Thursday, September 28, 2006

Cerita di bulan puasa..


Cerita Najmi,
Semalam amik dia dari sekolah, kata cikgu, dia dah bukak posa jam 4.30 ptg, dia mintak minum.
Aku tanya "Kenapa minum, kenapa Najmi tak cuba tahan sampai masa mama dan babah makan nanti?"

Jawab dia,"mama nak kita jadi dinosour? badan kita ni tak der air tau? Badan kita ni kalau tak der air nanti kita jadi dinosour?"

Huh, maleh layan mama ada misi khas semalam, so iya kan je la.. (misi khas tu baca kat bawah nanti..)

Sampai rumah dia cakap, "mama, Irfan kata, ayah dia boleh jadi robot,"

"Hah?? Robot, manusia mana boleh jadi robot," mama ngomel.

"Iyer, Irfan kata, kalau ada raksasa datang, nanti ayah dia boleh tukar jadi robot, lepas tu boleh fire raksasa,"

Pastu aku agak, mesti diaorang ni pakat temberang kat sekolah ni, aku tanya "babah pulak najmi citer jadi apa?"

"Kita cakap babah dulu kerja Power Ranger, warna blue, babah kuat, lawan raksasa,"

Hahhahah kan aku dah kata, cerita temberang budak-budak ni, lepas tu keluarlah cerita Ayah Aiman jadi askar, ayah orang tu..ayah orang ini...hahaha sweet momment, nanti dia dah besar aku nak bagitau dia cerita 'aneh' ni, harap aku tak lupa la..

Terawih, babah pegi masjid, mama baut kat rumah je la, hero tu tak der orang jaga.

So ni aktiviti dia semasa mama solat terawih

Photobucket - Video and Image Hosting


Cerita di Bazaar Ramadhan pulak.

Di pasar Ramadhan Putrajaya ni ada satu gerai Roti John yang memang top la, biasanya ko kena beratur panjang untuk dapatkan roti john yang memang sedap ni. Masa tahun pertama ada Pasar Ramadhan kat sini, gerai ni tak ramai sangat orang, or maybe masa tu gomen masih kerja sabtu, so bulan puasa masuk 7.30, boleh balik jam 4ptg. So 4ptg aku dah berebut beli roti john tu, hampir setiap hari dapat beli. Tahun lepas, orang dah mula tau kesedapan roti john ni, jadi kena beratur panjang, aku malas beratur sebab kena rush amik Najmi sebelum 5.30. Tapi tahun lepas, tengah kami jalan-jalan kat bazaar tu suatu hari minggu ternampak ENCIK YAABBNA YANG ENSEM tengah beratur ngan aweks dia, dah dekat nak sampai turn, aku cepat-cepat SMS mamt ensem tu, mintak belikan aku satu. So tahun lepas merasalah jugak. heheh kata dia dia beratur dekat dua jam..ayooo

Jadi semalam, aku keluar cepat2 dari office, pukul 4.30 dah beratur kat gerai tu, Q dah panjang, aku beratur jugak sebab teringin punya pasal, sejam beratur belum lagi sampai turn aku, poyo la, ada orang sekali beli sampai 10, patutnya Q tak bergerak-gerak, jam 5.30 aku tak leh tunggu dah sebab kena amik Najmi, so aku pegi depan, cakap kat budak tu boleh tak aku datang amik kemudian dlm pukul 6, aku kena amik anak, sorang tu tak nak, tp budak tukang buat tu, cakap, "tak pe akak pegi lah balik amik anak akak, nanti akak datang terus jumpa saya," tengkiu dik, patut murah rezeki ko..baik hati...

So aku balik amik Najmi dulu, kemudian datang semula terus pegi kat budak yang buat tu, tapi still kena tunggu jugak dalam 5 minit gitu, oklah kan.. budak yang jual tu siap cakap, "akak kalau akak tak sempat nak beratur, nak amik anak, akak call saya dulu lain kali, akak call saya dalam pukul 1 ke pukul 2, bgtau akak nak berapa, nanti saya buatkan untuk akak," ok dik, bereh, setelah sessi mengambil no telefon, so aku balik dengan 2 roti john yang panjang..hah ko, puas hati, alang-alang beratur sejam lebih takkan nak beli satu, so kami makan sampai kenyang roti john, sampai sahur pun aku panaskan dan makan lagi...memang sedapla.

sempat pulak masa beratur tu aku keluarkan kamera dan snap-snap gambar, bukan aku sorang, ramai lagi budak-budak lain amik gambar, aku rasa budak-budak MMU kot, sebab semua pakai DSLR camera, aku je pakai kamera kecik. Tengah beratur tu GENG POYO merangkap penasihat I.T aku menalifon, dan datang menjenguk aku di dalam 'barisan' hahah sempat pulak kami snapi-snapi..ahaks...

so korang tengok le betapa orang sanggup beratur demi roti john yang sedap ni...
Photobucket - Video and Image Hosting
Aku baru sampai, tengah beratur, belakang aku ada 3-4 org je..

Photobucket - Video and Image Hosting
selepas 10 minit, people behind me..

Photobucket - Video and Image Hosting
Bukan melayu je, this group of chinese, gilir-gilir beratur.

Photobucket - Video and Image Hosting
Psstt awek baju biru skirt hitam tu beratur sejam tau..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni lah rupa roti john yang sedap banget tu.
Cara dia buat roti joh tu berbeza, biasa orang jual dia canaikan telur kat kuali, kemudian tekupkan roti atas telur tu, kadang-kadang tak kena telur pun rotinya, peh tu kata je roti john ayam daging, tapi tak der jumpa ketulan daging or ayam..

but budak-budak ni buat, depa bukakkan roti yang siap dibelah tengah tu, kemudian tuang telur atas roti tu, so telur tu mendap ke dalam roti, dan terasa telurnya dan daging kisar dia memang berketul-ketul dan banyak, then dia ada rasa-rasa kari dan lada hitam??

BERANI??? CUBALAH!!! datang seawal jam 3.30 le kot, kalau tak nak beratur panjang...hehehehe, or nak lagi best, order 50 biji, then bukak meja sebelah dia, jual balik dgn harga RM4.00 satu, rasanya sanggup org beli dari beratur deakt dua jam..hahahaha..sape nak order ngan aku, aku bisnes, satu RM4...heheheheh

Tuesday, September 26, 2006

I am proud..




I am proud.. Proud of him my hero Mior Adha Najmi. As i told before, hari pertama puasa dia puasa sampai jam 11.15am, it is a good beginning bagi budak 5 tahun yang tak tau erti Ramadhan sebenarnya.

Hari Kedua, dia pegi tadika macam biasa, semalamnya dia dah niat puasa macam hari sebelumnya. Balik dari kerja, aku terus pergi Pasar Ramadhan kat sini, aku beli juadah untuk berbuka sikit. Then terus balik amik Najmi kat tadika lebih kurang jam 5.15, aku pun lupa tanya teacher dia, dia puasa ke tak. So biasanya balik dari tadika, aku selalu 'upah' dia pegi petronas, dan beli jajan ape dia suka kat petronas. Masa masuk dia beli keropok dan air soya, aku bayar duit petrol, then dia cakap dia puasa.

What?? dia puasa sampai jam 5? He was only 5 years old. Aku tanya betul ke? with a happy face. Dia cakap betul, kita tak makan tak minum pun. AKu call teacher dia kat sekolah bertanya, and memang betul, cikgu dia cakap, sorry lupa nak bagitau dia puasa, cikgu dah tanya nak minum ke nak makan, dia tak nak, dia nak puasa. Aku happy sangat, but masuk dalam kereta, dia cakap dia nak makan keropok dan minum soya. Oh boy.... lagi sikit je nak bukak posa, aku pujuk2 dia, sambil dia menangis dan merengek dalam kereta nak buka posa.

Ada dua mat bangla kat stesen Petronas tu, sorang tlg isi minyak, dan sorang tukang lap cermin, dengar aku pujuk2 Najmi, diaorg tanya "dia ada puasa ka kakak?" aku cakap ye. Bangla tu pun pujuk dia "adik, puasala, sudah dekat jam 7" Bang sorang lagi cakap "kakak, bawa dia jalan-jalan" hehehe, mesra sungguh Bangla dua orang ni, sesuai kerja kat Petronas yang ada kedai "MESRA"aku pujuk dia ajak pegi jalan-jalan kat Taman, aku suruh dia bagitau dia nak pergi mana, tapi dia tak nak, dia cakap nak bukak posa jugak.

Aku pun call mak tok, suruh pujuk cucu dia posa, ermm mak tok ckp, suruh balik dan tido, nanti nak berbuka mama kejutkan. Pun tak jalan, 5.30 sampai rumah dia melalak kuat nak makan, tak sampai hati aku, lagi pun dia langsung tidak bersahur. So aku izinkan dia makan, tapi pura-pura merajuk dan cakap

"kalau dah makan ni jangan kawan mama, mama nak kawan dengan orang yang puasa je,"

dia balas balik, "dalam rumah ni ada dua orang je, kalau mama tak kawan kita, mama nak kawan siapa?"

Aku eksen lagi... "biarlah, tak payah kawan sape-sape, mama kawan babah je nanti, bila babah balik," tiba-tiba dia nangis dan cakap

"kesian kiter tak der kawan, kita bukan tak nak puasa, kita dah puasa sampai petang, tapi kiter lapar, perut kita tak der makanan, tak der air, kita lapar, kita budak kecik lagi,"

Alahai anak, terharu pulak aku dengar, terus cakap kat dia, "Ok Najmi good boy, esok puasa lagi ye, tak per puasa sampai petang pun tak per, asalkan Najmi puasa je," then peluk-peluk dia.. kiss pipi dia, baru lah nampak a smile in his face.

Bila babah balik jam 6.20, mama cerita, babah pun ralat je sikit je lagi, sayangnya dia berbuka, aku pun cakap, tak pe, It is a good beginning kan??

Semalam, hari ketiga, dia berpuasa sampai jam 4.30 kat cikgu dia, dia mintak minum, dahaga, dan cikgu kasi minum dan bagi biksut. Aku tanya dia, camner cakap kat cikgu nak minum? dia kata, "kita suruh Nurul Izzah cakap kat teacher, kita nak minum," heheheheh aku tanya apsal tak cakap sendiri, kata dia malu, hehehehe anak aku mempergunakan perempuan untuk kepentingan diri...hahahaha tak gentleman langsung... :D

So fathers and mothers out there? how do your son/daughter for the first time puasa?? terutama anak pertama? sure rasa happy dan bangga je.. Now i know how my parent feeling masa aku first time puasa dulu... Heheheh bertuah jadi anak sulung ni... opss..orang tak der anak, story la pasal anak buah, anak jiran, kawan pun tak per...

*Gambar di atas tu di ambil masa kitaorg temankan babah pegi office kat KL, dan telah diberi sentuhan mencantikkan pic tu oleh http://bluehikari.com thanks to Rudi

Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua pembaca blog pnut...

Selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam, pada yang bukan beragama Islam, selamat menjamu selera dengan juadaha enak-enak di petang hari. Dulu masa aku kerja kat kolej yang majoriti member kerja bukan Islam dan student dia yang bukan Islam, aku tengok depa ni yang over excited time balik kerja, siap sembang pagi dok cerita semalam beli ayam percik la...beli nasi kerabu la..heheheh ramadhan di nikmati bersama..

And paling menyentuh hati, ada sorang kawan Cina aku ni cakap, dia suka tengok org Islam pada hari Jumaat tu lelaki solat Jumaat, sampai bentang tikar tepi-tepi jalan kat kawasan masjid pun solat tengah panas, tak mengeluh pun, dia cakap, kalau dia sure malas nak pergi. Dan dia cakap, masa solat malam lepas puasa tu, dia tengok lama solat pun ramai orang pegi. Katanya rumah dia betul-betul depan masjid. Bangga eh org bukan Islam puji agama kita?

Semalam hari pertama puasa, Si Najmi dah tahu baca niat puasa, teacher kat sekolah ajar, so dia pun niatlah nak puasa, and semalam bertahan sampai pukul 11, kemudian dia mula buat muka seposen, nak makan, nak minum, pujuk dia tahan sampai pukul 12, tak jalan dah. Mula cakap perut dia kosong, nanti tak der makanan dalam perut dia boleh mati... dia cakap "mama ni tak sayang anak ke? kalau kita mati kesian kat kita.." ehehehe auta betul..

SO pukul 11.15am, dia dah selamat memakan nasi belen2 sahur dan kuah kari sotong yang mama masak. Siap puji-puji.."ermmm sedapla mama ni masak, mama ni pandai la masak, sedap sangat, thank you mama," hehehe banyak le dia punya pujian, kemudian membodek mintak air laici pulak. Babah pagi tu pegi office, mama ni dok plan nak baut karipap, tengok dalam stok, kentang ada 4 biji je, mana la nak cukup nak buat karipap kentang 4 biji je, aku nak le buat karipap tu lebih sikit, then simpan dalam peti ais, petang-petang jsut goreng je. Stok kalau hujan tak dapat pegi beli kuih-kuih untuk berbuka.

Lambat pulak babah balik, tak sempat dah, lps babah balik mama dengan Azirah (anak buah darling yg dukkat hostel tu ada kat rumah) dengan Najmi pergi Alamanda. Aku beli stok kepak ayam (hero dua orang tu suka makan ayam goreng tepung part kepak je) beli dada ayam 3 ketul buat stok kot-kot nak masak, ayam goreng halia je, paprik je, tomyam ke) beli udang setengah kilo, beli sayur bayam, nak beli nugget, tapi tak der nugget favourite, iaitu nugget tempura Ramly. So sanggup aku tak beli nugget tempura yang lain, nak Ramly punya jugak.

And kat stall-stall kat luar Carefour tu ada satu gerain jual kurma dah buah-buah serta makanan kering ni, banyak pulak jenis kurmanya. Aku tak suka kurma jenis lembik tu. so beli satu jenis ni, nampak macam sedap, harganya, huh amik ko.. tengok dia tulis 100 gram = RM2.80, tinggal sikit je, so aku suruh budak tu abehkan. nampak sikit je, tp ko, harganya dah timbang RM9.80. ciput je. tapi memang sedap kurmanya, Najmi yang tak posa tu makan sampai 3-4 biji. Yang bestnya masa kami tengah beli kurma tu, ada satu family Chinese ni, diaorg pun beli kurma jugak, sampai berpaket-paket, beli kismis, siap makan kat situ lagi.

Then aku tegur, wah u pun pandai makan kurma... Amoi tu cakap, wahhh sedap oo banyak bagus makan ini buah, Ini bagus untuk brain (kismis) hehehe. Aku dulu tak suka makan kurma, pandai makan kurma sejak masuk uitm, dah setiap kali berbuka, tengok member2 makan kurma, so aku pun makan jugak, lama-lama aku pun suka makan kurma..

Balik dari Alamanda, lepas solat Asar, siap-siap hantar Azirah balik hostel, sebelum tu, singgah Pasar Ramadhan sebelum sekolah dia, beli kuih sikit, beli lauk dua jenis. balik rumah, aku just goreng ayam, goreng sayur bayam + ikan bilis. Lepas maghrib darling pegi masjid tinggal aku dengan hero kecik tu.

Ermm heheeh harap bulan puasa ni mala ibadat dapat meningkat sikit, juga, berat badan tu jangan le meningkat lagi, biar menyusut sikit la...hahahahahah


uwaaa rindunya kat rumah mak di bulan puasa ni, teringat nostalgia dengan mak, adik-adik, masa semua duduk serumah dulu, skrang semua dah ada family masing-masing, tinggal si bongsu je dengan mak sekarang, rindu gaduh-gaduh time berbuka, berebut ketul ais, berebut kuih...sampai mak merajuk. hehehehe, kalau dapat patah balik untuk sehari pun jadilah...kan..kan..kan....


Wednesday, September 20, 2006

RM 2 di bulan Puasa


Insya-Allah Ahad ni kita akan berpuasa...

Aku baca blog . LAN RAMBAI citer pasal tak der duit RM8 nak renew ATM card. Hehehehe..

Korang pun sure pernah alami ketikanya tak der duit pada waktu kita perlukan duit. Aku teringat aku pun ada kisah ni, masa kejadian tu memang rasa sedih, tapi sekarang kalau aku kenangkan lucu pun ada.

Tahun 2001, tahun pertama kami kawin, Masa bulan puasa bulan 11 tu, aku tengah pregnant, masa tu dah 5 bulan gitulah pregnant, Aku kerja kat
KAT SINI dulu, so dulu aku pergi kerja naik motor buruk je ngan darling. Sape dah lama dengan aku dalam dunia blog ni dan pernah pegi rumah kitaorg kat Cheras dulu sure pernah tengok motor buruk ni..hehehe. Aku kerja kat kolej anak orang kaya, bila budak-budak tu tengok aku naik motor cabuk, nampak cam aku mesken je..heheheh tak kisahler.

So satu hari di bulan puasa, pagi tu darling hantar aku pergi keja ngan motor AAV tu, lepas salam-salam, darling tanyalah ada duit tak? Nak duit tak? aku eksen, cakap, tak nak lah bukan nak beli apa pun. (Ye lah bulan posa le katakan) so aku ada RM2.00 je dlm wallet. ATM card ade lah, so kalau nak guna duit leh keluarkan, tapi aku rasa mcm tak guna pun, sbb kitaorang balik keja pukul 5, dan sempat lah pergi pasar ramadhan.

So takdir Allah, petang tu hujan selebatnya, darling cakap lambat la dia sikit. SO aku stay dalam office tunggu dia sampai, tapi sampai pukul 6 lebih dia tak sampai juga, aku keluar dari ofis, takut oo tinggal sorang, aku pergi lepak kat stesen minyak mobil depan kolej tu, Kolej aku betul2 belakang McDonald Jln Pahang, yg ada kat situ, hanya McD dan Mobil tu, bila aku keluar je aku tengok, Ya ALlah jammed teruk sangat. Tak bergerak keter depan jalan tu, rupanya accident, keter terbalik, berpusing dan pemandunya meninggal, dengan keadaan hujan lebat, bulan posa pulak, semua org rush nak balik. Dalam pukul 6.45 gitu, darling call, dia stuck, polis tutup jalan sebab dah sesak sangat, even motor pun tak leh celah dah.

AKu sedih-sedih la dalam mobil tu, dalam pukul 7, masih sama, tak berganjak, aku kesiankan ibu bapa yang nak balik bawa juadah berbuka untuk anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa. Sure ternanti-nantikan mak ayah diaorang balik. So dekat hampir waktu berbuka, ramai pemandu kereta yang stuck depan mobil ni pakat masuk beli air kotak, beli roti, gula-gula untuk berbuka dalam kereta. Aku pergi dalam McD sebelah Mobil tu, tu sbb dalam tu ATM machine, nak keluarkan duit dan boleh makan McD, tapi malangnya out of service pulak. Patah bali ke Mobil.

Aku ada RM2.00 je..sedih giler time tu, aku beli air soya kotak 1 RM1.00 dan beli roti sardin dan roti ikan bilis masa tu harganya baru 50 sen satu. cukup-cukup duit RM, sedih giler... budak kaunter mobil tu dah biasa dengan aku, dia cakap, "sikti je makan akak" hahahhah gilo ko..aku pompuan tengah mengandung masa tu mana cukup makan gitu...heheh tapi sebab nak kaver, aku berlakon la.. "cukup le, tak selera nak makan," hehehehh ayat power...

Sambil kunyah makan roti dan air kotak dalam small cafe kat mobil tu, nak meleleh air mata aku, tapi kaver2..sedih giler. abih aku makan dua ketul roti, aku rasa macam nak minum lagi, tapi dah tak der duit nak beli air...uwaaa sedih giler kan??? lepas tu aku pegi solat kat surau belakang mobil tu, aku duduk je dalam surau tu, darling sampai dekat pukul 9 malam, aku dah lembik.. orang hamil bukan boleh lapa sangat, menggigil tau...

Darling sampai je, aku terus menangis, darling pujuk2 jap, dia cakap, tu le, kan tadi abang nak bagi duit kenapa tak nak. Ye la mana nak tau jadi macam ni. Peh tu dia masuk beli air dan makanan lagi dalam mobil, heheheh aku malu nak masuk. Lepas makan lebih kurang, alas perut, aku ngan darling balik, dalam dalam gerimis hujan malam-malam naik motor sejuk... Then kami berhenti makan sebelum balik rumah barulah aku rasa segar, dan boleh bergurau senda.

Masa tahun pertama berkahwin memang terasa peritnya pun, aku pulak baru-baru kerja masa tu, darling pun belum dapat promotion lagi masa tu, banyak perkara lucu dan insaf nak citer, tapi orang rumah saya kata, biar dia cerita..huhuhu tatau le bila KEDAI PAJAK DIA nak bukak semula, bukan takat sawang, malah anai-anai pun dah ada situ kot..katanya nak update, boleh percaya ke darling???

Hehehehe, sekarang bila aku kenangkan balik lucu pulak. so moralnya, kalau laki bagi duit amik je, tak kisah le nak beli apa ke tak...walau bulan posa pun amik je la

Tuesday, September 19, 2006

Sharing is Caring


Hehehe tajuk macam tagline MAWI FC pulak.. tapi betul apa Sharing is Caring. Hasil dari aku menulis blog secara suka-suka dan secara hentam saja suka aku nak tulis apa, ada kalanya ada manfaat untuk orang lain, serta ada kalanya motivasi untuk orang lain.

Melalui blog aku dapat ramaiiiii kawan, kalau tengok list YM aku, ada 150 lebih senarai kawan-kawan termasuk kawan-kawan masa UiTM dulu, tp seramai 140 kawan-kawan adalah dari kawan-kawan blog, kawan-kawan GENG JURNAL and semakin hari semakin ramai kawan. So kalau aku outstation ke mana pun ada jer geng yang sudi datang berkawan-kawan dan bawak berjalan-jalan. Hehehe and ramai 'partner in crime' aku selalu cakap, "seronok jadi pnut ramai kawan, pegi mana pun ader je orang dia nak contact," hehehehe ye lah kawan ramai tak pe, jangan musuh ramai ye tak??

Ramai yang masuk blog ni, tersesat mencari info sebab ada beberapa kali aku menulis pasal kelahiran pra matang Najmi, pasal demam panas, pasal buku. Aku ada terima email dari seorang suami yang isterinya sedang hamil dan dijangka akan melahirkan bayi pra-matang. Aku berkongsi kisah dah cerita mengenai keajaiban kelahiran Najmi, dan itu menjadi pendorong dan semangat untuk dia dan isteri, dan syukur, kini isteri dia selamat melahirkan baby boy pra-matang yang waktu lahir hanya 1.5kg, (lebih 300 gram dari Najmi hehehe) Dan isterinya jugak selepas melahirkan ada ber-sms dengan aku minta panduan macam mana nak keluarkan susu untuk anak tak cukup bulan yang tidak pandai menghisap lagi. Aku pun cubalah bagitau apa yang sudah aku lalui. Dan kini anak dia pun dah gebu...hehehehe

Pasal aku tulis pasal demam hari tu, ada juga ibu-ibu yang siap print bagi baby sitter baca, bagi maid baca, bagi suami/isteri baca, yang foward-foward ke email pun ramai, heheh akhirnya aku pun menerima email tulisan sendiri gak... oklah kita kongsi-kongsi, bak tagline Mawifc "SHARING IS CARING" And syukur jugak, tulisan tu banyak membantu ibu-ibu yang baru merasai pengalaman jadi ibu dan melalui saat-saat anak demam panas yang tinggi.

Aku sendiri pun banyak baca blog mak cik-mak cik blogger yang ada anak berderet dan camner diaorang tangani feel setiap sorang anak tu, saper kata dunia internet ni membuang nilai dan sifat kasih sayang manusia dan membuatkan kita tak bergaul. Lagi ramai kita dapat kawan, selain orang sekeliling kita.

Cerita Najmi pulak
Semalam masa amik dia dari sekolah, cikgu dia tanya, "Puan, nanti bulan puasa Najmi ni nak puasa ke tak perlu,"

Of course le aku nak, aku cakap "tak per, biar lah dia belajar puasa, sampai setakat mana dia mampu nak puasa, mungkin sampai tengahari kot,"

Cikgu dia pun ok, dan cakap "bukan apa, ada parent tak nak bagi anak dia puasa, ada parent yang memang nak anak dia dari umur 5 tahun mula puasa," aku cakap ngan darling, darling cakap, biarlah dia puasa..

Dan aku terangkan dekat Najmi, puasa tu apa, dan kenapa kita kena puasa, aku cakap, Najmi puasa je pagi, sampai pukul 11 or 12, kalau dahaga cakap kat cikgu. Tapi sebelum pukul 11 tu Najmi tak boleh makan dan minum. Dia angguk-angguk faham. Peh tu cakap, kalau orang cina puasa tak?

Aku cakap le, orang Islam je puasa, kalau kita puasa, nanti Allah sayang, Allah bagi kita sihat, bagi kita kuat, bagi kita pandai, kalau kita mintak doa nanti Allah bagi apa kita mintak doa. Dia diam dan cakap "Kita nak mintak doa kat Allah, bagi kita adik, bagi kita pandai, nanti kita boleh kerja askar," hahahahah nasib baik cakap nak jadi askar, dulu sekali dia cakap dia nak doa Allah bagi dia kuat nanti dia boleh jadi Power Rangers dan jadi Superman...

Semalam, dia ada homework, tapi masa balik rumah dia cakap dia dah buat homework kat sekolah, masa kawan-kawan dia baca Iqra' hehehe dia dah baca Iqra' depan sikit dari kawan dia, selalunya cikgu dia ajar dia dan sorang lagi budak pompuan dulu, kemudian, dia orang boleh pergi reading corner kat tadika tu, baca apa buku diaorang suka. Tapi kata dia, "kita tak read story book pun petang tadi, kita dengan Zarifah buat homework teacher kasi," then aku tanya dia, apsal buat homework kat sekolah, budak bertuah ni jawab "ye lah, nanti balik rumah dah tak der homework, kita boleh la tengok tv," hehehehe sabar je la budak ni.

Bak kata Mak Andeh MAK ANDEH "boy is always boy" hehehehe..

Sunday, September 17, 2006

Dari Nilai 1 ke Damansara


Cerita Hujung Minggu.

Dua hari yang padat.
Lepas makan tengahari, kami 3 beranak bersantai depan tv, layan movie, kejap star movie, kejap HBO, tengok mane best, lepas asar kami ke Nilai, aku ajak darling ke Nilai 1, nak carikan langsir, nak ganti langsir, sebenarnya sudah salah match langsir ni.

Bulan lepas aku dah tempah kepala langsir tu kat kedai Hiasan Dalaman yang jahitkan dan pasangkan langsir aku yang aku tempah dua tahun lepas. Aku senang tempah kat kedai ni, sebab dia sendiri datang amik ukuran, datang pasang rod kayu tu dan pasangkan langsir sekali. Ye la rumah kami tak der mesin nak drill lubang tu, tangga pun tak der nak panjat2. So last month aku pergi situ, tempahkan kepala langsir je kononnya, sebab nak jimat kos, sebab aku memang gilakan kain dari corak Elyza's Collection, damn!! kain dia semua cantik terutama peminat English style.

So aku pilih kain corak bunga besar, then mintak dia datang pasangkan sekali, sebab langsir lama tu, jenis sangkut kat rod kayu je, kali ni aku tempah jenis tarik yang kedut-kedut banyak tu, dan kenalah sangkut kat hook dia, so kena bukak skru kat rod kayu dan masukkan ring untuk sangkutkan hook langsir, ermmm renyah jugak, so aku mintak diaorg pasangkan sekali nanti. Harganya leh tahan gak, heheh tapi aku ckp kat darling murah jer. Tapi kantoi jugak, darling tengok resit tempahan tu hehehe. Lepas tempah kepala langsir tu, aku pi tempoh untuk body langsir tu kat Nagoya je, kain murah je, tapi ampeh bila dah pasang dua-dua tak matching pulak, bencinya...huduh nampak langsir aku.


<-- ni langsir lama.







Ni, Langsir baru yg tak matching, ------>

masa beli rasa macam ada unsur2 kaler maroon tu mcm masyuk je, rupanya tipah tertipu.. Bila dah pasang tu darling pun komplen tak masyuk, so untuk membaik pulih keadaan, aku dan darling pegi jenjalan, ke Nilai 1, mencarikan body langsir warna maroon yang matching, masuk lebih 15 kedai, satu pun tak der yang betul-betul aku suka.

Then darling pun tanya, "awak ni nak macam mana?" aku jawab selamba je la, "kalau orang, orang suka kain elyza's je, ntah le, tak leh nak suka kain-kain yang kat kedai-kedai ni," peh tu orang tu pun cakap, pegi je la beli yang awak suka tu.... hahahah aku cakap "mahal lah, tak mampu nak beli lagi, kain tu semeter RM** tau, untuk sliding door tu kena pakai 10 meter so harga dah RM***, upah lagi, mau dekat RM***, tiba-tiba darling cakap, tak pe la tempah je la, abang bayar separuh.. hahahah pucuk dicita ulam mendatang..yahoooo so kami balik dari nilai 1 tanpa membeli apa-apa...opss beli ais kerim kon singgit satu sorang satu. hehehe, macam sia-sia je.

So Ahad tu, pagi kami pegi tengok wayang free kat Damansara, dengan Kak Sya dengan Kak Lady , and PB and sorang lagi, sape yek? Syima kan? ala konpius pulak saya, ade blog jugak kan?? hehe sorry la, lupa nak mintak url. so kami semua menonton wayang, masa dalam panggung duduk berpisah-pisah sebab dah masuk lewat.

Lepas abeh tengok wayang, kami ke Ikea, sempat la beli lampu satu, dan beli tempat letak plastik. Then balik, petang lepas asar keluar lagi, pegi makan then pegi balik ke kedai Aziz*h Hias tu, dan tempah body langsir kat situ. Kebetulan tokey dia ada, so borak-borak ngan Kak Zah, cerita pasal tak matchingnya langsir tu, so kata Kak Zah ni, memang pun kalau kain Elyza ni dia boleh match dengan kain dia je.

Mulanya ingat nak tempah maroon berjalur-jalur, tapi dia tanya aku, sofa aku kaler apa? aku cakap maroon, wall border pun maroon, so dia cakap, jangan amik full maroon, nanti nampak gelap, dia suggest aku amik kain kotak-kotak maroon lembut sikit, tapi aku ckp, before pun dah pakai kain corak kotak, so aku pilih corak bunga kecik-kecik.. comei je bunga-bunga dia, so matchkan dengan kain kepala langsir tu, baru rasa best sikit. Darling tunggu dalam keter masa ni.

Masuk je dalam keter, darling tanya "Berapa?" aku just jawab, "adelah..murah je," darling tak percaya, dia paksa-paksa gak, suruh bagitau, siap ugut tak mau bayar nanti. Erkk aku pun cakapla RM***, dia tak marah, just dia cakap "kenapalah orang pompuan ni camni, tak fahamlah, tempah langsir pun sampai ratus-ratus"

Ya masa untuk membela diri ye tuan-tuan dan puan-puan...

Aku cakap le, sama jugak lelaki, yang gilakan kereta, dia sanggup tukar stering kereta, sebab nak matchkan dengan aksesori dalaman keter dia, tukar sport rim, tukar CD, speaker gempak, untuk apa, sebab dia nak kepuasan. Hehehe..kan..kan.. tu belum lelaki yang gila memancing, main golf.

Then aku cakap, sekurang-kurang kegilaan aku beli barang untuk rumah macam tu, aku bukan macam perempuan lain, yang suka beli handbag mahal-mahal, kasut jenama hebat-hebat, beli minyak wangi, beli mekap, beli emas, shopping kain baju mahal-mahal, aku jenama cap ayam pun ok.. dengan kasut kedai Jukebox RM19.90 pun aku leh berseminar dalam hotel 5 bintang gak.


So sekali aku nak menempah langsir, aku nak beli dari kain yang aku suka, yang aku minat. bukan setiap tahun aku tempah langsir. Minat masing-masing le, ade orang suka spend shopping barangan diri, tapi aku untuk rumah. Aku kalau pergi jalan rumah orang, tengok rumah orang tu lawa, aku jadi teruja, cuma aku ikut kemampuan, le, tak mampu beli perabot mewah dan mahal, mampu tengok je la hehehe. Lagi pun rumah sekarang bukan rumah sendiri, kalau rumah sendiri baru best nak mekapkan rumah hehehe.

Hehehh lepas aku berhujah gitu, darling pun cakap, "ye lah, syukur abang dapat isteri mcm pnut, kalau dua-dua tak kisah bab rumah koboi je lah rumah kita, betul jugak, pnut bukan bazir beli benda bukan-bukan, ok..ok..sorry," yesssss..lepas ni pegi Nilai 3 ye, orang nak beli something la...

Wednesday, September 13, 2006

Citer User Meeting


Semalam seharian tak masuk office, pergi satu hotel kat KL, ada function oragnize by vendor yang kami beli sistem utk library, pagi ada sessi mempromosi produk2 baru diaoarg, ok je la, dengarkan ajerlah, mana tau satu hari nanti berguna untuk aku.

Aku pergi dengan one of the kerani kanan, but di sana, aku leave it dia mix dengan orang lain, tak nak le dia ikut aku je, nanti dia pulak tak selesa. And aku biasalah kalaua kursus training ni sure jumpa my senior and my junior, so semalam jumpala a few junior and senior, borak-borak, and terkejut bila ada yang bagitau diaorg follow blog aku ni, adeh, susah nak ngumpat lepas ni..hehehe..

And masa sessi meeting tu, ada cadangan utnuk diaoarg set up forum untuk user group di bawah vendor ni utk share info. And ada notes come to my place masa tu from one of my senior. "p-nut awak kan ade blog, so awak boleh bagi idea on this,bla..bla..." huiks... haru sungguh org berprofesion cam aku ni, sebab kerja kami memang dudk depan pc, dan mencari info untuk user, dan selalu tersesat ke blog-blog orang juga.. tak per la, aku aku pun bukan tulis yang over kat blog ni..takat gossip2 biasa je..heheheh

Ok abeh citer tu, ni cerita tak best langsung. Ingat bulan 7 hari tu aku pergi Sarawak? ada workshop on 3-4 July tu? ermmm aku memang bengang dengan organizer tu sebenarnya, dah le masa hari nak pegi kursus tu dia tak der pun mention mengenai transport nak ke tempat kursus, mujur aku ada member dlm persatuan tu, melalui dia kami tau ada transport provided. Kemudian sampai sana, aduh...air cond tak der, panas giler..sampai macam duduk dalam sauna je. Aku bayar cash RM400.00 untuk kursus tu, then dia kasi resit (heheh sama je cam resit aku beli brg kat kedai 2 ringgit then mintak resit utk claim kat kementerian) itu tak kisah ler, janji ada resit, tapi at least resit tu mestilah ada nombor resit, dan chop kan?? Aku pulangkan resit tu, and cakap "boleh tak awak tuliskan no resit, dan chop sikit" (dalam hati aku : "budak ni tak pernah issue resit ke apa")

Tapi kira oklah sebab layanan diaorang kat sana tip top, baik-baik, ramah dan makanan pun best, even driver pun peramah dan baik belaka. Dari segi layanan memang kelas A++ la. And hari terakhir, ada sessi penyampaian sijil, sorang AJK, datang bgtau aku, Sijil aku masih kosong, sebab belum di tandatangani oleh somebody kat UN*MAS tu, so aku ok je la. Normal lah sebab aku pun lambat register. SIjil aku lambat sebab orang tu tak der kat office untuk di sain sijil aku.

Lepas sebulan aku masih menantikan Sijil tak sampai. Pihak Pengurusan Sumber Manusia aku dah tanya, so aku pada 16/8 aku email kepada Pn.C dari, organizer, dan bertanya mengenai Sijil berkenaan. Macam biasalah email aku tak pernah di balas pun, even masa aku fakskan borang sijil pendaftaran kursus, mintak diaorg reply email mengesahkan dah terima borang pun tak reply pun, dan sebelum aku terbang, aku email bagtau flight dan hotel aku duduk n mintak diaorg bagi no telefon pegawai untuk dihubungi pun tak reply.

Oklah lepas aku email dia tak reply aku pun tak follow up, then tiba-tiba pada 6/9 aku terima sampul dari Nationwide Express, bila bukak Sijil aku sangat kecewa, dijanjikan Sijil akan di sain oleh 'somebody' dari Un*mas, macam peserta kursus yang lain, tapi rupanya tidak, just di sain oleh Chairperson Workshop dan Chairperson PPMKSAR (which is kalau org tengok buka tau pun ape dia PPMKSAR tu) Udahler tu, they just sain SIJIL aku pakai pen ball pen kaput cap ayam je. Sungguh aku terasa busuk dapat sijil menghadiri bengkel yang dianjurkan dari sebuah Universiti, dan sebuah Persatuan Profesional begitu.



Even aku pegawai cabuk pun, kalau kerani mintak aku sain salinan sijil anak-anak mereka nak apply borang masuk universiti pun aku pastikan ianya di sain dengan pen dakwat basah. Or even surat rasmi aku aku sain guna pen gitu. Inikan diaorg sain SIJIL untuk kursus profesional dianjurkan oleh Persatuan yang membawa nama profession kami sunguh memalukan!!



Itu aku tidak kisahkan lagi, yang menjadi kekecewaan aku, kenapa dijanjikan Sijil itu akan ditanda tangani oleh 'somebody' dari Un*mas, tetapi tidak, ia sekadar di sain oleh Pengerusi penganjur Workshop dan Pengerusi Persatuan je? Kalau begitu, tak perlu aku menanti sebulan lebih untuk mendapat sijil tu, pada hari 4hb tu pun aku boleh dapat sijil tu kalau sekadar dua org ni je nak sain. Anytime je boleh dapat pun, tak perlu tunggu sampai dua bulan sekadar nak dapat sijil yang dah renyuk kena lenjan dengan pekerja Nationwide tu, dan sijil di sain dengan ball pen kaler hitam cap ayam.


Cube tengok, sijil cap ayam ni?? nak submit sijil pun malu, Persatuan Pustakawan sekolah aku dulu pun bagi Sijil guru besar sain pen mahal.. hehehe...


My sijil yang menyedihkan :-(


Photobucket - Video and Image Hosting

Kepada penganjur, kalau terbaca blog ni, sorry, but i have to say this, anggap je la teguran membina, kita sama-sama belajar dari kesilapan. Kesilapan kecil kadang-kadang memberikan impak yang besar, nama profesion kita, persatuan kita, nama organisasi kita. Kecewala...

Monday, September 11, 2006

Gathering persetankan


Kejadian minggu lepas..
Sabtu,GENG JURNAL pegi piknik kat Port Dickson, aku tak dapat pergi sebab darling kena masuk ofis, ade kerja penting. Hari Ahad, budak-budak PERSETANKAN buat gathering kat KLCC. Aku suka jugak, lepak-lepak kat site diaorg ni layan tengok gambar-gambar mereka yang kreatif.

So aku ckp kat darling, dah le aku tak dapat pegi Port Dickson, so aku nak pegi gathering kat KLCC,dan oleh kerana office babah ngan KLCC tu jalan kaki pun sampai, so, dia pun ok je, dia drop kami kat KLCC, then dia pegi office. First time jumpa geng budak-budak ni, enjoy, sempoi je la.. Walaupun aku dah usia lepas zohor, nak masuk asar dah... tapi disebabkan aku selalu feeling muda, maka aku ok je la ngan diaorg. Biasalah aku kan presiden poyo or kata tahrizi, aku ratu POYO. hahahaha

Gambar gathering, gambar dinner Najmi boleh layan kat SINI

Ini pulak kejadian semalam.

Babah balik lambat, sebab hujan semalam. So aku and Najmi lepak depan tv, sambil aku layan baca paper, budak Najmi pun pun dah boleh baca, so dia baca-baca le tajuk-tajuk dalam surat khabar, dia baca Pancaindera. Muka belakang ada story Siti dan Datuk K. Tiba-tiba dia cakap :

Najmi : "asyik-asyik siti dan datuk K, boring"

(aku toleh, dan pandang dia, terkejut...it was words from 5 years old child..hahahah budak 5 tahun baru belajar membaca sudah merungut boring baca kisah Siti dan Datuk K...heheheh mujur dia tak ckp asyik-asyik Mawi dan Ina)

Then aku pun provoke dia.

Mama : Apesal pulak, boring, biarlah dah Siti kawin ngan Datuk K

Najmi : Ye la tapi boring Siti Nurhaliza ni cantik,

Mama : datuk K hensem tak? Hensem kan?

Najmi : Mana ada, datuk k tak hensem,


Mama : Siti muda ke tua?


Najmi : Muda la,

Mama : Datuk K?

Najmi : tua lah, mestilah dia kan dah jadi atuk... ape la mama ni

Mama : ooo kalau datuk tua la??

Najmi : ye la...tua, macam atuk Wi tu.. (tok Wi, is atuk dia kat perak)

(hahahahhahah gelak golek-golek jap aku...) provoke lagi..

Mama : Tapi datuk K kaya, banyak duit. Kalau mama jadi Siti pun mama nak Datuk K.

Najmi : Mana boleh, mama dah ada suami, tu babah tu suami mama, dah kawin mana boleh..

hahahahah... moralnya.. budak 5 tahun pun bosan la dengan cerita tak der kesudahan Siti ni..dari cinta sorok-sorok, nak kawin buat sidang media, kawin grand-grand, sampai love bite siti pun masuk surat khabar, skrang honeymoon, esok-esok Siti mengandung, berdoyon pulak citer Siti mabuk, Siti mengidam, Siti shopping baju pregnant, butik tu taja baju pregnant, peh tu dah beranak, kisah anak pulak, kisah Siti dalam pantang, oh...it is never ending story.

Kejadian lain.

Hot.fm Masyuk.

This 5 years old boy tajam telinga, dia bukan dengar-dengar gitu-gitu cam kita. Tapi kadang-kadang dia dengar dan perhati. Masa dalam kereta aku bukan Hot.FM. dan ada sebut-sebut Hot.FM masyuk...

Najmi said " Mama, apesal dia cakap Hot.FM Masyuk, Masyuk tu ape?"

Mama : Masyuk tu masuk la..

Najmi : Kenapa dia cakap macam tu, kalau Masuk, eja dia M.A.S.U.K bukan bunyi Masyuk... Macam mana eja Masyuk mama?"

Mama : Erkk.. M.A.S.Y.U.K (Masyuk...)

Najmi : Oooo... boleh cakap masyuk ke?

Mama : Tak boleh, kita cakap masuk. Orang kat radio tu tu diaorang tak pandai eja... (hahahahh jangan marah cik-cik dan tuan-tuan di Hot.FM ye...)

tak der khidmat nasihat bahasa kota Hot.FM ni, dulu tagline dia "Lebih Hangat Dari Biasa"

Poyo, sah-sah ayat tu salah, Dari- digunakan untuk "saya baru balik dari Kedah"

Kalau nak ckp tagline yang betul ialah "Lebih Hangat Daripada biasa " baru betul, kitaorang cakap-cakap ni dengan encik editor, iaitu Tuan Mat Jan, and salah seorang dari ahli perbincangan menulis dia komen web Hot.FM, dan tak lama lepas tu, diaoarg tukar tagline dia.. barulah betul. Kalau dengar lintasan trafik di Hot.Fm, memang teruk and berterabur bahasa nya.

Ermm radio patut lebih ada tanggungjawab sosial, takkan nak harap RTM jer...sape nak dengar radio RTM, jarang bebeno la kan...? hahahhaha

Thursday, September 07, 2006

Mari tengok Wayang


Entry ini diupdate bagi mengiklan promosi hebat ini..

Kepada anda yang mempunyai anak berusia 5 tahun ke atas, dan nak bawa dia enjoy watching movie, or anak yang usia 4 tahun tapi sungguh bersopan santun juga dijemput.
MAJALAH E-BACA ingin menjemput, ibu bapa membawa anak-anak anda menonton wayang di sperti berikut :-

Citer : Zoom
Pukul : 10.30 pagi
Tarikh : 17/9/2006 (Ahad)
Tempat : cineleisure plex, damansara (dekat the Curve, IKEA)



Poster filem:
Photobucket - Video and Image Hosting

So bagi mereka yang tak ada aktiviti pada hari berkenaan boleh lah membawa anak-anak anda yang berumur 5 tahun ke atas hinggalah ke tingkatan berapa-berapa pun... Kak lady, jom la... Mak Andeh, Kak Sya..jom.. sape lagi... sesape la..jomla kita pergi ramai-ramai...(ahahahaha aku pun tak ckp kat laki lagi, dah pandai-pandai ajak orang lain lak...)

Okeh kalau sesapa yang terasa nak tgk wayang free, nak kenal-kenal ngan sesama kita secara tak langsung meh la join...ingat tawaran ni untuk ibu-bapa yang ada anak-anak berusia 5 tahun ke atas je, kalau yg bujang tp ada anak sedara tu boleh gak kot consider...

Korang boleh call editor majalah ni CIk Dell 017-321 2907 ckp je kat dia, saya baca blog kak pnut, ada iklan pasal nak tgk wayang Zoom, heheh nanti dia leh booking nama dan kasi tiket. Dell ni member masa kat UiTM dulu... okeh roger...

sekian iklan khas, promosi September..

ehh sambung lagi...kalau segan nak call dia, leh email kat aku je, email ada kat tepi kanan blog ni or ym je... ym id-senangingat

ok roger


Tuesday, September 05, 2006

He is top 3


Hari yang gembira...
~ Kat office, dapat pc baru.. flat skrin monitor, comei, dan cpu seksi, hehehe

~ Balik office pergi tadika Najmi, hari ada progress report untuk parent. Mula-mula jumpa cikgu BM dia, tunjuk progress dari mula masuk, cikgu puji-puji dia..bla..bla.bla... then cikgu agama..puji-puji bla..bla...bla...kembang..kembang... then masuk bilik jumpa cikgu BI dan Maths..puji..puji...kembang-kembang.... And kami balik dengan rasa happy dan bangga sebab cikgu ckp ada dua budak yang cepat belajar among five years students, and he is one of them. Mestilah happy walaupun peringkat tadika je, tapi cukup buat aku dan darlign rasa lega dan happy.
Sebab kalau dikenangkan sejarah kelahiran dia yang doktor kata 50-50 je sebelum lahir tu, lahir kecik tak sempurna macam orang lain, dia pernah masuk wad 3 kali sebab kena 'tarik' masa demam panas. Dan masa dia kena kali terakhir, melihat dia lemah dah kejang, aku dah pasrah dan serah pada Allah je time tu, and bila sekarang dia sudah melepasi 5 tahun, dan dia membesar sempurna dan Alhamdulillah perkembangan otak dia pun normal dan bila cikgu cakap overall prestasi dia cemerlang, sudah tentu aku happy. (later aku update tentang email-email tentang pembaca-pembaca blog yang berkongsi kisah anak pra-matang, menarik, later kay..)
Ni Cerita Minggu Lepas
Minggu lepas adalah minggu yang mencabar.. Menjaga dua Mior yang demam di rumah.Masa balik kampung aku yang demam. Balik ke Putrajaya dua Mior lak demam. Sorang tu kecik senang le, bawak masuk keter, angkut pi klinik yang sorang errrmmmmm telan panadol active fast jer. Geram betul orang lelaki ni, kalau demam ke sakit ape, bukan nak ke klinik. Kalau teruk sangat tu baru nak pi.

Disebabkan aku phobia takut Najmi kena 'tarik' lagi time demam, so aku terpaksa angkut dia pegi opis. Lagipun ramai staff aku bercuti, so aku tak leh nak emergency. Hehehe kerja dlm bidang aku ni best sikit, sebab biasanya unit kami memang terpisah jauh dari unit orang lain, bos sure tak ada sekali, unit aku sekarang boss ada kat bangunan lagi satu, nak jumpa boss sebulan sekali pun payah. Tapi kalau pun boss aku tanya, aku cerita lah yang benar, heheheh bos pun bawa anak mai opis, setiap hari lagik...

Hari Rabu, 30/8/06, lembik budak Najmi, langsung tak makan minum, pujuk-pujuk minum la milo sikit, peh tu muntah, aku siap sediakan balang untuk dia muntah kat bilik aku di opis. Mujur dalam bilik aku di opis ni memang ada satu set sofa, so aku just bawa bantal je, dia baring atas sofa je. and aku bawa selimut. Lepas makan ubat dia nyenyak tido.

Malam tu ada dinner, dinner tadika Najmi. heheh , dinner budak tadika pun buat kat umai cafe kat Putrajaya International Convention Center (PICC), cantik cafe dia, Mulanya darling cakap dia malas nak pergi dinner dah tak larat, ermm tapi duit kami dah bayar, Najmi pulak merengek nak pergi jugak, kesian pulak. So darling kata tak per la pergi. Kebetulan malam tu ada sambutan Ambang Merdeka kat Putrajaya ni, so jalan pulak tutup, kesianlah parent yang datang dari Puchong dan Damansara, because dinner ni join semua tadika seluruh cawangan yang ada di bawah Tadika Children Islamic Center (CIC) ni.

Perjalanan dinner lancar, CIC ada a good teacher yang boleh jadi MC dengan baik, ada game dan sebagainya, tapi kami tak lama sebab hero kecik dah lembik dan nak balik tido, badan pun panas. Aku pun risau, so jumpa Pengarah Urusan dia, mintak diri nak balik. Ermm kalau aku kerja swasta, sure aku dah berhenti dan kawtim dengan owner tadika ni nak jadi franchise dia. Prospect bagus. hehehe sempat juga aku berangan pulak. Kami balik, dan rileks2 kat rumah tunggu detik 12 malam nak tengok bunga api dari balkoni bilik tidur je.


Gambar dinner ni nanti akan di upload later..

and ya fotopages kami dah update Jenguk sini meh
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino