Wednesday, December 30, 2009

Good Bye 2009


Hari terakhir tahun 2009
Esok bermula tahun baru
di FB saya tulis
"AZAM TAHUN BARU SAYA IALAH NAK TUNAIKAN AZAM TAHUN LEPAS"
pastu ada yang bertanya, "apa azam tahun lepas"
jawapan saya,
"azam tahun lepas saya ialah menunaikan azam yang tahun sebelum itu"
hiks..
gitulah setiap tahun renew je azam itu, iaitu menunai azam tak kesudahan.
hiks.. antara azam hok setiap tahun dok renew ialah nak turunkan berat..hagham lembab sungguh.

Tapikan, at least azam nan satu sebenarnya tercapai juga, cumanya masih kena teruskan. Sekurang-kurang saya tidak seteruk dahulu, berat sehingga 115kg, buruk sungguh masa tu. Setidak-tidaknya sekarang saya boleh beli baju yang ready made kat kedai, kalau dulu hanya mampu pandang je, sebab tader size. Cumanya saya agak frust sebab masa lepas bersalinkan Alesya, dan BF dia, berat saya menurun sehingga 84kg, tetapi akibat tak berapa jaga makan, berat saya naik balik sekarang. So untuk tahun ini, azam saya ialah menurunkan 10kg, slowly la. Mungkin benar kata orang, gemuk air senang nak turun, bila sudah melepasi tahap gemuk air, nak turun lemak-lemak yang bertempek itu yang susah.

Kalau korang tengok the biggest loser asia tu, notice kan seminggu pertama diaorang hard core exercise dan diet, ada yang turun sehingga 13kg kan? itu sebenarnya air dalam tubuh yang hilang tu, itu sebab minggu selepas itu, berat mereka turun sekitar 3-4kg je purata setiap mereka. Itulah saya lalui dulu, 3-4 bulan pertama memang senang 10kg hilang, seterusnya amek masa lama sikit. Ermm ini pun 2 minggu lebih saya tak jamah nasi, itu pun baru turun 2kg. Oklah daripada terus naik, tak mau dah saya naik lagi.. cukuplah, pengajaran buat diri sendiri.

ok itu bab azam nak turunkan berat.

As for me, untuk tahun 2009, banyak benda yang kami sekeluarga sudah capai. Alhamdulillah, next year kami wedding anniversary kami ke10 tahun.. June is full of memory for us. 1 Jun nanti genap 10 tahun usia perkahwinan, 4 June, nanti genap saya 35 tahun, 9 June genap Alesya 2 tahun. so Babah please take note, ada dua ratu hati babah sambut besday June tau. Sile menabung untuk beli hadiah kat kami.

Untuk 2010, banyak lagi benda yang hendak dicapai. Moga 2010 akan lebih bermakna.

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA...

Tuesday, December 29, 2009

Kursus Bakeri Tajaan RISDA


Hari tu kan..bulan Mei kat ENTRY NI saya ceritakan program train and place yang Maksu sertai tu kan, actually program ni sangat bagus tau. Selepas tamat latihan, Maksu praktikal kat Bakers Cottage, dan kalau dia nak boleh terus kerja, tapi Maksu tak mau, manager situ garang macam singa tapi gaji yang Maksu dapat tu oraitlah, kemahiran buat kek Mak Su lagi hebat dari saya dah..kalah acik oiiii standard Kedai tu memang tinggi dik nunnn.

Dan saya juga ceritakan seorang abang kepada one of my staff kat office pun join program ni jugak kan? tapi dia masuk kursus kemahiran 'wiring' eletrikal kan. ALhamdulillah, abang dia telah mendapat tawaran kerja, bukan satu, malah 3 tempat sekaligus menawarkan dia kerja. Rugi siapa yang saya war-war tawaran tu dulu kalau tak rebut peluang tu kan?? sebab saya tak pasti ada lagi ke tak program tu. Sebab itu program dibawah pakej ransangan ekonomi yang diumumkan dulu.

And again saya nak war-warkan. Chef Farid, iaitu Chef yang kendalikan Akademi Baker Ria dapat peluang lagi tawarkan kursus kemahiran Sijil Kemahiran Level 1 untuk mereka yang berminat, kursus kali ini ditaja oleh RISDA. Maklumat ni saya petik dari blog Chef Farid

Ppermohonan dibuka sampai 15 Januari 2009-Kalau berminat teruslah call.

TAWARAN ADALAH DIBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKURI KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - SIJIL JUNIOR BAKER LEVEL 1. MAKLUMAT KURSUS:

Tempat : Bakeri Ria Academy, Blok E Sibertel Jalan Cemerlang 1, Taman Universiti - Berhampiran Stesen Komuter UKM Bangi
Pembiayaan Kursus : Kolej Risda
Jangka Masa Kursus : 4 Bulan di BRA, 2 Bulan On Job Trainning
Asrama : Disediakan (Makan Minum Sendiri)
Elaun Bulanan : RM 150

Berminat Sila Hubungi : Cik Fateha 012-6412744 & Cik Miza 017-2727170

TEMPAT TERHAD, HANYA 12 KEKOSONGAN, SILA BAWA KELENGKAPAN ASRAMA....TQ

Kalau ada anak-anak sedara/adik beradik yang kurang cemerlang akademik, apa kata, kita usahakan sesuatu mereka, kalau berminat inilah masa untuk ubah masa depan.

Moga dapat membantu..

Pssttt oulss..sila beri komen terhadap entry di bawah ye..pendapat anda amat dihargai..

Monday, December 28, 2009

Sekolah Cina Vs Sekolah Biasa-sila beri pendapat korang


Salam sayang buat semua.. cewaahhh ayat.. skema giler..

Ok, saya nak minta pandangan semua ni, ada seorang pembaca blog saya ni, email pada saya satu situasi dilemma mereka dan keluarga mereka. Penting ni pandangan kalian, kerana melibatkan masa depan seorang kanak-kanak yang suci.

Hani, kita sinopsis kesah awak ye... terpaksa edit banyak tau, Hani menulis dengan penuh emosi, dan marah, sian dia tertekan.. jadi saya simpulkan dengan lebih sopan..eheheh sorry Hani.
(hani will name as Ummi after this)-hani single and tinggal dengan emaknya.

Kesahnya gini, Ummi (Hani) ada seorang anak saudara, Hariz, bukan sekadar anak saudara, malah merangkap anak angkat dia. Kalau dari penceritaan Ummi, emak (adik Ummi) dan ayah Hariz ni kurang sedikit pendedahan agama, malah bersikap sambil lewa bab agama, kalau dari cerita Ummi, emak ayah si Hariz ni pun manjang ponteng solat. Kira dalam erti kata lain, memang kurang menitik berat bab agama. Hariz pula dihantar ke tadika Cina sekarang, dilemma mereka ialah tahun hadapan Hariz sekolah Kebangsaan. Emak dan ayah dia nak hantar ke sekolah Kebangsaan CIna. Perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh Ummi dan ibunya, kerana selama ini mereka yang lebih menjaga Hariz berbanding emak dan ayah dia sendiri, membesar di rumah mereka, sepanjang hari semasa emaknya kerja dan bila-bila cuti pun di rumah ibu dan Ummi inilah.

Di rumah Ummilah Hariz dipantau kerja-kerja sekolah, pembelajaran malah semua ajaran agama bermula di rumah mereka, mengaji dan solat, sehingga emak ayah Hariz sendiri pun terkejut tengok anak dia pandai solat, baca segala doa. Oleh kerana Ummi lebih banyak masa dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran Hariz, dia berpendapat Hariz tidak berminat untuk ke Sekolah Cina, dan tertekan dengan keputusan emak ayah dia.

Dilemma mereka disini ialah soal akidah Hariz nanti. (saya copy paste dan edit sedikit je)
* Hariz tu tak akan hantar sekolah agama. Sebab sekolah agama mula pukul 7.30 tamat jam 11pagi. Sekolah cina mula pukul 10.30 balik kul 5.50ptg.

*Emak ayah Hariz kata akan monitor pelajaran Hariz. tapi Ummi rasa tak kemana kerana sekarang ini Ummi yang terpaksa hantar Hariz pergi mengaji lepas waktu Maghrib, beri Hariz makan dan pastu buat kerja sekolah atau ulangkaji pelajaran.

* Ummi dan emaknya beranggapan emak dan ayah Hariz ni nak menolak agama dan menyogok anak dengan adat budaya cina.
Pada mereka asas agama masih lagi mereka anggap penting. Kerana pada yg ada asas agama yg kukuh telah berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya.

* emak dan ayah Hariz tak pernah ajar anak solat, sebab mereka tak solat dan tak pernah nak hormat waktu solat. Time azan bunyi time tulah dia menyakat anak. Terkejut pada satu hari dirumahnya Hariz minta berhenti sekejap masa ulangkaji sebab Hariz nak solat. Lepas Hariz perform solat dia sambung belajar. Terperanjat bila Hariz baca doa tidur masa kat rumah. Semua itu asuhan siapa? Didikan emak dan Ummi.

*emak ayah Hariz tak kasik anak dia sekolah kat mana ada anak saudara atau anak-anak jiran dia sekolah. Nak tunjuk dia banyak duit, jaga standard.

* Kata Ummi, emak ayah Hariz ni bukan berpendidikan tinggi pun, kerja pun biasa-biasa je, itu yang mereka tak yakin dengan masa depan pendidikan Hariz sekiranya tindakan ego mereka untuk jaga standard tu, memusnahkan kemampuan Hariz.

* Ummi dan emaknya banyak berkecil hati dengan sikap emak ayah Hariz ni, kerana mereka seolah lepas tangan dalam soal Hariz, tapi bila nak sekolahkan dia ke sekolah Cina tak bincang apa-apa. Selama Hariz ditinggalkan pada emaknya, emak ayah Hariz tak bayar apa pun, malah makan minum mereka anak beranak pun kat rumah emak dan ummi ni la. Malah kata Ummi, makan minum tu semua pun percuma, sebab mereka tak pernah hulur belanja dapur, malah menjaga Hariz pun percuma saja.

* Keputusan emak dan ayah Hariz ni amat mengecewakan ibu Ummi (emak kepada emak Hariz juga)

Gitulah lebih kurang situasinya, saya sudah buat rumusan serba sedikit (berkat kertas BM SPM tahun 1992 dulu, skill masih ada buat rumusan ni hiks.)

So saya punya pendapat peribadi begini, mungkin Ummi dan emaknya ada boleh bincang direct dan bagi tau ketidak puasan hati soal nak hantar Hariz ke sekolah Cina, tanpa jaminan soal penekanan agama yang khusus dari emak ayah Hariz sendiri bab itu. Mungkin boleh juga tanya pendapat ibu bapa lain yang anaknya sekolah cina, bagaimana soal sekolah agama anak-anak mereka, soal mengaji, solat, makan dan minum. Saya nak bagi pandangan bab tu tak der pengalaman pulak.

Cuma dalam dunia ni semua masalah ada jalan penyelesaian. Soal agama tu boleh je diselesaikan, macam soal ini, tidak menjadi masalah besar sekiranya emak ayah Hariz bersungguh-sungguh nak beri pendidikan agama dalam masa yang sama anaknya di sekolah cina, tetapi yang jadi masalahnya emak ayah dia pun ambil lewa bab agama ni. Orang tua mana pun tetap membantah kalau emak ayah nak hantar cucu mereka ke sekolah cina,tanpa jaminan akan diberi asas agama yang secukupnya. Atau mungkin kalau emak ayah Hariz ni ingin anak dia mendapat asas pendidikan Cina, Mandarin dan gaya pembelajaran mereka, mungkin mereka boleh teruskan khidmat cikgu Mandarin yang mengajar anak dia sekarang.

so kawan-kawan semua, tolong beri pandangan kalian ek. Kesian juga saya bila ada orang dilemma begini, sebab ia melibatkan masa depa seoarang kanak-kanak, yang mana kita yang dewasa ini penentunya. Itu hari, ada seorang pembaca blog saya tinggal komen ada mention anak-anak dia sekolah cina. Saya tidak ingat siapa, mohon akak komen ye. Hari ini kita bantu orang walau sekadar pendapat sahaja, esok lusa giliran kita buntu, Allah utuskan orang lain pulak bantu kita. Insya-Allah...

Kita tunggu, kot Redmummy, blogger hebat nak tampil beri komen, because her son sekolah cina, and saya tengok so far tader masalah bagi dia, kerana anak dia tetap dihantar ke sekolah agama, dan tidak ketinggalan dalam soal nan satu itu.

Sunday, December 27, 2009

buluhberry acik


Ape hal haloscan tak boleh guna..
korang boleh baca tak leh komen...
ampeh...

buat masa ni kalo nak komen kena guna chat box kat tepi tu...
ada entry baru nak update dan sensasi..hiks..tapi hold dulu tunggu nanti-nanti update...
sampai haloscan dah ok, sebab entry tu kena tanya pendapat korang, dan ouls kena beri pendapat..eheheh

Alesya
Budak ni suka beno pakai spek hitam abang dia dulu, huhuhu ni bibik la suka beno bagi dia pakai, nengok ni, selamba je dia melaram pakai spek hitam bersiar-siar keliling rumah, kalau meks, tak koser nak bagi dia pakai, malu jek..eheheh, tapi masalahnya kalau dia dah pakai, tak mau dibukak, marah beb kalau kita ambik.. sampai dia sendiri tanggalkan dan suruh kita simpan.

wat derk je dia berjalan-jalan ngan babah dia pakai spek, kalo ada jiran tego, dia siap tundukkan kepala, nak tengok dengan clear dengan mata siapa tego..ahahhaha tapi tetap tak mau tanggalkan spek..kelakar le ko adik..

Hari tu kan, pak cik gebu belikan si abang tu PSP sempena hadiah berkhatan kan, meks pun dapat gak..pakcik gebus hadiah 'buluhberry' ni kat acik tau..


Jadilah, nak rembat blackberry tak payah le buang duit, bukan perlu sangat pon, entah, saya bukan kaki gadget-gadget ni, so amat tak kesah, blackberry ke, blueberry ke.. tetiba je pakcik gebu kasi 'buluhberry' ni. Dah le sepatah hagham, haku tak reti guna, jenuh menggagau nak guna, terkial-kial, nak sms pun jenuh kena tekan sana sini, boring la.. mau saya tukar pakai norkiah balik nanti, sesuai dengan jiwaku, senang mudah dan pantas. Dengan benda alah, nak menaip pun lambat, pastu nak send pun banyak beno cekadaknya, dah send, tak save pulak ape kita send, dah set suruh save, tp hagham la.. kejap dia tanya kita nak save ke dak, kejap tu dak, kalau dari no phone terus sms lain jadinya... ishkk tak faham le.. sementara nak faham jenuh jugak.

Dah tu ada sms org terima, ada yg tak terima.. Jiey, akak balas sms, Jiey terima dak, sebab Jiey tak balas, knowing Jiey, cepat je dia reply..uhuhu kalau korang sms wa tak reply tu petanda sms korang tidak diterima kot.. fenin la.. semalam sekerat hari dok transfer no tipon pakai bluetooth, gilos..ada no terdelete tak sengaja.. tah hapa je salah tekan maaaaa.. confuse...

naperlah darling ai tak hadiahkah lemari ke, belanja tukar cover wing chair ke..uhuhu

Wednesday, December 23, 2009

Alesya 18 bulan, and kek


Anak dara saya sudah 18 bulan.. atau dalam erti kata lain, 1 1/2 tahun sudah umurnya.. Alhamdulillah.. dari baby yang dilahirkan satu kilo je, yang berjuang untuk terus bernafas, kini dah boleh berlari dan menjerit dengan kuat. Abangnya terbaring berkhatan, bila abang panggil mak tok..mak tok..di adik pun tukang jerit sama...tokkkkk..tookkkk..kalau mak tok tak dengar dia pegi dekat-dekat dan jerit...tookkkk pastu sebut babang...babang..babang... maksud dia, maktok abang panggil..ahaks..comei jek... Ye abang 'berpantang' mak tok jaga, acik sapinat ni penakut beb, nak cuci-cuci luka tu acik seriau..kang anak menangis emak pun nangis, jadi mak is emak la kan.. dia tetap akan bantu anak dia ni walau dah tua. Jaga cucu sulung dia bersunat. Alhamdulillah, mujur emak ada.. urusan nak cuci luka semua emak tolongkan, harap saya memang idak le.. penakut sungguh, eheheh gigi anak goyang pun tak berani nak cabut..eheheh, babah dia la buat, tapi dalam kes ni babah dia keras sikit, jadi mak tok lebih lemah lembut.

Ok ni pic terbaru anak dara saya...

Hobi terbaru, berdiri atas moto gitu.. ni motornya si Luqman.. hero pojaan malaya tu..

Inikan aksi dia yang bergaya manja, kalau kita cakap, Adik ni cantiknya..comel..dia tersipu malu gituk... akan letak tangan dia kat bibir dan tersipu malu..hahaha very the feminin...

Ni lak, baru lepas main air, nengok baju basah-basah..

tu legging yang saya beli online, comei jek.. nak cari lagi..i like..

Alhamdulillah, dialah penyeri jiwa raga ini, disamping si abang yang good boy..

oklah jamu mata nengok cake pulak ek...cucpakes pun ada, tapi nanti update kat blog cupcakes le.. nengok cake dulu, order dari emaknya si Auni, nak ala girly punya kek, dan kak nita untuk anak-anak buah dia punya birthday




Hujung minggu ni ada kenduri, 2 jemputan lagi... pastu sebok ngan kek...tengah pujuk mak tok duduk lama sikit kat sini.. moga mak tok nak le hendaknya...hiks...

Tuesday, December 22, 2009

Selamat sudah si Abang dikhatankan


Nak story mori kesah si abang yang selamat dikhatankan pada 20 Disember 2009. Sebenarnya masa dia nak dikhatankan tu, saya macam biasa, poyo dan emosi semacam. Tetiba rasa bertuah dan bersyukur sangat, Allah beri nikmat pada kami jadi ibu dan bapa, dapat melalui pengalaman khatankan anak, dan melayan kerenah anak teruna selepas berkhatan. Memang melayan 'auta' dia lepas berkhatan tu kekadang menguji kesabaran. auta sungguh aaaihhh, tapi bila fikirkan balik, bukan semua orang dapat lalui pengalaman ni, dan kami bertuah dapat merasa macam mana perasaan nak khatankan anak

Sebenarnya saya yang berdebar-debar menyaksikan proses berkhatan tu. Dapat ambil video lagi, tapi sorry guys, video tu untuk kenangan family je. Tapi memang seronok bila tengok balik momment dia nak dikhatankan tu, dia punya panik, sampai baca surah Al-Falaq pun dia lupa. Doktor pun gelak, terus lupa kata doktor.

Mula-mula dia ok..menten. doktor pun borak-borak.. pastu doktor cerita apa nak buat, nak bius bagai.. bila nampak doktor pegan jarum tu dia dah cuak, gelabah tak tentu arah dah.. pastu lepas bius, dah kebas, doktor cube tarik-tarik si anunya, pastu suruh dia tengok dan tanya dia sakit tak?? dia kata tak sakit, itulah doktor kata kat dia, tak sakit.. eheheh tapi dia tetap seriau, meleleh juga air mata dia..cisss tak hero sungguh anak aku. Kami guna tips Mak Andeh kasi, kasi je komik atau buku dia baca, so masa proses doktor nak 'potong'kami suruh dia baca novel Harry Porter, entah siapa hadiahkan buat dia masa hari kenduri. Nani hang ka kasi dia buku tu? terima kasih bebanyak, bila dia leka baca buku tu, doktor pun zzzaaappp.ehehe tp gue tau beb, sure dia tak fokus langsung apa dia baca, alih-alih muka surat je. eheheheh, tapi serius kelakar giler, bial dia gelabah tu segala neka soalan dia tanya kat doktor. sampai doktor pun tergelak.

ok meh nengok pic dia lak..

sebelum keluar rumah, sempat lagi dia main-main dengan adik..tp cube nengok ada partnya termenung je kenangkan nasib diri..ahaks..

adik pun cam tau je abang nak kena 'potong' peluk-peluk abang..

due hero gagah perkasaku.. sama berbaju biru lak.. dah mula berdebar le tu..

babah register dulu, pastu rileks kejap..tunggu turn.
yang pic no.3 tu, ada sorang hero dah selesai bersunat, selamba je dok jilat gula-gula.. rileks je..jadilah buat penambah semangat hero kami.

dah masuk, doktor story apa dia nak buat.. member dah cuak-cuak dah..eheheh,


Sudah bius dah.. lepas ni saya tak amek pic dah, saya amek video pulak. Ehehe dah selesai pun, sampai hari ini dia tak nak tengok video tu. ahaks.. buku harry porter tu cover muka dia dari nampak apa yang berlaku.


dah selesai... dapat sijil beb.. kat sijil tu bawah sekali tertulis note tidak menangis/menangis, ehehe bangga beb, doktor slash menangis jadi tertera perkataan tidak menangis. sangat psycho bebudak, kalau menangis kang malu le, kena ejek..ehehe.

sooo malam tu terus dapat PSP dari babah.. mahai tu.. boleh beli lemari mama tau.. tapi takper la.kira hadiah bersunat dan hadiah dapat no.3 hari tu. Lepas ni turn mama pulak ek babah dapat hadiah.

Dah selesai tu, dia boleh pulak menahan kencing dari tghari tu, malam tu kami pulang dari membeli PSP dia, dia beum kencing lagi. Lamaaa oo nunggu cina kedai kat the mines tu dok install game-game semua, nyesal gue ikut.. patut bior lukman ngan babah je pegi.. mama nak shopping-shopping pun maleh la.. hahaha bukanlah maleh ape..kalau pak dia kasi duit nah pegi shopping rajin le jugak, tapi nak shopping guna duit sendiri fikir banyak kali sikit.ahaks..lagipun penat kenduri semalam tak selesai lagi, koser meks nak tawaf the mines tu. lenguh kaki beb.

So selesai sudah amanah untuk kami, akikah, sunat abang dan adik pun setel. tinggal nak besarkan dia amanah Allah ni sebaik mungkin. Yang diharapkan mereka jadilah anak yang baik dan taat pada ALlah, kalau diberi kebijaksaan yang lebih, satu bonus, apa pun tahap pencapaian mereka kami redha. Sekurang-kurangnya untuk si abang, Alhamdulillah, perkara wajib untuk dia sebagai seoarang islam kami sudah tunaikan, dia sudah pandai mengaji, sudah banyak surah dihafal, sudah banyak doa-doa amalan yang dia boleh baca, solat-solat wajib pun ALhamdulilah sempurnalah selalunya, solat sunat macam terawih pun boleh dah juga. Setidak-tidak itu sudah satu kejayaan kecil buat dia, kerana sudah melepasi semua tahap yang dituntut agama. Dari segi akademik, biasa sahaja, tidak jauh tertinggal pun sudah syukurlah.

Monday, December 21, 2009

Kenduri Akikah dan Berkhatan 19 Disember 2009


Alhamdulillah..selesai sudah dua amanah yang kami kedua ibu bapa Mior Adha Najmi dan Nur Alesya Qhaisara tunaikan. Majlis Akikah Baby Q, dan kenduri doa selamat khatankan si abang. Alhamdulillah, si abang pun selamat dikhatankan.. Cerita and pic soon.

Daging akikah ialah satu bahagian lembu yang kami pilih, bukan kambing. Daging ditempah dari Kijang Kota Trading berurus niaga amat mudah. Isi form di internet, then sms, dan mereka akan book, cukup kuota, mereka akan inform kita..mudah beb.. tempah lembu dan kambing pun online sajork.. jadi..kiranya kalian duk obersi pun, berhajat nak akikah, boleh order online jek.. di Kijang Kota ni, mereka juga terima akikah untuk diwakafkan kepada madrasah (tahfiz) dan juga untuk rumah anak yatim. Mereka juga ada panel katering mereka sendiri, so kiranya nak sempurnakan akikah anak, tapi malas nak buat kenduri, boleh saja, tempah kambing/lembu dari mereka, dan mintak mereka uruskan urusan memasak, dan dihantar ke rumah anak yatim. setel, sediakan ongkosnya aja.

ok layan gambo sajork la...acik maleh menaip

Hari Khamis, kami ke ladang ternakan, melihat daging akikah yang dikorbankan..


Selamat dilapah

rezeki kami, ada hamba Allah ni masuk dua bahagian, tetapi tidak mahu bahagiannya, sebaliknya di sedekahkan ke madrasah, jadi tuan haji ni potong daging sahaja dihantar ke madrasah, tetapi tulang-tulang semua seekor lembut itu, dibahagi dua, jadi kami dapat separuh dari tulang-tulang itu dari sekor lembu..banyak gila!!! 30 kilo semuanya, dan daging, 18kilo, rezeki, sepatutnya daging kami layak dapat 10kg seorang, tetapi itulah baby Q ni memang murah rezeki dia..ALhamdulillah.

Kami tempah makanan dari Toyibbah katering. Alhamdulillah juga, memang sedap, dan tidak berkira tokei dia ni.. berlebih-lebih makanan yang diberi. Kami tempah cuma untuk 250orang makan, tetapi kalau ikutkan jumlah tetamu kami adalah dalam 400 orang, tapi syukurlah memang lebih lauknya,malah tetamu-tetamu terakhir dapat bawa pulang lauk lagi.

Chef tukang masak ni ialah Chef Hotel, dia and kawan-kawan dia memang chef di hotel 5 stars ouls.. jadi makanan dia memang mabeles la..
tengok setting meha hidangan tu pun, very the lawa..

Malam sebelum kenduri, saudara mara terdekat datang ke rumah, buat makan-makan kecil-kecil di rumah. seronok berkumpul.



Keterangan gambar
no. 1,2- kami gotong royong memasak daging masak putih, dan kerabu taugeh. Pak Ngah dari Penang masakkan, sedap giler beb..

no. 3-tangan pak ngah terseliuh kerana angkat periuk beso masak sup dan tulang, badan tak balance, terpeleot sikit..

n0.4,5,6-Macam saya katakan tadi, murah rezeki Alesya, ada hamba Allah kawan hubby dapat projek jota-jota, dia sudi belanja kami kambing panggang ni sekor..sold out kejap je..ramai peminat kambing golek rupanya.


Majlis akan bermula.. tahlil dan doa selamat dulu..


Majlis bermula..tetamu sudah mula datang, family pun ramai datang


tetamu yang ada..


Menu kami, nasi putih, ayam masak merah, masak lemak nenas dengan ikan masin, kerabu taugeh dan daging masak putih (kurma penang style-rempah khas dari penang), tambahan ada bihun sup (sup tulang), kuih limas (cam tepung pelita), apam, kuih lapis, kuih seri muka, bengkang, rezeki...ada yang sponsor. terima kasih lagik.


family and rakan-rakan


tetamu lagi...



Pak Cik Sabri dan CIk Yam yang banyak berjasa pada kami semasa kami tinggal di Cheras Perdana, umpama family dah


Alhamdulillah selesai semuanya..syukur hujan cuma gerimis..tidak lebat.. jadi redup dan mendung sepanjang hari..syukur.. makanan pun lebih dari cukup, malah sedikit lebih, jadi rezeki tetamu-tetamu terakhir, dapat bawa pulang lauk, yang tinggal cuma untuk makan family je.

Ye agak meriah kenduri kami, kata sepupu saya,kalau tau nak buat kenduri besaq, boleh dia tumpang menikah..ehehehe..

kata Auntie Yan ni kenduri akikah ke kenduri menikah?? ehehehe

tertunai sudah hasrat kami, nak kenduri dengan meriah di rumah baru. Sebelum ni buat kenduri kecil-kecil je, kali ni memang buat besar sikit, biar tetamu puas makan, dan kami pun puas hati.

terima kasih kawan-kawan sudi hadir..teman-teman blogger, KLMARI, Lyna (MSK), Mirah, Auntie Yan, kak Ina KL, Zar, Rosh, Rauf, ermm ada ke yang tertinggal... semua-semualah yang sudi hadir.. pada yang tidak dapat hadir dan sms tidak dapat hadir, saya hargai..

kalau ada kekurangan, maaf dipinta dari kami... Insya-Allah, lain kali kenduri lagi..

Friday, December 18, 2009

Jemputan Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat


Sticky Mode...sehingga tarikh kenduri..
entry baru kat bawah sinun...

Buat semua kalian yang membaca ini, anda semua dijemput ke majlis kenduri akikah dan doa selamat PNut Inn, maklumat lanjut seperti dibawah...

ok ni Jemputannya



kot tak jelas gue taip sekali lagi kat sini

Tarikh Kenduri : 19 Disember 2009
Masa : 12tgh-3ptg (12.00-12.30tgh-bacaan Yassin dan Tahlil)
Alamat : No. 3 JALAN DPP4/1, DESA PINGGIRAN PUTRA, SG. MERAB, KAJANG

Alamat je Kajang, usah le korang masuk Kajang cari, tak jumpe punya, umah kami belakang putrajaya je, lalu jalan depan Alamanda bulih, lalu depan PICC pun bulih, lebih kurang 5 minit je kalau dari Alamanda or PICC tu, untuk map KLIK SINI map ni untuk orang dah pernah sampai Putrajaya, kalau belum pernah sampai, korang cari je jalan hala ke Putrajaya, dan cari jalan hala ke Alamanda, tapi jangan masuk jalan nak ke Alamanda lak, calling2 je kalau sesat, kami bulih guide punya.

Paling senang, pegi masjid Putrajaya, dari situ, korang gerak hala ke PICC, jalannya lurus je dari Masjid tu ke PICC, sampai depan PICC, ada bendera banyak-banyak tu, ikut je map tu, kompem jumpa. Klue paling utama ialah cari PICC sampai jumpe, tak kira dok belakang PICC ke....depan PICC ke.. dah dekat beno dah tu..

Ok ni jemputannya, saya jemput semua, tak bulih nak mention nama-nama personal kat sini, kang ada yang tercicir, tergores hati lak, mana hok saya ada ada FB, dan YM, saya dah kirim jemputan dah, ini kira pada yang saya terlepas pandang, jadi saya dengan sungguh gembira nak jemput sesiapa je yang baca ni ke majlis kenduri ni, cuma saya mohon, please la SMS saya, bagitau nak hadir, or tinggalkan komen kat sini pun bulih....pleasee sebab saya buat ni guna khidmat katering, jadi mana yang dah personal saya call/sms or invite tu bolehlah kami anggarkan berapa yang confirm hadir, so makanan ditempah lebih sikit dari kadar jemputan, cuma bagi open invitation ini, saya mohon ye kalian sms saya je..

Tuesday, December 15, 2009

Ladang yang Buang susu lembu..


Salam buat semua...
Hari ni macam biasa, the first thing saya buat in the morning ialah check newspaper dulu, ye itu bukan ngelat, itu tugas utama saya, saya kena tengok kot ada news berkaitan menteri saya, ada sebarang berita mengenai kementerian saya ke, pastu kalau ada kena alert boss saya awal-awal, kot-kot kang menteri tanya dia apa-apa, idak le dia suspen..eheheh

Yang menarik perhatian saya ialah, berita di MUKA 15 Utusan Malaysia bacalah
BERITA KAT SINI kesahnya, ada satu ladang susu di Pahang yang membuang susu ke dalam parit, kerana pengilang susu segar tak mau terima susu dari ladang mereka, sebaliknya pengilang import susu dari luar negara, macam New Zealand. Persoalannya disini, kenapa mereka sanggup buang 75,000 liter susu ke dalam parit (mungkin susu tersebut masam dan basi??) saya tak tau... saya surf-surf dapat info ini

First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd.
KM 81, Lebuhraya Tun Razak (Jln Kuantan-Segamat)
26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.
Pengarah Urusan : Dato’ S. Muhd Alwi
Telefon : 09 452 6666
e-mail : fidaf08@gmail.com

pengarah urusan dia orang Islam, tp saya terfikirlah kenapalah tak buat konsep sedekah je? duk tepi pasar malam ke, agih-agihkan susu-susu tu kepada orang ramai.. erkk tu pandangan saya, mungkin syarikat mereka ada alasan sendiri kenapa susu tersebut perlu dibuang daripada diberikan kepada orang ramai. Ishkk harap beno Dato' S Muhd Alwi ni terbaca, dan dapatlah dia berikan penjelasan kenapa, sebab saya ralat betul tu.. banyak susu terbuang gitu.. sayangnya... heheh tu dia...harap penjelasan dari Pengarah Urusan sendiri.. sikit punya kekwat sapinat ni...hahahaha ye la..wa tertanya-tanya beb.. ape ke hae nya susu itu dibuang gitu je..pastu bangga lak masuk paper posing berderet ramai-ramai??? motip?????

Eh korang, acik repeat sekalik lagik tau..jemput datang kenduri acik...maklumlah itu hari masa musim raya, sebok je korang tanya kak pnut bile nak buat open house...bile nak open house... ni kami kenduri terus...jemput datang ye.. Ada hamba Allah bermurah hati menaja kami kambing golek sekor... tu saper nak makan tu kalau korang tak datang beramai-ramai... sile datang...

Lama tak cerita pasal si adik kan?? Adik baby q ni sekarang ke main pandai merajuk giler, kelakar pun ada, kalau merajuk dia leh wat derkkkkk je...kita geletek-geletek pun tak gelaknya.. masam je muka... pastu kalau kena marah suka sentap, terus duk diam tak gerak...tunduk muka.. ahhah sweet je anak dara acik sorang ni.. Abang dia tok sah kata la, suka menyakat ke main. Lagilah awek ni suka sentap, sebab abang suka pura-pura marah dia.

Sejak dah bulih berjalan ni, sorry la dia nak dukung kalau kami bawa pegi memana, minggu lepas kitaorang pegi Warta Bangi tu, nak carikan surah Yassin untuk masuk dalam goddies beg masa kenduri nanti, punyalah dia tak mau dukung, warta tu dah le sesak, segala neka gerai ada kat bawah tu, sampai nak jalan pun susah, yang dia nak berjalan sendiri, susahnya dia terhantuk bucu meja, berdarah lagi bibir. alahaii anak dara meks... jadi bibir angelina jolie lagi dia..tp semalam dah ok, dah kering.

Momment paling suka bagi dia ialah bila dengar bunyi motor balik, berkejar dia pegi depan, berdiri depan grill dan jerit-jerit babah.babah..babah.. udah nama pun anak bapak kan.. manja leweh-leweh la kalau pak dia balik.. yang pak dia pun kalau ngan anak dara dia kemain lemah lembut.. masa berchenta dulu ngan haku pun tak lembut camtu.. kena tang anak terus lembik lutut..eheheheh

okeh bebeh, esok nak pegi tempat sembelih lembu akikah tu.. teringin nak tengok lembu yang bakal dikorbankan itu, nanti kita amek pic lembu malang itu ek..






Monday, December 14, 2009

Suka tak balas komen pembaca blog kita?


Salam 1 malaysia ouls...
Banyak saya berhutang entry ni, entry-entry kelas cupcakes belum buat lagi... sorry la dik nun sekalian, akak ni kebusyan, tak sempat nak edit pic bagai. tunggu sikit hari lagi...

Menjelang nak kenduri banyak benda nak setel-setelkan..hiks... gaya cam nak kenduri terima menantu. Tapi ye la, kitaorang nak buat yang terbaik. So kami sediakan juga jajan-jajan... pack-pack masuk goodies bag, and goddies beg pun dah setel beli, cuma nak beli kerepek-kerepek je, nak pack masuk dalam goddies bag. So far, katering dah setel, lembu utk akikdah pun dah setel, booking klinik untuk berkhatan pun dah setel. lega la sikit.

So korang, jemput datang ek..

jangan tak datang tau...

Blogger
Itu hari masa saya pegi Kuantan, jumpa Kak Aidah, kitaorang borak pasal blog-blog ni la... kata kak Aidah, dia suka masuk blog dan tinggal komen, dan akan masuk balik tengok komen kita tu dpt respon tak dari tuan punya blog. Kata Kak Aidah, ada blogger yang jenis ko tinggal la komen berkali-kali pun, tapi sekali pun dia tak reply, orang tanya pun tak jawap, lepas tu malas dah nak komen. Eheheh saya pun sama gak, kekadang bila baca blog orang lain, then kita suka, then tinggal komen, kekadang lebih kepada pertanyaan mengenai sesuatu perkara itu, tetapi bila owner blog tu tak jawab, terkilan juga rasanya.

Ada blogger yang humble, sangat rajin membalas komen-komen pembaca blog, ada a few yang saya rasa menghargai betul pengomen blog mereka, antara saya saya selau usha ialah Zar, Kak Sya, Mak Andeh, Jiey, Kak Lady, dan ada lagi la..erkkk ni yg selalu saya baca and tak miss membaca. Rajin mereka ini memberi respon kepada pembaca,bagi saya orang camni humble la..menghargai orang lain. Saya sendiri pun cube sedaya upaya membalas komen pembaca, cuma kekadang lambat respon. atau kekadang komen di bawah saya terlepas pandang bila ada entry baru. Sebab bagi saya, tu je cara saya hargai orang yang membaca.

Apa pun terpulang pada masing-masing, ada yang cukup dia baca komen pembaca blog dia, and tak perlu reply pun, ada yang reply, yang rajin reply memang sangat saya kagum. Tapi bila kak Aidah mention begitu, itu hari, saya terfikir, saya patut reply komen orang lain di sini agar mereka selesa dengan kita, dan mesreeee gitu. kan... Saya memang mudah mesre, tak caya tanya kak Aidah, AMrie yang first time jumpa saya, ehehe cemana dlm blgo cam gitu le saya kat luar pon, tak gitu Rauf?? hiks, Rauf dulu sogan-sogan nak jumpe kami, tapi dah jumpe kitaorg tak telan pun dia.. masih sihat boleh jual insurans gak lagi...hiks.. Jangan tak tau..ada blogger gila-gila happening kat blog, tapi in realiti dia pendiam tak banyak cakap..

Mat Jan one of them.. Kalau saper first time jumpe Mat Jan, dia agak malu-malu gitu...hiks.. matilah meks...mengeji kawan sendiri.. Eh lagi satu..tu cik Fibie tu... korang ingat FIBIE tu happening sangat ke?? propa je lebey.. kalau kat blog gila meroyan abeh tp in realiti, dia serius tau.. maklumlah ahli akademik, ilmiah je percakapannya..hiks... matilah sekali lagi mengeji orang, jap lagi mrasa meks lak kena keji.

So korang-korang sumer.. i lap u la... trimas kerana sudi membaca blog meks.. suka saya dapat ramai kawan.. Eh Kate, awak tukar no telefon ke? saya call awak tak dapat la... Jamnah, sorry rasanya kami tak sempat nak ke Mersing tahun ni, maybe tahun hadapan. So sempat Jam kumpul duit untuk belanja kami nanti..ahahahahah

Sunday, December 13, 2009

MY SPY



Salam satu Malaysia.. (hiks.. patriotik sikit beb)

Saper dah tengok MY SPY?? saya dah tengok... ceritanya BEST, tapi BEST biasa-biasa bukan SUPER BEST. Sila letakkan harapan yang rendah untuk filem ini, supaya anda tidak kecewa. Saya masuk panggung dengan harapan menggunung, maklumlah arahan pengarah montel kesukaan saya, Afdlin Shauki, so secara fitrahnya saya letak harapan tinggi menggunung, saya terhibur, tetapi tidak betul-betul terhibur sampai nak pengsan. tu dia ayat cemana tah.. hentam je la..

Saya bagi 7/10 untuk filem ni. Kerana 3 lagi yang tidak penuh tu digagalkan oleh AC Mizal, yang seperti kata FIBIE amat berusaha keras menjadi pelawak. Nak jadi pelakon komedi, tidak boleh nampak bersungguh-sungguh sangat nak jadi pelawak, lawak tu jadi tak original, jadi dibuat-buat agar lawak. (skill ni kumpulan SENARIO terrer dah, paksa orang gelak)AC Mizal dalam citer BULI lebih selamba, tidak over jadi pelawak.

Harun Salim Bachik cemerlang, ekspressi muka dia dah lawak dah, tak payah dia over-over nak suruh orang gelak. Gue rasa kalau gabungan ABON dan Harun Salim Bachik lagi gempak. ABON tu pun lawak sebenarnya, cuma dia laku kat RTM je, jadi bakat dia orang tak berapa pandang. Ye la, sehari berapa kali ko layan channel RTM dak? Encik Afdlin Shauki, kalau boleh, sesekal cube jemput ABON untuk rancangan SPONTAN sure gempark. Lagi satu orang yang bagi orang gelak tanpa buat lawak ialah Mamat Khalid. Gue tengok muka dia je terus gelak. Bila dia bukak mulut cakpa peghak, lagi wa gelak la.. libang libu semua keluar dah..

Secara peribadi, bagi saya penonton biasa yang tader background seni-seni ni.. saya berpendapat, jalan cerita ni longgar sesangat, plot dia kureng la.. Jenis komedi penyiasatan Hong Kong, saya tak suka unsur mencuri lukisan di ketengahan, secara logiknya, ko curi lukisan tu, yang terkenal katanya seisi alam ini, pastu nak jual... konon untung juta-juta... tapi ko nak jual kat saper?? saper nak beli?? tak ke takut polis tangkap bile ko nak jual lukisan tu. lainlah jual lukisan tu, pastu letak bawah katil. Bulih?? cube buat dramatik sikit, curi emas ke.. contohnya emas yang paling berkualiti tinggi.. emas bila ko curi, pastu boleh leburkan, jadi block-block, pastu bile dah jadi block, boleh jual balik. Alaa dah nama pencuri handal, mesti ada peralatan nak leburkan emas.

Atau dah lebur emas, upah tukang emas buat design lawo-lawo leh jual balik ke.. ini curi lukisan gambo terung pastu ada sindiket besar-besar. Ishkkk gue tak leh terima la beb. kot penulis skrip ni ada baca blog ni, tulung sat habaq mai atas dasar apa, tema mencuri lukisan dijadikan point utama cerita ni. Sepanjang-panjang cerita ni wa menyumpah, kenapa perlu mereka cuti lukisan. Boh tema sindiket dadah yang sangat stereotype tu pun wa tak kesah. Ishkkk tak pueh hati betul la..

Lakonan 3 amoi dalam filem ni orait la.. saya suka juga la.. Saya suka unsur Aziz M Osman jadi samseng pakai sarung lengan bercorak-corak, ala-ala tatu.. cam nak nampak samseng, sanggup pakai stokin warna-warni bior nampak cam tatu, tak ingat sape ucapkan dialog, Mamat Khalid kot..."'ishkkk dia ni bertatu penuh lengan, cemana nak semayang," eheheh pastu di jawab, ni stokin tangan, bukan tatu.. (heheh ke aku je pandai buat ayat sendiri ni, ada ke babak ni?? ada kot noo)

Tapi satu saya paling suka, iaitu montaj masa barisan nama pelakon diperkenalkan, grafik yang dibuat sangat cantik, menarik sangat, konsep macam berita-berita akhbar, tetapi nama pelakon ditulis di tajuk-tajuk, sangat menarik, just black and white, kedua menarik selepas filem SEPET, yang konsep nama-nama pelakon diperkenalkan macam sedang ditulis atas layar.. cute mehhhh..

Erkk tu je ulasan saya... hiks..jadilah... tapi two tumbs up untuk Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik..korang memang best.. untuk AC Mizal, don't try to be so funny occay... u are not real comedian, lawak anda biasa-biasa sahaja, bukan tak bagus, cuma biasa sahaja. Setidak-tidak anda lebih kelakar dari lakonan orang lain yang cuba jadi pelawak.

Wednesday, December 09, 2009

Camner nak kawal marah pada anak ek??


Semalam dan hari ni saya bermeeting pulok..
gaya macam orang penting dan berjawatan beso je... meeting sana sini..
hakikatnya acik ni propa je lebey...

Semalam dan hari ni, bermeeting 'dirumah emak bapak' (HQ) so macam biasalah disini medan jumpa senior/junior le.. itu hari kat ganung dah jumpo... tapi itu set-set 'anak-anak emak bapak' yang kena duduk luar, tapi kali campor semua..kengkawan kat state library, Univeriti Library..very the best sangat kan... Jumpa juga a few my blog reader... dendiam je mereka ini baca blog gue ek.. tetiba sumer pakat nak belajo cupcakes.. Kak Mano, kak Anis... nak belajar cupcakes ek... malu ai...kak Anis tu dah tahap expert buat catloging, pejam mata pun leh buat cataloging, gue ni harap buat online catalog je, itu yang kalo sehari internet down, wa pun down to the earth terus.. terus blank tak reti buat kerja terus..hahahaha.. ermm ni sumer term librarian je faham wei..

Jumpa geng-geng seperjuangan di Kolej Anggerik UiTM dulu, tetiba feeling nostalgia. teringat jaman acik aktif 'berpolitik' di kampus dulu..ahaks.. sangat nostalgis.. (Hayazi, kamu kalau nak join ex-anggerik boleh gak..eheheh)

Hari Jumaat saya rasa nak bercuti..gile seh..direct kerja non stop segala neka weekend takder langsung, ape hal. Optimus Prime pun boleh letih kan.. Itu pun kan, Jumaat patut keja pegi Melaka, ada kursus lak.. terpaksa tolak, banyak urusan kamek nak buat minggu ni.. Minggu depan kami nak berkenduri..Tunggu jemputan keluar next week ek..

Bila penat dan sebok, wa blank la tatau mau celita apa...

ok, saya dapat email dari one of my blog reader, entry bawah tu kan saya mention bab marah anak kan.. so this young mom tanya saya camana nak tangani anak kalau kita tengah marah? kekadang terpukul anak, bile marah, bila dah pukul, then menyesal sesangat. Saya rasa semua orang pernah lalui...

And saya minta dan mohon jasa baik, ibu-ibu yang lebih berpengalaman membesar anak-anak ini, tolong share camner cara tangani marah kita pada anak-anak tak?? Ada sorang saya kenal ni mengaku selamba je kat saya, dia memang pukul anak, kalau dah geram dia pukul dengan apa yang ada, penyangkut baju, kalau tgh masak, kalau geram sangat, cekik anak pun pernah.. tp bestnya tu cara dia cerita dengan gelak ketawa, boleh buat lawak lagi, kata dia bebudak opis dia siap gurau ngan dia, hari ni hang buat apa lak kat anak?? hishhh saya tak sampai tahap tu..

So please sharing is caring kan?? cemana kakak-kakak lain diluar sana menangani kedegilan anak? dengan stress kita?? cemana handle benda tu?? Tolong saya adik kita yang bertanya saya?? saya na advice sangat pun tak boleh sebab saya akui, saya pun selalu garang dan suka marah si abang tu juga, cuma pukul tu amat jarang.. kecuali kalau dia tahap biadap, contohnya dia sengaja usik-usik adik dia guna kaki, memang pantang sikit, sekali dua warning la..tapi masuk 3-4 kali, saya rembas gak nagn rotan sedas, agar dia tau dia betul buat benda yang salah. Takat saya cubit-cubit manja tu adalah, atau tampar-tampar geram.. tampar tu lebih kepada geram, contohnya masuk bilik dia tengok tuala berlonggok atas katil, baju-baju tak bergantung, memang saya tarik tangan dia dan baban yang tangan tu. Geram bebeno teman weiii rasanya beratus kali dah pesan benda yang sama.

So sile berikan tips anda ye...

tips saya dan hubby cuma, bila marah, memang dia kena marah giler-giler, tapi lepas semua dah cool, kitaorang bawa dia menebeng kat gerai-gerai dan borak-borak, betulkan apa yang salah, dan biasa sessi luahan hati dan perasaan. then forgive anda forget la. hal anak beranak nak panjang manalah sangat 'hot'nya. please sharing is caring... Kak Aidah, Kak Yan, MA, Kak Sya, erkk saper lagik ek.. kawan lama EP, Zar, C, PB, saper je la..hok anak dah beso-beso meh kabo meh..

Monday, December 07, 2009

Penjenayah Ragut Yang Kejam


Kamu tengok dah paper hari ni??? Yang seorang suami maut dan isterinya cedera parah dalam kejadian ragut. Penjenayah yang kejam ini ya semua penjenayah pun kejam kan?? mana ada penjenayah baik budi bahasa dan sopan santun kan.. kot ada ada peragut tego elok-elok bagi salam, dan bagi tau tujuan dia nak meragut, harus dia menjadi penjenayah pertama dalam sejarah penjenayahan negara, sebagai peragut bersopan santun.. tapi keberangkalian itu amat tipis. Nan ado penjenayah yang baik budi, semua penjenayah pun kejam, jadi Dell, kamu editor surat khabar kan?? boleh kamu jangan tulis berita, penjenayah kejam?? tulis je penjenayah je bulih dak?? hiks..matilah meks kalau kak Sri Diah orang kuat Karangkraf baca ni..ya ampun kak Sri.. akak makin lawa sekarang..menten youuu...

So dalam paper hari ni kan ada berita ragut tu kan.. adoiii geramnya saya.. penjenayah bodoh ni amat tonggong dan amat menyusahkan.. perbuatan keji dia menyebabkan seorang suami dan bapa kepada beberapa orang anak ini terbunuh. Ape nasib anak-anak dan isterinya yang cedera parah tu. Dan pulak kalau mangkuk ayun tak berapa cerdik tu kena cekup dengan orang ramai, mau depa kena belasah tahap tenuk.. Jadi kalau depa kena belasah, pastu cedera parah, kena masuk hospital, saper yang susah?? bukan emak bapak depa juga yang susah. Kalau bapak kot hati kering tak pi tengok anak dia kat hospital, kalau emak?? mana emak sanggup tinggalkan anak dai terlantar sakit dihospital, hatta anak dia penjenayah sekali pon.

Suatu masa dulu pernah tau ada kes, yang sorang pemuda (penagih dadah) dibelasah sampai koma kerana mencuri barang orang kampung. Emaknya menangis-nangis bercerita dalam surat khabar, menyalahkan orang kampung yang belasah anak dia. Kata dia, kalau pun anak dia bersalah, kena belasah sampai parah? tangkap dan hantarlah kepada polis. Dia pulak orang susah, berulang alik tengok anak cedera parah di hospital. Itulah kasih emak, sejahat mana pun anak, dia takkan buang anak dia. Kecuali emak yang hatinya sangat kental. Kadang-kadang orang awam yang dapat tangkap penjenayah memang depa belasah sampai lembik, memang geram dan tujuan belasah untuk pengajaran, tapi sedihnya bila seorang ibu kemudian itu menatap anak dia yang teruk kena belasah itu. Pilu juga kalau kita melihat situasi ibu yang menangis melihat anak dia kena belasah kan? Tapi itulah si anak ni pulak tonggong, buat benda tak der faedah tak fikir emak, emak je selalu fikir soal anak.

Itu sebab seorang emak ni jahatlah anak dia macam mana pun dia takkan halau atau buang anak dia, mungkin mulut marah, keluar perkataan bukan-bukan, tetapi bila dia reda, dia akan menyesal dan akan berharap anak dia anak berubah jadi elok. Tak sampai hati. Macam saya ni, kalau bila tengah marah anak yang tahap menguasai emosi, saya sejukkan hati terkenangkan, betapa budak berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, dengan keadaan kritikal masa lahir, berjuang untuk hidup.. Hati jadi sejuk, bila fikirkan suatu ketika dulu siang malam saya berdoa agar anak-anak ini terus bernafas setiap detik masa depa kritikal, kenapa bila ALlah beri 'pinjam' meraka kepada saya, saya nak marah tak tentu pasal. Memang semua budak buat salah, dan saya patut marah, dan saya kena belajar mengawal marah, dan bijak tangani situasi mendidik anak tanpa berlebih emosi. Tapi syaitan itu jahat, dia suka menghasut. Kadang-kala terlepas amarah pada anak.

Al-fatihah buat arwah yang meninggal, dan semoga tabah kepada balu Allahyarham.

P/s Sabtu ni 12hb saya akan buat kelas cupcakes, (tundaan dari tarikh 5hb saya tader pegi Ganung) so utk 12hb ni mana dah confirm date, harap dah terima sms dari saya details on bayaran kelas semua. kalau ada yang belum terima, please sms me, and utk hari ni ada satu tempat kosong lagi, ada yang menarik diri.. so siapa nak slot ni, please sms me secepat mungkin, first come fisrt serve ni, kalo lambat, tak dapek la nak nolongnya...

Sunday, December 06, 2009

Penat-Pulang dari Terengganu


Penatlah makcik pnut, semalam baru pulang dari Ganung. Hujan la beb, bosan betul duk sana, miting tak pack sangat, ada ruang kosong, tapi hujan, maka duk melangut nengok tv kat bilik je la.. Nampak laut terbentang luas depan mata, tapi nan dapat pegi..hujan katonya... jadi dok melengkaq dalam selimut ja la.., sangat tak faham kenapa organizer buat miting hujung tahun musim hujan dan banjir.

Hari Jumaat, pepagi lagik pakcik gebu dah hantar mak cik gebu ke ERL, naik ERL ke KLIA, hujan beb.. sampai KLIA, terus pegi kiosk, buat self registration. Senang je, dah terrer eheheh dulu tak reti, wa pegi beratur ngan pakcik dan makcik kat kaunter, sekarang boleh eksyen sebab dengan hebatnya buat self check in..cayalah.. Kat KLIA, ramai umat ooo sebabnya jemaah haji ramai dah turun. Jadi sosak dengan jemaah yang transit nak balik ke kampung halaman masing-masing. Self check in cepat je..tapi tu diaaa ko nak check in bag, berbaris panjang oooo.. ishkkk ni kalau last minute nak check in, mau kena usung beg masuk flight, sbb tak sempat tunggu turn dok Q.

Tengok panjang ooo Q, adalah dekat 15 minit berdiri tunggu turn kat sini je.


KLIA basah, Kuantan pun basah.. Hujan.. awan tebal, kapal terbang tu bergegar je,


Dari aiport Kuantan tu nak ke Awana Golf and Resort Kijal tu sejam le juga, orait le kalau dari Kuala Terengganu ke Kijal lagi jauh. Makanan kat hotel ni wa tabik la.memang sedap, terutama bingka dan puding-puding dia..sedap. Lauk pauk pun ok, idak le sedap bebeno, tapi puas hati sebab makanan dia sangatlah byk choice, selain nasi, ada bihun, laksa, mee, berbaloi la.. kalau umat jenis boleh masuk byk makanan.

Bilik kitaorg yang mengadap laut dan swimming pool.




Kawan saya si Chik yang dah tak berapa kecik tu, kasi saya hadiah ni, katanya dah saya peminat ENglish Style, maka dia hadiahkan benda ala ni kat saya.. gile comei..i likeeeee..hiks, apa bendanya rahsia.... heheheh kalau korang leh teka ape bendanya korang memang hebat tahap dewa.

tima kasih chik, ada duit bagi hadiah lagi kat aku..

Tak der mood la nak bergambar, so memang la tidak banyak gambar. Mungkin kami ni set puak pemberontak haluan kiri sikit, jadi ada benda-benda hok tak puas hati, jadi kami memberontak, jadi mood bergambar pun kurang. (erkk ada kaitan ke?? boleh la..jadikan alasan tak bergambar)dah nak balik lepas check out baru bergambar .

Geng info, korang tengok le.. si Fida kecik yang tak kecik..cube tengok dah nak sama beso ngan aku dah wei..cuma aku tinggi je, tini menten, vouge gitu bini TJ ni. abang ensem pakai topi tu geng librarian gak, tetiba kitaorang nak bergambar, dia pun nyelit..hiks..


Abeh program, Ahad tengahari, flight balik KL pukul 7.15 malam, jadi nak langut ape, kita pun contact rakan-rakan blogger, berjumpalah mereka. Ni best jadi blogger, ke mana pegi ada je kawan.. no hal punya. Orang pertama saya jumpa dan menjadi driver paksaan saya ialah AMRIE yang kacak itu.
Dengan budak ni janjinya nak jumpe kat The Store Kemaman. Sorry beb, wa dengar dia sebut JUSCO, dia gelak, masa dia call tu bising wa tak dengar. hahah pastu wa terfikir, pekan kecik camni leh ke ada JUSCO, tanya balik, baru dengar clear The Store, pastu sempat lagi eksen..ler..tu je shopping complex paling hebat korang ada...hahaah jahatla gue.

Nunggukan mamat ni punya lambat, kalah anak dara bersiap, puas dah saya tawaf the Store tu, sempat beli tudung sehelai, dan kain batik sehelai, dia tak sampai juga, nak round lagi tak larat dah, dengan beg beso cam kena keluar dari AF je, ke hulu ke hilir seret beg, tah hapa, very the macam pelancong sesat je. Jadi dah bosan nunggu 'terbeli' ais krim. Huwaaa terbeli..sebab ada budak kecik ni selamba dok makan ais krim depan gua, jadi gua terliur beb..terus beli. Kejam budak kecik tu..tak pasal wa makan ais krim yang tak der dalam menu perlu diambil.



Ok dah tibe mamat ni dengan MyVi Hitamnya,dengan kejamnya saya suruh dia hantar saya ke Kuantan.
Amacam hensem tak??? berani ngorat la...

Udahleh jadi driver, nak minum pun dia kena tolong beratur belikan.. hebat gue punya tahap mengada-ngada ni. Erkkk korang nengok, kereta member ada ladybird tu..comei..cam tuan dia.

Kat Kuantan saya nak jumpa lagi ngan KAK AIDAH pun saya paksa dia ikut saya. Heheh, maka Amrie yang kacak terpaksa melayan makcik-makcik berdua ni berjumpa. Hiks.. Anak kak Aidah ambik pic ni, siap pesan, amek pic elok-elok jangan nampak gemuk..hiks.. dasar tak beleh terima hakikat diriku sangat gemuk.

Tengok le tu anak muda zaman sekarang cari jalan nak pegi Airport pun guna GPS beb. takjub wa nengok.. jakun seketika..canggih ooo 'darling beli la satu letak dalam keter' kompem kita tak sesat kalau nak kemana-mana. eheheh.

Tapi oraitlah budak Amrie ni sporting dengan makcik-makcik pun dia leh masyuk... cayalah dik.. Teringat dulu masa pegi Sarawak, budak Iwan jadi driver saya, kemana nak pegi, mamat ni le bawak ke sana ke sini. gigih je, bezanya Iwan ngan Amrie, Iwan ni mulut laser beb, manjang kena keji je aku ni..hahaha apa pun jasamu ku kenang adik-adikku..Iwan dan Amrie.
(Kate, turn awak bulan 5 nanti ye, kami pegi Sabah..eheheh)

Kesimpulannya bab miting tu biarlah saya cerita dalam laporan kerja je, kat sini laporan sessi ramah tamah ngan blogger je la..so kak Aidah dan Amrie, kalau mai KL jangan segan-segan, calling-calling me ek.. seronok jumpa, sebab semua ramah tamah, borak cam dah lama kenal.. best..best.. tak best satu je, saya beli sata ikan, beli sikit, takut tak sedap, tapi dah sampai umah, makan seketui..adoiii nikmatnya..sedap sungguh. nyesal beli sikit je.

Wednesday, December 02, 2009

Esok saya akan terbang..


Esok wa nak terbang tinggi, idak le jauh ke obersi..tapi kan disebabkan hal wa nak terbang tinggi, so esok wa takder kat opis. Minggu lepas kan cuti raya...jadi wa sangat sibuk lor... rakan setugas (ayat skema) meminta saya menyediakan bajet itu ini, gua gasak sampai semalam balik umah jam 6ptg. pewwww rajin wa beb..

Balik umah je nengok maksu ada bawa roti. Maksu tengah exam, jadi sebagai junior bakers, tahap terrer maksu sudah mengatasi makcik pnut. Minggu exam dia, depa kena buat roti bagai. Dia sudah terrer buat pelbagai roti, jadi semalam dia bawa roti paun orang kampung kata, jadi saya potong-potong dan celup telur maka jadi roti telur. gua tibai 2 keping. cemana aku nak kurus, kalori dua keping roti tu encik dietician saya dulu pernah kabo, lebih kurang sama semangkuk kecil nasi. Podaaah pnut, tampor kangggg... makan tak hengat pastu heboh jadi pompuan gemuk lebih 90kg. sangat keji la..

Selly...ko tak yah la pegi gym mahal bayo tu yang kekwat tu, pegi kat bangi tu je la..ada kawan semangat sikit akak.. korang percayalah la semangat saya tu hiks..

Eh pasal maksu tu kan? ingat dak 6 bulan lepas sebok saya kempen sapo ada anak or adik-adik yang tader keja suruh masuk program train and place under kementerian sumber manusia tu kan??? udahlah free, pastu depa kasi elaun RM500 sebulan, hostel free, belanja makan minum je la.. so kira-kiranya maksu akan tamat bulan ni la..sekarang tengah exam, minggu depan start praktikal dan Insya-Allah kalau serasai boleh terus kerja kat situ. Gaji depa bagi pun oklah bagi junior baker RM1000++ juga. Maksu dapat praktikal kat Baker* Cottage kat Putrajaya ni. Berbaloi-baloi...

Setidak-tidak, dulu sebelum masuk program ni, maksu keja kerani kompeni kecik gaji dia RM450 jek, pastu masuk kursus ni dpt elaun RM500, pastu dapat ilmu, dan ilmu itu bermanfaat. Lepas tamat praktikal, nanti kami usha port, maksu kata ada orang MARA, TEKUN, FELDA, mai bagi taklimat, pastu supplier barang bakeri pun mai bagi taklimat. Kalau ada rezeki boleh suruh maksu buat bisnes je. Tu perancangan je la. Tak pasti program ni ada lagi ke tak..cube-cube usha website kementerian sumber manusia. Bukan kursus bakeri je, banyak lagi ada, jahitan, eletrik, komputer, seni kecantikan, dll la. Ikut kata maksu, ada antara peserta kursus tu ibu-ibu tunggal yang dihantar ketua-ketua kampung depa untuk program ibu tunggal dan bantuan akan diberikan bila ibu tunggal ni berjaya untuk mulakan perniagaan. Oklah kan, dari buang masa dapat kemahiran. Saya promote gak program ni kat staff kat opis ni, so dia suruh abang dia sertai, abang dia amek eletrik, pun dah nak abeh gak. lepas ni boleh cari makan buat wiring part time atau full time. Sebelum tu abang dia keja kat myd*n je.

Eh tetiba cerita pasal maksu lak..hiks. itu menunjukkan saya tader modal update blog..

eh ingat dak itu hari saya nak cerita pasal sorang kawan poyo saya.. lupe, ni baru ingat...

ok kamu nampak dak benda alah ni...orang kampung saya sebut quilt, orang kampung pakcik gebu sebut gebor... orang standard biasa sebut kain selimut le kot ek..


cube kamu fikir, apekah relevannya selimut ini dengan saya... sila fikir sekejap ye sebelum meneruskan pembacaan...fikir..fikir..fikir...
fikir...
fikir...fikir...
fikir...

fikir...
fikir...fikir...
fikir...

fikir...
fikir...fikir...
fikir...

fikir...
fikir...fikir...
fikir...

ok dah fikir??? macam takder kaitan langsung selimut ni dengan saya kan??/

tapi pompuan yang mendakwa dia selim ini sudah menge-tag saya dalam FB, logik ke tag saya dengan selimut jahitan dia sendiri???

itulah korang tak percaya saya ada kawan yang sangat poyo. Suami saya kata saya riak-riak kat blog tu boring dah..tapi ape nak buat.. saya memang dikelilingi kawan-kawan yang poyo dan sengal..

ini ayat beliau selepas menge-tag saya dalam foto itu
"kepada kak Pnut: akak di-tag sebab kite nak riak dengan akak.. ahahaha"



adakah relevan selimut tu dengan saya, saya ditag semata-mata ada unsur riak disitu.

tapi korang jangan bimbang, saya seorang presiden memangku persatuan riak semelaysia kan...saya counter balik riak tu..

balasan saya berbunyi
"sangat keji nak riak ngan akak ek..
saya selaku presiden kelab riak..amat dengkikan awak..
maklumlah gue masuk jarum dalam mesin jahit pun tak reti..
ahahah jap fikir nak riak balas camana ni..."


setelah berfikir dapat ilham nak riak begini
"ok dah dapat ilham...
ok riak camni..
walaupun saya tak pandai menjahit, tapi saya pandai baut cupcakes.... bila dapat jual cupcakes boleh dpt duit..bile ada duit, boleh beli quilt lagiii lawaaa pastu bile besday anak leh buat kek sendiri..."


Jadikan..salah siapa la kalau saya meriakkan diri.. nikmat rupanya riak-riak ni.. tu baru sorang tu..belum lagi ada sorang lagi buat cekodok pun riak dengan saya.. siapalah dua umat ni ek??

Tuesday, December 01, 2009

USANA anyone????


Gila bencilah, gua dah jadi pompuan gemuk beratnya melebihi 90kg dah... tu dia intro, tak berhemah langsung budus la pada diri sendiri, elok dulu dah turun sampai 85kg, melantak lupe diri, terus naik berat semula... pangggg tampor diri sendiri se-das. Nak pegi gym pun hagham..busy dengan cupcakes sampai tader masa nak ber-gym, jangan tak bagi alasan kan..nak seribu daya tak nak seribu dalih, betoi apa, bila ada masa free, time tu la nak belai anak-anak, takkan ada masa terluang pun nak bergym, kang bebudak jadi anak bibik lak kannnn Ada orang promote suruh try USANA ni?? ape kata korang ek?? orait tak?? gua kena ngendeng laki gue la mintak tolong belikan..gua kopak kobana la bulan ini.

Sapo ni hok dah try USANA?? meh tolong kabo kat meks sat.. Dun promote to me JMD5 tu, dah pernah try, kureng keberkesanan dan faktor lain sebab gua rasa melampau mahai rega dia tu. Product lain mahai gak, tapi logik sebab import, kena tax bagai. jadi convert duit kita mmg jadi mahai, ni JDM5 tu malaysia, awat dia juai mahal? kalau non ahli RM200/box-ada 20 sachet, kalo ko amek sehari dua kali tahan 10 hari je... satu sachet RM10 reganya, 200 rggt utk 10 hari?? wahhh lumayan... kalau jadi ahli dapat le rega RM150, ok, banding harga Herbalife atau USANA, memang cam lebih murah JDM5 tu, tapi tgk balik, dulu saya amek HL, rega kawan-kawan kasi RM250, tp kita dapat 3 set benda tau, ada serbuk soya, pastu ape tah yang perisa vanilla tu, and tea so 3 set for RM250, and benda alah tu saya amek sehari dua kali, dapat bertahan dalam 20-26 hari camtu, and tea tu leh tahan lebih sebulan. USANA pun meks dah kawtim ngan pembekal, katanya kos about RM300+ leh tahan dalam 3 mggu satu set tu, another set tu leh tahan 3 bulan.

Tgh fikir nih. Memang diet sendiri tanpa bantuan sokongan boleh, tapi tu le, itu hari masa saya dok breasfeeding Alesya tu kan, saya asyik lah kelaparan, pastu asyiklah mamam, jadinya saya pun kebesaran semula. hiks..alasan lagi, cam nak tampor diri sendiri sekali lagi kan Jadi kalo amek produk-produk ni dia leh kurangkan tahap kelaparan kita,kononnya lah kan..

tak mo la gumuk cam pic belah kiri tu balik... tahun lepas dah dapat dah turun cam pic kanan tu, tp skrng sikit baik beb..benci la..benciii benciiin(tetiba tak leh upload pic kat imageshack, terpaksa pakai blogger)


oklah cerita kesah raya kami hok basi...

Ehh rasa haji kali ni nan ado kami gambar anak beranak, mood nak beraya takder la, sebab si kecik asyik memerap.. semanja-manja dia ngan bapak dia, bile tak sehat, dia nak mama je... dah sehat baru dia gediks balik ngan pak dia..

ehehe hari tu kan kata saya nak belikan kasut KEROKS kan kat dia, upah berjalan, dapat juga beli kat paso tani Putrajaya ni. (macam biasa, sile confuse, apa kaitannya produk kasut dengan pasar tani?? hasil pertanian dari celah mana pun entah??)
tadaa ni dia cumil je..hiks..

emak budak kecik ni beli hadiah kasut RM10 sajork, pak dia telah di pow belikan gelang kaki buat dia..tahniah pada mama kerana berjaya membodek.

ni je ada cikit gambo raya budak merap


Budak kecik ni, suka beno ngan spek hitam, kat dalam keter ada hok besar, yang kecik si abang punya dulu, ada kat dalam umah, ni masa on the way nak pegi amek bibik kat LCCT itu hari, kasi dia main spek ni, sekali pandai pulak dia boh kat kepala, mujur tak cucuk mata adik oi.. pastu saya bohkan kejap, bila saya tanggalkan dia marah, ngamuk, nak pakai gak..ehehh malam dik oi, mana org pakai cermin mata. dah pakai menten dia dia kepala tu, takut terjatuh..ehehe nanti mama carikan spek bingkai pink ek..


okeh ni budak dah sihat, dah mau jalan-jalan, so back to bapak dia handle anak dia pulak..


erkk tu je...

ehh ada lagi..saje nak letak pic kek 2 tkgt saya buat untuk majlis penyampaian hadiah sekolah agama si abang. Mulanya ingat nak bagi buah pisang je, tapi boleh pulak meround cari pisang takder, sudahnya buat benda apa yang ada di rumah, yang ada bahan-bahan kek je la..last minute sgt buat, pukul 9.00 pagi bako kek... pukul 10.00 selesai, sambil tunggu kek beso ni sejuk, saya deco cupcakes yang org tempah, settle tempahan org, baru siapkan kek beso ni, kejap je buat, kelam kabut sangat, kejar masa, start deco lebih kurang pukul 11.30, stop kejap, pukul 12, pegi amek dia balik sekolah, balik rumah sambung lagi deco kek lagi, kira-kira deco kek ni dalam masa sejam je.. kelam kabut sangat.. sebab pukul 2.30 dah nk bawa ke dewan, dah siap deco baru terfikir..alamak kotak beso dan tinggi takder.. so terpaksa letakkan atas kusi penumpang dalam keter, dan si abang kena 'jaga' kek ni elok-elok. Sampai di dewan segan pulak nak angkat masuk dewan, mtk ustazah dia tolong ambik, ai malu youuu..

so inilah hasilnya yang simple je...tak sempat fikir nak deco cemana dah..hentam saja..


tapi bukan budak-budak je suka, emak budak dan ustazah pun suka.. jadilah dapat tumpang gembirakan budak-budak, dan tumpang sedekah di hari Jumaat yang mulia.

Monday, November 30, 2009

Quick update


Penat!!!
Tu je la perkataan acik mampu ucapkan..
Baby Q, sepanjang ketiadaan bibik selama 8 hari, merap ya amat..
tension meks..
mujurlah meks dan kertu, jadi tahap kesabaran tu menten, berbanding kalo masa muda remaja, umur 25 tahun beranak satu dulu. dulu kalo si abang ni mengamuk, acik pun hampir amuk juga. Geram..sekarang acik cool..rileks..

Tapi series, budak ni merap ya amat.. dengan ulser kat mulut dia yang membuatkan dia tak sakit dan selesa.. jadi tahap dia merap tinggi macam nak ke langit. Sungguh wa tatak tipu punya. Sampai satu tahap dah kena tengking ngan babah sebab semua tak kena. Mak tok yang nak tolong jaga dia pun dia tak mau, mujur bibik sebelah kami, yang agak rapat ngan dia tolong jenguk-jengukkan dan tologn tidokan alesya dan kasi susu kat dia. Time kasih kak Zah, sebab bibik ambil berat pasal Alesya. Dengar je Alesya menangis melalak, bibik akan datang tolong pujuk-pujuk, suap-suapkan makanan.

Hari Selasa sehari sebelum kitaorang balik kampung, saya ngan mak tok bebudak ni pegi paso malam, hajatnya nak cari kerepek, daun palas sikit nak bukak daun palas siap-siap dari sini, sudahnya sepanjang jalan, drive keter dia duk berdiri tepi saya, sebelah gear. lenguh tangan meks bawak keter sebelah tangan.

Semalam bibik baru tiba, kami jemput kat LCCT, perrrghhh legaaaaaa...

Udah le malamnya tido tak berapa lena, sebab dia merap, tido pun atas riba..huwaaaa capek gue.. kalo ada bibik kalau saya berjaga malam dia demam ke hape... siang tu bibik ada, dia tlg jaga, boleh saya cover tido jap, ini idaknya, siang malam acik bersengkang mata..hiks.. dah tu abeh pening kapla nyut-nyut..

Balik Kedah pun sama, merap je dia.. kat kedah oklah juga, ada maksu, mak ngah, tolong mak tok, saya bantu lite-lite je, abehhh udah dia dok merap je.. tensi acik.

Pic ada dua tiga ketui nak boh, tapi tak dan le nak godek edit pic bagai.. ni pon curi masa sat, update blog, surat kabo nak check bertimbun mau sepanjang hari ngadap benda alah ni.

Jumaat, gue terbang ke Kuantan, miting kat awana kijal sampai Ahad, so orang Kuantan, orang ganung, terutama dekat kemamang tu sile la buat-buat kenal saya ek..kot dpt kita beramas mesreeee kat sana nanti.. Amri, ko jangan buat-buat off henpon lak nanti, kang tak dapat nak pow awak nanti. Maklumlah orang keja ngan Petron*s tu dengar kata hujung tahun bonus lebat, bolehlah akak menumpang sekaki..ahaks..

Ade sesapa orang KT hok on the way nak gi kuantang ke...teman nak beno kopok losong... kirim boleh?? acik bayo le. Ntah, tak mau kopok laing, nok hok losong gak.. kat kemamang ada ke kopok losong?? mau berpuluh henget aku nak beli niiii.

OK geng, nak clearkan keja dulu... blog ni nanti update macam biasak...

Gambo raya idak le banyak beno, tak der mood nak bergambor di hari raya, sebab anak dara teman meragam.

OH ya, nak share something ni..maklumlah tagline sharing is caring kan..

Kot korang ada bibik, nak cuti balik kampung, sebagai majikan korang siap sediakn surat kebenaran bercuti, dalam surat tu mention nama kita, no IC kita sebagai majikan, dan nyatakan kebenaran kita beri maid bercuti, dari tarikh bila sampai bila, dan akan balik ikut mana, cam kitaorang mention la dia akan balik naik Airasia, tarikh bile dan akan pulang ke Malaysia semula bila. Pastu photostat ic kita dan kasi no tipon kita sekalik. Surat tu tujukan kapada pegawai Imigresen (LCCT, KLIA @ mana2 pelabuhan le)

Penting tau, gue pun baru tau. Time kasih pada Mekna yang kabo pada aku, kata dia dulu masa bibik dia nak balik tak tau kena surat bagai, kelam kabut juga depa last minute prepare. And bila bibik balik semalam, bibik cakap memang pegawai imigresen minta tengok surat kebenaran cuti, bibik kasi semua, surat, photostat ic bagai.. siap pegawai imigresen tu puji.. "bagus majikan kamu, lengkap semua," hahaha ai le tu.. hiks.. pak cik gebu memang particular bab-bab tu. Bibik kata ramai yang kena tahan, kena siasat dulu, call majikan, kena rekod itu ini, sebab ada maid yang takder surat kebenaran bercuti (sekarang ni imigresen straight sikit) byk kes maid lari kan. Bibik kata dulu dia balik tak perlu surat, kata dia lagi, urusan dia melepasi pemeriksaan imigresen lancar, terus dilepaskan tanpa banyak soal, bila ada surat kebenaran majikan tu. Katanya lagi, yang tiada surat kebenaran, kena tunggu dulu, mungkin sedikit soal jawab kot.

And even maid nak bercuti hujung minggu nak ke rumah sedara ke apa, sebaiknya prepare juga surat kebenaran cuti tu, sebab Mak Andeh my 'akak internet' dah kena, maid dia kena serbu, dan kena tahan, sebab takder surat kebenaran bercuti, walaupun maid tu bercuti dengan kebenaran, and MA tau ke mana maid dia pergi. Terpaksa bersoal jawab dengan polis, so lebih baik kita prepare. Maybe MA boleh betulkan kalau fakta saya salah.

Ok sekian dulu, jumpe lagi dilain siaran..

kembali semula ke sri pentas.

Monday, November 23, 2009

Marathon update...


Tertanya kenapa saya tak update??
Jawapannya.. tak sempat!!!
Our bibik cuti seminggu, balik kampung.
Bibik akan balik sini next week Monday.
Baby Q la paling sentap, maklumlah dia duk setiap hari dengan bibik sepanjang hari.
Sehari sebelum bibik balik dah demam, and masa hantar bibik ke LCCT pun dia dedar je badan. Tapi saya dah siap masuk ubat bontot tu sebelum pergi, sebab sebelum keluar rumah badan dia agak dedar.

Kat airport Alesya dah merajuk ngan bibik, tau dia nak ditinggalkan, kalau sehari dua sebelum bibik balik, dia merap bibik, tanak berenggang, tapi kat airport tak mau bibik, pandang pun tak mau dia. bibik depan dia, dia pusing muka belekang, bibik pegi belakang dia paling depan. Last-last bibik yang nangis, sedih. eheheh


Ni anak babah ni..jangan kaco tau..


Nak babah je, tak mau orang lain.


Mulanya ingat demam sebab gigi geraham nak tumbuh, tapi rupanya lebih teruk dari tu, ada ulser putih-putih dalam mulut.. sejak Ahad malam, dia tak lena tido. Bila dia tak lena tido automatik saya pun tak tido..dia lapar tapi tak mau menyusu. tengah malam bangun masuk susu dalam syringe 'tembak' sikit-sikit masuk mulut, dalam dok menangis melalak abeh juga 3oz susu, jadilah, alesya ni mmg tak kuat menyusu, normal kalau dia sihat pun susu dia minum 4oz je, paling banyak pun 5oz.

Tido setengah jam, terjaga, dan menangis. terpaksa berdukung malam-malam..esoknya isnin terus bawa pegi klinik, doktor check, memang ada ulser dalam mulut dia.. kesian.. terleleh-leleh air liur sebab sakit, so doktor bagi ubat utk titis dalam mulut, and suggest kitaorg beli cream sapu bonjela. Start tengahari sapu cream tu, petang tu oklah sikit, boleh makan bubur nasi, tapi susu tak mau hisap, terpaksa basu ikut syringe juga, melalak la dia nak abehkan 3oz susu pun, tapi terpaksa bagi juga, supaya dia tak lapar.

Nengok dia sakit, aduhaiii benar seperti semua emak lain rasa. Kalau boleh pindah, biarlah sakit tu saya yang tanggung, biar dia sihat, dan main macam biasa. Pilu hati... bila dia meraung-raung bila di beri susu dan bila di sapu cream kat mulut tu. aduhh sedih nengok..

Hari ni 'terpaksa' tingglkan dia dengan emak, walau dia menangis. sebabnya cuti meks mmg nan ado..ada 3 hari je... semalam dah amek satu, tggl lagi dua hari je..aduhhhh jadi dengan berat hati, dan sayu, saya tinggalkan dia dengan emak, dalam keter bergenang air mata..saat macam tu terus saya cam untungnya orang tak kerja, anak sakit demam, boleh jaga sendiri. dan-dan tu rasa macam nak berhenti kerja, atau kot-kot menang cabutan sijil simpanan premium tu, dapat mercedes yang rega ratus riban tu..nak jual, pastu dapat duit, terus feeling nak amek cuti jaga anak sampai baby q umur 5 tahun. wahh berangan terus dalam sedih-sedih. uhuks..

Baru call emak, baby Q dah ok, badan tak panas dah, tak nangis, cuma merap je.. nak berdukung la..aduhh pagi ni ok lagi maksu ada, petang sat gi maksu pegi kelas, harap dia dah ok petang karang.

Doakan Nur Alesya Qhaisara sihat ye auntie-auntie dan uncle semua, harap dapat balik beraya di kampung nanti, walau cuma kami duk dalam rumah je. harap ok semuanya. Aminnnn

Cerita si abang.

Alhamdulillah, abang doing well dalam final exam baru ni, selepas episod kekecewaan terlampau yang dia hadiahkan untuk kami pertengahan tahun, selepas gerak gempur mama pastikan dia buat latihan, babah jadi hilter atau yamashita sokmo suruh dia hafal sifir, dan Alhamduillah, takat sifir 6 boleh dia dia hafal sekarang, maka keputusan akhir tahun memberangsangkan. Walaupun tidaklah secemerlang anak orang lain, atau tidak la semua subjek berderet A, tapi at least keputusan akhir tahun memang jauh berbeza dari pertengahan tahun.

Tahniah abang...


Moga lepas ni dapatlah peluang mama dengan babah nengok abang naik pentas lagi..aminn


Dan merasalah mama dan babah dijemput ke sekolah nengok si abang naik pentas terima hadiah.Uhuhu saya emak yang emo.. semasa majlis bermula ada muzik gamelan yang macam masa kita konvo-konvo kat universiti tu dimainkan, uhuhu walaupun anak teman baru darjah dua, tetiba meks emo.. bangga dengan anak sendiri tak tentu pasal. Cuma cikgunya kurang kreatif, patutnya biarkan murid beratur di luar dewan, dan bila iringan muzik gamelan tu dimainkan, patutnya masa tu baru murid-murid diarak masuk ke dewan, uhuhu pasti kesan dramatik tu lebih gempak, kompem ramai emak-emak emo cam saya leleh air mata..ehehe.. Itu lah agaknya yang emak dan arwah abah saya rasa bila saya dan kawan-kawan lain di arak masuk ke Dewan Sri Budiman UiTM Shah ALam pada 27 Mei 2000, 9 tahun lepas.

Kebetulan pulak, hari Jumaat itu hari sehari selepas UPSR diumumkan, saya tengok paper ada kisah ibu yang ada anak kurang upaya, cacat kaki, yang tak boleh berjalan, so ibu ni setiap hari dukung anak dia hantar pegi sekolah, dan bila anak dia dapat 5A, menangis dua beranak ni, memang emo, saya pun nangis baca berita tu, besar pengorbanan ibu dan anak yang bertuah itu sangat bijak, kerana hadiahkan ibunya kejayaan buat dia. Dan hari JUmaat tu, saya dengan radio Sinar FM, ada sorang bapak ni call bagitau dia gembira dan teruja anak dia dapat 5A, katanya dia keja kuli je, jadi bila anak dia berjaya, dia teruja, macam nak bawa kereta hon bagitau satu dunia anak dia dapat 5A, ayat paling mengesan jiwa saya ialah bila dia kata "Kalau saya tau inilah rasanya ibu bapa yang gembira anak dia berjaya, pasti suatu masa dulu sayalah pelajar paling cemerlang dalam Melaka" ermm maksud dia kalau dia tau indahnya perasaan menggembirakan emak dan ayah dengan kejayaan dia, pasti dia belajar sungguh sampai berjaya, untuk gembirakan hati emak dan ayah dia.

Yup saya setuju. Saya pun terfikir begitu, kalau saya tau indahnya perasaan bila anak kita berjaya, pasti saya pun nak belajar sungguh-sungguh dulu hadiahkan kejayaan setiap kali peperiksaan.

Sorry guys, walaupun bukanlah dia jadi yang paling baik, tapi saya tetap happy, bak kata kak Sya, bukan selalu anak-anak kami nak dapat hadiah, entah lepas ni ada peluang lagi ke tidak, belum tentu, jadi sekali ada peluang, raikan kegembiraan ini, sebagai parent, tentu kami doakan yang terbaik buat dia. Mudah-mudahan kejayaan ni akan jadi semangat buat dia, agar terus berusaha, saya ajarkan dia satu prinsip sekarang "What u give u get back" dan terangkan kat dia apa maksud kata-kata tu, so far dia macam boleh terima prinsip tu, saya cakap kat dia senang je, tengok sebelum ni apa dia bagi itu dia dapat. Malas belajar, malas hafal sifir, malas buat latihan, so apa keputusan dia dapat, tetapi bila dia rajin sikit, buat latihan, hafal sifir, apa dia dapat? boleh berjaya, so far kalau saya tanya ape abang kena ingat, dia akan sebut "what u give u get back"

Hiks..tak pasal babah kena beli PS2 kat dia, sebagai janji kalau dapat result bagus..taper la babah, kang boleh babah numpang main sekalik. Kejayaan dia turut dihargai oleh jiran kami, Kak Zah dan Raja, Auntie Raja kasi Najmi pinjam PS2 mereka, so far nampaknya adanya PS ni boleh jadi penguat semangat juga, sebab dia boleh pulak ikut jadual, dari pukul berapa sampai pukul berapa boleh main PS, dan kena hafal sifir, kalau tak dpt sifir no PS, so boleh lak dia hafal sifir 6 dan mengaji Al-Quran dengan sungguh-sungguh.

Wednesday, November 18, 2009

Cekodok Sardin dan Puding Triffle


Yeahhh Tora datang lagik...
ding dang..ding dang...
beli satu percuma mainan di dalam..
casing ajaib!!!
nostalgia...

dak..bukan nak cerita bab ding dang dan mat sentul

Disebabkan kepupusan idea nak udpate blog, saya nak letak resepi je aci dak.. dua sekali ko..ambek..

Satu resepi yang amat senang mudah dan kacang giler.. sambil pejam mata dan cungkil gigi pun boleh buat.. ahaks..

Iaitu..cekodok sardin, klik gambo utk kelihatan lebih beso. (ada org komplen saya dob gambar melalui imageshack/photobucket, opis depa block, jadi tak leh view pic kat sini, kesian depa. oklah acik letak melalui blogger yang kedekut babun ni, boleh boh pic kecik bebenau.. maleh den layan blogger punya upload pic ni, kasilah size beso sikit. Dah tu bile upload gambo naik kat atas pastu kena copy paste susun gambo..eiii boring..heeh membebel lak, sebelum kasi resepi..tampo sedas kang.. hiks

ok..ok...
/cucoq sardin / cekodok sardin versi Mak Pnut.

1 tin Sardin
(suke banyak boh tin beso, kalau takat 3-4 org makan setin sederhana bereh dah..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
Bawang dihiris cam buat cucur udang tu
2 biji kentang sederhana beso
potong dadu-cam buat inti karipap pastu rebus kejap, kasi gebu dan lembut)
sedikit garam

*Optional
('jajan' boleh boh sekali-kalau tader tak boh pun taper)
- carrot (sagat-sagat-cam buat inti popia)
- daun bawang
- cili merah

Cara:
- gaul semua bahan tu dengan sedikit air, cam biasa buat cekodok jagung/udang
(masuk sekali sardin tau, tuang sos sardin, jgn hancurkan sardin, biar sekor-sekor, masa nak gaulkan tu tekan-tekan je sikit kasi pecah-pecah sardin tu, bior ada rasa-rasa ketulan sardin tu..nyaman beb..)

- pastu goreng le dengan minyak panas cam besa, huii takkan kena kabo ye dak..mesti nak goreng, takkan baut kukus lak.. :D

Nota :-
tepung tu, kalau korang tader tepung naik sendiri, boh je 3 cawan tepung gandum, tambah sikit soda bicabonat sikit, dan baking powder sikit (agak2 dalam 1/2 sudu teh je)
tp mudahnya pakai tepung naik sendiri, lembut dan sedap je. Kalau semuanya nan ado, guna je la 3 cawan tepung gandum... tp kang bancuh cair sikit, kalu kurang air, kang liat, keras, nan sedap katonya..

rasanya sangat best dimakan panas-panas. tak tau nak cerita cemana. kompen sedap



Pastu satu lagi resepi ialah Puding Triffle, ni Tasha request, berkurun janji nak kasi, tapi haghammmm abeh dah lupe nak buat cemana..

(dlm pic ni dua yang atas tu je sy buat, yg lain saya cilok, biasa asyik lupe ambek gambo bila buat benda alah ni)



Puding Triffle
1 gulung kek swiss roll (sedap perisa coklat la)
(kalau takder ape kek pun belasah je la..)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair @ satu kotak fresh milk (kotak kecil le)
4 sudu gula kasar
2@3 sudu tepung kastad (ikut le korang nak pekat cemana
1 sudu esen vanila
1 @ 2 paket kristal jelly any perisa (tp sedap strawberry/mango)
*(kalau beli kat supermarket brand ladies choice ke apa..
*(sy tak pasti sbb sy biasa beli sebungkus besar kat bakeri shop, lebih murah, so biasa saya guna dalam 4 sudu besar
1 mug air.

Caranya

1. potong dadu kek, dan susu dalam bekas
2. Masakkn susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk (jgn pekat sgt, boleh tambah 4-2 sudu air juga.
(api perlahan, kacau kejap je, agak nak didih je tutup api, dan kacau, jgn sampai mendidih kang pekat sangat)
3 dah ok cun, tuang sos kastad ni ke atas kek tadi,
4. susun buah-buah cocktail tadi atas sos kastad tu (of course buah je, airnya tapis kasi buang la
5. tunggu dia 'keras sikit' then masak 1 mug air tadi, then masukkan jelly kristal, kacau kejap, tutup api
6. bila agak sos kastad tadi dah cam agak keras, tuang jelly perlahan-lahan atas sos kastad tadi, pastu biar dia 'mengeras' dalam peti sejuk

Nota-
*tuang perlahan tau Jelly tu, kalo tak naik berkeladak sos kastad, tak comei puding miker
*guna whisker untuk kacau sos kastad atas dapur (agar tidak berketul hasilnya, kalau berketul, kena tapis-leceh)
* makan sejuk-sejuk pun sedap. Saya dapat resepi ni dari Cik Salina, tapi dah adjust sedikit, besalah gue. Memang mabeles, kalau nak eksen terrer di hari raya haji nanti boleh buat jamu tetamu. pasti mereka kagum, kerana terasa hebat macam chef di hotel je buatnya.
*tambahan, ada pertanyaan dari pembaca blog whisker tu lagu mana
ni le ropanya,

ni gambo dari pakcik google, kalau kat umah saya ada satu hok beso gedabak, pueh hati kalu buat muffin, kaco-kaco pakai ni, muffin tu kan lagi hebat rasanya kalau jenis kacau-kacau je.. jadi saya beli satu hok beso, senang mengacau.. buat choc moist cake versi steam pun nyaman... kacau-kacau pakai benda alah..superb.

(harap dpt membantu pada yang berhasrat berjinak-jinak dengan memasak dan berazam hendak memasak untuk keluarga..go ladiess...)
(Puan Zura hang tak mau terai ka?? kasi anak-anak hang kagum..pastu leh riak kat FB..bile lagi..)

Ok, dua hari lepas saya siapkan tempahan kek BEN10 ini untuk seorang kanak-kanak lelaki, ditempah oleh ibunya. Standard le seingat saya sepanjang saya buat cupcakes tak lebih 10 org lelaki yang order kek dari saya..termasuk ada tu hari ibu pun ibu tu sendiri order untuk diri sendiri..cehh..ok jap recall memori siapa lelaki pernah order cupcakes,
1. Mohd Noor-hari ibu,
2. Napang-kawen adik dia,
3. Hanif (tunang)
4. Azizan (birthday anak dan wife),
5. Saiful Izwan -akikah anak)
6. Najib (birhtday anak)
ada kot 2 org lagi pernah order untuk Mother's day.

kannn tengok tak sampai sepuluh org, dah nak masuk 3 tahun saya jual kek ni, tak samapi 10 org beb order kek untuk yang tersayang depa. hiks.

Ok balik story kek BEN10 ni, kata ibu yang order ni, anak dia punyalah suka... siap terlompat-lompat tengok kek ni, siap ajak kawan-kawan datang tengok walau dalam hujan, berpayung kawan-kawan dia datang punya sayang nak potong. Hiks.. bila dengar feedback macam ni, hati saya happy sebab, betapa besarnya kasih sayang ibu tu, tak kira anak ke berapa, anak macam mana, tetap order kek untuk meraikan harijadi anak dia, usaha memenuhi impian anak dia, dan soalnya kita sendiri, pernah dak kita susah payah untuk emak kita macam emak kita buat dulu?? bagi saya, diri saya baru berapa percent je saya usaha sungguh penuhi apa hajat emak (susah sebab emak saya bukan cam emak orang lain, nak apa minta, emak saya kalau kita cakap nak beli apa-apa kat dia pun katanya membazir, tak payah) dalam pada kita dah besar pun emak tetap cuba tunaikan permintaan kita kan??

Contohnya, minggu ni Hari Ahad, bibik akan pulang ke kampung seminggu. Mulanya saya plan nak hantar Alesya ke rumah jiran, tetapi jiran saya tu pulak baru ni jaga ada 2-3 orang budak dah, plus nanti kalau hntr ke sana, dengan Najmi lagi.. anak-anak dia lagi, kesian pulak dia nak handle ramai-ramai budak. Saya luahkan pada emak. Walaupun saya tak secara direct cakap kat emak, "emak boleh tolong mai jaga Alesya sat?" tapi sebagai emak dia faham, kata dia "tengok nanti kalau tak ada apa, biaq mak mai la tengok Alesya, kesian dia, dia bukan biasa duk rumah orang?" uhuks..terharu sangat. Padahal Alesya tu cucu dia yang ke 7 pun, dan pulak, sebenarnya 24hb dia ada appointment kat hospital, tapi kata dia, tak pa nanti dia call hospital tukar appointment. Time kasih mak... tak terbalas jasa emak ni. Maka..esok emak akan sampai ke sini.. Insya-ALlah mak, nanti bulan 5 kita bawa emak pegi jalan-jalan makan angin ke Sabah ek.. moga kita semua panjang umur, dapat bercuti lagi satu family.



Erkkk tak tau apa motif entry ni kan..kejap cerita resepi, kejap cerita lain..bengong je saya ni..ehehehe, tapi takder dah nama blog pun ceritapnut, and tagline cerita apa saja..maka gini le jadinya...



Esok saya nak cerita kisah sengal seorang kawan poyo saya..
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino