Sunday, May 31, 2009

Happy 9th Anniversary..



9 tahun sudah...
Alhamdulillah...
Moga kekal bahagia selamanya..

Terima kasih my dear darling kerana sudi menjadikan saya isteri anda...
sekaligus menjadikan saya ibu kepada anak-anak anda...

Moga rumah tangga kita makin bertambah kukuh dengan kehadiran anak-anak yang menyenangkan..

Terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk saya..

terima kasih kerana menjadi babah yang baik untuk anak-anak..

tak leh nak tulis bebanyak...tengah sibuk di kampung, berkenduri kendara anak baranak ni..

muaahss to my darling...

Wednesday, May 27, 2009

wedding rodi and najmi chat


Ermm nampak gayanya saya kena menulis dengan penuh skema, sebab Najmi baca blog ni dan complaint, apa mama tulis ni, banyak salah.. :-)

Ok mari kita cuba ye..
Di hari Minggu nan silam keluarga mak pnut pegi kenduri kahwinn RODIAH puteri bongsu Cik Yam dan Pak Cik Sabri, Kalau pembaca blog setelah sekian lama saya sure dah kenal Cik Yam dan Pak Cik Sabri ni, diaorang ini la yang menjaga si abang dulu, Najmi. Sampai sekarang masih rapat lagi, macam saudara dah. Masa abah saya sakit kuat, saya call pak cik, dan cakap ngan Pakcik dan menangis, lepas itu CIk Yam pun cakap, saya menangis lagi, dengar saya nangis, Cik Yam pun menangis, dia suruh saya sabar, jaga diri, saya dalam pantang tu. dan masa abah saya meninggal, antara orang pertama saya call ialah Pak Cik Sabri, saya menangis semahunya di telefon, pak cik pujuk saya, pak cik kata, tak pa..pak cik ada ni... Nas pun macam anak pak cik juga... sabaq..sabaq.. jaga diri tu, dok dalam pantang tu.

Pastu petang tu Pak Cik call saya balik, just to make sure saya dah ok ke? rasa tenang.. Ermm tima kasih le Buk, Rodi, Ayie, Nas, Selly dan Zue, kerana 'tak kedekut' kitaorg baik ngan mama dan papa korang. And sekarang, anak-anak kami pun dah kamceng..eheheh Buk dan Selly ialah emak bapak Aina, si comel tembam yang Najmi suka sangat... ahhaha tapi mat romeo tu tetiba kata nak kat Aliya pulak..ishkk ko ni abang... entahla le Selly, mana satu nak amek buat menantu pun tatau..hahahaha

OK kenduri Rodi, temanya pink.. i likeeeee suke beno..

makanan as usual la kenduri umah pak cik, superb!!! pak cik mmg tukang masak yang sangat handal.. yummy, punah diet meks, termakan nasi pulok..

okeh meh tengok pic meh...
pengantin baru sampai..
Photobucket
flower girl tu yg depan comei domei tu Aina, tinggi sikit belakang tu Aliya, comei sangat bebudak ni in pink.

Sanding..
Photobucket
Mr. Ben malu-malu ouls..

nampak kek pink tu??? eheheh itu from Pnut Cuppies.. hehe promote sat
Photobucket

Flower girls, termasuk future flowers girls yang kena dukung ngan Aliya tu..
Photobucket

dua-dua comei, susah najmi nak buat pilihan...hahahah
Photobucket

Ok sekian...
esok kami balik kampung...anak buah hubby kawen
lusa kami pi kenduri sebelah pengantin pompuan
tulat kami belah pengantin lelaki lak kenduri
Erkk lepas tulat apa ek..
Isnin balik kedah sat, ambil mak, pastu selasa kami naik cameron highlands.. yahoooo boleh petik strawberry...jadi sesiapa nak order strawberry choc cake camni sila order ye..
Photobucket

sapo nak sila sms saya terus ye, lps ni jarang online..tp please confirmkan cepat-cepat sebelum saya turun cameron.. sbb saya akan shopping strawberry and bunga bebanyak... ingat saper nak order sila sms ek...013-397 4760
harga bermula dari RM45-65, ikut size and jenis hiasan... (size round 8", 9", 11")


HUh,,letih menulis dengan baik, kena check edit, betulkan mana dah tertulis salah, mana terguan short form, letak ayat penuh..
tengok najmi chat ngan kak tasha dia, skema je kan..eheheh tunggu la sikit hari...dah terer, short form depa guna, emak dia pun tak reti, macam baca sms si Mak Su, adoi letih mikir apa benda dia tulis, kalau cik abang langsung la tak reti baca sms budak2 ni.. eheheh
Photobucket
skema ek, budak darjah dua chat dengan bakal cikgu ni..eheheh

Monday, May 25, 2009

Alesya mencoba merangkak


Finally!!! setelah lebih 11 bulan atau umur sebenarnya dia sekarang baru 9 bulan, our Baby Q finally sudah berjaya mengangkat badan untuk merangkak... butttttttttttt baru angkat badan je beb.. belum 'mengayuh lagik. Apa pun bravoooo kitaorang happy sebab dapat snap pic first time dia mengangkat-angkat badan ni, macam teruja semua orang terutama Mak Su yang lepak kat umah last weekend. Dia macam heran kenapa semua orang kerumun dia, pastu dok cakap, go Adik go..gooo don't give up..up adik..up... tiba-tiba bila dah angkat badan, kami semua jerit..Yeayyyyy!!! terkedu awek kecik tu, heran dia nengok orang keliling dia masa tu, and of course ler the anak pak dia dpt kiss-kiss dari pak dia..

And lagi pencapaian dia, dia dah pandai sebut Ma ma ma ma ma... dan sebut ba ba bah..ba ba bah... yesss tak sabo nak citer kat doktor Dave nanti 'anak' dia kat NICU dulu dah pandai sebut ma ma ma.. ba..ba.ba..bahhh ermm tapi ini hari dia hanya sebut ba..ba..bahhh tak sebut ma.maa..maa pun.. suruh sebut pun tanak, sebut babababahhh jugekkk.. oh sungguh tersinggung.. hiks..sangat poyolah emak dia. ye la..kang tengah malam nak susu suruh babah bangun susukan.. hahhaha emosi..emosiii...

tengok...kitaorg overdose excited, dia leh maintain dan pelik kenapa sumer orang jerit-jerit.. kecoh la korang ni kata dia, eh nampak tak kain alas meja tu dah kena singkap, ye... itu kes dia sudah pandai tarik kain tu tau... bahaya...
Photobucket

Baru angkat je ni, belum kayuh lagi, nak capai apa-apa didepan dia, dia akan meniarap dan 'mengayuh' ala askar gitu..

ok then, lepas amek pic mak pnut letak kamera kat atas kabinet tv, sebab senang kang kalo ada aksi dia meniarap dan nak amek pic video dia practice merangkak...

sekalikkkkkkkkkkkkkkk si abang rupanya dok amek pic tah hapa-hapa..lubang idong adik, cuping telinga, ater mangkuk jamban pun dia amek pic, haru budak ni. saya tak sedar, cuma sedar pagi tadi kat office bila nak upload pic dari kamera ke laptop, tetiba nengok, uiishh banyaknya gambo.. dan ini hasil pic-pic yang telah dipilih yang senonoh sikit, semua pic ni si abang yang snap.
Photobucket

And..cayalah abang!!! mama dok try amek pic gigi adik yang baru tumbuh tak pernah berjaya, asal dia nampak kemera dia 'sembunyikan' gigi dia, tapi abang berjaya snap pic adik...

tadaaa lihat adik sudah tumbuh gigi bawah, pasti senyuman adik lebih manis lepas ni
Photobucket

next month adik akan cecah setahun, tak kiralah, walau ikut usia sebenarnya belum pun setahun lagi, tapiiii nak juga sambut hari dia dilahirkan...itu sebab dipanggil hari lahir...dannn paling besttt sebab mak pnut dah boleh makan laksa selepas itu. Orang Kedah ni pantang dia dengan laksa tu lama ooooo arwah tok, emak saya memang suruh pantang sungguh laksa tu, masa Najmi dulu saya tak tahan, masa dia umur 11 bulan saya dah lenjan makan laksa..hiks.. adik ipar saya boleh tahan, sampai setahun lebih tak makan laksa..hiks.. orang negeri lain saya tengok tak der pantang laksa, orang-orang utara je kot (utara tak termasuk perak, keluarga mertua saya on je makan semua) eheh Ajid pernah cerita, Ila wife dia sambut birthday pertama anak buat kenduri laksa..ehehe, Mak cik laksa yang saya suka beli kat Pasar tani Putrajaya ni orang kedah, dan of course la laksa dia sangat sedap kan, hari tu mak su nak beli laksa, dia dah kenal saya, dia usik saya, sabaqqq nooo anak kecik lagi...ehehehhe tengah sabaq la mak cik oiii

citer last week..
MInggu lepas kitaorg pegi Sg. Buloh, hantarkan order cupcakes, dah sampai Sungai Buloh, bagi umat macam saya sangat heran kalau tak menyinggah nurseri pokok kan???? dari rumah ni plan nak bel pasu, nak beli pokok tu..pokok ni.. tp sudahnya tak beli byk pun, beli anak pokok untuk tanam keliling Anjong Kaseh je, pastu tak beli lain apa pun tak beli, antara sebabnya selain rambang mata, saya geli la anjing-anjing tokei kedai tu berkeliaran je, kalo beli pasu, tak yakin la saya, nak kena samak bagai nanti, ishkk tak koser la..murah la camner pun tanak la saya.

Ishkk minggu ni kureng mood nak gigih bekerja, hiks... mood balik kampung maaaa next week kami cuti seminggu, balik kampung pastu nak naik cameron..jommmm..

Wednesday, May 20, 2009

Anjong Kaseh


Remember itu hari saya bgtau yang kitaorang memang berangan nak ada wakaf/gazebo depan rumah kan, ermm yang ready made wakaf harga koman-koman pun 4K kan, pastu kalau kita beli barang dan upah orang buat pun standard rega lebih kurang 4K jugak la kan, saya pernah berbual dengan sorang jiran yang berusaha beli kayu, papan dan kemudian upah pekerja indon buat, kosnya cecah 4K, erkkk saya tak mampu la nak spend riban-riban gitu, sayang duit. U know whattt my darling dah nyaris terbeli satu gazebo lawooo yang harga asal dekat 6K, tapi tokei kedai tu nak let go about 4K, sebab itu set display unit depan kedai dia, so dia nak replace new set, set lama dia nak let go, nyaris occay mamat tu terbeli, mujur sempat ditegah.. lawa memang la lawa, tapi umat yang duit tak berapa meriah macam kami, kena fikir riban kali occay. Banyak benda lain nak guna duit.

And actually beberapa minggu lepas darling carikan pekerja indon untuk tukar ganti kayu bumbung polycarbonate kami tu, sangat ampeh kontraktor lama buat kerja, kayu tu tak elok, macam merekah, so dari bumbung jatuh dan timpa Mr. Grey baik kami gantikan yang baru, and selesai kerja penukaran dibuat, ada lebihan kayu-kayu dari bumbung tu, hubby bincang suruh depa buat 'pondok' depan rumah, so ntah hapa depa bincang, indon-indon tu pun mulakan kerja-kerja, tiba-tiba saya tergerak nak tanya camner rupa pondok depa nak buat?? terkojot den.. bini dia ni ada a bit cerewt sikit bab rumah, saya tak setuju, tak nak kata saya mencatatkan rupa kawasan rumah je, kalo takat buat gitu tak payah buat, tak mau.. biar saya kumpul duit lagi, nanti buat yang elok sikit. uhuhu, saya boleh selekeh, tp saya tak suka nengok umah saya selekeh. hahaha teruk la.

Malam tu saya kelebek abeh, Majalah Anjung Seri, Majalah Laman, saya purpose a few benda saya suka, uhuhu tp bila tanya tukang katanya kos tinggi, ermm hubby kata tak mau, sebab dia tanak spend byk duit buat benda tu, hahah sy tak putus asa, saya korek lagi majalah, tenung dan tenung.. jumpa satu rumah yang buat wakaf ala-ala anjung, wahh saya suka, saya tunjuk pada hubby, mintak buat macam tu, hasil berbincang dengan tukang, dia kata boleh, tp saya cakap kat hubby, biar kita pegi beli barang tak mo diaorng beli, kang kena 'ketuk' lagi, so sabtu pagi-pagi tu saya dan hubby ke Jalan Reko beli tiang kayu rasak 4x4in yg tggi 9 kaki, beberapa tahun lepas satu tiang tu seratus je (kami guna tu utk tiang bumbung poly beberapa tahun lepas) but skrang harga RM12++ sebatang, kami bodek minta kurang dapatlah RM110 sebatang, pastu beli atap genting, beli kayu-kayu untuk rangka, papan untuk lantai.

Semua-semua kos dalam 1200++ camtu, hahaha buat kira-kira dari rumah agak-agak dalam 6-7 ratus je, sekali sampai sana sen tak cukup hahaha tp tokei tu kata tak per, nanti hantar barang bayar baki, naseb baik, so terpaksa 'pecah tabung cap ayam' hiks.. huwaaa abeh impian saya nak beli lemari henglish style. Ermm tahun depan la gamaknya baru tercapai. Tak per la ini pun salah satu impian juga. Jadi kos-kos kitaorg buat Anjung ni tak sampai 2K, termasuk upah pekerja. (erkk kak Zah, sorry diaorg ni tak paham bahasa, diaorg amek kayu kat umah akak, nanti diaorg akan ganti balik ye, tragedi sungguh la mamat-mamat indon ni)

So start hari Sabtu lepas tukang berkerja menyiapkan apa yang saya dah tunjuk gambar camner saya nak tu, andddddddddddd semalam... tadaaaaaaaaaa dah siapppp kami suka sangat...

Kami akan namakan ni Anjong Kaseh sempena kasih sayang buat anak-anak, dan pasti anak-anak akan suka duduk santai di sini nanti. Sini juga tempat emak dan adik beradik kalau datang nak lepak bersantai.. tempat bergurau senda. Minum petang sambail borak-borak.. And hubby mmg mengidam dari dulu nak buat pagar silang-silang macam tu, sukalah dia dapat juga buat pagar camtu
Photobucket

Sebenarny belum siap sepenuhnya, catnya belum abeh lagi, masih ada satu atau dua lapisan lagi perlu dicat, sebab saya mahukan hasil yang gelap, tapi kami dah over excited nak santai. Nampak tak dua tingkat kat anjung tu, satu tu tingkap bilik, satu tu tingkap dari ruang tamu, yang tingkap dari ruang tamu tu plan nanti nak pecahkan and buatkan pintu, so dari rumah pun boleh terus ke anjung ni nanti, bestt..best..
Photobucket

Najmi sejak balik dari sekolah agama, sudah menantikan babahnya pulang nak lepak minum petang, budak kecik ni kena denda tak boleh keluar main di luar rumah, selama seminggu. sebab tak ambil port kena buat scrapbook subject science dia, (i'll blog about soon)and he is good boy, patuh, dia tak keluar pun walaupun depan rumah geng-geng dia riuh bermain, dia duduk di birai tangga tu sambil baca buku. (baca ke?? saya nengok pegang je pun..haha)

sooo tadaaa bila pak nya balik, terus dia suruh bibik goreng keropok dan saya buatkan teh o, kami lepak rasmi anjung ni, tengok kami lapik dengan tikar, eheh sebenarnya catnya belum betul kering.
Photobucket

Alhamdulillah, lepas ni nak cantikkan sekitar anjung tu, nak beli plak gantung yang bertulis "ANJONG KASEH" nak tanam pokok-pokok, nak cari kayu rel keretapi tu, nak beli batu-batu putih and tabur, pastu my darling nak beli tempayan besar, and nak beli sangkar burung la...sarang burung la..ntah le memacam dia nak buat. Ni memang impian dan cita-cita sejak mula beli rumah memang berangan nak ada tempat santai begini.

My Baby Q,
nak tunjuk pic habit baby Q
Budak ni sangatlah 'fragile' manja ke main, kalau sentap sikit mula muncung muka macam dalam pic tu, menyebek muka dan menangis. Biasanya lebih sentap, kalau paknya buat tak peduli kat dia, sangat gilakan perhatian babah dia. Kalau kita marah dia sikit, mula muncung mulut macam dalam pic ni, dia muncung and akan sedih bergenang air mata dan leleh.. hohoho ikut sapa la tuuu

pastu tangan dia akan dia genggam macam nyanyi lagu nasyid macam pic dlm car seat dia tu, dia akan buat tangan begitu kalau dia ngantuk nak tidoooo memacam peel.
Photobucket

So soooooonnn next month Wedding Anniversary kami, birthday saya, birthday Alesya, so babah, please buat makan-makan untuk meraikan dua ratu ini ye... so boleh kita invite kawan-kawan lepak atas Anjong Kaseh

Sunday, May 17, 2009

Masih kah Kau Ingat??


Hari tu baca blog Zar, dia dok buat tag pasal entry chenta-chenta, walaupun Zar tak tag saya, tapi saya gedik nak buat juga entry tag ni sebab saya rasa indah untuk dikenang balik kesah dolu-dolu..

1) Tempat pertemuan pertama anda dan suami buat pertama kalinya
Kalau ikutkan 'pertemuan' pertama ialah di MIRC Chat weiiii, budak la ni MIRC pun tak tau gamaknya, eheheh, hari tu saya ajar kawan saya Pn, Akiza Roswati yang baru nak belajar kena MIRC, tahun 1998 masa tu, pegi CC, internet sejam 7 rggt oo masa tu. Pastu Kiza bertukar no phone ngan dia, dia calling2 dia, pastu dia siap pesan kat kiza, suruh kawan awak tu call saya jugak, ehehe pastu saya pun calling dia, tp no feeling la, sembang loyar buruk adalah..

Tapiiiiiii... Jeng..jeng..jeng...

Pertemuan bertentang mata sebenarnya setelah berbulan kenal tru irc, email, dan telefon ialah di Jalan Telawi 3 Bangsar, lebih tepat Kenny Rogers Rest. depan Aff*n Bank situ, dolu Perwira Aff*n Bank noks, setelah berbulan kenal tru MIRC, email dan telefon je, dia pakai hp, meks student masa tu boleh kira ngan jari mano je student leh pakai HP barang mewah tu. Masa first jumpa ni pun dengan 4 orang kawan, my partner in crime masa tu ialah, Rass, Jal, Marlina dan eh sapa wei sorang lagi?? kak Yah ka? kakak?? Norma?? rass tlg remind sat..


2)Pandangan peribadi and terhadap terhadap sikap atau ciri2 padanya ketika mula-mula berkenalan
Tak suka, eheheh sbb dia ni mulut laser, suka menyakat, dan menyakitkan hati..ahaks, rass, hang ingat dak dia kutuk nanti kita balik hostel kena panjat pagar, semua orang lepas, aku sorang ja tak lepas sebab sangkut kat pagar, sakit hati ooo kutuk orang masa tu.. i dun like.. pastu rasa macam tak nak dah jumpa mamat mulut laser ni. Pastu masa nak balik tu, mamat ni siap pesan berkali-kali nanti dah sampai hostel telefon la bgtau dah sampai, uhuhu ingatkan caring le sangat, tapi rupanya dia kata, bukan apa, kot-kot hang pa buat jenayah ka, kena bunuh ka..pastu org terakhir hang pa jumpa ialah dia, sat lagi tak pasal je. cisss.. masa sampai tu cam maleh je nak calling, tapi partner in crime me kata call le ckp tima kasih belanja makan dan belanja tambang teksi Bangsar-Shah ALam. heheh, lps call tu dia suruh call lagi, ewahhh ape hal mamat ni.. hiks..

Pastu beberapa hari lepas tu tu baru call dia balik, ewaahhh dari mamat brutal, tetiba jadi mat leleh lak, dok getik-getik puji-pujian kat saya, kata suka nengok saya ada lesung pipit la..senyum cute la..baby face la..ayat beb.ayat... (lukman ko baca ni sila muntah tadah besen ye..tu la pak sedara hang) pastu normal la kan, saya perempuan biasa, cair le jugak..hahahah poyo je kan..

3) Tempat 'dating' di mana dia meluahkan perasaan pada anda
Hahaha bertempat di tepi kompleks daya bumi, tepi sungai kelang, dekat dengan CM, tu diaaaaa punya tak romantik pakcik ni..hahaha, tepi jalan tu je dia boleh luah isi hati dia..ciss tak memilih tempat langsung. Puncanya dah lupa pasal apa, masa jumpa tu acik ala-ala cam merajuk sikit, tetiba member terus luahkan isi hati, ala-ala takut kehilangan gitu kekdahnya..eheheh dengan masih berlagak, saya cabar dia, "kalau betul pi la jumpa emak abah saya," Betul-betul lepas tu dia pegi jumpa emak pak saya. uhuhu

4) Jika anda masih ingat, ayat apa dia gunaka ketika meluahkan perasaannya.
Mula-mula kat telefon je, ke main berani pak cik ni ayat power dalam telefon, tapi ayat meruntun jiwa yang tak boleh lena ialah, dalam dok melawak gitu gini, pastu dia pun dok nasihat itu ini, pastu gue cam tercabar sikit, "ape hal mamat ni sebok je nak bgtau itu boleh, ini tak boleh kat aku ni, huks.." tetiba sentap tau, bila gue tanya dia naper selalu dok nasihat saya gitu gini, tetiba mamat ni cakap "sbb i want you to be my wife, a mother for my future kids," glurrppp sentap meks noks.. dan-dan tu rasa melayan sat. hiks..tapi kerek beb, wat-wat lawak bodo lagi lepas tu. Lepas tu member ajak jumpa.. jeng-jeng...kitaorng punnn jumpa..

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Kenal Ogos 1998, Bertunang 5 September 1999, kawen 1 Jun 2000 kira-kira dalam 2 tahun gak le.

6) Berapa lama usia perkahwinan and sekarang
1 June ni genap 9 tahun. Alhamdulillah

7) Kejutan yang dia pernah buat pada anda?
Hahaha, masa birthday saya dia datang sehelai sepinggang lenggang kangkun, tak der kad, takder hadiah, huwaaa sangat terkejut occay, meks feeling seprais bila nak pegi deting musti dia kasi kad birthday, koman-koman pun beli coklat sekotak ke, tapi haghammmm nan adooo sangat kejutan ok...hahaha masuk kategori kejutan gak le kan?? Sentap giler masa tu rasa macam nak hentak-hentak kaki sepanjang jalan sebab boifren tak romantik tak reti-reti nak tunjuk kasih sayang kat awek, saya ni dari malam sebelum tu bajet-bajet la esok-esok apalah besday card dia nak kasi kat saya, hadiah ape la dia nak kasi...sekalikkkkkkkkkkkkkk tu diaaaa lenggang mak minah dia datang, tanpa rasa bersalah.. terkejut yang sangatlah kejutan katanya kannnn...


Ini lah kes yang entry saya dulu, yang dia ajak masuk Memory Lane CM tu suruh saya pilih kad birthday sendiri, and pilih hadiah apa nak, kang dia sign je..huwaaa macam nak hempuk je masa tu..hahhah kelakar bila ingat balik.


(psstt zar, koman-koman pun zar dapat gak besday kad gambar sampan, dari nasir tu, pnut ni nan ado langsung..hahahah)

kejutan lain tu biasa-biasa je, pernah tiba-tiba belikan hadiah cincin masa tau pregnant kali ke 3 (yg gugur sebelum pregnantkan alesya) lelain tu biasa-biasa je,

8) Perancangan and dan dia dalam rumahtangga
ikutkan hati mmg mau anak lagi, tapi cukuplah ujian-ujian kehamilan sebelum-sebelum ini, dua kali keguguran selepas Najmi, and sebelum Alesya, dengan tahap kesihatan yang sangat teruk kalau pregnant, rasanya 4 of us is more than enough. Bila kenangkan balik keadaan kesihatan saya masa pregnantkan Alesya rasa macam tak percaya saya lalui kesakitan semua, kuat juga saya ye..

selain itu, teringin nak ada syarikat sendiri yang saya dan dia usahakan, untuk masa depan anak-anak.

9) Bagaimana dia melayani karenah anak?
Dia garang, tapi dalam masa yang sama, dia jadi 'best friend' pada anak-anak, terutama Najmi, Alesya masih baby, and of course la dia sangat manjakan anak dara dia tu.. lama kan, kami menanti..

10) Hubungan suami dengan anda dan keluarga sebelah anda?
Alhamdulillah dia menantu terbaik yang emak ada sekarang, yes bukan nak puji, tapi 'bekas' menantu lelaki emak yang dulu tu sangat hantu. Menantu perempuan lain la kan, emak ada satu je menantu perempuan, jadi dua-dua menantu emak sayang ler. dengan adik-adik saya dia tak berapa rapat, tapi mengambil berat le, saya pulak rapat ngan anak-anak sedara dia, sebab budak-budak tu baya-baya adik-adik saya, so chemistry lebih dekat. eheheh

Okeh sekian terima kasih, tader nak tag sesapa, tapi sila buat untuk catatan kenangan.

Thursday, May 14, 2009

Train and Place and roti sosej gulung


Tanggungjawab sosial blog mak pnut
pesanan Khidmat Masyarakat kali ini ialah mengenai maklumat Train and Place.
Mungkin bagi kita yang dah ada kerjaya ni tak pernah ambik tau kewujudan website Cari Kerja macam ni pun kan...

Bulan lepas, saya masuk website Chef Farid and ternampak iklan mengenai program Train and Place yang mana Baker Ria Academy milik Chef Farid ialah salah satu training provider yang dilantik Kementerian Sumber Manusia untuk Pusat Latihan bagi prgram Train and Place yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) so saya call Chef Farid, tanya maklumat lanjut, Chef Farid yang memang terkenal baik hati dan tak lokek ilmu tu bercerita dengan saya, dan katanya, lepas isi semua maklumat kat website, nanti sms nama, dan no I/C pada dia, senang dia nak add masuk nama 'protege' dia nanti.

So saya dengan pantas, terus call Mak Su suruh apply, ye Mak Su pun minat baking, bakeri dan pastry ni. Kan saya punya perancangan untuk buat something suatu hari nanti, so Mak Su sebagai salah satu tenaga mahir yang diperlukan nanti.And Mak Su bebudak ni pun isilah permohonan online bagai. Ingatkan tak dapat, sebab training bermula April, tup-tup semalam Mak su sms bagitau dia dah dapat. ALhamdulillah, and rezeki dia, Chef Farid sudah buka Kampus Baker Ria di Bangi, and Mak Su dapat penempatan kat sini, and asrama disediakan, Syukur. Kalau tak kena dekat Taman Melawati. Bangi dokek je ngan umah den. Insya-ALlah hari Isnin ni Mak Su akan menjadi salah seorang pelatih di situ. Moga Mak Su suka dan gembira. Yes She is..

Program ni bagus, bagi siswazah menganggur dan belia 18 thn ke atas macam Mak Su, akan dapat elaun sara RM500 sebulan (lagi tinggi dari gaji Maksu Kerja kerani kat pejabat akaun kat SP ehehe) then bagi pekerja diberhentikan kerja, elaun sebanyak RM800 diberikan. Bukan kursus bakeri je ada, ada segala neka kursus lagi ada, cube intai-intai mana berkenaan la, so anda yang membaca ni, kalau ada anak lepasan SPM yang mendapat result kurang bagus, tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, and tak mampu hantar ke kolej swasta, boleh cuba memohon kursus-kursus yang ada. masuk je website KSM tadi tu.

Sekian pesanan khidmat Masyarakat di pagi Jumaat.

Nak story kisah semalam.

Semalam saya ajar bibik prepare roti sosej gulung kat bibik, ni ada menu bekalan anak-anak sekola ye puan-puan, kalau senang, jimat dan mudah disediakan.

Ye puan-puan bahan-bahan kita perlukan sangat mudah ye.. hatta orang bujang pun boleh buat sambil cakap tepon ngan awek..
bahan-bahan
sebuku Roti Gadenia
Sosej Ayam or Daging
Sebiji telur
Bread Crumb (ada jual kat kedai Bakeri, korang tak yah cari kat Hypermarket nan ado)
erkkkk tapi tatau le kot ada, mak pnut beli kat kedai barang bakeri je

meh kita tengok cara-caranya
(kalau tader rolling pin, korang leh je belasah gelek dengan botol kicap ke, botol sos ker, tapi awas, kalau botol kicap tu pastikan tertutup rapat, kang satu koje pulak korang mengelap lelehan kicap lak, kalo takder gak, korang tekan-tekan le ngan tapak tangan udah le..)
Photobucket
Okeh selepas pic no. 3, dah golek dalam bread crumb tu, korang leh bakar roti tu kat atas kuali leper, atau takder ada ape jenis kuali suka ati le, tp minyak jangan banyak, mak pnut guna majerin murah tu je kasi dia minyak-minyak sikit pastu bakar-bakar je, tak yah le goreng macam goreng pisang pulak, berminya, tak sedap dan tak berkhasiat, kalau bakar tu pakai minyak, tak yah banyak-banyak sesudu dua udah le...
Photobucket
Tadaaa udah siap weiiii, enak di makan ketika panas, ngan air nescafe ke, teh o ke, kopi janda ke, kopi dangdut ke.. sonang jo ni, jadikan dia antara menu bekal anak-anak ke sekolah ye...
kalau ada dua orang anak sekolah, buat 6 keping roti pepagi dengan 6 batang sosej, pastu kerat dua gini, kasi sorang 4 ketul cukup bekalan diaorg, yang lebih mak pak leh wat sarapan. enak gak makan cicah dengan sos, kalau pakai chicken cocktail tu lagi comel-comel, tp roti kena belah dua pulak, renyah sikit sbb nak kena potong roti, pastu buat satu-satu lak, bior le seketui beso gini, pastu kita potong dua jek..
Photobucket
Oh ya, ni cerita lain pulok yo..
Jiran kami yang baik hati itu telah pegi makan angin keliling benua euro, uhuhu, dan mereka telah belikan dua beradik ni baju, Najmi suka sangat dapat baju tu, sebab babah pun ada satu baju sama cam tu, eheheh baju ragbi Australia team kot babah punya, Najmi pun dapat t-shirt dari Aussie dari Auntie Zah and family, baby Q pun dapat rompers pink yang sangat cute. Itu hari diaorang pegi oversea gak, Najmi dapat T-shirt MU suka le mamat kecik tu. Oh tima kasih le kak Zah, Raja, Pak Engku and Mak Engku.
Tengok sama kaler t-shirt diaorg berdua, harus pakai sedondon nanti..eheheh ermm mama pun ada t-shirt pink biru camni, cun la tu...beshh..beshhh
Photobucket
Lastttttttttt Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di luar sana.. Terima kasih atas jasa kalian. Isnin ni kalau sempat akan buat kek hantar ke sekolah Najmi.

Wednesday, May 13, 2009

Radix Fried Chicken


Alhamdulillah, emak beransur sihat, emak sangat takut kena operate, emak risau sungguh, sampai tekanan darah mak naik, tapi syukur, saya balik menemani emak, menenangkan emak, emak jadi cool, bp mak normal semula. Batu karang emak main hide and seek, doktor scan tak nampak, so doktor tak der buat operation, laser pun tak, just bagi ubat je untuk musnahkan batu-batu jahat itu. Alhamdulillah..

Malam Mother's Day, darling ajak saya keluar kejap untuk dia belanja, just 2 of us, Najmi dah tido, kitaorg sebenarnya nak test makan kat Radix Fried Chicken (RFC) kat SP, sangat famous dan saya gembira tengok HPA ni milik bumi sudah berdaya saing, mampu setaraf KFC, malah jauh lebih sedap makanannya, harap management akan menjaga kualiti restorannya, dari kebersihan, kesedapan makanan, malah pekerjanya mesti dilatih mesra pelanggan. Dah lama kami balik SP nak try RFC ni, tapi tak berkesempatan, ye lah balik kampung emak musti masak hebat-hebat untuk anak-anak dia, maka apa lagi makanan paling best selain masakan ibu kan.

So malam tu kitaorg pegi mamam kat sana, terkejar-kejar takut RFC tutup, tapi rupanya buka 24 jam ouls. Masuk je saya kagum seh, interior dia lawo, bersih, and paling kagum seat penuh, walau pun masa tu dah dekat pukul 10 malam, paling kagum penuh dengan kaum melayu, pak cik mak cik semua ada, apa taknya RFC dijamin halal dan sesuai dengan tekak pak cik makcik, berbanding ayam KFC yang masin, RFC tidak menyediakan ayam yang banyak MSG dan garam, yuck saya tak suka makan masin, itu sebab tak suka KFC, tapi RFC saya suka, teguk sikit air cokenya, wahhh tidak terlalu manis, sedang elok je bagi tekak orang biasa, (tp masih saya manis bg saya yang tak suka manis la) mashed potato dia?? pergggghh teringat beb..sangatlah sadap.. serius, jauh ketinggalan ka KFC punya, mmg sangat sedap. dengan potato wadges yang ada thousand island sauce dan mayonis, ermmm sangat masyuk la dengan tekak kami berdua.

Ermmm RFC kat KL ada ke? kena tunggu balik SP baru dapat makan RFC lagik la nampaknya. Lagi satu saya kagum dengan rangkaian perniagaan RFC ni, tak lama lagi, leh setaraf jutawan dari Kedah gak Syed Bukhari nih.. Kat area RFC tu je, ada HPA hotel, ada HPA Chinese Food, ada Radix Chicken Rice Shop, Institut HPA, dan banyak lagi, saya kagum la.. dengan tokei HPA ni, jauh dia berfikir dan berwawasan.

okeh meh layan pic pulak

Radix Fried Chicken Sungai Petani buka 24 jam ouls..
Photobucket

Makanan yang diorder
Photobucket

Photobucket

Jadi kepada tokei HPA, sila lantik saya jadi duta RFC..ahahahah mau lagi kembang 4-5 mangkuk.. tapi serius beb mmg sedap la.. kalau sesiapa ke Utara, sila pegi ke RFC ye...

Ni saya tanya encik google mengenai RFC, bolehlah tgk info ye.. HPA

Saturday, May 09, 2009

Selamat Hari Ibu.. Dari wad Hospital Sultan Abd. Halim, SP


Hari ini hari Ibu... Kami sangat kelam kabut, my darling and my handsome son pun terlupa wih me Selamat hari Ibu,

Hari ibu yang amat bermnakna buat saya kerana apa??
Saya bersama-sama ibu tersayang.. di mana???
Di Hospital Sultan Abd Halim...
Emak saya dimasukkan ke wad semalam, selepas mengadu sakit pinggang yang sangat sakit.

Knowing my emak dia kalau takat sakit sikit-sikit tu, dia wat derk je, tapi kalau dah sakit sangatlah baru dia nak habaq, nak pegi hospital. Sebenarnya dari hari Jumaat lagi emak dah sakit, dah pegi ke kecemasan, and kebetulan mak di check oleh Dr. Max, kakak Mat Jan, so saya sms kak max tanya keadaan mak, kata Kak Max kencing mak kotor tu punca dia sakit, and ada kencing manis sikit. Tapi mak tak ditahan di wad, diberi suntikan, and balik dah balik dia ok sikit, pagi sabtu dia sakit semula, sangat sakit sampai menangis, yes i know her, kalau dia tahap menangis, mmg dia sakit sangat, so adik bawa lagi emak pegi hospital, and kami di KL mengemas apa patut untuk pulang ke kampung, darling sakit perut, terpaksa juga drive dalam keadaan dia sangat tak selesa.. (sorry Jiey, tak dapat attend birthday party Ian, plan asal memang nak pegi, hubby pun ckp, tghari tu dia dah ok sikit, and dah pesan bibik nak pegi, but akak terpaksa bergegas balik kampung demi emak)

Tengah kalut mengemas, adik call mak kena tahan kat wad, and suspect batu karang, tahap 'tumbesaran' batu karang belum pasti, mungkin kena operation, mungkin just laser sahaja. U know what, my mum bukan jenis emak-emak yang sangat emosi dan tunjuk sakit depan anak-anak, boleh dia suruh adik bgtau kami tak payah balik, dia tak sakit kuat, dia ok, tak payah kalut balik. Oh nooo mak, masa orang masuk wad sebab high bp masa pregnantkan Najmi kelam kabut emak sampai dari Kedah, padahal orang tadak apa pun masa tu. No mak, orang tetap akan balik. My darling pun cakap jom balik. Hope i can jadi macam emak, i don't want jadi emak over emosi, demam sikit kalut telefon suruh anak-anak berkampung halaman kat rumah, harap saya tua esok tak over emosi, saya nak jadi kuat macam emak.

Ya saya kan Mak Pnut yang sudah boleh beronline di mana saja, so saya boleh update blog dari hospital di sisi emak. Macam mana celc*m broadband setia menemani saya, begitulah saya akan temani emak. Saat ini saya masih menantikan doktor, untuk bertanya keadaan lebih lanjut, tetapi doktor belum round lagi untuk tengahari ni, pagi tadi saya sudah miss, saya nak tau keputusan scan emak, keputusan check jantung emak, and paling penting status batu karang emak macam mana. Saya datang pagi tadi pun emak cakap "buat apa mai, tak payah la bukan mak teruk pun sampai kena jaga," seee.. dia sangat hebat. ermm memanglah emak tak teruk boleh bangun pegi bilik air semua sendiri, tapi bila saya ada at least emak ada kawan.

Saya temani emak, dan encik Celc*m Berukband menemani saya, terima kasih kepada pencipta teknologi.


Kawan-kawan yang baik hati, anda telah berdoa kepada saya semasa saya hamilkan Alesya, anda semua telah doakan agar Alesya pulih dan sihat semasa bertarung 90 hari di NICU, dan anda juga pemurah berdoa agar 'perjalanan' abah saya menemui penciptaNya dilalui dengan mudah, saya mohon doa kalian semua doakan yang terbaik untuk emak saya, andai takdir dia kena operation, doakan dipermudahkan segalanya. moga emak akan sihat sepenuhnya, (saya sedang pujuk emak, kalau kena operate saya nak bawa emak balik ke putrajaya dan buat di sana saja, senang saya hendak menjaga emak, harap-harap emak mau, dan doktor akan setuju.

Emak, selamat hari ibu, moga emak sihat, moga emak panjang umur sampai emak merasa tengok cucu-cucu emak membesar, dan mereka berkahwin dan emak merasa bercicit... aminnnn

Wednesday, May 06, 2009

Insurans Takaful and rumah for sale


Insurans




Penting ni untuk masa depan...
Terus terang le cakap kan, kitaorang laki bini ni memang la jenis 'pemurah' bukan kaki saving duit riban-riban berkepuk-kepuk macam orang lain. Most of duit yang simpan-simpan, bila kami rasa nak beli something kami beli je, tak macam sesetengah orang yang tinggi disiplin dia, asal dah masuk saving, dia takkan keluar lagi hatta sanggup isi minyak akai kredit kad, atau pinjam kat kawan dari dia keluarkan saving dia sendiri, alasan dia, kalau hutang pada diri sendiri tak bayar pun, tp kalau hutang ngan orang atau bank, nak tak nak kena bayar.

Prinsip masing-masing la kan. Kitaorang ada tak ada, saving seciput dalam Tabung Haji yang potong gaji sikit setiap hujung bulan, tu pun manjang je bocor.. ye la, yuran sekolah agama Najmi bayarnya by semester, satu sem rasanya RM 400 lebih kot, ye ke babah? hahah omaknya tak tau sbb bapak dia tukang bayar. Pastu saving tu perlu simpan untuk road tax kereta, insurans kereta, pastu kos-kos service keter bagai. Jadi benda-benda tu selalu bocor la kan dan itu pun tujuan kita menyimpan.

Dan saving simpan untuk case kecemasan, kot emak sakit ke nak pakai duit, at least ada saving, untuk kami Insya-Allah, both of majikan kami laki bini cover perubatan ahli keluarga, pilih je la nak pegi hospital gomen ke swasta, percuma beb. Part tu tak der la risau sangat kan. Tapi kenalah fikir panjang kan, jangka masa panjang.. Sebab kami berdua bukan sangat 'kedekut' sangat dengan simpanan kami sendiri. Jadi untuk jangka masa panjang, kami perlu ada insurans bagi simpanan, dan jaminan masa depan, musibah datang kita tak tau, jadi kita buat persediaan.

Najmi memang dari baby dulu dah ada insurans pendidikan, itu cerita lama, maybe kitaorang pun nak stop plan yang dah tak wujud pun skrang, and apply plan baru kat dia. Babah memang dah ada, and now for me and Baby Q. Jadi semalam kami berjumpa dengan RAUF seorang anak muda yang punya semangat tinggi untuk berjaya. Saya kagum, dari berkerja makan gaji, dia buat sesuatu untuk kepuasan diri dia, syabas, saya harus beri sokongan kepada anak-anak muda yang ada wawasan begini. Kami berbincang dengan polisi insuran yang dia sudah sediakan untuk kami. Insya-Allah harap semuanya berjalan lancar.

Kitaorg bincang bab insurans kejap je, pastu topik lain je yang lebey, my darling babah tu, kalo bab bersembang korang jangan tak tau, boleh jadi wakil rakyat. Dia boleh buat rapat umum berjam-jam rasanya. Hahaha. Kalau tak dihentikan mau meleret sampai lebih pukul 12 malam. Tak caya, try test ajak dia borak, he can talk dan talk and talk. NSTP katanya (Non Stop Talking Person) ehh bini dia pun sama gak sebenarnya..ahhaah. Kitaorg berurusan kat mamak je. Senang, plan asal nak kat rumah je, tapi tukar lepak kat mamak sebab saya dari Bangi membeli barang2 kek.

At least dengan ada insurans ni esok-esok anak-anak saya tak payah le pinjam PTPTN kalau nak belajar, at least kami ada pilihan lain. Kemudian dengan adanya insurans ni juga, selain daripada saving untuk pendidikan, setidak-tidaknya kalau apa-apa berlaku kami ada sumber kewangan. Jadi untuk kalian semua yang membaca, kalau boleh belikan satu plan untuk anak-anak dan diri sendiri, tak payah bayar mahal-mahal monthly, ikut kemampuan kita je, macam plan saya ambil untuk anak beranak ni, asalnya Rauf cadangkan RM100 seorang, tapi saya rasa tak mampu la kalau RM300 sebulan untuk bayar, jadi dia tukar plan jadi RM80 sebulan, so untuk 3 beranak kami sebulan cuma bayar RM240, (so saya ada lebihan RM60 ringgit untuk saya beli 'jajan' kat romantika,) hiks.. kalau tak buat begitu, tak mungkin saya nak simpan duit RM240 sebulan sehingga bertahun-tahun boleh dapat 10-20 ribu. I know my self la kan.. mesti saya teringin nak beli lemari la, nak buat itu, nak buat ini..

So kalau sesiapa nak plan insuran boleh hubungi Rauf 016 2258 084, Insya-Allah kita mulakan dari sekarang, at least simpan RM80 sebulan untuk diri sendiri atau anak-anak, cuba kalian fikir, kalau tak bayar untuk insurans tu 80 ringgit, apa kalian buat dengan duit RM80 tu? kalau saya la kan?? ermm dah tentu beli barang hiasan rumah saya, tak pun beli baju, beli tu beli ini, ini at least dah bayar untuk insuran, saya agak-agak le jugak nak spend kat benda lain kan, bak kata Nabil Lu Pikir la sendiri. Percayalah cakap saya tak rugi. Kita tak tau nasib kita nanti macam mana kan, sihat selamanya ke, berapa lama hidup ke, kalau kita takder macam mana nasib anak-anak kita??

Plan saya ambil ni bagus, katakan pembayar meninggal sebelum anak umur 22 tahun, plan ni akan continue, waris tak perlu bayar, sehingga anak berusia 22 tahun, selepas 22 tahun baru dia kena bayar sendiri (plan ni kiranya tempoh matang sampai 49 tahun) so let saya pada usia anak ni 22 tahun, dia rasa nak stop, dia boleh stop keluarkan semua apa dia layak dapat, dan boleh continue ambil plan lain yang lebih releven pada masa itu untuk diri dia. and kalau dia nak teruskan dia just bayar la RM80 tu sampai usia dia 49 tahun, (eh betul ke rauf, pepandai je akak ni bercerita..eheheheh) ingat lagi 10-15 tahun org tader nak buat insuran mula RM80 dah monthly, Jadi renung-renungkan dan selamat beramal..hehehehe..

Ok itu pasal insurans la kan, ni saya nak post khas untuk pak Long sebenarnya, Pak long ayah mat jan ada call saya dua tiga hari lepas tanya pasal rumah kot area umah saya ada orang nak jual rumah, sedara dia nak beli, so Pak Long, ni satu rumah yang lokasi yang sesuai tepi jalan, dekat dengan pondok polis komuniti, tanah dia perghh very the luas, boleh buat padang bola lagik... reganya?? erkkk RM500K beb, tapi mungkin boleh nego lagik.

Mmg hartanah kawasan rumah kami tinggi value dia, rumah semi d macam saya, kosong tak renovate apa-apa pun dah cecah 300K, orang dulu beli RM140-150K je, uhuhu, rumah saya dah renovate depan belakang, tambah bilik, tambah bilik air lagik..wahh agak-agak dah cecah 350K la kot kan..hehehe beli dulu tak sampai 180K pun saya beli lewat, tahun 2005, orang lain dah beli frist batch tahun 2000 lagik. Ermmm agak-agak nanti kalau dah cecah value 500K, boleh jual ni bang, kita beli tanah lot buat banglo dan buat dusun..wahhh idaman tu.. hahah angan-angan beb.. tapi tak mustahil kan? saya memang mengidam nak buat rumah kat kawasan kampung, tanah lot, ada pokok buah-buahan keliling rumah, pemandangan biasa saya dapat lihat sekitar perjalanan Sg. Merab, Teras Jernang, Jenderam.. best betul.

Area perumahan saya ni kampung tau, Kampung Limau Manis, Kampung Tengah (Sg. Merab) Teras Jernang, Jenderam... byk signboard tanah untuk di jual, lokasi pun tepi-tepi jalan, pastu luas, malah ada yang dah siap ada dusun lagik. Serius, sepanjang jalan Jenderam tu kalau lalu musim buah, terasa macam kat Kampung je, sepanjang jalan ada org jual rambutan, manggis, cempedak, durian, petai, diaorng jual depan-depan rumah je. Memanglah jiwa kami tinggal di perumahan ni, kampung, paling penting sesuai untuk anak-anak membesar.

Inilah rumah yang hendak dijual tu. boleh call nombor ni ye 013-3445703 tengok le tanah dia luas beb, boleh bikin bapak banglo atas tapak tu
Photobucket

Monday, May 04, 2009


Cerita si Abang pulak
Alhamdulillah, dan Insya-Allah, hari ini akan tercatit satu memori untuk si Abang Macho ni, Alhamdulillah, semalam dia dah khatam dan tamat bacaan Muqaddam dia, dan hari ini Insya-Allah, di sekolah agama petang nanti dia akan baca Al-Quran pulak, Syukurlah, jauh lebih hebat pencapaian dia berbanding saya, saya dulu darjah 4 ke darjah 5 kot baru khatam Muqaddam pastu baru naik Al-Quran, darjah 6 baru khatam Al-Quran. tu pun dah nak masuk tingkatan satu masa tu. malu seh..

Abang, tahniah ye, moga jadi contoh buat adik. Oh ya, dia tak suka dipanggil Najmi sekarang, dia rasa dia 'hebat' kalau dipanggil abang, so semua orang panggil dia abang, keluarga saya, Mak Su, Mak Tok, semua-semua kena panggil dia abang, eheheh tapi dengan kami ahli keluarga dia, dia akan sebut kata ganti diri dia 'kiter' tapi dengan orang lain, macam bibik saya or bibik kak Zah sebelah rumah dia sebut diri dia abang. So sebagai motivasi supaya dia rasa dia boleh jadi ketua pada adik dia, kami pun akur pada kehendak dia, panggil dia abang.

Masih anak manja mama dan babah..



Sensitif, walaupun anak lelaki sulung, tapi dia sangat sensitif, mudah menangis dan tersentuh hati. kira tak berapa kental la mamat ni..hahaha, paling dia sensitif dengan babah dia, mungkin sebab mereka berdua ni agak klon.. tak caya tengok pic berdua tu kat bawah, very the klon kan.. orang kata anak lelaki ikut muka bapak, panas, betul la tu. Tapi at the same time dia juga boleh jadi best friend babah dia, kalau saya malas ikut babahnya keluar dia akan temankan, pegi hantar cupcakes, pegi mengeteh kat mamak, kawan babah tengok bola waktu malam, bila solat babah jadi imam, dia tukang baca doa. Insya-Allah, dia dah boleh jadi imam solat nanti. Kat sekolah agama dia sudah beberapa kali menjadi imam solat asar. Banyak doa-doa panjang-panjang dia sudah hafal, erkk yang emak pak dia pun tak terhafal.



kacak beb!!



Ni si abang kepenatan, mama baru jemput dari sekolah tghari, masuk keter tak sampai 3 minit terlelap, rupanya mama dok pot-pet-pot-pet sorang-sorang je..aduhhh


Tengok satu patern kan?

Teringat tahun lepas Najmi ikut adik-beradik hubby beraya, and all the sepupu sepapat dia ada sekali la, kitaorg tak pegi sebab baby Q masa tu kena dibawa ke hospital, kena cucuk. So masa pegi beraya, mula-mula masuk rumah, tuan rumah tanya le sorang-sorang bebudak kecik yang datang beraya,"kamu anak sape, yang ni anak saper, yang itu anak saper," sekalik, bila kena tang si Najmi, orang tu cakap "huh, yang ni tak payah tanya aku tau anak Ikram, tengok pun tau," hahaa tu dia.kuat sungguh gen babah kat anak dia, eheheh tergelak kami time diceritakan hal itu.



Like father like son maaaa..


Kitaorang mengamalkan konsep, father, mother, friends punya konsep. Dia boleh cerita apa saja and kami akan mendengar, Eh, Sally tau tak, Najmi cakap dia suka Aina, nanti nak ambik Aina jadi awek dia katanya,kitaorang tanya kenapa suka Aina, dia kata sebab Aina tembam cute, eheheh lawak la.. So kitaorg selalu usik-usik dia pasal Aina..hahah malu-malu kucing dia..


Ada sekali tu baca kat blog mama Aina kata tangan Aina kena air panas, wahh member ala-ala risau gitu, terus minta call mama Aina, ehehe sekali Aina kat rumah nenek dia kat Cheras, so saya pun call Cheras, tetiba jadi cam romeo, sebok dia tanya teruk ke kena, sakit tak? tapi masa tu Aliya yang banyak cakap dengan 'mimi' diaorg. ehehe, Actually Aina dan Aliya ni cucu Cik Yam, yang jaga Najmi masa kitaorg kat Cheras, kekdahnya bebudak ni macam adik beradik la bila berjumpa, feeling main tak ingat dunia terus.


Bebudak ni pulak takder adik beradik lelaki, jadi si "mimi' feeling dia la hero kepada bebudak tu, paling kelakar, masa kenduri tunang si Rodi lawak siot, masa Najmi sampai, ALiya dan Aina sebok main dengan orang lain, dan cakap, tanak main dengan Najmi sebab dia lelaki, terus sentap mamat, nangis beb!! jenuh papa (atuk) pujuk si Mimi..hahahah harus mak pnut kena blogkan kisah ni, kenangan tu, nanti dah beso sure dia malu sendiri baca ni. heheheh


Inilah Aina, comel kan??



Ini pulak Aliya, comel jugak kan, Aliya dah darjah satu dah.

Ok, sekian kisah kanak-kanak hari ini.

Sunday, May 03, 2009

Picnic @ Sg. Tekala


Minggu lepas yang busy, busy dengan kerja, busy dengan order cupcakes, busy juga pegi kelas mendeco cake, ermm nak mahirkan lagi skill. ALhamdulillah banyak benda dapat belajar. Sungguh saya tak tipu, saya gila punya sibuk sekarang, setiap hari saya kena plan nak atur kehidupan saya, hari apa kena buat kek, hari apa pegi beli barang kek, hari apa saya kena pegi kelas, bila ada hari yang agak free, itulah masanya saya nak santai anak beranak, bila ada jemputan kenduri tiba saya pening fikir mana nak pegi dulu, mana kemudian, sebab jadual saya selalu penuh dengan buat kek je setiap hujung minggu.

Saya freekan date 1 Mei block date, tak terima order cupcakes untuk 2hb, so that saya free and rileks pada 1 Mei, Khamis petang tu, tiba-tiba darling tanya cuti nak pegi mana? Saya cakap jom pegi picnic lagi, kita pegi Sg. Tekala nak? Darling ok set je, terus dia suruh saya call anak-anak sedara dia berdua tu, Luqman dan Wan (ingat tak Wan yang encem pangku Alesya tu??? ehehe) Masa kitaorg pegi PD itu hari Wan tak dapat ikut sebab dia ada program kat universiti dia, so kitaorg bawa Luqman je.

Tapi kali ni saya saya sudah naik tanduk, ajak Wan join kitorang pegi picnic, walau dia ada paper final exam hati Isnin, eheheh tapi kitaorg janji hantar dia balik Sabtu. Dah plan pun lewat petang sangat dah, pastu saya sebok dengan cupcakes, pastu mana sempat nak prepare apa-apa nak piknik esoknya, jadinya pagi-pagi Jumaat saya nak beli barang basah sekalikkk kedai totop daaa, uhhh malasnya nak pegi Pasar ke Presint 8 tu, so saya pegi Carefour je la pepagi tu, first time pegi Carefour ke pasar pagi dia jam 8 pagi tu, eheheh, so balik terus 'bersilat' kat dapur, settle masak semua dalam masa sejam, wahh pantas sungguh. Just buat masak lemak ikan masin ngan nenas, air asam, buat sambal utk percik kat ikan dan ayam, tu je menu kami.

Kami gerak dari rumah dah pukul 11 lebih, dalam pukul 12.15 camtu, kami dah sampai kat Sungai Tekala, dekat je rupanya eheheh, jauh lagi pegi Ulu Yam, tp Ulu Yam best. Disebabkan hari Jumaat, maka kaum lelaki tlg kami angkat barang, rileks kejap, hidupkan api, terus bibik bakar ikan dan ayam sementara saya layankan Alesya main-main mainan dia, seronok dia dapat outing.

Okeh kasi itu gambar stori pulak
Menu picnic kami sempoi jek..


Lama ooo mak pnut tak mandi sungai, sangatlah lama, last sekali mandi sungai belakang rumah darling kat Sauk tu, ishk lama dah najmi kecik lagi mana tu. sungai belakang rumah tu ala-ala begini la juga, best sebab privacy, mmg tader orang kat sungai belakang rumah tu, and airnya fresh dari gunugn. tapi skrang dah tumbuh hutan jalan nak ke sungai tu, takut lak nak redah, kang terjumpa B*bi Hutan lak,


Ada banyak wakaf disediakan, tapi kena pegi awal la, 'booking' wakaf kitaorg lain, jauh sikit dari sungai, tapi oklah jugak, selesa


Luqman menunjukkan kasih saya kebapaan kepada seorang bayi, hiks.. ada tokoh jadi bapa penyayang tu yop..eheheh, eh masa ni angin 'tengah sedap' buka silidn door, selak sheer curtain, maka angin berpusu-pusu masuk, wahh best.. dan indah ialah, Mak Pnut kini bukan seperti Mak Pnut dulu, Mak Pnut kini sudah boleh online hatta dalam jamb*n sekali pun...hahah sessi berlagak. Maka sambil lepak tgk tv, boleh online sambil bersila lagik..
Kalau orang tengok kehidupan saya, sangat sibuk, terkejar-kejar, ermm tak per, orang kampung saya kata What you give you get back. Memang saya kerja keras sekarang, saya sudah setkan satu target untuk saya capai dalam masa 3-4 tahun akan datang, mungkin lebih atau mungkin lagi kurang. Selain sibuk dengan buat cupcakes, saya juga sibuk masuk kelas kek sana sini, menambah ilmu dalam bidang ini, semasa dikelas cake baru-baru ini, kelas yang saya masuk itu ialah kelas fondant cake, ada sorang akak ni tak pernah buat kek fondant sebelum ni, dia buat hantaran perkahwinan, termasuk kek la, so dia kata minggu depan dia ada tempahan fondant kek hantaran, kebiasaannya dia tempah dari orang, tapi kali ini dia nak cuba buat sendiri, saya kata beraninya dia baru satu kelas sudah berani buat tempahan, hantaran pulak tu.

Dia cakap pada saya, kalau nak berjaya kena berani, jangan takut gagal, saya terpukul, dan saya rasa saya pun kena pegang prinsip itu juga, jadinya saya mencabar diri saya sendiri, yang terdekat, hujung bulan ini anak buah hubby abangnya si Luqman tu nak kawen, kalau ada masa sure saya akan siapkan kek kahwin 2 tingkat yang sudah saya belajar, bila lagi nak mencuba kan?? Insya-ALlah, yakin pnut..yakin..

Untuk menambah keyakinan saya, sebelum ni banyak kali saya digesa adakan kelas cupcakes, tapi saya menolak, sebab saya rasa saya belum cukup ilmu, dan tak bersedia untuk terima 'upah' mengajar orang dengan ilmu tak seberapa saya. Tapi saya sudah menyahut cabaran seorang teman yang pernah order cupcakes dengan saya dan beliau bekerja dia sebuah kolej komuniti, dan dia berbincang mengajak saya buat kelas di tempat beliau bekerja, maka saya sahut cabaran itu, dan uji diri sendiri

Beberapa hari selepas itu wakil Wanita Persatuan Penduduk perumahan saya hubungi saya meminta saya beri tunjuk ajar mendeco cupcakes. Insya-Allah saya juga terima jemputan mereka, bukan wang ukuran saya, kerana kelas di kolej komuniti itu yurannya sangat rendah, dan untuk bayaran saya sebagai pengajar di bayar oleh kerajaan, yuran peserta untuk cover kos-kos saya membeli barang sahaja. Untuk kelas anjuran Persatuan Penduduk, saya hanya minta mereka bayar kos saya membeli barang sahaja, tetapi kata penganjur, mereka memang sediakan bayaran untuk pengajar, ermm mungkin saya akan sumbangkan saja bayaran untuk saya kepada pihak surau saja, biar berkat perjalanan pertama saya. Mudah-mudahan...

So kak Mazni jiran setaman saya, jemput datang ke kelas saya ye, tak perlu bawa apa, bawa diri je.. ehehehe

Ingat..jangan takut untuk berjaya, kena berani gagal. Membaca catatan member forumer di thread usahawan saya naik semangat, ada yang berkali-kali kena tipu dengan pembekal, kena tipu dengan pelanggan, bermula dengan modal 30-40 ringgit, kini ada sorang brader ni income bulanan dah cecah 5 angka, sekali pergi china borong barang dagangan dia satu kontena. Saya kagum!! Ermm bila office darling ku nak keluar VSS ni.. kalau dua-dua kerja payah nak bisnes, kena salah seorang berhenti kerja, baru boleh, kalau saya keja kat kompeni misai dulu tu, dah lama saya berhenti buat bisnes, tapi sekarang saya keja gomen, sayang pulak..eheheheh ada pencen tu...

Psssstt : lagu yang ada kat blog skrg ialah lagu Aizat-Pergi, best sangat lagu ni, saya layan setiap hari, dan menjadi kesukaan seisi pejabat ni..eheheh

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino