Sunday, September 21, 2008

biskut raya and wallpaper


Pheewww..penat sungguh menjadi suri rumah ni..dari pagi sampai malam non stop, nak layan blog pun tak sempat. Ermm rutin mmg berubah dengan adanya baby. Takder la mamanya kalau terasa nak membeli apa dia suka, anytime boleh drive pegi.. semua kena dengan babah. And buat masa ini, membeli barang pun bergilir, kalau aku keluar beli barang aku, babah tunggu Alesya dalam kereta, kalau barang yang babah pulak nak beli, mama lak tunggu dalam kereta. Gitulah, baby prem Alesya belum kami dedahkan kepada umum, eheheh, kemunculan dia takat kat blog je la. Berat dia Alhamdulillah.. minggu lepas dah 2.3kg, minggu ni entah-entah dah 3kg kot. pipi makin bulat beb.

Oklah nanti-nanti cerita pasal Alesya yang manja sangat dengan babah tu.. nak cerita aktiviti mama time Alesya tido dan mama projek biskut raya. Bahan-bahan buat biskut harap apa ada kat rumah je, tak sempat pun beli shopping barang-barang nak buat kuih, buttercup masih ada lebih setengah tong lagi, baki-baki buat cupcakes itu hari, so cukup lah tu, tepung custard beli kat petronas je, on the way pegi hantar si abang pegi sekolah pagi-pagi.

Okeh, meh kita tengok projek biskut raya mama, check dalam peti ais apa ada.. ermm walnut ada about 100 grams, badam kisar ada 250grams, choc chip ada.. so bukak buku resepi apa boleh dibuat.. tadaaa jumpa resepi choc chip yang taruk walnut..maka menerai la..sedap gak resepi ni..crunchy2 gitu...ada rasa walnut.. tp macam biasa sapinat suka derhaka pada resepi.. resepi cakap taruk walnut je..sapinat taruk badam kisar tu gak..hasilnya..sedap tau..

okeh ni resepi gua ikut
Photobucket

dalam majalah tu dia buat cenggini
Photobucket

versi sapinat jadi gini
Photobucket

Esoknya buat samprit ni..hollaaa very the sedap banget, resepi ni kata nama dia biskut dahlia, tp kat utara kami panggil samprit..sedap sangat kena betul resepi ni dengan tekak aku, dah lama menerai mencari resepi samprit yang sedap, baru kali ni betul-betul macam yang aku hendak..tak berapa manis, dan gebu.. bancuh 3 bancuhan u all, beratus-ratus biji dapat..ye la..bahagi untuk 3 rumah, emak, mertua, dan rumah sendiri. dekat 1kg tepung pakai..heheheh, tp takper...bukan uli pakai tangan semua cik mixer yang banyak berjasa itu mengulikan untuk saya..
Photobucket

yang pic last tu biskut apa tah, main hentam-hentam, letak paste capuccino..boleh tahan je rasanya, tak sedap sangat, boleh tahan je..

resepi maleh nak tempek, sebab malas menggali..ahaks..amek kat fotopages kak liza, masa buat biskut ni, tengah 'cuti' berpuasa, so terus sms kak liza, bagi feedback resepi dia yang sedap ni..eheh kantoi lak, makan biskut di siang hari..mueheheh, tapikan kak liza, saya dah ganda 3 bahan-bahan semua, end up tepung custard saya timbang cuma ada 305 gram je, means sy kurang about 55 gram tepung, so saya adjust dengan tepung jagung dan tepung gandum bagi balance. Itu sebab kaler dia kureng kuning dia, agak pucat sikit, tapi yang penting raso..sedap pada tekak den la.

dan semalam buat tart nenas, lepas berbuka, rileks jap, pehtu campak bahan-bahan dalam mixer, dah dapat doh, maka aku jadi ala-ala mak tiri kejap, paksa anak buah hubby si Lukman menekan doh untuk aku gulung..hiks..mujur ada lukman, kejap je leh setel semua..oven mak cik pnut beso, so dua tiga kali bakar je abeh, ni pun hampir 1 kg tepung bancuh. beratus biji gak dapat. yang ini pun sedap resepinya, sebab ada add susu tepung, aku memang suka resepi tart yang ada susu tepung, sebab rasanya yang gebu dan cair di mulut gitu.. Lukman cakap "sedapla wenco tahun depan kita bisnes," ehehe tak larat le nak buat bisnes biskut raya, penat. Lukman ni tekan kejap cantik, kejap berkedut-kedut..ehehe aku maleh nak rejek-rejek, aku tibai je, ye la orang dah tolong, kang asek reject dia tekan, mau mamat tu give up..ehehhe
Photobucket

sedap oooo
Photobucket

dalam list ada tiga lagi nak buat..tiga kalau rajin, tp dua tu mmg akan dibuat,iaitu almond london, and biskut shortbread. Satu lagi kalau sempat nak buat almond nest.
oklah abeh cerita biskut, cerita rumah pulak..

Seorang teman masa kat UiTM dulu, adik sebilik aku Isz, yang juga membaca blog ini (yang bila dulu time dia buat projek, kompem semak bilik kami..ahaks..sebab dia ambil interior design) ok, Isz telah menaja satu dinding feature wall kami dengan wallpaper. Meh kita tengok dioarang pasang wallpaper..

kerja-kerja pemasangan dibuat
Photobucket

tadaaa dah siap
Photobucket

dekat sikit
Photobucket

lagik dekat
Photobucket

oh sangat terima kasih isz.. so kepada rakan-rakan sekelian kepada sesiapa nak pasang wallpaper boleh contact isz-016-2175478, sekarang tengah ada promosi, 3 roll = RM388, cukup untuk satu dinding macam aku pasang tu..murah la kan, mana leh dapat rega tu kat kedai interior.. berminat sila contact dia, ada jenis murah, dan jenis mahal, dia bisa bikin..

atau boleh klik sini untuk melihat contoh apa dia ada DINDING SENI

so selain beraya dengan baby baru, kami pun beraya dengan dinding baru...

Thursday, September 11, 2008

Sehari bersama adik and puasa hari ke 11


Ya..saya suri rumah sepenuh masa untuk sehingga raya nanti..
so kerja saya melayan si adik yang sungguh baik..tak banyak ragam pun dia..
so dapatlah mama layan memasak dan masak...

Adik biasa merengek bila lapar, basah, selebihnya aku just biarkan dia dalam baby cot and letak dia depan tv, and bukak tv je..sama macam membesarkan abang, ini penting supaya dia biasa tido dalam kebisingan..ehehe so nanti senang dia boleh tido tak kira di mana..and biasa kat astro oasis tu banyak zikir-zikir dan mengaji-ngaji. so aku suka buka kuat-kuat kasi adik dengar dan aku kat dapur pun boleh dengar.

Malam pun adik tido ok, biasa sebelum aku tido, dalam 11.30-12.00 malam camtu aku siap-siap tukar diapers dia, and kasi dia bf dulu, kadang-kadang dia tak hisap pun, dia layan tido je.. so sekali lagi adik terjaga sekitar 4.30-5.30 pg, time kami bersahur tu..kiranya sekali tu le dia jaga, and biasa lps subuh aku tak tido sebab nak tunggukan kejutkan si abang semula, and hantar dia ke sekolah.

Cuma ada sehari tu mencabar betul, aku kejar takut imsak abeh, adik asyik nak BF je, tanak stop, terpaksa aku feeding adik sambil bersila kat meja makan, and sebelah tangan pangku adik, sebelah tangan menyuap makan si abang dan menyuap aku sendiri. Babah tolong cedok-cedok lauk untuk kami.lenguh occay...tapi demi anak-anak tahankan aje, si abang mata lalok, kalau tak disuap tak makan la, dan dia pulak nak mama je suapkan. Sabaaarrrr...

Ok meh kita tengok sehari bersama adik
Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting


Serius gua cakap sama lu..ayam resepi campak-campak ni memang sedap banget. ala-ala ayam kung pao makan kat hotel gitu..dok imagine kalau dapat ikan yang sesuai masak gini sure sedap, ikan apa ek sesuai? ikan dowry ke?

and donut ni pulak, try resepi baru, pakai yis basah and pakai fresh milk..hasilnya..mabeles....sedap sangatlah, lembut dan gebu..kena sungguh dengan tekak aku, buat donut sambal, and letak filling strawberry and orange, huishh sedap, ala-ala dunkin donut cik senah oiii... confirm donut ni masih gebu dan lembut walau sudah berjam-jam di goreng, tak keras pun.

oklah kali ni rajin, meh kasi resepi
resepi donut member forum kasi
DONUT

Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:

Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
Ambil penerap bulat, terap hingga habis
Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus


and resepi ayam tu...
tatau le apa nama ayam tu tp ala-ala hentam macam ayam kung pao chicken..
tader sukatan ek..main agak-agak, sesedap rasa

Bahan
isi ayam (amek kat dada, potong-potong la, jgn beso sgt, jgn kecik sgt)
tepung jagung
garam sikit and lada sulah
(semua bahan ni digaul-gaul dan goreng, kemudian toskan)

Kuahnya
Bawang putih bawang besar (ketuk-ketuk untuk tumisan)
Bawang besar kuning tu, potong dadu
capsicum
gajus (digoreng dulu, kalau tader, belasah je gajus paket yang boleh terus kunyah tu)
cili kering (digoreng gak kasi garing sikit angkat dan tos)
kacang peas
sos tiram
cili sos
tomato sos
tepung jagung (bancuh dengan sikit air untuk pekatkan kuah)

Caranya
tumis bawang putih + bawang beso
then masukkan sos tiram, masak kejap, then masukkan cili sos dan tomato sos
masak sampai naik minyak, masukkan air sikit
then masukkan capsicum
then masukkan gajus, cili kering, tuang bancuhan tepung jagung ngan air tadi
(ini just utk pekatkan kuahnya, kalau tak suka, tak yah boh pun tak per)
then masukkan ayam, gaul-gaul..

hasilnya alahai..sodapppp
cubalah weiii senang je ni..
bulan-bulan posa ni masak simple-simple lagi membuka selera kan..

ni tadi lepas solat isya' siapkan bekas untuk projek kuih esoknya..jenuh memikir camner nak bentukkan jadi kotak gitu..hentam sajalah..nak makan anak beranak je pon kannnn
Photobucket Image Hosting

tadaaaaa gigihkan..hiks..seronok lak jadi suri rumah tangga ni..

tadi berbuka masak keow teow kung fu, favourite si najmi, and again buat donut sambal again, kes dua hari lepas buat donut mama sempat makan sebiji je donut sambal tu, tak aci tau, diaorang berdua abehkan yg lain-lain tu.. and jiran-jiran kak ani and kak zah kebetulan dua-dua kasi bihun goreng, maka tader la juadah nasi untuk kami, plan nak masak nasi goreng je untuk bersahur, tapi keow teow masih ada dua keping lagi yang dah siap bersalut telur, so diaorang berdua makan tu je la.. untuk mama cukuplah oat + milo nanti

Dah jadi surirumah ni setiap hari fikir nak masak apa je.. tambah pulak si abang tu berpuasa, kena fikir menu-menu yang dia suka, hari selasa lepas dia mintak buat jelly milo, dah aku buat seloyang, dia makan seketul je..aduhhh sabau je la.. sebelum tu buat dadih mango tu, dia suka sangat pulak, sampai berebut mama dan dia..ehhehe, siap chup, yang belah sini dia punya, sebelah situ dia punya.. ermm apa ek nak masak hari ni,

Sunday, September 07, 2008

Nur Alesya Qhaisara sudah balik ke rumah


Alhamdulillah..setelah 90 hari di wad, dan selepas melalui fasa-fasa yang kritikal, Nur Alesya Qhaisara, dengan izin Allah Taala, sihat dan sempurna sifatnya fizikal dan semuanya baik-baik sahaja untuk dia kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah...

And now aku bercuti panjang untuk menjaga dia, so bermulalah kehidupan aku menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sebulan ini. Dua hero sukalah sebab aku ada time kat rumah masak-masak untuk berbuka. Ermm pening juga memikir menu setiap hari nak masak apa.. apa pun bergantung pada mood Alesya, jangan dia meragam udahlah..tp so far, dia normal je, tak der la merap sangat, biasa-biasa je, menangis bila lapar, or diapers dia basah/berak kencing..

Okeh, mari kita tengok Alesya yang dah makin menggebus...
Hari last kat hospital, sebelum discharge balik rumah, Alesya tido nyenyak..dah siap-siap nak balik ni, tunggu doktor kasi date appointment je..
Photobucket

makin tembam pipinya
Photobucket

tido dengan pelbahai mimik muka..
Photobucket

Yeay!! dah dapat balik...ni tunggu babah pegi ambil kereta kat tempat parking
Photobucket
dengan abang yang sangat excited, dan bertanggungjawab, asyik nak berkepit dengan adik je..

Alesya first ride dalam keter babah
Photobucket

Finally dapat bermalam di rumah sendiri, dapat bermalam di katil sendiri
Photobucket

tengok..nyenyak tido sampai ternganga mulut dia
Photobucket

ni tadi mama bedung ikat kemas, dah longgar, and sarung kaki entah kemana tercabut, ehehe maklumlah Alesya harap pipi je gebus, kaki dan tangan masih kurus..
Photobucket

Ok tamat cerita Adik, meh citer pasal abang..
Alhamdulillah, abang masih berpuasa penuh, sehari pun belum tinggal lagi.. Abang kuatkan kan.. kena bodek-bodek ni..dah ada adik, kena bodek-bodek cakap adik suka abang sebab abang puasa, abang kacak, abang kuat..eheheh..

And semalam anak-anak buah darling yang study kat sini bermalam kat rumah and berbuka di rumah kami, so menu kitaorang hari kedua special sikit, hari pertama diaorang buka puasa kat sini sabtu, kelam kabut sangat, sebab Alesya dapat keluar wad pun dah dekat pukul 4, so kelam kabut, singgah pasar ramadhan, beli kuih-kuih, murtabak, je untuk berbuka, dalam kelam kabut hanya sempat masak lemak ikan keli, ikan selar sweet sour, and anak buah Zirah, goreng sayur sawi, tu je la menu kitaorang, and ada ayam percik yang beli kat pasar ramadhan, tak suka tau orang jual ayam tu, sebab ayamnya dah sedikit berbau, tp tergamak menjual kat orang, pastu keras, tak baik ambil duit orang 6 rggit seketul ayam, tp jual kualiti ayam gitu.

So semalam aku masakkan diaorang nasi ayam, memang masak banyak, sebab nak kasi kak Ani depan rumah sikit and kasi budak-budak ni bawa balik hostel. Buat agar-agar sirap ros je and buat pizza sebagai memenuhi permintaan dua hero yang dari sebelum puasa minta buatkan pizza..ehehe kali ni pizza dah upgrade tau, tak bakar atas tutup periuk dah, dah ada pizza pan tau, darling beli ni 3 set terus..haruslah bini kena rajin buat pizza sebab laki dah beli pan, and dua-dua hero memang gemar pizza. And ni first time guna sos pizza, malay brand sikit, tak ingat pulak brand apa, sedap jugak, biasa aku pakai sos prego je...

Nasi ayam ready to hantar ke rumah Kak Ani, Kak Zah tader, outstation, so rezeki Kak Ani anak beranak je la..
Photobucket

Chicken pizza dengan red sauce
Photobucket

Seafood pizza dengan thousand island sauce, cuma ada tuna, sotong and crab meat je dalam peti ais, udang tader..jadilah...
Photobucket
pizza-pizza ni sengaja parut cheese sikit je.. tak elok makan cheese bebanyak kan..ehehe

plan hari ini, ayam masak kicap, telur sambal, sayur kobis masak lemak putih..tu je la..kuih lak, nak buat donut again, and maybe buat donut sambal jugak, sbb hero-heroku suka donut yang jenis pedas/masin..

Wednesday, September 03, 2008

Berpuasa hari ke 4


Senang betul tahun ni punya date puasa, kalendar Hijrah dengan kalendar Masihi sama lak, senang nak ingat, 4 September bersamaan 4 Ramadhan. Sepanjang 4 hari berpuasa, aku telah berjaya tidak menjejakkan kaki ke pasar ramadhan. Yes!! hero kecik dan hero besar dijamu juadah berbuka dengan masakan aku sendiri, walau terkejar-kejar balik kerja, masak tapi puas dapat sediakan sendiri semua untuk diaorang, and Najmi Alhamdulillah, dapat berpuasa penuh sepanjang 3 hari lepas. Dugaan betul nak mendidik dia berpuasa, angin je dia memanjang, balik dari sekolah agama tu, dia dah meragam dahaga-dahaga... aku gertak sikit, marah-marah cakap dia, pegi je la minum, lepas ni orang berbuka kamu duduk dalam bilik, baju raya dah beli kasi orang, dan jangan cakap dengan mama, malas tau nak pujuk rayu, dah pujuk rayu lagi mengada-ngada, lagi kuat volume dia merengek, bila ganaz sikit dia terus jd slow, dan diam bukak tv, layan kartun.



Hari pertama menu kami karipap, and nasi lauk pajeri nenas, sayur lemak cekur manis, ikan tongkong belah belakang sumbat sambal kelapa (favourite dua hero aku ni), hari kedua buat buah melaka, and goreng karipap baki-baki yang belum goreng lagi, buat masak lemak cili padi telur itik, sayur cekur manis masih ada lagi, and goreng lagi ikan tongkol sambal kelapa tu. Aku lebih suka ikan tongkol buat sumbat belakang berbanding cencaru, cencaru keras, tp susah nak dapat ikan tongkol size comei-comei..kalau jumpa je sure aku beli, sedap tau buat sumbat-sumbat dengan sambal kelapa atau sambal biasa je je..



Semalam aku buat ketayap, dengan tepung ketayap tu aku baut kuih cara juga, hahah dapat dua menu kuih, kuih cara taruk gula, pehtu babah cakap, ehh nanti buatlah kuih cara letak lauk ek..ok next projek ek babah. And semalam gak buat cucur jagung, beli jagung satu pack tu ada 3 tongkol, satu tongkol buat cucur jagung, ada lagi dua, nak rebus tak best, nak buat bubur, nak simpan esok sure dah kecut-kecut sikit, so aku bantai buat nasi minyak jagung, kebetulan hari sebelumnya buat sirap bandung, so ada bukak susu cair, buat sikit je, 3 pot, tp dapat banyaklak.. pehtu buat ayam masak merah, abehkan susu cair yang dah bukak tu, tu je tader lauk yang matching lain, kalau dapat dalca ke, kurma ke sedaplah kan. tapi tak koser la nak renyah-renyah bukan ada sapa nak makan sangat pun, jadi guna lauk recycle je, pajeri nenas ada lagi, kira boleh masuk la gak, pajeri nenas dengan ayam masak merah. and ada rezeki jiran-jiran, kak ani depan rumah bagi sagu so tukar juadah dengan dia, aku kasilah ketayap tu sikit, and kak zah kasi fruits cocktail, aku kasi ketayap dan cucur jagung, and malamnya sebab nasi jagung macam banyak, aku kasi nasi jagung dan ayam masak merah tu kat diaorang sikit.



Hari ni tak tau nak masak apa, coz malam nanti Insya-Allah aku akan ke wad NICU, akan bermalam dengan Alesya..wahh first time ni..berdebar-debar ni, macam mana gayanya first night aku dengan dia. meragam ke, tido elok ke..so untuk menu hari ini, petang nanti cadangnya just nak abehkan lagi karipap yang telah difrozenkan, and maybe, just nak goreng bihun goreng je kot. Then sebelum berangkat ke hospital malam nanti, aku akan goreng nasi je untuk dua hero tu bersahur, and hero besar just panaskan pakai microwave je nanti.



Sabar ye babah, kita berpisah kejap demi adik Alesya, nanti Sabtu ni kalau Adik dapat balik, mama cover balik, masak special..eheheh hutang nak buat pizza kat dua hero ni tak tercapai lagi, dari sebelum puasa lagi. ada sekali nak buat pizza, tup-tup aku perap chicken wing untuk panggang dalam oven banyak, terus darling kata tak payah pizza, buat chicken wing tu dengan burger je la.. maka tertangguh plan nak pizza lagik.



Yes, malam ini aku akan bermalam dengan Alesya di wad, memang gitu, biasanya dekat baby nak keluar wad, doktor akan suruh ibu dan baby duduk sekali, at least 2-3 malam, bergantung kepada berat baby nanti macam mana..hopefully paling awal Alesya dapat balik pada hari Jumaat petang, or paling lewat hari Ahad, tapi naluri aku mengatakan mungkin Sabtu dia boleh balik..Insya-ALlah.... so nantikan cerita Alesya dibawa balik next week.



So next week, aku akan bercuti panjang again.. cuti sampai raya nanti, dekat sebulan juga, and selepas tu tak tau lagi macam mana, maybe akan sambung cuti lagi, and seterusnya cuti separuh gaji, atau kalau kami dah berjumpa baby sitter yang ok, akan tinggalkan dia dengan baby sitter, belum fikir lagi..



So doakan Alesya cepat naik beratnya ye.. moga minggu depan dia akan memulakan kehidupannya dengan kami dengan baik...Pada yang sms, yang ber-ym bertanyakan perkembangan Alesya selalu, thanks a lot..kepada yang dah belikan hadiah buat Alesya, kami hargai dan terharu..kepada yang bertanya, tak tau nak belikan apa untuk Alesya, saya pun tak tau nak kata nak apa, sebab doa kalian pun satu hadiah juga buat kami. But kalau ada yang berniat hendak juga kasi gift, so far yang sudah Alesya ada yang diberi kawan-kawan saudara, beg baby dah ada dua, botol susu, berapa ek..lebih 5 rasanya, baju dah melebihi keperluan dah rasanya, tempat diapers, kasut baby, sarung tangan, stokin, hamper, losyen bagai semua dah ada..bukan apa, takut kang tak terguna, sayang je terperap, pengalaman Najmi dulu bedak/losyen tu, kami sampai kasi orang, sebab banyak sangat dapat hamper, so takkan nak simpan bedak/losyen sampai bertahun, kang expired pulak. So kalau u olls nak kasi gak hadiah, kasiklah selain dari yang sudah ada itu.. toys2 pun taper la... hahaah kalau yang kaya macam Uncle ADY orang kaya Miri tu yang gaji aku ni suku je dari gaji dia tu.. sila beli hadiah yang mahal occay.. Ady, sila hadiahkan aku baby car seat. ni baby gemini tau, ko kan nak anak angkat gemini..hahahaha



So nantikan debaran Alesya pulang ke rumah ye..Insya-ALlah kalau dia dapat keluar Sabtu, saya akan cuba update secepat mungkin untuk tatapan kalian..

Monday, September 01, 2008

Hari Kedua Berpuasa, and Alesya 1.670kg


Nak update gak, tapi malas menaip dan mengarang apa nak update..
so lets the pictures do the talking..ehehe..
jamu mata kejap...

ni gambar sebelum posa..menerai buat donut versi pakai yis kering, biasa buat pakai yis basah..my comment, lebih enak dan lembut pakai yis basah, yang ini pun sedap, tapi tekstur donut guna yis basah lebih ummpphh..

saja tak buat donut macam gelang tu, beso-beso kang cepat kenyang, so buat bulat-bulat je, senang, sekali ngap je... manis dan masin-masin pedas..(tak der pedas pun)
yang manis

Salut gula dan coklat
Photobucket

Photobucket
yang ni versi pedas/masin buat inti macam chicken pie, guna white sauce dalam inti tu, saja buat white sauce lebih, so lps tu rebus kentang, buat mashed potato..apa lagi, suka bebeno le dua hero, favourite depa mashed potato nih..

and ni semalam punya.. tahun ni sebab harga barang semua naik, dan kat pasar malam pun makanan/lauk dah mahal, apatah lagi di bulan puasa ni, sure mahal-mahal, lauk 2 ringgit tak jual dah, semua jual 2 ringgit.so beli barang basah masak je la, lagipun balas balik dendam lama tak memasak masa pregnant/bersalin itu hari..

buat karipap untuk juadah berbuka..
inti karipap,
Photobucket
ini inti karipap version bonda tercinta punya resepi, kitaorang buat karipap memang tak pernah buat guna rempah kari, pakai jintan kasar dan lada hitam/kunyit, bagi kami memang suka karipap begini, kalau guna rempah kari macam boring je, tak 'laju' jalan kalau karipap inti rempah kari tu, kalau inti begini memang sedap.

pembantu khas, Najmi tolong gentel tepung bulat-bulat dan babah tologn canai, mama mengelim karipap, mereka dipaksa membantu, sebab mama nak cepat, ehehe lagipun nak lekakan najmi sementara menantikan waktu berbuka.
Photobucket
hahaha maacam biasalah darling i seksi je kat umah, so kena pakaikan baju hitam tu....ehehe

karipap dah siap dikelim
Photobucket
kejap kecik, kejap beso, kejap nipis, kejap tebal, gitulah bila hero membantu, kejap najmi kepal beso, kejap dia kepal kecik, babah lak, kejap canai tebal, kejap canai nipis, kena mama adjust, dah masuk intin kena gunting-gunting tepi-tepi, nak kasi lawa..

tadaaa dah siap goreng
Photobucket
Tips nak dpt kulit karipap gebu begini, goreng semasa minyak belum panas, baru minyak tu suam-suam je masukkan karipap, goreng balik-balik dengan api perlahan je, sampai dah kuning-kuning sikit, baru kuatkan api, and sebelum diangkat tutup api semula, biar suam sikit baru masuk karipap lagi, memang renyah sikit, tapi hasilnya sedap, kulit karipap gebu dan cantik.

and lauk semalam pajeri nenas..
mahal tau nenas tu, sebiji 3 ringgit, uhuhu nenas madu kata akak tu..tp mmg sedap, manis-manis gitu..
Photobucket

cadangnya nak kasi jiran-jiran sikit, tapi petang tu hujan lebat lak, so tak dapatlah hero kecik pegi hantar ke rumah jiran..tader rezeki diaorang, malamnya pegi tengok alesya, ingat nak bawa kasi nurse-nurse yang baik-baik menjagakan Alesya tu, dah siap masuk plastik, last-last dah keluar rumah baru teringat, tertinggal..uhuhu tader rezeki nurse juga..

Alesya dan Najmi
Najmi belajar berenang..ni kata kak zah session water confident..and najmi over confident.. :-)
Photobucket
Jiran kami kak Zah buat swimming pool kat tepi rumah, and ajak Najmi berenang, kak zah ni mmg ada sijil leh jadi cikgu renang, dan ada lesen penyelamat gitu, so Insya-ALlah selamatlah Najmi nak belajar berenang..eheheh thanks Kak Zah rajin melayan Najmi, untung dapat jiran yang best macam kak Zah dan adiknya Raja. Najmi pun memang selalu lepak kat rumah diorang, kadang-kadang malam pegi tengok adik, Najmi tak ikut, so Najmi lepak rumah diaorang.

Hari Sabtu, kami ke Jaya Jusco kat Balakong tu, saja singgah lepas balik dari hantar cupcakes yang orang order ke BTHO Cheras, so kami singgah situ sebab nak setelkan bab baju raya Najmi dan of course our little miracle yang akan keluar dari hospital soon.

Sedang aku leka memilih baju abang dan adik, tup-tup dua hero aku hilang entah ke mana, puas aku tawaf mencari diaorang, call tak berjawab, maklumlah bising kat situ, rupanya diaorang layan main games kat tempat main games tu..wahh bagus betul, sebelah je tempat bershopping, so idak le the papas dan and the kids boring melayan the mamas the shopping kan..

tengok leka diaorang main, mama panggil pun bo layan.
Photobucket

And last...
of course tak ketinggalan, the miracle from Allah, Nur Alesya Qhaisara, Alesya bakal mencecah 1.7kg hari ini atau esok, sebab semalam beratnya 1.670kg.. Alhamdulillah, by hujung minggu, Insya-ALlah kalau dia boleh naik berat dalam 20-30 gram sehari, kalau cepat naik 1.8kg, dapatlah dia balik by weekend.. happy..happy..happy... babay cot kat rumah dah siap basuh, cadar yang mama beli kat Manjaku dah siap basuh, baju-baju, sarung tangan, bakul baby..semua dah setel basuh, tunggukan tuan punya badan je balik rumah.

yeah, pertama kali kita tengok Alesya dengan gown pink hospitalnya yang beso bebeno dengan size dia.. pipi dah makin tembam.
Photobucket

Di sendawakan selepas menyusu dengan mama, and diletakkan dalam baby cot dia untuk dia tido..cepat besar ye dik, boleh cepat balik...
Photobucket

Selamat Berpuasa Semua...
psssttt update sikit lagik...baru balik hopsital..Alesya dah berat 1.730kg... wah adik...sikit lagi nak 1.8kg...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino