Sunday, April 23, 2006

Fenomena seni


Fenomena seni?
Sape tengok rancangan ampeh tahap gaban tu? Last week isu Mawi, ngok ngek punya penerbit..ko sebok nak debat dan ulas isu yang tak der kena mengena dengan rtm buat ape? Mawi tu dari program Astro, suke ati le nak kualiti ke apa...aku rasa elok je RTM ulas pasal Juara Bintang RTM, Juara Rentak Juara, Juara Hitx 1 jeng...jeng..jeng, kepala berjambul terbitan encik-encik dari RTM. Sebok ulas pasal juara realiti tv yang lain..kualiti ke tak kualiti budak Mawi tu dah kaya raya dah...(heheheh akak ni bab mawi memang emosi dik...hahahaa) tapi mujur last week aku tak tgk sebab dlm perjalanan balik ke Putrajaya dari kampung.

The week before tu debat isu P.Ramlee, Sudirman dan M.Nasir..siapa lebih hebat..tah hapa punya topik... ada orang komplen dalam surat khabar, katanya Rosyam Nor tak sesuai jadi pengacara, dia tak der research tak cukup ilmu nak mengacara rancangan forum or debat begitu. Penulis komplen di ruangan forum tu mempertikaikan beberapa fakta dan beberapa soalan bangang Rosyam Nor, ermm camner dia terpilih yek.. Aku ingat minggu ni tak der topik bangang tapi dah bincang bab Sepet dan Gubra pulak, dijemput pulak Cik Raja Azmi kita yang Maha Hebat membikin filem...ermm menarik dan hebat sangat le tu..buat rancangan tu makin bosan adalah...encik penerbit, kalau-kalau encik terbaca blog ini encik tolonglah buat sesuatu perubahan pada rancangan encik, sungguh loya petala langit tujuh lapis ye encik penerbit. Tolong ye encik penerbit.

Cerita Najmi

Anak aku adalah tipikal lelaki..dan tipikal budak lelaki..hehehe sebab aku berkata demikian, heheh kecik-kecik lagi ego bukan main..
meh aku story beberapa kejadian :-

*dia rasa Jimmy Shanley, trek celebriti tu hebat, dia nak beli sluar raya pesen londeh macam Jimmy, beli kasut sport macam Jimmy, dan mula bergaya seperti lelaki dewasa..
Image hosting by Photobucket
Ni picture dia berlagak dewasa..

*masa balik kampung baru ni, kebetulan cousin dia yg duduk kat Bukit Antarabangsa sini pun balik sekali, sorang cousin dia Aqilah, darjah 1 dan sorang lagi Ammar, umur 4 tahun, diaorg jadi geng-geng, peh tu dia dengan berlagak ckp dengan Ammar, "kita boy kan? Boy tak leh tengok kartun girl..(in this case he refer to Aqilah yg gilakan barbie) kita tgk Power Rangers, Otromen Cosmos, Otromen Dyna kan..? kalau girl suke flower..boy suka power rangers kan..Ammar kan?"

*Masa main game kat pc kat rumah, main game for Kids, kapal terbang tembak-tembak selamatkan monkey, dia dengan eksen ckp kat aku.."mama girl, mama tak payah main, mama pergi tengok tv, biar kite main..kita boy," Huh!!! eksennya...peh tu kalau aku main game chicken little, yang susun memori kad tu, dia kata boring, tu game utk girl.

*Masa balik kg, Maksu merajuk sebab dia habiskan nasi goreng yang Maksu nak makan, Maktok kata pergi la pujuk Maksu, dengan eksen dia ckp "biarlah dia, sape suruh dia merajuk," hahahah

*Dua tiga hari ni dia sebut, "kita ni rindu dengan abg Nuar la (Neslo) kenapa dah lama dia tak datang rumah kite, dia tu tak tau ke kite rindu dia," haha aku ckp le, abih tu Kakak Salina, Cik Daun, akak Ika pun lama Najmi tak jumpa tak rindu ke? dia jawab "dah hari tu Cik Daun datang, tapi kakak Salina dengan Kakak Ika, diaorg girl, kita rindu boy saja, mana boleh rindu kan girl," hahahahah

*Homework dan belajar-alahai anak mama dan babah, balik sekolah jer dan tekan channel 60,61 or 62, kalau tak itu, dia bukak vcd Otromen, Power Rangers, atau apa sajalah, selalu time balik sekolah dlm masa 5.30-7.00 tu aku biarje, sbb dia leka layan benda tu aku aman sikit nak masak, mandi dan solat. Bila malam liat nak disuruh buat homework, kalau hari cuti dari pagi hingga ke petang kalau nak suruh dia siapkan homework yang sehelai muka surat sahaja. Adik Ipar aku..ibu Aqilah dan Ammar tadi tu..(adik ipar, pangkat jer, tp dia tua dari aku..hehe) ckp budak lelaki memang begitu, Ammar pun sama, malas buat homework dan malas belajar, tapi diaorg boleh buat.aku kira nanti kalau dia masuk universiti, dan ade gf, malangle budak pompuan tu, kalau satu course mesti kena buat assignment pakwe dia...(hahah nani, hang baca blog aku kan?? bile sebut bab ni aku ingat hang la tukang buat assignment An kan?? mujuq la An tu akhirnya jadi laki hang juga, hahahah jgn mare ye Nani..rindu kat hang..)

Aku malas paksa-paksa dia, ye la dia sudah belajar dari usia 3 tahun kat taska dulu, dah kenal huruf, dah kenal angka, aku kira dia bosan bila 5 tahun dia buat benda yang sama, jadi aku biarkan saja. tapi suatu hari aku cakap dengan cikgu dia, feel dia begitu, cikgu dia kata kat sekolah pun sama, dia suka main, tapi dia pandai. Cepat belajar, bila dia cepat menangkap apa cikgu ajar, dia bosan bila cikgu ulang-ulang ajar utk budak lain.

Cikgu dia kata ada 4 org budak dalam kelas 5 tahun yang advance sikit, kebetulan 4 mereka stay sampai petang, (means bukan dtg sekerat hari utk tadika je) and this cikgu very creative, dia kata, kalau dlm kelas 5 tahun diaorg main-main jer sbb bagi depa kacang je counting 1,2,3 -20 ke...dan baca A,B,C so cikgu dia leave it diaorg main, dan bagi diaorg baca-baca buku utk mengeja kaedah fonik tu...cikgu dia kata impress budak berempat ni sudah habis membaca buku tahap 1, dan kini diaorg sudah baca buku tahap 2, sedangkan budak lain masih membaca buku 1.

Dan mereka ni stay sampai petang, so bila petang cikgu dia akan mengajar 4-5 org yg stay sampai petang ni belajar guna kaset, guna kaedah, play, listen, read dan speak. Nampak ok so far. Dan last week Jumaat, cikgu dia bagi buku Tahap 2 untuk dia baca, cikgu kata next week nak start ajar diaorg berempat buku 2 ni..dan semalam dua hero aku bertekak dan berperang membaca buku, hahaha aku kat dapur pening kepala. But after the session, aku tanya babah slow-slow, "dia boleh baca dah ke," babah cakap, "dah, dia baca sampai habis satu buku," hahhaha pulak, sebab mula tu aku suruh dia baca dua tiga muka surat pertama je, sebab cikgu akan start ajar minggu ni, sure cikgu ajar ada dua tiga mukas saurt pertama je, tapi dia boleh pulak nak habiskan satu buku tu..adehh sure minggu ni dia main lagi, sebab dah abeh baca buku tu.

Dan semalam kitaorg ikut babah pergi ofis kat Shah ALam, masa kat federal Highway, lalu depan Menara Telekom tu, si Najmi cakap, "eh office telekom ni bukak lampu," aku terkejut dan tanya "mana Najmi tau ni telekom,?" dia jawab "tu ada tulis T.M, telekom la..hari tu babah cakap kat kite," aku tanya dia bila dia jawab "dulu..masa kite kecik sikit," dan aku terfikri teori doktor, 'budak-budak dia simpan semua dalam otak dia, bila tiba suatu masa dia akan keluarkan apa yang kita bagi yang dia telah simpan dalam otak dia," dan semalam aku percaya teori doktor tu.. Eermmm harap-harap dia membesar jadi anak yang baik dan taat agama..aminnn

Monday, April 03, 2006

Streamyx yang mengong


Di sekitar Putrajaya encik streamyx menjadi encik seram-mix menyampah sungguh...sudah seminggu masalah tu berlaku, lembab macam siput khinzir. Nak bukak email yahoo pun tak boleh.. Nak update blog pun payan sebab blogspot tak leh view abeh. Nak sain blog org nak tinggal jejak kat blogger punya komen pun tak boleh, sangat ampeh berjuta ampeh...

Cerita Sabtu 1/4/2006
Pelancaran buku Mat Jan-Jongkang Jongket, dan buku Ayah Kita Bos-Tok Rimau dan Naga. Memandangkan aku masih dalam pantang-pantang gitu selepas rezeki Allah tarik balik tu. Maka darling saja pergi, menghantarkan Mat Jan yang kebiasaannya penginapan rasmi dia di Lembah Klang adalah Pnut Inn. (dan maka dengan ini aku secara tak langsung sebiji macam PA dia, sape nak no tel baru dia, nak tanya pasal dia...nak tanya nama penuh dia, nama bapak dia...call aku tanya...mujur belum ada suruh aku meminang dia lagi, kalau tak aku kena kawtim dengan Pak Long dan Mami baeeekk punya..)

Malam Sabtu, kami lepak je kat rumah, Mat Jan belum balik dari mengira untung menjual buku, then Pak Long call, ckp nak singgah umah, dan memandangkan aku perempuan dalam pantang, maka darling keluar mencarikan mee goreng mamak je, sorry ye Pak Long, Mami, kami jamu mee beli je..lenkali kita kenduri munggai nooo...Malam tu aku tak tau le depa borak sampai pukul berapa, tp aku dah hanyut tido.

Esoknya darling pergi ofis, Mat Jan ikut dengan Najmi, aku ingat nak tido je kat umah. Tapi ampeh, peluang nak tido ade, seabb anak bujang aku tak der, tp mata lak tak nak lelap. On pc, borak-borak dengan sesapa member YM yang tengah online gak. check itu ini, dan ada org pesan suruh tengok shot ICE AGE 2 punya showtime kat tgv The Mines, dia nak jadi orang bujang pi tengok wayang...(huhuhu lupa le tu bini dalam pantang..) petang tu si Bean, Neslo datang lepak, and malam sikit, Daun, Salina, ROsh dan Ajid datang, mula-mula yg nak pegi tengok wayang ialah Mat Jan dan darling je, last-last elok darling dah keluar, yang lelain tu pun ikut sekali..tinggallah aku dirumah memujuk Najmi yang menangis-nangis...uwaaa aku pun nak nangis same gak sebenarnya..

Nak merayau ke blog-blog orang gitu streamyx macam gampang. Lembab macam _())&%^$^#^$*(& mcm ampeh sangat la..Nasib baik boleh berYM gak..sempat aku berchat dengan sorang budak ni, dia belajar kat ICOM kolej tempat aku kerja dulu, dia punya musical instrument gitar, so aku tanya le idola dia jimi hendrix ke?? huhu heran mamat ni, kenal lak aku jimmy hendrix...hahaha aku dah ckp le aku umur 30, dah kawin anak sorang... then aku ckp kenal...sape tak kenal Jimmy Hendrix, peh tu aku sembang bab muzik, aku ckp dulu aku layan Nirvana..start sembang bab artis fav aku dulu, Kurt Cobain, kami makin rancak borak..sembang bab lagu, bab muzik Green Day, Off Spring, Butterfingers...wooo this mamat ckp "akak..best giler kalau dapat awek cam akak, susah o nak cari awek layan muzik grunge.." hahahah aku siap bagitau aku dulu layan magazize ROTTW, then aku selalu baca zine budak-budak skin head, dan ska yang suka buat gig haram..

hahahahah this mamat cakap, akak no rock gile..hahah aku cakap tak der la.aku feminin...heheheh dulu je layan, skrng dah minah belia...hahahah tp serius aku dulu suke gile layan muzik gitu..Nirvana, Off Spring, Green Day, G n R.. enjoy je...then masa cinta monyet, siap ikut pakwe pegi jamming...heheheheh sungguh nostalgia.. Then aku siap demand suruh budak ni main gitar dan nyanyi lagu Nirvana, sporting pulak budak ni...dia ok je..so dia pun buat pc call, dan goreng gitar dan nyanyi lagu fav aku the man who sold the world, dan lagu patience..heheheh sian dia kena pakse-pakse ngan aku..

Cerita Najmi

Suatu malam 4-5 hari yang silam, aku tgh guna pc, dan dia duduk dlm bilik sambil tengok album-album lama, zaman aku muda belia, tiba-tiba lama tu dia diam je..aku curiga...budak ni kalau diam sure ada dia buat something, aku masuk tengok. Dia duduk ceruk bilik dan menangis teresak-esak..aku cuak le...check kaki, tangan takut dia main pisau lipat kat bilik, tak de apa..tengok dinding kot dia conteng dan rasa bersalah..tak juga..aku tanya lagi kuat dia menangis... aku cuak gak le, aku ajak dia turun bawah pergi kat babah. Turun bawah dia cakap kat babah, "mama tu tak sayang kite, dia pergi sungai tak bawak kite, dia bawa anak lain..." sambil nangis teresak-esak...aku gelak guling-guling la..mcm icom ym tu...aku bawa dia naik atas suruh tunjuk pic mane..

Kat atas dia tunjuk pic zaman aku umur belasan tahun tengah piknik dengan family dan itu pic aku dgn Mak Su dia, (masa tu Maksu darjah 1 kot, macam cute je la masa tu) hahahaha aku gelak le..dan cakap, eh ni Mak Su la..mak su mase kecik-kecik, Najmi belum jadi baby lagi..heheh (nak jadi hape...masa tu tak kenal pun lagi babah kamu anak oi..) baru nampak dia senyum..lepas tu dia tunjuk pic aku pegang cute baby...dia kata tu anak sape pulak, "alahai sayang, tu le Najmi masa kecik, sekarang dah besar," baru dia "oooo...ingatkan sape," hahaha cemburu giler anak aku... itu belum lagi dia mengamuk suatu mase dulu aku dan babahnye pegi kawin jadi pengantin tak bawak dia...hahahhaha...budak ni..sabaq je la..

tumpang tanya..
sape tau mane nak beli benda alah ni??? mak aku suruh belikan untuk abah, tp tak tau nak beli kat mana, pueh aku surf...dah jumpa, bila call number tertera tak boleh pulak... tolong sape ade sila beri maklumat..
Image hosting by Photobucket

sile ye... nama dia propolis, atau air liur lebah... mak kata nak mcm ni jugak..adeh...please ye...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino