Thursday, April 29, 2010

Kelebihan dan Fadhilat Jumaat


Hari Jumaat mempunyai kelebihan (Fadhilat) dan keistemewaan, dinamakan PENGHULU SEGALA HARI. Sabda Rasulullah SAW. “Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya.

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

Hadis mengenai kelebihan Jumaat
Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.

Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.

Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.

Maka untuk itu kawan-kawan, di hari Jumaat yang mulia ini, mohon titipkan doa buat Anakand Alanna mari kita BERDOA UNTUK ALANNA moga doa-doa kita diterima Allah Taala. Babah..nanti pegi solat jumaat, tolong doakan dalam masjid tu, moga Alanna terus kuat dan sembuh, Ajid-kamu juga, Rudy-kamu juga, semua-semua kamu la... saya blank tak dapat fikir siapa lagi..

Cik kak-cik kak juga.. sambil makan tu kot teringat blog saya, doalah dalam hati, "Ya Allah kau sembuhkan baby Alanna yang kak pnut cerita dalam blog, sesungguhnya dia amat kecil untuk lalui semua kesakitan, kau berilah kekuatan dan kesembuhan buat dia" ni sambil baca ni pun, stop kejap, angkat tangan dan berdoalah.. sat-sat lagi tengah drive ke, kalau ingat, doalah, pandang anak-anak kita, dan ingat dalam jiwa kita, ada orang sedang mengharapkan doa kita. Ada anak kecil mengharapkan doa kita, ada jiwa sedang berjuang untuk bernafas, bila pandang wajah anak kita tertido, kenangkan ada nyawa sedang tenat dan terpaksa bergantung kepada perubatan moden untuk terus hidup. Ini hari, hari mereka, kita tak tau hari kita bila dan apa akan berlaku, suatu hari nanti sekiranya Allah mahu menguji, kita juga mengharap doa orang lain buat kita. Sedekah paling baik ialah doa...

tolong berdoa, dan doa.. Hanya itu saja kekuatan yang kita ada, teori doktor cuma membuat yang terbaik, tetapi yang terbaik dari yang terbaik itu adalah dari Allah...

Wednesday, April 28, 2010

Dalam Hati Ada Taman


Dalam hati acik sekarang ada taman, ada kolam, ada air terjun bagai, malah siap ada itik angsa berenang-renang. Acik letak status kat YM depa tego acik, gelak-gelak.. acik letak status kat FB depan balas komen...huwaaa acik serius la... segala neka bersarang dalam kotak hatiku... bak kata adnan sempit la... rempit-rempit juga...tp dalam hati ada taman siapa tahu... means mat rempit pun jiwang jugak...ahahahah

Cube tengok respon kekawan acik


Lagi...tu baru kejap tu...sikit lagi tunggu sampai petang ape jenis ikan, jenis bunga semua keluar.. kang kita tgk ape ikan dalam komen kat sini lak keluar.. hiks..


makan hati noks...meks baca, pitam kejap kreatif betul kawan-kawanku...

tapi serius ni acik rasa acik ada masalah, buntu, bengang semua ada. Tapi being mak pnut kan.. (opsss, cube teka saper suka cakap camtu??) oklah being mak pnut, jarnag beno cerita keluh kesah masalah dia kat blog kan?? cam happy-happy je kan.. tapi hakikat, dalam hati acik ada taman tau.. ada air terjun bagai..

cemana tah acik nak tenteramkan hati ini.. agak-agak kalau masuk romantika ke... masuk KK gome deko ke... atau masuk lovely lace leh kira terapi tak??? ye la, acik tak masuk butik beli baju, tak masuk mall beli perfume, beli henbeg, beli kasut, acik dpt beli bunga, beli fram gambo..beli gadget-gadget umah terapi sungguh la.. lagipun kasut sandal getah acik masih mantop..erkk tp tengah fikir, nak gi sabah acik nak rembat crocs paso malam satu la.. senang nak gerak dak..hina sangat rasanya pakai sandal getah sepuloh henget pakai merata termasuk masuk jamban nak feeling orang kaya naik kapal terbang tambang murha dan dok hotel murah.. harus kena vouge-vouge sikit. baru ada kelassssss.. tah bila acik nak dapat tajaan dari MAS pegi london, paris tah...

sape leh tulung bagi acik gembira sat?? bulih dak??? oittt cemana ek, kata susah hati tapi macam tak susah hati pon.. kata gundah gulana, tapi cam ceria je... ok ape ceria, sikit lagi acik nak pinjam baju badut pakai jalan keliling alamanda tu, mesti acik jadi tumpuan..

kalau stress tetiba rasa lapar... dah lapar kena makan, dah makan sedap pulak, kena makan banyak, bila makan banyak sendiri mau ingatlah, cube berdiri tepi peti ais dua pintu, tak leh beza mana pati ais, mana hang pnut oi..sama besaq ja...

Tuesday, April 27, 2010

Alesya @ Swimming Pool


Ermm nak citer ape ek?? nak citer bab mekap, acik hagham tak mekap, takat ada bedak muka cap silkygirl yang beli kat mydin harga RM29.90 sajork, dan lipstik cap mebeline Rm berapa ringgit dah beli setahun yang lepas, tu pun pakai sekali je pagi sbl pegi keja, pastu dan makan terhakis, mampuih aku tak tonyoh dah. Beli pun sebab rasa cam lawa Siti Nurhalija pakai, tetiba nak lawa cam siti, tak sedar diri badan cap badak. Cemana nak jana pendapatan melalui blog juta-juta kalau tak der entry fesyen, entry mekap. taper bedah-bedah sekalain..acik citer pasal anak acik je la...

kata ada anak kannn so ape lagi..show off la... gila punya berlagak ada anak dua pun nak show off berlagak.. ehh blog acik kannnn... suke acik le... syok ooo berlagak... tak caye cube...kompem best.

taddaaaaa alesya's first touch, ambek ko..pintu utama kekdahnya dia welcome orang mai umah dia..

hasil seni yang tiada nilainya.. dikkk ko jangan buat selalu nooo semput mama tau...

Muke tak bersalah...


dan-dan ajar guna pen dan kertas.. eheheh takot hasil seni ke dinding lagi..



Dan minggu lepas, for the first time, bawa Alesya ke swimming pool, eheheh sebelah rumah acik je..jiran acik yang best tu.. bebudak berdua ni gayanya macam ada dua rumah je, alesya tu kalau takder di rumah kami, ke sana di bawa bibik mereka melepak bersantai di sana, sampaikan ayahanda jiran kami pun dia panggil atuk dan merasa macam orang tu atuk dia, siap manja-manja mengada, dengan orang lain tak mau, nak atuk je. Najmi pun sama, kalau atuknya datang, terjun tiruk la dalam kolam sama atuknya. Jadi Kak Zah, kolam renangmu kolam renangku jua..ehehehe


First time main air..sukanya dia.. yes first time, masa kami duk hotel ke, memang takkan bawa dia masuk swimming pool, tambah pulak dengan segala neka virus sorry saya tak sanggup... dulu Najmi kecik, anak pertama katakan, excited bagi anak mandi kolam bagai.. balik dari hotel, terus admit pantai medical sebab kena virus coxackie, merasalah berkampung halaman di hospital berhari-hari, dan dicucuk dengan segala neka ubat dan antibiotik budak tu, cukup,sorry takkan berulang, dengan izin Allah Taala, tu sebab nengok orang bawa baby-baby masuk kolam risau acik.. tak takut air tercemar ke?? omputih selamba je kan?? ke air nak negara omputih tu hari-hari dia letak ubat anti kuman dalam air?? ehehh


Nampak tu?? bibik salah pakaikan baju, nampak ketet tetek anak ai occay.. eheheh mama pun tak perasan..


ha baru betul yang terdedah tu patutnya belah belakang..ahahah mana acik tau. seumur hidup haku tak pernah pakai baju renang, kalau acik pakai, mau gempa bumi gamaknya bumi pun gelak..eheheh


kesimpulan, bebudak memang suka air.. Buat jiranku Kak Zah dan Raja, tunggu bila acik terror berenang kita lumba renang.. hahaha baru kak zah ajar terapung pun haku manjang panik, lagi nak eksen.. Najmi pun dah terrer berenang, omaknya tak pass lagik.

Komplen
orang selalu kutuk orang gomen kan?? kata itu ini..kamon... sebenonya bukan gomen je.. mentaliti manusia tu sendiri la beb. Semalam saya berurusan dengan syarikat swasta, lagi teruk kualiti service mereka adalah, cemana org gomen je asyik kena hentam, sabar jo la... pastu tengahari semalam acik pgi Parkson Putrajaya ni yang salenya sepanjang tahun..ye betul, tak caya bulan ni kamu datang tgk ada sale, bulan depan datang, sale lagi.. bulan lagi satu sale juga.. bukan Year End Sale tapi Whole year sale.. acikk pegi Parkson tu sebab nak tukarkan baju Alesya, acik ada beli jenama KIKO yang sale 50%, gaun itu size XXL, nampak cam muat ngan alesya, tp rupanya agak besar, so nak tukar ke size L sajork, akak sampai jam 1tghari, sorang awek booth sebelah KIKO tu Pigeon, kata amoi KIKO tu takder, keluar makan, bih tu akak cakap, akak nak tukar baju ni je, dah tanya kaunter, kaunter kata terus pegi ke booth je, tapi awek Pigeon ni kata kena tunggu amoi KIKO datang. Wahhhh acik kan memang bab ini agak kurang sabar acik cakap "Dik, akak cuma nak tukar je, dari size ni ke size lain, tu je, kenapa perlu amoi tu ada? ada benda kena sain ke? kena rekod ke?" kata dia, tak la... cuma seeloknya dia ada, eh hellloo amoi tu keluar makan sejam, koser la sejam acik nak tunggu dia, acik cakap, buang masa la saya tunggu dia, saya dah tanya kaunter, kaunter kata boleh tukar terus kat sini je. tunjuk resit je.

Pastu acik cakap tak kira, saya nak tukar juga, nanti awak inform dia. Dia pun kata oklah akak tukarlah, hahaha sekalik hambek koooo tader size lain, cuma tinggal xxl sajork..ishkk saper la beli..sehari sebelum tu akak beli masih ada dua tiga size lagi.. yang tinggal gaun kaler kuning air je ada size lain, tak mo la..acik nak pink-pink kan anak dara acik tu. haha dengan padan mukanya acik cakap, "tak leh nak tukar lah, tader size pulak," ahhah blah..blah..blahhhhh malu siot...ahaks...

Monday, April 26, 2010

Kehebatan CInta Kononya...


Saya cedok bulat-bulat dari salah satu forum popular, sumber asal tidak tahu siapa punya,, kredit tu empunya nukilan.. touching... saper baca tak sebak, cube bawa pegi doktor check hati korang cemana, kot ada sikit kureng kat mana-mana...

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu



Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?




Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta ?
Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....



Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Makingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Sunday, April 25, 2010

AF8 dan Beri-beri


AF8-kok saya suka banget sama Ain dan Maulana, Adira juga bagus, tapi belum ada auranya pada saya, Hope Ain dan Maulana ke final.. acik jarang dapat tengok konsert live ni, diary apatah lagi kannn tapikan youtube kan ada...gigih acik usha balik setiap konsert. si Ain tu masa tirai lagi acik dah suka, masa dia nyanyi lagu the CLimb ke hapa tah..pastu dia nyanyi lagu kawan pun sedap, nyanyi lagu beyonce pun besh.. lagu jujur pun besh..bak kata sumer best belaka la...

Maulana lak, acik suke beno dia nyanyi lagi bukan aku, ada broadway tu.. very the ala nat king cole katanya... tapikan bak kata fibie.. baju bebudak AF sekarang ni very the jalan kenanga... pastu pesen tunjuk ketiak, jenuh le bebudak shave ketiak kasi lawa.. tapi kesian Adira, BCG dia beso beso buruk lak tu noks..kejam la mamat pakai spek tukang jaga pesen bebudak ni. ketara meks gelak bila nampak BCG dia tu..

Tapikan harap la 3 org ni memang ke final la.. lelain tu setakat cukup kuota nak bagi meriah final je la..

ehh..ehhh tetiba cerita AF kheeennnn..saja nak meriah suasana AF yang suam-suam kuku bebeno tu...

Pendidikan Moral Mak Pnut
Awas ni entry ni ada sikit geli...kalau korang nak makan, acik minta korang abehkan makanan korang, kang korang tak abeh makan, jangan salah acik..acik dah warning..


Tadikan saya pergi toilet, lepas makan nak gosok gigi kekdahnya, tetiba tolak je pintu toilet mak oiiii harumnya bau orang tengah memerut beri... adoilahhh acik gosok gigi sambil tahan napas... kejilah kan.. acik tau lah kalau beri memang berbau..hatta siti nurhaliza pun kalau beri kompem ada bau kan?? angeline jolie tu pun kalau beri mesti berbau kan... tapikan, acik rasa, toilet kat putrajaya ni canggih ouls... boleh flush anytime, tak nunggu air penuh tangki flush tu baru leh flush noks.. ada sensor lagi... masa dok tinggung atau duduk atas mangkuk jamban tu, ko senget sikit body ke kiri ke ke kanan ke...atau kalau perut tak berlipat cam acik ni.. tak berlipat le sangat kan..pompuan tak sedar diri ni ko boleh tunduk, kasi itu lampu belakang juga ada, itu lampu kalau kita duduk itu kaler oren..kalau kita sudah selesai urusan, kita bangun je, otometik dia tukau kaler merah dan dia flush. sonang je jah oiiii tak payah ktia tekan-tekan flush... kalau gamak kita tak pueh hati, leh tekan sendiri ada satu butang kecik situ.

SO moralnya tiap kali korang memerut, sebaik sahaja hasilnya keluar, sejengka ke...dua jengkal ke..bergulung-gulung macam keropok lekor ke hape... tup putus je round pertama, terus flush dik.... pastu sambung memerut lagi... dah flush.. agar tak terseksa orang lain. kalau ada bau pun lite-lite sajork.. ni ada ke peram benda alah tu berlonggok pastu nak flush secara pukal. mana mau nya gituk. ada ke orang suka peram hari beri-beri dia?? nak menghidu kesedapan aromanya...hishhh koser la acik... bau kentut sendiri pun rasa nak muntah, inikan bau beri-beri.. ishkkk koser la...

oklah acik pun geli geleman dah ni..
moh kita tengok adik mualana kita nyanyi..lagi best




Erkk Ain punya cari sendiri ekkkkk...eheheheh tp best juga si Ain tu..
kalau kena gaya promosi dan jenamakan budak ni, boleh pegi jauhhh ooo, leh duet ngan Noryn Aziz, nyanyi lagu-lagu jazz, best..

Friday, April 23, 2010

Miting and kek


Pagi tadi acik ada miting...huii bosan betui acik kalo miting hari jumaat. Jumaat hari yang esoknya kita cuti..jadi sebenarny mood ada sikit malas.. keji la acik kan..Isnin malas, sebab baru masuk opis..sindrom lazy monday, jumaat dah mood cuti, abeh selasa-khamis je kena pulun kerja.. Oh tolong jangan ikut peel acik ye.. Ajid kata-siapa yang suka pegi miting pendek umur.. oh itu lagi keji occay. (oh kali ni miting ngan Dato' je bukan Tan Sri) dan kali ini acik tak pakai selipar getah.. acik pakai sandal cap bata yang boleh dikatakan comei sekali di kaki acik, betul tak tipu, mmg saya comel pakai kasut itu, sebab itu kasut free laki beli.. ye acik pakai kasut cap BATA je, golongan marhaein la katakan. saje je tulis miting ngan Tan Sri, Dato' supaya nampak cam hebat ke sapinat ni..miting tak main le dengan kak bedah jual senduk, kak timah jual buah potong, tak main dik, akak main miting ngan Tan Sri dan Dato je..matilah keji tahap loji kumbahan..

Dan paling sadissssss sekali, masa akak nak tunggu lif nak naik ke tingkat satu mana tak gemuk, dari ground floor ke tingkat satu naik lif, hiks.. tapikan, sebenarnya acik tak tau mana tangga bangunan situ, acik tau lif je..hahahah alasan terbaek naper tak kurus ok..ok..ok masa acik tunggu lif tu kan...tetiba ada satu group akak-akak ni nak pegi kantin gamaknya, keluar dari lif, sempat sorang tu tego akak.. eh Pn. Linda Jasmine (acik le tu) pegi miting ke (ye laaa sah-sah la acik pegang file miting, dengan buku nota kan??) patu acik pun cakap le.. Haah gi miting dah lambat ni.. matilah miting pukul 10am, akak pukul 10.03am dok belum naik lif lagi

Pastu akak tu cakap "tak pakai handiplas ke?" zassssssssssssssssssssssssssssss halilintar membelah bumi!!!!!!!!!!!!!!!! apekah?????????????? sujud meksss kat situ.. siapakan gerangan yang membaca blog ini?? sungguh akak itu tidak saya kenali..acik dah masuk lif, dan pintu lif pun dah tutup masa tu..huwaaa setau acik, ada lah dua tiga orang yang acik tau memang baca blog ni..dan kini suspek pembaca blog ini sudah meningkat..makaaa apakah perlu acik memprivatekan blog ini??? dilemma kalau private blog pulak, cemana acik nak dapat income nuffnang juta-juta??? tu dia target juta-juta..ahhaha

oklah,acik nak balik...tataaaaaaaaaaa



sebelum pulang..sile jamu makang kek ek..



















Wednesday, April 21, 2010

Gugurkan bayi ??


Saya baca di Forum sorang budak lelaki (yes i call him budak, sebab masih belajar tapi gatai menikah)

This budak laki, kahwenlah dengan bini dia, yang juga student. Pastu 'sedap-sedap'-'geli-geli' ko buntingkan bini ko, pastu ko gelabah tak mau baby, dan tanya pendapat orang cemana nak gugurkan kandungan. Hambek ko..makcik pakcik situ meroyan mengeji dia bagai. Katanya bukan kejam, tapi belum ready nak ada anak. Tak kejam tengkorak kamu!!! Sampai ada satu forumer ni siap offer, dia bela wife dia ni, kasi duit, pegi check up dan tanggung kos beranak semua, kalau tak mau baby tu, nanti bagi dia bela. See ramai manusia mulia disamping ramai manusia keji.

Ko kata tak ready?? mangkuk jamban cap kuda putih la kamu.. tak ready..bab bab menikah ready pulak, terlebih ready pulak, sampai parent tak mau pun nak redah nikah di Thailand. Unta cap apalah otak dia ni. Suka suki nak gugurkan kandungan, dah kahwen, SAH. Teruskan aje, rezeki budak tu ada je nanti. Pendek akal la kamu.

Ko gugurlah kandungan wife ko tu, pastu esok-esok Allah uji, tak beranak-beranak lagi bini kamu, baru tau.. dah tu pulak, kamu pulak cari alasan nak kena kawen lain sebab bini kamu tak beranak-beranak.. aduhaiii dunia..dunia...

tapi dalam banyak komen-komen tu saya tertarik komen sorang forumer ni
"ko tau tak macam mana perasaan seorang ayah yg pertama kali memegang dan melihat wajah anak die yg baru lahir .. meh aku cerita .. rasa dunia berhenti bergerak, rasa hilang segala kesusahan, apa saja pun sanggup ko korbankan demi anak yg ko tatang tuh hatta nyawa ko sendiri .. ko peganglah anak ko nanti, dan ko takkan penah rasa menyesal die dilahirkan .. trust me on this .. "


Adik oii, tahu tak kamu, mendengar tangisan pertama dia sebaik sahaja dilahirkan itu sangat indah?? lebih indah dari saat kamu dinikah dengan pasangan kamu oiii, ianya juga jauh lebih indah daripada kamu menang peraduan Petronas juta-juta ringgit tu.


Saat kamu pegang baby kamu tunjuk pada keluarga inilah anak aku... itulah momment paling bernilai, nilainya lebih dari kamu jual tanah pusaka nenek moyang kamu..



Anak-anak saya dilahirkan pre-mature begini, kecik, hanya kami je tau takutnya kami akan kehilangan dia, kamu pulak senang-senang nak buang anak dari benih kamu. )(*(&*()^)%%(*(*^%$ la


Tahu dak kamu??? apa perasaan isteri kamu bila pertama kali dapat sentuh kulit baby kamu, pertama kali menatap wajah bersih dia?? pertama kali menyuakan puting susu untuk hisapan anak kamu.. dik oiii hisapan dari anakanda itu jauh lebih indah dari kamu punya sengal!! opssss

Cube kamu bayangkan..ini adalah anak yang kamu ingin buang itu??? BULIH DAK!!!!!!!!!!!!
GERAMNYA!!!!






Tuesday, April 20, 2010

ALESYA


~IKLAN~
Hari ibu coming soom ek..
Kalau tahun-tahun lepas menjelang hari ibu, saya sebok siapkan tempahan kek-kek untuk hari Ibu kan... tapi ini tahun, saya dan emak saya dibawa suami terbang ke Kota Kinabalu. Tarikh 9hb pada hari Ahad yang disambut hari Ibu itu, kami ada berjalan-jalan si Sabah.. (Kate..saya juga tidak sabar mau bertemu kamu.. kembarkah kita?? ehehh) sebenarnya kebetulan, masa saya book tiket ni 6 bulan lepas, tak terfikir pulak 9hb tu hari ni.. ehehe sorry pada sesiapa yang call/email/sms nak order kek, idaklah teman dapat bake ye... teman tengah berkawan dengan puteri santubong masa tu..ehehe

Kita-kita yang kerja jauh diperantauan ni, mesti teringat ibu di kampungkan? Sekarang canggih kak bedah oiii leh je kasi hadiah kat emak kalau kita mau, tak payah balik kampung, tak payah susah pegi kedai beli hadiah, nak balut, nak pos..ishkkk duduk je exercise jari jemari, usha barangan online leh beli dan pos..sonang jo..

Okeh promosi sempena hari ibu, sorang kakak ni minta saya promote kan MOH SINI MOH-)HADIAH BUAT IBU

lawo tuala digubah khas buat ibu kita kan...

Telekung pun lawa-lawa digubah cantik, khas buat ibu. Bila lagi nak happykan ibu kan??

Mudah, order, bayar dan barang di pos terus ke ibu anda. Pastikan ibu anda berada dirumah untuk menerima bungkusan hadiah ye, jangan pulak ibu pegi bersembang kat rumah Mak CIk yon ke, makcik leha ke, makcik kamariah ke.. kalo camtu, dah susahkan ibu pulok nak kena pick up kat pejabat pos laju. Tak cukup bajet, ape salahnya bagitau adik beradik lain, kalau 'tong-tong' share la sorang 20-30 henget sorang..amacam?? bereh??
~TAMAT IKLAN~

Budak Alesya, permintaan sepupu dia kat Ipoh suruh boh pic Alesya kat blog nak tengok katanya, nah cik mashitah.. gambo sepupu kecik awak ni..tengok pueh-pueh..

Makin kerinting ler rambut budak kecik ni...
peel dia :-kuat beno oi merajuk, ikut sapa tatau..


Nampak si abang kat belakang?? tu menyakat adik dia.. dah peel budak lelaki, memang suka menyakat kan?? Tu Alesya muka dah nak nanges.. selepas amek pic ni terus menangis sebab abang kacau..

Cam dah beso ek anak dara acik ni?? huhuhu dah tak der baby dah aiii.

Ni pulak pic kami pegi Carefour beli barang dapur sikit, naik atas nak cari benda alah cam kolam untuk budak-budak berendam tu? ape nama benda alah tu ek??? eheheh tapi tak jadi beli, tiba-tiba terus budak ni lekat kat sini, siap naik buat basikal sendiri..adoiii (Jiey ini baju yang Ian kasi Alesya..comei ekk)


Tiba-tiba dia sudah nampak yang lain punya, terus turun basikal..


Tu dia nampak benda alah ni, dengan gigih dia tarik bawak keluar.


Sampai muncung mulut ko dik tarik benda alah ni dik... penuh perasaan..

Berajaya!!! Yeay!!! Girl Power...

Tolak ke sana ke sini..


Tadak..tadak...hok benda alah ni semua pun babah tak beli... terus dukung dia blah dari situ, tp she is good girl, idak le dia meraung kena angkat dari situ, dia cuma toleh belakang dan pandang.. ohh good girl...

OK TAMAT.

Leh la korang leh pegi melangut blog orang lain lak...ehehehe

psstt semalam kecoh nak kurus kan.. ampeh la.. bibik baru gua pandai masak la beb.. rajin lak tu.. kalau gua tak buat minum petang, contoh lambat balik, sampai rumah jam 6-6.30 ptg, dah siap cucur bawang la,..cucur udang la.. semalam dia buat benda alah cam popia..sedap lak tu.. gila gendut makcik ni nanti... alonnggg jom main badminton tiap petang.. hahah along hok kurus tu pun, main badmintion pancit.. acik lagi power... opsss riak ke tu??

Monday, April 19, 2010

Fafau bertudung?? dan kenangan mengusik jiwa


Hari tu saya balik kampung kan... pastu kan... saya lalu kat depan jalan utama kat Sungai Petani ni, saya nampak billboard ni tepi jalan, sweet.. iklan dalam JAWI dan Fafau bertudung la..comeiii kata seorang kawan di Kelantan, di sana, billboard pun, aweks-aweks kena bertudung..




Kedah kan dibawah pemerintahan kerajaan PAS, saya rasa Kedah belum lagi kuatkuasa iklan billboard mesti bertudung, tapi ini inisiatif HOTFM sendiri, rasanya. tahniah.. saya sukeeeee..

Kat FB, sebok je kengkawan haku upload pic masa muda belia kami.. hiks..semua selim-selim kurus keding je, gila keji punya kurus kengkawan aku.. Jan kata dia besaq sikit dari kecik Nazim masa tu (kecik lelaki paling kurus keding dalam batch kami)

Peminat abang TEPAK SIREH yang FB cecah beribu dah tu...cube korang tengok abang tepak korang selim melim masa ni..hiks.. cube cari mana satu dia...

-jawapan-abag tepak berdiri dua dari kanan..


Ni masa sehari sebelum konvo rasanya, ada reherseal, sempat kami berkumpul dan bergambar, saya edar kad jemputan kawen masa ni, sebab dua hari lepas konvo acik nikah occay...

abang tepak duduk dibawah dengan macho..


erkkkkk...erkkkk acik pun cute ek dulu..patut pakcik gebu suka....

tapi naper sekarang aku kembang??? kalau pun sudah dapat berat anak dara dulu, tp kembang juga?? moskil disitu.

pompuan bajet lawa posing skeman, maklumlah pic nak kasi boipren..ahaks...


Sekian, dari pompuan gemuk anak dua... huh bila tah aku nak kurus, dalam mimpi pun tak pernah kurus, haru...

Sunday, April 18, 2010

Menjaga ibu mertuaku


My mak mertua is with us now. Selepas pemergian Arwah Ayah mertua saya, abang ipar saya membawa emak mertua ni ke rumah beliau, tetapi menjaga orang tua bukan semudah disangka, saya pernah membela arwah mak tok saya, lama juga kami jaga, kalau tak silap saya, dari sekolah menengah sampais saya dah masuk uitm pun kami membela arwah, ada juga sesekali bergilir dengan Mak Long saya. Cabarannya bukan sedikit. Kekadang penat balik sekolah, tengok mak tok terberak, cicir merata, kami adik beradik tolong emak cuci. Memang mencabar tau.. dengan peel dia lagi.. Selepas arwah meninggal saya kawen, tak lama lepas tu abah pula kena stroke, again kami jaga orang sakit. Masa ni masa saya agak kurang kerana saya di KL emak abah di kampung, tapi sesekali balik memang kesian dan penat tengok emak jaga arwah abah, so saya akan bantu apa patut, mandikan abah, cuci berak kencing abah. biar emak rest sikit.

So bila emak mertua saya yang dah tua dan uzur dijaga orang lain yang tak punya pengalaman uruskan orang tua, saya faham, cabaran mereka amat kuat. Akhirnya abang ipar saya mengalah, dan minta kami pula ambil. Masa ni pulak kami dah terminate bibik lama, bibik baru belum sampai. Tapi sebaik saja kami dapat maid baru, bagi masa dia sikit suaikan keadaan dengan budak-budak dan urusan rumah, kami pun ambil emak mertua saya. Alhamdulillah, setakat hari ini belum lagi dia buat perkara yang menguji kesabaran macam yang berlaku di rumah abang ipar saya, mohon pada Allah biar jiwa dia tenang di rumah kami. Alhamdulillah juga, rumah kami ni memang port anak-anak buah pakcik gebu melepak dan bersantai hujung minggu atau di cuti-cuti mereka, so kami ajak semua yang kat KL ni datang, malah adik ipar dan anak buah dari Ipoh/Grik pun turun, maka meriah dan riuh rendah la rumah kami sepanjang Sabtu dan Ahad semalam.

Seronoklah emak mertua saya yang uzur ni.




Kasihankan kan?? dah uzur, hidup bergantung pada anak-anak dan cucu. Ermm memang kerenah orang tua ni lebih mencabar dari kanak-kanak, kekadang mereka nak lebih perhatian, sebenarnya ini adalah ujian buat anak-anak, Allah nak tengok sejauh mana anak-anak yang sanggup, anak-anak mana yang tahan dan sabar. Jadi sendiri mau ingatlah..

Kita esok pun kalau Allah panjangkan umur, akan tua juga, masa kita tua nanti? tahukan kita nasib macam mana? kalau sekarang kita merungut mak mertua kita ni peel teruk, terjerit-jerit, dan marah-marah, berak kencing merata-rata.. tahukan kita nasib kita tua nanti macam mana?? sanggup ke anak-anak kita jaga. Kalau Allah butakan hati mereka, mau nya kita melangut kat rumah orang tua je cemana? Nauzubillah, biarlah anak-anak yang kita jaga dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang cukup kita beri tau tanggungjawab mereka. Sebenarnya memang jiwa kena kental jaga orang tua, dan layan bebelan mereka yang ingat-ingat lupa pasal diri mereka sendiri pun. Prinsip saya, masuk telinga kiri cepat-cepat tolak keluar balik ke telinga kanan, jangan bebelan dia tu tersekat dalam kepala otak kita. bila tersekat, kita dendam dan marah, tu yang tak boleh. Kena push keluar, jangan simpan-simpan. Pastu saya selalu ingat emak saya pesan "kena ikhlas, esok kita pun tua, tak selamanya kita muda, kuat,"

So guys, saya mohon kalau kalian nak order cupcakes/kek, please roger awal-awal ye, saya akan tolak sekiranya saya rasa sudah ada order lain, saya kesuntukan masa. Keluarga, anak-anak dan emak mertua saya yang uzur itu lebih kena utamakan,

Ni gambar petang sabtu lepas, kami bawa emak makan angin kat luar rumah, goreng ubi keledek, makan panas-panas, dengan air kopi che nah, dan ayaq teh o, santai anak cucu melayan opah mereka. Macam biasa, gue juga tadek dalam gambo.

Idea kami nak buat pagar kayu camtu berbaloi, setidaknya kami berkumpul ramai-ramai lepak kat anjung tu, dan bawah porch kereta ni privacy juga, orang lalu lalang tak nampak sangat.
Seronok dikelilingi anak cucu-Lukman, Tasha, Nurul dan sikecik Anis

my darling always shekci

Heheh dua jejak seksi-panas ooo-pakcik gebu, along, syazwan dan sorang tu yang sengal tu, Lukman-gua rasa dia patut masuk raja lawak la.. yg kecik melangut tu Alesya

Along, wan dan Daniyal-suami adik ipar saya, dan budak comei Anis

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino