Wednesday, June 28, 2006

Jom pi Sarawak...


Kamek nak naik belon pi Seghawak Ahad ni,
marik ikut kamek pi Serawak jom...
Kamek balik Hari rabu... Kamek pi UNIMAS ada kursus...

heheh dah le cakap Serawak.. bukan betul pun....

Tapi aku nak Pi Sarawak betul la.. (masa tengah update ni, dua hero kat bawah tu dok plan depa nak keluar minum... malam-malam masa aku tak der...ceeewahhh, siap ckp "mama tak der..kita enjoy!!!" ampeh..)

cis...selain MAMAT ENSEM NI kat sarawak sape lagi ada kat sana, tak mau ke mengoffer diri nak meraikan aku..hehehe mamat ensem tu aku dah book awal-awal jadi pemandu pelancong aku, dan nak pow dia laksa serawak :D yea..yea...kan..kan..kan...

Citer Bisnes pulak..

Wow weeee.. aku saja suka-suka promote produk yang aku dah guna dan serasi, ada jugak respon, so far, sejak entry tu aku publish, ada terima 4-5 email bertanya...yg kenal kat ym order kat ym je...so dpt le jual kopi red guara tu 4-5 kotak..., Bio-Flush ada 3 org berminat, dan satu botol Bio-Barakah dapat dijual.

Aku akui, aku memang jenis berkira sikit, kalau org jual produk mahal-mahal, ni tak beli nya aku, sbb aku byk komitmen, adik sekolah, mak abah, anak, bayar bil tu bil ni, jadi aku tak leh bazirkan duit beli itu ini.. And aku beli produk2 ni sebab harga dia munasabah, dan aku mampu. Yang penting aku beli, makan dan serasi. Macam dulu ada member jual produk jenama antarabangsa, harga tiga kali ganda dari produk Orang Islam yang buat Bio-Sireh ni, kata boleh hilang migrain aku la..boleh hilang sengal itu ini...tapi membazir je, tak serasi dengan badan.

Tapi aku saja try Bio-Sireh sebab harga dia murah dan kalau tak serasi pun aku tak ralat sangat. Tetapi syukur aku kurang sakit kepala, tak kuat migrain, lenguh sendi, lutut, sakit tumit pun banyak kurang. Aku mampu berjalan sakan ke The Mines, naik turun tangga, pusing satu The Mines, balik tu meround Alamanda pulak, balik rumah pun steady lagi boleh masak, kalau dulu sure aku penat dan pancit sangat-sangat, sure kalau berjalan sakan mcm tu, solat pun aku kena duduk tak larat berdiri.

Nak tau harganya?

Bio-Barakah RM38.00 sebotol
Bio-Flush RM35.00 sebotol
Kopi Red Guara tu RM19.80 sekotak (16 paket)

So far, kalau sesiapa nak diet, nak mentenkan berat ke..boleh la try kopi ni, sbb mmg akan rasa kenyang, aku skrng pagi minum kopi ni, campur nestum utk breakfast, Insya-ALlah boleh tahan sampai tengahari, kang makan nasi sikit, mlm minum lagi satu mug, mmg boleh tahan tak makan nasi malam. Cuma lemak badan aku degil maut....benci betul, minum dah abeh sekotak, baru turun 1kg, heheheh ok la tu..turun jugak, bagi orang lemak tipis-tipis, dan isi tak pejal, mudah je turun berat badan. Tak per, aku teruskan lagi..hehehehe

Paling sesuai untuk orang gastrik. Ada budak office aku ni mmg gastrik, tp badan dia berisi jugak, nak diet tak leh sangat sebab dia mesti makan berat pagi, dan makan tengahari, saje je aku kasi dia satu paket untuk try pagi tu, dan suruh dia campur nestum sikit, then dia cakap, dia boleh tahan sampai pukul 11, masa pukul 11 dia rasa pedih nak gastrik, tapi dia makan biskut jer, tunggu sampai lunch baru amik nasik. So dia pun dah beli sekotak, dia kata dia boleh diet walaupun ada gastrik. Alhamduilllah, dapat bantu sorang kawan...

Anda mau order?? jangan malu-malu sila emailkan kepada saya, email ada kat tepi....

Sunday, June 25, 2006

Jawapannya ialah...


Jawapan teka teki hari tu ialah....

1. Beza jatuh perigi dan pokok kelapa..
= Perigi - Kena jatuh dulu baru panjat naik, pokok kelapa, panjat dulu baru jatuh...
(ajid jawab betul..tapi tak aci, sebab aku pernah bagi teka teki ni kat ajid...ajid tipu..ajid tipu...)

2. Gajah lalu titi patah, kambing lalu = patah balik la..sbb titi dah patah...

3. Lampu apa yang kalau dipecahkan akan keluar orangnya?
= Lampu kereta pun boleh la terima, dan lampu rumah orang la..cuba korang try baling lampu jiran korang, sure jap lagi dia keluar la..tengok sape punya kerja...

Akan datang...lagi teka teki merapu sepunder marang skeper...sabar...

Ni nak bisnes sikit...pernah dengar produk DCL? Kopi Redguara? Bidadari? Pil Venergy?? hehehe sape nak order boleh email kat aku ye... so far aku amik kopi Redguara tu.. kisahnya, aku jumpa member, dia dulu chubby jugak, tapi dah slim sikit, aku tanya dia makan apa, dia ckp dia minum kopi ni je, pagi dan malam. Aku pun try...hehehe tapi aku tak le kurus lagi...cuma aku akui khasiat dia, migrain aku kurang, letih-letih badan pun kurang. Bidadari aku tak pernah try, tapi mengikut kawan-kawan yang pernah cuba, masalah keputihan, masalah 'komplen' suami dah tak der, malah 'pujian' terus diterima dari suami...

Pil Venergy?? (Ini untuk lelaki) ini ni boleh aku cakap memang puas hati, aku dah beli dan darling dah try, dia punya keberkesanan??? Ermm kena try sendiri baru korang boleh komen... Kang aku tulis lebih-lebih orang ingat ni blog lucah pulak. Tapi bagi para suami yang sering keletihan, penat... boleh la try Venergy, confirm berkesan... erkk kalau tak berkesan tu, something wrong la...hehehehe tapi serius untuk keharmonian rumah tangga yang lebih berkesan (ceewaaahhh) cube la dan anda pasti bersetuju dengan saya...

heheh yang bujang baca ni cepat-cepat kawin ye... So kalau sape nak try sila email kepada saya ye..email ada kat tepi tu...

Lagi satu nak promote gak... produk Bio-Sireh, seratus peratus keluaran orang Islam kita, Bio-Sireh ni aku amik Bio-Flush, Bio-Barakah dan Bio-Nutri... Bio-Flush ambik sebotol jer, memang betul, keluar semua segala apa tak patut dari badan..(dalam kes aku sampai keguguranla..sbb tak sedar pregnant pun...)jadi siapa nak kuruskan badan sangat bagus nak try, macam khasiat lain, dia melancarkan perjalanan darah. Aku amik sebotol jer, skrng stop la sbb nak usaha-jaya-mara...(slogan uitm) tapi aku teruskan amik Bio-Barakah, (madu + herbatus sauda) bagus, lepas aku amik ni hampir sebotol, dan darling ambil jugak. Dan lepas kami berdua amalkan Bio-Barakah ni mmg ada perubahan, mungkin dah rezeki, lps makan dua produk ni aku pregnant, tp rezeki tu tak lama...Insya-Allah lepas ni aminnn...

Bio-Nutri ni aku baru je amik, dia punya fungsi sama macam Bio-Young yang mahal gielr tu...cuma ni versi yang murah sikit. Tapi aku tengok orang yang dah amalkan Bio-Nutri ni lama dah, memang orang tu nampak cerdas dan cergas. Memang awet muda. Sejak aku amalkan makan Bio-Barakah tu, dulu aku selalu sakit lutut, sakit tumit, nak berjalan pun susah, kalau dah duduk nak bangun seksa, solat pun duduk je kadang-kadang tu...sakit tumit macam dicucuk jarum. Dan kalau aku berjalan penat dan mengah, letih jer...skrang Alhamdulillah dengan izin Allah Taala, dah tak pernah solat duduk lepas makan ni, dan berjalan merata tak lenguh dan sakit kaki..

Dulu aku jogging 15 minit pun pancit, skrang aku jogging setengah jam pun ok lagi...hehehe penatlah juga, tapi tak der azab penat macam dulu...tercungap-cungap... okeh...sape nak try sila msg saya, or pm aku kat ym yek...

=================

Najmi

Hari Sabtu, sebelum darling bawak kereta pi bengkel nak tukar aper tah keter tu...kami pi minum, balik tu singgah kedai, aku tapaukan lauk, tak masak..hehehehe.. Najmi dalam kereta ngan darling...aku pi tapau, dalam kereta Najmi cakap "babah ni, kalau pergi kerja asyik pakai selipar jer, pakai stokin pakai kasut barulah ensem" heheeh mmg pun babah pakai sandal jer pegi kerja.

then dia sambung lagi " tengok mamak tu, dia kerja kedai makan, tak per dia pakai selipar, babah kerja bank, kena pakai kasut, pakai stokin, mamak tu tak pe la.." hahahahah membebel anak aku kat babah dia.. hehehe budak ni... ntah mane dia dapat tu.. haru...

Yea..kami dah lock channel kartun.... channel 60,61 dan 62...ermmm but ada masa-masa tertentu channel kartun amat berguna, supaya dia leka depan tv, so dapatlah kami buat kerja...erkkk maksud aku, babah cuci kereta, mama masak, cucu kain, babah tolong sidai kain...ciss fikir lain korang...

Thursday, June 22, 2006

Minggu ni busy


Minggu ni busy la...Banyak benda nak settlekan.
Adeh ada beberapa payment yang melibatkan para supplier dan vendor-vendor aku lambat...adehh tak tau nak cakap ape...kang ada pulak yang jumpa blog aku ni dok tengok aku bebel-bebel bab marah orang, itu kira masih mulia aku bebel, kalau lagi hina aku bebel tahap _______ isi tempat kosong okey?

Keji betul si Archmall telah mengutuk aku dengan lantang mengatakan blog ni sudah tumbuh semak samun dan lalang, hingga dia nak bukak tender bersihkan lalang...ampeh sungguh... Yo lah Archmal, akak ni tak feeling star macam orang giler tu kan??? yang update sehari 3-4 kali..ahaks...*lariiiiiiiiiiiiiii

Najmi

Di musim piala dunia ni, aku layan tv pukul 8.30-9.30 je tengok AF, peh tu org tu la kontrol tv. Nasib baik tak der game pukul 8.30-9.30 mlm hehehe. So malam aku depan pc je la.. satu malam Najmi naik atas, tempat pc, aku tanya, babah tengok citer apa..mana tau member layan movie ke..

Najmi cakap "babah tengok bola," aku cakap lagi.."ermm tak abih-abih bola,"

Peh tu budak bertuah ni cakap "ye lah babah tu boy, boy tengok bola la..kalau girl macam mama ye la...tengok AF je, tengok konsert la...tengok drama, boy kena tengok bola la," huh!! eksen...tipikal man...

Aku pun eksen gak..

"abih tu Najmi tengok jugak AF tu? Najmi nak jadi girl?" aku provok dia..

"kita budak kecik mama...budak kecik tak per, dia tengok bola pun bukan dia tau, tapi dia tengok Af kiter tau le, ada orang nyanyi-nyanyi...suka tengok diddy dan lotter," kata dia...
dan aku tergelak...haah yek..logik jugak... kalau tengok bola kena faham camne main bola, kalau tengok af, takat tengok orang nyanyi, hiburkan hari kita je...hahaha bijak..bijak...

opss sebelum lupa...nak tanya sape tau camne nak lock channel kat astro?
aku ingat nak lock channel 60,61,62 la... just off lock bila-bile sesuai je utk Najmi tengok kartun, kalau tak siang malam kartun. Kalau dibiarkan berjam-jam dia depan tv tengok kartun... dulu babah dia switch off yang petak hitam kecik utk kilat tu, so tak leh view la astro, tu pun dia layan vcd, otromen, power rangers, lama tu dia dah tau pulak nak switch on benda alah tu...

ok stop cerita Najmi.

Aku nak cerita pasal satu supplier yang berurusan dengan aku ni...ada sorang umat ni (pompuan) dari kompeni R (Mak Andeh u know this lady kan? nyampah sungguh kan?) jenis suka mendesak...jenis suka mengarah kita pulak buat itu..buat ini..jenis suruh orang beli dengan dia, jenis jual nama Dato' tu.. Dato' ni...Tan Sri tu...ini...adoi dah tahap maksima kesabaran dengan minah ni... aku rasa dikalangan librarian semua orang kenal dia kot...

Minggu dia lobi aku untuk buat satu benda..dah le last minute...then mengarah aku macam aku kuli dia, last-last kena sound jugak dengan aku cakap kat dia "please don't teach me how to do my job," then aku cakap dengan dia, i serik dengan you.. kemudian aku muncung-muncung muka dengan dia...tp umat sekor ni muka bebal... kerani-kerani aku semua meluat dengan dia..
dalam banyak-banyak supplier berurusan dengan aku, aku tertarik cara sorang mamta ni.(india) dia kerja dengan satu kompeni ni, cara dia humble dan simple. Kami langgan majalah dengan dia, dan beli buku jugak sikit-sikit dengan dia...

cara dia dia akan drop by sekejap jumpa aku sekali sekala, Just a drop by, sembang2 sikit...tak sampai 10 minit pun kadang-kadang, aku suka, jimat masa aku. dan cara dia very profesional.. aku rasa dia punya masa depan cerah dalam kerjaya dia ni...(hahahahahh poyo aku siap ramal kerjaya orang pulak..)

dah le...aku tak tau nak meraban apa...

nak suruh jawab teka teki boleh....?
soalan 1 kak Sya jgn jawab sebab kak sya dah tau jawapan..

1. "apa beza jatuh perigi dengan jatuh pokok kelapa?"
2. gajah lalu titi patah, kambing lalu apa yang patah pulak?"
3. Lampu apa yang kalau dipecahkan akan keluar orangnya?"

ada byk teka teki ni...cukup le 3 dulu sebagai intro..




sila jawab...

Sunday, June 18, 2006

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa untuk darling...
Sorry tak der hadiah, hehehehe kad je boleh yek...

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Hehehe kad ni sesuai utk dia..all the remote mmg dia pegang, kalau dia ada kat rumah, suke dgn kad ni.. :D

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku tulis Najmi kaler-kaler dan lukis tah hapa..ikan, tapak sulaiman.. bunga dan cik daun katanya..

tapi darling pagi-pagi dah tinggal kami, dia pergi ofis, ada audit, so kena siapkan kerja :-(

tengah tgk tv, tiba-tiba padam lagi..+_(&^&^%^%^^(%^%(*() punya cina, ape punya repair..baru repair dah rosak balik dah le charge RM160. Esok bawak balik, terpaksa angkut tv kecik kat atas bawak turun, tgh tgk AF lak tu...

disebabkan aku tak larat nak ubah tv yang besar tu, aku alihkan sikit ke belakang dan letak tv 14" tu kat depan, biasa, tepi tv tu aku letak bunga kristal sepasu, bila dah alih tv, aku alihkan pasu itu, aku letak atas kerusi kayu kat hall tu jugak... sedang sedap aku melipat kain sambail layan AF, tiba-tiba.. PRANG!!!! aku toleh Ya Allah!!! frustnya bunga kristal aku pecah, si Najmi pun hal, geram sangat, aku pukul tangan dia..pukul dengan tangan aku jer..tp merah jugak la.. sebab dah pesan jangan main kat situ, dia siap lompat-lompat atas kusi kayu tu...konon dia diddy...

Photobucket - Video and Image Hosting
bunga kristal yang tumbang

Photobucket - Video and Image Hosting
3 batang ni jer tak jatuh

Photobucket - Video and Image Hosting
yang lain semua berderai...

Photobucket - Video and Image Hosting
Air mata pun hampir berderai... uwaaaaaaaaaa darling ganti balik...ganti balik.... mama nak set yang baru....

AF-aku harap kekal final Faizal, Farhan, Zila, Diddy dan Velvet.

Budak H tu aduhh tak keluar lagi rupanya minggu ni...suke sangat bila adlin kata ko mat belia...hahahah memang betul..

tapi tak suke la adlin kata kat faizal, jangan hisap ganja, jangan amik dadah, lepas kejutan manis buat faizal, bila AF tampilkan Saleem, aku ni peminat tegar Saleem, suke suara dia..dan aku suka kejutan yang Astro buat tu, so sweet, lebih best dari kejutan 4U2C last week. dan Faizal nyanyi best sekali...(hahahah dah suke nyanyi lagu apa pun best..)

u all suke siapa?

Tuesday, June 13, 2006

Penyakit Malas dah datang


Penyakit Malas update dah muncul..hehehehe kesian korang keluar masuk, citer basi yg sama, dah nak berkulat pun ade...

hehheeh nak ucapkan Selamat Membaca pada Kak Nab, akak opis lame aku dulu...heheheh kak Nab call aku, bagitau dia baca blog aku..bila aku tanya mane kak Nab tau blog saya, Kak Nab kata adala.... jawapan standard bagi rakyat Malaysia adalah... Wah...wahh banyak penapis aku kena guna nak tulis entry, kang terlanjur bicara pulak.hehhehe but as u know me...Pnut suke tulis apa dia rasa nak tulis...Pnut kan poyo!!

Nak jawab soalan Juita kat comment box.
Pnut, Najmi tak mintak 'adik' ke?
juita 06.12.06 - 2:17 am #

tu soalan Juita...

heheheh Sejak Najmi tahu erti 'adik' masa usia lebih kurang 3 tahun setengah, dia sudah ajak kami pergi TESCO untuk membeli adik, dan dia siap bagitau dia nak adik girl nama Tasya. Jangan tanya aku di mana dia dapat nama Tasya. Dan bila kami melawat orang bersalin, dan ada baby nanti dia mesti tanya itu baby girl ke boy? kalau ckp baby girl, dia tanya nama sapa? kalau nama lain dia kata bukan adik dia..adik dia nama Tasya. Kalau baby tu nama Tasya, dia nak amik.

Hehehe pernah sekali kami melawat orang bersalin, kawan aku tu usik dia "najmi nak adik tu amik la," dia cakap, "tak nak, adik kite nama Tasya, ni bukan Tasya," hehehe

Sebelum ni pun aku pernah tulis, pasal kisah ini tp aku malas selongkar entry lama, so aku recyle balik cerita ni dengan cara recyle orang rajin, iaitu menaip semula.

Di sekolah lama dia, ada sorang cikgu taska dia baru kawin masa tu, then org tu pregnant, bila dah bersalin cikgunya bawa baby ke taska,

dia tanya cikgu dia "cikgu mana cikgu dapat baby ni ?" kata cikgu dia
"ni lah baby yang kat dalam perut cikgu hari tu, dia dah keluar,"
"kita pun nak baby jugaklah," kata si becok ni. dan cikgu dia jawab
"Nanti dah besar Najmi kawin, bolehlah dapat baby,"

Balik rumah, dia cakap "Mama dan babah pergilah kawin, kalau mama dan babah kawin nanti boleh dapat baby," heheheheh tergelak aku ngan darling....then aku tunjukkan gambar kawin kami, dan dia jerit dan merajuk...
"mama dan babah pergi kawin tak bawak kite" huhuhu..babah ckp,
"kalau kamu dah ada masa tu idak le mama dan babah bersanding, dah kena kapak masa tu ngan tok kamu," hehhehehe

and this is lawak yang kena ambil perhatian...

Kami pernah bergurau dengan tetamu datang ke rumah, bila di usik Najmi nak adik, kami gurau dan cakap, "camne nak buat adik, Najmi ni asyik tido lambat, tak larat tunggu dia tidur," hehehehe

Suatu hari aku pening kepala, dan aku tidur awal..
esoknya babah ckp Najmi cakap semalam masa aku dah tidur tu
"Babah, mama dah tidur, jom la kita buat adik," huhhhh terkejut babah dia time tu... adeh memang betul la...masa ktia bercakap main-main gitu...dia pun dgr2 gitu, sambil-sambil main rupanya dia simpan, dan kemudian keluarkan. So anda semua hati-hati gurauan anda depan anak-anak...meraka umpama telinga perisik, dengar dengan tajam..

Heheheh ok tuan-tuan dan puan-puan..kreatif tak saya, dari soalan juita yang sebaris, saya mampu meraban jawapan berbaris-baris....heheheh lihatlah betapa hebatnya saya.... orang lain tak aci tiru...

AF 4
Darling meluat sungguh dengan Salima. Aku makin suka karektor Faizal, dulu suka Karen tp dia dah out. Farhan harap dpt kekal sampai final.

Najmi makan nasi, aku masak paprik dan campur carrot, kacang buncis, dan putik jagung tu, tengah makan dia ckp, "mama kita nak Karen," huiks..aku tanya "apa ni?" dia jawab ni le karen, sambil tunjuk carrot... budak bertuah...peh tu dia tunjuk ni diddy (udang), ni lotter (ayam) ni velvet (dia tunjuk putik jagung) Ishhhh haru budak bertuah ni...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
1. YADZIZ & AZILA
2. PURBE DAN FARIHAH
3. SAYANGMAMA DAN ISTERI SAYANG MAMA...(HEHEH TAK IGT NAMA)

SELAMAT PENGANTIN LAMA BUAT RUDY DAN INSYIRAH DAN AKU JUGA...
TAHUN DEPAN KITA SAMBUT BERAMAI-RAMAI...SAMBIL MERAIKAN BESDAY AKU 4/6 HEHHEEH

Tuesday, June 06, 2006

Cerita budak najmi


Ini cerita Najmi

Masa balik kampung hari tu, masa kenduri cousin dia tu, Najmi jumpa dengan the others sepupu-sepupu dia. Sepupu yang dah besar bujang teruna ada group lain, ini sepupu group kecik-kecik..yang umur 7 tahun - 4 tahun. Lepas habis kenduri Hari Ahad tu kami pergi jalan-jalan ke Zoo Taiping, sukanya alahai budak bertiga ni Najmi, Aqilah dan Ammar (dua beradik ni anak kepada adik darling yang tinggal ka Bukit Antarabangsa tu) masuk je dalam Zoo mulalah budak bertiga ni berlari..kejar-kejar, dan nampak harimau diaorg jerit..tiger....tiger...peh tu jerit lagi..elephant...lion...dan segala macam binatang.

Masa mereka happy-happy tu si Najmi jerit panggil Ammar "Amarika.. Amarika"(Amerika) aku pun heran, pe hal lak budak ni dok jerit Amerika..amerika... peh tu aku tanya... "nape Najmi dok jerit Amerika" dan budak bertuah ni jawab... " ye lah nama dia Ammar, boleh la panggil Amarika..." bertuah sunguh budak ni...

Lepas tu balik rumah, diaorg 3 beradik main game kat henpon Aizat, (the other cousin depa yang umur 20 tahun dah) ntah hape game tah..yang aku tau, game macam lumba kereta ke hapa tah. dan salah satu route dlm game tu kena lalu kubur agaknya, sebab tiba-tiba budak bertuah ni bercakap "ehhh amar, kena bawak kete sampai lalu kat tempat yang ada batu yang orang selalu baca Yaaassssiinnn, Wal Qur a Nil Hakeem.." hahahaha berdekah-dekah Tok nya gelakkan budak ni, nak sebut kubur tak tau, dia bantai ckp batu kena baca yassin, aku pun tak tau mane dia dpt info 'batu baca yassin' agaknya dia tengok dalam drama-drama kot.

Baru-baru ni, masa birthday aku hari tu, darling bawa kami pergi makan kat F1 seperti yang dia janjikan, masa dalam kereta, darling bagaitau suruh mesej pengantin-pengantin baru Ajid + Azila, Purbe + Farihah, dan Sayangmama dan erkk saper yek nama wife dia... darling suruh wish Selamat Pengantin Baru, dan mintak maaf sebab tak dapat hadir meraikan pengantin. Sambil aku menaip tu panjang pulak darling dok pok pek..pok pek..pok pek (cthnya, hantarlah mesej, at least kita ingat, wish depa..bla..bla...sekurangnya depa tau kita ingat depa..bla..bla..bukan apa takut depa kecik ati..bla..bla.) pesan suruh tulis tu tulis ni...then aku cakap 'panjang pulak abang ni membebel nak suruh wish selamat pengantin baru pun," heheheh darling pun gelak..

Tiba-tiba Najmi menyampuk..."biarlah mama..orang tua macam tu le..." huhuhu...this is refer tu skrip bila kat kampung opah nya cakap banyak sikit dan bising-bising...dia komplen opahnya cakap banyak, and aku marah dan cakap, "biarlah Najmi opah dah tua..kesian dia," and sekali ni dia ckp macam tu kat babah dia... hahahha terus kami gelak-gelak dalam kereta.
Sampai kat Serdang, ada lagu Radja kat radio, aku nyanyi-nyanyi dalam keter, tiba-tiba budak bertuah ni cakap "hah nyanyi la mama, kalau rasa nak hujan lebat," hahahahaah ampeh punya anak....bertuah sungguh..aku tak tau mana dia boleh dpt skrip macam tu dan dimana dia dengar dan tepat sekali dia bagi sebiji...dusyummmmmmmmmm kat aku... lepas kenakan orang dia buat muka sardin je...muka tak bersalah je...

Balik dari makan, dekat nak sampai rumah dia cakap "mama, esok kite nak pergi swimming pool tau, janji yek," (sebab patut bawa hari ni tp aku malas, sure orang ramai) then aku pun cakap "ye la...ye la...tapi tak boleh lama, sebab mama kena balik awal nak masak pulak," sekali lagi budak becok ni cakap "masak-masak..masak...mama ni nak jadi macam Chef Wan ke, asyik masak je, "

hahahaha Ya Allah..mana pulak budak ni kenal Chef Wan...tiba-tiba dia sebut pasal Chef Wan, so again aku setuju teori doktor, budak-budak simpan semua dlm otak dia apa yang dia terima masa kecil, dan dia keluarkan bila tiba masanya. Agaknya suatu masa dulu dia pernah tengok rancangan masak Chef Wan kot, dan dia tahu Chef Wan tu kerjanya masak... ermmm macam-macam hal budak ni sorang.

Ermm harap dia punya ingatan yang baik untuk pelajarannya nanti. Aku suka konsep sekolah tadika dia..tadika Islam yang guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, so budak-budak boleh belajar agama serta Bahasa Inggeris sekaligus. dan dia pun boleh la communicate simple-simple English dan boleh faham apa kita cakap sikit-sikit.

Najmi pun boleh baca Iqra sekarang, kenal hampir semua huruf dan program yang kami ambik untuk dia merangkumi, pagi kelas tadika seperti biasa, dan petang pukul 3.00-5.00 ada kelas Iqra dan Fardu Ain lengkap belajar semua di satu tempat. Ermm tadika sekarang, canggih you...bukan macam kita dulu tadika KEMAS , pagi-pagi makan roti, biskut, cicah air teh, milo menyanyi, menari.. aku tengok howework tadika Najmi pun macam "huishhh biar betul ni budak ni nak buat macam ni," aku pulak tak confident, tapi mengikut cikgunya memang itu sukatan pelajarannya macam tu.
Ermm anak oi, mama dulu tadika KEMAS tu je la..cikgu pun separa pencen jer, dia le ajar math, dia le ajar sains, dia le ajar lukisan, semua dia ajar..dia jugak tukang bancuh air kadang-kadang. heheh budak tadika sekarang, tengok iklan kerja cikgu tadika kat sekolah Najmi huish...kena ada degree gak..cikgu ajar maths, sains, lain, cikgu ajar Bahasa Inggeris lain, cikgu BM dan agama lain pulak...
Dengan asas tadika KEMAS tu mama kenal A,B,C 1,2,3. menyanyi lagu Kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira hentak kaki...dari tadika tu le akhirnya merasa jugak mama masuk universiti, kamu esok-esok anak oi, mestilah lebih dari mama dan babah ye anak....sebab kamu skrg dapat lebih dari apa yang mama dan babah pernah dapat dulu. Macam tu le kitaran hidup, dulu-dulu mak bapak risau fikirkan hal kita siang malam, la ni kita pulak asyik fikirkan hal anak kita pulak...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino