Friday, January 28, 2005

Kau ingat kau hebat sangat ker?


Ini cerita amarah semalam...



Semasa balik kerja, lalu dibawah terowong dari Parcel C, menghala ke Parcel B, aku hendak keluar ke jalan utama, kereta banyak, masing-masing nak balik, bumper to bumper lah. Polis mengawal, di atas bukit, gear satu, menten clutch dan minyak, berenjut-enjut ke depan beberapa inci, berhenti, dan maju lagi, berhenti, dua lalu menjadi satu laluan kereta, ada orang parking dibahu kiri jalan, jadi kalau berselisih kena give and take.



Ada satu kereta kembara merah BFS 3666, bodoh punya pemandu wanita gelojoh bangat...zuupp dari bawah terus dia naik, memotong beberapa biji kereta didepannya termasuk aku, dengan harapan dia akan dapat duduk depan aku, mintak maaf le, aku bukan pompuan aku simpati dengan pemandu gelojoh begitu, aku rapat dengan kereta depan, dia duduk tengah-tengah, motor hon, kereta depan hon, kereta belakang dia hon, dia himpit juga nak mencelah, aku rapat, dan dia dengan kurang ajar terus lagi himpit, dan aku hon panjang-panjang 4-5 kali.



Berbakul pompuan dalam kereta tu kena 'taram' dengan aku, dan ada kereta hendak kelaur dari simpang kiri beri peluang dia 'insert' depan kereta aku, siottt...aku hon lagi minah babun tu. Ok dah masuk ke jalan utama, jalan tu one way, betul-betul depan office PM, aku duduk lane paling kiri mengekori kereta pompuan babun tu, aku akan belok kiri lepas tu, tiba-tiba minah babun ni, tukar fikiran, zuppp dia bagi signal dan terus mencelah ke kanan... aku nak maki ni, tapi sensitif pulak karang maki-maki dlm blog...tapi aku sudah _)()(&*&%#@&%#$&@$%% semalam. Memang tahap babun, kau bagi signal, jam-jam tu kau mencelah, jam-jam tu kau nak potong Q dan harap orang akan beri kau laluan. Mangkuk tandasla...



Aku tengok pompuan bawak kereta ada dua jenis, satu puak takut mati, satu puak berani mati. Puak takut mati bawa kereta 40-50km/jam, di laluan yang lengang, dan atau dijalan raya yang kereta berpusu-pusu, dia selamba terhegeh-hegeh bawa 40-50km dan menyusahkan orang belakang, dan paling benci driver pompuan yang jenisnya (or lelaki jua) yang jenis TAP!! bagi signal, dan terus himpit, masuk kiri or kanan, tak kira org bagi ke tak?



Perempuan berani mati bawak kereta ialah, yang jenis, ikut bontot kereta orang rapat-rapat, keluar simpang membabi buta, ikut sedap hati dia, dan kalau dia ada di lane kanan, di laluan yang ada tiga lane, dia nak masuk lane paling kiri, dia akan bagi signal dan terus cross dari lane kanan terus ke lane kiri. Hidup mesti ada perancangan, kalau lagi 100-200 meter nak belok kiri-kanan, masuklah lane berkenaan sikit-sikit, jangan sekaligus nak redah jer.



Aku harap perempuan babun bawa kereta kembara BFS 3666 tu baca blog aku dan tahu bawah dia seorang perempuan yang tidak waras, gelojoh dan sangat menyusahkan orang...














FORUM PERDANA: Weblog: Ruang Ekspressi Idea dan Sastera





ANDA SEMUA DIJEMPUT MERAMAIKAN MAJLIS ILMU



Tajuk: Weblog: Ruang Ekspressi Idea dan Sastera



Moderator:



Nazmi Yaakub,

cerpenis, novelis, wartawan



Ahli Panel:

Sri Diah,

Editor Kanan di Penerbitan Karangkraf, Novelis Alaf 21



Nisah Haron,

Peguam, Cerpenis, Novelis



Tok Rimau, (patut tulis aaa nama betoi...Ghazali Bunari)

Pensyarah Universiti,

Presiden Geng Jurnal 2004



Masa: 3 petang

Tarikh: 29 Januari 2005, Sabtu

Lokasi: Rumah PENA, Kuala Lumpur


(Depan Wisma MAA, dekat Restoran Tupai-tupai dan mercu tanda yang mudah dikenali Bangunan DBP yang ada rehal kat bumbungnya)



Masuk Percuma. Minum petang disediakan



(aku nak pergi...tapi....hari tu hari keja....camno...tapi akan diadjust camner nanti...





Monday, January 24, 2005

AIDIL ADHA


Nota :

Ini entry yang sepatutnya di publish pada 24 Januari 2004 (Isnin) tapi disebabkan server kami down, maka ianya aku simpan offline sehingga lah ke hari ini baru boleh publish.



Aidil Adha sudah berlalu, dan Mior Adha Najmi juga secara perkiraan Islam sudah pun berusia 4 tahun, tetapi dari segi kiraan Masihi, 6 Mac ni barulah 4 tahun.



Pagi raya, darling, pergi solat sunat Aidil Adha di Masjid Putra, Putrajay*. Dua anak perantau, Yadziz dan Rosh pun turut bersama sekali pergi solat dengan darling. Di rumah aku menyiapkan anak teruna aku, mandikan dia, pakaikan baju melayu, dan dia sangat hensem. Dia pun excited sebab hari jadi dia katanya. Lepas anak teruna dah siap, segak dan tampan, aku pun macam biasa bukak je channel 62, cartoon network supaya dia leka, layan kartun, kartun dan kartun, jadi dia tak derlah sepahkan barang mainan, merengek-rengek. Jadi aku siapkan meja makan, pinggan mangkuk, panaskan rendang, kuah kacang, potong ketupat dan nasi impit. Terasa hebat pula aku menyiapkan segala juadah pagi raya tu secara solo. Selalu balik kampung dibantu ‘team’ yang lain. Ha..ha..perasan pulak..



Lepas jejaka-jejaka balik dari Solat Sunat Aidil Adha, mereka terus menjamu selera, dan beberapa member office pun datang bertandang. Syukur, tetamu datang membawa rezeki. Lepas tetamu balik, kami pun bersiap-siap keluar beraya ke rumah saudara mara, dan ke kediaman lama kami di Cheras, ke rumah x-baby sitter Najmi dulu. Dalam perjalanan, aku asyik ber-sms mengajak kawan-kawan datang beraya ke rumah kami esoknya, sebab kami bercadang hendak memasak dan menjamu kawan-kawan.



Malangnya ada antara teman-teman aku, mereka menerima sms aku, tapi langsung tidak membalas, sekurang-kurangnya bgtau lah dapat datang atau tidak, menghargai jemputan orang. Terima kasih kepada yang membalas, walau tidak dapat datang tetapi mereka mengucap terima kasih kerana sudi menjemput dan mereka tidak dapat hadir kerana berada di kampung masing-masing. Aku hargai nilai persahabatan sebegitu.



Sampai petang, Ep call hendak memberi daging korban, dari Cheras kami terus bergerak ke Subang Jaya, menerima sedekah daging korban dari EP. Bila dapat daging korban bercampur tulang, darling kata esok selain buat lontong buatlah sup juga, dan celur bihun sekali, so balik dari rumah EP kami singgah GIANT dan beli perkakas untuk masak sup. Lepas maghrib aku pun mula operasi memasak sambal bilis untuk di makan bersama lontong, merebus nasi impit 10 paket, dan siapkan segala bawang dan rencah untuk masak esoknya.



Esoknya seawall pagi, aku menyiapkan sup dahulu, kemudian masakkan kuah lontong, selesai ngam-ngam jam 11.30, Mak Andeh hantar msg, dia dalam perjalanan. Jiran sebelah rumah pun datang, dan x-baby sitter Najmi dari Cheras pun datang juga, belum sempat aku bertukar baju, kelam kabut minta darling ambilkan tudung, dan aku siapkan hidangan, dan minta diri terus naik atas tukar baju dulu,



Meriah rumah dengan tetamu-tetamu, kemudian, Salina pun sampai, tidak lama kemudian Yadziz dan Basri tiba, kemudian Mak Andeh and the Brood sampai diikuti Rosh.. Suka betul aku dengan one happy family ni, anak-anak Mak Andeh memang “user friendly” semua boleh ajer, sukalah sikap anak-anak dia very independent, nak makan ambil sendiri, nak minum ambil sendiri, tak harapkan semua mama buatkan. Nak tambah ker selamba jer, kita pun rasa suka tengok tetamu berselera makan juadah yang kita sediakan, rasa berbaloi kita memasak.



Riuh rendah rumah aku, bila Mak Andeh pulang, Ep dan anak bujangnya sampai, kemudian Op dan Mulan tiba, diikuti Rudi dan Dayah. Bila dah berkumpul gamatnya usik mengusik, terutama gossip menyuruh EP mencari room mate. Menjelang petang tetamu pun minta diri hendak berangkat. Salina, Yadziz dan Basri melayan boling kat Alamanda, kami pun bercadang, lepas kemas-kemas rumah sikit dan lepas mandi hendak join diaorg, tetapi belum sempat aku mandi, datang pula 2-3 biji kereta, saudara mara darling. Kami melayan tetamu sampai senja.



Akhirnya malam tu terus aku terasa macam nak demam, cari panadol, lepas mandi terus tidur. Pengsan sampai pagi.



Terima kasih kepada yang sudi hadir, dan terima kasih kepada EP yang sponsor daging korban, Mak Andeh sponsor kek harijadi Najmi dan hadiahkan kereta untuk Najmi, sayang betul Najmi dengan kereta Auntie Andehnya….



Insya-Allah kepada teman-teman yang tidak dapat hadir, lain kali kami akan buat lagi makan-makan…Insya-Allah…









Tuesday, January 18, 2005

Raya Haji 4 tahun lepas...


Hari Jumaat ni umat Islam akan menyambut Aidil Adha, 4 tahun lepas, aku menyambut Aidil Adha, bermula malam lepas orang mula bertakbir, sayup-sayup kedengaran dari Masjid Kampung Baru, aku berada dalam wad bersalin di Hospital Besar. Kononnya esok tu hendak minta cuti dengan doktor separuh hari, nak keluar wad nak pergi beraya, belum sempat pagi, nurse datang check tekanan darah, katanya tinggi. Aku pun cuak, kemudian doktor datang dan terus suruh aku ke labour room.



Aku mmg suspen, sampai kat labour room, aku ditempatkan dalam satu bilik khas, (kira untuk orang kritikal je kat situ) bilik kecil jer muat satu katil, dan aku disuruh baring situ, doktor sudah masukkan tiub kencing, masuk air, masuk ubat apa tah namanya untuk turunkan tekanan darah, aku tidak boleh ke mana-mana, mujurlah aku tak terasa nak berak sepanjang malam. Setiap lima belas minit nurse akan datang check tekanan darah. Nurse suruh aku tidur, macam nak maki nurse tu, macam mana aku nak tidur kalau setiap lima belas minit dia datang check tekanan darah aku.



Sudahnya sampai ke pagi aku tidak lena sikit pun, dari pukul 8.30 malam sampai ke subuh tu, sudah berapa orang keluar masuk beranak, aku masih terbaring mendengar orang menjerit meraung beranak, terutamanya kaum yang bukan sebangsa dengan aku. Masa tu terfikir aku, bezanya umat Islam dengan bangsa yang lain, paling-paling sakit, kita akan mengeluh...Ya ALlah, sakitnya, kita selawat dan zikir...yang lain tu semua dia jerit...Ayooomaaa.....aiyaaa.....uwaaaaaaaa....aku rasa macam nak bangun pi terajang jer. jerit macam nak mati pun bukannya hilang sakit tu..Sepanjang malam aku berdoa, Ya Allah selamatkan kandungan aku, biarlah dia dilahirkan hidup, aku doa sungguh. ye lah masa tu usia kandungan aku baru nak masuk 31 minggu, kira baru 7 bulan lebih. Baby akan lahir tidak cukup bulan. Aku doa, andai ditakdirkan hari ni bayi ni lahir, biarlah dia hidup dan hari ni hari umat Islam bergembira, biarlah kami juga gembira.



Pagi subuh tu doktor bgtau pukul 8.30 aku nak kena operate, start dari tu aku menggeletar, aku dengar doktor telefon darling, mesti tengah mamai laki aku, ye lah masa tu belum pun masuk waktu subuh. (kata darling, lepas doktor call dia bangun dan terasa mamai, dan terfikir, betul ker, kemudian dia solat subuh, dan doa banyak-banyak terus ke hospital) Darling sampai lebih kurang jam 7.00 lebih cam tu, ada lagi sorang member sebelah katil aku masa kat wad suami dia siap pakai baju melayu lengkap lagi awal pagi tu, darling sempoi je pakai t-shirt dan selipar jer.



Masa darling sampai doktor kata aku punya operation tu delay may be dalam pukul 10.30 pulak. Sebab ada kes emergency baru masuk OT. Ermm tunggu lagi, darlign pun boleh masuk, kami borak-borak sambil darling menenangkan aku, pukul 11.00 lebih doktor kata, aku punya operation delay lagi sebab hospital tidak cukup ventilator baby, sebab baby aku akan lahir tidak cukup bulan. Huh...delay?? kemudian doktor kata, seem condition aku ok, may be aku kena transfer ke hospital lain dor early delivery aduhhh kemana pulak. kemudian aku dengar doktor call hospital kelang, hospital selayang, aku gabar, mak aiii jauhnya, camner darling nak jenguk aku.



Kemudian dalam pukul 1.30 cam tu, doktor masuk dan cakap,



"Ok Syafinaz! good news ada one baby using ventilator sudah keluar, tak guna ventilator lagi, so we book that for you, pukul 2.30 you akan masuk OT ok, tenang dan selawat banyak-banyak,"



Terus aku seram sejuk menggigil seluruh badan. Siapa pernah rasa jer tahu macam mana takutnya. 2.30 aku ditolak ke OT, doktor bius, tapi aku macam masih sedar, doktor tunggu lagi, lepas 20 minit, doktor ambil pisau, (i can see from the lampu kat kat syling dan dari besi-besi kat lampu tu) aku nampak doktor toreh perut aku dan aku menjerit, aku menggigil sampai begegar katil, kemudian doktor kata bius habis, dah tu aku tak sedar apa-apa.Sedar-sedar doktor kejutkan aku, sudah siap, aku tanya doktor, baby saya macam mana? doktor kata "very well, sangat kuat, he don't need the ventilator, just dalam incubator, the pediatrician taking care of him now," Najmi dilahirkan jam 3.54 ptg. Pada petang Aidil Adha yang damai. Menitis air mata aku.



Semalaman aku duduk situ, tapi asyik tidur jer la..dah doktor kasi ubat tidur, lali semacam jer. Esoknya aku dihantar balik ke wad, aku rasa macam melayang-layang kuat sangat dadah kot. duduk atas katil tapi terasa macam terawang-awang. Esoknya aku tunggu darling, nak pergi tengok baby, tak tengok baby lagi, ye lah baru lepas kena bedah mana nak jalannya. Bila darling sampai, aku pun terus ajak darling tengok baby. First time tengok aku menitis air mata, kasihan tengok anak aku kurus kedeing, ada tulang dan kulit jer isi sikit jer, ye lah berat dia masa lahir hanya 1.215kg. lebih 215 gram je dari gula sekampit yang 1kg tu.



Aku sedih tengok tangan dia kena lekat-lekat wayar, kemudian ada alat apa tah dipasang kat dada. Kurus melidi, seminggu kat situ berat dia makin turun pulak, masuk minggu kedua, semua alat-alat kat dada dia ditanggalkan, dia hanya ada tiub yang dimasukkan glokus dalam badan dia. dan doktor kata baby you ok, jantung semua ok, pernafasan teratur, no problem, cuma kita nak gain weight dia saja. Cukup berat boleh balik. Dia pun dah boleh menyusu tidak perlu tiub lagi, seronoknya dapat menyusukan bayi sendiri. kalau tak kena perah susu dan dia minum cuma cawan kecil yang comel sikit-sikit.



38 hari anak aku duduk dalam balang tu, hari ke 38 tu dia dikeluarkan dan letak diberi penjagaan diluar. hari ke 42, berat Najmi sudah mencecah 1.7 kg. Doktor tanya, "nak balik," eeiii mestilah nak balik, aku laju je cakap "nak..nak,"



doktor kata, "ok, tengok history, baby you tak ada apa problem, lepas ni pergi buat scan kepala, nak tengok perkembangan otak dia, kalau ok boleh balik," Aku pun siap-siap pakaikan Najmi baju, pakaikan topi macam nak pergi main snow pulak, he..he.. ikut nurse pergi scan. Semua ok, dan doktor kata boleh balik.



Kini Aidil Adha muncul lagi, aku tetap tidak akan lupa pengalaman Aidil Adha 10 Zulhijjah 4 tahun yang lepas. Kini Najmi bukan lagi baby...kami sedang 'mengusahakan' next pnut junior (aminn...amin...we have mior junior already hopefully dapat "mama punya kawan pulak")



Oh Ya...lupa pulak, kepada teman-teman yang tidak pulang ke kampung Aidil Adha ni, jemputlah ke rumah kitaorg yer...beraya, tapi datang pada hari Sabtu ye, sebabnya Jumaat tu kami akan beraya ke rumah sedara mara sekitar KL ni.

Sunday, January 16, 2005

Mari bermain bowling...


Bila hari Sabtu kena kerja..eeiii malasnya...

tapi kena juga pegi keja...



Sabtu malam tu kami ke Alamanda, berjumpa dengan encik wartawan tu, Nazmi dan Cik Daun yang havoc. Mula-mula nak makan western kemudian, entah macam mana pergi ke Pizza Hut pulak, oklah tu Western lah jugak. Kualiti pizza skrng tak berkualiti. Entah..aku dulu tiap kali cuti sem aku kerja kat Pizza Hut kat Central Square Sg. Petani, aku rasa masa tu best la..Pizza macam special dan topping dia mewah, tapi skrng topping dia kedekutnya..ciput jer...ke budak kerja pizza tu main taram jer..tak ikut sukatan. Terima kasih untuk Nazmi kerana susah payah datang dari KL semata-mata nak belanja kami..murah rezeki nanti...



Masa kami round-round kat food court tu, kami discover that bowling dah bukak, dan kami turun meng'usha' port baru tu, wah excited aku dan CIk Daun nak berpoya-poya kat situ while the man geleng kepala...he..he..darling sempat mengutuk, ermm kalau kakitangan kerajaan hilang esok-esok mailah cari kat bowling mesti ada yang kantoi. Oh no...tak ler macam tu kot.



Dan esoknya...taaadaaaaaaaaa.... kami SMS EP, bgtau "bowling dah bukak kat alamanda, moh ler kite" huh...ep yang memang suka main bowling, call dan bagitau kejap lagi dia datang, bila ep sampai kami calling-calling Salina dan Yazid ajak join, diaorg ok jer, Yazid rupanya kerja hari minggu, "Berkhidmat Untuk Negara" Cik Daun balik kampung, tak dpt join. Maka lepas solat asar, maka bermulalah, acara baling membaling...EP menang nasib..he..he...aku nombor dua, masih ada ruang untuk aku riak, darling yang first time main nombor tiga, dan si ayu Salina, nombor 3. Allah suka-suka jer....darling eksyen sebab dia ada satu strike.



Kemudian lepas main, makan-makan kat food court, aku yang dah cekap dan mahir dengan makanan situ, rekemenkan White Sauce Yee Mee Sizling, tapi dah abih pulak. Kemudian aku rekemenkan Nasi goreng Hong Kong sedapkan?? Aku sendiri pulak makan Waffle sedap nyum..nyum...waffle dgn ice cream dan strawberry pes (mcm McD punya Sundae) aku bodek budak jual Waffle tu taruk Nut sekali...sedapnya...terbayang-bayang ni...



Balik dari situ, Salina dan EP lepak-lepak kat rumah sambil layan Anugerah Juara Lagu, Bila time Anuar Zain, aku dan Salina cakap, eeii hensemnya, darlign cakap, alaah apa yang hensemnya...he..he...jgn ler jeles yang...



Bila si comel Tam Spider nyanyi aku suka dan mintaklah Tam jadi Juara, dan yesss dia menang...cayalah...



Ok, dah lapar..mari pergi makan...









Thursday, January 13, 2005

Bekalan letrik yang terputus...


Apabila tenaga tidak bertenaga...



Hampir seluruh KL terputus bekalan letrik...panas kita seketika yer..



Masa bekalan letrik terputus, aku sedang menerima kunjungan tetamu iaitu seorang "best woman blogger 2004" sedang kami rancak borak...bergossip-gossipan dan cerita perihal anak dan anak-anak...tiba-tiba bekalan letrik terputus.



Aku pun terus ajak akak tu pergi lunch terus. Kami pergi makan kat Taman Warisan. Lepas makan balik office, masih blackout. Aku dan member-member office bersembang-sembang kejap, dan memandangkan letrik standby ada, kami tutup plug utk pc tu, dan kami cucuk plus kipas, jadi idaklah panas sangat.



Aku call taska Najmi, kesian budak-budak taska berpanas, budak-budak tengah tidur, jadi aku tidak jadi ambil Najmi balik.



Bila letrik tak ada, pintu eletronik kami tidak berfungsi, dia berdenyit-denyit bunyi, udahla aku duduk tepi pintu, bingit betul. Sementara nak tunggu budak-budak technician offkan pintu yang auto lock tu. Office canggih-canggih susah betul.



Digital punch card pun tak berfungsi, ermm kalau sampai petang semua org plan nak balik awal he.he...ermmm kalau punch kad manual, yang kena masukkan kad dalam mesin punch card tu pakai letrik jugak ker?? dah lama tak guna punch card macam tu, dan dah lupa samaada punch kad tu pakai letrik ker? konpius la...



Cerita hari ini

Pagi tadi macam biasa, sambil aku bersiap-siap, aku keluar untuk memanaskan enjin kereta, baru je nak start enjin, terus alarm kereta berbunyi-bunyi, aku cuak terus panggilkan darling, nasib baik my darling hari ni off setelah dua tiga hari pulang lewat kerja..kerja..kerja...



Darling keluar dan selidik, katanya bateri dah lemah. ye lah dah nak masuk 3 tahun kami guna kereta tu belum pernah tukar bateri, sebab ia masih elok. Jadi aku call member office minta jemput kat rumah, mujurlah opis ni sebatang rokok jer kiranya dari rumah. Member office aku datang jemput dan hantar Najmi ke taska. Darling rileks kejap sebelum bawa kereta pergi bengkel.



Cerita Najmi

Dua tiga hari lepas, babahnya balik lewat dari kerja, sebab ada beberapa masalah di office, kejap-kejap call babah tanya bila babah nak balik, duduk berdua dengan mama, Najmi buat perangai mengada-ngada, macam hal menguji kesabaran. Aku kira dia hendak dapatkan lebih perhatian kot. Aku hilang sabar kadang-kadang. Benda remeh-remeh dia menjerit-jerit dan menangis-nangis. Aku jadi geram. Kalau dah geram aku buat tak peduli, bila kita tak pedulikan dia, lagi pulak menjadi-jadi...biasanya kalau dia dah tahap menangis melampau-lampau, aku akan call babahnya untuk sessi 'kaunseling' or man to man talk.



Only man know how to handle man. Lepas bercakap dengan babah dia akan ok, dan merasa puas. Mungkin teori 'tangan yang menyuapkan nasi ke mulut kita menjadikan hubungan roh kita dengan org yang menyuapkan makanan lebih rapat' aku kena akui teori itu benar. Najmi lebih tertib dan patuh pada babahnya, mungkin kerana babah sering menyuapkan makanan ke mulut Najmi (aku seorang kuat makan pedas, jadi nasi aku biasanya digaul dengan lauk yang pedas dan aku akan suruh darling suapkan nasi untuk Najmi kalau Najmi tidak mahu makan sendiri dan minta disuapkan nasi dari pinggan mama or babah, babah tidak suka pedas)



Jadi berbanding aku, babah lebih banyak menyuapkan nasi dari pinggan babah ke mulut Najmi, means mereka berkongsi nasi dipinggan yang sama. Kalau aku suapkan Najmi pun, nasi dia sendiri, tidak bercampur nasi aku. Aku rasa teori itu memang benar. Lagi pula babahnya garang dan sangat-sangat tegas. Anak dan emak biasalah banyak ragam dan songehnya. Kalau dengan babahnya dia ikut apa saja.



Sebab itu aku tidak risau sangat kalau dia kena tinggal bila aku out station, sebab kata babah, Najmi sangat OK kalau mereka berdua. Kalau dengan aku contohnya, dia nak minum sirap, jam-jam tu juga dia nak, kalau aku cakap kejap pun tak boleh, siapa tak hangin...kadang-kadang aku tengah siang ikan pun kena berhenti. Aduh..capek gue!!



Apa pun i love both them, my two hero...





Wednesday, January 12, 2005

Buat SKT pulak..


Penilaian prestasi huh!!...uuh!! aaaahhh!!! no komen (macam artis) macam nak isi borang pergi haji, karut betul..buat job list macam hapa tah



aku keja swasta dulu sonang jer, ada dua kolum dalam borang appraisal, satu kita isi, satu bos ini, contohnya

Bab A, Hasil Kerja

ada skala 1-5, dan ada beberapa kriteria yang kau kena tandakan, kita tandakan dulu keupayaan kita macam mana, kemudian kriteria B-penampilan diri, kau tandalah, kau selekeh ke lawa. kemudian kasi boss, boss panggil, dia akan kurang or tambah atas markah yang telah kau bagi untuk diri kau tadi. Bincang-bincang, dia bagitau prestasi kita for the year, tutup, habis cerita, kemudian soal gaji naik atau tidak..banyak ke sikit, adalah nilainya.



Kau keja gomen...huh tiga hari kau buat belum tentu boss kau agree. Abih camno?? Saya Yang Menurut Perintah.



First time aku masuk gomen dan pergi meeting selama 3 jam, aku rasa 'hangat' dan berfikir, kalau kat tempat lama aku, meeting 3 jam tu boleh buat 2-3 meeting. Kalau boss lama aku duduk meeting sampai 3 jam untuk perkara-perkara remeh, huh bunuh diri misai tu.



Ok tutup cerita itu.



Ini cerita baru...



Pagi tadi aku bertekak dengan boss kat Credit Card Center bagi AMban*. Bank gila ni dok promosi kredit kad dia kat depan Carefour Alamand* tahun lepas, dua tiga kali aku pegi tak jalan, kemudian kali ketiga aku pergi ada satu mamat melayu ni datang kempen, sebenarnya time tu aku tunggu member aku beratur membeli Rotiboy. Dia pun cakaplah.."ni free kak, tak payah bayar yearly fee. Hanya guna 12 kali setahun syaratnya, tak kisah sebarang nilai, isi minyak pun boleh," jadi aku fikir-fikir ok lah jugak, free tak kena bayar, isi minyak?? ermm ok tu, tak payah aku tinggalkan kereta pi bayar kat kaunter time nak isi minyak, sebab kadang-kadang aku bawak Najmi pergi isi minyak, risau juga tinggal anak dalam kereta.



Jadi aku isi borang dan faks kan slip gaji kemudian. Aku dapat..lepas aku ambil kad tu dua tiga bulan lepas, aku mula menerima panggilan dari Hotel tu promote itu ini, terima call dari agensi pelancongan, dari tah mana kompeni lagi..aku jadi sakit hati...ada antara pemanggil bgtau mereka dptkan nombor telefon dari bank tu. Mula-mula aku tak kisah sangat, tapi kalau dah tiga empat kali aku jadi hangin.



Aku call bank tu, dan minta cakap dengan boss kat kredit kad center tu. Staff dia kata nanti dia suruh boss dia call aku, aku cakap tak nak, aku jenuh tunggu, dah ler mula-mula mesin bodoh jawab, "terima kasih kerana memanggil bank bodoh kami, press 1 for english, tekan 2 untuk bahasa melayu, - aku tekan 2, kemudian mesin bangang tu cakap lagi, "tekan 1 untuk pertanyaan kad, tekan 2 utk tah hapa kejadah lagi, dan tekan 0 untuk bantuan, aku tekan 0. tunggu...dengar budak-budak nyanyi lagu-lagu ngok ngek...aku lagi hangin, kemudian keluar suara, 'operator kami sedang sibuk, sila tunggu atau sila tinggalkan pesanan dengan menekan dot., dua tiga kali aku tunggu kemudian aku tinggalkan mesej, haram depa tak call aku balik.



Ok berbalik cerita aku hangin tadi, malang budak pompuan nama Hani yang angkat tepon tu, aku berkeras nak juga cakap dengan boss dia, dia dolak dalik, saya customer awak ke boss awak customer awak? dia diam, kemudian dia cakap, oklah, dia sambung.



Dapat jer cakap dengan boss dia, aku menyemburkan...boss dia pun mintak maaf, akan siasatlah, ermm lantak kau lah, janji aku dah lepaskan geram.



sekian cerita hangat aku....



(huh..anti klimaks lah ending entry ni)











Sunday, January 09, 2005


Wow..sudah 10 hari kita berada di tahun 2005



aku mulakan hari ke sepuluh dalam bulan yang pertama tahun ini dengan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan pagi tadi.



Aku sudah tulis dalam organizer bahawa aku ada perhimpunan pagi hari ni, tapi aku yang memang pelupa tahap langit tak ingat langsung, aku hanya sedar kenapa ramai org jiran-jiran aku tak ada...(kami terpisah dari org lain) jadi aku cool, aku anggap mereka pegi breakfast or pegi ada urusan apa-apa lah, lama tunggu baru aku bukak organizer dan aku tengok...opsss ada perhimpunan pagi...



Ada masih mengagahkan diri ke bilik perhimpunan, tetapi sudah sampai sessi pengucapan awam. Jadi aku undurkan diri, tak sanggup menjadi perhatian orang masuk di kala itu.



ok Selamat, dan jangan lupa lagi lain kali...



(ermm aku rasa macam aku perlukan PA untuk ingatkan aku on so many things)



Sabtu dan Ahad lepas, kami tidak kemana-mana lepak dan lepak kat rumah, boringnya...boring...boring...hari sabtu ok jugakler ada lah jugak keluar ke Serdang mencari lauk-lauk Ahad aku pujuk-pujuk darling pergi menebeng. Darling kata ok, tapi dah ada tetamu pulak datang bertandang.



Memang sejak kami berpindah ke Putrajay* ni memang rumah kami hampir setiap minggu ada sahaja tetamu datang. Ye lah Putrajay* ni bukankah antara lokosi orang bersantai-santai seisi keluarga pada hari minggu. Jadi kami dah macam duta Putrajay*. Tak apa hadir tetamu membawa rezeki. Jadi program Ahad kami, tidak jadi kerana kami meraikan tetamu yang hadir.



Cerita Najmi



Suatu hari babahnya pulang dari kerja, Najmi tengah makan nasi goreng, babahnya bagi salam, dan mendesak dia jawab salam, katanya, "Eh, mama kata kalau dalam mulut ada makanan mana boleh cakap," Opss darling terkena.



Sebelah malamnya, masa babahnya tengah bersolat, mama baring-baring dan minta Najmi tolong ambilkan remote astro untuk mama tukar-tukar channel, Najmi sibuk main mainan, dia jawab," Eh, mama yang nak tengok tv kan? mamalah ambik, tengok kite, kite main mainan kita ambik sendiri, mama nak tengok tv kenalah ambik sendiri jugak," oh! mama pulak kena. Ok, salah mama, sebab selalu mengelat bila Najmi minta tolong ambilkan mainan dia kalau dia nak main, dengan berkata, "kenapa suruh mama ambik? kan Najmi yang nak main, pergilah ambil sendiri kenapa suruh orang?" ermm kena tukar strategi.



Ok, ni pula cerita dia bersolat, (As I wrote kat Salina punya comment kat blog dia)



Suatu malam, babah tengah solat Isya' di dalam bilik solat di tingkat atas, dia pun kata nak ikut, jadi aku berikan dia sejadah yang kecil untuk dia, dia ambil air sembahnyang habis satu kepala di basuhnya, lantaklah...kemudian dia bentang sejadah dan mula ikut babah solat, aku pun biar je, dan kemudian aku onkan tv, dan seterika semua baju-baju untuk esok, bilik solat dan bilik iron tu sebelah menyebelah, aku buka volume kecik jer, bila dia dengar iklan kat tv yang dia suka, ("iklan, celcom, yang apek cina tua kawin ngan adibah nor kat sg. kinabatangan,") bila dia dengar iklan tu, dia berlari ke bilik sebelah tunggu iklan sampai habis, dan kemudian berlari ke blik solat dan terus sujud, ikut babahnya yang tengah sujud pada masa itu, aku bantai gelak sakan sorang-sorang sambil gosok baju.



Boleh pulak macam tu...berhenti kejap tengok iklan dan sambung solat pulak. Sama macam dia kecil-kecil dulu, masa mula pandai tengok tv, tengah menangis melalak kalau time iklan terus diam, bila habis iklan sambung menangis pulak.



So sweet to remember kan?



Itu belum lagi kes, "suruh mama kawin dengan babah sebab nak dapat adik(cikgu kata kalau nak dapat baby kena kawin dulu), bila kita tunjuk gambar mama dan babah dan kawin, jadi pengantin dia mengamuk marah-marah sebab mama dan babah 'pergi kawin' tak bawak dia, kenapa tinggal dia masa babah dan mama pergi kawin"



Aduh...babahnya kata, kalau kamu dah ada masa tu, idakler mama dan babah bersanding gitu, dah lama kena parang dah...he..he..

















Wednesday, January 05, 2005

Aku Wanita Mudah Tersentuh Hatinya


Aku akui..aku seorang perempuan yang amat mudah tersentuh hatinya..

walau zahirnya nampak aku kasar, atau mak aku dulu cakap aku "LOKLAQ" (Loklaq is tak senonoh, main bantai je semua)



Tapi hakikatnya hati aku amat-amat mudah tersentuh, tengok tv cerita sedih-sedih pun boleh buat aku menangis teresak-esak, baca cerita sedih pun aku boleh menangis teresak-esak. Usahkan sedih, aku gembira pun aku boleh sedih. Masa konvo tadika Najmi, aku tengok anak-anak comel beratur tepi dewan pakai jubah comel macam konvo di universiti pun boleh buat aku sebak, dan terharu, padahal bukan anak yang konvo. Bila tengok anak bujang aku terkedek-kedek membuat persembahan atas pentas pun aku boleh rasa bangga dan comelnya my little 'mior' atas stage dan dia buat aku sebak dan bangga dengan dia.



Tambah pulak membaca/menonton kisah orang, senang-senang je aku boleh menangis, baru-baru ni kami suami isteri menonton dokumentari di TV3 mengenai keluarga Koreo Utara dan Korea Selatan yang terpisah puluhan tahun bertemu dalam suasana hiba, aku mengalir air mata, darling pun sebak. Itu darling baru tengok TV3 punya sekejap jer, kat Discovery Channel dulu lagi details dia tunjuk, menangis aku tengok dokumentari tu sorang-sorang sedih sangat. Pedulikan agama dan latar belakang yang penting kita tengok nilai kemanusiaan dalam diri setiap insan, kasih sayang ibu dan anak terutamanya.



Semenjak peristiwa Tsunami, rasanya tidak ada pun satu hari yang aku baca surat khabar tanpa menahan air mata dari tumpah (yes..kerja saya sebagai Pustakawan kena belek akhbar setiap hari, mencari perkara penting, untuk digunting dan disimpan sebagai koleksi library)



Kau tak sebak ke membaca kisah-kisah disini?

http://http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri



Bacalah kata-kata Pakcik tu, bacalah kisah anak muda yang sedang membina masjid ketika ombak besar datang, kemudian dia hanyut dan dia selamat setelah 9 hari terapung di laut. Kau tengoklah betapa Allah punya kuasa, dengan hanya sepotong doa, Allah pelihara ia. Kau tentu dah tengok gambar Rumah Allah di tengah-tengah Banda Acheh yang masih utuh berdiri untuk umatnya beramal..apa perasaan kau tengok gambar itu?



Aku memang seorang wanita yang paling mudah menitiskan air mata kalau ada menyentuh hati aku, aku tengok orang tua naik basikal pergi kedai beli gula sekilo pun aku boleh sedih. Pernah suatu ketika, aku dan darling berhenti di sebuah stesen minyak, dan tiba-tiba berhenti sepasang suami isteri baya-baya mak abah aku naik motor, si suami mengisi minyak dan isterinya menanti, dalam bakul motorsikal tu penuh dengan segala macam bahan mentah, mungkin mereka baru pulang dari pasar.



Aku boleh menangis teresak-esak dalam kereta aku terkenangkan begitulah mak abah aku 15 tahun yang lepas, masa abah tidak ada kereta, mereka berdua akan ke pasar tani bersama-sama naik motor dan membeli barang mentah sampai penuh raga motor, dan sampai di rumah sebagai upah aku menjaga adik-adik semasa emak abah keluar, kami mendapat habuan seperti apam balik atau buah lai. Tak...kami tak dapat upah McDonald, upah KFC, Pizza, macam budak-budak sekarang, paling hebat pun kami akan dapat bihun sup atau ais kacang. atau mewah sikit, kami dapat satay.Kemudian sebelum abah sakit, dia ada membeli kereta second hand, tp dia pulak hanya sempat memandu sekejap jer, kemudian dia jatuh sakit dan tidak boleh berjalan lagi.



Waktu aku tengok suami isteri yang meningatkan aku kepada mak abah, aku membayangkan betapa gembiranya anak-anak dia bila mereka berdua pulang dan anak-anak menyambut 'jajan' yang mereka beli di pasar tadi. Kesusahan lampau mengingatkan kita betapa beruntungnya anak zaman sekarang. Tapi Insya-Allah, aku takkan mewahkan anak-anak aku nanti, sekarang pun Najmi hanya dapat baju baru setahun sekali, selebihnya dia akan memakai baju-baju lama dan baju raya tahun-tahun lepas yang masih elok ke Taska. Dua tahun ni dia sudah merasa duduk di taska yang yurannya agak rabak, dan bergaul dengan rakan-rakannya sekarang, tahun depan aku dan darling merancang menghantarnya ke Tadika Islam yang yurannya hanya 30 ringgit sebulan, Ia bukan soal aku hendak tadika yang murah yurannya, tapi aku hendak dia bergaul dengan mereka yang dari anak-anak yang rata-rata ibu bapa mereka mempunyai pendapatan yang sederhana.



Supaya Najmi tidak hanya pandang kawan dia yang senang, aku nak dia tahu ada anak yang mak bapaknya tidak mampu belikan baju berjenama, tidak mampu nak belikan beg jenama mahal, beli kasut mahal, biar dia tahu ada kawannya yang emaknya terpaksa menjaga anak orang 3-4 orang untuk bantu suami tambah pendapatan. Aku hendak dia tahu, contohnya suatu ketika masa dia belum berusia 3 tahun, kami hendak belikan dia sesuatu di pasar malam, dia tak mahu katanya hendak beli di kedai baru, kedai cantik (maksudnya kat shopping mall, bukannya pasar malam) sejak hari tu, kami usung dia ke pasar-pasar malam, masuk pasar, supaya dia tahu tak semua benda kena beli dekat The Mines, kat Alamanda. dan so far, dia sudah ok, membeli mainan di pasar malam, beli seluar trek suit di kedai barangan siam jer.



Aku hendak dia tahu ada mak bapak hanya ada peruntukan RM300 untuk 3 org anak, dan bukan semua mak bapak sediakan peruntukan RM300 utk sorang anak.



Tuesday, January 04, 2005

Semenanjung VS Borneo


Semenanjung VS Borneo



Lewat melalui e-mail group aku dengan geng pompuan aku masa belajar tu semalam, kami bercakap (or menaip sebenarnya) soal jodoh orang Semenanjung dan orang Borneo. Punca yang membawa kepada isu yang meleret-leret itu ialah aku cerita soal Najmi suka makan tomyam, kata seorang teman, Linda yang bertemu jodoh dengan orang Sarawak dan menetap di sana, Najmi nanti nak dapat orang Borneo, sebab orang Borneo suka makan sup-sup.



Aku membalas dan menulis..



“nasib baik anak aku tak suka sup dan rebus-rebus..

huhhh jgn lah dia cari bini org borneo...

aku dah ckp kat laki aku Najmi nanti biarlah kawin dengan anak yatim piatu,

senang tiap kali raya dia raya kat rumah aku jer...he..he...

lgpun aku ibu kaki kontrol, suruh dia cari bini org KL, Perak, Penang atau Kedah je,...ha..ha..”




kemudian isu ni meleret-leret, ada kawan sorang lagi, Jal orang Sabah bertemu jodoh orang utara dan kini menetap di PJ. Member siap bersyarah panjang, katanya



“pnut... selalunya... klu aper yang kita tak nak.. itulah yang kita akan dapat.... amboiii tak nak kawin org borneo.... nasib baik ler laki aku suka kat aku... dan dia paling suka makan sup... makanan rebus2 ni baik utk kesihatan.... terutamanya utk linda...yang dlm proses nak berpantang...



Kemudian kami saling berbalasan dan masing-masing dengan hujah masing-masing.

Bagi aku, kalau suatu hari nanti anak-anak sudah sampai jodoh, macam mana kita nak halang, itu pilihan mereka, macam mana mak bapak kita mertua kita menerima jodoh kita. Cuma aku berharap kawin orang mana pun yang penting duduklah di Semenanjung, he..he…



Aku ni duduk di Lembah Kelang, mak bapak duduk di Kedah sana pun selalu teringat nak balik rumah mak, kemudian macam sekarang abah sakit, tak boleh berjalan, sekurang-kurang time bulan puasa, raya kami balik jenguk orang tua, bawa mak pergi membeli barang utk raya, kalau ada kenduri kendara sedara mara, kami boleh bawa mak abah pegi.



Ermm entah harap-harap by the time come, anak aku akan pandai memilih pasangan mereka, dan pilihan itu tidak akan menyebabkan mereka berasa serba salah dan dalam dilemma. Terikat dengan pilihan hati dan ingin menjaga hati emak dan bapaknya.



Apa pendapat korang??





Sunday, January 02, 2005

Selamat tahun baru...


Yea...Selamat Tahun Baru untuk semua..

Moga 2005 akan lebih bermakna buat semua...

Ermm umur pun tambah satu angka..

Uwaaaaaaaaaaaaa peralihan umur aku tahun ni...

bukan lagi dua puluhan lepas ni....tidak!!!!!!!!!!!

Tp realitinya IC tetap kepala 7 bukan lah IC kepala 6, masih mudalah kiranya...

Moga Najmi dapat adik..amin...Moga darling dapat naik gaji banyak-banyak sikit..

moga dapat bonus 3-4 bulan..he..he...

Moga abah akan sihat, moga emak sihat dan kedua mertua pun sihat dan panjang umur



Sekolah Baru

Bangun pagi tadi, Najmi meragam sikit, tak nak mandi, dia kata nak mandi kat sekolah. Sambil dia layan kartun pagi-pagi, aku terus call owner taska/tadikanya. Bertanya samaada Najmi akan bertukar ke bangunan tadika baru atau masih di rumah lama. Kata Pn. N budak umur 4 tahun kena pindah bangunanan baru. Bangunan baru tadika ni, adalah dibina khas oleh Perbadanan Putr*jaya. Cantik dan sangat comel bangunannya. Khususnya tadika, dan kelas pra-tadika. mempunyai banyak bilik-bilik kelas, dan nampak sangat selesa, dan luas. kira mereka punya kawasan mereka sendiri, tadika berpagar dan mempunyai halaman yang sangat luas. Ermm padanlah yuran pun boleh tahan. Masa aku hantar tu aku tengok ramai bebudak yang first time masuk tadika meraung-raung tak nak duduk, terpaksa mak bapak menunggu, si Najmi nampak je cikgunya terus lari dan jumpa kawan terus main-main. Lega..risau juga mana tau bangunan baru dia rasa kekok, tapi dia selamba rock je..



Mengikut modul pelajaran untuk pra tadika ni, Najmi akan belajar Mental Arimetik, dia akan belajar mengira menggunakan sempua. Ermm 4 tahun, kenal nombor pun belum. Entah, aku ikut je la apa kata cikgunya, itu kerja mereka. Lagipun dia baru umur 4 tahun apalah sangat yang aku harapkan dari budak umur 4 tahun, aku dulu 6 tahun pun entah-entah ABC pun hafal lagi. Tapi Najmi sejak 3 tahun dah boleh baca Al-fatihah, boleh baca doa makan, doa lepas makan, doa tidur, kenal huruf sikit-sikit, dan kenal nombor sikit-sikit, kenal warna..bagi aku cukuplah basic untuk budak umur 3 tahun, 4 tahun mungkin dia akan tahu lebih lagi, tapi tidak mahu mendesak dia, biar dia enjoy zaman kanak-kanak dia. Pakar kanak-kanak kata kalau kita memaksa kanak-kanak bawah umur belajar, kita mencabuli hak kanak-kanak. He..he..Contoh masa kanak-kanak bermain, ktia hentikan dan paksa mereka baca buku ABC, mengira, kita sudah mencabuli hak kanak-kanak itu, mujur budak-budak tak tau, kalau tak ramailah mak bapak kena saman.



Cikgu Najmi sendiri pun ada berpesan, di taska tu mereka sudah belajar, mengira, menyanyi dan buat drawing dan painting, jadi bila balik rumah jangan paksa mereka belajar lagi. Budak-budak tidak boleh belajar banyak benda dalam satu hari, nanti otak tak boleh terima. Jadi aku mengajar Najmi secara tidak langsung, contohnya menggunakan remote control tv untuk mengajar dia mengenal angka. Kalau nak tengok TV3 dia kena tekan angka 3 kat remote, nak tengok astro ria kena tekan nombor 4. So far, Alhamdulillah, aku cakap tekan nombor 3 dia tahu mana satu nombor 3 dan bila aku cakap tukar 4 dia tekan 4. Cuma channel kartun belum pass, sebab chanel kartun ialah 62, dia kena tekan cepat-cepat...selalunya dia hanya sempat tekan nombor 6, dan keluarkan siaran tamil, ha..ha..dan dia marah..."kita tak nak tengok cerita India," ha..ha....



Lupa nak cerita, minggu lepas ada konvo taska dan tadika Najmi, dia pun ambil bahagian dalam nyanyian nasyid dan beberapa nyanyian lagu inggeris kanak-kanak. Masa nyanyi lagu nasyid dia buat lawak, dia yang sememangnya mengantuk, (malam tu tidur lewat bermain dengan sepupu-sepupunya yg ada kat rumah) dia boleh menangis atas pentas tu, langsung tak menyanyi. Harap pakai je baju Melayu hensem bukan main. Kemudian masa second persembahan tu, dah tukar baju, pakai t-shirt dan masa ni aku pegi depan pentas dan cakap, Najmi kena nyanyi tau, nyanyi kuat-kuat macam Adam (AF) dan Zahid tu, baru member semangat, menyanyi, itupun masa first and second song je kot, lepas tu dia diam je..sabo je la..Padahal kalau kat rumah menyanyi melalak bukan main...budak-budak lah katakan...















 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino