Tuesday, May 29, 2007

Cuppies lagi, citer rumah


Update sat-ada sesapa nak order cuppies for Monday 4/6 ni?? area Shah Alam, or Puchong..cepat free delivery...saya nak deliver ke Shah Alam, Monday ni?? kalau nak sila email ye... lepas ni kalau nak order kena charge delivery cost..
Entry baru di bawah...ni entry promosi dan entry jamu mata...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

For more story dan pictures, sila ke BLOG CAKE dan pesanan untuk mereka yang nak order, uwaaa tolonglah jangan last minute order, aku ni jenis tak sampai hati tau...orang mintak tolong jugak-jugak aku cair.. dan untuk Father's Day punya order, sila la confirm order sekarang dengan segera... Father's Day special yang di offer skrang ialah
4 pcs= RM10.00,
7 pcs = RM15.00,
16 pcs = RM32.00
25 pcs = RM48.00 (ni termasuk deco with organze ribbon, kaler lebih dari 5 kaler, free delivery kawasan Putrajaya, Serdang, Bangi, Puchong, Cyberjaya)
Harga ni hanya untuk Father's Day sahaja. Ok abeh citer kek

Cerita Rumah.
Dah dapat dua kontraktor datang mai ukur dan bagi anggaran kos. Kontraktor A, bagi harga agak berpatutan, dlm 30-35K, yang kontraktor B labih teliti, dia nak kira dulu, dan cara dia mengukur dan bercakap pasal renovation aku lebih confident, dan kerja lebih sistematik, dia kontraktor besar jugak, tapi aku rasa harga dia sure mahal punya, tapi kami akan nego lagi dan drop mana tak perlu.

Banyak benda nak kena fikir, nak dapatkan kelulusan Majlis Daerah lagi, (siapa org Majlis Daerah Sepang*?? bantuan anda amat diperlukan..) nak kena teliti quotation kontraktor bagi, nak tengok material apa dia guna, bukan sikit duit nak keluar nanti, takut-takut pun ada, kontraktor Cina* mmg la orang kata bagus, tapi dengan bajet 30-40, aku rasa aku hanya boleh expand dapur dengan kaum nan satu ini.

Harapnya siapa pun kontraktor yang di pilih nanti, dia akan buat kerja dengan betul dan ikut masa. Thanks kepada kengkawan yang email, yang komen bagi info pasal nak renovation rumah, ada yang siap bagi contoh agreement dengan kontraktor lagi. Thanks a lots.. Memang takder pengalaman langsung nak handle benda ni. Nasib kami baik jugak, kerana tak banyak masalah masa pembelian rumah ni ni. cuma hajat nak rumah yang last sekali tak dapat, terlewat sehari je, tapi ok jugak lah, dapat rumah yang kedua dari hujung, malah yang penting dapat rumah yang banyak tanah lapang di belakang, dan tak der umah orang, privacy sangat.

Aku mula berangan nak tanam pokok pisang dan segala neka pokok, malah dah siap ada semaian pokok daun palas lagi. Geram sangat susah nak dapat daun palas kat KL ni, so balik kampung hari tu, dah siap mintak kawan adik semaikan anak pokok palas. Dan sekarang dah elok tumbuh dalam bekas poli beg kaler hitam tu, tunggu bila dah dekat nak pindah nak alihkan tanam terus kat tanah, dan harap pokok tu tumbuhkan... Heheh jadilah aku orang pertama dalam Putrajaya or Desa Pinggiran Putra tu tanam pokok palas agaknya. Harap sesuailah tanah tu untuk tanam pokok palas...

Home sweet Home InsyaAllah, ni lah rumah yang akan kami pindah nanti...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni kawasan belakang, ada banyak tanah luas kat belakang aku akan tanam pokok pelam, rambutan, limau purut..malah silap-silap kat depan punya tanah pun aku tanam pokok gak.heheh tu mamat kontraktor tengah amek gambar untuk dia buat kerja nanti..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friday, May 25, 2007

Dah dapat kunci rumah


Kepenatan....

Selasa, pegi kat Syarikat Pemaju, setelkan penalti payment, pegi bayar itu ini, setel semua dan amek kunci pagi tadi, (Sabtu 26/5/2007) dah pegi tengok rumah, dan sekarang sibuk nak setelkan urusan renovation, happy sangat sebab boleh renovate dengan dapur yang luas. Rumah kami row paling last, ada banyak tanah kosong belakang rumah, boleh tanam pokok-pokok. Aku awal lagi mmg dah cakap kat darling aku nak dapur yang luas, aku nak wet kitchen yang besar senang aku melayan hobi masak memasak aku. Cukup rimas dengan rumah sekarang yang dapur kecil, wet kitchen kecil. dry kitchen pun kecil, ape tah arkitek umah ni buat bilik sampai 6, tapi dapur kecik je. So now sesapa ada pengalaman renovation rumah sila lah berkongsi pengalaman, dan kalau nak rekemen kontraktor yang buat rumah u all amatlah di alu-alukan. Kami memang tak der pengalaman.

Balik dari setel hal rumah Selasa tu, bersilat siapkan order untuk Ija dan Nurul, kebetulan dua-dua area Bangsar tu..maka aku deliver sekaligus untuk kedua mereka. Balik tu terus pulak bersilat all out untuk siapkan 300 pcs + 50 pcs cuppies yang di order dari Syasaya, Mimi dan Ieqa dari UNITEN (uwaa masuk jumpa budak-budak u, terasa rindunya zaman study dulu) Masa tulis Happy Sweet 19, untuk kek dari Iqea untuk Sarah, aku cakap kat daling, dah 12 tahun aku tinggal umur 19 tahun.


Cuma aku nak mintak maaf pada Wawa, kerana tidak dapat call dia sebelum hantar ke UNITEN tu, sori sesangat sweet Wawa, akak busy sangat tak sempat nak call. Makan pun lupa. Next time ye, rasa terkilan dan ralat kerana hajatnya nak bagi pada parent dia. Aku suka nak happy orang, tambah pulak untuk mak ayah. Actually aku dan close order, tak ralat dah nak tambah order, tapi bila dapat email, dia dan kawannya nak bagi mama diaorg, dan nak balik kampung naik bas, dan sanggup nak bawak kek tu, aku tak sampai hati nak cakap tak nak, how sweet u girls. Thanks to all.

Jumaat jugak, pegi Smart Reader Kid's Najmi amek result mid term exam diaorg.. Overall happy dengan result dia. 100% for BM, dan 98% for English, Science dan Maths. So far Alhamdulillah, again, dia buat kami happy again, teacher dia kata, he will stay dalam intermidiate group.

And this is sebahagian dari cuppies yang di order oleh pembaca blog ini. Untuk maklumat lanjut... I am officially launching my cake blog. Sila lah ke MY CAKES BLOG

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, May 20, 2007

Happy Birthday to My Blog


Hari ni 21 May 2007, genap 6 tahun aku mula menulis blog. Entry pertama aku tulis pada tahun 2001, pada tarikh ni macam siot je. Masa tu aku baru berumur 25 tahun, dan baru masuk ofis dari menghabiskan cuti bersalin. Banyak cerita merapu tah hapa, korang leh baca entry muda-muda belia aku dulu kat link dari blog ni ke blog lama aku dulu. Kelakar pulak kalau baca balik, cam tak percaya aku yang tulis.

Dulu aku tulis blog sebab aku bosan giler kerja kat kolej muzik dulu tu, tension ngan boss yang aku panggil misai kat dalam blog dulu, kiranya populariti misai masa tu bukan main hebat, ada jer cerita misai dalam entry-entry aku.

Blog pertama aku baca ialah blog Mat Jan, masa tu aku tengah surf pasal apa tah mengenai uitm dan cerita pelajar universiti ke apa tah, terus sesat ke blog Mat Jan, then aku start post-post komen kat blog dia, sebab kami sama satu universiti, dan paling best bila aku tau dia akak kakak nama Shafinaz, dan kebetulan aku pun ada adik nama sama cam dia Mohd. Syafizan, dari blog Mat Jan, or masa tu orang sebut jurnal. Masa tu tak ramai orang ada blog/jurnal. dari blog Mat Jan wujud satu komuniti kecil geng-geng yang ada jurnal. Dari situ kami bersembang melalui guestbook, aku kenal Aquil, Nett, Rudi (masa tu kat Jepun) Cik Daun, Ika, Napang, Tok Rimau (dulu nama dia Harimau Jadian), Mie, Fajar, Pikor Cute, Zira (dulu Inpirasi Teja, skrang Kopi Suam), Yadziz, Ijah, Rosh, Anas, Sera, Pak Long (ayah Mat Jan) kemudian sikit Spyz erkk saper lagi..bantuan blogger lama diperlukan.

Kemudian aku mintak Mat Jan buatkan blog untuk aku satu, dan dia berbesar hati tolong aku, dari situ aku mula kenal HTML code ni, studylah aku code-code berbelit-belit. Ingat lagi first time nak belajar upload gambar, aku tanya hampir seluruh orang camner nak letka pic. Pak Long suruh aku belajar sendiri. Hahaha last-last berjaya. Dari blog ni aku kenal erti persahabatan, erti ukhwah bermula dari hujung jari di depan monitor dan keyboard PC.

Pertemuan Pertama dengan kawan jurnal/blog telah memulakan satu persahabatan yang sangat unik dan berkesan sekali. Ukhwah terjalin. Kini selepas 6 tahun aku menulis blog, sudah beratus kawan jauh dan dekat hadir, Seronok dapat ramai kawan, aku ke Serawak ada kawan, pegi Kuantan ada kawan, pegi Langkawi ada kawan. Balik kampung ada aktiviti, pergi Perlis ada je kawan, malah aku baru bercakap hendak ke Sabah, sudah ada kawan yang pesan supaya aku bagitau awal-awal, kerana dia hendak ambil cuti bawa kami berjalan. Sungguh terharu. Semua bermula dari keyboard inilah. Jatuh bangun, suka duka sepanjang 6 tahun ini, di sini lah tercoret segalanya.

Kini aku punyai ramai adik-adik, kawan-kawan dan kakak-kakak yang aku sayang. Antara yang paling rapat Mak Andeh, Auntie Yan, Kak Sya, Kak Lady itu kakak-kakak, kalau adik-adik, yang tak leh dipertikaikan keakraban dan aku selesa dan serasi ialah...erkk.. panjang list ni kalau nak sebut. Tapi yang paling rapat, Mat Jan, Cik Daun, Salina, Nett lelain pun rapat, tapi kalau aku sebut sure panjang list ni.. :-D

Maka sempena ulang tahun blog ini, aku nak buat peraduan, hehehe sila ciptakan satu 'tagline' yang menarik sesuai dengan gaya. cara, dan perwatakan aku melalui blog ini. Jangan la panjang-panjang sangat. Pemenang akan menerima satu kotak cupcakes percuma dari aku. (satu kotak 12 pcs of cupcakes or mungkin lebih dari 12 pcs) cepat, tarikh tutup peraduan 4 Jun 2007 (my birthday) Jadi, carikan tagline menarik untuk aku, tagline tu mestilah lebih 3 perkataan dan tak lebih 10 perkataan.

Cerita hari Minggu pulak.

Yeay! dah dapat oven besar, Thank kepada Encik Mior Babah (darling la) atas hadiah ni, ni kira hadiah besday blog kan hunny, hadiah besday lain kan..kan..kan... Berpusing kami mencari CKE Marketing Cheras nak beli oven ni. Thanks to Kak Sya, atas panduan pembelian. Memang berbaloi dengan oven ni, cake di bakar pun cepat, lebih menarik. Sebagai pengujian, petang tu aku buat pizza, dan ermm kualiti pizza pun lebih best. Masa membakar lebih singkat. Best..best... Kuantiti kek pun banyak boleh dibakar dalam satu masa. Antara tujuan beli oven ni sebab sambutan cupcakes rancak pulak, Khamis ni aku kena baking 300 pcs cupcakes untuk majlis kenduri kawin, ada orang order dari obersi lagi, hehehe. Kawan ni akan terbang balik Malaysia pada Jumaat, dan terus ke Putrajaya untuk ambil kek bawa balik ke Johor untuk cenderahati perkahwinan adik dia.

Thanks darling for the oven

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pizza yang lebih berkualiti dengan pembakaran yang sempurna..hehehe, pizza daging + ayam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thousand Island sauce seafood pizza. Yummy..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sekali masuk kek, boleh 40 pcs sekali gus.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, May 15, 2007

Selamat Hari Guru


GURU OH GURU.

Petikan sebahagian dari Sajak Sasterawan Negara Usman Awang..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara...


Selamat Hari Guru, buat cikgu-cikgu di alam cyber ni...dan cikgu-cikgu di luar sana. Terima kasih cikgu...

Macam orang lain, aku ada satu cikgu yang amat aku kenang sampai hari ini. Cikgu yang amat-amat besar jasanya, bukan sekadar cikgu biasa, malah cikgu yang sangat luar biasa. Aku dan kawan-kawan aku anggap seperti bapa.

Cikgu yang paling aku kenang dan aku ingat ialah cikgu Syed Mustafa, cikgu lukisan di Sekolah aku dulu. Dialah cikgu yang best sekali, di sekolah dulu aku dan beberapa orang kawan selalu kena cop muka budak jahat dengan pengetua kami, kerana pengetua kami ada anak sebaya kami yang kerek dan berlagak very the anak cikgu besar. Jangankan kami, the cikgus pun dah maklum sangat dengan peel dia.

So hanya cikgu Syed je, yang selalu faham kami, dengar cerita kami, gelak ketawa dengan kami, dan kebetulan dia tidak ada anak perempuan, dan mengajar kami di sekolah perempuan, kami dianggap macam anak-anak dia sendiri, kami kuasai bilik lukisan tu, kami diberi peluang jadi presiden, naib presiden, setiausaha, bendahari Kelab Seni Lukis, lukisan2 batik kami diframekan dan digantung didinding2 sekolah. Kenakalan kami masa remaja jadi perhatian.

Aku berterima kasih, kalau dia tak 'jaga' kami seperti dulu, mungkin aku tidak jadi seperti sekarang. Dan aku bangga, diantara anak-anak nakal suatu ketika dulu, aku kini antara yang boleh membanggakan dia. antara yang sering disebut-sebut. Alhamdulillah, dengan kenakalan dulu, mungkin cikgu lain pun macam tak percaya, aku boleh masuk univerisiti dan dapat kerja yang baik. Semuanya dengan nasihat dan pendekatan cikgu Syed yang sangat bersifat kebapaan.

Kalau hari minggu kami datang buat kerja-kerja batik di sekolah, wife dia akan masakkan satu tupperware besar bihun goreng, mee goreng atau nasi lemak, dengan air teh satu balang, malah kalau ada jamuan atau majlis makan-makan kat rumah dia, kami pasti di ajak, dan kami pergi bantu-bantu kat rumah dia. Betul-betul dia layan kami macam anak-anak dia, kerana anak dia sendiri 4 orang semua hero.

Kini 15 tahun sudah berlalu, masa kian menginjak, apa khabar cikgu Syed sekarang, aku rindu dia, Insya-ALlah aku akan pergi menjejak dia, kalaulah dia masih tinggal di rumah lamanya lagi. Cikgu, terima kasih cikgu..saya kenang jasa cikgu sampai bila-bila...

Orang kata, kalau kita kerja cikgu, sampai bila-bila jumpa di mana pun kita tetap jadi cikgu..orang akan panggil cikgu, sama macam doktor. Jumpa kat mana pun kita akan panggil dia doktor.

So apa cerita cikgu kesayangan anda, meh la share...

<>

Cerita Najmi

Hero kecik aku ni skrang minat betul ngan kereta, apa jugak citer kat tv pasal keter, majalah pasal keter, suka sangat dia belek. Malah aksi-aksi pasal drift pun dia tau. Dulu dia minat betul tengok X-Tune kat Ria, sebelum ada AF. citer Fast and Furious tu ntah brp kali dia tengok. AKu ingat nak cari dvd Tokyo Drift, sure dia suka. Malah kalau babah pegi bengkel, dia suka sangat nak ikut, dia dia tak boring dok kat bengkel, malah dia akan belek-belek majalah kereta kat bengkel kata babah. Macam faham sangat pasal kereta. Heheheh..

Dan kalau kami dalam kereta, dia nampak ke keter sporty sikit, dia mesti cakap, "fuyooo bestnya keter ni, boleh buat drift," Dan dia akan perhatikan, sport rim keter tu, ekzos.. stiker-stiker kat keter tu. Malah dia tau keter mana sesuai untuk buat drift. Katanya keter nak drift ni "mama mana boleh pakai keter proton, kena pakai keter yang lama, pehtu tukar enjin, baru power, " huhuhu

Dan tengok le asal nampak keter sporty dia nam bergambar. Ni keter yang parking sebelah keter aku masa kami pegi Taman Warisan, sempat dia suruh aku amek gambar dia letak dalam blog. hehehehe.

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu


Weekend activity..

Jumaat, lepas Magrhrib baking cupcakes untuk AMYZ siap deco cakes semua dekat dekat pukul 1 pagi, then kemas-kemas dapur, 1.30 tido, esoknya nak bangun awal nak pegi PJ.

Sabtu pagi aku pegi PJ, ada jemputan jadi Hakim untuk pertandingan bercerita anjuran Library MBPJ, abeh je aku bergegas balik, untuk rileks, sbb petang tu aku nak baking cakes untuk Mother's Day, ingat sampai umah nak tido kejap, tapi panas semacam je, tader mood lak nak tido, last-last bangun terus masuk dapur buat kek, tengah baking cake, ada orang datang hantar bunga nak bagi pada someone, and dia order 4 pcs cake untuk memujuk sidia, dan mintak deliver bunga tu sekali.. Hahaha service Pnut Cakes ni bukan saja hantar kek, malah hantar bunga dan kek-kek comel ni bertindak sebagai agen memujuk yang sangat mantap.

Happy je bila tengok muka awek comei terkejut dapat bunga dan lovely cakes dan speechless tiba-tiba. Hahaha so sesapa yang rasa nak memujuk, nak surprisekan isteri/pakwe memasing boleh gunakan perkhidmatan aku..hahahaa.

Hari Ahad, pagi-pagi deliver cupcakes order untuk kawasan putrajaya, then pegi bangi, ada beberapa org yang order, aku janji tunggu situ je semua senang. Selesai urusan tu pegi kat Petronas kat Astro tu, tunggu sorang lagi amek cakes kat situ, selesai semua urusan tu, baru nak feeling sedih sebab my darling cakap nak terus balik lepas tu nak tengok badminton, uwaaa di Hari Ibu, aku bake cakes untuk happykan orang lain, ada orang nak lepak kat umah tengok badminton, huhu, tapi sebagai darling yang sensitif dengan jiwa sentimental isterinya, darling cakap, "aperlah sangat tengok badminton tu, kalau nak bandingkan jasa isteri abang jadi isteri dan ibu untuk anak abang ni, ok jom kita pegi the mines, makan-makan then tengok wayang," yeay...terus senyum-senyum mama.. hahahah

So kami makan-makan then tengok wayang, just 3 of us, kami tengok citer Sumolah, and aku kan peminat Afdlin so enjoy la tengok movie tu, balik je, aku terus melakukan kerja-kerja laundry. So tu je citer weekend kami...

So ni adalah beberapa pic kerja-kerja aku di hari minggu, ada beberapa pic yang tak sempat di amek, kalut sangat, terutama masa pagi tu, dok masuk cakes-cakes dalam box, ikat riben organza tu.. Sebenarnya bukan untung sangat buat benda ni, sebab aku beli box, kain organza, bunga kecik-kecik tu dan mother's day punya love tu pun agak mahal, then icing multicolor, renyah lagi, tapi sebab aku suka so aku jadi tak berkira, and orang order 15, aku bagi lebih 2-3 pcs, and at least bagi extra satu, and ada yang harga sepatutnya RM24, aku bagi RM20 je, sebab aku pun pun terrer lagi, so tak best kalau jual mahal-mahal. Janji orang puas hati, dan aku pun happy boleh mahirkan skill.

Ini untuk Amyz - Birthday Ayah dia dan Atiya, anak buah dia Amyz cakap suka sangatlah budak-budak dengan cakes dan cream ni, (aku kurangkan manis cream ni, so tader la muak makan kek)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ini untuk Aza, (my senior/ and friend masa kat uitm dulu, and she read my blog also, thanks Aza)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ini untuk Mr. A untuk isterinya, hope u like it too..(order 7 pcs, but i give extra 1 pcs)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni untuk seseorang special di Putrajaya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
And yang ni telah membuat orang merajuk tersenyum speechless...huhuhu, and aku dapat msg dari awek ni "alaaa kak, comei sangat kek ni, orang sayang nak makan, camner ek..."
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
8 pcs of cupcakes ready to deliver
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Cute kan benda alah ni, and aku beli bunga kecik tu kat kedai kraf and letak kat love tu, ni special aku bagi free je, tader extra charge pun.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni yang sempat di amek pic, boxes2 yang ready nak dihantar
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni lebih-lebih, rezeki anak-anak jiran, dan kawan-kawan sekolah Najmi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tu je pic yang aku sempat amek, lelain tak sempat amek, kalut.. rugi lak, terutama yang theme color pink, deco in pink and white color. ishkkk...terlupa amek pic tu..
So next coming order, Father's Day Special, (June) boleh place order skrang, first come first serve, maklumlah belum ada oven beso...hehehe... tapi ada orang janji nak belikan kalau kita sungguh-sungguh nak buat...so apa lagi, korang tolonglah beri sokongan... leh dapat oven besar.. yeay...

Tuesday, May 08, 2007

Promosi Hari Ibu


Kengkawan..
Ada beberapa org kawan-kawan aku order cupcakes untuk surprisekan isteri diaorg sempena Hari Ibu ni, so sesambil aku buatkan untuk kawan-kawan yang order ni, aku nak buka offer ni kepada kengkawan cyber jugak.. terutamanya yang tinggal di area Putrajaya/Bangi/Serdang/Cyberjaya... saya offer 4 pcs cupcakes size medium ni untuk harga RM10.00 sekotak, (kalau nak lebih pun boleh, harganya lain le..hehehe) or 5 pcs for RM12.00, free delivery.

Kalau order lebih 10 pcs, leh dapat diskaun lagi...

Kalau nak orde sila berbuat demikian...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Yang ni buat semalam ada orang order...dan kebetulan ada member satu opis, boss dia besday hari ni, so bagi diaorg sikit cupcakes ni... Tapi yang ni mood nak deco dah kurang, dah pukul 10 lebih dah, badan dah penat dan mata ngantuk. Jadi hasilnya tidak memberangsangkan.. :-(
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Harus diingatkan, sy buat ni suka-suka je, bukan nak untung juta-juta...heheh sebagai hobi dan sambil buat-buat tu amek order kawan-kawan jugak, jadi kualiti saya bukan taraf orang dah pro..masih learning process ye... my email- dahmalas@yahoo.com

Monday, May 07, 2007


Cerita Minggu Lepas
Dua hari berturut-turut ke PWTC (Khamis dan Jumaat), buat book selection kat Book Fair. Jumpa Mat Jan masa hari pertama, hari kedua tak nampak pulak. Beli buku-buku untuk diri sendiri, aku beli buku-buku dan buku mcm words picture untuk Najmi, suka dia dengan buku tu, untuk diri sendiri aku beli majalah, novel, dan majalah pastinya ialah Anjung Seri dan Impiana, tambah pulak dah semangat nak pindah rumah, Anjung Seri ni kira rujukan rasmi la..

Sabtu-pegi Bukit Jalil, ada perhimpunan Hari Pekerja. Boring je, tapi ada sorang blogger gak ND pegi sana gak, so boleh aku dengan dia layan sms hahaha, dia duduk level bawah, aku nampak dia, dia tak nampak aku mulanya, sampai last aku melambai dan bagi banyak clue baru dia nampak..cesss... tapi diaorg best dapat duit pegi sana...tak aci betul...

Cerita Najmi pulak..
Siku tajam
Dalam kereta dia suka letak tangan kiri kanan atas kusyen depan, selalu sikut dia akan menyucuk bahu aku, aku sound dia "Najmi, siku Najmi tajamlah, sakit bahu mama," anak bertuahku menjawab "Mama, semua orang siku dia tajam, mana ada sikut orang tak tajam, apa la mama ni," huhuhu darling tersengih-sengih gelak, geramnya...

Murai
Najmi ni suka sangatlah bercakap, masa kami nak balik kampung hari tu, bayangkan dari Putrajaya, sampai lepas nak masuk Perak, mulut bercakap tak henti-henti...non stop ouls...ada saja cerita dia, aku nak tido pun tak boleh, tapi ok jugak lah melayan babah tengah drive. Bila dah banyak sangat dia cakap aku panggil dia "CIk Rai..(CIk Murai) Cik Rai leh diam tak? boring lah asyik bercakap saja, tak lenguh mulut ke bercakap tak henti-henti?" dia menjawab.."Mama, kalau dah nama Murai, nama boleh diam, Murai kan suka bercakap, dia mana reti duduk diam, kalau diam bukanlah Murai," uwaaaa kena lagik.... darling gelak kuat..aku geram, aku cubit dia kuat-kuat..

Bomba
Masa kat Langkawi, kami lalu depan Balai Bomba, tertulis "Balai Bomba Langkawai, Bandararaya Pelancongan" Cik Rai ni nampak, dan baca, then dia cakap "Ooo mama kat Langkawi bomba kerja pelancongan jugak ye" aku jawab "mana ade, keja bomba la" dia tak puas hati dia jawab "Iyer tadi kita baca Balai Bomba Langkawi Bandaraya Pelancong, maknanya Bomba kerja pelancongan jugak la, kalau tak kenapa dia tak tulis je Balai Bomba Langkawi, kenapa dia tulis Pelancongan jugak, maknaya Bomba kat Langkawi buat kerja Pelancongan, kalau tak kerja pelancongan, tak payah la tulis Pelancongan," hahahaha susah betoi budak ni..prihatin betul.

Citer semalam
Semalam mood memasak sudah mari..sejak sekian lama dapur tak berasap..hehehe menu semalam, mashed potato dan pizza, chef di rujuk, Chef Sya menjadi jugak experiment aku smlm, satu pizza sos merah biasa tu siap, dan sebiji lagi pizza seafood, guna thousand island sos, dan crab meat, tuna, udang.. Darling memuji-muji sehingga aku kembang empat lima mangkuk... darling cakap "Najmi esok nak kawin cari isteri macam mama, pandai masak, nak cari isteri biar muka tak lawa, tapi pandai masak, kenyang kita," hahaha

Ampehnya...mentanglah bini dia tak lawa... lupa lak nak merajuk semalam darling cakap camtu. Selepas pizza pertama selesai menjadi santapan, pizza kedua, seafood pizza macam kami tak larat abeh, dan macam biasa yang untung jiran kami..ahaks, dapat semangkuk mashed potato (yang darling kata sedap lagi KFC punya..mueheheh perasan..perasan...perasan..) dan dapat 5 slice pizza seafood. Pizza kedua ni tebal sikit, sebab aku maleh mencanai nipis, lagipun dia lama sikit kembangnya.

So hari ni ada lagi balance gravy sauce untuk mashed potato, mozarela chesee pun ada lagi, balik kang aku edjust, tambah daging ayam kisar dalam white sauce tu, then buat red sauce dengan daging kisar, maka akan dibuat lasagna pulak, hari tu buat lasagna, macam keras sikit pastanya, so kali ni rebuskan lembut sikit..

Korang tengok gambar je la ek...here the pics of Pnut's Pizza...Yummy..

The Making of Mashed Potato dan daging ayam kisar, masak dengan red sauce untuk topping pizza, rebus kentang, then lecekkan kentang, taruk butter sikit, dan fresh milk sikit, dalam 2-3 sudu je...or less, then scoopkan (thanks to Chef Sya for the tips)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Uli tepung ouls..lenguh tangan mak menguli tepung tau.. dah uli, tutup dengan tuala lembab yang bersih, tunggu sejam untuk doh naik dua kali ganda
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yeah...presenting..Pnut's Pizza..dan Mashed Potato, lembut best, resepi kak Sya, taruk butter dan susu sedikit... yummy tau..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nak resepi?? Resepi ni aku ambil dari internet je...dan aku adjust, resepi tu kata letak minyak masak dalam doh pizza tu, aku hentam letak minyak dan mentega sikit ahaks..

Thursday, May 03, 2007

Nurul Bertunang dan Jumpa Ujang


Minggu lepas cuti, balik kampung hari Sabtu, Hari Selasa my adik ipar bertunang. So aku diminta tolong buatkan hantaran untuk majlis pertunangan tu, dan sememangnya aku minat dan suka sangat buat benda-benda kraf-kraf ni..maka aku dengan suka hati tolong dia buatkan bekas-bekas untuk hantaran, menggubah dua pasu bunga, dan menggubah sireh junjung. (or actually bukan sireh junjung, tp just sireh yang digubah dengan fresh flowers je)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni hantaran yang telah siap dideco, decoration by me la, tapi tuala punya gubahan tu, Yusma, wife anak buah kami tolong buatkan. seronok betul buat-buat benda ni..dan darling bergurau.."Najmi, senang babah esok kalau nak kawin lagi, mama pandai menggubah hantaran, boleh mama tolong buat," cisssss

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang kaler kuning ialah hantaran dari pihak lelaki, kuning di raja lagi, kami pulak hijau...so jadilah hijau kuning macam jersi kedah lak..ahaks..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Wah, berbakat dah nak jadi ibu ni...ni lah cucu pertama kami, cucu sulung, dari anak sulung, dan anak saudara paling sulung, kiranya cucu ni taraf dia sama aku, cucu sulung dari anak sulung..hehehe. dan macam Najmi jugak la...cucu dari nenek sulung, cicit sulung dari cucu sulung hahaha.

Semalam masuk ofis kejap je, then bawa staff pegi book fair, ada book selection untuk kami punya Library, hari ni pegi lagi, hari ni aktiviti library la, bawa staff yang berminat nak pergi book fair, ramai jugak yang nak pergi. Semalam singgah booth Creative Enterprise, jumpa kartunis UJANG, beli dua novel dia, beli koleksi Aca dan Atuk, then mintak otograf, bestnya masa Ujang nak tulis nama kat dalam buku tu, dia tanya nama aku saper, aku cakap Pnut, then dia cakap, macam kenal je Pnut, familiar je nama tu kata dia..hehehe then aku cakap, suka baca blog tak? then dia cakap, "haah, Pnut blogger tu, pernah baca blog awak," wahhh.. pehtu kami pun borak pasal blog jugak, citer pasal blog-blog yang wujud skrang, dan dia cakap nanti time preview filem Jibam, nak ajak blogger, so nanti leh join ye Encik Ujang. count me in ye...saya memang lah peminat Jibam.

So ni pic Ujang tengah sain buku aku beli, dia cakap "nanti letak link blog Jibam kat blog awak ye..." heheh ye encik Ujang, nanti saya letak..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ok guys, see u soon, Sabtu ni dengan paksa rela kena pegi Perhimpunan Hari Pekerja, so masa korang tengok tv Sabtu ni, carilah kot-kot ada muka aku..hehehe







 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino