Sunday, June 29, 2008

Adik hari ke 22


Nur Alesya Qhaisara..hari ke 22

Perjalanan adik di wad NICU masih panjang lagi.. yang positif, condition dia getting better, cuma berat dia yang menurun minggu lepas belum naik lagi, tapi Alhamdulillah, dia sudah boleh menerima susu melalui tiub dengan baik, sehingga semalam dia menerima sehingga 12cc susu badan yang aku bekalkan, Alhamdulillah.. Jumaat masa babah lawat dia selepas balik kerja, hanya diberi 8cc, Sabtu dinaikkan ke 9cc, dan semalam 12cc, mungkin hari ini akan bertambah lagi. Mudah-mudahan, susu badan akan membekalkan antibodi yang lebih kepada dia. Disebabkan dia boleh menerima susu badan dengan baik, tanpa masalah, doktor hentikan bekalan 'makanan' yang diberikan melalui drip yang disalurkan melalui urat. Doa aku, moga Allah banyakkan lah bekalan susu badan ini demi Alesya.

Kena kuat semangat bagi ibu-ibu yang melahirkan anak tak cukup bulan macam aku, kerana bekalan susu badan yang yang terbentuk sehingga minggu ke 30 sahaja, aku surf forum-forum kaum ibu, merata-rata, dan berbincang mengenai EBM ni, banyak yang boleh dipelajari dan diamalkan.

Semalam kami belikan kad, untuk Najmi tulis dan kami lekatkan pada ventilator Alesya, aku cakap pada Najmi tulis saja apa dia dia nak kata pada baby, aku lupa nak ambil gambar kad yang comel yang diconteng dan dia kaler-kalerkan untuk adik dia, dia lukis transformers, lukis jet, dan tulis kata-kata semangat untuk adik Alesya, antara yang dia tulis, 'Adik, abang rindu adik, abang sayang adik, adik kena kuat dan cepat sihat, adik kena kuat macam abang, abang dulu pun lahir kecil, tapi abang kuat, abang sayang sangat kat adik, adik cepat sihat dan kuat, I Love you adik," gitulah lebih kurang apa dia tulis. Kebetulan masa kami pergi, doktor pakar India tu ada aku tanya boleh lekat kad ni, dari abang dia? doktor pakar tu kata, "boleh..boleh sure, no problem, you can also bring family picture, so that we can put here, so all of you close together" Oh, syukurlah walaupun dia doktor India, tapi sungguh mendamaikan jiwa.

Ok adik..terus kuat ye sayang..

Aku lebih kuat semangat, kerana di NICU itu ada dua baby yang lahir kurang dari 7 bulan, dengan berat 700++ gram sahaja, dan Alhamdulillah, dua baby miracle tu sekarang dah makin sihat dan berisi, setelah mendapat jagaan rapi lebih 3 bulan, sihat. Kekuatan dua baby special ni betul memberikan kekuatan kepada aku juga. Allah Maha berkuasa atas segalanya kan, semua perkara yang berlaku adalah dengan izinNya, kalau Dia kata ya, maka ya lah yang terjadi, kalau Dia kata tidak, maka tidaklah, siapalah kita sebagai hamba hendak membantah.

Cerita si Abang pula..

Najmi as usual, selalu ambil mudah banyak perkara, he is growing up being like "budak lelaki memang macam tu," kalau nak tau, hari aku pegi hospital, untuk dibersalinkan tu, masa hari pertama sekolah buka selapas cuti dua minggu, rupanya dia ada periksa pertengahan tahun, kami langsung tak diberitahu, cikgunya pun tak beri apa-apa surat, mujur dia dihantar ke sekolah juga pagi tu walau kami dah tau aku akan dibersalinkan hari tu juga. Yang babah tau pun bila sembang dengan jiran, orang tu cakap budak-budak periksa, apa lagi, marah la babah bila benda penting begitu dia ambil mudah. Udahlah buku langsung dia tak belek, geram je dengar. Sebagai emak, aku dihospital doakan je la mudah-mudahan dia terang hati menjawab semua soalan.

Seminggu kemudian tu, dia bawa balik semua markah yang di dapat, mujurlah semuanya dia dapat 92 ke atas, kecuali English je dia dapat 80++, aku pun tak ingat berapa dia dapat. Dan dia kata dia dapat 5A, entahlah betul entah tidak, sampai hari ini kami belum dapat lagi rekod profail dia, slow betul cikgu dia ni. periksa dah 3 minggu abeh, belum dapat buku rekod lagi. Bertuah sungguh anak aku yang sorang ni. Bila kami semak semula kertas periksa dia, terutama English, alahai anak..kecuaian dia banyak menyebabkan dia hilang markah, bukan sebab dia tak tau jawapan. Contohnya soalan yang kena suaikan perkataan dengan kotak, boleh aku 8 soalan, lapan kotak dia kena suaikan garis-garis tu, dia boleh miss, tak buat satu garis, means dia tak jawab satu soalan,kena bagitau lain kali kena kira, ada berapa kotak, dan kira cukup tak garis yang dibuat, dia memang la jenis nak cepat siapkan kerja, supaya dia boleh rileks cepat.

Kalau dia buat homework, laju je nak siapkan, itu yang bila mewarna, orang kaler macam-macam, jenuh kena marah dengan babah. Kalau solat pun sama, kalau kita tak perati, laju je dia solat, iklan kat tv tak sempat abeh dia dah selesai solat, selalu kena repeat kalau babahnya ada, siap babah tunggu tepi katil kalau dia solat. Ni semua saja ditulis kat sini, supaya suatu hari nanti dia tau peelnya masa kecil macam mana. Betapa kenalah double sabar...

Sunday, June 22, 2008

Nur Alesya Qhaisara hari ke 15


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini dan mengirimkan doa buat puteri kami Nur Alesya Qhaisara, samaada melalui komen di sini, melalui ym, melalui sms. Berkat semua perkembangan Alesya makin positif. Kalau berkesempatan, bila menjenguk Alesya di wad, dan bertembung dengan doktor, aku pasti akan 'menyibuk' bertanya tentang Alesya pada doktor. Mulanya agak risau kerana kata doktor kandungan garam dalam badan dia rendah, tapi minggu ini nampaknya makin positif, doktor supply garam ke dalam badan dia, and respon positif, bacaan menunjukkan peningkatan.

Mulanya hemobglobin dalam badan juga agak rendah, keadaan itu menyebabkan dia kelihatan pucat. Doktor ambil darah aku untuk tengok serasi atau tidak untuk transfer pada Alesya, dan darah itu samaada serasi atau tidak dengan bekalan antibodi badan yang dibekalkan kepada Alesya, Alhamdulillah, ujian makmal menunjukkan darah kami serasi, dan darah aku dipindah ke badan Alesya, tidak banyak sikit je, lebih kurang 5ml kalau tak silap aku, dan selepas dua tiga kali transfer, bacaan hemoglobin makin meningkat. Alhamdulillah..Allah permudahkan...

Minggu lepas dia mengalami kembung perut, sayu pilu hati aku tengok perut dia kembung, menitik air mata memandang, doktor puasakan dia, dia hanya menerima bekalan makanan dan vitamin semua dari drip, susu badan yang aku pump dan supply tidak dibekalkan buat sementara, dua hari kemudian itu, keadaan better and susu mula diberikan, doktor bagi sikit je dulu, bila tengok respon dia positif doktor naikkan kuantiti, Alhamdulillah dia menerima dengan baik. Kata doktor pakar, minggu pertama selepas bayi dilahir, walaupun dengan berat yang normal, pasti mereka akan mengalami sedikit penurunan berat badan, begitu juga Alesya, nampak ketara beratnya menurun, tapi minggu ini sudah nampak badan kembali merah, dan tidak lagi nampak menyusut seperti minggu lepas.

Kata doktor pakar itu lagi, musuh utama baby pra matang ialah jangkitan kuman. Itulah yang paling doktor jaga, dan sebab itu mereka perlukan antibodi yang kuat, dan specialnya anak pra matang ini, mereka mendapat bekalan nutrition dan segalanya dalam kuantiti yang secukupnya, dan Alesya telah menerima 3 beg bekalan supplement yang sepatutnya dia perlukan, dan syukur kata doktor badan dia menerima dengan baik supplement yang di supply melalui uratnya, kata doktor yang mereka risau ialah berlaku penolakan. Tapi Alesya kan kuat..dia dilindungi Allah, maka Allah permudahkan. Aleysa masih menerima bekalan oksigen, kata doktor ianya masih perlu, tak kisahlah doktor berilah yang terbaik untuk baby Alesya.

Doktor pakar kat NICU itu, doktor India, perempuan, very profesional. Dia menerangkan dengan jelas dan sopan setiap kali aku bertanya, bila aku cakap pada dia aku risau pasal baby sampai tak lena tido jawapan dia menyedapkan telinga, "No..no..don't worry about the baby, dia ok, stabil, sebagai emak, you duduk kat rumah, doa pada your baby, sebagai doktor, me and my team akan rawat all the babies with our best, our part is to help the baby and your part is doa as a mother, I am sure God will help all of us"

Insya-Allah, harapnya minggu ini Alesya akan terus positif, dan berat badan makin bertambah, dan bertambah. Kepada yang sering sms, bertanya baby dah keluar wad ke belum, suka aku nak inform memang lambat baby ni akan keluar dari wad, entah-entah aku dah masuk kerja semula pun belum tentu dia dapat keluar wad, sedangkan Najmi dulu yang tak pakai oksigen, tiada masalah apa-apa duduk 42 hari di wad, inikan Alesya yang lebih kecil, dan guna oksigen buat masa ini, aku jangka, mungkin 2 bulan dia akan berada di wad, tak per la janji dia selamat, kalau ikutkan pun dia sepatutnya dilahir lagi dua bulan pun, yang penting dia makin sihat, Insya-Allah nanti dia akan membesar macam abang dia juga.

Terharu juga kerana ramai kawan-kawan cyber dan kawan-kawan lain, yang concern dan ikhlas hendak melawat baby Alesya, tapi malangnya di wad NICU itu hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk. Sabar ye kawan-kawan, ada rezeki kami, bila Alesya selamat balik, dan dia besar sedikit, kami akan jemput kawan-kawan ke rumah meraikan kesyukuran. Insya-Allah moga ada rezeki untuk itu. Again, terima kasih atas doa semua...

Sunday, June 15, 2008

kelahiran adik


Catatan si Kecil..

Photobucket

"Saya dilahirkan pada 9 Jun 2008 bersamaan hari Isnin, jam 3.35pm, pada usia kandungan 30 minggu di dalam rahim mama saya, saya lahir sangat kecil 1.05kg sahaja, tapi saya kuat, saya akan sihat dan kuat macam abang saya nanti, saya pohon doa kawan-kawan mama dan babah saya di sini, doakan saya cepat besar dan dapat balik ke rumah dengan segera. Buat masa ini doktor masih berikan bantuan oksigen untuk membantu saya bernafas, Insya-Allah kata doktor sedikit hari lagi, saya akan mampu bernafas sendiri, sekarang pun saya hanya menerima bantuan oksigen di tahap yang rendah sahaja. Saya perlu guna tiub untuk disalurkan minuman dan ubat-ubatan, kerana saya sangat kecil untuk menerimanya secara langsung, tolong doakan Allah akan bantu saya untuk terus saya jadi kuat dan sihat,"

"Kesian mama selalu sedih tengok saya kecil dan nampak lemah, tapi bila nampak mama sedih, saya akan buka mata dan bagitau mama, saya ok, tak lama lagi saya akan cepat besar, dan mama akan senyum lega. Doktor pun bagitau mama, dari hari ke hari saya terus positif, tapi mama masih risau, iyer lah dia kan mama saya.. Mama selalu cakap pada saya "adik kena kuat, adik kuat macam abang, cepat besar, boleh balik rumah, besar sama-sama dengan abang," saya akan kuat dan sihat dan akan membesar dengan abang, Insya-Allah..."

Mama dan babah sudah memilih nama yang membawa maksud "Permaisuri Yang Di Lindungi Allah" dan moga Allah akan terus melindungi saya... Doakan saya ye..

Catatan dari Mama..
"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah rahmatMu kepada anak kecil ku ini, berikanlah perlindunganMu yang berterusan kepada anak kecil ini, berikanlah dia kesihatan yang baik, untuk dia sihat sepenuhnya. Kau izinkanlah kami memelihara anak kecil ini di dunia ini, untuk kami didik dan bentuk dia menjadi muslimah dan hambaMu yang beriman. Kau izinkanlah anak kecil ini untuk hidup sempurna di bumiMu yang luas ini dengan rahmat dan keberkatanMu, lindungi dan jauhkanlah anak kecil ini dari segala musibah, berilah pertolonganMu untuk anak ini terus membesar dengan pertolonganMu Ya Allah. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, sudah berusaha, dan kini kami memohon restu dan keredhaanMu untuk membesarkan anak kecil ini, Amin...."

Wednesday, June 04, 2008

Happy Birthday to Me.. (Belated la..)


Banyak beno ulang tahun bulan Mei dan Jun, ulang tahun blog, ulang tahun perkahwinan, and semalam my birthday. Tak sempat update blog, sbb pc teruk kena attack dengan virus, kena format pc semula, and malam semalam baru pc ok, dan dapat connect streamyx semula.

Wahh hebat semalam menyambut birthday aku dengan pengumuman minyak naik sebanyak 78 sen. Bertambah la kan, kempen jimat cermat kita. Dan sempena kempen jimat cermat, semalam walaupun hari birthday aku, kitaorang tetap tak ke mana-mana, dinner anak beranak je kat rumah. Kalau dulu ikan tenggiri tu mahal-mahal pun sekilo dalam 15-16 ringgit, sekarang paling murah sekilo RM22, maka menyahut kempen berjimat, tak payah beli ikan tenggiri, makan je la ikan kembung, ikan kembung, ikan sardin, ikan tongkol. Mujurlah semua ikan sedap. Eheheh cuma aku suka beli ikan tenggiri sebab senang nak mencuci, dan senang anak nak makan, tak payah belek tulang-tulang ikan tu.

Dulu sayur boleh dapat 3 ikat 2 ringgit, sekarang seikat seringgit, seikat tu lagi kurang dari seikat dulu. Ni minyak naik, lagilah harga barang semua akan naik, kesian mereka yang pendapatan kecil. Memang kena ada side income juga, tak boleh harapkan gaji semata-mata. Yang penting amalan kita pada Allah, dan amalan pada kedua ibu bapa, cukup lengkap dua benda tu, Insya-Allah, memang sentiasa ada saja rezeki terbuka untuk kita. Lepas bersalin dan selesai berpantang semua, Insya-Allah, tempahan cupcakes akan dibuka semula, dan Insya-Allah harap rezeki akan bertambah, bolehlah dihulurkan lebih kepada orang tua di kampung, itu yang penting. Macam sekarang sikit beno dapat dihulurkan kerana itu lah yang termampu. Hujung tahun ni duit motor yang aku bayar bulan-bulan untuk adik tu selesai, so legalah, duit bayar motor tu boleh mak guna buat belanja.

Minggu-minggu cuti sekolah ni, penat mulut aku bercakap dan memberikan arahan kepada Najmi, adoilah respect orang anak berderet, boleh cool, penat aku menyuruh mandi, menyuruh makan, menyuruh solat, setengah jam dia pun sekejap, sekejap... bila tengok tv, asyik kejap, lepas iklan, udah iklan kejap lagi, tunggu iklan lagi satu, adoiii penat sungguh, tapi kalau takder dia, sunyi sepilah, itulah penyeri dan penyedap pun, jadi bersyukurlah dengan anugerah Allah beri, itulah nikmat ada anak pun kan, cabaran dia dok beri tu yang membuatkan kita makin matang.

Tapi dia boleh disuruh membantu apa patut, itu pun nengok mood dia juga, minggu lepas aku bodek-bodek dapatlah dia mengelap habuk-habuk dia meja makan dan celah-celah kerusi kayu tu, dan dia lap kabinet tv, kira sedaplah mata memandang sikit habuk tak der, lepas ni dia janji nak mengelap area living hall depan pulak. Lap kerusi kat ruang tamu dan kabinet tv di depan. Eheheh kena bodek puji dan ampu baru jalan ni.. Upahnya ais krim je, dan dengan bijak dia cakap, tak pe tolong mama dapat pahala... Alhamdulillah..

Minggu depan mungkin hidup kami berubah sedikit, moga selamat semunya, suspen dan sangat berdebar-debar menantikan minggu hadapan, moga Allah permudahkan segala urusan kami...moga selamat perjalanan kali ini...


Sunday, June 01, 2008

Happy 8th Anniversary


1 Jun 2000, hari bersejarah kami, setelah hampir setahun kami bertunang pada tahun 1999, 1 Jun 2000, kami diijab kabul kan, Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke 8 kami menjadi suami isteri. Syukur...

Takder apa celebration pun..ehehe kempen berjimat cermat, so tader makan-makan kat luar special, walaupun plan asal konon nak pegi makan kat luar, tapi tak jadi sebab dah penat membeli barang kat tesco, so petangnya melepak kat rumah je. Adik aku pun dah sampai semalam dari SP, dia ada kat rumah so ringan kerja aku banyak, guide dia buat nasi goreng tomyam je untuk makan malam tu.

Untuk suami terchenta, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya, sejak dari hari pertama kenal, 1/8/1998, dan hari-hari seterusnya selepas itu. Hari demi hari kita tetap belajar mengenali diri masing, dan diri sendiri. Masa chenta-chenta of course la feeling lebey, merajuk sikit dipujuk, lagi dipujuk lagi merajuk, sebab seronok ada yang memujuk.ahaks.. dah kahwen ni konon merajuk, tetapi di sana diam wat derk jek... kita ni lalu lalang la depan dia sambil dia tgk tv, konon dah nampak kita dok pi balik-balik, member nak usha-usha pujuk...tapi boleh pulak member sound, "Ishkkk tepilah orang nak tengok tv ni, pi balik-pi balik nak tengok tv pun tak senang," hahah kan kes naya. Tapi biasalah, dah masuk 8 tahun kawen, diri sendiri pun maleh merajuk-rajuk. sebab kang sendiri merajuk, sendiri pujuk.

Apalah sangat rajuk yang minta dipujuk kalau kita boleh kenang banyakkkk kebaikan dia yang baik tak? Macam ZAR kata, kalau mati hidup balik pun tetap hendak suami yang ini. Ehehe setuju bebeno aku dengan Zar, tambah pulak bila dikenangkan aku pregnant kali ni memang dugaan betul. Dengan kebas tangan, sampai nak menyuap makan pun kadang-kadang berhenti-henti sebab kebas, apa tah lagi hendak membuat kerja rumah yang selengkapkan bagi seorang isteri, dia la mengambil alih bereskan segalanya. Bagi aku kategori romantik cara dia la gitu, cik abang ni tak reti beli bunga, beli kek, beli kad, beli hadiah. Sejak dari zaman bercinta sampai dah 8 tahun kawen memang dia failed bab-bab yang satu ni.

Pernah masa first time celebrate birthday aku kononnya masa tahun pertama berchenta, kita keluar deting punya excited nak jumpa buah hati di hari birthday, kira macam syok sendiri la konon nanti ada hadiah, ada kad bagai..tapi nan ado katanya. Sehelai sepinggan je keluar deting, sampai masam muka aku hari tu..ahaks.. Last-last member terus terang, dia tak reti semua ni, ingat lagi, member ajak aku pegi memori land kat Central Market ni, siap member suruh aku pilih hadiah apa aku nak, sebab dia kata tak pandai beli, paling lawak poyo dia boleh cakap "Kalau awak nak, carilah kad sekali, nanti saya sign je, saya nak beli tak reti," uwaaaa kejam sangat kan...Ehehe sampai sekarang aku suka ungkit kisah ni depan anak, dan akan terus diulang-ulang untuk menyakat. Ehehehe

Tapi apa pun aku bersyukur, yang penting bukan semua itu bagi aku, syukur dia menunaikan tanggungjawab dengan sempurna sebagai suami, bapa, anak dan menantu dalam keluarga kami. Malah kebaikan dia kepada kedua mak abah aku sendiri melebihi dari apa yang dia beri pada mak ayah dia. Itu lebih penting la kan.. One thing aku tertarik dengan sikap cik abang ni ialah sifat tidak kedekut, memang dari 1998 aku kenal dia, dia memang pemurah, (tepat dengan maknanya namanya-pemurah) masa aku student dulu, nak keluar deting dengan dia, tambang dia kasi, duit telefon pun dia kasi, ye la zaman tu handphone barang mewah ok.. kata dia, duit pinjaman, atau duit mak abah aku bagi, guna untuk belajar, bukan buat tambang keluar deting dengan dia, atau guna untuk telefon dia, ye lah aku tader telefon untuk dia call.

Mula-mula memang segan nak ambil, tapi dia cakap, dia bersalah kalau biar aku spend duit untuk dia dengan duit mak abah aku atau duit pinjaman. So dari hari ke hari aku kenal dia, itulah sikap yang aku rasa serasi dengan aku, sebab aku sendiri tak boleh ngam dengan orang jenis berkira, sebab aku jenisnya, lebih kurang, bukan berkira. I cannot imagine kalau aku dapat laki jenis berkira, macam mana aku nak tolong adik aku, mak aku, abah aku yang bukan dari keluarga senang kalau dapat laki, semua duit dia nak saving, nak simpan untuk diri dia. Boleh gaduh jawabnya. Mujur sikap tak berkira dia tu la, dia tengok peti ais mak aku uzur sangat, terus ajak aku pegi beli peti ais baru, tengok kerusi rotan mak dah nak roboh, dia ajak beli sofa baru, tengok kesian mak naik bas pegi pekan, dia cover aku beli motor untuk adik. Setiap kali balik kampung, dia akan penuhkan stok barang dapur untuk mak cukup untuk 1-2 bulan..terharu tau..Thanks hunny..

So, to my darling, I LOVE YOU..LOVE YOU AND LOVE YOU... Moga kita akan terus dipanjangkan jodoh, dan terus berbakti pada orang tua kita sama-sama. Syukur juga atas doa mak abah, mak ayah, kami sentiasa ada sahaja rezeki demi rezeki, dan sentiasa ada keberkatan kerana restu mereka sentiasa ada.
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino