Friday, October 29, 2004

Tension cepat tua?


Sejak member aku cuti bersalin kat office ni...

aku tension je memanjang, kalau sepanjang tahun aku tension macam ni mau aku nampak 7-8 tahun tua dari usia aku...sabooo



Pagi tadi ada perhimpunan bulanan kat office kami, ada sessi memperkenalkan diri oleh staff baru lapor diri ke jabatan kami. Ada 3 pegawai sains dan 6 orang kerani. 5 dari kerani-kerani itu, muda-muda belia, dan lancar berbahasa Inggeris semasa memperkenalkan diri, (office aku kena cakap omputih masa perhimpunan) aku risik-risik rupanya semua budak-budak ada diploma, minta keja gomen jadi kerani, katanya kalau minta pakai diploma mesti tak dapat. (sama macam kes Yadziz)



Patutlah laju je cakap omputih. Ada sorang kerani perempuan ni umur 19 tahun, aku bisik kat member sebelah aku, "I was 19, last 10 years, and now i feel how old am I," dia gelak...aku sudah tinggal usia 19 tahun 10 tahun yang lepas, cepatnya masa berlalu....



Najmi pun tahun depan 4 tahun, lagi 3 tahun dia akan masuk darjah 1. Tiga tahun nak tunggu rasa macam lama, tapi bila sudah tiba masanya kita akan terasa cepatnya masa berlalu...



10 tahun yang lepas aku baru habis STPM. Kerja kerani sementara tunggu result, sempat aku ada skandal dengan sorang officer cina kat kilang tu. Ampehla...bila aku kenang balik, jiwang nak mampos apek tu. Hensem memang hensem, masa tu body aku masih lagi saiz L belum XXXL lagi. Aku selalu tumpang kereta apek bila balik kerja, bila setiap hari tumpang kereta dia, lama-lama kami rapat, masa tu apek cina ni baru frust ngan girlfriend dia. Aku konon-konon kasi semangat, lama-lama dia mula bagi bunga pulak, chehh sebelum aku kena halau dengan abah aku aku pun tak tumpang lagi kereta dia, kemudian nasib baik dia pun tukar kerja.



10 tahun lepas juga aku masih tercari-cari apalah aku nak jadi nanti, lepas dapat result, belek buku UPU, isi borang ITM. Minat kursus lain, minta kursus lain, dapat pulak kursus lain. Tapi syukurlah, kalau aku pilih kursus yang aku minat dulu, entah-entah aku duduk rumah jaga anak je kot.



10 tahun lepas aku masih lagi dengan kasut converse ada bintang kaler merah tu, (macam Kurt Cobain pakai) dengan baju kotak-kotak...ye lah layan Nirvana, oo kalau bukak kaset jer, Nirvana dan GnR, aku paling suka lagu, The Man Who Sold the World dan lagu Patience dari GnR. Lagu tu betul-betul beri makna pada aku...



10 tahun lepas aku suka merambu dengan adik angkat aku Mimi, asal petang ke aku amik motor abah, pi rumah Mimi dan kami merayap. Pergi City Point (masa tu shopping Complex tu lah paling top kat SP) kalau tak der sen, kami lepak atas bukit tepi padang sambil usha mamat-mamat hensem main bola dari atas bukit.



Mimi ada sorang kakak (andalusia) dia juga bebel pada kami, bila dia tanya mana kami pi mimi selalu jawab, " Nak pi hisap dadahlah, semalam hisap ganja...esok nak main judi," kah..kah..brutalnya kami masa tu, alahh bukan kakak mimi tu tak tau kami lepak tepi padang tu jer. Saja nak tanya..



Kalau boring kami pi kebun ayah Mimi belakang rumah dia, kat situ ada pokok ubi kayu, betik, dan pokok apa tah lagi tak ingat, kami buat garam belacan (org kedah kata) dan kami cicah lah buah betik ka, pelam kat kebun best sangat...duduk atas pelantar, dan betul-betul belakang kebun tu ada jalan keretapi, bila keretapi penumpang lalu, kami lambai-lambai macam budak kecik, padahal masa tu yang boleh beranak pinak.



10 tahun lepas juga aku dan mimi suka sakat satu anak cina yang skima dan nerd gila, naik basikal pakai baju smart (keja hotel). Bila lalu depan pompuan tunduk macam nak cecah kepala ka jalan tar. Bila agak-agak pukul 6.30 time dia kayuh basikal balik kerja, aku dan Mimi tunggu depan tembok dan bila dia lalu kami nyanyi lagu KRU tu, Oh la..la..la....dia pun malu-malu...



kah..kah..kejinya perilaku aku masa tu, nasib baik darling sudi ambik aku buat isteri, kalau tak masih membujang agaknya aku....dan masih dok kacau anak cina Oh la..la..la..lagi agaknya, macam Mimi, dia masih bujang dan masih macam dulu...



ok time tu balik...





Wednesday, October 27, 2004


Syukur Alhamdulillah, sudah hari ke 14 kita umat Islam berpuasa. Syukur, masih ada umur dan kudrat nak berpuasa.



Minggu lepas kami bercuti, dan balik ke kuale serta Sp untuk berbuka puasa bersama dengan ayahbonda terchenta. Seronoknya...



Balik rumah mertua, puas hati, sebab dapat melayan makan minum kedua mertua yang agak uzur dan anak-anak buah darling yang anak yatim dua beradik tu, dua lagi tak balik, nak exam. Hari pertama masakkan mee kuah, licin sebungkus mee. Mertua makan sampai dua mangkuk, kemudian buat masak ikan bawal sambal, ayam masak kicap, dan sup ayam. Hari kedua buat karipap, kebab ayam semua beres.



Balik rumah mak sendiri semua main cap beli. Bukan apa kat rumah mak sendiri tukang makan tak ramai. Jadi mak kata tak payah masak kita beli jer, cuma masak sikit-sikit contohnya goreng udang, papedam, buat sayur. Lain semua beli, lagipun kat kawasan rumah aku di SP ada bazaar ramadhan, agak besar jugak, lauk pauknya sedap-sedap macam kita masak sendiri, kalau gulai ikannya elok lemak santannya, kalau kerabu pulak alahai macam kita buat makan sendiri. Kuih pulak 5 seringgit, boleh campur-campur murtabak sebiji seringgit. Bawak 10 ringgit boleh beli 2-3 jenis kuih, dua biji murtabak, dan lauk 2-3 jenis.



Semasa di kampung tak pernah miss air tebu...aku suka betul minum air tebu. Fresh.

Aku dan adik bukan main lagi, buat kuih, sebab ye lah, lepas ni aku tak balik dah, cuma balik masa hari raya ke dua malam or raya ketiga je. Dapatlah dua tiga jenis kuih. Berbaloilah aku bawak balik oven.



Minggu ni khabarnya dia abang angkat Najmi nak mai..kira anak angkat kami lah...ermmm depa nak shopping baju raya kot kat kl..he..he..



Bulan-bulan posa begini kena banyak-banyak berdoa, aku doa sungguh-sungguh tiap-tiap malam, semoga abah cepat sembuh, semoga kami murah rezeki, semoga Najmi jadi anak yang pintar dan taat kepada agama, dan berdoa semoga ahli keluarga kami bertambah. Insya-Allah.



Bila hari raya semakin hampir aku teringatkan arwah tok, (tok di utara is refer to nenek) tok suka buat baulu, dan baulu tok memang best, gebu dan lembut, dibakar dengan asap tempurung di bawah rumah, sejuk jer, kecil-kecil dulu aku suka tidur bawah rumah tok, bila aku dah masuk sekolah menengah, dah tak ada bawah rumah sebab tok buat rumah bawah terus.



Kemudian terkenangkan laksa tok, biasa hari raya kedua tok akan sediakan laksa atau bihun sup. Sukalah sangat. Kalau makan laksa tu, rasanya boleh makan sejam sekali kot...memang utara favourite laksa, sebab itu malu jadi org kedah/penang kalau tak reti bikin laksa yang power...he..he..(aku ada dua warga negeri, Negeri lahir Pulau Pinang, dan mak berasal dari Penang, manakala abah dari Kedah, dan aku membesar di Negeri Kedah, So dulu-dulu aku layak minta biasiswa negeri Kedah or Pulau Pinang.



Ok, lagi beberapa minit nak pergi meeting, kena get ready...

bosan betul....







Wednesday, October 20, 2004

Malam ni balik kampung


Aku baru balik dari taklimat mengenai PTK di PN*. Ramai juga jumpa member, tapi aku sempat lepak lama borak-borak dengan gang sebab aku kena balik cepat, pukul 2.30 nanti ada lagi satu meeting, petang semalam meeting....korang tengoklah, meeting, taklimat....bila nak kerja...aku bosan sebenarnya situasi begini.



Aku rasa ada kalanya sesuatu benda tu tak perlu panggil meeting, email ada....kita boleh communicate tru' email je, or kalau nak lagi best boleh conference kat yahoo messenger je. Inilah yang membezakan kerja gomen ngan kerja swasta. Aku pernah kerja kompeni swasta 2 tahun, aku tau bagaimana cara kerja swasta. So tak payah sesiapa kelentong aku aura kerja swasta, aku sudah puas air mata kerja dengan kompeni cikai tu dulu, bonus pun ada yang dapat ada yg tidak, kenaikan gaji pun ikut suka hati mak bapak dia nak bagi.



Aku minta kerja gomen, syukur aku dapat walau aku rasa macam ampeh jer masa kena interview. Dan memang betul orang kata kalau rezeki tidak kemana. Aku salah tempat temuduga, dulu mula-mula kat Jalan Kg. Attap, kali pertama aku pegi interview, kali kedua, aku baca surat interview main-main, aku cuma tengok betul-betul date dan time, aku tak perasan tempat temuduga tu sudah bertukar ke Jalan Cenderasari. Masa aku sampai kat Jalan Kg. Attap, nak amik pass temuduga, pak guard tu cakap, "cik JPA dah pindah ke Jalan Cenderasari. Adoiii..nasib baik darling ambil cuti hari tu nak bawak aku pergi interview, dia masih minum kat gerai depan tu, cepat-cepat aku ajak dia, apalagi berbakul aku kena bebel. Member dah hangin satu badan, aku diam je la..salah aku pon...



Aku kalut call sana sini tanya member aku kat mana Jalan Cenderasari kat mana, berbuih mulut member aku bagi tau, aku blur, last-last member aku cakap, kau pergi je Taman Tasik Perdana carilah Jalan Cenderasari. Sejam kami mencari Jalan itu tapi tak ada, darlign hangin, dan aku pun serba salah, dan darling kata jom balik. Aku kecewa, but rezeki Allah yang tentukan, betul-betul kami berpatah jalan nak balik, tup-tup depan mata kami Jalan Cenderasari tu. Rezeki...aku tiba tempat interview hampir jam 10 pagi, padahal tertulis dalam surat panggilan interview tu jam 8.30 pg.



Aku terus tanya kat budak-budak yang dah ramai sampai, mana kerani daftar, budak tu kata kerani dah turun bawah ke office dia. Aku pi cari kerani tu, mujurlah kerani jantan tu baik orangnya, dia masih terima aku dan kasi nombor. Lega....



Aku orang yang ke berapa pun entah dah lupa, tapi aku ingat yang interview aku ialah Timbalan Ketua Pengarah (TKP) PN* sendiri, dan dua org dari SPA. kena cakap orang putih, gedebuk gedebak, dia tanya pasal pendirian Dr. M pergi Antartika, aku jawab aku tak tahu, dia tanya soalan lain, pun aku tak sure tapi aku belasah jer. Kemudian TKP tanya aku sebagai librarian yang menjaga music collection (time tu le aku kerja kolej muzik tu) apa yang boleh aku sumbangkan kepada negara dengan ilmu yang aku ada. Huh!!! aku balun hentam jer.



Dua bulan kemudian aku dapat surat tawaran dari SPA mengatakan aku sudah berjaya. Aku melompat-lompat masa tu, darling pulak tiba-tiba mengaku," nasib baik abang bawa awak pergi interview, kalau tak mesti tak dapat," huhhhh dia lupa masa tu dia hangin berasap dan dah bawak aku balik. Itulah nama rezeki.



Tekanan kerja sebenarnya ada dimana-mana, tidak kira di swasta atau kerajaan, tetapi di kerajaan tekanan kurang sedikit dari kerja swasta, walau my boss peelnya umpama orang kerja swasta, very strict dan sangat-sangat tegas. Tapi aku follow step dia, kita nak pegi jauh dalam kerjaya, kena sanggup terima amarah boss, sebab kalau dia marah-marah dan tidak tegas, kita jadi leka. Bila boss sangat tegas, kita kerja hati-hati, takut kena marah.



Tetapi ada kalanya kau suka kerana keja gomen kebajikan staff lebih, contoh, setiap bulan puasa ada jamuan berbuka puasa, jamuan hari raya, ada majlis itu ini, jadi kau tidak tertekan pegi kerja..buat kerja...kerja..kerja...



Aku sudah rasa dua situasi tu, dan hanya darling tahu betapa aku tertekan masa keja dengan encik misai dulu....syukur kini semuanya berlalu.





Monday, October 18, 2004


Hari ke 5 puasa. Syukur, masih bernafas untuk meneruskan ibadah puasa ni.



Aku ni bila bulan posa jer mulanya syahdu semacam...teringat mak, teringat kemeriahan berpuasa di Sungai Petani, Pasar Ramadhan di dekat jam besaq. Pasar Ramadhan kat Sungai Layaq, kat kawasan perumahan aku.



Manisnya mengecap air tebu yang asli. Minum soya... air laici kang abah...ermmm life goes on...putaran hidup beginilah. Tak selamanya kita akan duduk dengan keluarga, sudah tiba masa kita berkahwin, punya rumah tangga sendiri, punya keluarga dan anak sendiri (anak-anak Insya-Allah..)



Hari Ahad yang lepas aku menjadi seorang yang rajin, aku buat agar-agar strawberry, (guna jus strawberry yang EP kasi,) kemudian rajin lagi, aku buat karipap sardin, dapatlah 27 biji. Tu pun aku buat besar-besar, kalau aku buat kiut-kiut macam mak buat mesti boleh dapat 40 biji kot.



Makcik-makcik kat office aku ni buat teori pasal kes Kak Pah kita kena serang bermacam versi. Dah macam balai polis, macam-macam teori dan andaian dibuat. Aku tukang dengar...my darling dah warning...dengar jer jangan menokok tambah, bulan-bulan posa ni...aku akur...kan darling...kan...kan..



Aku very-very the pening kepala, dengan kerja banyak bertimbun nimbun, kena cover kerja member cuti bersalin lagi..(wrong timing betul member aku buat anak..) bulan November dan Disember ni setiap minggu ada event. Aku pening, aku rasa serabut, pegang kerja ni teringat kerja yang lagi satu tu..pegang yang itu, ingat yang ini. Kejar date line nak buat siapkan Buletin lagi. International meeting lagik, ngam-ngam lepas raya 22 November kami kena sambut berpuluh delagasi dari luar..meeting lagi...jabatan aku memang antara bidang tugasnya adalah menganjurkan mesyuarat antarabangsa. So macam biasa, start 21-25 tu seminggu lah kena berkampung halaman di Hotel Hilton KL. Tinggal lagi cik abang, dan najmi.



Kemudian habis dari Hilton, terus ke Park Royal pulak pada 25 tu jugak, ada Workshop on bla..bla....jadi urusetia lagik. Kemudian 29 November pulak, lagi, kat Marriot Hotel KL, kemudian lagi 6 Disember Majlis Anugerah Stan*** dan Akredi*** 2004 pulak, di Palm Garden Hotel. Kemudian 20 Disember, launching Bla..bla...kat Palace of Golden Horses, Sri Kembangan.



Jadi ringkasannya :



21-25 November – Hotel Hilton, KL – Mesyuarat JS* EE MR* (ASEAN)

25- 9 Disember – Hotel Park Royal, KL – Worksyop bla..bla....

29 November – Hotel Marriott, KL - Seminar on Quali** dan Intergrated bla..bla...

30 November – Launching on IS*/T* bla..bla...

6 Disember – Hotel Marriott, Putrajaya National Standa** Congress (siang)

6 Disember – Palm Garden, Putrajaya - Majlis Anugerah Stand** bla..bla..- dinner

20 Disember – Palace of Golden Horses, Sri Kembangan – Launching of Medical bla..bla....bla....



Ok selamat bekerja untuk aku...syukur..aku ada kerja...daripada orang tak ada kerja...berharap dapat kerja, aku dah ada kerja, maka kerja..kerja...kerja... dan lepas raya jangan haraplah aku boleh balik kerja on the dot. Pukul 6 pun entah-entah masih kat office. Najmilah akan menemani mama kat office. Kalaulah mak tau mesti dia kesiankan cucunya, keluar rumah pukul 7.30 pg, pukul 7 malam belum tentu ada kat rumah lagi. Berapa jam jer Najmi duduk rumah kalau time mama busy giler.



Najmi yang sudah besar

Najmi akan genap 4 tahun pada March tahun depan, lagi beberapa bulan jer lagi, Najmi makin banyak cakap, ada sahaja yang hendak dicakapkan..hendak di ketawakan. Tidak berhenti mulut becoknya bercakap. Kalau dia bertanya, kita menjawab acuh tak acuh, nanti dia akan marah, dan cakap, "jangan cakap macam tu mama...cakap elok-elok, jangan marah-marah," sabar jer la...



Suatu hari aku ambil dia dari taska, dia tidur sebelah budak pompuan, aku cakap,

"Najmi boy, mana boleh tidur dengan girl, kena tidur dengan boy, tak boleh tidur dengan Atikah, dengan Nadhirah, kalau tidur dengan Adzam, dengan Syamir atau Adam Daniel boleh lah, dengan girl tak boleh,"



Kemudian dia jawap,



"Babah tu boy, kenapa mama tidur dengan babah, kite tidur kat katil kita jer, mama tidur sama babah, ellleehhh,"



Erkkk...aku tergamam....tak tau apa nak jawab...

Thursday, October 14, 2004

Selamat Berpuasa


Kalau lah aku sekarang ni jadi CEO mana-mana kompeni, dan jadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat, pastinya pagi ni aku masih lagi duduk di rumah tidur lagik, lepas sahur, semayang subuh dan tidur balik layan mata.



Tapi...



Aku kuli jer, kuli kena kerjalah, takat berangan jadi CEO boleh la...



Selamat menyambut ramadhan yang mulia untuk semua umat Islam.



Aku kalau bulan puasa mesti nak sentimentak, jiwang, teringatkan berpuasa di rumah mak masa dulu-dulu, dah bertahun-tahun aku jadi perantau...he..he...sejak tahun 1996, aku masuk UiTM, sejak itu tidak dapatlah berpuasa penuh sebulan dengan mak, kalau ada pun seminggu sebelum raya, or dah kerja ni,dua tiga hari sebelum raya.



Masa student dulu, lagi dua minggu sebelum raya pun kelas dah makin luak orang, terutamanya member-member dari Pantai Timur, biasalah tiket balik kampung ke Pantai Timur selalunya cepat habis, jadi bagi mereka yang tidak dapat tiket seminggu sebelum raya, depa bantai beli tiket paling awal, ye lah, kalau student boleh gak ponteng-ponteng kelas, tapi dah kerja ponteng-ponteng kerja silap-silap tak der kerja pulak lepas tu.



Indahnya berpuasa di kampus ialah, bila petang tu ramai berduyun-duyun pergi dewan makan tapau makanan, dan berbuka beramai-ramai dalam bilik yang sempit tu, tapi boleh kita berhimpit-himpit sampai muat 7-8 orang. Lepas makan gotong royong cuci pinggan, kemudian lepas maghrib, beramai-ramai pergi terawih. Lepas terawih sessi makan kalai kedua. Kemudian barulah nak siapkan assignment ke, nak check-check nota ker...tapi mana ada...borak jer lebih.



Masa student dulu mana ada istilah sahur, makan lewat malam jer. Dah kawin ni kenalah juga sediakan makan sahur untuk cik abang. Menu simple-simple jer, kalau nak yang renyah-renyah aku beli jer, membazir masak. Semalam beli ayam seketul pun tak habis. Kalau ada pun yang di masak, goreng-goreng sayur, buat sup ker, atau sambal tumis ikan bilis jer...



Kat Putrajaya tahun ni khabarnya mereka satukan bazaar ramadhan kat depan MOF tu, so petang ni baru nak pi usha...harapnya best. Teringat bazaar ramadhan kat Bandar baru Sentul, puas hati betul kat situ, berlambak juadahnya.



Erkk...baru sehari puasa sapinat oiiii...



Sehari puasa?? Baru beberapa jam jer puasa sebenarnya...aku dah bukak lagu raya dari MP3 aku..he..he.....



Sunday, October 10, 2004

Berkelah dan bersantai..


Berkelah dan berseronok...



Seperti yang dirancangkan, kami sekeluarga dan beberapa keluarga GEJU berkelah dan bersantai-santai di Sungai Gabai, Hulu Langat. (keluarga kami tu termasuklah bapa angkat Najmi - abang purbe.he..he..itu Salina cakap) Aku rasa Mat Jan, Purbe dan Ep, Najmi dah rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Sebab suka-suka hati dia kalau rasa teringat nak telefon Purbe dia paksa-paksa mama call, tak pun kalau dia teringat Atok Epnya dia mesti nak call.



Kami tiba agak lewat ke Sungai Gabai sebab my darling pegi potong rambut dulu pagi tu, tapi tak ler lambat beno, kira elok-elok jer time untuk berpiknik. Masa kami tiba, Tipah and the gang dah ramai, OP dan Mulan, Hanya Sayang dan kawannya, Lan, Pija, dan CT pun dah ada. Kemudian kami mula membakar arang untuk sessi panggang memanggang. Maka bermulalah operasi bakar membakar, diketuai oleh ketua membuat bara iaitu Attokz, dan dibantu Nett yang comel, Amyz (tukang tangkap gambo jer...) Selepas aku sudah panas membara aku minta anak-anak dara pulak ambil alih.



Lepas makan-makan Najmi merengek-rengek nak mandi sungai. Maka babahnya pun bawaklah anaknya panjat tangga punya tinggi tinggi beno....penat memanjat sampai aku nak semput. Baru je cecah-cecah kaki kat air, berlaku tragedi Oktober. Mereka-mereka yang cuba hendak membawa Najmi mandi di port yang best sikit tiba-tiba tergelincir dan jatuh, Najmi pun terhantuk, dan terus tak nak mandi, menangis meraung-raung. Kesian adik aku yang sorang tu. rasa bersalah pulak. Terus Najmi meraung...nak atuk ep...nak atuk ep....nak pegi atuk ep..



Dalam perjalanan tu dia menangis-nangis di pujuk-pujuk diam kejap, masa sampai kat port kami bersantai tu, dia nampak muka atuk epnya meraung balik. Manja sangat dia dengan atuk Ep nya.



Topik pagi di Era



Pagi tadi masa dalam kereta hendak ke office, dengar topik pagi di Era. Topiknya pasal perempuan merokok. Ada seorang caller ni, pompuan, dia mengaku dia hisap rokok, dan dengan bangganya cerita dia tak ada masalah rokok naik harga, sebab kalau dah ketagih merokok, dia tak kisah, mesti nak beli juga. Tak boleh beli yang besar 20 batang, katanya beli yang 14. Dia merokok dari umur 18 tahun, skrng sudah berumur 26 tahun, tak boleh nak berhenti.



Aku benci betul... entah tak suka..



Kemudian sampai office aku bukak thr melalui internet. Topiknya pasal pemberian pangkat datuk ni. Ada seorang caller call bagitau dia pernah kena marah dengan seorang datuk, puncanya dia cakap selamat pagi encik pada seorang datuk ni, dan dia kena herdik, datuk tu cakap, "awak ni bodoh ke? tak kenal ke saya ni datuk," Kalau si pemanggil kat Thr tu cerita benda yang betul, aku rasa yang bodoh bukan mamat tu, tetapi datuk tu la.. mamat yang call THR tu geram dan cakap, alaa...pangkat bukan boleh bawa mati, aku setuju, ya betul, atas batu nesan nanti bukan kita letak pun pangkat-pangkat kat batu nesan tu. Dalam IC pun bukan ktia letak pangkat tu.



Aku sendiri bila berurusan dengan orang-orang bergelaran begitu, banyak pengalaman. Ada Datuk yang sempoi habih. Ada datuk yang cerewet, sampai kalau nak attend function kita tu, sampai nak tahu, dia parking kat mana, masuk lobi tu kemudian naik lif mana, ada datuk yg cerewet sampai menu jamuan tengahari pun nak tau...Datuk yang paling sempoi ialah menteri lama kami. ermm sungguh sempoi...kalau bagi draf ucapannya tak banyak komen pun, tak perlu rombak sampai 4-5 kali. Ada datuk yang sangat best, segala brief case, fail-fail dia angkut sendiri, berkendong kiri kanan ketiaknya. Kita pulak rasa bersalah tengok dia usung segala macam benda.



Itu atas diri masing-masinglah, kan..kan....













Thursday, October 07, 2004

Mari berkelah


kawan-kawan....marilah kita pergi berkelah..maklumat lanjut sila jenguk FORUM GEJU mari..mari..mari...peluang berkelah dibuka kepada semua. Tak kira samaada anda blogger, pembaca blog, or sedara mara kaum kerabat blogger.

Duit ringgit boleh di cari, kawan-kawan mana hendak dibeli...kan..kann Purbe kan...Mat Jan kan..kan...

Ermmm aku sungguh busy sejak akhir-akhir ni (termasuk beryahoo messenger) erkk tapi itu sekali sekali lah....bukan macam ada sorang tu, katanya dia chatting full time, kerja part time...huh!!!



Boss buat surprise!!



Pagi-pagi tadi boss aku cari aku kat library ni, huh tak pernah-pernah dia datang tempat aku, tup-tup dia datang, nak discuss on something la. Kantoi!! bukan kantoi apa, meja aku mgm semak gilo...sebab tak sempat nak berkemas, aku bercadang hari ni nak clearkan meja, tup-tup dia dah menyerah diri pagi ni, memang dari hujung kiri ke kanan penuh fail, dan kertas-kertas. Bukan apa last month aku out station, kemudian kursus lagik, so dalam aku punya In-Tray banyak surat menyurat dan memo-memo dan segala macam khazanah kerja, aku nak clearkan In-Tray, mana boleh out aku outkan dan masuk file. So semalam aku keluarkan semua fail atur atas meja, untuk senang aku failkan menda-menda yang boleh masuk fail terus, mana KIV aku masuk kat tray KIV.



Tup-tup aku belum sempat kemas dia datang, atas meja user ni pulak penuh dgn khazanah untuk saturday ni punya exhibition. Kami buat back drop, so dengan polistren cutter besar gedabak tu, dengan car, berus dan air. Dia geleng kepala, aku malus...dia jenguk atas meja aku dia nampak seketul ayam kfc, dia cakap, "patutlah u sehat pagi-pagi dah makan kfc" aduhhh baru frist time aku nak makan kfc pagi hari di office terus kantoi. Ayam tu sebenarnya belen bukak posa semalam, darling belikan 3 ketul, seketul Najmi makan, seketul aku makan dgn nasik masa berbuka, dan lagi seketul tak habih makan, aku tapau le ke office. aduhhhh!! dua tiga hari lepas aku posa dia tak mai...



Dua hari lepas aku ter'tonton' drama Mama Paparazi tu, malam tu aku menggosok kain, dalam bilik atas, bilik tu memang aku gunakan untuk menggosok dan menonton tv yang tak berastro. Oleh kerana tv tanpa dekoder astro, jadinya setiap kali tukar channel tv kena adjust antena tv tu. Tv1 adjust belah sini, tukat tv2 adjust lagik, yg paling clear hanya tv3. So aku tengok tv3. tengah sedap tengok, tiba-tiba berlaku part yang tak logik. Ada ke pompuan ni baru lepas kena bedah, boleh blah balik ke office dia sebab ada orang nak boikot dia dalam satu meeting ni, ampehnya, doktor siap ikut lagi naik kereta kembara. siot la....logik ke doktor tu selamba je ikut patient naik keta cam tu, tak perlu sain surat setuju keluar wad atas risiko sendiri. selalunya kalau patient keluar wad tanpa dia betul-betul di rekemen doktor boleh keluar kena sain satu surat, aku rasa doktor itu langgar etika doktor. Kan doktor Max?



Kemudian lepas tu aku turun bawah baca pulak satu novel melayu, sama gak ampeh, jalan cerita mula-mulanya best, bila dekat-dekat ending macam ampeh, beberapa part tak logik. Ada ke kerana sorang pompuan ni anak Tan Sri, kawan ngan sorang mamat miskin, bapak pompuan ni ugut adik-adik mamat ni nak tarik balik semua biasiswa yang adik-adik mamat ni terima masa belajar kat universiti. Ermm mungkin penulis novel tu tak pernah masuk u, or kalau masuk u pun tak ambil loan atau biasiswa kot. So dia tak tau apa kriteria yang menyebabkan seseorang itu boleh ditarik biasiswa. takkan abang kawin ngan anak tan Sri pun kena tarik biasiswa. Cuba seseorang sedapkan hati aku sikit cerita sikit kemungkinan yang Tan Sri ni buat untuk tarik balik biasiswa adik-adik mamat yang kawin ngan anak dia.

Teruk betullah.... banyak yang kelakar kalau drama dan novel melayu ni. tak dinafikan ada drama dan novel melayu yang bagus. Yang sekali baca/tonton rasa tak puas. Paling best kalau dengar pelakon drama bercakap, macam baca buku teks.



Contohnya,



"Bedah, maafkan aku, aku tidak dapat menghubungi telefon bimbit kau semalam, telefon bimbit aku kehabisan bateri," kata Leman.



"Oh! tidak mengapa aku memahami keadaan kau, tetapi kau tahukan aku merindui kau," Leman.



siot...lawak giler, pengarah DBP pun tak guna skrip macam tu berbual dengan kakitangan dia or dengan keluarga dia.



Atau skrip standard drama melayu, "Abang hidangan sudah siap, marilah makan, karang sejuk pulak makanan tu,"



Lagi..part 'mesti ada' dalam tipikal drama melayu,



- adegan lipat kain - di ruang tamu

- adegan potong sayur - kat dapur

- adegan cuci kereta, siram pokok bunga - kat luar rumah.

- Sidai kain, dan kau boleh nampak kain tu sebenarnya kering.



Dalam drama Astana Idaman lagi siot kelakar. Di Malaysia dalam cuaca lebih 25 darjah celsius boleh pulak, orang-orang kaya dalam drama tu, pakai 3 pcs baju, dengan kemeja, tie, over, vest dan kot. Jumpa tengah jalan pun pakai macam tu, minum teh petang-petang pun macam tu, Weii come on la...aku ni walau mesken, tapi ada juga peluang duduk hotel, keluar masuk restoran mewah gak (kerana tuntutan kerjalah) jarang beno aku nampak orang-orang korporat bersidai santai kat lobby hotel or restaurant berkot. kecuali kalau ada function, seminar ke? mesyuarat ke?



Seorang pengarah drama/filem yang pernah terbaca komen aku mengenai drama arahan di blog aku yang lama, pernah berutusan email, dan menyatakan terlalu banyak kekangan yang pengarah hadapi untuk mengarah drama dalam Malaysia. Ermm banyak diutarakan, malas aku nak ulas di sini, kang aku jadi second Jeff Oi pulak.



Sunday, October 03, 2004

Aku makin lupa


Aku sudah mula merasai kesan akibat dari memakan kepala ikan. Mungkin juga ianya kesan dari air teh yang masuk semut, kemudian aku tapis dan minum airnya dulu-dulu, kesan tindak balas dari asid dari kepala ikan dan asid dari semut sudah mula bertindak balas dengan kepala otak aku. Stimulasi otaknya aku bertukar agaknya. Aku makin lupa... ya aku mula menjadi Melayu mudah lupa.



Aku lupa hari ni kerani aku cuti. Awal pagi aku anto mesej bagitau aku nak ambil cuti kecemasan hari ni, dia tak balas, aku call tak dapat, asyik pompuan dalam mesin je jawab. Aku mesej best friend dia tanya dia ada kat office tak. Dan aku sedar aku makin tua bila aku terima jawapan bahawa kerani aku cuti dua hari, hari ni dan esok. Aku yang luluskan cutinya, aku tulis kat notice board kat office dia cuti, aku tak salahkan aku, notice board tu di office, aku kat rumah, jadi logiklah aku tak ingat. Sepanjang minggu lepas aku tak ada kat office, aku hanya masuk office pada hari Jumaat.



Pada hari Jumaat lepas aku mula meeting jam 9.30 dan selesai hampir jam 11, kemudian kami ada makan percuma, dan petang tu aku ada discussion dengan beberapa team promosi untuk next exhibition. Jadi aku tak salahkan diri aku kerana aku lupa. Ya kawan-kawan jangan suka menyalahkan diri.



Dan jangan salahkan diri aku kerana hendak cuti kecemasan, anakanda aku yang petah berkata-kata itu demam, dan aku phobia hendak tinggalkan dia di taska kerana peristiwa silam. Tetapi mengenangkan kerani aku bercuti maka aku kena bekerja jua. Aku tabahkan hati, aku iringi anakanda di Taska dengan doa yang tidak putus-putus. Moga selamat semuanya. Amin...



Aku masih lagi dok berpuasa ganti, adalah lagi 2-3 hari nak habis...malam ni my darling janji nak ajak makan mutiara Char Keow Teow kat Bangi, ermmm tak pernah try, ada orang kempem kata sedap, ermmm kena try dulu baru komen, adakah masih boleh sama rasa macam Char Keow Teow kat Sungai Petani or kat Bukit Mertajam..



Kalau takat Char Keow Teow kat KL ni orang dakwa dan gembar gembur sedap, aku malas nak layan, mana sama Char Keow Teow belah utara, Penang Kedah punya la terangkat. Lainlah kalau tukang masaknya orang belah sana, contohnya kat Presint 8 ni, boleh tahanlah rasanya, bolehlah takat nak lepas geram.



Kat Food Court Uniten tu ada satu, kedainya nama Selera 60an, owner dia orang Kedah, pekerja dia orang Kedah, Keow Teow Kerang dan Char Keow Teow dia boleh tahan. Aku selalu juga layan blues kat situ.



Sama macam orang cakap rojak mamak yang sedap, huh....depa belum pekena pasemboq Mamak Penang or Kedah, dengan cucur udang krup-krupnya, kat sini mana ada mamak jual rojak bubuh cucur udang rangup krup-krup,...



Opss..aku posa mana boleh cerita bab makan berlebihan kan...kan..kan.....kan...tapi alangkah nyamannya kalau dapat minum ayaq tebu weiiii...sedapnya...nyum..nyum...



Friday, October 01, 2004

P-nut yang Penat..


Lepas balik dari Kuantan hari tu, masuk office 2 hari je, lepas tu aku cuti, balik Kedah, ambil Najmi kat Kedah. Kemudian hari Isnin 27-30 haribulan tu pulak ada kursus kat Perpustak*an Negara Mesia. Seronok berkursus sebab macam biasa, bidang aku memang dikuasai oleh 98% graduan UiTM, sebab hanya UiTM saja offer kursus tu, kalau U lain ada pun untuk kursus master, jadi kami pustakawan seluruh Malaysia saling mengenali. Kalau tak senior aku, junior aku, maka hari tu aku berkursus dengan para junior dan senior aku, apa lagi gamat.



Letih sepanjang minggu drive sejauh 80km pergi dan balik. Penat sangat. dan lenguh-lenguh kaki. Kereta manual pulak, dan aku tidak ada pilihan kena lalu jalan sungai besi - tun razak yang amat-amat gila sesaknya. Sakit hati semuanya...eeeiiii...



Ada member bagitau ada member dia kena posting ke Sungai Petani berminat nak balik kerja kat KL sebab akan berkahwin dengan seorang dan bakal suaminya kerja di KL. Wahhh kalaulah my darling kerja gomen, aku bodek-bodek dia supaya ikut bertukar ke SP, tapi apakan daya, sidia kerja swasta, mana boleh tukar suka hati jer. Bayangkan kalau aku duduk SP, mak awal-awal lagi dah offer nak jaga Najmi, tak mau bagi orang lain jaga cucu dia. Selalu aku bagi RM***, + kalau mak jaga Najmi lagi kasi lagi 200, ermmm boleh mak simpan lebih sikit. Kemudian simpan duit lagi, ye lah, sewa rumah rumah, kos sara hidup murah, kau pergi pasar tani, beli ikan sepinggan lima ringgit jer, or kalau dah tutup pasar, kau boleh dapat 3 pinggan 10 ringgit.



Sotong sekilo baru 10-12 ringgit, kat Putrajaya paling murah 16 ringgit. Pucuk paku seikat 50 sen, sini singgit. Peh tu jalan tak jam, peh tu kau boleh jimat duit minyak simpan duit boleh beli rumah. Kat Kedah kalau bajet 150k, kalau boleh dapat rumah macam banglo. kalau kat KL, rumah teres setingkat pun belum tentu kau dapat. Ada kawan aku kerja kerani bank je kat SP, boleh beli rumah 100k, kat kawasan elit ala-ala Bukit Antarabangsa lagik.



Tapi itu imaginasi aku jer la...yang pasti untuk beberapa tahun ni aku masih lagi akan jadi penghuni bandaraya pintar ini.



Hari ni masuk office, ada member-member buat jamuan, makan free lagi.



Masa aku kursus hari tu, salah seorang pengajarnya ialah seorang wanita melayu, berusia 38 tahun dan mukanya sweet, sebab ayahnya pakistan dan maknya malaysian, comel, body tip top, anak 4, yang sulung sudah berusia 12 tahun. Dia ceria, but rupanya dia seorang ibu tunggal. Dia berpisah dengan husband dia. Tapi kata dia, "i'm happy being a single mother," tabik tujuh lapis...



Esok aku akan pergi kenduri seorang member kamceng kat itm dulu, wedding aku dulu dia redah pi SP naik bas dari Sungkai, takkan kenduri dia aku tak pi kot.



Najmi ni sejak balik dari kampung kamceng semacam dengan babahnya, jeles pulak aku nengok. Kejap nak babah mandikan, babah pakaikan baju, babah tidurkan dia, skrng dah tak mau pergi taska naik kereta dengan mama, nak naik motor dengan babah. Aku nak pergi belikan helmetlah untuk dia, untuk keselematan dia. Semua-semua nak babah...nak makan pun kena babah suapkan...



Jeles ada, lega pun ada sebab aku boleh rileks-rileks baca novel tanpa gangguan. Opss...







 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino