Monday, March 31, 2008

Najmi


Update tambahan (12.45pm)
sila tengok dan gelak, aku baca ni dan aku gelak tak hengat...sampai bebudak opis tanya, dan kemudian kami gelak secara berjemaah, muahahaha

kalau korang prihatin terhadap bahasa sendiri, tepon le vitoria stesen dan gelakkan marketing department dia...muahahahaha

ni no tipon dia, 2093 8833, kawan opis aku dah call, bagitau marketing department pasal merosakkan bahasa iklan ni..mueheheh budak marketing tu bgtau, yang buat iklan ni chinese, alahaiiiii busuknya BM dia..
mana mari ni..

sila gelak..gelak gelak..
Photobucket

Di hari Ahad nan silam, SEKOLAH AGAMA NAJMI ada menganjurkan program Maulidur Rasul, dengan kerjasama Persatuan Penduduk Semi D Fasa 2, iaitu kawasan fasa perumahan kami tinggal ni. Ini termasuk juga tadika/taska yang dibawah pengurusan ABIM.

So kami pun minum dulu kat kedai sebelum ke dewan untuk program Maulidur Rasul ni. Sampai sana, semua pelajar diminta berbaris untuk perarakan, ibu bapa berkumpul di belakang pelajar-pelajar. Agak lama kena berdiri, aku macam pening lalat dah, kebas-kebas pun menjadi, pagi la katakan, tapi aku menten la, takkan pulak aku nak duduk, segan le jugak, ada sorang ustazah Najmi pun tengah pregnant, tapi ligat ke hulu ke hilir, aku segan lah, kang orang kata aku ni harap badan je beso tapi lembik, ehehehe, so menten la berdiri.

Najmi beratur dalam barisan..tengok la size dia, macam budak darjah 6, ehehe
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kemudian kami semua berarak ramai-ramai sambil berselawat ke atas Nabi, seronok juga beramai-ramai berarak begini. Sampai kat dewan, panas sangat, aku pening sampai rasa nak muntah. Tapi aku tahan, rupanya hero kecik terpilih untuk membaca surah-surah hafazan di pentas. Aku pun tak tau, budak bertuah ini pun tak bagitau, sedar-sedar dah naik pentas, so aku pun zoom je la dari bawah pentas untuk ambil picture dia. Aku lupa pulak surah apa dia hafaz hari tu, eheheh sbb aku tak fokus sangat, aku dok tahan nak muntah je sebab pening dan panas.

Lepas abeh turn Najmi, ada lagi beberapa acara, tapi aku cakap kat darling, aku nak balik rumah kejap, panas aku tak selesa dan pening. So aku balik rumah kejap, siap mandi lagi sekali, makan ubat, rest kejap, sejam kemudian aku pegi semula. Sampai kat dewan semula, darling kata, rugi mama balik, tadi Najmi dapat hediah. AKu terkejut, dan tanya hadiah apa. Darling kata dia dapat hadiah 5 pelajar tahun satu hafazan terbaik. Alhamdulillah... gembira hati mama dan babah. Moga hadiah yang dia dapat menjadi semangat untuk dia terus menghafaz dengan lebih lancar.

Bacaan jawi dia pun lancar sekarang, kalau berhenti solat kat masjid-masjid da boleh baca maklumat-maklumat kat masjid dalam Jawi dengan baik, kalah emaknya. (malu..) Bahasa Arab pun makin bagus, banyak perkataan dia sudah tau dan dia boleh mengira dalam Bahasa Arab dengan baik, and bila aku baca Quran, aku tanya dia juzuk-juzuk dia boleh sebut, ini dua belas, ini dua puluh, ini sembilan..dengan angka-angka bercetak angka arabic tu. Aku rasa berbaloi hantar dia ke kelas Tahfiz ni. Yuran pun murah sahaja, RM65 jer sebulan. Mula-mula di hantar aku seram juga kata Najmi ustazahnya garang, siapa tak hafal kena cubit kat perut, atau kena rotan kat tangan. Tapi Alhamdulillah, Najmi jadi disiplin, dia hafal surah-surah yang ustazah suruh dengan tekun. Mula tu aku ingat dia sekadar menghafal sahaja, tapi aku suruh babahnya test, tunjuk mana-mana ayat nak tengok dia kenal atau tidak, tapi Alhamdulillah, dia kenal huruf dan bunyi jadi dia boleh baca mana-mana ayat yang kita tunjuk. Harap-harap dia boleh baca Al-Quran tahun depan. Atau hujung tahun ini. Insya-Allah.

Pagi tadi masa dalam kereta, masa nak drive aku agak tangan sebab kebas-kebas, terlupa aku nak buat amalan seperti selalu, dia tego, "mama, tak baca AL-Fatihah kat kiter" ehehe aku terlupa la, selalu aku akan pegang dan usap ubun-ubun kepala dia, dan baca Al-Fatihah, dan selawat pada dia. Mujur dia ingatkan. Kemudian dia cakap "Kalau mama lupa buat macam ini, nanti kita jadi tak best bila nak pegi sekolah, nanti kita belajar tak semangat," oh satu kata-kata jujur dari dia, tapi aku tersentuh hati. Aku rasa itu benda kecil yang aku buat setiap hari pada dia, tetapi membawa makna yang sangat besar dalam setiap hari dia. Aku cakap kat dia, kalau pun mama terlupa, tapi bila mama ingat mama tetap baca untuk Najmi tak kira kat mana mama ada.

Aku pun slowly kena ikut rentak dan peel dia sekarang, dia bukan jenis budak boleh dipaksa untuk belajar, kena ikut angin dan mood dia, kalau dibiar, seharian dia boleh mengadap internet, main games, atau dia boleh nengok tv sahaja. Cuma, sesekali kami babahnya tegas, tak boleh nengok tv, kena paksa-paksa juga buat plus dengan minus, kena sesekali suruh dia buat, sebab takut dia terlupa konsep campur, tolak, kalau angka kecik kat atas kena pinjam dari angka sebelah. Kat sekolahnya belum belajar lagi campur tolak angka-angka besar, tapi masa tadika dia dah buat semua tu, rugi lah kalau dia lupa apa dia dah tau. So semalam hasil sepakat, kerana dia keluar bermain jam 6 ptg dan masuk jam 7 malam, (biasa dia keluar jam 6.15) so dealnya, malam nanti no tv, kena buat maths. Dia setuju. Eheheh so semalam aku buat 30 soalan minus, dan 20 soalan plus (sbb plus dia lebih mahir, so kurang sikit la.ehehe tp mama malas sebenarnya..hiks..) so dari semua yang diberi, dia salah 3, eheheh yang tiga tu dia sudah mood kurang elok, dan dia tak mau buat pembetulan, dia ngelat, kata nak solat isya' then terus tido. Sabo je la..

Tengok pic ni..teka dia buat apa?
Photobucket
dia tengah layan mp3 kat hp aku, dan aku suruh dia dengar lagu Inggeris, eheheh kemudian aku cerita balik kat dia, line by line lirik lagu tu pasal apa. Paling dia suka lagi A Shoulder To Cry On-Tommy Page. dia dah faham apa makna lirik lagu tu, eheheh sebab dia dok repeat dan aku dok translate lirik lagu kat dia. Then ada lagi lagu-lagu lain yang dia suka dengar dan aku translate ke BM. Sekarang kalau dengar lagu Inggeris kat radio, sebok dia bertanya makna lirik, eheheh kadang-kadang tak sempatlah sbb lagu kat radio mana boleh pause, then play. Syok juga layan mp3 atas katil sambil layan dia, sbb mula-mula aku terangkan, then pause, lepas abeh dua tiga round, turn dia pulak play, pause dan terangkan pada aku. Dan dia rasa hebat bila dia boleh cerita balik lagu tu mengenai apa pada aku..eheheh macam cikgu la kononnya.

So ini caranya aku buat sekarang nak ajar dia seronok belajar English, selain kasi dia tengok kartun version English je. Manyak susah mau ikut rentak budak lelaki ni. Aku nengok kawan aku yang anak perempuan, very the tekun dan teliti belajar, rajin je.. Budak ni buat homework pun nak cepat abehkan supaya dapat tengok tv cepat-cepat. Anak-anak u all macam mana ek? Suka membaca tak? ke sama je peel nya?

Wednesday, March 26, 2008

Rezeki Allah tak sama


Saya suka menjadi blogger,
Saya suka menjadi seorang penulis blog, kerana dapat ramai kawan.
Ya fakta yang betul.

Remember masa entry sebelum2 ni aku ada mention pasal dok mencari helper kan, so ada one one blogger yang baca blog ni sms aku memberikan no telefon agensi yang membekalkan helper yang di bayar mengikut jam, Syaulawati, thanks for your help. 2 orang pekerja yang dihantar agen ni sangat cekap dan terlatih, banyak kerja mereka bereskan dalam masa 3 jam sahaja.

Then aku tulis mengenai tangan2 ku yang sangat kebas-kebas, sampai tahap aku boleh menangis bila kebas lebih 2-3 minit, dan benda ni berlarutan sepanjang hari dan malam, atau mengikut hasil bacaan aku di internet, kebas ni hanya akan hilang selepas bersalin. Terima kasih kepada Suri yang baca blog ni dan sms maklumkan dia juga alami kebas yag teruk masa pegnant and kena refer doktor pakar untuk diagnosis, bial dpt sms tu, aku pun sms dua doktor sakit puan bertanya hal ini, doktor ni juga yang juga dikenali melalui blog, terima kasih kerana penjelasan melalui sms dan juga Doktor Max siap bagi info untuk aku gali dalam internet, dan ini yang aku dapat dan senang faham BACA KAT SINI saja nak share info dengan orang lain yang baca blog ni. Thanks Dr. Max dan Doktor Wanda.

So selepas ini kalau anda seorang bos, ada staff anda tengah pregnant dan prestasi kerja dia tak bagus semasa pregnant kalau dia kata dia kebas tangan, sila percaya, ianya menyakitkan tau, bukan kebas biasa, bila terasa kebas samapi 3-4 minit, rasa macam sakit sangat2. Kalau anda suami dan isteri anda mengandung dia menangis tengah malam time tido sebab sakit kerana kebas, sila simpati dan urut dan belailah dia kerana dia memang tengah sakit. Jangan terus membuta dan marah kata isteri mengada-ngada. Aku hampir setiap malam kejutkan cik abang tengah tido minta dia urut belakang bahu, sampai ke lengan, terpaksa kejutkan dia, sebab manalah tangan aku sampai nak urut belakang sendiri kan, dan dia pun urut dengan rasa simpati. Bayangkan kandungan ni baru 5 bulan lebih, kalau nak tempoh lagi 4 bulan? uhuhuhu pengorbanan kan untuk dapat seorang baby pun.

Anak
Seperti yang aku tulis entry yang lepas, aku nak sebut bab anak dan ketentuan Allah bab ini. Kepada yang membaca blog ini, sila sensitif dengan perkara ini selepas ini. Kalau ada kawan atau sedara mara korang yang bertahun-tahun kawen tak ada anak, jangan la dok sebok bertanya mereka bila nak beranak, atau perli2 mereka, sebutlah kata-kata yang mungkin akan makbul seperti doa. Contohnya kalau dia beli rumah besar, tetapi belum ada anak, katalah perkara yang baik seperti "esok hang pa ada anak-anak, seronoknya rumah ni selesa, ni rezeki rumah besar dah dapat, nanti lepas ni rezeki anak pulak hang pa dapat, aminnn" jangan kata, "ishkk rumah besar-besar pun buat apa, duduk berdua je," tak ker sedih orang tu dengar.

Kalau diri sendiri sudah ada 2-3 anak, maka belajarlah bersyukur, kerana ramai orang lain yang tak ada walau sorang anak pun. Kalau pun ada satu anak pun bersyukur juga, kerana ada orang jangan kata nak ada satu anak, jodoh nak bersuami pun tak ada lagi. Aku dulu sedih dan tertekan selepas beberapa tahun aku try untuk pregnant lagi tapi tak berjaya, kalau pun dua kali aku berjaya, tapi keguguran pula. Tapi dalam pada itu, aku tetap redha dan bersyukur, kerana sekurang-kurangnya aku tau, aku boleh hamil dan tidak ada masalah untuk hamil, cuma rezeki Allah belum tiba. Insaf sendiri bila kenangkan ada orang yang rahim terbalik la, rahim ke belakang la, rahim rendah la,tak ada tiub follopian la, kilang ovari rosak, tersumbat la.segala macam masalah yang risiko untuk hamil sangat rendah.

Memujuk hati kenangkan ada orang langsung tak diberi peluang hamil dan ada anak, sedangkan aku sudah ada satu anak, cuma ingin menambah anak. Bila berfikir positif begini aku jadi tenang dan redha. Tapi itulah rezeki Allah, sebelum ini kami berdua mmg komited dalam usaha menambah zuriat, nasihat doktor ikut, makan ubat subur ikut sampai aku gemuk ya amat-amat, disiplin dalam menentukan masa-masa yang doktor advice untuk bersama, tetapi ALlah tidak mahu kurniakan rezeki juga. Bila aku stop semua tu, dan berdiet sungguh2, sehinggalah period aku jadi regular, dan rezeki rumah baru barangkali, tak sampai sebulan kami berpindah aku hamil lagi. Tergamam sebenarnya masa doktor bagitau aku positif pregnant, sbb mmg tak dijangka, kerana aku dan hubby tau selepas kami sibuk berpindah dan mengemas, kami kurang komitmen bersama, apa yang boleh dikatakan rezeki kali ini ialah kalau Allah nak bagi.

Bila hamil lagi dengan dugaan darah tinggi, dengan dugaan kebas tangan dan sakit-sakit, aku terfikir, inilah hikmahnya Allah tak bagi aku kerap mengandung dan beranak seperti orang lain, asyik sakit, dan mc, macam mana prestasi kerja, macam mana kemampuan aku hendak harungi kehamilan kalau ada anak kecik-kecik aku hamil lagi. Allah Maha Mengetahui kesakitan aku lalui tempoh-tempoh kehamilan ni, Dia tau kemampuan aku bagaimana, jadi Dia susun elok-elok ketetapan yang terbaik untuk aku.

Itu lah yang katakan kalau Allah nak bagi, dia tetap akan bagi, sebelum ini puas kami ikhtiar dan disiplin, tapi gagal. Jadi kepada kawan-kawan saya di luar sana yang masih belum rezeki, jangan la sedih sangat-sangat, kita patut bersedih, tetapi jangan biarkan sedih itu mengatasi kepercayaan kita kepada ketentuan Allah. Saya ada sorang kawan yang usia perkahwinan dia lebih kurang saya belum ada anak. sorang kawan yang lain pernah bertanya pada dia, ko tak risau ke tak der anak? Jawab kawan sy yang belum ada anak, "mula-mula aku risau, tapi bila fikirkan balik, ada hikmah mungkin aku tak der anak, mana tau kalau sakit beranak, mati ke, atau anak lahir tu cacat ke, Allah tau aku tak cukup kuat untuk lalui semua itu, jadi Dia tak bagi aku anak sebab mungkin Allah tau hidup aku lebih baik tanpa anak, daripada beri aku anak tapi membebankan, atau aku tak boleh hadapi nanti," terdiam aku dengar kata-kata dia.

Tambah kawan yang sorang tu, "ko tak takut ke laki ko kawen lain sebab ko tak beranak" "kalau dia nak kawen lain biarlah, kalau dia mampu dan adil, aku pun kena sedar diri kekurangan aku, siapa aku nak halang kalau Allah takdirkan macam tu, kalau betul terjadi dia kawen ada anak, boleh jugak aku tumpang gembira dan tumpang kasih anak," so cool ek.. Setiap orang ada cara dia sendiri kan nak atasi setiap masalah dia kan.

Jangan kata orang lain, emak aku sendiri pun pernah bercakap pada Mak Ndak aku, Mak Ndak aku ni sudah ada dua org anak perempuan, yg sulung dan form one, sorang lagi dah darjah 3 kot, mak aku pernah cakap, "beranak la sorang lagi Mah, kot-kot la boleh dapat anak lelaki pulak, lepas tu berhenti lah," kemudian aku cakap kat mak, "mak..mak ni kakak ipar dia, mak jangan la cakap macam tu, mana mak tau dia dah usaha nak beranak lagi tapi tak ada rezeki, mak ndak dan pak ndak tu memang la teringin nak anak lelaki, kalau dak takkan depa dok pinjam anak *mak su saja bawa balik rumah depa, tak baik tau mak sebut macam tu, orang pun ada orang cakap anak dah besar bila nak beranak lagi, orang sakit hati dengar, macam tu juga orang lain rasa, kalau orang dok sibuk tanya pasal anak " (*mak su aku pulak ada 3 hero, belum ada girl lagi) Pehtu mak diam, mak kata, dak la..mak kata masa tu tak dak orang, cuma mak dengan mak ndak je. tapi aku cakap kat mak, lain kali mak tok sah sebut tau..

Ada sorang kakak ni, dah berbelas tahun kawen tak der anak, tapi rezeki dia murah betul, kejap ke hubby dia naik pangkat, satu takuk ke satu takuk, duit banyak, diaorg spend duit untuk rumah dan rumahnya memang cantik, travel, makan angin, kata akak ni, Allah bagi rezeki kat akak ke jalan macam tu, nak tunggu ada anak tak tau bila, enjoy la hidup berdua. dia kata dah lali dengan orang bertanya. Kata dia kalau ikut dari usaha dia moden dan tradisional, dan lebih dari boleh dia nak beranak, tapi Allah tak bagi, nak kata apa, IUI dah buat IVF pun buat, tapi gagal, sampai satu tahap, hubby dia kata, ok enough kita enjoy saja hidup berdua. Dan akak ni banyak kelebihan dia yang membuatkan hubby dia sayang dia, dia pandai memasak, pandai menghias rumah, pandai bergaya, comel, peramah, suka bergaul, mesra jadi aku rasa seribu kelebihan dia berjaya menutup satu kekurangan dia. Aku kagum.

Kita hidup memang tak lari dari bualan orang, kalau tak dapat anak pun orang berkata, beranak ramai pun orang kata, kak I, kat opis aku ni sampai over limit hak dapat cuti bersalin, gomen limit cuti bersalin 60 hari tu sampai anak ke lima je, akak ni anak nak masuk 7, anak no 6 dia baru berusia setahun lebih, dan cuti bersalin pulak. Masa dia mula hamil tu dia ckp kat aku dia malu, dah tua mengandung lagi, malu orang keliling kata, ermm aku cakap kat dia, biarlah kak rezeki akak macam tu, macam saya, setiap tahun teringin nak mengandung tetapi belum pun Allah nak bagi, dia bagi sorang je dulu, akak syukurlah, dapat peluang beranak ramai, seronok riuh rendah rumah akak. Baru dia senyum lepas aku cakap macam tu kat dia.

Ada sorang lagi staff muda belia la kat opis ni pregnant juga, masa dia pregnant 4 bulan dia dah pakai baju mengandung, pun orang mengata dia, the senior2 cakap, "excited sangat, perut belum nampak dah pakai baju mengandung," laaa tu pun di kata kan..tentulah dia excited, anak pertama. Aku no comment la..sebab aku sendiri ni dah masuk 5 bulan lebih pun aku belum pakai baju pregnant ke opis, eheheh ye la sbl ni kan berat aku teruk naik, gemuk ya amat, kemudian aku diet dan turun berat lebih 20kg, so banyak la baju2 aku yang longgar, so still masih boleh pakai baju kurung, kecuali kain kat pinggang je ketat dan pakai pin. And kalau berseluar ke opis, aku pakai sepasang, jubah seluar, yang bergetah kat pinggang. Hahaha itu pun ada orang bertanya, "Ko ni bila nak tukar uniform, takkan dok pakai baju kurung lagi, masa ni lah nak melaram baju kembang" manusia kan..macam-macam la. ehehehe

Bila aku sebut nanti bila saya masuk 6 bulan, saya nak beli barang baby dah, terjegil biji mata sorang kakak ni, dia kata awalnya dok beli, tunggulah 7 bulan baru start beli, tak elok beli awal-awal kata dia. Bila aku cakap kat mak, mak kata "Kalau 7 bulan dah beranak, kakak tu nak pegi beli barang baby kat hang ka? Ingat Najmi dulu keluar sehelai sepinggang, dalam pantang hang dok merayap beli baju, kali ni toksah lagu tu dah, beli dulu sikit, buat spare, dok dengar cakap orang buat apa, esok bukan depa tu mai beli kat kita, pehtu mak tambah "beli awal tak pa, sekurang-kurang itu doa dan harapan kita, kita beli dengan harapan dan doa baby ni akan lahir selamat dan sihat, boleh pakai semua yang kita dah beli, kalau takdir ALlah sebaliknya, sedekah la pada orang, dapat pahala, tapi Insya-Allah selamat semuanya kata mak," sayanggg mak, selalu memahami hati anak-anak kan...

Jadi semua, kita hidup untuk diri sendiri dan kerana Allah Taala, orang boleh berkata apa saja, yang laluinya adalah diri kita, jadi biarlah apa orang kata, asalkan kita sentiasa bersyukur dan redha dengan apa ketentuanNya. Kalau kita tau hikmah disebalik semua yang Allah tak beri kepada kita apa yang kita hendak, mungkin kita menangis atau sujud syukur Allah tak beri kita peluang itu. Kalau Allah uji kita dengan ujian berat pun, kita redha dan syukur Allah pilih kita untuk diuji, kerana Allah tau hambaNya yang kuat untuk hadapi ujian itu, dan kita adalah orangnya.

Monday, March 24, 2008

Gambar Balik Kampung & Wedding Nurul


Ni entry bergambar..
Lambat beno nak update dan upload gambo..

sebelum lebih lanjut, kita nengok dulu kami 3 beranak pegi ke pameran MISA (Malaysia International Space Adventure) Adventure katanya..tap hagham tak adventure pun. Kalau belum abeh pameran ni, aku nak kabo tak payah le pegi. buang duit je, tak besh langsung. Tapi dah abeh pun, so kompem la korang tak leh nak pegi kan.

Kami bawa jugaklah Najmi pegi sebab dah janji dengan dia. Disebabkan kami tipikal manusia yang suka last-last minute punya kerja, maka lagi seminggu nak abeh pameran baru kami jengah ke sana, ehehe padahal tiap-tiap hari lalu kat tepi tapak pameran nak balik ke rumah

Ok layan dulu pic kat sana.
Photobucket

Photobucket
Macam biasalah mamat kecik ni mmg teruja kalau bab dia boleh berlari, mencuba itu ini, aku macam biasa, jadi camerawoman je la..kalau harap hero beso amek gambar, ada je yang tak kena kan..baik amek pic sendiri.

Ni pic sekitar sambutan birthday Najmi yang very the simple yang kami buat kat umah Mak Su di Penaga, Mak Su aku ni ada gerai makan kecil-kecilan depan rumah, so kami makan-makan kat gerai ni je sebab gerai tutup hari ni.
Photobucket
Mak buatkan pulut kuning, Mak su sediakan air dan pinggan mangkuk, Mak Ngah sediakn bihun goreng, kami juga sediakan jajan untuk Najmi bagi pada bapak-bapak sedara yang baya-baya dia tu.

And ini tepung bungkus dan gulai ikan puyu + ikan sepat yang paling sedap dalam dunia mak yang masak.
Photobucket

ok sekarang kita layan pic masa majlis kenduri kawen ipar saya, iaitu adik darling yang paling bongsu, dan ini adalah kiranya kenduri last anak-anak Pak Hj. Mior.
Sehari sebelum kenduri...aku and the team sebok menyiapkan pelamin.
Photobucket

Ini masa akad nikah di Masjid Sauk
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dan ini pic cucu kami..eheh cucu occay, akak dah jadi opah occay.. Ain, yang sangat cute, tapi malanganya dia kureng mesra rakyat, susah nak ngorat sungguh, asyik nak ibu dan papa dia je. Dan Najmi macam biasa lah memang suka beno budak comei-comei ni..eheheh dia asyik melayan Ain je.
Photobucket

Tamat sudah kisah kenduri di Sauk, moga Nurul dan Daniyal bahagia hingga akhir hayat.

Kat bawah ni, aku ada paste kan satu artikel menarik, dalam Berita Harian Ahad lepas, aku baca soalan seorang pembaca, dan tertarik dengan jawapan balas kepada masalah yang dijawab, aku rasa aku patut simpan artikel menarik begini, so aku keep as one of my entry.

Aku suka jawapan yang Dr. ni berikan, rasional dan sangat motivasi. Sila baca ye tuan-tuan dan puan-puan, untuk peringatan diri sendiri juga.

Ada sorang kawan aku sudah 2 tahun lebih kawin masih belum ada anak, dan dia selalu tertekan, bukan dia tertekan sebab dia tak mengandung lagi, sbb dia percaya pada Allah, tapi tertekan dengan mulut sedara mara, kawan-kawan duk mengusik dan bertanya. AKu meluat betul dengan mulut orang yang sebok tanya orang tu bila nak beranak, takkan nak berdua je la...tak kena batang hidung sendiri boleh la ko bermulut tak der insuran bertanya org pasal anak. Cuba kena diri sendiri baru ko tau.

Nanti next entry aku tulis pasal perkara ini, now lunch time.moh makan...


Sunday, March 23, 2008

Artikel BH: Anak


Kaunselor Anda: Risau diceraikan kerana tiada anak
Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my
Soalan

Saya berusia pertengahan 30-an dan sudah berkahwin sejak tamat belajar. Malangnya sudah bertahun-tahun mencuba untuk hamil, tetapi masih belum berjaya. Suami juga sudah cuak dan malas untuk membuat pemeriksaan demi pemeriksaan kesihatan. Saya tahu punca tidak subur datang kerana masalah haid yang tidak menentu dan selain masalah hormon. Kalau dulu suami banyak bagi sokongan kini dia sudah malas.

Saya pernah terfikir untuk membuat kaedah IVF tetapi suami tidak mahu bekerjasama kerana katanya dia sudah penat berbuat demikian sepanjang kami berkahwin. Saya berkecil hati dan berasa dia sudah tidak peduli lagi dengan kehidupan kami suami isteri. Dia seakan tidak faham dengan tekanan yang saya lalui sebagai isteri dan menantu. Saya tidak mahu kami berpisah kerana masalah begitu apatah lagi saya sangat sayang padanya. Apa nasihat doktor?



Maz

Jawapan:

Salam bahagia Maz yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah, ini tandanya Maz masih kuat dan matang. Maz, setiap perkahwinan adalah ditentukan oleh Allah. Sebab itu ditegaskan oleh agama bahawa rezeki, jodoh, ajal dan maut ditetapkan Allah sejak kita belum lahir lagi. Percayalah ini dengan kukuh.

Andai kata kita benar percaya bahawa suami kita dipilih Allah untuk kita, maka dia adalah pasangan kita yang diizinkan Allah. Jika kita percaya bahawa permulaan perkahwinan itu atas ketentuan Allah, maka percayalah juga bahawa kehidupan pasangan itu adalah juga dalam ketentuan Allah kerana sudah ditegaskan rezeki dan ajal kita di tangannya, ini bermakna kehidupan perkahwinan kita itu terus dalam jagaan dan perhatian Allah.

Ketahuilah juga bahawa Allah tidak melepaskan perhatian-Nya kepada makhluknya walaupun sesaat pun. Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur ke bumi, mana mungkin Allah tidak tahu apa yang sedang Maz hadapi. Apa yang menjadi masalah pada Maz dan suami sekarang ialah hubungan dengan Allah sangat nipis dan rapuh. Sehingga kedua-dua anda terjebak ke dalam keadaan putus asa.

Sedarlah Maz sayang, Allah maha mengetahui apa yang diinginkan oleh hamba-Nya dalam hidup ini. Allah sangat sayang dan pemurah pada hamba-Nya. Oleh itu nasihat Umi buat Maz, belajar erti sabar dan tabah kerana Allah berjanji sesiapa yang sabar Allah akan beri kemenangan. Langkah pertama, rapatkan diri dengan Allah sehingga Maz berasa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita, Dia melihat dan mendengar hajat, keluhan dan doa kita lebih jelas daripada orang lain di sekitar kita.

Jika Maz mengatakan suami tidak faham perasaan Maz, sedarlah sayang, bahawa Allah sangat mendengar dan memahaminya. Allah belum lagi mahu mengurniakan cahaya mata buat mu walaupun sudah berusaha sedaya upaya hingga Maz berasa bahawa dengan usaha itu Maz sepatutnya sudah dapat anak. Maz tidak berasa bahawa apapun yang kita lakukan jika tidak diserahkan hasil dan hujung usaha itu kepada Allah maka usaha itu tidak akan mencapai kejayaan.

Kita jangan bergantung semata-mata daripada usaha kita saja, kerana kita makhluk hanya layak berusaha tapi penentuan hasilnya adalah Allah. Jangan terlalu yakin bahawa semua usaha kita akan kita raih hasilnya tanpa meletakkan kuasa Allah di akhirnya. Sebab Allah mengingatkan tidak akan terjadi sesuatu tanpa izin-Nya. Maka mungkin di sinilah sedikit kekeliruan pada Maz, sehingga berasa tidak mampu meneruskan hidup dengan sewajarnya hanya kerana tidak punya anak. Ini adalah tindakan yang kurang wajar, belajarlah menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Biarlah suami berkelakuan semahunya, tapi anda harus belajar kuatkan hubungan dengan Allah kerana segala yang terjadi ini adalah dengan ketentuan Allah.

Jika anda dan suami tidak mahu menerima hakikat ini bermakna sentuhan Allah sangat sedikit di hati anda. Satu perkara lagi, sedarlah yang anda masih muda, masih ada ruang untuk berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah. Tanamkan dalam minda, hati dan jiwa anda bahawa anda bukan tidak boleh punya anak tapi belum diizinkan Allah untuk punya anak. Mungkin persediaan anda untuk jadi ibu dan ayah belum sempurna. Oleh itu belajarlah untuk menghargai apa yang ada, kerana apa yang diberikan itu adalah yang terbaik buat mu. Bersyukurlah yang anda sudah bergelar isteri sedangkan di luar sana masih terlalu ramai orang yang belum berjaya menjadi isteri pun, dan berapa ramai pula wanita yang menjadi ibu tunggal, sedangkan anda hanya belum punya anak saja. Jika boleh anda mungkin perlu pertimbangkan mengambil anak angkat, kerana biasanya jika anda lulus dan layak menjadi ibu kepada bayi yang bukan darah daging anda, Allah akan berikan anda anak sendiri pula.

Dengan mengambil anak angkat anda mendapat dua kehebatan, menyelamatkan anak yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya dan kedua anda mampu membahagiakan diri dan keluarga dengan kehadiran anak yang bukan daripada darah daging sendiri. Inilah ciri keibuan yang paling tinggi nilainya dibandingkan dengan menjaga anak sendiri.

Ingatlah isteri paling dicintai oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, iaitu Saidatina Aisyah RA itu juga tidak dikurniakan anak, namun masih sangat membahagiakan suaminya dan menjadi isteri yang paling dimuliakan Allah berbanding isteri Rasulullah yang lain. Dia tidak pernah sedih dan mengeluh pun kerana dia sedar kemahuan Allah mengatasi kemahuan manusia sedangkan hubungannya dengan Allah dan Rasulnya amat erat . Maka sedarilah kita ini siapa pada mata Allah.

Thursday, March 20, 2008

Ex ICOM, IKEA


Yeay.. dah tukar lagu kat blog ni..
sepatutnya lagu ni ke udara di blog ni masa entry catatan hari lahir untuk Najmi, tapi masa tu engineer blog aku ni tengah sibuk dengan pilihanraya, maklumlah org kuat spr. ni baru sempat dia upload...

terima kasih AJID

Lagu ni sangat special, sebab lirik dia sesuai untuk dedikasi kepada Najmi. and penyanyinya ialah Zainal, yang mana masa album hijau dulu aku sangat2 minat dia, mmg satu album tu aku hafal lagunya. Beli kaset cetak rompak je, kemudian dubbing semula pada kaset kosong supaya kalau rosak ada back up. eheheh sungguh nostalgia.

Sebut bab kaset dan lagu ni, ingat tak dulu-dulu time 80an dan awal 90an, mana la ada mp3 bagai..radio yg ada pun radio satu dan radio 3, iaitu radio Kedah la. Time tu kemain kita layan pujaan 10 nescafe...eheheh time pujaan 10 nescafe tu mmg siap sedia kaset kosong dalam kaset player tu sbb nak rakam lagu best-best... ehehe bila main semula, dengar la lagu dirakamkan dengan ada suara-suara DJ, eheh malah kalau mak tengah beleter pun boleh masuk..ahaks...

kemudian nak tulis lirik, kita stop kejap, salin lirik, play balik, stop salin..ahaks..sungguh tekun...skrng ni taip je kat google semua ada. canggih kan..

Akademi Fantasia
dah mula ek...aku baru perasan, ehehe sungguh boring sampai aku tak amek tau, mungkin sebab pengacara dia mmg bosan kot, sarimah tu mmg tak kena sungguh dengan taste aku, AC tu tatau le camner coraknya..tunggu minggu ni...

Tapi yang menariknya ialah salah seorang tenaga pengajar tu, iaitu Genervie Kam, aku kenal dengan minah ni, masa aku kerja kat ICOM dulu (International Coll*ge of Mus*c) tak sangka dah jadi very the profesional budak-budak ni skrng, masa aku kerja dulu tu mmg sempat la kenal rapat dengan diaorg, ye la student kolej tu bukannya ramai pun, staff pun tak ramai, berapa kerat je staff yg ada pun. Kiranya masa aku kerja sana, yg dah top skrng ialah, Vince, Az Samad, Noreen Aziz, Rich, sapa lagi ek..Taheerah, tp Taheerah dah senyap sikit skrng.

Vince tu mmg la nakal budaknya kalau dia masuk library tak kena marah saja je la..suka sangat buat bising, dia dgn sorang best friend dia, budak India, eheheh masa dua tiga tahun lepas aku jumpa dia kat PICC, masa ada function kat sana, dia siap jerit sebab jumpa aku..hahaha bukan aku excited jumpa dia..dia pulak teruja bila nampak aku..hahaha kata dia, dia ingat lagi aku selalu marah dia dalam library, dan dia suka bodek aku kalau dia lambat return buku..eheheh. Memang sangat kuat bercakap.

Rich aku tak kenal rapat, sebab dia pendiam sikit, tapi Noreen memang agak rapat, sebab kat kolej tu mmg tak ramai melayu, baik student atau staff, masa ni Noreen tengah kemelut dalam rumah tangga dia...so selalu la dia menangis-nangis cerita problem dia kat aku, kami selalu juga keluar makan-makan kat McDonald depan kolej tu, and masa aku tgh pregnantkan Najmi mmg kerap la dia tapaukan makanan untuk aku, or the other budak-budak chinese yang lain. Lepas aku berhenti kerja kat sana, aku lost contact, no hp Noreen dah bertukar. An now aku teringin nak jumpa Noreen kembali. Az Samad pun rapat juga, (anak A. Samad Said) antara budak lelaki yang baik sangat, hormat orang dan humble giler, tapi manja sungguh, disebabkan aku sorang je staff melayu kat situ (ada la dua tiga lecturer lain melayu, tp non acedemic staff mmg aku sorang je la melayu) budak-budak melayu kat situ mmg rapat dengan aku.

Ye la..aku pun nak kawan dengan sapa, kalau tak dengan depa. Student situ bukan ramai, masa aku kerja dulu tak sampai 80 orang pun. And kolejnya kecik je, kalau diaorg takder kelas, mmg akan lepak library je, sbb kat library diaorg boleh pinjam buku, majalah, kaset, cd, layan video. Dan staff library tu ada dua org je, aku dan sorang lagi pembantu aku. Masa aku pregnantkan Najmi, budak-budak kolej ni suka pegang perut aku, ye la depa budak-budak belasan tahun, teruja semacam je, ehehe itulah agaknya hero kecik aku tu muka iras anak cina gak pun.ehehehe.

Pasal si Genervie ni pulak, budak ni mmg la sangat manja dan gila-gila betul budaknya, bf dia masa tu budak melayu, eheh tatau le kawan lagi ke idak. Mmg rapat la berdua ni, kemana pun bersama je, bila tengok genervie serius dalam AF aku nak tergelak, sebab suatu masa dulu aku kenal dia, mmg sempoi dan otak gila-gila. Dia suka je cakap apa dia nak cakap, kalau dia marah selamba je dia marah. Tahniah untuk budak-budak ni yang dah berjaya dalam bidang mereka.

Helper
Ingat tak hari tu ada mention pasal Tati? our monthly helper tu alahai..sedihnya Tati dah balik Indon, dan tak sempat dia kasi no telefon pengganti dia, aku tengah pening nak cari helper baru, untuk mencuci bilik air, lap tingkap, habuk dan bereskan kerja mencuci rumah ni. Ada cleaner kat opis aku ni nak buat, tapi diaorg duk jauh, kat sg. ramal sana nun...koser la aku nak amek dan hantar jejauh tu.

So di kesempatan ini, eheheh aku ingin bertanya kepada my blog reader, ada tak no telefon mana-mana weekend/monthly helper ni? Tolonglah email or ym aku, very the terdesak dah ni...nak area putrajaya la..tanak jejauh, kecuali diaorg boleh datang sendiri.

IKEA
semalam kan kitaorg pegi IKEA, eheheh ini upahnya dari darling sebab dia mintak tolong urutkan badan dia yang lenguh-lenguh.dan aku urut dengan ikhlas tau..hiks..ikhlas katanya.. sambil urut tu aku cakap dengan manja-manja sikit "babah..nanti nak upah tau.." hiks..babah tanya nak apa pulak... aku cakap nak upah pegi IKEA boleh?? ahaks...ikhlas urut katanya..dan babah pun cakap larat ke?? hahaha kalau nak shopping mestilah larat..ahaks.. makanya pagi tu awal pagi kami dah gerak ke IKEA, aku memang dah lama teringin nak beli kosi rotan IKEA yang kaler putih tu, kononnya the english style la kan..tapi ampeh, masa sampai sana, kosi kaler putih dah abeh..sakit hati sangat... yg ada kaler natural rotan tu.. tp disebabkan aku tatau bila pulak lagi nak pegi IKEA, jadinya aku angkut le jugak. nanti-nanti nak cat je kaler putih.

Hampir juga nak terbeli hucth breakfast, (alaa lemari macam aku tunjuk itu hari tu..) reganya ok tak sampai 1K, kecik tu la...tp memikirkan tak muat kereta, and pulak delivery jauh dan mahal, tak jadi... tapi tuan-tuan dan puan-puan jangan risau, saya sudah membodek si dia agar pegi tengok kat macy home furnishing.. kebetulan tengah sale ni babah.. rasanya kat sana kompem ada jugak, cuma reganya tak tau le..kat IKEA kira harga logik gak, satu yang jenis tinggi dalam RM800++ je, yang jenis rendah tapi lebar pulak harnya dalam RM700++ kalau kat macy lebih kurang rega tu beshnya.. Naper la kedai perabot Ah Kau, Ah Meng Lim Tat tak jual lemari cenggitu?? jimat kos tau..

Jadi pada anda di luar sana, jangan terjebak dengan pengaruh-pengaruh Anjung Seri dan Impiana tu, kalau anda mempunyai momentum kekebalan diri tak per, kalau aku ni sangat gedik tau, dari dari Anjung Seri, Impiana, dan berporum kaum wanita ni, aku sudah terjebak dengan English/Country Style ni, sangat merabak poket.

Masa balik kampung darling tanya aku ada mengidam nak beli apa-apa ke? ehehe aku cakap mengidam nak lemari je...ahaks... member cakap, melampau...ahaks...sabar... Nak beli sendiri tak mampu tau, terpaksa bodek laki.. itu pun kata laki, "tengok mood" huhuhu

Tuesday, March 18, 2008

baru balik dari kampung


Baru nak update...

Terima kasih buat semua yang mengucapkan selamat hari lahir untuk Najmi dan doa yang baik-baik untuk dia.

Baru berkesempatan nak update, seminggu bercuti di kampung, di dua negeri yang kini di kuasai pembangkang, yang kini menjadi kerajaan. Cuti seminggu di bahagi dua, separuh kami habiskan di Sungai Petani dan separuh lagi kat Kuale. Adik ipar aku kenduri kawen, inilah kenduri last sebelah darling, sedih dan terasa sunyi walau meriah sebenarnya, kerana masih terasa ketiadaan arwah Nyah. Al-Fatihah.

Alhamdulillah Nurul kini selamat menjadi isteri Daniyal. Moga jodoh berkekalan.

Pilihanraya..

4 negeri bertukar pemerintah, sebelum ini BN adalah kerajaan di negeri-negeri Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah kini mereka jadi pembangkang. Masa malam keputusan undian tu di umumkan, kami hanya sempat tengok sedikit di tv sebelum bergerak balik ke Kedah, sempat melihat kemenangan Nurul Izzah, kemudian kami gerak balik Kedah, dalam kereta adik ipar aku akan update beberapa maklumat terkini, suka kejap kami bila dengar Samy Value tewas, menunggu dengan suspen keputusan kak Pidah. tapi kak Pidah menang. Bila menghampiri kawasan sempadan Kedah/Penang, signal radio Alor Setar dapat, dan kami dapat keputusan terkini mengenai dun-dun di Kedah dan sungguh tak sangka satu demi satu keputusan Pas dan PKR menang. :-)

Masa Jumaat malam tu kami travel balik KL-Utara, highway sesak dan penuh macam nak raya walau cuma pilihanraya, ramai ooo anak muda duk KL balik mengundi di kampung. Bak kata pengerusi BERNAMA, orang muda di bandar tak baca Berita Harian dan Utusan Malaysia sahaja, depa ada blog, baca blog, gali maklumat dalam internet. Jadi apa yang tidak keluar di media perdana, keluar di internet. Jadinya mereka ini tahu maklumat lebih sikit.

Berada di negeri-negeri yang dikuasai kerajaan baru mmg best. Panas. Ehehehe, mak aku asalnya penang, so sedara mara belah mak mmg semua masih di Pulau Pinang, so dua hari lepas pilihanraya kami balik Penang dan kedengaran lah marah-marah manja mak-mak dan bapak sedaraku yang very the UMNOnya.

Bila depa sebut itu ini, macam nak je aku menjawab..tapi menten angguk2 je la..depa ni tak faham konsep negara demokrasi dan konsep kenapa perlu ada pembangkang dalam satu-satu negara. Depa tak tau apa pembangkang dok bangkang, bahas atau dok mintak penjelasan pak menteri di Parlimen, sabo je la..bagi aku yang dah beberapa kali bertugas di parlimen tau jugaklah kenapa cakap-cakap pembangkang ni ada betul dan logiknya kadang-kadang. Jadi tanpa pembangkang aku rasa lagi kenaikan segala tol, segala barang naik mendadak-dadak, pembangkang ni perlu sebagai agen pemerhati dalam kerajaan. Tak semua yang kerajaan nak buat itu betul-betul bawa pulangan kepada rakyat, ada yang cuma menguntungkan puak-puak tertentu je. jadi ini peranan pembangkang berhujah dan minta penjelasan.

Ingat nak tulis panjang-panjang tapi kang kena ISA pulak aku..eheheh jadi kalau nak best pegilah baca blog MAT JAN dia bekas pelajar undang-undang, jadi dia tulis lagi best.

Kisah diriku pulak..
eheheh macam apa je tajuk tu.
sebenarnya aku dari minggu lepas masih belum masuk office lagi. Cuti seminggu + 1 hari, and hari ni 18/3, aku ada check up kat hospital. Syukurlah BP masih menten, tidak naik terlalu mendadak, tapi masih tinggi bagi bacaan normal, so doktor J kasi mc 2 hari untuk rest. Memang aku perlukan mc tu, kerana aku sakit tangan sebenarnya, jadi macam lenguh-lenguh, sampai satu tahap dia jadi kebas-kebas. So semalam aku call satu mak cik ni, mintak dia urutkan. Sakitnya makcik tu mengurut, macam nak menitik air mata.

Kata makcik tu urat aku ni dah teruk sangat, bersimpul sana sini, dia tekan dia urut, sakit sungguh, tapi aku tahankan je la untuk cepat lega. Selagi tak urut selagi tu dok kebas, bila datang kebas, dia jadi lenguh sampai tahap aku dah menangis menahan sakit, terutama bila malam, sejuk dan aku akan jadi kebas. Alhamdulillah, lepas mengurut tak der kebas-kebas dan lenguh hilang, aku rasa lega dan lebih ringan. Masa Najmi dulu pun macam ni, aku sentiasa kebas tangan. Rupanya kata mak, kami ni keturunan kot, mak pun jenis kebas, mak su aku pun jenis kebas bila mengandung.

Lagi satu aku time pregnant, malu nak tengok muka sendiri di cermin, sembab sungguh, hidung kembang semacam, arwah tok aku dulu mengusik aku, kata hidung aku masa mengandung macam hidung jambu air. Siap ambik sebiji jambu air beso tu letak kat hidung aku. dah tu pulak, time pregnant ni juga badan aku naik ruam macam jerawat, penuh berbintil di tangan, dan badan, buruk sungguh kalau nampak. Masa Najmi dulu, sampai dia umur 9 bulan baru hilang kesan-kesan tu.

Macam-macam dugaan masa mengandung ni kan..Oh ya..tadi doktor J dan scan, dan kata dah nampak baby tu macam baby ?????????????? eheheh kasi suspen dulu...tunggu next scan kita confirmkan... masa tu clear la kot, sbb tadi doktor kata nampak macam ???????? cuma tak clear sangat.

Ermmm bila bercuti lama dan balik kampung, bila balik ke sini semula aku jadi homesick, teringatkan mak abah, teringatkan rumah di kampung...ohhhh rindunya... teringat petang-petang gini mak buat cucur, minum petang sambil layan drama Bella, berborak-borak dan bergossip...uhukkkk makkkk rindunya kat mak....tak puas balik 3-4 hari kat kampung...tak cukuppppp....

Rindu sangat kat mak..

rindu nak makan apa saja yang mak masak, bila balik kampung aku saja je tak masak, tolong-tolong cuci pinggan, potong-potong, cuci ayam, ikan je..sbb nak mak yang memasak, sebab mak masak walau main campak-campak sedap belaka. Tumbuk sambal belacan tu cilinya tak lumat pun, pecah-pecah gitu je..tapi sedapnya bukan main, kena pulak cicah dengan ulam raja, daun selom, dan darling pulun dengan ulam daun putat, mmg kena sungguh.

Katalah mana hotel atau restoran hebat mana pun, bagi aku emak punya masak jugak sedap, walaupun uli donat cara kampung, tapi sedapnya sungguh menggoda. mak buat laksa bukan main blender saja isi ikan, tumbuk pakai lesung batu, itulah sedapnya bukan main, kita buat main blender je semua.

Balik kampung ni juga dapat makan ikan sungai fresh, merasalah pak ngah memancing dapat sepat, puyu di buat gulai dengan ubi keledek, sedap dan manis...erkkk sedapnya..teringat-ingat...

Wednesday, March 05, 2008

Happy Birthday Najmi !!!


Photobucket

Ini entry khas untuk Najmi

Assalamualaikum anak mama dan babah Mior Adha Najmi.

Hari ini Birthday Najmi. Mama dan babah bersyukur kepada Allah, kami masih panjang umur untuk bersama-sama sambut birthday Najmi pada tahun ini.

Sudah 7 tahun usia anak mama dan babah yang sangat handsome ni. Bertuah mama dan babah dapat anak yang handsome, dan baik. 7 tahun yang lepas, masa mama mengandungkan Najmi, baru 30 minggu atau 7 bulan 2 minggu, Najmi sudah pun dilahirkan pada hari ini. Tak puas mama mengandungkan Najmi, tapi takdir Allah, lepas 7 bulan 2 minggu Najmi dalam perut mama, Najmi lahir ke dunia, berjumpa mama dan babah.

Masa Najmi lahir kan, kecil je anak mama ni, berat Najmi masa 1.215kilogram je. Najmi bayangkan mama beli gula sebungkus tu, beratnya 1 kilogram, Najmi lebih 215 gram je dari gula sebungkus tu. Tapak kaki Najmi masa lahir sebesar ibu jari tangan mama dan babah je. Jari-jari tangan Najmi kurus sangat, tak ada isi pun, ada kulit je melekat kat tulang-tulang jari Najmi. Mata Najmi masih tertutup, kening pun tak ada lagi, masa pertama kali mama tatap Najmi, mama menangis, menangis sebab kasihan Najmi kurus, kecil dan duduk ditiarapkan dalam inkubator.

Kemudian ada doktor perempuan pujuk Mama, doktor tu kata suruh mama tengok anak orang lain yang lebih kritikal. Doktor kata ada bayi lahir besar, berat normal, tapi sakit jantung, sakit paru-paru. Doktor kata Najmi sihat semuanya, paru-paru pun matang sepenuhnya, dan Najmi kuat, Najmi bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Doktor itu juga cakap pada mama, biasanya budak lahir tak cukup cerdas budaknya. Dan Alhamdulillah, mama bersyukur Najmi anak yang mudah belajar. Najmi ingat selalu tau, itulah kuasa Allah Taala, kalau dia izinkan semuanya berlaku, dia terjadi seperti yang Allah rancangkan. Walaupun Najmi lahir kecil, kurus tapi Alhamdulillah dengan izin Allah Najmi sihat semuanya. Cuma menantikan berat lebih dari 1.7kg baru doktor bagi mama bawa Najmi balik.

Masa mama mengandungkan Najmi sejak dari mama mengandung 26 minggu, mama kena tahan di wad tak boleh balik-balik langsung sehinggalah Najmi lahir. Kita kena naik ambulan, dari hospital kat Cheras ke Hospital Besar KL, kerana hospital awal tu tak cukup incubator untuk baby lahir tak cukup bulan.

Ok, Najmi duduk dalam incubator tu 38 hari tau sayang, selepas berat Najmi cecah 1.5kg, Najmi di keluarkan. Mama happy sangat sebab boleh terus belai Najmi, dan menyusukan Najmi terus dan boleh dodoikan Najmi bila-bila masa, tak payah melalui lubang balang incubator lagi. Genap 41 hari, usia Najmi, berat Najmi sudah cecah 1.69kg, jadi doktor tanya mama, hendak balik atau tidak, dah tentulah mama jawab nak balik, doktor ok, ok tunggu esok,kalau 1.7kg beratnya boleh balik. Masa ini mama siap telefon mak tok di kampung suruh mak tok datang hari tu juga ke KL, sebab esok Najmi boleh balik.

Wah, mama seronok sangat, terus mama cakap dengan Najmi minum susu mama banyak-banyak, supaya berat naik, dan jangan berak banyak-banyak.. Ehehehe, esoknya pagi-pagi suspen je mama bawa Najmi ke penimbang, mama sangat happy bila tengok penimbang tu gerak ke angka 1.712kg. Syukur Ya Allah. doktor kata kena last check up sebelum keluar, doktor nak scan otak, mata, test patu-paru, syukur Najmi normal semuanya.

Najmi tau tak, masa Najmi lahir tu, boleh di katakan Najmi sehelai sepinggang, tak der baju pun, yang ada pun hanya sepasang, dan stokin dan sarung kaki baby, itu pun arwah moyang yang belikan Najmi untuk cicit pertama dia. Itu pun dia belikan masa dia pertama kali datang rumah kita kat Cheras dulu. Itulah satu-satunya barang baby yang Najmi ada, diapers sekeping pun tak der, botol susu pun tak der. Sampaikan masa mama dalam pantang pun boleh mama dan babah merayau belikan baju untuk Najmi sebab kesiankan anak mama takder baju langsung. Cerita kelakar pulak, babah pertama kali beli diapers tu, betul-betul babah beli brand Pampers, dah tu jenis baby dry pulak, mahal sungguh, sekeping seringgit lebih, sehari pakai berkeping-keping, sampaikan nurse di wad kanak-kanak tegur, bagitau beli je diapers murah, sebab Najmi tak kencing banyak pun, sikit je, titis2 saja, walaupun 2,3 titis kencing, tetap akan ditukar diapers, sebab doktor takut ada jangkitan. Ehehe kemudian tu barulah babah belikan diapers yang murah-murah. Lucu la masa tu, sebab mama dan babah tak tau apa nak dibeli, dan apa perlu ada. Losyen, bedak baby satu pun takder.

Ada lagi satu perkara lucu berlaku masa mama dan babah beli barang baby untuk Najmi, masa tu dalam sakit-sakit mama dan babah pegi shopping barang baby kat Jalan Masjid India, babah jalan dulu bimbit semua beg-beg barang yang dibeli, mama jalan perlahan-lahan sebab masih sakit, pertengahan jalan, mama tengok ada beg plastik tercicir tengah jalan, mama kata dalam hati, "Eh, orang ni cicirkan barang, barang dia sama je dengan barang aku beli, baju baby sama, botol susu sama, getah pelapik pun sama.," eheheh dekat nak sampai dekat kereta, babah kelam kabut, datang pada mama bagitau ada barang tercicir, la..rupanya yang mama nampak tadi barang untuk Najmi rupanya, tapi bila babah patah balik hendak ambil barang tercicir tu sudah tak ada, orang lain dah ambil, mama menangis tau, terpaksa berpatah balik beli semula barang yang telah di ambil orang. Kelakar pula bila mama ingatkan.


Itu sebab untuk adik Najmi nanti, kita belikan adik barang sikit ye sebelum adik lahir, sekurang-kurang adik ada diapers sendiri, ada kain napkin, ada dua tiga baju. Najmi pun tahu kan, mama ada darah tinggi semasa mengandung, thanks Najmi sebab selalu take care mama, bila mama tak sihat, adik Najmi pun doktor kata adik nanti akan lahir tak cukup bulan juga, jadi kita sama-sama buat persediaan adik awal-awal ye, kita beli baju adik dua tiga pasang, beli stokin, beli diapers adik, losyen. Najmi yang pilihkan ye nanti. Doakan semoga adik selamat lahir tau. Mama rasa happy sebab Najmi selalu cakap kat adik, adik kena kuat macam abang, nanti bernafas sendiri, tak payah pakai balang oksigen, kalau adik lahir tak cukup bulan macam abang.

Najmi tau tak kenapa bila setiap kali hari raya haji mama belikan atau buatkan kek untuk Najmi? Sebabnya Najmi special, Najmi lahir pada hari raya haji. Cabaran juga bila lahir hari raya haji, sebab kat hospital masa tu tak cukup doktor, dan nurse tapi kes kecemasan ada dua tiga pada hari itu, awal pagi tu, jam 5 pagi, doktor bagitau mama, dia akan buat pembedahan untuk keluarkan Najmi dari perut mama esok pagi,jam 8.30 pagi, kata doktor tu, Najmi kena dikeluarkan kerana kalau terus di simpan dalam perut mama, mungkin Najmi tak selamat, kerana air dalam perut mama tu dah kurang, dan takut nanti bekalan oksigen ke otak Najmi tak dapat terima sebab tekanan darah mama sudah naik. Doktor kata, Najmi lebih selamat, dikeluarkan, di jaga di luar dari di simpan dalam perut mama. Mama rela sahaja yang terbaik untuk Najmi.

Tau tak, doktor call babah jam 5 pagi tu, babah mamai lagi, tapi lepas subuh babah sampai, kami berdoa sama-sama agar Najmi selamat lahir, mama takut sangat dan suspen. Jam 8.30 pagi doktor bagitau tak dapat buat kerana ada kes kecemasan lain, ada ibu orang lain dah tumpah darah, jadi doktor kena selamatkan orang itu dahulu dan baby tu, jadi kita belum lagi, jam 11.00 pagi doktor kata mungkin kita kena tukar wad lagi, kerana ventilator baby yang doktor standby untuk Najmi sudah kehabisan, doktor call beberapa hospital, doktor kata mungkin kita akn dipindahkan ke Hospital Selayang, sedih sangat masa tu. Dalam doktor buat persiapan kita hendak pindah, tiba-tiba doktor terima panggilan dari Unit NICU Kanak-kanak, doktor sana maklumkan, ada satu baby sudah dapat keluar dari ventilator, dan mereka simpan ventilator tu untuk Najmi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kelahiran Najmi.

Doktor kata bersedia untuk masuk dewan bedah jam 2 petang lebih kurang. Mama takut sungguh, menggigil satu badan mama, sampai akhirnya doktor itu terpaksa biuskan mama sampai mama tak sedar apa berlaku. Dan Tepat jam 3.54 ptg, Najmi dilahirkan, doktor pakar kanak-kanak yang menyambut Najmi cakap, Najmi miracle, Doktor tu kata pada babah, 'your baby is very strong, dia tak perlukan bantuan oksigen, paru-paru dia kuat, jantung normal, cuma dia kecil sahaja, dia tak perlukan ventilator, dia hanya perlu duduk dalam inkubator sahaja,' Syukur pada Allah kerana menciptakan keajaiban ini. Subhanallah..Besar kan kuasa Allah Taala. Jadi Najmi kena sentiasa bersyukur pada Allah.

Dan hari ini, anak mama yang handsome ni dah besar, dah usia 7 tahun, perut pun dah gendut. Hehehe.. Tahun lepas antara harapan mama ialah untuk melihat Najmi melangkah masuk ke sekolah rendah. Alhamdulillah, panjang umur dapat melihat the most handsome boy masuk darjah satu. Dan syukur betul juga kata doktor di hospital tu dulu, mama syukur dapat anak 'good boy' macam Najmi. Cukup bersyukur Najmi diizinkan Allah Taala, pada usia 4 tahun kenal semua huruf dan sebelum usia 5 tahun sudah boleh membaca buku cerita sendiri.

Dan mama happy dengan Najmi dalam periksa di sekolah baru-baru ini, Najmi lulus beberapa subjek dengan bagus. Mama dan babah sangat happy. Nanti mama beli hadiah untuk birthday Najmi dan sekali hadiah dapat keputusan bagus. Tapi ingat, Najmi sudah letakkan satu tahap untuk Najmi saing diri sendiri di masa akan datang, mama berharap Najmi akan lebih baik di masa akan datang. Walaupun ada subjek Najmi sudah dapat 100% tapi masih ada subjek Najmi hanya dapat 80%, jadi ingat babah cakap..tanak tengok ada merah dalam report card. Doa mama sentiasa ada untuk Najmi. Walaupun mungkin tidak secemerlang anak-anak lain, tapi mama bersyukur kerana Najmi sentiasa suka belajar.

Najmi,

Mama doakan Najmi jadilah umat Islam yang baik, taat pada suruhan Allah, pandai mengaji, jaga solat. Syukur pada usia 7 tahun solat Najmi sentiasa cukup 5 waktu, kecuali kalau hari cuti, puas mama kejutkan Najmi solat subuh, mesti Najmi tak nak bangun. Babah kata pelan-pelan, nanti sampai masa babah akan tegas. Babah walaupun garang, tapi babah sayangkan Najmi, babah tegas bila masa Najmi belajar sebab babah nak Najmi cepat belajar. Dan syukurlah Najmi senang di ajar.

Oklah Najmi, nanti malam kita pegi makan chicken chop seperti yang Najmi hendak, untuk birthday celebration, tunggu kita balik Kedah nanti, kita sambut dengan mak tok, mak su, tok ngah, tok su, tok ndak, tok lang, dan pakcik-pakcik dan makcik-makcik najmi yang sebaya-baya Najmi tu. Kita cari kek ye nanti...

Najmi nanti, kalau sudah ada adik, Najmi jadi abang yang sangat baik tau..I know you will. Rajin-rajin belajar mengaji, nanti Najmi boleh baca muqaddam pada adik, nanti Najmi boleh baca story book untuk adik. Doa banyak-banyak adik selamat lahir dan membesar dengan Najmi menjadi anak-anak mama dan babah yang baik.

Tahun depan Najmi akan lapan tahun, cepat sahaja mama rasa masa berlalu kalau boleh mama nak Najmi terus jadi anak kecil kami, tapi sebagai manusia, fitrahnya semuanya akan membesar dan akan dewasa. Mama dan babah selalu rindukan Najmi, macam mana Najmi selalu rindukan babah dan mama.

Terima kasih Najmi kerana hadir dalam hidup kami, syukur kerana Najmi mama merasa nikmat mengandung dan melahirkan anak, merasa bagaimana menjaga baby dari sekecil-kecil Najmi, sehingga Najmi sudah 7 tahun, Najmi ciptakan keindahan untuk mama jadi ibu dan untuk babah merasai jadi ayah. Najmi ciptakan keindahan bila pertama kali kami bersorak gembira bila pertama kali melihat Najmi meniarap, kami bersorak gembira bila melihat Najmi merangkak, berdiri, dan kami bersorak gembira sama-sama dengan Mak Tok, Mak Su, Mak Ngah, bila pertama kali kaki Najmi melangkah bertatih berjalan masa kita cuti balik kampung dulu. Najmi juga ciptakan debaran bila Najmi demam panas, Insya-Allah moga Allah pelihara kita semua dari perkara yang tidak baik.
We Love You Najmi..
Muaaaahhssssss....

tambahan : Lepas cuti sekolah baru blog ni akan update...esok malam nak balik kampung...

and note, hari isnin malam selasa saya bermalam di wad, kerana bp naik sedikit, mujur sehari semalam je...sabo je la...

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino