Tuesday, October 17, 2006

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA


Aku suka kedua-dua kad ni... So aci dak letak dua-dua kat sini...hehehhe


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Cerita Najmi

Tadi lepas berbuka, mama dan babah kalut nak solat maghrib, tiba-tiba dia jerit-jerit dari tingkat bawah berlari naik ke tingkat atas. Aku pun cuak jugak, dah le budak tu demam, naik atas di tekup mulut dia, kemudian dia takut dia ckp gigi dia goyang, gigi nak patah... hahahah aku pun gelak, rupanya anak bujang aku dah nak tanggal dah gigi susu. Tiba-tiba aku pulak teruja dan seronok anak dah makin besar, dan mula nak tanggal gigi susu.

Aku excited, dok cakap kat dia "anak mama dah besar, nanti hensem tau, bila gigi ni tanggal, nanti dia tumbuh gigi baru, cantik macam gigi mama," psiko beb!! dia pun sengih2. Aku tak berani nak cabut gigi tu, aku suruh dia tunggu babah abeh solat. Kami pi tunggu dalam bilik babah solat, tiba-tiba dia tunjuk seluar dia kotak betul-betul kat 'bird' heheheh siap 'bird' terjengol keluar...hahahah aku dan dia gelak-gelak, tiba-tiba orang tu lps bagi salam pun gelak jugak..ehhehehe

Then bermulalah sessi mencabut gigi yang longgar. Mujur dia tak meragam sangat, cuma dia rasa seriau-seriau je... Lepas dah sabut, kami gelakkan dia..dia pun gelak-gelak, peh tu dia pegi kumur, aku basahkan kapas dan suruh dia kepit kat celah gigi tu...heheheh dah rongak dah gigi anak aku. Tapi masih hensem la, sebab yang dah tanggal tu gigi bawah.

Malam ni dua hero tu kuasai tv. Boring betul layan cerita orang lelaki. Baik aku update blog...

ok ni last enrty sebelum raya... Jumpa lagi selepas raya, kami akan balik hari Khamis ni InsyaAllah...

Sunday, October 15, 2006

Gotong royong masak bubur lambuk


Hari minggu yang penat, Hari Sabtu buat kuih raya, dapat dua jenis.
Malam tu keluar buka puasa ngan kawan-kawan blogger.

Ahad, kawasan kejiranan kami adakan gotong royong memasak bubur lambuk. Kami pun join, berpeluh-peluh darling mengacau bubur lambuk. Actually this is anjuran penduduk Camelot, iaitu kawasan perumahan depan rumah kami. Kami duduk kaurters gomen ni, tapi diaorg penduduk tetap sebab diaorang beli. Penduduk di kejiranan ni aktif. Malam merdeka yang lalu diaorang anjurkan gathering merdeka, port luck berkelah, then konvoi keliling Putrajaya.

So sempena bulan puasa, mereka anjurkan program ni, dan jemput kejiranan sekitar join the activity, kami pun join. So this is entry bergambar je la, malas mengarang.

Opss sebelum tu, langsir yang tak matching hari tu dah bertukar, sebab langsir dah matching dah siap...tadaaa ni gambar langsir yang dah matching

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
dekat sikit, see baru kena warna dan coraknya..mmg saja tak nak beli sama betul-betul body langsir dan kepala langsir.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sabtu-bukak posa dengan bebudak geng jurnal kat Alamanda


GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBUK (AHAD 15/10/2006)

Photobucket - Video and Image Hosting
Kaum Ibu menghiris bawang, daun-daun untuk bubur lambuk


Photobucket - Video and Image Hosting
Kaum bapa, potong carrot, dan ape yek, ayam-ayam kot..


Photobucket - Video and Image Hosting
berpeluh-peluh darling i mengacau bubur lambuk,


Photobucket - Video and Image Hosting
anyam ketupat untuk hiasan.


Photobucket - Video and Image Hosting
bubur dah siap masak... elok je masak, hujan pun turun.

Kira seronok jugak, sesekali buat aktiviti kejiranan begini, lepas ni tunggu jamuan raya pulak.. Hero kecik demam, so mood kurang elok sikit la. Tapi dia main-main jugak kat taman permainan situ, so berpeluh la jugak.

Macam mana weekend anda?? shopping raya?? skrang mana-mana pun sesak...boring betul, mujur kami dah setelkan semua awal-awal...

oklah selamat menghabiskan ramadhan anda...

Tuesday, October 10, 2006

Salah guna kepintaran


Korang baca tak BERITA INI kata dalam paper hari ni? Aku sendiri dua tiga minggu lepas ada terima email kononnya dari public bank, memang siap dengan email rasmi public bank lagi. Emailkan pada aku menyuruh aku kemas kini akaun.

Aku dah syak mesti menipu ni, sebab aku tak pernah ada akaun public bank,dan aku tak pernah guna email yang itu untuk urusan bank. Tapi buat dek je la, aku terus delete email tu. Ingat nak jugak call Public Bank maklumkan tapi...heheh dah memandangkan aku memang tak der akaun kat situ, aku abaikan. Tapi bila baca paper hari ni aku terasa aku bukan rakyat yang prihatin dan tidak menunaikan tanggungjawab sosial aku, kalau lah hari tu aku terus call Public Bank, dan buat laporan polis ke, sure tak ramai jadi mangsa penipuan ni, dan mungkin akan terbongkar awal kes penipuan ini.

Korang ade dapat email tu? Tapi aku heran jugak dengan sistem I.T Public Bank, mudah benar kena ceroboh. Pakai sistem cap ayam ke?? Kesian mangsa-mangsa yang mudah percaya pada benda-benda gini. Tak pasal-pasal duit dari akaun mereka dipindahkan. So korang berhati-hati lah, jangan mudah melatah kalau dapat email bukan-bukan yang minta nombor akaun ke apa.

Dah dekat nak raya, mood kerja pun macam menurun je, heheheh ingat nak balik kampung beraya je, kalau dulu masa bujang-bujang aku tak kisah sangat bab beraya, malah masa kau kat uitm dulu, tak der baju raya pun tarak hal, aku raya pakai baju biasa aku pakai pegi kelas je, selain faktor tak nak membebankan mak abah beli baju raya, aku bukan nak ke mana pun masa beraya. Tapi bila dah kawin, ada anak, ada suami, ada dua keluarga, dan darling pulak dari family yang besar dan sedara mara yang ramai, aku sediakan jugak 2-3 pasang baju raya untuk diri sendiri.

Biasanya memang kami anak beranak akan pakai sedondonla hari raya tu. Untuk hero kecik, memandangkan dia belum ada adik-adik lagi, jadi merasalah si abang ni pakai baju 'meriah' sikit. Lagi pun dia dah pandai memilih, macam hari tu kami beli kasut kat SOGO, amboi taste, kasut nak camni, hendak camtu. Seluar pun dia pilih nak macam mana. Heheheh tapi pilih punya pilih, dia suka kasut yang murah je, tak sampai RM39.90 je. Legaaa sebab mula-mula dia dia pegang semua kasut lebih 60 ringgit. Hehehe bukan apa, budak ni cepat beno membesar, kasut raya tahun lepas tu mmg dah sendat sangat. Padahal masih elok lagi, untung nanti cousin dia la, dapat kasut masih elok lagi. Seluar-seluar pun sama, masih nampak elok lagi, tapi dah tak muat.

Semalam masa nak tidur, dua hero aku masuk bilik tidur dulu, hero kecik tido kat katil dia la, my katil mate landing atas katil, aku kat bawah lagi setelkan tengah layan drama Cinta Madinah, abeh drama baru aku naik, masa kat tangga aku dengar dua hero dok menyanyi lagu negaraku, aku diam-diam amik hp dan rakam suara diaorg nyanyi-nyanyi. masuk dlm bilik pun aku diam-diam je letak hp kat atas katil, dah abeh sessi nyanyi lagu negaraku, lagu kalau anda gembira tepuk tangan la, dengan pitching lari semua, dah abeh sessi nyanyi-nyanyi dua hero tu, aku pun play balik clip nyanyian 'sumbangan' mereka tu hahahaha gelak-gelak kami malam-malam buta.

Sunday, October 08, 2006

Ramadhan ke 16 hari


Sedar tak sedar dah 16 hari kita umat Islam berpuasa untuk tahun ini.

Hari Sabtu yang lepas, kami setelkan urusan membeli baju untuk ayah, untuk abah, kasut raya untuk hero kecil. Orang sesak merata-rata, mama maleh bersesak, hero kecik pulak mood tak elok, asyik ajak balik, sudahnya mama langsung tak beli apa-apa pun.

Ahad, pegi Warta Bangi, beli barang dapur sikit, dan beli barang-barang nak baut biskut raya, aku memang jenisnya buat biskut raya sendiri, puas hati. boleh buat banyak, dalam beli sikit-sikit dekat seratus jugak habis. Plan nak baut tart nenas, samprit (favourite) almond london, dan ada la lagi beberapa jenis biskut. Tahun-tahun lepas selalu plan ngan adik ipar dia datang rumah dan buat biskut sama-sama, kerja buat biskut ni kalau buat sorang-sorang boring. But tahun ni adik ipar dah bertukar balik ke Perak, so kenalah buat kuih secara solo pulak. Hehehe akan ku ajak darling bersama, jadi tukang susun kuih, tukang letak ceri.


Selalu aku memang buat satu jenis biskut tu banyak, sampai 3-4 bancuhan sebab nak bahagikan 3 rumah, rumah mak, rumah mertua, dan rumah sendiri. Walau zaman sekarang orang main beli-beli jer, tapi aku lagi puas buat sendiri. Macam tart nenas, aku suka buat sendiri, sbb kalau beli dengan RM30, baru leh dapat seratus biji kot, itu pun kalau di jual 50 biji RM15, rasanya skrang dah 16-18 ringgit 50 biji. Kalau baut sendiri dengan RM30 tu boleh dpt beratus-ratus biji.


Sebut bab tart nenas, ada satu tips, nak dapatkan kulit tart nenas yang gebu dan sedap. Tambahkan sedikit susu tepung dalam adunan. kalau nak lebih gebu letaklah banyak, tp susah la sebab mudah pecah, aku just campur sikit la, dalam 5-6 sudu tengok banyak mana bancuhan mentega/gula/telur. Cuma aku belum dapat resepi samprit yang betul-betul best. Aku memang la favourite sangat samprit, so far the best samprit is from my mak lang, tapi huh mintak resepi tak kasi pun. Entah, tak faham orang cenggitu.


Dah dekat nak raya ni aku rindu la sangat suasana masa kecik-kecik dulu. Aku dan adik-adik suka sangat pasang pelita. Kami bukan orang senang sangat, so mak abah tak bagi pun duit untuk beli pelita dan minyak gas (minyak tanah le) simpan duit sekolah sendiri share dengan adik-adik beli pelita sikit-sikit, dulu-dulu pelita yang kaler-kaler biru, merah, kuning plastik tu baru 50 sen je. so sehari beli la satu ke dua...sampai ke jumlahnya 10-15. Lepas je berbuka puasa, jamah kuih-kuih sikit, dah berlari ke luar nak pasang pelita.



Sebabnya nak berlumba dengan kawan-kawan rumah siapa pasang pelita dulu. Masa tu emak dan abah tak melarang pun keluar bermain-main waktu malam. Macam-macam permainan boleh main, main "aci menyorok"(sembunyi-sembunyi) main 'aci ligan' (polis sentri), main katok ulaq (ape yek org sini sebut konta konti??? anyone please..) main lom (galah panjang), main zero point (huhu mula-mula getah pijak, kemudian lutut, peh tu pinggang, ketiak, bahu, telinga, kepala, then baru are you sleeeping, are you sleeping brother john..brother john... yes..no..yes no..remember friend??)


Riuh rendah seluruh kawasan kejiranan main sampai orang balik terawih. Yang bestnya anak-anak jiran bangsa cina pun main jugak. Kalau main hantu-hantu, anak-anak cina siap azan...Allahu Akbar...Allahu Akbar.. hehehehe Main bunga api, mercun, mercun tarik paling best, kami jahat, suka ikat mercun kat pintu pagar rumah orang, peh tu bila pak cik- pak cik balik terawih, selalu depa buka selak pagar je, pehtu tolak pintu dengan motor peh tu meletup-letup..hahaha kami sembunyi dan gelak-gelak.


Lebih kejam, kat sekolah kami siap pi ikat kat tayar basikal kawan-kawan yang pegi sekolah naik basikal, so masa depa balik time nak kayuh meletup-letup bunyi kat tempat basikal. hehehe. Best kan??


Petang-petang melepek, kepenatan berpuasa, kat tv masa tu layan drama "rumah kedai" kat tv3, drama "Wardah" kat TV1 heheheh peh tu ada drama Arab. abeh drama mak panggil suruh pi hantar juadah yang siap masak ke rumah jiran-jiran. Sungguh nostalgia, majoriti mak cik-mak cik kejiranan aku, tak kerja, so semua petang-petang akan memasak juadah berbuka. Masa dulu pun tak der pasar ramadhan.


Menu biasa yang ada bubur kanji, buah melaka. Kat rumah aku berbuka puasa memang tak makan nasi, nasi makan time bersahur je, so biasa mak masak bihun goreng, mee, keow teow, bihun sup ke, laksa, mee kuah, memang tak makan nasi pun. Seronok sangat, sebab semua makanan dimasak emak sendiri, padahal bihun pun bihun biasa-biasa je, sesekali je kot mee atau bihun goreng letak ayam or daging, biasanya sekadar letak udang basah atau kalau tak der udang basah, letak udang kering je.

oh hoooo better stop, i can feel something come out from my eyes...miss all the momment, rinduuuu.... stop...stop..stop...

Wednesday, October 04, 2006

Najmi Puasa Penuh


Salam buat semua..
Dah dua hari aku ngan darling happy sangat, Najmi dah berpuasa penuh. Syukur, walaupun dia tak bersaing dengan kakak or abang, or adik dia, tetapi dia bersaing dengan diri sendiri. Syukur, hari Selasa dan Rabu dia puasa penuh. Kagum jugaklah sebab aku dulu darjah satu kot baru belajar puasa.

Hari Selasa tu, masa amik dia dari sekolah, cikgu dia cakap dia puasa. Tapi dia cakap, dia nak beli air cincau, dan ais krim. Berpuluh kali kot, aku suruh dia janji beli jer sekarang, tapi tak nak buka lagi, bukak puasa sama-sama babah dan mama. Dia angguk-angguk, tapi aku risau jugak. But syukurlah lepas masuk keter, dia belum merengek nak berbuka. Aku layankan je peel dia, aku cakap kita pegi jalan-jalan ye..dia kata ok, so aku amik tindakan bijak, aku balik rumah dulu, simpan juadah berbuka yang dah beli kat pasar ramadhan, dan ais krim dia, bahaya biar dalam kereta, kang ada jugak berbuka nanti.

Lepas simpan semua benda dalam rumah, dia cakap dia nak pergi tengok RUMAH so aku bawak le pegi tengok rumah. Wah rumah dah pun siap, dah siap pasang tingkap semua-semua, dan berkunci, mungkin dah pasang toilet bowl, semua kot, so diaoarg kunci. jenguk-jenguk kejap then dia cakap nak pergi tasik, meround lah kami sekitar Putrajaya, nak Pusat Rekreasi Air, tapi dah tutup pulak, peh tu dia cakap dia nak pi tengok ikan, aku pujuk-pujuk cakap, esok kalau dia puasa aku bawak pergi tengok ikan.

Balik rumah dah pukul 6.40, adoi cabaran betul, dia dah ngamuk nak berbuka, babah pulak take over, nak lekakan dia, babah suruh dia buka vcd "jam dua petang" so lekalah dia melayan citer tu, mmg dah hafal pun skrip drama tu, tapi dia masih gelak-gelak tengok. Sampai masuk waktu berbuka, aikk tanak makan pulak, nak tengok cd lagi, heheh tapi makan jugaklah bila berkali-kali di ajak.

Semalam masa amik dari tadika, cikgunya kata dia puasa lagi. So seperti mama janjikan, bawa dia pergi tasik nak tengok ikan. Sebelum tu singgah kedai dulu, belikan air cincau dalam tin yang dia suka, then beli sebungkus roti untuk bagi makan ikan. Sampai kat tasik kat Masjid Putrajaya tu, sukalah dia bagi ikan makan.. lupa kejap dia tengah puasa. Tengah syok bagi ikan makan, tiba-tiba dia masukkan secubit roti dalam mulut dia, nasib baik aku sempat tengok, aku jerit suruh dia buang, nasib baik tak sempat telan dia.

So dapatlah lekakan dia sampai jam 6.45, then baru balik rumah. Sampai kat rumah dia dah pegang tin cincau dah sipi je nak bukak nak minum, then tiba-tiba ada citer detektif conan kat tv3, huhhh lega, dia layan kartun leka kejap budak kecik tu, sampai lah masuk waktu berbuka. Syukur, selesai dua hari menjadi sejarah dalam hidup dia, berpuasa penuh di usia 5 tahun. Alhamdulillah, berkat amalan baca surah Luqman semasa mengandung setiap hari, dia anak yang senang dibentuk. Kepada anda yang tengah hamil, atau isteri sedang hamil, amalkan baca surah Luqman setiap hari, Insya-Allah, kita tak banyak masalah untuk melentur anak.

so this the pic dia enjoy bagi ikan makan



Photobucket - Video and Image Hosting
baru sampai, kasi ikan makan

Photobucket - Video and Image Hosting
sihat-sihat ikan kat sini

Photobucket - Video and Image Hosting
roti dah abeh...jom balik

Monday, October 02, 2006

Bukak Posa di Kampung


Cuti Hujung Minggu kami Balik Kampung.
Tapi balik Perak je, tak balik Kedah
Saja nak gembirakan hati mak ayah yang dah uzur-uzur.
Darling cakap, duit ringgit boleh cari, kasih sayang mak ayah tak boleh cari.
Yup betul tu, so kami pun lalalalala balik kampung...



Budak becok tu dah kecoh bagitau satu tadika dia nak balik kampung, masa aku ambik dia kat tadika petang tu, heboh melambai-lambai kawan-kawan dia... kengkonon dia nak balik kampung la.. Best lak tu budak-budak ni nyanyi kat dia

Najmi Najma...Najmi makan Chipmaa(Chipsmore) hehehehe jadi lagu pulak... lawak le bebudak ni. hehehe best friend Nurul Izzah, lambai-lambai cam sedih je boipren nak balik kampung... hahahaha


Kebetulan kami balik, Hari Sabtu petang tu, anak-anak buah husband, anak-anak teruna bujang-bujang pun balik, so meriah le kami bukak posa ramai-ramai, Najmi ni berkawan ler dengan budak-budak lelaki dewasa ni, kejap dia buli budak-budak ni, kejap dengar dia menangis di buli, maleh aku laayn sebab dia pun nakal.



Budak Najmi ni memang tak suka nak ikut kami keluar berjalan, kalau kat sini tak leh le nak tinggal dia sorang, kami bukan ada maid, so usung jugak ke mana pun, even pi tengok wayang, kami angkut dia sejak umur 4 tahun, hehehe. So bila kat kampung kami keluar shopping ke Pekan, dia tak ikut, dia stay kat umah main dengan abang-abang dia dan bergaduh ngan budak-budak tu. Kebetulan kali ni dia sorang je budak kecik yang balik, cousin kenit lain tak der, maka dia jadi taiko la. Kejap amik HP Abang Aizat, main game, kejap amik HP Abang wan, main game, kejap HP abang luqman. Siap tunjuk lagi, "tok tengok dalam henpon Abang Aizat ada gambar awek dia," hahahah kantoi..



Seperti biasa, menu wajib ada bila balik kampung ayam, heheh maklumlah ayam free, abang ipaq aku, bukak bisnes ternak ayam komersil, so dalam berpuluh ribu ekor ayam keluar sekali musim keluarkan ayam, mesti ada berbelas ekor ayam yang tak cukup berat untuk di ambil pemborong, so ayam tak cukup berat tu ayah akan bela dalam reban ayam sendiri. Jadi ada berpuluh ekor ayam yang sentiasa disembelih mengikut giliran..hehehe.. Jadi kalau balik mesti ada menu ayam. Hehehe.



Hari Ahad, kami pergi Pekan kuala, kami lalu jalan lama, ikut Kota Lama, situ banyak sangat rumah-rumah lama, cantik dan berseni. Sayangnya ada rumah yang dah usang tiada penghuni. Sungguh nostalgia. Ada beberapa rumah yang cantik, kami berhenti nak amik gambar, tapi ada pulak orang kat dalam rumah tu, kang kena halau pulak, so kami cari rumah yang line clear sikit..hehehehe, so ni ada dua pic yang aku suka



Photobucket - Video and Image Hosting
Mesti bekas penghuni rumah ini akan merindu kehidupan silam mereka membesar dalam rumah ini, bagi aku yang tak der kena mengena dengan rumah ini terasa nostalgia je tengok rumah ni, suka bentuk rumah ni.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni lagi satu rumah yang cantik, mungkin catnya sudah di sesuai dengan peredaran masa, tetapi ia tetap seni dan cantik, aku beranganlah kalau aku kaya, aku nak baut banglo kayu berkonsep kayu ukir-ukir gitu...tapi apakan daya aku hanya mampu berangan je la... hehehe

Aku rasa mulai sekarang mana aku pergi, kalau ada benda-benda nostalgia gini aku nak abadikan di sini, untuk tatapan anak-anak aku di masa akan datang, tak mustahil algi sepuluh tahun rumah usang tiada penghuni tu akan reput di mamah mentari, hujan panas, serta menjadi mangsa anai-anai. Dan lagi 20 tahun, anak-anak aku dah tak terbayangkan bagaiman rumah kayu berukir tangan, tangga kayu serta berdinding buluh. kan..kan..

Nanti la balik kampung raya nanti, kalau beraya rumah sedara darling kat kampung-kampung kalau ada lesung tumbuk padi kayu tu, ada pengisar tepung batu tu..aku nak amik gamabr letak sini, kat kampung darling masih ada benda-benda gitu... Mujur jugak aku kawin dengan darling yang ada kampung halaman yang masih indah. Heheheh kalau umah mak aku duk dalam taman, tak der kampung langsung, rumah arwah tok di Penaga pun dah kurang kekampungannya. tapi masih consider kampung lagi la..dari Kampung Baru KL ni...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino