Sunday, January 28, 2007


Salam.

Sudah 29 hari kita dalam tahun 2007. So far so good, ada yang menggembirakan, dan ada yang menyedihkan. Aku berterima kasih kepada semua yang memberikan respon terhadap entry terdahulu, ada beberapa email, ingin berkongsi pengalaman dan beri maklumat, kawan-kawan yang ada di JPM, ada memberikan pertolongan sekiranya perlukan khidmat Biro Bantuan Guaman. Ya Allah, syukur sangat-sangat ramai rupanya rakan taulan di dunia internet ni yang suka membantu orang.

Siapa kata internet tidak bermanfaat. Terpulang pada cara kita menggunakan apa yang kita boleh nikmati. Orang kata dengan ada internet kita kurang bergaul dengan jiran-jiran. Ya aku akui, aku lebih rapat dengan kawan-kawan cyber dari jiran-jiran, tapi hubungan kejirananan Alhamdulillah masih baik, cuma di blog aku lebih bebas bercerita apa saja. Terima kasih kepada semua yang respon kat email, YM, kat komen di blog ni , dan melalui sms. Insya-Allah, bila tiba masa korang perlu bantuan, aku akan tolong.

Najmi

Hampir sebulan sudah kiranya dia belajar di Smart Reader. Syukur, so far nampak bagus. Dia berada dalam kelas Mickey. Iaitu kelas 'lompat' kelas di Tahap 3, dia terus belajar buku-buku pada tahap 3, aku pun tak perasan akan hal ini sebab aku tidak berjumpa guru dia secara langsung, sebab dia akan pergi dan balik sekolah dari Day Care. Cuma nanti aku nak pegi bayar yuran, baru nak tanya terus pada teacher dia camner. So bila dia keluarkan homework dia, aku tanya la, kenapa ini buku semua tahap 3? Dia cakap "Memang la mama, kita kelas Mickey, teacher kata kelas Mickey tak payah belajar Buku 1 dan 2, kita kena baca Buku 3, kalau kelas Daisy dan (kelas aper tah dia sebut) baru belajar Buku 1 dan Buku 2,"

Then aku saja la test dia "Abih tu, Najmi boleh ke ikut belajar kat Kelas Mickey?" dia cakap "Boleh, mama tengok la kita selalu dapat star," Rupanya kat belakang buku dia ada sticker star, so setiap page atau progress dia yang baik, teacher akan lekatkan star tu, kalau dia masih belum cekap, tak dapat star sticker tu. So far, banyak page dia ada sticker. Semalam dia buat homework, dan macam biasalah, budak ni bila buat homework, tak suka kita ajar dia banyak-banyak kali, kecuali kalau dia bertanya baru kita respon. So aku ajar dia buat sekali, kemudian dia cakap, "ok, kita tau dah buat macam mana," hehehe, aku pun ikut jer la rentak dia.

Dah siap homework, dia datang tunjuk. Good, betul semua. so dapat la upah kiss dan puji-pujian..kembang muka sengih-sengih dan perasan bila dipuji. "wah... bertuahnya mama, ada anak pandai, dah la hensem, pandai pulak, macam tu la," dan member pun semangat amik reading book dia baca, tanpa disuruh. Ye, itulah dia anak aku, tidak boleh dipaksa, dia akan buat sendiri bila dia suka hendak buat.

Dia ni memang kaki tengok tv, dan fav dia biasalah kartun, dan selain itu dia akan tengok movie, dan Movie channel la. Aku selalu tegur dia, tapi dia cakap, "Mama, biarlah kita tengok cerita orang putih, nanti kita pandai la cakap Inggeris," adeh anak bertuah ni. So aku cakap kat dia, "kalau macam tu, Najmi kena dengar apa yang pelakon tu cakap kat tv, kemudian ceapt-cepat baca apa dia tulis kat bawah tu, nanti Najmi tau la dia cakap apa," And aku nampak dia tengok Star Wars dan dia tau jalan cerita, dan boleh cerita pulak apa org tu cakap, apa jedi ni kata, means menjadi juga idea aku suruh dia dengar dan baca subtitle tu. (Dan ya, selain Superman, Spiderman, Power Rangers, dia sekarang sudah obses sama itu Star Wars)

Paling tak tahan Jumaat lepas, dia balik dari Day Care, dia cakap, "Mama kita dah ada awek baru kat Day Care, nama dia Miza, dia suka kat kiter, asyik nak kawan ngan kiter, teacher pun tanya Miza, suka Najmi ke? Miza cakap dia suka kiter, Miza tu cantik mama," hehehehe so masa dalam keter nak pegi Pasar Tani Jumaat tu, babah pun ada, dia pun cerita dia nak dekat Miza, peh tu bila babah tanya, abih tu Iya (Alia) camner? dia cakap dia nak tiga orang sekali Iya, Nena (adik Iya) dan Miza," muehehehehe romeo sungguh.


Esok tu, hari Sabtu pagi, dia bangun je tido, dia cakap "mama boleh tak kita nak cium Miza, dia comel la mama," hahahah gilo budak ni. Aku cakap "Tak boleh, mana boleh kiss girl, nanti Allah marah, berdosa, kiss mama, mak tok, ucu, mak su, tak per la, selain Allah marah, nanti kalau ayah dia tau, ayah dia marah camner?" Dia macam tak puas hati je.. hahahah harap-harap jangan dok kiss anak dara org kat Day Care tu, risau teman. Angau sungguh anak aku dengan Miza ni. Nanti petang aku nak tengok la mana satu Miza ni.

Sabtu hari tu kami pergi tengok perarakan kereta berhias, budak becok ni tak puas hati, dan cakap "Mama, kenapa dia tulis kereta berhias, tapi diaorg bukan guna kereta pun untuk hias-hias dengan bunga, diaorg guna lori, sebab panjang je kiter tengok keter tu, kenapa dia kena cakap kereta berhias, cakaplah lori berhias, sebab dia hias kat lori panjang, kita tau, dia buang dinding lori tu, lepas tu letak-letak bunga," hahahaha kelu pulak aku nak jawab. Disebabkan mama letih dan penat masa tu, mama jawab "nanti mama suruh diaorg tukar, lori berhias, bukan kereta berhias," heheheh tak aci betul mama ni.

Tuesday, January 23, 2007

Akan bergegarkah tiang arash??


Ermm tengah serabut dengan satu masalah, hinggakan tido malam pun kalau terjaga teringat perkara ni aku jadi susah hati. Akan bergegar satu tiang arash tidak lama lagi??? Kalau ianya berlaku untuk arah lebih baik, aku lebih suka ianya berlaku. Bercerai adalah satu perkara halal yang tidak disukai Allah. Tapi sanggup ke berterusan tengok satu kehidupan malang bersama seorang lelaki yang tidak reti menghargai kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan kita? Sanggupkah anak-anak membesar bersama lelaki yang tidak tahu tanggungjawab dia? Sanggup kah melihat anak-anak melihat hampir setiap masa emak mereka menangis kerana tertekan dengan ayah meraka.

Cukuplah intro sedikit...

Tidak..bukan rumah tangga aku yang bergegar... Insya-Allah tidak, Alhamdulillah, rumah tangga kami aman bahagia. Darling masih ketua keluarga yang baik, malah bila semua ini terjadi, aku lebih menghargai dia, bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang baik untuk hidup bersama aku. Walaupun adakalanya aku selalu mengada-ngada nak perhatian lebih (biasalah sayang, i ni kan anak sulung, anak sulung mmg manja tau...) Nasihat darling, bantuan darling, aku hargai, tak tau le, susah senang kami tetap bersama...Thanks hunny coz always be my side, when i need you, that is love for kan??? Moga apa yang kita sedang usahakan ini berakhir dengan baik dan biarlah selesai segera, supaya satu kehidupan baru di bina semula dari sebuah kehancuran.

Diulangi... bukan masalah rumah tangga kami, tapi masalah rumah tangga darah daging terdekat, nanti bila selesai semuanya aku cerita semuanya dari A-Z sekarang belum boleh..hehehe takut menganggu urusan perbicaraan mahkamah..ahaks.... boleh gitu??

Anyway, perlukan nasihat peguam syariah, or anybody ada kenalan or berkerja di Mahkamah Syariah PJ? Bantuan anda amatlah diperlukan... Ya Allah, mintak ada orang kerja kat Mahkamah Syariah PJ ada baca blog ni.. supaya mudah urusan aku nanti... Please...please...

Ok cukup intro bagi korang saspen kejap..

Nak cerita pasal anak teruna sorang aku tu.

Rutin dia sekarang pagi pegi Day Car, mandi, dan pegi Smart Reader naik van. Then tengahari balik day care, makan, tido, petang buat homework, dan aktiviti ringan kat Day Care. Petang kalau tak hujan leh bagi keluar kejap, main basikal dengan geng-geng kenit dia. Malam 8.00-9.40mlm pegi kelas mengaji dan fardhu ain. Balik tengok tv kejap, dan pukul 11 dia dipaksa tido..tu pun kadang-kadang idak juga.

So kami tak stresskan sangat suruh dia baca buku ke apa... dah cukup pack jadual dia. Khamis Jumaat malam tak der kelas mengaji baru dia boleh tengok tv lama sikit. So kelas swimming dia masih tertunda, mungkin hingga tahun depan, atau masa cuti sekolah hujung tahun ni. Lagipun aku tengok budak ni nanti leh berenang sendiri je kot. hehehe, sbb hari tu bawak pegi pool yang dalam siki 0.9 meter, member selamba je dok floating dan kodek-kodek kaki berenang sendiri, cuma tak jauh la dia berenang. So takder swimming pool hari kerja la, kalau nak, hari minggu je la..

Suatu malam dia mengamuk nak senapang. Menangis-nangis... aku geram betul. Aku cakap esok je la, dah malam ni, mana ada kedai bukak. Dia tak puas hati... dia asyik tanya lambat lagi ke nak siang? Siang pukul berapa? Aku cakap lepas mama kerja, pukul 5.30. Heheheh bengang member lambat sangat nak pukul lima.

Tiba-tiba dalam pukul 10.00 malam dia datang dan tanya "mama dah solat ke?" aku cakap belum.. dia cakap, "nanti kalau mama solat, mama tolong doakan bagi cepat siang, jangan malam lama sangat, dan doakan bagi boss mama kasi mama balik awal," muehehehe aku cakap le doa la sendiri.

"kita malas nak solat ni, tak der mood tau, tengah sedih ni," heheh boleh pulak gitu, then aku cakap la...kalau kita sedihlah kita kena banyak-banyak solat, supaya Allah sayang kita. heheh then masa nak tido, macam biasa aku suruh dia baca doa tido dan baca surah 4 Qul. dan biasanya dia akan berdoa "Ya Allah, jagala saya semasa tido, jauhkan dari syaitan," dan malam tu dia tambah dan "Ya Allah, bagilah cepat siang, nanti mama boleh belikan senapang," pas tu dia tanya, "Allah betul ke jaga kita masa tido? macam mana dia jaga?" hehehe aku cakaplah, "Ye la Allah jaga la, sebab tu Najmi boleh tido lena, kalau Allah tak jaga, nanti syaitan datang kacau Najmi, tutup hidung, Najmi tak leh bernafas, tekan perut najmi bagi sakit, tolak Najmi jatuh katil," then dia pun..."oooo kita tak nampak ALlah yek, tapi dia jaga,"

Semalam, masa amik dia dari Kelas agama, aku nampak ada awek comei, mengaji sekali dengan dia, aku tanya, saper nama girl tu, dia cakap nama Elly, then aku cakap le. Comei nya, suka mama tengok dia. (memang cute betul budak tu...sweet sangat muka) tapi budak bertuah ni cakap "Kalau dia tak senyum comei la, kalau dia gelak tak comei la..dia tak der gigi" hahahahhaah ampeh punya hero...

Wednesday, January 17, 2007

Alfatihah arwah Muhd. Afiq Raihan


Current mood : sedih

Sangat bersedih. Ada kawan office aku kehilangan anak sulungnya untuk selama-lamanya. Al-Fatihah. Sangat sedih, anak dia sebaya Najmi, budak tengah nakal dan manja. Anak dia sedikit hyperactive, tapi nakal macam mana pun, dia tetap anak kita kan? Tentulah sayang tidak berbelah bahagi.

Cerita dari teman, mulanya anaknya demam-demam, tp tidaklah dirisaukan sangat, demam budak kan, tambah pulak anak dia mmg lasak, bermain ke hulu ke hilir. Bila demam berpanjangan, dia bawa kembali anak dia ke hospital, dan dah detect deggi, dengan bacaan pallet yang sudah sangat rendah. Dari hospital kat Bangi, di bawa ke SJMC, dan keadaannya sangat kritikal, denggi berdarah, dan darah mula keluar. Aku tak boleh bayangkan hati ibu begini, luluh jiwa raga kan.. Tambah pulak kawan aku ni tengah sarat mengandung anak ke 4.

Benarlah Allah ambil satu, dan dia akan beri lagi satu. Walaupun tidak sama, tapi ia bagai bertukar ganti dengan abangnya. AKu tak boleh bayangkan hati dia, mesti sunyi, rindu bila di dalam rumah, mesti terdengar2 suara jerit tawa arwah dalam rumah. Gila...boleh sakit jiwa sebab rindukan anak nanti. Sedangkan aku Najmi duduk kat kampung 2 minggu bila aku tinggal sorang kat rumah, terasa sunyi sangat. Bila aku guna pc kat atas, terasa-rasa dia ada tengok tv dibawah, bila aku tengok tv, terasa-rasa dia ada kat dapur menyanyi-nyanyi buka tutup peti ais.

Oh, I'm speechless........................................................................ :-(

Teringat keletah anak saat ini. Pagi tadi dia meragam, tanak mandi, dia nak mandi di day care. Tapi aku suruh dia mandi kat umah, babah pun suruh dia mandi kat rumah. Last-last dia meragam, mandi terpaksa dan buat perangai. Tanak salam, tanak kiss.. so this morning i didn't get his morning kiss.. tak der dengar dia cakap "I love you mama, take care mama," sangat sweet bila 6 years old boy saying that he love you and pesan, "drive hati-hati mama, take care" kebetulan hari ni dia pegi dengan babah dia. Oh damn... I miss him..

Nanti balik kalau tak hujan, aku tebus salah. Aku nak bawak dia pegi swimming, dah lama dia tak pergi swimming..(erkk i means kat swimming pool kat presint 16, balik kampung baru ni kan ke dia swimming sampai legam) He sound so sweet bila nak pegi sekolah/or kelas KAFA dia akan jerit..."pegi dulu mama, I love you, take care, Assalamualaikum" harap dia jadi anak yang baik.

Momment paling best lepas dia balik kelas KAFA malam, sebelum pegi kelas Agama tu, aku suruh makan, biasanya dia tak mau, dia nak makan masa balik. So bila balik dari kelas KAFA, turun dari motor babah, dia berlari ke grill dan jerit.. "Assalamualaikum mama..kiter dah balik, kita lapar ni mama, nak makan," hehehehe aku dah siapkan makanan atas meja, dan kalau harinya dia nak bermain sambil makan, dia mintak disuapkan. Dan aku selalu elakkan dari menyuap dia..heheheh dugaan tak kuat sangat... (i kan diet ouls...) kang 3 suap dia, sesuap aku..uwaaa. Tapi semalam aku pun rindu dia, aku suapkan dia.

Jadi bila dengar berita-berita begini, aku jadi lebih menghargai dia dalam hidup ini. Bak kata Zar, dialah racun, dia lah juga penawarnya.

So kepada kawan-kawan pembaca blog saya, yang ada anak..jangan le amik mudah.. kalau anak-anak demam berlarutan, aku rasa bukan sekali aku dengan budak mati sebab denggi berdarah ni. Untuk diri sendiri juga, sebab denggi berdarah ni bahaya sangat... bila dah tau dah krtikal, tak dapat diselamatkan lagi dah...

Aku harap kawan aku tabah...

Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Afiq Raihan. Nantikan ayan bunda mu di jannah..Moga kau dikelilingi bidadari indah dari syurga....

................................................
...............................................
...............................................
:-(

Sunday, January 14, 2007


Hari Sabtu, aku pening kepala. Tapi tabahkan hati, hehehe aku gagahkan diri yang sedia gagah perkasa ni masak, sebab Hari Jumaat tu dah beli brg basah kat Pasar Tani, dengan semangat nak masak Sabtu tu. Hari kerja sekarang aku jarang masak, dalam seminggu ada la dua-tiga kali je masak, selalunya beli, sbb aku tak mkn malam, so darling cakap tak payah masak.

Aku tengah busy masak, si Najmi merengek minta nak kelaur main basikal, sebab dia nampak ada geng kenit-kenit dia tengah dok kayuh basikal kat luar rumah. Sorry, aku memang tak akan bagi, dia keluar main time tengahari, walaupun masa tu tengah redup. Dia cakap dia nak main, Amirah ada, Adam ada, aku tetap tak bagi, aku cakap biar, itu mama orang, bukan mama Najmi, mama Najmi tak kasi. Najmi boleh keluar pukul 6, sebelum pukul 6 TAK BOLEH. MUKTAMAD. Dan aku kena tabahkan hati.. hehehehe takut tercair hati.

Dia tanya sekarang pukul berapa? aku cakap pukul 1, dia kira, dan cakap...Ishkkk lambat lagi nak pukul 6, dia tau, kalau pukul 6 bermakna jarum pendek jam pukul 6. dan jarum panjang pukul 12. So jalan selamat aku tutup pintu rumah, supaya dia tidak dengar bunyi kayuhan basikal dan gelak tawa geng dia kat luar, aku bagi peluang dia layan kartun. Kejap-kejap member tengok jam.

Then datang lagi tanya boleh tak keluar. Aku dah geram dan cakap "Najmi, mama ni tengah pening kepala, masak pun belum habis, kamu jangan mengada, mama cakap cannot, the answer is cannot, mama tengah pening, nanti mama naik angin, kamu juga yang kena,"

Then pukul 2 lebih siap masak semua, aku ajak dua hero makan. Member masih menantikan jam 6, hehehehe, lepas kemas meja makan semua. Darling pegi solat, aku tengok dia masuk bilik, bentang sejadah konon dia pun solat dan aku curi-curi dengar dia berdoa. "Ya, Allah tolonglah saya, bagilah mama saya tak pening, kalau mama pening nanti dia marah, Ya Allah, bagilah cepat pukul 6, sebab mama cakap pukul 6 boleh main basikal, Ya Allah kesiankan saya, saya hendak main basikal dengan Amirah dan Adam, " hahahaha siap berdoa bagi cepat pukul 6, Innocent nya...

Kemudian aku lari-lari. Aku pegi dapur, aku buatkan ais krim untuk dia. Ais krim malaysia tu, isi dalam plastik panjang tu, ais krim sirap bandung dan milo. Member nampak cerita sikit, tapi aku cakap ais krim tu akan beku malam nanti atau pagi esoknya. Dia pun ok je. Tiba dia tanya, belum pukul 6 ke? aku cakap belum, dia bising, "Mama cakap kaalu doa kat Allah nanti ALlah bagi apa kita doa, kita doa supaya cepat pukul 6 tak pun pukul 6 jugak," hehehehe aku cakap, tak lama lagi pukul 6 la, tengok jarum tu dah gerak cepat sikit....hehehe auta beb...

Lepas Asar, darling nak pegi office, aku suruh dia bawa Najmi, aku nak rest, rilekskan otak, ingat nak lelap kejap, kurangkan sakit kepala. Tapi terbukak HBO, layan pulak movie best. sampai pukul 6, langsung tak tido. So, Najmi ikut babah pegi office, tidak jugak dia dapat main basikal. hehehe...

Sebut pasal berdoa, aku kadang-kadnag lucu dengan doa tulus ikhlas budak-budak ni. Najmi pernah berdoa 'Ya Allah, janganlah bagi saya batuk, kalau saya batuk, kalau saya batuk nanti saya muntah, kalau saya muntah, nanti saya sakit dekat tekak, nanti mama tak bagi saya minum air sejuk," heheehh comei je...


Hari tu masa kat kampung, ikan emas dia mati, dia berdoa "Ya Allah bagilah ikan saya ni hidup semula, kesian dekat dia, saya tak mau dia mati, tolonglah Allah, saya nak ikan saya hidup," hehehe dan dia nangis-nangis ikan dia mati.

Dan Jumaat hari tu, aku belikan semula dua ekor ikan ganti yang mati tu, tapi budak ni ampeh, dia ingat ikan ni specis kura-kura kot. (cousin dia ada bela kura-kura) dulu aku bela ikan dia tak pernah usik. walau letak kat meja yang rendah, tapi sejak tengok cousin dia leh keluarkan kura-kura dari balang, dan semalam dia keluarkan ikan tu nak main-main, aku tak perasan sebab tengah masak, sekali bila aku tengok dia tengah leka pegang ikan, dan ikan tu dah nyawa-nyawa ikan..<--hahahah nyawa-nyawa ikan lagik.. dan malangnya ikan tu tak dapat diselamatkan.

Najmi belum faham konsep ikan kena hidup dalam air, sebab lepas tengok ikan tu nazak, dia nak bagi ikan tu minum air, supaya ikan tu hidup balik. Dia meraung bila ikan tu mati, dan babah jelaskan ikan tu sifat dia kena hidup dalam air, kalau di angkat dia akan mati. Harap dia faham lepas ni. SO this coming pasar tani, beli ikan emas lagi la aku...

Wednesday, January 10, 2007

jangan makan semut, nanti lupa dan citer ambulan


Sudah 11 hari di tahun 2007. So far so good maaa..

Najmi happy di sekolah baru dia, Smart Reader Kids, and harap dia pun smart jugak la nanti, as a parent, sure kami nak bagi yang terbaik untuk anak, and we do the best our part, the other part dia kena lakukan. Insya-Allah dorongan dan sokongan kami bagi untuk dia nanti. Dia pun dah masuk kelas agama jugak. Fardhu Ain, malam 8.00-9.30 mlm, hari Isnin hingga Rabu je. So total belanja sekolah dan kelas agama mmg lebih dari tahun-tahun lepas, ada sorang pun mcm belanja untuk 2-3 anak jugak. Tapi itulah tujuan kita kerja pun, untuk beri yang terbaik untuk anak jugak.

At least, kami dah cuba, so lepas ni harap dia berkemampuan mencapai apa yang kami harapkan. Kalau tidak pun, cukuplah sekadar apa dia mampu, takkan nak suruh dia buat apa yang diluar kemampuan dia, cuma boleh digilap je la..

Cerita dua hari lepas, masa balik dari day care, tu masuk je rumah, dia mintak dibuatkan sirap. masa tuang air masak, ada sekor dua semut kecil, so aku kaut dan buang, aku ckp ngan dia, tengok betul-betul ada semut lagi tak, mama tak nampak sangat (i am rabuh occay..) dia cakap tak der, then aku cakap "jangan makan semut, nanti cepat lupa, kalau belajar tak boleh ingat apa cikgu ajar," dia cakap "oooo..ok.." then dia minta aku buka Astro Ceria aku tak ingat no brp channel untuk yang baru ni, dulu 64, aku tanya dia brp Astro Ceria? dia jawab "24 la mama, 22 tu tv9" hehehe, then aku keluarkan ayam dan udang nak masak jap lagi dari peti ais, dia dah pegi tunggu depan tv, aku lupa, aku kopek bawang dulu, masak air.. dia jerit "mama cepatlah, orang dah tunggu ni " heheh kena tunggu aku, sbb channel kartun-kartun ni semua kena lock.

"Ehh...ehh sorry, sorry mana lupa," pas tu aku pegi depan tv, dan tekan 22, keluar tv 9, dia cakap "bukan 22 la mama, 24, hai, takkan itu pun lupa," hahahah aku cover la... "salah tekan la...lupa, igt 22 tu ceria" pastu selamba je dia 'tibas' aku.. "tu le mesti dulu mama suka makan semut, kan dah lupa, baru sikit ni dah lupa," dan dia wat derk tanpa rasa bersalah cakap cam tu kat mama dia.. hahaha bengang je...

Ok abeh cerita Najmi.

Nak cerita pasal dunia blog. Aku memang dah lama tulis blog sejak tahun 2001, kiranya ini masuk tahun ke 6 aku menulis blog. Ramai sangat dapat kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak melalui blog ni. Kalau dulu masa awal-awal aku tulis blog tulisan aku memangh suka hati je. Bahasa pun macam rojak, dan bahasa budak-budak..haha tak matang lagi, masa menulis blog i baru berusia 25 tahun. hehehehe. Macam mana aku semak baca bahasa-bahasa slanga + bahasa sms budak-budak skrang tulis blog, macam tu agak rasa dulu-dulu kalau orang dewasa baca blog aku. Mujurlah time tu tak ramai mak cik blogger.

Kalau orang ikuti blog aku dari dulu, mesti perasan, aku jarang tulis pasal kerja sejak aku kerja gomen, dan jarang tulis hal rumah tangga sangat. Pasal kerja, memang aku malas nak tulis, kecuali sesekali marah-marah manja dengan boss. Pasal rumah tangga terutama gaduh-gaduh manja dengan suami ke.. perang dingin ke, marah-marah ke.. Memang tidak, I keep it as personal, hal dalam rumah tangga bukan untuk bacaan orang.

Aku tulis begini sebab ada kalanya aku baca blog adik-adik yang baru jadi isteri orang ni, ada je menulis komplen pasal rumah tangga diaorang. Ermm nasihat jujur aku, jangan la, suami ni ada ego dan maruah dia. So kalau kita jaja buruk laku suami akan tercalar ego dia. Mungkin boleh luahkan, tapi keep as draft je la. Aku pun bukanlah perfect jadi isteri, banyak giler kelemahan aku, tapi Insya-Allah so far aku tau le mana perlu aku letak kat blog mana yang tidak. Kalau baca blog darling dia lagi tak sentuh hal rumah tangga.

Ermm oklah meeting banyak minggu ni, banyak benda nak kena settle..

=====

Ehhh belum abeh.. nak sambung posting boleh gitu...baru baca blog KAK SYA dia tulis pasal cerita ambulan. Aku pun nak sambung cerita, aku pernah juga naik ambulan dari HUKM ke HKL masa doktor kat HUKM refer aku sbb kes hypertension dan aku kena standby for early delivery, dan HUKM out of ventilator untuk baby lahir tak cukup bulan. Memang cuak jugak, sebab doktor kata BP aku agak tinggi dan mesti sampai segera. Tapi syukur, bila sampai sana BP turun, dan dapat berehat 2 hari sebelum betul-betul diberanakkan.

Ada kawan aku, berpengalaman beranak dalam ambulan dengan cemasnya. Hehehe, dia masuk ke Hospital Tawakal untuk beranak, sebab turun darah dan pecah ketuban masa kandungan kurang 32 minggu. So Tawakal nak refer kes ke HKL, sbb dia orang tak cukup ventilator baby gak, tp HKL pun full, then transfer ke Selayang, dari Jalan Pahang ka ke Selayang kan ke teruk nak tempuh jam pagi lak tu, pukul 8 time orang pegi keja. So merasalah kawan aku cemas beranak dalam ambulan, kepala baby dah keluar, ambulan stuck, sbb mmg keter dah tak leh kemana, boleh la ambulan tu gerak, tp sangkut-sangkut gak. Sampai driver van buat pengumuman, Sila beri kerjasama, kes kecemasan, beri laluan, beri laluan.

Sampai kat hospital baby dah keluar, doktor bergegas turun ke ambulan, baby hampir lemas, dah biru, potong tali pusat terus berlari doktor tu bawak baby ke pediatrician. Kawan aku dah pengsan. Tapi mujur dua-dua selamat akhirnya.

Kadang-kadang terfikir, kenapa kita boleh usahakan polis pengiring untuk iring VVIP untuk sekadar pergi majlis jamuan makan malam je, tapi tidak kita usahakan untuk sediakan polis secukupnya untuk standby di hospital, untuk kes kecemasan yang kritikal, yang memerlukan bantuan polis clearkan jalan terutama di KL ni.

Aku tengok kalau tima VVIP nak lalu polis-polis ni dengan gah dari jauh dah bunyikan siren dan siap tahan kereta lain supaya berhenti agar kereta mewah VVIP ni meluncur laju, tanpa gangguan. Ermmm itulah sebab VVIP ni nak pegi function pukul 9, pukul 8 baru bangun tido, masih sempat lagi tu... maklumlah ada escort kan. Kalau VVIP yang masih mood honeymoon, sempat beromen seround lagi hahahahahha kejam...

Ariana kata dalam filem CINTA "Kalau kita nak, pasti ada cara"

so kenapa kita tak fight dapatkan polis pengiring extra untuk iring ambulan?

Sunday, January 07, 2007

Cuti-cuti kat Bukit Merah


Bengang dengan internet yang slow. Kat rumah konon ada Broadband la, dari TMNET, tapi kaput...slow mcm pakai dail up plak...dah berpuluh kali nak try upload gambar-gambar, percutian panjang kami akhir minggu di akhir bulan bagi akhir tahun 2006. heheheh.. ampeh sesangat.

Jadi, memandangkan ada sifu baru ajar aku guna program picasa nih, maka aku pun buat je gambar-gambar ni jadi begini, tapi aku tak paham le guna picasa ni..hahahaha belajar photoshop pun tak abeh, berlagak nak belajar picasa plak...hahaha tapi picasa ni lebih mudah nak cantum-cantum gambar gini, kalau photoshop kena wat satu-satu, lambat bagi seorang isteri dan ibu mcm aku nak duduk depan pc lama-lama kat rumah, masa limited untuk aku godek-godek kat photoshop. Heheheh tp yang benarnya aku yang slow pick up nak godek Photoshop tu.ahaks...

Gambar yang lain karang-karang le pulak, sehingga internet di Malaysia kembali pulih.

Ni hanya gambar-gambar kami di Bukit Merah Lake Town Resort jer, gamabr kat Teluk Batik, Raya Haji belum..tungggguuu.. tapi memang seronok cuti kali ni, bukan Najmi je seronok mama dan babah pun enjoy sekali, main air kat Water Park kat Bukit Merah, dan jalan-jalan tengok binatang kat Eco Park. Best pegi Eco Park ni, sebab binatang yang tak merbahaya, di lepaskan, macam arnab, kera, iguana..so Najmi happy sangat dapat bagi binatang makan dan kejar-kejar arnab, pegang tikus-tikus, hamster. makanan binatang ni ada dijual kat pintu masuk taman Eco park, boleh beli dan bagi binatang makan.. Memang best.

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengok si Najmi suka sangat pegang-pegang binatang, siap minta nak bawak balik rabbit sekor, hahaha

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Nak tanya pendapat korang gak, wajar tak budak umur 6 tahun ni bela kucing? Si Najmi ni obses la dengan kucing, kat mana pegi kalau jumpa kucing, walau kucing comot pun dia nak pegang peluk...so far dia tak der alahan. Dan dah berapa kali dia mintak nak bela kucing... Kesian jugak, mungkin dia lonely tak der adik kot, so dia nak enjoy main-main nagn kucing. Masa kat kampung, kat umah opahnya, ada sekor kucing sesat, comei gak, beriya dia main dengan kucing tu, sampai kucing tu jinak. Pegi umah Opah sedara dia kat Alor Pongsu, pun byk kucing, dia main, sampai tido pun peluk-peluk kucing. Yang kucing pulak, tak cakar/gigit dia pun... Kang kalau di bela kucing, kena lak beli sangkar, tak nak lepas-lepas nanti berak merata-merata...adehhh alahai anak mama ni...

Tuesday, January 02, 2007

Selamat Tahun Baru 2007


Selamat Tinggal 2006
Selamat Datang 2007.

Azam dan harapan?

~ Nak luak, kilo-kilogram yang berlebih-lebih, moga kilo-kilo berlebihan ni dapat dinyahkan lagi berkilo-kilo lagi,

~ Nak lebih bagi komitmen pada kerja, tak bertangguh-tangguh kerja, kalau bertangguh pun bukan untuk tempoh lama, post pone kejap-kejap je.

~ Nak jadi isteri, ibu, anak dan menantu yang lebih baik, lebih bakti pada mak abah, mak ayah.

~ Nak bercinta lebih-lebih dengan husband, supaya terus sayang menyayang, nak masuk tahun ke tujuh perkahwinan ini, mesti kena semarakkan lagi kasih sayang.

~ Amal ibadat, Insya-Allah, akan lebih menjaga solat, banyakkan lagi mengaji dan puasa sunat. Mudah-mudahan tidak lalai.

~ Nak menyimpan dengan lebih gigih, untuk modal nak mekap-mekap rumah sendiri, lagi 4-5 tahun bila nak pindah. Tak nak boros-boros...

Itu je la azam-azam, tak leh banyak-banyak nanti tak tercapai.

Harapan pulak..

~ Ahli keluarga bertambah, dan semoga beroleh insan yang akan berbinti pulak tahun ini. (Harapan utama ni-tolong aminkan bersama-sama, untuk kalian yang lain yang menyimpan harapan bersama..aminnnn....)

~ Kesihatan abah makin pulih, bukan makin teruk.

~ Adik-adik aku berjaya, yang dah kawin makin 'cerdik' dalam rumah tangga dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga dan emak abah aku.

~ Rezeki semakin murah, boleh hulur lebih pada orang tua.

~ Najmi terus cemerlang di Smart Reader. (Oh Ya, hari ni, hari pertama dia kat Smart Reader, tadi hantarkan dia kat Day Care transit nak ke Smart Reader ok je, jumpa kawan baru, happy je, syukur, lepas satu kerja..)

~ Najmi akan dapat ilmu agama yang baik dari ustaz yang kami hantar dia mengaji dan belajar agama.

~ Umat Islam seluruh dunia akan lebih aman, dan dapat beribadat yang terus maju.

~ Darling dapat bonus 5 bulan, hahahahha aminnnnnnnnnnnnnnnnn (Ada orang janji kalau dapat lebih 3 bulan, kami boleh request nak pegi holiday ke mana saja dalam Malaysia....oh murahkan rezeki kompeni darling ni, bagi bonus byk2 kan management staff diaorg..)

~ Harapan terakhir, jauhkan hasat khianat dan dengki manusia terhadap kami, jauhkan segala musibah-musibah yang mendukacitakan, moga Allah pelihara dan lindungi kami..

Banyak la lagi harapan lain-lain, tapi itu yang utama yang diharapkan...

Nantilah cerita cuti-cuti malaysia kami di Teluk Batik, Bukit Merah, dan cerita Raya Haji di episod akan datang...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino