Saturday, March 31, 2007

Not in a good condition


Salam semua..

Khamis lepas, pegi check up, BP tinggi sikit, so doktor suruh masuk wad, syukurlah, masuk dlm pukul 10 pagi, tapi lepas tu BP dah ok, tak der tinggi sangat. Mungkin masa awal tu, penat, drive pegi hospital. Cuma yang agak sedih dan takut sekarang, ada bleeding sikit-sikit, mcm period, tapi tak sebanyak darah period. Cuma keluar tompok-tompok je sikit-sikit. Bila scan, doktor kata janin kecil sangat, tak macam 9 minggu kandungan tu. Tapi aku sendiri pun memang rasa kurang dari 9 minggu. Sebab Najmi dulu pun macam tu, kena tunggu baby besar sikit baru dapat bacaan usia kandungan yang sebenarnya. Sebab aku punya period memang tak berapa teratur, so susah nak agak usia kandungan.

Walau bleeding ni, tapi tak sakit, tak der sakit perut, senak, atau sakit belakang atau sakit ari-ari. Kata mak mungkin aku jadi macam mak, mak walaupun pregnant tapi tetap ada period setiap bulan, cuma tak banyak dan tak sakit macam period biasa. Mungkin jugak, walaupun masa aku pregnantkan Najmi, kandungan tak der masalah langsung, cuma aku jer ada tekanan darah tinggi masa tu. Malah masa mengandungkan Najmi, kami berulang alik dari Cheras, dekat Kajang tu, ke Jalan Pahang KL, naik motor pegi keja setiap hari. Syukur semuanya selamat.

So doktor agak mungkin janin ni baru berusia 5-6 minggu, doktor bagi lagi 2 minggu untuk scan balik dan tengok samaada janin ni akan terus membesar atau sebaliknya. Dan aku sebab tak der sakit-sakit walau keluar darah ni, maka aku rileks sikit, dan serah semuanya pada Allah. Kami usaha jugak pergi ke Darul Syifa minta pandangan ustaz dari segi zikir dan doa, dan ustaz bagi ayat-ayat untuk diamalkan, dan buatkan air untuk diminum dan sapu pada perut, selebihnya serah pada Allah, dia Maha Berkuasa Atas Segalanya.

Sama macam Najmi dulu kata kunci kekuatan yang jadi azimat, "KALAU ALLAH NAK IZINKAN SESUATU ITU BERLAKU, IA TETAP AKAN BERLAKU, TIADA KUASA MAMPU MENGHALANG," Kalau dah tertulis di Loh Mahfuz, kami ada rezeki dan diberi keizinan Allah untuk kami miliki baby ni, syukur Alhamdulillah, kalau sebaliknya kami redha dan yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami, semua sudah disusun atur dengan lebih cantik oleh Allah, cuma kita je tak tau.

Masa aku kat HUKM dulu, disaat doktor-doktor Melayu, dok takutkan aku dengan cerita negatif kononnya kalau aku lahirkan baby kurang dari 32 minggu harapan untuk baby hidup hanya 20%, itu, ini, buat aku tertekan sangat, tiba-tiba aku sorang doktor India, personally datang pada aku dan kata "Syafinaz, be strong , remember if God says, this baby is yours, you will get it no matter what doctor said, but if God says No, this baby is not yours, you won't get it, even you deliver a normal baby, pray for God to give you chance to have this baby," (heheeh sila abaikan english aku yang taraf keji tu..tapi ayat dia lebih kurang gitulah)

Lepas doktor tu cakap kat aku macam tu, aku rasa lega, walaupun dia doktor India, tapi dia lebih tau pulak nak cakap macam tu dan tau nak calm me down. He is a very nice doctor. Sekarang ini aku fikir macam tu la jugak, "Kalau Allah kata Dia akan dipinjamkan pada kami didunia ni, Allah nak bagi peluang kami membesarkan baby ni nanti, maka ia akan terjadi, sekiranya tidak kami redha,"

Dan harapnya bleeding ni tak berterusan, doktor pakar kat Hospital PUJ ni pun sweet, dia tak takutkan aku dengan benda negatif, dia cakap "Ada juga orang mengandung keluar darah, jangan takut, dan mungkin baby awak kurang dari 9 minggu, lagipun awak tak der sakit-sakit perut, so be positif, anggap normal, dan history anak pertama begitu, so tak mustahil yang ini belum berusia 9 minggu, kita tunggu lagi dua minggu, harap janin akan membesar dan bagi good news kat ibu dia, Insya-Allah, yakin pada Allah," aku hanya tersenyum dan aminkan kata-kata doktor tu dalam hati.

Yakin pada kuasa Allah....dan yakin pada diri sendiri.

DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN ini sms hari tu " ALLAH answers PRAYERS in three ways... HE says YES & GIVES u what u WANT, HE says NO & GIVES u something BETTER, HE says WAIT & GIVES u the BEST in HIS own time." Thanks akak... such a lovely sis and doctor.. Thanks for your advice..

"Ya Allah, Kau Izinkan aku meneruskan kehamilan ini Ya Allah, "

This week MC seminggu, plan nak 'terbang' ke Langkawi Jumaat ni pun nampaknya kansel. Burn flight ticket RM539, dan kansel hotel booking. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, harapnya pengorbanan ni berbaloi dengan good news. Kata Najmi pada baby "Adik jadi kuat macam abang tau," Insya-Allah....

Sunday, March 25, 2007

Orang tua tak boelh duduk KL - Najmi


Sekali lagi ucapkan TERIMA KASIH kawan-kawan semua atas doa, nasihat, pandangan semua pada entry-entry sebelum ini. Insya-Allah, yakinkan diri, kuatkan semangat, pregnant kali ni akan selamat semuanya dan this coming baby kuat macam Abang Najmi. Macam setiap hari Najmi pesan kat adik dia, (walaupun adik dalam perut ni masih kecik sangat lagi) tiap hari Abang yang excited ni dok pesan, "baby, cepat besar, jadi sihat dan jadi kuat macam Abang," Insya-ALlah doa kanak-kanak makbul nanti.

BP pun Alhamdulillah, rasanya tak tinggi sangat kot, kami memang ada alat check BP tu kat umah, jenama OS*M tapi cam ampeh jer, harap brand je bagus, tapi reading tak accurate. Bila check dengan mesin tu sendiri, tinggi giler BP aku, tapi bila pegi klinik check manual BP sekitar 130/90. So aku maleh percaya sama itu alat. Macam melampau sangat naik tingginya. Hari Khamis ni ada appointment dengan medical doctor, tengok camner bacaan BP pulak. Harap terkawal la, sekarang ni menu makan macam diet jugak la...lemak-lemak dan masin mmg kurangkan, even kalau letak garam pun sikit je, dan guna garam bukit, yang dibeli dari farmasi, katanya garam ni tak meningkatkan tekanan darah, kira macam garam untuk org darah tinggi.

Dan untuk semua orang yang membaca ni, dan dok bagi respon kat komen box, aku nak bagitau, aku hargai semua komen, pandangan, kalian semua, erkk bukan yang tulis komen je, yang ada YM id aku direct mesej, bagi petua, bagi pandangan, yang email, kongsi pengalaman mengandung kena darah tinggi, ada suami yang cerita pengalaman handle isteri yang pregnant kena darah tinggu, ada kawan-kawan yang sms.. huhuhu terasa tak keseorangan dalam dunia cyber ni, semua orang concern each other. Thanks semua, u all know who u are, and i really appriciate semua doa korang..

Cerita Najmi pulak.

Masa cuti sekolah baru ni, kami balik kampung. Najmi ni memang semulajadi dia becok dan banyak sangat cakapnya, dan ada kalanya cakap dia lagak orang tua. Kadang-kadang geram juga dengan mulut dia ni. Toknya pulak jenis kuat menyakat dan mengusik dia, hehe sampai Tok nya kata, "kamu balik sorang riuh macam 10 orang," hehehe itulah dia Najmi ni. Satu hari tu Tok nya mengusik, kata dia tak boleh ikut kami keluar berjalan ke Pekan. Dia marah, dia cakap "Kenapa tak boleh? itu keter babah kiter, babah kita yang beli, babah kita yang bayar, bukan keter tok, itu babah kita tau..," heheh Tok nya kata, "Babah kamu tu anak aku, hah?? " heheh last-last dia mengalah, dan cakap "ermm ok, Tok..boleh la kita ikut ek..," hehehe

Ada satu malam tu pulak, Tok nya mengusik,

kata toknya "Boleh tok ikut Najmi balik Putrajaya?"

jawab dek budak bertuah ni, "Tok, Putrajaya tu KL tau, kat sana bukan ada orang tua, semua orang muda-muda,"

Toknya kata "Naper pulak orang tua tak boleh duduk kat KL?"

dia jawab "Tok, orang tua mana ada rumah kat KL, kat KL tu rumah untuk orang muda je, orang tua kenalah duduk kat kampung, abeh kalau orang tua semua duduk KL, nanti anak-anak dia tak boleh la balik kampung, nanti tak ader kampung nak balik, tok duduk jer kat kampun, nanti senang anak-anak nak balik kampung, ada rumah nak duduk," hahahahah semua orang gelak dan menyampuk ntah hapa aku tak ingat dah.

Masa balik Kedah pulak, babahnya ajak dia pegi gunting rambut, dia tak mau pergi gunting rambut, katanya "Mama, Dayana cakap dia tak suka kita potong rambut, Dayana suka kita kalau kita ada rambut, Dayana tak suka lelaki botak, sebab tu la Dayana tak suka Mawi, Dayana suka Felix dengan Adam je, nanti kalau kita botak, Dayana tak suka kita dah," heheheh ampeh sungguh.

Dan aku cakap "Tak payah la kawan ngan Dayana kalau dia tak suka sebab Najmi botak, kawan jer dengan boy tak payah kawan dengan gril," hehehe last-last dia ikut jugak pegi gunting rambut. Najmi..Najmi...

Tuesday, March 20, 2007

Syukur Alhamdulillah


Pertama kali syukur pada Allah, atas berita gembira ini.

Keduanya terima kasih kepada kawan-kawan yang membaca blog ini, atas doa ikhlas korang semua, terima kasih banyak-banyak, tak dapat nak menjawab di komen terima kasih tu, terus ucap di sini saja.

Semalam pegi Klinik Kesihatan kat Prst 9 tu, sbb memang doktor bagi appoinment suruh datang semalam, nak repeat check urine, (hari tu kencing kotor, so doktor bagi ubat suruh makan, tapi aku tak makan, sebab naluri aku kuat kata aku pregnant, hehehe) tapi masa tu aku suruh doktor check untuk pregnant, aku ingat doktor tu order la suruh buat sekali. Tapi masa register semalam, dan check urine, rupanya dia just check untuk kencing kotor tu..huhuhu, pehtu dia ckp dah ok dah, tak payah repeat, then aku tanya result pregnant, dia ckp tak check, peh tu dia tanya aku pregnant ke? Aku cakaplah aku buat test sendiri ada dua line. Doktor kata, kalau macam tu betul la tu. Tapi aku nak confirmkan betul-betul. Dia cakap pergi makmal balik buat test ari kencing lagi. Huhuhu dua kali kerja.

Pegi lab, then tunggu balik kat bilik doktor. Jumpa doktor balik, then doktor kata confirm, result dari lab positif, doktor buat culculation, kata doktor 7 minggu, tapi itu berdasarkan kiraan last period aku 25/1/2007, naluri aku lak kata kurang sikit dari tu, sebab Najmi dulu pun lambat, dan yang kedua pregnant sampai gugur pun sebab lambat, dan yang ini pun sama, cumanya yang ini masih dekat jugak dapat detect. Najmi dulu memang jauh beza. Ikut kiraan doktor 20 minggu, tapi bila scan baru 16 minggu.

So doktor kata, kena amek ubat darah tinggi sebab tekanan darah aku dah 130/80 masa tu, dan ada history ada darah tinggi masa mengandung, then dia tanya nak bukak buku merah ke? (buku selalu guna untuk check up), dia kata boleh buat anytime time office hour. Aku cakap, buat hari ni tak boleh ke? malas datang lain lain, penat menunggu. Dia cakap ok. Lepas bukak buku merah kat kaunter depan, kena pegi kencing dan amek darah lagi..huhuhu again!!!

Lepas tu tunggu kat bilik rawatan untuk ibu hamil, nurse check, alamak, urine ada albumin, reading 1+ adehhh, then tekanan darah naik le pulak 130/90 terus le kena pegi jumpa doktor balik...adehhh tunggu lagi nak jumpa doktor balik... adeh...baru first time check ni dah ada dua dakwat merah dalam buku...ampeh... lepas check, story nagn doktor pasa first pregnant dulu, doktor kata suruh check balik tekanan darah anytime dalam minggu ni. adoi la... Tp mananya tak naik, dari pukul 7.30 pagi aku kat situ, sampai dekat pukul 1 masih di situ, dengan laparnya, letih dan penat menunggu. Gilo, macam serik, lepas ni nak terus check up kat spital je la.

So, doktor jangka bersalin bulan 11, hehehe aku jangka aku bersalin bulan 9, huhuhu bulan posa tu... Apa pun kalau takdir yang ini pun keluar tak cukup bulan macam abang dia, harap sihat dan kuat macam abang dia... lahir 1.215kg, sewaktu 30 minggu kandungan, tapi kuat, tak perlukan oksigen, tak masuk ventilator, just duduk dalam incubator je... harap-harap this coming baby pun kuat macam tu, tapi kami berdoa, biarlah dia cukup sampai at least 34 minggu. kalau boleh tahan 9 bulan lagiii la bagus...

So kengkawan, sila berikan petua-petua yang tidak memudaratkan untuk turunkan tekanan darah tinggi semasa pregnant ni??? aku amalkan skrang minum jus epal dan belimbing tanpa gula, air rebusan daun sup, dan lagi...need petua-petua lain pulak.....

Sunday, March 18, 2007

Two Lines


It is only two lines, but it brings a thousand...thousand...thousand...thousand...thousand smiles.... and a millionnnnnn and billionnnn hope.
Kalau test kit jenama guardian ni tipu, memang tak patut sangat, kejam bebeno.
Tolong doakan 'perjalanan' ini selamat sampai ke destinasi, dan moga kali ni 'binti' pulak. Ameeennn.
:-) Alhamdulillah.

Wednesday, March 07, 2007

Pic Birthday Najmi


Laporan Birthday Najmi..pic je la..maleh nak update...
Next week cuti seminggu balik kampung
6 Mac Birthday Najmi ada dua berita gembira
satu Berita gembira sudah confirm..
syukur dalam kelam kabut urusan rumah dan kena bayat duit tu duit ni, darling dah dapat bonus yang dapat cover beberapa cost yang kami dok pening memikirkannya...

Dan lagi satu berita hampir sahih, tapi belum berani kata sahih, tunggu minggu depan, hehehe, harap-harap berita ni pun gembira...

Ni cerita besday Najmi

Photobucket - Video and Image Hosting
Order Cup Cakes dari Elliez de Heart, boleh order di SINI nice, comel kek ni cuma kalau more on red orange color lagi menarik, to much blue color le pulak... anyway semua orang enjoy dengan cake ni..terutama masa night outing makan-makan dengan geng blogger, yang datang, Cik Daun, Nida, Salina, Iwan, Nett, Amyz, Diman, Mat Jan. Thank tokei kek bagi diskaun, dan buat kek comel-comel ni dengan sedap.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kat dalam kelas Mickey ni, mama pegi menyibuk, frust tak dapat amek pic dengan sempurna, sbb macam kelam kabut, diaorg nak mulakan kelas... tp best je tengok budak-budak happy, nanti aku upload video version pulak budak-budak ni nyanyi happy birthday untuk Najmi (CM-ade pic anak awak??)

Photobucket - Video and Image Hosting
Tiup lilin kat small cake, teacher pun suka cake ni dan cakap nak order jugak untuk anak dia punya birthday nanti. dan pic kiri, dia bagi-bagi kek pada kawan-kawan dia.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni malam punya makan-makan, kat Village View, thanks to darling kerana menaja makanan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Manja dengan Abang Mat Jan dia, mamat baju kuning ni besday dia 2/3 so sambut sekali la..

Photobucket - Video and Image Hosting
Tiup lilin, dan menayangkan kek memasing

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar kiri atas - mereka yang hadir
Gambar kanan atas - Dengan hadiah dia dapat
Gambar kiri bawah - leka baca Action Man dia dapat dari Abang Mat Jan
Gambar kanan bawah - Marshmallow dan Birthday Card dari KAK SYA

Thanks to all, terutama Kak Sya, kerana susah payah singgah Putrajaya hantar gift untuk Najmi, dan berbaloi sungguh sangat le sedapnya Marshmallow ni, saper nak order boleh ke blog Kak Sya, dan Muffin, orang tu tengah bisnes sakan tu... Thanks semua for the wish and doa-doa kalian...aminnnn....

Monday, March 05, 2007

Happy Birthday Najmi


Hari ini Lahir Lahir Najmi ke 6

Selamat Hari Jadi anak mama yang sangat handsome

Aku harap tahun depan dia boleh baca dan faham entry-entry ni, dan setahun demi tahun, dia akan memahami betapa berharganya dia dalam hidup kami

Najmi sayang, ini adalah wish mama sempena birthday Najmi hari ni :-

Mama harap Najmi doakan mama dan babah panjang umur yer :-

* Doakan kami panjang umur supaya kami dapat melihat anak mama melangkah ke Alam Sekolah Rendah, berpakaian baju putih dan seluar biru tua tahun hadapan. Mesti Najmi jadi the most comel dan handsome kanak-kanak pada mata mama dan babah, walau ada beratus lagi anak yang comel yang lain, tapi pada mata mama dan babah, anak yang lahir 7 tahun yang lepas inilah yang mama rasakan paling comel dan bertuah. Doakan kami ye sayang...

* Doakan kami panjang umur supaya kami dapat melihat anak mama memegang slip keputusan peperiksaan dengan baik, dan kalau pun tidak cemerlang yang amat, tapi kami tetap akan beri sokongan agar Najmi teruskan apa Najmi suka buat, dan buatkan kami gembira. Dan kita raikan kejayaan itu nanti, dan moga jadi contoh pada adik-adik (Insya-Allah) atau pun pada adik-adik sepupu.

* Doakan kami panjang umur supaya kami dapat meraikan kejayaan Najmi dapat masuk Universiti, dan kami akan jadi ibu bapa yang paling gembira dan bangga menghantar anak sulung mendaftar ke sebuah Pusat Pengajian tinggi, walau beribu ibu bapa lain pun menghantar anak mereka juga. Moga mama dan babah panjang umur dapat melihat anak paling handsome yang dlahirkan 18 tahun yang lepas melangkah masuk dewan pendaftaran dengan tampannya.

* Doakan kami panjang umur supaya kami dapat hadir dalam dewan konvo menyaksikan anak mama menerima diploma/ijazah pertama anakanda, dan pastinya mama dan babah bangga melihat anak yang kacak yang dilahirkan 22 tahun lepas menyarung jubah konvo dan bertopi empat segi itu dengan gagahnya. Dan pastinya mama dan babah akan jadi ibu bapa yang paling gembira melihat kejayaan itu.

*Doakan kami panjang umur supaya kami dapat melihat anak yang handsome ini, berdikari untuk Ijazah Sarjana, malah lebih dari itu mungkin, ini doa ayahbonda.

* Doakan kami panjang umur supaya, ayahbonda ini dapat merasai pengalaman, membawa tepak sireh untuk menyunting si dara jelita untuk melengkapkan kehidupan kamu nanti. Pastinya mama bahagia menyarung cincin pada si dia. Doakan kami sayang.

*Doakan kami panjang umur supaya, kami dapat menguruskan majlis besar kamu dan sidia, pastinya mama tersenyum melihat pengantin lelaki paling handsome dan pengantin perempuan paling jelita di mata ayahbonda. Pastinya kamu akan bahagia.

*Doakan kami agar panjang umur supaya, kami dapat berkongsi berita gembira akan hadirnya penyambung zuriat keturunan kita, pastinya kami berdebar-debar menanti kehadiran si manja.

*Doakan kami agar panjang umur supaya, kami dapat menyaksikan kamu mengazankan penyambung zuriat kita nanti, dan mama dapat menyaksikan cucu yang paling comel di dalam dunia, di mata kami ketika itu.

*Doakan kami agar panjang umur supaya, kami dapat melihat kamu bangga dapat membimbing tangan tua kami pada masa itu untuk melihat rumah baru kamu, dan kamu pasi bangga dapat membeli harta dengan usaha kamu.

*Doakan kami panjang umur agar, seterusnya kami dapat melihat kamu berjaya dan bahagia dalam kehidupanmu...

Dan andainya, sudah tiba masa kita berpisah kelak... Harapan kami, tangan kamulah yang mandikan tubuh kaku kami ketika itu, tangan kamulah yang mengikat kain putih untuk membalut tubuh kaku ketika itu, tangan kamulah yang mengangkat takbir untuk solatkan kami yang kaku ketika itu, tangan kamu jualah yang menyambut kami di liang yang telah digali untuk perpisahan abadi, tangan kamu jualah yang menimbuskan tanah-tanah yang akan memisahkan kita, dan akhirnya tangan kamu jugalah menadah untuk berdoa agar 'perjalanan' kami tiba dengan sempurna, dan iringlah perjalanan kami dengan doa dan bacaan ayat suci dari bibirmu yang suatu masa dahulu menerima suapan makanan dari tangan yang telah kamu semadikan.

Dan ketika itu, ingatlah segala kenangan manis kita bersama, perjalanan dunia yang ktia meniti bersama, jangan kamu lupakan, dari mana asal kamu, dan jadilah anak yang terus membanggakan kami walau kami sudah tiada....

*I'm speechless...kawan-kawan aminkan doa dan harapan kami..

Sunday, March 04, 2007

najmi and the pua chu kang english


Najmi again..

Hehehe biasalah Najmi kan hero dalam ini pilem..dan blog ni pun memang dedicate kat dia pun, sebab itulah blog ni lahir pun seusia kelahiran dia, dia lahir bulan 3, blog ni lahir bulan 5, hehehe kira kembar dia la..

Nampaknya decision dia buat untuk masuk Smart Reader Kids (SRK) is a smart choice dan good for him, at his age, dia sendiri decide nak masuk sekolah ni. Ada improvement dari segi English vocab dia, memandangkan aku dan hubby bukan jenis speaking meking kat umah, so vocab dia banyak improve dari sekolah, ye la, mak bapak sekolah kampung, tak pandai speaking Pua Chu Kang.

Cuma bagi u all yang membaca ni, kalau tahun depan nak hantar anak ke tadika, dan pening nak hantar ke tadika mana, ni pandangan peribadi aku. Elok dihantar ke tadika yang Islamic orientation dulu, biar dia dapat basic agama, Iqra dan kemudian jadikan amalan, dan Insya-Allah kalau kemudian kita hantar dia ke tadika yang English oreintation pun dia sudah ada basic agama tu. Macam kami, syukurlah di sini ada tadikan Islam yang still guna English as medium dulu, so he get both.

Macam sekarang, aku tanya dia, kat SRK sebelum mula kelas baca doa tak? Nak makan baca doa tak? dia cakap tak, then aku tanya dia Najmi buat tak? Kita buatlah mama, sebab teacher CIC cakap nak buat apa kena baca doa, ustazah pun cakap macam tu (ustazah ni yang kelas KAFA malam dia skrang) dan dia bagitau, kalau nak makan pun dia baca doa sendiri. Ye la dah teacher dia pun Non-Muslim, mane la teacher dia tau baca doa kan? hehehe,

Di rumah pon sama, dia baca doa sebelum masuk toilet, keluar toilet, tengok cermin, nak tido, nak makan, heheh even doa masuk tandas tu aku pun belajar dengan dia., :-P walaupun di SRK ada fardhu Ain jugak, tetapi hanya beberapa kali seminggu jer, tapi amalan yang dia dapat dari tadika Islam dia gunakan. Terutama, ayat lazim yang simple, bacaan-bacaan dalam solat, tertib solat, at least basic tu semua sudah ada, kita hanya perlu suruh dia amalkan supaya dia tidak lupa. Itu pandangan aku la, kalau ada yang plan nak hantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun, elok plan begini.

Dan kini bila Najmi belajar kat SRK, memang nampak improve jugak, English dia, walaupun Pua CHu Kang version tp still dia try guna dan communicate, cuma kadang-kadang bunyi lucu, tapi kami tak gelakkan dia, just encourage dia supaya dia lebih confident. Contoh ayat dia

"Mama, can i see tv?" heheh mama betulkan "Can i watch tv" dia tak puas hati "mama-see = tengok, bahasa melayu tengok tv, kenapa kalau english tak boleh cakap see?" Mama jawab "watch=menonton, lebih sesuai" dia masih tak puas hati " kalau macam tu, dalam bahasa melayu, cakaplah nak tonton tv" heheheh alahai anak, bahasa formal kita guna begitu, kami cakpa harian kita, guna tengok tv je...heheh tp aku tak jawab begitu, aku jawab "ok, nanti ktia cakap tonton tv"

Dan kami selalu pesan pada dia, kalau mama dan babah tengah cakap, or sesiapa tengah bercakap jangan menyampuk, tunggu orang abeh cakap, baru menyampuk. Hari tu aku dengan hubby bersembang dalam kereta, non-stop, tiba-tiba dia mencelah "Mama, bila nak berhenti bercakap? Kiter nak cakap pulak," heheh dan memandangkan story aku ngan hubby belum finish, maka aku jawab, "Kejap lagi turn Najmi ek, biar mama abehkan dulu," ehehe dia merengus "dah lama ktia tunggu, dari ofis babah dekat kl tadi, ni dah nak sampai Shah Alam, mama dengan babah tak henti lagi bercakap," hahahaha geram nampak..

Heheh lama gak dia tunggu, tiba-tiba keluar ayat "Can i speak? mama stop speak, now i speak, can?" heheh very the Pua Chu Kang, aku pun nak gelak, tapi aku tau, dia hot tu, heheh sebab aku kalau marah dia sangat, aku cakap english (walaupun lintang pukang, tapi marah orang kena dalam English baru nampak hebat kan?? hehe ) Tapi aku tak ler gelak, kang dia down pulak, so aku encourage dia la, betulkan ayat dia tu, then dia pun cakap, rupanya dia hanya nak bagitau dia dah tengok citer aper tah ada iklan kat billboard tepi jalan ni, citer aper tah kat tv9.

Hari dia main-main dengan kawan-kawan kenit anak-anak jiran kami, ada budak-budak ni, memang la notti, adeh, aku pun naik pening, budak-budak main dalam umah aku, siap punggah segala bagai mainan, dan Najmi bengang, kang dia sorang kena simpan dan kemas balik, the encik babah, memang pantang barang berselerak, mau dia humban mainan semua dalam tong sampah karang (it happened before tau...) dia marah kawan dia "U are very notti, cannot notti, nanti...." peh tu dia jerit "mama, kalau marah cakap apa" hehehe aku jawab angry dia pun sambung ayat dia "Cannot notti, nanti Mom angry, mom penat," pehtu jerit lagi.. "Mama penat apa?" aku jawab "tired" heeh tehn dia sambung "Nanti my mom tired" peh tu sambung membebel "Awak tak per lah rumah awak ada bibik, rumah kiter tak der bibik, semua kerja mama kita kena buat sorang, mama kita pegi work dia penatlah kerja cari duit, sebab itulah dapat beli mainan ni semua, nanti kalau mama penat, tak kerja, boss mama tak bagi gaji, siapa nak bagi duit, kalau kita nak beli mainan lagi?" heheheh wahhh very the abang-abang gitu... aku terkekeh ketawa sorang-sorang kat dapur.

Dan lagi hari tu, masa on the way kami nak ke Shah Alam, tiba-tiba dia dia nampak ada signboard "WELCOME TO SHAH ALAM" dan dia tanya, "Mama, welcome tu apa sebenarnya" aku jawab la, "welcome tu Selamat Datang" dan dia.. "Oooo, signboard tu tulis, Selamat Datang ke Shah Alam" dan tiba-tiba dia terfikir agaknya "Mama, kan kalau orang cakap Thank you kat kita, kita cakap kat dia u are welcome, kenapa pulak kita kalau orang cakap Thank you kita cakap Selamat Datang," hahahhah adehhh tak terfikir lak dia leh tanya camtu..manyak fening pehtu aku cakap la..."Ooo kalau orang cakap Thank you, kita cakap u are welcome, sebab ayat tu, cakap sama-sama sebenarnya," dia tak puas hati dan pertikaikan. "ok, kalau sama dalam Inggeris apa" aku cakap "same" pehtu dia jawab..."ler, susah je tukar welcome, cakap je la same-same dua kali," hahahahahah budak ni..saboo je la...

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino