Friday, October 31, 2008

Langkawi 1-3 Novermber 2008


Saya terbang ke bumi Langkawi lagi...
ada urusan kerja maaa...

rindu lah kat Baby Q nanti...
uhuhuhu..


saya terbang dulu..
tataaaaaaaaa jumpa lagi next week...

Wednesday, October 29, 2008

Alesya with new gelang, and result abang


Alhamdulillah, Alesya dah makin membesar, berat dia dah nak cecah 4kg, perkembangan dia, setakat ni, dah mula pandai nak 'bersembang' dan sudah pandai respon, gelak-gelak, tendang-tendang kaki bila dia suka dan seronok..

Menjaga dia memang la senang, tak banyak ragam, dia merengek kalau lapar, basah, kalau dia tak tido pun sempoi je..dia layan blues sorang-sorang... cuma kalau dia boring sangat, dia merengek-rengek minta orang temankan dia bersembang. Manja tu dengan Mak Su dia. kalau Mak Su lalu wat derk kat dia, dia muncung-muncung je.

ok meh layan pic Alesya jap..
Alesya dah ada gelang tau..cute je dia pakai gelang yang mama baru beli, ada loceng-loceng lagi, sukalah dia bila goyang-goyang tangan ada bunyi loceng.
Photobucket
Actually gelang ni bukan dari budget mama, tapi adalah hasil mama trade in gelang lama pemberian seseorang kepada Alesya, so emas tu emas lama, mama trade in kan, tak semua kedai hendak ambil emas lama, so dari beberapa kedai mama survey, hanya satu kedai ni je nak terima, trade in jugaklah, walaupun tak byk choice pilihan gelang yang hendak diambil, ermm tak per la..nanti bila Lesya dah besar sikit, kita tukar lagik.

ALesya pun dah ada kawan-kawan yang menemani Lesya kat baby cot...
Photobucket

Ini pulak kerja si abang, mengambil gambar adiknya, banyak pic dia ambik, termasuk pic-pic dia sendiri, lobang idong, biji mata, semua dia amek..tah hapa je...
dan ini antara pic si adik, yang elok di ambil si abang...

tengok adik makin putih kulitnya..makin putih, makin sensitif kulit diaorang ni, sama macam Najmi dulu, kejap je kena ruam...
Photobucket

Cerita si Abang..
Si Abang pulak, bawa balik kertas periksa, result makin turun lak..adoilah..kena gerak gempur suruh dia buat latihan masa cuti sekolah. Kena balance kan, sekarang memang tak balance langsung, tv, games, tengok buku very less ooo.. Dah kasi dia banyak rileks, but end up result makin down pulak, walau still dalam score A semuanya, tapi peratus menurun. So this coming school holiday, kami nak belikan dia buku latihan, satu hari satu subjek dia kena buat latihan, takkan le sehari 3-4 subjek dia kena buat, budak oiii mau dia boring dan tertekan pulak. so at least satu hari dia kena buatkan satu page maths, english, science and mengaji of course. kalau dia tak siapkan, tak der cartoon, games or sekarang dia tengah gigih berlatih berenang sampai tak sabo-sabo tunggu petang nak berenang kat rumah sebelah. So AUNTIE ZAH kena suruh Najmi janji kena buat latihan rajin-rajin kalau malas, jangan ajar dia swimming...

Kite tengok effort dia macam mana nanti. Harap-harap dia akan follow, bukan apa, dia bukan budak yang slow, dia boleh follow semua pembelajaran di sekolah, cuma dia tak teliti, banyak soalan periksa yang dia salah jawab ialah senang and simple, contohnya, jawapan dia dah betul, cuma tanda huruf besar, huruf kecil pada ayat-ayat menyebabkan dia di tolak sentengah markah dari setiap jawapanya. menjadikan markah sepatutnya dia boleh dapat 96-98 tinggal 80 saja... rugi je kan.. banyak lagi kecuaian dia yang menyebabkan dia hilang markah, bukan kerana dia tak tau jawapan, tapi dia tak teliti, asal siap je sudah..holaaa sabau je la... Camner ek anak-anak u all? boleh kongsi tak tips u all melatih/ajar anak-anak awal sekolah ni? kitaorang kalau boleh tanak le membebankan dia, nak dia enjoy je belajar, tapi bila dah result makin teruk risau le pulak, next year sukatan pelajaran makin susah, kalau asyik kasi dia rileks, takut dia lak tercicir, sekarang ni consider dia still in the race la.. walau tak duduk depan sekali, tapi masih dalam race tu, tak jauh ketinggalan. Tapi kami tetaplah kena beringat kan..takut kalau emak bapak pun terleka, kang dia pulak lagi rileks, dia tertinggal jauh.

Budak sekolah sekarang bijak-bijak, sukatang pelajaran pulak makin susah, bukan macam kita dulu-dulu, takat darjah satu baru belajar membaca dan mengira, budak sekarang darjah satu dah belajar macam-macam. Itu sebab pusat tuisyen sekarang kencang je masyuk, sebab emak bapak takut anak mereka ketinggalan, dalam persaingan sesama sendiri. Eheheh saya dulu SRP pun tader nya tuisyen, tingakatan 5 baru dihantar pegi tuisyen,itu pun pusat tuisyen paling murah je.. abah tak mampu hantar ke tempat yang mahal.

So please share opinion ek... Saya banyak tengok pendapat forumer dalam forum-forum keibubapaan di internet, rata-rata mengamalkan beli buku latihan, dan tegas suruh budak-budak buat latihan. And sebagai balasan, kalau bagus latihan yang dibuat, jawapan banyak betul, diaorang dapat rewards, main games or apa-apa yang anak-anak diaorang buat. ok ke cara macam tu?

Wednesday, October 22, 2008

Titipkan doa buat Amir Yusuf



Amir Yusuf, pejuang hebat, kami doakan Amir Yusuf cepat sihat...

Saya sudah melalui saatnya dimana menempuhi saat-saat kritikal melihat bayi kecil yang saya nantikan lebih 5 tahun berjuang untuk meneruskan hidup di unit rawatan rapi hospital.

Saya sudah melalui saat dimana air mata terlalu murah jatuh membasahi pipi bila melihat tubuh kurus melidi berselirat dengan wayar, dengan tiub pernafasan, tiub minuman dan segala wayar untuk terus merekodkan setiap denyut nadi yang menyambung nyawa anak sekecil itu di muka bumi ini.

Saya sudah melalui saatnya dimana bayi seberat 1kg, malah pernah turun sehinggan 800gram satu ketika, itu dikhabarkan doktor berdoa sajalah yang terbaik untuk dia. saya lalui dengan hanya doa dan harapan.

Kini saat saya bergembira melayani bayi anugerah Allah yang sangat ajaib itu, saya tetap menitiskan air mata setiap kali membaca catatan Fajar buat Amir Yusuf...

Saya hilang kata-kata... dari baris pertama saya membaca, hingga baris terakhir, hati saya penuh dengan doa...Tolonglah Ya Allah, titipkanlah keajaiban buat Amir Yusuf sebagaimana Nur Alesya Qhaisara dan Mior Adha Najmi lalui. Anak kami berdua dilahirkan dengan berat 1kg sahaja, namun, kuasa ajaib dariMu membolehkan mereka bernafas sehingga detik ini. Ya ALlah, sembukan Amir Yusuf, moga-moga Amir Yusuf dapat kembali ke pangkuan Anis, Fajar dan Najla.

Semalam juga semasa saya membelek album-album gambar lama, saya terlihatkan gambar semasa kami hadir ke majlis persandingan Fajar dan Anis di Melaka, saya sebak dan mengalir air mata, terasa baru saja meraikan mereka dengan gembira, kini mereka sedang berduka.. Saya simpan semula gambar kenangan itu, dengan linangan air mata, kerana memandang gambar itu membuatkan hati teringat pada Amir Yusuf.

Saya hilang kata-kata...

Tolong titipkan doa kalian buat AMIR YUSUF sebagaimana kalian ikhlas berdoa buat Nur Alesya Qhaisara...

Monday, October 20, 2008

Konvo UPM


Sibuk dan penat

Cuti hujung minggu yang MAHA penat. Rudi bgtau aku last minute ajak saya join adik beradik dia bukak gerai kat tapak konvo UP*, very the last minute occay, maka aku pun kelam kabut jugak prepare apa patut, all the preparation hanya dibuat pada hari Jumaat, Jumaat malam jugak bakar segala cuppies penat tapi seronok..boleh dpt duit belanja juga sikit...hahah boleh buat modal shopping pegi langkawi nanti. ye kengkawan minggu depan saya pegi langkawi tau.. ada urusan rasmi seri paduka baginda tau.. Tak la banyak, tp takat saya nak benda berbajet rendah lepas la.. tapikan jauh di sudut hari, doa agar kompeni encik suami cepat-cepat bayar kenaikan gaji dan tunggakan yang ada, banyak-banyak supaya saya dapat habuan juga nanti...hahaha

Jadi CIk Gaban yang sudah pandai memandu, sila freekan masa anda untuk membawa saya ke kedai Idaman Suri..takat Hj. Ismail Group tu tanak la..dah banyak kali pegi..hahaha
Photobucket

Sejak adik saya Wani a.k.a Mak Su ada kat rumah, saya tak lah kelam kabut sangat, order cuppies pun boleh tahan masuk, dan dia dah boleh diharap membantu di small bakeri saya.. (ehhh tulis saya pulak..eheheh oklah lepas ni nak tulis saya pulak je la..comei sikit membaca..ahaks..)

Saya dalam proses mengajar adik saya baking membaking, and akan hantar dia untuk kursus produk sejuk beku... Adalah perancangan masa depan kami..Insya-ALlah, moga ALlah bantu, dengan doa emak... Kami sudah tiada abah untuk doakan kami, hanya kami saja kena berdoa untuk dia..Jadi moga murahlah rezeki kami..

Mak Su pandai jaga baby Q tau, mueheheh boleh buat menantulah kiranya...eheheh saya umur dia pun jangan harap saya terrer jaga baby, nak dukung pun kekok. Tapi Mak Su pandai jaga baby, siap mandikan lagi. Dan Mak Su pun seorang yang gila kamera...

ok mari kita lihat hasil kegedikan Mak Su dan Alesya tanpa saya sedar, eheheh diaorang posing ke main ek..time saya pegi kerja..

mentang-mentang kamera tak pakai filem, bukan main diaorg snappy-snappy ek..
Oh Ya..baju baby Q kali ini di taja oleh Mak Ngah..tima kasih Mak Ngah..(adik mama)
Photobucket

Akhirnya berjaya Mak Su merakamkan pic-pic Alesya gelak...
Photobucket

Mak Su kata, ajak abang ambil gambar sekali, tapi abang tak nak..Abang dah besar, dia dah maleh posing, hahah bertahun-tahun asyik pis dia je kat blog mama, harus sekarang giliran adik jadi duta blog mama.

EH baby Q glamer tau..masa kat tapak konvo UP* tu, ada group Wani and the gang (bukan wani Mak Su, wani lain tau..) Wani and the geng tegur saya kat gerai, "eh ni kak pnut kan?" haah diaorang kenal i occay..so terus mereka laju menerpa ke baby Q berposing bagai..eheheh.

Ini pulak pic Mak su sedang jadi protege mama, untuk mendeco cuppies..
Photobucket

Semalam rushing pegi kedai Manjaku kat Bangi, konon nak beli diapers dan susu Alesya yang kehabisan, babah pegi kedai aksesori tukar lampu, lampu depa tak menyala, ingatkan lama la...mama pun round-round tengok-tengok baju..tengok je occay... tiba-tiba babah masuk dan sound.. "lama lagi ke? dah 20 minit tunggu dalam keter" Erkkkk kantoi beb...mama tengah pilih gaun untuk Alesya..hiks... ingatkan nak dendiam je beli...sekalik kantoi...

dan inilah gaun yang mama baru TERbelikan untuk Alesya. Sesuai kan pakai dengan cekak rambut yang riben purple yang mama buat itu hari kan... and suka tau baju ni ala-ala 2 in 1 gitu, and boleh mix and match, jaket kecil yang cover tu boleh juga pakaikan dengan t-shirt sleeveless and sarung jaket tu kat luar..hahahah musti comel anak daraku..muahahah perasan syok sendiri mama

taadaaaaaaaa ini baju yang terbeli ittew..sampai rumah cepat-cepat cabut harga..kang takut kantoi lagik..sekalik, buang dalam bakul dalam bilik tido..bahan bukti ada pulak..hahahah erkkkk mahal sikit je babah...bukan mahal banyak...uhuhu...
Photobucket

Saya tanya si Abang, abang..abang marah tak mama belikan baju untuk adik? abang cemburu tak? abang nak tak mama belikan baju? jawab abang

"tak nak la mama, kita dah ada baju raya dah, bukan pakai sangat, mama belikan keter hot wheel je boleh? eheheh ok son.. eehe and abang dapat keter hotwhell RM4 satu cukup buat abang happy...

Oh ya lupa nak cerita..Alesya pandai tau..hari Sabtu, seharian saya tinggalkan dia kat rumah dengan Tasha, anak buat, bila malam saya peluk dia..cakap-cakap dengan dia, kesian dia kena tinggal dengan mama..kesian dia tak der mama siang tadi..tiba-tiba dia buat muka MAHA sedih dan bergenang air mata...terus saya pun sama naik menangis...owhhh very queen of drama... Uhuhu pengubat penat lelah mama dua beradik ni...sejuk hati...

Camner la orang gamak buang anak hidup-hidup...yang dah mati pun tetap kejam.. And due to banyak masalah masa pregnant, Alesya may be adalah our second and last kot.. doktor J tak advice untuk pregnant lagi...to much risk kata dia..aku ikut je la..walau berangan nak lagi sorang dua..uhuhu cepat-cepat bersyukur dengan dua anugerah yang ada...tanak lupa diri... So kami berdua plus si abang nak enjoy every momment membesarkan dia..ehehe kalau boleh biar lambat-lambat dia besar pun tak per...

Itu sebab dalam kesibukan berniaga dua hari itu, saya macam rasa bersalah je tinggal baby lama-lama dan si Abang. Hari Ahad malam, hujan lebat, kami balik dari berniaga, and nampak basikal si Abang tidak di simpan di tempat sepatutnya...babah memang particular bab tu, babah dah hangen dalam kereta, terpaksa mama sabarkan babah. mama cakap, rileks babah, seharian kita tinggal anak-anak, biar kita balik mereka happy, jangan marah-marah...nanti anak-anak rasa sedih..and babah manage to control itu temparature yang sudah naik..ehehehe..cayangggg babah... and Najmi dan babah masih boleh menikmati makan malam semeja..dan babah tanya dengan elok kenapa tak simpan basikal kat tempat basikal? and jawapan Najmi, dia letak kat porch kereta, sebab senang dia nampak dari dalam rumah kalau orang nak curi..mueheheheh...tah hapa je si abang ni menjawab..

Sunday, October 12, 2008

beraya di KL..


Dua hari cuti hujung minggu, padat beraya dari tengahari sampai malam.. Alesya ok je diusung ke sana sini, very good girl..tak meragam pun, dia hanya merengek kalau lapar, mengantuk, dan basah je.

Hari Sabtu, tengahari ada jiran kenduri kawen anaknya, so kami pegi kenduri dulu, balik dari kenduri, pegi ambil si Abang dari Smart Reader Kids, dia ada tuisyen English, dalam pukul 1 lebih, then terus gerak ke Bukit Antarabangsa, ke rumah adik darling, dia buat open house, tu dia...macam tahun-tahun lepas, MRR2 padat, sendat... lenguh la kaki cik abang menekan clutch dan pedal minyak, tak pe ek darling kita tukar mpv auto tau nanti..

Balik dari Bukit Antarabangsa, kami gerak ke Gombak, rumah sedara, dari gombak jam 5.25..perrggghhh tempuh jammed lagi nak hala balik ke Putrajaya, jam 7.30 malam baru kami sampai serdang, singgah serdang rumah sedara jugak, sedara tu siap jamu makan malam lagik, ada ikan tilapia dan lampam bakar gitu, dengan air asamnya..aduhhh abehlah diet... terrrr makan nasi lak, hiks..

balik malam kepenatan.. Baby Q kami pun penat, tapi dia cool je..rileks.. seronoklah bawa dia jalan...

oklah meh kita tengok Baby Q beraya...

baju ni bukan mama terbeli tau... ini pemberian my cousin kak Na, memang pun mama teringin nak beli gaun gini, tapi kak Na dah bagi awal lagi, so tidaklah mama 'terbeli' hiks..
Photobucket

dalam kereta, jammed tau..oh ya Adik sekarang di jaga oleh Mak Su, adik aku yang sedang menanam anggur, so dipujuk-pujuk tolong jadi baby sitter kejap, mujur dia nak, itu pun sampai 3hb ni je..
Photobucket

dia dah boring duk dalam bakul, minta di dukung...dan merengek, nak mama le tu..
Photobucket

dah ke depan dengan mama, diam terus, boleh memandang ke luar tingkap..
Photobucket

dah menyusu..kenyang dah ni..
Photobucket

dah kenyang apa lagik...
Photobucket

Kami tiba di Bukit Antarabangsa pukul 2 lebih, makan-makan jap, then gerak ke Gombak, dalam perjalanan balik dari Gombak, lalu depan area Zoo tu, nampak flamingo ni, sempoi jek lepak atas lampu jalan, canggih bangau KL ni..hiks.. dah boring dok dalam Zoo agaknya..
Photobucket

dan ni cekak rambut Alesya yang mama keras tangan sendiri..hiks...
Photobucket

psstt raya tahun ni tak best tau... mama baru lepas bersalin, tak leh makan pulut... laksa, mee..uwaa udah le pegi raya rumah orang tu buat laksa, orang ni buat mee rebus, orang tu buat mee kari... mama rasa kuah mee je la...

tak per tahun depan balas dendam...
Ok nanti kita cerita lagik...

Wednesday, October 08, 2008

raya 2008


Salam semua..
Kaedahnya.baru nak cerita bab raya... itu hari kononnya sebelum raya nak update, nak wish selamat hari raya..tak tak sempat la..sehari sebelum balik kampung sibuk siap tempahan cupcakes and buat lagi samprit tu, so mmg tak sempat update, dengan sibuk dengan baby Alesya lagi... so main balik kampung gitu je...

Perjalanan balik kampung cun..smooth..Alesya pun ok..tido jek sepanjang perjalanan.. nak menyusu tader masalah sangat, sebab Alesya suka menyusu badan, so anytime je dia nak feeding boleh.. kami terpaksa juga top up dengan susu S26 tu, sebab dia macam tak puas menyusu badan, mungkin sebab susu tak cukup banyak, tapi dia selalu refuse tanak susu botol tu, nak susu badan jugak, kekerapan Alesya menghisap membuatkan susu badan ok balik, kalau hari tu macam dah slow sangat dah... tapi terpaksa campur juga sebab dia still lapar je selepas menyusu badan.

Kami balik kampung pada hari jumaat 26hb, balik Kedah dulu, dapat berbuka puasa 2 hari di Kedah, then balik Perak, raya tahun ni kami beraya di Sauk, Kuala Kangsar. memang meriah raya kat sana, sebab sedara mara ramai. Kali ni semua adik-beradik hubby ada, kecuali satu family je beraya kat Johor. Raya kedua aku dan kakak-kakak ipar masak nasi minyak, atas permintaan bapa mertua. Uhuhu menjadi ketua chef gitu mama Alesya dan Najmi ni, masak 5 kilo nasi minyak dengan beras basmathi. Alhamdulillah, menjadi semua menu kami, iaitu, nasi minyak (plan asal nak buat nasi minyak jagung, tp jagung out of stock, yg ada pun dah lembik) so kami tanak dua periuk nasi minyak, satu periuk aku selang selikan dengan pewarna kuning, pink dan hijau, maka jadilah nasi hujan panas gitu. then ada dalca, jelatah timun dan nenas, dan ayam masak merah.. seronok makan ramai-ramai.

Raya kedua malam kami beraya balik Kedah semula, then balik Perak semula, Ahad pegi Ipoh rumah arwah kakak ipar, dan rumah akak ipar lagi satu, seronoklah beraya kali ini ada baby dan ramai anak-anak sedara..

Meh kita layan gambar le pulak...
oklah meh kita layan picture je pulak..males nak mengarang...

ok ni pic alesya sebelum balik kampung itu hari..pakai gaun anak i u ouls...
Photobucket

dah pandai memandang dengan kusyuk..
Photobucket

okeh, pic raya pulak...
ni sehari sebelum raya, di dapur rumah ibu mertuaku, disebabkan aku sorang je ibu-ibu yang ada dirumah sehari sebelum raya, maka aku lah jadi ketua chefnya...

gambar ikut urutan
Photobucket
pic 1, anak buah Aizat, goreng kacang untuk dibuat kuah kacang,
pic 2, adiknya Aizat, Syazwan tengah cuci 4 ekor ayam untuk dibuat rendang
pic 3, my darling tengah mengupas bawang-bawang, halia, serai, lengkuas
pic 4, hero baru dalam family, daniyal, hubby adik ipar yang kawen itu hari, rajin ooo mamat ni, siap pandai balut ketupat palas lagik, so syok la gua, sebab dah ada orang lain yang pandai balut ketupat, biasanya aku sorang je yang reti balut ketupat palas tu. letih tau..

raya kami anak beranak, baju dua hero tu pakai tahun lepas punya, masih elok dan kempen berjimatlah katakan, emaknya je beli baju baru dengan baby Alesya.
i makin selim jangan jeles uols... hahaha.. pakai baju size 48 dah skrng..hiks..dulu pakai size 54 tau
Photobucket

Alesya pakai gaun uols...sangat cute occay baju budak-budak perempuan, mama tak tahan oo terbeli skirt kiko dan baby t kiko tu..ni Alesya first time dibawa bergaul dengan orang luar selain dari kami anak beranak..
Photobucket

Raya kedua, full house anak cucu Pak Mior,

all the Miors in the house,
Photobucket
ada Mior Luqman, Mior Danish, Mior Danial, Mior Darwish, Mior Zulhelmi, Mior Abd. Rahman, dair Mior kecik sampai Mior warga emas..eheheh

Menu kami hari kedua, ALhamdulillah aku makin improve skill memasak, mampu masak 5 kilo nasi, seperiuk beso dalca, dan 3 ekor ayam masak merah. risau jugak takut tak menjadi... of course di bantu oleh kakak-kakak ipar yang hebat, tukang merasa dan menambah kekurangan yang ada..
Photobucket

raya ke tiga...
balik Kedah, raya ke4, Alesya, or nama manja dia di Kedah ialah Baby Q (baby Qhaisara) sepupu-sepupu dia kat kedah panggil baby Q, baby Q cukur rambut hari raya ke 4, uhuhuh tak der rambut dah baby Q,

Upacara mencukur rambut dibuat oleh Mak Bidan kampung. Baby Q, baik je masa dicukur rambut, cool je, tak nangis pun..
Photobucket

tu diaaa baby Q dibedakkan dan rileks kejap...kemudian bersiap nak keluar beraya lagik. pakai gaun lagi baby Q
Photobucket

Aksi-aksi baby Q yang sempat dirakamkan...
tido nyenyak berbaju gaun yang sangat comel itu yang mama 'terbeli' juga dia The Store SP, hiks..terbeli uouls..ter tau..
Photobucket
Hari ini 9/10/2008, Nur Alesya Qhaisara, genap 4 bulan, atau umur sebenarnya dia sepatutnya 2 bulan, tapi dia dah advance...

Sekian cerita raya kami...

psstt blog i masuk surat khabar sinar harian sabtu sebelum raya itu hari.. glemer.. glemer... glemer....
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino