Wednesday, May 31, 2006

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 6


Darling... Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 6. Moga kita panjang umur, kekal bahagia sampai kita mati...gaduh-gaduh tu biasalah mane ada rumah tangga skima je, mat dan minah belia harapan negara pun kalau kawin sure gaduh-gaduh punya...erkk cuma mereka mungkin gaduh-gaduh ala-ala skima dan ada protokolnya kot..

Thanks darling kerana menjadi suami, best friend, kawan blog, kawan geng jurnal, kawan poyo, jadi abang, jadi teman bertekak, sepanjang 8 tahun kite kenal....(ye lah dua tahun loving-loving gitu...) ye la.. aku kalau berkumpul ngan geng-geng GEPO aku (GEdik dan POyo) Daun, Mat Jan, Ajid, Nuar, Salina, Bean, aku selalu ckp aku dulu kuat mengikis...biasalah pompuan tak lawa macam aku kena meterialistik sikit, baru ade kelas, baru kena dengan perumpamaan, dah le rupa buruk, perangai pun buruk, or bak kata Mat Jan, dah le tak lawa ada hati nak jadi materialistik..huhuhu...

Dua tahun aku kenal darling masa aku student, anak orang susah pulak, mak bapak kasi duit cuku-cukup untuk buat modal belajar, dan binding assignment, aku tak der bajet nak ulang alik naik bas pegi kl untuk deting, aku tak der bajet nak mkn kfc selalu, aku tak der cukup duit nak bertelefon, jadi darling dengan baik hati akan bagi aku duit untuk tambang deting, belanja aku makan, kasi duit untuk telefon dia.. Mula-mula aku tak hendak terima, tapi kata darling, dia nak aku call dia, (sbb zaman tu student tak mampu pakai henpon lagi, jadi hanya aku je boleh call dia) dia nak jumpa aku, dia tak nak aku guna duit mak abah kasi untuk kegunaan lain selain untuk belajar. (ermm mengayat beb!!) then aku terima, at least, kalau aku call dia habih beringgit pun bukan dari duit mak abah kasi untuk belajar, tp dia yang kasi. Hehehe berbaloi modal yang dilaburkan...huhuhu sampai kini darling masih menyara aku jugak, walau dah kerja..

Memanglah aku ada gaji, tp aku selalu je pupus duit sebelum gaji berikutnya..heheh jadi dia jugak le bapak gula aku.. So sempena ulang tahun perkahwinan ke 6 ini, aku mempersembahkan gambar-gambar hari bahagia kami... harap maklum, gmbr ni masih guna kodak ye dulu, so aku malas nak scan...aku shot semula guna digicam dengan guna teknik macro..maka kualiti amat gampang, jadi anda jangan berharap kualiti gambar cun tahap langit petala tujuh...

Debaran menanti sidia akad nikah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Sekali lafaz..syukur..Alhamdulillah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Sidia sudah sampai...pergi menyambut di luar rumah
Photobucket - Video and Image Hosting

Bergambar lepas kenyang
Photobucket - Video and Image Hosting

Majlis di Kuala Kangsar
Photobucket - Video and Image Hosting

gambar xtra...huhuhu masih selim lagi laa mase tu kiranya..
Photobucket - Video and Image Hosting

sekarang kalau nak pakai baju pengantin ni balik, mau koyak rabak...huhuhu
Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
tak sampai 9 bulan kawin, lahir anak ini..opsss jangan salah faham...anak ini lahir tak cukup bulan..seeee kecik giler..bayangkan itu berat dia dah 1.7kg, masa diriba babah tu, masa lahir berat dia 1.2kg je...lagiii la kecik kan??? dia lahir semasa aku hamilkan dia 30 minggu je or 7 bulan je..

Tuesday, May 23, 2006

Merajuk dan Memujuk


Rajuk merajuk pujuk memujuk dalam alam rumah tangga adalah berbeza dengan merajuk orang bercinta. Orang bercinta rajuknya lebih mendayu, orang dah kawin merajuk dan memujuk straight to the point... :)

Hari Ahad lepas, angin sepoi-sepoi bertiup, dan aku merajuk sakan..hingga Hari Isnin pagi, masih merajuk, aku salam gitu-gitu je masa nak keluar rumah pegi opis. Dia tanya, ada duit tak? pun aku buat derk..(ohh aku tidak jadi mata duitan hari tu..) Kat opis, aku menanti call dia untuk memujuk...hehehe Jam 1.30 sidia call, aku cakap hendak tak hendak, kemudian letak telefon, aku msg...aku luah apa aku rasa semalam tu...dan dia balas ini
Photobucket - Video and Image Hosting

aku pun balas lagi, msg sedey-sedey...(rahsia) dan dia balas semula
Photobucket - Video and Image Hosting

Kemudian aku diam tak balas apa-apa...sehingga petang pukul 5.15, aku tengah drive nak balik kerja, darling hantar mesej ini
Photobucket - Video and Image Hosting

Hehehe...boleh tahan skill memujuk darling i..tapi aku eksen, jual mahal sikit hehehe aku balas sambil drive
Photobucket - Video and Image Hosting

huhuhu...dia pun jual mahal balik
Photobucket - Video and Image Hosting

Alamak...rugi pulak..makan western kat F1 tu...rugi..rugi...then aku msg dia masa berhenti kat lampu merah
Photobucket - Video and Image Hosting

dan dia balas cara gelak org jahat...huhuhu sape tengok cerita Man Laksa tahu le gaya gelak Ha ha ha...
Photobucket - Video and Image Hosting
huh!! ampeh...siap gelak gaya orang jahat...

Petang tu darling sampai rumah, aku ingat nak eksen-eksen lagi, tapi darling dah datang dapur kacau aku tengah bancuh nescafe untuk dia, dia peluk-peluk dan kiss-kiss pipi gebu macam Pau Ahmad aku ni, dan cakap "abang ikhlas mintak maaf ni, abang tak pandai hargai Pnut, bla..bla..bla" huhuhu aku terus cair... hahahahahh korang jangan muntah...aku memang poyo...

So malamnya kami pun pergi le ke F1, masa nak sampai tu tiba-tiba teringat F1 tutup hari Isnin, tapi pergi tengok jugak, mmg confrim tutup, maka kami beralih arah, kami melencong ke Bangi dan makan kat Village View, best giler tempat baru dia, (tapak lama dah roboh) mmg kreatif tokei dia ni...cantik decoration kedai dia, dan macam biasa kalau ke sana kami mesti nak makan tomyam dia yang memang superb...so kami pun makan nasi lah tak makan western...

sekian cerita orang dah kawin merajuk...

p/s Update lagi 9.57am (24/5/2006)
Berikutan entry di atas, melalui YM aku telah di gelakkan oleh mereka

Chat 1
ana aina: seni org kahwin merajuk
ana aina:
ana aina: kak tak leh nak hayati skill merajuk
senangingat:
ana aina: sbb sebelum baca dah terimaginasi..mesti ada babak tragis dr darling
ana aina: so sepanjang baca..dok gelak
senangingat: hahahah org pujuk sikit-sikit jadi la...
ana aina: sowi...hehehhe sbb mcm dah boleh agak kak pinut dgn darling kan best
senangingat: kalau merajuk lebih-lebih kang dia wat derk
ana aina: moga bertambah mawwaddah dlm umah tangga
senangingat: Insya-Allah
senangingat: awak pun sama

Chat 2
cik_easy: saya baru balik Mc//
cik_easy: keracunan makanan..
cik_easy: so baru baca pagi nih
senangingat: mmg la..sbb baru post smlm
senangingat: tgh mlm
senangingat: biasak le..akak kan poyo
cik_easy: hampehan
cik_easy: nasib dah terlatih dgn kepoyo'an korang..
cik_easy: kalau org biasa bisa muntah gini dong
senangingat: hahahahah
senangingat: poyo satu ciri gaya hidup masa kini

Chat 3 (yang ini identiti dirahsiakan sebab dia tengah glemer sekarang..)
MR.X: KAKKAKAKAHAHAKHAK..1 2 3 Kah KAh KAHAKAHAKAH...
MR.X: eeeee....mengada tol..buruk siuts oran tua bercinta
senangingat: poyo
senangingat: khahahahahah
senangingat: biasakalah..aku kan *poyo (perkataan sebenar telah diganti)
MR.X: muntah hijau aku pagi nih
senangingat: boleh buat baja tu muntah tu
MR.X: eeeeeee
MR.X: semalam rugi ko balik awal.
MR.X: kita orang citer pasal berak

(hahahahah korang tengok kawan-kawan aku lagi poyo, refer to chat no.3, bab berak pun boleh conference panjang-panjang....)

Sunday, May 21, 2006

HAPPY BIRTHDAY P-NUT ONLINE


YEA...HAPPY BIRTHDAY PNUT ONLINE - 21 MAY 2001- 21 MAY 2006

Hari ini genap 5 tahun aku menulis blog.

Blog ni seusia Najmi, aku kenal dunia blog or di panggil jurnal dulu-dulu masa aku pregnantkan Najmi, aku tengah boring kat opis dan surf kat yahoo, pasal apa aku tak pasti tapi ada kena mengena dengan budak uitm kot, dan aku terbawa ke blog Mat Jan. aku start ikut blog dia, aku start jadi fanatik dia...(huhuhu perasannya dia nanti..) aku baca dan aku komen, masa tu belum ada haloscan belum ada blogspot, yang top masa tu livejournal, diaryland dan jenis-jenis cjb.net, dan tripod.

Dari situ aku mula berkenal-kenal dengan beberapa blog lain yang kini sudah pupus. Blog Aquil(jernel cap semut), Ijah (Perjuangan Belum Selesai), Napang (kat jepun masa tu) Inspirasi Teja (Masih wujud-tukar nama Kopi Suam), dan ada yg masih aktif seperti Mie, Sera, Cik Daun, Sera, Fajar, Ajid, Rosh, Nettbiru, Kapal Selam dan ramai lagi kalau nak sebut berjela sangat. Tapi sejak 5 tahun aku menulis blog banyak benda berlaku, kenal Cik Daun dari zaman dia belajar kat Negara yang jajah kita dulu,dan daun kekal menjadi one of the the adik poyo aku, paling best sampai hari ini

Napang belajar kat Jepun, kerja hantar surat khabar sambil belajar, bercinta ngan dot-dot-dot dan kini bahagia dengan dot-dot lain pulak.(Blog Napang masuk Majalah Jelita-ruangan Cyber, dan perkataan paling pemes geng blogger masa tu Kejelitaan adalah hak milik setiap insan hehehe...) Rudi pun masih kat Jepun masa tu, bertarung dengan penyakit misteri dia, kini Rudi dah balik, dah cinta, dah tunang dah kahwin ada anak pun. Fajar pun dah kawin, dah ada anak juga, Mie pun dah kawin, Insya-Allah tak lama lagi ada anak (aminnn)

Najmi masa tu baru lepas pantang, masih dalam kereta sorong masa gathering tak rasmi jumpa kaum kerabat kat KLCC, makan kat food court atas tu. Oh sungguh indah pertemuan pertama kita..Kira kalau dikira dari umur bayi, blog ni mmg baya Najmi, usia 5 tahun kira dah pandai demand la...dah pandai nak beli vcd kartun, nak beli kasut sport, nak beli seluar jeans.

Blog aku ini dicipta oleh Mat Jan jugak, dan dia kekal menjadi webmaster aku hingga kini, dan ada beberapa lagi sub-contractor yang lain seperti Ajid. heheheh kalaua aku pandai-pandai nak berlagak terrer ubah-ubah template blog ni..peh tu bila template lari..aku gelabah...dan sebok-sebok call dua umat ni mintak betulkan balik hehehe..

Jadi sempena ulang tahun blog ini ke 5, harapan aku semoga persahabatan yang terjalin melalui keyboard ini, akan terus kekal dan panjang sampai bila-bila...buat semua rakan blogger, kalian sebahagian dari hidup aku...hehe ayat power seh!


(sebetulnya aku mengantuk, tak larat nak update, penat..mata dah ingat bantal..hehehe jadi ayat tah hapa je..heheh)

update 22/5/2006 - 8.40am - ni banner baru ajid buat...aku sudah pilih template romantik cantik percuma, tapi tak mesra alam, jadi Mat Jan sudah buat, dan kemudian tukar balik sebab tak mesra pengguna gitu..jadi tukar wajah je la..frame-frame semua mcm biasa, mudah digunakan...



Thursday, May 18, 2006

testing


test test test test test testtesttesttesttesttesttesttesttesttes ttesttesttesttesttesttesttesttesttest testtesttesttesttesttesttesttest

Wednesday, May 03, 2006

Ape nick anda...


Cerita last week
Hari Rabu, Ucu (adik darling yang bongsu) stay kat umah, sebab dia ada kursus kat AG sini. Aku suka adik ipar aku yg ni, sebab dia rajin and aku kalau ada dia, rajin le aku masak benda renyah-renyah sebab ada assistant gitu. Khamis tu dpt sms dari Mat Jan, dia akan 'check in' kat Pnut Inn petang tu..hehehe sebab esoknya dia ada urusan rasmi negara..(heheh saja je nak bagi dia rasa hebat sikit..)

And hari Sabtu, disebabkan aku pemalas, so aku masak nasi ayam je, ringkas mudah dan cepat. Lepas abeh kami semua makan nasi ayam, so aku, darling, Ucu, dan Najmi pegi tengok Man Laksa kat The Mines. Ceritanya bagi aku okey saja, walau kami peminat Mamat Khalid, tp karya kali kureengg sikit. Pada aku taraf drama je kot. Mungkin sebab bosan gak, latar ceritanya pada malam tu jer, so dari mula sampai habis, di tapak temasya, pelakon pun pakai baju yg sama je. Tapi oklah gelak jugak la..

Bagi aku best lagi drama Mohd. Noor Khusairi, sekiranya difilemkan, atau Jam 2 petang tu difilemkan. Tapi enjoy jugak layan filem ni, cuma tidak seperti yang aku harapkan. Tu le org kata jgn letakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu benda, nanti kita kecewa. hehehe. Ok lepas ni tunggu filem Zombie kampung pisang pulak.

Ok, tamat cerita tu.

Nick Name

Terbaca blog Kak Sya, dia tulis pasal Nick Name. Aku memang dari dulu la, dari sekolah mmg dikenali dengan nama Pnut gak. kira dah macam nama betul gak le Pnut tu, bukan nama samaran lagi dah..hehehe. Cuma aku nak cerita nick kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Biasala aku kan ke dari Girl School, so nakal-nakal sikitla. Ada sorang member aku nama Suraya, orangnya kecik dan rendah, kami panggil dia Chut, singkatan dari Temuchut org kedah kata (atau bahasa standard, kemuncup, kemuncup kan ke rendah je) mmg tak dak la dipanggil Suraya, mmg dikenali Chut je. Sorang lagi kawan aku nama dia Zarina, tp disebabkan ayah dia jual kuih Pau, kami panggil dia Pau..hehehe..mak aku jual karipap mas tu, nasib baik tak dipanggil PAP, hahaha

Yang paling best, kat dlm kelas aku ada dua org nama Nor Hayati. Sorang Nor Hayati Ahmad, sorang lagi Noor Hayati Mohd. Yusof. so kami panggil dengan nama bapak depa. iaitu Mad dan Usop. memang dari form 3 lagi sejak dua Yati duduk sekelas, kami panggil Usop ngan Mad je..hehehe..bayangkan sekolah pompuan ada orang panggil Usop..Mad, tengah padang masa main bola jaring ke..bola tampar ke..hoki ke...heran orang, mula-mula cikgu tak tau..lama-lama cikgu tau, dan cikgu pun panggil Mad dan Usop je..

Suatu hari aku and the geng pi pasar malam kat Pekan SP, sambil makan jalan-jalan dlm Pasar Malam ni, (lepas balik tuisyen) kami nampak Yati Usop ni..jalan-jalan dengan bapak dia kat pasar malam, dek keran dah terbiasa dengan nama Usop, kami jerit.."wei Usop...Usop...," tiba-tiba bapak dia berpaling...dan kami pulak gabra..."alamak...camne leh lupa nama dia Yati," tapi kami cover-cover...pusing arah lain dan terus makan bihun sup...nak kena lempang kalau mengaku...hehehe...lepas Pak Usop sebenarnya dah jauh, kami pakt gelak..sakit perut dok gelak.

Esoknya kami cerita, dan si 'Usop' ni ckp, "aku tau hang pa panggil aku, saja je aku buat derk..padan muka hang pa," cisss...sungguh durjana.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni biskut sempena nama aku...aku amik pic ni mase tgh shopping ngan Auntie Yan kat Carefour. Biskut PNUT, jangan ingat Rosham Nor je layak jadi Julie's amik watak Castello jadi biksut, Pnut pun hebat gak..Auntie Yan saja beli sampai 4 hehehe

Ni anak teruna aku, masa kami mkn-mkn
Photobucket - Video and Image Hosting

Ni pun dia boring kat depan ofis babah
Photobucket - Video and Image Hosting

jejaka sudah berpunya(jejaka ke??)
Photobucket - Video and Image Hosting

jejaka ni dah berpunya gak ke?? ermm..ermmm ye ke..sape punye pakwe ni? sila angkat tangan
Photobucket - Video and Image Hosting

untuk photo lain-lain.... sila ke link fotopages aku kat tepi tu...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino