Wednesday, June 29, 2005

Malas Update blog sendiri...


Ha..ha...Sejak AF3 mula, aku jadi penjejak blog orang jer blog sendiri terbiar...

Semalam taska Najmi ada aktiviti luar, cikgu hantar surat maklumkan diaoarg akan bawka budak-budak buat aktiviti alam sekitar, diaoarang pergi taman Botani, so cikgu mintak bekalkan air dan topi, jadi anak aku pun semangat betul, bangun pagi, bersiap-siap, mandi sendiri, tak menangis langsung, siap topi semua, dan air sirap sebotol, aku letak dalam botal mineral jer, supaya tak meleleh-lelh tumpah, hantar Najmi, dan pesan berderet-deret, dengar cakap cikgu, jangan nakal kat Taman Botani tu nanti.

Baliknya seboklah dia cerita, ada puppet show kat taman Botani, ada buat painting, biat colouring dan taman, kutip daun dan color-color kemudian tekapkan kat kertas lukisan. Nampak dia enjoy dan seronok dengan aktviti tu.

OK aku just nak kongsi idea boring aku masa aku MC duduk rumah dua minggu hari tu, bosan giler, sakit mata, kena duduk rumah jer. Ye lah nak keluar mata rasa perit dan pedih, jadi aku punggah bunga-bunga basuh dan gubah semula, beli kain organza berbunga pergi jahit tepi dan buatkan scallop, amik kain pua kumbu pun aku bantai buat scallop, dan masa hari jadi aku pada 4/6 hari tu, aku hadiahkan pokok-pokok bunga taman untuk diri sendiri....

so inilah hasil-hasilnya, korang pun boleh tiru, sebab aku dpt idea dari majalah anjung seri gak...
Image hosted by Photobucket.com
Hari pertama boring duduk rumah, kerjakan pua kumbu dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Beberapa hari selepas itu, beli kain organza dan buat scallop atas pintu bilik bawah, tak yah jahit, main ikat-ikat jer..

Image hosted by Photobucket.com
Cabut bunga lama, basuh, dan bersih, gubah semula, ubah kedudukan letak tepi sudut hall menonton..

Image hosted by Photobucket.com
Bunga belen-belen dari jualan dulu, aku gubahkan semula dan letak atas meja konsul..hentam je la...bunga kristal atas tu sebelum alihkan ke tepi TV, moga selamat bunag kristal disitu...

Image hosted by Photobucket.com
Hadiah harijadi sendiri..sakit-sakit sempat gak pergi tapak semaian dan beli pokok sikit, untuk buat taman mini dalam rumah..

Image hosted by Photobucket.com
Ikan laga berenang di dalam balang...comel jer ikan ni..

Image hosted by Photobucket.com
Mama asyik amik gambar pokok jer, kita nak amik gambar jugak - Najmi jadi askar..

Image hosted by Photobucket.com
Punyalah banyak tempat nak berposing, susah payah panjat tepi tangga, dia nak jugak amik gambar kat situ..."askar panjat tembok"- Najmi...

itu pun ada hati lagi aku nak cat la...nak itu lah, nak ini..tapi sen jer tak der, bila tak der sen, duduk diam-diam...(erkkk ada orang janji nak bagi benih serai, manalah benihnya??)

P/s -Iklan, nanti ada cerita NEON kat Astro Ria, Faizal Yusof yang hensem tu berlakon, memang best banget, citer dia ala-ala filem Iran, so selamat menonton nanti, tarikh lupa daaaa...siapa ada astro tgk ler buku astro tu. kami dah tgk VCD memang best...

Thursday, June 23, 2005

Kenduri Durian


Sabtu malam Ahad yang lepas...

My darling ada family day office, tp ni utk kakitangan jer, keluarga tak pegi, so aku dan najmi lepak je kat rumah, malas nak masak nasi, aku buat bihun sup jer. So pepagi pegi pasar beli ayam dan segala mak nenek nak buat bihun sup, dalam pukul 12 dah siap masak bihun sup. Itulah breakfast dan lunch aku. Siap makan ulang-ulang lagik.

Petang tu darling darling balik, kata darling, EP ajak makan durian, darling tanya aku dulu sebab aku tak makan durian, so dia tanya ok tak? Aku kata ok jer, dulu masa mula-mula kawin aku memang tak suka walau bau durian, boleh buat aku loya, but may be masa tu aku tengah pregnantkan Najmi gak kot. bila aku ckp ok jer, darling pun ber-sms ngan ep dan kompemkan projek layan durian malam karang.

Aku sms kroni yang lain seperti : NESLO , CIK DAUN, SALINA tp tak balas dan tak datang (abih kredit ke? he..he..) HANG BUAH datang bersama ROSH diaorang pun akan join, so aku celurkan bihun lagi sikit, dan rebus beras nak jadikan bubur, sedap gak mkn ngan sup karang. Ep datang dengan anak-anak dia.

Tapi disebab semua enjoy melayan konsert AF, maka kenduri durian tangguh kejap, diaorang layan bihun sup dan bubur dulu. Ha..ha..bila diumumkan mamat Poyo (sori Fuad's fans, gurau jer) keluar, maka kami menjerit dan cakap, okeh meh kita kenduri durian meraikan terkeluarnya dia....gurau jer tu....terus dia orang membelah durian smabil aku menyaksikan mereka melayan durian yang lembik-lembik dan berbau tu...ermmm tak tu le mana sedapnya durian tu...tapi diaorg makan sungguh....

okeh dipersembahkan di sini aksi mem'balun' durian

Image hosted by Photobucket.com
Darling tunjuk skill membelah durian, orang perak weiii mestilah terrer belah durian...

Image hosted by Photobucket.com
Ni baru sikit ni....ada lagi kat dapur tu...

Image hosted by Photobucket.com
Lihatlah durianku...- Cik Daun dan Rosh.

Image hosted by Photobucket.com
Minum air dalam lopak durian ni, karang tak panas, Najmi dan Nesloice (ada tokoh bapa penyayang)

Image hosted by Photobucket.com
Selesai....semerbak rumah aku...heran jiran-jiran pukul 12 malam makan durian..ahaks..

terima kasih Cik Daun...gambar tak berapa clear sebab diambil dari kamera henpon Cik Daun, jadi moralnya Daun tukar henpon sanggih sikit, kasi clear punya gambar...ha..ha..

p/s Najmi ada satu patung garfield (erkk actually patung mamanya masa muda-muda dulu..ahaks) dan skrng patung tu namanya 'Mawi' dan semalam 'Mawi' demam lagi (dua tiga hari lepas pun demam gak) semalam 'Mawi' demam, dia amik tuala letak kat atas dahi 'Mawi' amik pen dan letak celah ketiak 'Mawi' kunun termometer la..dia kata 'Mawi' demam 35, dia tanya babah "babah kesian tak 'Mawi' demam," Babah tenagh layan sport, angguk jer, kemudian babah jeling kat mama dan geleng kepala....erkkk mama buat muka seposen, muka tak bersalah jer....alahai anak aku...sabo je la...

Wednesday, June 22, 2005

Pagi-pagi dah hangin...


Hari ini memang hari menguji kesabaran....
Pagi keluar rumah macam biasa jer, 7.35 cam tu, then anto Najmi pergi taska, dari taska Najmi dah pukul 7.41 pagi, so kalau ikutkan macam hari-hari biasanya sebelum pukul 8 aku dah boleh sampai office.

Tapi hari ni memang membengangkan, dengan minyak kereta yang tinggal nyawa-nyawa semut jer, boleh pulak abang polisi dok tahan kereta tak kasi jalan sebab nak utamakan kereta-kereta delagasi yang nak ke PICC. Ampeh sungguh lebih setengah jam terperap (prapppp) kat jalan utama (kat trafik light mula-mula masuk Putrajaya, betul-betul depan signboard batu besar atas bukit tu.) setengah jam beb...setengah jam... Dengan abang helikopter dok terbang-terbang rendah di udara, cehhhh macam best jer dok tengok jalan clear ke tak clear. kita gak susah. Hari semua budak office yang yang masuk WP2, (8.15 pagi) masuk lambat, mujur pakai digital kad, so tak der pakai punch kad yang kuno tu, kalau tak sakit hati tengok punch card hari ni print kaler merah. Aku dok risau gak, kot-kot tiba-tiba menyala sign minyak ni, nasib baik ok.

Yang nak pergi PICC tu pun satu, macam lah satu jalan tu je nak menghala ke sana, kena lalu depan office kejaan ni, kan ker ada jalan direct dari highway tu terus menghala ke PICC, tanpa perlu lalu kompleks kejaan...tak paham aku. Lagi pun nak bersidang hapa pun buatler lps org masuk office. Tak ler ganggu, tak pun buatlah hari org cuti, sabtu ahad tu...tak pun nak bersidang gak hari biasa, kasi org lain cuti jer la.

Dah sampai office bengang utk kali kedua pulak..tempat parking aku, entah mangkuk mana masuk situ, memang mangkuk tingkat, mangkuk tandas, ngok sungguh...(kan dah aku marah) kalau takat budak-budak office aku dok cilok masuk parking aku, aku tak hangin sangat sebab aku tau keter sapa, kalau aku block keter depa pun depa tau kete aku dan depa boleh call aku minta alih keter kalau aku block depan kete diaorg. Ni ntah keter saper ntah, suka hati dia jer masuk parking orang. Dah ler parking kat sini very-very-veryyyy the limited maaa...Last-last aku letak note kat cermin keter dia "SIAPA NI? KENAPA MASUK SINI? THIS IS MINE!!" Geram sangat...

Bengang ketiga-henpon buat hal, mcm kena virus...mcm skait...berkelip-kelip la...kelaur tulisan alien lah....perkataan pecah-pecah la....tp nampak dah ok sikit skrng, tak ler bengang tahap langit....

Bengang ke4-Boss mintak cari artikel dalam paper NST semalam adalah artikel on something la..Dan lazimnya pun memang awal pagi, kalau aku tak sempat nak scan or tengok-tengok artikel tu disimpan as new paper cutting punya collection aku, memang rutin aku setiap hari kene belek surat khabar dulu, nak tak nak memang kena belek. Cuma kadang-kadang aku tak buat hari tu aku kumpullah surat khbara 2-3 hari dan sekali harung check. tapi mesti check, bukan satu, 4-5 surat khabar, dah kerja aku librarian kena simpan maklumat berkaitan. Dah ada pulak satu mangkuk ni bergurau tak kena tempat. Dok perli-perli aku..ke atau dia memang bangang.

Dok gelak-gelak cakap kat aku, "amboi senang hati, pagi-pagi baca paper, kita ni kerja banyak nak belek paper pun tak sempat," memang mangkuk tahap langit ke tujuh. Ingat aku baca gossip ke pagi-pagi tu, tengok ler aku belek surat khabar tu 2-3 hari lepas punya, aku cari artikel utk scan dan simpan tambahan ini boss sendiri yang request. Jawab tetap jawab, biasalah aku kan ke laser "tu ler dulu kenapa tak amik kursus library science, kalau tak boleh kerja pustakawan boleh baca surat khabar hari-hari, majalah free baca jer, nak buku-buku pun setiap hari duduk keliling buku, siapa suruh pi amik macam kursus boring macam hang," FYI - yang bercakap ini ialah jantan yang bermulut pompuan or kami panggil dia "Kak Senah" kat opis ni.
Peh tu dia cakap, "amboi mulut," aku balas "habih tu hang saja ada mulut, aku pun ada mulut, alang-alang tuhan bagi mulut, sesekali kena laser, takkan guna mulut nak kunyah makanan jer, sesekali kena menyembur," Puas hati!

Dah bengang-bengang macam ni jenguk ke MAWI FC gak..ahaks...tapi kejap je la...jengah jer..saja nak cool kan diri. Aku usik darling, nasib baik aku tak pregnant skrang kalau tak dapat anak nak letak nama "Mior Asmawi" tak pun Asmawiana. kah..kah....menjeling youuu laki I. Kat office aku ni ada sorang driver ni memang buta I.T habih tiba-tiba tanya aku, macam mana nak letak gambar mawi kat skrin komputer ni? jadikan wall paper lah maksud dia, dan jadikan screen saver. Aku pun turunkan ilmu tu kat dia...ha..ha...power seh mamat botak ni....heran aku awat dia banyak sokongan sangat, aku rasa antara AF1 dan AF2 yang kali ini betul-betul ada peminat dari segenap segi. Ilmu apa lah mamat botak ni pakai...

Monday, June 20, 2005

Worldddd!!


ha..ha...Perkataan 'femes' skrng ialah worldddd....kat office aku pada yang ada astro dan follow AF3, dan yang minat Mawi (erkk aku 90% budak office aku peminat Mawi) asal cakap jer worldd....worlddd....glemer Noraman(org kuat astro yang mempopularkan perkataan worlddd pada Mawi..)

Dah ler cerita pasal Mawi kang ada muntah hijau kat sini. Aku ni bukan apa, kadang-kadnag seronok mengusik dan cuit-cuit...bukan yo-yo aku minat wei...saja ikut perkembangan dan seronok-seronok dok sebut mawi-mawi, jangan korang kata aku 'kipas mati' mawi dan sanggup bersesak kat stadium melawati. Walaupun teringin nak join gathering MawiFCkat Intekma Resort, Shah Alam last week. Meriah dengan cerita. Idakler sampai bawak sepanduk tulisan jawi macam si
PEMINAT INI buat. (apa pun memang world peminat dia ni..

Ok stop.

Nak cerita pasal drama pulak, last week tengok drama Surat Untuk Bulan (Astro Ria) memang genre filem independent la..kelas cerita dia, mengisahkan seorang budak perempuan Seroja, tinggal di rumah flat dan dia suka bercakap dengan Bulan, serta menulis surat untuk bulan. Seroja lakonan Sazzy (Beat TV) dan Amin, (Faizal Yusof-hero filem Neon) Seroja selalu menulis puisi, meluahkan perasaan hiba, sedih, gembira dan tulisan akan dilemparkan dari bumbung rumah flatnya, dan biasalah menurut teori graviti apa jua yang dilemparkan akan jatuh ke bawah kan? begitu juga surat-surat Seroja, ia jatuh ke bawah dan biasanya akan dipungut oleh Amin (penjual surat khabar yang akan menghantar surat khabar ke rumah pelanggannya di flat situ.


Seroja dibesarkan oleh emak saudaranya yang mempunya seorang anak Jelita (Zizie Ezette) yang digambarkan getik dan gedik, mak sedaranya pun suka meminta duit dari Seroja, suka memerintah dan sengaja mencari salah Seroja, hidup Seroja memang kesunyian, dia hanya gembira bial berada ditempat kerja. Walau kerja kilang, tetapi dia gembira dan suka dengan kawan-kawan dia.

Bahasa serta jalan cerita agak heavy-banyak unsur perlambangan yang kena faham. Dan kerana aku agak benak, aku dapat tangkap sikit-sikit sahaja. Serojo suka bicara dengan Bulan, dan akan terus bercakap dengan Bulan. Bulan melambangkan sesuatu yang memberikan cahaya, setia menyinari, adakalanya melindungi diri, adakala bersinar indah. Bulan setia, mendengar apa sahaja, berbanding manusia, hipokrit dan bermuka-muka.

Surat yang ditulis untuk Bulan-Surat merupakan satu unsur komunikasi, luahan hati kita boleh ditafsirkan melalui coretan. dan coretan itu dibaca oleh orang lain, dan bermakna kita tidak keseorangan.

Aku suka skripnya ringkas tetapi mendalam maksudnya. Sewaktu Seroja membaca Amin naik ke tingkat atas bumbung flat tempat dia bersendiri, Seroja pandang ke arah KLCC, Kl Tower dan cakap
, "kita sudah maju, kita ada bangunan tertinggi di dunia, menara tertinggi dan semua ter-ter...tetapi dalam kita ada kemajuan itu, kita kehilangan sesuatu, kita kehilangan nilai diri, tengok sahaja setiap hari ada sadaja cerita bunuh, cerita rogol, rasuah, itulah harga kemajuan yang kita kena bayar"

Anak tokei kilang tempat Seroja berkerja, Ariff (ZiZan) telah jatuh cinta dengan Seroja, tetapi Jelita yang baru sama berkerja di situ telah membuat fitnah dan membuat konspirasi kononnya Seroja pencuri, dan Arif menghukum Seroja dan menghentikan Seroja (Zizan berlakon poyo la...kena banyak diberus lagi, kayu jer lakonan dia) akhirnya Bulan mendapat kekuatan dan berdepan dengan fitnah itu dan akhinya Jelita mengaku dia sengaja hendak sakitkan hati Seroja. Seroja pun pergi...dan Arif si kayu mengejar, sehingga keluar kawasan kilang, tetapi Seroja sudah naik bas kilang. Kebetulan Amin lalu (mungkin mencari Seroja) dan Arif meminta Amin bawakan dia kepada Seroja, dia ingin meminta maaf.

Tetapi Amin tidak terus membawa Arif, sebaliknya dia berhenti si sebuah bus stop dan berbicara dengan Arif, dialog paling aku sukaaaaa.. kata Amin " Kau orang kaya, kau boleh beli cinta dengan duit, Aku orang miskin, aku boleh hidup tanpa duit, tapi aku tidak boleh hidup tanpa cinta," wahhh bestnya skrip itu. Itulah orang dulu-dulu anak berderet, sebab mereka hidup dengan cinta bukan dengan duit. Erkk maksud aku orang dulu-dulu hidup cukup makan, kos sara hidup rendah, tidak semua barang perlu dibeli, ikan dari sungai, ayam dibela keliling rumah, kelapa sekampung, rempah giling sendir, sayur, ulam tak dibeli, baju jahit sendiri... sekarang hidup kita semuanya duit, masuk tandas pun kena duit. Jadi cinta bukan seperti cinta dahulu.

Akhirnya Amin membawa Arif ke atas bumbung flat tempat Seroja bersendiri, dan Seroja kemudian memilih Amin sebagai kekasih dan bukannya Arif. Ceritanya panjang 2 jam lebih. Hari Sabtu petang ada ulangan, siapa tak dpt tengok Ahad malam tu boleh tengok ulangan Sabtu ni, 2 ptg kot. Surat Untuk Bulan. Best...

"Bulan....aku dah jatuh cinta..." - Seroja.

Thursday, June 16, 2005

Ju Jalil Cantik?


Siapa tengok drama Ju Jalil Cantik (JJC)?(betul ke tajuknya dah lupa pulak...biasalah fan Mawi bab lupa memang power...) Kami sekeluarga tengok drama tu, kat TV1 hari Isnin malam, aku sure ramai tak tengok ye lah sebab main kat stesen penjenamaan semula tu, jadi bak kata komen seorang pembaca blog aku dulu, masa aku tulis mengenai drama Sepi Angin Ke Kota London dulu, RTM ni kalau drama Usop Selam je promo sehari berbelas kali keluar, sembilu ka...selumbar ke...Gelak Khas tu promo ke mainnya...tapi promo drama best cam tu tak keluar pun...

macam drama Sutun jugak, drama bagus tapi ramai terlepas peluang menontonnya. Mujur atas desakan penonton RTM ulang tayang.

Drama JJC ni menarik jalan cerita dia dan pendokong watak semua power, Pelakon utama dia yang bawa watak Jalal aku tak kenal (aku dah tengok senarai nama pelakon masa ending citer tu tp biasalah aku makan banyak semut kot macam Mawi jadi senang beno lupa) Jalal wataknya digambarkan seorang lelaki yang agak berusia (may be lewat 30an) dia berpewatakan lembut suka menjahit dan rapat dengan maknya (Azean Irdawaty) ada dua adik, Jamil (Benjy) dan Jamal (Faizal Hussein) Jalal ni digambarkan seorang yang lembut tetapi baik hati, sanggup beralah dengan adik-adik walau mereka perangai macam hantu.

Bila maknya sakit, tak boleh berjalan, Jalal seroang sahaja ambil upah menjahit, tetapi adik-adik jahat, berpakat nak jual mesin jahit dan tak kasi abangnya menjahit, kata mereka lelaki buatler kerja jantan. Awek Jamal- Yati, (budak pompuan yang wata watak pompuan gedik dlm drama Puteri tu) Yati ni walau dia awek Jamal, tapi dia rapat juga dengan Jalal, dia selalu datang membantu Jalal menjagakan emaknya yang sakit, dan beri semangat pada Jalal. Dia rekemenkan Jalal kerja kat salon rambut, bila kawan Jamil dan Jamal ni nampak, dia bagtau la kat dua mangkuk dan mereka belasah Jalal sebab malu abangnya buat kerja pompuan, kemudian Jalal ni pun buatlah kerja-kerja buruh kontrak.

Suatu hari awek Jamal hendak diperkosa oleh samseng kampung, Jamal kebetulan lalu dan nampak kejadian itu, dan dia belasah samseng tu dan samseng terjatuh dan tercucuk besi dan mati. Jamal takut dan balik ke rumah ketakutan, Jalal rela mengaku dia membunuh kerana katanya adik dia nak jaga diri sendiri pun tak lepas, inikan hidup seorang di penjara. Biarlah dia masuk penjara, dan adik dia jagalah maknya. terharu pengorbanan abangnya akhirnya Jamal mengaku. Jamil penagih dadah, akhirnya sebab hendak adiknya insaf, Jalal report polis dan adiknya ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan.

Jalal rupanya ada penyakit barah (tipikal cerita melayu biasala, barah-lukemia) dan menanti saat kematian. Beberapa tahun kemudian, adik-adik bebas dan mereka kembali ke rumah emaknya dan sedih dan rasa bersalah melihat abangnya terbujur menanti mati. (part ni aku tak suka, Murali Abdullah patut lebih peka, sebab kedudukan Jalal sakit, kakinya mengadap ke Al-Quran yang diletak di atas meja solek di hujung kaki, sepatutnya AL-Quran kepala Jalal lebih sesuai berada ditepi meja solek tu bukannya kaki dia)

Akhirnya Jalal meninggal.

Jalam ceritanya simple sahaja, tetapi lakonan mereka berkesan, dan perwatakan tidak dibuat-buat, nampak semulajadi, dan watak Jalal yang lembut itu amat kena, kerana dia manja, sering dibuli, baik hati serta anak yang taat. Aku tau orang-orang berpewatakan begini biasanya begini sifatnya. Mereka lebih senang beralah dan mudah lembut hati serta akan menghargai kasih sayang. Paling aku suka bila, Jamil minta duit 20 ribu kononnya nak bisnes, maknya tidak ada duit, Jalal sanggup jual keretanya. Bila emaknya marah kata Jalal, "Biarlah emak, mereka adik Jalal jugak, siapa lagi dalam dunia ni yang Jalal ada, selain mama dan mereka sahaja," Dalam maksudnya.

Ok siapa tengok citer ni jom kongsi rasa...

Tuesday, June 14, 2005

Selamat semuanya...


Kerani aku telah selamat melahirkan anak pada 13 Jun hari tu, baby boy, comel sangat rasa macam nak gomol-gomol. Kerani aku ni baik jugak dengan Najmi, sometimes dia jadi baby sitter gak Najmi gak...ha..ha..so kira Najmi close jugak ngan dia.

So semalam Najmi was very excited nak pergi tengok baby kakak Ati dia. Masa hubby kerani aku call hp aku pagi-pagi tu maklumkan yang bini dia dah beranak, si Najmi ni pasang telinga jer dengar dan dia sebok jer nak pergi tengok baby. So lepas ambik dia kat taska semalam, kami pergi tengok baby. Ada lagilah dua tiga orang member office yang pergi jugak. Memang kiut giler baby tu...comei sangat...putih macam maknya.

So dua bulan aku tak ada kerani yang akan tolong faks, tolong draf surat, tolong susun buku, dan bertugas di kaunter...so akakkkk ler kena semua. Alahai tak menang tangan ler aku...walaupun dia kerani aku, tapi aku tak pernah anggap dia kerani dan aku boss..means aku suka nak dia rasa selesa kerja dengan aku, so far so good, dia tak stress aku pun tak stress. Tapi bila ada perkara-perkara yang rasa kena tegur, kenalah tegur supaya dia jadi lebih baik (he..he..macma M.Nasir menegur MawiMagic tu...ahaks...jgn muntah ye..)malah dia pun baca blog aku gak..

Ok habis bab aku dapat 'cucu' ni cerita pasal feeling pulak. Aku sedikit kecewa di sini...adalah perkara yang aku tak suka, tp malas nak cerita...buat hati aku tawar sangat nak buat yang terbaik di sini...entahler, kadang-kadang dok canang orang tu buat kerja tak betul..tak profesional, macma ni macam tu tapi sebenarnya diri sendiri lagi teruk....

Mak perlukan duit hendak mengubat abah, aku pun tengah pokai, tapi aku memang takkan cakap aku tak der duit ke hapa, dan mak pun bukan minta dia cerita saja nak berubat tapi tak cukup duit, dia nak tangguh la...kemudian aku kata tak payah tangguh la...berubat je la, nanti orang masukkan duit, tapi tak ler banyak, sebab belum gaji, nanti dpt gaji orang bagi lagi. Mak kata tak per la...mak ada sikit nanti mak tambah, hari tu dah bagi duit kat adik dah masa nak bukak sekolah, ermmm tak per, nanti Allah ganti lagggiii banyakkkk aminnnn...

Moga Allah izinkanlah abah sembuh kali, harap-harap kalau abah dapat bertatih dalam rumah pun jadilah, mudah-mudahan..aminnn

Wednesday, June 08, 2005

Lamanya MC


Image hosted by Photobucket.com
AFUNDI MAWI..he..he...jangan mareeee..

Aku baru masuk office hari ni, setelah mc 2 minggu sakit mata, memang sakit betul...sakit sangat, terutama time solat, bila sujud tu alahai macam nak terkeluar biji mata.

Berbalik pada cerita MAWI-aku kira fan Mawi gak, walau tak ler fanatik, sampai muflis dok afundi dia... he..he..ada gak afundi sekali dua jer...fan Mawi ni bukan takat budak-budak remaja, mak-mak orang yang kat office aku pun peminat Mawi, bapak-bapak orang pun ramai minat Mawi, jadi tak heranlah Mawi ni mendapat undian tinggi, ramai orang dah kerja ni peminat Mawi.

Frust juga dengan persembahan Mawi malam konsert tu, tp entahlah tengok ler minggu ni kalau hansur jugak mungkin kena beralih arah kot....ahaks...dah le menari kayu, teruklah mamat ni...nyanyi pun hancor gak....harap minggu ni dia all out la..

Kepada bukan peminat Mawi, jangan ler mareee ye....this is just a game...minat suka-suka jer, idakler tahap fanatik karat....

Hari Weblog
Aku kira sambutan hari Weblog yang dianjurkan Geng Jurnal pada 11 Jun 2005 yang lalu meriah walau kehadiran tidak begitu meriah sangat. tetapi masih enjoy dan bergembira. Tahniah kepada barisan AJK yang berjaya dan mantap menjayakan program ini. Tahniah ye....

Sebab masih sakit mata, aku tak berapa nak hoya-hoya, darling tidak datang sebab masih sakit mata, aku pergi sendiri, nasib baik diaorg buat kat P'jaya, jadi aku boleh cilok pergi kejap. Lepas habis acara di atas puncak bukit Putra Perdana tu, beberapa teman blogger datang lepak-lepak kat rumah kitaorang, menumpang solat, makan-makan dan layan konsert AF pada malam tu, Ep Sponsor pizza, dan Roti Bo* kenyang kami menjamu selera malam tu. Terima kasih kepada Ep.

Terima kasih juga pada teman-teman yang memeriahkan konsert AF pada malam itu. Rasa macam menonton kat Stadium gak meriahnya...

Wednesday, June 01, 2005

IT IS FIVE YEARS..


Image hosted by Photobucket.com

Sudah lima tahun....

1 Jun 2000, disatukan...

6 Mac 2001, sudah bertiga.

1 Jun 2005 - sudah lima tahun

Terima Kasih Ya Allah atas kebahagiaan ini..

Bohonglah kalau selama 5 tahun hidup rukun damai aman bahagia..tipulah kan?
sesekali badai melanda...sesekali ribut taufan..tapi adatlah asam garam berumah tangga.

Ok semoga bahagia...

Semoga akan beroleh zuriat-zuriat yang sempurna, soleh/solehah, berguna dunia dan akhirat...

Kiter sayang awak..... I LOVE YOU DARLING
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino