Wednesday, April 30, 2008

Baru dapat online


salam untuk semua, dan terima kasih atas doa kalian..sangat menghargai doa-doa yang dititipkan.. Moga selamat semuanya. terima kasih sekali lagi..

Akhirnya..

Akhirnya dapat juga online dari rumah...
Kesan dari kilat dan petir yang sangat dashyat, cpu rosak, masa aku kat wad, darling bawa cpu ke kedai komputer untuk ditanya apa masalahnya..gedebak gedebuk, katanya, kena tukar itu ini, katanya dalam 6-7 ratus...erkkkk..aku cakap kat darling tak payah, tunggu aku dapat keluar wad, hantar kat Aida, my x office mate dulu yang pakar it tu.

Dapat keluar wad, terus aku dan hubby pegi hantar cpu ke rumah Aida, dia check itu ini, katanya tukar mobo je, ram nanti dia check, kalau ok tak payah tukar.. Alhamdulillah, cpu ok, tukar mobo je, and aida kata upah dia beli barang bukak pc, 35 ringgit, tapi disebabkan Aida sangat baik hati, aku kasi dia 50 ringgit, ye la dari kedai komputer tu nak charge sampai 600 ratus kan...

CPU ok, cuba connect ke internet, sudahhh tak dapat connection, keluar error nombor 678, report ke streamyx, sapa yang ada streamyx ni tau je ala hazabnya. Mula-mula cuba buat reconnection, tak boleh, buat report, kemudian kata budak streamyx selepas sehari report di buat, katanya port area rumah aku yang problem, tunggu technician diaorang betulkan, sehari berlalu, aku masih belum dapat connection, aku cakap mungkin modem rosak, sebab sini kilat dan petir sampai cpu aku rosak, walau kami off pc dan modem. Dia tanya lampu-lampu kat modem tu, aku cakap semua menyala je, budak bertuah streamyx tu suruh aku bawa modem pegi kedai check ok ke tak?

Aku sound le, aku cakap, aku amek pakej sewa sekali modem, apsal pulak aku kena bawa modem yang aku sewa ke kedai untuk check, patut technician u all datang check, kalau rosak tukar yang baru. Sangat menguji kesabaran. Kemudian dia cakap dia akan buat report semula, again.. call lagi esok dan esok, sampai beresok-esok punya esok, khamis 30 April katanya date due prosedur kerja diaorang untuk settlekan masalah aku, janjinya technician akan datang 30hb juga, tp ampeh sampai petang langsung tak muncul. Call again streamyx tu, gedebuk-gedebak, dia janji akan hantar technician hari ni 1 Mei.

10.30 pagi, ding dong...budak technician sampai, tak sampai 3 minit dia duduk depan pc, test modem, dia kata modem rosak.. see aku dah kabo modem rosak, budak streamyx sana sebok juga suruh aku buat connection itu ini, set up connection baru bagai... akhirnya... mereka telah tukarkan modem yang baru, dan budak ni kata, ni modem lama kak, kami dah tak pakai modem ni skrng. Kan dah kabo, modem je rosak, tu pun susah nak hantar orang dia datang check, padahal dia check modem tu tak sampai 3 minit pun settle.

Aku masih lagi MC, and next week aku apply cuti seminggu, minggu depan tu akan check up kat hospital, harap-harap doktor akan bagi mc untuk rest lagi kat rumah. Duduk rehat di rumah, Alhamdulillah BP boleh maintain, tidak naik terlalu tinggi, sesekali naik juga, tapi aku cepat-cepat baring, rest, rileks..BP boleh kontrol semula, memang duduk rumah tengok tv, baring, baca novel, baca majalah, lepas ni dapat online. Memang la bosan ke, berhari-hari terperap kat rumah, bila hari cuti je sesekali kami keluar makan kat luar, atau pegi pasar malam sesekali. Kerja rumah semua hubby yang bereskan, dari membasuh pinggan, basuh kain, gosok kain, mengemas semua dia bereskan. Nak buat camner, kalau buat kerja banyak nanti BP naik, dan tangan pulak kebas-kebas sampai timbul urat-urat, sangat sakit.

Masa aku kena tahan kat wad, teman sebilik aku di wad tu pun kebas, lebih teruk sebab dia ada penyakit tulang, kebas dan sakit tulang, dia cerita start 5 bulan mengandung dia kebas, masuk 7 bulan lagi teruk, sampai drive pun sebelah tangan je, gilir-gilir sbb terlalu kebas. tidur malam tak lena sebab sakit, tido pun kena tido sambil duduk. sampai doktor bagi pil tido, lepas dia bersalin masih tak hilang kebas, sampai nak menyusukan anak pun tak boleh, sbb kebas, dan nurse tak benarkan dia menyusu anak sbb takut baby terlepas dari dakapan. Sungguh la dugaan kan hendak melahirkan satu zuriat pun. Dia dibersalinkan 35 minggu kandungan kerana masalah tulang belakang terlalu sakit.

Last week, seperti dirancang, kami beli juga barang-barang basic keperluan untuk coming adik, Insya-Allah by the next check up, kandungan dah nak masuk 7 bulan. harap semuanya selamat. Selebihnya barang-barang tu akan disediakan selepas selamat semuanya. One of my friend anaknya baru keluar dari wad, setelah lebih 60 hari duduk di wad kerana lahir awal, iaitu 29 minggu, dengan berat 1.3kg. lamanya kan, tapi yang penting selamat semuanya.

Again, terima kasih atas doa dan prihatin kalian, sorry tak dapat reply mesej korang semua, sebab tak dapat online.. baru tadi baca kesemuanya.

Wednesday, April 23, 2008

Long break..


Doakan selamat semuanya...

Aku dimasukkan ke wad, due to high bp. And doktor takut nanti kena pre eclampsia. Sangat memuakkan duduk dihospital, masuk hari Khamis, aku jadi tertekan, dan depress bila kena tahan, kemudian aku di letakkan di labour room, untuk stabilkan tekanan darah or observation, masukkan drip, kemudian kena hydralazine, iaitu masukkan ubat ke dalam badan untuk turunkan bp. Sangat tension occay, dengan nurse amek bp reading setiap 20 minit. Oh pressure...

Mujurlah tekanan darah stabil sikit selepas beberapa hari di wad, aku minta balik. And doktor bagi balik, and bagi mc dua minggu utk rest, and kemudian datang check up semula, harap-harap lepas ni bp tak naik, tanak masuk wad lagi, lepas ni kalau masuk juga mesti kena duduk sampai dibersalinkan, ya..expecting pre mature juga kali ini..

My fren, iaitu Cik Daun yang very the busy sebok nak menikah dan emaknya yang pakar hemopati telah membekalkan aku ubat hemopati untuk redakan bp, Alhamdulillah, nampak ada kesannya, bp boleh dikawal, tidak naik tinggi. Harap-harap dapat membantu at least menanti sehingga kandungan 32 minggu, and berat baby lebih 1.5kg nanti..aminnn, tolong doakan daku.

So sepanjang tempoh rehat yang diberikan oleh doktor, plus cuti tahunan aku ambil, maka aku kira aku takkan balik ke office sehingga aku bersalin, kala ini aku masuk opis kejap, settlekan kerja, brief my assistant perkara pending yang dia kena handle, and lepas ni aku akan mc, cuti, plus cuti bersalin rasanya. Nak online kat rumah pun payah, sbb cpu 'kong' kena petir rasanya, masa hujan lebat dan kilat kuat last week, tengah masuk klinik cpu kami tu, nantilah aku call streamyx and buat connection dari laptop ini, and kalau darling setuju nak try pakai wireless jer, so boleh beronline sambil bersantai di meja makan gitu kat rumah.

Harap-harap cpu boleh bernafas sempurna, sangat bosan tanpa internet. Rugi je still kena bayar streamyx, padahal tak guna..rugi..rugi...kami amek pakej unlimited pulak tu, sangat rugi...

ermmm donno bila dapat online lagi, till then, tolong doakan me and coming baby selamat kedua-duanya..really appriciate doa kalian..

So end of this week, akan kami lakukan persediaan untuk coming adik, belikan barang asas yang penting untuk persediaan, in case next appointment doktor terus admit aku, and keep me until bersalin, so the baby stuff semua ada tersedia, idaklah anakku lahir tanpa sehelai baju macam abangnya dulu, malah sekeping pampers pun tak der. tapi masa tu mmg dia tak pakai baju sendiri pun, kena pakai baju hospital je duduk dalam incubator tu.

"Ya Allah, berilah keizinanMu untuk aku melahirkan dan berpeluang membesar anak yang di dalam rahimku ini sekarang, sesungguhnya Kau tau yang terbaik buat hambaMu yang lemah ini, aku mohon berikan aku kekuatan dan ketenangan dalam mengharungi dugaan dan cabaran ini, aku redha semuanya. Kau selamatkan aku dan kandunganku kali ini..Aminnnn... "

p/s untuk darling :-
Babah, Mama sayang babah sangat-sangat. terima kasih being such a wonderfull husband, memahami dan sentiasa menyayangi. Banyak babah berkorban sepanjang melayan mama lalui kehamilan ini, segala urusan rumah tangga semua babah buat sekarang, mama terharu dan menghargainya. You are superb!! handle everthing very well... Love you hunny....

Monday, April 14, 2008

Manusia..


U all baca tak pasal sorang budak lelaki chinese yang umur 10 tahun yang ditinggalkan hidup seorang dalam rumah flat yang macam pusat pelupusan sampah je. Kesiannya aku baca, tak kisah la anak cina pun, tapi dia sangat kecil lagi untuk ditinggalkan begitu je. katanya emaknya tinggalkan beberapa bulan lepas dengan satu kad atm, dan akan bank in setiap minggu 30 ringgit untuk duit belanja dia, tapi dua minggu lepas dia dah tak terima lagi duit dari ibunya dan tak tau ibunya ke mana. Mujur ada jiran membantu bagi dia makan.

Ishhkkk aku tak faham le kenapa ada emak sanggup tinggal anak begitu, tak ke dia risau anak dia demam ke? sakit ke? kesian budak itu hidup keseorangan. Kalau rasa tak mampu bela, hantarlah ke rumah anak-anak yatim.

Bulan lepas ada berita mengenai kes budak umur 5 tahun yang kena dera, kena pukul dengan kayu sebesar lengan katanya, kena pukul dengan tali pinggang, sampai satu tahap, budak tu dah tak heran kena pukul. bila jiran menegur emaknya marah jiran dan bergaduh. Satu tahap jiran ni tak tahan melihat budak ni kena dera dan dia buat aduan, akhirnya emak budak ni kena tahan. Pompuan meroyan ni ibu kandung dia. Gila sungguh, kau hamilkan anak tu, kendong dalam rahim ko ke sana sini, dah lahir, kau dera budak tu. kejam sangat la kan. Tengok dalam surat khabar kesian nengokkan luka dan lebam-lebam di badan budak tu, betapa seksanya dia menanggung segala kesakitan kena belasah.

Rumah
Kami masih geram dengan kontraktor yang renovate rumah kami. Dia buat bumbung polycarbonate kat luar tepi rumah dan porch kereta tu macam ampeh. dari jauh mmg nampak kemas, tapi kualitinya ampeh sangat. Kat tepi dinding gamnya tak rata and berlaku sedikit kebocoran. Berkali sudah maklumkan pada dia, dan berjanji nak betulkan, berbulan, dia buat tak peduli. Dan ada lagi beberapa perkara yang geram sangat.

Pengajaran juga untuk cik abang, mudah sangat percaya orang. Aku dah pesan sebelum langsaikan baki bayaran renovate rumah, aku cakap tunggu dulu, check betul-betul mana tak puas hati, delay dulu payment, bukan kita tak nak bayar, tapi sebagai cagaran kalau ada benda-benda cacat cela dan perlu dibaiki. Tapi knowing him, dia tak suka berhutang dengan orang, dan percayakan orang. Akhirnya orang janji tinggal janji, konon janji apa juga masalah call je dia akan baiki. Ampeh!!! Masa kami renovate rumah pun ramai kawan-kawan aku pesan, jangan percaya sangat janji kontraktor ni, aku selalu remind benda ni, tapi itulah my darling ni selalu fikir semua positif je. Ermm padahal manusia ni bukan sama, tak semua selalu nak jujur macam kita sangka.

Kontraktor ni pun satu, aku tak nak kata bangsa melayu, sebab bangsa lain pun sama gak, ada kawan aku renovate puluh ribu dengan kontraktor cina, last-last rumah terbengkalai, and dah siap pun banyak kecacatan, and the end terpaksa keluar modal lagi untuk upah kontraktor lain betulkan, bumbung bocor, paip slow pressure. Tapi aku tengok kadang-kadang orang berniaga ni tamak, sampai satu tahap, orang mintak buat itu, buat ini dai terima, jangi bukan main manis, itu ok, ini ok, itu boleh ini boleh. Tapi ampeh, pekerja tak reti jaga, akaun tak manage, entah pelik. macam kami dulu janji payment ialah 30% selepas sain agreement, 30% bila rumah dah 50% progress, and baki 40% bila rumah dah siap. Tapi kontraktor ni, kejap-kejap minta duit, nak beli tu, nak beli ini, tak bagi, kerja tak jalan. Kalau ikutkan projek dia dapat bukan sikit-sikit, dapat tender lebat-lebat, tapi macam mana dia manage akaun dia.

Entahlah, orang Melayu bukan tak boleh berjaya, tapi pengurusan selalu out. kadang-kadang rugi tengok budak melayu ada modal, dan dapat peluang berniaga, bisnes macam hidup segan mati tak mau, kalau bukak kedai runcit tu, alahai, tengok kedai pun tak selera. Last-last bungkus, kalau tak percaya masuk kedai runcit mamak, bezakan cara dia susun barang, cara dia layan kita, berbeza. Kedai melayu kita tanya mana kicap, dia cakap je, kat rak belakang, dia duduk kat kaunter tekan sms. kalau mamak siap pegi tunjuk, atau siap tanya, apa kicap akak mau, saya angkat.

Hari jumaat lepas, aku pegi pasar tani kat sini, singgah gerai jual nasi lemak, Najmi nak beli nasi lemak sebungkus seringgit, gerai ni jual segala nasi campur, nasi kerabu semua, aku cuma hendak nasi lemak yang siap dibungkus dan aku sediakn duit seringgit cukup, budak gerai ni sibuk bungkus customer lain punya order, bukan sorang dua tiga orang kalut bungkus, aku cakap elok-elok, 'dik akak nak ambil nasi lemak ni ye, ni duitnya," apa salahnya dia hulurkan aku plastik dan aku boleh ambil sendiri dan serahkan duit pada dia. Dia cakap kejap ye kak.. Aku sabar lagi, dia bungkus lagi nasi yang orang order, aku berpaling kat kawan dia yang tengah hiris telur masin, aku cakap nak ambik nasi ni, kawan dia kata kejap.

Lama juga aku tunggu semata-mata nak sebungkus nasi lemak seringgit dan dah ready depan mata, dan aku ada duit secukupnya. last-last aku sound, "dik, akak nak ambil nasi sebungkus ni je, susah sangat ke nak hulur akak plastik, akak boleh buat sendiri, lamanya nak tunggu ko buatkan" budak ni sengih dan hulur, tak cakap sorry ke apa, Aku ambik plastik dan masukkan nasi lemak dan kasi duit, sempat aku cakap "plastik tu letak je la kat situ, orang boleh ambik sendiri, kalau dah rasa sibuk sangat" Pehtu ada mamat sebelah aku cakap, "ntah lembab betul diaorang ni, saya tunggu nak dapat duit baki pun lama.

Dan macam aku pernah cakap sebelum ini, aku memang jenis suka cakap depan kalau aku tak puas hati,kita cakap tu, bukan untuk jatuhkan orang yang berniaga, tapi untuk dia baiki diri, terpulang la pada dia untuk improve. Kalau jenis sengal dan rasa dia dah hebat, mmg kekwat la dia nak improve. Ingat aku komplen taska Ab*m yang Najmi transit dulu tu? langsung takder improvement, last-last jiran-jiran aku yang transit anak-anak diaorang kat situ pun ikut jejak langkah aku, hantar kat rumah Kak Ani juga.

Monday, April 07, 2008

hadiah Johan membaca Lancar


"A journey of a thousand miles begins with a single step." by Confucius

Betul beno kata-kata Confucius itu kan..

And Najmi dapat hadiah lagi semalam, and kali ini ini hadiah dia dapat

Photobucket

Ok close up sikit...
Photobucket

Alhamdulillah, at least dalam aku dok komplen dia malas membaca dia dapat johon membaca lancar. Yang aku tak pastinya, bila dia masuk program ini, tup-tup bawa balik hadiah, johan pulak tu..bertuah sungguh la kan.. Bila aku tanya baru dia cerita, dia kena naik pentas baca buku apa tah, susah kata dia, perkataan panjang-panjang, dia kena baca tak boleh silap. Ishkkk sungguh tidak diberitahu langsung. Sabau je la...

Moga-moga hadiah ini motivasi untuk dia terus sukses, macam aku tulis sebelum ini, dia sudah letak satu bench mark untuk diri dia sendiri, dan aku hendak dia bersaing dengan diri dia sendiri terlebih dahulu sebelum bersaing dengan orang lain. Nak aku terangkan pada dia lebih-lebih pun bukan dia faham sangat. Harap-harap dia akan terus sukses, aku and babah will always bagi yang terbaik dan termampu untuk dia. Dan so far, Alhamdulillah, dia boleh bersaing dengan rakan-rakannya yang lain juga, tidak ketinggalan walau tidak terlalu di hadapan. Syukurlah pada Allah, setelah ujian-ujian hebat masa aku mengandungkan dia, melahirkan dia, Allah bagi anugerah yang tidak ternilai ini.

Pasal AF la pulak..
Minggu ni minggu rock kapak, tah hapa je persembahan budak-budak dalam AF6 minggu lepas, kecuali Nadia, Riz, Rina, Stacy, si Stanly tu palsu sungguh, dipaksa-paksa menjadi rock. Pakaian mmg outlah, terutamanya Lufya, sungguh meroyan designer yang cipta baju tu, dan sangat tak masuk akal orang yang suruh Lufya pakai baju menyanyi lagu rock. Siap baju berlobang kat ketiak, setelah dua minggu lepas minah Arab tu pakai baju yang Wani design dan basah kat ketiak, hiks..dengar khabarnya Wani tanak amek balik baju tu, siap nak hantar bil ke Astro, katanya kalau amek balik, takder orang nak pakai baju tu dah lepas ni..eheheh... (note:-Wani menang design baju lelaki glamour masa ABPBH baru-baru ni, Ijoi pakai, last year Mawi. Good Job Wani. Wani ni kawan Febie, aku pernah jumpa and lepak-lepaking makan minum dengan diaorang, and sangat cumil orang.. )

Berbalik pada AF, yezza mama Rina Rock bebeh!! Cayalah..aku suka mama Rina ni, sedang-sedang aje, tak over mana pun, bak kata Adlin Aman Ramli, kalau lepas ni orang kata dia nenek tak sedar diri..pedulikan orang... ye betul, jangan peduli orang kata mama rina, bukan orang tu bagi kita makan, mama juga kena menyanyi cari duit besarkan anak-anak, orang yang mengatakan tu tak pernah tau pun, berapa ringgit ada dalam poket kita masa kita susah, tak pernah tau pun bila susu anak kita abeh, bila beras kat umah kita abeh...kan mama kan... go hot mama..hiks... kempen katanya.

Hospital
Korang baca tak beberapa hari selepas dilantik jadi Menteri Kes*hatan Datuk L*ow T*ong Lai, keluarkan kenyataan, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gomen 60 minit. Ayoooo ini Samy Ve*lu versi Cina ka?? Pengalaman aku dok pegi spital gomen ni, 60 minit tu takat masa menunggu, nak amek nombor giliran, nak daftar pegi klinik sajork.. pehtu pegi kat depan klinik mana kita nak jumpa doktor, register lagik, pehtu nunggu la ko, sejam, dua jam, tiga jam, malah mungkin 4 jam. Ko nak salahkan doktor lembab? idak jugak, mereka buat kerja dengan baik, check, scan, amek darah, mano ada lima minit, tapi tak cukup doktor la encik Menteri. Tak payah le buat kenyataan gitu, kalau doktor tak cukup, tapi pesakit bertambah-tambah. Aku pegi check up pregnant, boleh tengok dua doktor sebilik, sebab nak cepat, bilik doktor tak cukup, doktor tak sempat makan. Nurse kelam kabut, kejap doktor ni panggil, kejap doktor ni panggil, kejap suruh bawa patient pegi amek darah, kejap suruh bawak patient pegi scan, kejap suruh nurse amek tu, amek ni. Encik Menteri pegi tambah doktor dan besarkan hospital la dulu. Macam kat hospital Putrajaya ni, asalkan dibuat untuk penduduk Putrajaya je, tapi akhirnya polisi tu tukar, tak kira siapa asal ada surat rujukan boleh buat rawatan, maklumlan segala pakar katanya ada kat sini, terutamanya kanser. (ye lah Arwah Endon dulukan kanser, and dapat treatment kat sini, so facitities untuk rawatan kanser katanya terbaik di sini)

Kalau 4 tahun lepas pegi hopsital lengang je, tunggu tak sampai sejam, sekarang punyalah ramai, sampai tak cukup kerusi nak duduk. Bab tempat duduk pun satu, para suami yang temankan isteri pegi check up tu...sedar-sedar diri, bertenggek jugak dia kat kerusi tempat pesakit tunggu turn tu, sedangkan nampak kaum ibu yang terboyot, bengkak kaki ni berdiri tak der tempat duduk, selamba badak siap baca surat khabar, makan minum sebelah bini, sampai hati biar bini orang lain berdiri lama-lama..apa daaaa tak gentleman langsung. My darling kalau temankan aku, memang jarang nak menempek sebelah aku, dia duk belakang-belakang tah mana-mana dia duduk, dekat kaunter bayaran biasanya sebab situ tak ramai orang, bila nampak turn aku baru dia temankan masuk jumpa doktor. Aku pun segan kalau laki dok sebelah kalau nampak ramai lagi kaum ibu seangkatan aku berdiri. kecualilah dah petang banyak kerusi kosong, barulah kami duduk sekali.

So aku rasa kenyataan Encik Menteri itu ialah kenyataan meraih publisiti, doktor sendiri pun gelak baca kenyataan dia. Encik-encik menteri tak apalah, mana ada amek nombor nak jumpa doktor. Cuba dia menyamar, pakai seluar pegi kebun duduk kat hospital, dan tengok macam mana hazab orang jumpa doktor kat spital gomen. Ermmm aku takat check pregnant je la kat sini, kalau check lain, dan anak, memang kami gunakan kemudahan perubatan yang company darling provide, pegilah je lah hospital swasta dah kemudahan itu ada gunakan je la. Kata cik abang, company untung jota-jota tak luak pun bayar perubatan staff dan keluarga. eheheh.. kira kebajikan la tu kan.. Itu yang ada kemudahan gitu, camner dengan orang lain yang hanya bergantung kepada klinik dan hospital kerajaan.

Aku tengok staff aku kat opis ni, kekadang pagi-pagi sms bagitau lambat masuk sebab pegi klinik, dia punya lambat sampai dekat tengahari. Nak kata apa, memang betul menunggu lama di klinik tu, bukan saja-saja. Kami pernah tunggu nak dapatkan mc sbb sakit mata, (biasalah doktor klinik swasta tak boleh bagi mc lebih 3 hari kan?? so kena pegi klinik gomen nak dapatkan MC seminggu) kami tunggu dari pukul 8 pagi, sampai pukul 1 tghari baru dapat jumpa doktor..eheheh semata-mata nak dapatkan mc je...sedangkan kami dah ada pun segala neka ubat mata kat rumah amek dari klinik panel. Hazab occay...

Kawan aku kat kampung, anak Mak CIk Zarah, Not, jadi doktor, mula-mula jadi doktor hospital gomen, abeh je tempoh 'edah' dengan gomen, terus lompat jadi doktor swasta. Tak tahan katanya jadi doktor gomen, kerja teruk,kadang-kadang sampai 48 jam tak balik rumah, terutama masa dia kena posting kat hospital kecik, yang doktor tak ramai. Sekarang dia jadi doktor swasta, malah boleh buat kebajikan lagi, setiap minggu dia check bp orang kampung, check kencing manis, check darah, kalau kena hantar darah ke lab, dia amek minima kos je, kalau perlu ubat dia charge harga ubat je, tak der konsultation fee apa pun, jadi sukalah makcik-makcik kat kampung dengan doktor Not. Yang lawak Not cerita masa dia jadi doktor kat hospital kampung, bila check darah tinggi, kencing manis orang tua-tua, dia tanya makan apa ni makcik kencing manis tinggi..kata makcik makan rambutan, makan manggis..Not gurau cakap, tok sah makan la, kata makcik tu buah banyak, sayang... Not kata, hantar mai hospital bagi misi dengan doktor makan, rupanya sungguh-sungguh orang kampung hantar buah ke hospital, sampai seguni kata Not.

Bagus kerja doktor kan, mulia macam kerja cikgu, aku dulu-dulu bercita-cita nak jadi cikgu, tapi tak tercapai, nak jadi doktor kenalah sedar diri, spm pun hampir bungkus kan..hiks...harap-harap Najmi nanti jadi doktor, senang mama dan babah boleh pegi check macam menteri, tak payah pakai nombor-nombor...ehehehehe

Wednesday, April 02, 2008

Cinta Tiga Segi, Jam Najmi Yang Hilang :-(


Korang dah baca blog Dr. Khir Toyo? pegilah baca, berilah sokongan kepada blog dia.eheheh, best...menarik..........

erkkk bukan blog tu..tapi komen-komen dari pembaca, interesting tauuu..

Cinta Tiga Segi

Korang ada tak terbaca kat internet isu lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Arwah Mohd. Hazwan Wafiy, banduan yang dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan membunuh berbapa tahun yang lepas. Menarik juga kisah konterversi lagu ni. Macam-macam versi dan spekulasi mengenai lagu ni, dan aku sebagai ni terlatih sebagai information provider, dan kerja-kerja menggali maklumat memang lumrah gitu. So hasil pencarian aku temui beberapa version story mengenai ini. Story asal, mengatakan lagu ini diciptakan dan dinyanyi oleh Arwah, sehari sebelum kematiannya. Arwah ni, dikatakan membunuh bekas teman lelaki tunangnya, dan cubaan membunuh tunangnya juga, katanya seminggu sebelum berkahwin tunangnya minta putus, kerana hendak kembali kepada bekas kekasihnya. Sangat kecewa dengan perkara ini, arwah membunuh bekas teman lelaki tunangnya. Dikatakan, sehari sebelum menjalani hukuman mati, warden bertanya apa permintaan terakhir dia, arwah minta gitar, dan rakamkan lagu, and minta warden ni beri pada serahkan pada bekas tunangnya (ini menimbulkan spekulasi, dia cuba membunuh, tapi ex nya tak mati, maybe) So lagu ini tersebar sudah diinternet, dan aku sudah dengar dan save.

Tak reti la aku letak lagu tu kat sini, (nanti aku bodek kalau engineer blog aku free aku suruh dia letak) korang carilah kat internet lagu dan lirik lagu tu, memang sedih, dan betapa kecewanya mamat ni. Tapi bila sudah tersebar, maka timbul version lain pulak mengenai lagu ini, ada budak dari Singapore yang mengaku mencipta lagu ni masa dia umur 13 tahun, malah akak nya pun beri keterangan dan bukti. dan katanya Arwah cuma nyanyikan semula tapi satu yang pasti, lagu ni memang sedap, dan kalau buat recording semula, memang boleh malatops. Mendayu-dayu dia menyanyi, inilah kata kak Ogy, nak nyanyi kena feeling dan gali makna. Memang sebak aku dengar lagu ini. Cumanya kalau arwah lebih tenang dan redha, ketentuan jodoh, semua ini tak berlaku la kan.

Korang carilah, dan akan jumpa pelbagai version, ada kata, ex tunang dia tak mati, tapi dah jadi sakit mental, ada kata kes ni kat Kedah, ada kata kes ni kat Pahang, ada kata dia tak sempat mati di tali gantung, kerana pengsan sehari sebelum dan meninggal dunia. (logik juga kerana katanya dia meninggal jam 5 petang, kalau hukuman mati digantung selepas subuh) Aku memang tak tau mana satu version cerita yang betul, tapi ianya menarik bagi aku. And aku teringin nak tau version sebenar cerita ini.

Najmi
Kesian Najmi, hari Ahad tu, aku belikan dia jam baru, jam 10 ringgit je, tp budak-budak la kan, dapat jam sepuluh ringgit pun seronoknya bukan main. Aku belikan dia sebab jam lama dia sudah rosak. Sebenarnya babah marah aku belikan jam tu, sebab sebelum ini babah sudah belikan jam transformer kat dia, jam tu sepuluh ringgit gak pun, masa kat Taiping, sebelum raya tahun lepas, tp tak pasti, jam tu abeh bateri atau rosak, dia tak pakai, so sebagai hargai dia dapat hadiah 5 pelajar tahun satu terbaik sekolah agama tu, aku beli lah jam baru kat dia, rupanya masuk dalam kereta dia kena marah dengan babah, sebab masa beli jam dulu tu dia dah janji tak nak beli jam lagi, dan nak jaga jam itu elok. aku diam je, sebab geram juga, babah bunuh kegembiraan budak tu. Tapi malas nak bising-bising kan, depan anak.

Aku diam sampai dah balik rumah, aku cakap kat babah, naper marah sangat, jam tu sepuluh ringgit je, bukan berpuluh ringgit, aku cakap kat babah, sepuluh ringgit tu kalau tak beli jam pun abeh gitu juga takder nampak apa pun, babah dok beli rokok sekotak berapa? kalau seminggu berapa kotak? dia beli jam sepuluh ringgit, bukan seminggu sekali, bukan sebulan sekali. Aku jadi queen drama la kejap. Babah pun diam, eheheh betul kan kan aku cakap. Pehtu babah cakap elok-elok kat dia, nanti jaga jam tu elok-elok, jangan bagi rosak, jangan bawak pakai kelaur main kat luar. Najmi pun nampak ceria sikit. Dan dia sangat excited membelek jam sepuluh ringgit tu sampai bawa tido atas katil. Korang tengoklah harga sepuluh ringgit tu kecil je kan, berbanding kegembiraan dia, dan kebahagiaan yang dia cipta. Aku tau babah bukan kedekut, tapi babah tak suka manjakan dan mewahkan anak. Tapi aku ini emak, tak sampai hati, lagi pun aku bukan belikan jam tu harganya puluh ringgit.

Mulanya aku mmg tanak layan dia beli jam tu, tapi sebelum tu aku ada membeli pasu-pasu hiasan, dan bunga-bunga, berpuluh ringgit abeh kat situ, then bila dia mintak jam aku tak belikan, aku rasa tak adil, aku boleh spend berpuluh ringgit untuk hobi aku menghias rumah, takkan aku tak boleh keluarkan sepuluh ringgit untuk beri kegembiraan pada Najmi, so aku belikan.

Tetapi, hari Selasa lepas, jam itu sudah hilang. Kata Najmi masa balik dari sekolah kebangsaan, kat rumah Mak CIk Ani, dia bukak jam letak atas meja, masa pegi sekolah agama, dia tak pakai jam, balik dari sekolah agama, dia pegi balik rumah Mak Cik Ani, jam itu tak ada, dia menangis, dua sebab dia menangis, satu kerana takut babah marah, dan satu dia sedih sebab dia sayang sangat dengan jam itu. Dia runsing, aku suruh dia solat dan pergi semula rumah mak cik Ani dan bertanya. Dia cakap kat aku, dia sudah solat kat sekolah agama, aku cakap, aku nak call ustazah tanya, dia cepat-cepat ngaku dia kata eh belum, belum solat. Pantang betul aku dia menipu, aku cubit pipi dia, dan tanya kenapa tipu, dia menangis dan cakap, dia tak tau, dia runsing, dia ingat jam, nak cepat pegi rumah mak cik Ani cari jam.

Aku marah dia, dan suruh dia solat. Lepas solat aku suruh dia pegi tanya, dia pegi dan katanya jam itu tak ada, kak Ani pun call aku, bagitau dah cari tapi tak ada. Aku pun oklah, dah hilang nak kata apa, cuma aku tanya dia betul ke letak atas meja, kata dia betul, aku pun confuse, entah-entah dia letak tempat lain. Malam tu dia sedih sepanjang malam, dia ambil jam lama yang rosak tu, dan dia pegang dan belek, kemudian slow dia cakap, boleh tak mama hantar kedai repair jam ini? aku buat tak layan. Kemudian dia tanya babah, babah cakap tengoklah. Dia pun sedih. Alahaiii bila dia sedih aku pun sedih. Aku jadi tak sampai hati tau... Babah buat kering je. Dan aku rasa aku nak beli jam baru untuk dia... Uhuhuhu betul ke tindakan aku, ni?

Semalam masa tengok Bersamamu kat TV3 tu, dia sedih tengok keluarga susah tu. Ada sorang anak keluarga tu, yang ada sukan kat sekolah dan dapat ayam goreng, dia tak makan ayam tu kat sekolah, sebab nak bawa balik ke rumah, bagi adik-adik dan emaknya merasa makan ayam tu. Sedih sangat kan, selalunya mereka makan ubi kayu rebus gaul dengan kelapa dan garam je, sebab bekala beras habeh. Sesekali dapat ayam goreng kat sekolah, dia sanggup tak makan sebab nak bawa balik ke rumah, makan sorang sikit. Maknya kata tak nak makan, makanlah depa adik beradik, anak ni kata, dia tak boleh nak telan, kalau emaknya tak jamah walau sikit. Menangis aku dengarnya ketulusan hati anak beranak ni. Orang kata biar miskin harta tapi kaya kasih sayang. Masa ini aku tengok Najmi matanya berkaca-kaca, sedih. Itu sebab sekarang ni dia jarang tak abehkan makanan dia, aku selalu cakap, kena hargai makanan yang ada, orang miskin dalam bersamamu itu, tak dapat makan nasi macam Najmi.

Dan semalam dia cakap, "mama, lepas ni kita beli la beras Faiza, sebab nanti bila beri beras Faiza, kita boleh bagi duit kat orang miskin dalam bersamamu," terima kasih anak, mengingatkan...aku sendiri tak prihatin. So lepas ni aku bertukar dari beras kebiasaan itu, kami beli beras Faiza pulak, at least boleh menyumbang. Moh le kita...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino