Monday, April 27, 2009

Outdoor Shooting


Di hari Sabtu nan silam, pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah, erkk tak le pagi sangat eheheh sebab malamnya saya buat cupcakes sampai pukul 2.30 pagi, so plan asalnya konon 8.30 pagi nak keluar, tapi terlajak, dekat pukul 10 baru keluar rumah, kesian encik photographer dia sudah ada photoshot untuk wedding kat mersing, sudahnya dia terlambat.. Ya Ampun ajid... lenkali kita plan bebetul ye..hiks, ada hati nak lain kali.. jangan hang serik nooooo.. Masa nak ambik pic ni, siap pesan lagi, "Ajid hang tolong ambik gambaq akak bagi nampak kurus, kalau pic aku nampak gumuk semua hang tak terror amek gambaq" ahhaha begitu sekali ancaman saya.

Kenapa kami keluar awal pagi..
tadaaaaa ada outdoor shooting lagik. Best.. memang berangan nak ambik pic family, tapi asyik plan je tp tak pernah jadi.. si Hafiz Tukang Ambik Gambar Ini dah lama plan nak jumpa bila balik Kedah, tapi tak juga sempat berjumpa, uhuhu dulu Hafiz pun pernah janji nak amek pic kami anak beranak, dari belum pregnant, sampai ALesya dah keluar, dan nak masuk 11 bulan masih juga tak berkesempatan nak diambil gambar oleh si Hafiz yang saya minat foto-foto dia. Uhuks.. kalau orang lain dia ambil gambar kena bayar, ngan keluarga Mak Pnut dia offer lagik, tapi tu la..belum sempat lagi menjadi nyata. uhuhu entah-entah offer Hafiz dah tak valid... uhuks...

Oklah tak payah citer banyak, meh gambar-gambar ni bercerita


Mood awal pagi Baby Q tak berapa bagus, time dia tido nih.. mula la muncung-muncung muka, kena pujuk bagai, kejap mama pujuk ok, pastu dia nangis, bila dia nangis guna vibrato, falseto bagai, maka kena pass kat bapak dia, tengok.. kejap je pak dia ceriakan dia.

Tengok dia dah tangkap lentok sama bapak dia

Dah ok sikit, baru bawak dia posing-posing,
pssst Zar, tu yg sms zar sebok tanya Jusco ada sale tak, nak beli gaun ada tujuan..ahaks.. tak jadi pegi Jusco, beli gaun kat Alamanda je, gaun Poney reganya RM99.00 tapi ada diskaun, so dpt la separuh harga, tp rasanya kat Jusco murah-murah lagi dan lawoo

Ermm suka pic-pic ni, tapi teroverdose lak photonya, tp tak per, nanti Ajid kasi mekap bagi lawo..meks tak reti.. hiks..Masih mood mengantuk..cian Baby Q

Dah tulis dilarang masuk, Mak Pnut anak beranak selamba badak masuk


Kitaorg pakai uniform keluarga, eheheh yg ada tulis nama kami masa birthday Najmi dulu tu..


Baby Q suka berdiri, jadi mari kita kasi dia berdiri..


One happy family... love all of you...

Girls only occay

Ok...tamat..encik Ajid kena pegi Mersing, tata..jumpa lagi...


Oh ya, hasil kerja Ajid boleh dilihat disini FOTO RAJA SEHARI Atau kalau nak kawtim leh call dia terus 019 478 7542, Ajid ni dok perlis, so takat penang, Kedah tu boleh la dia pegi amek gambar di hujung minggu, harga sure boleh kawtim, korang cakap je, dapat no tipon dari kak pnut, pastu cakap kat dia, kak pnut kata leh dpt diskaun kalau sebut nama kak pnut..hahahahah nasib hang la ajid dapat 'kakak' macam aku semua nak diskaun hahahaha, tapi serius, Ajid ni senang kawtim, tak berkira, bukan sehari dua saya kenal ajid ni, sejak blog ni wujud kenal dia, dari hingusan masih usung beg pegi belajar, pastu bercinta, mula kerja kat putrajaya, pastu kawen, sampai dah anak dua saya kenal dia, mmg senang berbincang dengan dia. sila-sila kawan-kawan, abadikan foto. keluarga bersama-sama, memori tu... masa tu tak leh patah balik.

Wednesday, April 22, 2009

Kuasa isteri atau isteri berkuasa


Semenjak dua menjak mak Pnut rasa dia macam kaunselor kekdahnya. Sana sini orang tanya pendapat, boleh ganti Profesor Haji Izi camni, renung-renungkan dan selamat beramal.. hahaha. Saya baca kat forum kesah luahan seorang suami terhadap sikap isteri yang baru dia kahwini 8 bulan yang garang, dan kalau ditegur masam muka berhari-hari tak bertegur sapa... Huk aloooo baru 8 bulan kawen gaduh tak bertegur sapa 3-4 hari..manyak rugi ooooo Opssss terlebih sudaaaa..

Cumanya kesimpulan saya nak highlight, ialah walau gaji seorang isteri itu lebih tinggi dari suaminya, dia lebih educated dari suaminya, ingatlah hakikat perkahwinan dalam Islam itu, suami wajib dipatuhi, dan jangan buat suami macam balaci. Udah le pepagi laki tu bangun siapkan kopi dan sarapan lagi kat dia. ishkk kesian adik tu. So adik-adik pembaca blog mak pnut, jangan le buat suami adik-adik gitu noks.. buang-buang sikit ego tu, jangan le tak tego suami lama sangat, dosa tau.. Akak ni hangen-hangen juga ngan cik abe, tapi tak koser meks tak tego dia lama-lama, rindu tader geng nak borak-borak. And lately dah nak masuk 9 tahun kawen kitaorg lagi kamceng, u are my best fren..ahaks..

Dia teman shopping kalau saya nak beli barang-barang henglish kesukaan saya, dia tukang teman saya buat cupcakes malam-malam, dia tukang dodoikan alesya kalau alesya terjaga tengah malam dan meragam. Kalau kitaorang boring lepak dan bersembang dalam rumah, kitaorg boleh keluar lepak kat mamak berjam-jam layan dia tengok bola. erkk sejak saya jadi Ahli Kelab Mamak-AKEM, saya tengok ramai giler kaum lelaki ni suka lepak kat mamak, bergroup-group,pastu depa suka buli mamak-mamak ni.

Kelakar pulak, saya wonder, kalau la satu hari kerajaan ishtihar, kena perintah berkurung, semua kaum lelaki tak boleh keluar rumah selama 24jam) agaknya berapa kerugian mamak-mamak tu dapat agaknya. Apa le bestnya duduk kedai mamak tu.. eheheh tapi saya layan juga, sebab saya nak selalu deting ngan hubby, kalau dia tak keluar dengan saya, dia keluar ngan kawan-kawan dia, lagi saya tak best, sebab saya sudah asyik sebok dengan cupcakes je, pastu bila ada masa rileks-rileks nak la saya deting ngan dia.. (<-pang sekeh sedas, mengada-ngada sungguh) Tapi tu la, maybe small thing selalu beri impak yang besar.

Benda kecik macam pegi pasar sama-sama pun sama rasa best, bila saya pilih barang dia bayar, saya ambik pastu bagi dia bawak.. bukan best pegi pasar tu, tapi best sebab benda tu kita buat sama-sama. Dia terlibat sama dalam sessi membeli ikan dipasar. ahaks.. Kecik je kan, tapi kesannya, kita boleh cerita kat anak, tadi kata pasar babah yang nak mama beli ikan ini, dan anak fikir ooo mesti babah suka makan ikan ni.

So tiap kali si anak nampak ikan babah suka, dia akan bgtau, tu babah ikan yang babah suka makan, and anak tu sendiri sekarang sangat peminat ikan itu. Dan ikan itu ialah Encik Ikan Keli. Huh, stok yang mesti ada di rumah saya. Dua hero itu sehati sejiwa, ikan keli kerat dua, si anak makan ekor, babah makan bahagia kepala. Sweet bila anak makan dulu, dia akan simpan bahagian kepala untuk babah dia, dan kalau babah makan dulu bahagian ekor akan disimpan untuk anak dia. Can u see benda kecil bermula dari beli ikan kat pasar pun beri impak yang besar dalam hubungan dua hero saya. Tak kira depa makan kat mana pun kalau ada ikan keli depa akan share berdua, sorang amek ekor sorang amek kepala. Hiks.. Orang lelaki selalu anggap benda kecik je buat apa ribut-ribut, tapi bagi pompuan benda kecik tu la boleh jadi isu besar kalau asyik dok anggap semua benda kecik. Tak gitu Encik Mior? hiks..

Saya pernah dengar sorang perempuan call kat satu radio ni, dia cakap dia nak share yang dia seorang ibu yang sangat bangga dengan anak dia umur 6 tahun pada hari itu. Kata dia, hari tu hari jadi dia, so anak dia umur tahun beri dia hadiah, seketul pemadam pensil, yang dah pun dia guna sedikit untuk ibu dia, anak ni balut dengan kertas buku nota tu, pastu tulis selamat hari jadi. Masa bagi hadiah tu, anak dia cakap, dia tak der duit nak beli ibu hadiah, nanti dia dah kerja, ada duit dia belikan ibu hadiah.

Uhuhu ibu terharu, dan dia bangga jadi ibu kepada anak yang hebat itu. see benda kecik je, anak dia bagi pemadam pensil je pun, apa lah mak dia yang suri rumah tangga tu nak buat dengan pemadam tu, tapi kata ibu tu dia simpan pemadam tu buat kenangan, itu hadiah pertama dia dapat dari anak dia. Benda kecil, tapi beri pengaruh emosi yang besar. Jadi..renung-renungkan...dan selamat beramal...

Esok saya pegi Pesta Buku, official visit, wooo kena tulis official visit tu baru nampak hebat sikit kan.. ya saya sangat poyo. Saya ketua deligasi..hiks.. tahun lepas tak pegi sebab tgh sarat pregnant, koser meks nak pegi.. the year before tu tak pegi sbb dalam pantang, baru lepas keguguran. Ini tahun balas dendam.. Jumpa di sanaaaaa, awek-awek karangkraf, saper ader kat sana? Kak Sri ada?? Dell ada??? Kalau PTS kompem Mat Jan ada.

Tuesday, April 21, 2009


Dikesempatan ini, saya nak minta kepada seorang adik ni, or pangkat anak-anak sedara kot dengan saya, yang ada menghantar email kepada cara pertanyaan mengenai nak buat cupcakes, dan beberapa pertanyaan lain, yang berkaitan dengan kek mengekek ni, saya mohon adik tu email sekali lagi pada saya ye, kerana email adik tu akak dah terdelete tak sempat reply.. uhuhu nanti org kata saya sombong, baru reti sikit-sikit buat cupcakes orang tanya soalan tak balas.. Maaf bebanyak le dik, inbox mail akak ni sokmo je ada pertanyaan mengenai order cupcakes, email dari facebook la, dari forum-forum la..tu belum masuk spam mail pil sex, pil kuat, malah menang loteri ni sehari berapa kali entah, so dalam dok delete-delete terdelete email adik, trash pun dah clear. tak dapek nak trace lagik dah.

Ada sorang adik lepasan SPM pembaca blog saya tanya saya camner nak yakinkan emak bapak dia bahawa dia minat bakeri, and ingin menjadi Chef. Katanya emak bapak dia tak berapa restu dia ke arah itu.

Wahh dia tanya saya, macam saya hebat. Gila ko, akak baru reti buat kek comot-comot je dik, tapi mungkin pertanyaan dia sebagai luahan hati dan meminta pandangan, tapi saya macam biasa, harus terasa hebat dan perasan bagus, ya sila riak sekejap... Saya cerita la kat dia, Chef Liza Zainol tu dulu bukan Chef, Chef Wan pun bukan Chef, tapi jiwa mereka lain, akhirnya memilih Chef sebagai kerjaya. Chef Liza Zainol tu dulu cikgu Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petani (atau org panggil Sek. Jalan Sekerat) dan merupakan cikgu kesayangan saya. serius dia mmg mulut agak laser, tapi hati baik. Suka membebel ala-ala emak-emak kekdahnya. And of course dia suka memasak, time hari guru sekolah kami, atau kelas kami memang meriah dengan makanan, time raya pegi rumah dia, masa tu kat Guar Cempedak, dia duk kuarter, meriah dengan aneka biskut memacam.

Abeh sekolah saya pun dah lupa dengan Cikgu Azizah (ye nama dia Azizah) sungguh lupa, sampai satu hari saya tengok dia kat TV beberap tahun nan silam selepas itu, (masa ni saya dah masuk universiti kot) terkejut saya, dan cakap, ehh ni Cikgu Azizah. kemudian tengok anak dia, ya betul tu anak dia, yang selalu main piano bila kami pegi rumah dia. Wahhh ape hal cikgu aku dah jadi Chef saya kata. Tapi itulah hakikatnya, seseorang itu mesti buat apa yang dia minat. Mungkin cikgu bukan jiwa dia, tapi bakeri jiwa dia, maka wujudlah Sweet Azza sekarang. Insya-ALlah bila cukup ongkosnya saya akan kembali menjadi 'murid Cikgu Azizah' kembali suatu hari nanti..aminnn (darling sila baca dengan penuh kasih sayang<-dengan harapan dia akan sponsor separuh yuran pun jadilah hiks..)

OH macam biasa, saya suka menyimpang, sila kembali ke pangkal jalan Ok berbalik kisah adik tadi tu, saya sebagai orang luar dari keluarga dia, dan tak pernah kenal pun, dia je kenal saya tru blog, (sekali lagi saya perasan bahawa saya blogger popular, sila pitam siapa yang dah muntah tadi) saya katakan, zaman sekarang bukan begitu, keluar univerisiti belum tentu ada kerja bagus. belum tentu dapat jadi akauntan, belum tentu jadi executive. bidang pendidikan di Malaysia amat berkembang, graduan bersepah-sepah, kerja belum tentu ada. Jadi kalau minat bakeri setidak-tidak boleh bergerak sendiri, kalau pun tak kerja makan gaji jadi Chef kerja kat hotel. Kat UiTM ada diploma Chef Training (erkk ni masa zaman saya dolu la,,skrng katanya nama dah tukar, mgkn encik Pensyarah yang bernama Raduan tu boleh bagitau saya apa nama course ni sekarang)

Sungguh seronok sekali kalau minat ke situ dan diterima belajar di situ, dulu saya berangan juga nak ambil course ni, tapi result SPM saya tak begitu happening, maka saya kena masuk tingkatan 6 baru mendapat tiket masuk universiti. Apa yang saya bagitau si adik tu, cuba yakinkan emak bapak dia, kerjaya dalam bidang bakeri/pastry/masakan ni tak rugi dan tak membuang waktu. Kalau gian sangat nak suruh anak keja gomen, sekarang ni banyak kolej komuniti, giat mara wujud, boleh minta kerja jadi pelatih/pensyarah untuk mengajar di tempat-tempat ini. Boleh jadi guru di sekolah teknik, kat IKBN. Bukak minda sikit la, sedih noks..masa depan anak tu..

Oh tetiba saya rasa cuak memikirkan 9 tahun akan datang saya juga akan menghadapi anak yang akan abeh SPM pada tahun 2018, dan pada tahun 2019 tu saya akan hadapi dilema begini. Panjangkah umur saya untuk saya hadapi keadaan itu, membantu dia membuat keputusan untuk masa depan dia..Oh moga panjang umur saya. 9 tahun tu kejap je, pejam celik-pejam celik kejap je tiba, tak caya renung balik diri kita 9 tahun yang lepas di mana kita? 9 tahun yang lepas, tahun 2000, saya abeh belajar, penghujung 1999, Februari 2000 saya kerja kat kolej, Jun 2000 kami kawen, Mac 2001 Najmi lahir, 2002 saya dapat keja gomen, 2003 duk Putrajaya, 2004 Najmi dah masuk taska, 2005 dah pandai bergaduh ngan kawan, 2006 dia dah pandai baca buku dari CIC, 2007 dia masuk Smart Reader Kids, 2008, dia dah sekolah, 2009 dah darjah 2

Rasa kejap je masa berlalu, masih terbayang-bayang indahnya waktu jadi student riang ria dengan kawan-kawan, kini sudah berbelas tahun ianya berlalu, saya masuk ITM tahun 1996, sudah 13 tahun berlalu, sekejap je kan, ada kawan sebaya saya, anak nak masuk 5 dah..hahah geng info96, sila teka siapa..hiks... Dan ada lagi beberapa point saya bagi pada adik tu untuk 'hujah' dia bentangkan kepada parent dia, saya harap dapat membantu dia membina masa depan dia sendiri.

Oklah nak letak pic, smlm saya siapkan tempahan kek choc moist (steam cake) kek ni mmg favourite kami sekeluarga, untuk dapatkan choc cake yang moist, memang saya prefer cara steam, sedap berbanding di bakar. Kek ni diorder oleh Maya, saya sebenarya bukan nak ambil untung sangat menerima order dari Maya, lebih kepada saya nak baiki kemahiran, orang kampung saya kata, Practice Makes Perfect, saya kekok menulis atas kek beso, need more practie, menulis atas cupcakes sangat senang kerana kecik, posisi tangan kita selesa, kek beso kena ada skill baru dapat tulis elok, skil itu saya masih kureng.. my roses?? setelah practice demi practice saya rasa ok la sikit berbanding dahulu, perlu ingat, saya tak masuk kelas formal deco cake ni, saya belajar sendiri dari buku dan belajar dari kawan-kawan diinternet. Jadi hasilnya tak la se gah orang keluar masuk kelas demi kelas. tada...


Oh sangat mengantuk, terbayang indahnya kalau dapat tido... Zzzzzzzzzzz


Sunday, April 19, 2009

Port Dickson


Di hari minggu nan silam, kami seisi keluarga, + bibik + Lukman anak buah hero semalaya kami pegi bersantai di Port Dickson, kami bermalam kat satu apartment dua bilik kat sana, semalam udah le kan.. bukan tak pernah pegi PD pon. Sebenarnya ni saja je percutian rehat di hujung minggu. Selalunya hujung minggu saya adalah paling penat, kerana kebiasaannya dari Jumaat malam, Sabtu, dan Ahad tu saya sibuk dengan kerja-kerja siapkan tempahan cupcakes, bergantung pada order, kalau minggu tu kurang maka dapatlah saya rest-rest bergolek dengan anak-anak depan tv. atau berjalan-jalan dengan keluarga. Tapi jarang beno dapat masa begitu. Kalau berjalan pun kejap je, pastu dah kena balik sebab nak bakar kek, deco kek.

Jadi dah lama juga plan nak pegi, apartment pun dah lama booking, saya pun dah block date tu tak ambik order cupcakes, maka Sabtu pagi tu dalam pukul 10.00 kitaorg gerak pegi PD, sampai sana kitaorg round dulu cari apartment tu kat mana, then pegi lepak-lepak kat Teluk Kemang, sempat beli baju renang comel-comel kat Alesya, beli topi, pastu just lepak tepi pantai minum ABC, dan makan jagung bakar dan kerang rebus je. Najmi dah nampak horse ride, wah teruja dia nak naik kuda, tapi babah cakap, esok kita datang sini balik, mujur mood dia ok je.

Masa lepak-lepak ni kitaorg tader amek gambar pun, just amek gambar Alesya je, maklumlah dia sorang je available..eheheh tu pun dia cam boring je..


Lebih kurang pukul 1.30 kitaorang gerak pegi check in, dah masuk apartment tu keluarkan segala neka barang, rileks santai lunch.. petang tu kami turun pegi pantai. Best pantai tu tak ramai orang, so dengan mamanya sekali lepas geram mandi laut. Hiks. Anak buah kami si Lukman sempat tangkap jelly fish lagik, sanggup mamat kurus kering ni patah balik ke apartment pegi ambik tupperware nak isi obor-obor ni. Mulanya nak bawa balik bela, tapi saya cakap tak payah le, kang mati naya je binatang tu.

Tengok kurus keding je mamat nama Lukman nih. Ada lagi satu pic dia dengan Najmi very the keding, tapi saya tak mau le boh kat sini, jatuh le saham dia kan.. Kurus keding pun dia hebat merepair suis-suis rosak, drill dinding umah saya tau, tanpa dia tak bergantung frame-frame berat yang saya beli tu.

Balik dari mandi laut, kitaorg lepak-lepak menikmati keindahan sunset dari balkoni apartment tu, and bersama tiupan angin laut, sambil mak pnut buatkan lempeng tepung dengan bawang perrghh peberet my darling tu, makan panas-panas cicah sambal tumis ikan bilis, belen-belen pagi tadi punya. lupo lak nak amek pic. Malam tu kitaorg pegi round-round je, singgah pasar malam PD, wah happening pasar malam dia, ada tudung ekin jual RM15 sajork, kain bagus, sama kualiti macam di jual kat pasar tani putrajaya harganya RM25 <-- ya sila percaya di pasar tani bukan sahaja menjual produk pertanian, tudung, periuk belanga, kain baju, malah kereta proton pun depa jual kat pasar tani putrajaya, gue tak tau le pasar tani lain camno. sangatlah pertanian kan.. Kalau takat jual bantal kekabu saya masih menerima sebab kekabu tu produk pertanian la jugak kiranya. tikar buluh, bakul rotan gue boleh terima, tapi segala mop, teddy bear?? huh very the pertanian sangat kan..

Ok balik kesah PD, suka ati je saya nak lari topik kan. Esok tu bangun pagi tu mak pnut buat cucur jagung, goreng nasi saki baki semalam, then buat masak lemak telur + kacang panjang, goreng sayur campur, and bibik goreng ikan talang masin boh bawang banyak-banyak. tu je menu piknik kami karang. sempoi jek. (oh lupa kabo, apartment kitaorng duduk leh main masak-masak, ada kuali periuk bagai, tapi kitaorang bawak gak dari rumah macam nak pegi haji zaman naik kapal laut kekdahnya hahaha)

Siap makan semua ready nak check out la, tadaaaa baby Q dah lawo nak pegi piknik kat Teluk Kemang, sepit rambut dengan baju tu matching lak, kebetulan lak.. tomey kan..

Tengok Wana, Alesya suka beno dengan mainan yang awak kasi, kitaorg hangkut bawa pegi PD, pic kiri tu masih kat bilik, dia rileks tunggu mama bersiap, kat kanan tu dah hangkut piknik kat tepi pantai. rileks je dia lepak tido bawah khemah yang disewa. Pastu tgh tido budak 'baywatch' idak le baywatch sangat, budak yang kerja sewa-sewa khemah, boat tu punya bising, gue sound beb, dik anak akak nak tido jangan bising..hahahah mujur dia tak sound, "nak tido balik umah la," hahaha mustilah dia tak sound, babah budak nak tido tu dah bayo dia RM35 ringgit sewa khemah tu.hiks..


Si abang yang excited nak naik kuda..hahah ambek ko pucat lesi bila dah naik atas badan kuda tu terus keras kejung tak bergerak, takut kekdahnya.

Dua Mior sedang bersantai, satu Mior sudah dalam laut mandi-manda.. saya beli topi ala-ala henglish kan,, over tau.. jadi saya posing dengan topi tu, oh boleh tahan jugak comel saya ni ye.. (erkkk paiz sila muntah hijau)

yeah..yeah..yeahhh ambik pic budak gebus ni... very feminin dengan topi lima ringgit dia tu..hiks..

Percubaan membodek Alesya senyum..

Ok..dapat!!!! Yeay.. senyum simpul menggoda macam biasa...hiks..

OK sekian cerita hujung minggu mak pnut sekeluarga.

Next trip bulan 6 nak pegi Cameron Highland... bestnya pegi time besday saya lak tu..syokkk-syokk....

Wednesday, April 15, 2009


Oooo manyak mengantuk ooo itu budak kecik terjaga jam 12 malam, and terus segar, cerita dan ajak main-main. Mama ni punyalah mengantuk, babah pun dah ngantuk, dia ceria dan segar bugar le pulak...

Tengok jam dah dekat pukul 1 pagi tuan-tuan dan puan-puan ye..


dan tengok, betapa segar, ceria dan gembiranya dia dia pagi hari..
uhuhuhu dia tak tau yang mak pak dia nak keja esok. Aduh!! so Layankan je la.. muahhhsss baby Q mama..



Wana-Thanks itu hari kasi hadiah Fisher Price Keys tu kat Baby Q, suka beno dia dengan mainan tu, dulu tak pandai dia main, sekarang dah pandai tekan-tekan sendiri, bila keluar je lagu dari mainan tu, bukan main dia menggedikkan kaki menari cara baby.. ehehe.. kalakar pulak. Ermm lepas ni mama nak cari lagi mainan Alesya.

Cerita semalam
Semalam saya dengan my darling Yop pegi menebeng kat mamak. Keluar tu sebab ada urusan sikit, pastu lepak la kat mamak kejap berdua-duaan..eheheh Tepi meja kami ni ada 3 set umat. 1 lelaki dan dua perempuan, kawan-kawan la kot. one of this anak dara, overdose la, berbulu meks nengoknya. Kalau adik saya gitu mau saya hempuk time tu jugak hahaha. orang kedah kata Loklaq. (tak senonoh) dia makan roti canai, dia kunyah..mak ai...kami meja sebelah pun (agak jauh gak kedudukan) boleh dengar berdecip decap dia mengunyah. Hollaaa arwah my abah dulu pantang sungguh kunyah makanan berbunyi decap decip tu, dia akan hint-hint "eh burung kelicap masuk rumah ka?" atau pun "Anak ayam sapa makan bunyi sakan tu" kalau dah hint tak faham, tak pasal-pasal dia ambil cili padi tenyeh sikit kat mulut, masa tu baru sedar makan tak senonoh. Atau pun dia tepuk peha kuat-kuat, bila kita terkejut dia kata "Aku nak halau burung masu rumah, kena tepuk kuat baru burung lari?" huhuhu abah saya tak garang, tapi kalau benda dia tak suka jangan buat ooo. Jadi kami almaklumlah, jadi makan ala-ala bersopan gitu. Najmi pun selalu kena, kalau makan derdecap decip mmg kena sound la.

Berbalik kesah awek tadi, udah le gitu makannye, dia bunya volume bila stori mori..ayooo very the loudspeaker, Hahaha tiba-tiba saya teringat iklan kat Hot FM, yang Leeya kata bla..bla..bla..pot-pet-pot.. dalam iklan tu ada sebut, kalau kita bercakap di tempat awam, tengok sekeliling, nada suara kita, sesuai tak dengan suasana, keadaan, perkara kita berbual sesuai atau tidak, hiks, mungkin dia excited kot, and dia rasa kena bagi orang lain dengar cerita hebat dia. his.. jadi anak-anak dara yang baca blog mak pnut, aduhai..jangan buat gitu ek depan orang, malu seh.. Kalau set-set emak budak dok marah anak-anak makan berselerak mak pnut faham. tapi ni anak dara ouls.. bukan remaja tau, dah boleh jadi omak orang dah tu..

Alamak, termengumpat lak..opsss sori.. tapi just nak bagitau, kita latihlah anak-anak kita makan kat tempat awam, supaya orang lain pun tak pelik tengok cara anak kita makan. Sama macam kita kalau tengok anak orang lain makan sopan je, kita akan cakap, pandai emak bapak dia ajar anak dia makan, sopan je. Kami pun tengah latih si Najmi ni, kalau dia kalut nak main, makan bukan main laju, macam lapar sangat tak jumpa makanan berhari-hari.. selalu kena sound. Sekarang dia ok sikit, dah tau omaknya tak berkenan, dia makan slow-slow. Ermm entry ni anggap peringatan, untuk kita dan untuk diri saya sendiri..hahah anggap khidmat pesanan masyarakat dari saya..hiks.. alaa kasi can la mak pnut buat entry ala-ala mengumpat sat, takkan entry skema je kan.. baik baca blog menteri belia hahaha

Ok dah insaf dari mengumpat, kita tengok gambar makanan je la pulak
Bibik saya dan bibik kak Zah sebelah rumah ni berkebun tak hengat-hengat, tengok depa punya pokok daun kesum, punyalah banyak, banyak sungguh, sapa dok dekat-dekat umah saya nak daun kesum silalah datang ke rumah ye.. seminggu sekali saya petik bawa ke opis, kasi bebudak opis ni, jenuhlah depa buat laksa, asam pedas, eheheh, mmg banyak beno daum kesumnya, ni yang dalam bekas-bekas plastik pun bibik dah alih tanam dalam parit tanah yang dia korek, ada air bertakung-takung sikit kat situ, sure lagi subur nanti.. and tengok pic pokok cili, banyak pokoknya lebih 10 pokok, lu pikir la sendiri kata nabil apa nak buek.. sekali petik cili tu sebesen leh dapat, Jadi saya reka resepi masak hijau saya eheheh, sesuai di masak untuk ayam, daging, kerang, ikan tenggiri, atau udang (tp paling sedap dengan kerang atau daging)


Cili hijau banyak-banyak tu, blender dengan serai, bawang putih, bawang beso, pastu tumis, masak sampai naik minyak, masukkan santan sikit, sikit je.. dalam setengah cawan cukup, kalau beli sepeket seringgit tu, boh suku je, pastu tambah air sikit, masuk garam, gula asam keping satu.. sedap jugak, rasa ala-ala rendang... untuk kesan dramatik lebih hijau, saya boh setitik dua pewarna hijau.. hiks.. dalam pic ni saya guna daging je, my bapa mertua suka beno. tak renyah nak buatkan, coba ye..

Minggu lepas bebudak opis ni ajak makan-makan pot luck hari jumaat, depa bawa lauk pauk/sambal depa suruh saya buat choc cake, maka inilah choc cake untuk di bawa ke opis... licin lincau bebudak ni mamam, suka beno ek choc cake, nanti saya buatkan lagi...
Aduhh ngantuknya alahai....

Sunday, April 12, 2009

Romantika Shah ALam


Cpu masih kong..sedey tau

Sabtu si Abang sekolah, ganti nanti depa amek extra cuti raya nanti. Tapi bukan belajar, ada kem solat. kena pakai baju melayu. Ramai giler budak tak pegi sekolah, tapi si Abang ni sangat nak pegi sekolah, padahal omaknya maleh di hari Sabtu nak menghantar dia..hiks.. Dalam pukul 1o.30 kitaorang keluar ke Bangi, hantarkan cupcakes yang diorder oleh kak Zaza,



Kitaorang bawak Princess Q sekali, sebab minta tolong bibik cuci sawang, jadi kena bawa little princess keluar. Mama pakaikan baby Q sepit rambut masa beli kat Kedah itu hari, matching tau, dengan gaun dia tema hijau merah/pink, sepit pun kaler hijau/merah.. tomei anak mama.. walaupun baby Q rambut halus-halus, tak lebat mana pun, tapi sebagai mak yang over, dia tetap gedik untuk letak sepit yang dia beli tu kat kepala anak dia, dan baby Q sangat sporting dia tak tarik pun sebarang objek diletakkan dikepala dia. bagus..



Lepas hantar cupcakes, kami malas nak balik rumah, kang kena keluar lagi nak ambil si abang balik sekolah, jadinya kami melepak kat Taman Warisan, yang betul-betul depan sekolah si Abang Najmi. kami pekena ABC, kat situ, sambil nengok orang-orang tengah belajar ambil gambar. selamba kami lepak atas pangkin yang ada kat situ, sambil baby Q tido dengan amanya, beralaskan kaip napkin dan berbantal handbag mama, yang muat masuk baby Q dalam tu, tak caya nengok nih.. beso gedabak handbag mama, baby q pun muat, hiks..senang maaa, boleh bawa botol susu, dua tiga keping diapers, baby wipes, sehelai dua napkin, baju spare, air mineral sebotol kecik, payung lipat-lipat..wahh dah gaya beg doremon atau beg dora the explorer dah..

Nengok-nengok Alesya kena buli masuk dalam beg mama..



Sekianlah cerita hari pagi sabtu...

Ehhh tu pagi je tu.. petang malam belum lagi tu.. hiks..

Petang tader menarik, gua hanya siapkan tempahan cupcakes je, ada suruh lukis-lukis tema barney and animal la..ada minta tema ala-ala hospital gitu..



Menjelang senja siap semua order,terus calling-calling penerima boleh dak nak hantar malam tu jugak, sebab esoknya kami ada hal, takut terkejar2 pulak. Diaorang semua set je.. Jadinya saya jani diaorg jumpa antara pukul 8.30-9.00 malam kat Tesco Shah Alam, sangat baiknya penerima berdua ni, kerana tiba tepat pada masanya, kami niat murni saya untuk ke Plaza Alam Barzakh..opss Plaza Alam Central dapat dijayakan. Bebudak UiTM lewat-lewat 90an, sure tau Plaza Alam Barzakh, ni ala-ala hidup segan mati tak mau dulu tu, sekarang happeing uols.. bertambah happening sebab wujudnya kedai Romantika kat tingkat atas sekali, Ohh sorga bagi peminat Henglish Style. Gedebuk gedebak, mengawal diri dari meroyan disitu. Si Najmi dengan babah terpaksa melayankan kejap mak pnut yang lupa diri kejap masuk Romantika. wahh my darling pun suka dengan lampu terendak yang memang dalm list saya akan beli soon, how soon tak tau bila..hiks..

Suka tau pegi Romantika kat sini sbb sini kan HQ, so dia ala-ala suka hati dia je nak jual barang murah-murah kat situ. Giant mug dengan bunga-bunga ala Vantage dia jual 3 sepuluh ringgit, kat Romantika Bangi kedukut, tak pernah jual murah gitu, ada frame pic buah-buahan, dia jual 3 sepuluh ringgit gak, kat romantika bangi dia jual satu 5 rggt. pastu beli plate-plate untuk gantung, beli hook untuk gantung plate tu, beli plate hanger.. beli frame-frame gambar yang comel semua abeh RM70, kira puas hati juga, banyak barang dapat beli. Kira berjaya memujuk diri tak beli melebih RM100 ringgit, hiks.. itu sebab my darling ada tu..kalo tak makcik dah usung lampu terendak yang harga RM88 dengan bunga comei kaler pink tu, darling kata, udah le ma..nanti-nanti kita datang lagi.. Kalau ada permintaan dari kengkawan forum mak pnut yang Henglish Club ni suruh upload gambo nanti mak pnut boh, bukan apa, kat opis gue skerang tak boleh bukak photobucket, maka itu sebab saya sudah tidak aktif berforum sebab tak boleh upload gambar. kalau korang nak tengok kena masuk blog saya le..

Oh siapa di Shah ALam sila order cupcakes lagi ye.. boleh saya pegi Romantika lagik.. Ehh jiranku si yang juga suka English style, jangan memalu ajak saya ye kalau nak pegi..ahahhah offer diri ni.. nanti kita usha ke Indah Reka pulak ye.. katanya kat sana lagi happening..hiks..

Kiranya tak le saya sentap sangat tak dapat layan AF malam tu, dapat cuci mata kat Romantika lagi best. Dan saya dah target satu benda saya nak beli, ermm kumpul duit noks.. sebulan seratus simpan, tu diaa sampai tahun depan baru boleh beli..ermm takper.better late than never kan... ermm kalau ikut gila saya, saving hat ada ciput-ciput mau je nak korek-korek beli terus, er,, tapi mak pnut masih waras, saving itu untuk sekolah anak-anak, untuk kecemasan, jangan le usik mak pnut oiii hang nak beli barang kehendak dan kepuasan diri, sila simpan duit lain ye.. tiba-tiba berangan...mana tau menang cabutan sijil simpanan premium ka.. menang cabutan bertuah ke, atau menang peraduan apa-apa ke..terus kaya kejap, terus beli ngan kedai-kedai romantika tu..hahahah macma biasa...mak pnut kan suka propa..berangan je lebih, sila muntah hijau dengan angan-angan saya.

Wednesday, April 08, 2009

Alesya 10 bulan and Melukis sebagai hobi




Hari ni ALesya genap 10 bulan.. Alhamdulillah.. walaupun corrected age dia sebenarnya ialah baru 8 bulan. Menjadi baby prem of course perkembangan dia a bit delay, dia masih meniarap dah berpusing mengundur pelbagai posisi, tapi masih belum duduk sendiri, belum merangkak. Itu normal, saya tak risau, sebab pengalaman si abang dulu dah ada. Si Abang dulu pun begitu, lama meniarap, kemudian, dekat usia setahun baru dia merangkak, itu pun malas, dia lebih suka duduk, kemudian berpaut kat mana-mana then berdiri, kejap je begitu, 1 tahun 3 bulan baru dia berjalan. Atau usia sebenarnya setahun sebulan la dia berjalan. Orang kata merangkak meransang saraf otak, kalau lagi lama merangkak lagi bagus, boleh ransang sarat kiri kanan, orang kurang merangkak, samaada nanti dia pandai maths tapi tidak kreatif, atau sebaliknya, hahah keluarga kami membuktikan teori itu.

Menurut sejarah saya memang tidak lama merangkak, hasilnya saya tak pandai maths, lingkup kalau suruh saya mengira, tapi saya boleh melukis. Hubby pun tidak lama merangkak, mengikut kata mak mertua dan kakak ipar saya, hasilnya dia hebat mengira, umpama walking calculator saya, kalau time sale, saya pegang barang, tengok jumlah diskaun saya akan suruh dia kira, "Bang kalau RM38.90 kalau diskaun 15% tinggal berapa?" hahaha dan dia boleh memberi jawapan yang 95 tepat. Dan bukti terbaru ialah Najmi, kalau suruh dia melukis ermm jenuh nak faham apa kah lukisan itu, dan tak hairan dia tak pernah dapat A untuk lukisan. Tetapi dia boleh dapat 100% untuk markah Maths, paling teruk dia pernah dapat markah Maths rasanya 96%. Hiks..kita tengok Alesya membukti dia haluan mana.. hahahaha

Dulu masa saya sekolah menengah, saya suka sangat melukis.. lukis kartun paling saya suka, masa tu tengah musim orang baca GILA-GILA, maka abeh buku latihan sekolah saya ada kartun Ujang, ada ACA, Atuk, Jai, Noi, bila Majalah Ujang wujud, penuh pulak buku latihan saya (terutama buku Maths-Oh saya benci Maths) masa tu buku latihan saya ada Mat 2 ringgit, ada Lin (kampus Life) ada Tini, orang paling suka marah saya ialah emak saya, sebab selalu kantoi duk dalam bilik bukan baca buku tapi lukis kartun. Masa tu saya berangan nak masuk Art and Design kat ITM, tapi malangnya saya tidak cukup hebat bila bersaing dengan orang lain dari segi lukisan. Hikamh juga, kos tu mahal, mana abah saya mampu nak sara kalau saya ambik course tu, dulu takder PTPTN ye..

Emak kata "tak dak kerja lain..melukih saja kerja hang..hang ingat boleh hidup dengan melukih? Hang nak keja apa dengan melukih? esok-esok boleh nak nak keja jadi pelukih? boleh jadi pelukis kartun? takat mana sangatlah," ermmm itu mentaliti emak saya yang hanya tamat sekolah rendah. tak abeh sekolah menengah sebab arwah tok abah saya orang susah, tak mampu sekolahkan emak. Sudah tentu dia mau saya pandai belajar, boleh masuk universiti dan dapat kerja elok-elok, jangan jadi macam dia tak sekolah. dia tak tau, dalam bidang kerjaya ada pelukis pelan, ada pelukis bangunan, ada pelukis grafik.. hahahaha saya pun masa tu tak reti sangat apa boleh buat dengan melukis, selain lukis kartun..hehehe

And baru-baru ni bila emak duduk lama-lama kat rumah saya, tengok saya lukis akrtun atas cupcakes, emak bgtau kat Najmi, "Mama abang ni, dari kecik suka lukis kartun, sampai dah tua pun dia lukih kartun lagi, dulu dia lukih dalam buku sekolah, la ni dia lukih atas kek kecik," ahhaahh saya tergelak.. dan usik emak "hah? tengok dah orang minat lukih, dah kerja makan gaji ngan gomen pun tetap nak melukih, boleh buat duit apa," hahaha kami sama-sama gelak...

dan ini contoh lukisan saya atas cupcakes..



eheheh kakak ipar saya tengok saya bukan cupcakes, komen dia, patutlah orang jual mahal, bila tengok sendiri renyahnya buat ni, baru tau kenapa mahal, tapi berbaloi.. satu-satu kena buat, pegang piping beg kaler kuning kaler atas kek, pastu letak, ambik kaler merah pulak, letak itu amebik hijau..pasti kena teliti, kalau dalah bukan boleh padam-padam...kat adia..Ishkkk tak sanggupla.. hahah kak lida baru tengok saya nak siapkan satu kotak 25pcs je... kalau hari minggu saya kena siapkan 3-5 kotak, kalau satu kotak ada 25pcs, 4 kotak dah 100pcs, 100 pcs kek kecil-kecil, bermacam kartun orang nak, bermacam tulisan... bayangkan berapa jam hendak siap... tapi saya puas... saya boleh buat side income saya dari dalam rumah, boring saya dengan cupcakes, say berhenti pegi gomol ALesya, cium-cium lepaskan geram..

ada kawan saya tanya, Pnut hang tak amik exam PTK ka? (exam untuk kenaikan gaji/pangkat dalam gomen) saya cakap tak ambik dan tak nak ambik. Dia tanya kenapa? saya jawab "tak nak, kalau nak exam kena baca buku, aku malas baca buku, kalau lulus periksa kena naik pangkat, bila naik pangkat, nanti beban kerja banyak, aku tengok si A, naik pangkat, keja macam nak gila, pukul 6 masih di office, Sabtu pegi kerja, Ahad pun kena call, tak aman hidup," biar aku kerja penat buat cupcakes kat umah, depan anak-anak, suami, aku dapat income lebih dari orang naik pangkat, naik gaji." hahhaha jawapan bagi orang pemalas macam saya. Tambah saya lagi pada kawan tu "Aku ada plan lain lah, cukup tempah service untuk aku dpt pencen tiap bulan, aku nak berhentilah, duduk rumah buat kelas kek,kelas roti, kelas memasak, pencen dapat, income lain pun dapat, duk dalam rumah je," nanti aku dapat income bulanan aku pencen nanti sama banyak dengan orang naik pangkat, ntah-ntah lagi banyak," hahahhah jawapan eksen dari saya... tapi untuk itu usaha harus dilakukan, Insya-ALlah saya akan mendalami ilmu membaking, memasak dengan lebih lagi, agar tercapai cita-cita saya.


Tuesday, April 07, 2009

Dolu dan kini mak pnut


Wah katanya rakyat Perak tolak pembangkang, tapi Bukit Gantang menafikan, Bukit Selambau menafikan. Baca kat satu forum ada forumer ni kata, kalau tetiba Sabah dan Sarawak minta keluar Malaysia dan bergabung jadi satu negara, apakah akan berlaku??? heheh bak kata Nabil, Lu fikirlah sendiri... ok tamat cerita politik, blog mak pnut bukan blog politik kan. cerita bab benda makan boleh la..hahaha

Saya kemas kini folder dalam laptop and terjumpa pulak pic menarik saya ambil masa balik kampung itu hari, pic saya snap kat Tg. Dawai, tempat sorga ikan masin kata bibik, ehehe segala neka ikan masin dan sotong kering ada dijual.

eheheh yang best tu, sekitar signboard tu lembu mmg berkeliaran, lembu tak reti baca, tapi tuan lembu reti baca tapi buat-buat tak tau..eheheheh



Dalam pada mengemas folder-folder lama, gambar-gambar yang banyak dalam laptop ni sbb banyak sangat sampai selalu hang je, saya jumpa pic lama saya masa saya MAHA gendut. Ya Allah huduhnya..ehehheeh, muka beso talam..hiks..walaupun skrng beso juga, tapi idaklah sebenar dolu... yang kiri tu masa tu berat saya 115kg ouls.. skrang 87kg, masa posa itu hari berat tu turun 85kg dah, tapi musim raya kan banyak open house, makan tak hengat, naik balik 2kg.. Saya masih terus diet, tapi berat tak turun laju cam dulu, slow je.. korang kira sendiri la berapa kilo saya sudah berjaya turunkan berat badan.. hahah satu pencapaian hebat tau, bagi kaki makan cam saya suatu masa dolu.

Pic saya baju batik tu ada kisahnya, saya beli baju tu di SP, ada satu kedai dekat rumah emak saya, murah gilos baju-bajunya, siam malii oo baju tu kalau tak silap saya harganya tak sampai 10 ringgit, saya beli, sebab saya jeles emak saya beli..haha tapi masa beli saya tak muat pakai, sebab ketat giler. Masa beli tu tak try, ingatkan muat, hehehe rupanya tak muat, saya simpan je baju, berpindah dari kuarter ke rumah sendiri, terperap je baju tu, dua tiga hari lepas saya selak baju-baju dalam lipatan kain dalam almari baju, saya nampak baju ni, saya try pakai..ehh muat, malah longgar, saya happy giler.. itu sebab saya posing maut tu dalam bilik tido je..ahahah

Saya punggah lagi, jumpa baju masa bertunang, kebaya ouls.. try pakai, eh muat... longgar..syoknya... korek lagi, jumpa satu blouse saya beli tapi tak muat dulu, try pakai..wahhh muat dan longgar..sukanyaaaaa nantikan saya pakai kebaya ke ofis esok..hahahahah keji sungguh mak pnut.

Tengok muka saya sudah kecut, happy..hapy.. clap..clap..utk diri sendiri..

Doktor kat hospital pun tanya saya camner saya buat boleh banyak turun, diet maaa.. exercise (tp skrng pemalas lor..) saya jarang makan nasi skrng, kalau pagi saya minum oat je dengan red guara coffee keluaran DCL tu, kalau in between tu kalau saya lapar, saya makan biskut atau epal. and minum banyak air masak. Sesekali, saya breakfast meehon goreng, dengan lauk ikan sardin. Tapi jaranglah, dalam seminggu tu mungkin sekali atau dua kali je kot.

Tengahari saya makan buah-buah je, atau makan yong tau foo, lebih kangkung, atau makan pecal. Atau beli sekor ikan kembung bakar atau rebus cicah air asam, dan makan dengan sayur-sayur, no nasi. Saya amalkan tu sejak tahun 2007, bila saya serius untuk menurunkan berat badan. Masa tu berhari-hari saya tak makan nasi saya tak kesah, tetapi selepas beranak dua ni, urat badan pun banyak kendur kot.. saya kurang sikit diet begitu, sebab kalau saya berlapar, saya pedih ulu hati, dan kemudian angin sudah naik kapla, saya sakit kepala. Ermm emak saya kata, orang dah beranak pinak ni, bukan boleh diet macam anak dara. ehhehe jadi sekarang saya cuba bertahan, selagi tak der tanda-tanda saya nak kena gastrik atau sakit kepala, saya elakkan makan nasi, kalau makan pun saya hanya makan tidak lebih dari satu senduk je.

Kalau baca blog saya, memang saya suka masak macam-macam kan, tapi saya jamah sikit-sikit je, selebihnya anak, darling and saya akan kasi jiran saya yang best tu.

Dengan penurunan berat badan tu, saya berjaya mengatasi masalah kesuburan, sebab sebelum ni kitarain haid saya amat tidak teratur sbb gen gemuk-gemuk tu mengganggu. Tapi setelah saya berjay turunkan berat badan, haid saya teratur, dan saya hamil dua kali sebelum Alesya, tetapi keguguran, Alesya 'terjadi' masa berat saya sudah bi bawah parah 90kg, and terjadi sendiri, sebenarnya Dr. J dalam proses untuk membuat kaedah IUI untuk bolehkan saya pregnant, tetapi Alesya anak yang hebat, dia buktikan dia boleh 'terjadi' semulajadi. ehheheh

So kepada mereka yang kata susah nak diet ni, satu je kena pasang dalam diri, kuatkan azam, tu je, kalau kita nak, mesti kita boleh, tetapi kalau hangat-hangat taik ayam mmg tak jadi.. Memang la saya masih jauh untuk mencapai berat badan ideal, entah tak tercapai agaknya kot..tapi saya masih lagi terus mencuba. Doktor saya kata, cuba lagi, lagi 4 bulan saya akan berjumpa doktor, doktor nak tengok turun lagi. Erkk ni doktor medical, dia check tekanan darah saya, check kesihatan saya, memang saya berjumpa doktor setiap 3@4 bulan sekali untuk pemeriksaan kesihatan, so far, Alhamdulillah, level kolestrol saya masih normal, no diabetic, tak der masalah jantung bagai, tapiii tetap harus kena berjaga-jaga sebab tekanan darah saya sudah border line. takut ai.. sbb family history belah abah saya mmg la ada darah tinggi.

So Jiey, harap dapat jadikan motivasi..ehehehe.. kalau akak yang kaki pelahap boleh buat korang pun mesti boleh buat..



Sunday, April 05, 2009

Telentime


3 hari yang sangat penat. Order cupcakes yg banyak, Jumaat saya cuti, so start Jumaat keja saya di bilik kecil di sudut paling hujung rumah, iaitu di my small bakeri tu, hari Sabtu, ada jemputan kenduri cukur jambul anak Nas dan Zue, tapi maaf sesangat, Zue, masa Zue bgtau tu akak dah terima banyak order, so tak dpt nak atur time ke sana, sbb mmg padat sangat.Alhamdulillah, kita yang atur masa, bukan masa atur kita, so that saya dapat siapkan semua tempahan on the dot kata orang kampung saya, ehehe tapi 3 hari lepas amat memenatkan.

So that dalam kepenatan dan kesibukan saya bgtau hubby, jom kita tengok wayang, mama penatlah, and kitaorg ingat nak tengok Fast and Furiuos 4 (FF4), this Najmi punya fav movie, dia boleh hafal setiap nama watak, jenis kereta dalam movie yang 1,2,3 punya. Kalau my blog reader dari dulu lagi, sure tau Najmi memang suka drift-drift ni, malah kalau dia bukak pc selain dari dia main games-games drift online tu, dia suka surf bab nissan skyline la, mitsubishi la.. ya dia minat kereta. Itu sebab masa team Kl Evolusi Drift II anak Usop Selam tu buat pengambaran kat sini bulan lepas, dia teruja sangat. dan tak sabar nak tengok kat wayang, tp kena tengok dulu sesuai ke tak, sebab yang first dulu macam tak berapa sesuai.

Ok balik pada citer nak tengok wayang tadi, sy curi masa selesai je siapkan order untuk Shida yang kat bawah ni, saya break sekejap, jam 12.45 tgh, saya keluar pegi Alamanda beli tiket kat GCC.



Tapi malangnya filem FF4 tu hanay utk tontonan 18PL, maka Najmi tak boleh masuk, so kami beli tiket filem Telentime utk 3.25 ptg, disebabkan rumah kami dokek je ngan Alamanda tu, maka sempat lagi, pegi Mydin dulu beli barang basah sikit, pasut balik rumah mandi, solat zuhur dulu, jam 3.10 minit ptg baru kami keluar rumah..sampai GSC masih sempat berbaris beli pop corn lagi.ehhehe

Telentime for me is best.. ya saya suka naskah-naskah Yasmin Ahmad, mungkin dia agak liberal bab sensitiviti bila sentuh bab Islam, tapi saya masih boleh layan filem kerana dia pandai 'bentuk' pelakon yang berlakon di bawah dia, camner utk filem Sepet, dia bentuk Jason yang tak pernah berlakon jadi pelakon yang best, camner dia bentuk Mohd Syafie Naswip a.k.a "Mukhsin" and this time kita beolh tengok bukan nama-nama besar dalam bidang seni berlakon, tapi mereka boleh berlakon di tangan Yasmin Ahmad. Not bad lakonan adik si Vince tu, abang dia pernah berlakon citer Usop Selam, tapi tak jadik langsung.

Berlaku sedikit arguement dengan my darling the end of wayang tu, dia komen, Yasmin terlalu liberal, dia angkat bab agama mudah sangat, seakan menghina Islam (ya..kami berbicara agak ilmiah di dalam Mr. Grey selesai menonton, dengan Najmi makan sisa pop corn di seat belakang) yes aku setuju, but aku cakap kat darling, kenapa kalau pengarah lain tonjolkan seorang islam minum arak, mabuk, buat fitnah, dengki, bomoh kurafat, kita boleh terima? sedangkan benda tu semua salah, dan yang berlakon itu Islam, tidakkah kita menghina Islam? It is fact darling, dalam hidup kita memang ada orang Islam buat semua tu, sama macam dialog dalam filem Telentime, di mana seorang India yang sedang meraikan majlis perkahwinan, mati dibunuh dalam pergaduhan kerana satu keluarga Islam marah kerana katanya keluarga India itu tak hormati majlis tahlil yang dibuat keluarga Islam itu, dan bagaimana Ganesh yang masih cool bila kuil hindu dia dimusnahkan oleh golongan kononnya beramal, tapi tidak hormat orang lain. Darlind i diam. hiks.. Yasmin tak hipokrit, dia berani, tapi kata darling berani tak bertempat. Ermm i have no komen about that.

Cuma memang ada a few part yang mungkin tidak perlu berlebihan, tapi bagi saya itu sesuatu yang menyeronokkan. Terutamanya keluarga Harith tu, kalau pun kita rasa pelik, tapi saya impikan suasana hormani dan ceria begitu dalam keluarga. Dialog paling indah yang saya sempat taip kat nota dia hp ialah bila Manesh dimarahi emaknya kerana bermalam di rumah Melur, and emaknya yang masih kaut tradisi Indianya, marah dan pukul Manesh, Manesh yang bisu melutut dan 'bercakap' dengan bahasa isyarat "Mak demi tanah yang emak pijak, saya minta ampun pada emak, kalau emak mahu saya berhenti menemuinya, saya akan buat, tapi emak kena mengajar hati saya macam mana melupakannya, kerana hati saya tidak tahu bagaimana untuk melupakannya" oh noo part ni air mata meks merembes gilooo dan kantoi dengan Najmi..uhuks... sedih nokss...

Saya rasa mahu menonton sekali lagi dengan hati dan jiwa tenang ehheh kerana semalam saya menonton dengan pelbagai soalan dari anak berumur 8 tahun, dan dengan fikiran teringatkan tempahan cupcakes masih ada dua belum siap. heheeh siapa mahu menonton bersama saya, moh kite... Saya baca ulasan dari member forum mengenai filem ini, banyak arguement menarik, pro and kontra, membuatkan membuak-buak nak tengok sekali lagi.. ermm kalau ada show jam 12.30thg, sempat tu lunch break jumaat pegi tengok nih..hahahaha

Pssstt... Saya suka Hafiz AF7, he is cute adorable and very the sadap suaranya.. i liiikeeeee..

and saya juga suka lagu tamil dalam itu filem...bestttttt tak pernah saya suka lagu tamil.. and saya juga suka lagu masa Hafiz (Mohd Syafie) nyanyi atas pentas sambil main giter..ermm i wonder suara dia sendiri or suara orang lain ye..kalau suara dia mmg sedap..

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino