Tuesday, February 26, 2008

Najmi and Najmi


Minggu ni Najmi ada ujian, dari hari Selasa, Rabu, Khamis, so diaorg tak belajar, ada ujian, mungkin ujian penggal pertama la kot. Budak bertuah ni tak bgtau pun ada exam, bertuah sunguh. Aku tau pun bila aku call sekolah dia untuk maklumkan pada cikgunya dia tak hadir sekolah pada hari Jumaat 22/2/2008 hari tu sebab demam, kebetulan yang angkat telefon tu guru besar dia sendiri rasanya. Sebab suara dengar macam familiar je masa bagi taklimat masa hari orientasi. Cikgunya bagitau ada exam minggu depan tu, and kalau nak jadual, dia nak faks kan. Aku pun bagi no faks, and cikgunya faks jadual tu.

Balik dari sekolah kami tanya macam mana periksa.. And budak ni macam biasa..semuanya senang kata dia..sabo je la... tengok la nanti result camner. Suruh tengok-tengok buku pun tak nak. Dia kata senang tak payah tengok buku. Entah la betul ke idak. Tapi katanya masa periksa tu kawan-kawan dia angkat tangan tanya cikgu macam mana nak buat, dia tak tanya sebab dia tau semua macam mana nak buat. Dia siap cepat, hantar pada cikgu. Babahnya kata, jangan cakap je boleh buat, nanti nak tengok keputusan macam mana, betul ke tak betul yang di buat tu. Jangan nanti aku jumpa cikgu time dapat result, cikgunya cakap macam cikgu kat Children Islamic Center dan Smart Reader Kids dulu, cikgunya kata, dia mmg cepat abeh kerja, kemudian suka menolong kawannya siapkan kerja, supaya dia ada geng bermain dalam kelas. Dan mana kawannya yang tak boleh buat, semua dia tolong buatkan. Sabo je budak sorang ni. Sampai cikgunya asingkan dia dari kawan-kawan sebab nak kawan-kawan dia buat sendiri...eheheh ikut sapa la gamaknya anak ni suka sangat bersembang..

Hari Selasa petang hari tu, kami 3 beranak on the way nak pegi Serdang, nak servis air cond, air-cond keter dah semput, panas macam sedang bersauna je. Masa on the way nak pegi, dia nampak banyak bendera tepi-tepi jalan, ada bendera wilayah persekutuan, so dia tanya tu bendera apa? Babahnya jawab, bendera Wilayah Persekutuan. Pehtu aku cakaplah, "eh Najmi kat sekolah menyanyi tak lagu Wilayah Persekutuan?" dia jawab nyanyi. Then aku tanya la, camner lagu Wilayah Persekutuan? dia pun nyanyi, tp part Wilayah....persekutuan....wilayah...persekutuan..ehehe ntah betul entah tidak, aku bukan tau.. Kemudian aku dah pejam-pejam mata, silau and panas, ingat nak lelap sekejap. Malas nak join depa sembang.

Kemudian babahnya tanya, lagu sekolah macam mana?
Dia kata dia tak tau lagu sekolah tak ingat, babahnya desak..nyanyi la..takkan tak tau..apa ni..lagu sekolah sendiri pun tak ingat..

Dia diam jap..fikir...pehtu cakap "tak ingat kita ingat ni je..(sambil nyanyi ikut rentak) sekolah presint 16 dua...bla.bla..." aku pun tak ingat..

pehtu babah dia kondem lagik, apa la lagu sekolah sendiri pun tak ingat...

Lepas tu dia cakap kat babah dia "hah, babah tu macam mana lagu sekolah babah?" eheheh babahnya diam... mgkn tengah fikir nak hentam lagu sekolah yang dia dah lupa camner..hiks...

lama Najmi tunggu, pehtu dia mula desak, cepatlah..cepat...

Then babahnya cakap, "entah, babah dah lupa, tak ingat macam mana?"

hehehehe Najmi sound "ellleehhh lagu sekolah sendiri pun tak ingat, sebok nak tau lagu sekolah orang, apa la babah ni," hahahahahhaha aku terus tergelak, tak jadi nak lelap...aku gelak sunguh-sungguh... bukan apa, nada dan aksi Najmi tu selamba je sound babahya sambil muka pandang arah lain, and buat muka macam orang dah boring sangat-sangat....heheheeh kena sebiji babahnya petang tu..hiks...

Cerita semalam dia.
Semalam petang aku belikan soya, sekotak besar, time pregnant ni mmg suka beno aku dengan soya, kalau dapat soya setiap hari pun suka bebeno. So petang lps dia bermain, dia mintak izin nak minum soya tu, aku cakap tuang la dalam mug elok-elok jangan tumpahkan. Dia tuang elok, siap letak air kiub 3-4 ketul dalam tu. Ehehe kemudian dia pegi tukar baju sekolah agama dan solat asar.. ehehehe aku nengok sedap pulak air soya ada ais tu, aku teguk sikit.

Lepas dia solat dia datang tengok soya nya dah susut,

dia tego aku, "mama minum air kita ek?"

aku jawab "haah minum sikit je,"

then dia jawab baek punya..."mama, kenapa minum air kita tanpa izin? kan mama cakap, berdosa makan minum makanan orang tanpa izin, " erkkkkkk macam nak koma kejap... malu ooooo... tapi fikir balik, at least dia ingat pesanan babahnya yang selalu pesan macam tu. So aku kena say sorry, dan minta dia halalkan, kemudian dia cakap "ok, tak per..mama kan minum dengan baby, kita tak kisah pun, tapi kenalah minta izin dulu," uhuhuhu rasa nak nyuruk je.. malu tau..

Semalam babah balik lambat, dalam 6.30 babah dah call bgtau babah akan balik lambat. So dalam pukul 7 lebih, Najmi dah bertanya mana babah tak balik lagi, aku cakap la babah ada kerja, balik lambat. Dia ok, pegi mandi and solat maghrib. Lepas solat dia buat homework dia, kemudian dalam pukul 8 dia tanya lagi, muka macam sedih je. Aku cakap belum lagi babah nak balik, aku ajak dia makan malam dulu. Masa nak makan, dia macam pandang je nasi tu, macam tak selera nak makan, aku tanya la kenapa. dia cakap "kita risaukan babah ni, kenapa babah belum balik, dah malam dah, jarum pendek tu dah dekat pukul 9, jarum panjang tu dekat pukul 6 dah, selalunya jarum pendek pukul 6 babah dah balik."

Aku pun cakaplah babah dah telefon, dia lambat balik, tengah makan babah call, aku cakaplah Najmi rindu babah, babah cakap kejap dengan dia, kemudian lepas letak telefon dia nangis lagi. Aku tanya kenapa, dia cakap dia risau dan rindukan babah. Uhuhuhu sebak pulak nengok dia..kalau ada babah asyik tak ngam je dua org ni. Ni situasi yang sama dengan babah kalau anak takder time mak tok bawak balik ke kampung masa dia kena demam campak dan sakit kulit dulu. Babah asyik termenung dan kejap-kejap nak telefon.

Lepas abeh makan, dia still sedih. Aku suruh dia solat Isya' lepas solat Isya' dia baring atas katil, ingatkan dah tido, rupanya tengah menangis. Huh emosi sungguh. AKu pujuk-pujuk dia cakap suruh dia tido, nanti babah balik, babah kiss Najmi. Dia tak nak, dia kata, dia nak tunggu babah balik juga, dia nak tengok sendiri babah dah balik, kalau sampai pukul 12 pun babah tak balik, dia tetap akan tunggu...uhuhu terharunya... Then aku ajak dia tengok tv, oklah dia ok kejap. Dalam pukul 9 lebih baru babah sampai, terus dia peluk dan sembang-sembang dengan babah. Over kan...itulah as i said, sejak dia nak ber'adik' ni dia mmg emosi dan manja over sangat. makan nak bersuap, tido nak dibelai. Sebelum tak perangai macam tu pun, lone ranger dia dia buat semua sorang diri, aku pun tak melayan sangat, tanak dia manja-manja sangat, tapi dalam keadaan skrng sabo je la..

Bila dah selesai berpelukan tu, babah tanyalah "kenapa Najmi risaukan babah?" dia jawab "ye la, kan babah kata, kalau kita notti, tak nak dengar cakap, nanti babah tanak balik awal, nak balik lambat-lambat, supaya tak nampak Najmi notti dan tak payah marah-marah Najmi, itulah kita risau babah balik lambat sebab notti, kita tak mau la notti tanak babah balik lambat lagi, biarlah babah marah, kita dah merajuk, asalkan babah balik awal je," ahhahaha ayat sama dengan babahnya bila anak tak der depan mata. "rindunya dekat najmi, kalau dia ada depan mata skrng, bukaklah t kartun sepanjang masa, mainlah punggahlah mainan, buatlah apa, abang tak mau marah, ni tak ada sunyi sungguh," hiks... sungguh tak faham tau. Itu lah dua hero aku, ada masa tak ngam, tp bila berjauhan jiwang le pulak. Emosi semacam.

Ermm entahlah..hanya lelaki memahami lelaki.

Tak sabo nunggu minggu depan, nak balik kampung.... bestnya...
boleh makan tepung bungkus, makan limas lagi kat sauk, ermm nak mak buat laksa, nak makan donut mak, mak bawak najmi berkubang dalam bendang, nak itu.nak itu...

Pssstt drama Bella semakin panas, tapi tak bestnya sebab Ako punya part tak der pulak sejak minggu ni..boring la asek muka anak si Leman tu je. Dah le jadi jahat dalam drama tu, nyampah tau... Ermm ni aku maleh terjebak drama-drama ni... kena follow pulak setiap hari.

Monday, February 25, 2008

Nilai 3


Entry bergambar saja..tader idea menulis, jadi kita layan gambar sahaja...
Cuti hujung minggu adik ipar dan ibu mertuaku datang ke rumah, my adik ipar akan kahwin cuti sekolah akan datang, so datang sini ada kerja sikit, and terus la bershopping di Nilai 3,

So selain temankan adik ipar aku membeli barang kawen dia, dan aku secara tak langsung menjadi penasihat tak rasminya..aku pun sempat menge'pow' encik abang aku bershopping di kedai favourite aku, iaitu KK, kedai menjual barang-barang ala henglish style.. menambah koleksi vantage made in china aku.eheheh kalau original vantage koyaklah poket, lagipun aku minat barang perhiasan dia je, pinggan mangkuk set-set kureng berminat. Dan memandangkan aku mmg dari dulu suka english-english deco ni, maka bersesuaian kedai ni wujud di Nilai untuk umat berpoket nipis seperti aku. Dan itu hari masa kami beli barang kat kedai Bagus Kajang, on the way balik, darling nampak ada kedai KK buka kat Kajang..yahoooo bestnya...So kat Nilai aku beli sikit je, sbb bajet tanak lebih RM150 aku spend kat situ, sbb nak beli bunga-bunga lagi untuk deco..

Ermm Isnin pulak aku rasa amat penat, dan pening kepala, so terpaksa MC, balik dari klinik, aku terus rest and tido..bangun dah tengahari, boringnya... nak tengok tv pun tak der citer best, maka aku layan mendeco segala barang yang dibeli kat Nilai, and alih barang-barang rumah yang ringan-ringan. Umat macam aku ni mmg jenis tak reti duduk diam, mesti ada benda nak dibuat. So mari kita lihat apa yang sapinat telah buat..

Ni sebahagian dari barang-barang yang dibeli tak termasuk bunga dalam bakul, kat belakang tu, and alas meja tu yes, dibeli kat nilai reganya sepoloh ringgit je tau, kalau kat lovely lace cam tu dekat puluh-puluh ringgit. Pasu yang tinggi tu tak le sekali bunga, bunga tu beli asing satu RM.6.90, aku beli 4, tu pun macam tak berapa penuh, patut 5, murah je kan, kalau kat lovely lace belas-belas setangkai tu. And deco plate tu yang dibeli kat KK, murah-murah je, pasu kaca macam teko yang ada bunga rose ala english tu RM19.90 je..pandai dia tiru macam vantage gitu..
Photobucket

Ni pulak apa benda org putih panggil ni ek, tak ingat pulak namanya, apa je la..benda ni tin je, kualiti dia ermm aku rasa tin susu lagi tebal, comei bekas ni RM9.90 satu, of course le kosong bekas tu, so beli bunga RM1.oo setangkai, balik aku potong-potong dan cucuk dalam basu tu, so kosnya dalam RM12.50 le satu bekas kecik tu...uhuhu jimat...kalau beli kat kedai lovely lace satu pun puluh ringgit tau..

dalam pic ni satu dah siap, satu lagi akan di deco lepas solat zohor, time ni dah masuk zohor dah..tunggguuuu... erkk sila abaikan background bersepah di belakang tu ye..
Photobucket

Lepas solat..sambung kerja gubah bunga dalam bekas tin tu.. alihkan meja bulat ni, ke depan, tukar alas meja beli kat KK jugak, alas meja tu RM26.90 je, kat lovely lace satu tu RM80++ mak mampu nengok je ouls kat sana.

Tadaaa sudah siap corner ini ditukar hiasannya...simple je kan..biasalah org2 henglish mmg gubah bunga main letak-letak je..very the sempoi..
Photobucket

ok, pic dari jauh, corner yang di make up semula. kerusi tepi tu mmg sengaja diletakkan di situ, itu tempat Najmi pakai stokin pagi-pagi
Photobucket

Ok pasu ni pulak tempatnya di tempat meja bulat kat atas tu sebelum ni sudah dialih ke corner lain di ruang makan + menonton kedua... nanti nak cari lagi pasu-pasu ala-ala etnik nusantara pulak kat area sini.
Photobucket

Ok, next, kemaskan almari ni pulak, ermmm ingat nak lap habuk, tapi aku alergik sangat dengan habuk ni nanti selsema, tunggu "tati" our monthly helper datang buat kerja, akan ku suruh dia lap. so just alih-alih barang keluar, dan masuk yang baru.. tukar susun atur je la..
Photobucket

Kemudian susun barang baru di beli, and yang dialihkan dari almari tadi ke atas meja konsul.. macam tak cukup lagi ni babah..nak tambah lagi nanti..eheheheh
Photobucket

tadaaa siap berkemas,
Photobucket
sangat tak masuk kan, meja konsul tu dengan cermin jati tu, ermm tak per..nanti kita pow babah lagi ye..beli cermin lain..hiks...

ok next..pinjam gambar najmi sat..
nampak kabinet kecik kaler pink tu? and meja bulat beralas meja yang huduh tu? meja tu dah minggu lepas dah alih ke hujung corner kanan tempat pasu bunga beranting-ranting tu, and now alihkan kabinet kecik ni kejap, test dulu berat ke tak..kang tak pasal babah marah. dok alih-alih benda berat dalam keadaan aku camni..oh ringan je..so main tolak, heret je la..
Photobucket

tadaa...alihkan ke sini, so ruang tu tinggal bangku kayu tu je, kosong nampaknya kan..ehem..ehem...babah dah janji lemari ala-ala hutch buffet kat situ hikss...aminllaaaaa kompeni dia bayar bonus bulan-bulan-bulan-bulan-bulan...dapatlah beberapa janji babah..harap-haraplah CEO depa bermurah hati ini tahun kasi up itu bonus...nunggu Pak Lah kasi bonus kat org gomen, kecewa diriku ini tau..

Psstt nak nak tau hutch buffet camner...nanti tengok kat end of entry ni makcik pnut taruk tau..
Photobucket

Then tukar alas meja makan, actually, meja makan ni belum tempah lagi alas kaca atas tu...so kira temporary je la alas ni, tukar alas meja ni dari alas meja kat meja lain, ermm lupa pulak amek pic meja yang telah disusun dengan frame-frame..kira tukar-tukar je..dari meja tu tukar ke meja sini..

Simple je la...maklumlah bajet rendah kan..pasu kecik kiri kanan bunga tu bertujuan untuk tempat letak sudu kalau ada tetamu datang..Actually ada beli alas pinggan untuk atas meja tu, cantik, ala-ala etnik nusantara gitu..tapi ntah babah simpan kat mana ntah dlm stor, malas nak selongkar, karang dia marah punggah stor tu..tunggu angin babah ok untuk dia cari balik.
Photobucket

Lasttt
Gantung deco plate ni, tapikan ini bukan tempat dan deco sepatutnya...ia patut rendah sedikit, rapat dan sepatutnya dia mengapit jam yang cantik yang dibeli tapi jarum dia rosak itu, jadi sementara nak tunggu babah drill dinding lagi, letak je mana tempat yang sudah ada lubang dan skru. Ermmm nak nunggu laki drill semula lobang ontah bila.. uhuks...
Photobucket

Maka siaplah kerja-kerja aku di kala kebosanan, ermm banyak lagi nak dibuat..tapi poket nipis, so sabo-sabo je la...

Najmi
Ni Najmi dengan sepupu dia..semua sebahagian dari Mior yang ada..hiks..satu patern je kan... itu hari dia demam, masa aku call sekolah dia bgtau dia demam, cikgunya yang angkat telefon tu tanya anak nama siapa, bila aku cakap Mior Adha Najmi, dia cakap.."Ooo Mior, satu Alamanda ye.." eheheh tahu cikgunya..mentang la anak aku sorang je nama Mior kat sekolah tu, senang cikgunya nak ingat. Kakak ipar aku cerita anak-anak dia pun sama, ada 3 je Mior kat sekolah anak dia, and ketiga-tiga Mior ni adik beradik.
Photobucket

And budak sekolah zaman sekarang yang penat buat homework and penat membaca buku..sian dia, terlena di meja makan, dan terlena bila baru je pegang story book tu.
Photobucket

Photobucket
Sian dia kan...
Ni pulak pic dia last week, hari Jumaat, tengahari nak hantar dia ke sekolah agama, dah siap pakai baju, aku pakaikan apron aku supaya baju dia tak comot..eheheh dia cakap macam dia macam chef.. macam chef Well Kitchen...ahahahah pehtu aku gelak..bukan well kitchen la...hell's kithcen..yang cehf ramsky le nama dia tu..kami peminat tengok rancangan tu.
Photobucket
ok seperti di katakan tadi..
ni contoh buffet hutch yang berkenan di mata...bilalah nak mampu beli nih..mampu nengok je la..lawa kan...
bilalah nak menang peraduan 25 ribu shell ni...atau dapat cabutan bertuah sijil simpanan premium ni...hiks.... berangan le kan...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, February 20, 2008

nak makan tepung bungkus la..


Terima kasih atas doa kalian semua...
semuanya amat dihargai....
terima kasih banyak-banyak...
panjang lagi perjalanan ini, suspen je...
nanti-nanti aku nak tulis mengenai perihal kehamilan ini... semuanya sudah tertulis..tapi simpan as draft dulu, nanti-nanti akan dipublish sebagai catatan kenangan untuk keluarga kami..

Aku dan drama
Petang-petang pukul 6.30 aku layan drama sekarang, dulu layan drama bersiri SPA Q, skrng layan drama Bella, citernya tader la best mana, biasalah citer melayu, over je lebey...tapi disebabkan..ada hero favourite aku di situ...iaitu Ako, maka aku melayan je drama tu, and lama-lama jadi follower pulak... Pandai pengarah tu tau..amek Ako berlakon. Saper lagi layan drama tu meh sini jangan malu-malu mengaku...ehehe padahal sebelum ni terlayan SPA Q, konon-konon lps abeh SPA Q, tanak terjebak lagi dah...eheeh rupanya idak ye...

Dan aku berjaya menjebakkan darling melayan drama bersiri ni jugak, best jugak dia sama-sama melayan, eheheh sbb tak payah berebut channel, and boleh teka meneka what next..eheheh semalam darling tak dapat tengok, dia balik lambat, so aku buat sinopsis. tu je sesatunya drama aku layan, yang malam-malam punya aku tak layan.

Akademi Fantasia..
Dunno la camner rentak AF kali ni, dengan pengacaranya AC dan Kak Mah Gali tu, aku rasa takat AC tu aku leh masyuk lagik..tapi si Sarimah tu...tak boleh la aku cuba nak berkenan kat dia.. rimas sungguh. Tambah pulak ada perserta tua pulak kali ni..very the umur dah asar nak masuk AF katanya.. ishkkk tak seshuaiii la...cannot imagine la...nak menari tarian menuju puncak tu..jenuh Linda Jasmin nak buat kereograf.. sengal sungguh la..

Kepada yang email saya minta saya tunjukkan step by step buat roti tu..Insya-Allah nanti kalau saya rajin dan buat roti lagi, saya akan ambil pic kan..Masalahnya cik abang saya ni kalau disuruh mengambil gambo, mmg out la..blur la..berbayang la..senget la..tak berbakat tau..nak mintak tolong cik abang kecik, tengok mood dia, kalau mood dia ok, boleh la suruh tolong amek gambar, kalo tak jenuh memujuk.

Sebut bab abang kecik ni..sejak ni mmg agak meragam, ada je tak kena, suka merajuk dan 'lemak' ke main. Bila aku cerita kat mak, mak kata, budak-budak nak ber'adik' gitulah suka buat perangai..erkkk budak lagi ke?? aku rasa dah beso dah, dah darjah satu pun, ermm mungkin jugak, dia rasa babahkan manjakan mama, mama pulak tak berapa sihat, jadi kurang la nak bergurau senda dengan dia, lepak-lepak atas katil layan story book, layan main games sama-sama. Mungkin dia rasa tersisih, cuma budak dia tak reti nak luahkan, dia tunjuk dengan cara protest. Kenalah aku dan babahnya double sabar ni.. Babahnya sekarang mengambil konsep buat derk..kalau dia mengada-ngada, babah buat tak layan, kalau dia merajuk babahnya biar je.. tapi aku tak sampai hati..tapi lagi di layan, lagi mengada-ngada, penyudahnya aku yang hilang sabo..ehehehe.. last-last aku kena marah dengan babah "itulah orang suruh biarkan awak pegi layan, penyudah, awak yang marah-marah, dah tau kena kontrol BP, dok marah-marah nanti BP naik baru tau,"

Tapi aku pun power jugak tau, bila aku dah mula nak hangen, aku akan cakap kat dia "ok, Najmi buatlah apa yang Najmi nak buat, don't talk to me, i don't want to talk to you," ehehe kemudian aku akan masuk bilik kekonon merajuk..hiks.. biasanya kalau mood babahnya ok, akan ada sessi man to man talk, and lepas tu, ala-ala gentleman dia datang salam dan say sorry...dan mama pun cair tau... kalau mood babahnya pun tak ok, dia akan tidak dipedulikan, sehingga dia sendiri rasa bersalah, dan datang cakap "ok lah, kita minta maaf, kita dengar cakap mama," ehehehe aku pun buat-buat jual mahal sikit, eksyen-eksyen sikit, pehtu dia cakap, "oklah nak salam, dan nak kiss," holaaaa cair tau...

Ermm mana ek nak cari tepung bungkus ek..terasa nak makan, sedapnya...nyum..nyum... kat pasar malam pun cari tader tau... erm nampak gayanya kalau takder jugak, kena buat sendiri jugak la...renyah le pulak...

ni gambo pic tepung bungkus di blog kak Hani liza yang membuatkan aku terliur..sangat bahaya masuk blog kak liza, bikin kecur air liur je..nengok kuih dan lauk pauk.. akan ku buat rasanya hujung minggu ni kalau sampai esok ku cari tak jumpa...

Sunday, February 17, 2008

Buku Merah


Photobucket

Ni Buku Merah yang kena ada kalau check up pregnant kat spital/klinik gomen.

Last month aku check up, kerani kat kaunter pendaftaran sebok tanya aku pasal buku merah, buku merah. Aku cakap aku belum ada buku merah, doktor tak bagitau apa-apa, pehtu kerani tu cakap dengan aku, kena ada buku merah. Aku cakap tak per nanti aku tanya doktor. Aku request kat kerani tu nak jumpa doktor favourite aku, Dr. Jam*l, dia ni doktor pakar, tapi sangatlah baik hati dan bersopan santun, aman damai aku berjumpa deangan dia. Jadi visit yang lepas tu aku cakap kat kerani tu aku nak doktor Jam*l, uhuhu kekwat tau kerani tu dia cakap, kenapa nak dengan doktor J? aku cakaplah sebab dari awal lagi aku dengan dia, aku ada problem dengan high bp masa pregnant and senang dgn doktor ni sbb dia tau bila dia nak tukar ubat, bila nak naikkan dos, or tambahkan ubat, kalau aku jumpa doktor lain pun nanti-nanti doktor muda belia tu akan refer kat dia juga untuk final decision.

Kerani ni cakap, ok kali ni saya bagi, lepas ni tak boleh pilih doktor, sbb orang ramai kena ikut que.. la...aku tak minta cepat pun, ikut turn la, kalau lambat gua tak kisah beb, janji dapat jumpa Dr. J. aku diam je.. Maka hari tu aku dapat jumpa Dr.J dan tanya dia pasal buku Merah. Dr.J kata memang kena bukak, awal-awal tak perlu lagi, sebab doktor nak tengok dulu perkembangan janin peringkat awal. So masa last visit tu doktor scan nampak 9 minggu so dalam appointment book aku, doktor tulis to open atenatal book.

So minggu lepas aku pegi check up tapi kali ini, mmg takder jodoh dengan Dr. J, sbb doktor J pegi periksa PTK. Eheheh tadi aku nak cerita pasal buku merah, dah tercerita pasal Dr. J, hahahah biasalah nama pun blog ceritapnut maka banyak la cerita aku kan..

Ok balik cerita Buku Merah, di hospital ni, mula-mula kena register kat kaunter pendaftaran umum, means amek nombor dan dia akan register ikut klinik mana kita akan jumpa doktor, masa nak amek nombor, ada sorang nurse sangat kekwat, tak sangka dalam zaman skrng wujud lag nurse specis camni kat hospital canggih, aku ingat nurse jenis makcik bedah, mak cik senah, cik nab dah pupus. Masa aku hulur appointment book aku, dia baca lah part to open atenatal book, dia tanya aku, mana surat refer dari klinik atau hospital. Aku cakaplah aku tak der surat rujukan, sbb dah bertahun aku follow up kat sini sejak aku mula jumpa doktor untuk rawatan kehamilan, sampailah aku dua kali gugur kat sini, dan pregnant yang ini, dari dapat tahu kandungan 5 minggu doktor dah bagi appointment 3 minggu sekali. Pehtu nurse tu kaver malu dia, dia kata, kena surat refer sebenarnya sebab itu prosedur, aku macam nak memberi serangan balas, tapi kena sabooo kang bp aku naik tak pasal masuk wad.

Dah setel bab register kat depan tu, pegi register pulak kat klinik A (O&G) jumpa lagi adik kerani yang dulu tu, eheheh kali ni aku terdengar ada staff mention Dr. J takder, pegi PTK, maka aku tak request le nak jumpa doktor J. mana-mana doktor pun tak per la..so kerani tu kasi aku buku merah tu suruh isi, pehtu pegi timbang dan amek tekanan darah. Oklah hari tu tader la tinggi sangat BP ak 140/91, aku pun lega la..then pegi balik kaunter tu, kerani tu cakap kena jumpa nurse kat belakang kaunter untuk isi particular dalam buku merah. So jumpa nurse yang again very the makcik bedah. Dengan muka tak berapa mesra rakyat, dia tanya aku,

"Ni kali pertama datang ke?" aku jawab tak..dah banyak kali, (padahal dia takkan le tak nampak appointment book aku dah penghujung, lagi satu page je nak tutup buku kena bukak buku baru)

"Ni mengandung anak no berapa?"

Aku jawab, "anak no. 2 nurse," dia pun isi,

pehtu tanya lagi, "anak no. 1 tu berapa tahun? lahir berapa berat? bla..bla...bla...
aku pun citer la, anak tu tak cukup bulan, lahir 30 minggu sebab saya ada tekanan darah tinggi," pehtu dia tanya "hidup anak tu skrang?" holaaaa kejam nya tanya...patut dia bermanis bahasa, "sekarang anak tu sihat? takder masalah ye.." (ini ayat doktor J masa mula dia check my previous history of pregnancy) sejuk sikit kita dengo.. pehtu aku pun jawab kaso sikit le.. aku kata "haah hidup, sihat..dah masuk sekolah dah, Alhamdulillah, "

pehtu dia tanya blood group aku..part ni aku sengal sikit, boleh aku lupa blood group aku, pehtu aku cakap, nurse boleh check tak dlm database, rekod saya, saya lupa la..uhuhuhu makcik bedah marah ouls... makcik bedah kata, "saya tak cukup masa nak check, patient ramai, ambil masa nak check semua tu..,"

Pehtu apa tah lagi dia tanya, dan aku bgtau mengenai ni kehamilan aku ke4, dua kali sebelum ini gugur...wahhh melatops makcik bedah, dia marah ouls..dia cakap, "laaa tadi saya tanya awak kata anak no. 2, dia dah 4 pulak," wahhh makcik pnut pun malatops jugak.. aku jawab "tadi cik tanya saya anak nombor berapa bukan hamil kali ke berapa? itu dua benda yang berbeza," makcik bedah cakap, sepatutnya awak bgtau la ni anak ke dua tapi kehamilan ke 4," chehhh aku jugak salah...sakit hati tau...

Aku pegi dengan darling, saja aku paksa darling cuti temankan aku, sbb bosan tau pegi spital gomen, lagipun darling pun nak jugak tengok doktor scan baby tu. So lepas dekat 3 jam tunggu dapat jumpa dengan dotkor comel dr. S, doktor scan, dan nampak la baby kecik dalam rahim, doktor tunjuk, ni heart beat dia, ok, ukuran janin pun ok, ngam dengan kiraan tarikh last period you, and ni tangan dia, tengah develop, and ni kaki baby baru nak develop, tangan dia lebih panjang dari kaki masa ni, aku tak nampak sangat, sebab skrin tu pantul cahaya, tapi aku nengok darling sengih-sengih nengok baby tu sudah develop tangan dan kaki, lepas scan doktor nak tengok aku punya rekod bp home monitoring record.

And mula tu dia kata nak naikkan dos, but kemudian dia kata kena refer doktor pakar dulu, eheheh see kan aku dah kabo tadi, doktor muda belia ni akan refer doktor pakar/senior dulu, so lps dia bincang dengan doktor H, Dr. S kata tak perlu naikkan dos, sbb bp nampak terkawal tidak naik terlalu tinggi, so maintan dos yang sama. Syukur Alhamdulillah semuanya ok.. Maka selesaikan peristiwa check up hari tu, dengan kisah tragis buku merah.



Darling kata serik nak pegi lagi..eheheh, dulu masa Najmi kami check up kat swasta, sonang le memalam pun boleh pegi, tapi end up aku ada problem dan ada darah tinggi, tak pasal-pasal kena naik ambulans dihantar ke hospital gomen juga akhirnya, sebab doktor spital swasta kata risiko tinggi bersalin kat hospital tak cukup peralatan, untuk sambut pre-mature baby. So kali ini aku memang hendak check up awal-awal kat spital gomen supaya senang. kira booked terus je la..Even kalau terpaksa lahir awal, doktor boleh standby dengan pakar kanak-kanak, dan booking ventilator baby, kalau dulu jenuh doktor tu call sana sini cari hospital yang available ventilator baby. harap-harap kali ni boleh lebih 30 minggu, dan lebih berat dari abangnya. Tak larat nak duduk hospital lama-lama...

Kalau dulu masa pregnantkan Najmi gua steady beb..menten, tak mabuk langsung, sebaliknya my darling yang uwek-uwek...pagi-pagi dia uwek-uwek seround dalam toilet, and demam dan tak sihat memanjang, kali ni aku mabuk dia pulak mengidam..hahahaha..semalam cik abang nak makan pengat pisang yang tahap teringin nak makan tu dah terasa-rasa di hujung tekak, dan nak jugak-jugak, eheheh maka sepetang kami round mencari pisang yang sesuai utk dibuat pengat, yang ada pisang emas jer, mak kata tak sesuai, last sampai ke Bangi kami cari, jumpa jugak, pisang abu...ermmm kira ok lah...

tapi tiba balik rumah aku cakap malas nak buat malam ni..ehehehe esok je ek..dia kata ok, tiba-tiba aku cakap buat roti jala je la..sbb siang tadi masak kari ayam...wahhhh dia pun dengan excited...yeay..yeayy buatlah mama..buatlah sedapnya cicah kari...eheheheh lepas ni apa lah pulak ye babah... so smlm dinner roti jala kami anak beranak.

Najmi...

budak sekolah sekarang banyak beno homework kesian aku nengok... ni pic dia, dah dekat pukul 10 malam dok buat homework lagi, ni homework sekolah agama...Malu beb, anak dah pandai bahasa arab, boleh mengira dan baca nombor-nombor dalam bahasa arab, emaknya pun kena belajar dengan anak dia, eheheh, mujurlah budak ni mudah memahami, dia dah faham dan hafal semua nombor dalam bahasa arab dan boleh baca jawi dan patah perkataan, jadi dia mengeja sendiri semua, kalau tak jenuh aku nak ajar dia mengira dalam bahasa arab, sebab aku pun tak reti mengira dalam bahasa arab... bagus sekolah agama dia ni, ustazah dan ustaznya tegas, kata najmi siapa tak hafal, siapa asyik baca salah, kena cubit kat perut, atau kena rotan kat tangan, aku tak tau le kalau ada mak bapak komplen, tapi bagi kami, biarlah sesekali sekurang-kurang najmi berdisiplin, rajin betul dia kalau kena hafal dan baca apa yang ustazah suruh, takut kena cubit.

Sebab ustazahnya tegas dan sungguh2, aku nampak dia boleh baca jawi dengan baik walau belum lancar, sebab aku dengar dia baca bab najis, dan jenis-jenis najis dalam buku bacaan dia, aku ingat dalam rumi rupanya dalam jawi.. Kalau aku dan babah nya suruh, jenuh riuh rendah sebab dia akan mengelak itu ini, tak nak membaca, jadi ada ustazah garang, baru dia tau..

Photobucket

Monday, February 11, 2008

halal haram tanpa sedar, and roti


Kadang-kadang benda kecil kita tak sedar, tapi sebenar ianya beri impak yang besar.

Itu hari, kami pergi beli barang-barang dapur di TESC* Kajang, masa tengah berjalan-jalan tu, mula-mula aku nampak ada satu family ni, anak beranak, abang dan kakak ni ada la 2-3 orang anak, yang sulung tu dalam darjah 5 atau 6 camtu le, yang budak ni selamba je dok ambil buah anggur kat tempat sejuk display buah-buah tu diaorang dok makan, dok makan depan mak ayah diaorang pulak tu, ayah dia pun join ambil sebiji dua merasa buah anggur tu, malah wifenya siap ambil sebiji suakan ke mulut anak dia yang masih baby dalam stroller, ermmm tak sedar ke, diaorang tengah makan benda yang belum di bayar, dan tak pulak tertulis boleh rasa ke apa kat situ. dan bila makan tanpa izin gitu tak terfikir ke halal or haram tu..

Terus aku pesan kat Najmi pelan-pelan, Najmi jangan usik apa-apa buah ni kat sini, tak boleh ambil makan tau, kalau nak makan kita suruh dia timbang, nanti kita bayar dan boleh makan. tapi dia tak puas hati, dia kata kenapa orang tu boleh makan, aku cakap mungkin diaorang tak perasan, terpaksala cover, sbb takkan nak aibkan orang pulak. Lepas je lalu dari ruang tu, aku ke ruangan barang kering, aku carikan kismis sebab teringin nak buat roti kismis, aku nak beli kismis timbang tu je. Pun sama, masa aku tengah ambil plastik nak menimbang, ada satu pompuan ni, lalu dan jemput sedikit kismis dalam bekas tu, selamba je dia berlalu dan sambil kunyah-kunyah kismis tu, malah siap bagi-bagi lagi kat anak-anak dia... Erkk aku pulak rasa macam tak bestnya nengok.. sedih pun ada.

Itu hari hubby ada beri Najmi seringgit, budak ni nak beli air milo tapi tak cukup duit, kawan dia beri dia dua puluh sen, baliknya dia cerita, so esoknya aku bagi dia RM1.40, dan suruh dia pulangkan balik 20 sen pada kawannya, dia cakap tak payah, sebab bukan dia minta, tapi kawan dia yang bagi..see..budak-budak manalah dia faham konsep berhutang, so darling terangkan, apa pun yang bukan hak kita, kena pulangkan balik kepada tuannya. Harap-harap dia jelas dan faham. Risau aku memikirkan benda-benda kecil gini kalau dia tak faham dari awal.

Eheheh kadang-kadang kami sendiri terkena balik..contohnya kalau kami pergi pasar malam, dia minta beli nugget, sosej, jagung or apa-apa la..so bila balik letak atas meja, dan aku or darling aku amek sikit nak merasa-rasa, dia akan marah dan cakap, tak baik, berdosa ambil hak orang tanpa izin.. Eheheh kadang-kadang aku cakap, "eh ini mama yang beli, ini duit mama, boleh la ambil sikit" dia menjawab "memanglah mama beli, tapi bila mama beli, untuk kita, dia jadi hak kita, jadi mama kenalah minta izin" ehehehe kena balik.
Sama juga, kadang-kadang aku pinjam pembaris, pensil dia, mesti dia akan tegur kalau aku amek tanpa izin dia..

Jiran
Membaca komen Zino dalam entry yang lepas cerita pasal kejiranan, aku akui, kejiranan sekarang mmg agak sunyi berbanding dulu-dulu, terutamanya di bandar ini, memang kita jarang bertegur sapa, macam aku sendiri pun, nak bersembang dengan jiran memang jarang sebab masing-masing kerja, balik rumah dan petang, masa petang ni la nak masak, nak membasuh, memang tak der masa nak berbual, sesekali kalau bertembung time nak keluar kerja, or balik kerja, sempat la berbual kejap.

Jiran yang share dinding dengan kami ni best, peramah dan suka berkebun sama kami di belakang rumah..and belakang rumah kami memang masih luas tanah untuk berkebun, so masing-masing bila time berkebun berborak sakan, and nanti nak ajak diaorg 'berkelah' belakang rumah, sebab diaorg pun suka lepak belakang rumah dan minum-minum petang, last week darling dan najmi menebas rumput aku buat bubur jagung dan kami minum petang di luar rumah, mmg best, angin kuat dan sejuk je. So rasa macam duduk kat kampung le jugak..eheheh, cuma darling kata tunggu ada duit sikit nanti boleh buat wakaf.

And one thing lagi, aku rasa orang jenis tak keluar rumah rumah bukan dia tak nak bersosial, sebab macam aku sendiri pun kadang-kadang malas nak bersantai di luar rumah kerana malas nak menutup aurat, nak bertudung, berbaju lengan panjang, kalau dalam rumah pakai baju kaftan je..siang malam..muehehheeh, bila nak keluar tu nak tukar kain, seluar panjang, tukar baju, nak bertudung...eheheheh jadi bodek-bodek la laki tolong siram pokok, tolong sapu-sapu kat luar rumah, and aku rasa memang ini reason kuat kenapa ramai ibu-ibu jarang keluar rumah, sbb aku tengok jiran-jiran aku yang ibu-ibu memang jenis kalau keluar menyidai depan rumah pun mmg 'pakai full u' kata orang (full uniform) semua bertudung dan menutup aurat, so aku pun sogan-sogan le jugak kalau keluar rumah pakai kaftan dan bertudung je, kang tak pasal-pasal my laki pun sound berdesing..

Jadi sebab aku mmg pemalas nak berenyah-renyah tukar baju, maka my laki pun always la consider tolong menyiram pokok dan menyidai baju..mueheheh thanks darling..and bila nengok jiran-jiran yang lelaki lain menyidai baju my laki pun cakap "senasib le kita," hahahaah.

Oh ya..dah berminggu-minggu teringin nak makan roti bun kacang merah,dan bun kismis, nak makan panas-panas, so semalam balik dari kerja, aku merajinkan diri buat bun-bun ni..

Maka dapatlah menyiapkan 3 jenis bun, bun kacang merah, bun kismis dan bun sosej. Aku lupa letak bread improver dari awal, dah siap menguli baru teringat nak letak, aku bantai je bubuh balik, dan masuk mixer semula dan uli balik, hasilnya nor bad, cuma liat sikit, tak sure la liat sebab itu atau sebab aku tambah tepung gandum sikit sbb tepung high protein tu dah abeh, tak cukup dalam beberapa gram.

mula-mula encik bun kismis yang di bakar bersama-sama cik bun kacang merah,
Photobucket

Photobucket

sambil membakar dua bun tu, kita melilit tuan sosej..
Photobucket

jam 8 malam, semuanya siap dibakar, dan di agih-agihkan kepada jiran kiri dan depan (kakak yang tolong jaga najmi) jiran kiri hantar sms teruja dengan roti ni dan hendak belajar membuat roti..boleh-boleh..nanti kita ajak awak buat bun ek.. senang je... itu hari berkongsi resepi dengan my cousin kak Idah, so dia pun bukan main setiap minggu buat bun, semangat betul... ni geram nengok dia dok mms pic roti dia buat, maka aku buat jugak lepas geram..ehehhe

Photobucket

Tuesday, February 05, 2008

Jiran lorong 3


Remember my previous entry about this..

"Esok tu seperti di rancang, lepas je makan pagi, dah beramai-ramai pi main kat rumah Pak Usop. Pak Usop siap pesan main gilir-gilir, buaian tu ada satu, jangan main kasar-kasar, ada pulak pelam masak kat pokok, Pak Usop suruh Mak Zarah kupas bagi kami makan. Lepas kenyang makan pelam kami tukar port, main depan rumah aku, bising riuh rendah, kena marah dengan mak, "hang pa pi main tang lain, anak-anak aku nak tidoq ni, " ohohoh kena halau pulak, maklumlah masa tu adik-adik aku kecik-kecik, tukar port, pi main rumah Pak Bakaq pulak."

Kini Pak Usop sudah tak ada, Pak Usop meninggal 31 Januari yang lepas, akibat sesak nafas. AL-Fatihah..

Hilang seorang lagi warga tua di lorong 3, sebelum ni Pak Aq, kemudian Ba, kemudian Pak Yu, Pak Yu dan Ba adalah dua antara 3 keluarga cina yang tinggal di lorong 3, Ba kerjanya jual ikan, mula-mula naik basikal, kemudian naik motor, kemudian naik lori pick up. Pak Yu bini dia bukak kedai keow teow kerang dia pulak kerja bertukang, dan dia tak pernah berkira setakat tolong repair pintu almari, repair pintu rumah, or tolong buat pangkin untuk kami bermain-main. Anak-anak cina ni pun bila time main hantu-hantu siap jerit-jerit..Allahu Akbar, Allahu Akbar. malah time main masak-masak, siap boleh berlakon jadi anak melayu..ehehehe, time kami raya depa pun pakai baju baru, beraya sekali.

Minggu lepas call mak, wahh sakan orang-orang tua lorong 3, berkenduri bubur asyura. sampai 3 kawah depa buat. Dari pagi depa kerja, tengahari makan ramai-ramai, ada sayur keladi, ada gulai nangka, Own anak Mak Zarah beli ikan kembung satu bakul beso yang muat Najmi masuk bersila kata mak, eheheeh, ikan kembong depa bakar dan selebihnya buat kuah laksa buat minum petang, dengan serawa (pengat) labu. ewahhh hilang segala pantang kata mak, "pantang jumpa kata mak" tibai semua, doktor depan rumah jangan risau kata mak..(padahnya minggu ni emak demam) Man, anak Mak Mah beli ayam 5 ekor, berkenduri sekali. Meriah kan orang lorong 3 ni.

Jiran-jiran sini macam sedara mara, kalau Mak Mah sakit, mak masak makanan lebih hantar ke rumah Mak Mah, Mak Zarah sakit lepas operate, pagi-pagi mak tolong pegi rumah Mak Zarah, sapu sampah dan tolong masak. Mak sakit, Not anak Mak Zarah yang doktor check tekanan darah mak, amek darah, amek kencing pegi test, mak tak payah pegi hospital. masa mak sakit lutut, Not bawak mak pegi klinik dia, scan. Adik-adik Not, Own dan Mat pun bagus, masa adik aku sekolah kat langkawi, dan aku pun belum beli motor kat adik, budak-budak ni la dok tolong mak, tolong beli barang dapur kalau habis, tologn bayar bil api, air, tolong usung abah yang tak boleh berjalan bawa pegi bank, atau bawa pegi berubat.

Ehehe lawaknya masa tu aku beli hp kat mak, tapi mak tak pandai charge hp, sampailah hp padam baterinya, aku call-call tak dapat2 punyalah risau, aku call Mat malam hari, Mat pegi check rupanya mak aku tak tau hp tu dah padam. Mat ajar mak charge hp, dan on balik hp..hahaha pastu mak pandai dah tengok lampu hp, kalau tekan -tekan lampu tak menyala, tandanya hp abeh bateri, kena charge, kemudin adik balik dan ajar mak kalau beteri tinggal baris yang paling kecik mak kena charge.

Sebab jiran-jiran ni macam adik beradik, itu sebab mak tak makan pujukan adik-adik mak yang berniat baik, pujuk mak balik tinggal di kampung mak, dekat dengan adik-beradik senang depa nak jaga mak abah. Adik-adik mak walau duduk jauh dari mak, tapi bila telefon mak, dengar mak tak sihat, sejam dua lagi sampai la depa. Sekarang ni hanya adik-adik mak je la boleh jengah mak, abah dah tak sihat nak bawa mak balik kampung mak, kalau mak nak pi pun time kami balik kampung, bawa mak ke sana.

Uhuhuhu dah le citer bab kampung, rindu nih..kang ada pujuk laki ajak balik kampung. saboooo..

Cerita Najmi..
Telahan aku dia akan makin montel sedikit tersasar, kerana seluar dia makin longgar pulak, badannya dah susut sikit, sebab selera makan berkurang sejak sekolah ni. dia ni like father like son, dua-dua hero aku ni tak suka breakfast, jenuh kena paksa dia minum pagi, air milo satu mug pun tak abeh, nugget seketul pun tak abeh. kalau bekalkan dia nasi goreng, mee goreng ke, nanti mesti ada baki, alahai penat je aku bangun awal pagi buat breakfast. Dan petang-petang dia bermain di luar rumah berpeluh satu badan. bagus jugak, idakleh semakin montel eheheh.

Aku nengok homework dia ke main banyak, kesian aku nengok, ada sekali tu sampai nanges-nanges dia buat homework, sebab dia bosan kena tulis A beso, a kecik, B beso b kecik, sampai huruf l rasanya, satu huruf satu muka surat. Kemudian matematik kena tulis one, two, three..dia mengeluh, bosan sebab dari umur 4 tahun kena tulis yang ini, ingatkan dah sekolah kebangsaan tak paayh tulis lagi.. aduhai..kesian pulak.. bila sembang dengan kawan-kawan diaorg pun komplen yang sama, anak-anak bosan belajar benda basic yang sama berulang kali. Ermmm ntah lah, mungkin sukatan pelajaran macam tu, cikgu pun nak tak nak kenalah ikut. kalau time tadika boleh la cikgu tadika main skip-skip level ikut tahap budak.

Najmi walaupun memang hari tu ada ujian saringan, dan dia duduk kelas first, tapi rasanya macam tak der beza, mereka semua belajar benda yang sama, dan buat kerja sekolah yang sama, mungkin tumpuan guru berbeza agaknya. Tak kisahlah cikgu-cikgu, janji anak-anak kami mau pegi sekolah, panjang perjalanan depa ni lagi.

Sebut bab pelajaran ni, aku nampak Malaysia sudah semakin baik, kerana, pilihan untuk kursus kemahiran semakin banyak, ada kolej komuniti, ada IKBN, ada IKM dan banyak kursus kemahiran untuk budak-budak yang tak cemerlang akademik, dan ada orang-orang berkemahiran ni lagi berjaya dari budak-budak yang masuk universiti ada ijazah atau master.

Ada kawan aku masa zaman sekolah dulu, memanjang je kaler merah dalam buku report card dia, yang biru pun BM dan agama je rasanya, lain semua merah. SRP lulus hujung tanduk je, SPM terus lingkup. Tapi mamat ni amatlah suka bertukang. kalau pegi rumah dia, ada jer keja dia, buat pangkin la, buat rak pinggan lah, buat rak kasut, dan ayah dia nampak kemahiran dia arah situ, ayah dia hantar dia masuk IKBN amek pertukangan perabot, kemudian masuk IKM, dan ikuti kursus-kursus MARA, and buat pinjaman MARA, buat bengkel perabot belakang rumah, start buat kerusi, meja makan, dan buat kabinet dapur sikit-sikit. Bila ada kawasan perumahan baru bukak, dia pegi letak kad-kad bisnes dalam peti surat. Dari rumah-rumah buat pejabat-pejabat, kemudian dapat tender, buat almari asrama, almari kole matrik, buat kabinet hotel, sekarang buakn bengkel, tapi kilang perabot, dia beli STROM cash oooo..hebat.. income jauh beza dengan kita yang kerja makan gaji ni.

Ada sorang lagi, abang ni kat kawasan perumahan aku, dia pun tak sekolah tinggi mana, dulu masa aku kecik selalu tengok dia kerja tarik kabel yang beso-beso lengan tu, korek tanah, tanam kabel. Kerja buat jalan tar, kira jadi buruh kasar la, kemudian dia ambil upah mengecat, dari satu rumah dapat 3-4 rumah, kemudian dapat kontrak cat kawasan perumahan baru bukak, dia amek kurses wiring, buat wiring, dapat buat rumah ke rumah, kawasan perumahan, kemudian dia amek kontrak buat jalan kecil-kecil, sekarang ni beb, bukan jalan kecil, buat highway, jambatan lagi dah. Buat bisnes angkut sampah, lori angkut sampah dia je bersusun kat tanah lot yang dia sewa buat bengkel.Dengan segala kenderaan beso buat jalan, mesin gerudi dan segala macam jentera ada. Adik beradiknya semua kerja dengan dia, malah kakak dia yang suri rumah tangga pun kerja dengan dia, mengasuh anak-anak dia bila bini dia pegi kerja, jaga mak ayah dia, bayar gaji seribu sebulan. Makan minum dia tanggung, api, air dia bayar. Mak ayah dan adik beradik-beradik dia bergilir-gilir saban tahun pi Mekah. Murah rezeki dia.

So untuk adik aku yang tengah tunggu STPM tu, aku tau dia baca blog ni, "Tolong jangan anggap hidup kita gagal kalau kita tak berjaya masuk universiti, kita tak jadi cemerlang, kadang-kadang tahap pemikiran kita takat itu saja, dan tertulis rezeki kita dalam bidang lain, usaha dan buat sungguh-sungguh, Along tau adik dah ada minat dalam bakeri, Insya-Allah along akan support, doakan along murah rezeki, dapat hantar adik attend kelas baking, dan kita buat bisnes bakeri, jangan abai mak abah, Insya-Allah berkat hidup kita"
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino