Monday, July 23, 2007

BASF cuppies and Najmi learn to use dictionary


Weekend yang busy dan Penat.
Weekend dengan aktiviti buat 600 pcs of cupcakes untuk Sykt BASF Family Day. Mujur ada dua bibik import dan volunteer bibik menolong kat rumah, iaitu Bibik FIEBIE dan bibik Archmal. Dua 'adik-adik' yang tekun lagi gigih berkerja demi menyara kehidupan yang semakin mencabar. Trimas kepada dua Diva yang sudi menolong mak... Mak terharu ouls... kan... buat kerja dengan adik-adik, maka mulut tak berhenti bercakap dan bergossip katanya, kami kerja sambil dengan radio, makanya bila keluar lagu feeling, mrasalah ada yang menjadi Diva, menyanyi-nyanyi manja..hiks...lariiiiiii...

So ni antara pic yang sempat di amek pada hari kejadian.
Ni baru siap tak sampai seratus lagi..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni baru nak cecah dua ratus
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dua diva gigih bekerja..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diva yang tarafnya duduk di lantai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Then buat lagi cuppies esoknya..tadaa...welcome encik semut dan Bob The Builder to the family...new deco for Pnut Cuppies..untuk view lebih pic sensasi sila ke
PNUT CUPPIES

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bak kata Diva FIEBIE, makin the cupcakes is the combination of art, so Syukur aku la ciput-ciput seni art yang saki-baki sekolah-sekolah dulu suka menconteng.

Sabtu pagi-pagi kami dah ke The Curve untuk deliver all the cuppies for Family Day. Then pegi Tesco Damansara, minum-minum, menantikan sampai IKEA bukak, dan bershopping di IKEA, erkk tader soping sangat sen nya tadak..hehehe, just beli rak-rak, yang DIY ada la 2-3, pehtu beli alat-alat untuk sangkut menyangkut... mujurlah aku belim gaji kalau tak, ada je nak dibeli, tak per, tunggu sebelum pindah ni akan di buat kunjung balas kehormat ke IKEA semula. geram sungguh, terutama arm chair dia, dan almari english style tu..cuma Wing Chair je tader. Mane ek ada jual Wing Chair lagi? selain kat Fella...masalah betul, kat kedai-kedai Ah Kau, Ah Chong furniture ni tak jual Wing Chair, kalau ada sure murah sikit.

Citer rumah
Semalam pegi tengok umah lagi, harapnya dapatlah umah tu siap sebelum puasa ni, semalam depa dah pasang bumbung, dinding hall depan dah pecah, dinding dapur dah plaster, cuma lepas ni nak licinkan, then pasang tiles. tembok untuk pagar dah runtuh, mak aiii peningnya tengok umah berselerak gitu, dan semoga semua siap sempurna dengan elok...

Najmi
Dah lama tak cerita pasal Najmi, sebab takder cerita menarik, or mama lupa nak catat cerita menarik dia. Cuma sekarang dia teruja sangat nak berpindah, kalau boleh setiap hari balik sekolah dia nak pegi jenguk rumah, semalam dia tengok dah ada bumbung, dia cakap, dah boleh la tido dan ada bumbung..hehehe, dia skrang dah grow slowly nak jadi big boy dah. Dah mula kenal Harry Porter, Transformer, Optimus Prime, kenal James Bond, dan memang suka tengok Movie channel, tapi bagus jugak dia rajin bertanya makna perkataan apa dia tak tau..and as usual..learning is fun, So aku ajar dia cari maknya perkataan dalam kamus, susah jugak nak ajar dia camner nak go word by word tu..tak pe la..biar dia biasakan dulu, nanti-nanti dia mahir la, harapnya...

so bila dia tanya...mama apa maknya 'dentist' contohnya bila dia dengan dalam tv, aku suruh dia tulis atas yellow sticker tu, then suruh dia browse kat huruf DE- dan bila dia jumpa punya la happy heheh lepas tu abeh semua words dia nak tau..Transformer, Power Rangers, sampai perkataan Ultraman pun nak cari..heheh pehtu terangkanlah Ultraman tu nama, macam nama Najmi, mana ada dalam kamus, pehtu dia tak puas hati sebab perkataan transformer dan power rangers ada. alahai... sabo je la..
Najmi tengah mentelaah kamus mencari makna dentist
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, July 17, 2007

Rumah again


Nak cerita pasal rumah..
tapi sebelum cerita pasal rumah, nak tunjuk pic ni.. Mat Jan, kita punya fav. di Sek.2 kan...) ... ni pic, air "BANCAU" nama dia...or Bandung Cincau, aku rasa di sinilah air Bancau paling sedap... brader ni telah set satu benchmark yang tinggi terhadap air ni, sebab tiap kali aku pi tempat lain, order Bancau mesti tak dapat tandingi air dia.. di Seksyen 2 Shah Alam, kedai nama Pegaga. Dulu masa aku kat UiTM, pegaga mmg port minum-minum, tapi bila petang tak best sikit, sebab ramai bebudak HELL'S kat area situ.. (HELL'S gelaran untuk budak lelaki dari fakulti engineering, singkatan bagi Hal Ehwal Laki-Laki Sahaja)

Air Bancau ni memang sedap, dan tidaklah manis sangat. Favourite aku ialah Air Bancau Pegaga dan ABC kedai Bubble. Memang best..and sampai skrang kalau aku pegi Shah Alam, kalau sempat mesti singgah pekena Bancau or ABC. tapi medan selera Seksyen tu dah berubah lokasi..sudah tidak nostalgia lagi... Medan Selera Seksyen 2 dekat dengan Kolej Jati tu adalah satu kenangan bagi kami student yang grad dulu-dulu, rasanya Medan Selera dipindah pada tahun 2004 or 2005 rasanya. konon nak buat projek lain, sampai skrang tak der pon... itu tempat nostalgia kami la..

ok ni pic air nya...huhuhu sedapnya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ok sekarang cerita rumah..

Rumah baru dah start renovate, Najmi sangatlah excited. dan mama dan babah pun tentulah excited jugak.. Semalam lepas kerja kami pegi tengok lagi rumah...hari tu masa awal-awal start renovate lupa nak amek pic... semalam pegi sempat amek pic buat kenang-kenangan keadaan rumah time berselerak...

ok ni pic nya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atas kanan-rumah asal sebelum renovate
Atas kiri-ruang depan tu extend, living hall, dan bilik tido utama, kami extend ke depan sikit, supaya lebih luas..
Bawah kiri-living hall asal,
bawah kanan-kami tambah sampai hujung tiang tu...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atas kiri-keadaan asal
Atas kanan-sudah naik bata, and tepi rumah nanti kami akan buat bumbung dengan tiang kayu, mcm pergola, hehehe yang ni harga buat bumbung puas nego dengan kontraktor..sbb asalnya dia mintak 19.5k, pueh berkeras, last dapat jugak 15k.. sbb kalau 19.5k mmg tak mampu la.. ini pun wet kitchen punya plan tangguh dulu, sbb bajet dah tak cukup.
Aku nak dia pasang bumbung tepi ni supaya keadaan dalam rumah redup, tak panas, di samping kalau nak buat makan-makan senang sikit, kami pun mintak dia buat tempat bara untuk BBQ (konkrit) siap-siap, tepi rumah tu, nanti kalau nak BBQ senang just beli arang saja.
Bawah kanan-'beranda' rumah yang dikorbankan..
bawah kiri-sudah extend, dan tambah satu panel sliding door, asal ada dua panel je..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atas kanan hall, porch keter, dan bilik tido utama..sebelum reno
atas kiri-bilik tido utama dan hall, sudah dibawa ke depan dah..
bawah kiri-berdiri ditempat sama, tanah belakang dapur asal
Bawah kanan-dapur sudah extend..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atas kiri-tanah kosong sebelah kiri belakang dapur asal, sebelum renovate
Atas kanan-berdiri ditempat yang sama, dapur baru sudah extend, dapur asal dalam rumah jadi dining hall,
bawah kiri-tanah lapang sebelah kanan dapur sebelum
bawah kanan-kami buat satu bilik kecil dan bilik mandi (juga muat untuk mesin basuh dalam bilik mandi ni.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dan ini khazanah yang kami beli pada hari Sabtu lepas,
* 3 lampu bulat bercorak pada kaca-utk 3 bilik tido,
* 16 biji 6 inci downlight (living hall 4 biji, dining hall 4, dapur 4, bilik air 2
* lampu kalimantang, bilik kat dapur, bilik mandi dan bilik air di bilik tido utama.
* kipas-satu kipas yang ada lampu utk living hall, 2 kipas kaler brown utk dining hall dan dapur,
* 3 kipas untuk bilik-bilik tido.
* 2 lampu tembok, 2 lampu dinding utk luar rumah
* 1 set door bell
* Hood dan Hob dapur.

Setel urusan bab tu, beli awal, sebab minggu-minggu seterusnya kami busy dengan cupcakes.

and kami nak let go sofa set ni..saper berminat? sila e-mail or ym..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

and kepala langsir nak let go..
Just top langsir tu je, body tanak let go...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Material, kain Elyza's-kualiti mmg tip top la.. aku tempah dulu kepala tu RM400.00, so nak let go separuh dari harga tu... baru pakai tak sampai setahun, nak let go sebab saiz sliding door tak sama. saper nak email ek...or tggl pesanan...

jangan lupa singgah cuci mata PNUT CUPPIES

Wednesday, July 11, 2007

lagi try and error project-cream puff


Blog aku ni dah jadi macam blog masakan pulak...asyik post gambar project try and error aku jer.. Ermm nak berceloteh macam dulu-dulu dah tak berapa best, coz blog reader dah makin ramai and aku dah rasa tak berapa pirvacy berceloteh segala macam cerita. Hehehe aku tulis pasal renovation rumah, erkk ramai ada pulak penghuni kawasan perumahan se-area aku baca blog ni,

Bila aku pegi kursus or seminar, jumpa my senior or junior masa kat UiTM dulu, erkk ada tu tak berapa kenal pon, tapi tau pulak kesah aku, kisah Najmi holaaa depa baca blog ini. Pehtu bila bisnes cupcakes, time pegi deliver cupcakes, jumpa my blog reader, adeh..aku pulak naik segan, teruja depa macam aku artis.. kelakar.. siap kata tak percaya dapat jumpa aku, selama ni dia baca blog je.. So sweet, dari blog ni aku punya ramai kawan.. and sentiasa dapat kawan-kawan baru. Aku hargai semua kawan-kawan yang dikenali dari blog ini, and please, kalau ternampak kami di mana-mana tegurlah, jangan la nampak kemudian letak komen je kat blog, nampak kami di situ, sini, tapi segan nak tego.. tegurlah, dapat kita jalin ukhwah.

And ada jugak a few rakan-rakan ofis lama, rakan-rakan ofis sekarang follow blog ni, and bila jumpa kat kantin, kat parking siap tegor aku Kak Pnut, hahahaha aku lak terkedu, coz di ofis baru ni, jarang sangat panggil aku nama Pnut. di ofis lama memang diaorg panggil Pnut je. Cuma diaorang ni silent-silent je.. so bila aku ditegur dengan nama Pnut, di ofis, aku agak mesti dari blog. so faktor-faktor begini membataskan aku hendak mengarut-ngarut macam dulu-dulu.

Dan Najmi sendiri pun dah 6 tahun dan dah lancar dan laju membaca, dan suka sangat bertanya kalau dia baca blog ni dan jumpa perkataan-perkataan pelik-pelik dia akan bertanya, maka aku kena cantas banyak perkara, and also kata Kak Long (Widad) yang menghantar email pada aku, bagitau anak dia pembaca setia blog ni, aku pulak naik segan. huhuhuhu.. <-ini pun Najmi pernah tanya mama apa itu huhuhuhu heheheh)

Dengan itu, blog ni turn to skema-skema sikit skarang, ala-ala blog wanita melayu terakhir kiranya.Dan sementara angin rajin nak update dan angin rajin dok mempergunakan oven dan mixer yang darling hadiahkan, rajin le pulak aku try and error resepi hasil dari mentelaah forum cari, forum wanitamelayu so dapatlah a few recipe untuk try and error subejct. Dan perkara-perkara itu lah jadi santapan pengunjung blog ni. Dan ini pun sebagai motivasi kepada orang lain untuk try buat sendiri pasta, pizza, pastry ni, sebab aku dulu pun tak reti buat semua ni, tetapi bila tengok blog dan fotopages orang lain try masak tu, masak ni, letak pulak resepi, motivasi tu datang sendiri.

Dan sekarang my darling anytime je sebut nak makan pizza, aku boleh sediakan sesekali buat sosej bun, so hubby dan anak dapat buat breakfast pagi, bekal ke sekolah dan ofis, dan minum petang. And presenting today is mangsa uji kaji semalam ialah Cik cream puff.. next mangsa in list ialah Cik Muffin. Tungguuuuu..

Ok this is step by step the making of Cream Puff
1. Bahan diperlukan
- 6 Biji telur
- 200 gram tepung (ayak)
- butter 100 gram
- air 250 ml
- esen vanilla
2-3 Masak air dan butter, sampai butter cair dan mendidih sikit (api sederhana)
4-5 tutup air kejap, then masuk tepung sedikit-sedikit dan bukak api balik, kacau sampai jadi begitu
6-7 putar-putar supaya cepat sejuk then sejukkan kejap.
8-9 then masukkan telur, then putar lagi sampai teksturnya jadi cam dlm pic
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1. adunan jadi camni, (suppose kena beat lama sikit supaya dia lebih pekat, tapi aku pukul kejap je..(first time buatlah katakan) note-stand mixer tu daling hadiahkan..thanks...
2-3 Masukkan dalam piping beg, with the nozzle yang sesuai, aku guna no.21 punya nozzle, then pipekan atas dulang yang dah di gris, gambar kaput, Najmi yang amek.
4 patutnya pipe kan lebih tinggi dan tebal, tapi aku pipe leper lak, next time buat better ok..
5- dibakar dalam oven, suhu 170-180 darjah celcius
6-7 my penjaga masa, chef gendut tu, timer set ke 15 minit, dan letak depan Najmi yang tenag buat homework supaya bila berbunyi chef tu jerit dan Najmi pun jerit, mama..dah bunyi..dah bunyi...hehehe
8 tadaaaa cream puff yang tak berapa lawa dah keluar,
9-ni belum bakar lagi, tapi saja nak letak nak cukupkan 9 pics. hehehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And ini ready to eat, holaaa tengah panas-panas, dua hero tu seketul-seketul, baru letak inti satu, letak dalam piring abeh, buat lagi, letak hilang..buat lagi, letak hilang... heheh sepatutnya inti dia custard, tapi custard filling yang aku buat jadi keras la sikit, kurang susu, jadi tak sedap, so aku pipe kan kaya dan peanut butter yang crunchy tu huiii sedap...sedap... dan sebagai tidak mau meranapkan dietku, aku hanya jamah 3 ketul je, dan selebih simpan kat umah sikit, dan bawa bagi bebudak ofis makan, jiran tak bagilah, dah pukul 11.30 malam dah masa ni... hehehe selamat mencuba ye puan-puan...trimas shida from forum cari for the recipe.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kesimpulan-tak berapa best sebab tak berapa menjadi...
status - separuh gagal

Sunday, July 08, 2007

Weekend activity


Phewwww penat..

sejak ada part time business buat cupcakes ni, weekeend aku or even ada harinya weekdays pun kepenatan, dapur pun jarang berasap, oven tu yang berasap..eh.kepanasan sokmo. Bila hari tak der order, aku nak rehat, darling pun sangatlah memahami, kalau aku nak masak pun dia cakap, rileks la, bila boleh rileks, bila busy dengan cupcakes takder masa nak rileks.. Yup now I know how busy I am, kalau weekend mmg full dengan order, no more masak-masak special during weekend, no more Jumaat 'barang basah' shopping, selalunya Jumaat ada Pasar Tani kat sini, aku akan beli fresh ikan, udang, ayam untuk masak during the weekend, but sekarang tak sempat, terkejar-kejar hidup, buat cupcakes, deliver cupcakes, and we spent most of precious time 3 of us dalam kereta...sembang-sembang dan nyanyi2 dalam kereta,

Semalam dari pukul 10 pagi kami keluar pegi ke Subang deliver cupcakes, and singgah Carefour Subang, makan-makan, lepak-lepak, then balik kejap, solat, then ke Bangi deliver cupcakes lagi, then ke Kajang hantar cupcakes jugak, sempah singgah Giant shopping, beli barang dapur sikit, and darling request nak makan pizza dan nak mashed potato, Insya-Allah kalau mama tak penat sangat mama buatkan. And semalam siapkan sosej bun dan roti daging bun untuk order kengkawan ofis. Aku bawa jamu-jamu diaorg saja-saja hari tu, tapi depa pakat order pulak suruh buat.. Rezeki pulak, di samping buat makan anak beranak, dapat jugak modal balik buat roti tu, tapi bukan untung banyak sangat pun benda ni, tapi suka-suka buat je la..roti ni elok boleh simpan 4-5 hari, so boleh la Najmi bawak bekal pegi sekolah, darling makan sebelum pegi ofis.

Cerita Najmi
Dua gigi dia yang rompong tu macam dah nak tumbuh, tak lama lagi hensem balik la anak mama. Hehehehe, budak ni kuat betul ingatan dia, semalam masa lalu kat Saujana Impian, Kajang tu tiba-tiba dia ingat, "Eh dulu kat sini la kita pernah lalu, kita nak tengok rumah, babah silap jalan, babah berhenti kat sini, pehtu babah keluar, kita pusing-pusing mama dan babah cari jalan nak tengok rumah," aku terkejut betul, benda tu dua tahun lepas, masa tu dia umur 4 tahun. Masa tu kami tengah survey jalan-jalan nak beli rumah. Memang betul semua apa dia cakap. Aku sendiri pun dah lupa. dan ini bukan kali pertama. Setiap kali kami ke mana-mana dan jalan tu dia pernah lalu atau ada peristiwa dia akan ingat. Malah lagu-lagu dalam filem pun ada kalanya dia ingat, sedangkan aku dah lupa.

Contohnya lagu Flop Poppy dalam filem Cinta, aku tak ingat pun, suatu hari tu ada lagu tu kat radio dia cakap, "Mama, ni la lagu dalam citer CINTA," aku memang betul tak ingat, aku cakap, "mana ada, lagu lain la.." heheh aku ingat lagu Anuar Zain je masa tu, pehtu budak ni cakap, "Iye, ni lagu masa yang budak pompuan dan lelaki tu pegi cari Khalif, dia pegi tempat projek (construction site) dan tanya orang , Encik kenal Khalif?" huhuhu sampai camtu dia ingat...sampai nama Khalif tu pun dia ingat, aku mmg tak ingat langsung, masa tu dah lebih sebulan kami tengok citer CINTA. Dan hari tu aku letak lagu Shanon-Bila Engkau Jauh dari filem CINTA kat blog, kat umah aku bukak lagu tu, dia pun sebut "Ni pun lagu dalam citer CINTA, yang ni masa pompuan keja kedai buku tu jalan-jalan makan cendol dengan lelaki yang kaya," perghhh aku haram tak ingat bila masa situasi dalam lagu ni..

And syukur jugak la, bila ditanya dengan Ustazah dia kat kelas Agama dia, Ustazah ada sebut senang mengajar Najmi, terang hati dan cepat ingat dan mudah hafal. Legaaaa takut asek ingat benda lain, bab belajar kang tercicir. Harapnya dia boleh maintain la macam tu, aminnnn...

Cooking activity
Ni aktiviti buat sosej bun lagi, dan roti berintikan daging last week. Abaikan kegebuan tangan 'pembuli' roti tu ye..dan tukang nangkap gambar tak berapa terlatih, heheh Najmi punya hasil gambar lagi cun la babah. hahahah..

The making of sosej and roti daging bun...

Ni nak buat roti inti daging, daging kisar berempah + mix vege.

Isi, then bunjutkan doh..camtu..sonang jek..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dah siap...perapkan bagi doh naik 2 kali ganda, then sapukan susu dan telur and tabur bijan

Then..tadaaa dah siap, the color great.. and rezeki jiran..heheh pukul 10.30 malam, dapatlah jiran ni makan roti masih panas, baru keluar oven.. rezeki diaorang la.. tapi masa panas-panas tu..pergghh mmg sadappp
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tadaaaa, nilah roti dan inti yang masih panas, mmg kalau tak ingat diet boleh makan 3-4 ketul masa panas ni...kuatkan iman je aku ni...tanak makan byk, mkn separuh je...

Resepi dough tu macam kat link FP kak Hani Liza yang aku bagi before, and resepi inti daging kat bawah
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inti daging :-

(untuk 10-12 biji bun)

1.Setengah pack daging kisar ramly (or ayam)

2. 2-3 sudu rempah kari (ikut rasa sendiri) -bancuh dengan sedikit air

3. Lada sulah / or lada hitam

4. setengah kiub ayam or kiub daging lembu (optional je..)

5. Mix vege

6. Bawang putih + bawang besar dadu or cincang

7. garam, gula minyak masak

Cara

- Tumis bawang putih bawang merah

- then masukkan bancuhan rempah, masak sampai naik minyak

- Then masukkan daging kisar, tambah air sikit, masuk garam + gula, kiub ayam, lada sulah

- masak sampai kering sikit, jangan terlalu kering, masukkan mix vegi, pehtu rasalah the taste, masin manisnya... siap..sejukkan dulu.. pehtu pi uli roti..

FYI-this resepi adalah aku mereka cipta sendiri, boleh jugak sumbat dalam roti pita then letak mayonis sikit, campur salad, tomato, bawang, sedap.. and kalau without mix vegi, boleh campur telur dan pukul2 buat mcm roti john, kira multi purpose resepi ni.. and also boleh jugak buat inti karipap...just add sikit kentang.

And more update on PNUT CUPPIES

Sunday, July 01, 2007

Busy sampai tak sempat nak update


Update lagik...maleh nak wat entry baru..menyelit kat sini je la..
Remember Malaysian Team bawah 12 tahun yang mewakili Malaysia untuk Danone Nation Cup kat Lyon (Peranchis) and my cousin Amirul one of the player...well... I am a proud kak long...Malaysia dapat no.17 dari 40 negara yang bertanding, and Malaysia kedua terbaik dari Asia, selepas Jepun, dalam kejohahanan ni mereka hanya kalah sekali je dengan England, 5 kali menang, dua kali seri. read more BERITA HARIAN and UTUSAN and dalam star pun ada, nst pun ada...Tahniah anak-anak kampung kita... Malaysia Boleh!! tak la koman sangat lawan dengan anak orang putih kan...dan kalau tengok pic, kecik je Syafiq tu cilok celah-celah anak orang putih tu..

And more...update on projek semalam...sosej bun yummy...thanks HANIE LIZA for the recipe, ini pun memenuhi janji dengan kak liza nak upload pic sosej bun yang telah dibuat.

Mama making the sosej bun... pic taken by handsome Najmi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

thanks kak Liza, gebu roti ni macam saya jugak..hahahahah, hari ni nak buat lagi..tadi bawa datang office, ada pulak budak-budak dan kakak-kakak kat office ni order...ada yg nak nak 8 biji, ada nak 5 biji...yeay...boleh practice buat bun pulak...home made ni best...darling semalam, baru je keluar dari oven, masih panas, dan makan dua biji... puas hati hubby dan anak makan roti kita buat sendiri...


Busy lah..tak sempat update...dengan cupcakes, dengan kerja ofis..tak sempat la...

dah lama tak story pasal my dua orang hero...Mior beso dan Mior kecik..hehehe nasib baik ada dua je hero...kadang-kadang kerenah berdua hero ni, menggugat kesabaran betul, kadang-kadang melucukan dan paling geram dua-dua sentiasa bertentang pendapat, dan ada angin kus-kus...hehehe, tapi sedar tak sedar gelagar dua hero selalu mencuri perhatian aku, tanpa mereka sedar. Ada banyak pic diaorg aku selalu curi tangkap tanpa diaorg sedar.

ni salah satu contoh aku candid masa diaorg lepak tengok tv...keseksian darlingku terpaksa di cover heheheh biasaklah kau umah, pakai kain pelikat jek.. Sila lihat aksi spontan ni, yang best tu kadang-kadang dia berebut kerusi, berebut bantal.. hemmm lelaki tu lelaki jugak la..hahah ada je benda nak direbutkan..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

yang ni dalam keter, masa kami berjalan raya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

saje letak pic tu kat sini, buat kenang-kenangan dua hero tu nanti...

Citer weekend..
Macam biasa busy la..menyiapkan tempahan cupcakes...
sila jamu kata ye...
Ini hantaran untuk majlis pertunangan Cik Daun dan Neslo..dua adik-adik aku dari dunia cyber ni..anyone nak order untuk hantaran, please visit HERE
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

then ada a few lagi..
antaranya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And please visit ke CUPPIES BLOG kalau nak order. Aku ni buat part time je, so kalau berminat silalah booking awal ye...

Citer semalam
Semalam kami pegi tengok Transformer, dalam busy-busy pon sempat jugak melayan permintaan hero kecil nak tengok Transformers. Aku menjangkakan, akan boring, oh rupanya tidak...best..kami 3 beranak enjoy the movie. Bukan Najmi je happy, aku pun turut happy. Thanks darling belanja us. And Najmi sekarang berangan, dia la Optimus Prime..hahaha mama pun teruja dengan gadjet-gadjet transformers ni..best.. baik dari tengok wayang kami pi makan, then Najmi amek tisu dan lipat, dia kata, "bila lipat Tisu ni jadi mcm logo transformer" haha kreatif..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masa tengok wayang, tu adalah disebut E-bay dalam filem tu, dia tanya mama E-Bay tu apa?? aku cakap la "E-bay tu jual-jual barang kat internet, kita tangkap gambar, pehtu kita letak gambar tu kat internet, orang boleh tengok, dan beli," hehehe pehtu dia cakap "Oooo macam mama letak kat blog tu...," cisss

Rumah
Rumah dah mula proses renovation, pening jugak nak memilih design grill dan pagar, dua-tiga hari kontraktor tu bagi buku catalog suruh pilih design grill, last aku pilih yang simple dan tak berkerawang sangat...maleh la pilih berkerawang macam mak cik-mak cik punya taste kata Feibie.hehehehe, amek kaler-kaler, macam tadika pulak, so aku pilih simple je, with sedikit kerawang dan kaler aper tah nama dia..tp ala-ala tembaga klasik tu le..camni je
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tembok, separuh bata, dan separuh kayu, dan pagar, separuh wrought iron dan separuh kayu, mulanya nak semua kayu, tapi tiba-tiba belek-belek anjung seri jumpa pagar camni, terus aku amek gambar, dan print bagi kontraktor tu, dia cakap ok, boleh..lega..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

hehehe saja tulis kat blog ni, kot-kot aku sendiri lupa camner aku pilih grill tu..nanti kalau dia salah buat, aku ada bukti..ahaks..

Weekend sentiasa busy dengan cupcakes, bila nak nak meround cari lampu, cari dapur, hood dapur, dan survey-survey langsir, dan segala macam barang..adeh pening...dan pening ngan duit gak..

and kami nak let go a few barang, nanti aku amek pic dan lelong kat sini..
contohnya sofa, almari baju, kabinet dapur..and saper tau mana kedai lampu, kedai jual dapur dan hood dapur yang harga murah la sikit...need help..

hari ni:-
malam pegi deliver cupcakes, then kalau jadi plan nak buat roti sosej..Insya-Allah..
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino