Thursday, October 29, 2009

Dakwah hari Jumaat..


Ni nak habaq sat aihhh...
Esok ada satu kekosongan kelas cupcakes tu, sebab kak Fazilah yang udah daftar dan udah bayo tak dapat nak join atas sebab-sebab tertentu.. so saya akan gantikan kak Fazilah di kelas lain akan datang..

SO sesapa nak join kelas ni esok, sile roger saya dengan segera, first come first serve, sapo nak tanya-tanya itu hari, maaf le tak ingat semua yang tanya, boleh le dak kome hok nak roger saya.. okeh bebeh..tengkiu..jumpe esok..

okeh..roger and out..

Ok sempena Jumaat saya nak share sikit info ni..ni my darling pumpkin pie tu foward email ni tau.. jadi paham le korang naper mak Pnut selekeh je..tader mekap-mekap bagai.. laki meks ni sangat tak suka bini dia ada conteng-conteng muka..

Pernah sekali saya pakai eye shadow masa pegi dinner masa tadika Najmi CIC dulu buat kat PICC, konon nak glemer sikit, meks tempek foundation, pastu tempek bedak, pakai lipstik, dan conteng sikit mata tu eye shadow, bukan terang pon..lite-lite sajork, sekali laki meks jegil biji mata noks.. sentap meks.. tapi dalam jegil-jegil, dia gelak-gelak gak, dia kata saya buruk kalau mekap, dia suka kalau saya tak mekap nampak lawa... huh kamu nampak dak psikologi pakcik gebu ni tarbiah saya?? uhuhu dia memang sokmo kata saya lagi lawa tak mekap, tak pakai lisptik bagai.. Propa je tu.. saya tengok selekeh semacam je, tp dia nak bagi saya syok sendiri sebenarnya. Tapi kira oklah memang saya pun jenis jenis mekap bagai kan, takat tempek bedak, tonyoh lipstik sikit je pon.

Dalam pada bini dia bukan jenis kaki mekap pun dan juga dia kirim email peringatan ni.. ye la..ye la... kita pakai lipstik lite-lite je.. bedak pun tempek asal muka tak berminyak..uhuhuhu, uhuhu pelan-pelan.. nak ingkar pun ni bab agama kan.. mana leh komen-komen lebih-lebih.. jadi mana hok elok kita boleh ikut, kita ikutlah kan.. meks pun makin kertu.. jadi hok mana pakcik ni tarbiah hok baik-baik kenalah ikut dak?? bukan dia suruh meks pakai purdah pun, takat tak gemo teman tenyeh-tenyeh muka je pon, kira boleh lagi teman nak follow tu..no hal la..ewahhh gue dakwah rock je beb.. hiks.. ye la, nak tulis sopan-sopan tak reti, kang salah info orang charge kita berlagak pulak.. haha walaupun ada sedikit genetik riak dan berlagak, tapi bab agama acik turunkan crown, maklumlah ilmu seciput, jadi tak leh eksen la.. tak baik tau, salah eksen kena panah petir kang...Nauzubillah..

Ok-ok ni email hok laki teman foward tu, teman dan cut-cut mana tak berkenaan, tinggal isi-isi penting je.. ni cikgu BM masa sekolah menengah dulu ajar buat ringkasan.. tinggal mana tak penting, ambil mana yang penting je.. berguna gak ilmu ni..hiks..(ishkk pnut hang ni dan lagi kona baring, sampai cikgu BM pun masuk dalam ini pilem, ape hal?? muehehehe)ok...ok teruskan bacaan anda ye tuan-tuan dan puan-puan..

Ni emailnya
Saya seorang wanita yang bekerja, saya ingin bertanya mengenai hukum wanita bersolek yang agak tidak tebal, iaitu dengan mengenakan sedikit bedak dan gincu.
Ada teman yang menegaskan bahawa haram hukumnya bagi saya berbuat demikian sedangkan niat saya saya sekadar tidak mahu wajah kelihatan pucat, boleh pihak ustaz huraikan perkara itu?

Jawapan
Dalam ayat 33 surah al-Ahzab di atas dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.

Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Minyak Wangi
Rulullah SAW melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.

Ok..harap dapat kita share-share info ni.ehehe kekadang tu kita tau dah pon.. cuma amek mudah je.. saya sendiri pun lagu tu.. asyik kena smack down je ngan pakcik gebu ai tu.. terutama bab menutup aurat le, ye la..kekadang ada budak courier mai hantar barang kan, acik ni sarung tudung je kat kepala, baju lengan pendek, kekadang terlupa, terus keluar.. kalau pak cik gebu ni ada kat rumah, merasalah ko kena marah seround dua.. insaf kejap..pastu esok-esok buat lagi..pastu kena marah lagi.. bila kena marah sentap.. suka ati je nak sentap, padahal dia dah sound banyak kali, tu tanggungjawab dia, dosa saya, dia lak kena tanggung, dia tak suka.. tapi asyiklah makcik gebu ni dok buat juga.. tu saya kata, bukan saya tak tau, tapi saya amek mudah je.. meh sini ketuk kepala sendiri sat barang 7-8 belas kali... dush..dushh..dush... pangggg sebagai bonus tambahan, penampar sedas.. huhuhuhu

Dulu masa mula kawen lagi teruk, saya kena bertudung dalam rumah mertua bila ada ipar duai lelaki, punyalah saya rimas, panas, siap muncung muka lagi. Tapi pakcik gebu ni garang ooo takut ai tau.. pastu pelan-pelan la berubah, bukan senang nak buat benda yang kita tak buat sebelum ni, dulu acik lagi rock beb, belasah je takat pegi kedai depan rumah tu tak pakai tudung pon.. hiks.. tapi tu dulu la.. sekarang ni 'berjenis' la sikit, asyik kena marah ngan pakcik gebu je. bila le nak bebetul insaf.. Kalau tak kena ketuk ngan pakcik gebu tu, mulalah saya lupa daratan kejap. ampun kanda, dinda akan cuba perbaiki kelemahan diri dinda ye kanda.. pelan-pelan noooo

Dulu saya memang rock, masa masuk UiTM pun saya bukan bertudung, eh dalam kelas saya masa tu ada 3 org je tak pakai tudung kan?? geng info betoi dak?? Saya, Gee, dan Dini tapi masa masuk part 3 kot, saya dah bertudung, diikuti Gee dan Dini, akhirnya semua budak perempuan kelas kami bertudung. Hidayah saya bertudung pun rock juga, ada satu hari balik cuti sem, saya balik malam, sampai rumah subuh tu, dari stesen bas amik teksi balik rumah. Masa sampai pagi tu adik bukak pintu, pastu saya masuk bilik solat dulu baru pi jumpa mak, jadi mak tak perasan masa saya balik masih rock. Esok tu bila nak keluar pi pekan saya pakai tudung, entah tetiba je rasa nak pakai tudung. Emak tanya bila pakai tudung, saya cakap baru je.. ahah mak tak tau baru hari tu le saya nak pakai tudung. Tudung pun tudung dari bilik saya tu, jadi mulai hari tu saya bertudung. Balik UiTM, ingat lagi orang paling suka ialah Kak As, dah lama dia terbiah saya suruh pakai tudung, akhirnya saya pakai tudung gak, Kak As siap hadiahkan saya tudung lagi. ok tamat cerita dakwah kita..hiks..dakwah le sangat..hehehe

Oklah sempena hari minggu ni, korang makanle kek hok acik sediakan ni ek..sile-sile jangan memalu..ehehe ni kek order bebaru ni..saje boh sini.. kasi korang terliur sikit..ahaks.. erkkkk baru nak insaf dah buat perangai tak semengah dah..ape nak jadi la makcik gebu sorang ni..tak sedo-sedo diri betoi..





Wednesday, October 28, 2009

Jom Pegi Ber-SO-SIAL.. tengok wayang pacak


Rentetan entry semalam tu kan, ramai lak yg concern, sampai ptg tu YM acik invi kejap, sebab korang asyik YM tanya sape cik enon tu.. heheh kepochi la korang, tapi taper acik suker, sebab acik pun suke kepochi gak.. keleessss kita sehati sejiwa berdansa, jangan bimbang, rakyat malaysia prihatin, kepochi satu semangat yang bagus. Semua tanya entry mana, komen mana, ishkk kan dah kabo, maleh panjang cerita, saper rajin pegi la cari ceruk mana cik enon letak komen-komen sorga dia tu..

Dengan bantuan Ajid, dan beberapa kroni Mak Pnut yang lain, kami tau dah saper tu olang.. kita ucapkan Salam Sejahtera buat CIk Enon (Anonymous) dari Kampung Mahmoddiah, Johor Baharu. Glemer ouls.. hiks, kitaorang siap dapat tengok bumbung rumah Cik Enon lagi.. tapi nampak bumbung umah je la.. jadilah buat melepas rindu.. orang tua-tua kata, kalau angau, tak boleh tengok orang, tengok bumbung rumah jadi le.. Terima kasih kepada teknologi satelit.

Kita doakan Cik Enon sentiasa dalam keadaan baik-baik saja. ok cik Enon Peace NO War!!!! :-D

Ok.. Saya nak ajak ouls semua pegi ke Majlis Maskara nak??? Erkk cube tengok sini ape bendanya Maskara dan Sindiket Soljah tu TENGOK SINI KALO NAK TAU set-set umat ni buat tayangan wayang pacak kat Rumah Pena Sabtu ni. Depa akan tayangkan filem-filem pendek, set-set umat ni bikin filem pendek suka-suka depa.. dulu ada le saya join set-set umat ni, tapi sekarang busy je mane ada masa. Tapi hok Sabtu ni menarik perhatian saya, maka saya paksa laki saya bawa saya pegi sana.

Dengan bantuan NAGA dia tolong saya bodek laki saya agar bawa saya ke sana, maka Sabtu malam ni kami akan berembun dan berSO-SIAL kat Rumah Pena, ada ramai karyawan seni, saya harap Mamat Khalid sihat dan dapat datang, kerana kami berdua laki bini nak jumpa dia, dan mana tau Mamat Khalid offer kami berlakon jadi pak pacak untuk filem akan datang dia. Maklumlah darling saya kan encem lagi baby face... saya usah kira la..jelita sungguh kan.. Takat-takat lakonan Maya Karin, anytime gue boleh caras...

Jadi korang, jomlah kita tengok wayang pacak in real, lepak kat padang, ada skrin, pastu bawa jajan. Naga suke hati paksa saya bawa satay, pastu demand buat makaroni.. Naga ko berangan le ye.. aku ada kelas cupcakes pagi tu. tak kena gaya aku pegi bawa diri je. Hahahah tapi idak le..teman akan bawa gak satu menu buat melahap pada malam itu sambil menonton di bawah sinaran bulan purnama. Kami akan bawa tikar yang besar, ehh bantal nak bawak dak?? selimut?? ohh ya naga pesan bawak ubat nyamuk.. aci dak aku bawa sabut??? hiks.. Daun, CIk Madu hang tak mai ka?? Selamba la Daun bawak Iqbal berembun..

Hok ni maklumat Tok RImau anto ke FB saya, kamu tengok bahasa orang kreatif, ni pun dah menarik, jadi jangan ragu-ragu, saya confirm musti best. Buat suamiku tersayang, jangan nak ada janji temu lain itu malam occay, kabo kat kawan-kawan babah tu mengeteh pada hari lain.

1. Diramalkan Maskara Shorties kali ini akan masuk Malaysia Book of Record sebagai acara maraton filem pendek terpanjang. Ada 27 filem yang bakal ditayangkan dari 7.30pm-1.30am. (Anggaran masa). Berembun kita malam tu.

2. Sila dapatkan permit balik lewat dari pihak-pihak tertentu. Bawa kunci spare agar x ganggu orang lain nak tidur. Harap-harap pihak tertentu tidak ada kunci spare.

3. Tempat letak kereta utama adalah dalam kawasan Rumah Pena. Sepanjang lorong susur Gapena dan Pena. Parking MAA. Etika letak kereta, first in last out. last in first out. Seeloknya carpool. Kalau sesat pun beramai-ramai.

4. Masuk adalah percuma. Keluar pun percuma. Jika mahu pulang awal, pastikan kereta diletakkan dibahagian yang senang keluar.

5. Rujuk peta dari web Sindiket Soljah utk ke Rumah PENA. Jika memandu dari arah DBP, elakkan masuk susur lorong ke rumah PENA dengan mengejut. Buat pusingan keliling sebelum masuk ke PENA. Lebih mudah. Lebih selamat.

6. Kami tidak punya cukup kerusi. Bawa tikar piknik, payung, kudapan. Tayangan adalah di bawah bintang. Outdoor. Ala wayang pacak. Kami ada ikut petua lambung seluar ke bumbung tapi kami tidak tahu jampinya. Jadi, marilah sama-sama doa-doalah tak hujan pada malam itu.

7. Sila bawa pulang barang yang anda bawa dari luar, termasuklah sampah kulit kuaci. Pastikan laman PENA bersih dan kami tidak disaman pihak Bandaraya.

8. Anda berdiri menghadap layar. Zon perokok adalah sebelah kiri, zon bukan perokok adalah sebelah kanan. Sila buang puntung rokok di tempat yang disediakan.

9. Jangan lupa bawa duit lebih kerana ada gerai jualan buku disediakan.

10. Makanan ada disediakan oleh penaja. Sementara stok masih ada. Jika kalian mahu sedekah makanan, dialu-alukan. Bawalah baki-baki kuih raya tu.

11. Tempat solat disediakan di tingkat atas Rumah Pena. Dokan tidak hujan malam itu.

12. Ulasan tentang acara dan wayang yang ditayangan adalah digalakkan. Tag artikel atau foto anda dengan perkataan Maskara Shorties 2.

13. Kod pakaian: Kool ikut acuan sendiri. Semua orang kool seluruh negara ada di Maskara Shorties. Kalau dia tidak ada di Maskara, dia tidak kool. Jangan malu kepada diri sendiri kelak. Pergi ke Maskara Shorties.

14. Peringatan: Maskara Shorties mula 7.30pm. 31 Okt 2009. Rumah Pena KL.


So semua.moh le.. roger-roger saya kalau nak join.. kita support group independent berkarya..

p/s Eh cube perhatikan kawan-kawan saya nama pelik-pelik..Naga, Daun, Madu, Tok Rimau, sungguh multi epe ek?? hiks, tu sebab bila emak saya ada kat umah, pastu depa ni datang, mak saya cam moskil..erkk awat nama dia Daun..hahaha.. hiks..


Tuesday, October 27, 2009

DIAM ITU PINTAR!!!!


Lalalaalal ada orang cube nak sakitkan hati saya nampaknya sekarang.
Moga bahagia la anda dengan cara anda, kalau niat anda memang betul nak sakitkan hati saya, anda belum berapa berjaya, kerana saya mengambil prinsip Azwan Ali kejap..
Cak..cak..cak..cak.cakkk.cakk ade aku kesah????

Saya ada keluarga saya yang saya sayang, saya ada kawan-kawan saya yang kenal saya, means tahu siapa saya, jadi saya tak perlukan orang yang tak suka saya untuk jadi kawan saya, atau saya pun tak nak jadikan dia musuh saya, prinsip saya kawan je semua orang. Walaupun ada orang cuba nak bermusuh, tapi saya malas la layan, ko provoke le sorang-sorang, acik maleh nak layan. Baik acik bukak youtube tengok lawak-lawak gampang afdlin shauki, din beramboi kat dalam SPONTAN. terhibur sikit.

Ini IP address seseorang yang tak sukakan saya 203.82.92.129 dan 203.82.92.149 hiks..orang yang sama kah?? ni pengguna celcom berukband ni... siapa tu?? kroni kami dah kabo tau saper orang ni... hiks..tapi tak per.. biarlah.. pesan emak saya "Biarlah orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang"

Saya bukan jenis nak latah-latah, sentap dan tutup blog, atau invite reader je masuk baca bila kena provoke, malas la..kalau saya buat camtu, suke la orang yang tak suka saya kan, bak kata RUDI orang macam tu hendakkan perhatian, jadi bile kita tunjukkan perhatian kita, saya prinsip saya lak dengan cara menutup blog, atau privatekan blog maknanya kita bagi perhatian kat dia le kan.. no la.. saya adalah diri saya. Rudi suruh saya manage comment, hanya yang register je boleh boleh komen, atau tukar guna blogger punya komen, ermm tak nak la.. saya tak suka menyusahkan orang yang ikhlas nak kawan ngan saya, depa yang tader blog kang tak boleh komen, mungkin kekadang saya tanya pendapat, dan pendapat terbaik itu mungkin datang dari akak-akak, adik-adik yang tader blog, tapi nak komen. Haloscan senang, sesiapa pun boleh komen. Ajid kata sorang tu tak menjejaskan ramai lain yang sudi berkawan dengan saya.

Part ni kata-kata ajid buat saya tergelak
"yadziz: doa ja, moga dia dapat hidayah dan dapat hobi baru, seperti bermain congkak atau conda condi selain dari kacau blog orang
yadziz: alah kak.. macamlah akak tak biasa ngan sampah sampah masyarakat gini..
yadziz: dari dunia jurnal dulu lagi ada apa..
yadziz: sabar kak sabar"


eheheh ajid is forever my truly 'adik', He never failed to be good to me tau... dia sebok cemana pun, kalau kak dia ni mintak tolong pun sambil shopping pun dia akan tolong, maklumlah dia online dari memana sahaja. Ajid, akak tak tau cemana nak habaq betapa akak rasa bertuahnya dapat kenal ajid, dapat jadi 'kakak' ajid, sungguh tak tipu. Ingat minggu lepas, dia tolong update pasal kelas cupcakes yang dah full tu, saya tak sempat online, mintak dia tolong umumkan kat blog kelas dah full, call dia mintak tolong updatekan, pakcik ni dah bersiap nak balik rumah dah, dah abeh kerja, tapi dia tetap juga selit, tolong updatekan juga. Ehh apsal tetiba cerita ajid??

Oklah kita kaitkan juga bahawa cerita Ajid ni adalah relevan dengan perenggan-perenggan kat atas itu. Ajid antara manusia yang saya kenal melalui blog saja, selain Cik Daun, Nuar,Cik Madu, Nett, Rudi, Mat Jan, Bean, Salina, Kak Sya, Mak Andeh, dan ramai lagi yang tak tersebut dek saya.. mereka semua hanya dikenali melalui blog, tetapi akhirnya jadi macam saudara sendiri. Kak Sya dan Mak Andeh memang dua orang selalu saya luahkan perasaan kalau saya down. And dioarang biasanya sentiasa ada kalau kita perlukan, bebudak yang lain tu ermm usah kira la..memang rapat la.

Bila kita menulis blog, dan membaca blog orang, pilihan di tangan kita, samaada kita hendak jadikan penulis blog atau orang yang baca blog kita sebagai musuh atau buat kawan baik kita, semua atas diri kita, kalau kita pilih untuk benci dan tidak suka seseoarang itu ape boleh buat, takkan saya nak balik Kedah, ajak mak pegi Siam, cari bomoh Siam manderem kasi semua orang suka saya. Bodoh la sangat kan... ermm tetapi kekadang jadi orang yang bodoh sangat indah, sebab kalau dah nama pun bodoh, orang yang marah kita tu pun kategori ape ek?? lagi bodoh dari orang yang bodoh?? hiks.. jadi saya tak mau jadi orang lebih bodoh dari orang yang lebih bodoh... jadi keputusan terbaik ialah..

DIAM ITU PINTAR

Kepada ENCIK/CIK/PUAN ber ip address seperti di atas, terima kasih kerana membaca blog ini, kunjungan anda amat saya hargai. Anda penyumbang statistik pengunjung blog...sehari ada seribu lebih orang keluar masuk sini, anda salah seorang.. terima kasih...

p/s sebagai seoarang yang suke eksen dengan diri dia sendiri, cube tengok saya, saya baikkan.. kalau orang lain dah kata blog dia ada lalat, ada langau le..tapi saya tak pun kata camtu.. . jadi sile puji saya adalah baik..

sekian, terima kasih

Yang Benar

Pnut

Monday, October 26, 2009

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Haji..


Mungkin ramai dah tengok berita di tv malam tadi, nahas yang meragut nyawa 4 beranak, termasuk sorang cucu perempuan kan.. Al-Fatihah buat keluarga Haji Zawawi, jiran lorong depan rumah kami. Sedih..

Paling sedih ialah kerana saya dan si abang lalu di kawasan kemalangan tu, dan kami nampak nahas tu, malah saya sempat suruh si abang ambil gambar lagi, guna kamera phone sebab digicam tak bawa, and saya tak sanggup pulak nak tunjuk pic kemalangan dari kamera phone tu kat sini, sungguh tak sangka yang terlibat kemalangan itu ialah jiran kami sendiri. Saya sengaja suruh si abang ambil pic sebab nak tunjuk kat hubby ada kemalangan ngeri, tapi tak sangka rupanya jiran kami sekeluarga yang maut itu. Masa kami lalu jam 1.30ptg, betul saya baru lepas ambil si abang balik sekolah, sebelum tu jam 12.45 saya lalu jalan yang sama, tapi kemalangan itu belum berlaku.Bila lalu selepas menjemput si abang, nampak kemalangan, dari jauh nampak ada dua tiga ambulan, kereta bomba, saya dah agak mesti dasyhat kemalangan yang berlaku tu. Dan semasa saya lalu tepi kemalangan yang berlaku itu, ngeri nengok bomba sedang potong pintu kereta untuk keluarkan mangsa yang tersepit.

Ini pic saya ambil dari Berita Harian Online


BERITA HARIAN

BERITA DI UTUSAN MALAYSIA

Al-Fatihah lagi..

Saya paling sedih bila melihat jenazah baby Balqis, sayu je, memandang wajah bersih baby, seolah-olah masih tidur je. Alahai, bagaimanalah simpatinya saya mereka kehilangan 4 insan tersayang sekaligus. Pilunya.. Moga keluarga Haji Zawawi tabah.

Kadang-kadang bila ajal sudah tiba, ia tetap akan tiba. Baru je saya tulis minggu lepas, kecuaian kita kadang kala mengundang petaka. Ya takdir ALlah memang kita tak boleh elak, tetapi ada benda yang kita boleh sentiasa ingatkan dalam minda, jangan memandu terlalu laju, sehingga tiba-tiba kita hilang kawalan, dan akibatnya kemalangan boleh berlaku. Kemalangan yang berlaku ini ialah di jalan yang lengang, dan kereta yang merempuh mereka adalah dari laluan bertentangan. ada pembahagi jalan, dan jalan itu lebar, ada 3 lane. 3 lane sebelah sana dan 3 lane sebelah sini, luas kan?? tetapi padah juga bila kenderaan dipandu terlalu laju, melanggar pembahagi jalan dan merempuh kereta lain yang mengikut peraturan.

Moga kejadian ini menjadikan kita lebih berhati-hati.. Moga ALlah jauhkan kita sekeluarga dari segala bahaya. Dan kejadian ini juga iktibar buat kita semoga kita sentiasa menghargai insan-insan tersayang kita, kalau Allah nak jemput, sekelip mata dia boleh jemput, tanpa apa-apa tanda.

Tambahan sikit, saya baru jer berbual dengan jiran yang kebetulan saksi ditempat kejadian, katanya kereta perempuan pemandu kereta proton saga tu buat aksi berani mati, dan dia berjaya, kerana 4 orang terbunuh kesan dari aksi berani mati dia. Ya memang takdir ketentuan Allah mereka mati dengan cara begitu, moga kita semua ambil iktibar, di sepanjang kawasan jalan dari Alamanda ke rumah atau, atau dari rumah kami ke Alamanda lebih kurang 4-5km camtu le.. memang tidak ada tempat untuk buat U-turn, so sekiranya nak patah balik memang kena jauh ke depan, kat trafik light atas fly over tu baru boleh u-turn, so menurut saksi ni, katanya perempuan yang patah kaki yang kini dirawat di hospital tu, dia cuba buat u-turn, u-turn i atas divider occay.. bukan jalan yang rata. Tapi tak pasti le kot betul dia terbabas dan sangkut atas divider tu.

Kata akak ni, kereta dia sangkut atas divider, and dia press minyak, bila dia press kereta dah terlajak ke jalan sebelah dengan laju, and kereta arwah di bekalang lori, dan arwah sedang memotong lori (of course la kita nak potong kenderaan lain, kita laju sikit kan) so semasa dia sedang memotong tu berlanggar kereta perempuan yang berani itu, dan katanya kancil berpusing-pusing dan baby tercampak keluar kereta. aduhaiii menulis ni pun menggigil-gigil tangan dah.. Katanya driver lori itu orang pertama berhenti dan pergi angkat baby yang tercampak itu. Ermm kalau salah akak tu cerita, salah le saya, tapi kata hubby pun semalam semasa berbual dengan kaum-kaum lelaki, cerita yang sama gak mereka cerita.

Ermmm moga-moga kita semua berhati-hatilah, jangan kita berani tak bertempat, kalau tempat tak boleh U-turn jangan le U-turn, sentiasa beringat, mungkin satu kesilapan kita bakal mengundang padah seumur hidup pada orang lain..

Sunday, October 25, 2009

Jalan-jalan di taman


Macam biasa, hujung minggu saya jarang yang tak busy, semedang busy dengan cupcakes. Khamis budak kecik tu demam, itu hari raya ada demam juga, lepas tu dia terrer merangkak, sebelum ni takat angkat punggung get ready je, belum kayuh, lepas demam itu hari laju lak dia kayuh. Ni demam gamaknya nak boleh berjalan betul kot, sekarang jalan tak berapa betul, kena pegang tangan lagi, asal berjalan je nak laju-laju, mana tak jatuh, tu le duk lagi dalam walker, dah biasa jalan laju, bila secara sebenarnya berjalan pun nak jalan laju-laju gak.. sabau je la ngan budak kecik ni.

Jumaat malam tak berapa lena tido ku si kecik asyik terjaga dan merengek. Malam tu jugak, badan dia panas sungguh, risau ooo dia kan dah pernah kena 'tarik' hari tu kan sebelum raya, takut la berulang. terus kasi ubat, tanggalkan baju dia dan lap seluruh badan sampai suhu turun. lega sikit.

Sabtu dah agak ok, kami tinggalkan dia kejap pegi beli barang dapur, itu pun dari Te*co saya call bibik dua kali, make sure suhu badan dia tak naik, risau sangat. Masa kami nak keluar, dia punya nangis, babah bawak round satu round dulu baru kasi kat bibik, dia menangis dan merajuk-rajuk, bukan tanak bawak, tapi dia baru elok demam, takut nak bawa. Sabtu petang dia demam balik, malam pun sama, saya tido malam, tido-tido gitu je, takut nak terlelap betul-betul. Order cupcakes pun ada yang post pone dulu sebab tak leh nak tumpukan sangat.Sya-sorry ye, awak punya cupcakes post pone dulu ye, tak sempat nak buat semua. Ahad tu baru dia betul ok. So Ahad, selesai siapkan semua order cupcakes petang tu, kitaorang keluar kejap bawa dia pegi jalan-jalan ke taman, menebus yang kitaorang tinggalkan dia semalam. <-- haha ini motif sebenar entry ni, nak cerita kami pegi taman.hiks..punya panjang intro kan..biasakla..

Kitaorang pegi yang dekat, je, yang paling dekat dengan rumah, iaitu Taman dekat depan Putrajaya International Convention Center. Ye umah kami dokek je ngan tempat tu, kalau depa tembak bunga api time pertandingan bunga api tu kami keluar depan sikit dari rumah nampak bunga api. So kami anak beranak bawa si kecik ni berjalan-jalan..sukenyaaa dia.. Inilah tempat yang kitaorang pegi jalan-jalan

Kat sini jumpa my blog reader and friend, CM, dengan hero bongsu dia, at last ek..dapat juga dia hero kecik ni.. suke betul dia.. syok.. u all kalau nampak mak pnut anak beranak berarak kat memana, tego-tego ek... ai suka berkenalan.. jangan le korang nampak pastu tak tego, pastu tinggal komen, saya nampak kak pnut kat sini..situ.. tapi segan nak tego..boleh kamu gitu?? tak boleh tau...

Macam biasakla kan.budak ni kan very the anak pak dia.. jadi ngan pak dia le..mak dia tukang amek gambo je la..

Budak ni jalan kemas dah, cuma dia takut nak jalan sendiri, nak orang pegang tangan. Manja la dia ni..u know what, botol susu pun tanak pegang sendiri, orang kena pegangkan, kalau suruh dia pegang, dia pegang kejap pastu campak.. eeeiii

tengok pic dia ngan si abang tu, wahh siap cekak pinggang sebelah beb..ala-ala heroin gituk


Anak manja babah niiii

dah kena dukung, kang dia over penat, malam mau merengek, sakit/lenguh kaki, jadi babah dia dukung lak.

Okeh jom balik..eheheh budak kecik ni tak reti naik tangga, maklumlah umah dia tader tangga..cam blur kejap, apa dia nak buat kat tangga, tu pak dia ajar pijak tangga..


Orang ramai la kawasan ni, kalau kat tempat lain sure ada orang jual air, rojak, nugget-nugget goreng tu, tapi kat Putrajaya ni tader la..erkk jom kita jual air tin pun ok gak.. hahah atau jual ais krim malaysia tu, sebatang 40 sen...40 sen.. beli..beli... hiks.. ye la nak beli air tin tu abeh korek duit syiling, beli kat vending machine katakan.. Eh Robee, or orang Perbadanan PUJ yang lain?? tak ke berniaga kat taman?? ehehehe

Balik je umah kepala lagik sakit... adoiii pening..

Smileykidz-Cotest Senyuman Paling Ceria


Nak masuk..nak masuk..nak masuk gak... tak kira.. kalau sangat best.. kalau tak menang sangat tak best...

okeh meh kita masuk meh..tengok ape syaratnya..

Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
Sudah...minggu lepas dah kot jadi follower

Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Selesai, tu nampak kat tepi tu?? kalau tak nampak gak..sile kabo..

Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
Ni tengah buat le ni...

Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
Nah hambek..acik kan gile koser... berkeping-keping boh ni.. kalo tak menang gak tatau le..ye la tak kesah le anak acik tak comei pon, depa bukan cari baby comei.. depa nak cari senyuman paling ceria, kot anak orang dari suku kaum Sakai ke, Senoi ke masuk pun, kalau senyuman depa paling ceria, potensi menang tu ada..kan..kan... ingat adik-adik...ceria tau...

Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
Nama anak comel ni Nur Alesya Qhaisara, umur kini ialah 1 tahun 4 bulan.

Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
AMARAN: no link back will be disqualified (taper la...kita tak kesah...hiks.)
okeh tuan-tuan dan puan-puan..ni link ke blog Smileykidz ek.. . SMILEYKIDZ

Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
Okeh sat gi acik pi terjah sana okeh bebeh...

ok..ok..hok ni pic-pic anak dara teman tu...

Ceria excited nak balik kampung


ceria gak le kan..


Hok ni tak ceria gak tatau le..


Ceria nak naik bot kat melaka


ceria gak kan..


Aci la kan..ceria gak kan..kan..kan...


Ceria diagah babah...


ehh dah abeh kan..dah abeh kan?? ada tertinggal ape-ape?? idak kan..kan..kan???
horeyyyyy sila pilih kami jadi pemenang, kompem tak sesia korang amek gambo..hahaha opss lupe sebarang surat menyurat bodek membodek tidak boleh mempengaruhi juri...

alaaa tak kira...nak jugak menang... nakkk jugak....

Harap penganjur bebetul mencari pemenang hok betul memenuhi tema, pernah dolu-dolu ada gak penganjur anjurkan contest baby in itu... in in la..last-last pemenang hok menang tak 100% dalam tema pun, banyak bunyik kat belakang... haha emak-emak gok tak pueh hati siap conference kat ym.. ye la..sah-sah pemenangnya tak der in ***************** seperti yang penganjur letak tema.

eh oklah lupekan, Smileykidz ni photographer, so depa tau le bab menilai gambar dan menilai erti senyuman ceria kan..

Thursday, October 22, 2009

YAKIN BOLEH!!!


Ingat dak lirik lagu ni..tak ingat sapa penyanyi dia..

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikir ragu-ragu
usahamu tidak menentu

Engkau la apa engkau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Jika kau fikir kau boleh
Kau boleh!!!"

Betulkan lirik tu..semua bergantung atas diri dan usaha sendiri. Dua hari lepas kot, saya dengar radio, FBI ada sebut "Orang yang takut untuk gagal ialah orang tak tak berani untuk berjaya" lebih kurang gitu le bunyinya. Memang betul sesangat.. pepatah jepun ke ada kata KIASU-Dare to Failed kan.. cehh confident je cakap, entah-entah salah..wakakkaka

Masa saya nak mulakan bisnes cupcakes, saya dengan confident dan berlagak sikit tau.. hahaha lorr macam tak biasa, saya kan memang ada genetik dan semulajadi eksyen tak bertempat cemana tah.. Punca sebenarnya ialah, saya pernah order cupcakes untuk birthday Najmi tau, masa tu umur dia 6 tahun, punyalah tinggi harapan bila nak dapat cucpakes tu. masa order dah rekues, nak kaler ceria-ceria..happy-happy and menarik... Expectation saya ialah bila bukak kotak kek tu terus satu feeling "wahhhhh cantiknya...sukeeee" but the feeling saya terima ialah sebaliknya..oklah itu citer lama. Lepas tu terus saya cakap kat darling ai, "babah, mama boleh buat lawa lagi dari ni..tunggulah, darling ai gelak-gelak kan ai tauuu bareee je.. Pastu saya buktikan kat dia sikit demi sedikit. Alhamdulillah, bukan takat buat untuk birthday anak sendiri, birthday anak orang, anak sedara orang, pun dah buat. Kena yakin dengan diri sendiri. Insya-ALlah.

Ok..tu baru intro beb.. Intro 4-5 perenggan..biasalah kan..

Motif utama penceritaan kali ini ialah, nak tunjuk usaha anak buah teman ni.. Tadi chat kat YM ngan BUDAK ZAKWAN NI dok tanya perkembangan diet depa. Budak kacak ni anak kepada sepupu saya, Kak Idah. Zakwan, Najib (Abang dia) mmg tembam giler.. maklumlah mak depa ni cikgu Akaun yang bukan terrer mengajar Akaun dan Matematik je, tapi terer masak oooo ape makanan hok Kak Idah masak tak sedap?? semua sedap belaka, itulah budak berdua, eh bertiga, Nabila ni tembam-tembam belaka.

Tapi itu dulu..sekarang Najib dan Zakwan dah selim tau... amazing ooo dari budak lelaki tengah membesar, suka makan, berazam nak turunkan berat, jadi seorang suka bersenam (berbasikal, pegi gym)kontrol makan...tadaaa nengok le hasilnya.. Kak Idah bila lak turn Nabila? Najib pun katanya dah selim tapi tader lak picnya, ni pi Zakwan ni cilok dari blog dia dan blog mak dia.. dah ensem dah... ramai aweks suka dah niiii. Jadi makcik-makcik semua yang baca blog ni, tak motivasi ke?? ehehehe jom kita cabar diri sendiri jommm tercabar haku ngan usaha bebudak ni tau...



So motivaasi diri sendiri amat perlu occay, bebudak ni peringkat awal ambil Jus Diet Mate 5 tu, beberapa bulan je, then stop, depa kawal makan sendiri dan bersenam.. Tahniah buat mereka... Acik juga belum pegi Gym lagi... maklumlah Gym tu bukan tepi rumah.. Jadi acik kan sokmo sibuk nak pegi GYm pun tak sempat. hahah alasan.. taper tak pegi gym tapi petang-petang saya tolak budak kecik ni dengan stroller keliling perumahan. SIap bawa belak susu lagik, kot dia ngamuk, tapi tadernya dapat berjalan keliling perumahan, suke lagi ada la..kalau tolak slow siap nak bangun berdiri lagi, kena tolak laju-laju..eheheh


Dapat la jugak berjalan laju-laju, sekeli tolak sambil berlari-lari sambil memain ngan dia. Berpeluh kotiak den gak, merembes-rembes peluh keluaq.. pi balik..pi balik, lebih kurang 2km gak dapat berjalan sehari.. Jadilah.. Bersenam dapat, main dengan anak pun dapat.. orait hapa..kualiti time beb...


Ni part tambahan ni, udah ku post entry, tapi budak kacak tu tak pueh hati, kata pic dia tak berapa ensem, dia suruh letak pic dia yang ni pulak..ishkkk budak ni... dia kata pic ni lagi encem, kacak, rambut bersikat rapi..

Huh!!! mujur dah mention sikit tadi, penyakit eksen dan perasan-perasan saya ni adalah genetik kan..jadi tak salah le..anak-anak buah pun kenan gak sikit-sikit bab-bab tu.. bukan salah kami...ini genetik..ahhahahah


Wednesday, October 21, 2009

Sekelip mata suatu perkata itu berlaku merubah seluruh hidup kita


Tuan-tuan dan puan hadiran yang saya hormati sekalian...
hiks..gaya wakil rakyat gitukkk..

Saya minta maaf le banyak-banyak kepada yang berminat nak join kelas cupcakes tu tapi untuk 31hb ni udah penuh, saya tak la sangka, cepat beno korang bertindak balas ni.. (amboii haku minta korang buat kebajikan tak selaju ini, tak baik tau.. tu entry nak buat kebajikan tu masih valid, cuma saya terpaksa ke bawahkan, sebab nak buat iklan kelas cupcakes tu, entry je dok bawah, maklumat masih relevan sepanjang hayat occay, sila derma) Next kelas 14 nov, tak sempat letak kat blog terus dah full ni. Sorry la ek..

Ok..ok.kalau nak tau bab kelas-kelas ni tunggu hujung november baru teman kabo ek.. lepas 14hb tu tok leh nak buat kelas la..bibik teman nak balik raye haji, lepas abeh cuti dia, anak bujang tu kami nak sunatkan, jadi teman busy le sikit.. Insya-ALlah December la kot. eh baru tulis nak sunatkan anak bujang teman dok rasa cam terharu-haru over sikit. rasa cam ehh dah beso anak teman...uhuks... dah rasa cam..ehh lepas ni dah big boy anak haku ni... emosi gila babun jadi omaknya ek.

Semalam saya buat kek choc moist choc moist, ada kakak kat tempat kerja ni order untuk birthday anak dia, kebetulan anak dia pun kerja sementara kat sini, so akak ni surprisekan anak dia dengan birthday cake, malah akak ni siap bawa nasi ayam dia masak sendiri lagi jamu kawan-kawan anak dia dan kami kat sini makan, buut lak kat eating corner kami kat sini. Ai boss yang occay, tak der la kejam staff nak buat makan-makan birthday pun tok leh, melampau la kan, asalkan tak der semua melangut hadap makanan sampai kaunter tader orang udah le.. Lelain tu leh kawtim maaa..

Jadi ada bihun goreng, ada nasi ayam, ada sorang tu buat nasi minyak, eh semalam kitaorang potluck, saya bawa sambal belacan, ikan goreng, ikan masin dan ulam-ulaman, ada sorang tu bawa masak lemak telur itik, ada sambal sotong, gila punya makan niiii penat petang sebelumnya pegi jogging, pastu semalam makan nasi lak tghari, walau makan sikit, tp termakan juga. semalam petang pi jalan-jalan bawa anak dara tu tolak ngan stroller, berpeluh cam berjogging gak, tapi hari ni depa bawa nasi ayam..huwaaaaaaaaaaaaaa nak salah sapa tu kalau termakan??? takkan nak salahkan diri sendiri?? mana bulih... tak boleh salahkan diri sendiri, menyalahkan orang lain best sikit.

Tau dak, mesti la tak tau kan.. tak tau meh nak kabo.. Pernah dak dengar ungkapan "sekelip mata satu perkara itu berlaku bakal merubah seluruh kehidupan kita?" kot tak pernah dengar, baca tu, kira dah pernah tau la ungkapan tu kan.. aci la lagu tu kan, tak dengar tapi baca.. hehehe

Saya nak share story kak H yang saya buatkan kek untuk birthday anak dia ni, Satu kemalangan yang berlaku dalam masa beberapa saat, akibat kecuaian seorang manusia telah merubah seluruh kehidupan akak ni. Akak ni pangkat kecil je, gaji pun sangat kecil kalau nak kira dengan kos sara hidup di bandar beso ni kan, kemalangan yang hampir meragut nyawa husband dia tu telah membuatkan hubby jadi orang kurang upaya, dari seorang lelaki yang aktif, independent, menjadikan hubby dia murung, pemarah, kuat cemburu, mungkin tekanan, kerana dia bergantung sepenuhnya pada kakak ni dan anak-anak, pergerakannya terbatas, duduk rumah tak boleh kerja dah. bapak punya tekanan ke, dari seorang yang aktif tetiba terperuk kat rumah. Kemalangan akibat kecuaian manusia tu telah merubah seluruh hidup mereka.

Jadi kalau kita rasa-rasa nak bawa kereta laju-laju bila lampu dah merah, dengan harapan orang arah bertentangan belum bergerak walau lampu dah hijau, tolong fikir emapt lapan belas juta kali dulu. Kalau kat Putrajaya ni Kat Presint 2 tu, jalan dia bapak besar, jarak dari jalan seberang sini nak seberang ke sebelah sana rasanya 50 meter gak kot, ke lebih.. Jadi kalau simpang empat, walau lampu kita baru merah, berhentilah, kerana, bila dah merah kita terus gerak, di tengah jalan belum sempat kita menyeberang, lampu lain sudah hijau, dan bila hijau, orang tunggang motor selau gerak dulu, jadi orang yang bodo bila lampu dah merah tapi tetap tunjuk hero nak pecut, maka jadilah kemalangan yang kita kategori sebagai kecuaian manusia rakus yang bodoh lagi akal tak berapa panjang.

Orang yang melanggar itu, sekurang-kurang cedera ringan, kalau pegi hospital pun takat rawatan pesakit luar je pon, yang orang dia langgar tu, koma berhari-hari, tebuk kepala, tebuk dada, tebuk tengkuk.. tebuk kaki, masuk besi, tebuk belakang merata kena tebuk. Orang yang langgar tu tu boleh lenggang kangkung beraya ke hulu ke hilir, orang hok dia langgar, beraya atas kerusi roda. Malah mungkin orang langgar tu (orang kaya la kan, bawak keter mewah masa eksiden tu) malah mungkin yang langgar tu hebat pegi makan angin sana sini lepas tu, tapi orang susah hok dia langgar ni, dok berurusan dengan lawyer tak abeh-abeh nak tuntut insuran yang seciput tu. Tak sedih ke?? itu sebab saya maleh nak berkira-kira ngan akak ni, dia jual kuih saya beli, dia jual kerepek saya beli, dia jual brooch saya beli, dia jual minyak wangi saya beli, beli je, janji boleh bantu dia. And kek ni pun saya ambik duit modal balik je, tak der amek untung pun, janji dia happy.

Ok ni kek hok saya buatkan untuk anak dia, ceria budak ni dapat surprise dari omaknya.

Cube tengok, emak semua sama, nak happy anak, akak ni walaupun bukan kerja beso, belajar tinggi, tapi tetap nak happykan anak dia, anak dah beso panjang pun buat sambutan birthday kat anak dia. can u imagine?? ada ke bapak hok bulih buat lagu ni?? Kalau ada, acik kagum seh ngan itu bapak, nak suruh laki acik pegi berguru. Laki meks tu, bapak punya tak reti melayan bab-bab camni.

Ape nak buat, acik redha, kang dia lebih romentik, ada pulak anak dara miang jatuh cinta, haru lak kan..kan..kan... laki ai kan ensem... baby face lagi kata dia..uwweeekkkk dia kata bukan saya kata, tak cayo nengok kat kabo kat kawan dia kat facebook, dia kabo dia baby face, itu sebab dia letak pic Najmi kat profile dia.. aci ka lagu tu?? (aci.aci... nak aci dok india la pnut oi...hahaha sendiri buat lawak sendiri gelak.. ni namanya lawak senario... kita bikin lawak kita sendiri gelak...muehehheeh) matilah meks kutuk laki sendiri, ampunkan dinda kanda..i lev u... jgn mare... ingat malam ni malam Jumaat... ingat, baca Yassin tau... ye la baca Yassin laa... bendera merah beb!!

Tuesday, October 20, 2009

Kelas Cupcakes


UPDATE PUKUL 4.55ptg 21/10/2009
KELAS TELAH PENUH!
kekosongan 5 tempat telah diisi.
Pihak Pnut Cupcakes akan cuba untuk mengadakan kelas siri yang lain memandangkan permintaan yang mengalakkan.
Maklumat lanjut akan diberi pada masa akan datang
segala kesulitan amatlah dikesali.
sekian, terima kasih

ajid (PA Pnut -arini jer pun):D


Salam semua...
Hari ni sebenarya mood kurang mari nak tulis blog...
Kerja berlambak, nak mengarang pun tader ilham, entry dalam draft semua dah dipakai.ehehe tader entry-entry spare dah..

NI time lunch, berhenti rehatkan minda..

Ingat hari tu saya ada buat kelas Cupcakes untuk Pu*panita JP* kan?? so selepas entry tu ramai sms dan email tanya pasal kelas cupcakes, dan saya janji nak buat cuma tak tau bila saja, tup-tup dah masuk posa, then musim raya.. ada hok kejap-kejap YM tanya bile nak buat kelas..eheheh sapa la tuuu...

So dengan ini saya umumkan... saya akan adakan kelas cupcakes kat umah saya le.. di Desa Pinggiran Putra, (betul belakang Putrajaya, dekat je ngan PICC, tak sampai 5 minit pon kalau dari PICC tu)

maklumat lanjut kelas seperti berikut

Tarikh : 31 Oktober 2009

Masa : 10 pagi-sampai selesai (dijangka sekitar jam 3 ptg)

Bayaran : RM80

Tempat : Kat Rumah saya sape minat boleh tgk map dan alamat kat blog cupcakes
SINI

Peralatan perlu dibawa :
Gunting
Kain/tisu roll utk lap mengelap
Apron

erkkk tu je kot korang perlu bawa, selain bawa diri eheheh, lelain semua saya sediakan. Makan tengahari pun saya sediakan.

Tempat cuma terhad kepada 5 orang saje tau.. sekarang dah confirm 2 orang, so tinggal lagi 3 tempat je lagi.

Untuk makluman, kelas ini untuk beginner, untuk yang tak pernah deco cake, tak pernah kenal nozzle-nozzle, kira pengalaman tak der la.. Saya akan ajar buat choc butter cake ni tunjuk step by step.. then saya akan bagi resepi buttercake, saya akan tunjuk camner nak buat buttercream, dah tu deco le.. Insya-ALlah akan ada berbelas patern yang boleh dipelajari..

Kelas ini sesuai sangat untuk mereka yang malu-malu nak pegi kelas deco cake kat tempat belajar biasa, kerana hanya ada 5 orang je dalam kelas, and ajar one to one, tak der konsep malu-malu, leh tanya soalan ape pun.. baut tak lawo kita betulkan sampai lawo.. U all akan try and practice atas cake board dulu, dah terrer baru buat kat kek.

SO kalau anda seorang suami, dan isteri anda tidak bekerja, dan ingin menjana pendapatan tambahan, boleh datang.. very limited kepada 5 je ni... Selepas ini saya tak tau le bila nak buat lagi... Kalau anda seorang adik ada kakak tak kerja, bolehlah cadangkan dia datang, atau kalau anda sendiri teringin nak buat cupcakes sendiri boleh datang juga...

ape-ape leh sms saya untuk book tmpt, once dah full saya akan umumkan kat sini udah penuh...

thanks..thanks...thanks....

Mari buat Kebajikan


Ini entry makluman, entry baru dibawah sinun..

Kawan-kawan..
kamu berminat membuat kebajikan?? tapi tak der geng nak join?? atau nak buat kebajikan tapi tak tau macam mana?? meh sini meh, kita bersama-sama membuat kebajikan bersama-sama..

Seorang pembaca blog saya, iaitu Puan Kak Hazwah kita sangat berhati mulia.. Dia ambil tapak kat Flea Market Serdang, Cik Kak ni beli buku terpakai, novel, majalah, dan kemudiannya dia jual semula kat tapak Flea Market ni, dan hasil jualan ni dia akan sumbangkan kepada rumah kebajikan.

Tadi Hazwah call saya dan kami borak-borak pasal perkara ini, maka.. saya dengan ini menggunakan kuasa veto yang ada pada saya, ingin mengajak dan menyeru anda semua menjadi sebahagian dari yang menjayakan projek ini, kalau boleh saya paksa, saya nak paksa, tapi kita nak buat pahala, mana boleh paksa orang. Jadi siapa suka rela nak menyumbang boleh berbuat demikian. Kalau sebelum ni Hazwah beli buku, kemudian dia jual semula, tapi saya ingin memohon dan merayu pada kalian semua, daripada novel-novel yang korang rasa tak berapa nak best dibuat koleksi, atau dah banyak beno novel, buku sampai tak muat nak simpan, ape kata korang dermakan kepada kami, dan kami akan jualkan kepada orang lain yang ingin membeli sambil berbakti. Ingat tak penat kat Hazwah berjam-jam jual buku kat tapak Flea Market tu, tapi nan ado dia kayo dengan jual buku terpakai, dia dapat untung masuk tabung cap ayam, simpan dia nak kasi kat rumah kebajikan. Takat kudrat dia sorang berapa sen sangat pun dia dapat kumpul.

Hasil perbincangan saya dengan Hazwah, saya cadangkan jangan fokus pada buku, majalah semata, kita kumpulkan baju-baju anak-anak kita hok elok-elok lagi, kita jualkan. Kalian sumbangkan ikhlas dari hati..Insya-Allah ganjaran di akhirat nanti berbaloi-baloi..

Jadi, kalau anda seorang ibu atau bapa, mari kita ajar anak-anak kita berbuat kebajikan. Sama-sama kita terangkan kepada anak-anak kita, ada kawan-kawan sebaya anak-anak kita tinggal di rumah kebajikan, tanpa emak dan bapa, tanpa pakaian yang sempurna, rumah kebajikan yang mereka tinggal itu perlukan duit, untuk beli barang makanan, beli ubat kalau diaorang demam, sakit, jadi mari kita tolong kawan-kawan mereka untuk tambah duit rumah mereka. Ajak anak-anak kita duduk depan almari, pilih mana baju dia yang masih elok (yang boleh dijuallah, kalau dah lusuh sangat, buat lap pinggan mangkuk je ek...) yang mana kita rasa, dah tak muat untuk dia pakai, tapi masih elok, kita suruh dia masukkan dalam plastik dan bagitau dia, ok kita bagi baju ni kat kawan Mama/Ibu/Ummi/Papa/Ayah/etc.. nanti diaorang akan jual baju ni, dan duit tu nanti diaorang aka serahkan pada kawan-kawan adik/kakak/abang di rumah kebajikan.

Selain kita ajar dia mengemas almari, kita ajar dia juga kenapa perlu derma, kenapa ada kawan-kawan dia kena tinggal dirumah kebajikan, dan kenapa mereka harapkan derma dari orang-orang macam kita. Saya selalu pesan kat si abang, setiap rezeki Allah beri pada kita, ada hadkan, kalau terlebih rezeki, kita kena kongsi dengan orang lain. Selalu saya akan bagi duit kat dia bila pegi pasar malam, dan akan suruh dia masukkan dalam tabung derma rumah anak yatim yang selalu ada tu, dan saya akan bagitau dia, itulah rezeki orang lain, itu hak mereka, kita kena beri. So kawan-kawan, marilah kita bersama-sama menjayakan usaha mengumpul duit untuk rumah kebajikan ini.

Insya-Allah anak-anak kita ni kalau dari kecil dah diajar begini, mereka akan membesar dan mempunyai hati yang bersih dan ikhlas. Saya juga mohon sesiapa yang berminat ni jadi volunteer juga untuk mengumpulkan hasil sumbangan kawan-kawan cyber ni. Kami perlukan 'agen' untuk jadi runner utk pick up barang nak donate kepada kita, contohnya kami perlukan volunteer area Shah Alam, untuk penyumbang derma area Shah Alam hantarkan buku2 atau baju2 yang diaorang nak dermakan kepada 'agen' ni, bagi area putrajaya/bangi Insya-ALlah saya boleh pegi ambil kat rumah tuan/puan, atau kita jumpa kat memana.. Please support ye. Siapa berminat nak join, tlg tinggalkan komen dan email... email penting tu.. kami perlukan 'agen' area PJ, Subang, Nilai, Gombak...aahhhh merata-rata la.. utara, selatan, pantai timur semua pun boleh, kumpul dan pos.. kos pos kita share-share le...

Kalau Hazwah keluar modal, keluar tenaga, abehkan duit minyak ke hulu ke hilir, penat terkejar sana sini, bukan untuk diri dia sendiri, kita sama-sama bantu ye. Jangan berkira dengan orang, baru orang tak berkira dengan kita.

Kalau anda seorang blogger, kalau takder modal nak update blog, boleh copy paste entry ni kat blog memasing, dan sama-sama kita panjangkan niat baik kita ni..

Untuk maklumat lanjut leh email saya (email ada kat tepi tu atau Hazwah hazwah@gmail.com (boh tajuk barang untuk derma) boleh juga sumbangan ni nak terus dihantar ke Tapak Flea Market (Car Boot Sale) kat Tapak MAHA, Serdang. Semua manusia dialu-alukan untuk merderma. Nak buat kebajikan tiada had..

ingat Sharing is Caring... Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima..

Monday, October 19, 2009

Jangan takut jadi gemuk!! love yourself!!!


Semalam sape dengar radio HotFM, diaorang cerita bab gemuk.

Ai terasa youuu... kalau ikut sejarah hidup saya, saya masa kecik-kecik dulu tak der gemuk sgt tau... tak caya nengok gambo ni.. saya yang cute tu... bukan yg baby yang duk antara emak dan arwah abah tu.. comeikan saya..selim je ai tau...(time kasih abg sham y cousin, saya curi pic ni suka hati dari webshot dia)

pict2161

Saya sendiri tak sedar bila saya gemuk, mungkin masa darjah 3 ke atas kot saya start gemuk, actually dulu saya teruk sakit gastrik, tahap tak leh posa punya sakit masa sekolah rendah, past tak berapa lalu makan, jadi emak saya prihatin sangat, kasi vitamin makan kat saya, maka lepas tu saya makan sampai saya gemuk. Jadi salahkan vitamin itu, atas kegemukan saya, jangan salahkan diri sendiri.



Soal tidak ada keyakinan diri, bagi manusia yang hebat macam saya, nan ado.. wah hebat katanya kan.. yup, saya main hoki, (bukan jadi goal keeper occay) saya main jadi wing atau defender sampai wakil daerah. Sekolah rendah dan sekolah menengah, saya main bola tampar, wakil sekolah je la. Saya ada ramai kawan dulu, walau sekolah saya ialah macam sekolah cina sebab ramai beno kaum nan satu ni kat sekolah saya, itu sebab bila saya cari kawan sekolah lama kat facebook, haku jumpa amoi je ramai. hiks.. saya bergaul macam biasa, tanpa rasa rendah diri, anak-anak cina ni jadi kawan-kawan rapat saya, selain dari 6 jahanam geng anak melayu saya masa tu.



Walaupun kawan-kawan saya vouge, dan cute-cute tapi diaorang kawan ngan saya, tak der masalah. saya ada kelebihan saya, saya boleh bersukan, saya boleh jadi cheer leader beb!!! hahah bukan hok gedik pompom girl tu, saya tukang sorak bila time suka hok saya tak masuk, cam bola jaring ke.. kalau masa saya team hoki bawah 15 tahun, saya ketua sorak untuk sokong team 18 tahun, masa saya 16 tahun saya kaki havoc utk team bawah 15 tahun. Itu lah saya, saya kawan semua orang, dan semua orang pun kawan saya. Cuma saya tak berapa masuk dengan set-set kaki study, sebab saya seorang pemalas dan malas belajar. Saya suka kalau kelas lukisan dan pendidikan jasmani je. No wonder SRP saya cukup makan, SPM ala kadar dan saya cuma score masa STPM, itupun sebab geng 6 jahanam saya sorang pun tak masuk form 6, ada yang kawen time tu, ada keja kilang, ada yang masuk kolej.



Bila saya masuk form 6, saya tak der pilihan kawan. set-set kawan yang saya ada semua minah belia kaki belajar, jadi saya memilih kawan dengan budak lelaki.hahaha Dulu tu saya sekolah pompuan, jadi kawan-kawan saya dari sekolah lama skema giler tak kawan sangat ngan bebudak lelaki, saya jenis cemana tah.. tak reti skema-skema, cakap kena sopan-sopan.. kompem kawan pompuan saya yang ayu-ayu suka kecik ati kalau kawan ngan saya, jadi kawan-kawan baik saya ramai kawan lelaki, senang sikit, saya kutuk depa, depa kutuk saya, no hard feeling. Ok..ehh apa motif nak cerita sebenarnya ni?? ooo ok, nak cerita pasal keyakinan diri bila menjadi seorang gemuk.



Entah saya jenis orang yang confident dengan diri sendiri dari dulu, saya cuma tak confident kat diri sendiri bila saya feeling merenyam kat memana lelaki yang saya suke, masa tu saya rasa low giler..ada ke lelaki tu nak suka kat pompuan gendut cam haku?? Tak caya tanya kawan-kawan saya di UiTM, saya cemana, saya happy je sokmo.. kalau letak saya, adibah noor, afdlin shauki, mamat khalid dan bob lokman di satu show, pasti saya rasa satu malaysia sukakan kami.. (wahhh tetiba feeling cam diva), masa di UiTM, saya pernah jelajah Taman Negara Pahang, dan panjat gunung occay. Gila punya tinggi, rasa nak abeh napas je, tapi saya tetap berjaya. Banyak hutan dah saya masuk, banyak gua dah saya masuk masa saya student. saya kira saya pompuan gemuk yang mempunyai hidup yang sangat indah. Jadi kenapa perlu rasa rendah diri bila gemuk? ape? korang ingat orang kurus tu hidup dia indah sangat ke? cube tengok berapa ramai artis kita lawa malatops tak berjaya pun dalam hubungan cinta mereka.



Pernah dulu saya ditanya oleh seorang pembaca blog ni, katanya dia pun gemuk, tapi dia tak der keyakinan diri, dia pemalu dan suka rasa diri dia jauh ketinggalan. Ermm kalau nak kira dari kita dress up memang la, apa pesen sangat pun orang gemuk boleh bergaya kan?? ko nak pakai kebaya ketat?? berani pakailah?? ko nak pakai jubah maxi hok cam sekarang ni? kompem cam balut buah nangka nak ranum tu kekdahnya. Jadi orang gemuk ni, kita ukur baju di badan sendiri, jangan kita nak over confident, tau kita gemuk, tapi nak menyarung baby T, nak pakai skirt paras lutut, nampak selulit merata kaki dan peha tu. Ada juga orang berani camtu, kata dia nak tunggu dia kurus nak dressing macam tu mmg takkan merasa punya, jadi pakai je la.. hiks..betoi gak dak?? so bila kamu udah pakai begitu, kalau kamu berjalan orang pandang, senyum dan sengih, kamu jangan le marah ye.. Anggaplah mereka senyum sebab kagum dengan keberanian kamu je la..



Masa berat saya 115kg dahulu, saya nak pregnant, tapi tak juga pregnant, doktor kata susah sebab gemuk sangat, mengganggu kesuburan (polycystic ovarian-betoi ka doktor ieda?), kitarain haid tidak teratur, doktor kata saya tak der pilihan, mesti turunkan berat. Saya nekad, Elin syorkan ambil HL, dan saya diet gila-gila, berbulan-bulan tak makan nasi, bukan lah tak makan langsung, tapi kalau makan pun sikit sangat, pagi saya minum milo ngan oat je, malam saya pun macam tu, hasilnya memang berat badan saya turun, dan betoi macam doktor kata, kitaran haid saya betul, tiap bulan dia hadir, sehingga sekarang cukup circle dia akan jengah. Kalau dulu saya tak datang haid sehingga 2-3 bulan normal la tu, sekarang tepat masanya. Alhamdulillah, saya dua kali hamil sebelum Alesya, cuma tak der rezeki, yang 2 itu keguguran. Alesya kalau ikut kiraan, kehamilan ke4 saya la.



Saya tau memang sukarlah saya nak cecah tahap kurus, tetapi sekurang-kurangnya saya sekarang bukan lagi orang yang bila timbang beratnya lebih 100kg, setidak-tidaknya dari pakai baju size 54, saya boleh pakai baju size 48 dah. Yang penting diri kita, kalau kita nak, kita boleh.. Kepada yang ada masalah berat badan, dan masa yang sama nak pregnant, ambil iktibar cerita saya, usahakan turunkan berat badan, Insya-Allah kita berusaha, selebihnya kita serahkan Allah mengaturkan. Setidak-tidaknya kita berusaha, kalau gagal juga, itu bukan kuasa kita.



Kalau Adibah Noor bangga dia gemuk tapi suara dia sedap...Afdlin Shauki gemuk, tetapi dia pandai menagrah filem, pandai menyanyi, pandai berlakon. saya pompuan gemuk yang bangga sebab saya boleh hias kek..heheheh ni hasil kek dari pompuan gemuk ini.. tangan gebu saya sudah menggembirakan hati ramai anak kecil, menggembirakan hati emak ayah yang berhajat, tangan gebu ini juga sudah membuat insan-insan tersayang mereka terharu dengan sekotak kek, jadi kenapa saya harus rasa rendah diri?? i love my self just the way i am...









Sunday, October 18, 2009

Sessi Tayangan belum berakhir


Sebagaimana saya sudah kabo... saya belum menayang langsir dapo kan?? ok nah ni dia..

Saya suka coraknya..cuma sayang satu, kalernya putih.. kalau lain kaler sikit best le.. taper la.. pakai kejap dua tiga bulan pastu cuci la...tukar hok lama balik.. NI saya tempah kat Nilai 3 Kedai Fiona, dalam banyak-banyak kedai, Fiona ni je la kualiti jahitan dia ok sikit, tp harga dia mahal sikit dari kedai lain, mahal sikit je, tak mahal byk.. cam yang saya tempah ni, dia kira kain semeter RM14, (upah jahit free) so untuk langsirnya rasanya tak sampai 40 ringgit kot kosnya. saya just tambah sikit untuk piping kaler maroon bawah tu je.

Dannnn next tayangan ialah... lampu terendak cap Romantika..

Sebenarnya nak beli yang lampu berdiri, beso sikit, tapi ada kakak kat opis ni kabo, dia ada beli hok camtu, sekali anak orang datang ke rumah dia, berlari sana sini tumbang, patah pastu tak leh repair, terus saya beli dok ni je.. (alasan..sebenarnya hok lampu berkaki lagi mahal..hahahaha) sebab bajet saya kat situ tak leh lebih RM150, sebab minggu lepas udah terbeli benda lain kat Romantika Bangi dah.

Murah je set lampu tu RM78 sajork, dan frame kiri kanan tu harganya RM12 satu. Tau dak saper pilih lampu tu??? Mior Lukman Hakim beb.. hiks..saya tak perasan ada lampu yang kakinya cantik ittew, dia yang perasan dan suruh saya pilih camtu. (kan teman kabo..dia boleh buat menantu..) cuma terendak lampu yang dipasangkan dengan lampu tu plain, saya tak suka, so tanya amoi tu leh tukar terendak lampu tu dak, dia kata bulih... saya pilih yang berbunga-bunga gitu.. (tu pun Lukman gakkk tulung pilih..ehehhe) cuma nanti nak make over sikit kat bawah terendak tu, nak tambah riben-riben sikit.

Dell kamu kalau nak order cupcakes lagi, kabo ek..akak sukeee anto kek ke Shah Alam, selain boleh pekena Bancau, saya pun boleh ngada-ngada ajak darling ke Romantika kat Plaza Alam Barzakh tu..opsss Plaza Alam Sentral. Romantika kat situ sorga sikit berbanding kat Bangi atau Kajang punya Romantika. (eh saya dah usha, kedai pegaga tu kedainya lot S25, kalau parking, dari parking lot tu ngadap food court, kedainya kat tengah-tengah, dari tepi kamu leh nampak ada satu lot kedai baju, "Blue Eye Fashion Beauty Centre" hah..baris tu le.. kedai baju mmg boleh nampak dari tapak parking.. ada teman ngambik gambo, tapi blur la..kami pegi sana dah malam.

Ni lak anak dara saya, khas buat Auntie-auntie yang suka nak tengok pic dia..

makin lasak oooo.. semalam ada jiran datang, pastu saya terlupa tutup gril, sekali dia dah hala ke grill pintu, saya lak kejar dia takut dia keluar, dia pula nengok kita berlari, lagi dia laju kayuh dalam walker tu, ingat kita main ngan dia, laju ke menuju ke pagar, mujur gate tutup, kalau tak mau dia jatuh keluar dah, sebab rumah kami agak tinggi, dan agak curam dari parking nak keluar tu.. fuhhhh nasib naik gate tutup...tu pun dia dengan laju dan hempas walker tu ke pagar tu, terhantuk sikit, mujur dia tak nangis, siap leh gelak-gelak lagi.. yg pic dia dengan abang, jenuh nak ambil semua pic blur, tak diam dia, sebab saya keluar kereta, dia pun meronta nak keluar juga, haru sungguh.

ok.ok... jangan lupa projek amal kat atas tu.. mari kita buat kebajikan ek...

Thursday, October 15, 2009

Langsir bilik abang pulak...


Ok..kita teruskan sessi tayangan lagi..
Ecahhh kami dah terima cadar BEN10 tu.. bukan saja Najmi terjua, dengan emak-emak dia jerit suka terima parcel dari SkyNet tu. sampai budak tu tanya, ape ni kak yang suka sangat..ahahha bikin malu je pompuan gemuk ni..hiks..

tadaaaa terus si abang suruh bibik pasang...

Langsir tu cap nilai 3, so kualiti dia tahap tu le.. haku bagi ukuran betoi, dia jahit senteng juga.. sakit jiwa raga, tu saya kata, kalau nak tempah langsir kat nilai 3 ni kena sabo-sabo sikit, depa ni kualiti cam cikai sikit.. kain tu cotton tebal, cam elyza's gak, semeter RM10 ke RM12 tah dah lupa, upah jahit sekeping RM10, tp sy tawar mintak sekeping RM8, dia tak nak kasi, saya kerek la.sy cakap kedai depan tu kasi sekeping RM8 je, apsal kat sini RM10?? terus dia pun kasi RM8, kain tu pakai 3 keping, dia jahit jadikan dua keping, means satu keping kain, dia belah dua dan cantum.. cuma senteng sangat...benci betul la..dah bagi ukuran dia labuh 80 inci, tapi tah cemana sengal depa jahit tah, tu saya alegik sikit tempah langsir kat nilai 3.

Matching sesangat.. mujurlah kamu wujud di alam maya ni Ecah.. kalo dak tak tau mana nak cari cadar-cadar bebudak lelaki ni.. pueh masuk Ausino la..cari sana sini tader cadar untuk budak lelaki, utk girly2 banyak le..sikit hari lagi ecah kami order cadar princess pulak, tunggu anak dara kami reti bercitarasa sikit hari lagi. Zar, nak cadar Barbie cube usha kat blog Ecah ni, semua ada...

kasi dekat sikit, langsir gambo keter

kat rak tu koleksi keter hotwheels si abang, tu sikit je tu..ada lagi tah mana-mana dia campak tah..ada hok sedekah kat kengkawan lagi..dia ingat pak dia keja bank, senang-senang boleh bawak balik duit ke rumah ke, bawak duit bebanyak, pastu beli keter hotwheels kat dia bebanyak. Beli keter baru, leh kasi kawan, asal kawan mintak je kasi..ngamuk pak dia hari tu bila check banyak keter dia hilang. ujur hok ferari shell tu dia tak sedekah gak.

nampak tu cadar belah kanan tu?? hok tu le si abang suka sangat..sekalik ecah kata hok tu dah abeh stok.. frust le si abang, mujur ada BEN10 sebagai pengganti. Sebenarnya kita matchkan dengan langsir dan wallborder dia ni.. tapi tak jadilah nampaknya.kalau dengan cadar car racing tu mmg masyuk sangat la...

Eheheh ecah kita tunjuk suggestion awak, cadar CARS tu kat dia, kata dia, "mama ingat kita ni budak kecik ke suka CARS, tu bebudak je suka," hahahah anak teman dah bujang, mana mau cadar kartun dah. Jadi puan-puan hok anak kecil ni, tak yah le korang berkartun-kartun sangat masa depa kecik ni, dah masuk sekolah ni, koser dia nak layan kartun budak kecik dah.. mujur dulu tak pasang border kartun-kartun.. hahahah

ehh korang jangan ingat sessi tayangan sudah berakhir..belum berakhir lagi..langsir dapur teman belum menayang, alas meja makan beso belum tayang lagi..alas meja tu tempah kat nilai 3 gak, kualitinya cam _*(^&%$*^&*(%^&*+_ tapi ape nak buat, belasah je la.. tu saya bengang tu, kat nilai tu kain-kainnya memangla lelawa..tapi nak menempah ni kena pandai memilih dan nasiblah kalau kena yang tak ok.. so far saya rasa antara kedai yang ok jahitannya kat situ ialah kedai Fiona, tapi biasalah, harganya up sikitlah, langsir dapur saya tempah kat kedai Fiona ni.. kira berbanding hok lain, yang inilah kualiti dia ok sikit.

Hari sabtu nak anto kek ke Shah Alam... soooo ape lagi.... BANCAU le... moh saper nak ikut.. hiks..kesian Cik Madu, pegi cari gerai pegaga tak jumpa ye... terliur-liur ek.. Wana, cari jumpa ke?? erkk saper lagi ek tanya saya pasai kedai Pegaga tu, jumpa tak korang cari?? nanti saya amek lokasinya ek.. dan nombor gerai sekalik.. kompem lepas ni kalau korang cari jumpa, tak jumpa juga, mmg korang tak terrer langsung.

Eh saya dah survey, ada satu gym kat Bangi ni, GYM ni khas untuk ladies je, owner dia pompuan, dan hanya bukak untuk pompuan je, so boleh ber-gym bukak tudung lagik.. yuran dia murah sangat, ikut kita la..kalau sebulan rm50, 3 bln 150, 6 bulan 300, setahun RM600, yang 50 monthly tu pun dah ok, cuma kalau ada aerobik, tarian poco-poco ke kena bayar RM10/session. kalau amek pakej lain, kelas tu free. Unlimited tau.. ko nak datang sehari 3 kali pun bulih... kot le urat besi tulang dawai kan, tak reti penat, nak mai sehari 3 kali orait je.. malam pun bukak.. saya dan beberapa partner in crime bercadang nak join..bagi kalian yang berminat, moh tinggalkan pesan, moh kita sihatkan badan.. jom le...

Wednesday, October 14, 2009

Deko..deko..deko...Langsir baru Pnut Inn...


Dengar lagu-lagu kat blog ni berkumandang.. oleh kerana terdapat permintaan untuk saya letak lagu rock kapak kat sini, maka saya tunaikan permintaan anda, jadi korang bukak lah blog ni dari pagi sampai petang. Dengar sampai lebam.. Kalau boleh bukak kekuat sikit, leh eksyen ngan kengkawan opis, depa sure tadernya lagu rock kapak camni.. tu susah jadi orang cam saya, sikit-sikit nak eksen..sikit nak eksen, pastu hasut orang lain jadi eksen, tak berakhlak betul la..

Lagu-lagu ni semua nostalgia buat saya, Michael Learns to rock tu antara kaset omputih original yang pertama saya beli. Semua lagu dalam tu leh hafal, album melayu pertama saya beli kaset ori ialah album KRU-AWAS..

ok..ok.. ni nak menunjuk sikit. cakap biaq terus terang, biaq kita kata diri sendiri dari orang mengata kita, sebagai presiden persatuan riak, saya nak menayang langsir baru meks.. kelas kaannnn darling ai kata saya feeling perasan macam mak datin.. ambek ko, statement laki sendiri pon. Nak sentap pun laki meks, dan dia antara pemberi dana terhasilnya langsir ni..

Maka...tadaaaa dengan berlagaknya saya eksyen menunjuk dengan penuh riaknya.. langsir baru Pnut Inn..



Lawa dak??? sile cakap lawa..saya paksa ni... paksa sesangat.. sebab kalo kabo lawa baru darling ai percaya lawo..dia tu umat tak berapa ada perasaan sikit, kalau tanya pendapat dia manjang ok, tanya kain ni lawo dak...dia jawab ok je.. pastu kalau tanya lawa dak, jawapan maha standard dia tahap otak gue sudah set sesangat ialah entah, "abang tengok biasa je" tapi taperlah, kalau tak lawo kat mata orang lain, lawa pada mata saya cukuplah, ayat sentimental lak tetiba.

Sebenarnya yang langsir kat sliding door tu recyle je hok lama? ingat dak dulu masa kami pindah rumah, size sliding door tak sama, umah lama lebar 10kaki, rumah skrng lebar sliding door tu 8 kaki je, dah tu dulu labuh 80inci je, skrang 120inci. dulu saya hampir nak let go langsir tu, tapi sudahnya jimat kos, saya hantar semula, kak zah repair kasi pendek sikit, dan yang labuh tu saya minta Kak Zah buat patern camtu, tu namanya patern tak cukup kain..ahaks.. hok kaler merah hati kat bawah tu ialah sambungan kerana kain asal tu senteng, jadi saya mintak kak Zah buat patern gitu letak renda-renda dari kain bunga-bunga tu gak, jadi cun sikit. Mak Ngah chek hok mai hari tu suka dan berkenan dah patern kain tak cukup tu, kata dia nak balik jahit camtu gak.

Eh tak puas menunjuk lagi, ada lagi ni


belum abeh lagi sessi menunjuk..ada lagi ni..

Zar ooo zar, kaler bunga-bunga ni senada ngan langsir kat dapur Zar tu kan?? kan ai tell youu hampir sama.. harus pnut nak terjah nilai 3 semula, nak tempah sheer lagu Zar jugak.. jom le Zar kita pegi Nilai 3 lagik.. (Pnut ni cakap macam dia ada duit dalam bank 4-5 juta je gaya dia, tapi nan-ado katanya)

Last menunjuk dengan penuh gaya ialah bilik tido tetamu..

cadar tu mokci beli ngan CIK ECAH ehh kami suka la panggil nama hang pa ecah, cam comei ja.. terus beli dua, satu utk bilik tetamu ni, satu lagi untuk bilik si abang, nak cadar car racing tapi dah abeh lak, jadi amek cadar BEN10 kaler biru, nak sesuaikan dengan langsir baru dia.. (oh untuk langsir baru bilik si abang dan cadar baru dia, akan datang ye, simpan sikit unsur menayang tu dimasa akan datang-eheheh sebenarnya cadar tu belum sampai)

Overall, makcik pueh ati le dengan kualiti langsir ni, dari segi jahitan, kualiti kain semua-semua puas hati, termasuk layanan ala VIP kat Kedai Kak Zah (Azizah Hias, Bangi) ye la acik kan dah lama jadi customer depa, harus VIP gitu. Sebenarnya kesah langsir tu ada sedikit kesilapan, Niki, awek kedai tu salah faham sikit, sepatutnya tempahan saya gini, langsir utk tingkap 3 panel 1 set, dua panel satu set, dan satu panel satu set..iaitu mewakili 3 tingkap yang ada di ruang tamu. Tapi Niki salah faham, dia buat 3 panel 2 set, 2 panel satu set, hok satu panel dia tak order. so masa budak kedai tu datang pasang langsir, saya takder kat umah, keluar beraya, abg encem tu call saya, heran lak dia, apsal tingkap 3 panel ada satu je.. uhuhu salah rupanya. Tapi saya dah bayar untuk set yang macam Niki order, sudahnya saya kabo kat budak tukang pasang tu, taper la dik, awak pasang kat bilik tetamu je la..bilik tetamu tu tingkap dia 3 panel.

Maka tak pasal-pasal bilik tetamu pun ada langsir baru, ikutkan tahap pokai saya, bilik tetamu tu hanya mampu beli langsir cam nilai 3 je. Tapi dah rezeki bilik tetamu pun langsir baru gak, tapi tak bestlah sebab sama lak patern ngan kat ruang tamu, saya suka kat bilik lain sikit. maklumlakn pompuan giler koser cam saya mmg meroyan sikit bab langsir ni. konon nak style lain la kat bilik dan dapur. ehh sebut langsir dapur..lupa lak nak tayang langsir dapur, taper akan datang ek, kita tayang bersama langsir bilik si abang.

So sekarang tingkap satu panel kat ruang tamu tu masih langsir lama lagi, Sabtu ni baru depa mai pasang hok baru. Sebab saya puas hati ngan diaorang punya kerja, maka saya tak der marah-marah.. Lagipun si Niki tu kalau bercakap, suara lemah lembut, senyum je, camner haku nak marah, tak sampai hati..hiks..

Jadi...tuan-tuan dan puan-puan, keriakan dan keeksenan saya belum berakhir di sini ye.. masih akan menyusul entry tayang menayang tak hengat nanti, kalau rasa menyampah sila menyumpah.. acik tak kesah, sebab acik tau korang hok lama dok melangut kat sini tau kan acik ni cemana...acik berlagak memain je, bukan bebetul.. acik masih perempuan yang humble, baik hati dan bersopan santun. Hok berlagak tu satu sifat hipokrit acik je, umpama dark sight atau watak antagonis dalam filem la..sekadar penyedap cerita...

Sekian dari saya..
Mak Pnut yang sangat berlagak dengan langsir baru...

Terima kasih sile datang lagi esok-esok untuk tengok lagi darjah berlagak saya tahap lebih tinggi lagik...
eh tajuk atas tu deko..deko..deko kan?? hari tu saya pegi paso malam, ada pakcik jual kepok lekor..dia jerit.."leko..leko..lekooo" tiru ayat deko..deko..deko.. hiks..comel la pakcik tu.. motiffff?? pakcik jual kepok lekor comel..ape ape lah..

Tuesday, October 13, 2009

Open House Fasa 2, DPP, and Geng Sekolah Darling



Minggu lepas, Sabtu malam, penduduk kawasan Fasa Dua SEMI D, Desa Pinggiran Putra tempat istana kami ni, adakan majlis ramah mesre aidil fitri, bayo 20 ringgit, AJK sediakan ayam BBQ, lelain port luck je. ACik dengan rajinnya buat ketupat palas, maklumlah acik ni pejuang warisan secara tak langsung. Ikutkan penat mmg tak sanggup, daun palas kena dibuka dan balut sehari awal, kirim dengan ZAR yang kebetulan nak ke Chow Kit, dah Jumaat malam tu baru dapat daunnya, lepas amek daun palas, kami ke Bangi, konon nak ambil edible image untuk cupcakes yang ditempah, tapi tukang kata belum siap, jadi kami menebeng kat mamak jap, balik umah dah jam 12 malam, gigih acik bukak daun palas, dan balut tengah malam, (tujuan bukak awal dan balut dulu tanpa pulut ialah bila esoknya nak masukkan pulut, daun palas itu lembut dan senang nak balut)

No.1 daun palas dah siap buka, semalamnya, ni tunggu pulut masak nak masukkan pulut
no.2 ketupat size kecik (ni nak bawa ke open house malamnya, biar kecik org senang makan)
No.3 ketupat size beso sikit (nak bawa berjalan raya, pegi rumah Cik Yam bawa ketupat palas, Selly, suka mama korang dapat ketupas palas, sbb dia teringin nak makan, tapi cari daun palas tak der jual, rezeki lah)
No.4 pulut sedang ditanak.. 2 kg pulut, bersamaan 1kg santan, campur sedikit air.

Pastu kukus la.. dah siap, suka si Najmi dan Babah Najmi sebab depa suka makan ketupat. Mak Ngah chek yang kebetulan mai dari kampung pun kagum niiii anak penakan dia terrer balut ketupat, dia kata dia pun tak reti.. kembang bontot haku cam nak meletop pun ada. poyo sangat perasaan masa tu.. biasalah presiden riak semalaysia katakan.. jadi acik riak dan takbur sikit hahahaha gampang sangat pnut ni. bencilah. Kembang tu tahap macam hulk dah, baju leh koyak-koyak punya tahap.

Jadinya malam Sabtu tu berbondong-bondong la penduduk fasa 2 ni berkumpul tepi padang beramas mesre..



makanan yang ada, tahap boleh makan sampai muntah..


Tapi acik cuma mampu jamah tiga pat sudu mee goreng, mamam kuih raya dua tiga ketul, kek lapis sepotong dua, ayam keetui, sosej satu, pastu full tak leh masyuk dah..acik hanya mampu nengok orang hirup soto, makan laksam, makan itu ini, sebab acik tak koser nak telan dah. Udah petang tu pegi umah CIk Yam, dijamu dengan mee sup, udah kenyang ooo

Seronok sekali sekala berjumpa jiran-jiran setaman, berborak-borak..maklumlah ini jiran yang akan bersama-sama kita sampai tua nanti.. Majoriti yang hadir ialah penghuni tetap, bukan penyewa, bagi yang menyewa, saya kagumi anda, semangat beramah mesra anda sangat hebat. Ye la, ada orang, kalau dia duduk menyewa, malah nak bergaul sebab nanti nak pindah juga, tapi ada juga penyewa kat situ yang bersama-sama menjayakan majlis, siap membako ayam sampai berpeluh-peluh. Darling ai, macam YB, peramah, semua orang pun dia kenal..jangan ramah tamah sangat bang, esok orang lantik jadi AJK mula nak menolak, itu hari orang suruh jadi Setiausaha mujur dia beriya-iya tolak, kalau tak..acik tau dah... dia jadi setiausaha kat kertas je, yang jadi setiausaha sebenarnya tu acik le nanti.. haku le tukang taip minit kang, haku tukang karang ayat... jangan cari pasal ye kanda... binimu ini manjang sebok ngan cupcakes.

Ok, nak harung cerita ikut darling acik pegi beraya ngan geng-geng kertu dia lak..opsss, ye la..set-set geng IC depa kepala 69, acik IC kepala 75, bezalah tu kan... geng-geng ni ialah geng sekolah depa dulu, sekolah menengah beb, nama sekolah rahsia..ishkk rahsia le sangat konon aiiihhh.. Hayazi..pak sedara hang pun ada tau.

Rumah first pegi ialah umah Kak Leha, tu dia..makanan dia..sorga giler aiihh menu masakan kampung, dengan tempoyak ikan keli, dengan rendang terung, dengan rendang ala rendang tok.. ishk sambal belacan, ulam, bagai la.. meriah..laki gue tak malu beb, dia belasah makan bertambah-tambah...acik menten, 4 sudu je nasi dan amek bihun goreng sikit. gambo ni satu je kat umah kak Leha, yang kat luar tu, lelain tu kat umah Kak Yan di Puchong.

ni la makanan yg sangat sorga itu kat umah Kak Leha, kak umah kak Yan sogan nak amek pic, depa tak tau acik blogger tegar..hiks..

Ni kat rumah kak yan di Puchong..meriah ouls..ahli kumpulan makin bertambah..


Katanya ratu-ratu sekolah dulu.. yang lelaki lak kata, bukan ratu tapi kematu.. erkk bukan saya kata, kawan lelaki depa kata..saya taip je..


Depan rumah Kak Yan di Puchong..


Best juga geng-geng darling ai ni haPENING sungguh, saya paling muda kot.. hiks..maklumlah ai kan kawen ngan orang tua..hahaha, i love you la darling.. dalam banyak-banyak kawan dia, Azri dan wife dia je baca blog ni, hok lain tak tau lagi, sikit hari lagi tau le depa, maklumlah depa gigih ber facebook sekarang.

Lepas abeh di rumah kak Yan, depa gerak ke Klang rumah kawan depa juga, tapi kami tak ikut, kami kena pegi open house rumah CIk Daun yang jamu spagethi macam omputih tu.. kata dia tahap berdosa kalau kami tak pi rumah dia, dah la first time dia buat, pastu mengambil kira faktor dia yang selalu wajib datang ke rumah ai dulu, sampai tahap kena halau balik, maka mmg jatuh tahap WAJIB pegi lah rumah dia.

Jadi sekianlah entry hikayat mak Pnut.. hiks..setiap entry pun ala-ala hikayat.. ape barang update blog 3-4 baris.. tak main le... hiks..saper tak tau lagu tu..

Nexxxtttt.. langsir baru mak pnut dah siap...lawoooo i loiiikkeee

Ehh tak abeh lagi... ada lagi ni...

hiks..jawapan tekaan semalam, apa beza nasi goreng tu bila kami makan jawapannya ialah...
Kalau dulu saya boleh abehkan sepinggan tu sorang... sekarang saya cuma boleh makan suku je dari nasi goreng tu... Tak baik tau korang menuduh kami makan tak cukup sepinggan, nampak beno buruk lantak..hahhah, ai dulu masa chenta tak kontrol, ai belasah sepinggan tu abeh punya.. Saya cuma mampu makan suku je dari nasi goreng tu, dan selebihnya tapau le, tak daya den..

Kalau ouls betul prihatin, dan follow blog ni dan perasan kan, setahun dua ni meks kan diet, jadi mana meks makan nasi sangat, seminggu ada la kot sekali dua makan nasi, tu pun sikit, udah tak berapa masyuk ngan nasi..jadi mustahil saya nak abeh sepinggan beso nasi tu... Ingat dulu kan berat ai 115kg... pastu dah turun sampai 80kg++ dan skerang naik sikit kannnn setelah tak berapa jaga makan sangat, tapi masih tak lah byk sgt naiknya, maka harus saya gigih semual diet cam dulu.. so kepada yang pernah bertanya dulu camner saya diet sampai turun lebih 20kg tu, memang jawapan saya no nasi la.. hiks.. ape la tuduh saya makan sampai tak cukup sepinggan..ahahahha

hahah tader yang tepat betul ..paling hampir tepat ialah Syasya dan seterusnya Jiey dan Easy.. jadi pemenang utama ialah Syasya (akan dapat 25pcs cupcakes (ni surprise) dan Jiey dan Easy jadi korang dua-dua akan dapat hadiah cupcakes 16pcs tu (sekotak 16pcs sorang).. sile emailkan saya apa butiran cupcakes tu yang dikehendaki, tapi bukan minggu ni ye..minggu depan weekend baru dapat ye..minggu ni dah penuh dah...

Yang teka tapi belum tepat..Insya-Allah, nanti saya buat lagi sessi teka-teka.. sebagai menghargai persahabatan kita dia alam maya ni, saya akan memberikan lagi sekotak cupcakes sebagai hadiah untuk kalian di masa akan datang, stay alert occay.. (ayat tahap ketua pengarah DBP nih..) remember, sharing is caring... so saya share rezeki tu ngan korang yang caring maring ni.. (ayat ni KP DBP leh pengsan la..aring maring katanya..)

Monday, October 12, 2009

Taj Mahal kami


Pssttt..gue geram la kan kat photobucket ni..busuk betul... busuk cam kambeng la.. (huii cam le haku pernah gomol kambeng peluk cium lak..) tapi serius..busuk tah hapa, kedekut cam kambeng la.. tak pasal acik kena edit letak pic melalui blogger yang sangat ciput gambonya ni.. cap ayam betul upload pakai blogger..tak suke aaaa..ok lah boleh la korang tengok dah pic hok hilang ni, dan sambung tekaaan korang...

Semalam kan..idak le sempat acik nak update balik lepas tu, faktor masa menjadi penghalang antara kita.. fuyoo ayat... ketua pengarah DPB pun tabik ni.. Saya sebok ooo semalam, sekarang tengah buat survey, dan collect data, nanti kena present benda tu kat Datuk **** (saja je tulis kasi nampak acik sapinat cam hebat giler.. kekonon cam penting beno le haku kat opis ni..tapi yang sebenarnya propa je lebey..kan.. )

Oklah..bagi yang tunggu pic Baby Q tu..nah amek ni, penat acik edit-edit gambo tau.. berlambak lak tu, gambo open house raya la..dan byk lagi la... tengah-tengah dok upload pic, laptop lak heng.. ehh suka hati dia betul.. hangen je acik.

Budak ni kan, sekarang ni ada la juga merangkak ciput-ciput.. atau boleh kategori tak merangkak kot, eh merangkak juga, tapi kejap tak merangkak..(erkk ayat..kalau tadi KP BDP leh tabik, sekarang dia boleh pitam baca ) ada la dia kayuh dua tiga tapak, pastu dia meniarap balik dan merayap ala-ala tentera gitu. Banding si Najmi dulu ada gak le merangkak, tapi kejap sangat merangkak dia pastu terus jalan dah. Yang ni tak tau..tengok dan lihat..

ni pic aksi dia nak berdiri, dia akan merayap cam tentera, pastu akan berpaut kat kaki orang, then berdiri, bila dia dah berdiri, dia akan pegang tangan orang tu..dannn amekla kooo kena bawa dia berjalan-jalan..haru betoi.. dalam rumah sendiri pun jadilah..naseb la rumah tu kategori luas gak, jadi perjalanan dari ruang tamu ke dapur puas la sikit, haru sungguh. dia pulak akan heret tangan kita ke sana ke sini, bukan kita heret dia.

keterangan gambo
No.1 dia merayap ke kaki babah...
No.2 dia dah boleh berdiri dan jenuh pak dia bawak jalan keliling rumah
NO.3 Bibik lak take over
No.4 Budak riang ria boleh berjalan keliling rumah.

Acik?? acik sebok ye anak-anak..siapkan tempahan cupcakes..nampak tu icing beg dengan cream ada tu...kat pic no.1 tu..tu bahan bukti acik gigih siapkan tempahan beratus-ratus untuk satu kompeni ni sempena open house kompeni dia.. Kepada ouls nak tempah cupcakes untuk family day ke hapa.. sila contact acik ye..harga special punya boleh kasi untuk pembaca blog ni.

Oklah ni dia budak kecik yang tengah gian nak berjalan, tapi belum mahir, kena gak pegang tangan dia.

hebat budak kecik ni, dia ada dua bibik suka melayan dia, bibik my jiran tu, bibik Kak Zah, tader budak kecik untk dijaga, selain jaga kucing-kucing je, jadi pepagi bibik berdua akan berjalan-jalan bawa Alesya jalan-jalan depan lorong rumah kami. suke bebeno le budak ni..sampai bibik kata kekadang tak mau masuk rumah, punya nak berjalan.

Eh tau dak, itu hari pegi Shah Alam masa berhenti makan, jenuh acik pegang dia, sebab dia meronta tak mau dipegang, duduk atas pangku, budak kecik ni nak berjalan, maknya nak mamam pun tak leh, last dia dah hangen, dia jemput sayur taugeh dalam pinggan omaknya, dia humban ke lantai..bertuah sungguh la kan.. anak sapa la tu...

OK remember last week acik kabo pasai Taj Mahal kami kan?? sebenonya Taj Mahal tu ialah Central Market ouls.. itulah tempat dating kami tau.. disitulah cinta bersemi, bercambak membiak, dan seterus cinta disemai tu sudah kelaur dua budak. hiks..

Sungguh nostalgia, setelah bertahun-tahun tak jejak kaki ke sana, rasanya sejak pindah ni belum lagi pergi semula ke sana..

Jadi mengimbau nostalgia kami, kami naik ke food court atas bumbung tu.. wahhhh udah baru ropanya tempat ni, laaa cik lupe amek gambo... kedudukan gerai dan berubah, acik tak confuse mana kedai maha best yang kitaorang selalu makan, last-last nampak gak akak bertubuh sehat cam acik kat gerai kat tengah-tengah, tu diaa sudah mariii, kebetulan kami pegi time lunch, so depa dan siap-siap prepare masak letak susun atas meja, customer pilih je nanti,

Kami order nasi goreng ikan masin (memang dari dulu itulah menu kami) dan ayam+sotong masak pedas, dan tomyam, FYI ayam+sotong masak pedas kat sini memang superb, kalau tempat lain ko order rasanya cam paprik je dia kasi kan..kat sini sorry.. sedap sangat occay. tomyam pun mariii wahh kagum seh, kualiti dan kuantiti nasi goreng dia tetap sama, rasa cam dulu gak..tader bezanya.. cuma satu je beza yang ada... sape leh teka acik kasi hadiah cupcakes 16 biji..sila teka apa beza nasi goreng ikan masin tu dulu dan sekarang (klu-rasa tetap sama, kuantiti nasi, sebumbun penuh gak, tukang masak bertukar rasanya) sile teka apa bezanya...teka cepat..

Ok..tinggalkan korang berteka-teki..cepat hadiahnya sekotak cupcakes 16pcs, boleh rekues nak lukis apa pun.. hiks...

ok iklan promosi..
ni le cupcakes hok beratus-ratus acik siapkan..ni sikit je ni... hok lain dah siap packing..


Hok ni pulak omaknya rekues nak cucpakes kereta-kereta...punya leka acik melukis kereta, lupa bahawa ada benda nak kena tulis..huwaaa first time acik cuai gini..ampunkan akak ye... Siapa ye yang order ni? pembaca blog ni kan?? sebab masa pick up cupcakes ni, bibik kata, orang itu sebut Alesya yang dalam blog..saya tader kat umah masa ni, ke pasar membeli ayam dan santan nak buat ketupat palas.. tunggukan entry maha hebat ketupat palas acik ye..

Nak order jangan lupe..isi je borang order kat tepi blog ni..sile..sile..jangan memalu...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino