Wednesday, December 21, 2005


Layan jiwang beb...

Semenjak Najmi kat kampung, aku asyik layan jiwang blues je...
Kalau sesiapa ada id aku kat YM pasti nampak kejap-kejap status aku tukar-tukar..
kejap missing u...kejap need u...kejap itu ini...dan kadang-kadang layan lagu..

aku letak je status nak lagu a shoulder to cry on, kejap je dah ada org antar...
aku nak lagu dying inside to hold u..kejap je dapat.. nak lagu patience gun and roses
kejap je ada org kasi...sayangggg adik-adik aku ni..tima kasih to Amyz, Syida, Adlys

and siapa ada lagu The Man Who Sold The World? Nirvana- unplugged version... heyyy... i am a big fan
of Curt CObain tau...masa dia mati siap sedih-sedih...muahahaha...kaset nirvana unplugged
in New York tu sampai naik lunyai..best giler layan lagu-lagu lama...nostalgia merenyam mengorat
budak jantan sekolah lain mula menerpa...ahaks..

Dulu-dulu aku sekolah pompuan...jadi kami layan blues aaa, layan nirvana..layan gun and roses..
sebab kami jadi macam jantan..ahaks..siap boleh tukar-tukar kaset ngan member sekolah lain.

Siapa ada tu anto-anto le ke email aku yek...aku tgh layan blues..

Budak-budak geju ni, nengok aku layan jiwang kat YM, semua pakat dok antar mesej...
"Kak pe sal kak? jiwang je..," (bile Ym aku missing-missing you, love you...need u)
"akak gaduh ke ngan abang mior" (bile status YM aku-whatever happend i am your's ang u will be mine")
dan banyak lagi spt mesej yang meneka dalam kesamaran...muhahahhaha sayang depa ni kat aku..ahak..

======================================================

Next week aku akan bercuti dan ini kiranya update aku terakhir untuk tahun ni kot. Esok Jumaat,
pagi ada meeting, petang ada meeting..peh tu cuti..sampai tahun depan. Gathering GEJU Insya-Allah pergi.
Tahun lps tak pegi, so this year my darling belanja me to go...love him...kan darling...

Yea..yea...nak ambik dah anak teruna aku next week, bila call sebok ckp tak nak balik, nak duduk
kampung. bila kita kata nak pegi sekolah dia kata tak nak dia nak sekolah kat rumah mak tok. Dia
suruh kita cari anak lain sebab kata dia dah jadi anak mak tok, dan anak Mak Su. kah..kah. lawak

Dia kata, kalau mama cari anak lain tak per, sebab kita dah ada syafiq dan Syafiqah...sabar je la..
Semalam masa call dia, dia sebok cerita, penat ikut Mak Tok pi kenduri, pi pasar malam, lenguh kaki
dah sakit sendi tulang macam TOk Wi...(remember, anak itik tok wi mandi dalam kolam....sakit apa
tok wi sakit sendi tulang..dan kebetulan atok dia Perak mmg sakit tulang dan nama Tok Wi) gelak
aku dengar dia kata sakit sendi tulang.

So semenjak dia tak der, dan semenjak habis bertugas untuk ASE*N SUMM*T hari tu, aku tak masak sangat
just masak cucur, masak sardin, goreng-goreng jer, sebab macam tak der saper nak mkn sangat, aku malas
layan makan malam, body dah macam guni tepung, so darling pun makan ala-ala kadar je la..nasib baik
laki jenis tak kisah...

=======================================================

Ok untuk semua SELAMAT TAHUN BARU..DAN JUMPA DI GATHERING 2006...

Sunday, December 18, 2005

Busy la..


Huh...akhirnya berakhir sudah Ase*n Summ*t 11 (AS) .. Penat..manyak penat..Aku ditempatkan bersama 3 org lagi pegawai dari Wism* Putr* di Sheraton Hotelbermula dari 5hb kami sudah check in, dan aturkan jadual, berbincang dengan pihak tentera dan polis yang sama-sama bertugas, polis yang menjaga keselamatandan polis pengiring, serta tentera yang memandu pegawai-pegawai kanan wakil darinegara-negara yang datang.
Hotel kami adalah hotel penginapan bagi delegates dari Rusia. So dapatlah berjumpaENcik Put*n secara berdepan dan mengucapkan welcome dan mengucapkan selamat jalankepada dia masa beliau nak balik...kecik je rupanya encik Put*n ni. Masa hari akhir sebelum dia berangkat pulang, Dr. M datang berjumpa beliau atas jemputan dia. Justpersonal visit aku fikir.
Dan kebetulan dengan mesyuarat ini, pihak agensi Angkas* pun ada dtg ke hotel dan bermesyuarat tidak rasmi selama lebih kurang sejam mengenai program angkasawan Malaysia.so..semuanya ok..penat tp seronok juga merasai pengalaman Malaysia menganjurkan Mesyuarat besar begini dan menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia yang bertugas.
====================================================
Skrng ni busy...banyak benda nak buat... nak update blog fikir 4-5 kali...(erkk tp masihboleh reply sesapa dok ym tu..)banyak benda nak setel..mujur jugak si kecik ada kat kampung, mama pun balik lambat skrangkalau ada dia kesian lama-lama dok kat tadika..
Semalam kami berdua jiwang-jiwang laayn rindu kat anak..sasau kejap. darling sampai bergenangair mata dia sebab rindukan awak. tu ler selalu berlawan gaduh ngan anak, berebut tv, bila anak tak depan mata, baru dia terasa rindu sangat, dan biarlah rindu itu membuat kami lebih menghargai zuriat sendiri... Sampaikan darling kata 'kalau Najmi ada skrng, dia nak tgk power rangers ka, nak tgk bob the builders ke, dia nak tgk apa pun tak per, tengok la babah tak kisah," ha..ha.kot ye...esok ada depan mata, mula berebut, anak nak tgk kartun, babah nak tgk sport,anak nak tgk vcd, babah nak layan HBO...bila tak ada, rindu sakan...he..he..macam tu le anakberanak kan???
Jumaat ni nak balik kedah...yahooooo....
oklah busy tak dapat layan blog lama-lama sangat....

Sunday, December 04, 2005

ROCK KAPAK..ROCK KANGKANG


ROCK KANGKANG !!Jangan terkejut dengan tajuk Rock Kangkang..Ye. Hari Jumaat malam kami 3 beranak pi tengok wayang..Kami berdua laki bini ni memang peminat Mamat Khalid, minat dari drama-drama diayang top, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komenwel, Jam 2 Petang, Mohd. Noor Khusairi, Pinang Durian, dan ada byk lagi.

Masih teringat sampai hari ini, Jam dua petang, babak-babak Delimawati duduk dalam van kena rompak, kereta kena tarik, pemain kompang. Dalam drama Mohd. Noor Khusairi, aku teringat-ingat babak ALong Kamarudin berlakon sebagai Mad Noor dok pujuk ahli kugiran dia, termasuk Radhi KHalid, atau Zaidi Remos ke dlm drama tu (ke nama apa tah tapi ada nama remos di belakang nama tu) yang dah lama tak mau main band, dan berniaga 'ais sagat' di pekansungguh nostalgia, air sagat, (teringat ais sagat di kampung arwah tok, di Penaga) budak-budak ic kepala 8 la ni rasanya tak jumpa dah ais sagat.

Dalam drama tu jugak, sungguh nostalgia tengok kemeriahan kenduri zaman 70-80an. Dengan bandrumah kenduri boleh dikatakan wajib ada, speaker besar atas pokok kelapa, sanggul tinggi, paling aku rasa Mamat Khalid ni teliti, sampaikan bekas hantaran berbalut plastik lutsinar yang bermacam kaler, kaler hijau, kuning, merah, muahhahahah ingat lagi time mak-mak dan pak-paksedara aku kawin sekitar awal tahun 80an. hantaran semua berbalut plastik tu. Kemudian dalam dramatu ada jugak nampak pelamin zaman dulu, wajib ada lampu lip lap, dengan kertas kaler-kaler yang digunting berambu-rambu dan dililit sekeliling pasu. kah..kah...Kak Lady, Auntie Yan, Auntie N, adakah anda berkahwin di zaman itu? Sungguh nostalgia, dengan jag pengantin yang dinamakan jag ayanatau jag yang macam tin tu, lauk pengantin wajib ada ayam golek, dan buah-buah dicucuk lidi satey.

Gila Mamat Khalid ni, dia bangkitkan nostalgia gitu. Jadi untuk rujukan anak-anak yang IC kepala 8 ni,boleh refer drama ni kalau nak tengok nostalgia majlis kawin dulu-dulu, siap ada tukang announcement.."saya selaku abang sulung kepada ketua kampung, ingin mengucapkan selamat datang kepada tetamu..bla..bla.." kejap lagi, tengah budak kugiran menyanyi, dia boleh hentikan pulak buat pengumuman, "diminta pemilik vespa bernombor bla..bla..alihkan kenderaan anda, kerana Pat Mat tukangmasak nak bawak masuk kawah nasi," siot betul...kelakar..

Dan atas minat dengan karya Mamat Khalid, kami berdua laki bini, siap angkut anak teruna kecik tutengok mid-night. Dia pun sporting, sepanjang dlam panggung dia gelak-gelak dan maintain je. tak mengeluh, aku siap standby baju sejuk tebal, boleh dijadikan sebagai bantal kalau dia mengantuk, tapi dia menten tengok cerita rock kangkang, kata dia. Memang teringat nostalgia zaman rock kangkang, dengan kasut sport time tu, perempuan rocker, rambut remos tinggi, style layer, seluar ketat, sampai kena sarung dengan plastik kat kaki baru boleh pakai seluar ketat.

Buat pertandingan Battle of The Band kat Dewan Persatuan Hokkien, buat show hanya ada 3 penonton, budak rockers kampung, pakai seluar koyak, dan pakai terompah kaler kuning. Adegan mereka toreh seat tempat duduk dalam bas zaman jepun (istilah adik aku, bagi bas kampung yang tingkat style kena angkat baru boleh tutunkan cermin) mereka toreh seat yang konon mcm kulit nak bikin seluar fit. Memang tak rugilahlayan ROck dari Mamat Khalid ni.
Dengan video klip tepi stesen keretapi, dengan kipas kuat, buat rambut mengerbang..kah..kahh...nostalgia beb.Dengan pakai kasut sport, ala-ala reebok, LA Gear, kasut Aliph..peh tu tali kasut tak ikat habih, hujung tali tu biar je terjulur, paling best kalo dpt tali kasut kaler floresent, hijau, oren..kat tangan adapakai gelang dari benang ada tah, siap ada nama tu... rambut nipis je kat atas, dan bawah panjang, pakai bajukaver kat luar, macam blous gitu...muahahhahah...rock kapak beb!!

Darling aku IC kepala 6, lagilah itu zaman dia le...zaman layan Search, Wings, Letthanded. posmen pun kerja dok cop surat lagi. keletuk keletang... Aku paling kelakar babak diaorang menyanyi katrumah kahwin, pakai punya rock, nak layan rock..sekali penonton jerit suruh Pat Mat nyanyi...Pak Mat turun dengan baju Melayu, dan layan lagu 60an. si Jijo, Zack bengang, dan tak pe layan je kata Jijodan mereka main muzik dengan Key A, chehh konon key rendah le orang tua nak nyanyi, si penyanyi depa Zul Kapansiap main tamborin..kecheh...kechehhh..kat belakang dengan muka bengang...si Pak Mat layan lagu.."semenjak kita berpandangan....." kah..kahh memang lawak siot...

Apa nostalgia rock kangkang korang?? meh kita kongsi mehh..

Dan lepas ni rasa nak tengok lagi, dan nak beli VCD dia lagi, simpan buat koleksi..
Tamat cerita rock kangkang..

================================================

Hari Sabtu mak datang nak bawa balik cucu dia, baru Mak Tok masuk kereta, si becok tu cerita, "semalam, kita tengok wayang, citer rock kangkang, dengan mama dan babah," terkejut mak. dah bocor rahsiaaku pun ceritalah, kami tengok midnight, he..he...terkejut mak kami usung cucu dia layan midnight...ye lahmak, takkan nak tinggal, siapa nak jaga. Orang KL macam ni le, kalau tak ada orang gaji, kemana hala usung laanak. Lain lah duduk kampung, dekat-dekat dengan sedara mara, boleh je tinggal-tinggalkan kejap.

Kini Najmi ada kat kampung la ni, seronok betul dia, mak tok rupanya dah siap beli CD power rangers. ultramanuntuk cucu dia, jadi semalam kami call, asyik layan Power Rangers je la. Hari ni pasar malam kat rumah mak,dia dah plan tu, nak ajak Mak Su pi beli Chicken Little. Najmi..Najmi...

Thursday, December 01, 2005

Cafe Ala Kampung


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekelain..Marilah kita lupakan kisah dompet yang hilang...Hilang kesah bank kepala harimau..marilah kita bercerita mengenai perkara lain....sekian terima kasih.

=================================================

Sebagaimana umum mengetahui negara kita akan menganjurkan satu event bermula 12-14 Disember niAsean Summ*t, yang ada logo dua biji KLCC kaler biru tu...ye tuan-tuan dan puan-puan, itu adalah anjuran kementerian saya berkerja ni.
Walaupun masih baru disini, saya juga telah diarahkan bertugas sempena acara ini.Sebagaimana lazimnya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" (SYMP). Apabila sudah SYMP, adalah mustahiluntuk berkata Tak Nak!! maka saya pun akur kepada perintah, berkhidmat untuk negara.

Makanya minggu depan dan minggu lagi depan saya akan berhenti acara memblog, kerana tugasan saya adalah untuk membantu dalam Jawatankuasa Kerja Pengangkutan (meh sapo nak booking beli keter plat ASEAN..he.he..) makanya lagi, dalam tempoh jangka masa itu kemungkinan untuk saya pulang ke rumah adalah tipis, kerana kami perlu berada di hotel untuk menjaga urusan mereka-mereka yang memerlukan bantuan.

Semasa di opis lama, aku pernah dua tiga kali terlibat dalam menyambut delegates ni, jangantak tau, ada diantara mereka yang ada request nak 'betina' malam-malam...tak koser aku naklayan. Aku suruh dia tanya boss aku, dan boss aku pun tak layan, last-last dia tanya hotel..siot betul diaorang ni, tak boleh hidup tak ada betina. Budus betul.Ni semua dari suku kaum bangsa yang suka hantar tentera dia pi berperang, bunuh-bunuh orang.

Anakanda pun akan dipos ke kampung, hari Sabtu nenda dia akan ke sini mengambil pulang cucudia. Mak aku ni memang excited kalau bab nak bawa cucu dia, masa aku story, baru je cakap aku kena kerja tak balik rumah, belum cakap nak minta mak jaga, dia siap offer.."tak pa lah,biar mak pi ambik dia, bawa balik sini," saja nak test, aku cakap,"tak pa, babah dia boleh jaga,tapi tak boleh hantar taska, kena hantar pi rumah ummi dulu, sebab babah dia kadang-kadangbalik malam," sungguh-sungguh mak kata "tak payah, tak pa, biar mak pi ambik, biar dia duduk sini," mak..mak...sentiasa bersemangat nak jaga cucu dia. Tak apalah, kalau itu membuatkanmak rasa seronok, aku tak kisah, mak pun bukan selalu jumpa cucu dia, sesekali kami balik kampung2-3 hari jumpa dia, 2-3 bulan sekali.

Mak Su pun abih SPM, adalah teman 'bergaduh' Najmi kat sana, Mak Su suka menyakat, yang Najmi suka mengada.. Wan pun suka menyakat, riuh la rumah tu nanti. Tak lah mak rasa sunyi, sebab selalutinggal berdua saja dengan abah. Mak Tok ni, kalau ada cucu dia, jenuhlah dia beli biskut tu, biskut ni,buat cucur, goreng mee, macam cucu dia nak makan banyak. Yang budak Najmi ni pun satu, kalau kat rumah bukan nak makan sangat, tapi kalau dengan mak tok dia, semua dia makan, banyak pulak tu, agaknya menghargai apa yang Mak Tok buat kot. Kadang-kadang Mak Tok bancuh tepung + gula + telur pukul-pukul dan goreng pun dia makan berseleran, lepas sebiji-sebiji.Ka rumah kalau makan mee ada sayur hijau semua tolak tepi, kat rumah Mak TOk, aiiii boleh pulakmakan sayur kaler "gereeen"

======================================================

Sesekali layan lempeng/tempek tepung

Semalam aku malas nak masak nasi dan lauk, aku call darling bagitau aku malas nak masak. Aku cakap buat cucur boleh? Darling kata buatlah lempeng tepung, cicah sambal ikan bilis yang belen harisebelum tu yang sengaja aku masak lebih. Wahh best ni, sonang koje mak cik...
So lepas solat maghrib aku pun bancuh le tepung + telur + garam + air + bawang, kacau-kacau, thenamik kuali leper tu start le melempengkan tepung tadi, dua hero tu memanglah kegemaran depa sama,gemar makan cucur/lempeng, mula-mula bancuh sikit, agak-agak dalam 5- keping cukup ler, aiii belumabih aku melempeng dah luak 2-3 keping, tak boleh jadi, so aku tambah lagi sikit. dapatle dlm 10keping lempeng. Jadinya makan lah lempeng tepung ala-ala kampung tu.

Masa tengah makan aku gurau ngan darling "Bang, agak-agak boleh tak kita komersialkan lempeng tepung ni?" dia kata "boleh apa, kalau buat betul-betul, orang la ni mana makan lempengkampung macam ni," Kemudian aku pun dok imaging, bukak kiosk macam kyross kebab tu, jual set makanankampung, cthnya:

1. Lempeng tepung + sambal bilis/sardin + air kopi/teh/nescafe
2. cucur jagung (utk vegetarian)+ tauhu goreng + timun + kuah kacang (mcm kuah pecal)
/sos + air
3. cucur udang + tauhu goreng + timun + kuah kacang/sos + air
4. cucur kembung (manis) + cucur kodok (jemput-jemput pisang) + air
5. lempeng kelapa (kedah say-pek nga) + cicah kari ikan/daging/ayam) + air
6. roti jala + set
7. Serabai...(aku tak tau kat sini panggil nama apa, Pak Long tau ka?)9
8. dan pelbagai pengat, pengat pisang, labu, nangka,
9. dan pelbagai bubur, bubur manis dan pedas.
10. Menu mcm soup of the day - hari ni bihun sup, esok mee kari, lusa soto,

Amacam ok tak? Any idea lagi?
nama kedai- Cafe Kampung Abeh! / Cafe Kampung Mari / Cafe Memori
(Aku suka nama cafe Memori, sebab kita akan terasa memori di kampung bila layan makan cenggini)

satu set may be jual RM2.50 je, tgk tempat kita menyewa le..
kemudian dah maju, bukak cawangan...lama-lama kayo mak cik..
uwaaaaaa angan-angan je ni....

Tuesday, November 29, 2005

Hilang semua


UPDATE!!! UPDATE !!! (1 DISEMBER 2005-7.45 AM)
CHECK THIS OUT, MY COMPLAINT KAR UTUSAN
...
CLICK HERE...CLICK HERE...
ATAS SARANAN ENCIK SEPAI, SAYA PUN KOMPLEN KAT SURAT KABO, DAN KELUAR....MUAHAHAHAHHA..


Tak der mood..
Semalam dah taip panjang-panjang
sudah sampai ayat-ayat terakhir...
tiba-tiba blogger jadi stuck...hang dan kena restart..
tak tau pe sal, kalo update terus dari blogger.com musti hang....
jadi kenalah update melalui notepad dulu....tak best la...

================================

Kisah wallet ku yang hilang sudah kira cerita basi kot...
Jumaat setel buat ic baru, buat lesen semula
Duit hilang, dah le hilang kena denda..
Sekarang macam pakai permit pulak, ic besar gedabak..
apalah masalahnya kalau keluarkan ic sementara saiz kad macam
kad insuran ING, AIA ke..

Pergi Tabung Haji, pergi AMbank, Affinbank dengan IC saiz macam permit
kerja mat bangla, tak jadi hal...
tapi bila berurusan dengan bank yang berkepala harimau suatu masa dahulu,
(alaaa tempat di Spyz keja tu..)
timbul pelbagai masalah...MUla aku ke branch Serdang,aku bagitau budak kat
service counter tu, aku hilang wallet, hilang ic semua,
aku nak buat kad ATM baru, aku ada buku akaun, tapi akaun ni bukak kat Kedah.
Budak tu tanpa senyum suruh aku isi borang dan tunggu kat kaunter 3.
Aku isi, masa time nak isi part alamat surat menyurat,
aku tanya.."Dik, alamat surat menyurat ni kalau tak sama dengan alamat
dalam buku tak apa ke? sebab buku ni alamat kedah, saya sekarang tinggal di Putrajaya?" macam tadi, "tanpa senyum dia kata, tak pe la isi sahaja,"

Siap isi aku tunggu lebih setengah jam di kaunter 3, bila tiba turn aku...
minah kaunter tu cakap, IC sementara tak boleh guna,
kad baru tak boleh buat, sebab akaun aku bukak kat Kedah,
so kena balik Kedah buat kad, sebab fail aku ada kat sana.Betapa budusnya
alasan itu, kalau aku buka akaun kat Sabah, Serawak aku kena balik sana jugak ke.
Satu lagi option dia suruh aku tutup akaun sana
dan buka akaun baru kat sini. Siot betul, dia ingat aku keja kompeni kaput ke,
pagi bagitau kerani buat gaji aku tukar akaun,
petang dia boleh buat perubahan butir-butir penukaran akaun aku,
alllooo aku keja gomen, tidakkah dia tau prosedur gomen lagi
complicated, kerani buat gaji kena isi borang changes, kena hantar ke AG,
Ag buat perubahan pada sistem gaji, tukar butiran kat
akaun gaji aku, itu ini gedebuk gedebak, silap-silap sebulan dua aku tak bergaji.

Sebab dah hangin aku sound le minah kaunter tu, "tadi kenapa budak kat
kaunter depan kata boleh" suruh dia belajar dulu apa boleh apa yg tidak, tak perlu
saya buang masa kat sini kalau dari mula dia kata tak boleh, isi borang tunggu kemudian tidak boleh." Aku terus blah, hangin betul.

Nyampah betul berurusan dengan bank yang merasa dia gah sangat ni..
(maaf ye Spyz, Farihah...geram dah nih...tp korang baik..kan..kann)
Jadi untuk tidak menyusahkan kepada otak aku, aku suruh darling bukak akaun Maybank,
buat kad sekali, Kad tu nanti aku akan guna, so setiap
bulan, dapat je gaji, aku guna Maybank2u.com transfer duit ke akaun darling ni,
dan aku boleh keluarkan duiat anytime. dan sebarang urusan
membayar insurans, bil celcom guna maybank2u.com,

Bank Negara pun satu, monitor-monitor sikitlah prosedur remeh temeh cenggini,
zaman-zaman online gini pun boleh ada masalah bengong ni

Jabatan Gomen pun dah update, buat IC terus update lesen memandu, bank korporat
masih prosedur tak relevan pulak.

Udah le, kang hangin lagi pepagi ni...

=================================

Udahler duit hilang, henpon pulak buat hal, asyik-asyik hang je, tgh taip sms,
hang, sabo je la. Masa balik kampung beraya hari tu, kat rumah darling,
amboi nengok anak-anak sedara dia, masih student-student IPT ni
henpon canggih sungguh, setiap kali bunyi telefon, idak le kami cuak sebab henpon
depa semua polifonik, henpon mak-mak dan pak sedara masih lama
depa gelakkan kami henpon kuno, darling menjawab..."tak per henpon kuno, tapi
kami pakai line, dengan kredit limit RM600, anytime
nak call, nak sms boleh guna, tak der la nak miss call org suruh call balik,
tak le sms tak berjawab sebab tak der kredit, biar henpon kuno tapi
berjasa," muahahhahahahaa... bengkek je bebudak tu...terus tak kondem dah...
ahaks..kalau tak bukan main siap gelakkan kami, henpon kuno,
pakai line celcom, bukan maxis, (sebab hanya line maxis je dapat line kat kg darling,
full bar, kalau line lain semua ampeh..)

Aku pernah pergi kedai ngan sorang anak dara kat opis aku ni, dia pi beli kad
top up RM10, belakang dia mat bangla dan indon, beli kad top up 100++, aku
gelakkan budak ni, "hang tengok bangla ngan indon pun top up seratus,
hang sepuluh ringgit" he..he...dia pun gelak-gelak dan balas "kak, dia top up banyak
sebab nak call indon ngan bangla," he..he..aku pun balas..."call le mak ayah hang
kat kampung, ni nak call mak asyik miss call je, manjang mak bapak call hang balik," muahahahahahha...saja je sebab dengki dia pakai henpon ada kamera...

Sunday, November 20, 2005


Berhari minggu yang penat.
Jumaat malam ke open house Zareda, seorang rakan blogger. Seronok bila berjumpa beberapa blogger yang first time berjumpa. Masa aku baru tiba, belum masuk rumah lagi, ada kat luar rumah, lalu sebuah kereta, dan seseorang dari kereta tu cakap “ehh, Pnut”, aduhhh aku umpama mercu tanda, semua org kenal. Ahaks…

Last year masa gathering Geng Jurnal Utara, ada a few blogger dari KEDAH ONLINE (KOL) seorang dari blogger, Mat, perasan akan aku, mulanya mereka perhatikan dari jauh, kemudian mereka join kami, dan si Mat ni cakap, “bila tengok kak Pnut, confirmlah, ni geng jurnal,” He..he..aku gakkk jadi mercu…ye la macma mascot gitu.

Tulang kambing.

Sabtu tenghari, kami ke Jalan Kg. Pandan, setelkan bab pembelian rumah kat office pemaju. Balik dari situ, kami nak ke Gombak, kami tka ikut MRR2, sebab jalan tu tak kira hujung minggu ke hapa, sesak je..so kami ikut jalan lama, masa masuk Jalan Pahang, trafik slow je, tiba-tiba budak becok kat belakang bersuara “Mama, mama, cuba mama tengok tulang kat tangan kita ni,” sambil hulurkan tangan kiri dia kat aku.

“Awat, kenapa dengan tangan ni,” tanya aku.

“Mama tengok, tulang kat kat tangan kita ni dah tukar jadi tulang kambing mama,”

“What!! Tulang kambing, apesal pulak jadi tulang kambing,” sambil babah wat derk je drive.

“Ye lah, hari tu masa balik kampung mak tok tu, babah bagi kita makan kambing, kita makan tulang kambing, daging, habih tulang kita pun dah tukar jadi tulang kambing, daging pun dah nak tukar,”

“Ishhh merepek kamu ni,” sambil malas layan, dan buat-buat tidur…

sambil membebel “itulah kasi sangat kita makan kambing, tengok tulang dah tukar jadi tulang kambing,” kemudian dia dok belek-belek lagi tulang kering kat pergelangan tangan dia. Aku buat tak layan.

Cerita lain.

Dua minggu lepas dia pergi rumah Mak Yam dia, x-baby sitter dia kat cheras, dia bermalam kat sana, esoknya, lepas makan nasi dia main-main dengan Aleya (iya panggilan Najmi), main-main sampai penat dan lapar, dia cakap kat Mak Yam dia,

“Mak kita nak makan nasi lagi, lapar ni,” dan Mak Yam jawab,

“Ya Allah Mi, kau kan dah makan tadi, nak makan lagi ke, betul ke” Tanya mak Yam sebab si Najmi bukan jenis pemakan orang nya.

Selamba je dia jawab

“Ye lah kita dah lapar, nasi yang makan tadi tu dah turun ke kaki, kita main lompat-lompat dengan Iya, tengok nasi dah turun ke kaki, tengok perut kita dah kosong, tak der nasi, kita laparle,” dia jawab sungguh-sungguh sambil suruh Mak Yam pegang perut dia.

Mak Yam pun tergelak, dan terus dia kasi nasi, lepas makan, kata Mak Yam, si Najmi cakap kat Iya,”nanti kita jangan main lompat-lompat lagi, nanti nasi turun ke kaki, nanti kita lapar lagi.” Dan lepas makan diaorang tak main lompat-lompat lagi, dia orang tengok tv jer.

Ermm pandai auta anak aku ni, Mak Yam dia dok gelak-gelak cerita pasal dia. Mak Yam kata, cakap banyak, tak henti-henti mulut dia. Aku cakap memang la, letih nak melayan kadang-kadang, bila kita jawab gitu-gitu dia tak puas hati.

Macam semalam, kami ke kampong baru, masa kat sg. Besi dia tengok banyak kerja construction, nak bina jejambat, diatTanya aku,”diaorang buat apa tu,” aku jawab “buat jalan”

“eh bukan jalan, yg kat atas tu,” aku pun pandang sikit dan jawab “oh, diaorg buat jambatan,”

Kemudian tanya lagi, “eh kenapa jambatan dia tan ada tangga, macam mana orang nak naik, macam mana orang nak turun, kenapa gelap, tak ada lampu,” aku pejam mata, buat-buat tidur,

Dia marah “ehhh mama ni jawablah, orang tanya ni, jawablah mama,”

Babah tolong jawabkan “belum siap, nanti dah siap, diaorang buatlah tangga, pasang lampu, baru orang boleh lalu,”

Kemudian itu, ini, itu ini, sampailah tiba di Kampung Baru, ermm agaknya jadi lawyer anak aku nanti, or jadi PRO kot.

Wednesday, November 16, 2005


Tahniah buat adik-adik yang berjaya dalam UPSR
Bangga tengok gambar-gambar ceria mereka yang berjaya dalam surat khabar Utusan pagi ni..
Ada yang lumpuh, ada yang buta, ada rabun kronik sampak kena guna kanta, ada yang budak melayu sekolah cina. Yang pastinya gembira ialah ayah bonda.

Tapi yang paling mengesan dalam sanubari aku ialah, gambar seorang anak yang menunjukkan keputusan SPMnya yang cemerlang di sebuah bendang di Kedah dua tahun yang lepas. Sungguh menyentuh jiwa dan menitis air mata aku melihat. Pandai sungguh photographer tu shot gambar yang sangat cantik, dilatari sawah padi menghijau, ayahnya yang berkulit hitam terbakar, peluh meleleh di muka, senyum ceria menatap keputusan anak yang cemerlang, bendang itulah yang membesarkan anak dia. Aku rasa Rudi Bluehikari masih simpan gambar itu kan? Rudi kan? Rudi pernah letak gambar itu di blog dia.

Sebut bab gambar ini, memang benarlah sekeping gambar mampu menafsirkan sejuta rasa… Semalam macam biasalah kerja jadi librarian ni, dok belek-belek buku lah dok buat catalog untuk letakkan kat rak kan?? Macam la korang tak pernah pergi library kan? So ada satu buku buku dari luar negaralah, diterbitkan oleh sebuah NGO di Netherlands sana ler, NGO ni banyak terlibat dengan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada seluruh negara, Negara yang berperang, Negara yang dilanda Tsunami. Melihat gamabr-gambar yang sangat cantik oleh jurugambar ni, aku tabik sungguh, semua gambar-gambar yang diambil amat berkesan.

Ada gambar anak-anak orang Afrika, berkulit hitam legam, sedang buat hand painting, mereka tekapkan tangan mereka yang dicat ke atas sehelai kertas, bermacam warna dan saiz, tetapi aku melihatkan, walau apa warna kulit kita, jari kita tetap sama, semua ada lima untuk sebelah tangan,dan darah yang mengalir tetap merah warnanya. Ada gambar budak lelaki duduk termenung di kawasan Banda Acheh yang musnah selepas Tsunami berlatarkan kampungnya yang jadi padang jarak, padang tekukur, budak ni bertinggu keseorangan merenung jauh ke depan.

Dan banyak lagilah gambar-gambar mengenai bantuan “child education” yang dianjurkan oleh NGO ni. Aku dok belek gambar-gambar ni sampai terleka. Tambahan buku ini cover dia dibuat dalam hitam putih saja, menarik sangat.

Dalam dok proses buku tu ada satu buku, tulisan seorang blogger, Lydia Teh,” Life’s like that, best jugak, baru baca sepintas lalu, nanti-nanti baru boleh belek…(nanti?? Bilalah nak bacanya…

Next week ada exam PTK…aduhhh byk nak ken abaca tapi aku tak sempat…eeiiii apa punya SSM ni….leceh betul….menyesal aku apply hari tu….tapi kalau tak pergi tak tau pulak format soalan dia. Kalau nak pergi kena study...uuissshhhh maleh bebeno..

Tapi aku dah ada plan B...he..he.. syyyy dendiam Wanda dan Mat Jan yek.... plan B akan dibuat kalau mendesak..ahaks....

Sunday, November 13, 2005

Buah Hati Jiwa Raga


Mior Adha Najmi- He is just being macam budak umur 4 tahun 8 bulan yang lain.
Becok, petah, nakal, ada kalanya membuat kelakuan yang membuatkan tahap kesabaran kita sampai ke tahan semaksima dah…Gelagatnya ada kalanya sangat-sangat menghiburkan dan ada kalanya merimaskan. (merimaskan terutamanya time kita memasak, melipat kain, dia pun punya sibuk ‘membantu’)

Bila balik ke Kedah, dialah jantung hati Mak Tok, Wan dan Mak Su, kira tahap layanan VIP yang sangat mewah la, erkkk bukan mewah dengan harta benda dan material, tapi mewah dengan kasih sayang. Kalau kat kampung bila nampak mama or babah nak mula tinggikan suara nak mula hangin, cepat saja Mak Tok menyambar cucu bawak pi lari. Sebab Mak Tok tau, kalau dok biar budak tu kat situ, sat gi kenalah sedas dua. Yang budak ni pun bukan main kalau di rumah Mak Tok dia segala kerenah yang tak pernah-pernah dia buat boleh dia buat. Berak dalam tin ubat nyamuk, berak kat tepi pokok bunga pun dia pernah buat, kat rumah sendiri tak pernah buat langsung. Saja je nak tunjuk perangai.

Baru ni balik raya, dia bukan main kamceng dengan anak jiran mak kat rumah sebelah, budak ni namanya Syafikah, umur 3 tahun lebih, kira boleh geng la ngan Najmi, si Syafikah ni pun melepak je kat rumah mak. Aku pun suka sebab tak ler banyak ragam budak Najmi sebab leka bermain. Syafikah ni ada adik umur 10 bulan, Syafiq, si Najmi ni jakun sebab tak ada adik, mak aku memang jaga budak Syafiq ni bila mak dia pi berniaga, petang pukul 4, sampai pukul 10 mlm je.

Si Najmi ni asyik suruh pi ambik Syafiq dan tak kasi budak Syafiq ni tidur dia nak ajak bermain, dan sayang sangat dia dengan Syafiq, dan mula-mula kami tak perasan budak berdua Syafikah dan Najmi ni main mak-ayah, tiba-tiba dengan si Najmi, dok panggil,

“mak-mak tengoklah baby ni, ayah nak pi kerja,” ewahhhh anak aku…
si Syafikah pun bukan main, siap bersalam sebelum ‘ayah’ pi kerja. Yo-yo jer…kami perhatikan je gelagat budak berdua ni. Ada satu ‘babak’ yang paling kami tak tahan ialah, masa kami tengah sibuk-sibuk memasak rending, ketupat, si Najmi konon pi bilik air, amik air semayang, dan sibuk ajak Syafikah masuk bilik, oooo rupanya nak solat, jemaah le konon…lucu giler..

tapi kami tak tegur, kami dok perati sambil gelak-gelak, kalau ditegurkan naik angin pulak, sebab dah termalu. Tapi kemuncak yang paling tak tahan tu, ialah, lps depa ‘solat’ tu kononnya Najmi nak pi kerja le. Dia panggilnya Syafikah “Ayang, ayang sini…duduk sini rehat. Dua tiga kali dia dok suruh ‘ayang’ dia masuk bilik berehat, mak pun tanya, “Awat yang dok suruh dia berehat dalam bilik tu,” dan budak bertuah ni selamba je menjawab

“dah jadi bini kenalah suruh berehat, nanti penatlah bini kita biarlah dia berehat. Nanti penatlah bini kita” Kah…kahhhh…aku dengan mak su yang dari tadi dok tahan saja nak gelak terus ketawa berdekah-dekat sampai sakit perut, mak tok tengah balut ketupat, tergelak-gelak sambil kepit-kepit gelak sampai nak terkencing.
Dan maksu nya jawab, “Oooo bini dia suruh berehat, yang kami hang suruh buat kerja teruk, banyak cantik muka” dan budak Najmi ni selamba je jawab, “memang la muka Syafikah cantik, sebab dia makan sayur,” (refer to the slogan Syafikah, ibu kata “kena makan sayur nanti muka cantik,”) Mak su pun menyakat lagi, “cantik apa, mata sepet je,” Najmi dah geram terus jawab, “ha…tau tak per,” Ya Allah mana dia dapat ni…

Aku tanya dia, kenapa Najmi cakap “tau tak per,” dia kata, macam kat radio tu, (refer to iklan radio era, yang pasal iklan farah dan pak tam yang terlupa bawa radio, dan pak tam kata, tau tak per,” Dan mak su dia memang bengang, asal bertekak ngan Najmi mesti Najmi cakap, tau tak per….sikit-sikit tau tak per.. sampai aku pun naik geram.

Semalam ada lagi skrip iklan yang dia dok suka sebut, “anda mampu mengubahkannya” tah iklan apa aku pun tak ingat. Semalam masa aku layan drama Cinta Madinah kat tv kat tingkat atas, dia pun datang, “mama ni asyik tengok Cinta Madinah jer, asyik-asyik cinta Madinah, tak boring ke,” aikkk tau pulak dia Cinta Madinah, bila nengokkan babak Zul Yahya dok borak ngan Shukeri Hashim kat kebuh kurma. Dalam hati “amboi anak aku, tau pulak dia cinta madinah,” Bila tengok Wan Maimunah dia ingat cerita Yong Odah, Che Melah.

Lagi satu, kalau kita sebok dok ‘intai’ dia buat apa-apa ‘projek’ dia, nanti dia mesti cakap, ‘sebok je mama ni, macam Pah Bedah,” aduhhh yang ini ikut Mak Su dia, kalau aku sebok-sebok nak check sms henpon Mak Su sebok nak korek rahsia Mak Su, nanti mak su dia cakap “mama hang sebok je Najmi, kepoh macam Pah Bedah,” Jadi si budak ni pengikut jer apa orang cakap. Haru.

Baru ni aku bawa dia beraya rumah sorang member ni, dia kira kenal jugak le dengan kawan aku ni, selalu kami keluar sama-sama, dia boleh cerita dengan kawan aku, “kita ada bini dua, satu nama Iya, satu nama Syafikah,” Iya tu cucu CIk Yam, beriya dia ngan Si Aleya ni berjanji, “nanti kita besar kita kawin dua tau, kita jadi pengantin dua-dua nak?” budak-budak cakap jer apa dia suka kan?

Last week, dia makan sepah-sepah, aku pun marah dan membebel, dia pergi ke babah dan cakap “babah, babah carilah bini lain, kita nak mama baru, mama ni asyik marah kita je,” eeeiiii geramnya, babah pun gelak-gelak ‘seronok’ chehh.. tu le padahnya, selalu kalau dia nakal sangat, atau meragam, aku dok usik dia, “babah kita cari anak lain lah, tak bestlah anak Najmi, asyik mengada je,” babah pun jawab “haah mama, kita cari anak girl nak,?” ha..ha..sekali dia kenakan aku balik….sabo je sapinat oiii

Wednesday, November 09, 2005


Masih mood raya..
masih dengar lagu raya dari pc...
hari ni tak pakai baju raya...
baju kurung raya masih belum pakai..

==========================================================

Tadika yang cekik darah.

Semalam Najmi baru ke sekolah, sekolah dia tutup hari isnin dan selasa (suka hati dia je nak tutup, tak fikir ke mak bapak budak-budak ni dah kerja...) so semalam dia bawa balik 'surat' cikgu dia berkenaan yuran baru dan bla..bla..lah...Melampau betul,
macam tak munsabah, banyak betul kos yang mak bapak kena tanggung, sampaikan duit photostat pun kena bayar RM20, duit ni utk kos-kos tokei dia dok hantar memo, surat-surat kat parent. Itu pun kita kena cover, punyalah berkira.

Duit sukan 30, duit persembahan 30, ntah hapa tah...esok time persembahan, hantar memo gak, suruh beli seluar tu, baju ni...sukan RM30? kalau ada 40 budak dah berapa ringgit dapat tu. Kena bayar duit topi? alas tidur dan beg? itu saja udah RM115. Plus duit buku, duit set mental arithmetik semua-semua RM752 tidak termasuk yuran untuk Januari RM300.00, so jumlah awal tahun yang kena bayar ialah RM1052. Gilaaaa.. ini tadika biasa ni bukan tadika franchise yang ada brand macam Krista, Smart Reader Kids or Children Islamic Center ke hapa, tadika tanpa brand pon. Rasa marah sesangat, sebab udahlah owner dia kalau time raya cuti 2-3 hari extra, menyesak jiwa, dia cuti tapi bayar tetap bayar, bukan dia tolak. Lama dah bersabar kerenah tadika ni, kini dah tipis, so semalam kami decide next year hantar Najmi ke tempat lain. Puas hati. Nasib baik hari tu dah amik brosur dari Children Islamic Center (CIC) kat arae rumah ni jugak. Yuran dia lebih kurang, tapi jumlah yang akan dibayar, sudah diambil kira yuran Januari, cengkeram RM300, malah termasuk insuran. Sekurang-kurangnya cengkeram tu boleh dapat balik, or nanti Disember tak perlu bayar lagi dah, dan Disember tu kita boleh option nak hantar atau tidak anak kita. Kalau tak mau hantar, dia pulangkan balik RM300, kalau kita hantar, dia akan buat kelas intensif untuk anak kita, by Disember kata owner dia tak ramai budak, ada tak lebih 10 org jer, so tumpuan lebih khusus.

At least CIC ni dah terbukti berkesan dan sudah ada banyak branch dan guru dia semua graduate. Bercirikan Islamic serta bahasa penghantar dia Bahasa Inggeris, kecuali pelajaran Bahasa Melayu je diajarkan dalam BM la. Dan dah bertanya kepada member-member yang hantarkan anak mereka ke CIC, so far semua kata ok, at least basic-basic BI budak-budak ni dah dapat, boleh counting dalam BI dan faham sikit-sikit mak bapak cakap yang simple-simple. Anybody pembaca blog ni yang ada experience anak ke, anak sedara ke yang pernah belajar kat CIC ni boleh share sikit, CIC ni banyak branch, kat Puchong ada 2-3 tempat, kat Damansara ada, kat Putrajaya sendiri pun ada dua.

Bila compare tadika cekik darah ni yuran dia, lebih mahal dari Smart Reader Kids punya program. Sabaq pnut...sabaq...Memanglah dia bisnes minded tapi janganlah sampai terlalu mencekik, sampai duit photostat pun kena bayar RM20. kalau ada 50 orang budak dah berapa dia dapat. Tahun ni bayaran bulanan RM260, itu termasuk yuran untuk November dan Disember, so kira avarage sebulan RM220, tahun depan naik ke RM300, dan tidak termasuk November dan Disember, naik sampai 80 ringgit. Tahun depan dia pasang air cond kat tadika tu, dan RM80 itulah kos aircond yang mak bapak kena tanggung kot. So next year bye-bye je la..

Tadika Kemas memanglah ada, tapi tak apalah, biarlah mereka yang ada anak ramai, yang tidak mampu hantar ke tadika private hantar anak-anak mereka, mereka lebih memerlukan, sebab aku pernah dengar satu perbualan masa kat kantin office lama, ada satu perempuan ni komplen, "tadika Kema* dah penuh, dia tak dapat nak hantarkan anak dia lagi dah, kata dia, mana tak penuh, anak pegawai, anak pengarah pun kedekut, nak hantar anak ke tadika murah, kita yang tak mampu ni pulak kena keluarkan duit banyak hantar anak ke tadika private" Aku rasa betul kata dia. Biarlah mereka menikmati apa yang mereka patut dapat. Lagi pulak anak aku bukan ramai setakat ni, baru sorang tu aku dan darling kerja pun salah satu tujuan untuk besarkan anak, jadi kami pandai-pandailah adjust perbelanjaan yang ciput ni kaver sana, kaver sini.

===================================================

Semalam dah submit borang pengeluaran EPF, sebab aku keja gomen dah pilih skim pencen, so aku boleh keluarkan semua duit epf yang ada, kecuali caruman kerajaan jer. Duit itulah modal nak bayar 10 precent duit nak beli rumah, belen-belen simpan lagi dua tahun nak pakai, pasang grill, pasang lampu, kipas, rasa macam cukup-cukup jer, cuma nak adjust jugak kalau ada sikit-sikit belen nak buat re-wiring semula kat rumah mak, kesian dah uzur wiring rumah mak, harap adalah rezeki lebih nak bantu mak ni. Ada sesapa kerja EPF? ke ada sedara ke? kawan ke, bolehlah tolong hamba percepatkan urusan pengeluaran ni..pemaju dah suruh buat loan ni.

Balik baru ni, tengokkan rak tv mak dah senget-senget, so aku belikan kabinet tv yang baru untuk mak, darling belikan katil single dan set cadar untuk abah. Puas hati tengok senyum mak abah dapat pemberian dari anak menantu. Walaupun beli yang murah-murah, tapi bila anak-anak yang bagi kepuasan mereka lain. Mak pun nampak happy bila adik-adik dia pakat datang beraya kat rumah kami, selepas arwah tok meninggal, sebagai anak sulung, mak kalau boleh nak adik beradik dia sesekali berhimpun ramai-ramai, dan aku selaku cucu sulung sekarang kena rapatkan anak aku dengan tok-tok penakan serta pak penakan dia, Najmi ni Pak Penakan mudah-muda baya-baya dia je, malah ada lagi muda dari dia. jadi semua main panggil nama jer, tok penakan pun muda-muda, paling tua umur 45, paling muda umur 38 kot. he..he..ye lah, dah aku cucu sulung, dari anak sulung. Dan Najmi pun sekarang, cucu sulung dari anak sulung jugak, dan kiranya dia cicit sulung arwah tok jugak.

Esok-esok dari cucu-cucu arwah tok, Anak aku paling sulung dalam cicit dia, he..he..dan aku harap aku cepat dapat menantu nanti..ahaks.....jangan mareeeeee berangan beb..anak baru nak masuk tadika, dah berangan bab menantu...kah..kahhh...

Monday, November 07, 2005

Raya...raya...dan raya...


Ramadhan dah berakhir...
Masih dalam mood raya. Hari ni masuk office, smlm masih bercuti, letih dan penat, travel balik dari Kuale Kangsar jam 9 mlm, sengaja keluar lewat sebab nak elakkan sesak yang teruk, my adik ipar keluar dari rumah jam 5 ptg, jam 6.30 ptg, masih belum lepas terowong nak ke tol Jelapang lagi, dekat dua jam nak melepasi jarak perjalanan yang biasanya setengah jam je. So kami decide nak balik lewat sikit, iaitu lepas Isya'. Alhamdulillah, kalau masa petang, jalan sesak teruk kat Tol Kuale Kangsar, tapi masa kami tiba lebih kurang jam 9.20, lancar.Cuma jam perjalanan tidak lancar macam biasa sepanjang highway, tersekat-sekat...darling dah lenguh kaki...tiba di Putrajaya jam 2.10 pagi. Perjalanan biasanya dalam dua jam setengah, melampau sampai 5 jam, petang tu. Bayangkan lagi 10 tahun, kereta makin bertambah. Encik Samy Vell patut kasi itu diskaun la tol, masuk highway pun jalam jammmm jugakkk...

Kami bertolak balik ke kampung (balik Perak dulu) pada hari Khamis, cadangnya nak balik hari Rabu malam sebab kami dah mula bercuti start hari Khamis, malangnya ada urusan sikit nak dibereskan, so kami gerak lepas solat asar dari Putrajaya. Singgah Alamanda beli apa patut, dan terus gerak ke ikut highway belakang, so tak perlu kami bersesak masuk KL, nak tempuh Jln Duta, berbuka puasa dalam kereta je, minum air kotak, makan kerepek-kerepek. Bila ada hentian, kami berhenti kejap, makan burger yang ditapau dari McD. Kemudian teruskan perjalanan.

Berhenti semula kat Tapah, jama' solat Maghrib dan Isya'. Sambung mamam burger lagik, mana kenyang makan sebiji burger. Tiba di Kuale Kangsar lebih kurang jam 10.30 lebih kurang, kami berhenti di makan dulu. Sampai kat rumah darling dah dekat pukul 12. Sahur pagi tu aku dah tak boleh bangun sakit kepala berdenyut-denyut. Esoknya bertahan, dan dapatlah juga berpuasa.

Aku ngan Nurul, adik darling, buat kuih raya malam tu, harum semerbak rumah dengan bau kuih. Esoknya buat kuih lagi, kat rumah darling dapatlah tiga jenis kuih. Aku seboleh-boleh hari raya nak buat kuih sendiri, sebab nostalgia beraya kecik-kecik dulu akan menerjah bila buat kuih. Dulu kami masa semua bujang-bujang dan tinggal dengan mak, lagi sepuluh hari nak raya, kami dah mula buat kuih raya, masa tu buat kuih raya simple-simple dan berbajet rendah. Samprit, kuih bakar, mazola, kuih loyang, tempeyek, biskut cornflakes.

So bila dah kawin dan walau orang zaman sekarang main kuih tunjuk, tapi aku tetap nak buat sendiri biskut raya, itulah keseronokan nak beraya, biar anak-anak tengok kemeriahan buat kuih anak beranak, bergurau senda, dan bila ada kuih yang hangit, pakat-pakat gelak. Biar memori ini jadi nostalgia manis untuk dikenang anak-anak nanti. Kalau semua main beli, sampaikan ketupat, rendang pun beli, mana ada kenangan anak dengan kita yang akan melekat kuat di ingatan dia. Memang rimas buat kuih dengan anak kecil 'sibuk' hendak membantu, nak letakkan ceri, nak susun kuih, tapi itulah kenangan yang akan kita simpan dalam hati kita dan dia. Tak ke seronok minta tlg suami susun kuih dalam balang, tolong letakkan ceri, anak-anak sedara tolong jengukkan kuih dalam oven, masing-masing ada jer kerjanya.

Hari Ahad, meriah rumah mak ayah kat Kuale, anak cucu pakat balik, penuh dapur. berasak-asak nak berbuka puasa. Lepas Isya' kami balik Kedah, terkejut mak bila kami tiba, ye lah tak dapat nak call sebab hp adik bawa ke asrama. Esoknya aku dan darling pergi jemput adik aku yang sekolah kat langkawi tu balik, dia naik feri pukul 3.30 dari Jeti Kuah, so kami agak dalam pukul 5 sampailah dia kat Jeti Kuala Kedah. Kami tak ikut highway, kami ikut jalam kampung. Ikut Semeling, Merbok, Yan, dan akan keluar kat Jalan Kuala Kedah. Seronoknya lalu jalan kampung meriah tengok orang kampung sibuk menyediakan juadah berbuka, ada pemandangan makcik-makcik tengah ambil serai, pandan, daun kunyit di halaman rumah. Menempuh Tanjung yang cantik dengan laut yang terbentang luas. Sesekali rasa seronok bila melihat rumah kampung bertiang kayu, bertangga batu, megah di halaman rumah ayah bonda menjalar BMW, Mercedes, Honda. Bertuah ayah bonda.

Lepas jemput adik kat Jeti, kami meronda pasar ramadhan depan Jeti Kuala Kedah, aduhai...murahnya makanan, aku rasa macam nak borong banyak makanan, tapi tidak ada siapa jenis pemakan yang hebat kat rumah aku. Bayangkan Laksa seringgit, sama banyak mcm laksa dibeli RM2.50 kat KL. Bihun sup seringgit. air tebu seringgit, kalau beli dua ringgit, sama dengan beli RM3.50 kat KL. Ikan Bakar?? ermmm ikan kembung besar dengan ikan terubuk sekerat dua jenis ikan RM5 je. Kuih 5 seringgit....mulah...mulahhhhh...murtabak pun singgit dik..sedap lak tu. Lepas memborong, kami gerak balik SP, terus je ikut highway, nak cepat, kami tiba kat rumah mak lagi 20 minit nak berbuka. kelam kabutlah prepare meja makan.

Puas makan malam tu, yang seronok mak abah lah, selalu berdua je mereka berbuka. kali ni meriah sikit, tambah dengan cucu depa yang mulutnya makin becok. Hari terakhir berpuasa, awal pagi kami dah keluar, mencarikan daging, dan segala macam bahan nak masak rendang. Balik je dari pasar, lebih kurang jam 11 pagi kami dah mulakan operasi, memasaklah kami 3 beranak. Buat rendang ayam, sate daging goreng, ketupat, kuah kacang. Memandangakan aku dah terror balut ketupat, maka mak serahkan tugas tu kat aku, hentam sajala.

Pagi raya, macam biasa, kami beraya anak beranak dulu, kemudian baru ke rumah jiran-jiran. Petang kami ke Penaga rumah mak-mak sedara, maklumlah tok dan tok abah dah lama tak ada, jadi kami ziarah rumah mak-mak sedara je la. Esoknya kami ajak mereka semua berkumpul kat rumah kami pula. Aku nak try buat nasi briyani. Tanya dengan Pak Ngah macam mana nak sedapkan nasi briyani, (Pak Ngah aku terror masak, dia selalu tender masak untuk kenduri kawin) Pak Ngah pun pesan, beras basmathi rendam dulu, blender itu-ini...rempah banyak ni, susu cair banyak ni. Dalam hati aku, ok ni, senang je.

So esoknya pagi-pagi kami keluar ke market (orang kedah sebut market, tak der nya sebut pasar) beli ayam 2 ekor setengah, nak buat soto ayam dan ayam masak merah. Beli itu ini...kemudian aku dan mak menebeng kedai kopi, sambil tunggu roti canai dimasak, aku sempat hayun nasi lemak sebungkus 5 kupang kat gerai tu. minum air teh ais kongsi ngan mak. Sebenarnya kami tunggu kedai mamak tepi gerai tu bukak, nak beli beras basmathi dan rempah briyani, lama gak tunggu kemudian tanya budak gerai tu, mamak ceti ni bukak kedai pukul berapa, kata budak tu, hari ni Hari Jumaat ceti bukak kedai pukui 10 kak. Aduh, tengok jam baru pukul 8.30 pagi, so kami balik dulu. Nanti aku keluar semula ngan darling.

Balik aku prepare masakka soto dulu, goreng ayam, prepare ayam masak merah. Kemudian keluar semula pi kedai ceti, beli rempah briyani, papedam, beli itu ini...bla..bla.. kemudian darling tanya, beli ayam berapa ekor, aku ckp dua ekor setengah, darling kata tak cukup, so kami pi beli lagi sekor. Mujur kami beli lagi sekor, memang tak cukup pon. So hari tu kiranya misi masak nasi briyani aku jadi....dengan perasan aku rasa macam hebat, tiba bila Pak Ngah nak makan, aku rasa seriau, "alamak mesti komplen orang tua ni nanti," he..he..Pak Ngah kata "nasi hang ni tak cukup ayaq, hang bubuh susu cayaq berapa tin?" aku jawab dua "boh setin pun cukup, ayaq banyak tak pa, beras ni bukan kembang lembik," ha..ha..ok pak ngah lain kali kami menten ayaq banyak, sebenarnya memang dah boh air lebih tapi aku cedok buang sebab nampak macam banyak sangat air.

Malam tu Mat Jan dan Purbe mai, rupanya depa dah mai petang tu, tapi tengok ramai sangat org depa patah balik. Lepas makan depa keluar pi ambik Ajid. Lepas tu, depa call ajak keluar, aku tak larat dah, so darling keluar dengan depa dan pi tengok wayang, cerita Salon, dengar kata best.

Kesimpulannya, seronok raya kat Kedah...he..he....

Sunday, October 23, 2005

Okehlah dah abih citer Mawi


Ok..ok...tamat sudah cerita Mawi...(setakat sebelum raya ni ler..ahaks..)
Errkkk nak citer gak sikit...(mawi kat muzik@ria, tu best aaaa happening jerk....alaa pnut ni...mawi buat aper pun best..) muahahhahaha ok...okkkk nanti ada org muntah lagik...

Tengok dah Cinta Madinah semalam? wahhhh..wahhh lomantik gitu, saat pertemuan, Safuan ngan Syahidah. Tersipu-sipu malu, lidah kelu, si gadis malu-malu, hanya tersenyum, malam ni kena tengok, Safuan bertembung dengan Wardina kat kedai, pandang dan senyum dari kejauhan. Tapi tak bestlah, Safuan dan Syahidah tu mesti dua beradik kan? sebab aku rasa ayah Syahidah tu ayah Safuan yang ke Bangkok masa emak dia mengandungkan dia, dan tidak balik-balik. Mak dia yang masa muda, kulit gelap, selekeh, pandai cakap Kedah, tapi bila tua, nampak vouge, dengan kurung sepasang, baju kedah amboii macam baju raya jer...buat 'lecey' betoi Dato' Sarimah ni..makin lama tengok makin ketara dia tak sesuai bawa watak itu. Ada ke mak Sapiah (Sarimah) iaitu Kismah Johar tu nampak lagi muda dari Sarimah tu..alahai, mak dia kawin umur 10 tahun ker? ke awet muda? Bila part Sarimah bercakap dlm drama tu, aku rasa macam nak mute kan jer volume, tapi tak perlah buat tak peduli je la..

Siapa dah baca novel ni? boleh la kasi gambaran sikit, tak per aku suka anti klimaks..

Sejak Jumaat, Sabtu dan Semalam, darling kena pergi opis malam, kerja-kerja kerja...orang kerja dengan komputer tak serupa kerja dengan orang, orang reti letih, orang boleh cuti, orang boleh marah dan geram, komputer cenggitulah yek..apa ko set itulah jadinya. So malam lepas berbuka, terawih, rileks-rileks dalam pukul 11 darling masuk opis dia, tinggal kami dua beranak 'konker' tv..muahahahh boleh tengok drama, tengok movie, tanpa ada sebok nak tengok cenel sukan. Dan aku pun boleh layan baca novel,

Hari Sabtu, darling balik pagi, dia terus zzzzz sampai waktu zohor, dia bangun, solat dan dia kata siap-siaplah nak kelaur soping...ye haaa...kami pegi Warta Bangi je, nak cari baju Melayu dua beranak tu, ermm mahal lah, tapi tak perlah kualiti kain dan jahitan, memang puas hati. (kak Dy-saya tak beli kat kedai yg akak suggest tu, sebab tak der kaler kuning air, kami ni suka pakai sedondon time raya, tahun ni tema kuning lembut) Kedai tu kedekut diskaun sikit, kasi diskaun pun dua, tiga ringgit je bagi sehelai baju, last week beli sejadah sampai 4 helai kat kedai yg sama, pun ciput jer dpt diskaun, tak per lah, beli sejadah tu nak buat solat, malas nak tawar menawar sangat, tapi baju melayu Najmi, sepasang 42 ringgit, dia kasi 40 ringgit jer, kalau beli kat bazar-bazar raya may be boleh dapat 35 jer kot. Tapi pujuk-pujuk hati, kain dia kualiti elok, dan jahitan kemas dan teliti.

Kemudian, 'ternaik' (terrrr- menunjukkan perbuatan tidak sengaja-arap maklom) aku ternaik ke kedai tingkat atas tu, betul-betul atas pizza hut, dan 'terbeli' jubah sepasang dengan seluar, murah gak, yang penting dia ada saiz XXXL nih...akak pon apalagi, bukan sonang nak dapek jubah seluar saiz cenggitu. Dan memandang hamba ni keja gomen, dan orang gomen belum gaji, maka ngendeng-ngendeng lah laki suruh bayar...dia pun hulurkan tangan meringankan beban..he..he..

Esoknya Ahad, pun darling balik pagi tu, terus dia zzzzz, dalam pukul 12.30 aku terpaksa kejutkan dia, sebab 'hero kecik' buat hal, meragam, orang demam, badan tak sihat, asyik nak bermanja dengan babah, asyik cakap, tak nak kawan mama, tak nak kawan mama, kita nak babah..kita nak babah. So terpaksa suruh babah turun ke bawah dan tengokkan anak teruna dia. Settle satu bab- man to man talk...everthing will be fine. Elok pulak dua hero tu bergolek-golek dalam bilik tidur tingkat bawah. Dan aku pun tahulah punca dia, dia rindukan babah dia...Sebab lepas seround dua mereka ber'gusti' Najmi pun boleh keluar dan cakap nak makan nasi. Ok jer, kalau tak, suruh pakai baju pun tak mau. Sabar jer la..Lepas babah suapkan Najmi makan, kitaorang pun siap-siap nak pegi shopping baju raya, Tok Wan, dan Tok pulak, so seperti tahun-tahun lepas kami ke Kamdar, Kajang jer, senang dan selesa, orang tak sesak sangat.

Selesai beli baju Wan, Tok, beli kain pelikat 3 helai, beli tuala dua helai, ermmm darling beli baju dia dua helai, kami keluar, dan aku meround kat kedai baju, kat pintu masuk Kamdar tu, kedai ni memang aku suka sebab dia jual baju saiz-saiz orang orang berbody 'sehat' seperti aku. Alahai berkenan lagi satu jubah seluar, ngendeng lagik, tapi kali ni ngendeng berhemah, aku ckp nak pinjam seratus, nanti aku bayar balik, darling pun kasi ler, aku beli sepasang jubah seluar tu, dan beli sehelai blouse murah ler, RM22.90 jer, jubah tu sepasang RM30.90, sepasang tu...rugi kalau dilepaskan peluang.

Dah try-try rasa selesa, on jer beli. Masuk dalam kereta aku cakap, nanti singgah le ATM, aku nak keluarkan sakit baki serdak duit nak bayar balik le kononnya...darling cakap, tak payahler, dan buat ayat yang aku suka "abang suka tengok anak dan isteri gembira, dapat apa mereka suka, kalau takat mampu dia kasi ler, kalau tak nengok jer la,"...muahahhaha kalo tahu beli jubah yang rega seratus pat ringgit tu...he..he..melampau hang ni Pnut.

Memandangkan darling penat, dan aku pun memang nak bodek dia, so masa pergi dan balik aku drive dengan rela hati, kalau tak asyik bertekak jer siapa nak drive kereta. Selalunya dengan masam-masam muka aku beralah dan drive, tapi semalam aku memandu dengan senyum simpul. Macam biasa, dealnya, siapa drive dia berhak tentukan dengar radio apa, cd lagu apa..dan macam biasa, bila aku drive....muahahhaha MAWI le menyanyi.. sambil drive sambil bernyanyi ria berduet ngan Mawi..Najmi dah lena kat belakang, ingat nak singgah pasar ramadhan kat belakang PKNS Bangi, tapi rameeeeeenya orang, tak sanggup aku, so pergi je la kat putrajaya punya gak.

Masa tu pulak dah pukul 6 lebih, so beli apa yang perlu jer, kemudian balik. 'berhambat, mandi, solat asar, dan prepare meja makan untuk berbuka. Penat ahkak...

Wednesday, October 19, 2005

Najmi ngan artis gitu...


Ahad nan silam
Sepertimana sedia maklum, ada program Marhaban di Astro. Artis kesayangan aku Cik Awi pun ada..he..he..my darling sedia maklum, tahap gedik bini dia kalau tengok Mawi. So kebetulan, program ini melibatkan kumpulan FIRDAUS yang memang kami kenali dah bertahun, jadinya kebetulan, show kat Putrajaya, so budak-budak ni turut melepak-lepak kat rumah kami sejak Sabtu lagi. So Ahad tu, kami pun gerak ke Alamanda nak nengok Firdaus punya show dan tentunya Cik Awi. Kami pergi dengan Mat Jan, Purbe, dan Salina.

Sampai je Rudi pun dah ada, kami terus ke back stage, jumpa ngan bebudak Firdaus, tetapi depa artis duduk dalam bilik terkurung, pintu bilik tu tutup, peh tu siap ada pagar, kami duduk luar pagar, depa duduk dalam pagar, tapi memang nampak Mawi dengan jelas dan nyata, lebih kurang beberapa meter jer. Kami pass topi Najmi dan Hiro (baby Rudy)melalui Idzwan dan Ezzss untuk Mawi sain, kirim kamera Salina untuk diambik gambar, dan kirim Najmi untuk berjumpa dan bergambar dengan Mawi. Anakku kelu lidah tidak terkata dapat jumpa Mawi real. Fuyoooo blur sekejap dia.

tengok gambar ni

Image hosted by Photobucket.com
Najmi tergamam dapat jumpa Cik Awi depan mata. Jadi blurrr je..

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Baca Buku JIWA KACAU
Itu Buku Rudi, kami kasi untuk suruh Mawi sain untuk promosi Buku, tup-tup si Idzwan kata Mawi amik terus. Sian Rudi...tak perlah, sekurang-kurang boleh Mawi kenal Geng Jurnal.

Kemudian aku jumpa dengan seorang AJK MawiFC WAIEM untuk ambik kad raya special dari Mawi, he..he..bukan Mawi kasi, tapi aku beli ada gambo Mawi, cun beb...teruja aku seketika, dan Mat Jan takjub melihat aku yang fanatik, masa ni darling kata "hang baru tengok hari ni, aku ni tiap-tiap hari.." muahahhhhahaha

Lepas amik kad tu, aku siap pi beli marker, konon nak suruh Mawi sain, konon kad raya tu dari Mawilah kononnya..tapi pas abih show tu depa ada sidang akhbar, lama pulak, so malaslah nak tunggu dan kami pun blah gitu jer la..

Hensem wooo Mawi, apa yg aku nampak sepanjang show tu, mak-mak budak ni yang excited habih, aku nengok ada kakak-kakak yang bawak anak-anak ni, bukan main over dari anak-anak depa, termasuk aku kot..ahaks...

Dia memang world...Agong pun jemput dia bukak posa bersama, ingat senang Agong nak jemput artis.

oklah last, ni gambo Najmi dan Jimmy yezzzzaaa..

Image hosted by Photobucket.com
terkedu jugak, (siap pakai baju Mawi World anak aku..)

Tuesday, October 18, 2005

Cinta Madinah


Update 19/10/2005 (Rabu)
Lebih kurang jam 10.22 mlm, terima mesej dari Kak Max, cukup menyentuh hati, dan membuatkan air mata aku bergenang dan tangan terketar-ketar hendak membalas mesej itu. Really feel sad.... maklumat lanjut sila ke MAT JAN
_____________________________________________

Aku dah jadi peminat drama Cinta Madinah, selain Ako, aku suka Zul Yahya jugak, comey je dia, chinese look, dan paling best, dia orang Aloq Setaq.

Aku suka drama Cinta Madinah yang diadaptasi dari Novel, sama macam cerita Julia, yang mana Wardina jadi heroin gak.Aku suka Zul Yahya bawa watak Safuan, lembut dan nampak semulajadi, tidak dibuat-buat berlebihan.

Watak Tok Wan Safuan di bawa oleh pelakon tua yang tak top, tapi lakonan Superb beb! orang tua tu berlakon watak orang Siam yang buat kerja seludup beras dari Siam ke Perlis, dalam drama Cinta Sempadan (lakonan Serina dan hero Siam yang hensem)

Semua yang membawa watak bagus dan berkesan, dan pelakon wanita dia menutup aurat kesemuanya. Tapi aku amat-amat....amat....amat tak puas hati dan rasa benda inilah mencacatkan sedikit kepada semua mereka yang telah berlakon dengan berkesan. Iaitu lakonan Dato' Sarimah. Aku tak kata dia tak berlakon dengan bagus, lakonan dia bagus dan kelihatan hidup tidak berlebihan emosi dan gaya. Cuma aku tak suka, dalam drama tu digambarkan dia orang Kedah, dia kerja jadi orang gaji masa muda, dia cakap Kedah, pekat sangat, mak dia orang Kedah speaking Kedah kaw-kaw, ayah dia orang Kedah ckp Kedah pekat, awat bila dia tua dia tak cakap Kedah, siap cakap aku kau lagi...

Ampehlah mana ada mak orang Kedah cakap dengan anak engkau, engkau..mak aku, dan mak-mak Kedah yang lain dengan anak hang..hang "hang esok dah masuk ITM tu, jangan dok ralit, orang suruh pi belajaq, ingat ni mak abah dah habih duit bertahun simpan nak bagi hang pi mengaji, kena belajaq la, jangan dok main-main saja" tu versi yang lembut sikit.

Kalau versi kasaq, versi mak aku cakap lepas hantaq aku kat itm dulu "Hang jangan nak buat loklaq kat sini, mak ni hutang duit Pak Ndak hang ni nak bayaq yuran hang, toksah dok berlagak macam anak orang kaya, kita orang susah, jangan nak ikut anak orang kaya pakai baju mahai, makan sedap-sedap, hang pakai apa ada saja, makan saja apa kat dewan makan tu, jangan dok ingat abah hang kaya, jadi pegawai besaq, ingat abah hang keja drebar cabuk saja,"

Jadi bila aku tengok drama tu aku rasa Sarimah tidak sesuai bawa watak tu walau lakonan dia cemerlang, dan lagi satu spoil dia, Sarimah pi kerja bendang, tapi baju dia pi bendang amboi bersih dan lawa nya, orang kampung kalau pi bendang baju belemoih...(sapa tak tau belemoih tanyalah kawan-kawan korang yang orang Kedah yek..) ni Sarimah pi bendang menten vouge you...

Aku rasa Kartina Aziz, atau yg jadi Mak Tok Safuan tu Kismah Johar jadi mak Safuan lagi better. Atau bagi saja watak tu kat Normala Omar, atau Azean Irdawaty, dia ckp Kedah baguih jugak.

Jadi sepanjang-panjang drama aku asyik mengomel...tak suka..tak suka..tak suka..drama best tapi spoil lah Sarimah ni dok cakap pelat orang Selatan kat kampung Pokok Sena, Kedah, jadi orang kampung Pokok Sena tapi dia cakap pelat org Selangor bukan main hebat. Kalau aku balik Kedah speaking orang KL, mau aku kena sepak dengan mak-mak penakan dan pak penakan aku. Mak aku mungkin tak gamak la sepak, tapi mungkin dia kutuk "amboi tak sedar kecik-kecik minum ayaq, dah besar nak minum air,"

Jadi kepada penerbit drama tu (Anugerah Media Network), pengarah drama tu, tak sempat tgk nama, lain kali kalau nak buat drama best macam ni pilihlah pelakon utama yang real, kalau nak kekalkan Dato' Sarimah pun, training lah dia speaking Kedah, jangan sampai bunyi macam Siam sesat sudah. Kantoi betoi, yang di Zul Yahya (Safuan) dok cakap Kedah dengan mak dia, yang mak dia, duduk cakap, engkau-engkau...spoil la...

Orang Kedah ni sensitif sikit bab bahasa depa, kalau nak berlakon cakap Bahasa Kedah biar betul, kalau tak betul, jadilah macam Khatijah Tan, Jasmin Ahmad dan Azizah Mahzan berlakon cakap utara, bunyi macam Siam tercekik dodol saja, ada ker langsir sebut langsiaq? langsiaq orang kedah ialah langsuir. Orang kedah tak sebut langsir untuk langsir tp dia sebut, kain tudung tingkap or kain tudung pintu...

aduhhh emo akak dik...

Sunday, October 16, 2005

13 Ramadhan..syukur


Salam 13 Ramadhan...

Sepatah perkataan untuk dua hari bercuti - PENAT !!!

Hari Sabtu tu, kami ada tetamu iaitu, kawan-kawan dari kumpulan nasyid Firdaus, mereka ada show di Alamanda, so aku ajak mereka berbuka puasa kat rumah, alang-alang Mat Jan, dan Purbe pun datang, so kami ajaklah beberapa teman lagi join sekali meriahkan suasana berbuka puasa bersama artis jemputan kami..ahaks..meriah jugak kami berbuka puasa ramai-ramai ni...

Pagi tu awal lagi kami sudah ke Pasar Borong, beli ayam dan segala mak nenek perkakas nak masak, darling suruh masak rendang, so beli ayam dua ekor, seekor memang sudah ada dalam peti ais, so campur semua 3 ekor ayam, lenguh kaki membasuh ayam-ayam, ikan tenggiri sederhana, 2 ekor, so start dari tengahari tu merendanglah aku sorang-sorang. Dalam pukul 2 lebih, Cik Daun, the best bibik in the world sampai, so dengan berhemah, daun rebus kerang, kopek kerang, menyiang sotong, kerjakan taugeh, itu semua nak dibuat kerabu taugeh. Sebelah dapur tengah masak rendang, sebelah lagi menumis gulai ikan.

Lenguh kaki-kaki asyik berdiri, sampai nak solat pun aku kena duduk, sebab rasa macam sakit lutut berdiri, kalau asyik fikir sakit kaki nanti tak kusyuk solat aku, so aku solat sambil duduk, lebih kusyuk. Habis menumis semua, menantikan bibik kedua Salina tak tiba-tiba, ampeh rupanya bibikku nan seorang itu bershopping ke Nilai tuuu lebih mewah ni bibik ni..

Lepas Asar, Ajid sampai, diikuti ketibaan budak-budak Firdaus yang baru habis show, kemudian Mat Jan, Purbe dan Hana tiba dari Penang.kemudian Salina pun tiba dengan kuih lembik-lembik dia, kemudian Ep dan isteri, paling dinanti dua anak teruna Neslo dan Bean yang di pesan membeli tembikai dan buah oren. Lagi beberapa minit nak berbuka baru dua jejaka ni tiba. Kemudian tiba pula Nazmi dan sweetheart dia Huda, yang mana aku tengok Huda yang hamil, si Nazmi yang nampak makin junam ke depan perut dia.

Tiba waktu berbuka, selepas berdoa, kami semua berbuka dengan meriah, makan-makan kuih-kuih, kemudian pakat-pakat makan nasi. Selesai makan, kaum lelaki bersolat jemaah maghrib,diimankan oleh EP, manakala kaum wanita naik ke atas bersolat. Selesai solat magrhrib, sambung makan-makan dan bergossip-gossip, kemudian kaum lelaki sambung bersolat Isya jemaah dan terus solat terawih berimamkan Bean (ada harapan jadi calon menantu pilihan..ahaks...)selesai berterawih, sambung makan ringan-ringan, buah-buah dan kuih-kuih sikit.

Kemudian Rudy tiba dengan isteri dan baby Hiro mereka. Comelnya dan baiknya si Hiro ni..teringat Najmi dulu, senang jer usung ke mana-mana, boleh tidur di mana saja dan walau dlm apa keadaan pun. AKu kira anak geng jurnal ni memang tahan lasak ler, dilatih tidur merata, maklumlah mak bapak semua kaki bergebang dan bergather-gather. tak caya, tgk gambar Najmi ni yang tidur kepenatan, selepas mama dan babah membaling bola bowling kat Alamanda, dia tidur kepenatan atas meja makan kat Rasa Foodcourt, sori gambar saiz besar tak dapek nak kecikkan, tak der program tu dlm pc kat opis baru nih, aku tunggu 'tukang install' dtg install nanti..

Image hosted by Photobucket.com

Nyenyak tidur, berbantalkan beg mama jer, dan awek yang kelihatan kat belakang tu cuba teka awek siapa? cun yek...

Update : Pukul 2.00 ptg.
1. Tuan rumah lupa nak mention nama dalam senarai kehadiran tetamu, sorry ye Farihah dan Sayangmama minta maaf, ramai sgt sampai ada tercicir..

2. Seorang sahabat aku di office lama sedang berduka, baby yang hanya baru 4 hari 'dipinjamkan' kepadanya telah dijemput kembali ke sisiNya. Al-Fatihah buat baby itu, mungkin sedih di kala ini, tetapi bertuahnya baby tu sebab menjadi ahli syurga, dan akan menanti ibunya. Tadi aku pergi ziarah mereka di Masjid Putra, dari hospital terus ke Masjid Putra, dan kemudian terus di bawa ke kubur. Cekap petugas bilik jenazah di Masjid Putra, walau mereka muda-muda belaka, hanya ada seorang yang aku kira 350++ tetapi yang lain tu aku rasa baru 20-25 tahun je. Baby sahabat ni kabarnya telah overdue, dia sudah terberak dalam kandungan, dan tertelan najis, najis bukankah berkuman, dan ianya telah merosakkan paru-parunya. Sedih sangat tengok baby itu dikafankan, seolah-olah dia sedang tidur nyenyak, kalau ibunya tak kuat semangat boleh meroyan. Moga mereka tabah.

3. Mat Jan kini bukan Mat Jan yang dulu, dan AYAH Mat Jan kini bukan hanya ayah kepada Mat Jan dan Dr. Max Pak Long kini sudah menjadi Tok Wan, dan Mami dah jadi Mak Tok dah. Tahniah Pak Long sekeluarga atas kelahiran hero di bulan Ramadhan. Kebetulan aku dan Kak Max punya nama sama, baby lahir pun sama cam abang Najmi, tak cukup bulan. Tapi aku yakin semuanya selamat, Insya-Allah baby tu akan terus membesar.

Thursday, October 13, 2005

Sudah 4 hari


Alhamdulillah, sudah 4 hari aku ditempat baru,
Orang kampung aku kata so far-so good!
Iklan Teh Boh kata, yang baik berterusan...

Sebulan dua ni aku asyik dok teliti fail-fail yang ada, study keperluan dan kehendak kementerian, belajar itu, belajar ini, tak per, orang kampung aku kata, learning is never ending story tak gitu...

Dari opis lama hari tu aku dah save lagu-lagu raya simpan dalam thumb drive, yang darling kasi aku percuma (tengkiu darling)tapi...awat sebahagian jer lagu-lagu yang boleh aku layan, lagu feveret aku, Lebaran Ini-Raihan, Rem, Ajai dll tak dapek dengar uwaaaa salah save ker? Tapi lagu lain boleh pulak...maklumlah tahap celik IT aku ni bukan tahap langit, tinggi sikit jer dari pokok kemuncup jer...nantilah free sikit aku korek-korek kat mana boleh download semula, soooo anybody boleh bagitau kat mana aku boleh download lagu raya best selain dari Jakionline tu? Tolong yek...(baca-ajid-tolonglah...ahaks..)

Gelagat di Najmi

Ya Allah anakku nan seorang, setiap malam mencuba kasut raya, selagi tak raya begitulah adanya, itu sebab aku fikir nak beli tanpa bagitau dia, kalau tak asyik 'menerai' je keja dia. Tapi kalau main beli jer, tak tau saiz dia. Member dah beli kasut 'sport' untuk bergaya, so bila time mencuba kasut tiap malam tu, si kenit tu siap bergaya dengan jaket, dengan seluar jeans, lantak ler, kadang-kadang aku tak peduli pun, semalam makan malam pun sambil pakai kasut baru dalam rumah, sabar jer la..

Baju Melayu dua hero tu belum beli lagi, entah bila nak mencari. Itulah itu hari dah suruh sidia tu carikan kain, untuk ditempah sedondon dua hero tu, tapi dia kata alaa beli jer la...tapi entah bila nak mencarinya, nanti mesti last minute punya dapatlah belen-belen orang dah pilih yang cantik-cantik...Aahhhh lelaki memang macam tu, nak prepare baju nikah pun dia tak peduli, inikan pulak baju raya yang setiap tahu hadir. tak gitu?

Tahun ni beraya kat Kedah, lega sikit, tetamu kat Kedah kureng sikit dari tetamu kat Perak, jenuh, dari pagi sampai petang, ada saja tetamu yang datang bertandang. Letih akak dik..berdoyonnn tiba..


Oklah, nanti-nanti sambung, office baru ni panas la...rimas betul...
iskkkk..iskkkk jimat ekon betul...
aku dah minta kipas, kalau diaorg tak kasi, aku beli sendiri la...tak tahan la..

Tuesday, October 11, 2005

New place, new friends, new pc, but same air..


Hari ni dah dua hari aku bertugas di tempat baru.
So far so good.
Sesuatu istemewa kerja dibidang aku ialah, kami bekerja independence.
Tambah kat sini, boss aku berada di building yang sebelah lagi, dan bossnya sangat-sangat busy. Aku kena pandai manage diri aku nak jumpa dia, nak bincang apa pun dengan dia.
Aku kena pandai buat kerja sendiri, tidak perlu tunggu arahan, tidak perlu tunggu disuruh, dan menjawab dengan segera bila ditanya.
Dalam unit kecil ni, aku akan lead segalanya, A-Z.
Staff sini memang semua bawah jagaan aku, harap mereka selesa bekerja dengan aku.
Dan aku pun harap aku selesa kerja dengan mereka.

Sempena Ramadhan, bulan penuh kemuliaan, dengan lafaz Bismillah, dengan selawat kepada junjungan besar Rasulullah, dengan membaca surah Al-Fatihah, aku mulakan langkah di Wisma Putr* semalam, mudah-mudahan berkat dan Allah memudahkan urusanku di sini.

Semalam sudah dapat 'first task', and I have to make the first move. Call semua staff dan discuss something, dalam sessi semalam jugak, aku menyatakan cara kerja aku kepada mereka, supaya mereka boleh follow.

Antara yang aku nyatakan:
1. Saya suka orang yang independence, dia tahu apa dia perlu buat, tak perlu kena arahan baru nak buat. Saya jenis bila saya bagi kerja, saya tak tanya 2-3 kali, kerja dah siap? kerja dah siap, mungkin saya bagitau hari isnin, hari Khamis saya hendak, so terpulang kepada dia nak buat last minute ke, nak prepare awal ke, janji benda tu ada atas meja saya on the dot.

2. Saya tak suka orang yang 'hilang' saya izinkan kalau awak keluar kejap, ke bank, hospital, klinik, or urusan lain yang sekejap-sekejap. tetapi kalau keluar untuk urusan yang mengambil masa 4-5 jam, saya suka orang itu ambil cuti sahaja.
Kalau free tak ada kerja sangat-sangat dah pun, duduklah di depan pc, main game ke, bertenet ke, saya tak kisah, janji masih di meja kerja, atau masih dalam library ini. Jangan nak keluar minum pada bukan masa, pergi blok lain, jumpa kawanlah, jangan buat begitu ye..

3. Cuti kecemasan, hanya kalau betul-betul kecemasan. Contohnya anak sakit, mak/ayah sakit, kereta rosak tengah jalan, atau alasan yang logik, tak der alasan cuti kecemasan sebab tak der mood nak kerja, sebab pergi tengok konsert balik lewat kemudian tak datang kerja. Kalau sendiri sakit, ambillah cuti sakit, atau kalau takat pening kepala, masih rasa boleh kerja, cuma perlu berehat sejam dua, saya izinkan tidur lah sejam dua.

4. Kalau ada masalah kerja, terus cerita dengan saya. Saya bukan jenis cerewet, atau tegas sangat, saya biasa-biasa saja, saya percaya orang buat kerja, satu jer, "jangan hilangkan kepercyaan saya,"

So far, aku perhatikan staff sini ok, tidak ada masalah besar, rajin dan kemas semuanya, kerani lelaki pun aku nampak teratur. Kemas dan teliti. Semalam aku minta something, mereka usahakan walaupun sudah hampir waktu balik. That's good kan?

So far aku memang jenis suka bersembang, so aku suka keluar kejap-kejap pergi sembang ngan mereka, ha..ha..takut depa pulak segan...tapi tak per, aku tak mau ada gap yang besar, mereka macam adik-adik aku, or emak-emak or abah aku...selesa kerja kalau kerja macam adik beradik kan?

Go Pnut...Good Luck!!!

Ingat!

What you give you get back...
Buat kerja bagus, ktia deserve kejayaan.
Buat kerja cikai, kita derserve kena bambu...

Sunday, October 09, 2005

My Last Day..


Today is my last day kat office ni..
Sayu gak rasanya,
tapi disebabkan pindah pun dalam kawasan Putrajaya gak, makanya idakler terasa syahdu sangat.

Cuma rindukan keriuhan kat office ni lah, kat sini memang meriah, bergelak ketawa dan bergossip, memang hot..kira tempat kami kat sini memang port, time lunch ramai 'pelanggan' join sofa panas ni.

tempat baru nanti, aku akan lead keseluruhan unit tu, 6 orang staff di bawah aku. Aku harap diaorang semua ok. Aku tak boleh hu-ha sangat macam kat sini, kat sana aku more serius, sebab skop kerja lebih besar dan tanggungjawab aku lebih luas. Perancangan dan management skill aku kena betul, aku pun serius kali ini, perpindahan ini aku cabar diri sendiri, banyak benda nak buat kat tempat baru, dan aku hendak uji diri aku sendiri, handle staff, handle koleksi, dan uruskan semuanya. Go Pnut Go!!

Last Friday full day aku kat sana, pagi ada lawatan dari Laos, dan petang ada meeting, aku jumpa boss baru aku kat sana, gembira, sebab boss baru ni supportive, dia seorang yang nampak fungsi dan peranan library, banyak perkara yang aku cadangkan dia terima dan minta aku kaji dan buat kertas kerja dalam masa 2 bulan ni. Aku gembira dapat boss macam tu. Malah dia lagi semangat dari aku, dan aku terfikir, "aku tak boleh main taram jer ngan boss ni, nampak dia tahu bab library dan dia tahu apa dia cakap," Syukur, Allah makbulkan doa aku, hendak berpindah ke tempat yang lebih baik.

Ok, semasa lawatan dari Laos, staff kanan aku kat library tu bagi taklimat, (ye lah aku baru sehari duduk situ tak tau banyak sangat) so aku lihat delegasi dari Laos, ni amat kagum dan berkali-kali dia cakap, "i'm Impress with you people," bukan sekali malah lebih 10 kali. Dia kagum melihat koleksi United Nation yang disimpan dalam library kami, lengkap dari volume 1. Dia kagum melihat rak buku dengan koleksi buku yang baik dan lengkap dengan nombor panggilan yang standard seperti mana diguna pakai di negara-negara barat malah seluruh dunia yang lain.

Berkali-kali salah seorang delagasi bertanyakan mengenai pengurusan Library dan cara kami uruskan dokumen yang sistem yang kami gunakan. Dia ada meminta email dan kad nama aku, sayangnya aku baru sehari berada di sana, so secara rasminya esok baru aku sepenuhnya akan bertukar ke sana, tak balik sini lagi dah. So aku minta kad nama dia, dan aku berjanji akan menghubungi dia melalui email rasmi aku bila unit it dah berikan aku email nanti. takkan aku nak bagi email yahoo aku, kang gelak orang..alamat email yahoo aku tak serupa orang, satu email senangingat@yahoo.com datu lagi dahmalas@yahoo.com... budak opis aku ni manjang gelakkan aku aku kalau aku kasi email aku...bukan apa senang orang nak ingat, kalau email senangingat@yahoo tu, kalau tak ingat jugak, memang org tu ada masalah daya ingatan.

Cuti dua hari, hari Sabtu, Nurul, adik darling yang masih solo datang dengan anak buah hubby, Luqman. So pagi tu kami ke pasar borong, nak cari bahan mentah nak masak-masak, sampai sana, aku geram tengok ikan kembung segar-segar, maka terus set nak buat laksa, maka memboronglah kami segala perkakas nak buat laksa, beli ayam, udang sikit. balik je tengahari tu, aku pun apa lagi, menyiang ikan lah, 2 kilo ikan, ikan kembung dan ikan sardin. Lenguh akak, dan ikan keli, ada orang beli ikan keli sampai dua kilo. Jenuh aku perah limau nak hilangkan hanyir ikan keli.

Dah siap rebus ikan, aku ajak darling sama-sama ambik isi ikan dan asingkan tulang-tulang. Siap buat laksa lebih kurang jam 2.30 ptg. Baru nak baring-baring kejap Najmi jerit, "Ucu dah sampai" Aisehhh tak dapat nak lelap kejap. Lepas mandi solat Zohor, dah pukul 3 lebih, aku masakkan sambal tumis telur puyuh, (najmi punya favourite), masakkan kari daging dan mula membuat roti jala, duduk lah kami berdua, aku ngan Nurul kat dapur, mengirai roti jala, macam tak puas makan, ingat nak buat lagi la..

Seronok berbuka puasa ramai sikit. Malam tu pukul 10.15 aku dah tukar uniform masuk tidur, penat sangat, itu yang Farihah dan Am call tu aku minta maaf la sesangat sebab dah nak tidur, dah padam lampu semua, maaflah sesangat. Budak-budak ni sebenarnya memang biasa 'seprais' kami tiba-tiba je call nak dtg, biasanya memang kami alu-alukan kedatangan sesiapa pun, tetapi bulan puasa ni, memang kami pejam awal. he..he..kalau hari biasa tu pukul 1 pun masih cerah rumah kami.

15 dan 16hb ada program Marhaban di Astro kat Alamanda, pasti sosaknya ramai orang...kitaorang pun ada tetamu gak hari tu...Insya-Allah kalau jadi...dah lama tak berjumpa dengan tetamu ni...

Wednesday, October 05, 2005

Selamat Berpuasa Semua..


Hari kedua Ramadhan...
Syukur tamat hari pertama...

Cabaran hari pertama ialah, aku 'tersangkut' dlm parking kat bazaar ramadhan kat depan MOF nun...( yeAYAH aku tak bukak gerai, tapi aku pembeli setia situ..)

Dari office tepat jam 5, jam jugak nak keluar dari Parcel C ni pun, menghala ke Masjid Putra, nak cilok ke Presint 2, dah mual jam-jam, mana nak amik Najmi 5.30, hujan renyai, aku fikir terus ke pasar ramadhan dulu la, amik lambat sikit 5-10 minit. Tapi tidak ku duga, lautan manusia dan kenderaan. Ngok ngek sungguh Perbadanan Putrajaya ni, aliran trafik kucar kacir, kereta keluar masuk, parking sesuka hati mak bapak dia...

Jalan dari 5 lane, kemudian menyempit jadi 1 lane, haru sungguh, sudahnya aku betul-betul stuck dalam tempat parking, sesak...call darling, member tengah on the way nak balik Putrajaya, naik motor hujan lak, cian laki aku...aku minta dia ambilkan Najmi, dah tak leh buat apa, aku terperangkap. Lama, dari 5.40-6.30 baru dpt keluar dari tempat parking yg jaraknya tak sampai 500 meter. Teruklah Perbadanan ni...berdozen lah sumpah seranah manusia yang tak sabar.Lenguh kaki aku menekan minyak, clutch dan break, sampai satu tahap dah rasa macam nak crem dah..aku sapu-sapu minyak angin baru ok sikit. Sempat aku layan CD mawi, 2-3 round dalam kereta. mujur ada Mawi pengubat duka lara....(jangan ada yang muntah hijau dah ler..ha..ha..)

Hari ni macam serik nak pergi, tapi kena gak pergi, itulah satu-satu pasar ramadhan yang ada pun, Harap perbadanan boleh guna akai, fikir, penduduk sini dah bertambah, tambah dengan penduduk desa pinggiran putra yang dah berduyun pinda, orang cyberjaya, student lim kok wing, MMU yang menyewa jadi penghuni Putrajaya lagik, sesak weeiiii.

Semalam tak beli apa, sempat beli karipap, popia, roti bom, dan laksa, itu pun aku kat gerai-gerai paling dekat ngan tempat parking, tak cukup masa nak round. Lepas berbuka, bersilat lagi, masak pulak, sempatlah masak ayam masak kicap lada hitam, masak sambal telur, goreng sayur, belen kari ikan semalam ada lagik, jadilah, sahur pulak, tak seleranya nak makan, suap nasi, minum air, kalau hari-hari normal macam ni, tak mustahil body boleh jadi ziana zain youuuu...

Aku tidur terus, tak sedar diri, penatnya. Hari ni pulak, nanti aku akan ke opis baru, bincang-bincang kejap ngan staf aku kat sana, kemudian aku terus chiauuu...

Hari Ahad aku datang office kemaskan barang-barang, Darling ngan Najmi pun ikut sekali, darling guna pc lagi satu, si Najmi pergi duduk kerusi office mate aku dan jerit,"syafinaz, sini, datang jumpa saya," aku mulanya tak perasan sebok duduk angkut barang-barang masuk kotak. dua tiga kali dia panggil, aku buat tak layan, kemudian dia datang, sambil cekak pinggan dia cakap "kan saya panggil kenapa tak datang," tergelak aku, oooooo berlakon dia jadi boss la konon....(pengaruh drama dalam jiwa kanak-kanak...ahaks..)

Balik dari office kami ke Jaya Jusco kat IOI Mall Puchong, mencarikan baju raya dan kasut raya budak becok tu, malas nak merayap di bulan puasa. Wah kasut member lagi mahal dari kasut babah dan mama, baju nak melaram jer, dia yang sebok pilih dan dia yang pesennya, nak baju kemeja kotak, dan tiset, tiset tu pakai dan kemeja luar tu konon macam jaket, member siap bergaya sakan balik rumah. Siap bergaya macam model...kah..kah...perasan sungguh anak aku..

babah kata,"babah dulu beli kat kedai gemuk jer.." (kedai gemuk tu kiranya kedai baju-baju kat Pekan Kuala Kangsar yang toplah dulu, kedai kat stesen bas jer) Kasut main tibai jer, kadang-kadang kasut sekolah pun jadi. Mama pun sama anak oi..pakai baju murah jer. Baju budak lelaki ni mahal kemain. Darling kata tak per la, bukan selalu kita beli baju budak ni, memang time raya jer dia dapat seluar baru, kasut baru, darling kata mak bapak kita dulu susah tak mampu nak beli macam kita nak, dengan anak ni, kita mampu, tak tergamak pulak ada duit tapi kedekut dengan anak. Aku on jer, dah tukang bayar cakap macam tu. Tapi memang betul, kalau takat nak beli baju basahan si Najmi, kami beli kat kedai Siam kat SP jer. Beli seluar jeans baru sehelai 9 ringgit jer. Jadi masa nak raya ni lah nak gembirakan hati dia.

Bak kata orang, apalah nilai wang ringgit sikit yang kita keluarkan untuk gembirakan hati anak, berbanding dengan kebahagiaan yang dia hadiahkan buat emak bapaknya, sejak hari pertama kita tahu kita hamilkan zuriat sendiri kita sudah gembira dan kegembiraan itu berterusan bila dengar tangisan pertamanya sejurus selepas dia lahir, gembira melihat tatih pertama dia, gembira mendengar tutur pertama dia.

Tak gitu?

Monday, October 03, 2005

Melaporkan diri


Semalam aku dah ke Wisma Putr* melapor diri secara rasmi di sana, walaupun aku telah diminta jabatan untuk tangguh bertugas di sana selama seminggu, tetapi aku tetap perlu melapor diri ke sana dahulu, kemudian baru balik semula ke office lama.

Sekarang busylah menyiapkan tugas-tugas, membuat nota serah tugas. Tempat baru ok, selesa dan well organize. Aku akan punya 5 kakitangan yang akan membantu aku di sana. Semalam aku disambut oleh Penolong Pegawai aku, orang Kedah jugak...so dia beri sedikit taklimat, beri penerangan, dan kami berkenal-kenalan jer la..So kata sana nanti lega sebab aku ada bilik sendiri, boleh solat dalam bilik jer, dulu masa kerja kat kolej dulu, memang la ada bilik sendiri, tapi kecik ciput jer, office baru ni bilik dia besar, dan siap ada satu set sofa,..so tak payah le bawak tikar...he..he..boleh landing atas sofa jer. Privacy sangat...

Syukur kepada Allah, rezeki dari Dia.

Esok umat Islam mula berpuasa...

Aku ni bila posa, raya mulalah nak bernostalgia, jiwang-jiwang gitu.

Teringat berpuasa masa dulu-dulu masa kami semua 4 beradik duduk serumah dengan mak abah. Budak-budak biasalah, bergaduh jer time nak makan, mak abah selalu kecik ati, tapi entahla dah nama pun budak, kena marah, elok kejap, esok gaduh lagi. Tapi dah tua-tua macam ni, manis pulak nak kenangkan benda-benda lalu.

Mak selalunya dia buat soya sendiri, kadang-kadang siap buat cendol. Bubur kanji mesti ada, sedap, teringat-ingat aku...kecur air liur, kanji mak memang best. Makan panas-panas, dan ditabur bawang goreng (buat sendiri), daun bawang, lobak masin, ikan bilis halus...aduhhhhh sedapnya.

Bila pergi pasar ramadhan, aku selalunya nak beli nasi ulam, makan dengan sayur keladi, sedapnya hirup-hirup kuah sayur keladi tu. Antara favourite lagi ialah daging bakar, harum bau rencah daging, dibakar dan cicah air asam. Beli laksa, bihun sup (bihun utara, kaler kuning tu mkn ngan sambal kaler merah tu) Sup dia special, berempah dan ermmm sedaplah.

Ada laksa buyung, (kuah laksa masak dalam periuk tanah) Kat KL ni walau ada bermacam jenis kuih/lauk tetapi tak sama macam kat tempat sendiri, orang kedah buat gulai nangka tumis darat, jarang jumpa gulai lemak nangka. sayur keladi tu, kuahnya pekat, dan lembut elok empuk batang keladi dan ubi keladinya.

Ayam percik kat jam besaq SP? eermmm dari jauh dah bau aroma ayamnya. uwaaaa nak balik sp...nak balik...

Tradisi keluarga aku, buka puasa kami tak makan nasi, mak akan goreng bihun, keow teow, mee, atau buat laksa, bihun sup, mee kari, ye lah maknya tak kerja, so dari pukul 4 dah masuk dapur, ada saja mak buat, paling tidak, mesti ada agar-agar sirap merah tu, walau pun agar-agar merah gitu, pun sedap kalau ditangan emak.

Bila kakak-kakak kat office ni cerita, dia ada 4 anak, dan ada 4 selera anak dan 1 selera bapaknya, pening kepala kata dia. Bapaknya suka kari, ayam sulung suka asam pedas, anak ke tiga ayam masak kicap, dan yang bongsu katanya sup ayam. Tidak dibuat, kesian pulak budak-budak berpuasa, itu cerita lauk, kata akak tu, belum lagi cerita bab air, sorang nak air tebu, sorang soya, sorang nak laici, bapaknya nak air panas. Letih kata kak R, aku kira macam tu lah emak melayan kerenah kami 4 beradik dulu.

Aku kalau hari kerja, bulan-bulan puasa, biasanya memang beli saja, sebab kalau maska pun tak berbaloi, bila berbuka, tu, makan kuih-kuih dan minum air pun rasa kenyang, sebab banyak minum air. Kadang-kadang nasi tak jamah pun. Or kadang-kadang kami beli laksa, bihun sup so itu jer lah menu berbuka, so makan nasi pun time sahur jer la...

So anda bagaimana??

Wednesday, September 28, 2005


Semalam aku cuti, saja amik EL, sebab bangun pagi tu aku rasa pening kepala, nak makan ubat aku dah niat nak berpuasa, so aku msg kerani aku bagitau aku hendak bercuti, kemudian aku tidur balik. Darling pun cuti jugak, sebab dia pun tak larat nak pergi kerja, dia sejak semalam lagi dah pening kepala.

Lebih kurang jam 8.00 pagi Najmi terjaga, dan tengok mamanya tak pergi kerja, dia pun tak mau pergi sekolah, aku suruh dia turun bawah tengok kartun, rupanya babah dah turun tidur kat bawah. Jadi aku masih berdenyut lagi kepala, so sambung tidur lagi, nak termuntah rasanya angin dah naik kepala. Sapu minyak angin dan paksakan diri tidur semula. Terjaga semula lebih kurang jam 9.30 pagi, Najmi kejutkan suruh bangun, dia tak der kawan katanya.

Mandikan dulu anak bujang aku dan kemudian aku pulak mandi, basahkan kepala, barulah terasa lega sikit kepala. Turun bawah, masakkan nasi goreng utk dua beranak tu. Kemudian tergolek depan tv, tiga beranak kami melayan HBO, Star Movie dari satu movie ke satu movie, sampai lepas asar tu kepala pun dah ok, kami pergi pasar malam, cari makanan untuk aku berbuka puasa, kemudian kami merayau ke kawasan Pinggiran Putra, saja survey-survey rumah. Insya-ALlah, kalau diizinkan Allah, jadilah kami nak beli kat situ, dekat je nak ke Putrajaya. Esok-esok kalau dah tak larat nak duduk kuarters boleh pindah duduk sana. Muda-mudahan, ALlah permudahkan segala urusan. Aminnnn...

Hari ni masuk office, rasa sayu pulak, tinggal lagi beberapa hari jer aku akan jadi warga sini, kemudian dah ke kementerian lain pulak, keja gomen ginilah, tukar sana sini, terutama skim open post mcm kami, lainlah kalau close service, duduk sinilah sampai pencen. Tapi tak apa jugak, sudah memang sifat aku, tak boleh lama-lama satu tempat, jadi dengan bertukar-tukar gini, boleh dpt kawan baru, environment baru. Aku harap boleh meningkat prestasi kerja di tempat baru.

Petang nanti nak start pack barang-barang yg kat sini, boleh tahan gak ler banyaknya. Dah suruh darling bawa balik 'tumb drive' aku nak transfer semua file-file dalam pc aku, picture-picture, mp3 aku, (terutamanya lagu-lagu mawi le) kemudian clearkan pc ni, semua fav-fav website aku kena clearkan. Sayu gak ni..
Tapi aku happy juga nak ke tempat baru, moga lebih vouge gitu...

Sunday, September 25, 2005

Penat


Berhujung minggu yang memenatkan..
Hari Sabtu seharian kami berjalan sakan,
Mula-mula aku datang office, buat kerja sikit, dengan babah, dengan Najmi pun datang.
Lepas selesai kerja, kami solat Zohor dulu kat surau office ni, keluar dari office, darling singgah kat ATM machine nak keluarkan duit, kemudian ada seorang hamba Allah minta tumpang hingga ke stesen ERL, dia nak ke KLIA.

Kami pun tolong hantarkan. Kemudian kami pe Bangi, makan tengahari, sempat le pekena 'Sup Letup' kat gerai Janda Letup yang di promosikan oleh

SI BEAN , supnya boleh tahan, tp gerainya kotor sikit, itu yg tak meletup tu..

Dari Bangi kami ke Midvalley, ke Pameran MAPEX, ermmm ada orang tu terlajak simpang, dan terus ler menghala ke Pantai Dalam, tempat nostalgia teringat awek lama. Keluar dari Pantai Dalam, boleh dia silap jalan lagi, sepoi-sepoi bahasa jer angin aku, dan member mula buat lawak mesra alam dalam kereta. Dalam geram-geram tu tergelak jugak.

Akhirnya sampai juga ke MidValley setelah menempuh jem kat Jalan Bangsar tu. Sampai Midvalley aku pergi kedai Bata dulu, cari sandal, lenguh kaki pakai kasut bertumit. Body dah ler tahap peti ais, mana nak tahan jalan pakai kasut bertumit. Selesai upacara membeli sandal, kami solat asar dulu, kemudian baru meronda ke Pameran. Ada jugakler dua tiga biji rumah yang disurvey dan rasanya harga pun ok. Tapi belum buat keputusan.

Selesai meronda kami pergi Food Court makan-makan kat situ, aku makan keow teow goreng, sedap gak, lepas makan kami gerak ke Cheras pulak, nak hantarkan Najmi ke rumah papa dia, dah lama dia tak pergi sana, ayat paling kelakar dia "mama jangan risau, kita pergi rumah papa, bukan pergi mana, mama tengok je tv kat rumah nanti baru ambik kita," kah..kah...yo-yo jer...

kami singgah solat maghrib kat surau kat tol Batu 9, balik dari Cheras, dah tak kemana, ada orang nak tengok bola, "aku cakap nak tengok perak kena belasah," dan betul pun kena belasah. he..he..jangan mare...

Hari Ahad pulak, tengahari kami ke Nilai, ada orang belanja beli tikar sarawak. Tima kasih sayang...petang kami ke Cheras, beli barang rumah kat Giant, dan terjumpa seorang blogger, LAPAN, dan wife dia yang kiut tu..kemudian kami ke Cheras Perdana nak ambil Najmi, tapi dia meraung tak nak balik, harunya, last-last kena tinggalkan jugak. sabar je la...Balik sampai rumah, menggosok kain baju untuk kerja esok, kemudian basuh, ayam, ikan, udang dan sotong ynag dibeli kat Giant tadi.

Malam ni nak pergi ambil dia sekali lagi, tak tau ler macam mana. Harap dia nak le balik.

susah-susah ajer....

Tuesday, September 20, 2005

gembira...


Ye haaaa....tengah mood gembira....

Aku akan bertukar ke kementerian atas bukit nanti...ahaks...
jadi orang Wisma Putra gitu...
1 Oktober sepatutnya, tapi may be bos akan suruh tangguh seminggu dua tu..mesti la..
Siapa orang KLN dalam dunia blogging dan pembaca blog ker.. meh la story mori sikit environement kat sana...

Aku rasa macam ada blogger dari situ, tapi tak tau ler betul ke idak...so kalau ada member dari sana....selamat berkenalan...

gembira.....la...la...la....

cerita sotong
Ok kesimpulan dari entry yang lepas, memang majoriti korang sumer pernah buat menda-menda tak senonoh gitu kan? so jangan ler hangin satu badan kalau-kalau anak kita pulak buat kerja yang sama....darling pernah cerita, dia dan adik dia mandi kolah, malam tu jenuh berangkut air, menyiram pokok bunga, dan segala pokok nak keringkan kolah kah..kah..

Lelaki yang ego..
dua tiga hari lepas tengok Fear Factor kat channel AXN, ada satu babak kena drive atas trak yang bergerak, dan landing depan tu. Peserta ialah berpasangan. Ada satu couple ni, pengacara tu tanya siapa yang drive better lelaki ke pompuan tu, dan tentuler lelaki tu mengaku dia terrer, dan pompuan tu kata lelaki tu tak pernah kata dia bawa kereta elok.

Kah..kah..aku gelak, dan cakap setuju... aku majoriti lelaki macam tu..(ini membawa maksud ada minoriti yek..) majoriti lelaki takkan mengaku pompuan lebih hebat dari dia. Pompuan lebih pandai ker, lebih itu lebih ini dia takkan cakap pompuan tu hebat....cuma kekaguman lelaki pada pompuan ialah bilamana seorang isteri 'bermatian-matian' dan menyabung nyawa melahirkan zuriat ke dunia. Itu memang lelaki akan akui wanita kuat dan heroin. Sebab apa? sebab itu jer yang lelaki tak mampu buat. Aku bagitau darling macam tu, darling gelak, dan mengiyakan, tapi tak mengaku kalah, dia cakap, tapi dalam tu pun lelaki masih boleh riak, "dia power sebab boleh buat isteri dia hamil," ha..ha...dan kami terus bertekak-tekak manja gitu.

Biasalah suami isteri gitu...tak gitu...?

Semalam pun aku angin tak berapa elok, petang tu Salina datang office mengajarkan aku yang 'kayu' ni ilmu photoshop, balik rumah dah petang sangat, malas nak masak. Memang tahap malas beku...means aku memang tak mau langsung pegang sudip, kuali, goreng ikan, hatta goreng telur pun. Tapi bila dua-dua kami malas hendak keluar beli makanan, maka dengan berat hati aku masak gak ler. Lepas tu aku terus macam hangin jer...penat, dan panas lak tu...geram jer ngan darling, masa makan pun masih bersisa-sisa hangin, tapi lepas makan tu, aku basuh pinggan, then bila ke depan tengok orang tu tengah melipat kain....sejuk rasa hati, cair segala amarah.

Dan barulah aku tau aku hangin tadi sebab dia tak mau tolong aku...sebab mula-mula aku memang rasa malasnya nak masak, nak kemas-kemas, nak membasuh, dan aku berharapa ada orang menolong...sebab itulah bila nampak darling tengah melipat kain, hati terus sejuk, dan terharu....

Jadi para suami di luar sana, bukan susah nak sejukkan hati isteri, tak payah beli barang kemas, aksesori, baju ke hapa ke....bila isteri tengah muncung apa kata korang pi buat air ker, tlg basuh pinggan ke, mop lantai ker..sejuk hati dia nanti...tak gitu encik-encik suami sekelian..?

Thursday, September 15, 2005

Ye haaa


Hari ni last berkursus kat tempat kursus yang dibina canggih untuk kakitangan awam ni. Alhamdulillah, dari 'zero' pengetahuan mengenai front page, kini kira dah tahap celik-celik sikit, dari tak reti apa itu photoshop, kini takat nak superimpose gambo Siti Nurhaliza kira boleh ajer. Ha..ha...apalah sangat kalau nak dibanding korang yek....canggih manggih manggun...

Hari ni kena present sumer-sumer projek yg telah dibuat sepanjang 5 hari kursus, dah balik opis nanti entah ada ke masa nak dok 'merapu' depan pc lama-lama...ermmm kena pujuk darling beli pc baru jugak ni, pc lama tu dah lama 'arwah'. Darling beli yek...belilah...

Sotong?

Minggu lepas, kitaorg masak tomyam kat opis, dan celurkan mihun, masa tengah seronok makan tomyam, kitaorang berbual bab makan sotong, sebab dlm tomyam tu kitaorang letak sotong.

Kata dek Kak N (bukan nama sebenar...) "dulu kecik-kecik aku kalau makan sotong ni, siap bubuh kat jari macam pakai cincin tu...penuh sepuluh jari letak sotong, kemudian baru tarik makan satu-satu lepas dah abih makan, buruknya perangai.." Peh tu aku pun cakap "ye lah, kak saya pun sama, ingat saya jer, korang pun sama yek,"

Pas tu sorang-sorang dok cerita bab makan sotong buat cincin kat jari, rupanya statistik yang kami perolehi hari itu menunjukkan kesemua kami 10 orang yg tengah 'balun' tomyam tu memang mempunyai rekod buruk makan begitu masa kecil. Kah..kah.... Dan semalam, aku maska sotong goreng kicap, dan aku tanya darling benda yang sama, dia tergelak dan kata "itu normal" aku pun gelak, dan cakap "aiiii, ayah garang pun buat jugak," kah..kah..then aku cakap, kalau skrng anak kita makan macam tu camner? dia jawab "mau kena tampor melekat kat bumbung," kah..kah...lawak la dulu kita buat mak kita wat derk jer...

Kemudian kami bukak cerita lagi, "siapa pernah mandi dalam kolah air dalam bilik air masa kecik," kah..kah...memang semua pernah buat (darling u ada kes kan? kah..kah...) dan sekali lagi, majoriti kami pernah buat...itu menunjukkan tidak kira kau membesar di Kelantan, Kedah, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak mesti kau pernah buat benda-benda 'buruk laku' yang sama dengan orang lain buat masa kecil.

Kemudian kami sambung cerita meleret-leret, katanya kita dulu kecik-kecik main kat kampung, mak bapak macam tak peduli pun..lepas je minum pagi, dah keluar main, main polis sentri la, main getah lompat, main segala macam main, tengahari baru balik rumah mandi, mak dah siap masak, kita ceduk jer nasi dan usung bawa makan kat luar 'berkelah' ngan geng, lauk bukan best pun, ikan kembung, ikan kembung. ikan kembung, kalau tak ikan tamban, ikan sardin. Orang Kedah biasalah, kari ikan boleh kata selang sehari mesti buat.

Jadi anda bagaimana? hendak tambahkan statistik 'kajian' aku mengenai tabiat makan sotong masa kecik dulu, dan mandi kolah? sila tinggalkan data anda...dan untuk entry seterusnya data akan dikumpul dan akan dipublish kat blog ini.

Jawab begini yek...

Perkara 1 (sotong)- Pernah (atau tidak)
Perkara 2 (mandi kolah) - pernah (atau tidak)

dan apa lagi selain dua 'major' perkara common yang kita biasa buat masa kecil dulu yang hendak dimasukkan....


Monday, September 12, 2005

ILANG ???


Sabar ye Tuan-tuan dan puan-puan...
blog ini sudah dijahanamkan oleh saya sendiri...

Baru dua hari belajar front page aku dah jahanamkan blog sendiri...
Mujur ada Superhero
SUPERJAN yang sentiasa berkhidmat. Mujurlah ada superhero nan seorang itu membaik pulih blog ini..

Kalau harap aku??? Ampehla....Mujur korang tak sempat view yek....website bodoh-bodoh yang aku create masa dalam kelas frontpage ni...ampeh aaaa

TERIMA KASIHLAH KEPADA SUPERHERO....MAT JAN....

Jadi kepada anak-anak dara yang masih solo, apa kata ngoratlah Mat Jan..
Baguih budaknya...

Memetik kata-kata macam superhero....

"P-nut sekarang bukan P-nut yang dulu, gue sekarang dah belajar front page"

Walau dah basi, orang dah kejar yang lain, tak per...korang kejarlah dulu, aku kutip-kutip yang tercicir ni dulu....muahahahhahahahah...

Thursday, September 08, 2005

Terpacak lagi??


Sejak balik kampung ari tu, Najmi suka sangat nak buat rambut terpacak...
adoiii harunya...asal mandi, kepala tak boleh lap, mesti nak buat terpacak-pacak...
ada satu hari, dia bantai bubuh minyak baby oil tu berlumur penuh kepala, sampai meleleh ke baju, lantai pun habih berkilat dan licin dek tumpahan minyak rambut tu...gerammmmmm jer...

Tak cukup minyak baby oil, dia naik atas di tibai nya minyak angin kayu putih, apa lagi, panas kepala la...mujur tak gugur rambut, pantang lepa sikit, ada saja aktiviti dia sekarang ni, geram betul. Babah pun bukan main lah angin kus-kus pun menjadi-jadi akhir-akhir ni...

Tengah dok pening memikirkan tahun depan nak tukar ke tadika mana pulak, malas hantar tadika tu lagi dah, sebab dah 2 tahun duduk tempat yang sama, mestilah dia boring. Tengah fikir, samaada hantar ke Tadika Islam yang kerajaan punya ini, murah memang murah satu bulan RM35.00 jer, tetapi ada member kata, dia utamakan untuk mereka yang berpendapatan rendah sahaja. Ermm tapi boleh juga merayu kalau ada kekosongan. Ermm kalau dah dibuat macam gitu, tak nak ler, sebab kalau betul keutamaan kepada mereka berpendapatan rendah, tak mau la aku mengambil kesempatan pulak, sebab mampu lagi nak hantar ke tempat lain, utamakan mereka yang memerlukan, lainlah kiranya tempat kosong tidak di isi, boleh lah di hantar.

Aku cakap kat darling nak amik maid next year, darling kata ok jer. Tapi bila fikir balik tak best gak ada maid tak privacy. Tapi ada maid boleh tlg aku kemaskan rumah, aku ni memang suka melaramkan rumah tetapi bab 'menten' tu maleh sikit, menyapu ok lagi, tapi bab mengemop, cuci bilik air, mengelap itu ini, alahai...aku lebih suka memasak, masak renyah macam mana pun tak per, tetapi bab mengemas lecehnya... Background cara dibesarkan gitu kot. Dulu-dulu aku anak sulung, jadi anak sulung, selalu mak lepas tangan suruh memasak, adik-adik mengemas. Jadi dah biasa, kerja aku memang memasak dari kecil, bab kemas semua tak ambik port. Semua adik no. 2 aku bereskan, dari menyapu, mengemas, mop lantai, tukar langsir, dia tak kisah buat janji tak suruh dia masak je.

Ok berbalik bab maid, aku rasa macam perlu jugak, sebab kesian anak aku, walau seorang, tetapi kesian dia, macam membesar dalam rumah orang dan taska jer, bukan dalam rumah sendiri. Kalau ada maid, koman-koman balik tadika, dia balik ke rumah sendiri, tidak ler ke rumah orang. Makan, minum, baring kat rumah sendiri. Aku pun kalau outstation ke, balik lambat ker, tak lah risau sangat anak kat rumah orang/taska. Dia pun tak tension, balik tadika pergi rumah orang atau terus duduk taska, budak makin membesar, dia pun ada perasaan jugak. Tapi anak baru sorang ni, tak berbaloi pulak, kalau dah dua atau nak masuk dua orait gak, ni belum lagi, Buntu ni...

Perlu ke amik maid...ke tak perlu, tahun depan, hantar je Najmi ke tadika then hantar dia ke rumah 'ummi' dia (ex-baby sitter dulu) . camner kaum ibu/bapa di luar sana?
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino