Wednesday, February 28, 2007

cerita diri


Dua minggu lepas Unit aku anjurkan satu session dari vendor untuk promo produk baru yang boleh kami merge atau upgrade dari sistem kami pakai sekarang, so vendor invite jugak beberapa Librari*n dari Institusi yang lain, termasuk dari agensi bukan kerajaan. Bestnya profesion bidang aku, bidang kerja kami ni specifik, dan most of graduan yang kerja dalam bidang ni adalah dari UiTM, so kalau kami pegi meeting, seminar, kursus ke apa, macam reunion, jumpa senior, junior...kalau takat senior/junior masih kat UiTM masa tahun 1996-2000 kami masih boleh kenal-kenal lagi, course kami pulak masa sekali intake je, iaitu Julai je, dan student tak ramai masa tu, sekitar 50-60 orang sekali intake berbanding sekarang 2-3 ratus sekali intake.

So kami kenal each other dan rapat, dengan lecturer pun rapat, dan boleh bermesra-mesra. Aku memang dari dulu orang panggil Pnut, so bila dah kerja, kat office nama formal la, tp saper yang kenal aku nama Pnut, kadang-kadang tak igt nama betul aku, banyak kejadian berlaku hehehe. Sekali dulu last year, aku dan officer unit lain ada official task kat satu universiti kt cyberjaya ni, masa aku call Library tu, aku cakap le dengan sorang umat ni, mengikut tatacara yang tepatlah berurusan rasmi, hehehe. Tiba masanya kami pun pergi sana, bila sampai je kat sana, tiba-tiba umat yang berskema, kami berencik-puan ni, leh ckp kat aku, "Ni Pnut kan?" muehehehe.. ampeh sungguh. Tak lama lepas tu, baru la umat ni mengaku, dia dah lama baca blog aku dan rupanya dia pon blogger jugak. cisss..

Dan baru-baru ni, masa session dari vendor tu, ada sorang senior aku dari LH*N, masa mula masuk tempat aku, kami pun bertegur sapa dan berborak, hehehe rupanya dia dah check kat website, saper 'in-charge' kat tempat aku ni, and after berborak sakan, dia cakap, "Eh, Pnut, boss ko maner?" aku pun cakap la "boss saya kat building lagi satu, bukan kat sini,"

Then akak ni cakap, "Abeh tu aku tengok kat website, head dia Nor S*afina*, mane satu?" muehehhhahha aku nak gelak guling rasanya. dan aku pun cakap, "Kak Su, tu le nama saya, akak ni ingat nama Pnut, tapi tak ingat nama betul saya," hahhaha kai dua-dua gelak...dan dia cakap, "ampeh aku pueh fikir minah mana le"

Sebelum tu pulak, masa majlis pelancaran satu portal ni, anjuran MM*, aku jumpa senior aku, nama dia kami panggil Abang Black, aku memang tak ingat dia mulanya, member aku yang ingat. Tiba-tiba dia datang tego, "eh Pnut, awak kat maner sekarang" hahahah member aku yang ingat dia bengang je, dia kata, aku ingat dia, dia tak ingat aku, ko dia ingat. Hahhahaha. Uwaaa rindu pulak zaman student-student dulu.

Nak cerita pasal diri pulak, tengok orang dok buat entry pasal diri ramai ni aku pun gedik gak nak cerita pasal diri.

*Aku tido duka gedikkan kaki, aku tido meniarap, so aku suka goyang tapak kaki aku, adeh tabiat ni memang sukar nak dikikis, arwah tok aku cukup marah tengok, heheh dan kini Najmi mewarisi version ni. kalau tak gedikkan kaki susah mau tido oooo...

*Aku jenis orang tak akan kedekut dengan orang tak kedekut, atau dalam istilah lain, aku tak berkira dengan orang yang tidak berkira jugak. Aku tak kisah belanja orang makan2 dan minum2. Ada manusia yang jenis berkira sampai seposen dua posen pun dianggap hutang besar, memang la kita wajib membayar kalau berhutang, tapi ko tak kaya, kalau orang hutang ko 20-30 sen tu, ko halalkan pun. Then aku tak suka jenis kawan yang contohnya la..kalau keluar pegi pasar malam contohnya la kan... kita beli itu ini, member lain pun beli kongsi-kongsi dan makan ramai-ramai tapi akan ada sorang yang kedekut, beli cukup untuk dia, dan makan dia sorang je, tapi makanan orang beli pun dia telan.

Ada jugak manusia spesis ni, dan aku susah nak accept perangai camni. Lagi satu contohnya manusia berkira ni, contohnya, anak berderet, or atau tetamu datang umah dia, dia boleh je beli rojak sebungkus atau paling banyak 2 bungkus, then jamu orang jamah-jamah sikit-sikit, baik tak payah jamu, tambah pulak kalau jenis anak berderet, kang anak-anak dia je makan, kalah tetamu, hahahah ada orang begini best kita reverse psycho, kita pi umah dia kita bawa makanan banyak-banyak... --(ni cerita Auntie Yan story, masa aku lunch ngan dia last week)

Aku syukurlah dapat jodoh lelaki yang sama sepesen dengan aku, tak berkira. Suka menjamu orang makan, dan kadang-kadang saja masak lebih-lebih bagi orang bawa balik..(hehehe geng GEPO selalu dapat tapau makanan kan??) Sebab tu kalau kami rasa tak mampu buat open house, kami tak buat time raya, sebab tak best kang ada tak di ajak, kang makanan tak cukup, darling lagilah, boleh tak tido malam sebelum open house risau makanan tak cukup. Siap ada plan B lagi. Hehehhe

Tapi so far syukur, tak ramai kawan2 rapat aku jenis camni, kami semua ok, selalu 'tong-tong' istilah kami..hehehehe... malah aku aku buat makan-makan kat umah, berlebih-lebih makanan kami, sebab sorang kawan bawa satu menu.

Ada lagi...to be continue later...

Sunday, February 25, 2007

like father like son


(Ni entry Jumaat lepas, tapi tak dpt diupload atas sebab-sebab internet biol, so hari ni recyle dan publish semula..)

Dah Lama dia tak ke Swimming Pool, Khamis lepas aku janji nak bawa dia pegi swimming pool, upah sebagai dia tak notti pada hari Rabu sebelum tu, aku cuti Rabu tu, so tadika pun cuti jugak, so aku lepak kat umah ngan dia, pegi uruskan hal rumah la... pegi bank, semua aku bawa dia, so aku minta dia janji jangan notti, kalau tak notti nanti bawa pegi swimming pool. So pagi-pagi Khamis tu dia dah minta ditunaikan janji nak pegi swimming petangnya, aku pun oklah, kalau tak hujan. Tapi petang tu hujan, tapi budak ni nak juga pegi, hah, masa kami sampai kat swimming pool tu, dia sorang je, amek, satu pool budak tu dia sorang je bermain air..puas dia berseronok seorang diri. hehehe.

Sambil boring tunggu dia berenang aku snap-snap la pic dia. Ni pic dia. Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Masa hari Rabu tu aku pegi bank BS* kat Bangi, masa tunggu giliran tu, budak Najmi ni amek brosur-brosur kat situ dan baca, ada brosur pasal kad kredit dan dapat pemasangan astro cuma RM50, yang budak ni pun baca, mula-mual english version, oklah jugak, walau ada ayat salah-salah, kemudian dia baca Malay version, oklah betul, aku pun wat tak tau je..tiba-tiba aku dengan "cong cia, wa sha chai sher chua..bla.bla..." tah hapa dia merepek...aku buat tak peduli, maleh layan, then aku dengan pulak, "anama, walai, amma anekam..bla..bla..." pehtu aku dengar nyonya sebelah aku gelak-gelak... aku toleh, tu dia, budak bertuah di dok baca brosur version english, malay, cina dan india... patutlah kejap bunyi cakap cina, kejap cakap tamil..hahahah ampeh budak ni, abeh pelanggan bank sebaris kerusi tu gelakkan dia. Dia boleh buat selamba muka tak bersalah.

Dua tiga hari lepas pulak, aku komplen, dia notti. Sebab dia dah tumpahkan air kat dapur, dan main-main air dlm bilik air, aku marah dia kenapa dia notti sangat. dia jawab "mama, kan mama yang cakap, semua yang jadi dengan izin Allah kan? dah Allah izinkan kita jadi notti, kita jadilah notti, kan kita dah minta doa tak nak notti, tapi Allah bagi kita notti jugak, nak buat camner," Adoiiiii sentap akak dikkkkksss

Ada satu malam ni, aku kat depan bilik tido, kat hall, tengah guna pc, aku dah suruh dia tido, tapi kata dia, jangan tutup lampu, sebab dia takut gelap. Aku pun oklah, lama tu, aku ingat dia dah tido..tiba-tiba dengar dia gelak-gelak, heran aku, aku jenguk, rupanya, dia tengah layan buku komik. Oh..anak aku dah jadi tipikal boy, suka baca komik, komik dia baca tu aku pun tak ingat tajuk apa, tapi hari tu dia nampak komik dragon ball, dia mintak dibelikan. Ermm aku tak belikan, sebab bagi aku belum masa dia nak baca komik-komik ni, aku just bagi dia baca majalah E-baca, dan Asuh Kids tu dulu, tapi biasalah budak ni...baca kejap peh tu ke mana-mana peginya...

Tengoklah ni aku curi snap pic dia dari bawah katil.. hehehehePhotobucket - Video and Image Hosting

dan pic sebelah tu, masa kami pegi wedding sorang member ka Jelebu...

Lagi satu cerita, hari tu kami pegi makan kat satu kedai tomyam, kemudian dia order air laici, tapi dia tak abehkan buah-buah laici, banyak pulak tu, then babah suruh mama abehkan, mama cakap taknak la, mama kan diet. heheheeh, pehtu babah cakap, "laici elok untuk cuci perut kalau saper diet," hahahah ampeh ayat nakn suruh aku abehkan laici tu.. dua tiga hari kemudian, babah beli limau mandarin sekotak, pehtu babah suruh aku mkn banyak, kata dia limau cuci perut, budak ni dengar dan cakap,"babah ni mana satu betul, hari tu kata laici cuci perut, ni dah limau pulak cuci perut, merepek je la..maner ada buah cuci perut," heheheheheh sabo je la... Masa kat kedai makan tu aku gelak sampai berair mata, ialah bila dia tiru aksi babahnya. Dia cakap babah kalau kat umah, duk atas kusi, pegang remote tv, tukar channel tu, tukar channel ni, kaki goyang, siap dengan aksi-aksi..heheheh comei je..

Then satu malam tu, dua hero ni makan nata de coco tu, dua-dua pegang mug, kaler putih, dan suap masing-masing, sorang duk kerusi kanan, sorang kan kerusi kiri, mulut mengunyap je, heheheh pehtu aku cakap la, "kompemlah najmi ni dah ikut babah, makin gendut, mata sepet, kalau hilang pun pi ngaku kat polis ni anak babah, sure orang percaya," heheh tiba-tiba dia pun gedikkan kaki dia, macam habit babah duduk kosi dan goyang kaki, dia cakap "macam ni baru betoi..." hahahahahah menjeling babah geram...hehehehe dan semalam aku layan pc kat atas, dua hero ni layan tengok tv kata bawah, duduk peluk-peluk kat sofa, alaaa rugi tak amek gambar, sebab darling i seksi, pakai kain pelikat je.. nanti dah besar-besar dah tak der aksi-aksi macam ni..rindulah nak tengok balik...

Thursday, February 15, 2007

Kiss mama


Yeay angin nak update dah tiba...
Ni aku upload video Najmi yang sungguh emosional tengok Bersamamu beberapa minggu lepas, emosi sungguh, mula tu aku tak perasan yang dia tengah emo giler layan Bersamamu malam tu, kisah seorang lelaki kerdil yang masih menten muka muda macam budak-budak, walau dah berumur 30 tahun, dia teringin nak jumpa keluarga kandungnya, tapi ibunya sudah meninggal, so ditunjuk clip dia di kubur memeluk batu nesan emaknya, tiba-tiba si Najmi nanges teresak-esak, sungguh over tau... rugi aku tak amik video dari awal dia melalak, sebab terlalu sedih, video yang aku amek ni dah hujung-hujung sendu dah.. so tengoklah video penuh emosi ini, kualiti audio dan visual amatlah kaput kerana amek dari henpon cap ayam saja. Dalam gelap pulak, aku maleh bangun bukak lampu.



Dua hari lepas, aku ambil dia dari Day Care, macam biasa, bila masuk kereta, sambil aku drive balik tu, aku tanyalah, dia belajar apa kat sekolah dan macam biasa ada jer la story dia, cerita kawan itu, ini, teacher itu ini, then aku macam biasa, aku suruh dia kiss aku kat pipi,

ayat aku "mama ni penatla, Najmi kiss la mama, kalau Najmi kiss, mama dapat magic, terus hilang penat," dia pun kiss pipi kiri, tak lama lepas tu aku suruh kiss lagi.

Dia cakap "Mama, cuba mama tengok orang yang tak der anak, siapa nak kiss dia? tak der saper kiss pun, kita penat tau asyik kena kiss mama jer, tengok orang tak der anak, dia tak payah suruh kiss-kiss pun," Huhuhu dia turn macam tu...and the time to reverse psycho, aku cakap,

"Ooo..cuba Najmi tengok budak lain yang sama six years old macam Najmi, yang duduk kat rumah anak yatim, tak der mama, tak der babah, diaorang tak der mama dan babah pun nak kiss, mesti diaorg teringin nak kiss mama dan babah dia, tapi mama dan babah diaorang dah mati,"

Tiba-tiba dia cakap "Sorry mama, I said sorry, kita kiss mama ye, mama jangan mati, nanti kita tak der mama," hehehe then aku ingatkan dia balik, yang bersamamu yang dia tengok, aku cakaplah, ingat tak yang dalam tv, yang mak dia mati, kesian dia, tak der mama nak masakkan untuk dia kalau dia lapar, tak der mama nak jaga dia kalau dia sakit, tak der mama nak tengok homework dia, dan ayat-ayat psycho lain lain..heheh dan tiba-tiba dia termenung dan cakap, "Ok mama, promise kita kiss mama lagi nanti, kita kiss mama sampai bila-bila,"

Dan semalam, masa kat dapur, dia sibuk suruh aku buatkan dia sirap la..buat itu, buat ini, dan semalam petang aku bakarkan roti canai segera tu, dan masakkan sardin buat cicah roti canai, dan kemudian darling cakap, dia nak makan cucur ikan bilis, so tak masak nasi, dia merungut nak makan nasi, aku cakaplah aku penat, tak larat nak masak macam-macam, then budak ni cakap "meh sini nak kiss mama, mama kata kalau penat, kalau kita kiss mama hilang penat," hahahahah gua sudah kena balik, ampeh.

Masa aku mula-mula hantar dia tinggal kat Taska masa umur dia 4 tahun, aku selalu teringat dia kat taska dan sedih, tapi masa tu baby sitter dia dulu asyik cuti je, sebab mabuk mengandung, so tu yg aku decide hantar je kat Taska, hari pertama hantar sedih, meraung dia, tak sampai hati aku bawak balik, hari kedua pun sama, terpaksa bawa pegi kedai pujuk-pujuk, itu pun masa hantar dia menangis jugak, tapi aku buat-buat kejam, tinggalkan jugak, then masa nak ambil, sedih je tengok budak-budak terkurung disebalik grill, dan bila dengan bunyi kereta meluru berlari tengok ibu siapa sampai, kalau bukan ibu mereka, semua berundur ke belakang semula, sayu je.. sebab tu aku elakkan dari mengambil dia lewat.

Tapi masa aku kerja, office dulu, aku selalu keluar, kadang-kadang buat kerja kat KL, dan ada la sesekali lambat amik dia, suatu hari aku lambat amik dia, bukan lambat sangat pun, pukul 6.30 je pun, dan Taska tu waktu operasinya sampai pukul 6.00 ptg je, so masa 6.30 aku nak ambil tu, semua budak dah balik, masa nak ambil tu dia cakap dengan muka masa dan sedih "Mama ni tak sayang kiter ke? kenapa ambil kita lambat, tengok semua orang dah balik, mama diaorang ambil awal, sebab mama diaorang sayang diaorang, mama ni tak sayang kiter ke? saja je ambil kita lambat-lambat, mama tau tak kita tak suka duduk kat situ, tapi kita duduk jugak sebab mama nak kerja," uwaaa sedih giler masa tu...sayu je... terpaksa pujuk-pujuk dia... sure dia sedih sepanjang tunggu aku... sejak dari hari tu, aku memang akan make sure aku tak akan amik dia lewat, kalau aku ada kursus ape ke kat kl, aku selalu cilok balik sharp pukul 5 atau lebih awal, tak mau terperangkap dalam jam.

Dan dua hari lepas dia bawa balik buku laporan bulanan dia dari kelas KAFA, lega dan syukur, darling sign buku laporan tu senyum-senyum, progress menggembirakan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Mama doakan, anak mama ni terang hati..aminnnnn

Tuesday, February 13, 2007

Sukan Air, Najmi solat dgn babah


Ok mari update entry bergambar..
SUKAN AIR PUTRAJAYA
Najmi wakil team Smart Reader Kids, tak ramai yang terpilih, aku rasa dlm 10 org je kot, dan tak banyak game depa main, tp yang best tengok bebudak ni, main game tak seberapa, tp makanan depa paling best sekali, siap dapat kfc snack plate, makan je lebih hehehe.

Ok ni pic semasa kat sana, untuk impak lebih maksima boleh jenguk ke fotopages ye...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Seronok jugak tengok bebudak ramai-ramai, dan terfikir, alahai sure penat jadi cikgu tadika, sure penat je...tp enjoy tengok bebudak kecik-kecik ni comei je..Plaing best dan havoc, bila keluar lagu Pencinta Wanita dan My heart, bebudak ni gamat nyanyi dan mc hari tu pulak sporting suruh bebudak ni nyanyi kuat-kuat.

Yg ni pulak pic my dua hero ni solat, si kecik dah mula follow babah solat. heheh depa sedang solat, aku tembak dari belakang..coz aku nak simpan memori ni kat sini, nanti-nanti bila najmi dah besar, dan tahu blogging dia ingat all this momment, dan kira suatu hari nanti aku rindu nak tengok saat2 manis begini, aku boleh gali entry lama je...

Photobucket - Video and Image Hosting
tak sempat amek dari awal sebab aku busy kat dapur, aku naik depa baru lepas bagi salam dan berwirid.

Photobucket - Video and Image Hosting
The doa...and bila lepas ameen, babah peluk dan kiss Najmi, aku lak emo..poyo betul. And aku hargai setiap detik begini...

And semalam, my hero kecik sudah nampak ini 'light saber' kat petronas (dia kan dah addict dengan star wars sekarang) so balik je sampai rumah dah nak main, tapi aku suruh abehkan homework dulu..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
tapi dia sooooo excited... hehehe

ok sekian entry bergambar...

Sesungguhnya aku tader cerita hendak diceritakan...

Sunday, February 11, 2007


Aku sebenarnya tak der idea nak update, ingat nak upload gambar sekitar Sukan Air Putrajaya, yang berlangsung hari Sabtu hari tu, kat Kelab Tasik, tapi maleh pulak nak resize gambar-gambar, mood nak menggodek gambar-gambar dah mai... Aku kagum sungguh dengan orang yang rajin update fotopages, upload gambar dan cerita, aku boring betul nak upload gambar-gambar... sebab kena manual satu-satu..tak leh ke select semua gambar kita nak upload tu, sekali harung je upload...hehehehe Nak letak kat blog pun nak kena resize, pehtu upload, aku tak suka upload tru' blogger punya ni, tak best, sbb selalu down je, bosang..

Cuma semalam aku tengok program GANG STARZ kat TV3, tiba-tiba hari ni aku rasa nak update, sebab aku geram sangat tengok pengacara poyo dan kayu tu... apa punya kualiti Faizal OIM tu disuruh jadi pengacara macam gampang kat situ? yang si Anne ni, takat jadi pengacara rancangan Hugo dulu leh la...rancangan yang entertain budak-budak. Anne ni dulu aku suka jugak masa jadi pengacara rancangan Hugo, tapi mungkin tu je la kot kemampuan dia, interaksi dengan budak-budak. Hehehe jangan marah le Anne.

Sungguh kayu dan sangatlah tidak serasinya dua orang ni jadi pengacara, macam syok sendiri, dan tah hapa je. Aku rasa macam rancangan tu sepatutnya best, tapi lawak dan cara mereka mengacara sangatlah tak der chemistry langsung... save budget sungguh tv3 ni. Amek penyampai HotFm jadi pengacara rancangan dia, then amek peserta program realiti dia jadi pengacara sangatlah ampeh sekali. Kalau yang jadi pengacara tu berbakat best gak, ni memang tak menarik langsung. Baek bagi Zul Yahya jadi pengacara aku rasa lagi syok, dari dengar Faizal OIM tu syok sendiri dan kejap-kejap blur, kejap-kejap jadi macam tiang letrik yang sedang bercakap.

Kesian penerbit dapat pengacara macam kayu hoki. Tak happening langsung, teruk-teruk Ezlynn dan Asyraf jadi pengacara Mentor, tapi yang berdua pengacara Gang Starz ni 40 kali ganda teruk. Aku tak terhibur langsung dengan cara depa mengacara. Denagn si Anne asyik salah tengok kamera je...aku rasa macam dia juling pulak..camera ni on, dia pandang camera satu lagi... mueheheheh kualiti rancangan TV3 sangat kaput la. Best lagi tengok pengacara Cari Menantu kat tv9, walau kekadang si Farah tu cakap macam ERL, laju sangat, tapi aku rasa at least, aku enjoy tgk program tu.

Aku haraple penerbit rancangan ni baca la blog aku, dan suruhlah dia tukar kayu-kayu tu jadi kayu yang yang menyeronokkan...hahaha "joy stick" mueheheheh.. pi la sesapa masuk forum Gang Starz tu suruh la dua pengacara tu practice bagi jadi best sikit.

Erkk tu je...semata-mata update blog nak komplen pasal ni.... aci tak??? hahahaha esok update balik la...dengan gambar-gambar pulak...

Wednesday, February 07, 2007

Diet Menu


Wah, selepas entry hari tu, ramai pulak aku mendapat kawan-kawan baru, dari kalangan pembaca blog dan blogger lain, yang dok YM, or email, mintak share camner aku leh kuat semangat turunkan berat aku yang gile punya berat hari tu. Tak sangka pulak entry menjadi motivasi pada rakan lain yang bersaiz XXL jugak. So disebabkan aku tau betapa susahnya nak motivasi diri sendiri dan kuat azam, maka aku nak share sikit cara aku dengan orang lain, sebab leceh nak cerita dan balas email sorang-sorang yang hantar email, dan repeat cerita yang sama kat YM.

2005-2006 aku kira paling hazab aku, berat aku naik teruk kesan dari ubat-ubatan doktor bagi, sebab aku punya kitaran period tak betul, dan aku nak tambah ahli keluarga. Aku jadi seorang yang tak reti kenyang, makan..makan..dan boleh makan lagi selepas makan..hehehe, aku jadi tension bila baju-baju aku banyak dah sempit, ini kemuncak aku rasa aku kena buat something, kalau aku tak buat, nanti aku boleh mati sebab gemuk terlampau. Hehehe. So lepas aku keguguran tu, aku start diet. Exercise tak sangat sebab lepas keguguran malas nak lasak sangat.

Masa ni aku tak diet pun sebenarnya, tapi aku kurangkan kuantiti makan, sebab aku memang jenis seorang yang mesti makan. So kalau sebelum tu aku suka breakfast pagi makan bihun goreng, letak paru goreng la, kdg telur mata kerbau la, letak sambal kerang la... kdg2 nasi goreng, mee goreng... so sebagai permulaan, aku amek bihun goreng separuh, dan letak sambal je, tader lauk-lauk lain. Kemudian slowly, aku try amek selang-selang, then aku cuba untuk tidak amek, masa tu aku just minum Red Guara Cafe (RGC). Then aku try minum RGC, campur nestum, amek tu je, breakfast, ok gak. Leh tahan, tp kadang-kadang kebulur jugak dlm pukul 11 camtu. Lama-lama dah ok, aku leh serasi meninggalkan segala encik bihun, encik mee, encik nasi goreng di pagi hari.

Then satu hari aku sembang dengan CIK ZAZA dia cerita dia amek Herba Life (HL) so kami sembang pasal pasal tu, then aku baca blog Elin, then dia pun dok story benda yang sama, dan aku tengok blog-blog lain yang dok cerita pasal HL ni, then aku masuk forum-forum cari pasal info ni. Kemudian aku call elin, tanya dan aku beli one set of HL, aku dah set, kalau tak der perubahan memang aku akan try sekali ni je. Then bila try nampak perubahan, even tanpa diet yang sangat ketat, aku tak naik berat malah turun sikit-sikit, malah aku perubahan paling terasa, aku tak jadi pemakan, sebab aku jarang rasa lapar.

Aku aku buat diet sendiri, aku malas nak ikut sangat yang terlalu ketat, sebab takut aku tak terbuat. So aku start my day with :-

* Breakfast - 1 Mug HL + nestum 3-4 sudu (aku suka vanilla flavour of HL, blend dengan Red Guara Cafe) amek dlm pukul 9-9.30 pagi. Kalau lapar balik sekitar jam 11-12.30 tu aku makan biskut 2-3 atau 3-4 keping biskut. (Insya-Allah tak rasa sangat lapar, sebab HL dan campuran RGC tu membuatkan kita tak lapar sangat)

*Tengahari - ikut mood la, kadang-kadang makan nasi. 1 senduk nasi, ulam-ulam, sayur-sayur dan ikan/ayam or kdg sayur je. Kena tahan dugaan hehehehe Or kadang-kadang tak makan nasi, aku makan bihun sup, laksa atau yong tau foo, mula-mula diet dulu aku mmg akan makan nasi, sebab malam nanti dah tak makan, tapi dah lama badan biasa, aku boleh tak makan nasi berhari-hari. So kadang-kadang aku hanya makan bihun, or laksa sepanjang minggu, weekend je jamah nasi sikit.

*Malam (sama macam breakfast punya menu) kadang-kadang makan roti bakar 2 keping, or cuit-cuit meratah lauk-lauk, or makan capati je, tapi make sure makan sebelum jam 8 malam. Aku tak leh makan awal sangat dalam pukul 6, nanti kang pukul 10 aku lapar balik, lagi worst, so normally aku amek HL + RGC dlm jam 7-7.30 mlm.

Tips pulak

*Jangan ikut kawan-kawan pergi kantin waktu pagi. Kang dari niat asal nak beli kuih 3 biji, terbeli bihun la..keow teow la..so pepagi duk dendiam kat ofis, lekakan diri..buat kerja, baca-baca blog ke, baca paper ke. Pukul 9 baru amek breakfast.

*Kalau plan nak temankan encik abang pergi makan kat luar di malam hari, make sure kat rumah dah amek HL or RGC supaya perut tak rasa lapar untuk mengorder makanan yang enak-enak. Camtu jugak, kalau nak pegi kenduri ke apa.

*time suami atau anak-anak dok makan kat meja makan, duk jejauh.. jangan dok melangut tengok, nanti tergugat iman. Then lepas pukul 9 malam tu, elak-elak la pegi dapur, kang aku je nak capai biskut la. Nak bancuh milo la...kalau pi dapur, kuatkan semangat. heheh

Tapi bagi orang bersaiz gedabak macam aku, bila dah start turun lebih 5kg, automatik semangat tu datang sendiri dan azam tu makin kuat. And bagi aku, lepas dah hilang lebih 10kg, aku rasa satu kejayaan, dan dah sampai satu tahap, aku dah tak boleh makan banyak, nanti aku boleh muntah, sebab dah rasa macam terlalu kenyang, dan aku berfikir 3-4 kali kalau nak makan over-over sebab takut kerana sekali aku makan tu, berhari-hari aku kena azab diet teruk-teruk balik. so biar aku makan sikit tapi leh menten jadual pemakanan gitu.

Lagi satu, puasa isnin - khamis tu buatlah puasa sunat/ganti. Daripada berlapar tak makan, elok la puasa. Buka puasa makan simple-simple, aku suka mkn laksa bila berbuka, coz laksa tak berminyak dan tak der daging ayam, just ikan.

Erkk itu cara aku la, jangan kita ikut cara orang lain, buatlah ikut kita selesa, dan jangan terlalu nak radikal sangat berdiet, sebab tak leh kekal lama, mulakan perlahan-lahan...lepas seminggu dua, 'up' kan lagi plan tu, then bila dah sebulan dua, ok. And trust me my fren (ni utk yang rasa dia gemuk la, kalau yang sedang-sedang elok tu, jangan le amek kira statement aku) percayalah, bila orang over gemuk ni, dia dapat turunkan 5kg, dia akan rasa happy, dan semangat, cubalah.. bila dah start menurun tu, sure korang akan best.. best...lapar sikit tak pe, asalkan target leh capai.

Oh lupa lak, kena tetapkan target. Aku tak tetapkan aku target leh kurus pun.. sebab aku tau memang sukarlah aku nak selim..cuma aku targetkan by hujung bulan ni, aku leh turunkan 2kg..then bulan depan lagi 2kg... gitulah, sebab kalau target nak dapatkan 65kg ke..mampuih la sampai mati le kot tak dapat..hahahahah.. Jadi cukup aku sasarkan, minggu depan turunla lagi..minggu depan lagi.. turun lagi.. turun..turun..dan turun je...tader sasaran khusus, sasarannya hanya kurangkan kg je.

Ok, diharap entry ni boleh menjawab permintaan orang-orang yang bertanya camner cara aku. Itulah cara aku...

Ini menu breakfast aku, Vanilla HL + Red Guara Cafe + nestum (4 sudu)




Sunday, February 04, 2007


Photobucket - Video and Image Hosting

ey....look at me?? ada perbezaan tak?? Sila bagi motivasi ye...bukan kekejian..
:-D...go pnut...banyak kg lagi perlu di nyah kan...go..go..gooooo.... muehehehe..

Najmi

Hari tu kan dah update pasal dia masuk kelas Mickey, so last week masa aku pegi bayar yuran tadika dia, kebetulan aku berurusan dengan teacher Sharon, guru kelas Mickey, so aku tanya lah pasal anak bertuah ni, dan cikgu Sharon cakap "I am impress dengan Mior, dia cepat belajar la, very fast, don't have any problem," hahah then aku tanya about dia punya notti.

Teacher Sharon kata, dia tak notti, tapi cumanya, dia buat kerja cepat, cepat siap kerja dalam kelas, dan kemudian dia akan tolong kawan-kawan dia. Hahahaha the same complain macam teacher kat Children Islamic Center dulu, kebetulan masa tengah sembang ngan teacher Sharon tu, ada satu lagi teacher datang, dan teacher Sharon tanya kat cikgu ni "how Mior in your class, this is Mior's mother," Cikgu tu pun salam aku dan cakap "Ooo, dia ok, senang nak ajar, tapi bila dia cepat buat kerja, dia akan buatkan kawan dia punya kerja," hahaha again the same complain. adehhh masalah gak nih..

So malam tu aku bagitau dia, aku jumpa teacher Sharon, dan teacher Sharon cakap pasal dia suka buat kerja kawan, selamba budak ni jawab "Ye lah mama, kita dah siap kerja, kawan belum siap, dia tak tau buat, kita tolong la, kan mama cakap kita kena tolong menolong, lagipun kalau dia tak siap, kita tak der kawan nak main," ishkkk sabo je la.. camner nak terangkan konsep ni.. then aku cakap, "memang le kena tolong menolong, tapi Najmi tolong ajarkan je kawan tu buat kerja dia, tapi bukan buatkan kerja untuk dia, biar dia belajar sendiri," then dia pun angguk dan cakap ye la nanti dia tak buat.

Last week jugak pegi bayar yuran kelas agama dia, tanya jugak ustazah pasal kelas mengaji dia, dan ustazah cakap, dia cepat belajar seronok ajar dia, cepat alih muka surat, cuma lambat nak menulis, kena selalu ingatkan suruh tulis. Hehehehe, anak aku ni memang, kalau counting-counting dia suka, kalau tulis menulis dia macam boring je. Dan kelas mengaji pun dah banyak dia baca, syukurlah, moga terang hati anak aku ni... Ameeennn.
Satu malam sebelum nak tidur dia cakap kat aku, "Mama, kenapa sejak akhir-akhir ni kita jadi notti? kita sebenarnya tak nak jadi notti, tapi Allah jadikan kita notti, semua itu dari Allah," hahahah nak tergelak aku dengan budak ni. dan aku cakap la, "jangan la jadi notti, kalau nak notti ingatkan Allah, doa banyak-banyak jangan notti," so malam tu lepas baca doa tidur, basa 4 Qul, dia pun sambung doa "Ya ALlah , jangan lah jadika saya notti, saya tak mau jadi notti, tolong bantu saya jangan jadi notti, aminnn," hehehehe, syukurlah dia selalu berdoa kalau hendakkan apa-apa...
Cuma dia kadang-kadang komplen, dia selalu doa, tapi Allah tak bagi pun, aku jawab, "Allah belum bagi, tapi ALlah dengar, mungkin Allah bagi lambat sikit, sebab ramai orang mintak benda yang sama, jadi kita kena doa lagi sungguh2," betul ke jawapan aku ni?? susah nak bagi jawapan kepada setiap persoalan budak 6 tahun. Adakalanya soalan dia memang menduga kita, kadang-kadang aku letih menjawab.

Thursday, February 01, 2007


test on blogger yang biol...
sekian terima kasih
sila kembali lagi untuk siaran seterusnya...

Saya yang menurut perintah

yang benar,
P-nut
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino