi cari balik tak jumpe pulak.

Aduhhhhh kena sebiji acik sapinat dengan budak umur 9 tahun. Terus saya tersentap dan tergamam?? Ya Allah tak leh bayangkan kalau anak-anak takder cemana?? Boleh gila saya. Betul kata si Abang, benda yang hilang tu sekumit harga saja, mereka anak-anak lah yang amat bernilai dan berharga, Zar kata, barang kemas yang hilang tu daki harta dunia je, anak-anak tu lah harta ktia sebenar-benarnya.

Dulu masa saya lahirkan si Abang, semasa berada di NICU, dia dilahirkan dengan berat 1.2kg kan, so kena duk NICU lama, 42 hari, sorang kakak ni kata pada saya, anak sulung dia lahir prem juga, 30 minggu, berat 1kg, tetapi amat matang berbanding dengan anak-anak sedara dia. Pemikiran dia ada kalanya matang tak padan usia. Ya mungkin benar.. saya merasainya. Si Abang ni memang la peel dia tetap budak-budak, ye la 9 tahun pun kan, tetapi ada kalanya kata-kata dia tu menyentuh jiwa dan tak terfikir akan keluar dari mulut dia. Kalau ada kawan saya kata, jarak usia anak pertama dan kedua jauh, membuatkan anak sulung cemburu pada adik dia, tetapi tidak pada si Abang, dia suka beralah dan sangat sayang adik dia, bangun tido pagi-pagi kalau hari minggu, dia akan cari adik dia dulu, kalau adik masih tido, dia akan pegi tido peluk-peluk adik, kalau adik dah jaga, dia akan ajak adik masuk bilik dan main-main dalam bilik gelak-gelak.

Kalau makan minum pun pandai beralah untuk adik, dan simpankan untuk adik. Kalau di sekolah ada kawan dia besday, bagi apa-apa jajan, dia akan simpan bawa balik untuk adik dia, atau kalau ada lebih jajan tu, dia siap cakap kat kawan, leh aku amek untuk adik aku satu?? Duit raya dia, kalau dia rasa duit adik lagi sikit, dia mintak bagikan duit raya dia kat adik, kesian adik, tak banyak duit kata dia. Masa dia bersunat hari tu pun masa kami buat kenduri, memang banyak dia dapat duit, dia sanggup pulak bagi juga duit kat adik dia. Kalau nak beli baju pun dia cakap, kalau dia tak mau, dah banyak baju, beli untuk adik je la.

Terima kasih abang kerana jadi abang yang baik. Sebagai emak, kekadang memang tercabar dengan peel dia, tetapi kekadang dia amat menyenangkan hati. Gitulah ragam anak-anak. Dia

Thursday, May 13, 2010

Ibu itu sanggup buat apa saja..


Satu kesah..

Hari Rabu-Rabu ialah Hari Ko Korikulum sekolah si abang, so kebiasaannya tengahari saya akan pegi sekolah dia, belikan nasi bungkus lauk seperti dia rekues pagi-pagi, biasanya ikan keli, kuah kari + sayur, atau ayam goreng (peha), kuah kari dan sayur, beli air dan akan hantar pada dia, saya akan ambil beg sekolah dia, simpan dalam kereta, dan dia akan akan ambil beg korikulum dia dalam kereta. dan saya akan balik opis, dan jemput dia semula jam 4.30ptg lps kerja.

Rabu lepas, Ernie, P.A boss saya call suruh attend majlis kesyukuran oleh pak menteri saya, yang baru lepas operation, dan Ernie kata saya kena hadir, saya cakap tak mau pegi, tapi dengar bos saya sound kat belakang "Ini arahan, bukan siapa nak pegi ke tanak pegi'" sekalikkk bos gue dengar daaaaa.. hiks, Ernie kata, saya kena duk meja VIP lagi. kelas...lunch dengan Dato' dan Tan Sri katanya?? ko ada noks?? meks ada... ok berlagak disitu

Jadinya jam 12.00 saya keluar kejap, belikan makanan buat abang, pegi sekolah dia dan hantar makanan dan pesan tengahari saya tak datang, saya ada meeting. dia kata ok, idak pulok dia kabo ada benda dalam keter dia nak..ok cool.

Tengah saya kontrol ayu makan sopan-sopan tengahari tu, henpon saya blink-blik, incoming call, dari Sekolah si abang, cuak beb.. bila angkat, dia yang call, tu dia sampai pegi opis minta call emak. sabau je aku.. Rupanya dia minta saya hantarkan beg buku log ko kurikulum dia, dia nak guna katanya. Huiii apekahhh?? emaknya sedang bersosial dengan Dato-Dato Tan Sri Tan Sri nih.. So saya cakap kat dia, "mama tak boleh pegi, mama tengah miting ni, kang boss mama marah" Pastu dengan sayu dia cakap "alaa mama, kita nak buku tu, nanti kita kena marah," Saya cakap tak boleh, pastu dia cakap, ermm taper la..slow je nada dia. Pastu emak dia makan pun tak lalu dah, mengenang mesti dia nak sangat buku tu dan pulak dia masuk kadet, kang mau anak aku kena denda ke apa.. Bantut selera nak ratah ikan bako, terus minta diri dengan the VIPs, bagitau saya kena pegi sekolah anak. boleh gitu???

Sampai je kat sekolah, saya berhenti je keter dari jauh nampak dia monyok je cam sedih, tapi terpandang je keter saya, terus dia berlari-lari sengih.. happy gile.. huiii walaupun dia tidak sekacak mana, tapi hati saya cair.. mengenang saya beri dia satu kegembiraan. Bertalu-talu dia cakap terima kasih dengan penuh ikhlas dan berkai dia kata tak sangka saya sanggup hantarkan buku dia, kita tak percaya mama datang, kita lega... kita itu..kita ni, siap kiss-kiss lagi... huiiiii sebagai emak yang sentiasa over, meks emosi occay.

Perkara kecil yang kita buat pun boleh terharu-haru dan feeling gembira, walaupun terpaksa meninggalkan majlis rasmi, berkejar pegi kat dia, tapi kegembiraan dia tu menjadikan semuanya berbaloi...

Tunggu anak-anak kamu beso sikit, emosi ini akan kamu rasai..

Oh ya, Hari Ibu yang lepas, saya tak wish pun hari ibu kan?? maklumlah berpoya-poya..tapi untuk semua Ibu, anda adalah hebat...

sekian terima kasih atas masa anda membaca ini. Saya sayang anda.

moh turun putrajaya weekend ni ada big event, karnival belia, katanya ada peluang kerja, dan banyak maklumat untuk belia.. moh turun moh...

Untuk CIkgu- SELAMAT HARI GURU untuk anda... 16 Mei kan?? tapi confuse kejap, sbb hotfm ni dok wish-wish hari guru, ke aku konpuse hari ni ke???
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino