Sunday, February 28, 2010

Terima kasih atas ucapan takziah


Terima kasih atas ucap takziah semua kepada kami, tak kira melalui blog, FB atau sms. Maaf tak sempat reply satu-satu, banyak sms diterima. Selepas arwah abah meninggal, saya setidak-tidaknya ada ayah mertua menumpang kasih. Kini kami berdua sudah tiada abah, sudah tiada ayah. Errmm Selly, kami tumpang kasih papa korang je la lepas ni. Setiap tahun bila raya, biasanya kami belikan baju buat kedua arwah masa hayatnya, kini tak der la.. Dulu masa kat Cheras, kami belikan untuk 3 'ayah' abah, ayah dan pakcik sabri, sekarang kami menumpang kasih kat pakcik sabri je la, dua-dua pun tader ayah dah.. sedihhh..

Apa pun yang pergi tetap pergi yang hidup sentiasalah kita berbuat baik pada emak ayah sendiri. Ada masa call, tanya khabar mereka, dengarlah gelak ketawa mereka puas-puas, bila mata terpejam selamanya, dah tak der gelak ketawa dah untuk kita dengar.

Moga roh arwah di cucuri rahmat dan limpah kurniaaNYA..amin...

Cerita Alesya
Alesya sangat pandai berkawan.. walaupun dia tak duduk taska, ada orang kata budak tak duduk taska tak pandai bergaul...eheheh idak ye...Alesya pandai berkawan, dan selamba je berkawan-kawan..ehehehe itu hari dia 'ngorat' pakwe kat klinik kan... Baru ni kitaorang makan satay minang kat gombak, hantar Syazwan balik BMI, sebelah UIA tu, singgah pekena satay minang yang sedap gilos tu.. So kat kedai tu ada anak tokei duduk kat hujung kedai, si Alesya selamba pegi 'making frenz' maaa

tengok gayanya




See senang je dia berkawan-kawan kan...eehhehe bebudak cepat je dapat kawan..

Ni pulak...suatu hari dia minta dipakaikan tudung, dia sendiri yang ambil tudung dan suruh pakaikan kat dia. lama dia pakai.. eheheh tapi bawah gaun beb..eheheh


Saya sedihlah dengan kisah budak umur 3 tahun kena dera sampai mati tu... sangat binatang yang sangat bodoh manusia itu. Kalau binatang yang tak berapa berakal pun sayangkan anak dia, inikan manusia, lebih binatang dari binatang, macam tu manusia kalau kelam hati. Emak budak tu siap ada anak hasil hubungan sulit dengan jantan keparat tu.. dunia..dunia... sedih.. ada hikmah juga Allah ambil balik anak tak berdosa tu, agar dia tak membesar dengan dosa-dosa emak dia... Moga mereka bertaubat. dengar kata emaknya pun ditempatkan di rumah kebajikan, eloklah, moga insaf hendaknya..aminnnn...




Sunday, February 21, 2010

Makluman


Makluman,
kak pnut berada di sauk sekarang kerana ayah mentua beliau (ayah abg mior) telah meninggal dunia. Proses pengebumian sedang berlangsung.
Takziah untuk beliau dan keluarga suami beliau.
Al-fatihah


ajid
P.A.

Thursday, February 18, 2010

Selamat Bertunang Aizat dan Tasha


Eheheh Aizat anak sedara hubby teman, bukan Aizat penyanyi yang dulu gumuk dan kurus tu..ehehehe

keterangan gambo
pic 1 atas kiri : Aizat dengan hantaran dari dia ke Tasha.
pic 2 atas kanan : Anak dara kakak ipar teman.. tinggi lampai macam model..ehehe
pic 3 kiri bawah : rombongan pihak lelaki, ehehe jalan kaki je weiii rumah seberang jalan sajork...ahaks.. (tapi saya bawa keter, sebab bawa mak mertua yang uzur, permintaan Aizat hendak opah yang sarung cincin, tak mau orang lain)
pic 3 kanan bawah : Syazwan, adik Aizat..single lagi, saper nak?? ensem ooo


macam nak sanding...ehehehe

sebenonya plan asal, si dara anak bersimpuh atas bantal duduk tenun tu.(biasalah orang perak...adat tu..) tapi bila Aizat beriya nak opahnya sarung cincin, jadinya saya call Tasha, minta diaorg sediakan kerusi, sebab opahnya tak boleh duduk, dah uzur.. so mereka sediakan kerusi ni..antik kan?? kat belah kampung hubby masih banyak kerusi ni, kat rumah mertua pun ada satu.. nostalgia...

Moga berkekalan hendaknya aminnnn


si Luqman tercabar, sebab dia masih single...
alahaiii siapa nak silekan isi borang ye...
sian member... tercabar kejantanan..ahaks...
ada awek pun udah lariiii wakakakkakaak saja kasi bakar...

Kisah lain.. yang hangat dan panas
Sebenarnya saya dan hubby tengah bengang tahap nak meletoppppp ni, tapi sabarrrr je la... istifar banyak-banyak, mohon perlindungan ALlah... moga tiada benda buruk berlaku pada kami... ermmm cerita ni nanti dah setel semua saya ceritakan...

tapiiiiii satu je pepatah yang betulll "buat baik berpada-pada" kalau terlebih baik, orang pijak kepala, dan makan diri kita sendiri... GAMPANG!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Cuti CNY baru ni


Kesahnya kan. Cuti Chinese New Year saya sangat panjang occay, Khamis saya EL, sebab Alesya demam panas, Jumaat memang dah apply cuti, menyiapkan tempahan kek, cupcakes, so Sabtu-Selasa adalah public holiday kan... semalam dan hari ni saya MC, serius..tak sehat, doktor yang check terus kasi MC dua hari, katanya kena rest betul... so cuti panjang la saya, esok masuk keja, sabtu ahad cuti balik, ermmm harap esok dah sihat.

Oklah, bila tak sehat mana bulih update panjang-panjang...

Oh ya, balik kampung baru ni, saya discover sedara abg gebuku, yang kami panggil Cik Yang ropanya baca blog ni ye... pecah lobang kami...ehehehehe..malu aiii..

Oklah, nak tunjuk dan menunjuk segala neka kek yang telah selamat di bako, di deco dan diambil customer.. semuanya choc moist cake, kecuali cupcakes is vanilla buttercake.

Ni untuk kawan office punya order.. erkk ni minggu lepas punya..erkk saya selalu buntu kalau buat kek untuk lelaki, yang nak sweet2 kaler sweet.. kalau dia kata ikut saya nak maskulinkan cake tu, dah tentu saya akan sportykan sikit kek tu.. tapikan dah customer suka nak sweet-sweet, kita pun buat je la..


Awin untuk majlis bertunang,




yang ni best..

kek barbie ni untuk anak Anis Suhaila, Anis anak kepada adik hubby saya yang bongsu, kiranya Anis ni cucu paling bongsu la buat masa ini. Selalu order kek bagi orang kan.. tak tau apa berlaku selepas itu, rupanya seronok tengok gelagat bebudak yang berkerumun, kagum, excited, terlompat-lompat.. meriah!! Pssttt sape pun tak perasan saya tulis 1 yrs old... ahhahah patutnya 1yr sajork..acik menulis atas kek tu pun tak perasan..ahaks..kek ni dua biji, gaun barbie tu choc sponge cake, bawah tu choc moist cake. untuk yang bertanya..sekarang harga promosi untuk kek barbie yang dua tingkat camni..harganya cuma RM95 sajork... kek bawah tu je 13 inci lebarnya... so amatlah berbaloi dan murah dah rasanya... promosi ni khas untuk sepanjang bulan march, dan

Sukkeeeee kek mendapat sambutan hangat.. sambutan hari lahir Anis, di buat kenduri akikah dan doa selamat, sempena majlis pertunangan anak buah hubby, Aizat. so ramai le sedara mara dapat merasa...

Lastttt kek untuk hantaran pertunangan Aizat dan Tasha...

Selamat bertunang...dan jadilah tunangan orang elok-elok, baik yang teruna atau dara, jaga nama baik keluarga, bertunang bukan lesen untuk berdeting tanpa had macam tagline berukband-"internet tanpa had".. tp serius, jaga nama baik keluarga dua-dua pihak, tunang ni banyak dugaan, itu sebab tak ramai nak bertunang lama-lama... banyak dugaan.

Korang dah buat keputusan untuk bertunang awal, dan tempoh agak lama... Keluarga pun ikut sajalah, orang muda.. tak boleh meningkah sangat, kang lain jadinya... Jadi kena pandai jaga hubungan ini sebaiknya. Wenco dan ayah am doakan jodoh korang panjang sehingga akhir hayat, dan boleh kami dapat cucu ramai-ramai nanti..eheheh bebudak ni macam anak teman sendiri..(Aizat, Along, Syazwan adik beradik), Luqman sepupu mereka, semua anak arwah kakak pakcik gebu.Jadi sebab jarak umur kami tak berapa jauh, kami agak rapat bebeno.. sementelah, emak mereka sudah tiada. Jadi saya menumpang kasih mereka sebagai anak/adik, dan mereka pun dapat lah merasa saya meleter, membebel, marah macam emak tiri sesekali..ahaks... Sesekali geram macam nak hempuk pun ada... tapi apa pun.. korang memang best... wenco lagi...bukan takat best je... tapi super duper... maha best punya kan..kan... opsss riak lak... sorry


Tuesday, February 16, 2010

Sistem Online Bayaran Yuran


IKLAN...IKLAN...IKLAN...

Sori, cuti panjang, balik kampung..
Erkkk balik kampung kekandaku di Sauk sinun..manelah nan ado 3g coverage, jadi bawak berukband cap apa pun ko leh tengok je la..hiks... kalau dpt connect pun ko boleh sait perut berak 7-8 kali pun belum tentu page full loading, jadi dari menyumpah seranah, baik berborak dan bergurau senda dengan anak-anak sedara udah le.. Oklah cerita bercuti di kampung akan datang ye.. kita buat iklan dulu ek...

Oklah sementelah saya sebok, sebok, sebok dan sebok..
Heheheh saja nak bagitau betapa seboknya saya, maka saya buat iklan percuma, permintaan dari sorang pembaca blog ini, Mimie Jibam...


Saya dah tengok website, rasanya sesua juga kalau pusat tuisyen pun guna sistem bayaran yuran ni. Kalau anda cikgu sekolah, dan sekolah yang PIBG kayo, leh la cadangkan kat guru beso amek sistem ni buat senang kerja cikgu, idak le berbulan nunggu resit bayaran yuran PIBG dan yuran itu ini ye dak..

Ok ni tuan punya iklan yang nulis, saya copy paste je, serius belum sempat saya teliti satu-satu kandungan dalam website, jadi tidak dapat saya nak mengulas satu persatu. untuk maklumat lanjut leh la layari website dia, atau email atau sms mereka

email : info@sistem-maklumat.com
sms : 013-3603670

Khas buat KAFA dan TADIKA di Malaysia...

Kami telah membina satu software bernama Sistem Kutipan Yuran (SKY) yg bertujuan utk memudahkan urusan kutipan yuran. Sistem sesuai digunakan oleh KAFA dan TADIKA kerana ianya membolehkan kutipan pelbagai jenis yuran seperti Yuran Tahunan, Yuran Bulanan, Bayaran Umum, Pembelian Buku dan juga wang sumbangan.

Konsep sistem yg Cepat, Mudah dan Kemas membolehkan anda menguruskan kutipan yuran dgn lebih effisien. Sistem ini juga telah digunakan oleh beberapa KAFA dan TADIKA di Selangor, Johor dan Sabah..

Utk keterangan lanjut, boleh lawati laman web kami di http://www.sistem-maklumat.com.

Sekian, terima kasih.. harap dapat membantu mereka yang ingin mempromosi produk korang..

Erkkk sebenarnya saya berhutang dengan Zarina, Najah dan siapa ke sorang lagi, minta saya letak iklan kat blog ni, tapi maafkan hamba atas keterlupaan ini, bila dpt email mimie ni baru saya teringat kembali.. (sorrrrrriii sangat sebab kekadang mmg byk email masuk (order cupcakes, pertanyaan, kongsi cerita, notis FB, tu belum kira lagi email menang loteri, email nak jadi kaya raya.. so kekadang saya terdelete)

Najah nak promote Al-Quran online kalau tak silap, Zarina produk beautiful... so kalau boleh korang emailkan kembali kepada saya ek...

thanks..

Monday, February 08, 2010

Beli Rumah


Minggu lepas borak ngan Angah, pasal beli-beli rumah, memacam le story kita ye angah. Pastu saya cakap, antara sebab saya beli rumah teres setingkat ialah, kerana keselesaan. Dulu pernah duk rumah teres 2 tingkat. Tak suka. Bilik semua kat atas, kekadang kita bangun dulu, anak masih tido, kita di bawah anak masih di atas, kejap-kejap naik jenguk anak. Kalau pun dia dah terjaga, kita ada urusan di atas, dia nak ke bawah, tengok tv, kita pulak tak sedap hati nak biar anak sorang-sorang kat bawah.

Dah besar sikit, pandai guna komputer, sudah pandai sendiri nak guna pc, di atas, kita lak dibawah kena memasak, kejap-kejap dipanggil anak, huiii hazab makcik gemuk naik turun tangga. Paling hazab, masa bulan posa, depa tido kat atas, kita dah ready kat bawah, naik kejut sekali tak bangun, dua kali tak bangun, masuk 3 kali fed up la.. sudahnya guna kuasa veto, semua bentang toto, tido kat hall bawah je. ehehe

pastu orang tua kalau datang umah kita, mana mau duduk bilik atas, tak larat naik tangga, nak duk bilik bawak, bilik bawah pulak tader katil.

Atas faktor tu semua, saya pilih nak rumah teres setingkat, tapi nak corner lot, saya nak besarkan rumah tu. Tapi rezeki kami, dalam semua pameran hartanah kami pegi, ada banyak rumah kami dah berkenan, walau jauh, antara lain, Saujana Putra, Bandar Pelangi Semenyih, itu dua yang kami dah hampir terbeli corner lot setingkat. Tapi rezeki kami, bila kak roy officemate saya dulu bagi no tel akak dia yang keja ngan pemaju perumahan ni. Itulah sudah rezeki kami, beli rumah betul tepi putrajaya, masa beli dulu harga rumah ni cuma 179K sahaja, sekarang??? huh, rumah kosong tak renovate apa pun dah cecah 280K. (first batch beli rumah kat area sini 140K je) berapa kali ganda untung tu??? kalau jual, tolak loan pun ada baki 140K lagik... Hartanah kat sini memang mencanak naik. Inilah perumahan paling hampir denagn Putrajaya, selain kuarters la.

So, masa kami dalam perancangan nak beli rumah, dah survey-survey dengan kengkawan, dengan bank..bajet asal beli rumah, bajet bayar bulan-bulan dalam 1.2K @ 1.3K tak lebih dari tu, kalau lebih over bajet la. So dengan harganya rumah 179K je, and tolak 10% downpayment, bakinya saya buat loan gomen 160K sajork. Jadi monthly saya cuma bayar dalam 800 lebih je. Dari bajet asal, kami bayar 1.2K tu kan. So jauh dari bajet la kan, makaaaanya dengan mengambil kira pelbagai faktor.. hubby kata, kita buat major renovation. Saving seciput yang ada, kita buat bahagian depan, besarkan hall, tembok, pagar bagai.. utk bahagian belakang, kita buat personal loan, katakan buat personal loan, bayar sebulan RM400, masih dalam bajet kita lagi untuk bayar duit rumah. setidak-tidaknya RM400 tu buat untuk 10 tahun loan, selepas 10 tahun, bebas hutang, kalau bayar duit rumah sebanyak 1.2K tu, berapa puluh/belas tahun nak bayar tu??

Makaaaanyaaa kami rasa cam kami tetiba bijak..eheheh, maka dengan bayar monthly untuk rumah dalam 1.2K macam orang lain, beli rumah teres 2 tkgt (katakan 200K) dengan bajet yang sama, kami dapat rumah teres setingkat yang selesa. Hall luas, dapur luas. tepi rumah masih ada kawasan, takat kenduri kendara, tak payah khemah, tepi rumah pun boleh muat letak 5-6 biji meja makan.

So adik-adik yang dalam perancangan nak beli rumah, carilah sebaik-baiknya. kita bukan beli rumah 2-3 kali.. ada orang sekali seumur hidup beli rumah, nak pulak sekarang harga rumah alahaiiiii mahal bebeno.. pada adik-adik yang sebok tukar beli keter mahal-mahal, rumah tak beli juga lagi, bautlah tindakan bijak, beli rumah dulu, beli keter rega 80-100K, tp rumah masih menyewa, tak guna la, selepas beberapa tahun harga kereta tu akan menurun, harga rumah semakin hari makin naik.

Contohnya pemaju perumahan kami, buat semi-d baru kat sg, merab tu, tanah lebih kecil dari kami, harganya huh... 240K paling murah beb... padahal bukan jauh beza, kami beli rumah tu tahun 2006, ni tahun 2010, baru 4 tahun beza, tengok berapa puluh ribu bezanya. Bagi saya kereta pakai biasa-biasa udahlah, janji ada kenderaan. Itu sebab kami pakai Mr. Grey je.. walaupun saya mengidam nak Estima. berangan macam orang kaya kejap.

Apa pun, terpulang pada masing-masing la..ada juga kawan-kawan saya yang duk kuarters tak berniat nak beli rumah, kata mereka, selesa duk kuarters, ye la rumah beso..tapi sayang, by the time esok dah tua depa pencen nak beli rumah, berapa banyak kosnya mereka kena keluarkan?? lagi 20 tahun, adakah lagi ke rumah teres harga 250K?? cube teka...ehehehe

tak saya tanya encik EP, otai blogger lama kita.. boss kita tu dulu beli rumah teres depan Subang Parade tu harganya 70-80K sajork tahun 70an..tak ingat berapa harga dia cakap itu hari sekarang saya tengok kat website hartanah itu hari, ada orang jual 1/2 juta beb.... 500K... perghhhh

Sunday, February 07, 2010

Fara Fauzana Birthday Party Bash


Hari Sabtu nan silam, kami ke Shah Alam, untuk hantarkan cupcakes utk gift di Fara Fauzana birthday party.. And udah le nama pun peminat Fafau kan..haruslah meks join sekalik.. cayalah, merasa acik jadi orang muda kejap.hiks..

Kalau udah ke Shah Alam, tidak singgah ke Pegaga, pekena bancau, apalah maknanya. Kali ni pegi dengan Tasha, anak buah teman juga... jadinya first time awek ni merasa bancau, katanya sedap... of courseee...sorga sangat, siapa yang follow blog ni, dan kalut sebok bertanya mana lokasi pegaga, dan pernah sampai dan merasa bancau kat gerai Pegaga. tader sorang pun cakap tak sedap...sedap sesangat...

Ni le gerai pegaga kat Medan Selera, Seksyen 2


Sekarang sudah uppp gelas beso occay, baru puas minum, kalo tak sure dua gelas sorang...hahah buruk lantak beb..

tangkap leleh beb...

Abeh mamam, kitaorang gerak ke Serambi Pak Engku, di Menara PKPS, tingkat 4, terus jumpa manager dan krew Fafau Team. serah kek, dan kitaorang pun dapat VIP pass.


Pukul 1 lebih kurang, kami masuk dewan, dan Fafau pun sampai..gile kentang happening giler, dengan kak Engku as MC, kecoh!!!

Fafau agak sebak semasa bagi ucapan thanx kat semua orang, terutama FAFAU TEAM yang terdiri dari adik beradik dan best friend dia. Memang betul, Fafau have a very great team, PR depa semua bagus.. ye la..Fafau kat x-uitm, mass comm-PRO memang kenalah...
Bebudak UiTM pun ramai, memeriahkan suasana, biasalah bebudak UiTM memang havoc pun.. teringat zaman muda belia dulu..ahaks..

Bapa dia pun sporting, peminat nak duet ngan bapa dia, ok je..naik pentas dan nyanyi..


Dengan Fafau Krew, dan emak Fafau Auntie Faridah, yang peramah dan mesra sangat, erkk rasa cam borak ngan jiran sebelah rumah je, selamba sungguh berborak.


Kak Engku as MC


Inilah kek yang kami hantar.. erkk tp yang dihantar dah siap masuk casing.. and one box tu untuk dia makan-makan dengan family...


So Fafau dan team..tahniah..happy kami di sana, and PR korang memang bagus..keep up the good work... Masa Fara baru sampai, salam-salam, dan saya cakap "Fara, ni kak Pnut, terus hug-hug, pastu bla..bla...ada la projek kitaorg..ceewaaahhh propa je lebey... ahaks...

and jangan lupe..13hb ni Fara akan busking dengan Faizal..sayangnya saya tader balik kampung, sedangkan saya yang cadangkan Fara dan Faizal busking untuk charity, masa saya cadangkan perkara tu, Fara kata nanti di suggest kat team AM Krew, tetiba the next morning terus diaorang announce.. huwaaa faraaaaaaaa akak tak dapat join, sebab balik kampung, tapi faizal ampeh, kata dia, memang saja buat time aku balik kampung...ampeehhhhh..

Again....Happy Birthday Fara Fauzana... i lap u...

Friday, February 05, 2010

Alesya yang Manja


Alesya

Budak kecik ni sekarang ada 'baby' saya belikan kat Pasar Malam Jalan TAR itu hari. Minggu lepas kami ada urusan 'bisnes' dia ibu kota, alang-alang dah duk tgh KL, saya ajak hubby meronda pasar malam Jalan TAR, tak ingatlah bila last kami pegi sana. Lama sangat dah, bertahun-tahun rasanya, Kak Rock laksa yang sedap masih ada, makin vouge akak tu Aquil, Mah oi.. geng sesama suka laksa kak Rock dulu.

Kat situ, ada orang jual baby dool kecik ni, lima henget jek, so saya belikan, dan Alesya suka, buat 'kawan' dia. Nak tido cari baby dia..eheheh, ni aksi dia semalam, semasa nak tidokan dia.. nak tidokan pun susah, asyik nak gelak..main-main je..ehehe




Hari ni saya ke Shah Alam, Fara Fauzana buat makan-makan untuk fans, so saya akan hantarkan cupcakes untuk makan-makan tu, dan sekaligus join acara itu. Bila berurusan dengan Fafau ni, senang sungguh, tanya nak camner, ikut akak le.. semua ikut saya..ehehe.. cuma katanya kaler tema hitam, kuning dan silver. Ermm nanti kita tunjuk gambo cupcakes itu.. Kelakar lak, first time masa dia call saya, katanya Fara, saya cam blur.. pastu kata dia, Fara..Fafau ni kak.. saya terkejut, pastu dia kata, rileks kak..rileks... ni bukan panggilan hangit..ahaks.. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, nanti kita berurusan lagik...



Okeh selama hujung minggu

Thursday, February 04, 2010

Kisah Onion Rings yang Malang


Semalam, tengahari, saya keluar kejap, pegi ke Alamanda, masuk Hypermarket kat situ, beli barang basah sikit, dan singgah tempat F&B dia, beli Onion Rings yang dah siap digoreng, semua tergesa-gesa dan terburu-buru, kerana saya masuk jam 12.50pm, dan mesti keluar jam 1.20pm, sebab 1.25pm si abang dah keluar sekolah. Onion Rings ni kesukaan si abang, malah adik juga. Timbang berat Onion Rings tu sana terus bayar.

Ambil si abang, dan hulur Onion Rings, tetiba sangat keras Onion Rings tu liat, macam yang baki semalam, dan goreng balik..too oily dan keras kedekung sesangat. Oh No, si abang dah frust. Kerana pagi tu udah lah member tertinggal bekal, jadi dia sangat lapar. As emak kan, ko frust tak, ko harapkan dapat beri anak ko alas perut sebelum sampai rumah, kerana dia kelaparan sesangat, tetiba benda nak bagi makan tidak boleh masuk tekak.. it makes me very dissapointed, frustrated, emotional.. hah dan dah cakap omputih tunggang langgang dah.. Sabaaarrrr, gue drive hantar hero balik dulu. Masuk umah kejap, kiss-kiss Alesya, terus kena cargas balik opis semula sebelum jam 2ptg (erkkk gitulah rutin meks..)

Sampai je ke opis, terus pegang hp call customer call center Hypermarket tu. buat complaint. Idak le teman marah, cuma nak inform je, supaya next time jangan buat begitu. Kebetulan yang melayan call teman tu dari gaya cakap dan suara, gua suspek dia adalah dari golongan 'adik-adik' jadi super lemah lembut dan very the pendengar yang setia luahan hati meks, dan ala-ala beriya-iya minta maaf dan berjanji akan menghubungi manager branch situ, dan akan minta penjelasan. Antara yang saya cakapkan pada "Isma" or "Isna" tak berapa clear dia sebut nama dia,

saya cakap "akak bukan concern pasal RM2.54 sen yang akan spend beli benda tu dik, akak tak kisah pun, tapi akak cuma rasa frust, kecewa, u try to makes your kids happy with you, tetapi sebaliknya kita bagi benda yang mengecewakan, akak sedih la.. when it comes to my child, i am sensitive"

pastu 'adik' tu cakap "kak, saya pun sedih dengar, saya faham perasaan akak, saya janji nanti saya call akak balik, bila saya dapat check siapa duty manager, dan saya akan minta mereka gantikan yang baru untuk akak, tapi nanti akak kena bawa onion rings tu ke sana semula ye"

Saya cakap "eh tak per la dik, akak bukan minta ganti, cuma nak inform, supaya jangan berulang, akak tak kisah pasal gantian"

Pastu adik tu cakap lagi "saya tau akak tak kisah, tapi ini hak akak, akak kena dapat balik hak akak, kami di ********* hargai aduan akak, dan kami akan ambil tindakan"

pastu sejam kemudian, dia call saya balik, dan inform, dia dah bagitau manager F&B situ, dan petang tu minta saya ke sana semula, dan jumpa dengan manager tu, dan mereka akui memang ada kesilapan. Saya cakap, seganlah akak dik, kang orang kata, benda tu murah pun nak bising-bising eheheh meks pura-pura mulia la kannnnn dalam hati tak koser la aku nak pegi.. nak kena bayo parking tak pasal-pasal semata-mata nak dapatkan balik onion rings je tapi 'adik' tu cakap, kena kak, mereka pun kena tengok, penting kak supaya kesilapan tidak berulang. then saya pun ok.

Jam 5, saya pun sampai dan jumpa F&B manager tu, cantik manis awek tu, (luqman, rugi kamu tak de...ahhaha) dan berkali-kali dia minta maaf, dan explain, dia duty petang, kejadian tu berlaku pagi tadi, kitchen krew tu budak baru, dia goreng onion rings tu semasa minyak belum panas, dan belum betul defrost. Saya pun repeat la ayat-ayat baik tadi, frust, kecewa bagai. Sekali lagi dia minta maaf, dan janji akan gantikan yang baru. Dalam 10 minit kot, saya tunggu, dia pun kembali dengan onion rings yang baru dan masih panas. Sekali lagi dia minta maaf, dan saya pun ucap terima kasih dan balik.

Inilah rupe Onion Ring tu, dua pic atas tu Onion Rings yang keras kejung, yg pic bawah dah ganti yang baru


So moral of the story tuan-tuan dan puan-puan. Aduan kita sebagai pengguna penting. Macam manager tu cakap kat saya, kalau customer tak inform, kami tak boleh baiki. Kekadang kita terlepas pandang. Dan saya tak tau emak lain cemana, tapi kalau cam saya, saya rasa down je bila anak nak makan, tetiba benda tu tak elok, terbantut selera dia. Benda makan, walaupun kita beli, bukan masak sendiri, tapi kalau kita beli dengan penuh kasih sayang, kesannya terasa dihati. Itulah yang saya rasa. Erkk camtu gak rasanya bila saya buat cupcakes tu, saya fok fikir, semasa terima order, dan setuju buat order, sebenarnya saya menerima harapan dan hajat orang. Kena buat sebaiknya, supaya orang membeli dan menerima happy. Itu sebabnya bila orang menerima kek/cupcakes sms cakap terima kasih, happy, sedap dan sebagainya, saya pun turut happy kerana dapat buat orang lain happy, terutama, kalau emak-emak yang order untuk anak-anak punya birthday, saya cube penuhi apa yang emak dia minta, sebab saya tau cemana rasanya hati seorang emak nak happykan anak dia. Kegembiraan anak tu tak boleh beli dengan wang ringgit.

Saya terharu sebab Intan (Puchong) masa Intan repeat order, untuk majlis akikah anak dia punya cupcakes, Intan kata, dia tetap nak order dengan saya, walaupun dia boleh je order dari kawasan perumahan dia yang juga buat cupcakes atau yang lebih dekat dari tempat dia, tetapi dia pilih saya juga, sebab katanya walaupun dia beli, dia nak orang yang buat cupcakes tu buat dengan rasa kasih sayang, dan kata dia, dia yakin saya ada rasa itu. Uhuks..terharu saya tau Intan.. kita bergenang air mata masa tu, rasa terharu, ada orang hargai kita macam tu, tapi dalam masa yang sama, saya tau tinggi harapan dia. Begitu juga dengan regular-regular customer yang lain, setiap kali mereka repeat order, saya terasa dihargai sebab mereka tetap percayakan saya. (sorry saya tak dapat nak sebut nama-nama mereka, takut ada yang trercicir, ada yang kecik ati pulak, but u know who u are).

Yang sanggup kekadang adjust tarikh mereka, sebab nak order juga dengan saya bila saya tak free, yang sanggup katanya amek tgh malam pun tak per, asalkan dapat juga, yang sanggup beli kek kat kedai biasa, kalau tak dapat terima order. When it comes macam tu, saya rasa tidak boleh pulak saya tolak order mereka, maka nego-nego pun berlaku.. ok kalau nak juga, boleh, tapi lewat malam sikit, atau kalau nak juga, tak dpt amek lewat malam, awal pagi?? Kalau tidak dapat sangatlah saya terpaksa tolak. Tak tau le nak kata cemana saya hargai semua-semua itu. Thanks semua.. erkkk tetiba rasa cam emosi lak... ishkkkk

Wednesday, February 03, 2010

Happy Birthday Rosh..


Happy Birthday buat Rosh hari ni..
MOga terus sukses dengan CHAIN-FX moga akan menjadi ikon dunia grafik, multimedia, 3D dan sebagainya, dan moga sukses, dan terus banyak dapat awards lagi..dan lagi..dan lagi..

Akak tumpang bangga dengan Rosh sekarang. Tahniah lagi. Rosh antara yang saya kenal sejak tahun 2000 lagik rasanya, masa tu saya sebok membaca jurnal orang dan memberi komen, tanpa ada blog sendiri, masa ni depa baru abeh SPM, dan hingusan lagi, belajar kat Kelantan. Rosh adalah kawan baik Ajid, dua-dua pun macam adik sendiri. Ermm sekarang sudah 28 tahun, dah boleh jadi bapak orang dah Rosh.. Asyik keja je, bila nak ada bini??? Melihat mereka berjaya, saya happy dan gembira, kalau saya yang tidak siapa-siapa pada mereka gembira... apatah lagi emak ayah mereka kan?? pasti tersenyum lebar. Again tahniah and Happy Birthday Rosh. Dah banyak projek sana sini, kakak dia mintak tolong rekabentuk kad jemputan kenduri pun tak dan... merajuk laaaa... Kalau Najmi nanti minat multimedia, saya sudah ada sifoo untuk saya hantar dia berguru. Boleh ek Rosh.. Multimedia, grafik dan advertising adalah cita-cita tidak kesampaian saya.

Tamat cerita Rosh.

Berat saya sudah naik semula melebih 7kg, huwaaa ingat senang ke nak turunkan balik 7kg tu???? berbulan makan masa...Saya kembali gemuk yang hazab macamlah saya pernah kurus pon..benci.. benci sebab saya setiap pagi bersarapan bihun goreng, lauk kerang. Ketagih..benci!!! dan lagi, saya sudah tahap tidak lalu menelan milo + oat dan nestum yang telah saya telan selama 2 tahun (semasa saya berjaya menurunkan berat sampai lebih 25kg), sampai satu tahap ini, saya sudah muak dengan sarapan milo + oat di pagi hari.. saya sudah berjinak-jinak membeli bihun goreng sambal kerang, hampir setiap pagi, dan seplastik teh ais. Itu semua malapetaka.. Kalau dihari kerja saya bisa aja tak jamah nasi tengahari, cukup makan buah atau sayur, tapi bila malam, tengok anak dan suami mengunyah, gua boleh duk semeja, tiba-tiba "termakan" sesuap dua nasi (kalau ikut kamus TER-menunjukkan perbuatan tidak sengaja)

Memalam ikut laki dan anak-anak buah berembun, walau saya cuma order tomyam atau sup sayur, tapi tiba-tiba saya "tersuap" dua tiga sudu nasi goreng depa. Again it is "TER" so apabila TERnaik semula berat macam gajah siapa saya harus salahkan?? tidak adil menyalahkan diri semata-mata, Mulut menyanyi sebut nak pegi gym..tapi haghammmmm bukan saya tak mau, tapi saya rasa setiap masa saya berharga, balik kerja saya mau terus pulang rumah, jumpa dan gomol-gomol Alesya yang 'becok' mulut dia, kalau saya pegi GYM, perjalanan pegi gym 20 min, balik 20 min, situ je udah 40 min, katakan di gym sejam, jadi dua jam saya rugi masa, katakan saya sampai rumah jam 6.30 ptg, Alesya pulak time ni bermain di luar, saya masak. abeh masak katakan 7.30, dah nak solat maghrib, pastu main ngan dia kejap, biasanya budak ni jam 8.30 atau 9.00 dah tido dah... Ermm ok dak bagi alasan macam tu??? Aci le ek.. Jadi atas alasan itu, saya rasa tak payah gym la, jogging lepas keja kejap pun ok..tapi hagham tak buat juga pon.. mengong la ko pnut. pastu berat naik ko meroyan..boleh blah pnut!!

Ermmm nak beli Herba Life pun tak berapa mampu sekarang.. ermm kalau dulu semua baju longgar besar, saya kena kecikkan, skrang yang dah kecikkan tu ngam soi je... gilakkk dimanakah semangat kental aku yang suatu ketika dahulu??? mai la balikkkkkk

Monday, February 01, 2010

Tahniah Datuk Chef Wan..


Semua orang patut bangga..
Chef Wan memang deserve untuk gelaran ini. Tahniah Chef...
humble down to the earth.

Gelaran Celebriti Chef dah dapat (pengiktirafan dunia occay..setaraf dah dengan Jamie Oliver uouls.. dan chef lain yang hebat kita dok langut kat AFC tu) Saya bangga.. sebagai seorang yang suka masak, suka buat dan try resepi, saya kagumi CHef Wan, dia ada diri dia, tak berlagak atau sombong. Nak cerita kejayaan Chef Wan ni berjela kan. And dia sememangnya layak untuk gelaran itu. Jangan jadi cam sorang usahawan 'segera' yang kononnya dapat gelaran datuk, tapi hagham sampai ke sudah nan ado gambonya terima anugerah, katanya gambar ada masalah kan.... masalah apa gamaknya.. opsss zippp molot...

MY anak dara, dengan topi emaknya yang gabak punya besar..

Ni topi saya beli masa kat PD, semata nak guna masa photoshoot dengan Ajid dulu, remember?? tergantung je dalam bilik, sekalik... si kecik tunjuk-tunjuk nak topi tu, dia pakai dan bergaya sakan la..eheheh girl is always girl..

Ehh beza juga anak pompuan ngan anak lelaki. Alesya ni cukup suka makan sayur, makan buah-buahan.. ala-ala menjaga kecantikan kekdahnya.. stok epal merah, buah lai, betik, memamg sokmo je ada kat rumah, epal, kekadang dua biji sehari, buah lain sebiji dia sorang leh abehkan.. sampai kenyang member makan buah, lepas sepotong-sepotong abeh dia mamam. Betik, kekadang bibik blend, masuk mug, pastu dia hisap dengan straw, abeh siap mintak lagik. Sayur paling suka bayam, siap ratah-ratah. Taufoo Faa pun dia suka.. very the menjaga kulit anakku ittew. Berbanding abang dan pak dia, sangat tak suka buah, tak herannya depa bab buah-buah ni.

Kalau lepas mandi, dia akan duk dendiam, didandan bibik, pakai losyen, baby oil, pakai bedak.. Pastu bila dah wangi-wangi dia meleseh tepi-tepi kita mintak kiss dan minta dipuji..bila kata dia cantik, wangi..wah siap bertepuk tangan. ehhh tau dak..dia sangat 'banyak cakap' tah hapa dia bebel.. tapi perkataan yang dia pandai sebut ialah, "tepatlah..(cepatlah) contoh ayat "Mama...tepatttt) kalau jatuh..dia sebut "aduhhhh tatuh.." kalau tanya siapa nak susu..nanti dia angkat tangan cakap "Chaaaa" kalau lepas bukak baju, pandai angkat baju kotor masuk bakul. Sweeet je..kedek-kedek masukkan baju dalam bakul. Kalau tanya apa-apa dia akan sebok nak cerita, macam semalam abang terlanggar dia, jatuh, hidungnya lebam, bila tanya dia siapa buat dia cakap "babang..babang..babang...aduhh tatuhhh" hahaha dia nak cerita, abang lari terlanggar dia, pastu jatuh.. serius cute giler..dan saya selalu kalau keluar kemana-mana tak sabar nak balik layan dia. Kalau abeh kerja tu, memang saya terus je balik rumah, malas ke mana-mana, sebab suka bila nampak je keter, dia terus lari, depan grill dia jerit..mama..mama...mama... eheheh

Kalau tanya dia mana mama? mama babah nanti dia jawab, Mama jeja... babah jeja.. pastu kita tanya Adik wat pe? nanti dia jawab "Cha..titooo" hahahaha serius tomeiiii. Bak kata iklan Meadjohnson "Enfagrow A+ memberikan 4 kali DHA, dan tripple protection guard" hiks..iklan lak.

Makan Gaji vs Bisnes
Kalau sekarang saya masih kerja di tempat 'misai' dulu, pastinya saya sudah berhenti, duk rumah buat bisnes je. Tapi saya dah masuk kerja gomen, sayang pulak nak berhenti, huhuhu at least tunggu 20 tahun pencen, berbaloi sikit, kalau lebih sabar, tunggu 25 tahun, baru dapat pencen penuh, huii lambat lagi, 2026 baru check leh pencen, pada usia 51 tahun. Ermmm pakcik gebu pun dah pencen masa ni, cantek la..ngendeng duit EPF laki le masa tu. kan..kan...

Bagi saya kalau korang tak seronok dengan kerja, terutama kerja swasta yang kompeni ado-ado kedekut nak mampos, benefit bak janggut udang je, kumpul le modal, berniaga la sendiri, sekarang zaman canggih, duduk depan laptop pun boleh berniaga dah, janji rajin, tak gitu Ecah?? tak caya tanya tokei cadar kita, sehari berapa mashyukkk, tu belum saya story akak-akak yang jual segala neka produk seperti supplement pelangsingan badan, barut, set bersalin online bagai..jangan terkejut ada mereka income cecah 30k sebulan. Fakta ok, bukan auta. Tapi nak bisnes ni kena komitmen full time, baru leh cecah angka camtu. Kalau kerja, pasut gedik bisnes time keja, tak berkat dik. Time kerja, kena kerja, kalau bisnes pun time rehat, time free baru check bisnes. Itu sebab saya bila hari kerja jarang beno nak terima order, leceh, balik keja penat, terkejar nak buat kek, tido lambat, esok pegi keja, mood pun kurengggg.

Awas, jangan baru berjinak bisnes pastu berhenti, buat part time dulu, cari customer, study market dulu, kat mana nak jual, mana nak market.. bila nampak jalan, tawakal, buat bisnes. Lagi satu, modal kita ada, jangan sia-sia kan. Jangan baru nak bisnes, customer pun entah di mana? market pun tak tau, tup-tup pegi amek loan nak buat bisnes. ayooo silap la dik..

Saya berforum secara sihat di satu forum usahawan, antara kesilapan orang melayu kita ialah berani tak bertempat!!! Ada modal agak besar, tetapi berani bukak perniagaan berisiko tanpa pengalaman. Contohnya kedai makan. Kalau diri sendiri tak pandai masak, bukak kedai makan harap tukang masak je, payah. Sekali tukang masak cuti, sakit, operasi restoran tergendala. Paling malang tukang masak berhenti tiba-tiba. Haru.. tengok tempat mana kita nak berniaga, kalau sewa kedai sebulan seribu, koman-koman kita kena masuk sebulan 6000, baru boleh balance, nak bayar gaji pekerja, utiliti, pusingan modal bahan mentah, bahan kering, maintainance kedai dsbnya. Boleh ke dapat sale 6000k sebulan kalau bukak kedai kat kawasan tak ramai orang lalu lalang? Kalau tak cecah sale macam tu apa tindakan kita? Buat marketing, edarkan flyer, buat website, promote kedai, promote ketering, tak semestinya operasi kedai kita untuk makan/take away je, katering boleh jadi main business, and operasi kedai adalah sampingan.

Saya pernah pegi satu kedai makan kat bangi, kedainya agak ke belakang, jauh sikit, walk in customer tak ramai, tapi operasi kitchen dia sangat meriah, saya nampak byk barang mentah menanti masa nak masak, ikan ayam penuh meja, saya tanya tokei dia, banyak masak, boleh abeh ke?? kata dia, hari ni ada katering, ada orang tempat untuk majlis, dan dia ada satu lagi gerai, di kantin kilang. Masak di sini dan hantar ke sana, kedai ni lebih kepada tempat memasak dan diasingkan sedikit untuk jualan di kedai. Katering dan gerai di kantin, yang main business dia sebenarnya. Ermm itu bijak bagi saya, dia tak harapkan walk in customer dia. dia market dari segi tu.

Ermm saya tulis ni kenapa? sebab adik saya Mak Su akan memasuki dunia perniagaan, dia sudah daftar syarikat, sudah ke pejabat MARA untuk proses pinjaman. (which is saya tak berapa setuju dengan pinjaman, saya suruh dia mulakan dulu dengan apa yang dia ada) tak tau lagi, sekarang tengah guide dia prepare bab marketing dulu, kira anggaran perbelanjaan, dan target sale dulu. Susah sorang di utara, saya kat sini, apa pun doakan moga semuanya berjalan lancar. Kalau jadi, korang di Utara, boleh tempah roti, kek dengan Mak Su je nanti..aminnn moga berjaya.
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino