Tuesday, November 29, 2005

Hilang semua


UPDATE!!! UPDATE !!! (1 DISEMBER 2005-7.45 AM)
CHECK THIS OUT, MY COMPLAINT KAR UTUSAN
...
CLICK HERE...CLICK HERE...
ATAS SARANAN ENCIK SEPAI, SAYA PUN KOMPLEN KAT SURAT KABO, DAN KELUAR....MUAHAHAHAHHA..


Tak der mood..
Semalam dah taip panjang-panjang
sudah sampai ayat-ayat terakhir...
tiba-tiba blogger jadi stuck...hang dan kena restart..
tak tau pe sal, kalo update terus dari blogger.com musti hang....
jadi kenalah update melalui notepad dulu....tak best la...

================================

Kisah wallet ku yang hilang sudah kira cerita basi kot...
Jumaat setel buat ic baru, buat lesen semula
Duit hilang, dah le hilang kena denda..
Sekarang macam pakai permit pulak, ic besar gedabak..
apalah masalahnya kalau keluarkan ic sementara saiz kad macam
kad insuran ING, AIA ke..

Pergi Tabung Haji, pergi AMbank, Affinbank dengan IC saiz macam permit
kerja mat bangla, tak jadi hal...
tapi bila berurusan dengan bank yang berkepala harimau suatu masa dahulu,
(alaaa tempat di Spyz keja tu..)
timbul pelbagai masalah...MUla aku ke branch Serdang,aku bagitau budak kat
service counter tu, aku hilang wallet, hilang ic semua,
aku nak buat kad ATM baru, aku ada buku akaun, tapi akaun ni bukak kat Kedah.
Budak tu tanpa senyum suruh aku isi borang dan tunggu kat kaunter 3.
Aku isi, masa time nak isi part alamat surat menyurat,
aku tanya.."Dik, alamat surat menyurat ni kalau tak sama dengan alamat
dalam buku tak apa ke? sebab buku ni alamat kedah, saya sekarang tinggal di Putrajaya?" macam tadi, "tanpa senyum dia kata, tak pe la isi sahaja,"

Siap isi aku tunggu lebih setengah jam di kaunter 3, bila tiba turn aku...
minah kaunter tu cakap, IC sementara tak boleh guna,
kad baru tak boleh buat, sebab akaun aku bukak kat Kedah,
so kena balik Kedah buat kad, sebab fail aku ada kat sana.Betapa budusnya
alasan itu, kalau aku buka akaun kat Sabah, Serawak aku kena balik sana jugak ke.
Satu lagi option dia suruh aku tutup akaun sana
dan buka akaun baru kat sini. Siot betul, dia ingat aku keja kompeni kaput ke,
pagi bagitau kerani buat gaji aku tukar akaun,
petang dia boleh buat perubahan butir-butir penukaran akaun aku,
alllooo aku keja gomen, tidakkah dia tau prosedur gomen lagi
complicated, kerani buat gaji kena isi borang changes, kena hantar ke AG,
Ag buat perubahan pada sistem gaji, tukar butiran kat
akaun gaji aku, itu ini gedebuk gedebak, silap-silap sebulan dua aku tak bergaji.

Sebab dah hangin aku sound le minah kaunter tu, "tadi kenapa budak kat
kaunter depan kata boleh" suruh dia belajar dulu apa boleh apa yg tidak, tak perlu
saya buang masa kat sini kalau dari mula dia kata tak boleh, isi borang tunggu kemudian tidak boleh." Aku terus blah, hangin betul.

Nyampah betul berurusan dengan bank yang merasa dia gah sangat ni..
(maaf ye Spyz, Farihah...geram dah nih...tp korang baik..kan..kann)
Jadi untuk tidak menyusahkan kepada otak aku, aku suruh darling bukak akaun Maybank,
buat kad sekali, Kad tu nanti aku akan guna, so setiap
bulan, dapat je gaji, aku guna Maybank2u.com transfer duit ke akaun darling ni,
dan aku boleh keluarkan duiat anytime. dan sebarang urusan
membayar insurans, bil celcom guna maybank2u.com,

Bank Negara pun satu, monitor-monitor sikitlah prosedur remeh temeh cenggini,
zaman-zaman online gini pun boleh ada masalah bengong ni

Jabatan Gomen pun dah update, buat IC terus update lesen memandu, bank korporat
masih prosedur tak relevan pulak.

Udah le, kang hangin lagi pepagi ni...

=================================

Udahler duit hilang, henpon pulak buat hal, asyik-asyik hang je, tgh taip sms,
hang, sabo je la. Masa balik kampung beraya hari tu, kat rumah darling,
amboi nengok anak-anak sedara dia, masih student-student IPT ni
henpon canggih sungguh, setiap kali bunyi telefon, idak le kami cuak sebab henpon
depa semua polifonik, henpon mak-mak dan pak sedara masih lama
depa gelakkan kami henpon kuno, darling menjawab..."tak per henpon kuno, tapi
kami pakai line, dengan kredit limit RM600, anytime
nak call, nak sms boleh guna, tak der la nak miss call org suruh call balik,
tak le sms tak berjawab sebab tak der kredit, biar henpon kuno tapi
berjasa," muahahhahahahaa... bengkek je bebudak tu...terus tak kondem dah...
ahaks..kalau tak bukan main siap gelakkan kami, henpon kuno,
pakai line celcom, bukan maxis, (sebab hanya line maxis je dapat line kat kg darling,
full bar, kalau line lain semua ampeh..)

Aku pernah pergi kedai ngan sorang anak dara kat opis aku ni, dia pi beli kad
top up RM10, belakang dia mat bangla dan indon, beli kad top up 100++, aku
gelakkan budak ni, "hang tengok bangla ngan indon pun top up seratus,
hang sepuluh ringgit" he..he...dia pun gelak-gelak dan balas "kak, dia top up banyak
sebab nak call indon ngan bangla," he..he..aku pun balas..."call le mak ayah hang
kat kampung, ni nak call mak asyik miss call je, manjang mak bapak call hang balik," muahahahahahha...saja je sebab dengki dia pakai henpon ada kamera...

Sunday, November 20, 2005


Berhari minggu yang penat.
Jumaat malam ke open house Zareda, seorang rakan blogger. Seronok bila berjumpa beberapa blogger yang first time berjumpa. Masa aku baru tiba, belum masuk rumah lagi, ada kat luar rumah, lalu sebuah kereta, dan seseorang dari kereta tu cakap “ehh, Pnut”, aduhhh aku umpama mercu tanda, semua org kenal. Ahaks…

Last year masa gathering Geng Jurnal Utara, ada a few blogger dari KEDAH ONLINE (KOL) seorang dari blogger, Mat, perasan akan aku, mulanya mereka perhatikan dari jauh, kemudian mereka join kami, dan si Mat ni cakap, “bila tengok kak Pnut, confirmlah, ni geng jurnal,” He..he..aku gakkk jadi mercu…ye la macma mascot gitu.

Tulang kambing.

Sabtu tenghari, kami ke Jalan Kg. Pandan, setelkan bab pembelian rumah kat office pemaju. Balik dari situ, kami nak ke Gombak, kami tka ikut MRR2, sebab jalan tu tak kira hujung minggu ke hapa, sesak je..so kami ikut jalan lama, masa masuk Jalan Pahang, trafik slow je, tiba-tiba budak becok kat belakang bersuara “Mama, mama, cuba mama tengok tulang kat tangan kita ni,” sambil hulurkan tangan kiri dia kat aku.

“Awat, kenapa dengan tangan ni,” tanya aku.

“Mama tengok, tulang kat kat tangan kita ni dah tukar jadi tulang kambing mama,”

“What!! Tulang kambing, apesal pulak jadi tulang kambing,” sambil babah wat derk je drive.

“Ye lah, hari tu masa balik kampung mak tok tu, babah bagi kita makan kambing, kita makan tulang kambing, daging, habih tulang kita pun dah tukar jadi tulang kambing, daging pun dah nak tukar,”

“Ishhh merepek kamu ni,” sambil malas layan, dan buat-buat tidur…

sambil membebel “itulah kasi sangat kita makan kambing, tengok tulang dah tukar jadi tulang kambing,” kemudian dia dok belek-belek lagi tulang kering kat pergelangan tangan dia. Aku buat tak layan.

Cerita lain.

Dua minggu lepas dia pergi rumah Mak Yam dia, x-baby sitter dia kat cheras, dia bermalam kat sana, esoknya, lepas makan nasi dia main-main dengan Aleya (iya panggilan Najmi), main-main sampai penat dan lapar, dia cakap kat Mak Yam dia,

“Mak kita nak makan nasi lagi, lapar ni,” dan Mak Yam jawab,

“Ya Allah Mi, kau kan dah makan tadi, nak makan lagi ke, betul ke” Tanya mak Yam sebab si Najmi bukan jenis pemakan orang nya.

Selamba je dia jawab

“Ye lah kita dah lapar, nasi yang makan tadi tu dah turun ke kaki, kita main lompat-lompat dengan Iya, tengok nasi dah turun ke kaki, tengok perut kita dah kosong, tak der nasi, kita laparle,” dia jawab sungguh-sungguh sambil suruh Mak Yam pegang perut dia.

Mak Yam pun tergelak, dan terus dia kasi nasi, lepas makan, kata Mak Yam, si Najmi cakap kat Iya,”nanti kita jangan main lompat-lompat lagi, nanti nasi turun ke kaki, nanti kita lapar lagi.” Dan lepas makan diaorang tak main lompat-lompat lagi, dia orang tengok tv jer.

Ermm pandai auta anak aku ni, Mak Yam dia dok gelak-gelak cerita pasal dia. Mak Yam kata, cakap banyak, tak henti-henti mulut dia. Aku cakap memang la, letih nak melayan kadang-kadang, bila kita jawab gitu-gitu dia tak puas hati.

Macam semalam, kami ke kampong baru, masa kat sg. Besi dia tengok banyak kerja construction, nak bina jejambat, diatTanya aku,”diaorang buat apa tu,” aku jawab “buat jalan”

“eh bukan jalan, yg kat atas tu,” aku pun pandang sikit dan jawab “oh, diaorg buat jambatan,”

Kemudian tanya lagi, “eh kenapa jambatan dia tan ada tangga, macam mana orang nak naik, macam mana orang nak turun, kenapa gelap, tak ada lampu,” aku pejam mata, buat-buat tidur,

Dia marah “ehhh mama ni jawablah, orang tanya ni, jawablah mama,”

Babah tolong jawabkan “belum siap, nanti dah siap, diaorang buatlah tangga, pasang lampu, baru orang boleh lalu,”

Kemudian itu, ini, itu ini, sampailah tiba di Kampung Baru, ermm agaknya jadi lawyer anak aku nanti, or jadi PRO kot.

Wednesday, November 16, 2005


Tahniah buat adik-adik yang berjaya dalam UPSR
Bangga tengok gambar-gambar ceria mereka yang berjaya dalam surat khabar Utusan pagi ni..
Ada yang lumpuh, ada yang buta, ada rabun kronik sampak kena guna kanta, ada yang budak melayu sekolah cina. Yang pastinya gembira ialah ayah bonda.

Tapi yang paling mengesan dalam sanubari aku ialah, gambar seorang anak yang menunjukkan keputusan SPMnya yang cemerlang di sebuah bendang di Kedah dua tahun yang lepas. Sungguh menyentuh jiwa dan menitis air mata aku melihat. Pandai sungguh photographer tu shot gambar yang sangat cantik, dilatari sawah padi menghijau, ayahnya yang berkulit hitam terbakar, peluh meleleh di muka, senyum ceria menatap keputusan anak yang cemerlang, bendang itulah yang membesarkan anak dia. Aku rasa Rudi Bluehikari masih simpan gambar itu kan? Rudi kan? Rudi pernah letak gambar itu di blog dia.

Sebut bab gambar ini, memang benarlah sekeping gambar mampu menafsirkan sejuta rasa… Semalam macam biasalah kerja jadi librarian ni, dok belek-belek buku lah dok buat catalog untuk letakkan kat rak kan?? Macam la korang tak pernah pergi library kan? So ada satu buku buku dari luar negaralah, diterbitkan oleh sebuah NGO di Netherlands sana ler, NGO ni banyak terlibat dengan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada seluruh negara, Negara yang berperang, Negara yang dilanda Tsunami. Melihat gamabr-gambar yang sangat cantik oleh jurugambar ni, aku tabik sungguh, semua gambar-gambar yang diambil amat berkesan.

Ada gambar anak-anak orang Afrika, berkulit hitam legam, sedang buat hand painting, mereka tekapkan tangan mereka yang dicat ke atas sehelai kertas, bermacam warna dan saiz, tetapi aku melihatkan, walau apa warna kulit kita, jari kita tetap sama, semua ada lima untuk sebelah tangan,dan darah yang mengalir tetap merah warnanya. Ada gambar budak lelaki duduk termenung di kawasan Banda Acheh yang musnah selepas Tsunami berlatarkan kampungnya yang jadi padang jarak, padang tekukur, budak ni bertinggu keseorangan merenung jauh ke depan.

Dan banyak lagilah gambar-gambar mengenai bantuan “child education” yang dianjurkan oleh NGO ni. Aku dok belek gambar-gambar ni sampai terleka. Tambahan buku ini cover dia dibuat dalam hitam putih saja, menarik sangat.

Dalam dok proses buku tu ada satu buku, tulisan seorang blogger, Lydia Teh,” Life’s like that, best jugak, baru baca sepintas lalu, nanti-nanti baru boleh belek…(nanti?? Bilalah nak bacanya…

Next week ada exam PTK…aduhhh byk nak ken abaca tapi aku tak sempat…eeiiii apa punya SSM ni….leceh betul….menyesal aku apply hari tu….tapi kalau tak pergi tak tau pulak format soalan dia. Kalau nak pergi kena study...uuissshhhh maleh bebeno..

Tapi aku dah ada plan B...he..he.. syyyy dendiam Wanda dan Mat Jan yek.... plan B akan dibuat kalau mendesak..ahaks....

Sunday, November 13, 2005

Buah Hati Jiwa Raga


Mior Adha Najmi- He is just being macam budak umur 4 tahun 8 bulan yang lain.
Becok, petah, nakal, ada kalanya membuat kelakuan yang membuatkan tahap kesabaran kita sampai ke tahan semaksima dah…Gelagatnya ada kalanya sangat-sangat menghiburkan dan ada kalanya merimaskan. (merimaskan terutamanya time kita memasak, melipat kain, dia pun punya sibuk ‘membantu’)

Bila balik ke Kedah, dialah jantung hati Mak Tok, Wan dan Mak Su, kira tahap layanan VIP yang sangat mewah la, erkkk bukan mewah dengan harta benda dan material, tapi mewah dengan kasih sayang. Kalau kat kampung bila nampak mama or babah nak mula tinggikan suara nak mula hangin, cepat saja Mak Tok menyambar cucu bawak pi lari. Sebab Mak Tok tau, kalau dok biar budak tu kat situ, sat gi kenalah sedas dua. Yang budak ni pun bukan main kalau di rumah Mak Tok dia segala kerenah yang tak pernah-pernah dia buat boleh dia buat. Berak dalam tin ubat nyamuk, berak kat tepi pokok bunga pun dia pernah buat, kat rumah sendiri tak pernah buat langsung. Saja je nak tunjuk perangai.

Baru ni balik raya, dia bukan main kamceng dengan anak jiran mak kat rumah sebelah, budak ni namanya Syafikah, umur 3 tahun lebih, kira boleh geng la ngan Najmi, si Syafikah ni pun melepak je kat rumah mak. Aku pun suka sebab tak ler banyak ragam budak Najmi sebab leka bermain. Syafikah ni ada adik umur 10 bulan, Syafiq, si Najmi ni jakun sebab tak ada adik, mak aku memang jaga budak Syafiq ni bila mak dia pi berniaga, petang pukul 4, sampai pukul 10 mlm je.

Si Najmi ni asyik suruh pi ambik Syafiq dan tak kasi budak Syafiq ni tidur dia nak ajak bermain, dan sayang sangat dia dengan Syafiq, dan mula-mula kami tak perasan budak berdua Syafikah dan Najmi ni main mak-ayah, tiba-tiba dengan si Najmi, dok panggil,

“mak-mak tengoklah baby ni, ayah nak pi kerja,” ewahhhh anak aku…
si Syafikah pun bukan main, siap bersalam sebelum ‘ayah’ pi kerja. Yo-yo jer…kami perhatikan je gelagat budak berdua ni. Ada satu ‘babak’ yang paling kami tak tahan ialah, masa kami tengah sibuk-sibuk memasak rending, ketupat, si Najmi konon pi bilik air, amik air semayang, dan sibuk ajak Syafikah masuk bilik, oooo rupanya nak solat, jemaah le konon…lucu giler..

tapi kami tak tegur, kami dok perati sambil gelak-gelak, kalau ditegurkan naik angin pulak, sebab dah termalu. Tapi kemuncak yang paling tak tahan tu, ialah, lps depa ‘solat’ tu kononnya Najmi nak pi kerja le. Dia panggilnya Syafikah “Ayang, ayang sini…duduk sini rehat. Dua tiga kali dia dok suruh ‘ayang’ dia masuk bilik berehat, mak pun tanya, “Awat yang dok suruh dia berehat dalam bilik tu,” dan budak bertuah ni selamba je menjawab

“dah jadi bini kenalah suruh berehat, nanti penatlah bini kita biarlah dia berehat. Nanti penatlah bini kita” Kah…kahhhh…aku dengan mak su yang dari tadi dok tahan saja nak gelak terus ketawa berdekah-dekat sampai sakit perut, mak tok tengah balut ketupat, tergelak-gelak sambil kepit-kepit gelak sampai nak terkencing.
Dan maksu nya jawab, “Oooo bini dia suruh berehat, yang kami hang suruh buat kerja teruk, banyak cantik muka” dan budak Najmi ni selamba je jawab, “memang la muka Syafikah cantik, sebab dia makan sayur,” (refer to the slogan Syafikah, ibu kata “kena makan sayur nanti muka cantik,”) Mak su pun menyakat lagi, “cantik apa, mata sepet je,” Najmi dah geram terus jawab, “ha…tau tak per,” Ya Allah mana dia dapat ni…

Aku tanya dia, kenapa Najmi cakap “tau tak per,” dia kata, macam kat radio tu, (refer to iklan radio era, yang pasal iklan farah dan pak tam yang terlupa bawa radio, dan pak tam kata, tau tak per,” Dan mak su dia memang bengang, asal bertekak ngan Najmi mesti Najmi cakap, tau tak per….sikit-sikit tau tak per.. sampai aku pun naik geram.

Semalam ada lagi skrip iklan yang dia dok suka sebut, “anda mampu mengubahkannya” tah iklan apa aku pun tak ingat. Semalam masa aku layan drama Cinta Madinah kat tv kat tingkat atas, dia pun datang, “mama ni asyik tengok Cinta Madinah jer, asyik-asyik cinta Madinah, tak boring ke,” aikkk tau pulak dia Cinta Madinah, bila nengokkan babak Zul Yahya dok borak ngan Shukeri Hashim kat kebuh kurma. Dalam hati “amboi anak aku, tau pulak dia cinta madinah,” Bila tengok Wan Maimunah dia ingat cerita Yong Odah, Che Melah.

Lagi satu, kalau kita sebok dok ‘intai’ dia buat apa-apa ‘projek’ dia, nanti dia mesti cakap, ‘sebok je mama ni, macam Pah Bedah,” aduhhh yang ini ikut Mak Su dia, kalau aku sebok-sebok nak check sms henpon Mak Su sebok nak korek rahsia Mak Su, nanti mak su dia cakap “mama hang sebok je Najmi, kepoh macam Pah Bedah,” Jadi si budak ni pengikut jer apa orang cakap. Haru.

Baru ni aku bawa dia beraya rumah sorang member ni, dia kira kenal jugak le dengan kawan aku ni, selalu kami keluar sama-sama, dia boleh cerita dengan kawan aku, “kita ada bini dua, satu nama Iya, satu nama Syafikah,” Iya tu cucu CIk Yam, beriya dia ngan Si Aleya ni berjanji, “nanti kita besar kita kawin dua tau, kita jadi pengantin dua-dua nak?” budak-budak cakap jer apa dia suka kan?

Last week, dia makan sepah-sepah, aku pun marah dan membebel, dia pergi ke babah dan cakap “babah, babah carilah bini lain, kita nak mama baru, mama ni asyik marah kita je,” eeeiiii geramnya, babah pun gelak-gelak ‘seronok’ chehh.. tu le padahnya, selalu kalau dia nakal sangat, atau meragam, aku dok usik dia, “babah kita cari anak lain lah, tak bestlah anak Najmi, asyik mengada je,” babah pun jawab “haah mama, kita cari anak girl nak,?” ha..ha..sekali dia kenakan aku balik….sabo je sapinat oiii

Wednesday, November 09, 2005


Masih mood raya..
masih dengar lagu raya dari pc...
hari ni tak pakai baju raya...
baju kurung raya masih belum pakai..

==========================================================

Tadika yang cekik darah.

Semalam Najmi baru ke sekolah, sekolah dia tutup hari isnin dan selasa (suka hati dia je nak tutup, tak fikir ke mak bapak budak-budak ni dah kerja...) so semalam dia bawa balik 'surat' cikgu dia berkenaan yuran baru dan bla..bla..lah...Melampau betul,
macam tak munsabah, banyak betul kos yang mak bapak kena tanggung, sampaikan duit photostat pun kena bayar RM20, duit ni utk kos-kos tokei dia dok hantar memo, surat-surat kat parent. Itu pun kita kena cover, punyalah berkira.

Duit sukan 30, duit persembahan 30, ntah hapa tah...esok time persembahan, hantar memo gak, suruh beli seluar tu, baju ni...sukan RM30? kalau ada 40 budak dah berapa ringgit dapat tu. Kena bayar duit topi? alas tidur dan beg? itu saja udah RM115. Plus duit buku, duit set mental arithmetik semua-semua RM752 tidak termasuk yuran untuk Januari RM300.00, so jumlah awal tahun yang kena bayar ialah RM1052. Gilaaaa.. ini tadika biasa ni bukan tadika franchise yang ada brand macam Krista, Smart Reader Kids or Children Islamic Center ke hapa, tadika tanpa brand pon. Rasa marah sesangat, sebab udahlah owner dia kalau time raya cuti 2-3 hari extra, menyesak jiwa, dia cuti tapi bayar tetap bayar, bukan dia tolak. Lama dah bersabar kerenah tadika ni, kini dah tipis, so semalam kami decide next year hantar Najmi ke tempat lain. Puas hati. Nasib baik hari tu dah amik brosur dari Children Islamic Center (CIC) kat arae rumah ni jugak. Yuran dia lebih kurang, tapi jumlah yang akan dibayar, sudah diambil kira yuran Januari, cengkeram RM300, malah termasuk insuran. Sekurang-kurangnya cengkeram tu boleh dapat balik, or nanti Disember tak perlu bayar lagi dah, dan Disember tu kita boleh option nak hantar atau tidak anak kita. Kalau tak mau hantar, dia pulangkan balik RM300, kalau kita hantar, dia akan buat kelas intensif untuk anak kita, by Disember kata owner dia tak ramai budak, ada tak lebih 10 org jer, so tumpuan lebih khusus.

At least CIC ni dah terbukti berkesan dan sudah ada banyak branch dan guru dia semua graduate. Bercirikan Islamic serta bahasa penghantar dia Bahasa Inggeris, kecuali pelajaran Bahasa Melayu je diajarkan dalam BM la. Dan dah bertanya kepada member-member yang hantarkan anak mereka ke CIC, so far semua kata ok, at least basic-basic BI budak-budak ni dah dapat, boleh counting dalam BI dan faham sikit-sikit mak bapak cakap yang simple-simple. Anybody pembaca blog ni yang ada experience anak ke, anak sedara ke yang pernah belajar kat CIC ni boleh share sikit, CIC ni banyak branch, kat Puchong ada 2-3 tempat, kat Damansara ada, kat Putrajaya sendiri pun ada dua.

Bila compare tadika cekik darah ni yuran dia, lebih mahal dari Smart Reader Kids punya program. Sabaq pnut...sabaq...Memanglah dia bisnes minded tapi janganlah sampai terlalu mencekik, sampai duit photostat pun kena bayar RM20. kalau ada 50 orang budak dah berapa dia dapat. Tahun ni bayaran bulanan RM260, itu termasuk yuran untuk November dan Disember, so kira avarage sebulan RM220, tahun depan naik ke RM300, dan tidak termasuk November dan Disember, naik sampai 80 ringgit. Tahun depan dia pasang air cond kat tadika tu, dan RM80 itulah kos aircond yang mak bapak kena tanggung kot. So next year bye-bye je la..

Tadika Kemas memanglah ada, tapi tak apalah, biarlah mereka yang ada anak ramai, yang tidak mampu hantar ke tadika private hantar anak-anak mereka, mereka lebih memerlukan, sebab aku pernah dengar satu perbualan masa kat kantin office lama, ada satu perempuan ni komplen, "tadika Kema* dah penuh, dia tak dapat nak hantarkan anak dia lagi dah, kata dia, mana tak penuh, anak pegawai, anak pengarah pun kedekut, nak hantar anak ke tadika murah, kita yang tak mampu ni pulak kena keluarkan duit banyak hantar anak ke tadika private" Aku rasa betul kata dia. Biarlah mereka menikmati apa yang mereka patut dapat. Lagi pulak anak aku bukan ramai setakat ni, baru sorang tu aku dan darling kerja pun salah satu tujuan untuk besarkan anak, jadi kami pandai-pandailah adjust perbelanjaan yang ciput ni kaver sana, kaver sini.

===================================================

Semalam dah submit borang pengeluaran EPF, sebab aku keja gomen dah pilih skim pencen, so aku boleh keluarkan semua duit epf yang ada, kecuali caruman kerajaan jer. Duit itulah modal nak bayar 10 precent duit nak beli rumah, belen-belen simpan lagi dua tahun nak pakai, pasang grill, pasang lampu, kipas, rasa macam cukup-cukup jer, cuma nak adjust jugak kalau ada sikit-sikit belen nak buat re-wiring semula kat rumah mak, kesian dah uzur wiring rumah mak, harap adalah rezeki lebih nak bantu mak ni. Ada sesapa kerja EPF? ke ada sedara ke? kawan ke, bolehlah tolong hamba percepatkan urusan pengeluaran ni..pemaju dah suruh buat loan ni.

Balik baru ni, tengokkan rak tv mak dah senget-senget, so aku belikan kabinet tv yang baru untuk mak, darling belikan katil single dan set cadar untuk abah. Puas hati tengok senyum mak abah dapat pemberian dari anak menantu. Walaupun beli yang murah-murah, tapi bila anak-anak yang bagi kepuasan mereka lain. Mak pun nampak happy bila adik-adik dia pakat datang beraya kat rumah kami, selepas arwah tok meninggal, sebagai anak sulung, mak kalau boleh nak adik beradik dia sesekali berhimpun ramai-ramai, dan aku selaku cucu sulung sekarang kena rapatkan anak aku dengan tok-tok penakan serta pak penakan dia, Najmi ni Pak Penakan mudah-muda baya-baya dia je, malah ada lagi muda dari dia. jadi semua main panggil nama jer, tok penakan pun muda-muda, paling tua umur 45, paling muda umur 38 kot. he..he..ye lah, dah aku cucu sulung, dari anak sulung. Dan Najmi pun sekarang, cucu sulung dari anak sulung jugak, dan kiranya dia cicit sulung arwah tok jugak.

Esok-esok dari cucu-cucu arwah tok, Anak aku paling sulung dalam cicit dia, he..he..dan aku harap aku cepat dapat menantu nanti..ahaks.....jangan mareeeeee berangan beb..anak baru nak masuk tadika, dah berangan bab menantu...kah..kahhh...

Monday, November 07, 2005

Raya...raya...dan raya...


Ramadhan dah berakhir...
Masih dalam mood raya. Hari ni masuk office, smlm masih bercuti, letih dan penat, travel balik dari Kuale Kangsar jam 9 mlm, sengaja keluar lewat sebab nak elakkan sesak yang teruk, my adik ipar keluar dari rumah jam 5 ptg, jam 6.30 ptg, masih belum lepas terowong nak ke tol Jelapang lagi, dekat dua jam nak melepasi jarak perjalanan yang biasanya setengah jam je. So kami decide nak balik lewat sikit, iaitu lepas Isya'. Alhamdulillah, kalau masa petang, jalan sesak teruk kat Tol Kuale Kangsar, tapi masa kami tiba lebih kurang jam 9.20, lancar.Cuma jam perjalanan tidak lancar macam biasa sepanjang highway, tersekat-sekat...darling dah lenguh kaki...tiba di Putrajaya jam 2.10 pagi. Perjalanan biasanya dalam dua jam setengah, melampau sampai 5 jam, petang tu. Bayangkan lagi 10 tahun, kereta makin bertambah. Encik Samy Vell patut kasi itu diskaun la tol, masuk highway pun jalam jammmm jugakkk...

Kami bertolak balik ke kampung (balik Perak dulu) pada hari Khamis, cadangnya nak balik hari Rabu malam sebab kami dah mula bercuti start hari Khamis, malangnya ada urusan sikit nak dibereskan, so kami gerak lepas solat asar dari Putrajaya. Singgah Alamanda beli apa patut, dan terus gerak ke ikut highway belakang, so tak perlu kami bersesak masuk KL, nak tempuh Jln Duta, berbuka puasa dalam kereta je, minum air kotak, makan kerepek-kerepek. Bila ada hentian, kami berhenti kejap, makan burger yang ditapau dari McD. Kemudian teruskan perjalanan.

Berhenti semula kat Tapah, jama' solat Maghrib dan Isya'. Sambung mamam burger lagik, mana kenyang makan sebiji burger. Tiba di Kuale Kangsar lebih kurang jam 10.30 lebih kurang, kami berhenti di makan dulu. Sampai kat rumah darling dah dekat pukul 12. Sahur pagi tu aku dah tak boleh bangun sakit kepala berdenyut-denyut. Esoknya bertahan, dan dapatlah juga berpuasa.

Aku ngan Nurul, adik darling, buat kuih raya malam tu, harum semerbak rumah dengan bau kuih. Esoknya buat kuih lagi, kat rumah darling dapatlah tiga jenis kuih. Aku seboleh-boleh hari raya nak buat kuih sendiri, sebab nostalgia beraya kecik-kecik dulu akan menerjah bila buat kuih. Dulu kami masa semua bujang-bujang dan tinggal dengan mak, lagi sepuluh hari nak raya, kami dah mula buat kuih raya, masa tu buat kuih raya simple-simple dan berbajet rendah. Samprit, kuih bakar, mazola, kuih loyang, tempeyek, biskut cornflakes.

So bila dah kawin dan walau orang zaman sekarang main kuih tunjuk, tapi aku tetap nak buat sendiri biskut raya, itulah keseronokan nak beraya, biar anak-anak tengok kemeriahan buat kuih anak beranak, bergurau senda, dan bila ada kuih yang hangit, pakat-pakat gelak. Biar memori ini jadi nostalgia manis untuk dikenang anak-anak nanti. Kalau semua main beli, sampaikan ketupat, rendang pun beli, mana ada kenangan anak dengan kita yang akan melekat kuat di ingatan dia. Memang rimas buat kuih dengan anak kecil 'sibuk' hendak membantu, nak letakkan ceri, nak susun kuih, tapi itulah kenangan yang akan kita simpan dalam hati kita dan dia. Tak ke seronok minta tlg suami susun kuih dalam balang, tolong letakkan ceri, anak-anak sedara tolong jengukkan kuih dalam oven, masing-masing ada jer kerjanya.

Hari Ahad, meriah rumah mak ayah kat Kuale, anak cucu pakat balik, penuh dapur. berasak-asak nak berbuka puasa. Lepas Isya' kami balik Kedah, terkejut mak bila kami tiba, ye lah tak dapat nak call sebab hp adik bawa ke asrama. Esoknya aku dan darling pergi jemput adik aku yang sekolah kat langkawi tu balik, dia naik feri pukul 3.30 dari Jeti Kuah, so kami agak dalam pukul 5 sampailah dia kat Jeti Kuala Kedah. Kami tak ikut highway, kami ikut jalam kampung. Ikut Semeling, Merbok, Yan, dan akan keluar kat Jalan Kuala Kedah. Seronoknya lalu jalan kampung meriah tengok orang kampung sibuk menyediakan juadah berbuka, ada pemandangan makcik-makcik tengah ambil serai, pandan, daun kunyit di halaman rumah. Menempuh Tanjung yang cantik dengan laut yang terbentang luas. Sesekali rasa seronok bila melihat rumah kampung bertiang kayu, bertangga batu, megah di halaman rumah ayah bonda menjalar BMW, Mercedes, Honda. Bertuah ayah bonda.

Lepas jemput adik kat Jeti, kami meronda pasar ramadhan depan Jeti Kuala Kedah, aduhai...murahnya makanan, aku rasa macam nak borong banyak makanan, tapi tidak ada siapa jenis pemakan yang hebat kat rumah aku. Bayangkan Laksa seringgit, sama banyak mcm laksa dibeli RM2.50 kat KL. Bihun sup seringgit. air tebu seringgit, kalau beli dua ringgit, sama dengan beli RM3.50 kat KL. Ikan Bakar?? ermmm ikan kembung besar dengan ikan terubuk sekerat dua jenis ikan RM5 je. Kuih 5 seringgit....mulah...mulahhhhh...murtabak pun singgit dik..sedap lak tu. Lepas memborong, kami gerak balik SP, terus je ikut highway, nak cepat, kami tiba kat rumah mak lagi 20 minit nak berbuka. kelam kabutlah prepare meja makan.

Puas makan malam tu, yang seronok mak abah lah, selalu berdua je mereka berbuka. kali ni meriah sikit, tambah dengan cucu depa yang mulutnya makin becok. Hari terakhir berpuasa, awal pagi kami dah keluar, mencarikan daging, dan segala macam bahan nak masak rendang. Balik je dari pasar, lebih kurang jam 11 pagi kami dah mulakan operasi, memasaklah kami 3 beranak. Buat rendang ayam, sate daging goreng, ketupat, kuah kacang. Memandangakan aku dah terror balut ketupat, maka mak serahkan tugas tu kat aku, hentam sajala.

Pagi raya, macam biasa, kami beraya anak beranak dulu, kemudian baru ke rumah jiran-jiran. Petang kami ke Penaga rumah mak-mak sedara, maklumlah tok dan tok abah dah lama tak ada, jadi kami ziarah rumah mak-mak sedara je la. Esoknya kami ajak mereka semua berkumpul kat rumah kami pula. Aku nak try buat nasi briyani. Tanya dengan Pak Ngah macam mana nak sedapkan nasi briyani, (Pak Ngah aku terror masak, dia selalu tender masak untuk kenduri kawin) Pak Ngah pun pesan, beras basmathi rendam dulu, blender itu-ini...rempah banyak ni, susu cair banyak ni. Dalam hati aku, ok ni, senang je.

So esoknya pagi-pagi kami keluar ke market (orang kedah sebut market, tak der nya sebut pasar) beli ayam 2 ekor setengah, nak buat soto ayam dan ayam masak merah. Beli itu ini...kemudian aku dan mak menebeng kedai kopi, sambil tunggu roti canai dimasak, aku sempat hayun nasi lemak sebungkus 5 kupang kat gerai tu. minum air teh ais kongsi ngan mak. Sebenarnya kami tunggu kedai mamak tepi gerai tu bukak, nak beli beras basmathi dan rempah briyani, lama gak tunggu kemudian tanya budak gerai tu, mamak ceti ni bukak kedai pukul berapa, kata budak tu, hari ni Hari Jumaat ceti bukak kedai pukui 10 kak. Aduh, tengok jam baru pukul 8.30 pagi, so kami balik dulu. Nanti aku keluar semula ngan darling.

Balik aku prepare masakka soto dulu, goreng ayam, prepare ayam masak merah. Kemudian keluar semula pi kedai ceti, beli rempah briyani, papedam, beli itu ini...bla..bla.. kemudian darling tanya, beli ayam berapa ekor, aku ckp dua ekor setengah, darling kata tak cukup, so kami pi beli lagi sekor. Mujur kami beli lagi sekor, memang tak cukup pon. So hari tu kiranya misi masak nasi briyani aku jadi....dengan perasan aku rasa macam hebat, tiba bila Pak Ngah nak makan, aku rasa seriau, "alamak mesti komplen orang tua ni nanti," he..he..Pak Ngah kata "nasi hang ni tak cukup ayaq, hang bubuh susu cayaq berapa tin?" aku jawab dua "boh setin pun cukup, ayaq banyak tak pa, beras ni bukan kembang lembik," ha..ha..ok pak ngah lain kali kami menten ayaq banyak, sebenarnya memang dah boh air lebih tapi aku cedok buang sebab nampak macam banyak sangat air.

Malam tu Mat Jan dan Purbe mai, rupanya depa dah mai petang tu, tapi tengok ramai sangat org depa patah balik. Lepas makan depa keluar pi ambik Ajid. Lepas tu, depa call ajak keluar, aku tak larat dah, so darling keluar dengan depa dan pi tengok wayang, cerita Salon, dengar kata best.

Kesimpulannya, seronok raya kat Kedah...he..he....
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino