Thursday, December 27, 2007

Raya haji and hari pertama najmi sekolah


I'm back...
lamanya bercuti...eheheh bercuti dari kerja, dan cuti mengupdate blog..
sebenarnya cuti lama pun takder ke mana, lepak kat rumah je, kami cuti dua hari sebelum hari raya haji, tapi disebabkan kesihatan aku yang tak berapa menggalakkan untuk travel-travel jejauh, dan kena banyak bed rest, maka plan kami untuk balik beraya di kampung dibatalkan, so kami lepak kat rumah je...

Tapi raya kami tetap meriah, still ada rendang, ketupat palas, ketupat nasi, ketupat2 tu kami beli kat warta bangi, then beli dua ekor ayam, untuk di buat rendang, darling yang bereskan semuanya, dia cuci ayam, aku tolong kupaskan bawang, potong serai, lengkuas, halia, cili kering, dan darling basuh dan blend semuanya, santan beli yang dah siap diperah, then aku humbankan semua dalam kuali, then darling tukang mengacau rendang sampai selamat di masak.

Petang tu, kesiankan Najmi yang tidak beraya di kampung, aku buatkan sebiji kek utk dia, sbb kalau ikut kalendar islam, hari raya haji ialah hari dia dilahirkan, so kek ni untuk birthday dia lah mengikut kalander Hijrah. pagi raya ada tetamu datang beraya, so jamu makan ketupat dan rendang dan kek.

Kemudian-kemudian hari seterusnya kami lepak kat umah je setiap hari, petang-petang kami keluar 3 beranak, minum-minum petang, pekena cendol, abc je, pehtu balik lepak kat umah.

Hari Isnin lepas bawakan Najmi pegi piknik kat Ulu Yam, baru je sampai, Najmi masuk dalam air tak sampai 15 minit hujan turun, then dia tukar baju, kami pun nak gerak balik, tapi berkat doa ibu, aku ni berdoalah agar Allah tangguhkan hujan seketika, bagilah anak aku puas mandi manda, Allah makbulkan, hujan berhenti dan Najmi tukar baju dan masuk semula dalam sungai, lebih sejam dia berendam hujan turun semula dengan lebatnya, tapi masa tu kami dah selamat masuk dalam kereta.

so inilah gambar-gambar raya kami
Photobucket
darlingku sedang memasak rendang, gambo rendang sedang dimasak, kek besday najmi yang sememeh tu, gambar kenang-kenangan kami, dan gambar Najmi di Ulu Yam.

And today, 24hb, alamak tengah update blog ni jam 11.59pm :-), today ialah Najmi first day orientasi kat sekolah dia, sebenarnya pagi tadi aku mmg pening-pening lalat, dan tak berapa larat nak berjalan-jalan, tapi demi anak nan sorang nak masuk sekolah, aku kuatkan semangat, pegi juga taklimat dan orientasi sekolah, eheheh walau kekerapan aku ke bilik air berganda-ganda, sampai naik segan keluar masuk dewan pegi toilet. Tapi aku pegi jugak...dan sangat seronok tengok dia seronok.

Lega tengok toilet sekolahnya bersih, sbb anak aku ni peel sikit, kalau toilet kotor, dia nak berak pun boleh tak jadi nak berak sbb dia mmg tak selesa, haru betoi.

Ermm tapi kan, i am not sure perasaan aku ni normal ke over, bila tengok dia berbaris, then dia di bawa guru-guru ke kelas untuk sessi penilaian, and dibawa keliling sekolah, aku rasa bangga and sebak pun ada..i feel like, he is growing up, not my small boy anymore, then mula fikir, camner dia pegi toilet alone, nak makan kat kantin, nak berebut dengan yang lain, nak tukar baju, nak pegi bersukan, then balik naik bas sekolah, pegi transit kat taska, then bersiap naik van pegi sekolah agama pula, dia kena berdikari, tiba-tiba aku rasa, macam alamak, camner ek nanti... boleh ke dia buat semua tu nanti. alahai..over ke aku??

ok ni pic dia kat sekolah
toilet yang dikira bersih, dan setiap depan kelas, ada locker, so dia tak perlu usung byk barang, yg pic ke tiga, dia dengan Ammar, anak jiran sebelah rumah, sebaya dia.
Photobucket

Mama dan babah doakan Najmi akan cepat belajar, dan akan mudah menyesuaikan diri...
We love you Najmi...

Thursday, December 13, 2007

Najmi sakit perut, dan kisah nan satu


Salam Jumaat,

Ni nak cerita kisah Jumaat nan silam, Najmi sakit perut, kat rumah lepas mandi dan bersiap, sarapan, bagi dia makan ubat, bukans akit perut cirit, tapi angin dalam perut tak nak keluar, dan bubuh minyak pala, dah tuam tp perut dia still keras, lepas makan ubat dia kata kurang sikit sakitnya. Pagi tu hantar juga ke sekolahnya sebab diaorg ada photography session, tapi dalam pukul 10.00 cikgunya call bgtau Najmi sakit perut, so aku suruh diaorg buat photography tu untuk dia dulu and aku akan ambil kemudian.

Pukul 11.00 ambil dia bawa pegi klinik Medivr*n kat belakang Alamanda, sampai kat klinik ada dua orang budak lelaki tunggu turn nak bersunat, and sorang lagi tengah 'beroperasi' di dalam. Budak kat kaunter tu cakap, kena tunggu sejam lebih, so aku cakap oklah register je dulu nanti lepas sejam setengah saya datang. Then aku tanya hero ni larat tak kita pegi jenjalan kat Alamanda dulu. Wahhh dengan segarnya dia cakap, boleh, dia nak makan Mekdonel, auta betul..

So kami ke Alamanda, bagi dia makan Mekdonel, pehtu aku terus jenjalan cari barang sekolah dia, masuk satu kedai utk Kids ni, ini budak sudah melekat dengan gadjet2 brand Hotwheel, mak ai.. so aku belikan bekas air, bekas bekal makanan, pensil, pemadam, sharpener, pencil case Hotwheel. Tu je dah lima puluh lebey. Ermm dalam hati..tak pe la.. first time nak masuk sekolah.. Kemudian, dia sudah nampak itu HotWheel punya beg yang boleh tarik-tarik.. Alahai..anak oi harganya lagi sekupang RM100.00, sms babahnya bagitau, babah call, babah kata tunggu dulu, let him talk to his son, man to man talk..

Mula-mula ok, kemudian dia mula main wayang, sambil pegang perut bertinggung depan rak tu dan auta nak beg tu dengan alasan dia saket perut... dan aku ni mudah cair, call babah lagi sekali, then sms bgtau babah, "Babah kalau nak beli mama ada duit sikit, duit deposit dari TN* untuk rumah kuarters dulu dah dpt, adalah dlm seratus lebih, kalau nak beli bolehlah, still tak usik bajet yuran sekolah yang yang lain," then babah reply "ikut sukalah kalau macam tu," dan ini budak sangatlah happy mendapat beg sekolah idaman dia. And aku cakap "Najmi..ni sekali je mama beli beg yang mahal ni tau, sebabnya ini kali pertama Najmi nak masuk sekolah, mama dan Najmi happy pegi sekolah, tahun-tahun depan, mama dan babah takkan beli yang mahal begini, so nanti masuk sekolah kena belajar rajin-rajin," dia jawab, "Ok, tengkiu mama, nanti kiter belajar betul-betul"

So barang sekolah semua dah setel, cuma Yuran sekolah agama, baju sekolah agama dan yuran sekolah saja belum. Urusan bas sekolah pun dah setel, Urusan transit di taska pun setel, dan van ke sekolah agama pun setel.

Ok mari kita tengok gambar pulak...

Budak sakit perut yang tertido dalam bilik opis mama selepas makan ubat..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bergumbira dengan peralatan sekolahnya, semuanya Hotwheel...jangan ko dok bersedekah kat kawa-kawan reta ko ni anak oi..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ok ni masa konsert day sekolah dia, tu la awek yang partner dengan dia, aku tengok lawa je budaknya.. cute apa..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

dan ini member yang masih kemaruk dengan basikalnya, dia cuci basikal beb, sampai tayar pun di lapnya..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

story lain..

~edit~ :-) lalalalalalalalala :-D

Tuesday, December 04, 2007

Mak Ayah datang rumah dan beli baju sekolah Najmi


Hujung minggu yang silam, Mak dan Ayah dari Kuale, datang ke rumah kami, sebenarnya adik ipar aku yang keja kat Grik tu ada taklimat di Putrajaya, so mak ayah ikut sekali hendak berjalan ke rumah baru kami. Syukurlah dalam keadaan keuzuran mereka selamat sampai dan merasa berjalan ke rumah baru kami. Memang nampak mak dan ayah gembira, last minute jugak diaorg plan nak datang, sbb plan asalnya adik ipar nak datang sorang je.

Tiba-tiba pagi Sabtu dia call bgtau mak ayah ikut sekali, aku pulak tengah busy siapkan cupcakes, mujurlah keknya dah siap, dan awal pagi 5.00 pagi aku sudah bangun siapkan tempahan. siap buat cupcakes semua dah pukul 9.30 pagi, kelam kabut sangat, aku rush pegi pasar cari bahan basah utk memasak, kejam le pulak mak bapak mertua yang julung-julung kali nak datang aku nak jamu lauk beli kat kedai. Walau penat, mengantuk dan terkejar-kejar, aku masakkan jugak lauk yang simple, sebab aku dah hubby ada jemputan kenduri 2 jemputan pada hari itu.


So aku just masak masak lemak nenas + ikan kering. (Nenas diberi oleh abang ipar yang datang minggu sebelumnya, diaorg singgah di rumah dari Johor sebelum balik semula ke Ipoh), pehtu aku masak paru goreng masak lada hitam + karot, sayur kobis + sawi goreng dan sambal belacan dan ulam daun selom. dan goreng ikan kembung je. Diaorg sampai lebih kurang jam 2 ptg. so aku siapkan meja makan, bagi diaorg makan, lepas solat zohor, lebih kurang pukul 3 jugak la, kami ke Sri Kembangan, ada jemputan kawin, dari Sri Kembangan ke Bangi, ada jemputan kenduri Akikah anak Sya, kawan cyber saya.

Then terus balik rumah. Esoknya pagi-pagi lps sarapan, mintak darling korekkan lubang untuk tanam pokok lagi, hari Jumaat sebelum tu, aku beli satu pokok rambutan, pokok pelam, dan pokok daun limau purut. Jadi sebagai tanda kenangan buat anak cucu nanti, kami mintak mak dan ayah yang tanam pokok-pokok tu..sekurang-kurang bila diaorg tak ada, pokok itu akan jadi kenangan kami, pertama kali diaorg bertandang ke rumah baru kami. Cara orang tua tanam pokok, mengadap kiblat, baca selawat dan niatkan buah dari pokok ini nanti kalau binatang lalu dan singgah makan semoga berkat.

Selain itu, dalam peti ais ada lengkuas, dan kunyit hidup, itupun ayah tanam juga, mudah-mudahan menjadi pokok-pokok ini nanti.

Tengok romantikkan...berpegangan tangan lagik berpimpin menanam pokok...aku suka gambar ini, sungguh bermakna dan berharga.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Najmi
Ingat tak dulu masa birthday dia aku ada buat beberapa wish list dalam entry masa birthday dia, antaranya yang ini

"Doakan kami panjang umur supaya kami dapat melihat anak mama melangkah ke Alam Sekolah Rendah, berpakaian baju putih dan seluar biru tua tahun hadapan. Mesti Najmi jadi the most comel dan handsome kanak-kanak pada mata mama dan babah, walau ada beratus lagi anak yang comel yang lain, tapi pada mata mama dan babah, anak yang lahir 7 tahun yang lepas inilah yang mama rasakan paling comel dan bertuah. Doakan kami ye sayang..."

and Insya-Allah 27hb ni pertama kali dia akan melangkah ke Sekolah Rendah bermula sessi orientasi dan seterusnya sessi persekolahan pada 2 Januari. Insya-ALlah... orang kata perjalanan beribu langkah, bermula dengan langkah yang pertama. So hari Isnin yang lepas, kebetulan darling cuti, so lepas kerja kami ke Warta Bangi membeli baju dan seluar sekolah, dan kasut sekolah juga. Oh ya, sekolah dia di sini pakai kasut hitam, so tak payah le beli kapur kasut, atau perlu kapur kasut. bestnya..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
dan inilah pic pengalaman pertama kami beli baju sekolah anak. ahahha mak bapak dia excited lebey...darling dah siap cakap "mama amek la gambar, buat kenangan" ehehehe gambar last tu muka dia agak moyok bila dia nak beli beg sekali tapi kami tanak belikan, sebab ingat nak carilah beg yang elok sikit, yo la anak bukan ramai pun, sesekali beg beg yang elok sikit, eheheh selama ni beli beg kat kedai siam kat pekan sungai petani tu je. eheehh ye la nama pun budak dapat beg siam pun dah happy sangat. ahaks.

tapi babah cakap dah masuk sekolah betul kita beli lah beg yang elok sikit. maklumlah buku-buku bertambah dan beg kena juga yang berkualiti. eheheh mama dan babah yang tak sabar nak tunggu 27 disember dan 2 januari.. melihat anak nan sorang ni nak masuk sekolah..

Tuesday, November 27, 2007

The result...and the perasan boy


Najmi dah abeh exam. and the result :-
BM = 100%
Science = 100%
Maths = 95%
English = 98%

Ermm ada subjek yang meningkat, ada yang menurun. Tapi apalah sangat, exam budak tadika, ehehehe senang-senang je soalannya kata Najmi, and aku pun tengok, senang je, sbb masa dia kat CIC dulu lagi susah soalan exam. Aku rasa tahap dia exam final ni lebih senang dari exam dia masa 5 tahun kat CIC. Ermm satu kesilapan hantar dia ke Sma*t Reader Kid*s ni, untuk English je la kot ok, tapi lelain tu silibus dia simple sangat, belajar membaca pun mula dari mengeja untuk 6 tahun punya student, jenuh bosan budak yang dah reti membaca.

Apa pun untuk tahun depan still continue english class untuk Najmi di SRK. Lain-lain subjek tak perlulah baru 7 tahun nak tuisyen apalah sangat, kesian anak aku...ehehehe. ingat nak hantar dia pegi swimming kelas cuti sekolah ni, tapi di SRK ni diaorg belum cuti lagi, masih belum convo. 9hb baru ada majlis convo budak-budak kecik ni, so kenalah hantar lagi, and swimming kelas pun belum attend la. Swimming cap tu dah lama beli, dah tatau letak kat mana sejak kalut berpindah randah.

Oleh sebab keputusan periksa semua di atas par, ehehehe maka dia dah dapat basikal..wahh sangat teruja dia dengan basikal barunya. Masa kat kedai basikal tu dia tanya, macam mana nak bawa balik basikal, aku jawab, kayuhlah sampai rumah..eheheh termenung member..
ni pic dia tengah termenung nak kayuh balik rumah dengan basikal..mueheheh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
baik umah teruja kayuh basikal sampai langgar pasu mama, pecah, sedih betol...pasu alam tempayan pulak tu... mama plan nak letak pokok kiambang dan bela ikan dalam tu..abeh musnah,
ni pulak dia dengan forever awek dia, Alia, cucu Cik Yam, berdua ni kalau jumpa kemain bercouple. eheheh soo cute kan Alia ni...jelita gitu..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ni ada cerita ampeh anak aku ni...kat tadika dia sekarang belum cuti, diaorang ada concert day and convo 9hb ni, so skrang dia asyik practice menari je kata sekolah. So dua tida hari lepas, balik dari sekolah aku tanya dia

"best ke menari?" then dia jawab

"takder la best sangat" aku tanya dia kenapa, dia jawab

"ye lah teacher kasi kita awek yang tak lawa, tak best nak menari pun, kita dok harap dapat awek Nasuha atau Aleya, tapi cikgu kasi kat orang lain, kita dapat yang tak lawa, tak semangat nak menari"

Punya lah ampeh aku aku ni kan....then malam tu aku citer la ngan babah dia, aku cakap "dia kata kalau dapat awek cun best sikit nak menari" pehtu budak bertuah ni jawab, "mama, salah la," aku tanya dia "apsal" dia jawab "bukan best sikit, tapi best banyyyyaaakkk" punyalah melampau statement dia, then babah jawab "Najmi tu encem sangat ke? kalau encem mesti teacher kasi dengan awek cun, sbb najmi tak encem la teacher kasi awek yang sepadan la," muehehehh member terus merajuk dan mempertahankan dia encem.... haru betoi budak perasan encem..anak sapalah tu....

Diet

Wahh ramai yang email or ym tanya camner aku leh turunkan berat badan tu... all i can say is just kena kuat semangat dan azam. Kalau tak der benda tu tak perlu la susah payah beli produk tu, produk ni, pehtu tak turun berat pun. Kena disiplin sikit berdiet, mula-mula kurangkan nasi..kemudian dah rasa ok, cuba tak ambil nasi, kalau tak ambil nasi Insya-Allah sure turun berat. Tapi kalau tak makan nasi tapi makan roti 4 keping, samalah makan sepinggan nasi. tak makan nasi, tapi makan mee sepinggan lebih baik makan 2 pinggan nasi. Mula-mula memang susah nak sebab kita dah terbiasa dengan makan heavy2. Sebab itulah azam itu penting.

Macam aku sendiri, mula-mula diet mmg agak seksa...nak melepasi seminggu tu, jenuh menahan nafsu. Tapi bila seminggu berlalu dapat turun 2kg, mak aii..gembira nya dan mula bersemangat. kalau aku buat betul-betul mesti turun lagi, so slowly start exercise sikit, try tak ambil nasi, and lagi 2 minggu turun lagi 2 kg. Lagi kuat semangat, sbb yakin kita boleh buat sebenarnya. Jaga makan lagi, cuba juga exercise at least 20 minit selang sehari, turun lagi berat, maka bila berat sudah turun lebih 5kg, kita rasa happy dan automatik sendiri rasa seronok dan tak nak makan banyak-banyak takut naik balik, sbb nak turunkan 5 kg pun sebulan lebih, kalau makan banyak 2-3 hari je, boleh naik sekilo.

Kalau azam kuat, bagaimana godaan cik abang ajak makan pun kita tak tergoda eheheh my darling selalu menyakat. Meh la makan, jamah sikit tak naiknya sampai 2-3 kilo, meh la teman abang makan..eheheh kadang-kadang aku temankan dia, tapi dia kena suapkan aku..cukup sekadar 2-3 suap. Kalau suap sendiri laju pulak kita menyuapnya..

Malam tu cuba lah makan selum pukul 8 malam, jangan terlalu awal sangat makan nanti lapar balik, aku selalu minum milo + nestum lps maghrib, then lps tu kalau rasa lapar, minum byk air masak, atau buat air jus. Atau kalau tghari tu tak makan berat, ptg tu makanlah something, bihun tomyam ke, sup sayur ke. Kalau keluar makan di luar pun..awaslah jangan gatal nak order nasi goreng ke apa..cukuplah tomyam campur, atau sup sayur, atau order ikan kembong kukus je, ratah ikan tu je.. boleh...kalau aku boleh korang pun mesti boleh...

Monday, November 19, 2007

cerita Najmi


Lama tak story pasal anak bujang aku sorang tu...
Macam biasalah semakin nakal dan selalu kena marah, ada jer benda-benda yang dibuat kena tegur dan perlu dimarah..

Kami masih mak bapak tradisional..

Kalau tetamu datang dia tak boleh bertenggek melangut duduk bersama-sama tetamu samaada aku akan bagi dia makan dulu sbl tetamu sampai, atau kalau dia tak nak makan dulu, aku akan simpan bahagian dia. Tetapi ada ketika dia lupa etika yang kami tetapkan, dia selamba badak duduk melangut dan siap menyampuk. My darling cukup pantang macam tu. Memang la budak-budak tapi kadang-kadang budak-budak ni terlalu jujur, dia bercakap atau bercerita yang tidak sepatutnya.

Macam semalam, aku berbual dengan jiran rumah hujung, yang kebetulan sedang bawa anak kecilnya berjalan-jalan petang-petang, si Najmi sibuk memanggil anak jiran sebelah dan nak pinjan basikal. (Basikal Najmi rosak, dan kami memang hendak beli, cuma sebagai motivasi kami hendak tengok keputusan test dia yang bermula hari ini, esok dan lusa) Aku tegur cakap, jangan panggil dia sebab nak pinjam basikal, nanti ibu dia marah, kemudian dia cakap depan-depan jiran. "Ye lah sebab mama dan babah tanak beli basikal untuk kita, kita kena lah pinjam jiran punya," Oh Tuhan...geramnya aku...

Masuk je rumah malam tu, aku cakap kat babahnya, mengamuklah my darling. Sepanjang malam dia kena denda la. No tv, no games, kena baca buku sahaja. Lagipun dia memang ada test hari ni.

Memang geram dengan peel dia nan sorang ni. Tapi kalau tak dimarah dan ditegur dia ingat apa dia buat itu betul, aku selalu bila marah dia akan bertanya, "it is right or wrong" and normally dia cakap "wrong" so berjela-jela aku akan marah dia. Tapi dalam marah-marah bila time baik, kami selalu hug dan kiss dia, eheheh tetap ingat pesanan Dr. Fadilah Kamsah, anak yang selalu di belai dan dipeluk akan terasa dirinya dihargai dan pandai menghargai. Insya-Allah...

Lagi satu aku geram kalau time makan di luar, dia selalu akan order nasi goreng cendawan, nasi goreng ayam, nasi goreng daging merah, nasi goreng paprik (like father like son maaa) tapi yang aku geramnya bila sampai makanan, dia bukan makan cendawan, tak makan ayam tu, tak makan paprik atau tak makan pun daging merah tu.. itu sebab aku akan pesan nasi goreng cina je. Satu malam aku pesan suruh makan nasi goreng cina. Depan-depan akak tengah amek order dia cakap "Asyik-asyik nasi goreng cina, lama-lama kita pun muka cina..nama je nasi goreng cina tapi melayu yang masak" eheheheh geram pun ada nak gelak pun ada..

Satu hari, aku berborak dengan hubby, kami cerita-cerita masa chenta-chenta le konon, aku story pasal entry aku sebelum ni yang pasal instinct tu, aku ingatkan balik, dulu pagi-pagi aku selalu call darling bangun pagi eheheh 6.30 pagi je aku selalu akan call dia, pehtu Najmi menyampuk "Eh masa tu babah tak duduk dengan mama ke" eheheh aku jawab "Tak, masa tu babah dah kerja duduk kat gombak, mama duduk kat universiti kat shah alam" ahahahah pehtu dia jawab..."Oooo babah dah kerja ek, patutlah umur babah lagi banyak dari umur mama,umur mama lagi sikit," ahahahhahaha ampeh..

Masa dalam kereta, kat radio, dj tu ada sebut ini lagu aper tah, dari Mid Uncle Hussin (betul ke aku eja) pehtu Najmi cakap "Eh, lagu Maid Uncle Husin? apsal Maid uncle hussin ni nyanyi kat radio, maid kenalah jadi bibik," eheheheheh tak tahan aku tergelak...pehtu aku ckp bukan maid la..mid...baru dia "Ooooooooooo"

Pehtu masa dalam kereta satu malam kami balik dari Shah Alam, babahnya suruh dia tolong urutkan bahu yang lenguh-lenguh..dia urut-urutkan..tiba di trafik light, dia berhenti, babah cakap "cepatlah Najmi, urutlah"..dia jawab "Babah tu kan kan trafik light tu lampu merah, bila lampu merah kita berhentilah, nanti lampu hijau kita urut balik la," ahahahah ada je idea dia..pehtu babah cakap.. "Ooo dia fikir dia hebatlah...ni hah bapaknya lagi hebat, lepas ni masuk highway, takder trafik light, ko picitlah dari shah alam sampai putrajaya" pehtu dia terus "alamakkkkkkkkkkk"

Dia dengan hobi suka menconteng dan standardla budak lelaki suka motor dan kereta, suatu hari aku bawa dia ke opis sebab apa tah tak ingat dah, dia kusyuk belek kertas sambil lepak atas sofa dalam bilik aku di opis, aku ingat dia bawa apa rupanya dia belek apa yang dia lukis ni picture nya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bila aku tanya lukis apa ni, dia cakap lukis keter Nissan Skyline...humang aiii maknya pun tatau keter Nissan Skyline camner..pehtu dia kata keter ni sesuai utk drift je mama..adeh..pehtu motor tu motor aper tah dia sebut...

Ok ni pulak pic minggu lepas, sedang aku sebok memasak di dapur petang tu, dan dia menantikan jam 6.15 ptg utk keluar bermain, dia dok sebok amek henpon amek gambar aku tengah masak, pehtu aku mintak tlg dia siram pokok-pokok yang aku tanam kat belakang rumah, ada pokok kantan, pokok palas, belimbing buloh, daun kari, pokok limau purut, pokok pandan..so aku bukak grill dan pagar, abeh dia siram pokok dia keluar semula, aku pun tak sedar, sebok buatkan lempeng tepung utk dua hero ni, pehtu tengok-tengok member dok usung kamera amek picture. dan inilah hasilnya gambar-gambar yang di ambil

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang aksi-aksi ni, aku tak sure bila dia amek, tapi babah pun tak sedar sebab dia ada jugak amek pic babah tengah solat. berkeping-keping, korang tengok lah abeh gambo dinding, bumbung, katil, malah aksi dia posing depan cermin pun ada, gambar kepala lutut dia pun dia shot..tak terfikir aku dia nak amek shot kepala lutut dia tu... aku tak tau bila dia amek kamera, sedar-sedar masa aku nak guna, aku tengok kat play button tu, mak aiii banyaknya pic budak ni..uhuh mujurlah pakai digicam, kalau pakai kodak, abeh segulung filem...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari dia ada test BM dan Sains rasanya, so good luck la, harap-harap boleh la naik pentas amek hadiah lagi tahun ni macam tahun-tahun lepas...Go Najmi Boy go!!! Kalau tengokkan dari gaya dia buat latihan-latihan yang kami bagi dia buat sendiri kat umah, macam terror je, betul semua, tapi tak tau le betul-betul punya test yang teacher bagi, kot-kot banyak pulak salahnya. Harap-harap kalau pun tak dapat naik pentas amek hadiah lagi, tapi tak corot-corot lah resultnya, at least ada top 10 pun jadilah... susah nak jangka baru 6 tahun budaknya. ehehehe

Wednesday, November 14, 2007

My diet pic + Instinct


Salam buat semua..
Agak busy akhir-akhir tahun ni, dengan kerja-kerja ofis, dengan my baby projek kat ofis ni, so agak busy kiranya. Kat rumah internet dah ada, mula-mula dapat internet balik, slownya macam siput, selepas komplen baru kembali ok.

Nak kongsi kisah tragis my cousin kena curi hand bag, bukan kena ragut, tapi di curi di dalam rumah sendiri, gila punya berani pencuri ni.. pompuan pulak tu.. baca kisah selanjutnya DI SINI so moralnya kenalah sentiasa awasi hand bag, walau dalam rumah sendiri, penyagak di Malaysia ni berani mati punya penyagak. Hantu betul..

Instinct
Dua tiga hari lepas dengar kat radio ada topik pasal kalau cinta tak silap aku, aku dengar kejap je..ada sorang caller ni cakap, kalau cinta tu, kita kadang-kadang ada instinct yang kuat each other, kata caller tu, bila kita terfikir nak shopping, baru je nak ajak pasangan keluar shopping tengok dia dah ajak dulu..

Pehtu tadi baca blog KAK SYA ada cerita instinct anak dan emak. Eheehh semua benar belaka. Kadang-kadang masa kita kecil dulu, emak kita ni tau je kalau kita buat apa, walaupun kadang-kadang kita cuba menghapuskan bukti-bukti kejadian tidak yang sepatutnya berlaku dalam rumah seperti tertumpahkan air, tak baca buku, ponteng mengaji ke, panjat pokok ke, eheheheh

Eheheeh aku terfikir betul gak, masa chenta-chenta dulu selalu gak rasa macam tu, contohnya kadang-kadang pagi-pagi lagi terasa nak call darling, dalam 6.45 camtu, zaman tu belum ada henpon, so usung la duit syiling pegi kat public phone call dia pepagi, rupanya mmg betul dia terbabas dan terlewat bangun, bila aku call baru member kelam kabut nak bangun mandi dan solat subuh. And lagi, kalau kita call dia tiba-tiba, then dia terus cakap, dia baru dok harap kita call dia, sbb rindu, tiba-tiba bunyi phone, kita yang call dia. ahaks... (ye la..dia mana leh nak call aku, henpon pun tadak masa tu, )

Kalau keluar pulak, kadang-kadang terfikir nak pakai baju kaler inilah, dan berharap dia pun pakai baju kaler yang sama. Eheheh tup-tup bila depan mata tengok dia pakai baju kaler yang sama, tersengih-sengih dok fikir macam dia boleh baca je hati kita ni, eheheh dan kadang-kadang dia siap sebut, tadi dah pakai baju kaler lain, tiba-tiba rasa nak tukar kaler lain.. wahhh chemistry gitu..

Dan kawen pun lain pulak instinct tu, kadang-kadang balik kerja kita masak sambal tumis, tup-tup si dia balik dan bgtau, baru dok berangan nak suruh masak sambal tumis, kita dah buatkan. Eheheh tapi instinct dah kawen ni dah kureengg feel dia, sebab tak le seindah chemistry masa berchenta ahaks.. Apa pun zaman-zaman kuat instinct each other tu ialah masa zaman chenta-chenta la..sweet je terasa... ehehehe

Alamak..Eheheh dalam aku tak tau nak tulis apa kat blog, berjela jugak aku update, biasalah aku ni jenis NSTP...(Non Stop Talking Person) so ada je la aku nak merapu...hahahaha

Citer usaha menurunkan berat badan pulak..
Masa bulan posa hari tu berat aku berat aku turun ke 87kg..ehehehe lps raya naik balik ke 89kg..ciss ampeh sungguh...tapi aku happy jugak, sebab berat aku tak naik, walau aku dah tak minum Herba Life. ahahaha tak mampu beb, gaji dah kena potong loan rumah. so aku diet sendiri dan jogging atas treadmill tu je la..tu pun maleh. So dari dulu berat aku 115kg, skrang udah 89kg...lebih kurang 26kg turunnya...kalaulah berat aku dulu 80kg, skrang 54kg, je sure ramping gitu...eheheheh apa pun mmg happy sebab boleh pakai baju size 50 dah, dulu size 56-54, cumanya skrang baju-baju yang beso gedabak tu aku tak selesa pakai sbb bahu dah londeh, dan tangan meleweh je, kean pegi alter la..dan sengaja nak di alter supaya aku sentiasa beringat time makan, jangan overdose.

Dan sekarang aku sendiri dah tak heran sangat tak makan nasi, aku rasa sejak hari Isnin minggu ni, sampai hari ni aku tak jamah nasi betul-betul lagi, just rasa sesuap dua bila Najmi or hubby tgh makan. Aku sendiri pun heran, sbb dulu aku rasa macam nak pengsan kalau tak makan nasi. Ehehehe harap-harap boleh le turun lagi lps ni, dapat 80kg pun syukur dah..ermm tapi boleh ke??? cuba je la..mana tau berjaya..

yeay..it's me..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, November 06, 2007

Home Sweet Home..Our New Sweet Home


Seperti yang di janjikan... Boss dah bagi perkenan utk publish our new sweet home...Pnut Inn yang baru..tetamu pertama check in utk bermalam ialah Ajid, Ila dan baby Akmal dari Perlis. Dan tetamu pertama menyerbu beraya ialah geng-geng Poyo aku iaitu Daun, Nuar, Salina, Nida dan mereka datang beraya, mereka yang masak mee goreng sebab aku dah kelam kabut dan penat seharian tu mengemas, mencuci dan tlg encik abang dok drill lubang-lubang dan gantung frame dan segala neka.

The New Pnut Inn...

Kami lebarkan living hall depan tu, dan pasang bumbung polycarbonate (betul ke aku eja ni.ehehhe) dengan kerangka kayu, ala-ala pergola, tapi bajet rendah, pergola tipu-tipuan je la..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kat luar masih bersepah belum abeh mengemas, kat tepi ni dah tader tanah, kontraktor ni tutup abeh, ok gak, tak payah nak potong rumput,

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Rumah asal sebelum renovate dan sebelah slps dilebarkan. Kami lebarkan sampai tiang kat luar yang nampak dari sliding door tu.. Sliding door asal dua pintu, kami tukar kepada 3 pintu Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Living hall asal, kecik je, kecik je, so kami lebarkan ke depan sedikit, alihkan pintu dan tambah lagi tingkap, eheheh mamat yang berdiri tu encem ooo, dari kedai kami tempah langsir, tengah amek ukuran semua tingkap, dah le encem, peramah pulak..ahahahaha, dan output, langsir ditempah memang memuaskan hati.. Memang aku takkan tukar kedai utk tempah langsir, dari rumah lama, sampai skrang puas hati dengan kerja diaorg ni. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dining hall asal, kecik je dining hall ni asalnya, so kami pecahkan tingkap, dan terus extend sampai belakang, so jadi lebih selesa. ada ruang makan, dan ada ruang keluarga ke 2 Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tanah di belakang dapur asal, kami extend terus sampai belakang dalam tambah satu bilik, satu bilik air, so dapatlah daku dapur idaman, memang berangan nak dapur yang luas. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bilik dan bilik mandi sebelah dapur masak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dapur asal, kecik je kan? so dinding dan tingkap kaca kiri dan kanan kami pecahkan, tingkap kanan tu ialah dinding bilik yang di tambah sebelah bilik mandi tadi, and tingkap kanan jadi laluan ke dapur skrang. Living area ke dua, tempat Najmi bersantai tengok tv, tapi masalah dekoder astro ada kat living hall depan, so kalau nak tukar cenel kena ke depan, eheheh, tapi darling kata nak panggil tukar dekoder ke belakang pulak,
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni lagi antara idaman aku jugak, ada small home bakeri.. the Baker's Place (pinjam kedai Bakhtiar punya nama sat..)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

my bakery punya tempat..best tak ganggu tempat masak

ok ni extra-extra je la..living hall depan..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

entrance...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masih banyak lagi ruang kosong, pelan-pelan kata encik abang.. Banyak lagi plan yang kena pelan-pelan kayuh... Idaman kami lagi, nak ada mini garden, ada kolam ikan yang kecik, and darling pulak memang barangan nak ada akuarium ikan dan nak gazebo/wakaf depan rumah, erkkk tapi sekarang hanya mampu berangan je.. dah kering kontang nak bertaman pun, ehehehe

Benar kata orang, sesuatu yang kita dapat dengan keringat dan titik peluh kita, tanpa bantuan orang akan membuat kita lebih menghargai, dan lebih bermakna dan teruja. And kami sudah melalui episod gembira berpindah ke rumah sendiri, dengan kadar sederhana yang kami mampu tanpa pinjaman atau bantuan orang tua. Hanya doa merekalah yang memudahkan urusan kami dengan sempurna, bukan tak risau dari saat membuat keputusan membeli rumah ni, risau projek tak jalan ke, lambat dapat kunci ke, rumah bermasalah ke, dan renovate, risau kontraktor lari ke, risau ada masalah ke, tapi syukur, dengan doa ayahbonda semuanya berjalan lancar. Syukur atas rezeki dari Allah...

Tuesday, October 23, 2007

Selesai berpindah..Kenangan Terakhir bersama Nyah


Banyak cerita nak diceritakan...

Raya kali ini banyak kenangan manis dan pahit yang akan terpahat sepanjang hidup kami... saat-saat indah yang tercipta dahulu, kini yang tinggal hanya kenangan..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tahun ni baju kami anak beranak kaler maroon yang agak lembut ini, suka pulak tengok kaler ni masa tengah beli kain untuk tempah baju raya, kisah menempah baju yang agak saket jiwa, kami tempah dari bulan 8 lagik, pehtu baju aku aku tempah untuk buat sulam kat kaki baju dan bawah hujung lengan baju tu. Sudahnya sulam tidak di buat sebab katanya kain aku terlalu lembut utk di sulam, kecewa giler aku... Pehtu baju Najmi dan babahnya yang belum siap, dua hari sebelum saya kami nak pegi ambil katanya belum siap, kemudian janji petang raya siap, tunggu sampai petang tak call inform pun baju siap ke tidak, pehtu tak dapat contact tukang jahit tu..tapi ku cari hingga ke lubang cacing. eheheheh call sana sini, last-last dapat tau dia balik rumah bapak mertua dia kat kuala muda, apa lagi, kami terus ke sana, baru dapat baju akhirnya malam raya, Serik!!!!!

Raya pertama kat Kedah, biasalah meriah la jugak, walau cuma kami 2 beradik je anak-anak mak yang beraya, sbb kawan-kawan adik datang, sedara mara datang, dapat jumpa sekali sekala mmg best, kemudian beraya kat Perak, tapi tak sempat beraya sangat sebab limited masa, kami balik ke Putrajaya hari Selasa malam, hari rabu kami pergi cari barang-barang untuk buat cake, and pakcing barang untuk pindah rumah. Khamis siapkan tempahan cupcakes 700 pcs untuk majlis kawin orang dan 50 pcs utk wedding cake ini, penat giler, selesai semua kerja jam 8.30 malam 19/10 tu, then ke Damansara deliver dan set up cupcakes,
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Balik rumah dekat pukul 12.00 malam, dah penat sangat, tido je la dulu, esoklah mengemas, mujurlah ada 3 anak buah di import dari kampung ke sini, dapatlah menolong. Hari Sabtu tu, bangun awal pagi, lps subuh terus packing lagi mana barang-barang nak pindah, mmg last minute main sumbat je, lori pulak, janji pukul 12.00, pukul 11.00 dah sampai kelam kabut betul. Selesai angkut barang naik lori, maka officially kami sudah jadi warga Desa Pinggiran Putra, gambar rumah tunggu dulu abeh mengemas, sbb tengah bersepah ya amat-amat. Macam tempat baru lps perang je gayanya umah aku. Cadangnya hari Ahad nak kemas dan siap pasang frame, cermin mana yang perlu di gantung,

Tapi itu perancangan kita, perancangan Allah Maha Kuasa lagi hebat. Pukul 3 pagi Ahad tu, ketika hubby dan anak-anak buah baru balik dari rumah lama, clearkan sikit lagi barang-barang, kami terima panggilan telefon dari Ipoh, anak buah kat sana maklumkan kakak darling, Nyah, sedang tenat, dan kritikal di ICU. Bayangkan terkejutnya kami, kerana akak ni sentiasa sihat, tiba-tiba je batuk, pengsan dan terus masuk ICU doktor kata berlaku pendarahan di kepala. Kami menanti berita dan berdoa, pukul 5 pagi, anak buah call maklumkan, jantung Nyah sudah berhenti berdenyut dan kita hanya bergantung kepada bantuan mesin, doktor bagi masa untuk badan dia respon, kalau masih tidak respon, bantuan mesin akan dihentikan. Ya Allah sekelip mata ujian datang. Jam 6.30 pagi, kami terima panggilan, Nyah pergi meninggalkan kami semua, seorang suami dan 7 orang anak. Masya-Allah..kuasa Allah Taala, petang dan malam tu mereka anak beranak berkumpul bergelak ketawa, masak beramai-ramai, sekelip mata Dia jemput kembali ke pangkuanNya.

Paling meninggalkan kesan tentulah anak-anaknya. Bayangkan semalam masih makan masakan emak, hari ini emak terbujur sudah menjadi jenazah. Bak kata anak kedua arwah, yang tak sempat di sisi arwah masa akhir hayatnya kerana keluar bekerja "Semalam saya keluar salam mak, bergurau dan mengusik emak, pagi ni balik kerja, mayat mak yang tunggu di rumah," pilu sangat. Al-Fatihah untuk arwah kakak ipar aku yang pada mata aku sangat baik dan amat setia pada suami, kerana dia sabar sangat layan karenah anak-anak dan suami, aku sendiri tidak sesabar itu rasanya. Moga arwah di tempatkan di sisi para solehin. aminnn...

Teringat terakhir bertemu Nyah, hari Selasa sebelum kami bertolak balik ke Putrajaya, kami merancang untuk Nyah masak semasa kami buat doa selamat dan tahlil di rumah baru nanti, kami kata dari kami bayar catering mahal-mahal baik kami bayar dia, sebab dia pun buat katering jugak, dia setuju dan sanggup turun dari Ipoh, tapi Allah Maha Kuasa, dia selamat berada di sisi Allah...

Abadi memori bersama Azian bt Mior Nawawi (1956-2007) pergi meninggalkan kami pada usia 51 tahun. Yang tinggal hanya kenangan...





Saturday, October 06, 2007

Salam Lebaran...


Kami sudah bercuti dan akan bertolak balik ke kampung sekejap lagi..

Plan asalnya nak balik pagi ni selepas subuh, tapi terpaksa dibatalkan kerana menyelesaikan sedikit urusan rumah. Insya-Allah, kami dijangka akan berpindah seminggu selepas hari raya..aminnn mudah-mudahan selamat semuanya berpindah di bulan mulia.

Happy kerana grill yang di pilih melalui katalog, menarik seperti yang di kehendaki, tidak sarat dengan berkerawang, dan simple but nice kata orang kampung, eheheh, pagar pun menarik pada mata aku ler... walaupun tak sebiji sama macam pic yg aku print dari anjung seri tu, tapi hampir 90% sama, terujanya nak berpindah bila tengok rumah yang dah siap, tggl sikit je la lagi, nak pasang pintu kitchen kabinet untuk wet kictchen bahagian luar, and last minute kami menambah nak pasang tiles kat tempat parking kereta, so baru esok diaorang nak mula kerja pasang tiles, ermm itupun kalau ye, ntah-ntah lps raya pun belum pasang, biasalah very the melayu, tapi harap-harap sempatlah diaorang buat kerja.

Oklah sempena Aidil Fitri yang akan menjelang, kami sekeluarga memohon maaf andai ada terkasar bahasa, dan bergurau lebih kurang dengan sesiapa yang mengenali diri ini, maaf zahir dan batin. Semoga Aidil Fitri kali ini membawa berjuta-juta kebahagiaan buat semua. Aminnn...

Salam Lebaran..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, October 01, 2007

keow teow kungfu + siakap dan choc moist kek


Cerita di hujung minggu..
Hari Sabtu buat biskut...request by Najmi-nak biskut Chips More..eheheh so kami pun berdua buat cookies ni, choc chip, dan Najmi pun tlg jugak, tolong bulat-bulatkan biskut kemudian tekan dengan garfu agar jadi terbentuk berjalur-jalur tu..sungguh teruja dia buat biskut, lupa pulak nak amek pic. Aku sengaja melibatkan dia dalam aktiviti membuat biskut ni kerana nak lekakan dia dari berbuka puasa. So far dah 10 hari la anak bujang aku tu berpuasa penuh.

Kalau hari ni dapat penuh, dapatlah dia 11 hari, minggu lepas dia berbuka, awal kat day care, aku pun tak marah sangat, sebab dia batuk-batuk, dan aku galakkan dia minum banyak air masak, Alhamdulillah 2-3 hari elok dah batuk dia, kira hebat jugaklah berpuasa 10 hari penuh, Alhamduillah, kalah mamanya...mama dulu 6 tahun takder nya nak posa. ehehehe. Kadang-kadang dia mengada je nak berbuka, tapi bila di suruh betul-betul pegi minum tak mau pulak dia, tahu pulak sayang nak berbuka. Tapi kenalah very the sabar bebanyak melayan peel dia berpuasa, ada kalanya dia tak bagi aku ke dapur suruh duduk depan tv dan belai rambut dia, dia leka macam tu..huhu haru biru budak ni, kadang-kadang aku suruh dia bawak bantal tido je kat dapur, eheheh gasaklah aku nak gak masak..

Tahun ni memang rekod la..sepanjang 7 tahun aku berkahwin, inilah tahunnya yang paling aku rajin masak. Aku pun tatau apsal..tengok juadah kat pasar ramadhan, macam tak selera je. Aku cuma beli kuih-kuih je 2-3 jenis utk berbuka, biasanya beli popia basah (fav.Najmi), karipap sardin (fav. mama) murtabak (fav. babah) selang seli beli buah melaka, tepung pelita, lauk-lauk biasa aku masak je, masak pun simple2 dan mudah je. Contohnya menu semalam, masak lemak kuning telur itik, ikan keli sambal dan sayur campur. Menu hari ni, paru goreng lada hitam, sayur kacang buncis + karot kot, pehtu buntu la..ikan siakap ada sekerat lagi, tatau nak masak apa, sabtu hari tu separuh siakap ni di masak kukus, ehehe menu paling senang dan mudah nak buat, tak perlu susah payah. eheheh..ermm bagi idea sikit kengkawan..ermm rasanya paling mudah buat sweet sour je la kot...

Ok seperti dijanjikan pada Cepul aku buat lagi hari sabtu tu keow teow kungfu, yang sangatlah menjadi favourite my dua hero tu... senang je buatnya..walaupun tak le sesedap yang kira order kat restoran..tapi at least kalau teringin nak makan puas-puas, kita leh la try. Erkk ni bahan2 ni main agak-agak dan ingat-ingat je..ehehe harap tak der yang tercicir

Bahan diperlukan:-
1. 3-4 biji bawang putih (lebih pun sedap gak) - ke ketuk-ketuk
2. Bawang merah/bawang besar (dihiriskan)
3. Tepung jagung (2-3 sudu dibancuh dengan sedikit air) ikut kuantiti air rebusan dan juga kepekatan yang kita suka)
4. lada sulah (2-3 sudu, ikut selera kita la..)
5. sedikit sos tiram (optional ni, tak boh pun taper)
6. serbuk pati ayam megi (or kiub ayam) pun ikut suka kita la.. tp biasa kalau serbuk pati ayam tu satu sudu besar cukup la, kalau kiub ayam, separuh pun dah cukup
7. sedikit sos ikan (tader pun taper, tp kalau tader, kureng kick sikit la)
8. sebungkus keow teow (aku guna keow yang halus sikit, utk buat char keow teow tu, sbb yg jenis ni tidak berlalu lembut dan kuat sgt melekat, susah nak uraikan)
9. 5-6 biji telur (dipukul macam nak buat telur dadar tu)
10. udang + ayam + sotong (serba sedikit)
(buang kepalanya dan kepala tu basuh bersih rebuskan dengan 3-4 cawan air atau lebih atau kurang)
11. daging
(rebus jugak supaya cepat lembut-air jangan buang boleh guna untuk kuah jugak, kalau tanak guna pun taper, cukuplah air rebusan udang dah ada..ikut selera kita la. nak guna ari rebusan daging or udang -me-guna dua-dua)
then sayur-sayuran la..cth karot, sawi, bunga kobis, jagung muda, kobis,
garam + gula sesedap rasa + fish ball/fish cake


Caranya:-
1. Mula-mula rebus kepala udang (pic no.1)
2. Pukul semua telur tu, kemudian basuh bersih keow teow, toskan airnya (pic.2)
3. then ambil keow teow sejemput, dan gaulkan dengan dua sudu telur yang di pukul tadi (pic.3)
(tips-sebungkus keow teow boleh dpt dalam 5 keping keow teow di goreng jd cam lempeng tu.) jangan abehkan telur tu, simpan untuk taruk dalam kuah jugak nanti
4. then goreng dengan sedikit minyak, mcm pic 4


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


5. Then prepare la bahan sayur macam pic 1
6. Keow teow dah siap digoreng macam lempeng pic 2
7. Then tumiskan bawang putih. bawang merah tadi, then masukkan sos tiram dalam satu sudu je (kalau sukalah-tak boh pun tak per) then masukkan ayam, daging dan sotong, biasanya lps masukkan bahan mentah dia akan berair sikit, then masukkan lada sulah, garam, sos ikan, gula kiub/serbuk pati ayam ikut selera kita lah, pic 3
8. then masukkan air rebusan udang, dan daging tadi..agak-agaknya, kalau banyak sgt jgn boh semua, kalau sikit, tambah la air sikit, then masuk sayur-sayur yang keras, didihkan sampai empuk - pic 4
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9. Baki telur yang kita guna untuk goreng keow teow tadi curah masuk dalam kuah tadi,
10. then masukkan udang , biar mendidih then masukkan tepung jagung, ikut suka kita la nak terlalu pekat ke, pekat sikit-sikit je..aku suka biasa-biasa je tak terlalu pekat sangat.
10. tadaaaaaaaa dah siap keow teow kung fu kita...

pic last tu siakap kukus, juadah bersahur..
menu org malas...eheheehe, just hiris halia muda+bawang besar, bawang putih ketuk-ketuk, daun bawang, daun sup, perah limau kasturi 2-3 biji (or limau nipis sebiji), garam, gula dan kiub ikan bilis (separuh je) gaul-gaul boh air sikit supaya tidak terlalu kering dan berkuah sedikit... pehtu kalau suka perap le kejap...aku gaul semua bahan ni sebelum tido, dan pukul 4.30 pagi bangun kukus ikan ni selama 15-20 minit..sedap makan panas-panas dengan telur dadar je pun cukup...kalau rajin buatlah telur bungkus kat bawah ada resepi telur bungkus yang sempoi dan amat mudah
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
telur bungkus
* ayam or daging kisar (makcik ni guna daging ayam kisar ramly je ehehe tak koser nak cincang daging or ayam)
* bawang merah bawang putih diketuk, utk di tumis
& sos cili+ sos tiram+lada sulah

cara, tumis bawang-bawang tadi, then masuk ayam kisar, masuk air sedikit, then masukkan sos cili, lada sulah dan sos tiram masak le sampai basah-basah sikit, iktu suka la, nak berkuah, kasilah berluah) then ketepikan,

pehtu amek telur 3-4 biji, pukul, then masukkan dalam kuali (minyak sedikit je) pehtu lenggangkan atas kuali (aku tatau term apa yang betul, kira kita pusingkan kuali tu sampai jadi lapisan telur tu besar then masukkan daging tadi, pehtu lipat telur tu, kemudian amek pinggan telangkupkan dan dapatlah telur bungkus versi orang malas...eheheheh

Ok..itu cerita hari sabtu..ni cerita hari ahad, aku try buat choc moist cake version kukus..woooww sukalah...sedap..and moist sekali, najmi amatlah suka... mulanya ingat nak biar kek tu simple bergaris-garis gitu je lepas letak topping choc tu, tapi ada lebihan almond lepas buat biskut almond london maka aku boh le almond tu ganti walnut, dan parutkan cooking choc tu kat atas kek tu.. dan tadaaa bawa ke rumah cik CIK MADU LEBAH sempena house warming nya, dia jamu kami berbuka puasa dan kebetulan besday dia maka jadilah birthday cake utk birthday woman..ahaks woman occay bukan girl..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

sekian cerita di hari minggu punya aktiviti...

Wednesday, September 26, 2007


Selamat sudah adik Nurin bersemadi dan bermain di taman syurga...Al-Fatihah...

Cerita Puasa

Ramadhan kali ini boleh dikatakan ramadhan terajin aku, ehehehe, jarang bebeno bershopping di pasar ramadhan. Awal-awal puasa je pegi, then macam boring je membeli juadah, so sejak minggu lepas aku masak je sempoi. Ermm aku sendiri pun mmg jarang sangat jamah nasi sekarang, so masak untuk dua hero je..senang.. Dua hero ni pulak, satu citarasa. Senang mama prepare.

Kalau pegi pasar ramadhan pun, kadang2 just beli tembikai, air soya, murtabak, karipap atau popia basah favourite Najmi. Dua tiga hari sekali aku pegi pasar, siap beli udang, kucai taugeh, beli jagung, so sesekali buat cucur jagung, cucur udang..eheheh bukan banyak pun 3 beranak je nak makan, buat satu senduk tepung je, satu bungkus jagung ada 3 tongkol, aku guna satu tongkol je..eheheh so dapat 3 hari buat cucur jagung, dan kami anak beranak memang la suka makan cucur jagung dan cucur udang.

Menu lauk pulak simple2 je... sambal tumis udang, daging, paprik campur, sayut campur, cencaru sumbat sambal kelapa, kari-kari, gulai lemak kuning udang, sayut kobis.. Menu hari ni, bukak puasa makan keow teow kung fu, buat sendiri la sempoi2... then tomyam campur, dan ikan selar masak sambal, untuk dua hero jamah nasi nanti..

Najmi so far baru 8 hari berpuasa penuh, hari ni dia bukak puasa sebab dahaga katanya, aku pun tak galakkan dia puasa hari ni sebab dia batuk-batuk..agaknya seharian berpuasa dan malam asyik minum air ais je, batukla..dan tembikai pulak favourite dia, selang sehari mesti ada tembikai.

hari Ahad lepas kelakar betul, dia duduk atas sofa, sambil pegang jam tangan, dan kejap-kejap tanya pukul brp...kejap2 tanya pukul berapa, kejap-kejap berdoa.. bila aku tanya doa apa, dia cakap doa supaya Allah bagi cepat pukul 7, hahah innocent nya. dia kata "mama kata siapa yang berpuasa, Allah dengar doa dia, dan nanti Allah bagi apa-apa yang kita doa, kita doa bagi cepat malam, boleh lah minum" sabo je la anak ooii

Semalam dia bawak 3 biji keter hotwheel ke taska, petang tu dia bawa balik satu keter kawan, 3 biji keter dia ntah ke mana, satu hilang katanya, 2 kawan pinjam.. Ya Allah geramnya aku masa dia bagitau...terus kena marah dalam kereta. Babah balik pun kena marah lagi..adoi la..keter hotwheel yang dia bawak tu memang cun, geramnya... Pagi tadi dia nak bawa cd otromen pegi day care, nak tengok petang-petang, tapi aku bertegas tak bagi...muncung-muncung dia pagi tadi...

Progress rumah

Alhamdulillah, rasanya boleh la siap rumah sebelum kami balik raya harapnya, biasalah kontraktor melayu mmg agak sakit jiwa la.. terutamanya budak wiring tu..memang ampeh ya amat, dasar tamak kot...banyak sangat nak buat job, maka suka hati dia berselang seli, sehari buat kat umah aku, dua tiga hari tak datang, pegi buat job tempat lain..delat betul..pehtu poyo pulak, boleh ke door bell dia salah pasang wayar kat dalam kotak door bell tu, dia cakap benda tu rosak...siot je...bila aku bawa pegi ke kedai yang aku beli tu cina tu goncang dia cakap "ini rosak apa?" aku cakap le tak bunyi dia goncang dia kata kalau tak bunyi goncang pun tak bunyi tau..pehtu dia bukak tengok, rupanya mamat poyo tu salah pasang wire, ciss terus aku call kontraktor tu, aku sound "ni mana punya budak wiring kau angkut ni? pasang door bell pun tak reti"...hahahaha kontraktor ni pun dah bengang sangat ngan mamat ni, aku sound la..jejauh aku drive time lunch hour dari putrajaya-puchong ingat benda ni rosak, tapi dia salah pasang, buat malu kat cina tu je..cisss..

grill sliding door dah pasang, puas hati cantik pada mata aku, kaler wrought iron pun aku suka, gelap dan klasik. tidak terlalu berkerawang macam makcik-makcik punya taste, tak terlalu simple dan tak penuh kerawang. just nice pada aku. tak sabar nak tengok pagar nanti, frame yang wrought iron pagar tu dah siap, nak add kayu je nanti, hasilnya lebih kurang dengan gambar yang aku letak kat sini itu hari, cuma aku suruh diaorg tambah-tambah bunga dan daun bagi lebat sikit, kitchen kabinet sumer dah pasang sbl puasa lagi, wet kitchen dah siap, cuma nak pasang pintu-pintu kabinet kat table top je lagi, Alhamdulillah kitchen kabinet pun luas, dan dapur memasak aku pun luas, seperti yang aku idamkan, nak dapur luas. Sebab aku mmg la suka memasak. Puas hati rasanya ada ruang luas nak letak barang, nak letak meja makan satu utk kami tiga beranak. Nak letak gambar kat sini boss belum bagi approval..sabar je ek..ehehehh

okes...Selamat Berpuasa...

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah Nurin Jazlin


Al Fatihah...
Satu Malaysia marah...sedih, kesal dan kecewa...
Anak Kecil ini NURIN pergi jua...

Semenjak hari pertama kehilangannya aku sebak, terkenangkan dan memahami perasaan ibunya. Aku yakin sejak detik kehilangan itu, ibunya pasti tidak nyenyak tidur, tidak enak makan, malah solat juga mungkin tidak kusyuk, itu kalau aku... Anak yang dinanti, akhirnya tiba juga, walau hanya jasad yang akan disemadikan.

Apabila berita mayat budak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian aku berdoa biar bukan Nurin, dan aku kuat mengatakan ia adalah anak pendatang tanpa izin kerana tidak ada ibu bapa tampil mengaku itu anak mereka. Tidak terdetik itu Nurin, tetapi apabila DNA mengesahkan, aku menggigil bila membaca the star online tengahari Khamis semalam. Terus aku cari info di Current Issue di Forum Cari, dan rupanya forumer mula paste berita-berita terkini mengenai perkara ini. Dan Zohor itu, aku solat dengan linangan air mata di waktu sujudku, sebak tidak tertahan, Nurin bukan darah daging aku, tapi dia budak kecil tidak berdosa, dia tidak layak diperlakukan demikian. Manusia yang buat begitu bukan binatang, tetapi lebih keji dari itu.

Kalau sebelum ini, diakhir doa aku, aku titipkan agar Allah makbulkan doa kita rakyat Malaysia agar Nurin selamat kembali ke pangkuan keluarga, kini doa itu diganti dengan doa agar Nurin tenang di sana, dan agar pembunuhnya cepatlah di tangkap polis, dan mendapat balasan di dunia sebelum Allah adilinya di akhirat. Aminnn...

Kawan-kawan semua, marilah kita semua umat Islam, di Ramadhan ini, kita setiap orang berdoa lima kali sehari dalam solat wajib kita, agar Allah izinkan dengan doa-doa kita pembunuh Nurin ditangkap segera. Bayangkan berapa juta umat Islam di Malaysia berpuasa dan berdoa..ingatlah Allah pernah berkata "antara doa-doa yang makbul ialah, doa orang teraniaya <-which is family Nurin, dan doa-doa orang yang berpuasa" moga di Ramadhan ini, Allah makbul doa semua kita yang berpuasa..aminnn masa call mak pun aku pesan, mak dalam doa, titip kan doa agar pembunuh Nurin tu cepat ditangkap.

"Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Berkuasa ke atas segala, kami bermohon kepadaMu, kau tunjukkan kebenaran, kau permudahkan siasatan dan kerja polis agar pembunuh adik Nurin di tangkap, semoga dengan tangkapan ini, tidak akan berlaku jenayah kejam lain di masa akan datang ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa." Aminnnn Ya Rabbal A'Alamin...

Ya Allah, tidak dapat aku bayangkan betapa seksanya Allahyarham Nurin sebelum meninggal dunia, betapa malangnya dia menanggung derita di seksa, di dera, diperlakukan aksi seksual yang kejam. Tidak tergambar ketakutan yang di alaminya, tidak tergambar tangis hibanya memohon simpati agar tidak disakiti. Tidak tergambar pilunya dihati bila dia pukul, sehingga lebam, dikasari, pastinya dia menangis meraung meraih simpati, menangis ketakutan, Ya Allah Kau bantulah usaha manusia menjejaki pembunuh binatang itu. Tidak mampu ku bayangkan saat ajalnya tiba, saat malaikat maut mencabur nyawanya dengan cara amat zalim itu.

Namun kini, Nurin sudah bersemadi, berada di syurga, menjadi bidadari syurga, berada bersama-sama adik Nurul Huda, dan ramai lagi mangsa kekejaman yang kita sudah lupakan. Pasti tenang dan damai dia di sana, berada di sisi Allah.

Monday, September 17, 2007

Melatih Najmi berpuasa


Belum terlambat kan...
Selamat Berpuasa buat semua..

Busy la, kerja di office banyak, tak sempat nak cilok update blog, pc kat rumah baru je ok, duit lagi merepair cpu yang dah 'kong' bila dah tukar processor, motherboard sumer guna internet pun laju sikit, best je. Sabtu dan Ahad mengusung kerja-kerja office bawa ke rumah. Masa pc kong, pinjam laptop office, best sikit buat kerja bersila atas sofa depan tv, sambil buat kerja sambil layan tv.

Melatih yang meletihkan..

Melatih anak sekecil 6 tahun berpuasa memang dugaan hebat, alang-alang hilang sabar, eheheh dengan puasa aku pun boleh batal. Tapi syukur, sudah 5 hari berpuasa, Najmi dapat 3 hari berpuasa penuh. Hari pertama berbuka jam 6.30 ptg, udah abeh helah dan psiko aku guna, akhirnya dia tewas pada setin air minuman cincau dalam peti ais yang aku lupa sorok. Terbarai usaha dia berpuasa dari pagi hari. Tapi kagum jugak, hari pertama berpuasa tu memang aku tak jangka dia akan bertahan, kerana malam sebelum tu dia tido awal, tak sempat makan nasi, just makan bihun je petang tu lps ambil dia dari daycare. Lepas Isya' dia dah tertido dan kejut bersahur pun dia tak bangun.

Tapi esoknya bila ambil dia dari daycare, teacher dia cakap dia berpuasa, aku terkejut dan happy sebab dia berpuasa dengan sendirinya. Hari kedua dia berpuasa penuh, selepas jenuh aku auta ke sana ke sini, layan dia otromen tiga, layan transformers, dengan aku sekali dah kenal Daigo, Reena, dan jenis-jenis ultraman pun aku kenal, Ultraman Kosmos, Dyna, Nexus, Tiga.

Hari ketiga dia berebut tv dengan babah dia, dan end up dia merajuk pi makan biskut..adehhh geramnya, dia makan biskut just because dia geram tak dapat tengok Astro Ceria. Lepas makan sekeping biskut aku psiko la.. aku tak cakap ngan dia, dia cakap apa aku tanak layan, aku buat puding mangga, dia sebok-sebok tanya "mama buat jelly ke?" "mama buat jelly apa?" aku tak layan, dia cakap nanti nak makan, aku tak kasi, aku cakap siapa puasa je boleh makan, dia nampak sedih dan menyesal makan biskut.

Ehehehe pastu aku suruh dia makan nasi, dia tak nak dia cakap dia nak puasa balik, hahahaha belum memahami konsep puasa dan batal puasa sepenuhnya. Aku betul2 tak pedulikan dia, biar dia rasa bersalah. Hari ketiga auta aku semalam menjadi, dia dapat berpuasa sehari penuh, itupun dalam pukul 2 auta dia dah mai, aku cakap, "bukaklah, kalau dah bukak mama tanak kawan dan tanak cakap dengan Najmi" pehtu dia cakap "kalau mama tak cakap ngan kiter, kiter nak cakap ngan saper?' aku balas "dah tu puasa la cuba juga tahan," dia nampak ok, dia layan tv, dvd berjam-jam.

Dalam pukul 4, bagi dia main game kat internet, dia layan game sampai 5.30, then kami keluar ke Bandar Tun Hussein Onn hantar cupcakes yang di order orang. balik umah 6.30, jenuh menahan dia dari makan kuih yang dibeli. Tapi Alhamdulillah, berjaya akhirnya.

And hari ni Isnin 17/9, pun dia berjaya puasa abih satu hari. Syukurlah. Itupun bawa dia pegi tengok rumah baru, mamat-mamat yang dok buat kerja renovation kat umah baru kami suka melayan dia, so leka la sikit dia tolong diaorg angkat tiles, tukang tolak keter sorong, 6.30 baru kami balik, giliran babah pulak lekakan dia dengan tv.

Pukul 7 malam dah ngamuk nak makan nugget, kali aku aku guna ketegasan la. Aku marah dia, suruh sabar sikit, kejap je lagi azan. Dia merajuk pegi main game kat internet. Mujurlah pc dah ok, so dapatlah menantikan sampai azan maghrib. Esok pula nak hadapi kerenah dia lagi.

Ni aku tengah update ni blog dia berdiri di sebelah dok baca apa aku taip. heheh perhatikan ayat-ayat aku semua baik-baik..tadi aku taip amek (dia tanya amek tu apa?) aku taip aper (dai kata bukan a.p.e.r tapi a.p.a la mama) hahahah makanya aku menulis dengan perkataan berhemah kali ini.

ok gtg dia sebok nak main game FAST GAMES

Tuesday, September 04, 2007


Agak busy la sekarang, dengan kerja makin bertambah-tambah...(kira berbaloi la kenaikan gaji gomen, kerja pun kena la bertambah ye dak..) PC kat umah merajuk kami tinggal dia masa balik kampung, langsung tak leh on cpu, Uwaaaaa duit lagik...

Bulan ini adalah bulan kemerdekaan buat Malaysia, tapi bulan keperitan buat kami. Eheheh urusan renovation rumah dan urusan hal berkaitan rumah ni, memang membuatkan duit keluar dengan laju sekalik, macam naik keretapi laju kat jepun lajunya, bukan macam komuter kat mesia ye, yang boleh tido 5-6 round, tempat nak pegi tak sampai lagi. Dua tiga minggu lepas dan menambah nilai jualan kedai lampu kat Puchong, kemudian menambah nilai jualan kat Kedai Azizah Hias kat Bandar Baru Bangi dengan menempah langsir untuk seisi rumah adanya. Kemudian giliran Macy Home Furnishing mencatat jumlah jualan dia dengan pembeli rod kayu, mujurlah ada less 20%, so lebih kurang harga beli rod kat nilai 3 la adanya. dan besi untuk langsir seisi rumah. Sebelum-sebelum tu, kedai letrik Midah kat Kajang, beli dapur dan hood dapur.

Itu belum kira, bayaran first payment untuk renovation, then second payment, pehtu kos sambung bumbung luar, kos wet kitchen..Uwaaa kalau duit boleh cetak guna daun getah, aku sanggup masuk estate kutip daun getah. uhuhu tu belum masuk tokei kedai jati kat nilai yang dah dapat 50% duit deposit set kosi yang kami order, pehtu tokei perabot meja makan kat puchong lagi.. ermmm koyak rabak dah ni... Duit...duit...di mana kau duit.... duit..duit...

Ramai dok hantar YM, komen nak tengok progress rumah, Alhamdulillah, so far, dah 90% siap, hari ni diaoarg buat wiring, pasang lampu, kipas sumer, darling cuti, lepak sana usha-usha dan tunjuk mana tempat nak pasang lampu kipas sumer. Pictures dah ada, tapi big boos a.k.a menteri kewangan kata tunggu dulu jangan postkan lagik.. tunggu siap semua baru post. Sabar ye... Ehehehe...

Cerita Najmi

Budak ni makin banyak cakap dan makin banyak bertanya, dan aku keliru dengan diri aku. hahahah dulu-dulu suka melayan anak orang banyak bercakap, dan suka budak banyak bertanya.. tapi bila kena dengan anak sendiri, aku malas-malas menjawab sebab banyak beno soalannya, contoh hari tu kami bincang2 dengan budak kedai perabot tu..budak tu cakap, nanti kami ada service after sale, means, pasang dan susun kat mana nak, camtu la lebey kurang, dia tanya "mama service tu apa" aku cakap perkhidmatan, dia tanya perkhidmatan tu apa.. aku cerita ceriti diam kejap, pehtu budak tu kata, kalau rosak kami ada service repair, dia tanya repair tu apa? budak tu jawab baiki, dia tanya baiki tu apa? budak tu cakap, kita hantar tukang pegi betulkan apa yang rosak. dia tanya tukang tu apa? tukang apa? see non stop soalan dia.

Masa kami balik kampung, dia bercakap non stop dari Putrajaya sampai dekat lepas Tanjung Malim segala cerita ada, Ultraman Tiga, Ultraman Nexus, Ultraman Dyna, Transformers, Power Rangers dan segala neka cerita, aku tido, babah je melayan. Tiba-tiba dah abeh cerita dia, dia tego iklan DIGI kat billboard. dia kata iklan DIGI itu salah LIPUTAN LUAS kata dia sepatutnya LIPUTAN TERLUAS, dia bagi contoh, kalau luas tu macam "langit luas, laut luas" kalau DIGI mesti terluas, uhuhuhu aku pun tak tau nak fahamkan maksud dia. Hehehe aku pun tak terfikir dia boleh fikir macam tu.

Itu hari dia tegur tagline merdeka TESCO 50 tahun Merdeka "Merayai Bersama" dia tanya ada ke mama perkataan "Merayai" aku cakap entah, Merayakan sepatutnya, pehtu dia cakap "patutlah kita rasa macam pelik je Merayai." Heheh aku diam maleh layan, kang banyak lagi soalan dia.

Cerita lain, selalu kalau dia notti-notti, atau meragam, aku selalu nyakat dia, aku dan babah nak cari anak lain, boring dengan dia, sebab notti dan meragam, dia akan lagi meragam dan mengamuk tanak kami cari anak lain, kecuali dia nak adik yang aku mengandung..hehehehe lawak budak ni. Contohnya dia gila kumpul kereta hotwheels tu, asal pegi petronas meragam nak beli hotwheels, dan aku selalu marah, dan cakap, nak cari anak lain yang tak suka beli mainan, hehehe tapi baru-baru ni, dia mintak aku bancuhkan sirap, tapi aku lupa, pehtu dia cakap tak pe la dah lupa nak buat camner, nanti mama buatkan...

Pehtu dia suruh aku buat macam-macam benda, aku penat dan maleh buat, then dia suruh aku masak tu, masak ni, tapi aku busy dengan cupcakes, pehtu dia cakap "tak pe la kalau mama sibuk nanti mama buatkan ek..," aku diam jek, pehtu dia cakap "tak pe mama, kalau mama notti pun kita bukan nak cari mama lain, kita nak mama ni je, biarlah mama macam mana pun, kita tetap nak mama ni, tanak mama lain, bukan macam mama dan babah tu, bila kita notti je nak cari anak lain, sikit-sikit nak cari anak lain" uhuhuhu makan dalam sungguh... uhuks... mak terasa oulsss....

Snek preview :-

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

roti pintal sosej, home made, resepi sama je macam sosej bun itu hari, cuma pintal-pintal je sikit, ni lebihan tepung daripada bun daging yang cik adik SAS order sebab dia teringin sangat nak makan, kebetulan semalam mood rajin sikit, so dapatlah buatkan 22 pcs bun daging, dan sikit roti pintal ni, tak igt brp biji

Tuesday, August 28, 2007

Balik kampung..


Lama tak berupdate... Cuti seminggu tak baking dan tak sentuh pc. Sebelum balik kampung, ingat nak update dari rumah, tapi plug-plug sambungan ke pc dah kong... Balik dari kampung CPU pulak buat hal.. tak berkualiti betul pc skrang. Dulu tahun 1997, aku beli PC, murah je, bertahan sampai aku abeh belajar, tak pernah rosak. ni baru beli pc tahun lepas, dah berapa kali kong. Mungkin sebab ada internet so banyak virus menyerang, dah pasang anti virus konon power pun macam tak berapa power je pon.. ampeh..

Cuti balik kampung heheh idakle kampung sangat, sebab mak aku duk umah taman dalam pekan, mueheheh, tak banyak benda dapat dibuat, limited sangat masa, tapi sempat balik kampung mak di Penaga, (Butterworth) jenguk mak-mak sedara, dan bawa Najmi jadi anak kampung, tengok bendang, selut, memancing di sungai, meniti titi-titi kecil. Amboi bukan main suka. Masa pegi umah Pak Lang aku, kami just lepak kat kedai kopi Pak Lang je, best jugak duduk melepak kat kedai kopi kampung, mengadap sungai yang airnya mengalir ke laut, tengok nelayan balik dari laut, dan betul-betul seronok berada di kelompok nelayan dan orang kampung yang ramah mesra, dan suka melawak, sampai aku asyik gelak je.

Najmi pulak suka ke hulu ke hilir dengan pakcik dia yang darjah tiga, bawa pancing dan pegi memancing, bila dapat ikan puyu..punyalah suka. Kat kampung musim ikan darat. Sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik umur 4-10 tahun punyalah lasak, depa tangkap ikan haruan, ikan puyu dalam bendang guna tangan je, diaorang bukak baju, bersila kepung ikan dalam bendang dan kaut ikan masuk dalam baju, then usung balik umah. Dalam kolah kat umah Mak Su aku ada beratus ikan puyu, ikan haruan. puaslah aku meratah ikan sungai. Buat gulai rempah campur ubi keledek. Perrghh kalau ada ubi kemili lagi best.

Dulu masa aku kecik-kecik selalu bila cuti balik kampung, selalu ikut arwah tok mengail ikan. guna batang buluh, ikan tali tangsi dan ikat mata kail. Best giler memancing tepi tali air, dalam paya...dapat ikan tergedik-gedik.. Najmi pun suka sangat lalui pengalaman camtu, walau kami pegi umah Pak Lang aku dah dekat senja, tapi Najmi enjoy ke hulu ke hilir dengan tali pancing dan selamba meniti tepi sungai atas titi kecil, aku pulak risau. hehehe.

Sempat juga jumpa Yuka, blogger kat SP-thanks to your hubby belanja Key's Char Keow Teow yang famous di SP ni, 4 hari di Kedah kemudian kami balik Sauk, heheh Sauk kejap je, sebab itu hari masa bulan 5 my adik ipar bertunang banyak hari juga kami balik dan tak balik Kedah, heheh sebagai lelaki yang adil dan tidak zalim, my darling kasi can kali ni lebih sikit kat Kedah. Kat Sauk aktiviti tidak lain tidak bukan memasak. Seronok makan ramai-ramai.

Hari Sabtu petang kami ke Ipoh rumah kakak-kakak ipar, aku masakkan mee kuah, makan beramai-ramai kat sana. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Riuh rendah. Kakak ipar paling tua, dah jadi caterer anak beranak. best dengar, diaorang dah bisnes. heheh kami pun bisnes cupcakes jugak.. kakak ipar kedua memang dari dulu bisnes.. So sesiapa area Ipoh, nak buat makan-makan, open house ke, sila contact aku ye..aku leh rekemen kakak ipar aku. Nak kuih-muih ke.. nasi lauk pauk ke..boleh ajer... Sesiapa nak kenduri nak order cupcakes untuk wedding boleh la pakej katering dan cupcakes sebagai gift. hehehe bisnes beb..

Ok...cukup sampai sini...

biar gambar pula bercerita..
Ni masa kami ke Pulau sayak, nak tempah baju raya kami anak beranak, singgah kat tepi pantai pekena mee udang yang fresh... abeh diet aku... musnah diet bila balik kampung.
Best betul lepak tepi laut camni, Najmi pulak mula-mula muka masam, sebab dia ingat laut tu boleh mandi, heheeh sian dia.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Balik dari Pulau Sayak, kami ke Penaga, and ni kat Kampung Pak Lang, tengok Najmi dah pakai baju tido pegi tangkap ikan, memang best kat sini. Dan udang dan ikan dalam tong tu, baru naik ke darat, ada nelayan baru balik dari laut, Pak Lang aku booking sekilo udang yang sederhana tu, fresh from the sea, 1 kilo RM13.00 je...manis udangnya, udang baru...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
The next day nya kami pegi berkelah kat Yan, nama tempat tu Titi Hayun, memang best, aku pun macam teringin je nak berendam..heheh tapi malu aaa..ada chalet-chalet jugak kat sini, best la tempatnya. Najmi seronok mandi-manda dengan bapak-bapak sedara dia yang baya-baya dia je..heheh Ni lah cousin-cousin aku kat kampung, yang lasak tangkap ikan pakai tangan je.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Balik ke Sauk, kami ke area kawasan rehat Tasik Raban, cantiknya pemandangan kat sini, kalau Usop Selam tau, mesti nak shooting drama kat sini, heheh aku berangan la harap-harap hero encem, Zul Huzaimy tu lalu sini..heheh sebab ni laluan ke Grik, tapi tader ponnn cisss
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Best lepak kat sini, tapi sayang kurang promosi la, banyak gerai makan tutup...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, August 06, 2007

Happy Birthday Darling


Hari ni Birthday my darling...

tak dapat nak update awal-awal kebusyan sesangat, pulun siapkan kerja...
Thanks my darling hunny...
Really love you...

Walaupun adakalanya kita bergaduh-gaduh...tapi biasalah, mana ada rumahtangga aman damai tader ribut-ribut kan??? tapi ada masanya dia boleh jadi kawan yang paling best. Walaupun dah lebih 7 tahun kawen, ada kalanya kami boleh berborak sampai jam 2-3 pagi, bercerita segala cerita.

Cik abang saya ni memang jenis mudah berangin, tapi mudah sejuk. Walau dia garang, tapi kita tetap boleh jer bermanja. Macam skrg mungkin orang dengar pelik, bila dia makan dan time aku malas makan, aku akan duduk sebelah dia, dan dia akan menyuap aku makan, bergilir-gilir dengan Najmi. Hahahahah macam romantik gitu. Tapi aku memang la suka mengada-ngada macam tu. and kalau makan siput sedut, aku amatlah tak pandai menyedut siput dia, dan dia akan sedut, kumpul siput tu, utk aku dan Najmi. Hahahah i am his baby 'big' baby girl.

and this is a birthday card untuk babah, from Mama dan Najmi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Najmi menulis kad untuk babah...Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

heheheh so cute...aku nak simpan kad ni sampai dia besar, nak tunjuk balik, mesti kelakar masa tu, dia tengah kemaruk dengan optimus prime, mulanya dia nak tulis dia la optimus prime, tapi dia tukar, dia jadi Bumble Bee, babah jadi Optimus Prime, sebab ni besday babah...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Untuk babah, semoga rajin kerja, dan semangat. Jangan dok bagi hadiah kat orang dah..buat harta wakaf ye babah...this is from both of us...tie yang dulu tu masa bercinta, mama student,beli kat petaling street jek..hahahah apa hadiahnya?? hehehe musti korang tau punya...ahaks..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cerita Najmi
Semalam balik dari Day Care, dia nak singgah Petronas, dia nak beli jajan, dia beli keropok Super Ring, aku tak suka sebenarnya, tapi dia nak jugak, puas pujuk tukar benda lain, dia nak jugak, pehtu nak sampai dua, aku malas marah-marah, aku kasi dia beli dua, tp dengan syarat boleh bukak satu je..satu lagi simpan kat rumah lagi 2-3 hari baru boleh bukak, aku bebel..

Aku cakap Najmi ni tak sayang mama ke? tak dengar cakap mama, pok..pek..pok pek.. dia diam. dan terus diam... mesti rasa bersalah...aku biarkan dia diam.. pehtu dia cakap..

"mama, kita sayang mama kita tanak notti, tapi itulah kita ni boy, boy mesti la notti sikit, kalau tak notti macam girl pulak, tapi girl pun notti jugak, macam Sabrina, dia notti, oklah nanti tanak notti, mama sayang kita ek..," hahahah cute je..cair hatiku...tapi aku maintain la..aku cakap... "jangan la notti, kenapa ikut boy yang notti, tak payahlah," heheh pegu member dia...macam rasa bersalah...hehehehe

Cerita rumah...
Rumah ni harapnya siaplah hujung bulan ni, so far kontraktor takder problem. Nampak ok je...harap semuanya ok...Penign tengok rumah dipecah sana-sani..camnolah nak mengemas nanti..fening....

Tak sabar nak balik kampung hujung bulan ni..lama tak balik..rindu gilos...

Wednesday, August 01, 2007


Busy!! Kerja banyak..
Entry ni dah berapa hari terperap dalam draft ditulis beberapa hari yang lepas kat rumah, so edit sikit publish je la..

Hari Ahad yang silam, kami sefamili, Cik Daun, Neslo, Zaza, Siti Musafir, Nett, Iwan dan kawan Nett dan Iwan, Wan Rahim yang encem pegi kenduri Cik Aquil. Kalau blogger tahun yang aktif sekitar tahun 2001-2002, musti kenal Aquil. Aquil very the popular di arena blog or masa tu kami sebut Jurnal. Mana ada orang cakap blog, orang sebut online jurnal, or diary. Aquil sangat popular dengar artikel Warkah Untuk Ibu, yang kemudian sesuka hati orang foward ke sana sini, dan edit sesuka hati dan mengaku itu karya mereka. Dan Aquil kini bukan lagi Aquil yang dulu, Aquil kini sudah ada room mate yang baru. Selamat menjadi isteri orang ye Puan Aquil.

Gambo pengantin maleh nak upload sebab dia ckp jangan upload, takot glemer katanya.

Jadi dipersembahkan gambo pengantin lama je la...dengan sorang hero kecik... Best pulak tangkap gambo sebab dah nampak selim mak...auwwwss...hiks...

Pic-pic ni dibendang didepan umah pengantin
Lepas ni kami nak pi outdoor shooting... ada orang beli DSLR kamera, tapi lawa lagi dia amek pic pakai digicam cap ayam dulu, pic kami sepatutnya lawa, tapi photog ni hilang fokus..hahahahah

One happy family...love my two heroes..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Daun-tahun depan boleh la ko pulak posing manja gini..ahaks..dan bila bertemu geng poyo, aku pun terus jadi poyo..maka posing ngada-ngada sumer keluar..ahaks..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

dan tadaaaa
ini gambar 7 tahun lepas, pic ni 3 hari sebelum kami nikah, abah amek pic ni masa hari konvo aku, ye tuan-tuan, saya kawen lps 3 hari konvo, atau lebih tepat, hari konvo itu Ahad 27/5 adalah tarikh nikah kami, tapi disebabkan tarikh itu tarikh konvo aku, maka nikah kami ditunda pada 1/6-gilo kenduri hari khamis. Heheheh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Perhatikan baju konvoku...baju tu pertama kali pakai masa konvo, leps tu kawen, lps kawen terus pregnant tak sempat nak melaram pakai baju tu balik, lps bersalin sempat la pakai 2-3 kali pehtu terus bungkus masuk almari sebab tak muat aku gendut tahap raksasa gorgon. dan ya tuan-tuan, hari ni selepas 7 tahun saya boleh sarung baju itu kembali dan sempena hari Batik 1hb bagi org gomen aku pakai ke opis hari ni, semua orang tegur baju baru, hahahha tidak...saya sudah mampu menyarung baju ini kerana saya sudah turun 20kg lebih, berat sama di tahun lepas ialah 115kg, dan skrg berat saya 92kg...yeay!!!! lebih kurus daripada biasa <-ikut nada hot.fm

My fren Cik Kiah-hang lebih gemok dari aku...hahahahah besh..besh... (motivasi untuk Cik Kiah dapatkan kembali berat 65kg..ahaks..) Aku dah try sarungkan kebaya sulam yang aku pakai masa majlis bertunang...horayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy dah muat tau...cuma nak longgarkan sikit lagi...harap-harap bulan puasa akan lebih membantu...

Jadi kawan-kawan marilah bersama misi menurunkan berat badan, biarlah kita tak selim melim, tapi turunkan sedaya mungkin...nanti ada orang balik dari posting dari obersi tak kenal aku sebab aku akan kurus nanti...hahahahaha sapalah dapat pegi posting obersi tu...kirim beli cupcakes tier boleh?? pi la round cari ek...nak ni...

and ya... Happy 25th Anniversary to my cousin KAK PAH Semoga panjang jodoh hingga akhir hayat...Muaahsss kiss untuk Kak Pah, tengok pic kat blog tu, teringat masa kecik, aku selalu dikidnap ke rumah Pak Long masa kecik-kecik, sebab aku rapat dengan arwah Pak Long, my Pak long is humble, and i miss him so much, masa arwah meninggal, aku sedih giler, sangat sedih..sebab Pak Long selalu manjakan aku. Kan Kak Pah??

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino