Monday, November 30, 2009

Quick update


Penat!!!
Tu je la perkataan acik mampu ucapkan..
Baby Q, sepanjang ketiadaan bibik selama 8 hari, merap ya amat..
tension meks..
mujurlah meks dan kertu, jadi tahap kesabaran tu menten, berbanding kalo masa muda remaja, umur 25 tahun beranak satu dulu. dulu kalo si abang ni mengamuk, acik pun hampir amuk juga. Geram..sekarang acik cool..rileks..

Tapi series, budak ni merap ya amat.. dengan ulser kat mulut dia yang membuatkan dia tak sakit dan selesa.. jadi tahap dia merap tinggi macam nak ke langit. Sungguh wa tatak tipu punya. Sampai satu tahap dah kena tengking ngan babah sebab semua tak kena. Mak tok yang nak tolong jaga dia pun dia tak mau, mujur bibik sebelah kami, yang agak rapat ngan dia tolong jenguk-jengukkan dan tologn tidokan alesya dan kasi susu kat dia. Time kasih kak Zah, sebab bibik ambil berat pasal Alesya. Dengar je Alesya menangis melalak, bibik akan datang tolong pujuk-pujuk, suap-suapkan makanan.

Hari Selasa sehari sebelum kitaorang balik kampung, saya ngan mak tok bebudak ni pegi paso malam, hajatnya nak cari kerepek, daun palas sikit nak bukak daun palas siap-siap dari sini, sudahnya sepanjang jalan, drive keter dia duk berdiri tepi saya, sebelah gear. lenguh tangan meks bawak keter sebelah tangan.

Semalam bibik baru tiba, kami jemput kat LCCT, perrrghhh legaaaaaa...

Udah le malamnya tido tak berapa lena, sebab dia merap, tido pun atas riba..huwaaaa capek gue.. kalo ada bibik kalau saya berjaga malam dia demam ke hape... siang tu bibik ada, dia tlg jaga, boleh saya cover tido jap, ini idaknya, siang malam acik bersengkang mata..hiks.. dah tu abeh pening kapla nyut-nyut..

Balik Kedah pun sama, merap je dia.. kat kedah oklah juga, ada maksu, mak ngah, tolong mak tok, saya bantu lite-lite je, abehhh udah dia dok merap je.. tensi acik.

Pic ada dua tiga ketui nak boh, tapi tak dan le nak godek edit pic bagai.. ni pon curi masa sat, update blog, surat kabo nak check bertimbun mau sepanjang hari ngadap benda alah ni.

Jumaat, gue terbang ke Kuantan, miting kat awana kijal sampai Ahad, so orang Kuantan, orang ganung, terutama dekat kemamang tu sile la buat-buat kenal saya ek..kot dpt kita beramas mesreeee kat sana nanti.. Amri, ko jangan buat-buat off henpon lak nanti, kang tak dapat nak pow awak nanti. Maklumlah orang keja ngan Petron*s tu dengar kata hujung tahun bonus lebat, bolehlah akak menumpang sekaki..ahaks..

Ade sesapa orang KT hok on the way nak gi kuantang ke...teman nak beno kopok losong... kirim boleh?? acik bayo le. Ntah, tak mau kopok laing, nok hok losong gak.. kat kemamang ada ke kopok losong?? mau berpuluh henget aku nak beli niiii.

OK geng, nak clearkan keja dulu... blog ni nanti update macam biasak...

Gambo raya idak le banyak beno, tak der mood nak bergambor di hari raya, sebab anak dara teman meragam.

OH ya, nak share something ni..maklumlah tagline sharing is caring kan..

Kot korang ada bibik, nak cuti balik kampung, sebagai majikan korang siap sediakn surat kebenaran bercuti, dalam surat tu mention nama kita, no IC kita sebagai majikan, dan nyatakan kebenaran kita beri maid bercuti, dari tarikh bila sampai bila, dan akan balik ikut mana, cam kitaorang mention la dia akan balik naik Airasia, tarikh bile dan akan pulang ke Malaysia semula bila. Pastu photostat ic kita dan kasi no tipon kita sekalik. Surat tu tujukan kapada pegawai Imigresen (LCCT, KLIA @ mana2 pelabuhan le)

Penting tau, gue pun baru tau. Time kasih pada Mekna yang kabo pada aku, kata dia dulu masa bibik dia nak balik tak tau kena surat bagai, kelam kabut juga depa last minute prepare. And bila bibik balik semalam, bibik cakap memang pegawai imigresen minta tengok surat kebenaran cuti, bibik kasi semua, surat, photostat ic bagai.. siap pegawai imigresen tu puji.. "bagus majikan kamu, lengkap semua," hahaha ai le tu.. hiks.. pak cik gebu memang particular bab-bab tu. Bibik kata ramai yang kena tahan, kena siasat dulu, call majikan, kena rekod itu ini, sebab ada maid yang takder surat kebenaran bercuti (sekarang ni imigresen straight sikit) byk kes maid lari kan. Bibik kata dulu dia balik tak perlu surat, kata dia lagi, urusan dia melepasi pemeriksaan imigresen lancar, terus dilepaskan tanpa banyak soal, bila ada surat kebenaran majikan tu. Katanya lagi, yang tiada surat kebenaran, kena tunggu dulu, mungkin sedikit soal jawab kot.

And even maid nak bercuti hujung minggu nak ke rumah sedara ke apa, sebaiknya prepare juga surat kebenaran cuti tu, sebab Mak Andeh my 'akak internet' dah kena, maid dia kena serbu, dan kena tahan, sebab takder surat kebenaran bercuti, walaupun maid tu bercuti dengan kebenaran, and MA tau ke mana maid dia pergi. Terpaksa bersoal jawab dengan polis, so lebih baik kita prepare. Maybe MA boleh betulkan kalau fakta saya salah.

Ok sekian dulu, jumpe lagi dilain siaran..

kembali semula ke sri pentas.

Monday, November 23, 2009

Marathon update...


Tertanya kenapa saya tak update??
Jawapannya.. tak sempat!!!
Our bibik cuti seminggu, balik kampung.
Bibik akan balik sini next week Monday.
Baby Q la paling sentap, maklumlah dia duk setiap hari dengan bibik sepanjang hari.
Sehari sebelum bibik balik dah demam, and masa hantar bibik ke LCCT pun dia dedar je badan. Tapi saya dah siap masuk ubat bontot tu sebelum pergi, sebab sebelum keluar rumah badan dia agak dedar.

Kat airport Alesya dah merajuk ngan bibik, tau dia nak ditinggalkan, kalau sehari dua sebelum bibik balik, dia merap bibik, tanak berenggang, tapi kat airport tak mau bibik, pandang pun tak mau dia. bibik depan dia, dia pusing muka belekang, bibik pegi belakang dia paling depan. Last-last bibik yang nangis, sedih. eheheh


Ni anak babah ni..jangan kaco tau..


Nak babah je, tak mau orang lain.


Mulanya ingat demam sebab gigi geraham nak tumbuh, tapi rupanya lebih teruk dari tu, ada ulser putih-putih dalam mulut.. sejak Ahad malam, dia tak lena tido. Bila dia tak lena tido automatik saya pun tak tido..dia lapar tapi tak mau menyusu. tengah malam bangun masuk susu dalam syringe 'tembak' sikit-sikit masuk mulut, dalam dok menangis melalak abeh juga 3oz susu, jadilah, alesya ni mmg tak kuat menyusu, normal kalau dia sihat pun susu dia minum 4oz je, paling banyak pun 5oz.

Tido setengah jam, terjaga, dan menangis. terpaksa berdukung malam-malam..esoknya isnin terus bawa pegi klinik, doktor check, memang ada ulser dalam mulut dia.. kesian.. terleleh-leleh air liur sebab sakit, so doktor bagi ubat utk titis dalam mulut, and suggest kitaorg beli cream sapu bonjela. Start tengahari sapu cream tu, petang tu oklah sikit, boleh makan bubur nasi, tapi susu tak mau hisap, terpaksa basu ikut syringe juga, melalak la dia nak abehkan 3oz susu pun, tapi terpaksa bagi juga, supaya dia tak lapar.

Nengok dia sakit, aduhaiii benar seperti semua emak lain rasa. Kalau boleh pindah, biarlah sakit tu saya yang tanggung, biar dia sihat, dan main macam biasa. Pilu hati... bila dia meraung-raung bila di beri susu dan bila di sapu cream kat mulut tu. aduhh sedih nengok..

Hari ni 'terpaksa' tingglkan dia dengan emak, walau dia menangis. sebabnya cuti meks mmg nan ado..ada 3 hari je... semalam dah amek satu, tggl lagi dua hari je..aduhhhh jadi dengan berat hati, dan sayu, saya tinggalkan dia dengan emak, dalam keter bergenang air mata..saat macam tu terus saya cam untungnya orang tak kerja, anak sakit demam, boleh jaga sendiri. dan-dan tu rasa macam nak berhenti kerja, atau kot-kot menang cabutan sijil simpanan premium tu, dapat mercedes yang rega ratus riban tu..nak jual, pastu dapat duit, terus feeling nak amek cuti jaga anak sampai baby q umur 5 tahun. wahh berangan terus dalam sedih-sedih. uhuks..

Baru call emak, baby Q dah ok, badan tak panas dah, tak nangis, cuma merap je.. nak berdukung la..aduhh pagi ni ok lagi maksu ada, petang sat gi maksu pegi kelas, harap dia dah ok petang karang.

Doakan Nur Alesya Qhaisara sihat ye auntie-auntie dan uncle semua, harap dapat balik beraya di kampung nanti, walau cuma kami duk dalam rumah je. harap ok semuanya. Aminnnn

Cerita si abang.

Alhamdulillah, abang doing well dalam final exam baru ni, selepas episod kekecewaan terlampau yang dia hadiahkan untuk kami pertengahan tahun, selepas gerak gempur mama pastikan dia buat latihan, babah jadi hilter atau yamashita sokmo suruh dia hafal sifir, dan Alhamduillah, takat sifir 6 boleh dia dia hafal sekarang, maka keputusan akhir tahun memberangsangkan. Walaupun tidaklah secemerlang anak orang lain, atau tidak la semua subjek berderet A, tapi at least keputusan akhir tahun memang jauh berbeza dari pertengahan tahun.

Tahniah abang...


Moga lepas ni dapatlah peluang mama dengan babah nengok abang naik pentas lagi..aminn


Dan merasalah mama dan babah dijemput ke sekolah nengok si abang naik pentas terima hadiah.Uhuhu saya emak yang emo.. semasa majlis bermula ada muzik gamelan yang macam masa kita konvo-konvo kat universiti tu dimainkan, uhuhu walaupun anak teman baru darjah dua, tetiba meks emo.. bangga dengan anak sendiri tak tentu pasal. Cuma cikgunya kurang kreatif, patutnya biarkan murid beratur di luar dewan, dan bila iringan muzik gamelan tu dimainkan, patutnya masa tu baru murid-murid diarak masuk ke dewan, uhuhu pasti kesan dramatik tu lebih gempak, kompem ramai emak-emak emo cam saya leleh air mata..ehehe.. Itu lah agaknya yang emak dan arwah abah saya rasa bila saya dan kawan-kawan lain di arak masuk ke Dewan Sri Budiman UiTM Shah ALam pada 27 Mei 2000, 9 tahun lepas.

Kebetulan pulak, hari Jumaat itu hari sehari selepas UPSR diumumkan, saya tengok paper ada kisah ibu yang ada anak kurang upaya, cacat kaki, yang tak boleh berjalan, so ibu ni setiap hari dukung anak dia hantar pegi sekolah, dan bila anak dia dapat 5A, menangis dua beranak ni, memang emo, saya pun nangis baca berita tu, besar pengorbanan ibu dan anak yang bertuah itu sangat bijak, kerana hadiahkan ibunya kejayaan buat dia. Dan hari JUmaat tu, saya dengan radio Sinar FM, ada sorang bapak ni call bagitau dia gembira dan teruja anak dia dapat 5A, katanya dia keja kuli je, jadi bila anak dia berjaya, dia teruja, macam nak bawa kereta hon bagitau satu dunia anak dia dapat 5A, ayat paling mengesan jiwa saya ialah bila dia kata "Kalau saya tau inilah rasanya ibu bapa yang gembira anak dia berjaya, pasti suatu masa dulu sayalah pelajar paling cemerlang dalam Melaka" ermm maksud dia kalau dia tau indahnya perasaan menggembirakan emak dan ayah dengan kejayaan dia, pasti dia belajar sungguh sampai berjaya, untuk gembirakan hati emak dan ayah dia.

Yup saya setuju. Saya pun terfikir begitu, kalau saya tau indahnya perasaan bila anak kita berjaya, pasti saya pun nak belajar sungguh-sungguh dulu hadiahkan kejayaan setiap kali peperiksaan.

Sorry guys, walaupun bukanlah dia jadi yang paling baik, tapi saya tetap happy, bak kata kak Sya, bukan selalu anak-anak kami nak dapat hadiah, entah lepas ni ada peluang lagi ke tidak, belum tentu, jadi sekali ada peluang, raikan kegembiraan ini, sebagai parent, tentu kami doakan yang terbaik buat dia. Mudah-mudahan kejayaan ni akan jadi semangat buat dia, agar terus berusaha, saya ajarkan dia satu prinsip sekarang "What u give u get back" dan terangkan kat dia apa maksud kata-kata tu, so far dia macam boleh terima prinsip tu, saya cakap kat dia senang je, tengok sebelum ni apa dia bagi itu dia dapat. Malas belajar, malas hafal sifir, malas buat latihan, so apa keputusan dia dapat, tetapi bila dia rajin sikit, buat latihan, hafal sifir, apa dia dapat? boleh berjaya, so far kalau saya tanya ape abang kena ingat, dia akan sebut "what u give u get back"

Hiks..tak pasal babah kena beli PS2 kat dia, sebagai janji kalau dapat result bagus..taper la babah, kang boleh babah numpang main sekalik. Kejayaan dia turut dihargai oleh jiran kami, Kak Zah dan Raja, Auntie Raja kasi Najmi pinjam PS2 mereka, so far nampaknya adanya PS ni boleh jadi penguat semangat juga, sebab dia boleh pulak ikut jadual, dari pukul berapa sampai pukul berapa boleh main PS, dan kena hafal sifir, kalau tak dpt sifir no PS, so boleh lak dia hafal sifir 6 dan mengaji Al-Quran dengan sungguh-sungguh.

Wednesday, November 18, 2009

Cekodok Sardin dan Puding Triffle


Yeahhh Tora datang lagik...
ding dang..ding dang...
beli satu percuma mainan di dalam..
casing ajaib!!!
nostalgia...

dak..bukan nak cerita bab ding dang dan mat sentul

Disebabkan kepupusan idea nak udpate blog, saya nak letak resepi je aci dak.. dua sekali ko..ambek..

Satu resepi yang amat senang mudah dan kacang giler.. sambil pejam mata dan cungkil gigi pun boleh buat.. ahaks..

Iaitu..cekodok sardin, klik gambo utk kelihatan lebih beso. (ada org komplen saya dob gambar melalui imageshack/photobucket, opis depa block, jadi tak leh view pic kat sini, kesian depa. oklah acik letak melalui blogger yang kedekut babun ni, boleh boh pic kecik bebenau.. maleh den layan blogger punya upload pic ni, kasilah size beso sikit. Dah tu bile upload gambo naik kat atas pastu kena copy paste susun gambo..eiii boring..heeh membebel lak, sebelum kasi resepi..tampo sedas kang.. hiks

ok..ok...
/cucoq sardin / cekodok sardin versi Mak Pnut.

1 tin Sardin
(suke banyak boh tin beso, kalau takat 3-4 org makan setin sederhana bereh dah..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
Bawang dihiris cam buat cucur udang tu
2 biji kentang sederhana beso
potong dadu-cam buat inti karipap pastu rebus kejap, kasi gebu dan lembut)
sedikit garam

*Optional
('jajan' boleh boh sekali-kalau tader tak boh pun taper)
- carrot (sagat-sagat-cam buat inti popia)
- daun bawang
- cili merah

Cara:
- gaul semua bahan tu dengan sedikit air, cam biasa buat cekodok jagung/udang
(masuk sekali sardin tau, tuang sos sardin, jgn hancurkan sardin, biar sekor-sekor, masa nak gaulkan tu tekan-tekan je sikit kasi pecah-pecah sardin tu, bior ada rasa-rasa ketulan sardin tu..nyaman beb..)

- pastu goreng le dengan minyak panas cam besa, huii takkan kena kabo ye dak..mesti nak goreng, takkan baut kukus lak.. :D

Nota :-
tepung tu, kalau korang tader tepung naik sendiri, boh je 3 cawan tepung gandum, tambah sikit soda bicabonat sikit, dan baking powder sikit (agak2 dalam 1/2 sudu teh je)
tp mudahnya pakai tepung naik sendiri, lembut dan sedap je. Kalau semuanya nan ado, guna je la 3 cawan tepung gandum... tp kang bancuh cair sikit, kalu kurang air, kang liat, keras, nan sedap katonya..

rasanya sangat best dimakan panas-panas. tak tau nak cerita cemana. kompen sedap



Pastu satu lagi resepi ialah Puding Triffle, ni Tasha request, berkurun janji nak kasi, tapi haghammmm abeh dah lupe nak buat cemana..

(dlm pic ni dua yang atas tu je sy buat, yg lain saya cilok, biasa asyik lupe ambek gambo bila buat benda alah ni)



Puding Triffle
1 gulung kek swiss roll (sedap perisa coklat la)
(kalau takder ape kek pun belasah je la..)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair @ satu kotak fresh milk (kotak kecil le)
4 sudu gula kasar
2@3 sudu tepung kastad (ikut le korang nak pekat cemana
1 sudu esen vanila
1 @ 2 paket kristal jelly any perisa (tp sedap strawberry/mango)
*(kalau beli kat supermarket brand ladies choice ke apa..
*(sy tak pasti sbb sy biasa beli sebungkus besar kat bakeri shop, lebih murah, so biasa saya guna dalam 4 sudu besar
1 mug air.

Caranya

1. potong dadu kek, dan susu dalam bekas
2. Masakkn susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk (jgn pekat sgt, boleh tambah 4-2 sudu air juga.
(api perlahan, kacau kejap je, agak nak didih je tutup api, dan kacau, jgn sampai mendidih kang pekat sangat)
3 dah ok cun, tuang sos kastad ni ke atas kek tadi,
4. susun buah-buah cocktail tadi atas sos kastad tu (of course buah je, airnya tapis kasi buang la
5. tunggu dia 'keras sikit' then masak 1 mug air tadi, then masukkan jelly kristal, kacau kejap, tutup api
6. bila agak sos kastad tadi dah cam agak keras, tuang jelly perlahan-lahan atas sos kastad tadi, pastu biar dia 'mengeras' dalam peti sejuk

Nota-
*tuang perlahan tau Jelly tu, kalo tak naik berkeladak sos kastad, tak comei puding miker
*guna whisker untuk kacau sos kastad atas dapur (agar tidak berketul hasilnya, kalau berketul, kena tapis-leceh)
* makan sejuk-sejuk pun sedap. Saya dapat resepi ni dari Cik Salina, tapi dah adjust sedikit, besalah gue. Memang mabeles, kalau nak eksen terrer di hari raya haji nanti boleh buat jamu tetamu. pasti mereka kagum, kerana terasa hebat macam chef di hotel je buatnya.
*tambahan, ada pertanyaan dari pembaca blog whisker tu lagu mana
ni le ropanya,

ni gambo dari pakcik google, kalau kat umah saya ada satu hok beso gedabak, pueh hati kalu buat muffin, kaco-kaco pakai ni, muffin tu kan lagi hebat rasanya kalau jenis kacau-kacau je.. jadi saya beli satu hok beso, senang mengacau.. buat choc moist cake versi steam pun nyaman... kacau-kacau pakai benda alah..superb.

(harap dpt membantu pada yang berhasrat berjinak-jinak dengan memasak dan berazam hendak memasak untuk keluarga..go ladiess...)
(Puan Zura hang tak mau terai ka?? kasi anak-anak hang kagum..pastu leh riak kat FB..bile lagi..)

Ok, dua hari lepas saya siapkan tempahan kek BEN10 ini untuk seorang kanak-kanak lelaki, ditempah oleh ibunya. Standard le seingat saya sepanjang saya buat cupcakes tak lebih 10 org lelaki yang order kek dari saya..termasuk ada tu hari ibu pun ibu tu sendiri order untuk diri sendiri..cehh..ok jap recall memori siapa lelaki pernah order cupcakes,
1. Mohd Noor-hari ibu,
2. Napang-kawen adik dia,
3. Hanif (tunang)
4. Azizan (birthday anak dan wife),
5. Saiful Izwan -akikah anak)
6. Najib (birhtday anak)
ada kot 2 org lagi pernah order untuk Mother's day.

kannn tengok tak sampai sepuluh org, dah nak masuk 3 tahun saya jual kek ni, tak samapi 10 org beb order kek untuk yang tersayang depa. hiks.

Ok balik story kek BEN10 ni, kata ibu yang order ni, anak dia punyalah suka... siap terlompat-lompat tengok kek ni, siap ajak kawan-kawan datang tengok walau dalam hujan, berpayung kawan-kawan dia datang punya sayang nak potong. Hiks.. bila dengar feedback macam ni, hati saya happy sebab, betapa besarnya kasih sayang ibu tu, tak kira anak ke berapa, anak macam mana, tetap order kek untuk meraikan harijadi anak dia, usaha memenuhi impian anak dia, dan soalnya kita sendiri, pernah dak kita susah payah untuk emak kita macam emak kita buat dulu?? bagi saya, diri saya baru berapa percent je saya usaha sungguh penuhi apa hajat emak (susah sebab emak saya bukan cam emak orang lain, nak apa minta, emak saya kalau kita cakap nak beli apa-apa kat dia pun katanya membazir, tak payah) dalam pada kita dah besar pun emak tetap cuba tunaikan permintaan kita kan??

Contohnya, minggu ni Hari Ahad, bibik akan pulang ke kampung seminggu. Mulanya saya plan nak hantar Alesya ke rumah jiran, tetapi jiran saya tu pulak baru ni jaga ada 2-3 orang budak dah, plus nanti kalau hntr ke sana, dengan Najmi lagi.. anak-anak dia lagi, kesian pulak dia nak handle ramai-ramai budak. Saya luahkan pada emak. Walaupun saya tak secara direct cakap kat emak, "emak boleh tolong mai jaga Alesya sat?" tapi sebagai emak dia faham, kata dia "tengok nanti kalau tak ada apa, biaq mak mai la tengok Alesya, kesian dia, dia bukan biasa duk rumah orang?" uhuks..terharu sangat. Padahal Alesya tu cucu dia yang ke 7 pun, dan pulak, sebenarnya 24hb dia ada appointment kat hospital, tapi kata dia, tak pa nanti dia call hospital tukar appointment. Time kasih mak... tak terbalas jasa emak ni. Maka..esok emak akan sampai ke sini.. Insya-ALlah mak, nanti bulan 5 kita bawa emak pegi jalan-jalan makan angin ke Sabah ek.. moga kita semua panjang umur, dapat bercuti lagi satu family.



Erkkk tak tau apa motif entry ni kan..kejap cerita resepi, kejap cerita lain..bengong je saya ni..ehehehe, tapi takder dah nama blog pun ceritapnut, and tagline cerita apa saja..maka gini le jadinya...



Esok saya nak cerita kisah sengal seorang kawan poyo saya..

Tuesday, November 17, 2009

Alesya officially can walk maa....


Semalam, tarikh 17hb November 2009, genap usia Baby Q 1 tahun, 5 bulan, 1 minggu dan 1 hari, Baby Q secara rasminya sudah 'dapat kaki' Alhamdulillah, walaupun semalam sudah 'tertomoih' itu kata orang Utagha.. atau sudah jatuh tersembam, bibir pun jadi bibir Anita Sarawak dah...

Okeh sempat merakamkan aksi menarik buat kenangan..for the first time dia jalan keliling rumah, biasanya takat jalan 5-6 tapak je... ni abeh segenap rumah dia jelajah...



wahhh nak cari kasut baru kat dia, hadiah sempena berjalan. Ehh sebut bab kasut kan.. saya tengok kat Pasar Tani Putrajaya ni, ada org jual kasut "Crocs" yang dakwaan kononnya original, tetapi Crocs Malaysia yang wakil sah tu dah keluarkan statement kat office, yang itu tak ori, and ada bezanya kat bawah tapak kasut tu. Yang ori hanya di jual kat wakil/agen sah depa je. Hiks, gua dulu terfikir gak, nak jual crocs beb..memang dah ada kaki boleh supply, memang murah, katanya over run kilang, biasalah... kata depa.. tapi tak jadi, sebab dah ramai beno pulak jual crocs online sekarang.

Ok berbalik jualan crocs kat Pasar Tani tu, kalau betul tak ori, cemana depa leh jual longgok gitu ek..hahaha pasar tani tu depan KPDN tu jek.. penguatkuasa tak usha ke..hahah matilah meks, kang org KPDN marah gue..

ok gue usha 'keroks' sepuluh henget kat Alamanda je la..lawo gak..kaler pink... comel.. tunggu dik mama beli, itu hari mama nak beli dah, sekalik awek jaga booth tu tader pulak, pegi mana ntah.. dua tiga hari lepas mama nak beli dah abeh pulak.

Erkkk tetiba blur tatau nak update ape.. boleh tamat camni jek???
Boleh la ek.. aci la ek...

ok tamat..
sekian terima kasih..

Monday, November 16, 2009

Ke Rumah Warga Prihatin


Pada hari Ahad, kami anak beranak ke Rumah Warga Prihatin di Kajang. Tujuan utama kami ke sini ialah untuk memanjangan amanah orang. Sorang anak buah saya kat UKM, baru-baru diaorag telah kumpulkan pakaian terpakai yang masih elok-elok, asalnya untuk dibawa ke study tour ke Padang, tetapi apabila berlaku gempa bumi di Padang, hajat mereka tak kesampaian. Jadinya banyak sangat pakaian terkumpul yang mereka tak pasti hendak di bawa ke mana. Lepas si Tasha ni baca blog saya yang mohon sumbangan derma pakaian terpakai tu, maka dia cadangkan pada kawan-kawan dia agar baju-baju diserahkan kepada saya untuk disedekahkan.

Banyak, penuh bonet Mr. Grey. Erkk bayangkan depa boh dalam keter proton bonet penuh, ditambah juga diletakkan di seat tempat duduk penumpang. Sepatutnya saya dah Hazwah bersama-sama membawa hajat ni ke rumah Warga Prihatin, tetapi malangnya Hazwah tidak dapat bersama, sorry dik, akak pegi dulu, Insya-Allah soon kita pegi lagi. Sebabnya bonet keter yang dah sarat bebeno tu kena kami kosongkan kerana kami hendak beli barang dapur ke Tesco, jadi saya cadangkan pada pakcik gebu, daripada kita dok angkat bawa masuk rumah, pastu angkat balik masuk kereta, alang-alang kita nak ke Tesco Kajang, lalu Sg. Ramal, kita terus hantar je la. SO callin ustaz Hamzah, selepas menerima direction, kami pun gerak.

Sampai di sana kami disambut oleh Kak Long, orang kuat rumah Warga Prihatin, sungguh ramah mesra sangat penghuni di sana. Terharu sebenarya. Selepas proses akad menyerahkan sumbangan, kami di jamu minum, malah Kak Long beriya-iya jemput kami makan tengahari di sana. Tapi maaf kak long, kami ada byk urusan lain. Ingatkan kami sekadar singgah dan hantar, tetapi layanan yang diterima lebih dari tu. Banyak perkara kami bualkan, Insya-Allah saya akan bantu Kak Long dapatkan sumbangan buku-buku untuk kami wakafkan kepada anak-anak asnaf ini.

Di sana juga tak disangka-sangka Alesya dapat jumpa
ORKED anak CEO Candid Syndrome tu, Saiful Nang ngan Dr. Intan. Tak sanga Alesya jumpa rakan sebaya dia. Saya ngan Intan lak ada le dok ber-sms, tapi tak pernah jumpa lagi.akhirnya tak der plan, jumpa lak kat sana, tapi saya memang tau SN dan Intan memang 'org kuat' rumah warga prihatin, sumbangan dan kebajikan mereka kat situ memang banyak. Bagus, patut murah rezeki SN tu.. banyak duit masuk, banyak le habuah anak-anak asnaf di sana. Insya-ALlah saya pun ada usahakan sesuatu nanti untuk rumah ini. Nanti saya buat entry lain mengenai ini setelah saya membuat tinjauan balas ke rumah ini kelak.

Ini kanak-kanak kecil ni sedang buat aktiviti kraf, diaorang tengah buat frame gambar dari kotak-kotak.. sempit tempat ni, kesian mereka berasak-asak.. korang kalau ada rezeki lebih hulurkan sumbangan ek..




Ni lak pertemuan Alesya dan Orked, Alesya ngan Orked patut lahir lebih kurang tarikh yang sama iaitu pertengahan Ogos 2008, tapi Alesya lahir awal dari Orked, biasalah dia rock.. ehehehe



Nanti saya buat entry khas mengenai rumah prihatin ni, and projek kumpul buku yang saya nak buat.

Masa pegi sini, saya segan nak amek gambo..eheheh maklumlah SN tu tukang amek gambo.. ai malu youuuu...hiks.. tapi walaupun first time jumpa Intan dan SN live gitu, terasa senang hati, sebab diaorang peramah tamah.. kenalah ngan acik dan pakcik gebu yang suka bercakap tu..hiks..pak cik gebu lagi lah, byk beno topik dia borak, sampai acik kena sound direct "babah jom gerak, dah lewat" hahahaha abeh aci dk teleng-teleng kepala dia dok borak gak lagik..heheheh.. tu yang kes alesya tido dalam troli barang tesco.. eheheh sebab dah melepasi time tido dia, sebab emak bapak dia seronok bersembang kat Rumah Prihatin. Insya-ALlah nanti pegi lagi.. Hazwah nanti kita pegi sesama ek.. korang kalau ada buku-buku plisss contact me, saya nak kumpul buku-buku untuk diberi sumbangan kepada anak-anak asnaf ni, agar library yang meraka idamkan akan menjadi kenyataan. Sesapa nak sumbangkan rak buku pun dialu-alukan..

Plisss kasi la ai buku, kempen sorang sebuah buku bermula sekarang, tunggu maklumat lanjut nanti..

Sunday, November 15, 2009

Sebok yang sangat sebok


Bila sebok tak der masa update blog maa...
Sabtu sebok ngajo orang buat cupcakes,
Ahad untuk family... keluar dengan family, layan anak-anak, takder masa nak udpate..
masuk kerja, baut kerjalah ape hal update blog. Tak sempat kumpul entry pada hari minggu untuk minggu ini punya cerita.

Maka mari kita buat kerja..

Ok untuk update secipute lite-lite sajork.. nah layan gambo saje

ini aktiviti depa anak beranak bila mama dan bibik tak sempat jaga anak kecil, bapa suke ati guna aneka peralatan yang ada untuk lekakan anak dia..
Baju laki gue lawa tak?? mau tempah?? boleyyy sile...

Ni emaknya punya kerja bila tak der kerja nak buat, sepitkan rambut anak dia


Lama-lama anak pun boring, dia buat aktiviti sendiri.


Itu hari Ija seorang yang baru dapat baby baru tanya saya, Alesya tido buai tak?? jawapan saya tak, dua-dua anak saya dilatih tido dalam apa jua keadaan, tido depan tv agar bising, maka dia takder masalah tido di mana jua..

ya di mana jua..

hatta

............
...........
............
............
...........
............

di...

............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............
............
...........
............

dalam troli di Pasaraya...

Cayalah anak Mak Pnut.. kes maleh usung stroller.

Jadi sekian saja entry buang masa kali ini.

Bile agaknya nak pencen?? hahahaha belum kerja 10 tahun cakap soal pencen..

keletuk-ketuk kepala sendiri...

Thursday, November 12, 2009

kenangan di kampung


Dua tiga hari lepas baca blog Dr. Ieda dia dok cerita pasai memori kecik-kecik dulu. Ieda, entry kamu bikin gue terkenang masa silam beb..



Saya kalau ikutkan teorinya, bukanlah anak jati kampung, tetapi pernah merasa duduk di tempat-tempat ala ulu banat di Kedah suatu masa dahulu. Iaitu Changlon dan Kodiang. Masa saya duk kuarters JKR Changlon dulu bekalan letrik pun belum ada, duduk karters dinding kayu ala-ala rumah dalam citer Bukit Kepong tu, masa tu zaman emak masak pakai dapur minyak tanah. Yang jenis ada tabung tu, pastu isi minyak, terbalikkan, dan ada api yang cara dia kalau nak besarkan atau kecilkan kena tarik ke atas dan ke bawah atau ada jenis pulas, nak besarkan pulas ke kanan, nak kecikkan api pulas ke kiri. Buat anak bandar yang tak pernah tengok ini dia.. (abang sham, kak idah, kak pah ingat dak lagi, rumah arwah mak tok dulu ada juga dapur macam ni?)



Meh kita singkap nostalgia berek JKR Changlun. nostalgia memasak guna dapur minyak tanah.



Hok ni jenis tabung minyak kat tepi, leceh sikit nak masak kalau ada periuk dan kuali, tempat kecik





yang ni tabung minyak kat tengah, api dapur minyak ni selowww jek..nak nunggu air mendidih, atau goreng ikan nak tunggu garing, punya lama.. ermm teringat memori lama, sungguh nostalgia.







Masa tu saya pulak sekolah petang, jadi bila malam memang jarang nak baca buku atau buat kerja sekolah sebab malas nak mengadap buku dengan api pelita, haha kang hitam lubang hidung jelaga.



Ni lampu minyak tanah ni, ada tragedi dengan lampu ni, saya tak tau camne ia berlaku, samaada saya gaduh ke apa ngan adik no.2 saya, masa tu tah cemana lengan dia terkena pelita ni, kan ke panas, jadi sampai tulisan yang timbul kat atas pelita tu, (cap pelita) tu kena lengan dia, sampai melekat..hahah siap leh nampak kesan tulisan tu kat lengan dia..sampai hari ni... kejam sungguh, sampai la kala tengok lengan dia tu, mesti teringat kes 'lengan cap pelita' tu..eheheh





Yang ni jenis pakai gaslin, cahayanya lebih terang, bila hampir malap, kena pam kasi up dia punya gas, dan kembali terang.





Masa duk berek JKR Changlun, sekolah ni betul-betul belakang rumah, pagar sekolah tu beberapa langkah je dari rumah, jadi time rehat, emak tunggu tepi pagar, kasi bekal.



Ada nostalgia juga di rumah ini, keliling rumah adalah belukar, jadi banyak ular, suatu hari, adik lelaki saya, masa tu umur dia dalam 2-3 tahun agaknya, dia tengah tido, emak masak kat dapur, and tiba-tiba dia berjalan ke dapur sambil tangan dia pegang seekor ular masih hidup. Kuasa ALlah Taala, mungkin malaikat meindungi anak-anak kecil, ular itu diam je tak patuk..mujur adik pegang tang kepala. Emak menjerit panggil jiran, datang jiran dan pujuk Jan (adik saya) campak ular tu, tak ingat sangat camner ceritanya, tapi kemudian bila dilepaskan, jiran-jiran pukul ular tu, sejak itu emak cam phobia je, termasuk kami semua. Kesian ular yang baik hati itu.





Ok nostalgia sekolah dia Kodiang.

Di Kodiang pun kami tinggal di berek JKR juga, cuma masa kami pindah rumah pekerja bawahan cam abah saya sudah penuh, yang tinggal rumah kerani je, kerani yang tak duduk kuarter, jadi merasa kami duduk rumah kerani, rumah ni sebijik macam rumah dalam cerita Sepet, rumah kayu kaler kuning-kuning, dan dapur di bawah dan ada ruang masak dan ruang sidai pakaian belakang rumah. Bilik air besar. (ahahah bilik air ni tempat saya 'menipu' berpuasa, sebab saya curi-curi minum air dari kolah..hahaha ye la masa bebudak..korang pun pernah kan?? ahaks..



hari-hari jalan kaki pegi sekolah, mesti lalu depan Gunung Kerbau ni...masa tu tak pernah fikir keindahan gunung itu. Sekarang baru terasa sangat cantik dan indah.





Dalam perjalanan ke sekolah ada banyak hutan nipah, dan ada pokok salak, saya selalu kutip buah salak, dan jual kat sekolah, harganya tak ingat..mungkin 5 sen sebijik atau sepuluh sen sebiji, yang bestnya saya jual je, tapi saya tak makan buah salak, entah, rasanya pelik.





Kat depan kuarters JKR Kodiang ada satu terusan atau tali air, fungsinya cam biasa lepas air time musim tanam padi, seronoknya bile time hujan, bila hujan lebat, air terusan melimpah, jadi kami dan emak-emak akan bawak baldi pegi kutip ikan yang terdampar atas jalan tar, memang macam pesta. kutip ikan puyu, ikan sepat, ikan haruan.. malah udang-udang kecil pun ada, udang kena sauk pakai penapis. Ya Allah indahnya masa tu. Kehidupan di sana sangat simple, persekitara memang kampung, malam-malam pegi mengaji rumah Tok Cik, Tok Cik dah tua, bela cucu lagi, dia jual nasi lemak, upah masa dulu tak bagi duit, tapi kami kami tenaga dan segala barang keperluan, Tok CIk tak minta duit upah ajar mengaji. Upahnya ialah, sebelum mengaji, kami kopek ikan bilis, budak lelaki tolong belah kayu atau susun kayu api, Tok Cik pakai dapur kayu lagi. Kadang-kadang emak bapak bebudak mengaji bagi sumbangan beras, kopi, gula, kain batik, kain pelikat, camtu je..Nak jalan pegi mengaji rumah Tok Cik jauh juga, lalu beberapa belukar, beberapa kali terserempak ular sawa, menggigil kaki, tapi pesan emak, bial ular lalu, duk diam jangan bergerak, biar ular lalu dulu. eeeii ngeri.



Then darjah 4 saya dah balik ke SP, dah tak jadi anak kampung dah, sebab balik duk Pekan, masa ni rasanya emak pun dah tukar pakai dapur gas dah. Tetapi saya ingat, setiap kali cuti sekolah, saya akan balik kampung emak, balik rumah Tok dan Tok Abah saya, di Penaga (Permatang Pak Maras) kampung tok ni memang orang buat bendang. Bila musim bendang, masa dah kerat padi..banyak oo ikan.. boleh main seluk-seluk je gagau cari ikan, ada ikan haruan, sepat dan puyu. Tapi awas jangan salah seluk, kang kena ular air. Ingat lagi, ikut tok pegi seluk ikan bawak baldi, bila seluk dapat letak dalam baldi, nanti tok kumpul dalam tempayan banyak-banyak, bila dah banyak baru di siang, pastu buat makan, digoreng atau masak gulai tumis darat campur ubi kemili. Tahukah kamu ubi kemili??? pegi tanya encik google, acik malas. Kalau tak dak ubi kemili, bubuh ubi keledek kaler oren tu, sedap..manis.



Kalau tak pegi seluk ikan, ikut arwah tok pegi mengail ikan, MUla-mula pegi korek cacing belakang jamban.. ahaha kesan air jamban, cacing gemuk-gemuk ooo.. dah dapat cacing, boh dalam tempurung pastu pegi mengail. Joran nya cuma batang buluh yang kecil, ikat dengan tali tangsi dan ada mata kail di hujung



Gini ler rupa joran pancing pakai buluh je. Dan lubuk camni lah port saya dan arwah tok memancing, kekadang pegi ke Paya. Kat Paya bahaya gak, kekadang ada ular sawa.



Sesekali dapat ikan sepat.. camni gaya, nak pegang masa nak keluarkan kail dari taling pancing tu, kena pegang kepala dia kuat-kuat.



Kekadang dapat puyu...



Kumpul dah banyak, tok dan geng-geng dia pakai siang ikan, pastu buat pekasam, dan masak gulaitumis darat dengan ubi kemili.. ubi kemili ni kecik-kecik besar-besar ibu jari je, lebih kurang besar sikit dari kacang tanah rebus tu jek.. huiii meleleh ayaq lioq habaq hang...



Dah siap masak, makan lak dalam pinggan bunga kangkung ni..perrghhh gila kenangan.. indahnya..





Ikan-ikan sepat dan puyu gini le rupanya bila di buat pekasam











hat ni dah goreng dah..



Ginilah sekitar kawasan rumah tok di Penaga











Betoi kata orang, bila benda tu ada depan mata kita tak hargai, bila dah hilang baru kita tercari-cari dan baru nak hargai, camtu le kita. Dulu masa bendang penuh keliling rumah, tak pernah rasa bendang itu indah dan menyeronokkan, tetapi bila dah bendang semua kena kambus, tambak, jadi kawasan perumahan, baru terasa sayangnya tanah bendang tu, and baru rasa cantik dan indahnya suatu masa dahulu...



Ermm saya rindukan kehidupan zaman kanak-kanak dahulu..tak mungkin dapat patah balik.. kalau ada duit berjuta-juta pun tak dapat bayar harga sebuah kenangan itu. Kenangan korek cacing nak buat umpan, kenangan mengail ikan guna joran buluh dan tali tangsi, kenangan seluk ikan, kenangan nengok tok siang ikan, basuh ikan, kenangan simpan ikan dalam tempayan. Kenangan kutip ikan yang terdampar lepas hujan depan berek JKR Kodiang. Ermmm tak merasa anak-anak saya nak lalui semua itu dah. Ruginya mereka. Mereka nanti cuma ada kenangan main PS2, main komputer games, main besbol, main roller blade, main skateboard. Huh.. Ape barang!!!



p/s terima kasih kepada semua empunya gambar yang saya amek dari pakcik google, mohon halal hasil usaha kalian di blog saya ini, andai ada dari gambar ini gambar kalian, sile email saya kalau tak suka pic ini dipublish di sini.





Wednesday, November 11, 2009

Sakit Kepala (Migrain)


Pukul 4.04am...
ape mendenya saya duk melangut hadap blog tak tido???
sakit kepala oooo..

Saya ada seorang pengidap migrain tegar.
Saya benci kalau benda alah ni datang.
Bila ia terlalu sakit, jangan kamu suruh saya baring atau tido.
Saya rasa macam ii kepala ada batu besar duduk. Sakit!!!!
Saya kena duduk, tengok tv ke hape, tak boleh baring-baring. Betul!!
Tak caya tanya le sesapa yang sakit migrain ni, sakit sungguh la.

Kini saya hanya perlukan sebiji cafergot/Caffox
Entah dadah apa ada dalam ini ubat.
Saya dah telan sebiji tadi..
kejap-kejap lagi saya oklah.

Jap saya tengok ape dadah yang ada dalam sebiji ubat ini.
Ergotamine tartrate 1mg
caffeine 100mg

ok pakcik google kabo kat saya Ergotamine Tartrate And Caffeine Description


Pkcik wikipedia bagitau Caffeine ooo kira cam kafein dalam minuman tu ek.. patutlah masa saya bersalin 2 kali operate tu masa kat hospital, ada kes patient yang sakit kepala teruk kesan ubat bius lepas operate tu doktor akan minta pesakit minum kopi pekat atau minum coke. Ermmm berguna juga caffeine ni.. eheheheh

oklah sudah lebih setengah jam ubat ni di telan..saya punya kepala ada sikit ok.
Nak sambung tido.

Tuesday, November 10, 2009

FB jumpa kawan lama, kisah susah suatu masa dahulu..


Semalam kan dok story mori pasai FB bagai kan... tetiba..ewaahhh tetiba lak. tetiba terjumpa balik ngan kesah-kesah silam beb!!! keajaiban betul...hiks.. tak leh aaa tulis sini..biarlah termaktub dalam lipatan sejarah..ewaaahh.. entry hok itu hari pon.ingat dak masa saya letak lagu-lagu kat sini tu?? kan ader story mori sebalik lagu tu.. hahah gigih pi edit balik entry tu..wakakaka... untuk si dia.. saya dengan ini memohon maaf atas segala apa yang berlaku, dan segala bentuk 'kekejaman' yang saya buat dulu..itu masa kisah kanak-kanak rebena.. kan... peace no war!!! masing-masing kini sudah bahagia dengan keluarga masing-masing.. ewaaahhh..hiks..



Eh di FB juga, ku temui gambo lama pakcik gebu...macam nak berguling gue gelak beb.. tapi dua gambo ni je pak cik gebu approve letak sini, ada satu gambo hok dia rambut ketak beralun, pesen minyak sikat terus ke belakang dia tak kasi letak..cisss kalau yang tu gue letak..kompem korang gelak...



Amacam macho dak?? tengok lengan baju ttuuuu lipat beb..rockkkkk!!!!





ni time depa pi beraya...



sungguh comel kan laki aiii.patutlah akak-akak sekelas dia cakap dia baby face beb..ahaks..katanya comel dari sekolah... cayalah lu darling... meh nak kiss sikit...muaahhssss..



Kat FB pun dah jumpe kawan-kawan sekolah lama dulu dah..ada la dua tiga kerat.. itu pun geng masa form 6, geng sekolah pompuan gue ada gak groupnya, tapi 90% amoi maaaa wa tatak ingat la.. maklumlah masa sekolah pakai nama cina, dah berkerja nama Karen la, Donna la.., Cindy la..mana aku nak tau.. masa sekolah panggil Lim Pei Pei, Tan Mei Ling la.. alih-alih dah kerja nama sudah tukar.. laki gue pun keji, suruh gua letak nama Elizabeth Syafi*** cisssss...koser meks..



~Najmi~

Semalam si abang balik sekolah, dan story, dia dah isi borang masuk Kelab Pencegahan Jenayah, dan pasukan beruniform dia masuk Kadet Remaja (ke kadet ape nama tah) hahah saya suka juga dia masuk kadet tu, biar dia kurus sikit berkawat. Emmm tapi hitam le anak gebu haku nanti..taper la.. janji kacak..



Tapi tetiba saya terkenang le kesah-kesah 23-24 tahun lepas.. masa tu saya sekolah rendah le.. masa tu kehidupan kami cam perit sikit la kan..ye la abah keja drebar JKR je, mak tak kerja, adik beradik 4 orang, berapa sangat le income kan, ingat lagi, suatu hari saya balik sekolah dan bagitau emak nak masuk pengakap, emak cakap tak payah lah, masuk ko kurikulum lain. emak kata kalau masuk pengakap kos tinggi, kena beli baju pengakap, nanti nak beli itu, beli ini, pastu nanti kena pegi khemah bagai, semua nak pakai duit, abah tak cukup duit nak sediakn duit nak beli uniform..sedih sangat masa tu.. so saya cuma masuk PBSM je, sebab PBSM tak payah uniform, just pakai t-shirt putih dan seluar trek kaler hitam. Maka saya jadilah ahli PBSM, bila tengok kawan-kawan pengakap berkumpul, teringin sangat nak masuk kelompok tu, bila depa ada trip pegi camping, sayu je teringin nak ikut, tapi saya sedar, kemampuan orang tua saya.



Masuk sekolah menengah pun sama, saya masih teringin nak masuk pengakap, masuk Pandu Puteri, tapi emak tetap bagi jawapan yang sama, banyak pakai belanja, terbantut lagi hasrat, maka saya masuk PBSM lagi, masa tingkata 4 dan 5 saya masuk Kelab Lukisan dan menjadi kesayangan cikgu lukisan sebab saya rajin melukis, dan jaga bilik lukisan, boleh dikatakan ada je projek melukis kami buat.. pastu cikgu ni baik sangat, dia framekan semua lukisan tu, dan gantung keliling sekolah, kat bilik guru, kat kantin, kat dewan makan, dekat pejabat. Bangga.. Masa lepas SRP, saya bawa balik borang Sekolah Teknik, belum sempat isi pun emak cakap, tak payah lah, mana abah nak cari duit, masuk asrama pakai banyak duit.. sekali lagi saya tengok je borang tu..uhuks..itu sebab masa adik saya dapat sekolah menengah teknik saya usahakan juga cari duit untuk belanja dia masuk asrama cam menyambung cita-cita saya tak kesampaian dulu.



And bila Najmi bagitau dia masuk kadet, saya rasa bertuah bebudak sekarang. Jarang hasrat mereka tak dapat ditunaikan. Tak kesah emak bapak keluarkan duit belanja anak-anak, nak masuk persatuan apa pun emak bapak mampu sediakan keperluan, tengok iklan KFC, MCD kat tv, terus cakap teringin nak makan, petang tu juga, or esok tu emak bapak tunaikan hasrat... saya dulu cakap terus terang, pertama kali makan KFC masa saya sekolah menengah kot, first time makan KFC, dapat duit raya, pegi KFC dengan kawan-kawan, nak order apa pun tak tau, ikut kawan yang tau je, balik rumah sebok cerita kat emak dan adik-adik makan KFC. Adik-adik pun teringin. Tapi ye la, KFC tu mahal, dengan harga KFC tu, abah saya boleh beli stok ikan kembung atau ikan tamban untuk seminggu, makan kami anak beranak.



Ermmm masa dulu nak merasa makan ayam, cam barang mewah la, time ada kenduri, atau time raya dapatlah makan ayam puas-puas. Kalau sesekali abah beli ayam mesti emak akan masak dua kali, sebelah masak dulu... pastu baki simpan peti ais, lagi 2-3 hari mak akan masak lagi sekali, siap-siap bahagikan sorang seketul, seketul siang, seketul malam. Makan pun part ayam tu makan last sekali, sanggup makan nasi kosong dulu, sebab nanti boleh ratah ayam kemudian. Hehehe indahnya kenangan.



Bebudak sekarang bertuah, semua tersedia tinggal depa pilih je... itu pun merungut bukan-bukan..emmmm...

Monday, November 09, 2009

FB vs Blog??


Dear Readers.. Here the email i recieved from 'jenab"

"Pnut saya nak cakap terima kasih pada Pnut kerana berkongsi perasaan saya di blog Pnut, bila saya membaca semua komen yang ada di situ, hati saya lebih yakin dan lebih tenang, kerana ada juga orang yang lebih memahami dari yang tidak memahami. Itulah orang kata, kadang-kadang orang luar yang bukan sedara mara kita lebih memahami kita dari saudara mara sendiri. Saya redha semua ini, kententuan dari Allah. Bersyukur kerana saya tidak keseorangan, terima kasih Pnut, tak tau saya nak cakap macam mana.. terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai kawan Pnut, walaupun kita tak pernah bersua muka, tapi saya ucapkan terima kasih bebanyak kerana Pnut saya anggap macam kawan baik saya dah.

Pnut tolong sampaikan
terima kasih kepada pembaca blog Pnut yang beri komen positif tu, saya baca semuanya, dan saya juga foward blog Pnut pada hubby minta baca juga buat menambah semangat dia. Dalam semua komen tu saya tertarik dengan komen yang mengatakan itu baru dugaan kecil, kalau saya kalah dengan dugaan kecil besar ni macam mana nak hadapi yang lebih besar, membuatkan saya tersedar, bahawa ni sebenarnya dugaan buat saya untuk saya lebih berhati-hati dalam mendidik baby ni, Insya-ALlah saya dan hubby akan berikan didikan agama yang baik untuk bekalan dia nanti. Sekali lagi terima kasih Pnut"
Ok tu je saya letak, ada la lagi panjang, tapi ada yang personal, to tak der la nak letak kat sini.

Cube perhatikan ada tulisan tanda merah tu.. ada 6 ucapan terima kasih.. hiks.. sungguh la dia beriya-iya suruh kita terima kasih dia.. eheheh ok Jenab, kasihmu kami terima.. Moga awak dan suami bahagia..

Oh ya, keputusan hok senyuman ceria si manja tu udah keluar top 20.. sorry beb, alesya tak cukup ceria untuk berada di top 20...hahaha taper...kita masuk pun suka-suka... cube lagi..yeay bebeh, ape lagi peradun meh kabo..kita terjah lagik... semua baby pun ceria dan comel... mmg gambar hok top 20 ceria-ceria belaka...

Facebook Vs Blog
Sekarang ni kan semua orang pun sebok nak FB kan.. Pakcik gebu pun sebok ada FB, maklumlah member dah ada kawan sekolah lama yang dah jumpa-jumpa balik kan..so dia pun sebok la ada FB sebab nak contact kengkawan semua.

Saya ni kalau ikutkan sejarah, dah lama gile register FB, masa mula-mula wujud ada la orang suruh saya create, tapi takat create dan diam je la..pastu lelama ramai lah dok tanya, ada FB, mintak nak add, hahah baru teringat balik, kiranya baru aktif balik le tahun lepas hujung tahun kot rasanya. Bagi orang macam saya, saya tak temui sangat keseronokan ber FB, mungkin sebab saya memang elak diri dari terjebak dengan segala neka game dalam tu, because i know myself la kan, aku boleh hilang akal kalau dah gila main game nanti. Saya berkerja di sini lebih kepada independent. Boss nun jauh di mana, so saya kena manage sendiri segala neka kerja saya. Kalo terjebak kang susah kawal diri, mampus makan gaji buta.. tak sanggup meks makan gaji buta lak nanti. nak bagi anak-anak lak makan nanti. Jadi saya layan FB takat gitu-gitu je la.

Saya tak berapa rajin berFB sebab cam boring lak kan..eheh semua 'muka" page sama je kalo blog ada gak, blog org ni kaler biru, orang tu kaler pink.. ada font camni, camtu.. ada link itu ini...hahah jadi saya masih mencari-cari ape istemewanya FB ni, mungkin saya belum cukup jelajah??? tapi saya moskil ada orang send itu ini.. ntah tak faham??? kekadang rasa cam bebudak pun ye.. send duit la..send makanan la.. wa tak tau ape bendanya?? hahahah jakun kah aku???

Anak-anak buah teman FB siang malam main game je keja. Pastu lawan keji mengeji kengkawan kat wall memasing. Heheh mungkin jiwa saya lebih kepada blog. Maka FB saya biasa-biasa je saya melayan, cuma mungkin update kat FB lagi mudah kerana anytime leh tukar-tukar status dan orang lain alert. Dan lagi keseronokkan ialah bila jumpa kawan-kawan lama.. best.. cuma saya nak cari kawan-kawan sekolah form 1-5 dulu, payah beno sebabnya sekolah saya kan ramai anak cine, so balik-balik amoi jek haku jumpe..bebudak melayu lain tak reti FB ke hape?? tapi untuk geng form 6, saya dah jumpa 2-3 org dah, syiokkkk imbau kenangan lama...

Minggu lepas kot, kat Sinar FM ada cerita bab FB ni... ada sorang lelaki ni call bagitau SY dan Krill yang bini dia punya la gile FB, asyik berkebun je.. pastu kejap-kejap bagi makan ikan.. yang kat laki sendiri tak makan lagi sebab bini sebok bagi makan ikan...hahaha kelakar la.. lawak tu kata dia bini dia dulu tak reti FB bagai, anak-anak yang ajar.. hahaha teringat kawan-kawan sekolah hubby yang geng set IC kepala 69 tu, akak-akak yang saya jumpa group depa tu ada yang anak-anak yang register kan, dan anak-anak ajar emak-emak berYM...heheeh saya kategori muda lagi kalau duduk dalam set tu.. sebab ic saya kepala 75... ermm tak tau nak riak cemana, tapi tetap nak riak juga.. ermm ok riak camni.. "tetiba feeling orang muda. hahahaha kan.... kalau selalu jumpa bebudak geng jurnal depa panggil kak pnut..kak pnut..bile jumpa geng-geng sekolah hubby merasa saya panggil orang lain kakak, dah tu saya lagi advance FB dan blog," ok dak riak camtu?? boleh la asalkan leh riak dari tak riak langsung...

Hahah itu hari sorang blog reader saya tanya email saya, saya kabo email saya senangingat@yahoo.com dia kata wahh senang sungguh nak ingat, saya cuma balas "wellll u know me" tetiba dia balas "chehhhh email pun riak" hahahah mane ada saya riak pun... ahhah sapa tatau sms saya camtu..cube angkat tangan sat....

So bagi korang mane best?? FB ke blog? kalao tader blgo dah tentu FB la best kan?? bagi saya dua-dua pun best, cuma saya kurang layan FB dari blog...

wahhh tak layan konon..tp FB on sepanjang masa..cissss blah la pnut

Sunday, November 08, 2009

Baby Q 17 bulan dah..


Hari ni genap Baby Q 17 bulan atau bahasa kampung 1 tahun 5 bulan. Ermm belum 100% berjalan lagi, boleh la bertatih.. tak berjaya atasi rekod si abang, si abang berjalan pada usia 1 tahun 3 bulan. (Please take note that bebudak ni PREM, so baby Pre-Matured ni mmg delay occay, no worries, delay bab pencapaian fizikal je, mental Alhamdulillah, boleh catch up byk perkara dah Saya tak risau bab dia lambat berjalan, sebab mmg biasa baby prem lambat berjalan.

Jangan ada mulut kak bedah kompang ngata anak gue lembab lambat berjalan, merasa kak bedah kompang nak kena laser 800 harkat lagi. Standard la baby prem kalau umur setahun setengah lambat jalan, mane ko nak samakan dengan bebudak full term. Sebenarnya saya pun suka gak dia lambat berjalan, sebab dok rasalah dia tu baby lagi.. hehehe, nak dukung-dukung, kendong-kendong.. tapi tu pun sekarang member dah pandai menapak sendiri, tak mau dukung dah, nak berjalan dengan kita pimpin tangan dia.

Pencapaian paling hebat dia ialah merajuk dan sentap. Very the anak manja sangat. Kalau kita marah dia serius, dia pun tau, dia pun tunduk dan meleleh air mata, dan terus meraung, terutama kalau pakcik gebu yang marah dia. Lagi la lewwehhh sentap terus. Like si abang dulu, dia juga behave tau.. don't touch mama's stuff..hahaha, cannottttt.. kalau dia baru je lalu dekat barang perhiasan mama yang bersepah tu, mama atau bibik atau babah akan cakap "haaaaapppp, tak boleh, nanti mama buat apa?" nanti dia tepuk-tepuk lengan dia, maksudnya "nanti mama babab tangan" good girl.. maka segala neka perhiasan kristal mama, kaca mama, masih maintain dia meja-meja perhiasan di hall dan ruang makan.

Itu hari ada sorang order cupcakes, dia datang rumah ambik kek, masuk je rumah, dia kata, huii banyaknya perhiasan, kaca lak tu, anak kecik tak kacau ke?? kebetulan masa tu alesya dalam walker, tengah duduk depan tv. Saya cakap, tak, dia tanya apa petua? anak saya jangan harap nak letak perhiasan camni, mau lingkup semua.

ehehe saya nak cerita pun cam kelakar je.. selain petua di atas tu le, babab tangan dia.. Hiks.. masa pregnant, selain amalan sunat baca surah yusuf, mariam dan surah lukman tu, boleh time pregnant tu saya selalu 'bawa anak-anak' (adik dan abang dulu) saya bawa depa ke meja perhiasan tu dan cakap-cakap ngan diaorang, ni barang perhiasa mama, baby nanti dah keluar, jangan usik tau, kalau usik mama babab tangan, nak nak main hanya toys je boleh, selain tu jangan usik.

Hahahah gilo pnut ni, itu dia pesan kat anak dia.. hahah betul tak tipu punya. Eksperimen beb.. ternyata berbaloi-baloiiii bebudak berdua ni cam dengar kata je, depa idak le usik temannya nye 'gajet=gajet' tu. Ajaran ni perturunkan kepada beberapa teman dah, menjadi juga, ada kawan teman anak-anak hero belaka, tapi kata dia ok je, tak usik barang dia pun. Kan acik dah kabo..ilmu acik hebat.. opsss riak lak.. hahah besalah pnut ngan riak-sinonim.

ok tapi part ni saya lupe nak pesan.. jangan kuat merajuk.. hahaha (pasai saya pun kuat merajuk..hiks..)

ni awek ni merajuk tau... sebabnya saya lambat buatkan dia susu, pastu terus sentap, satu peel dia, kalau merajuk suka ambil kain apa-apa tutup muka. kita panggil pun buat dek je... ni sebenarnya dia merajuk, bukan dia tido.. hehehe sempat emak dia ambil gambar dulu, kan nak pujuk anak dulu..hahaha.. kalau babah dia tengok ni mesti marah, sebab tak cepat pujuk anak dia..hiks..

Hok ni pun teman lupe nak pesan jangan selongkar beg mama, so amatlah peberet dia selongkar isi beg RM10 mama dia ni.. Betoi saya pegi opis bawa henbeg RM10 sajork, berbaloi-baloi..

eh cerita bab henbeg kan, boringla, saya ada beli beg berjenama kononnya kat Parkson, tak sampai setahun dah cam lunyai material separa kulit tu, pecah-pecah, buruk beno gayanya.. beg ni saya beli RM10 kat paso malam Sg. Layar, Sungai Petani, kalo beli dua dia kasi RM19 jek, walaupun paso malam, tapi berbaloi sangat rasanya, dah dekat setahun elok je, even jahitan pun kuat, walau ku sumbat segala neka barang tu, cemana siam leh hasilkan beg berkualiti dengan harga RM10 nih?? (standardlah kat kedah brg siam bersepah) series... mmg puas hati gile, dulu ingat beg ni ala pakai buang, 2-3 bulan pakai, leh buang, sekali kualiti elok lak, material tak pecah-pecah pun, masih lawo..

Nampak tu payung pun teman boh dalam beg tu..

kalau pegi jalan kejap-kejap botol susu pun masuk, pampers sekeping pun on je masuk dalam tu.. tuala kecik satu. Ni punggah memunggah berlaku.. tak peduli pun emak dia sebagai blogger tegar dok amek gambo dia, pandang kamera pun idak.

Budak kecik ni memacam nama dia saya panggil kekadang, krisis identiti lama-lama, nama biasa adik la.. kekadang panggil Alesya, kekadang panggil Sara, kekadang panggil ting-ting (sbb sambut dia kerinting) kekadang panggil Lica, kekadang panggil mucuk... hahaha confuse budak ni..

Apa pun dik, mama, babah, dan abang sayangggg adik sangat.. muaahsss kat adik.. Moga bulan ni adik buktikan adik boleh berjalan sendiri tanpa sokongan tau... ellleeehhh dik mama tau auta adik..kekadang adik tak sedar, adik dah berjalan sendiri lebih 5-6 tapak, tapi tetiba adik sedar takder orang pegang adik, adik leh berhenti dan menangis minta orang pegang, takut jatuh le tu.. hahha auta je tu..

Eh ingat dak hari tu kami pegi MASKARA, paper BH hari ni ruangan HIP pg14 ada berita itu tau, dan paling tak sangka ada lak muke hero gua kat situ.. ape kes ada pic dia sebagai penonton kat situ?? ingat best sangat ke muka masuk paper tu.. (kes dengki laki sendiri) elleeeh takder best pon.. ermm jap fikir camner nak riak.. sambil tu korang baca dan tengok pic pakcik gebu besar kuku je dalam paper tu...
tengok sini meh..
oh ya dapat ilham nak riak camner..

Elleeehh babah mama dah pernah masuk paper BH, ada pic individu lagi, jadi panel forum cakap pasal blog lagik, pastu dah masuk majalah Nur lagi, ada cerita sendiri half page, pastu dah pernah kena interview ngan DJ radio cerita pasal blog lagi.. Tahun lepas masuk paper sinar harian.. ape heran takat muka masuk majalah nampak muke besar kuku jari kelingking je tu??? hahahahah riak..riak..riak...

lalalalalallaa phewwwwwww.... :-"

Thursday, November 05, 2009

Berdosakah anak tidak sah taraf itu??


Saya kan tak pernah terfikir, menulis blog ni, kemudian ada yang baca dan saya dapat kawan-kawan baru yang kemudiannya menjadikan saya tempat meluahkan isi hati. Saya tak kenal orang itu dan orang itu juga tak kenal saya. Erkk maksudnya mungkin dia 'kenal' saya melalui blog, dan saya pulak memang tak kenal orang itu. Cuma 'berkenalan' bila beremailan sahaja.

Ada dua cerita agak sedih singgah ke email saya sejak minggu lepas, dan kami berbalas email. Satu kita 'Puan S' yang melahirkan baby kembar tak cukup bulan, seorang meninggal (nanti saya cerita lanjut, belum dapat izin Puan S nak cerita, jadi saya KIV dulu)

Satu lagi email dari seorang teman, saya letak nama ermm nama ape ek... letak nama Jenab la senang sikit. Jenab mulanya email saya sekadar minta sokongan dan petua-petua nak banyakkan susu badan.. dan kemudian email berikutnya dia cerita dengan lengkap, bahawa dia sebenarnya dalam usaha dengan bantuan teknologi untuk menyusukan anak angkat dia. Jenab dah kawen 10 tahun takder zuriat, dan akhirnya dia decide nak ambil anak angkat. Suaminya agak keberatan, tapi setelah pujuk memujuk, akhirnya suami dia setuju, malah sekarang mereka gembira dengan baby girl tu.

Cumanya sedih katanya bila family seolah-olah tak boleh terima dan buruk sangka. Aduhaiii sedih saya baca, di zaman moden ni ada juga tanggapan kolot manusia kan. Katanya baby dia tu dia ambil dengan berdaftar di Kebajikan Masyarakat, dah tunggu hampir setahun baru ada peluang. Baby tu ialah anak kepada seorang warga Indonesia yang hamil dan tak mau baby tu kerana dia nak balik Indonesia (pepaham le kenapa ek) walaupun dia rahsiakan sejarah baby tu, tetapi akhirnya family tu tau juga, bapak dan emak dia marah sangat kerana ambil anak dari keturunan macam tu, mertua dia juga kecil hati kerana tidak berbincang dahulu, dan sebolehnya mereka kata kalau betul nak ambil anak angkat, usaha cari 'yang elok sikit'.

Menitik air mata saya baca tau..sedih sangat kenangkan nasib baby tak berdosa tu. Kata Jenab bila bawa baby balik rumah mertua dia, mertua dia endah tak endah je..tengok-tengok gitu je.. dukung pun cam ambil syarat je, selebihnya mertua dia pura-pura sibuk memasak, mengemas. Emak dia sendiri pun macam tu juga, setakat pegang-pegang ambil syarat. Tetapi mak dia dok ulang sebut tu le, "anak ko ni kena jaga bebetul, dah emak kandung dia macam tu, esok-esok dah darah daging jenis macam ni, tak mustahil anak boleh jadi juga, berat ni" dah tu bila orang datang rumah bertanya baby siapa, selamba je emak dia kata "anak angkat Jenab, tak tau anak sapa la dia pi ambil buat anak angkat, aku tak tau, sedar-sedar nak kendong bawa balik" Ishkkk mak dara sungguh aiiiihh macam dalam pilem je gue rasa beb!!

Kata Jenab lagi, bila dah situasi begitu, suami dia pulak sudah berbelah bahagi, terasa beban berat nak besarkan anak tu, dan mula goyah, takut tak mampu beri didikan sempurna kat anak itu. Sampai satu tahap suami dia minta pulangkan balik. Menangis-nangis Jenab tak mau pulangkan. Last-last depa suami isteri masam muka. Tetapi suaminya bijak sikit, dalam diam-diam suaminya berjumpa ustaz dan berbincang, selepas berbincang dengan ustaz baru suami dia ok, dan redha, mungkin itu ketentuan Allah, dia beri anak itu sebagai utusan dan amanah untuk dia pelihara, sejarah anak itu bukan salah dia, yang penting dia dan Jenab kena berusaha jadi ibu bapa yang terbaik.

Jenab usaha nak susukan baby tu, dia ambil ubat untuk keluarkan susu, pinjam breast pump kawan, dan baca semua artikel diinternet sebagai rujukan, ada keluar susu, tapi cair, sedikit sangat. Itu pun kaka ipar dia macam sinis, tanpa sedar menyinggung perasaan dia, kata kak ipar dia, "kalau tak mengandung mana bulih nak keluar susu, kalau ada pun tak macam susu," aduuuhhh macam belati menikam jiwa je. Kenapa manusia ni tak boleh cuba memahami niat orang orang lain? Susah ke??

Bagi saya, sepatutnya bila ada kisah begini, manusia jenis mulut longkang ni, patut cermin diri sendiri, belajar bersyukur dengan apa mereka ada, Allah beri kesempatan mereka hamil, melahirkan anak, menyusukan anak sendiri, kenapa mereka mengata orang yang Allah tak beri kesempatan begitu ek?? Orang macam ni kalau saya..memang saya tak bagi muka, saya terus laser 800 harkat. ko ingat ko saper nak hina orang lain?? Anak yang ko ada tu pun Allah bagi pinjam je, kalau nak gah sangat, tak mustahil kalau Allah nak ambil balik, bila-bila masa je dia boleh tarik. Bodoh tahap tenuk. Perlekehkan orang tak der anak, dan perlekehkan usaha orang ada anak angkat. meh sini nak sekeh... Sorry la saya memang emo. Tekanan beb!!

Saya sendiri pun pernah juga orang sinis-sinis bila saya cakap cukuplah anak saya dua, saya takut dah nak pregnant.. orang tu cakap..huii cukup ke dua?? tumpang muda ni elok beranak lagi, anak ramai seronok. ko pulak tak nak beranak dah. Ape lagi... meks pakai crown terus jadi ratu sentap.. laser la.. kataku

"kak bedah kompang.. kalau saya kata esok saya nak pregnant, terus jadi, ok lah, dah tu kalau saya pregnant, sihat sejahtera tak per la, akak pernah tau ke masa anak sulung saya jadi penghuni wad sebulan??? keluar masuk ICU sebab tekanan darah tinggi saya sangat kronik?? kena cucuk sana sini, kena duduk atas katil berhari-hari tak mandi, makan minum berak kencing semua atas katil, dengan wayar cucuk sana sini?? kak bedah pernah ke lalui?? Kak Bedah pernah lalui ke pregnant kena penyakit kebas badan?? sakitnya bukan macam kebas biasa, dia punya kebas sampai pegang sudu pun boleh jatuh?? ko tau dak kak bedah, sakit??? Kak Bedah pernah ada anak duk NICU?? pernah tengok anak kak Bedah tiba-tiba biru tak bernafas?? pernah anak Kak Bedah pucat?? sampai kena cucuk masuk darah segar?? Kalau tak pernah, tak payah cakap kak bedah, bersyukur la kak Bedah tak lalui semua tu" geram tau.

Maka Kak Bedah pun sentap juga.. pastu Kak Bedah ni dengan slow cakap, "itulah habuan orang mengandung ni tak sama, bahagian masing-masing, ada senang je mengandung, beranak pun senang, ada yang susah, sakit berhari-hari pun ada, dugaan masing-masing" wahhh itu ayat sudah tukar la... sikit lagi kalau kak Bedah salah ayat, kena karate ngan gua time tu jugak, mujur dia insaf sikit lepas kena laser ngan meks.

Okeh balik kesah Jenab.. Saya harap Jenab tabah, dan berjaya mendidik anak dia dengan baik.. Jenab, awak jangan runsing, yakin pada diri sendiri, yakinkan suami awak ye.. Saya dan kawan-kawan lain doakan awak.. Amalkan surah Ar-Rahman banyak-banyak ke atas baby awak dan awak sendiri, moga orang dekat dia jatuh sayang pada dia.. Amalkan ek..surah Ar-Rahman tu boleh jadi penyejuk orang yang tak suka kita.. Awak kena tabah, biar pun dugaan ini hebat.. Saya tau awak tak jangka langsung perkara ini berlaku kan, kerana family awak sebelum ini ok. Tapi benda dah jadi..Insya-Allah makin cerdik anak awak, makin ramai orang sayang dia nanti.. Bertuah awak kerana terpilih menjadi ibu kepada baby malang itu.

Kawan-kawan.. kalau ada orang ambil anak angkat, tolong beri sokongan padu ye.. Jangan negatif.. Selalu ingat dan tanam dalam diri, tak semua orang ada peluang jadi ibu dan bapa, jadi kita yang diberi peluang bersyukur. Dan bila dengar ada orang nasibnya tak sama macam kita, kita jangan perlekehkan, ape kata kita doakan dia juga akan diberi peluang macam kita juga nanti. tak salah kan... uhuhhu saya emo la hari ni... tak tau nak kata apa lagi dah... :-(

Wednesday, November 04, 2009

Patutkah kita curiga dengan anak sendiri???


Semalam si abang balik sekolah, dia cerita ada kawan dia bawa duit ke sekolah sampai 4 ratus. Dia kata sorang budak pompuan ni tunjuk kat kawan dia, dia ada duit beratus-ratus.. kawan dia pulak pi cakap kat cikgu, cikgu dan cikgu disiplin datang siasat, tanya dia, kata dia dia ambil duit ayah dia, cikgu tanya macam mana ambik, kata dia ambil sikit-sikit, kadang-kadang ambik 20, kadang-kadang ambil 30, kadang-kadang ambil 50. dia kumpul-kumpul sampai dah jadi 400, huwaaa takotnya alahai mendengarnya, mungkin istilah mencuri belum sesuai nak digunakan bagi budak umur 8 tahun, mungkin dia ambil sebab dia rasa itu duit bapa dia, apa salahnya dia ambil, dan bapaknya pulak jenis tak kira duit berapa apa, balik kerja main letak le duit kat memana, anak lak ambil bapak tak sedar.

Cikgu tanya dia nak buat apa duit banyak-banyak, kata dia nanti nak beli mainan. Sudahnya cikgu call bapaknya datang ke sekolah, dan terkejut le bapaknya. Aduhh.. macam dijangka bapak dia pun tak tau anak dia ada duit camtu. Cikgu kata bukan apa, takut nanti kawan-kawan dia kat sekolah pulak dok ambil duit-duit tu. Macam-macam hal.. seriau dengar.. moga bapak budak tu boleh terangkan dengan baik perbuatan anak dia tu salah..risau teman dengan semua gejala ni.

Setakat ni si abang ni memang tak berani sangat bab-bab ambil barang orang, pak dia garang oooo omaknya pun takot kalau paknya naik hangin.. kalau pak dia naik hangin, mak dia terus duk dendiam dalam bilik, takut kang mak dia yang nangis nengok anak kena marah. (hiks.. betoi..tak sampai hati tengok anak kena marah ngan pak dia, tapi kenalah redha sebab untuk mengajar anak, kang dah sejuk-sejuk pandai le pak dia usung anak dia pegi menebeng kat kedai mamak talk man to man, depa keluar dua orang je do woman occay..)<-- oh ini saatnya saya jatuh chenta dengan pakcik gebu ni, dia boleh jadi bapak yang garang macam hitler, tapi on the other side dia boleh jadi best friend pada anak bujang dia... and biasanya lepas abeh sessi depa berdua menebeng pak dia akan dapat isi-isi penting luahan hati anak bujang dia.

Cam contoh, nanti pak dia kabo kat saya, cam luahan hati dia ape dia rasa bila dia kena marah, dah tu dia rasa kecik ati bila saya selalu menangkan adik dia, seolah-olah adik semua boleh buat, dia semua salah. Uhuhu nama pun budak, kenalah terima luahan hati dia. Jadi sekarang kena balance-balance nak marah dia, marah dan puji kena sama banyak la nampaknya. Tak marah pun tak boleh juga, this boy aaa tell uuu make my blood go upstairs occay. Terutamanya part mengusik adik, adoii tak tahan, kekadang dia sakat adik dia sampai menangis meraung budak tu. Gue pulak mulalah nak naik hangin.

Selalu dia suka kacau adik dia kerana adik dia ni suke beno ambik harta si abang, dia bukak almari abang, ambik baju, seluar abang, pastu kalau kita nak ambil semula tobat dah dia nak bagi, si abang selalu sakat, dengan kejam ambil semula baju dia dari tangan adik, jadi apa lagi, meraunglah adik, siap jerit-jerit, lagi adik dia jerit ladi is abang terlompat-lompat suka agah-agah kasi seluar tu pastu dia tarik balik seluar tu dan lari-lari biar adik dia kejar.. mane aku tak bengang??? notti ke main, adik pulak kuat merajuk dan sentap..sikit-sikit nangis..sikit nanges, siap jerit-jerit.. ayoooo tensi gue... sekali gue larang tak jalan, dua kali tak jalan, 3 kali gue jerit baru dia berhenti menyakat.

Pada pendapat kalian lah kan??? Perlukah kita curiga dengan anak sendiri, contohnya kalau dia bawa balik sesuautu permainan tu, patutkah kita soal siasat sedalam-dalamnya mengenai mainan tu? contohnya kalau dia kata, ni kawan dia kasi pinjam,perlu ke kita tanya kawan dia, betul ke kasi pinjam? emak tau tak kasi anak kita pinjam? atau kita belajar percayakan anak sendiri? saya kekadang over juga siasat kebenaran ni, contoh kalau si abang bawa balik mainan yang bukan mainan dia, dia kata si polan A kasi pinjam, nanti saya mesti tanya si polan A betul ke kasi Najmi pinjam?? pastu bila betul,si abang lak kata, "mama ni suka tak percaya kite cakap, tak percayakan anak sendiri," aduhh bingung den dengan anak makin besar dan pandai menjawab.
**************************************************************

Saya baru terima call dari one friends, dia lelaki saya tergamam, baru je saya cakap hello, saya dengar suara dia sebak, bila saya tanya kenapa, dengar esakan, oh lelaki itu menangis.. Dia macam saya, menanti kehadiran anak kedua bertahun-tahun, and selepas saya lahirkan Alesya, wife dia pulak hamil. And now anak dia baru 2 bulan, and dia call tadi bagitau anak dia hari tu sesak nafas dan masuk SJMC, and sekarang dipindahkan ke Hospital Serdang, and on medication and investigation kemungkinan besar anak dia mengidap Talasemia. Oh saya juga sebak..tetapi saya tahan agar dia tidak menambah emosi sedih dia. Bro!! moga kau tabah..Insya-ALlah, your baby will be ok.. Saya doakan.. moga berita itu tidak benar.

*Nota hari ini :-
Hunting for Talasemia info...

Tuesday, November 03, 2009

Cek Pertama Nuffnang & kelas cupcakes 31 Okt.


Ingat saya kabo hari Isnin itu hari gatal-gatal, miang-miang termasuk tapak tangan kan?? hiks.. kiranya ada kebetulan yang tepat untuk kata orang-orang tua apa yang dikatakan kalau gatal belah kanan nak masuk rezeki.. eh betul.. miang dan gatal memang betul-betul, bukan cobaan. Gatal sungguh, doktor dah bagi ubat dah, tapi dok gatal gak lagi.. dasar perempuan gatal betul..

Ok, kegatalan ini didominasi belah kanan lebih, baik kaki atau tangan, menjadi-jadi merah-merah dan bintil-bintil tu keluar, pedih bila kena air, ada ke pawang atau bomoh gatal ek?? leh berobat ke?? ni kalau kat kampung ni emak sure dah minta air penawar dah, first option pi klinik, pastu kalau tak lega, dia pi cari air penawar, pastu nanti tempek ngan bedak sejuk, pastu dengan izin Allah, cam megik, gatal-gatal hilang.

Ehhh cerita bab gatal je dah dua perenggan, biasa le kan..bukan kome tak biase ngan temannya peel kan..

Ok nak kabo le kan..mungkin betul gak teori gatal tapak tangan kanan tu nak dpt rezeki, semalam saya balik rumah lambat sikit, darling sampai dulu kat rumah, saya lambat sebab jelajah kedai-kedai buku kat bangi, carikan buku teks sekolah anak bertuah saya tu, dia hilangkan dua buku teks, jadi kami kena ganti, sekolah tak mau duit. eh ok..ok..cerita bab buku teks pulak.. ok bile teman masuk je ghumah teman, laki teman hok gebu kabo teman, Ada surat, Nuffnang, cek kot.. hahaha acik suruh le pakcik gebu tu bukak, dan ya..ternyata betoi.. tu le cek Nuffnang teman hok teman gigih buat advertising MEAD JOHNSON itu hari kan? Ado lagi satu, bulan depan baru depa bayo. Memang la amount bukan riban-riban cam blogger popular, tapi boleh le, takat acik nak beli bra dan seluar dalam baru lepas dah tu, malah leh belanja lagi pakcik gebu beli seluar dalam baru kalo dia nak..hahaha.

Inilah hasil usaha teman ber-blog

Erkkk ni namanya nak menunjuk tapi tak berapa nak tunjuk.. atau dalam istilah lain.. nak riak, tapi dengan cara merendah diri, kira riak dalam iman le kekdahnya.. Riak cara sopan namanya. Tolong jangan ikut, biarlah perangai buruk ni berakhir di blog ni saja, jangan berjangkit ke blog orang lain. Saya pun sebenarnya jangkit dan kenan penyakit riak ni dari Mat Jan, dia Pengerusi Persatuan Riak Malaysia, tapi dia dah letak jawatan, saya lak ambil alih sebagai Pengerusi Sementara.

Ermmm thanks to Nuffnang, walaupun saya saya je menjadi Nuffnangers, baru beberapa bulan, tapi udah ada rezekinya.. So Nicholas sir, if any advert coming, roger me occay.. thanks again.

Ok udah le cerita eksen melampau tu kan...

ni nak tunjuk pic anak murid teman yang datang belajar buat cupcakes Sabtu lepas. Seronok jadi cikgu kepada mereka ini, enjoy je gelak, gelak ketawa huha..huhaa.. eheheh time kasih semua..



Inilah hasil yang mereka buat.. Arniza biasa juga buat cupcakes, tapi baru-baru juga, yang berdua ni Saniyah dan Nor first time belajar. Tapi hasilnya not bad, macam dah pro je..eheeh, so kepada yang berminat sila sms saya kalau nak chup tempat, next kelas maybe disember, tarikh tak tau lagi bila, tp kalau minat, sms, once saya dah confirm tarikh u all orang pertama i'll inform.


Anak murid gua ni, mula-mula cikgu ajar, dah depa terrer, memacam depa try buat, lagi lawa dari cikgu ajar..lawan tokei ni...

Ok, inilah anak murid saya itu hari dengan hasil kerja mereka..

suami Arniza tu hebat betul, minat dia dengan baking, and bersungguh-sungguh berlatih deco cake, bertuah ko niza oiii ada cik abe kreatif.. boleh sama-sama membantu.. Moga dapat banyak tempahan..so kengkawan, kalau duk area Kepong, boleh contact Niza kalo nak order cupcakes, tinggal je pesan kat sini, kang niza roger u all (wahh pepandai je aku..)

Ok.. next kelas 14hb November ni, sapo dah confirm tu jumpe la kita nanti..ahaks..

Eh saya ada berbalas email dengan seorang pembaca blog ni mengenai kisah dia lahirkan baby kembar tak cukup bulan, sedih gak kisahnya, nanti kalau dia izinkan saya letak story kat sini buat kongsi-kongsi luahan rasa dengan u all. Moga dia pun dapat kekuatan dari u all, sebagaimana kisah si Aminah (bukan nama sebenar) yang meluahkan tekanan dia belum ada jodoh, dan berbadan besar, pagi-pagi tadi Aminah dah sms saya, kata dia baca dah semua komen kat sini, dan dia rasa happy bila ada orang concern dengan apa dia rasa, and dia kata thanks sebab memahami. Saya pun happy dapat meredakan perasaan dia.

*Nota hari ini
Kadangkala bila seseorang meluahkan sesuatu masalah kepada kita, dia tak berharap kita dapat menyelesaikan masalah itu, cuma dia harapkan kita mengerti dan memahami malah sudi bercerita bersama-sama, itu sudah cukup meredakan jiwa.

Monday, November 02, 2009

Sebab Aku Kacak Sangat!!


Korang tak pi MASKARA kan.. taper, ni salah satu video diaorang tunjuk, dari Alif Kacak.. kota ada yang berkenan nak baut laki ke..nak buat menantu ke... tp sorry kalau dia dah berpunya.. Alif akak boh sini, kira halal la ek..

Gila kreatif.. acik suke..acik suke. Ginilah otak saya suatu ketika dahulu, gila-gila dan sempoi, sekarang dah anak dua, acik maintain ayu... ermm harap Najmi boleh warisi menyambung cita-cita emaknya yang terbengkalai.. acik dulu cita-cita nak masuk line broadcast beb.. mintak mass comm tak dapat, keji Prof Razak (Pipiyapong kata Prof Razak yang buat filem guna kaki) yang interview akak masa nak masuk Mass Comm dulu, Prof ni reject acik sebab acik gemuk, kata dia nanti tak leh bagi performance cemerlang.. ermm boleh dak letak ayat makian kat sini?? ermm tak boleh kan? ni blog emak budak, bukan blog budak umur 17 tahun. Jadi saya maki dalam hati je la..

Eh ok, acik sebenarnya nak kasi tengok ini video je, apesal merapu entah kemana.. Maafkan makcik anak-anak..Jadi sile tonton, saya sukak gila lagu aku kacak tu.. terngiang-ngiang kat telinga. Alif ko tolong MP3 kan, leh jadi ring tone beb..


Saya ada Cik Crab sekarang, Encik Crab ialah watak dalam kartun spongebob kan? tapi kat umah kami ada cik Crab sekarang, wah wa ingat itu baby q tak merangkak, sekali jangkaan wa silap beb..dia merangkak beb.. wa tak runsing, dia baby prem, baby prem memang agak lambat untuk merangkak dan berjalan. eheh sikit hari lagi jenuh kami kepung dia berjalan pulak, sekarang menjadi cik crab, ke sana sini dia merangkak, wa tatak senang mau bertenet ooo..

ni cik crab ni saya sanggulkan dan sepit-sepit.. (makan hati le ko cik enon nengok aku sepit rambut anak aku pulak?? kali cam anak ape lak ko nak kata??)

hiks.. rimas nengok rambut dia kerinting, saya sepit-sepitkan..

CIk crab sedang merangkak..

apelah dia nak cari celah langsir tu..

Ape ko cari minah kecik???

susah beno nak amek pic sanggul mak minah ni..eheheh

Inikan, kitaorg suruh dia berjalan dengan bantuan kerusi ni.. dah letih tau nak pegang tangan dia berjalan ke hulu ke hilir, penakut, dia boleh jalan tapi takut nak lepaskan tangan orang...nak pegang, jadi kami dah penat, tetiba timbul ilham ni, suruh dia tolak dengan bantuan kerusi ni..

meueheheh cute, dan dia suke la sangat..

Tamat cerita baby Q

Ermm saya ada satu cerita nak kongsi.. saya ada beremailan dengan seseorang baru-baru ni, kawan ni pembaca blog saya la, and dia email kat saya kesan dari tulisan saya yang entry kenapa takut gemuk? dia kata dia seorang berbadan chubby, and sekarang usia dia 30 tahun, masih belum kahwin, apatah kahwin, boifren pun belum ada. Kata dia sedih, kerana kalau ikut kekuatan dia, dia tak koman, belajar sampai universiti, ada kerja bagus, penampilan, idak le buruk beno kata dia pastu dia pun rajin ke dapur, masak memang hobi dia, tetapi kenapa lelaki tak pandang dia?? ada kawan dia kupas bawang pun tak berapa pass, manja meleweh kejap-kejap nak pegi sana sini nak bf hantar.. tapi ada boifren, dia kata nak kata kawan dia cun malatops biasa je, cuma body kurus je la..

Erkk saya tiada jawapan untuk itu. Mungkin bagi lelaki biarlah tak lawa pun takper, janji aku dapat awek kurus.. hahah entah, saya pun memang chubby dari dulu, dan dapat boifren pun chubby juga, mujur la nak gak dia amek saya buat bini, kalo dak mungkin sekarang pun saya masih solo dak. Ada lelaki dia tak pandang fizikal, tetapi dia cari seorang perempuan yang dia betul nak jadikan isteri, dan ibu kepada anak-anak dia. Bagi dia kecantikan tu satu bonus je la.. Tetapi kalau dia jumpa perempuan tak cantik, tembam, tetapi mempunyai ciri-ciri dia suka, mungkin dia akan tertarik. Saya tak tau, itu teori saya. Mungkin juga lelaki ni ego, dia tak suka perempuan berisi sebab dia malu nanti kawan-kawan dia ejek, sedara mara ejek, dsbnya.

Cuma saya nak pesan kepada awek-awek chubby, jangan selalu rasa rendah diri. Jangan biarkan emosi rendah diri menguasai semua kelebihan awak. Kalau belum ada jodoh, redha je, bukan awak sorang je, ramai lagi awek malatops luar sana pun belum ada jodoh. Cube tengok Ella si artis tu.. dari muda dia cun, manja leleh-leleh, tapi belum ada jodoh gak lagi.. Kita tak tau perancangan Allah untuk kita. So keep it cool, banyak benda menarik boleh buat, kumpul duit, cukup duit bawak emak dan adik-adik pegi berjalan ke... beli kereta.. Selalu ingat, walau kita tak der suami/bf, tetapi kita ada family yang membahagiakan kita, jangan lupekan mereka.

Jangan stress, nanti nampak tua. Mungkin kaum lelaki ada persepsi mereka sendiri. I dunno...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino