Sunday, January 22, 2006

BBQ di Sabtu Nan Silam


Biarkan gambar ini berbicara

Di hari Sabtu nan silam, beberapa kroni rapat Geng Jurnal area Putrajaya,
Serdang telah menjalankan aktiviti bakar membakar di Tasik Cyberjaya.
Maka dengan ini mempersembahkan aktiviti menyendatkan perut pada Sabtu nan silam.

Actually byk gambar gedik-gedik yang sangat cantik dirakamkan oleh pemilik-pemilik
kamera canggih, tapi nanti-nanti upload...or tunggu tuan punya kamera upload sendiri..
terima kasih to, AM tuan kamera, dan
tukang tangkap gambar yang buat kamera Am macam kamera sendiri..iaitu Nett dan Salina

Mula-mula kita nyalakan api dulu yek...
Image hosting by Photobucket

Kena renjis-renjis dengan sos ni, baru sedap, Cik Daun menunjuk skill membakar
Image hosting by Photobucket

Terliur tak nengok ayam yang solid ni?
Image hosting by Photobucket

Kerang pun ada gak..lenkali kita bakar ketam, sotong, ikan sekalik yek..
Image hosting by Photobucket

Sorang dia je budak hari tu..tak der geng
Image hosting by Photobucket

Comel tak kami?
Image hosting by Photobucket

Meraikan ajid jugak...balik Perlis untuk bersama-sama bonda tercinta...
Moga berkat hidup Ajid, disamping bonda..
Image hosting by Photobucket

Untuk lain-lain..tungggggggguuu

Tuesday, January 17, 2006

Kiamat Dah Dekat


ok...semua cerita eksyen-eksyen berlagak nak mampos dah tamat...

Kini kembali ke pangkal jalan..insaf...insaf...

===================================================

Nak cerita pasal satu cerita ni...

Masa menonton cerita Kiamat dah Dekat itu hari, aku teringatkan kisah kawan aku gak
Nama dia Nura (bukan nama sebenar), Nura ni mmg aku berkenan dgn sikap dia, baik sangat
kira tipikal wanita melayu terakhir yang sesuai di buat calon menantu dan isteri la.
Orangnya lembut hati, mudah menangis, solat tepat masa, dan jaga batas pergaulan dia.
Dia bukan jenis huhahuha... Family dia kira berada gak le, tp dia simple je, bapa dia
mmg tegas dlm bab agama dan diaorang jenis jaga pergaulan ni.

Kisah ni bermula ala-ala filem hindustan gitu... Nura pegi melawat kawan dia yang sakit,
di hospital berjumpa dengan Mr.H, yg juga kawan kepada mamat yang masuk spital eksiden ni.
Masa kat spital, Nura melayan anak-anak sedara mamat eksiden ni dengan santun, maka
si Mr. H ni sudah jatuh cinta pandang pertama. Tapi masih kontrol hensem. Bila Nura balik,
Mr. H mula tanya kawan dia ni pasal si Nura. Kemudian-kemudiannya, bila mamat eksiden ni
dah keluar spital, Mr. H beriya ckp kat mamat ni, dia nak kenal ngan Nura. Mamat ni kata
nanti dia tanya dulu sebab Nura bukan jenis perempuan yang mudah nak layan lelaki yang
dia tak kenal. Very the pemalu gitu.

Bila mamat ni tanyakan Nura, macma biasa, dia segan dan tak nak...tapi bila di tanya mamat
ni kalau dia kasi no tel Nura kat mamat ni boleh tak? dan Nura kata tak boleh, tp boleh
kasi ID YM dia, maka bermulalah episod chatting di YM, berlarutan berminggu-minggu..
Kemudian bila Nura agak selesa baru dia kasi no tel. Dan episod seterusnya bermula sms-sms
lah pulak. dan calling-calling.

Mr. H memang target nak serius dgn Nura, tapi dia sedar dia mamat rugged, manakan sorang
perempuan melayu terakhir nak. tapi dia terus cuba berubah. Dari dressing rugged, dia
dah mula dressing biasa je, dulu siap pakai subang, skrng dah tanggal, dulu kaki masuk
kelab, karaoke, disko dan pub, la ni dah slow tinggal. Nura dok pesan, kalau nak berubah
mesti dari diri sendiri jangan berubah kerana orang. But aku kira mamat ni memang betul
nak berubah, dia mula completekan solat 5 waktu (menurut spy yg dilantik Nura).

dah berbulan ni chatting dan sms je, tak pernah jumpa lps 'cinta pandang pertama' Mr. H
kat Spital. Nura rasa selesa sebab Mr. H pun tak desak nak dating...cool jerk. Suatu hari,
kereta Nura pancit di tengah jalan, area sekitar Bangi, bayangkan Mr. H dari Malawati,
sanggup datang menjadi hero...kui..kui...terharu dengan kesudian Mr. H, Nura dah tak boleh
tipu diri dah. Maka, terbitlah rasa dari hati...jeng..jeng...

Ermm tp byk halangannya...Mr.H mesti kena totally berubah..Family Nura ni kira ahli surau
punya family, so takkan senang-senang mak bapak Nura nak terima Mr. H yang belum tentu
arah tuju, tambahan mmg family Mr. H porak peranda sikit, family bercerai, sorang kakak dia
bercerai hidup cara marba sikit. Sampai skrang belum ada kesudahan...but macam dalam filem
aku harap it will be happy ending la...

Kalau dalam pilem Usop Selam mesti heroin Era Fazira dan hero Norman Hakim le tu...
kalau Razak Mohaiden pulak, heroin Era gak, hero Yusry atau Farid Kamil...huhuhuu....

Tapi aku kiranya tempat Nura minta apa-apa pendapat gak pasal mereka, so far aku rasa semua
orang ada kisah silam, semua orang ada buat silap, kita tak boleh hidup dengan kesilapan kita
kita kena bangkit dari kesilapan dan bina kebahagiaan. Dan harap Mr. H akan ikhlas berubah...

tu le bila aku tonton filem Indon Kiamat Dah Dekat, aku rasa macam kisah Nura dan Mr. H gak..

sekian drama minggu ini...kembali ke sri pentas...

============================================================

Sunday, January 15, 2006

masih berlagak lagi nih..


Mood riak dan berlagak tinggal sipi-sipi je..
Modal baru nak berlagak dan eksen...
huhuhuh....dah ada stu set pc yang bisa membuatkan aku teruja...
dan tukang agen kami beli pc itu ialah Cik Easy...dan bila mana
barang berkaitan IT di tangan Cik Easy, pastilah high taste...
dan akhirnya kami punya satu set lengkap pc dengan harga yang murah...

PC kosong, kena isntall semua sendiri...Berlaku beberapa kejadian lucu
di hari membeli PC. Low Yat Plaza, dengan Imbi Plaza berbeza ye tuan-tuan
dan puan-puan...di Plaza Low Yat tidak ada restoran mamak, tapi di Plaza Imbi
ada kedai mamak siap boleh minum teh tarik lagi...kuikukuikui...

So untuk tidak membuat aku riak tahap over, biarlah gambar-gamabr ini berbicara...
Ingatan!! kualiti gambar tahap kaput saja, sebab bukan diambil dari kamera bermuncung
panjang tapi dari HP sahaja, jadi gambar kabur-kabur tu biasalah...

Image hosted by Photobucket.com
Pnut dan Cik Daun, test HP baru..

Image hosted by Photobucket.com
Tetamu pertama kami...Rosh and the gang...baik betul budak-budak ni...boleh buat menantu..

Image hosted by Photobucket.com
Ambil jgn tak ambik...sayang mama dan Brahim

Image hosted by Photobucket.com
Zar, hubby dia dan hubby aku dan hubby Huda..borak sakan

Image hosted by Photobucket.com
Anak dara Zar-tersipu malu di mengorat anak aku..

Image hosted by Photobucket.com
Jejaka perasan hensem di pagi hari..

Image hosted by Photobucket.com
Menu kami, ketupat palas, rendang ayam, soto, Puding ditaja Huda dan Nazmi

Image hosted by Photobucket.com
Mat Jan trying very hard to break the virgin of the new pc-the unlucky MJ-tidak berjaya

Image hosted by Photobucket.com
Najmi-"abang Bean, abang Neslo, kalau tak boleh juga kita main game malam ni, kita hantuk dua-dua ni.."

Image hosted by Photobucket.com
horeyyyyyyyyyyyyyyyyy akhirnya mereka jadi hero....elleeeehhh Mat Jan eksen je tu...

Untuk gambar lain sila ke
ALBUM KAMI

Wednesday, January 11, 2006


Hari Raya Haji...Seperti tipikal berita dalam surat khabar...Hari Raya Aidil Adha di sambut sederhana tapi meriah..

Memandangkan kami baru je balik kampung masa cuti Krismas hari tu so this rayahaji kami decide nak raya sini jer, kiranya dah 2 tahun kami beraya kat KL je..So disebabkan ramai anak-anak perantauan, bujang-bujang yang tak balik beraya jugakso kami pun jemput lah ramai-ramai kawan-kawan datang beraya, awal pagi lepas solatsunat Aidil Adha, Rosh, Nizam dan Azrin, budak-budak serumah Ajid datang beraya.

Mereka tetamu pertama kami, aku pun masih pakai kaftan lagi, menyiapkan soto. Aku punkelam kabut potong ketupat palas, hidangkan rendang ayam, potong nasi impit, siap semuaaku suruh diaorg makan, dan aku ke atas, mandi dan bersiap-siap...Bila sup soto pun dahsiap masak, aku hidangkan untuk mereka makan. Tenghari sikit Nida, dan abg ipar dan kakakipar dia datang, abg ipar Nida ni abg Zul, senior aku masa kat UiTM, ptg sikitbudak-budakGeju datang, Am dan Brahim, kawan dia, Bean, ND, sambil lepak sambil layan citer Kiamat Dah Dekat kat tv3, best banget citer dia...(erkk mana nak dapatkan CD dia yek..)

Petang sikit, Zar sefamily datang, kemudian kawan aku Jal dan family, then officemate lama, Rosli sefamily datang, balik Rosli, Salina sampai dengan 2 batang lemang, sedapnyarendang yang dibawa Salina. Diaorang lepak-lepak sampai malam, Malam tu officemate lamaMizzar datang dengan family.

Kiranya meriah jugaklah beraya kat P'jaya. Bila kawan-kawan, anak sedara darling pun adasekali beraya bersama, kalau tahun lepas, hari raya pertama tu kami berjalan sakan sampai malam, raya ke dua baru ajak kawan-kawan datang beraya. Tahun ni kami ajak kawan-kawandatang beraya. Syukur... tetamu datang bawa berkat dan rezeki.. Rezeki yang ada dikongsibersama.

==============================================

Penangan penat hari Selasa, semalam aku cuti, penat terlampau
Oh Ya...Pnut kini bukan Pnut yang dulu...Pnut kini sudah punya HP baru... biarlah orangdah pakai HP 4-5G, aku baru beli yg 3G...erkkk menurut istilah 'berlagak merendah diri'ayat aku patut bunyi begini...

"aku dah beli HP baru, tapi HP biasa je...murah-murah je...tak banyak function pun, takatboleh ambik gambar, takat nak nak rekod video, takat nak layan MP3 boleh la..biasa-biasa jemacam HP orang lain gak...gambar pun tak le clear sangat, sbb Hp tu takat 1.3 megapixel je,tak mampu la nak beli HP mahal macam Nokia Communicator tu..."

Muahahahahahahah mesti Mat Jan, dan mereka-mereka yang seangkatan Kelab Riak Malaysia jaki dengan kenyataan aku...Untuk pengetahuan, kami memang riak...kami memang suka berlagak...kan..kan... erkk tapi bagi mereka yang tak kenal kami, harap-harap belajar kenal puak-puakkami yang suka riak dan berlagak ni, baru kutuk-kutuk ye... sebab kami riak tahap dewa kayangan.

Masa beli HP ni Mat Jan pun ada sekali, dia sudah tepu dengan riak aku malam itu, lepas beliHP kami lepak-lepak kat Serdang, makan-makan Keow Teow Kung Fu. Disini segala riak bermulaapabila masing-masing menonjolkan tahap riak luar biasa...ahaks...
ok..ok..cukup cerita riak, nanti orang meluat...ehh tapi alang-alang nak riak biarlah orang meluat...baru real...he..he..he..

Oh ya, ada orang dah update blog... boleh la jenguk blog dia yang dah bersawang tu...
gi le tengok blog DARLING i tu...dia kembali mengganas....kini blog dia 18 XX kata dia

Tuesday, January 03, 2006

Langkah Pertama


Selamat Tahun Baru buat semua..
Minggu lepas kami bercuti, balik kampung, amik Najmi...kat sana, kami belikan sedikit perkakas sekolah dia,belikan pencil box, (bentuk kereta, comel je aku nengok)..erkk teringin gak..muahahahbelikan pencil yang boleh tukar-tukar mata pensil tu...ade gambar hamtaro, dan apakartun lagi tah..dan belikan pemadan yang cute macam pencil gemuk tu..saja memotivasikandia untuk ke sekolah, dan bercuti sebulan lebih, jadi saja nak naikkan semangat dia pegisekolah, tambahan pulak sekolah baru.

So semalam aku hantarkan dia ke sekolah tadika baru, tadika baru ni dekat sikit dengan rumah, kira satu hala jalan nak ke office. Semalam masa hantar aku risau gak, buatnya dia tak mau masuk ke, meragam ke..ye lah, kawan baru, cikgu baru, environment baru, risau gak, aku tak amik cuti pun kalau dia buat hal, kena emergency leave le aku, tp nampak ok jemasa hantar tu, terus je laju masuk sekolah, di tegur cikgu barunya, "ehh, salam dulu ibu,"he..he..baru dia malu-malu dan patah balik salam, then cikgu dia cakap "good boy Najmi,"then aku tunggu kejap nak tengok dia masuk dalam kelas, dan tengok mood dia, pas tu dia siapcakap, "eh mama pergilah keja, nanti lambat" ha..ha...cikgu sekolah baru dia nampak lebih confident dan peramah, berbanding taska lama, aku pun jadi confident gak. Hari pertama nampak ok, dan hari ni pun ok..

Semalam hari pertama pegi kerja dalam tahun baru, kami kelam kabut pagi tu, sampaikan terbabasalarm yang dikunci pada hp tak berbunyi, hp aku kaput giler, asyik padam tanpa sebab, uwaaaa terus lambat, terjaga jam 7 pagi, rupanya Encik Mat Jan yang menginap di Pnut Inn semalam tudah siap bangun dan bersantai di hall bawah dah..chehhh
Lepas hantar Najmi dan hantar MJ ke erl, aku pecut ke office. uwaaa parking kat basement dah penuh, aku gasak parking kat tepi dinding...erkk kira ok le..

===============================================
Cerita kita untuk dikongsi..

Aku ada kenal sorang kawan melalui chat room kat YM, pompuan le kawan ni, mude lagi, kira tahapadik-adik le, dia kawin muda dan kini sedang dalam bergolak rumah tangga. Aku bukan nak ceritakanbab pergolakan rumah tangga dia, itu hak peribadi dia, cuma aku nak share pengalaman aku bercerita dan berkongsi rasa dengan adik ni.

Dia kawin muda, umur 21 tahun, dan kini usia dia nak masuk 25 tahun. Anak ada sorang, dia katamula-mula kawin ok, hubby dia umur 23 masa kawin, dan kini umur 27 le. Muda belia lagi kan??Dia cerita, 2 tahun pertama kawin ok, masuk tahun ke tiga, katanya hubby mula ada gf. Aduh..sedihnyathen macam-macam dia story...aku cuma mampu nasihatkan, sabar dan jangan ikutkan hati. Itu susahnya kawin muda, kalau belum betul-betul bersedia. Aku pun ada adik kawin muda ni, risau jugak...otak singkat lagi, ermmm harapnya semua ok..

Kalau ikutkan family aku semua kawin muda kot, emak kawin umur 17 tahun, umur 18 dah dapat aku, kinidalam usia 48 tahun emak dah ada 2 cucu dan bulan ni tambah lagi sorang. Aku kawin umur 25 tahun, erkkk boleh kate mude ke? boleh lah kot...adik aku no.2 kawin umur 23, yg lelaki ni umur 22, huhhh,tp bagi aku, kalau belum betul-betul ready, belum betul kenal hati budi, jangan perjudikan nasib kawinkonon cinta selepas kawin. Gila...ni bukan zaman emak bapak kita kawin, cinta lepas kawin..

Semalam pun aku chat ngan sorang member opis lama, dia bujang teruna lagik, umur nak masuk 29, diadok kalut suruh aku rekemen awek kat dia, target nak kawin tahun ni kata dia...apa nak, kereta dah aderumah dah ada, siap home teater ada, siap lengkap semua furniture, bini je tak der kata dia.

Dia kata, kalau dia kenal mana-mana awek, jatuh hati, terus nak ajak kawin. Nak cinta lepas kawin.aku gelakkan dia, kata ingat mak bapak anak dara tu senang-senang nak bagi hang kawin ngan anak dia..dah tu banyak kena ambil port bab kawin ni, terutamanya perempuan, nasib perempuan betul-betulbertaruh apabila berkahwin. Masa bercinta memang semua nampak ok je, dah kawin baru nampak semua. Untung dapat suami yang baik oklah, dapat kaki sepak terajang, hisap dadah?? masa bercinta dia tak lahhidap dadah depan gepren. kaki judi, kaki enjoy...huhhh nasib malang je...

Aku pun tahun ni masuk tahun ke 6 usia perkahwinan, banyak perkara manis, pahit kami tempuhi, mana adaikatan perkahwinan tu manis belaka..ada kala pahit kelat jugak, tapi tak lama, aku jenis malas layanblues jiwa-jiwa...rock je jiwa aku, kalau aku tak puas hati, aku luah je...marah-marah...dan marah keluarkan semua, lepas tu ok. DIa pun marah-marah...marah....kite nangis-nangis...(erkk nangis pun bukan di pujuk pun...) muahahahha...abis nangis, cool sikit, hulur tangan, salam, cium pipi kiri kananlepas tu dua-dua ok. Itu style rumah tangga kami. Lain orang lain caranya...

So far, syukurlah belum pernah lagi gaduh sampai lari rumah..ahaks....paling lama, gaduh malam, esok pagi ok dah, dia pujuk-pujuk gitu je...kita pun tak leh jual mahal sangat masa dipujuk...lelakini pujuk kejap je, kalau tak ok gak,...jerut rasa le..muahahahha...

p/s-ada istilah baru dalam geju - "berlagak dengan cara merendah diri...." muahahahh...kite-kite je tau yek...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino