Sunday, July 27, 2008

Abah tersayang (26/6/1947-21/07/2008)


Al-Fatihah...

Abah telah pergi, meninggalkan kami semua... meninggal emak, meninggal kami 4 adik beradik, dan meninggal 7 orang cucu, termasuk Adik Alesya yang berusia 43 hari di kala abah meninggal, cucu yang tak sempat di lihat apatah lagi di sentuh...

Abah pergi juga setelah 6 tahun lumpuh sebelah kiri selepas serangan stroke pada tahun 2002, yang kesannya ada kalanya abah menjadi seperti tidak dapat berfikir dengan rasional kadang kala, merengek, menjerit, dan menjadi seperti kanak-kanak yang akan 'merap' meminta sesuatu. Tamat sudah ujian Allah terhadap abah di dunia ini

Aku sudah tiada abah lagi untuk aku salam setiap pagi raya...

Aku sudah tiada abah lagi untuk aku salam setiap kali masuk ke rumah bila pulang ke kampung...

Aku sudah tidak dapat mengucup tangan abah yang uzur itu setiap kali aku hendak berangkat pulang dari kampung...

Aku sudah tidak ada abah untuk aku belikan baju, baju, kain pelikat tak kira hari raya atau tidak...

Aku sudah tidak ada abah yang akan merengek hendak makan itu ini,

Aku sudah tidak dapat menjamu abah dengan segala juadah yang dia inginkan tiap kali aku balik kampung...

Aku tidak dapat mandikan abah sesekali aku balik kampung...

Aku sudah tidak abah yang akan aku kirimkan salam setiap kali menelefon emak di kampung...

Aku sudah tidak dapat bertanya khabar abah pada emak setiap kali kami berbual...

Aku sudah tidak akan mendengar emak bercerita hari ni abah nak makan mee kuah, hari ni abah berak banyak, hari ini abah tak mau mandi, hari ini abah tak tidur malam, hari ini abah bangun lambat pagi...hari ini abah itu ini...

Tiada sudah semua cerita-cerita pasal abah lagi...

Yang ada hanya kata-kata..'arwah abah dulu suka sangat makan durian, arwah abah dulu masa sihat, pagi dia pegi surau, maghrib sampai isyak dia kat surau, arwah abah dulu kalau tak tidur malam dia suka menepuk lantai, arwah abah dulu masa sihat langsung tak makan burger, tapi masa sakit suka sangat makan burger, arwah abah dulu pendiam, tak cakap banyak, berbeza masa masa dia sihat dan sakit, masa sakit dia banyak cakap, arwah abah dulu suka itu, tak suka ini...arwah abah dulu itu ini... Ya abah sudah arwah... Kini hanya cerita-cerita arwah abah sahaja yang ada kenangan buat kami...

Sejak aku kerja, setiap kali raya aku mesti belikan abah baju baru dan kain pelikat baru, bila abah sakit pun aku tetap belikan, walau emak kata tak payah beli sebab abah bukan pakai baju raya kemana pun, duduk dalam rumah saja, baju lama elok lagi.. Tapi aku tak peduli, tiap tahun aku belikan baju raya baru untuk abah, beli kain pelikat baru untuk abah.. Mak kata sayang abah pakai hari raya saja, lepas tu dia bukan nak pakai...

Tapi aku tak kisah, sebab aku selalu ingat, kalau abah aku sudah tiada nanti aku sudah tiada abah untuk aku beli itu ini...Alhamdulillah...aku puas saban tahun berikan dia melaram baju baru di pagi raya, walau dia hanya duduk di tempat perbaringan dia saja. Dan untuk tahun ini sehingga bila-bila pun aku sudah tiada abah untuk pandang berbaju baru di pagi raya.. Kalau giliran aku beraya di Kedah, pagi-pagi raya biasa emak solat sunat Aidil Fitri/Aidil Adha, aku pagi-pagi akan mandikan abah segak-segak..pakaikan dia baju baju, dan pujuk dia pakai lampin dewasa tu.

Dan sampai raya bila-bila pun akan datang aku sudah tiada abah untuk aku mandikan di pagi hari raya... Aku sudah mandikan dia buat kali terakhir pada petang lepas solat asar hari Isnin 21/07/2008 yang sudah, itulah siram air terakhir aku untuk tubuh abah..tubuh yang sudah kaku.
Kata Pak Awi, jiran rumah no 14 lorong 3, "Abah Nas ni tunggu Nas balik saja ni, dapat dengar suara Nas, dapat rasa sentuh Nas, dia pun pi," Ya Alhamdulillah, aku sempat sentuh abah, sempat bercakap dengan abah, sempat baca Yassin berkali-kali sejak sampai ke rumah dari jam 9 malam Ahad tu sehingga abah meninggal pada esoknya, malam sebelum abah meninggal, aku tak tido sehingga jam 4 pagi, aku belai abah, ajar abah mengucap, zikir aku tertidur juga kerana ubat selsema yang aku telan itu membuatkan aku amat mengantuk, kalau ku tahu itu malam terakhir disisi abah, aku takkan telan ubat selsema itu, biarlah aku selsema pun aku tak nak mengantuk..

Moga abah aman damai di sisi Allah, bertemu semula dengan arwah mak tok di sana, arwah tok wan di sana, Moga mereka semua berada di kalangan mereka-mereka yang soleh di sisi Allah...Al-fatihah buat abah yang takkan aku pandang lagi wajahnya di dunia ini...Samsudin bin Hashim....

Tuesday, July 15, 2008

Dugaan Hebat lagi...Abah Sakit, And Alesya dan off oksigen


Aku di uji lagi..
Sabtu lepas menerima panggilan telefon dari adik no.2 aku Tie, menangis suara dia menelefon, aku berdebar sakan menyambutnya, dalam tangis dia bagitau abah tengah tenat, jiran-jiran dah membaca yassin dah.

Aku jadi lemah, tak tau nak berfikir seketika, nak balik ke tak? Aku masih berpantang 34 hari, baby masih di NICU, call kampung semula selepas setengah jam, kata adik abah masih tenat, kami berkemas, tekadkan hati nak balik jugak, selesai semua urusan, lepas solat asar, kami ke hospital, berjumpa si adik, jumpa doktor terangkan situasi dan bertanya ok ke kalau kami nak balik Kedah, doktor kata ok, adik dah stabil, nothing to worry, lepas keluar dari hospital, call emak semula, kata mak, abah dah reda sikit, tak nazak sangat macam awal tadi, aku cakap nak balik, mak kata tunggu dulu, aku pun tengah berpantang, masih tak sihat, dengan baby di NICU, mak kata doa saja dari jauh, kat sini ramai sedara mara yang ada sama-sama mak. Adik-adik emak dari Penaga semua ada bersama emak. Aku lega sedikit. Sehingga kini kami di sini bersedia dengan sebarang berita, dan kena redha.

Mak kata balik rumah dulu, tunggu apa-apa berita. Sehingga kini abah masih belum sedar sepenuhnya, dan masih berada di rumah, aku sudah pujuk emak bawakan abah ke hospital, at least boleh masuk air ikut drip or susu ke apa, mulanya emak dah setuju, tapi bila orang tu datang, orang ni datang, sedara ni datang, semua kata kat mak tak payah bawa ke hospital, aku mati kata. Mak tengah sensitif, bila aku salah cakap, nanti mak menangis, aku tak mau menambah sedih emak, jadi kami ambil keputusan ikut sajalah, aku tidak berada di tempat emak, jadi aku tak dapat selami 100 peratus apa yang ada di fikiran emak sekarang, jadi tak adil untuk aku memaksa emak membawa abah ke hospital.

Mungkin emak takut dia tak mampu bertunggu lama-lama di hospital di sisi abah, emak pun ada darah tinggi, takut dia pening, takut bila dia balik, abah tenat, kata adik-adik, mak tak lekang dari sisi abah di rumah, membaca yassin dan mengaji hampir sepanjang hari, berhenti kalau ada tetamu dtg melawat, solat dan tidur sekejap. Menjadi anak sulung agak berat, dalam situasi ini, kerana aku Kak Long yang berada jauh di sisi emak, abah dan adik-adik di saat ini, betapa tuhan saja yang tau, badan aku disisi tapi jasad dan jiwa aku berada di sana. Hanya yang mampu dilakukan, berdoa yang terbaik. Bak kata emak, kami semua redha, andai tiba masa untuk abah pergi mengadap Dia, ambillah abah dengan tenang, dengan sempurna, janganlah uji abah begitu, andai panjang umur abah, sihatlah dia, sekurang-kurangnya sedar untuk menelan sesuap dua bubur nasi. Sehingga menulis entry ini aku menaip dengan linangan air mata.

Kata cik abang, kalau kita ada sayap, sudah terbang balik ke sana, sekejap untuk bersama...

Ya Allah permudahkanlah segalanya.

Perkembangan Adik..

Alhamdulillah, adik sudah tidak menggunakan oksigen dah, dia sekarang Alesya yang sangat hebat dan kuat dengan izin Allah Taala, dia menyedut udara dari Allah, dan bernafas dengan sendiri, aku sungguh bangga dan kagum dengan semangat dan kekuatan dia. Memandang dia yang sekecil itu kuat, aku tau aku perlu jadi lebih kuat. Dalam kesedihan dengan keadaan abah, adik Alesya mengundang air mata gembira aku, kerana dia sudah bertambah berat, bertambah sihat dan kuat, dan memandang dia tanpa wayar dan tiub berselirat tadi aku jadi gembira, terima kasih adik kerana menghadiahkan gembira buat mama. Tiub yang tinggal hanyalah tiub untuk menyalurkan susu sahaja, segala tiub di kaki, tangan semua sudah tiada. Tiub susu pun mungkin tidak lama akan akan ditanggalkan, kerana doktor kata dia sudah pandai menghisap, bukan main dia menghisap-hisap tiub yang ada itu pun. Cuma doktor masih merasakan belum masa dia diberi susu dengan cara dia menghisap, masih takut dia tersedak.

Ya Allah, aku mohon kau beri ketenangan untuk aku lalui semua ini. Moga kau permudahkan segala kesulitan yang ada pada ujianMu kali ini. Amin...


Tuesday, July 08, 2008

Alesya Sebulan


Hari ni genap sebulan Nur Alesya Qhaisara dilahirkan.

Setelah sebulan, pelbagai dugaan Alesya lalui. Kesian dia, cucuk sana sini mencari urat bagi menyalurkan bekalan makanan dan ubatan melalui kaki dan tangan yang kurus itu. Dua tiga kali dia dalam keadaan pucat dan menyebabkan doktor perlu mengambil darah aku untuk transfer pada dia. Kembung dan muntah yang menyebabkan dia kena 'puasa' sehingga beratnya menurun, dan masih belum naik sepenuhnya berat badan dia. Tapi syukur setelah sebulan ni, dia makin sihat, dan makin kuat. Kata doktor diaorang punya concern sekarang untuk naikkan berat badan dia, kerana keadaan kesihatan dia makin bagus.

Minggu lepas Alesya sudah tukar menggunakan oksigen yang dilekatkan pada hidungnya, tetapi sekejap je, doktor off semula kerana kata doktor dia agak penat dan belum bersedia dengan oksigen yang minimum itu, and kemudian blood pressure dia agak rendah, doktor terpaksa berikan ubat untuk stabilkan keadaan itu, and dua tiga hari ini Alesya getting better, bekalan makanan yang disalurkan melalui drip tu dah diberhentikan, dan feeding Alesya pun elok dan bertambah sehari ke sehari. So semalam pergi melawat Alesya, aku jumpa doktor dan bertanya. Doktor kata keadaan dia much better and stabil, so hari ni plannya mereka akan off oksigen yang yang salur terus melalui mulut tu, dan akan guna oksigen yang letak kat hidung tu sahaja, oksigen ni minimum, so Alesya akan banyak berdikari untuk bernafas sendiri. Moga Alesya kuat dan Allah akan bantu tubuh kecil itu. Alesya sangat aktif, walau kurus dan kecil, sampai nurse kata dia la baby paling aktif, suka mengeliat, menendang, tapi kata nurse, baguslah dia aktif maknanya dia kuat dan sihat.

And, ni ada slide yang si Najmi buat sendiri melalui hp. Actually, aku sendiri tak pernah explore hp aku sebegini. Semasa kami melawat Alesya di NICU, hanya ibu bapa sahaja yang boleh masuk, jadi Najmi kena duduk di ruang menunggu kat luar sahaja, bagi menghilangkan boring dia aku bagi hp untuk dia main games, tapi being budak-budak kan, dia nak terjah semua benda, dia explore hp hp aku jumpa software movie kat hp, and dia pili gambar, dan create clip ni untuk adik dia. Aku tak perasan, sehingga babah bukak video tu, aku tanya babah mana dapat, dia ingat aku buat, aku cakap tak tak buat. Check tarikh create video tu, 9.34pm, malam kami tengok Alesya, sahlah si abang punya kerja. Ehehe aku pun belajar dari dia macam mana dia create video tu, and aku dapat buat satu video clip Alesya yang sangat aktif tu. Suka beno mengeliat, geram tengok dia aktif sangat, aku curi2 snap video dia mengeliat tu.. And sorry aku tak ready nak share video Alesya yang sangat cute itu mengeliat, sebab kurus sangat tubuh dia, mungkin nanti-nantilah. Tapi if you are close to me, kalau tengok aku online kat ym, kalau hendak tengok, just msg me, i'll share it. Aku tak sanggup letak sini, takut nanti ada komen-komen yang mungkin tak berniat untuk menyinggung aku, tapi boleh membuat aku tersinggung. Yes, it is true, bila kita sedang menghadapi situasi begini, tak semua orang boleh faham apa kita rasa dan apa kita harapkan. Tak semua orang boleh memahami apa orang lain rasa.

Ok, pic ni kami ambik masa 1 Julai itu hari, masa ni doktor cuba tukar oksigen yang kat hidung tu, tepi esoknya di buka semula kerana dia belum ready, and hari ini inilah oksigen yang doktor plan nak pasang pada dia semula, and harapnya dia sudah bersedia untuk prepare to be better. Go adik..adik kuat kan..



cute ek si abang buatkan, dia boleh pilih picture, dia pilih lagu latar, dan pilih jenis slide untuk paparan, and dia ajar aku buat semua tu and hahaha emak kan..mestilah lagi hebat, rupanya boleh set time juga berapa lama kita nak panjangkan video tu, Najmi tak tau, so clip ni hanyalah 9 saat yang diciptakan oleh Abang Najmi. kira ok lah bagi budak usia 7 tahun kan...And sorry pic tak clear, sebab hp kaput je kan..tak canggih beno.
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino