Thursday, June 21, 2007

the making of egg tart


Semalam tiba-tiba rajin dan rasa nak try, resepi egg tart ni dah lama dah print dari internet, tapi tak pernah try buat lagi, tapi semalam rasa macam rajin pulak, darling pulak pi keluar mengeteh (or menebeng or saja nak bagi mamak kaya) dengan jiran sebelah rumah, Najmi sebok layan movie ape tah kat tv, aku lak malas nak join dia tengok citer ngarut kat tv, nak membaca majalah pun cam boring je, tiba-tiba terasa nak buat tart, stok butter, fresh milk tepung, custor sugar sumer mmg sedia ada. Aku memang jenis suka je beli stok barang2 masak ni, sbb bila angin rajin tu, mula la aku nak buat itu, buat ini.. kalau malas, aku dok dpn pc atau depan tv je..

So semalam aku try buat tart, Alhamdulillah menjadi, cuma aku perlu kurangkan manis for egg custard inti tu, dan doh pastry aku lembut dan gebu sgt...aku bawa ke office member ofis cakap ok sedap, tapi aku lebih suka pastry yang lebih rangup... kena try lagi nanti, dan kurangkan masa putar gula dan butter tu, dan tambah tepung sikit maybe..biasalah memasak is try and error session.

ni gambar egg tart aku yang tak berapa cun saper yang nak resepi boleh email heheh tapi jangan asyik amek resepi tapi tak buat..macam adalah orang tu iya-iya mintak resepi pizza, ingatkan dah buat, tapi rupanya oven pun belum beli...hahahah penat je aku bagi resepi.. anak sapa la tu kan...

Pic.1 - pukul 11.30 malam baru nak start buat, huhuhu gilo sungguh aku ni..
pic.2 - inti egg custard baru siap dan sudah disejukkan, ada org tapis-tapis dulu, tapi aku maleh la tapis2, hentam gitu je..
pic.3 - bulat-bulat pastry dough tu, then tekan-tekan dalam acuan then bakar dulu dlm 10-15 minit. pehtu keluarkan then...
pic.4 - masukkan inti egg custard tu, then bakar lagi 5-10 minit..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tadaaaaa..dan siap...makan tima panas-panas, sedap, wangi aromanya... dan pukul 12.30 malam harum semerbak rumah bau tart di bakar, orang lain dah tido lena time ni.. dan seperti biasa, jiran ku mendapat habuan jam 12.30 malam, dengan egg tart fresh from oven. Alaa jiran ni baru balik menebeng ngan darling dari mamak, so terus hulurkan.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And also, ramai pulak bertanya pasal diet dan nak turunkan berat badan...adeh topik panas orang perempuan, apa pun aku nak habaq, nak turunkan berat badan kena azam yang kuat... Bila ada azam, kita buat betul-betul, and bila berat start turun kita happy dan kita sendiri akan kontrol makanan kita. And itulah yang aku rasa, dua tiga hari lepas aku dah keluarkan baju-baju lama dari stor..haha ingat tak turun dah berat, so baju-baju tu terperap je.. aku try sarung kebaya sulam masa hari pertunangan aku...wowwwww boleh pakai ouls...mak happy..mak happy...cuma nak tunggu turun lagi 2-3 kg lagi, nak melaram balas dendam pakai kat office nanti. harusss... skrang pun dah muat, cuma nak bagi longgar sikit lagik..baru lebih selesa.

Dan baju-baju batik sutera zaman-zaman muda belia dulu sumer boleh pakai dah..haruslah bertukar baju haku lepas ni...ermm tapi baju yang besar-besar dan gelebeh tak best pulak pakai, longgar sangat pulak, kat bahu terlondeh-londeh baju, tak best...hingga hari ini, total berat yang dah turun ialah 20kg... yeay!!! my doctor mesti impress nanti..ahaks...

ok this is my menu diet...
Breakfast - 1 paket Red Guara Coffee + 3 sudu nestum + 3 sudu oat
Lunch - Sotong kangkung
Dinner - Sambal tempe dan tauhu.
(Menu breakfat tu mmg rutin camtu, lunch dan dinner je tukar-tukar, mmg jarang nasi, tapi selalunya bihun sup, bihun tomyam, laksa, yong tau foo, kalau nasi pun sikit je, dan sayur yg byk, makan malam kdg2 repeat je menu breakfast or i Mug HL and HL Tea Mix)
And aku beli benda alah mcm treadmill tu letak kat umah, aku beli yg murah je, hutang lak tu..(kredit card maa, 3 kali bayaq, heheh) senang ada benda ni, kalau hujan kat luar pun kita boleh dok berjalan atas tu, and paling best, boleh berjalan sambil pakai kaftan tido pun..anytime.. so 20 minit sehari, and kalau aku malas selang sehari...lagi malas dan sibuk 3-4 hari sekali..heheh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kena yakin dan buat..pasti jadi...jangan sekerat jalan, buang masa je...

Tuesday, June 19, 2007

Amirul goes International


Macam entry lepas, aku ada mention about sepupu aku Muhd. Amirul Asraf, iaitu anak kepada Pak Lang aku (adik lelaki mak) akan ke Perancis bagi mewakili Malaysia. So lepas Pak Lang dan Mak Lang aku tiba dari Penaga (Butterworth) barulah tau ceritanya... Rupanya budak Amirul akan mewakili Malaysia untuk DANONE NATION CUP (DNC) then aku pun carilah info pasal DNC ni, and jelesnya...nanti bebudak ni dapat jumpa Zidane. Dan ada jugak info dalam BM mengenai DNC Malaysia. Amirul ni, pencapaian akademik dia mmg dalam kategori lemah, tetapi aku cakap kat Pak Lang, bagi je sokongan atas apa dia suka buat, iaitu main bola. Dan alang-alang dia berpotensi, kita bagi galakan. Adalah satu impian pada semua kanak-kanak seusia diaorg berangan nak main di arena antarabangsa.

Ini kali kedua Malaysia hantar team, tahun lepas kita dapat no.29 dari 40, harap tahun ni lebih cemerlang, tahun lepas diaorg just training di Malaysia saja, then sampai sana terus main di sana, tahun ni diaorg dapat peluang pergi awal, hari ni diaorg mendarat di Zurich, beberapa hari training di sini, then ke Yugoslavia, then ke France, balik mungkin singgah London wahhh bestnya... jeles betoi..hehehe, balik dari France, dua tiga hari lepas tu khabar ke Jakarta pulak, ada game lagi. Tak tau le macam mana pembelajaran budak-budak suka begini, aku tak pasti, sistem pembelajaran diaorg camner.

Amirul memang anak kampung betul, dilahirkan dan dibesarkan di perkampungan Nelayan, Pak Lang aku buat kerja kampung saja, dan Amirul mula meyepak bola di bendang yang kering di kampung, dan tak pakai kasut. Dan sebagai anak orang kampung sejati, dia memang sangat lasak dan nakal. Dan hari ini kenakalan dan latihan dia bermain di bendang kering berbaloi. Akhirnya dia terbang ke Perancis semalam untuk menyarung jersi Malaysia untuk DNC memakili Malaysia bawah 12 tahun. Tahniah Amirul.. Kak Long bangga dengan hang!! Cuma kami dok usik, sebab dia ni jenis kecil je badan dia, kami usik "sekali anak Mat Saleh lari tepi hang pa pun boleh bergoyang, hang pa kecik-kecik.." heheh dia sengih saja.

Dan Pak Lang aku tutup kedai kopi dari Hari Sabtu hari tu turun KL untuk beri sokongan pada anak dia. Aku terharu, sebab Pak Lang aku ni orang susah, untuk prepare tambang ke KL, naik bas pun dirasakan satu jumlah yang besar. Dan aku gembira sebab dapat gembirakan Pak Lang aku sefamili. Hari Ahad petang, kami ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Di sana kami berjumpa lagi budak-budak satu team dengan dia, yang rata-rata adalah anak-anak orang kampung yang pertama kali nak naik kapal terbang, dan diaorg sangatlah excited.

Dan kesian jugak, ada antara mereka ni mak bapak betul-betul susah, jadi tak ramai yang mak bapak turun dan bagi sokongan. Masa di Airport pun ada rasa ada lebih kurang 5 keluarga saja yang turun dari kampung masing-masing hantar pemergian anak-anak mereka. Aku pulak rasa sedih bila kenang camtu. Tapi bebudak ni punyalah excited dan tak reti duduk diam, berlari ke sana, berjalan ke sini, budak 12 lah katakan..tengok la gambar-gambar di bawah ni semua tak lawa sebab susah nak dapat gambar diaorg rileks-rileks...asyik ada je aksi mereka.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
pic.1 Amirul sepupu aku dalam pic first dua dari kiri, (paling kecil je, tapi licik,
pic2. Amirul dengan emaknya
pic3. Amirul dengan kawan-kawannya
pic4. Dengan emak dan abah..dan penyibuk si Najmi yang makin bulat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pic.1 - dengan Ustaz (ustaz cum pembantu jurulatih kot)
pic.2 - Dengar taklimat sebelum berlepas
pic.3 - Budak-budak yang excited giler nak terbang
pic.4 - Amirul, perrrghhh remos tu..mantap...gel berkati hang abang oi...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pic.1 - Malaysia boleh!!!
pic.2 - Mak abah...byeeee... doakan kami...
pic.3 - byeee.... beza sungguh budak lelaki ni, tak der sentimental langsung, salam-salam pun gitu-gitu je..excited nak naik kapal terbang, kalau budak pompuan sure peluk cium mak abah nanges-nanges..hehehe
pic.4 - Ok, selamat berangkat Wira kecil Malaysia...main sampai menang!!!!
p/s-moral behind the story-Sukan di Malaysia tak ke mana kalau ianya di politik kan... budak-budak ni banyak dpt tajaan Danone, Adidas, bla..bla..bla... ermmm kalau nak tulis, kang tak pasal-pasal aku kena soal siasat...hehehehe
video diaorg

Wednesday, June 13, 2007

3G-Gebu, Gempal, Gemuk


IKLAN..KALAU ANDA SEORANG BLOGGER, ATAU PEMBACA BLOG TEGAR BOLEHLAH SAMA-SAMA MERAIKAN HARI WEBLOG SEDUNIA OR INTERNATIONAL WEBLOG DAY (14 JUNE 2007), SETIAP TAHUN ADA, DAN GENG JURNAL SETIAP TAHUN ANJURKAN AKTIVITI UNTUK PARA BLOGGER. TAHUN INI AKAN DIADAKAN DI TASIK TITIWANGSA, ACARA BERMULA DARI PAGI, DENGAN ACARA TREASURE HUNT. TARIKHNYA IALAH PADA 16 JUN 2007 (SABTU) MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI
FORUM GENG JURNAL IKLAN TAMAT..SEKIAN TERIMA KASIH..BOLEH TERUS BACA ENTRY.. <--- AJK-BANNER TADER KE????
---------------------------------------------------------
3G-Gebu, Gempal, Gemuk.. hahahah topik sensitif bagi orang perempuan. Dalam Utusan Malaysia hari ni ada berita pasal Sejuta perempuan 3G ni..dan aku tak segan-segan nak mengaku, aku masuk kategori perempuan 3G ni jugak... Dua tahun lepas masa aku try nak concieve, doktor bagi clomiphine (clomid ke nama dia) gila punya tembon (bahasa kedah)berat ...baju semua sendat. Then last year March 2006, aku pregnant, dan keguguran. Masa pregnant tu aku tak amek clomid tu pun, so aku assume, clomid tu tak bantu aku pon utk pregnant. Kemudian, aku start diet, exercise dapat turun ke 5-6kg, then usaha lagi gigih, amek Herba Life, then turun 5-6kg then turun lagi ke.... hahahaha masih lagi gemok la.... tapi sekurang-kurang tidak maha gemok macam dua tahun lepas. Total berat aku turun adalah melebihi 15kg...hampir 20kg gak turunnya

Azab sungguh masa tahap super duper gemok tu...aku mudah penat, jadi pemaleh. dan Asyik nak makan macam tak reti kenyang... Sekarang ni berat badan dah slow sikit penurunan, dalam masa lebih sebulan baru turun 2kg jek... tak pe la..at least turun bukan naik. Dan bestnya baju zaman-zaman student dulu pun dah boleh pakai...seluar yang dulunya sendat giler, skrang dah boleh pakai, jubah-jubah seluar yang aku beli sebagai motivasi untuk turunkan berat badan dah boleh sarung...malah longgar pulak..

ok tengok pic ni sebagai perbezaannya..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This purple jubah labuh ni, aku beli masa lepas bersalinkan Najmi, berat aku turun masa tu, so best la konon leh pakai baju gitu...lps setahun usia Najmi berat baik macam makan batu...

This is the jubah yang aku cakap, aku beli jubah ni 3 tahun lepas. Sendat, aku pakai sekali je, pehtu tak selesa, berboyot je perut bonjol2, dua tiga minggu lepas aku keluarkan baju yang bertahun tergantung, dan try pakai... hahahah bestnya dah leh pakai, malah sangat selesa, takder rasa tak selesa bila duduk, bila berjalan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
then ada lagi blouse-blouse zaman dulu kala yang tergantung je bertahun dalam almari, tapi skrang dah boleh sarungkan balik dah.. mak sukeeee tauuuu ouls...

Dan kalaulah aku boleh susut macam MINAH NI kan ke best... aduhaiiii mengidam niiii...hehehehe mimpi la kot....tak kisah la...janji my darling sayang me la... kan..kan..kan.. Oh darling thank you for the mixer...Love you hunny for your support.. Love you co muchh muaahsss...

Si Najmi balik kampung, sunyi je takder dia kat umah, dia punyalah happy sakan balik kampung, kalau call pun mcm cepat-cepat je, sebok nak makan la...nak main la... nak tengok cd la.. Semalam darling call dari office dia kat kampung, dia dengar ada suara perempuan, dia tanya babah ada awek lain ek...babah dengan awek ek.... beriya-iya bila aku call dia malam tu dia cakap babah ada awek lain.

Minggu ni will be hectic ... baking untuk Father's Day cupcakes, birthday, semua-semua dekat 200 pcs. Adeh... capek gue... dan ada pulak sedara nak datang dari kampung tumpang di rumah. Alamak sian diaorg aku busy buat cupcakes nanti, tak sempat nak melayan tetamu, nak bawak berjalan-jalan. Pak Lang aku ni nak hantar anak dia nak pegi Peranchis, anak dia ni gila main bola, tapi jenis ada potensi, so dia dpt peluang pergi training la kot kat Peranchis, aku nak cerita lanjut pun tatau, tunggu depa mai aku update story ni. Tapi budak ni kecik lagi, sekolah rendah je. Jenis budak kampung yang lasak, untung-untung dapat main utk team Malaysia nanti, dan kasi menang la...jangan asek kalah je. Next week aku story pasal ni..

Sunday, June 10, 2007

Gather poyo geng


Hari Khamis, 7hb hari tu, geng GEPO (GEdik dan POyo)geder-geder... sempena birthday aku 4 hb hari tu, so yang hadir makan-makan pada malam itu, Me and my Darling..huhu without Najmi, tak bestnya. Then yang hadir lagi, Daun, Nida, Nuar, Mat Jan, Dayah, Rudi dan hero mereka Hiro, dan Amyz, yang mengada tak datang, Diman, Nett dan Iwan. lenkali tak payah ajak diaorg lagi..nyampah tau...

So perjumpaan kali ini aku try buat sebijik sponge kek, yang disediakan dalam masa lebih kurang 2 jam je... balik je dari opis, aku pukul telur tepung semua, terus masuk adunan dlm oven, lebih kurang 30-45 minit lepas tu, kek dah siap, dah dekat pukul 7, sejuk je sikit, terus keluarkan dari acuan, terus sejukkan bawah kipas. kemudian sapu cream, dan Ya Allah, comotkan kek aku, sebab kek masih panas dan gebu sgt nak disapu cream..heheheh akhirnya siap jugak my strawberry cake, yang sangat ampeh, ini actually, first time buat kek besar, ini kek setengah kilo. Dengan deco yang comot, dan simple, aku just conteng-conteng je nama-nama kitaorg atas kek kek tu..then ada baki-baki strawberry dlm peti ais, aku potong-potong dan letak je atas kek tu. Syukur jugak, budak-budak ni kata sedap...kalah kek beli kat kedai katanya..hahaha kek tu masih panas masa dimasukkan dalam kotak, bila pegang bawah kotak, terasa panas lagi..


Hari Jumaat malam, start buat cuppies untuk mereka-mereka yang dah order. Ada orang order 100 pcs, with kids theme untuk birthday party. Jenuh aku baking dengan bantuan darling, sebab orang yang order ni, bajet limit, tp still nak deco dengan kartun-kartun, aku buatkan sponge kek je, sedap jugak. Kalau aku personally aku mmg suka sponge cake berbanding butter cake, aku cepat muak. So siap jugak baking malam tu, dan siap deco hampir 40 pcs untuk order orang lain-lain yang dicampur-campur. Sabtu tu lepas deliver cupcakes kat Subang, balik je rumah dah start buat order untuk 100 pcs. So far, darling dah lulus bila minta tlg bancuh kaler-kaler untuk icing, dan kerja lebih mudah, bila selesai satu kerja, darling siap cuci bekas-bekas, so dapur cepat kemas. Heheeh well as aku cerita, my darling ni tahap tak leh tengok benda berselerak, kang dia cepat hangin, hahaha so kerja kemas dapur semua dia cepat bereskan sebab dia tak suka tengok berselerak. Thanks sweet hunny.

Hari ni break tak der order dan esok pun tak der, rileks...setelah penat. And aku rasa hebat, sebab aku tak rasa terlalu letih, mungkin sebab aku minum madu dan herbatus sauda (Bio-Barakah) memang tak terasa penat sangat, cuma mengantuk jer. Next coming order 15hb, untuk birthday party kids, Hani dan Maya. Then lepas tu, sibuk untuk Father's Day, dan mintak maaf banyak-banyak, kepada mereka yang sms, email minta nak jugak order untuk Father's day. Tak berani janji dapat dibuat. Cuma Insya-Allah... Kalau ada masa dan sempat saya buatkan, Insya-Allah... tiada janji.

Dan ni pic masa gather my birthday di Village View, Bangi dan cuppies order from friends...

First time deco kek besar.. cam ampeh je jadinya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

still ada cuppies jugak...tapi sikit je, balance dari hari sebelumnya punya order
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

this is sebahagian order, ada yg tak sempat amek gambar, terlupa.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

For more pic, sila cuci mata dan kalau nak order sila ke BLOG CAKES

Wednesday, June 06, 2007

Busy yang terlampau...


Busynya seminggu ni, dengan baking cuppies yang dah cecah ratus-ratus biji le jugak, and hampri setiap hari buat cuppies, dan tido lambat jugak setiap hari. Dengan si Najmi yang jadi ruam-ruam kat kulit, kesian dia, dah jumpa Dr. Nathan tu, dan pakar dah sahkan bukan demam campak. Dan mak tok di Sungai Petani pulak, pantang la dengar cucu dia nan sorang macam tu, laju je offer nak mai amek bawa cucu dia balik, dan kebetulan pulak cuti sekolah, so kami pun setuju je la mak amek cucu dia bawak balik, dan si Najmi pulak memang la lagi lajuuuuu dengar nak balik kampung, so diaorg balik kampung naik bas.

Disebabkan busy dengan tempahan cupcakes, aku terlupa wedding anniversary kami, pada 1 Jun yang lalu...uwaaaa first time aku lupa, dan darling biasalah lagi dia lupa... Birthday sendiri nasib baik tak lupa, heheeh tu pun ada member aku sms pukul 12 tgh malam isnin hari tu. Busy sangat. And aku rasa macam dah nak close order utk Father's Day offer nih. Dah banyak dah..so kalau sesapa masih berhajat nak order untuk Father's Day, boleh la order sehingga hujung minggu ini, lps ni nak close order dah. So far, pick up point available untuk deliver Father's Day cuppies ni, ialah di Tesco Ampang, (jam 2.30 ptg) Sri Kembangan (10.00-11.00 pagi) Bangi (Sheel Bangi kat Pasar Malam tu 11.30-12.30 tgh)

Aku dah plan nak buat sendiri birthday cake aku, tapi tak kesampaian pulak, sebab busy siapkan order orang lain. barulah aku tau camner seorang tukang jahit yang tak sempat siapkan baju raya nya sendiri, kerana siapkan tempahan untuk orang lain. Hehehe..

Hal rumah pulak, so far dah panggil 3 kontraktor untuk kerja-kerja renovation, satu dah reject, dari cara kerja untuk perbincangan dan sediakan quatation tu ampeh je, bagi quotation tulis tangan, aku pun tak faham apa dia tulis, kemudian tak brp jelas, satu lagi kontraktor Chinese, yang ni masih belum dapat lagi harganya, dan sorang lagi macam hampir pasti, kerana, harganya boleh tahan, tak der lah murah, tp kira harga logik dan kami yakin, kerana dia tau apa dia akan buat, dan dia tau apa kita nak, contoh macam aku cakap nak camni, dia akan cakap, tak boleh kak, sini ada tiang, tak leh itu ini, aku cakap nak gitu, dia akan bagi pandangan dan cadangan dia. Bila aku sebut nak island table untuk dapur, dia bagi jenis, bagi cadangan, aku cakap nak kaunter table, dia cakap dia leh baut camni, camtu.. dan dia berpengalaman buat kerja renovation dan projek dia banyak projek besar.

Jadi kalau kami amek dia Insya-Allah harap tak der masalah pekerja, dan yang pasti aku yakin dia tau citarasa aku camni camtu, takder la bila cakap nak camni, dia blur...nak gitu dia blur... pehtu bila ditanya kalau saya nak camni, anggaran berapa, dia boleh bagi anggaran on the spot, contoh aku tanya, kalau cornice syiling brp dia akan bagi tau sekaki harganya gini, jenis ni harganya gini. Dan dengan harga yang dia bagi tu, dia akan bagi free grill, satu rumah, untuk hall depan rod iron, dan mungkin pagar sekali, dan island table for kitchen kabinet for free. Cuma masa je busy sgt skrang, nak sit down dan discuss balik mana part nak drop, mana material nak tukar. hehehe itu solid nyatoh kitchen kabinet banyak mahal...budget sudah lari banyak kalau mau angkat itu solid nyatoh...maka akan diganti dengan material seakan solid nyatoh sahaja.

Darling jenisnya tak kisah sangat dan banyak serahkan pada aku untuk pilih material dan interior renovation tu, cuma plan asal nak buat wet kitchen tangguh dulu, sebab kalau nak buat wet kithcen jugak, kami kurang dlm 9K, darling kata tunggu saham naik harga sikit, pehtu jualhehehe..nak korek tabung pun tabung nak lama bocor..hahahaha, pening jugak nak buat renovation ni, dapur tu kalau extend memang la luas, tapi kami dah bahagikan untuk buat satu bilik kat dapur tu, dan buat bilik mandi, so ruang yang tinggal tidak la luas mana,

Ok i like this pictures, Dell my uitm friend dulu surprise kan officemate dia dengan cute cuppies, and my hello kitty dan garfield. Want to see more??? sila ke PNUT CUPPIES
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, June 03, 2007

Happy Birthday to Me !!!!


Today, I am officially 32... Syukur Alhamdulillah, sudah 32 tahun bernafas di muka bumi Allah.

Sepatutnya hari ni kami bercuti ke Tiar* Beach Resort kat PD, tapi aku penat sangat dok baking cuppies semua, rasanya kalau pegi pun aku tak enjoy penat, kesian pulak Najmi cuti sekolah kali ni tak ke mana-mana... Tapi tak per lah, at least hari tu dah pegi Langkawi. Lagipun elok jugak tak jadi pegi PD tu, sebab Najmi sekarang jadi macam ruam-ruam satu badan agak teruk. Ni pun aku bercuti sebab nak bawa dia ke Klinik Dr. Nathan, pakar kulit.

Anyway citer semalam, baking cuppies for Ain, Kota Damansara, untuk Sellynna dan kawan-kawan dia dari HUKM, and today will bake from someone (heheh tak leh announce dulu, sebab dia nak surprisekan kawannya, dan diaorg ni baca blog ni so kena diam-diam dulu)

Sepanjang minggu lepas, dan minggu depan hampir setiap hari buat cuppies, ada saja orang order. Alhamdulillah, penat, tapi seronok sebab aku suka buat benda-benda macam ni.

Ok nanti sambung update..nak cepat, nak jumpa itu Dr. Nathan.

p/s darling....thanks hadiah birthday in advance (3 in 1 printer) and i need lagi hadiah boleh??? nak mixer...nakkkkkkk..... (mixer ni kira ganti hadiah bercuti yang dibatalkan la..boleh ek..)

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino