Monday, February 27, 2006


Aku terima ini dari email, aku rasa best...aku nak share dan aku nak tambah...korang pun tambah le jugak.. yang tulisan kale biru adalah aku pandai-pandai tokok tambah... kalau ade yang tak list kat sini korang tambah le.. Ini nostalgia mereka yang IC kepala 7, bagi mereka IC kepala 8, tanya-tanya le kakak-kakak, mak-mak kalian ke..

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an
  • kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, TransformersThundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Kalau drama kite tengok citer OPAH, PJ Holding, Isaura tu kira masa first time tv kaler masuk mesia
  • berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Kalau sekolah aku, misi panggil budak ikut register dlm buku daftar sikgu, so sapa name huruf A dipanggil dulu, kawan aku nama Zakri, Zaihasra, Zaimawati sampai sekali je dipanggil, bila nama pusing by middle of the year depa tak kena panggil, dan ada tahun yg langsung nama mereka yg tak kena panggil langsung
  • ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
  • cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan? pembaris yang macam org buat untuk ukur baju
  • semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
  • Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa time skolah menengah,
  • Kalau rombongan sekolah mai KL, wajib melawat Tugu Negara, Masjid Negara, mana ada rombongan ke KLCC, Putrajaya, or even Lebuhraya PLUS pun tak der lagi
  • korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa... Aku pakai kasut ALIPH
  • internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je. Beli kaset cetak rompak kat pasar malam dan tepi-tepi jalan, kalau dgr lagu best, tape yg lama boleh recycle, dubbing lagu masa tgh dgr radio..
  • kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam'
  • bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
  • Main tiang empat (tahu tak) peh tu main yang teka-teka perkataan, nama, tempat, buah, ermmm lagi ape lupa la..
  • tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
  • lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
  • kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
  • lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm...
  • budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88 skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the> Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
  • AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.
  • Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
  • Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
  • dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
  • Ada apek jual ubi sengkuang palit kuah rojak, dan tabur kacang atas sengkuang tu...dan cucuk ngan lidi, makan kena menten takut kuah rojak tumpah atas baju sekolah
  • Hujung tahun mesti ada sessi sain autograf..tulis biodata, nama, alamat, hobi, mknan/minuman kegemaran, artis kesukaan, kata-kata hikmah/motto/falsafah..tulisan paling popular, Good Luck In your Future, Have A Nice Day, Be The Best Among The Best, dan lebih kreatif, amik ubat nyamuk bakar dan bakar-bakar kat tepi-tepi mukasurat yg kita sain otorgraf tu..
  • Kalau Hari Guru, wajib kita lukis kreatif kat papan hitam, lukis bunga-bunga kat tepi-tepi papan hitam, budak skrg ada lagi papan hitam, semua dah pakai white board kot, mungkin kat kampung-kampung ada kot, kat putrajaya ni aku tengok budak sekolah guna whiteboard, malah siap LCD dan laptop. Ye lah ko tengok le penaung PIBG or Pengerusi PIBG sekolah kat sini, Dato, Tan Sri, Datin...mana kelas dia jadi penaung sekolah nak pakai papan hitam.

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

  • 1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
  • 2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
  • 3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer selamba je
  • 4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
  • 5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
  • 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu
  • 7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...heheheYaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan? Cheers to the 80s babies!!!

kalau ade lagi korang tambahkan ye...

Sunday, February 26, 2006

Entry menyentuh jiwa...


Mula-mula AJID kemudian SALINA dan BEAN
Mereka pulang ke pangkuan keluarga...
Sal balik Ipoh, Bean balik Penang, Ajid dah selamat jadi Romeo kat opis baru.

Kami rapat...dan sudah tentu terasa...kehilangan itu, iyaa walau masih dalam Malaysia, masih boleh jumpa, tapi aku rasa kehilangan itu. Selalu kalau ada perhimpunan haram di rumah, malam final juara lagu, malam anugerah AIM, ABP, AF dan apa-apa yang menarik mereka antara ahli wajib akan hadir. Lepas ni sunyilah, dan kehilang sementara di amat dirasai, jauh disudut hati aku berdoa supaya mereka murah rezeki dan dapat kerja cepat-cepat kat sini, dan aku boleh mengada-ngada lagi dengan mereka.

DARLING pun cakap dia pun terasa nanti, geng-geng sehaluan sudah tidak ada disekitar kawasan. Dan ermmm dlm geng dia tu dia le paling tua...he..he..jadi dia lah tekong..ahaks...dan aku tidak boleh tipu dan selindung..sedih tau, masa Ajid tak ader, aku sebak je..then kini Sal dan Bean pulak. Aku ingat masa aku dalam kesusahan, Najmi kena demam campak, aku terpaksa pergi Pudu drive sendiri malam-malam nak amik mak dtg dari kampung, darling tak ada dia out station masa tu. Aku terdesak, mencarikan kawan untuk temankan aku ke Pudu, aku tak mau naik LRT sebab Najmi demam dan sakit, aku takut hujan, and the chicken pox getting worst. So aku tekad drive ke Pudu, tetapi aku perlukan seseorang utk tolong tengokkan Najmi, in case dia muntah ke, nak minum ke...atau meragam dalam kereta. Aku tak tau pada siapa aku nak mintak tolong, dan aku minta tolong Sal. Sal tanpa banyak alasan boleh aje.

Sal tolong tengokkan Najmi dalam kereta, tenggok Najmi masa aku bersolat, taking a good care of him..aku terharu, dan rasa mcm aku menyusahkan orang pulak, tp Sal macho je...Esoknya sekali Sal temankan aku pegi Pudu, hantar mak dan malam tu Sal temankan aku tidur di rumah. Esoknya aku, Sal dan Nida beronggeng ke Pasar Malam Jalan TAR, mas akat sana, cik Langsat pun ingin join, kami siap berhenti makan laksa kakak Rock (Aquil dan Mah bagi nama) dan kami jalan dan beronggeng sampai maghrib, singgah solat kat Masjid India. Then berjaya pujuk Nida sekali tido kat umah malam tu. Cik Langsat pun tido sekalik jugak..jadi malam tu kami bersembang-sembang..aku pun terasa macam anak dara jugak malam tu.he..he..

Dan byk le memori-memori yang tak tertulis...mesti rindu nanti..tak mau tulis lagi nanti sedey-sedey.

Anugerah Bintang Popular..

Bagai di ramal, Mawi menyapu kategori yg mmg FC dia targetkan, dan dia menang ketiga-tiganya... walau aku kurang fanatik dah skrng dengan mamat botak tu, tapi aku tetap minat dan menyokong Mawi..(jangan muntah hijau ye tuan-tuan dan puan-puan) dan aku tetap kagum dengan orang-orang Mawi FC, mereka buat apa mereka patut buat, dan sokongan mereka padu. Bukan perempuan sahaja minat giler ngan Mawi, malah lelaki pun ada fanatik Mawi..he..he..

Aku meluat tgk Fasha Sanda, sudahlah tersembul dua gunung daik bercabang tiga... siap ckaap dgn nada perli "tahniah ye mawi..." ampes je... dan boleh nampak muke tak suka mawi memang..terus aku hilang kagum ngan minah cun ni..

Semalam juga sessi menonton beramai-ramai memeriahkan majlis, Daun, Salina, SayangMama, Bean, Ajid dan tunang, Neslo, Rafthah or Ika dan pelanggan tetap Pnut Inn, Mat Jan, tambahan...ada org kata aku sabotaj dia...iye tuan-tuan dan puan-puan..encik Nazmi Bukunota dan isteri pun datang, aku masak mee yang dimodify daun menjadi mee masin, aku masak mee 3 setengah bungkus, dan mujur mee tu masin, dan tka habis..kalau tak sure tak cukup...he..he.. daun kata dia masak masin sebab dia nak kawin. Ada saksi, Salina dan Ika pun dengar.

Daun buatkan puding karemel yang tiba-tiba disukai oleh Cik abang darling aku....ermmm dulu aku buat, berhari-hari dalam peti ais, dia tak makan pun, tapi bila daun buat, dia pulun abeh..aku kira daun jampi dalam puding tu le... tak pe aku rela bermadu dgn daun... he..he... sebab aku tau daun takkan rela bermadu dengan aku...kan daun kan..kan...

Sekian entry untuk kali ini....

terima kasih dan datang lagi.... have a nice day... good luck in your future ..<--- kata-kata tulis dalam buku otograf masa sekolah dulu...

Saturday, February 18, 2006

Sudu bukannya kena masak..


Ermm..sejak awal tahun ni, darling asyik kena kerja during weekend, sabtu dan ahad..kami bosan giler berdua kat umah...(ermm mujur ada encik streamyx..) tetapi encik streamyx kat atas, encik Najmi nak tengok kartun or cd otromen kat bawah, so dia paksa-paksa mama tgk cd kat bawah...dapat bertenet sekejap je...kemudian terpaksalah le aku layan otromen darina kat bawah...huhuhuhu..

So bila darling kena kerja, aku tak masak utk mkn tengahari, kami tapau je, dan pada hari sabtu tu, kami bercadang petang tu nak pegi pasar malam bangi. Tapi menjelang petang dah hujan lebat sangat, so aku just goreng nugget, dan buat goreng pisang je.

Malam tu kami pergi makan kat Serdang, Najmi dah lapar gile..makanan lak lambat sampai..dia merungut, kenapa lambat, aku jawab "lambatle dia kena masak dulu nasi goreng tu, kalau dah siap masak dia hantar le," ok..dia diam kejap...

15 minit berlalu, makanan pun sampai, Koew teow Kung fu untuk mama, nasi goreng cina untuk Najmi, ermm awek jelita menghantar makanan lupa hendak bawa sudu untuk murai kecik ni...awek jelita cakap "alamak, akak lupa nak bawakan sudu untuk adik ni, kejap ye," ok..kami tunggu...2-3 minit..sudunya belum sampai...dan anakku yang murai ni cakap

"kenapa lambat sangat ambil sudu mama, sudu tu bukannya kena masak pun..awat lambat,kalau kena masak ye la tak pe lambat" hahahahahahah...kami berdua laki bini gelak-gelak dengan lawak jujur itu...dan budak-budak upm yg sedang makan meja sebelah pun gelak-gelak...ermm anakku ini memang pandai mengarut...

sehari sebelum tu dia minta nak makan nasi goreng cina...aku keluar belikan, berkali-kali dia pesan, "kita nak nasi goreng cina tau...bukan nasi goreng melayu atau nasi goreng india, nak nasi goreng cina jugak.." bibik sebelah rumah aku gelak-gelak dan cakap..."anak kakak ni lawak la..selalu dengar dia bercakap yang lucu," hahahahaha...ampes la Najmi ni...

Hari Ahad, aku dan Najmi ikut darling pergi kerja, dari office dia kat Jln Raja Chulan - pergi office kat Shah Alam, patah balik ke KL, sepanjang jalan dari Shah Alam ke KL semula, mulut dia tak henti-henti bercerita mengenai otromen darina...aku diam je..pura-pura tidur..so babah yg tengah drive melayan, dan aku tahan gelak dalam hati dengar perbualan dua orang lelaki ini...

Masa lalu depan UM, "Babah, kat sinilah otromen Darina lawan dengan raksasa, dia lawan dushh...dushh..."

Babah "ye ke, raksasa tu kaler ape,"

Najmi "ade kaler biru, ada kaler hijau, otromen lawan dia kuat..bla..bla..,"

Babah "oooo, kalau dia lawan keluar lampu tak,"

"ada keluar lampu...peh tu kawan otromen naik kapal angkasa tembak raksasa,"

Babah, "Oooo...sape menang otromen ke raksasa, otromen kale ape bla..bla..bla..." dan Najmi pun bla..bla..bla... ermm bagi orang lain mungkin nampak biasa, tapi itulah kualiti time yang kami anak beranak spend dlm kereta sepanjang perjalanan itu, boring ikut dia kerja, tapi aku nak bersama bertiga...

Thursday, February 16, 2006

Munggai ke kelo


Ermm refer kepada entry yg lepas, mengenai buah munggai dan buah kelo... orang utara kata buah munggai, org selatan/tengah kata buah kelo...aku pun baru tau..terima kasih kepada dunia internet tanpa sempadan, kita belajar perkara baru setiap hari.

Kuah rojak kiriman Pak Long selesai sudah sebotol, pada hari selasa malam yg silam, aku ajak AM , DAUN, SALINA, NESLO dan tetamu international kami RAFTHAH a.k.a IKA datang cicah-cicah buah pelam dan buah jambu pada malam itu, 3 bungkus keow teow aku goreng, dan kami makan-makan sambil melayan vcd Kiamat Dah Dekat, kali ni aku tgk dengan penuh kosentrasi...SWEAR!! makin suka aku ngan citer ni... SWEAR!! best gilos..gelak-gelak aku..

Lagu-lagu dalam citer mmg best..aku jatuh cinta..tapi apakan daya, mane la aku cari algu-lagu tu...tapi tak per aku akan dapatkan MP3 melalui chat room yahoo (jakarta) he..he..cara pantas mendapatkan lagu dizaman ini..aku akan dapatkan sumber-sumber kenalan dahulu, kemudian baru aku minta mp3 he..he..
ke sesape ade lagu-lagu dari citer tu meh pass sini... Budak-budak GEJU ni pemebekal stok lagu-lagu MP3 untuk aku..he..he..dan aku pulak pembekal lagu MP3 untuk mail kawan-kawan aku yg lain...he..he. untung ramai kawan ni..

Semalam 15/2, kami ada taklimat untuk kami punya KSU (Ketua Setiausah*) yang baru, dan TKSU (Timbalan KSU III) yang baru. Taklimat disampaikan oleh boss bahagian masing-masing...dan kami opiser yg jaga setiap sesuatu unit/bahagian/projek atau apa je..kena berada bersama-sama boss untuk sekiranya ada soalan berkaitan yang perlu kami jawab. Saspen. Masa taklimat bahagian kami, lps bos aku beri taklimat mengenai library, tiba-tiba KSU tanya "where is our librarian?" huhhh dia cari aku le tu.. dengan gabra aku bangun dan menjawab soalan-soalan yang ditanya, mujur aku boleh jawab. dah le aku pun baru kat sini..

baru je bagi taklimat kat KSU, tup-tup kami dapat pulak Setiausaha Parlimen yang baru...agaknya kena taklimat lagi le kot.. dulu aku keja kat Jabatan kecik, rileks sikit, sekarang masuk Kementerian, aduh semua atas batu jemala patik... tapi walau macam tu aku enjoy sangat dengan kerja-kerja aku..happy, boss tak kacau, janji kerja jalan, dan boss boleh boleh nego tak der la, "i am your boss, u listen to me," takkk boss aku give and take..aku pun selesa kerja ngan dia..

masa rombakan kabinet baru ni, aku tunggu-tunggu menteri yang satu tu gugur, tapi idak jugak...haru sungguh yang sorang ni...mari kita teka siapa dia..

Aku baca blog JUITA cerita sedikti alam mistik dan misteri nusantara ni...ermm hakikatnya makhluk nan satu tu mmg wujud kan? kadnag-kadnag kita nampak, kadang-kadang kita boleh rasa.. dulu masa aku masih tinggal dengan mak abah, masa muda remaja, adik aku yg no. 2 memang lemah semangat, kalau adik aku Jan, pi memancing, balik senja...sat lagi adik aku yg no.2 mengelupurlah... mula start cakap keling....start jadi orang tua nenek kebayan, ada kalanya merangkak, meracau-racau tak tentu hala.. dan kebetulan, jiran depan rumah aku, Pak Man, dia boleh ubatkan orang sampuk gini, so yg best nya kalau adik aku jadi gitu, bila kami panggil je Pak Man, baru org tua tu sampai depan pagar rumah adik aku dah jerit...sambil pejam mata, "suruh orang tua tu balik...suruh org tua tu balik..," Pak Man ni lawak sikit..siap boleh negotiate ngan makhluk tu..he..he..selalu Pak Man buat lawak "alaaa...aku mai nak berkenalan dengan hang...awat hang dok kacau anak cucu aku, mai berkenalan dengan aku mai..," he..he..

Sambil Pak Man pegang-pegang, dia cucuk-cucuk sendi-sendi adik aku, dan adik aku jerit, "orang tua ni nak mampuih dah...dia ingat tak sakit ka..sakit laaaa bodo..," dan makhluk yang menempek kat adik aku terus berperang dgn Pak Man, sampailah last-last adik aku lembik dan terkulai, dan Pak Man buat ayaq suruh minum dan adik aku akan tidur aman damai...sambil kami dok berjaga keliling dia..kalau dah jadi gitu, 4-5 org pegang tu tak jadi apa punya...

Masa aku pindah Putrajaya ni pun, rumah kami ni rumah baru, tak der orang tinggal lagi, dan tau je la Putrajay* ni kan ke hutan dulu, so byk gak kejadian seram berlaku masa kami pindah, masa kami pindah Najmi baru 2 tahun, dan dia asyik menangis menjelang senja, dan sangat menyeramkan... sampai satu tahap, kami kena bawa dia keluar rumah, round-round dalam kereta sampai dia terlena, baru angkat masuk rumah, tapi bila tgh malam dia terjaga, dia akan menjerit-jerit dan melalak. Ada sekali tu masa kat dapur, ye la baru pindah aku bersila mengemas kabinet pinggan mangkuk, babahnya belum balik, tiba-tiab Najmi cakap, "mama ada kakak kat tingkap," terus aku seram sejuk, angkat dia pi duduk kat hall. Ahirnya kami pergi ke Darul Syifa minta ubat dari ustaz-ustaz kat sana, ustaz suruh bawak lada hitam, garam kasar, dan air, dia buatkan pagar rumah, dan air utk sapu kat muka dia kalau dia meracau-racau.

So ada satu tgh malam, dia jerit-jerit...dan darling sapukan air yg ustaz bagi, terus dia jerit panas..panas..panas..tak nak...dan dia meronta kuat sangat, tak terpegang kami berdua, walau budak umur 2 tahun. Kemudian aku mintak lagi sekali ubat dgn sorang anak buah Harun Din kat sebelah opis lama, baru keadaan ok...lega sangat. Sampai skrang syukurlah...

Korang ada cerita misteri nusantara????

Thursday, February 09, 2006


PROMO :
Diablog 5 Promo

Aku sudah memasuki fasa tak ada idea nak update blog...he..he..
Tahun ni dah masuk tahun kelima menulis blog..idea menulis makin pupus.
ha..ha..ahaa.a..

Hari ni 9 Feb. rupanya hari jadi Pak Long (ayahnya Mat Jan..) jom pakat ucap Selamat hari jadi kat PAK LONG Pak long memang werlldd.... Pak Long bagi buah munggai hari tu...kami masak gulai munggai... dan Pak Long juga bermurah hati mengirimkan kuah rojak untuk kami di sini melalui Izan, sepupu Mat Jan..terima kasih Pak Long!! terima kasih Izan kerana membawa kuah rojak dan buah munggai sampai ke P-nut Inn.. Jasa Pak Long dan Izan kami kenang...
Izan ke Pnut Inn dengan diiringi oleh Cik Kayusakti.fotopages.com a.k.a Cik Nettbiru, yang berjaya tiba tanpa sesat..megik sungguh...

Pak Long yang kami kenal memang best...lawak sempoi... kira memang boleh 'gu' lah orang kata... terutama kalau kami berduet beramai-ramai mengutuk Mat Jan...memang best...tambahan pulak Mami, pun sama masuk port...(erkkkk sebut mami, teringat pulak mee kari yang sedap banget tu..)

Ok Pak Long, moga panjang umoq, sihat selalu...dan moga cepat dapat menantu pompuan..ahaks...kami doakan cepat-cepat...

===========================================

Cerita Najmi pulak..

Semalam dalam kereta, balik dari sekolah. Tangan aku dok ketet-ketet balas sms...tiba-tiab Najmi cakap "Mama dalam radio kata, kalau sebelah tangan pegang henpon, sebelah tangan pegang stereng, anda membahayakan,"

erkkk dia refer to iklan dalam radio hot.fm....

dasssss mama kena sebiji....

Sampai kat trafik light, lampu kuning, aku cepat-cepat dan lampu merah dah aku redah... dia cakap lagi.. "mama, lampu merah tu kena berhenti, kenapa mama terus pegi, berapa kali dah org ckp lampu merah berhenti, mama nak terus jugak...

dassssss lagi sebijik

saboo je la..

Ni masa aku tgh update ni dah pukul 11.30 malam, dia tak tidoq lagi..budak ni mmg tak reti tidoq awal...jenis tidoq lambat...risau aku...tp memang dia tak tidoq awal. Jenuhlah buat macam mana pun, tutup lampu..tutup pintu..sat gi dia dok bersilat atas katil la...dok jadi askar la..jadi drebar lori sampah, jadi polis gerak khas, malah jadi mat rempit pun ya kat atas katil dia, aku nak tido pun tak boleh...

Tengah syok update ni, dah boleh pulak dia request nak makan kentang goreng..uwaaaaaaaaaaaaaa dah dekat pukul 12...aku pujuk-pujuk suruh makan esok, tak nak, nak malam ni jugak...merengek-rengek...menangis-nangis..aku jadi tak sampai hati..tak gamak..aku turun pi goreng kentang dulu.

ermmm gitule ada anak...sabooooo je la...

Monday, February 06, 2006

Skrip drama Usop Selam


Tak de idea nak menulis...tp nak update gak...maka aku copy paste aku chat ngan nett..cam bengong je kami..nett ampeh la...buat aku gelak sorang-sorang dalam bilik ni..macma org gila...

(ni sedutan je..)

nett00: eleh
nett00: bak sini no tepon opis
senangingat: 03-8887 43**
senangingat: la ni tgh n'gage...
senangingat: tgh call bean
nett00: eleh
nett00: sapa nak tepon sekarang
nett00: kem salam kat beng
senangingat: blah le..
nett00:
senangingat: ok..hubungi daku dikala kesepian...
senangingat: he..he...
senangingat: skrip usop selam
nett00: hahaha
nett00: baiklah zek
nett00: zetty akan hubungi bila zetty rindukan zek
senangingat: zetty..berjanji pada ku...
senangingat: kau akan setia padaku..
nett00: ye zek, aku akan setia padamu
nett00: usahlah kau ragui kesetiaanku ini
senangingat: tapi aku sentiasa sangsi dengan cinta kau!!! (konflik bermula...)
senangingat: aku masih tidak yakin dengan kau zetty
nett00: zek!!!
nett00: apa yang kau cakapkan ini
nett00: apa guna kita berkawin jika tiada kepercayaan dalam diri kau
nett00: percaya la zek
nett00: cintaku hanya untukmu
senangingat: tapi aku tak yakin...kau sentiasa berubah zetty..hati kau tidak tetap pendirian...!!!
senangingat: aku juga tidak yakin aku mampu membahagiakan mu...
senangingat: atau mungkin kita hanya ditakdirkan bercinta tetapi tidak bersama
nett00: kenapa kau cakap begitu zek?
nett00: apa yang berlaku?
nett00: ada kah kau masih ingat pada diana lagi?
senangingat: Zetty...antara aku dan diana tidak apa-apa...
senangingat: aku hanya komposer untuk dia..tidak lebih dari itu!!
nett00: kau jangan bohongi aku zek
nett00: kalau tak, takkan kau buatkan lagu untuk dia?
nett00: siapa sebenarnya yang curang zek?
senangingat: percayalah Zetty... (lagu latar-sekebun cinta yang berbunga....teguh berdiri...dan berduri..)
nett00: sudah la zek
nett00: aku dah muak dengan kau
senangingat: Sampai hati kau Zetty...
senangingat: AKu sudah patut dapat menduga perkara ini akan berlaku...
senangingat: Aku yang bodoh Zetty, mengharapkan cinta engkau...
nett00: zek, kau curang zek
nett00: aku sangka kau sudah putuskan hubungan dengan diana
nett00: tapi kau masih berhubung dengan dia
nett00: aku kesal zek...
senangingat: (ermmm jap...blank...)
senangingat: ok sambung
senangingat: Zetty...aku patut dari dulu tidak mencintai kau..
senangingat: terlalu perit perasaan ini...
senangingat: sukarnya aku untuk bersamamu...
senangingat: kita asyik bergaduh...
senangingat: bergaduh saja...(itu sebab drama ni tak abeh-abeh..)
senangingat: sampai bila ianya akan berakhir..(nak akhir ape..sambung kat tb3 lak..)
senangingat: kenapa kau diam zetty....?
senangingat: kau hidup lagi ke tu?
nett00 has signed out. (2/6/2006 10:25 AM)
nett00: hahahhaha
nett00: rupanya ym aku ni biol la zek
senangingat: muahahah...sudahlah nett..
senangingat: aku nak copy paste yg kat atas tu nak wat entry blog...
nett00:
senangingat: kita suruh org sambung skrip
nett00: hahhah busuk je

ade berani sambung???

Wednesday, February 01, 2006

Malas Update


Malas update, tapi nak update jugak..
Jadi biarlah gambar ini berbicara...

Dengan sepupu dia- The 3 Mior- Mior Adha Najmi, Mior Darwish dan Mior Darnish.
Image hosting by Photobucket


Mior Adha Njami dan Mior Darnish (sepesen je dua org ni..)
Image hosting by Photobucket


Lepak kat swimming pool kat Presint 16...sesekali berendam tak nak naik..
Image hosting by Photobucket


Cak!! jenguk sebalik cawan
Image hosting by Photobucket


Sedap tak ABC kat Seksyen 2 Shah Alam...tmpt fav. masa student dulu
Image hosting by Photobucket


Belajar solat...Alhamdulillah, banyak dah boleh hafal..
Image hosting by Photobucket


Dua hero dalam hidup ini..lepas menebeng kat Taman Warisan..
Image hosting by Photobucket


Doing his writing practice..Macam serius je, suruh tgk kamera pun tak nak..
Image hosting by Photobucket


Ooooo sambil tengok tv...tulis sikit..penat..lenguh...kejap rehat..tengok tv...tak pe lah...janji enjoy learning...
Image hosting by Photobucket

Moga jadi anak yang baik, beramal dan taat perintah Allah..dan pintar..aminnn
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino