Thursday, January 28, 2010

Update la walau sebaris ayat...


Ada orang tanya naper tak update blog
Jawapan saya tak sempat, ada urusan dunia.
katanya kesian dia tunggu saya update...
Maka untuk tidak menghampakan korang yang masuk
saya update, bukan sebaris ayat, tap berbaris-baris...

Sekian

Terima Kasih

Salam 1 Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara

Saya Yang Menurut Perintah

Pnut


Jadilah kan..update juga....
tataaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Untuk peminat Zizie, terimalah gambar pengantin baru kita... terima kasih kepada empunya gambar, forumer cari.


Kelas kan... Rambut Datuk udah kaler hitam kekdahnya, tiada lagi keputihan..

Gebus Zizie ni kan, kulit licin, putih melepak. Pernah jumpa dia live kat UiTM dulu, dia tengah shooting drama ke filem entah.. memang comei gilerrr putih melepak lepuk..

Selamat Berbahagia Pengantin yang bak pinang di_______________________________
sila sambung sendiri la... isi tempat kosong...

byeeee

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Lelaki Menangis???


Semalam kat HotFM, Fafau dan FBI bukak topik pasal lelaki menangis, ada sorang pompuan ni call bagitau bekas tunang dia suka beno jadi King drama, nanges je, seminggu 2-3 kali menangis, sebab beriya-iya kabo dia sayang bekas tunang tu, tader pompuan lain konon, tapi kata pompuan tu, kat belakang siap keluar deting ngan awek lain..ahaks, murahnya air mata jantan itu.

Lelaki ni, kalau dia kena belasah, jatuh motor, patah riuk pun sakit cemana pun jarang dia nanges, tapi kalau hati dia tersentuh, leleh juga air mata dia. Tau la kan semalam i mention pakcik gebu ai baran, tegas, dan tak main le jiwang dan leleh kan?? kalau saya tengok drama, filem, atau baca novel nanges leleh, pasti seminggu belum abeh wa kena kutuk beb. Sengal je ngutuk bini dia.

Tapiiii ada satu novel kisah benar ni membuatkan pak cik gebu punya air mata menitis jua... Nak tau novel apa?? ni hah novelnya..



Actually banyak novel-novel kat rumah saya (ingat dak? saya minta sumbangan buku/novel untuk kami bangunkan library kat rumah anak-anak asnaf? Alhamdulillah ada yang prihatin hantar novel kepada saya untuk sumbangan, anda bila lagi???)

So ada lah banyak novel saya dah kumpul, dan akan dihantar nantu, dan salah satunya novel ini (ini dari beg yang disumbangkan olah Izza rasanya) Novel ni kisah benar ouls.. Mungkin korang ingat kisah keluarga malang dari Kelantan yang 5 anaknya mengidap MLD, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan sel otaknya semakin hari rosak, dan akhir anak-anak jadi cacat otak, hilang keupayaan diri, dan berakhir dengan maut, keluarga ini mencatatkan rekod dunia, kerana satu-satunya keluarga terbesar dalam dunia yang semua anaknya mengidap MLD. Kes-kes lain, hanya satu atau dua anak akan mewarisi penyakit ini. Tetapi bagi keluarga ini 5 anaknya menghidap penyakit ni yang memang kata doktor tiada harapan sembuh bila positif, hanya menanti masa untuk 'pergi'

Pelbagai dugaan la mereka hadapi, 3 anaknya sudah terlewat untuk menghalang penyakit ini, tetapi dua yang dibawah masih berpeluang sembuh, dengan melalui pemindahan tulang sum-sum, yang rawatan ini hanya ada di luar negara. Segala usaha dilakukan doktor di Malaysia (HUSM) untuk membantu anak-anak ini, dengan sumbangan dan sokongan kerajaan berangkat juga 4 beranak (dua anak yang bawah dan ibu bapa mereka) ke US untuk rawatan, pemindahan air tulang sum-sum tu berjaya ke atas dua beradik ni, tetapi si abang meninggal jua akibat jangkitan dan pelbagai komplikasi. Takdir menentukan.. Sedih tau.. satu persatu anak dia meninggal, dari yang sulung, kemudian yang ke 4, diikuti yang ke2 dan akhir sekali yang no.2 sehingga novel tu ditulis, hanya yang bongsu yang buat pemindahan tulang sum-sum berjaya, tetapi itu pun bergantung pada ubat-ubatan seumur hidup. Dalam keadaan anak dia sakit begitu, ibu mereka pula didapati kena kanser, kena operate, kena kimo..aduhaiii berat sungguh dugaan mereka.

Sedih tau, bila saat-saat dia nak hadapi kematian anak-anak dia, saat-saat dia menatap anak dia kejang (sawan) nafas tercungap-cungap, mata ke atas, dan akhirnya meninggal di pangkuan.(kecuali anak no.4 meinggal dalam koma) halaaaa weiiii kalau korang kental cemana pun, pasti korang sedih.. Kalau tak menitis air mata, tak tau le jenis manusia cemana korang kental sungguh la..Tau dak, anak buah hubby along siap gelakkan hubby lagi bila dia ckp dia bergenang air mata baca novel tu, siap gelak kutuk, pastu kami suruh dia baca sendiri,.. nah ambek ko, dari pukul 12 malam, dia langut, sampai dekat 4 pagi baru tido sebab layan novel tu, esoknya saya tanya cemana kata Along "huh wencooo bergenang juga air mata, dua tiga kali juga menitis" hah.. baru ko tauuuu

Serius memang saya rekemen korang baca novel ni, novel ni dah lama, tapi dulu saya tak sanggup nak beli dan baca, sebab saya tau mesti sedih. Tapi bila hubby sendiri baca pun nanges, saya kuatkan semangat baca juga. Ermm bagai dikata, cuma tak banjir ke kot. Sedih giler weiii..

Hubby saya nanges sebab kata dia, dia seorang suami dan bapa dia kagum lelaki dalam cerita itu, kalau dia sendiri belum tentu dia sekuat itu hadapi dugaan. Bayangkan anak lahir sihat, bijak, bila cecah umur 8-9 tahun mula menjadi lupa, dan fungsi otak hilang sedikit demi sedikit, dari anak-anak yang bebas berlari ke sana sini, jadi anak-anak yang terlantar, makan minum pun orang suap. Dan dia sebagai bapa pasti tertekan, nak cari duit, sampai akhirnya tebalkan muka mintak sumbangan, sudah ada sumbangan masyarakat pula tuduh mereke salah guna wang sumbangan. Memacam dugaan.

Penulis novel ni CHEF NORZAILINA buku ni terbitan Karangkraf

Soo kalau rajin pegilah beli dan baca, kompemmmmm korang nanges.. rasanya 29-1 feb ada karnival kat karangkraf tu, boleh usha novel-novel.. kak sri, akak ada ke? kita rasa cam nak pegi je...

Tuesday, January 26, 2010

Panas Baran


Rentetan enrty semalam tu kan, pasal baran baran. I do agree dengan Rudy(tru comment) dan Mak Andeh(tru YM)bila dua orang cakap Fahrin baran, betul la tu.

Ya tak dinafikan, ada lelaki baran, cik abang saya pun baran. Sikap baran ni dari muda belia, bukan dah tua baru nak baran. Mula kenal dia, memang geram, sebab abah saya cool je, bukan jenis baran, malah adik beradik emak saya lelaki pun cool, jarang ada yang baran, belah abah saya pun semua jenis cool, tak baran, tapi bila kenal pakcik gebu, dia mengaku dia baran, ayah dia baran, abang dia baran, kiranya macam genetik le ni..ehehehe betoi, anak-anak buah hubby pun ramai sebaranan ni..(sebaranan katanya, pengsan Ketua Pengarah DBP baca perkataan tu) maka, saya selalu le nasihat isteri-isteri anak-anak buah ni, kena sabo bebanyak.. jangan melawan sangat, sudahnya kita yang makan hati..ehehehe.

So saya fikir panjang, leh ke aku nak kawan ngan dia yang baran. Kita kawan lite-lite dulu la...kalau rasa tak boleh, kita blah la kan. Saya kawan dulu seminggu, dua minggu, sebulan dua bulan. Oklah.. biasalah takkan nak tunjuk berang kat kita awal-awal kan? ehehe tapiiii for me kita yang handle dia, kita ikut rentak la kan.. Bila start serius sikit, dia ada beberapa permintaan yang bagi saya, oklah untuk saya ikut (bab aurat, tingkah laku bagai) so bagi saya setidak-tidaknya dia tegur benda yang elok, saya follow je, so idak le member naik hangen je sebab saya degil bebeno ye dak.

Dah kawen, wahhh baru kita 'mengenali' dia sepenuhnya. Memang terkejut juga, ooo gini rupanya baran dia. Tapi kita dah pun kawen takkan nak bercerai berai, setahun dua awal kahwen tu baru 'usia' perkenalan sebenar-benarnya.. dulu masa chenta, marah-merajuk, balik rumah masing-masing..pastu rindu-rinduan, nak tak nak salah sorang mengalah. Dah ko duduk serumah, jangan harap le nak dipujuk bagai. Bertuah le kome kalo dapat laki, merajuk sikit, nah sejambak bunga sampai.. merajuk sikit, nahh seketul emas dapat. Buat sujud syukur la korang dapat laki gitu. Betul, ko ingat semua orang bertuah dapat laki tak tentu arah nak pujuk bini kalau merajuk, ko insan terpilih dikkkk harus sujud lelama syukur dapat suami begitu.

So bila masuk tahun ketiga keempat kawen saya mula leh menekel kebaranan pakcik gebu, garang-garang dia, tak pernah lagi kena tampar pun, paling tidak dia tampar meja, pastu tangan dia sakit..hehehehe kesian dia, he never babab me, babab anak pun jarang, takat garang je sebenarnya. So bila dia hangen, pedulikan dia. Kalau tengah masak, masak je, jangan layan, kalau tengah tengok tv, belasah je tengok tv, karang-karang dia ok le tu..eheheh bila dok melawan tu yang lagi member hangen, erkk tapikan kekadang ada isu saya perlu tegakkan keadilan, saya melawan juga.. wahh gaya loyer gua ni beb.. tegak keadilan katanya. The rest, kalau bab kita punya saya kena marah, ko iyakan je la.. maleh gaduh. kot kita layan baran suami, boleh cerai berai dah.

Tapi Alhamdulillah berkat skil nego-nego saya, dia masih lagi suami terchenta meks.. malah sebenarnya dia sayang family kami sesungguh hati dia. Cuma dia tak reti tunjuk cara jantan jiwang. Cara dia selamba sikit, sesuai la kami, sesama kental. Contoh dia sayang kami ialah bila saya cakap saya nak apa-apa, kalau dia tak mampu masa tu, dia kata tunggu, tapi bila dia ada duit nanti, dia akan belikan juga. Ehhh biasalah kot, semua laki pun camtu..ahahhaa tak kira le..nak gak puji laki meks..

So dalam kes LO dan Scha tu, kome udah le tahu budak Fahrin tu baran, ape hal kome nak berchenta? chau cin cau le awal-awal.. Scha koman-koman pun blah awal.. yang minah sorang tu lama couple, teman tapi mesra katanya, tapi masa kes baju Jovin (kemuncak wa tak suka dia) siap mamat ni le tunggu kat Airport dengan bunga.. dialah penyejuk jiwa ko katanya.. cisss dah putus, segala neka nenek keluar cerita, pasa Fahrin ngan Scha, wartawan tanya pasal Scha siap cakap tak tau tak kenal. padahal minah tu dah pemes dah masa tu, apekah motip??? tetiba jadi best pren porever lak..confuse acik.

tambahan..
ada orang buat pool ni..result ni takat pagi tadi je..

erkk no komen..

Monday, January 25, 2010

Kisah pagi tadi


KIsah untuk iktibar, pagi tadi dalam perjalanan nak hantar si abang ke sekolah saya tengok ada 2 kejadian.

Satu-ada satu ibu ni, hntr anak dia, member pakai baju kaftan je..atau baju kelawar tu..abju tido beb... Kat trafik light dia sudah hentam belakang satu kereta, maka keluar la dia dok nego tepi jalan dengan berbaju tido... huh glemer kak tu...

Kedua-ada satu bapak ni pulak, hantar anak dia pakai kain pelikat sajork... tengah tukar tayar kereta pancit..seksi oulssss siap selak kain, sebab nak jack tayar tu.. pastu dengan macho tukar tayar.. Kejadia berlaku di depan stesen Petronas..cute je tukar tayar pakai kain pelikat..ahaks...

Moralnya..kita tak tau apa yang akan berlaku..maka bersedia dengan segala kemungkinan. Baju tido tak sesuai memandu walau keluar pegi kedai..eheheheh... tapi lainlah kalau ouls jenis hentam bohhh saja..baju kaftan pun leh pegi shopping kat Alamanda, baju kaftan pun boleh pegi menebeng kat mamak.. gua tabik lu beb... pernah tengok ni, ada sorang pompuan ni pegi shopping pakai baju kaftan tu.. selamba jek... no hal pon.. Bibik ai lagi vouge, nak pegi klinik pun pakai jeans, blouse tak pun pakai dress labuh lagi occay... Kalah ai

ok tamat kesah tu..

Tengok paper hari ni?? Fahrin Ahmad nanges ouls...ayooo lelaki macho yang wa suka nanges beb..sedih lak ai tengok

Antara kenyataan Fahrin

"ahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran....,saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaanyang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya."

meks pun sedey noks... terharu bila baca ayat dia, yang camner kalau orang tanya emak dia yang terlantar sakit.. tak semua orang fikirkan perasaan emak bila melibatkan diri sendiri, tetapi mamat ni fikir emak dia..gua kagum..so no doubt.. wa suka lu beb... opss jgn maree pakcik gebus..'

Bab saman tu..Go Fahrin gooo gooo i sokong u as ex-uitm..hiks..tetiba...fanatik UiTM lak... esok menang jangan lupe belanja fan occay..

Sunday, January 24, 2010

Kek dan cupcakes


Tak dak modal nak update blog...
merasalah korang tengok cake dan cupcakes je la...

ni order cida..

Ni Jiey punya, Jiey, tempek la kat blog Jiey-promote sikit..ehehehe


Kak Anita, my officemate untuk anak buah dia

Ni tak ingat siapa punya, dah lama, rasanya pun pernah tempek dah..

Ni syau punya, nak handbag dan kasut

Hawa-untuk birthday girl

Officemate juga, untuk mak sedara dia..








kira oklah, ada gak pic nak tempek..mujur buat bisnes kek dan cupcakes, koman-koman tgh busy ni leh je tempek gambo kek dan cupcakes... nak tempah sile isi borang tepi tu nooo tgk link kat situ gak..

Saya ada buat bisnes yong tau foo, frozen, sapa nak leh email or sms me ok.. murah tau, lebih murah dari pasaran..leh amek kat rumah stoknya, buat makan anak beranak, atau nak berniaga pun boleh, contact je saya. So far anak buah teman dah berniaga kat UKM sinun, Alhamdulillah, kencang juga bisnes dia.. Any student lain berminat nak bisnes kat hostel?? contact me ok..

Thursday, January 21, 2010

Ayam Madu Mak Pnut


Pagi-pagi saya sudah sedih..
emosi terganggu...
betul sumpah tak tipu..sepagian ini saya teringat-ingat..dan perkara ini menghantui jiwa dan sanubari saya. BACA SINI-KISAH ANAK DERHAKA

Apa yang bermain-main dalam jiwa saya ni, kenapa ada anak begitu, apa salah emak dia, salah asuhan? salah didikan? pengaruh apa kah?? adakah ibu dia pernah buat perkara yang amat menyakitkan hati anaknya sehingga tak nak mengaku perempuan tua itu ibu dia. Atau dia sudah kena ubat guna-guna sampai tak kenal ibunya lagi??

Saya berdoa jangan Allah uji saya begitu, moga ALlah tetapkan iman saya, berbakti kepada emak saya, satu-satunya emak yang saya ada..walaupun ada ibu mertua yang juga baik, dan saya anggap memang macam ibu sendiri, tapi emak tetap emak.. tiada ganti. Orang kata, suami mati atau isteri mati kita kawen balik, tetap orang kata suami kita juga, tapi emak kita kalau sudah tiada, memang tiada..tiada pengganti.

Saya masih kolot.. tetap percaya apa yang ibu buat terhadap anak-anak dia tetap akan bagi kesan jangka panjang untuk ikatan kasih sayang anak. Sentuhan ibu, masakan ibu, bebelan ibu. Semuanya akan jadi ikatan yang kuat. Kenapa ingatan saya terhadap emak terlalu kuat?? saya percaya apa yang saya makan suatu ketika dahalu, yang menjadi darah dan daging yang banyak malah lemak pun iya yang bertempek-tempek dan berkilo-kilo kalau dilapah ni adalah ikatan kasih sayang emak yang emak bekalkan sejak kecil.

Saya ingat lagi macam mana emak punya nasi goreng hangit-hangit emak. Nasi lemak lemuni emak. Saya ingin asam pedas rebus emak, saya ingat ikan cencaru sumbat emak, saya ingat bubur kanji emak, gulai emak?? huh tiada tandingan la, biar pun tak pekat, cair-cair..tapi entah, cukup asam garam dia. Tak pernah jadi saya buat. Saya ingat air soya air tangan abah.. rendam soya, blend, tapis..dan masak.. semua saya ingat... Itulah yang kekal dan jadi ikatan yang kuat. Itulah yang saya buat untuk keluarga sendiri. Biar jauh mana mereka berada suatu hari nanti, biar saya melekat dalam jiwa mereka. Walau sekarang saya masak nasi ayam bukan sedap mana, tapi dia tekak si abang, nasi ayam mama lagi sedap dari yang dibelikan di pasar malam. Biarpun popia saya buat tak berapa sedap mana, tapi bila saya yang sediakan, bapak dan anak berdua ni makan sampai licin. Senang atur makanan mereka berdua, apa yang bapak dia suka, itulah anak dia suka. Saya percaya apa yang emak saya bagi suatu masa dulu, berkesan, dan saya mau kesan itu juga buat keluarga saya.

Oklah saya emosi la.. tak keruan nak menulis apa, marah pun ada.. meh kita tengok resepi sempoi gila-gila saya.. senang, mudah dan sangat simple. Ingat dak dulu kita pernah buat LEMON ROSEMARRY CHICKEN kan?? ingat lagi kesah suami saya yang suka beno membeli madu asli? tapi dia tak juga telan pun madu tu.. berkepuk je disimpan, maka saya sayang madu tu, saya dok guna dalam masakan la..

dan belen rosemarry herb tu dan serbuk lada hitam yang kasar tu kan masih ada, so manfaatkan la...nak boh nama apa pun tak tau resepi caca marba ni... tapi wa cakap lu... tangkap leleh beb.. tak payah buang duit pegi makan chicken wing kat pizza hut. buat sendiri lagi berbaloi-baloi..lagik nyaman dari pizza punya oittt...

Okeh meh kita buat, kompem senang..resepi saya boh kat sini sumer senang-senang belako.. saya pun bukan reti masak hok susah-susah dan menyusahkan diri..acik sempoi gajah je..



NAMA RESEPI : AYAM MADU MAK PNUT

Bahannya
Kepak ayam (4-5 ketul)
Peha Ayam (4-5 ketul)
atau boleh guna setengah ekor ayam dipotong)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia (dua bahan ni tumbuk lumat)
3 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
3-4 sudu madu
sikit serbuk lada sulah,
sikit serbuk lada hitam (sedap pakai yang kasar-kasar)

*optional kalau ada le..takder tak payah..
serbuk daun rosemary
ni panduan je, korang leh tambah atau kurang apa-apa sesuka hati..ehehe

gaul semua bahan, dan perap kejap, tambah air sikit dalam suku cawan...biar berair sikit (tak payah garam, sos tiram, sos cili, dan kicap tu dan masin-masin..)
kemudian bakar dalam oven selama 40-60 minit, ikut oven memasing, suhu kuat 200 celcius.. sambil bakar, balik-balik ayam, dan siram dengan lebihan ari perapan ayam tadi...

*tips-
- Kalau oven biasa, mgkn masa membakar lebih lama, dan suhu mungkin kena lebih tinggi
- Kalau nak jimatkan masa membakar, sebab kalau oven biasa-biasa lambat nak masak ayam ni, korang boleh kukus kejap ayam ni...then bakar balik..jadi jimat sikit masa membakar, masa bakar siram-siram air baki perapan tadi, tp kalau cukup masa, tunggu je bako lama sikit
- boleh gak buat makan dengan nasi ayam, atau buat kuah chicken chop, buat makan ala chicken chop, pastu makan ngan mashed potato, atau kentang goreng.
- kalau tader oven, boleh juga, balut dengan aluminium foil, then bakar atas kuali leper. (tak pernah buat, ape kata korang try test... hiks..)
- kalau aluminium foil pun tader,oven tader... ermm korang goreng je la ayam ni.ehehe
- kalau tader oven, inilah masanya bodek laki suruh beli..print resepi, tunjuk gambo..pastu cakap, nak buat tapi tader oven... buat dengan muka amat simpati.. kalau dia tak mau beli gak..bila pegi soping, lalu tepi tempat/kedai jual oven berhenti kejap, belek-belek oven, dan bagitau teringin nak ada satu..

ni hari ni jumaat, esok lusa cuti, boleh la buat untuk family..kompem semua orang suka..


Wednesday, January 20, 2010

Mudahnya jadi kanak-kanak...


Dalam dunia ni, ada dua golongan yang sangat mudah berkawan iaitu :-
1. Orang tua
2. kanak-kanak

Tak caya, cube kita bawa orang tua kita pegi jenjalan, contohnya pegi hospital bawak orang tua, cube kita tinggal kejap diaorg, kita pegi toilet ke apa.. kita mai balik, kompem dia dah berborak sakan dengan 'geng' dia. Hiks..jangan kata orang lain, emak saya pun camtu. Kejap je dapat berkawan. Mak mertua saya pun sama, bapak mertua apa tah lagi, dia memang peramah dan suka bergurau, dan skill ni dah turun ke suami saya, dan anak bujang saya dah.. dah ya,.. angin yang selalu bertiup tu warisan juga, turun temurun. opsss sorry abang.. i lap u la...

OK, set umat lagi satu ialah kanak-kanak.. bebudak ni senang ooo berkawan..kalau letak anak amoi, anak menachi kat satu tempat, anytime diaorang leh kawan punya. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, ada satu family cina baru berpindah ke Lorong 3, kat rumah saya, family cina ni memang duk kampung cina dulu, cakap melayu pun tak berapa pandai, terutamanya anak-anak dia masa tu. Tapi kejap je..bila kita berkawan-kawan tak sampai 3 bulan anak-anak cina ni terrer cakap melayu, pastu kalau main 'hantu-hantu' Ah Seng ni, kawan baya saya, siap boleh jerit Allahu Akbar...Allahu Akbar... hahahah bebudak lah katakan..

OK meh kita tengok Alesya punya PR skill
Ni saya bawa dia pegi Klinik Jumaat lepas. ALesya cirit birit dan sampai merah 'pet-pet' so kena jumpa Doktor.

mula-mula memalu.. oh ya Alesya ada beg minnie mouse yang comel ni, dan dia sangat kedekut, jangan harap abang boleh pegang, dan kalau kemana-mana dia akan galas beg ni, tak kasi bukak. Thanks babah kerana belikan. Opss jangan terpedaya, hang pa ingatlah laki meks terrer bab-bab tu beli anak bini barang camtu..harap la..ni mama yang cakap kat babah, "babah, beg tu lawa, belilah kat adik," dan-dan tu pak dia seluk poket kasi duit suruh beli...hiks... wahh kalo anak dara punya anytime beb..

Usha-usha dulu, nak pi tekel hero tu..tapi tak tentu arah..pegi ketuk pintu bilik air la..pastu pi mengeliat-ngeliat depan hero.


Opssss hero datang..cover...cover... ai malu youuu

laaa tadi dah dekat, pastu pegi balik kat ayah dia.. ishkk adik lak kena pi ayat balik.. pastu mama pun tak sempat amek pic dah, sebab adik suka ria main dan lari-lari kejar-kejar dengan abang ni..

ok..lagi pic anak dara ni.. udah beso weii anak dara teman...
dia kan suak tengok kartun, selalu duduk lepak depan tv, kemudian saya teringat kerusi kecil abang ni, so keluarkan dan comei je dia duduk kat sini..siap angkat tangan letak kat tempat sandar beb... kaki pun siap angkat sebelah..ewaahhh hebat ko dik...

eheheh disebabkan kerusi ni agak tinggi buat dia, jadinya dia tak boleh turun sendiri, nak turun dia kena jerit mintak orang turunkan dia..ahahaha..

Abang
Eh semalam kan saya cakap tengahari nak pegi sekolah, hantar makanan dan tengok si abang kokurikulum kan..ehh ingat saya sorang je over?? ramai emak pun camtu.. beli makanan atau emak yang tak kerja siap masak dan hantar ke sekolah, eh ada ibu siap temankan anak dia makan kat kantin. Hahah saya pun teringin nak buat camtu, tapi si Abang awal lagi sound, mama tak payah ikut kita pegi kantin, nanti cikgu marah..ahahah alasan, tapi sebenarnya dia malu..ahaks..ai nak kiss-kiss pun kena sorok tepi dinding kawan tak nampak baru nak kiss-kiss. walaaa weiii orang dah sunat... dah hero...tak hero la kalau tak indipendent. ahhaha dah macam citer papadom lak nanti, bawa bekal makan kat kantin sekolah anak..eheheheh. Eh si abang sekarang dah pandai malu-malu..nak tukar baju pun tutup pintu bilik.. kalau dulu main londeh je...ehhehehe

so semalam semasa kami tunggu anak-anak bersiap tukar uniform, sempat le kami borak-borak.. semua emak pun cerita semalam tu juga pegi beli baju kadet/pbsm/pengakap ada sorang ni nenek lagi, dia jaga cucunya sebab emak cucu-cucu takder pegi kursus, dengan atok berdua mereka pegi cari uniform cucu-cucu (kembar) malam tu juga neneknya dengan mata tak berapa nampak alter kaki seluar, jahit lencana..uhuhu tengok kasih nenek...terharu saya dengar. So idakleh saya kategori over kan?


Tuesday, January 19, 2010

Kasih ibu sampai ke Syurga...




Pagi-pagi lagi saya sudah tersentuh hati melihat gambar ini di surat-surat khabar, hampir semua surat khabar ada, NST, The Star, Utusan pun ada, saya tersentuh hati.

Budak lelaki itulah yang dituduh membunuh ayah, datuk, nenek dan adik dia di Rembau. Tidak tahu apa puncanya, kejadian itu berlaku, tapi saya percaya tekanan dan halusinasi membuat dia bertindak begitu. Saya ada kawan sebaya saya, lelaki, geng membesar bersama, geng main polis sentri, geng main pondok, maim kawen-kawen.. Tetapi kawan saya ni mengalami gangguan halusinasi, sampai satu tahap, mengamuk dan nak membunuh, dan suka bercakap bukan-bukan, contohnya, dia bagitau rumah si polan ni ada syaitan banyak, jadi dia bawak parang nak bunuh syaitan tu semua. Mungkinlah kan, kita tak tau apa sebenarya yang berlaku.

Apa yang menyentuh hati saya ialah.. kasih sayang ibu itu. Biar sebusuk dan sejahat mana pun, seorang ibu tak pernah 'membuang' anak dia. Tidak sekali.. Jahat dan busuk mana pun. Emak saya sendiri, banyak kali makan hati dengan perangai adik-adik yang yang kadang-kadang amat menyeksa jiwa raga dia, sampai tahap saya naik letih dan cemuih, bila emak marah kejap pastu ok.. Tetapi emak pernah cakap "Aku ni emak, mulut jahat macam mana pun, hati marah macam mana pun, tak gamak buang anak, tak gamak, luar nampak seronok, tapi hati dalam tak siapa tau," betul la sangat, bila beranak pinak sendiri, baru kita tau cemana erti kasih sayang tu sebenarnya.

Itu sebab anak masuk penjara pun ada emak sanggup bergolok bergadai hendak datang melawat anak dia masa lawatan terbuka hari raya. Ermmm bila saya kerja kat kementerian saya ni, banyak kes lagi hebat-hebat, yang melibatkan kes perbicaraan kes janayah dia luar negara.. ada emak bapak yang bergolok bergadai, jual tanah segala neka untuk bantu anak mereka. Apa lagi kita nak kata? Mungkin emak bapak anggap, harta boleh cari balik, tapi kasih sayang tidak ada tukar ganti. Tapikan, seorang anak belum tentu sanggup berkorban begitu. Kawan saya kerja kat hospital bagitau, ada keluarga yang adik beradik siap leh gaduh kat hospital, sebab ungkit mengungkit bab bil hospital. huhuhu sedih je dengar.. tapi itulah hakikatnya.

Itu sebab emak-emak ni biasanya lebih sensitif pasal anak-anak.. Macam saya, pak cik gebu lebih tegas dan jangan layang remeh temeh. Tapi saya emak depa, saya tak boleh senang hati. Terutama bab sakit pening ni. Risau teman weii kalau anak-anak sakit. Saya dulu duk kat Sungai Layar, sekolah saya kat Jalan Sekerat, SP, jaraknya jauh, dekat 10km gak le kot..rasanya, bila ada kelas tambahan, atau kokurikulum, hari sabtu, saya naik basikal, (hari biasa naik bas sekolah) lalu bawah terowong keretapi, lalu kawasan perumahan India, yang selalu ada India mabuk.. Lintas jalan sibuk dan sesak depan penajra SP, ngeri dan seram bila saya bayangkan saya lalui semua tu, tak tau apa emak saya fikirkan bile melepaskan saya, tapi apa pilihan saya ada? abah saya kerja, emak saya bukan boleh hantar, kereta pun kami tak ada, tawakal je la. Tapi itulah berkat doa ibu, selamat je saya pegi dan balik. Memanglah masa saya kayuh basikal pegi sekolah tu, bukan emak tadah tangan berdoa, tapi saya yakin dalam hati mesti dia doa agar saya selamat pegi dan balik.

Bila ada anak, camtu le saya rasa, dan budak-budak sekarang lebih bertuah, atau jauh sangat bertuah berbanding kita dulu. Najmi, sekolah agama dan rumah dekat je tak samapi 1km, tu pun kami bayar van jemput dan ambil dia. Tak berani nak lepaskan dia naik basikal. Hari ni hari pertama dia Kokurikulum, semalam dia balik dan cakap cikgu suruh beli uniform kadet. BIla saya inform babah dia, pakcik gebu terus hangin..marah cikgu sekolah, tak inform awal tup-tup terus kena beli.. (sebelum ni kata tunggu dulu), babah dia kata beli hujung minggu je, dia penat, balik kerja, malas nak keluar lagi. Huhuhu being emak, saya sedih tau.. kesiankan anak, but i know Najmi budak baik, bila saya cakap kat dia, babah kata hujung minggu ni beli, dia diam dan cakap, "ermm tak per la, nanti kita cakap kat cikgu, tapi cikgu kata siapa tak pakai uniform tak boleh masuk kadet, kena masuk ko lain," lagi saya sedih, sebab dia nak masuk kadet. Saya takkan biarkan ini berlaku..uhuhu..

Babah dia balik, saya cakap taperlah kalau babah tak mau pegi, biar saya je pegi beli ngan dia, tak nak kasi duit pun taper, saya pandai le korek apa duit saya ada.. huhu acik marah tu... ermm tapi i know la...pakcik gebu ni sayang bini dia, saya anak dia...nampak ganas, tapi loving gitu.. dan-dan tu kata, lepas isya' siap, pegi Alamanda je, tengok kat Professor, kalau tader, hujung minggu ni beli kat Warta" kannnn emak dia yang sengih dulu.. sebenarnya sengih sebab dalam hati cakap, selamat duit aku..hiks..

Dan hari ni, first time si Abang kokurikulum, tau dak, saya yang gedik nak tengok cemana dia berkawat..eehhehe tapikan overlah kalau saya ponteng kerja pegi melangut tengok anak ber-kokurikulum kan.. tu pun kata dia, cikgu kata tak boleh balik tengahari, lepas sekolah terus pegi kantin, makan, pastu solat zohor jemaah, abeh solat, rehat kejap, 2.30 dah start koko. Hehehe itu pun saya tetap akan pegi tengok dia, tengahari kang, saya akan pegi hantar nasi makan tengahari kat dia, pastu beli air, dan akan ambil beg sekolah pagi, baju sekolah, tinggal beg utk dia guna koko je nanti. Ahaks..ikutkan hati, saya nak bawa dia pegi makan kat Taman Warisan depan sekolah dia. Tapi dah cikgu dia kata makan kat sekolah je, ikutkan je la.. emak lain pun cam saya ke?? erkk lainlah kalau opis korang jauh dari sekolah, melampaulah kan.. sekolah dia dekat je ngan opis saya, 3 minit sampai...

Saya sudah lalui bersekolah dengan bajet ala kadar, jadi saya tak mau anak-anak saya lalui camtu, anak buah saya pun sama, walaupun bekas suami adik saya tak pernah amek tau, tapi diaorang tetap anak sedara saya, tahun ni sorang masuk tadika, tak banyak, sikit saya belikan peralatan sekolah kat dia, dengan beg princess lagi..ye la, kalau harap maktok kang beli beg apa je kat pasar malam tu. biar dia seronok nak pegi sekolah, dia cuma budak yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga emak abah dia, dia ada hak untuk seronok macam kanak-kanak lain, kekadang saya fikir ada hikmah kenapa Allah tak beri saya anak-anak yang ramai, kalau anak ramai mana mampu saya nak agih-agih belanja nak bantu emak dan anak-anak sedara. Itulah Allah itu Maha Adil, dia bagi rezeki lebih sikit untuk saya untuk saya kongsi dengan budak-budak malang tu. Tak ramai anak, tumpang kasih sayang anak sedara pun jadilah.. tak gitu Luqman...ahaks...tetiba Luqman masuk ini pilem..

P/s-perasan tak, saya tak reply komen u all kat chatbox tu.. sorry..sebab laptop saya ni ada masalah, nak kena re-format balik, sbb IE saya tak boleh guna, skrang guan mozilla, mozilla ni tak user friendly dengan windows vista saya ni.. banyak benda tak support, saya nak reply komen kat tepi pun tak boleh... tp kekadang ok pulak..confuse acik..

Monday, January 18, 2010

Kerabu Telur


Thanks for the feedback pasal KUMON tu, saya berpeluang berbual dengan sorang ibu di tempat kerja saya ni mengenai KUMON, katanya 2 orang anak dia dihantar ke KUMON, sorang di hantar sejak umur 7 tahun, dan sorang lagi dah 9 tahun baru hantar. Katanya konsep KUMON ni ada yang tak boleh terima sebab dia akan bagi latihan demi latihan walau berulang kali, tapi bagusnya budak ni cekap buat latihan, dan berdisiplin. Dan KUMON ni kena ada komitmen parent juga, sebab katanya tak boleh harap anak kita akan pandai di KUMON. Ibu bapa kena tengok kat mana kelemahan anak dan bincang dengan pengajar. Dan semasa saya berbual dengan sorang bapa malam tu pun, kata bapa ni, di rumah kita ajar cara kita yang mudah untuk anak faham. Di KUMON dia ajar guna masa, buat dalam masa ditetapkan, dan komitmen terhadap latihan.

Ermmm atas faktor semua inilah saya tahun ni dan tahun-tahun seterusnya saya akan had dan limitkan order kek dan cupcakes, masa amat berharga, kalau saya terlepas, saya takkan dapat balik. Masa depan anak-anak di tangan kita. Terus terang saya cakap, kalau saya buat cupcakes, perlukan komitmen tinggi, saya akan terima duit dari orang, jadi saya kena buat yang terbaik. takkan cincai mancai nak kasi kat orang. Bila dah ngadap cupcakes bila masa nak nak ngadap kerja sekolah anak, bila masa saya nak tau tang mana budak ni lemah. Najmi ni kena ada cara nak tau kelemahan dia, bukan tak boleh harap babah dia, tapi babah ni part 'keras' baru boleh masuk campur. Selagi saya boleh handle, biar teman je la, masuk bapaknya ala jeneral latihannya.

Tapi one thing saya notice, hasil didikan ala jeneral pakcik gebu ni, sudah mula nampak kesannya. Ermm kalau harap saya cemana entahlah. Cikgu sekolah puji tulisan dia kemas dan cantik, cikgu KUMON pun puji, tulisan angka dia kemas dan teratur..tu semua hasil ajaran ala jeneral Mior. Bacaan solat dan tertib solat pun ustazah puji. Tu semua hasil kegarangan bapak dia menunggu anak dia solat beberapa tahun lepas. Garangggg oooo silap baca, kena ulang semayang balik. sekali tangan garu telinga ka hidung ka masa solat kena tampor, ada yang tak betul, kena ulang semayang balik, walau dah masuk rakaat keempat pon. Huh! kalau harap saya, banyak beno 'kawtim'.

So atas faktor tu, saya cuma terima tempahan cuma hujung minggu sahaja, so kalau u all nak order during hari-hari kerja tu, ermmm sorry guys.. saya berat hati nak terima, kecuali kek yang simple dan tak perlu renyah-renyah..

OKlah nak tunjuk pic anak dara saya yang makin nakal dan lasak ni... semalam dia buat aksi mendebarkan, tiba-tiba dia hilang dari kami semua, cuak beb, saya tengah basuh pinggan, bibik lipat kain, tetiba dia takder, cari semua bilik takder.. rupanya dia dalam bilik tido kami, dalam bilik mandi, siap tutup pintu..aduhai, cam nak gugur jantung saya mencari takder.. lemah lutut, mujur dia selamat dan bergumbira dalam bilik air.

Inikan pic dia tgh malam buta beb..pukul 12 lebih dah masa ni, dia terjaga tido, dan tak mau tido lagi..dia ajak semua orang main...

dalam dok main, bulih pak dia lenaaaa dulu.. mujur abang rajin layan dia.. tak sudah, saya tutup semua lampu, paksa dia tido..dah dekat 1.30 pagi dah.. mana nak larat layan dia.. dah tutup lampu pun tak mau tido..jadi saya babab punggung, menangis..ehehe dalam nangis, abeh gak susu sebotol dan tertido...ehehe barulah saya dapat tido dekat dua pagi, mujur esoknya cuti.

ada banyak pic lagi nak upload, tapi tak sempat la.keja banyak..
lenkali sajork..

Ok itu hari janji nak kasi resepi kerabu telur kan... ok ni resepi kerabu telur yang diderhaka secara langsung oleh saya, ni sebanya original resepi ialah dari blog Mat Gebu, tapi saya tak print resepi, janji saya ingat-ingat lupa..maka jadi versi saya hentam saja...


KERABU TELUR
5-6 biji telur (dipukul dan goreng dadar, nipis-nipis, jgn tebal-tebal)
3-4 biji limau kasturi
cili padi (potong-potong)
sekuntum bunga kantan (saya guan separuh je)
daun kesum
(ikut suka la, kalau suka banyak letak banyak, kalau tak suka, letak 7-8 tangkai pun cukup)
sotong dan udang (direbus dulu)
tomato sebiji (hiris-hiris dadu)
bawang beso (hiris)
sedikit sos ikan
garam dan gula
*kalau suka boleh juga hiris nipis-nipis kacang panjang atau kacang botor tu masukkan sekalik

Caranya
Telur dadar tadi digunting-gunting
sotong dan udang tu pun gunting juga, agak sesedap rasa
daun kesum, bunga kantan hiris nipis..
pastu gaulkan semuanya perah limau kasturi, masukkan sikit sos ikan, garam dan gula..
taddaa siap..makan le..kompem mudah dan senang..

selamat mencoba..

Sunday, January 17, 2010

Perlukan pendapat..


Saya boring dan bengang..entah ape hal interner explorer kat laptop ni tak leh guna, stop working katanya, dah try install yang baru..hagham tak berguna jugak. Ermm nak kena buang pastu install balik gamaknya. Pening haku..

Si Abang
Si Abang sudah kami masukkan ke kelas KUMON, Maths. Ada dua tiga kawan saya cikgu, yang bagitau KUMON bagus, dan memang rekemen la. Saya baru je hantar, masih baru, saya nak tanya pengalaman orang dah pernah hantar anak ke KUMON cemana ek? konsep KUMON ni, homework, buat hantar-semak-homework hantar-semak... Kat kelas, akan diberi kerja juga, buat-submit collect new homework dan hantar semula. Bagi budak lelaki yang susah nak bagi komitmen pada kalau disuruh buat sendiri oleh emak bapak memang sesuai la kot. Tetapi keberkesanan dia saya masih samar, saya tak kata tak bagus, sebab baru je si abang masuk. SO kalau ada sesiapa dah pernah hantar tolong bagi pandangan. Saya tengok si abang buat kira-kira tambah yang sangat mudah dan simple sekarang (mudah pun ada gak dia salah..eheheh) saya difahamkan oleh Dr. Karen, owner KUMON Putrajaya ni, katanya memang nampak mudah, tetapi mereka mahukan kemahiran, contohnya bila kerap buat, budak akan jadi 'tegar' bila sebuat 10+3, dia terus boleh bagitau 13, tanpa mengira. itulah akan ditekankan..

Ok saya bagi abang masa dan saya sendiri masa, saya nak tengok keberkesanan. Cikgu Bean yang ajar Maths tu pun kata KUMON is the best place. so saya percaya kata cikgu Bean..ehehehe.. Cikgu Suharni pun kata ok..eeheh jadi saya ikut, Cikgu Munirah yang bca blog ini pun saya pernah tanya pendapat, kata dia ok, anak murid dia yang masuk KUMON, tak payah susah nak ajar, depa senang terima. So saya perlu testimoni dari ibu bapa lain. Semasa menantikan si abang di kelas KUMON, saya kan peramah, so saya berbual dengan sorang bapa kat situ, katanya ok, anak dia baya Najmi, masuk KUMON last year, memang nampak berbeza dari kakak dan abang dia yang tidak masuk KUMON dulu. Ermm harap betullah, moga si abang sesuai belajar kat sini. Saya masih perlu hantar si abang untuk kelas Bahasa Inggeris, usaha saya beli buku BI untuk dia baca dan paksa baca kurang berkesan, suruh nengok kartun dalam BI, masa kita ada, dia tengok le dalam BI, kita tak der tukar subtitle..boleh??? bikin acik baran je...

Ada sorang ni buat home tuition, dia ajar ke rumah, tapi yuran dia kenakan kurang munasabah pulak... tak berbaloi...

Ermmm dua perkara ni, Maths dan BI adalah dua asas penting yang patut dia faham dan jelas dari kecik ni, esok dah masuk menengah, dia tak susah. Saya dulu tak der pendedahan BI dan Maths di mana-mana..jadi sampai tua saya ketinggalan..insaf meks tau..masuk universiti semua rujukan dalam BI, terkial-kial... saya tak mau budak-budak ni lalui semua itu. Errmmm semua ibu bapa pun camtu, nak bagi terbaik utk anak-anak... bertuah budak-budak sekarang. Kita dulu sedar sendiri je la..

Wednesday, January 13, 2010

Tortilla gulung-sesuai bekal anak sekolah


Takziah buat mangsa gempa bumi di Haiti, mujur berita tersebar lepas meks abeh duty malam tu.. pagi tu Desk officer le sebok handle. mujur bukan time saya duty kekalutan itu berlaku..

Ada sorang ni anto email kat saya, kata dia "Kak Pnut, anak saya baru masuk darjah satu tahun ni, saya ingat nak bagi dia bawa bekal, tolong la akak, kasi idea dan ilham buat bekalan anak yang simple dan mudah disediakan, tapi sedap dan budak-budak suka"

Okeh Maria, sile amek resepi ni sonang hamat... tak nak buat juga..babab kang...

okeh bebeh..mari kita sediakan Tortilla gulung nih... orang bujang pun leh buat..Rauf, Amrie apa lagi..cobe lah...

Pertama-tama kali kenalah korang beli trotilla ni, berlambak dik ada jual, kat carefour ada, kat tesco ado.. cuma takder kalau tempat korang duduk tader gedung beso cenggini.. kena la korang cari cara cemana nak sediakan tortilla tu, kalao tak, korang beli capati ready made je boleh gak kot... kalau tu pun takder, cari kedai mamak, beli capati..ahaks..

ni nok saya beli kat supermarket cap carefour. saya beli yang perasa bawang putih, sedap nokss


okeh bebeh mari kita coba... ni resepi hentam labu ciptaan saya. tak jumpe kat memana pun..ahaks..

Tortilla gulung mak pnut

Bahan A
2 ketul dada ayam (kalau beso, kalau kecik pakai le 3 ketul)-potong dadu
2 keping burger daging ayam (tader pun takper)-bakar sikit, dan gunting-gunting
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang beso (potong dadu)
1 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu sos cili
sayur campur

Bahan B
Satu bungkus tortilia (5 keping)
Thousand Island sos
Mayonis
Sos cili
Salad dan tomato



Caranya
1. Tumis bawang putih dan sedikit bawang beso (sikit je baki simpan)
2. masukkan sedikit air(dalam suku cawan)
3. masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam masak sampai naik minyak pastu masuk sikit air, dlm setengah cawan.
4. masukkan ayam-ayam tadi (dengan burger ayam)
5 Masukkan garam dan gula, masak sampai agak kering (jgn terlalu kering)
6. then masukkan sos cili dan serbuk lada putih, masak sampai tidak terlalu basah
7. masukkan lagi baki bawang beso yang didadu tadi dan mix vege
8. bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan mayonis, thousand island sos dan kalau suka leh tambah sikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah
9. ambik sekeping tortilla, (bako kejap atas kuali leper, tak bako pun taper)
letak salad dan sudukan ayam yang dah gaul tadi
10. letak salad lagi kalau suka, dan tomato kalau suka, tak suka tak yah le boh
11. pastu picit sos cili atas tu dan gulung..

pastu ape lagi..ngap le..

Ni rope ayam dah siap, dan sebelah tu dah siap gaul mayonis dan thousand island sos


Nyum...nyum... sedap beb..


nengok susah ke nak buat bekal anak?? leh gak bekal kat laki.. dan kita bawa pegi opis..
idak le tiap hari buat cucuq bawang, cucuq ikan bilis, kat laki bawak pegi opis...member pun naik segan dah...ahahahha sapa tak tau..angkat tangan sat..

senang je ni...
Leh buat malam-malam, simpan daging tu dalam peti ais, esok masuk microwave, panaskan kejap dan prepare le.. Kalo tader microwave, sile merengek dengan laki suruh belikan juga. opss macam pernah buat jek..hiks.. prepare memalam, pagi bangun pukul 6 pun sempat prepare, kalau cam saya rumah dokek je ngan opis, pukul 6.30 pun sempat lagi saya buat...kalau malam pun tak sempat prepare, hari ahad tu buat inti tu sesiap, tahan seminggu duk dlm peti ais..

kalau anak tak suka makan sayur..ni masanya nak kasi dia makan sayur.. leh kita cincang kobis, brokoli, bunga kobis... tomato...cincang-cincang gaul ngan daging tadi, kompem dia tak tau ada sayur dalam tu..ahaks..

ape lagi..copy paste, dan print la..buat jangan tak buat..

Next saya kasi resepi kerabu telur..alahaii sedapnya...tengok kak An buat sampai termimpi-mimpi haku...semalam dah buat..nanti tempek resepi..

Tuesday, January 12, 2010

Power of Blogging oppsss Facebook


Dulu kata power of blogging kan..
sekarang power of FB
boleh jejak-jejak kasih gitu.

saya dah jumpe balik dah kengkawan sekolah dulu.. Kawan masa form 6 je la..kengkawan haku masa form 1-5 buta it ke hapa..takder jumpe lak.. emm mgkn amoi-amoi ramai.. nama sekolah acik je nama cam makcik kampung, tapi terletak di kawasan majoriti Cina, so secara tak langsung gaya sekolah cina juga pun ada. Kami budak melayu satu kelas ada la tak sampai 10 orang, masa form 4, kalau masuk kelas sastera, dapatlah ramai sikit kawan melayu. ehehe dah tu bila nak cari amoi-amoi mane nak jumpa, maklumlah masa sekolah pakai nama dalam IC, nama mak pak bagi, Lim Pei Pei, Tan Mei Hwa, alih-alih udah beso panjang, dah pulak jadi Claudie, Sharon, Cindy la..mana aku tau dah nama glemer depa.. lain la gua, dari sekolah depa panggil Pnut sajork.masih pnut lagi, idak jadi donat, banat, atau penat, ai menten you.. body ai je tak menten, naik tahap peti ais dua pintu dah.

Eh terbaru saya jumpe adik-adik masa saya keja kat kolej muzik, jumpe, Noryn Aziz, Az Samad, Genervie Kam, ermm teringat zaman diaorang student, library la tempat diaorang melepak..

And 4-5 hari lepas saya jumpa mamat ni, seee artis lak mintak no tepon wa.. bukan wa mintak no tipon dia..ahaks bila wa PM no, tetiba pakcik ni terus call, borak sakan kesah-kesah dolu-dolu.

kenal kah?? kalau set-set umat cam saya layan drama spektra dulu musti kenai.. Ni saya kenal dari zaman sekolah lagi, sesama partner in crime. Bukan kenal gitu-gitu, tapi kenal tahap luku kepala..hahaha pakcik jgn marah nooo, saya panggil dia pakcik.

Ada story mori sebalik panggilan pakcik ni, ehehe kesahnya suatu hari kawan-kawan saya plan nak pegi piknik, pastu emak saya tak kasi... sudahnya si Rashdan berlakon jadi pakcik kawan saya, meminta kebenaran emak saya untuk bagi saya pegi..ahaks.. seee dari dolu lagi dah ada bakat berlakon..hahaha jahat kan saya dulu. So lekat la nama pakcik tu sampai sekarang.

Dalam geng-geng kami dia le paling tua masa tu, jgn tak tau, pakcik ni dulu pernah kena hantar ke Pakistan belajar agama beb, hahahah tapi akhirnya balik jadi artis. SO bila dia balik malaysia, kenalah amek SPM, so dah tua, baru nak amek SPM, terus jadi baya-baya kami time tu..ahaks..

Saya ngantok la... patut saya off hari ni, kan semalam duty, tapi disebabkan saya nak cuti Jumaat ni, maka saya tahan mengantuk ni, semalam dapat juga tido 4 jam, tido pukul 2pg, pukul 6.30 dah bangun, si abang temankan saya, patut saya hntr dia terus ke sekolah jam 7.25pg, opis ke sekolah dia tak sampai 3 minit, ada onar..ape kah bendanya biarlah rahsia.. sulit, rahsia kerajaan malaysia. maka si abang pun lambat masuk sekolah, pukul 8.30 baru setel calling sana sini, kompem itu ini.. baru boleh balik..huwaaaaa,, balik umah kejap, mandi, jumpa Alesya kejap, pukul 9.30 acik masuk opis balik... gagah perkasa sungguh...

Si Abang semalam balik kabo, dia dilantik pengawas Pusat Sumber?? apekah??? emak keja liberi, anak pun kena duty kat liberi..wahh genetik ni. Nampak dia teruja..tapi yang tak terujanya emak pak dia ni la..kena beli baju lengan panjang, dan tie baru.. abeh baru sekolah lengan pendek 5 helai hok ada sekarang nak bagi sapa?? budak ni udah le size gedabak, sape la leh pakai baju dia tu. Intan, nanti akak hntr ke rumah Prihatin la baju sekolah dia ni, sayang..baru lagi.. tak sampai 2 minggu sekolah bukak, lecehlah patutnya lantikan buatlah akhir tahun, so parent idak la beli baju lengan pendek, dah tau awal, siap-siap beli baju lengan panjang. Ermm kalo budak tu emak bapaknya tak berapa mampu, dengan kos anak-anak lain lagi, cemanalah gaya, kami pun mengeluh juga, dah banyak kos keluar bukak sekolah ni, masyuk banyak idak juga..hehehh

Pssstt. seketika.. ajid boh komen blogger punya dulu, gasaklah janji ada komen box...tp sedey la...ada 7000 lebih komen kat haloscan tak boleh export import lagi...si Ajid bertungkus lumus mencari punca penyelesaian lagu mana dia nak buat..knowing budak ni, selagi dia tak boleh buat, selagi tu dia pulun cari punca..tahap geram cam tenuk selagi dia tak leh setel.. ahahh itu Ajid yang wa kenal.. ni pon katanya dah tahap nak bakaq google dah...hahaha

Monday, January 11, 2010

Haiii adik ni..menulis kat blog mama



Salam semua... haiii ni adik lagi bersiaran, mama adik tu pemalas, dia amek gambar adik, pastu edit-edit, pastu dia suruh adik update blog.. adik pun naik syok la nulih blog ni, ermmm adik pun nak nulih blog la nanti, caras mama punya blog, ehehe mana tau, nanti nuffnang bagi iklan lagi banyak kat adik..ehehehehe tak gitu Encik Nicholas?? hiks.. eh adik pun dah cam poyo cam mama..

Oklah adik tunjuk gambar-gambar adik kat auntie uncle semua la..

Ni pic adik..tau tak dalam seluar dalam adik tu. (eh adik pelik, mama edit elok dah pic ni, anak panah tu tunjuk ke seluar dalam adik, tapi bila upload jadi lain lak..heran..heran..)

Adik letak henpon bibik, bibik adik selalu bukak lagu dangdut kat henpon dia, pastu dia pasang kuat-kuat, dia letak dalam poket seluar dia, adik selalu tengok bibik masukkan dalam seluar tu, adik pun angkat gaun adik, masukkan dalam seluar dalam ni, lepas adik buat camni semua orang gelak, adik heran naper diaorang gelak, adik ingat diaorang suka algu dangdut juga, adik pun tepuk-tepuk tangan..rupanya diaorang gelakkan adik, letak hp dalam seluar dalam, mana adik tau seluar orang dewasa ada poket, adik ingat letak dalam seluar dalam je..sebenarya masa amik pic ni nampak lampu hp tu, tapi mama ambik gambar cemana tah, lampu tu tak nampak..

Oklah ni pulak pic adik nak solat

Adik selalu nampak mama, babah dan abang solat, adik dah tau dah, kalau solat kena angkat tangan, pastu cakap Abbbaaattt ye la adik kecik mana adik reti sebut cam orang dewasa sebut AllahuAkbar tu.. mulanya adik tak pakai tudung, tapi lepas tu mama pakaikan adik tudung ni, kenalah tutup aurat kan...tengok adik sukeee bila kena pakai tudung, adik tau nak solat kena tutup, jadi adik tak tarik-tarik pun tudung yang mama pakaikan.

Tengok adik solat, suke-suke adik je nak kiblat ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang...

ermmm sekarang ni babah tu gelak-gelak je tengok adik camni, esok-esok time kena belajar solat, mesti babah marah-marah serius punya, ishkk tak tau le macam mana nanti babah nak ajar adik solat, adik tengok babah ajar abang solat, garangggg oooo takoottt adik. Tapikan.. berkat garang babah tu, adik tengok abang pandai solat, bila orang dewasa puji abang tertib solat, lancar bacaan semua, adik rasa bangga je, ye la dia kan abang adik. Ermm adik pun kena gak serius nanti.

ok..ok..adik serius...


Cute tak adik??

mama kata adik cute, adik pun sukalah, tak kisah orang nampak adik tak cute pun, asalkan adik cute di mata mama adik... kan mama kan.. sopan je adik duduk bersimpuh, sesapa auntie nak buat menantu boleh booking kat mama ek. psst sebenarnya adik duk atas katil ni ada keja ni..

Tau ape adik nak buat??

tengok adik serius je buat kerja adik..

Hah!!!! adik jumpe ni..

Surprise!!!!

Jeng...jeng..jeng....
tadaaaaaa ni le adik buat...
ngorek beg mama..
tadaaaaa adik jumpe
w
a
l
l
e
t
mama...

yes..best betul korek segalanya keluar.. semua kanak-kanak pun cam adik kan..

Oklah tu je adik nak citer...

Malam ni kan..mama adik kena kerja, dia bertugas sebagai duty officer malam ni, kesian mama, dan kesian adik juga, terpaksa adik tido ngan bibik malam ni, ermm harap-harap dunia tidak ditimpa bencana supaya mama leh tido, sambil kerja, takder gangguan, mama berharap takder pesawat terhempas, takder gempa bumi, tak der pengeboman, dunia aman damai malam ni, sebab mama gelabah kalau dunia berlaku bencana malam ni, kena alert menteri, kena alert pegawai atasan mama, dan mama berharap rakyat malaysia yang berada di mana jua di dunia ini selamat dan tak memerlukan bantuan segera.. hehehe teruk la mama ni..

Ye mama pernah bertugas di mana hari yang berlaku kapal terbang terhempas, kelam kabut tau mama, makan pun tak sempat, dalam masa yang sama, ada pulak rakyat mesia hilang passport kat luar negeri, sudahnya keluarga dia kat Malaysia terpaksa call mama minta bantuan haru biru mama itu hari, dengan ada pulak kapal terbang diraja nak melintas ruang udara Malaysia,ke luar negara ke, nak buat flight clearance bagai..huii Skuad Bola Sepak Malaysia yang tak dapat terbang ke Sukan Sea hari tu sebab ada yang lambat dapat clearance.. huiii kalau jadi camtu jenuh mama nak menjawab... tak moo tak mooo... ehh confuse adik, mama adik ni keja apa sebenarnya.. kejap keja kat perpustakaan tetiba dengar bunyi macam penting pulak keja mama ni, ermmm adik tak faham le sangat.. eheheh adik dengar kata mama, semua pegawai kena bertugas gilir-gilir kat duty room, ooo kali ni turn mama pulak...

Jadi mama harap malam ni dunia aman damai.. superman, ultraman, batman, cicakman, powerpuff girl, tolong jaga keamanan dunia ye..

Sian mama, blog mama masih hilang komen kat bawah ni.. entah bila Uncle Ajid nak betulkan ni..sabar ye...kejap lagi ok le tu..

Sunday, January 10, 2010

AJL 24


Haloscan tetiba hilang.. Jap ek, engineer saya tengah tengok-tengokkan.. Ajid tuduh saya hilang script tu...tapi saya tuduh haloscan yang tetiba suruh saya bayo kalau nak guna haloscan tu, kedukut... Sekarang saya sedang menyusahkan Ajid untuk betulkan apa yang tak betul. Akak tak kira, no matter what, please bring back my haloscan comment, hiks... sangat mendesak orang. Memacam Ajid soal siasat saya, ada tak saya ubah tu, masukkan ini..huwaaa mentang lah dia keja SPRM, menyiasat akak dia sendiri nampak.. OK kita tunggu Ajid buktikan kehebatan dia menyelesaikan masalah ini.

Anugerah Juara Lagu 24
AJL 24-dalam banyak-banyak yang paling diingati disebalik AJL selain persembahan dan sebagai, saya ingat sungguh Maria Tunku Sabri.. Hazab sangat noks baju dia pakai tu, adoiiii sangat tida mengukur baju dibadan sendiri. Fibie ko sile komen... Tapi sebagai mana firasat dan harapan saya, saya nak sangat lagu Aizat-Pergi tu menang, saya jatuh cinta dengan lagu tu, bila kali pertama menonton Telentime, dan sehari dua lepas tu terus saya download lagu tu, dan letak kat blog, eheh dan semalam Su terus je sms saya bila Aizat perform, kata dia tu lagu blog saya.. dan tak lama lepas tu sorang lagi my blog reader Nur, sms benda yang sama, kata dia, "kak, tiap kali saya dengar lagu ni teringat blog akak," ahahahah kuat pengaruh lagu tu kat blog ni. ehehehe

Stacy agak mengecewakan dengan wild action dia tu.. huhuhu rambutnya kalau tocang ikat kemas baru mantap..tarian pun kurenggg cuma saya terfikir, kenapa Stacy tak guna mic yang sangkut tu.. benda tu nama apa tah.. senang sikit dia nak menari. Apa pun persembahan yang saya nantikan memang Pergi-Aizat, dan masa Aizat nyanyi, pakcik gebu cakap dengan confident, Aizat menang tahun ni, ni lagu terbaik... (wahh bela hantu raya ke apa laki meks ni)tapi acik suke....suke bravo Aizat.

As usual, anak pakcik Tahir tu meks tak suke sangat, tapi apakan daya, peminat dia ramai.. acik pun redha je la dia ada kelompok peminat kipas mati dia sendiri. Alya tu pulak, saya moskil..lagu sedih, tp dia nyanyi feeling happy..senyum-senyum lagi nyanyi..feeelikkk dia ni nyanyi lagu sedih ke lagu happy...

Budak Yuna tu..aduhhh suka bebeno le saya, lagu-lagu dia semua acik dan donlod dah... layaannnnn hok lagu tajuk Rocket dan AFter Midnight tu memang saya suka bebeno.. Dulu masa saya belasan tahun, saya suka pakai sempoi camtu, dengan jeans dan t-shirt pastu pakai selapis lagi kemeja kotak-kotak...ala-ala pengaruh Kurt Cobain gitu.. hiks... dah jadi emak orang dressing pun makcik-makcik..Saya sebenarnya memang suka gitar dari dulu, pernah belajar main gitar, tapi terhenti separuh jalan sebab saya tak sempat abeh belajar, dapat UiTM, berpisah dari tok guru ehehehe.. Tunggu Najmi beso sikit, nanti suruh dia belajar gitar. (kak zah-tolong tunjuk ajar nanti ek..) kak zah my jiran yang superb beb.. rumah siap ada mini studio jamming, rugi acik tak terrer main gitar, kalau tak leh join jamming ye kak.. eheh belajar ketuk drum lagi senang tak tak?? hiks...

oklah sekian terima kasih..

Thursday, January 07, 2010

Pantun Jumaat


di hari Jumaat mari berpantun...

dua tiga kucing berlari
manakan sama di kucing belang
sudah bertukar dua tiga menteri
harga barang semua naik menjulang-julang

Buah cempedak di luar pagar
ambilkan galah tolong jolokkan
Cakap tak guna begegar-gegar
harga barang tetap dinaikkan

Pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
barang naik satu persatu
jangan merungut, berjimatlah kan...

ehh ok nak pi miting nanti acik sambung
sementara acik miting
korang tolong jawab pantun ni sat..
cik madu, org kuat seni warisan, ape lagi..
zar-boleh tahan juga,,sile..sile...

nanti kita propa lagik..
tata

Wednesday, January 06, 2010

Sek Cina Vs Sek Biasa Part II


Ingat dak, minggu lepas saya letak entry tanya pendapat mengenai sekolah cina dan sekolah biasa kan??

saya ada terima email dari seorang kakak ni yang memberikan pandangan dan pengalaman dia sendiri yang bersekolah cina dan kini anak-anak dia pun sekolah cina. Interesting sangat email ni, so dengan kebenarannya, saya publish kat sini, so that everybody can read. Thank kak Mia @ Maya. Really appriciate kesudian akak share dengan everybody.

Ok petikan email dari beliau :-
Stumbled upon yr blog, terjumpa tajuk interesting. I'm a Malay, chinese school educated, so do my 2 boys. Izinkan akak share experience been educated in chinese school, and as a mother whose children are now in chinese school.

When me and my sibling were sent to chinese school in late 70s to early 80's, when not many Malay were that open in term of thinking. Jadi, kami bebudak kampung ni, bukan saja kena menghadapi prejudis orang2 kampung, malah prejudis sesetengah rakan2 Cina yg memandang serong pada kami. Contoh, among the Malay, kami dituduh makan babi, menggunakan chopstick...etc. Semuanya terpaksa ditelan pahit. Imagine when we went to kenduri, ada orang kg yg kata "ha, dah dtg dah, bagi diorang pakai sepit".

I believe, our society is more open in thinking, situasi ini dah tak dirasai oleh anak2 akak sekarang.

Pelajar2 sekolah Cina lebih berdisiplin. Guru2 di sekolah Cina boleh memukul murid2 yg tidak membuat kerja rumah, tidak patuh arahan guru dsb. Tapi, ini tidak bermakna guru2 boleh bertindak membuta tuli. Sekarang ni ramai anak2 yg dah "lemak manis", pantang cikgu marah sikit, mengadu kat mak bapak. Mak bapak lak, sebab sibuk bekerja, tak tahu cerita sebenar. Children can act differently in different social setting. Ini tidak bermakna akak tak sayangkan anak, anak2 tetap manja dengan akak, tapi, bertempat. Akak tak setuju dengan cara orang putih "spare the rod and spoil the child". Look what happen to their society now.

Di sekolah ada matapelajaran agama. Kalau rasa tak cukup, ibu bapa kena bimbing sendiri anak2. Pada akak, ibu bapa, baik yang anak2 bersekolah kebangsaan atau sekolah cina, perlu luangkan masa membimbing anak2 dalam hal2 agama. Jangan letakkan tanggungjawab itu pada bahu sekolah agama, atau guru2 agama sahaja. Anak2 akak tak pergi sekolah agama, tapi, Akak pastikan ada masa untuk ajar anak2 mengaji dan hal2 agama.

Tentang makan....ni lagi soal sensitif. During my school days, I brought food from home, home cooked halal healthy meal, no junk food, no fizzy drinks. So do my children. When I was small, no questions asked, parents kata jangan beli kat kantin sebab tak halal, kita pun tak beli. Now, my children not only asked me why, they also give me along list of food yg mana halal, yg mana tak halal! Sebab, kebetulan, kantin sekolah diorang ada beli nasi lemak dari luar, katanya nasi lemak halal. Akak rasa was2, sebab tak nampak orang yg hantar nasi lemak tu ke kantin. Akak kata, anything2 yg was2, jangan makan selagi kita tak pasti. 1 hari, akak tunggu kat luar pagar, nampak ada Pakcik Melayu bawa nasi lemak ke kantin. Akak tanya Pakcik tu, dia jual nasi lemak ke kantin ke, dia kata kantin tu memang tempah nasi lemak kat dia. Sekolah buat peraturan, nasi lemak tu diberi keutamaan untuk pelajar2 Melayu. Believe me, when kids bring food from home, not only they can save their pocket money, we can also make sure that they don't spend their money buying food that are ladden with (empty) calory, fat and sugar in which do not contribute to brain development.

My children are prohibited from eating any junk food, fizzy drink. Limit their fast food intake, eat more vege and fruits. Jangan harap nak makan twisties, sweets, ntah apa2 jenama junk food lagi. Tapi, setahun sekali, masa hari kanak2, boleh makan. So, you can see my children eating those junk food macam tak ingat dunia!

I have a Malay friend, on learning that my children go to chinese school, said that she doesn't want her kids to go to chinese school, scared that her children will be "less Malay". But, on our frequent trips to overseas, dia akan makan apa2 saja yang "asalkan bukan babi". And me, rela kebulur kalau tak jumpa yg halal. So, who is "less Malay" here?

Belajar di sekolah cina memang banyak homework. I'm used to it, so, bila tengok anak2 banyak homework, kita sama ada boleh bimbing atau guna teknik yang lebih efektif supaya boleh siapkan cepat.

Learning Math and counting is soooooooo easy in Mandarin. Until now, I just cannot make myself counting in any other languages than Mandarin.

Learning more languages certainly helps the child. I feel more at home in China, Taiwan, Hong Kong during my working trips than some of my chinese friends who do not know Mandarin. Then only you'll know kenapa nabi dulu kata "Menuntut lah ilmu hingga ke Negeri China". Orang2 Melayu sekarang pergi China untuk shopping, I went there to to work - China, Taiwan, Hong Kong like my second home. Bangga bila Melayu mampu buat semua tu, until a few years ago when I said "enough is enough, my boys need me more than others!". I'm now a cook/driver/teacher/nurse/judge/cleaner/janitor (in short housewife) who is proficient in Malay, English, Mandarin, understand Kantonis and a little bit of Arabic!


So kepada parent yang yakin dengan diri sendiri boleh memberikan ajaran agama yang baik, sekolah cina mungkin pilihan yang terbaik. Kalau tak silap Ustaz Zamri yang mengajar Muqaddam kat TV9 tu pun anak-anak dia sekolah Cina. Kat putrajaya tader sekolah Cina, ehehe jadi orang putrajaya tader choice le..kalau nak hantar ke sekolah cina, terdekat dekat Serdang rasanya..

Tuesday, January 05, 2010

Hai Saya Alesya


Hai.. ni adik ni..
Auntie dan Uncle semua ok tak?
hari ni mama off, so adik tulis ek..

Tau tak, adik sekarang dah beso..tak main le kena dukung, budak kecik je kena orang dewasa dukung, adik dan besar, kalau mama, bibik atau babah dukung, adik akan meronta, minta dilepaskan, no one can hold me anymore.. wahh cakap omputih adik.

Lagi satu, adik ni pun dah kurang la nak main mainan baby-baby ni, semua tu budak kecik je main, tau apa adik suka main sangat-sangat.. tak tau le naper adik suka beno main yang satu ni, tau ape??

Nampak ni? ni le paling adik suka buat mainan.. tengok adik tengah selongkar apa ada dalam beg mama


Mama tu kan, dia selalu je letak beg atas katil besar mama dan adik tido memalam tu, letak kat tengah-tengah, jadi adik tak boleh capai, sebab adik bukan pandai panjat katil mama, katil tu tinggi, tapi ni satu hari mama letak atas katil kecil dalam bilik tido ni, sejak adik ada, babah kena tido atas katil ni sebab mama ngan adik tido atas katil beso, ye la..dulu adik kan nenen ngan mama, jadi senang mama nak nenenkan adik, tapikan ni adik rasa adik dah beso, adik dah dengar-dengar mama cakap kat babah suruh babah pasang balik pasang penghalang budak jatuh katil tu, mama nak adik pulak tido sini. ermm oklah, adik kan dah beso..

Ni adik tengah usaha heret nak bawa beg ni keluar..


Eh jap, stop la tak larat heret beg berat ape taknya segala neka ada

Wahhh kredit kad pun ada, takper, hutang le dulu buat beli susu Enfagrow A++.. opss iklan lak..ye la..adik kan duta tak rasmi Mead Johnson..tak caye, tengok kat tepi blog mama, mama buat iklan utk susu adik tau.. mestilah adik kena jadi clever macam orang Mead Johnson cakap tu. ada extra DHA..

Sebagai baby yang dah besar, adik naik basikal la.. nak beli susu ni dekat Alamanda, kat Carefour, sebab mama kata kat situ murah sikit, dapat ler dalam 88.90 setin, orait le tu, ada lebihan duit sikit leh beli ais krim, adik sukalah makan ais krim.

Inikan sebenarnya basikal abang, dah lama mama simpan, kini dah jadi hak adik, adik sukelah sangat.. camtu le nasib jadi anak no.2, asik-asik dapat abang punya je..mujur adik ni girl, kalau tak mesti baju pun recyle baju abang juga.

Ok..ready to go..
sape nak ikut adik?? Iqbal? Khadijah? Rayyan? Rafiq?? Orked? Hana? meh la... adik bawa jenjalan..


Psssttt, mama adik kan, itu hari masa kitaorang jenjalan tu kan.. alaaa yang bawa abang-abang sepupu adik, maktok dan bibik jenjalan tu kan, mama amek pic video adik berlari di taman ke sana sini. bila adik tengok video tu, adik rasa gedik je adik.. ehehehe tapi takper la sebab adik kecik lagi, orang cakap cute la..tapi esok beso kalau adik gedik camtu, mesti kena marah dengan babah. Eeeii adik takot la kalau babah marah, babah garang. Erkkk adik dah dengar, babah cakap, nanti umur 5 tahun adik kena belajar pakai tudung, alamak cemana ek.. sekarang ni kalau adik pakai tudung, adik tarik-tarik je tudung tu, ermm tak per la..nanti 5 tahun adik cube ye babah.

Ermmm mama juga letak pic adik ni kat Facebook, ada kawan mama cakap dah beso adik, teringat masa dia nangis-nangis baca kisah adik masa badan adik penuh selirat wayar, adik berjuang antara hidup dan mati dulu..ermmm adik ucapkan terima kasih pada auntie dan uncle semua yang doakan adik dulu, sehinggalah adik dah besar sekarang, dah pandai panjat basikal ni. Adik pun doakan Auntie uncle semua bahagia dunia akhirat, dan murah rezeki. Mama kata adik ni jalan lain macam sikit, mak tok pun kata gitu, tapi orang cina kata, gaya adik jalan, iaitu kaki masuk dalam ni 'ONG' banyak rezeki..aminnnnn adik harap betul la..

Monday, January 04, 2010

Cuti Tahun Baru Kami


Very the lemb la kan.. Sudah 5 hari pun gigih nak cerita pasal tahun baru.. Ape kesah..tahun baru le juga kan...

Hari Jumaat masa cuti Tahun Baru, kami sesajak bawa emak, bibik dan 3 jejaka anak buah pakcik gebu jalan-jalan ke sekitar Putrajaya, sambil nangkap gambar poyo-poyo. Seronok kami, sebab anak-anak buah pakcik gebu tambah lagi sorang sambung belajar kat sini, so in total yang ada kat sini sekarang, Luqman, Along, Syazwan dan Muhsin. semua hero. Jadi hujung minggu, kami meriah la kalau depa ada. Maksu pun ada, maklumlah kami ni anak tak ramai, jadi numpang kasih anak-anak sedara pun jadilah. Bebudak ni pulak semua anak yatim, emak udah tak der, jadi saya ni jadi emak kepasa bebudak ni le,kononnya. Luqman tu dah kira tahap 'pelanggan' tetap Pnut Inn dah kan..kan..ellehh memalu le tu.

Eh budak Luqman kan, kalau nak tau, dia simpan kuku panjang tau.. satu jari je jari kelingking tu, haku rasa macam nak dajalkan dia je, masa tido nak je aku gunting. Tapi sabooo je..sehinggalah malam tahun baru, member menyerah diri, suruh potong kuku..ape lagi... photo beb.. orang buat upacara potong jambul, dia potong kuku..cehhh...

Tu diaaa... Mior beso tgh potong kuku Mior kurus keding..


Esoknya kami jenjalan ke sekitar Putrajaya, naik ke Bukit Putra Perdana, tapi sayang tempat ni tak terjaga la.. teruk,..sedih tengok, dulu suka naik sikit sebab bunga-bungaan kat sini cantik-cantik..sekarang buruk je..memalukan.. Robee-kamu kerja bahagian Landskap kan?? tak der orang pegi check ke?? ehehe tetiba robee juga kena..hiks..


Taman Putra Perdana, yang tak berapa menarik dah..


Hero bajet hensem.. Luqman, dan pic tengah percubaan wa tangkap gambo sembunyi belakang laki, agar nampak kurus...menjadi gak.. tapiiiiii!!! gambar kanan sekalik sah-sah ko gemuk pnut...


Cerita lain
Saya baca kat satu forum, bebudak forum buat poll, siapa artis paling tak nak kita lihat tahun 2010-carta mendahului ialah Akill Hyai, seterusnya Memey, ketiga Waheeda, dan keempat Norman Hakim..ahaks... wa suke...wa suke...wa suke... wa pun vote juga.. siapa pilihan anda ek???

Pakcik gebu pasang aircond kat bilik tido dah, syioookkk tido indah je..ahaks.. tapi udah si abang tu pun usung toto, bantal sumer tido sekalik.. bila tgh malam terjaga, nak turun katil kena hati-hati, sebab takut terpijak dia..tido punyalah lasak.. Ishkk nak kena boh gak dalam bilik dia ni.. tunggu ek abang mama cash out duit nuffnang nanti, mama beli aircond kat abang.. ahaks...macam beribu riban nak dapat duit nuffnang..ahaks..boleh le...lepas nak beli aircond 1.0HP jadilah.

Sunday, January 03, 2010

2010-Welcome you with gula naik 20 sen, tak pe, rakyat didahulukan...


Hari pertama bekerja di tahun 2010.
10 yang lepas tahun 2000-tahun saya berkahwin 1 June 2000
20 tahun yang lepas 1990-saya baru umur 15 tahun, baru abeh SRP
30 tahun yang lepas 1980-saya umur 5 tahun pada tahun ini.

Lagi 10 tahun akan datang (kalau panjang umoq) 2020-umoq saya 45 tahun, Najmi umoq 19 tahun masa ni, Moga panjanglah umoq saya, dapat saya-saya berdebar tunggu SPM anak, tunggu anak masuk U kalau ada rezeki..aminnn

Lagi 20 tahun akan datang- 2040 umoq saya 55 tahun, pencen dah kot masa ni, koser la saya nak keja sampai umoq 58 tahun. tak kena gaya umoq 50 saya pencen dah, baru syok pencen sesama ngan darling ai.. pakcik gebu masa ni duit epf banyak, boleh pow sikit. Masa ni harap Najmi dah kawen, dah ada la cucu harapnya...ahaks.. anak baru bersunat emak dia dah cakap bab cucu..

itu semua kalau panjang umoq la... kalau tertulis, tiba masanya dijemput Allah..maka sampai tahap itu sahaja angan-angan kita. Kita tak tau bila kita akan mati kan??

Hari ni dah darjah 3 anak bujang saya. Masih terasa dia BARU HANTAR DIA MASUK SEKOLAH gilos emosi la masa first day hantar dia masuk sekolah.

Hari ni masuk darjah 3 dah... Kalau tahun 1 dulu memang dia kelas pertama, so kuat persaingan, darjah 2 kena turun kelas, but tahun ni naik balik ke kelas pertama. Huiii persaingan bukan calang bebudak dalam kelas ni, kalau tengok masa penyampaian hadiah tahun lepas, 3 budak yang dapat no 1-3 dalam kelas ini hebat belaka, boleh kata mereka je ulang alik naik pentas ambil hadiah, terbaik keseluruhan la, terbaik mata pelajaran la..sampai saya cakap kat hubby, budak pompuan tu berdiri je la tepi tangga tu, senang, karang naik lagi.. so si abang ni nak kena bersaing dengan mereka-mereka inilah nanti. harapnya dapatlah dia berjuang bersama-sama.

Untuk entry bergambar, esok-esok sajalah..kerja banyak, kena utamakan kerja..Kata PM, pencapaian diutamakan... rakyat didahulukan.. jadi meh kerja dulu.. rakyat didahulukan..tu sebab kami tak kesah, gula naik 20sen pun orait la... semua barang naik pun kami tak kisah...kami faham dan memahami.. kerajaan tak boleh elak kenaikan tu kan..kan..kan... kalau minyak naik lagi pun tak per..kami faham..maklumlah minyak kita paling murah ni... negara lain semua mahal tau.. jadi jangan merungut.. bayar sajalah. sudahlah minyak kita paling murah, gaji-gaji kita di Malaysia ni paling tinggi... percayalah, itu sebab bibik pun depa suruh bayar gaji RM600. Tu maid tu..

Barang naik kita komplen buat apa, berjimat lah.. kata menteri.. jimatlah jangan pulak, nak beli seluar dalam sehelai, kita pegi pegi beli kat Pavilion atau KLCC, berjimatlah, kita beli kat pasar malam sajork. ni tak korang komplen barang naik, tapi tak pandai berjimat, shopping kat Pavilion, KLCC, Mid Valley, cube belajar sikit pakai seluar dalam pasar malam tu, duk dalam bukan sapa tau pun, lainlah kita sidai baju depan pintu rumah, atau duk rumah teres, sidai seluar dalam kat pagar rumah, mesti posmen tau kita pakai seluar dalam cap pasar malam... seluar dalam ok lagi, jangan pulak nak beli seketul belacan cari kat sogo, kat the curve.

psstt kena berjimat tau..bukan tiap kali beli barang kita masuk tempat shopping yang bayo parking lagi mahal dari sekilo gula. tak boleh..tak boleh... kalau boleh kita sendiri pegi beli barang basah, supaya kita tau berapa harga sekilo ayam, sekilo ikan kembung, berapa harga sekilo bawang sekarang. Jangan main suruh pembantu-pembantu kita je beli. Kita tak tau pun rega bawang sekarang lebih mahal dari buah epal. Lagi pun kita yang masak kat rumah jadi kita kena juga beli bawang, beli tepung, beli beras, kita pun banyak function yang kita kena attend, dan dapat makan free je manjang. Jadi bila berbelanja, kena berjimat, maklumlah gaji-gaji kita beso, jadi banyak beno barang kita nak beli kan..kan..


Kita isi minyak petrol sendiri pi kaunter, sendiri bayar sendiri pam minyak masuk, lain le kan, kita ada driver, sebelum mai jemput kita dia siap dah isi minyak guna kad minyak, semua tanggung beres, singgah petrol pump pun kita tak pernah kan..kan...Jadi kita tau le kan..dulu kalau 50 rggit melimpah ruah tangki kita penuh isi minyak, sekarang ni tak cecah pun takuk terakhir meter minyak dalam keter kita...ishkk tu pun set kereta murah cam kita le kan... ehh kita kan jimat, kita tak pakai ke keter mewah, lainlah korang tak pandai jimat, tahun ni beli toyota UNSER, tahun depan tukar pakai ESTIMA, dua tahun lepas pakai keter NAZA Ria kan... Kalau kita tak pandai jimat, 50 ringgit tu separuh tangki je keter mewah kita kan..?

Kalau kita tak berjimat kan.. kita kan kaya..katakanlah... makanan semau terhidang, agak-agak, kita tanya dak kat tukang masak kita "Hari ni awak beli ayam ni sekilo berapa ye? Ikan ni pulak berapa sekilo? Sayur ni minggu ni naik ke turun? kita tanya dak agak-agak, minggu ni harga bawang turun dak? agak-agak kita tanya dak? kalau saya..ellehh dah kayooo duit banyak, tak kesah le harga barang turun naik ke, janji kat umah ada orang masak dan hidang, tinggal basuh tangan dan ngap je la..koser la nak tanya harga barang naik ke turun. Duit berkepuk-kepuk, takat rega barang naik sikit tu tak luak pun duit yang berkoyan. tu kalau saya kayalah..saya bilang kalau...

entah apa motif entry ni tah..
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino