Monday, August 31, 2009

Baby Q bercerita - Cuti Merdeka Adik


Hai semua.. Ni adik ni, mama penat, jadi adik pulak bercerita la, boleh ek..
Hari Jumaat lepas tu kan.. babah ajak kitaorg semua balik kampung, adik sukalah.. ye la.. adik boring la, sejak H1N1 ni, adik asyik kena tinggal kat umah je..paling-paling keluar pun kena bermalam kat hospital hari tu semalam. Mama dan babah kata, sekarang tak boleh bawa adik jalan-jalan.. Kalau mama pegi mana pun adik kena duduk ngan bibik. Mama dan babah tu sayang adik, tu sebab mama tak nak dedahkan adik pada bahaya penyakit H1N1 tu, jadi bila babah cakap nak balik kampung, adik suke la. Boleh jumpa tok, opah, nenek, Ucu dan baby ucu, Anis.

Oklah Adik nak balik kampung ni..excited ni.. adik janji, adik duk elok-elok je.. adik balik kampung dulu ek...
Photobucket
Comelkan adik..adik senyum khas buat semua yang baca ni..muaahsss dari adik.. Masa nak gerak balik tu, adik tengok jam dalam kereta masa tu pukul 6.20 petang.

Oh ya turut serta dalam perjalanan balik kampung kami ialah Abang Lukman dan Abang Syazwan, adik suka diaorang dua orang ni sebab diaorg suka layan adik main-main. Dalam kereta adik duk elok je, walau adik tak sleep, tapi adik main-main ngan bibik dan abang-abang adik. Jammed tau jalan dari Shah Alam nak ke Damansara tu, jadi diaorang semua bukak puasa dalam kereta, bibik dah siap gorengkan karipap yang mama buat, pastu goreng nugget, jadi dalam kereta diaorang makan tu je la.

Tapi masa sampai Rawang, babah berhenti, solat dan kemudian orang dewasa semua mamam nasi lemak yang mama dengan bibik masak. Nampak sedap je diaorang makan, tapi adik ni tak selera la.adik dah nak balik kampung. Mama bawa bekal ni sebab mama malas nak bersesak kat tempat makan kat R&R, mama kata mama nak kurang dedahkan adik pada orang ramai. Lagi pun mama kata masak sendiri bersih dan selamat, ye la kita tak tau yang tukang masak kat luar tu demam ke, selsema ke..kang boleh jangkit.entah adik tak tau sangat, itu mama le kata, ye mama ingat adik tak tau, tapi mama dok pesan-pesan kat abang adik curi-curi dengar je..

tengok..sedap kan diaorang makan ramai-ramai gitu. Adik ok, adik tak notti pun, cuma adik tak sengaja, adik golekkan telur rebus jatuh tergolek ke bawah, jadi mama kata dah kotor, kena buang telur tu.. ermm adik rasa bersalah, tapi tak pe, adik ada lesen besar, tak kena marah, sebab adik masih baby, cube kalau abang yang jatuhkan, adik kompem sure mama bebelkan abang punya.

Adik tengok atas meja tu ada macam-macam adik geram je nak capai semua-semua, buat main. Masa bibik makan, mama pegang tangan adik, mama main ngan adik, jadi adik leka, tapi masa bibik pegang adik ambik kesempatan dapat juga capai telur rebus sebiji yang nasibnya akhirnya jatuh ke tanah dan tempatnya kemudian dalam tong sampah, kesian telur rebus tu, adik minta maaf.
Photobucket

Lepas makan kitaorg gerak, terus sampai Ipoh, hantar abang Lukman balik rumah Ayah Ngah, Mak Nyah dah takder, mama kata arwah mak Nyah cantik, baik sangat, dan pandai masak, tapi adik tak sempat jumpa arwah, tapi adik percaya cakap mama, sebab mama kalau puji orang mesti dia suka orang itu. Mama kata Abang Wan pun dah tak der emak, mama kata dia sendiri pun tak sempat kenal arwah emak abang Wan sebab emak abang Wan meninggal sebelum mama dan babah kawin.

Oooo patutlah mama sayang dengan semua anak-anak arwah mak Nyah dan arwah Wan Ma, sebab diaorang anak yatim, adik sealu dengar mama cakap kat abang kenapa mama baik dengan semua anak-anak arwah kakak-kakak babah tu, mama kata kalau nanti mama dah meninggal, boleh lah adik dan abang tumpang kasih sayang emak-emak sedara lain, macam mama buat kat anak-anak arwah ni semua. Ermmm adik doakan mama panjang umur, moga mama boleh bagi kasih sayang buat ramai orang.

Lepas hantar Abang Lukman, pastu kitaorang gerak balik Sauk, Sampai Sauk dekat pukul 11 malam rasanya entah adik dah confuse, sebab sampai je adik tido, masuk umah adik terus terjaga sebab Tok dengan Pah cium-cium adik, pastu adik play kejap, then terus tido la..penat..

Tak caya nengok adik tido.. terbongkang adik tido..penat.
Photobucket

Esok tu adik bangun lewat, jadi mama pun dapat tido lama sikit lepas sahur dan lepas solat subuh. Jam 9 baru kitaorang bangun, pastu mama ajak babah pegi pasar sebab nak beli barang nak masak. Macam biasa, adik kena duduk dengan bibik, bibik bawa adik round tengok keliling rumah tok, ada pokok durian, manggis, langsat, petai.. rambutan banyak tengah berbuah, dan merah sangat. Bila mama dan babah balik pasar, Ucu dah pun sampai ngan baby Anis, alaa mula-mula tu adik cemburu sangat, bila bibik ambil Anis, pastu babah pun dukung anis..kiss-kiss lagi. Adik pukul-pukul babah, adik cemburu sangat. Tapi kejap je, lepas adik play-play dengan Anis, adik suka la kat dia, kitaorang jadi friend, tak caya tengok ni
Photobucket

Dua hari adik kat kampung, sedap je nengok diaorang berbuka puasa, mama masakkan keow teow kung fu kesukaan semua tu, then hari ke dua mama masak mee kuah dan buat nasi tomato. Adik suka tengok tok dengan pah makan banyak, abang-abang adik macam Abang Wan, Abang Aizat, memang makan selera je. Mama heran nengok depa makan banyak tapi tak gemuk-gemuk, cekeding ramping je, mama kata bela hantu raya apa depa ni.. hiks.. tak baik tau mama ni dengki orang makan banyak tapi tak gumuk.

Tapi tader pic la.. mama tak ambik, mama sibuk masak je, tak sempat amik gambar. ADik kecik lagi, nanti adik besar, adik tolong mama ambik gambar.

ok..ok.. Hari Isnin pagi-pagi lepas solat subuh, kami gerak balik KL, adik mengantuk sangat. pagi-pagi dah kena kejut, mama kata kat bibik tak payah mandikan adik, lap-lap je udah, pasut pakai losyen, pakai minyak rambut baby, wangilah adik. semua orang kiss-kiss adik cakap adik wangi.

Kitaorang gerak balik dalam pukul 6.30 agaknya kot, pastu singgah kat R&R Simpang Pulai, ambik abang Lukman, pasut terus gerak balik KL, adik tido jap dalam keter, tapi dekat nak sampai KL adik terjaga, adik tak nak duduk dalam car seat adik, adik boring dah..mula adik merengek mintak bibik angkat, jadi babah suruh mama dukung adik kat depan. Adik suka duk depan nampak kereta kat depan adik, pastu adik boleh borak-borak ngan babah, ermm tapi kan mama ni biasalah, dia suka ambik gambar adik, walaupun tak mandi pagi, tapi adik menten comel..tak caya, ni bahan bukti.. adik menten kan???
Photobucket

Kitaorang sampai rumah pukul 9.30 pagi.. adik dah segar, terus masuk walker adik, rindu tau..2 hari tak duduk dalam walker, jadi adik jelajah satu rumah dengan walker adik. syoknya... tapi petang tu semua orang terbongkang tido, termasuk adik..ye la..kitaorang penat tau.. Mama kata nanti raya nak balik kampung Kedah pula...bestnya jumpa Mak Tok, Tok Ngah, Tok Su.. tak sabarnya nak beraya, baju raya adik dah banyak mama beli..

Ok semua.. Selamat Berpuasa adik ucapkan... terima kasih kerana baca blog mama dan mengikuti kisah adik.. dari adik kecil besar tapak tangan babah, sampai adik dah besar ni. Dari adik kena bernafas dengan bantuan oksigen, sampai adik pandai bernafas sendiri sekarang. Terima kasih doakan adik masa adik berjuang untuk hidup itu hari.. ADik tak tau macam mana nak balas jasa semua yang tak putus kirimkan doa buat adik.. ADik doakan semua yang berdoa pada adik murah rezeki dan panjang umur...

Friday, August 28, 2009

Pegilah Sunway Piramid oulsss..


Dear All my blog readers...
"There is a MeadJohnson event going on which I find it interesting, go check it out at Sunway Pyramid until this Monday only...)


(wahh cakap omputih..amek ko..hiks..)

Serius acik cakap..ada event best giler untuk anak-anak kalian di Sunway Piramid.pegilah, bawa bebudak sementara nak lekakan bebudak nunggu bukak posa..

acik nak cerita lanjut tak boleh la..sebab terikat dengan syarat dan terma penganjur yang menjemput saya melalui Nuffnang, so I have to wait for approval dulu baru leh on entry...Untuk keluarkan sebaris ayat kat atas tu pun acik minta permission Nuffang team dulu.. tu pun sebaris ayat tu je acik boleh tulis

But seriously korang tak rugi punya bawa bebudak pegi lepak-lepak kat event ni...

Jadi anak-anak sile ajak emak bapak pegi ye...

Eh... Kitaorang dah ada kat kampung ni..kat Sauk, Kuale... Selamat gerak balik dalam 6.20pm, jammmm ooo kat Shah Alam sampai Damansara (ikut PLUS) huishhh gamaknya gitu la kot setiap hari orang ulang alik kerja tempat jejauh... pukul 7 mlm berderet kereta atas highway tu.. terfikir, kesian kalau ada anak-anak kat rumah, berbuka puasa tanpa emak ayah.. hukss.. tetiba insaffff le sangat mak pnut tak pernah tak berbuka dengan family lagik... Syukur rezeki Allah memudahkan urusan rumah tangga saya.

Korang yang setiap hari mengharungi jammed ke tempat kerja atau balik dari kerja... acik angkat topi opsss mane best..acik angkat crown kat kepala acik yang bertingkat-tingkat ni... tabik spring kagum seh..acik macam sakit jiwa je dok dalam jammed semalam..

Thursday, August 27, 2009

TOLONG JANGAN KEDEKUT EKKK..


Ishkkk teman nak nunjuk gambo kebun bibik teman yang udah lame teman idak nunjuk ye.. tapi photobucket lak buat hal, iissshkkk udah upload semua gambo ke situ, alih-alih idak pulak dapat bukak websitenya, sikit ada bengang di situ. Tah hapa tah selekom berukband ni, ada certain website tak leh bukak, kedekut ke hapa, bulih ke, tetiba blog sendiri tak boleh bukak, kot IE ke..kot Mozilla ke.. tapi bila taip kat google ke yahoo ke blog sendiri, pastu klik dari situ, terus boleh katanya.. Ape kah?? very the sesuatu sangat occay, meks tak suker. Bukan blog meks je, blog orang lain pun sama. Ape nak buek, taraf-taraf berukband Malaysia ni takat manalah sangat canggihnye kan.. Jadi korang kalau tetiba tak leh bukak blog ni sedangkan website lain boleh bukak, sile taip kat google atau yahoo Pnut Online, terus boleh..Argghh maleh le acik nak mikior.. Jadi kita cerita bab lain sajork.

Jadii sempena mengubat kekecewaan marilah kita bertazkirah..sempena Ramadhan, dan sempena Jumaat nan berkat ni..Kita cerita bab sedekah ye anak-anak.. ni ditujukan jugak kat selekom tu.. kedekut bebeno, kasi 5 gig je nak guna sebulan, ni acik dah abeh lenjan 4 gig, bil tarikh 8 ogos, nak nunggu 8 september baru dapat balik 5 gig tu, jadinya harap tak leh cecah 5 gig sehingga 8 september, naseb baik dah donlod lagu raya.. ape daaaa.. erkk meks pun tatau benda alah ni, semalam call selekom berukband band baru tau.

oklah tazkirah kita hari ni judulnya....

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood. (ustazah cakar rimau ni.)

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?"

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Jadinya rajin-rajin sedekah ek... sekarang ni banyak beno org mintak sedekahkan..sekolah agama guna bebudak sekolah dia suruh kutip derma bagai..cian bebudak ni..tapi saya kesian, saya tak beli brg depa jual tu, selalunya saya akan bagi 5 rggt kat budak jual tu, kata saya, ni duit utk adik sendiri. Belikan makanan ke apa..

Pastu pernah sekali saya pegi lawat sedara sakit kat HUKM, ada orang kutip derma untuk rumah anak yatim.. Harap depa tak tipu la.. kesian cikgu dan anak-anak yatim tu, dari berpuluh orang lalu lalang (masa saya kat situ la) boleh kira ngan jari je berapa org hulur derma, saya masa tu takder duit kecil, abeh takkan acik nak derma RM50, sebab acik bukan orang yang jenuh dengan duit, maka acik terus jalan menuju ke kereta, because my darling udah jauh ke depan dan dah masuk kereta.

Mesti depa ingat saya pun tak hingin derma, tapi idakler, saya terus pegi ke kereta, dan minta duit kecil dari encik suami, dan berpatah balik dalam hujan renyai semata-mata nak kasi sedikit derma untuk mereka. saya mmg tak gamak nengok..koman-koman pun kalau wallet saya yang tak berapa jenuh duit tetap juga saya hulur seringgit. Betul, saya jenis tak bawa duit banyak-banyak bahaya sebab saya cuai, IC saya ada ni entah yang ke 3 atau ke 4 entah, dah berapa kali tercicir wallet, jadinya saya kurang nak bawa cash dalam tangan banyak-banyak..kekadang kalau saya tader nak beli apa, saya bawa RM10-20 ringgit je pegi keja.

Jadi marilah kita sesama jangan jadi orang kedekut. Kita rugi kalau kita kedekut, dan tidak rugi kalau kita tak kedekut. tak gitu...

sekian tazkirah hari ini...

renung-renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, August 26, 2009

Baby Q yang tersenyum riang


Semalam lepas berbuka puase, kami bergolek-golek depan tv. Saya main-main dengan dua beradik tu. Indah sungguh hati bila dapat bergolek-golek dan main-main dengan ceria. Si Baby Q sekarang ada satu peel baru.. mimik muka baru dia.. sekarang kalau dai senyum atau gelak dia sengih sampai mata dia jadi sepet, ohh sungguh cute... dia suka buat aksi macam geram. erkkk camner nak story ekkk..dia akan genggam jarai-jari di tapak tangan tu dan buat muka macam eeiii gerammmm dengan senyum sengih sampai nampai gigi dan mata disepetkan..

Semalam saya cuba ambil pic aksi dia tu.. tapi tidaklah berjaya. Terpaksa mintak tolong abangnya kureng berjaya, tapi dapat rakamkan momment-momment ceria dia.. So pic ni semua khas buat peminat Baby Q..peminat katanya..kan.. ye la..bile korang YM ngan saya asyik la mintak letak pic dia kan.. jadi kita anggap peminat la tu kan.. aci la kan...

Ok ni nak tunjuk pic dua tiga hari lepas kot.. bibik pakai spek hitam si abang tu..ewaahhh ke main suke dia...
Photobucket

Ok ni pic semalam
Photobucket
Ewaahhh kalau kita cakap, cantiknya adik ni..comelnya dia... ewahhh ko tersipu malu-malu kambeng lak dia.. tomeiii malu gituk..

dan ni pic dia diagah si abang..suka bebeno...gelak sengih nampak gigi dia tu.... oh indah senyumanmy cayang bucuk mama...
Photobucket

Ni lagi,..
Photobucket

Ni hangin rajin mama buat scrap kat pic-pic dia.. banyak udah mama siapkan scrap pic dia ni..tunggu nak pegi print kat kedai, masuk album.. tak pegi-pegi lagik pon.. hari tu sempat buat scrap pic ni dan letak dalam frame dan hantar ke NICU ward je, masa birthday dia setahun. And masa dia masuk wad baru ni doktor yang merawat dia kat NICU pun ada gak, diaorang kenal le kan.. abeh dah 3 bulan si kecik tu menghuni NICU, dah masuk tahap sifoo dan penghulu wad udah.. saper la tak kenal kan.. Syukurlah anak kecil yang dilahirkan 1kg je dulu kini sihat sempurna.. gelak ketawa dan ada kalanya ketawa dan bercakap bahasa baby tanpa henti.. Menjerit ni usah kata la.. aktif.. Mungkin baby Enfagrow kot.. biasaklah baby enfa ni aktif dia ada sikit lebih..

Korang dah dengo lagu raya?? jangan temberang la kan..sure tengah layan gak kan..ahaks..acik pun sama.. layan lagu raya beb..maklumlah canggih kan..download je lagu apa nak semua ada..kalau dulu ye la.. time raya ni kena tunggu radio mainkan lagu raya baru dapat dengo lagu raya.. sekarang ape barang tunggu radio mainkan, kat komputer, laptop, henpon, i pod mak pot semua udah ada lagu raya, dengo je la.

Lampu lip lap lak bile nak pasang?? Kak Zah...ooo kak.. my jiran tetanga bile kita mau gantung itu pelita?? lampu lip lap ado ke?? kami lampu lip lap kami udah beli..gile semangat ko..tunggu next week tokei wayang pacak kami si Lukman datang umah pasang lampu lip lap?? nak tunggu laki meks pasang.. jangan kata tunggu raya deepvali tahun ni, kita nak raya pulak tahun depan pun belum tentu pasang, kalau benda tu boleh berkulat, berkulat dulu la weiii..

Projek kuih raya lak akan start minggu depan..minggu ni cuti kan 3 hari, jadi my darling tu ajak kami semua balik ke Sauk, berbuka puasa dengan opah dan tok bebudak berdua ni. lagilah meriah, sure kami hasut anak-anak buah lain balik.. bebudak ni kalau wenconya ni balik, sure balik samo..acik suke la..sebab acik suke masak, dan deme ni tukang makan.. ko masak le berapa bungkus mee kuah ke..mee kari ke..kompem abeh punya... syok... syok...

Errkk buruk kan gelaran wenco tu.. kampung beno bunyiknya..laki meks le tu..tah hapa ngajo anak buah dia panggil teman wenco..kalo bahasa perak wenco ni macam gelaran Mak Chaq la kot belah kedah.amboiii mentang la saya besaq, suke ati je laki meks suruh anak buah dia panggil wenco.. hiks..tak glemer langsung.. itu sebab saya suka nyakat, suruh Lukman ngan Syazwan panggil Auntie Sya atau Auntie Fin*z, tapi sudahnya depa kata nak muntah hijau.. boleh lagu tu??? hahaha ada pulak nak numpang katanya kalau panggil saya Untie orang tu kena panggil Uncle.. wahhh ada hati jugekkkkk. Lukman kalo baca ni mesti sengih punya...

ok..ok... acik sejuk macam duk eskimo kekdahnya ni... gila babun punay sejuk, babun pun tak sejuk camni.. eskimo kekdahnya, macam le pernah sampai eskimo... eheheh tapi biasaklah perumpaan mestilah gempak sikit...

eh sat tak abeh lagi...
Ingat itu hari saya letak angka 9051 tu??? ye tepaat cik madu tepat, nanti kami kasi hadiah ek.. itu angka unique reader yang masuk blog ini.. tapi itu minggu lepas kan..

ini minggu, sudah berubah.. terkini udah 10,000++ wahh terima kasih semua kerana sudi masuk dan baca kisah merapu meraban saya.. dalam merapu pun korang rajin terjah ek.. saya sayang kalian semua.. tanpa anda siapalah saya.. tu diaaa tetiba feeling artis gitu...boleh blah la pnut.. sile jangan perasan.. hiks..ye la..meks tahu bukan le beso beno angka tu berbanding blogger popular kan..tapi sebagai seorang yang menulis blog sesuka hati dia saya gembira kerana saya ada ramai kawan di dunia maya ini.. dan saya tidak sendirian..saya ada kamu..kamu..dan kamu semua..

Photobucket

Tuesday, August 25, 2009

Hari ke5 puasa Roti John cerita si abang


Hari ni udah 5 hari ye kita puasa. Alhamdulillah...
5 hari tanpa menjejak kaki ke PARAM lagi, tahniah buat diri sendiri.
Abehlah sepajang posa ni teman rase jenuh cerita menu makanan je la.
Iyolah kan, makcik pnut ni bukan pandai menulis sangat, kalau tiap hari update blog mane ada idea. Hiks..tader idea la sangat kan, orang update blog 2-3 perenggan, acik nulih berkajang-kajang...umpama kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu.. mueheheh

Jadi tuan-tuan dan puan sekalian....
menu kami anak beranak semalam ialah Roti John. Roti John ni amat mudah disediakan,

ni baru lepas bako, belum sapu mayonis, taruk timun dan kobis.


Ini udah letak mayonis, letak timun yang diparut dan kobis dihiris halus, taruk itu sos cili...yummy...


Hok ni dah siap sedia to eat la.. Dapat bagi Kak Nora 2 ketul, bagi Kak Zah 2 ketul, tinggal kat umah 3 ketul. Daging inti kebab masih ada lagi, makanyaaaa esok akan jadi kuih cara berlauk.. hiks.. mantaplah sekali buat inti leh buat dua menu beb..


OK meh kabo cemana versi sapinat punya roti john.

Bahan
Daging kisar ramly sebungkus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikti air)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 labu bawang beso potong kiub-kiub kecik (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi, separuh bubuh masa inti dah masak)
garam gula la of course sesedap rase
telur ayam secukupnya

Cara dia
Tumis bawang putih dan bawang beso tadi
Then masukkan rempah yang dah bancuh tadi
masukkan serbuk lada hitam, lada sulah
masakkan sampai garing, (naik minyak)
pastu masuk air sikit, pastu masuk ler daging,
masak sampai kering air, pastu masukkan baki bawang tadi.

Tambahan tips :-
Cara nak buat roti joh tu..
*Roti tu saya pakai roti bun biasa, (kat tesco/carefour ada beli yg non branded, jgn gardenia ke high 5 ke tka best, lembut sgt)

*belah dua roti tu... panaskan kuali leper terlentangkan roti john tu means yng kita belah tu mengadap ke atas,

* daging tadi tu digaul dengan telur yang dah dipukul then tuang atas roti john tu. then balik-balikkan roti john itu,

erkk faham dak, tak faham petang kang teman ambik gambo...

Cerita si Abang...
Dalam umur 8 tahun dia makin matang. Alhamdulillah. Agak islamik juga pakcik kecik ni, Insya-ALlah kalau dia minat ke sekolah agama, mungkin kami akan hantar. Walaupun merungut penat terawih, tapi dia buat juga. pastu bila dia borak-borak ngan babah dia, dia suka bertanya bab agama, bab kisah nabi, dan baru-baru dia sebut teringin nak pegi Mekah, nak tengok Kaabah. Insya-Allah moga murah rezeki segeralah dapat ke sana. (tapi bile nak penuh tabung haji tu, asyik la bocor sana sini..hiks..)

Dia sekarang pandai menegur kalau tidak menjaga aurat. Kata dia, "mama, aurat perempuan tu muka dengan tapak tangan je," erkkk sentap juga emaknya, malu ouls.. tapi babah kata, kena tego elok-elok.. sebab itu mama, kena guna bahasa lembut-lembut. Cakap kat mama, mama ni cantik kalau tutup aurat semua... tegur elok-elok. Pastu kata dia, nanti kalau adik dah besar, kalau adik tak tutup aurat boleh kita marah dia tak? Babah kata boleh.. Abang akan jadi ketua keluarga no.2. Nanti kalau babah tak ada ke, abang yang kena jadi imam, kena jadi ketua dalam rumah ni bila babah takder. Dia angguk-angguk dan sengih.. wahh bangga le tu. Baru ni Mak su tanya dia "abang puasa penuh mama kasi hadiah apa?" selamba dia jawab kat mak su dia "ellehh puasa kerana Allah la bukan kerana hadiah, takder makna nya puasa sebab nak hadiah," eheheh kena sebiji mak su dia. Tapi memang sejak dia mula belajar puasa umur 5 tahun, kami tak pernah janji apa-apa hadiah kat dia.

Nakal tu nakal juga la, tapi banyak kurang berbanding dulu. Selalu juga kena marah, tapi so far dia boleh tau kenapa dia selalu kena marah. And konsep open kami dia boleh ikut, kalau dia rasa tak puas hati atau ada benda nak luahkan dia kena bagitau, mana mama dan babah silap, kami kena akui and say sorry kat dia, ye la kekadang kita 'termarah' dia pada benda dia tak buat, atau kita marah tanpa usul periksa. (Selalunya babah dia la..suka hot tak tentu pasal) Cuma saya perasan, dia banyak berubah, lebih mudah ditegur, lembut hati, dan ringan tulang bila minta tolong. Mungkin babah selalu pesan bab pahala-pahala bila menolong mama, jadi dia tak banyak merungut berbanding dulu, agak liat bila minta tolong.

Mungkin juga konsep memuji itu menyebabkan dia rasa dihargai. Saya pernah terbaca, anak-anak yang dibesarkan melalui pujian akan sentiasa rasa diri mereka dihargai. Yes saya admit itu. Memang kami suka puji dia, agar dia kembang lobang idung, contoh bila dia sudah solat, kena puji, pandai abang ni solat, pastu cakap kat adik, adik tengok abang good boy, abang pandai solat, pandai mengaji, nanti adik kena belajar dengan abang. Dia pun cam malu-malu kena puji. Tapi kesan pujian tu dia rasa apa dia buat dihargai. Harap-harap sikap dia berkekalan. Dulu saya agak risau bila dia ada adik, sebab ada kawan saya bagitau dia pun gap anak pertama dan kedua agak jauh, jadi bila si adik lahir, si abang cemburu, suka buat perangai dan tak mau mengalah.

Saya takut juga itu tejadi pada si abang, tapi tak rupanya, dia sangat good boy, sayang sangat kat adik dia, malah last year, adik dia dapat duit raya lagi banyak dari dia, tapi untuk buat dia tak sedih, kami cakap adik dapat sikit je abang lagi banyak.. rupanya dia kesian, dia cakap, taper lah mama ambiklah duit raya kita kasi adik, kesian adik, dia kecik lagi, kita dah besar taper, tak payah duit raya. Uhuhuhu terharu ai tauuu...

Now i know the feeling how to be a proud mom. Kalau emak-emak kita dulu susah nak dengor dia puji atau cakap, dia bangga jadi emak kita, atau bangga kita jadi anak dia kan? apa rasa kita?? sedih je kan?? tapi bila dah jadi emak baru tau..walaupun kadang-kadang tak luahkan rasa hati tapi sekarang baru tau, tak banyak sikit emak mesti gembira dan happy dengan kita bila kita bagi dia sedikit kejayaan.

Saya tau perjalanan si abang ni jauh lagi. Dan saya sebagai ibu tetap berdoa agar dia tidak tergelincir, biar dia kekal begitu, jiwa dan nurani dia terus begitu walau berdepan dengan seribu jenis kawan di masa akan datang. Moga dia jadi orang boleh mempengaruhi orang lain jadi lebih baik, bukan lebih teruk atau dia tidak terpengaruh dengan benda yang tidak baik. Takut sangatlah kan, dugaan membesar anak-anak sekarang.

Monday, August 24, 2009

Puasa Hari ke4, talam jagung dan terawih


Tolong sat aihhhh kepada follower blog saya yang ke 46 tu sile hubungi saya ok... ada tawaran hadiah untuk anda.. saya tak tau camner nak ke blog follower, eheheh, saya tak der umumkan hari tu, kepada follower ke 46 saya nak kasi hadiah, kenapa 46? sebab birthday saya ialah pada 4.6. Jadi saya mohon Azie Husin tolong contact saya ek..tinggalkan komen dan link blog kat sini ke, tinggalkan email ke.. saya ada hadiah ni nak kasi, kerana anda merupakan follower bertuah. Untuk follower seterusnya pun ada hadiah, tader saya nak bgtau follower ke berapa.

Ok dah masuk 4 hari berpuasa kan, saya gak belum lagi posa ni, ape nak buek, bendera merah pulak, memang dah agak pun, cuma dok haraplah kot-kot first day dapat puasa, ropanya first day juga bendera merah berkibar. Ishkkk...

Dua hari darling terawih di masjid, hari pertama kat masjid kat kampung tepi taman perumahan, hari kedua ke Masjid Sultan Mizan yang baru tu dengan si Lukman. Malam ke3 dan ke4 semalam kat rumah je, kerana training si abang tu solat terawih, dia nak sangat pegi ikut terawih, jadi babah kata biar babah ajar di rumah dulu sampai dia mahir baru pegi terawih di masjid. Si abang ni walau dia nakal, standard la kan budak lelaki, tetapi bab agama dia lembut hati. Bab mengaji pun lepas dah la, solat pun setiap hari Insya-ALlah cukup 5 waktu, walau kekadang emak dia terpaksa jadi Tarzan. And bile nengok babah dia pegi masjid terawih dia nak sangat ikut. Jadi Ahad malam tu babah ajar dia first lesson.

Photobucket
First time babah ajar dia terawih, depa bantai solat dalam bilik, udahlah bilik comel, solat ngam soi depan pintu bilik, acik nak masuk mandi pun tak leh, bila depa bagi salam, acik celah masuk sat, dah masuk mandi bagai, kena tunggu depa bagi salam lagi baru leh keluaq, jadi acik curi nangkap gambo ni, gelap tader flash le, gile ko org solat nak flash bagai, mau kena jerkah kang. ehehe.

Malam kedua training semalam la, acik dah warning suruh depa solat kat luar je, senang acik keluar masuk bilik, nengok darling ai pakai baju sama kan, eheheh biasanya darling ai akan pakai baju bile solat je, jadi baju tu dia akan pakai 2-3 hari pastu baru tukar. Biasa lepas solat dia sidai dan lepas tu berlenggeng tak berbaju aje. And baju solat ni dia pakai untuk solat je, nak keluar jalan baju lain. Pak cik ni teratur sikit orangnya. Kalah makcik oi.
Photobucket

Seperti kelazimannya, si abang akan bacakan doa, di sekolah agama dia dah hafal doa panjang lepas solat tu, (emak pak dia pun tak hafal wei..) jadinya setiap kali lepas solat jemaah memang dia akan baca doa tu supaya dia tak lupa.
Photobucket

Dah 3 hari puasa ni tahun ni sekali lagi kami berjaya puasa tanpa pasar ramadhan. Hari pertama puasa buat sup ayam, pastu celur bihun juga, jadi bihun sup, kuih, si Maksu buat ketayap inti daging dan kentang, dan Kak Nora jiran kami kasi buah Melaka. Hari kedua menu kami Keow Teow Kungfu dan Karipap Sardin (saja buat banyak sikit, frozen, nanti boleh makan lagi.

Last year kan saya cuti sebulan dalam bulan puasa, sebab Baby Q baru keluar NICU setelah 3 bulan duduk hospital kan, jadi saya cuti sebulan jaga dia sampai lepas raya. So last year saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa, and baby Q sangatlah good baby girl, tido je, jadi saya boleh buat karipap, roti jala, donut, ketayap la, masak lauk pauk sendiri, so jimat la tak der pegi pasar ramadhan, kalau ada pun pegi beli air soya dan murtabak je.

So tahun ni saya keja,syukurlah acik keja gomen, masuk 7.30pg-4.30ptg, jarak opis umah 10 minit je, jadi koman-koman pukul 4.45 dah ada kat umah. So dapatlah masak untuk family, lagi mudah sebab ada bibik bantu, Baby Q macam biasa good girl, duk dalam walker je memain sendirian. Sebelum balik kerja, saya call bibik bagitau keluarkan ayam ke ikan ke daging ke, biar hilang beku. Bibik siap kupas bawang, halia bagai, saya balik masak je. So semalam teringin nak makan kuih talam. Maka acik carilah resepi kat blog KAK LIZA (Chef Hanieliza) dan bila ada keraguan sikit, terus call kak Liza tanya tips ni..ahaks.. Kak Liza ni humble dan sangat baik hati, tanya sikit abeh segala ilmu dia turunkan. Sayangggg akak.. Hahah saya nak beli kulit popia pun refer kat dia brand apa bagus. Ngada sungguh aiihhh.

So semalam kak Liza bagi tips Alhamdulillah menjadi, talam jagung saya, lemak manis semua cukup rasa. Cuma part bahagian bawah tu next time saya nak kena masak pekat sikit la sebelum kukus, agak lembut, tapi oklah memang sadap.. rasa cam puding jagung pun ada gak sikit bawah tu, Insya-Allah lepas ni nak try buat talam kacang merah.

Cakap banyak tak guna la kan..itu gambar kasi tunjuk la...biasaklah
Photobucket
hok gambar kiri tu lapisan bawah dia, tgh sejukkan kejap, nak masak lapisan atas lak.
hok kiri dah ready, dah siap potong baru teringat nak amek gambo. eheheh

Masuk pinggan bunga kaler pink tu, suruh si abang hantar ke rumah Kak Nora jiran kami yang baik hati tu. Dia dah hantarkan agar-agar santan sebelum tu. Jadi membalas bekas dia la.
Photobucket

Selain itu, saya juga sempat buat roti jala juga semalam, jadinya menu bukak puasa semalam ialah talam jagung, roti jala, cicah kari daging, pastu makan nasi lepas terawih, kari daging tu juga, dan bendi goreng belacan+ikan bilis, dan ada baki asam pedas ikan pari semalam tu punya.

Nak resepi ke??? Nah ambik (copy paste direct dari forum ni)
KUEH TALAM JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Cuma tips kak liza, untuk dua lapisan ni, seeloknya lepas gaul semua bahan, masak kejap atas api, jangan sampai mendidih, agak pekat dan melekat sikit terus kukus. Bahagian atas bawah buat gitu...

Selamat mencoba...

Sunday, August 23, 2009

Baby Q dah keluar wad


Salam semua terima kasih atas doa semua.

Baby Q dah keluar wad. Sehari semalam je kena duduk wad, syukurlah, kalau tak kelam kabut juga, dengan nak bersahur Jumaat tu, Sabtu kan dah nak posa.
Syukurlah tiada yang negatif berlaku. Tetapi once dah kena, it will be repeated. So lepas ni kena extra berhati-hati. Lepas ni kalau demam je memang saya akan cuti, tak kira apa pun saya tetap akan cuti, dan kalau dia demam, memang tak akan ke mana-mana, kami akan duduk di rumah je. Harap-haraplah ini yang pertama dan terakhir buat baby Q ni. tak sanggup la..tak sanggup sangat dah..

Buat u all yang ada anak kecil, tolong la ye, jangan amek mudah, jangan anggap remeh. Saya ni dalam berhati-hati...bagi ubat on time, check temperature, lap badan, leka sikit je benda berlaku. Kalau ikutkan saya mmg kat rumah masa tu, saya cuma keluar sekejap je, untuk berurusan mengirimkan wang bibik ke family dia, dia nak kirim duit sebelum puasa. Jadi sebelum keluar rumah saya dah pastikan suhu adik tak tinggi sangat, cuma ubat je belum bagi, kerana last adik makan ubat dia ialah jam 8 pagi,masa saya keluar rumah dalam jalm 11.30 pagi, and saya akan ambil si abang jam 12.55, and next ubat adik ialah jam 1.00pm sepatutnya, ermm tapi benda nak jadi apa nak buat, sebelum keluar rumah saya check suhunya tak sampai 38 darjah, so saya cuma pesan agar bibik lap je badan dia, bibik kata dia lap, cuma alesya dah ngantuk, jadi bibik kendong dia untuk dodoikan, dalam kendongan bibik benda tu jadi.

Mujurlah bibik bertanggungjawab, dia tak tinggalkan si adik sendirian, sebab berkali-kali saya pesan bibik jangan tinggalkan adik, bibik tak sapu sampah, tak kemas rumah, tak masak pun tak per saya takkan marah, yang penting lap dan jangan tinggalkan adik. Ermmm so please ibu dan bapa sekalian, bacalah tulisan saya ini dengan hati, bukan dengan mata sahaja, cukuplah kena pada anak-anak saya, kalau boleh jangan pada anak-anak korang. Panik bila semua itu berlaku. Tersilap langkah..ermmmm tak sanggup saya nak tulis, korang carilah info effect kalau fit ni terjadi kepada anak kecil. saya nak sebut pun tak mau. Ngeri.

Kalau korang dah pi button search kat tepi blog ni, dan dah taip najmi demam panas, tips demam panas, korang bacalah tips apa saya tulis yang lepas-lepas, jadikan panduan. Kalau korang nak print pun print la, cuma edit sikit biar teratur ayat saya yang tunggang langgang. Cuma satu saya nak ingatkan, ni dari pengalaman saya, teori doktor mungkin lain, sebab dia belajar teori itu, tapi saya lalui dari pengalaman. Kalau anak tengah tinggi suhunya..sebaik-baiknya, bagi dia makan ubat demam dulu, kemudian lapkan badan dia tanpa henti, biar sentiasa basah, kalau guna air asam jawa pun bagus.

Korang JANGAN..JANGAN..JANGAN..... JANGANNNN mandikan dia. please.. bila dia terlalu panas, korang mandikan, nanti dia akan menggigil, bila dia mengigigil, itu selalu terjadinya kejang atau sawan tarik kesan dari demam panas. Yang PENTING turunkan dulu suhu dia perlahan-lahan, sambil lap tanpa henti (katakan sejam.. dalam sejam kesan ubat demam yang diberi akan bertindak balas membantu meredakan panas badan) ok lepas suhu dia agak menurun, masa inilah baru korang mandikan, kalau BOLEH... mandikan dia dengan air suam, bukan air sejuk peti ais, yes ada doktor sarankan mandi dengan ais, tapi bak kata saya, doktor itu belajar dari teori, dan teori dia begitu, maka dia amalkan begitu. tapi saya bukan doktor, sekadar pengalaman.

Kalau suhu badan dia reda dan korang mandikan dengan air suam, mandilah biar lama pun, biar reda panasnya. Insya-ALlah nanti suhu badan dia akan reda. Alesya ni masih kecil bolehlah dibogelkan tinggal diapers je dan di lap badan supaya basah. Nanti dah beso sikit mesti marah bila kena lap, si abang dulu gitulah..nangis-nangis tanak di lap badan atau di letak tuala atas kepala. Tapi di paksa juga buat.

Terima kasih atas doa kalian di komen blog ni, di sms, di ym. Maaflah masa di wad tu saya agak kalut melayan kerenah alesya, tak sempat balas sms korang, even online YM tak sempat nak layan borak, kerana melayan kerenah dia.

Last... Selamat berpuasa buat semua.. Moga puasa kita beroleh keberkatan. Si Abang tahun ni dah 'big boy' puasa dengan aman, tak merengek, tak mengada-ngada langsung. Cool beb. Tahun lepas ada gak merengek, dahaga la..lapar la.. dekat-dekat nak berbuka buat perangai mengada-ngada, tapi tahun ni cool je, maintain. Even kitaorang pegi TESC* beli barang dapur pun dia ikut tanpa masalah, mulanya risau gak kang dia buat perangai ngada-ngada, tapi dua hari dia puasa dengan selamba je. Harap-harap dapat puasa penuh, tahun lepas tinggal juga 2-3 hari kot, sebab dia demam. So memang dia tak puasa sebab kena makan ubat.

Thursday, August 20, 2009

Baby Q warded...


Sesuatu yang kami takut-takutkan berlaku juga...
Si Baby Q demam panas sejak Rabu malam. Sepanjang malam saya tak berapa tido, check temprature, lap badan dia, so the next morning, dia macam dah ok tak demam, Khamis tengahari, saya di bank tetiba bibik call bagitau Baby Q dah kejang. Ya Allah..suatu benda yang saya takut jadi juga.. sebelum sy keluar tu dah check dia ok, tak panas sangat, pesan bibik lap badan dia, benda jadi masa bibik tengah kendong nak tidokan dia.

Memecut terus balik rumah, sambil call babah, babah tak jawab, mujur saya save no tel office mate dia, call Mimah one of his office mate, mintak sampai pada hubby, saya tak der masa nak call byk kali. Sampai kat umah dia masih kejang..Tuhan je tau perasaan itu. Walaupun pernah lalui 3 kali masa Najmi, tapi ini kali pertama Alesya lalui, takutnya...ya Tuhan. Terus angkat dia ke bilik air, siram badan dia dengan air, kemudian basahkan kepala dia, terus arahkan bibik amek ubat bontot dalam peti sejuk, terus sumbat, kelam kabut capai apa patut terus pecut pegi hospital. Sebab dah ada pengalaman saya tau apa perlu buat dan tidka terlalu panik, bibik panik dan menangis. Sambil drive 120-130km/j, call sekolah si minta kerani sekolah sampaikan pada si abang mintak dia balik naik bas sekolah, call jiran mintak tolong tgkkan si abang balik sekolah nanti. Sampai kecemasan terus berlari masuk usung baby, terus doktor monitor.

Alesya lepas penat kejang, perlu oksigen kata doktor takut nanti kurang oksigen ke otak.. Saya terbayangkan dia di NICU dulu, Ya ALlah cukuplah tak mau lalui lagi sekali.. Saya terus berdoa.


Again, tangan kena cucuk, masuk air..cian adik sakit.


Ini sudah masuk wad, dari kecemasan tadi, pucatkan muka dia. Tapi sudah recover, aktif dan bising mulut dia...

Ini pic waktu malam dah.. dah kembali aktif dan 'menyengat' syukur Alhamdulillah...


so kepada parent ada anak kecik yang baca ni please take care tau bile anak demam... u all boleh search melalui button search kat blog ni utk baca kisah lama najmi kena demam panas dan apa perlu buat kalau baby demam atau kena fit... nanti saya update lagi, skrng kat wad, nak layan dia kenit ni lagi... aktif sungguh la hai...

Wednesday, August 19, 2009

Insurans


Korang rasakan...Insurans ni penting tak?
For me penting la sangat..
Ramai orang kita, orang melayu la yang saya nampak, tak begitu rasa insurans ini penting. Ada orang kata tak berapa mampu nak amek insurans, ni belanja dapur pun selalu miss inikan nak bayar insurans. Tetapi sebenarnya kalau dihitung dan dihisabkan.. bayar duit insurans ni tak rugi malah satu pelaburan.

Saya insaf sangat bila arwah abah saya kena stroke dan lumpuh. Mujur juga abah kerja gomen, jadi bil perubatan hospital dan rawatan susulan percuma. Cuma masalahnya ialah bila nak berubat alternatif. Bukan sikit duit abeh. Ada yang bagus, tapi kami tak mampu, saya terkilan, dan bayangkan kalau abah ada insuran, setidak-tidaknya 10 ribu takkan tak boleh dapat, mungkin boleh bantu dia buat rawatan susulan yang lebih baik dari di hospital gomen. Sedih la kan..

Untuk family saya, Alhamdulillah syukur, semua kami sudah ada insurans masing, Thanks to RAUF yang uruskan A-Z, bayarang bulanan kami 3 beranak cuma RM80 seorang, so 3 orang RM240. Kalau nak harap saya saving banyak tu sebulan?? kirim salam la... of course asyik bocor tabungan saya. Sekarang tengah nak ambil untuk bibik punya pulak, dengar kata ada yang RM60/year utk bibik ni, kira bayar, dan kalau berlaku apa-apa insurans akan cover bibik, termasuk kalau ada yang meninggal dan urusan penghantaran jenazah ke Indon dapat lah cover kan. kita tak mintak, tapi kita tak tau musibah yang akan berlaku.

Saya pernah terbaca di forum ada satu kawan ni maid dia jatuh kerusi ketika sedang lap kipas, retak pergelangan kaki, so bibik ke masuk wad, dah tu mc (hehe bibik pun ada mc) ye la ko dah retak tulang kaki takkan nak kerja kan, so this majikan dapat claim dari insurans yang bayar setahun RM60 tu, so semasa bibik mc, anak-anak di hantar ke taska, jadi dengan duit-duit claim yang dia dapat tu lepas la cover medical bibik, and kos hntr anak-anak ke taska. See malang tidak berbau kan..kalo tak berapa dah kos dia kena keluar tu?? riban-riban juga le kan..

Saya dah rasa membayar insurans si abang sejak tahun 2002, and bila saya ambik Takaful Ikhlas ni saya stop insurans Takaful yang lama tu, gedebuk gebedak yang saya stop tu saya dpt balik dalam 4K++ dulu sebulan bayar RM50 je. Ermm kalau harap saya simpan sendiri RM50 sebulan?? jangan mimpi saya dah kumpul 4 ribu sebulan..ahahah sedangkan duti tabung haji saya buat potongan gaji sebulan RM150 pun asyik luak je...ahaks.. tu dah bertahun potong gaji.. ahaks.. kantoi disitu acik tader saving berkepuk-kepuk... Tapi syukurlah kami ada insurans yang melindungi.

Walaupun setakat ini tempat keja hubby cover semua medical kami anak beranak, ko pilih le kalau sakit nak masuk spital mana, company bayar beb.. tapiiii kami tetap mahu polisi insurans sendiri, bukan yang company punya. tak rugi kan. Memang la sekarang kita sihat, tak perlukan insurans, dan kita berkira nak bayar walau Rm50 sebulan, tetapi bila saat dan ketika kita sakit dan memerlukan bantuan, jangan haraplah saudara mara sahabat handai boleh hulurkan bantuan sepenuhnya, mereka pun ada komitmen sendiri, nak harapkan bantuan orang takat mana pun la kan.. Jadinya kita buat persediaan sekarang.

Ye la cik kak...kita bukan mintak malapetaka kan... benda datang kita tak jangka. Tapi tak salah kita bersedia. Tak banyak, ameklah pakej paling murah, RM50 sebulan, ikut kemampuan kita.

Oklah jadi kalau korang-korang masih belum ada insurans, boleh usha-usha ye dik, penting ni..jangan anggap kita sihat selamanya, kalau apa-apa berlaku pada kita bagaimana waris yang kita tinggalkan?? jangan nanti anak-anak kita nak masuk universiti pun ke hulu ke hilir cari pinjaman.

Kalau tader sangat korang contactlah di Rauf tu... sms dia ke.. 016 225 8084, servis kompem tip top... Ameklah insuran untuk family, insaf lah tengok mereka sekeliling kita yang tiba-tiba ditimpa musibah. Kita tak tau bila masa kita akan tiba. Ambil iktibar. Terbaru saya baca di blog Kak Ina kisah abah dia yang masuk IJN, and kos rawatan dan pembedahan mulanya samapi RM30K, kalau keja gomen taperlah gomen tanggung, tapi kalau tak der pencen..kena bayar sendiri, anak-anak dah pening, mujur dapat pengurangan, kurang pun kalau tak mampu nak bayar RM8k tu...tetap banyak juga kan... so kalau ada insurans, sekurang-kurang lepaskan kos RM8K tu dah kan... Kak Ina kalau salah fakta akak tlg betulkan ek...

Skema la entry blog hari ni.. sungguh berhemah ayu, cayalah mak pnut...

Tapi betul dik, cube bayangkan kamu seorang suami dan isteir tidak bekerja, andai takdir Allah berlaku kemalangan ke apa ke, bagaimana isteri kamu nak teruskan kehidupan, besarkan anak-anak, sedangkan sebelum dia langsung tidak berkerja, oklah kalau kamu keja gomen, masih ada pencen, tapi banyak mana sangat pencen boleh bantu nak besarkan 3-4 orang anak. Saya cakap betul, ada satu kakak kat tempat kerja saya ni, dia kerja Pembantu Am Rendah, (kira macam peon la) suami keja gomen gak, pun keja pangkat kecil juga, suatu suaminya kemalangan, masuk ICU, cedera parah, sampai sekarang tidak boleh berjalan. Katanya memang ada insurans motor cover, tapi lambat dapat, kos-kos perubatan yang di tanggung nak berubat suaminya terpaksa bergolok bergadai. Dan masa suaminya sihat, mereka rajin berniaga, suaminya banyak bantu, jadi udah sakit begini, tak boleh nak teruskan berniaga, kerana beri tumpuan jaga suami yang sudah tidak upaya. Anak pun terpaksa berhenti belajar kerana tak mampu nak bayar yuran pengajian, dan anak pun terpaksa kerja.

Itulah yang saya kata, musibah datang kita tak jangka, pagi ini keluar rumah sihat bergurau senda..tup-tup tak lama kemudian, kita dapat tau ada berlaku kemalangan, dan pertemuan kita selepas itu bukan seperti pertemuan kita dengan dia pagi tadi, kenalah kita terima hakikat..tapi mudah-mudahan seisi keluarga kita dijauhkan dari ujian begitu, moga semua dari kita terpelihara di bawah perlindunganNya.

aminnnn.. bagus ek..entry skema...muehehheh

Tuesday, August 18, 2009

Bloging world


Awas entry hikayat merong mahawangsa.. sial beli kuaci sambil membaca entry ini.

Saya jump form blog to blog..dan singgah di BLOG PEEJ i don't really know the blogger, itu first time saya masuk, sebab ada isu menarik di situ, iaitu mengenai dunia blog. Saya setuju dengan apa Peej tu katakan. Ada banyak point menarik disitu.

Dunia blog sekarang memang jauh berbeza dengan suatu ketika dulu, Saya baca blog or masa tu kami panggul jurnal online, sejak tahun 2000, orang pertama saya kenal melalui blog ialah Mat Jan, terus kami jadi kawan baik, or dia saya anggap macam adik sendiri. Mat Jan ialah orang bertanggungjawab melahirkan PNUT ONLINE ambek ko, nama penuh lagik.. saya sangat happy time tu. Saya terlalu sunyi masa tu, saya kerja di kolej swasta, keliling dengan kaum bukan melayu, saya macam tertekan. Takder teman hendak bercerita. Maka itulah wujudnya Pnut Online pertama.

2001-Seorang sahabat jurnal masa tu Mie mewujudkan komuniti kami panggil Geng Jurnal. Geng Jurnal agak gah masa tu, kami dah masuk paper tau, masuk majalah JELITA.. dari geder-geder bawah pokok di KLCC sampailah anjurkan gathering di Kelab berbintang-bintang. Rasanya tahun tu jugak Tok Rimau bentangkan satu kertas kerja bertajuk, Kuasa Menerbit di Hujung Jari. Tok R ialah seorang ahli akademik yang sangat poyo occay, selamba badak gitu. Dalam kertas kerja dia, beliau menjangkakan suatu hari nanti rakyat Malaysia akan mempunyai blog sebagaimana orang ada akaun email pada masa itu. Nahh amek ko betul kata Tok R, che Det pun tak pernah kata gitu..ahaks.. CHe Det pun tak kenal blog lagi masa tu rasanya.

Dengan blog juga, saya dan Mat Jan dijemput ke RTM, Radio KL kot kalau tak silap, untuk berbicara mengenai duna blog. Tetiba hari tu rating program tu naik mencanak, DJ pun terkejut kerana panggilan masuk sangat banyak.Ye la, dah announce kat blog masa tu..ehehe. Jemputan itu adalah dari pihak Jaring, kerana Jaring menaja program di radio itu. Masa itu mane ada rating, hits bagai. tak wujud dik benda-benda gitu. Kalau ada, musti masa tu hits blog saya dengan Mat Jan tinggi. ahaks..maklumlah satu Malaysia dengar radio..ahaks..HotFM pun tak wujud lagik, Era je ada masa tu.

Kami pernah juga wujudkan bual bicara di Rumah Pena, salah sorang panel dijemput saya, dan dua tiga hari lepas tu, bebudak opis riuh saya keluar surat khabar..ahahaha kantoi depa tau saya ada blog.

Masa saya mula menulis blog tahun 2001, boleh kira dengan jari siapa ada masa tu, dan hubungan kami sangat-sangat rapat. Sungguh dan sangat rapat. Selalu berkumpul, dan biasanya di rumah saya jadi port berkumpul, maklumlah orang lain masih bujang masa itu, tahun itu juga saya kenal Zira (kopisuam) yang dulu blog dia Inspirasi Teja, kenal Aquil, kenal Fajar, Rudi, Ajid, Rosh, Cik Daun, Napang, Pika, Lan dan ramai lagilah..ramai tak ramai kalau tengok list link kat blog lama saya tak sampai 30 orang. Masa tu kumpulan nasyid Firdaus baru nak naik, depa student lagi, depalah antara artis terawal ada blog occay. kitaorang pun rapat dengan bebudak Firdaus, sampai hari ini.

Masa tu tader Nuffnang, jadi semua orang update blog ikhlas hati, bukan update blog sebab nak maintain hits, nak naikkan rating. Saya setuju bila Nuffnang ada, ramai blogger dah jadi lain, update tah hapa-hapa (termasuk saya juga..ye sile ambil maklum) Ok kak Zetty Hani, sekarang terjawab sudah kenapa saya rajin update blog ye.

Sebenarnya saya hagham tak tau ape benda Nuffnang tu. Tak pernah ambil tau..saya saya kategori penulis blog yang jujur... sile terima hakikat. Saya tulis blog untuk diri sendiri bukan untuk income Nuffnang. Saya cuma register Nuffnang 27 Mei 2009. Iaitu selepas 8 tahun menulis blog. Dan selama ini saya tak pernah tau berapa jumlah pengunjung blog ini, siapa yang baca, malah saya tak peduli ada berapa komen pun, means, takder rasa kecewa bila update blog berjela, komen ada satu dua je. Sebab saya tulis apa saya nak tulis, dan kenapa nak harapkan orang komen sedangkan saya pun jarang mengomen di blog orang, kecuali yang rapat dengan saya.

Saya register Nuffnang pun ada sorang awek ni bagitau pasal Nuffnang ni, and dia kata, alaa register je la kak, bukan kena bayar. ada rezeki dapat income, tapi akak rajin lah update blog dan maintin hits kata awek tu, saya tanya dia hits tinggi tu berapa? saya tak tau..ahaks.. dia kata kalau sebulan akak leh cecah 8k-10K pengunjung kira tinggi jugaklah kak. Ok saya cuba. Saya register dan saya tak faham apa pun konsep dia..ahaks.. sehingga suatu selepas beberapa minggu saya register Nuffnang tu saya terima call dari orang Nuffnang, bincang pasal Mead Johnson tu. Saya agak blur masa tu. kemudian baru sedar..ooo ini agaknya konsep entry iklan-iklan yang awek tu kata dulu.. kejinya kan..tak tau pun. Saya pun ok.ok je ngan awek Nuffnang tu. Kemudian tu baru saya explore apa benda ada kat Nuffnang, baru saya tau, kita boleh tengok berapa hits kita sehari (means yang unique record, katakan kalau saya masuk sejuta kali sehari, dia tetap kira saya masuk sekali je. and ada views record yang mana dia kira semua yang masuk sini, walau orang yang sama)

Masa tu baru saya tau, berapa sehari pengunjung blog saya, and meraka datang dari mana. Saya rasa masa tu macam tak percaya eh ramai juga masuk blog ni, ermm kenapa tak tau pun sebelum ni..ye la kalau tengok komen kat blog ni seciput je kan, so saya anggap selama ni saya tulis blog syok sendiri je. Bila saya tau sehari ada lebih kurang banyak itu ini orang masuk, saya rasa saya pun semangat nak update, kerana macam saya la, kalau saya suka baca blog seseoarang itu, saya suka masuk setiap hari untuk tengok apa dia update hari ni, dan apa cerita dia hari ni, jadi bila saya masuk alaa tak update lagi dia.. saya kecewakan.. so bila tengok jumlah orang datang sini ramai le juga..saya berazam untuk update at least sehari satu entry. Sekurang-kurangnya saya hargai setiap orang masuk sini dengan ada cerita baru, walau cerita merapu. Memang merapu je pun selalu.

Dan saya sangat gembira dengan blog ini tau, walaupun saya sudah ada pnut.com.my tapi sayang untuk saya tinggalkan blogspot. Mungkin saya akan gunakan pnut.com.my untuk tujuan lain.. mgkn saya nak jadikan pnut.com.my one stop center, korang boleh berniaga dari situ, saya tak kenakan apa-apa bayarang, korang letaklah segala neka barang dagangan korang disitu, di samping saya akan letakkan segala artikel berkaitan kesihatan, parenting saya akan kumpulkan di situ, jadikan pnut.com.my tu sebagai wakaf untuk kita bantu satu sama lain, bukan saya yang syok sendiri je.

Dengan 8 tahun menulis blog, tidak sikit kawan saya ada, sangat ramai.. itu sebab list YM saya sekarang dah dekat 400 orang kawan. Sampai ada sesetengah saya tak ingat atau kenal. Kebanyakan list contact dalam YM saya ialah yang mengenali saya melalui blog. And ada yang berkata, Kak Pnut baru register Nuffnang tak sampai 3 bulan dan ada income kalah kami.. ermmm itu rezekilah dik. Akak sendiri pun tak pernah jangka benda-benda gini. Mungkin 8 tahun itulah masa yang akak ambil untuk dapatkan ramai orang datang sini, dan berkawan. 8 tahun sebaya usia si Abang Najmi occay. Dan saya tetap gembira berkawan dengan siapa saja, tak kiralah ko blogger lama ke blogger baru ke, semua saya kawan. tak caya tengok berapa ramai blogger baru saya tetap tinggalkan komen, dan saya join. Cuma blogger baru je tah hapa suke segan-segan ngan saya...aiii tak suke tauuuu...


Dunia blog makin berkembang apabila geng-geng emak-emak yang suatu masa dahulu denagn fotopages je kini dah bertukar buat blog. Dan group young mom ni ada kelompok group mereka sendiri, yang saya nampak, group ni rajin sangat anjur pertandingan itu ini, and kena link kepada blog anjurkan pertandingan. Saya rasa mereka kreatif untuk cara naikkan hits blog memasing. DIsamping ibu-ibu yang excited dengan baby masing-masing pula sporting dan ambil bahagian, kalah menang belakang kira, yang penting mereka meriahkan majlis.

Saye setuju kata-kata PEEJ tu, biarlah glambour carik kita, bukan kita cari glamour.. sebab kalau nak kata lagi lama ko tulis blog, lagi ramai orang kenal dan popular, idak le.. teman nulih dari tahun 2001, takdernya glemer pon.. ehh tp glemer gak le kot..dah masuk radio, surat khabar, dan terbaru itu hari bulan April, majalah AN-Nur.. haha ape ko nak cakap ni pnut, ko perasan bagus ke??? ishkk idak le... temankan nak kabooo tak semestinya dah lama tulis blog ko glemer noks..nan ado katanya.. itu Redmummy tu, lagi baru nulih blog dari aiii tapi glemer seantero benua katanya. Angkat topi ni.. Jadi sile tak yah bile YM saya malu-malu kambeng...dok habaq..eiii saya segan ni tego akak, akak ni ramai org kenal, saya segan pulak... nan adoooooo occay...meks tetap pakai baju jenama cap ayam sajork.

Monday, August 17, 2009

Ada apa dengan Angka 9051? dan camner mengandung


Photobucket
Ada apa dengan angka 9051 ???
Entah, sape leh teka nanti kite kasi hadiah ek...
cepat teka...

Kalau ada Ah Seng, Muthu, kat opis korang nak tikam 4 digit, leh suruh depa try itu nombor..kalau-kalau naik... tapi kalau ada nama yang bin-bin nak tikam sama, korang tikam mangkuk tu dulu sebelum dia pegi tikam nombor..muehehehe...

Ok lupekan soal angka itu.

Cupcakes yang saya letak smlm tu sudah selamat tiba ke tangan seseorang... sorry yang lambat sms... as i said, first come first serve. Walaupun tengah tido, acik balas juga sms korang.. first sms masuk terus kompem ni nak amek terus.. jadi sms seterusnya terpaksa dikecewakan..Insya-ALlah nanti ada lagi tawaran belian hebat begitu. Lepas raya le kot.

Selamat Pengantin Baru Pada Waheeda dan Akil High, very high sungguh martabat dia ni... Ustaz kategori ape ek.. Yang menyampah tu, dah pernah kantoi tengok wayang midnight beb, ustaz (yg masih berbini masa tu) bawa awek tengok wayang midnight beb.. ermm no komen la..moga bahagialah hendaknya ustaz ye... cukuplah dah 3 kali akad nikah tu

Gadis Melayu yang tak berapa Melayu..
korang dah tengok program gadi melayu yang baru?? dah tengok seorang peserta nama Sharifah Jasmine Soraya?? yang ni lagi kelas ouls... melayu lah sangat, ada pic dia berciuman dengan seorang perempuan, gambo dia mencium botol arak, berclubbing bagai..adoiii la...islamik sungguh aihhh TV9 noooo... Walaupun bebudak forum siap buat petisyen mintak digugurkan minah sesat itu, TV9 kata, itu sejarah silam dia, mana dia kot dia berubah lebih baik lepas program Gadis Melayu.. Sengal la.. dah takder pompuan Melayu lain sangat ka... ke orang TV9 main tangkap muat je.. atau sengaja kekalkan dia untuk naikkan rating program??

Nak boh pic kat sini pun, karang konterversi pulok kan.. tak pasal-pasal blog ni kena charge menyebarkan bahan lucah pulak..ehehehehe.. tapi sure korang dah tengok udah pic sengal minah ni... koser la acik nak boh kat sini, geli sungguh nengoknya. Ape perasaan emak bapak dia kalau tengok pic anak-anak mereka begitu???

Ermm jangankan artis, pic anak-anak pak VVIP pun acik dah tengok pic anak-anak depa clubbing bagai, dengan botol arak bersusun atas meja. Ape nak jadi dunia ini kan... Elok pun haramkan jual arak kat Seven E tu, pekerja kedai melayu. Tapi yang saya kelakar bile benda jadi isu politik. Dan-dan tu kutuk keji mengeji MB Selangor sebab isu arak kan..padahal..kawan tu baru berapa hari jadi MB. Masa belum dia tu, tak timbul lak isu arak noooo. Weiii padahal dulu tak ingat siapa share partner kilang arak kat PJ yang beso tu??? lupee??? tak payah la ingat..bak kata TV9, itu kisah silam.

Hari ni sebenarnya saya dah masuk ofis, baru je masuk sekejap, pukul 10.00 cikgu sekolah Najmi call katanya dia cirit birit pulak, dan muntah-muntah, terus bergegas pegi amek dia kat sekolah, tengok member dah pucat. Terus patah balik ke opis, angkt laptop balik, bgtau bebudak opis, saya nak pegi klinik bawa si abang pegi klinik, sampai Klinik Medi*ron tu, ramainya umat, dengan ada pekerja asing buat medical check up, memang lama ler kekdahnya... pukul 12 lebih baru setel, acik pun dah penat dan letih, kesan demam maish berbaki, terus la bgtau opis tak masuk opis dah, terus EL je, penat. Ni kat rumah monitor si abang ni.

Mengandung

Najmi sudah bertanya soalan yang saya tak berapa reti nak jawab. Entah camner, kami borak pasal sorang kawan dia Ammar yang MC sebab kena operation. Kata dia macam mama le kena belah perut. Pastu saya cakap tak sama, dia belah sikit je, mama belah beso nak keluarkan baby. Dia tanya sakit tak? saya cakap le cube bayangkan abang kena pisau kat jari sakit tak?? dia kata sakit, so kalau kena sikit pun sakit, saya lagilah..kena belah beso..mestilah sakit

Pastu dia tanya, kenapa orang perempuan dah tau sakit tapi nak mengandung dan beranak?? huishhh soklan.. Saya jawablah ye lah sebab nak ada anak sendiri, ye la anak ini menjadi penghibur kepada emak bapak, bila tengok muka anak-anak seronok je. Ada anak ni amanah dari Allah, kena jaga kena bagi ilmu kena didik dengan sempurna bukan suka-suka je. Kata pakcik kecik ni, "lorr nak berhibur rupanya, tengok wayang pun terhibur juga," lorrrr kalau saya penampo se das dua salah dak?? heheheh idakle teman tampor ye.. Pastu dia tanya, macam mana jadinya mengandung tu ek?? huwaaa tang ni tak berapa reti nak jawab.. erkkk terus saya cakap, kena kawen dulu.. dia kata tau le kawen..tapi macam mana seseorang perempuan itu boleh mengandung??? adakah dia kena makan banyak sampai kembung perut lepas tu jadi anak??? ishkkkk mati akalku beb... saya cakap, nanti abang beso sikit cikgu ajarlah, atau nanti mama ajar... erkkk tapikan bile ek???

camne hendak menerangkan pada anak-anak ek??? Saper baca dua tiga minggu lepas kisah seorang pelajar perempuan lahirkan anak dalam tandas sekolah, baby tu berat 3kg++ besar tu... camner dia sorok perut dia?? dan bagaimana dia lalui proses bersalin itu keseorangan?? Perlu ke bebudak ni diberitau bab seks/beranak dsbnya? i dunno...sebabnya maksia tetap berlaku... bebudak kita makin ramai rosak akhlak, kecik-kecik tingkatan satu dua tiga dah jadi bohsia, udah pandai pegi seven eleven beli kondom. Ngeri la... kita halang dan kawal mereka, tetapi sesekali mereka terlepas, terbabas..itu banyak kes jadi pelajar sekolah mengandung.. takut siottt.. Nauzubillah.. jangan anak-anak ktia rosak akhlak... moga mereka mendapat pendidik sempurna... dan tidak membuat dosa... Bagi saya biarlah tidak mempunyai anak cemerlang dan bijak bestari, tetapi biarlah diberi anak yang pandai jaga akhlak dan budi.

Tadi saya kat klinik ada satu ladies, ala mak datin, dia baca surat khabar kepunyaan klinik, lepas baca dia letak suratkhabar tu atas lantai.. saya rasa dia sangat bodoh. Maaf ye puan, lantai itu kotor, ko letak surat khabar atas lantai, bukan jauh kabinet majalah, ko letak le balik, tetapi malas angkat bontot, ko letak je atas lantai. Sewaktu dia bangun pegi kaunter, saya bangun menuju ke kerusi dia, dan kutip surat khabar yang dia letak kat lantai. Saya pandang perempuan sebelah kerusi dia dan saya senyum sambil cakap. Ada ke bahan bacaan letak kat lantai?? kotor la..

Sunday, August 16, 2009

Dapur Malatops!! And cupcakes to grab


Saya ada satu box cupcakes extra, terlebih bake untuk di jual murah sajork...
Photobucket
harga biasa ialah RM1.80/pcs (size S), now selling at RM1.60/pcs, total semua RM28 sahaja... Siapa cepat dia dapat, no delivery ek.. self pickup maaa amek kat RUMAH SAYA BELAKANG PUTRAJAYA confirm nak, terus sms saya 013 397 4760 (sms je, tak yah call, sebab saya demam ni, MC) abeh saya update blog ni saya akan pengsan kejap. Jangan lupa, kalau nak, terus sms, first come first serve ek..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan, keputasan hakim adalah muktamad <-- takder kena mengena, saja je kasi nampak hebat Dua tiga malam tak cukup tido, gara-gara menderu order bebudak UKM yang tengah konvo.. Bebudak konvo acik penat yang penat, bebudak MMU pakat order, bebeudak UPM.. penat tau..macam pakat lak semua universiti pakat buat konvo sebelum posa ni. Bebudak UKM ni order beratus-ratus.. Hari Sabtu malam Ahad tu acik tido jam 4 pagi, dengan demamnya menggeletar tangan acik menyiapkan order. Pukul 8 pagi udah bangun.. siapkan order kek beso sebiji ni utk konvo jugak. Photobucket
Aduh capek...

Semasa saya menyiapkan semua cupcakes ni, saya ditemani dua anak teruna kacak. Lukman dan Syazwan dua anak buah saya yang tampan lagi macho. Eh anak buah hubby, tapi saya menumpang kasih je la..ahaks.

Disebabkan kesiankan mak sedara depa tahap kelaparan sudah pukul 2-3 pagi tu.. Lukman baik hati nak goreng kepok lekor. Orang tak pernah masak kan..sekalik ko...ambek, meletop-letap kepok lekor dalam kuali tu.. bukan takat melatop dalam kualik sajork..meletop dan terpelanting keluar kuali beb.. tah hapa tak kena meletopp pung pong pang ponggg tengah pagi buta tu.. (tu diaa segala bunyi keluaq, saja kasi kesan dramatik lebih suspen)

Cakap banyak tak payah la...kasi tengok itu gambar la.. kasi itu gambar cerita..
Photobucket

Dan-dan nampak saya amek kamera Lukman lari... Wenco ni kalau dah pegang kamera, kang masuk blog le tu..tak mau aku...dengan kain pelikat.. abeh awek tengok nanti kata dia. Mueheheheh ape pedulik...tangkap gambo tetap juga...
Photobucket
Lari beb bile gue pegang kamera...


Kamu nampak?? itu bos beso duduk-duduk saja, order je mau apa?? Sangat boss occay..
Photobucket
Ayyoooo tak tau bibik marah, lantai ada banyak kesan minyak.. dapur berminyak.. tak tau..bibik marah...ahahahha Last-last pukul 2 pagi tu jugak, bibik dah terjaga dan terus bangun goreng keropok.

Baby Q
Baby Q dah boleh berdiri dengan jayanya, nak atur langkah je takut-takut.. tak pe dik..lasi lambat jalan, lagi lama adik jadi baby. Mama nak adik always jadi baby...eheheh emak lain tak sabar nunggu anak jalan, saya rileks....nak enjoy dia jadi baby puas-puas...eheheh
Photobucket

H1N1
Takut betul dengan wabak bahana ni... Last week se abang seminggu tak school, sebab demam, batuk and selsema, cikgu dah kabo, kalau deman, batuk selsema tak payah datang sekolah.

Korang-korang pakailah topeng bila keluar, virus ni boleh sisebarkan melalui udara, kita tatau sesiapa yang dah terkena, pemangsa (ewaahh pemangsa..) pemangsa ni pun ada yang degil tahap langit, sebab dah dapat surat akuan doktor suruh duk umah kuarantin, lagi depa amek kesempatan pegi shopping baju raya anak kat JALAN TAR (opss sapa tatau..meks speku je) Kalau kita amek mudah, maka virus ni mudah beno tersebar, kalau pemangsa batuk atau bersin, udara yang dijangkiti tu boleh masuk dalam dalam kita dari jarak 1 meter, tak semestinya bersentuhan. Jadi pakai topeng tau.. kami kat opis pun dah pakai topeng, sebab dah ada yang kena, satu level dah tutup beb. Saya pun risau gak ni, batuk dan selsema gak ni.

ok.ok...nak pi tidoq sat, jangan lupa sms kalo nak..walau acik lena, tp kalo sms masuk acik jaga, call je acik tak layan, sebab acik turn off ringging tone. balas dendam nak tido sampai lebam ni...

Thursday, August 13, 2009

Ogawa Event Invitation by Nuffnang


Eeiii sangat geram dengan kelembabpan selekom berukband, sejak dari tadi dok try nak upload pic hagham.. dok loading jek... ape daaaaa...

Ok let story-story about Ogawa event..

Dua minggu lepas kot, saya terima call dari orang Nuffnang, menjemput untuk event Ogawa, dibuat di TGI Fridays kat Pavilion. Pada mulanya saya malas nak pegi, tapi cik abang kata dia sudi hantar dan ambil. So acik pun pegilah.

First time la masuk Pavilion, al maklumlah, tak der motif saya nak masuk Pavilion kan, set-set acik ni shopping kat Kedai Cap Ayam sajork.

Sampai sana jam 7.30 ngam, terus pegi register and bagitau Rina, staff Nuffnang saya pegi solat dulu. Melilauler acik cari surau, tanya awek kaunter penerangan kat mana surau dia pun tatau??? apekah?? pastu tanya ada satu awek ni rasa-rasa agak macam pekerja mana-mana kedai kot, baru awek ni bagitau arah tuju surau. Sup sap..lebih kurang jam 7.50 setel solat semua terus naik ke tempat event berlangsung.

The first person saya nampak ialah redmummy. Berbelah bagi acik nak nego, maklumlah org fofuler. Tapikan pernah jugek la acik menyapa dia di ym beberapa kali, dan dia pun cam tau-ta gak acik ni, acik tego jugek le..bila sebut Pnut je, tak lain dia sebut "Pnut yang buat cupcakes tu ek, ooo bile nak bagi I, asyik kasi Fibie je," ahaks.. Fibie gak naik nama sekali, tetiba Fibie terlibat dalam ini pilem. Lepas borak kejap then pegi masuk usha cari kot ada org lain yang kenal, jumpa Foxy Farah, then ada Mya, ada Ceera, kira oklah, tader yang tak kenal, at least ada yang kenal-kenal, then jumpe lak kak Ina Kl, terus jadi geng sebab kak Ina sekepala lanun ngan acik la. very ngam soi..

Acara pertama selepas ucapan wakil Ogawa ialah makan-makan, of course le sedapkan, tapi acik menahan napsu makan ler... bencilah makanan sedap tp kena mengawal diri.

ok tengok gambo je la.. alamak kat pic last tu typo sikit la..bukan tokei blog beautifilnara, tapi beautifulnara.com uhuks, salah beb
Photobucket

Acik menerai kerusi urut ogawa..holaaaaa sedapnya... terasa nak muntah dek angin-angin dalam badan ditolak-tolak nak keluar, mujur tak keluar segala neka yang telah dibaham kat TGI Fridays tadi. Eh cube korang nengok, si Red duduk ada banyak space lagik kat kosi tu, tapi acik duduk, sempit dan semput.
Photobucket
Wish that dapat satu macam ni, lepas penat baking cupcakes terus leh landing atas kosi ni dibelai...SYURGA!!

Ni kalo-kalo laki korang specis duduk melekat kat PS2 ke PS3 ke..dan rasa-rasa nak happykan dia lagik... boleh belikan kerusi ini, sangat best occay.. sekarang kan ada mega sales, jadi Ogawa pun ada sales jugak, harganya?? amat berbaloi-baloiiiii..
Photobucket

tak caye? cube tengok rega ni
Photobucket
bagi saya cam sesuai juga dengan bajet kita, beli sekarang lagi berbaloi... tengok beza reganya...berbaloi-baloi...

Hok ni pun saya try..
Photobucket
boleh boh atas kosi kerete, kalau nak travel jejauh tu, time balik kampung ke, sesuai le hangkut satu, letak atas keter,

reganya sekarang?? value for money lor..jimat berapa ratus tu..best...best..
Photobucket

Hok ni pun saya try.semuanya best-best dan sorgala...
Photobucket

Ni senarai product yang sale gegila..bestnya
Photobucket

ni lagi
Photobucket

Jadi tuan-tuan, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang..adik sekalian..kalau-kalau le, birthday emak bapak ouls.. anniversary ke...kalau ada 5 beradik..ape salahnya kongsi kong sorang seketui time, hadiahkan kosi urut kat parent, bestkan, mesti teruja diaorang, terharu tangkap leleh.. Kalu cik Lela dapat hadiah gini, mau dia invite Mak Mah, Mak Zarah, Mak Tom lepak umah Cik Lela main urut-urut..ahaks.. kalau awak ada kedai makan ke, leh la beli sebiji letak kat kedai makan, dan offerlah servis kerusi urut sejam dua tiga henget ke.. bisnes beb..bisnes...

Selain itu, ouls jangan tak tau.. selain kerusi urut, Ogawa juga ada produk kesihatan yang lain, yang sangat berbaloi dan penting untuk disimpan di rumah.

Antaranya ialah mesin check Blood Pressure, dengan keadaan kehidupan kita tak macam dedulu, penyakit senyap iaitu darah tinggi, serangan stroke mesin amat sesuai disimpan satu di rumah, saya sudah ada satu, amat berbaloi, kalau rasa pening kepala je boleh terus check BP, agak macam tinggi je BP cepat-cepat pegi klinik dapatkan rawatan. Sesuai juga beli hadiah untuk parent Kot la tadi mesin urut tu mahal kan.. hok ni murah je, kalau anak-anak student pun boleh hulur sorang sikit beli.. elleehh korang dapat PTPTN tu dok gila tukar henpon je kan...baik beli benda ala ni.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

And also parent yang ada anak-anak kecik, digital termometer ni amat sesuai ada satu kat umah. yang ni kitaorang ada satu. Kat umah kami memang ada dua benda ni dah, mesin BP dan termometer ni, sangat penting untuk check demam anak-anak
Photobucket

Okeh dah abeh borenggeng dalam Ogawa outlet tu, kitaorang balik ke tempat makan tadi, ada game-game bagai, group kami kalah, so tak dapek la hadiah I-tunes, taper, suke-suke game ni, happy noks..
sebelum balik, posing dulu beb
Photobucket
dah lama tak jumpa SM, tak ingat bile last saya jumpe mamat ni.. nampak cam makin kurus je, bencilah amek gambo sebelah orang kurus, nampak saya makin gundut..

Akhirnya balik rumah diberi juga ole-ole dari Ogawa..dapatlah bantal ni..best, boleh gegar-gegar... sedap lentok atas kosi beralaskan bantak, darling dah chup letak kat dalam keter, boleh gegarkan kepala time drive jejauh.
Photobucket

Thanks to Nuffnang and Ogawa...

ENtry buang masa


Hari ni tak update ek...
ehh tak update katanya...
tapi yang saya dok menaip ni apenya???

tak la..tader update panjang macam hikayat merong mahawangsa katanya..
ni update lite-lite jek..

Mood tak berapa ok... semalam cik abe marah saya, benci tau... benda kecik pun dia marah-marah ai... ape lagi ai pun geram la..macam nak geget tangan dia kunyah-kunyah pastu telan... Elleh tadi dia sms cakap minta maaf sebab mulut dia celupar..elllleehh sms tu pun saya sms dia dulu, bagitau petang karang saya ke Bangi beli barang kek, pastu dia jawab OK, saya tulis lagi? "Ok je?? bencinya!!!gerammmmm!!!!" pastu baru dia balas, "alaa udah le..minta maaf mulut celupar semalam" nyampah tau...

Ermm malam ni malam Jumaat kan.... kan...kan....

huk alooo malam Jemaat baca Yassin sama-sama... jadi dah merajuk baca yassin asing-asing le...kan..kan... sile percaya

Esoklah update panjang kesahnya acik pegi gedik-gedik kat Pavilion dengan ramai blogger lain, atas jemputan Nuffnang untuk Ogawa event tu, nanti ek, kemunculan pic gediks-gediks kami akan datang, tatau le sapa yang dah update, tapi jengah a few blog sumer pakat tak update lagik.

Jadi sekian dulu, terima kasih... Bersama kita jayakan konsep Satu Malaysia. Jumpa lagi di lain siaran... Kembali kepada Sri Pentas...

Ni entry separa hikayat, separa hikayat pun berjela gak..ape nak buat...blogger gile menaip haku le tu..

Wednesday, August 12, 2009

Catatan kisah lama


Kisah suatu masa,
Ini entry copy paste, dulu saya tulis blog lagi rock.. ini entry tahun 2004 dan 2005, masa Najmi umur 3 dan 4 tahun, entry tahun 2001-2003 semua dalam blog lama, nanti ada masa saya godek kasi keluar.

Oh rindunya zaman dia kekanak suci murni dulu...

tarikh entry 13 Disember 2004 (si Abang berusia 3 tahun masa ini)

Tikus jangan ambil botol kita
Dua tiga hari lepas, semasa aku baring-baring dengan Najmi depan TV, kami bergurau-gurau dan tiba-tiba aku baut gurauan melampau dia pun sedikit angin, dicampaknya botol susunya. Kebetulan botol tu jatuh kat tepi peha aku dan aku kepitkan dia tak nampak botolnya, kemudian aku cakap "tak ader, botol Najmi tikus dan ambil, dia bawa lari ke rumah dia, anak dia tak der botol dia kasi anak dia, tu lah siapa suruh baling-baling botol,"

Najmi pun dah rasa sedih, dan aku pura-pura tidur. Kemudian aku dengar, dia berkomunikasi dengan tikus,
"Tikus, kasilah balik botol kita, kesian kita tak ada botol, tikus suruhlah mama tikus beli botol sendiri, kasilah balik botol kita," aku nak gelak tapi tahan.

Kemudian dia cakap lagi, " Nanti kita cakap babah kita tikus ambil botol kita, biar babah letak racun biar tikus mati," (this is refer to dia tengok aksi babah bubuh racun tikus bawah mesin basuh, dia tanya babah, kata babah kasi racun biar tikus mati) kemudian dia cakap lagi,

"Tikus, nanti kita kasi gula-gula kasilah botol kita balik," kemudian bila tidak ada respon dari tikus, dia pun sebak dan mula hendak menangis, dan aku cakap, "Najmi cakap kat tikus minta maaf," dan dia pun cakap, "kita minta maaf tikus, kita tak nak baling botol lagi, tikus kasilah botol kita balik,"

bila tikus 'tak bagi respon' dia pun sembamkan muka ke bantal dan menangis. Kemudian aku ambil balik botol dan kasi dia, "Nah, tikus kasi balik, tikus kata kalau baling lagi nanti dia gigit Najmi, tikus suruh Najmi tidur dan peluk mama," Dan kami tidur berpeluk-pelukan.

Bangun dari tidur Najmi dia mula main mainan dan bersepah, dan aku membebel, pok..pek..pok..pek... kemaslah..tak sukalah tengok bersepah, nanti babah bising, pok...pok..pok..pek... Najmi tak suka ke tengok rumah kita cantik, rumah kita bersih? Kemudian dia cakap, "rumah cantik dalam Casa Impian ke mama?" Aduh!!!! sabo je la...


ni pulak entry date lain.
30 November 2004

......Malam semasa kami atas katil nak tidur, aku masih sembang-sembang dengan darling, budak yang tidur katil kartun sebelah katil kami pun sebok bercakap juga, dengan gelak ketawa yang kuat,

Babah cakap, tidurlah esok nak pergi sekolah, dia pun pura-pura pejamkan mata, lebih kurang 2-3 minit tu dalring test, darling cakap, mama ni cantiklah, lawa, tak macam Najmi,

(Najmi diam, pura-pura tidur) kemudian darling cakap lagi, jomlah mama, kita kelaur minum-minum Najmi dah tidur tinggal je (dia diam lagi)

Kemudian darling cakap, “siapa hensem angkat tangan,” (Diam juga lagi,)

kemudian darling tanya lagi beberapa soalan, dia masih diam,

last sekali tanya, siapa dah tidur angkat tangan…..tupppp terus dia angkat tangan…..ha…ha………berderai kami gelak tengah-tengah malam….

Dia angkat tangan sebab nak bagitau dia dah tidur, tapi tak fikir bahawa bila dia angkat tangan bermakna dia belum tidur. Ermmm like father like son banyak trick nakal.

ermm ni pulak entry 21 November 2005
Tulang kambing.


Sabtu tenghari, kami ke Jalan Kg. Pandan, setelkan bab pembelian rumah kat office pemaju. Balik dari situ, kami nak ke Gombak, kami tak ikut MRR2, sebab jalan tu tak kira hujung minggu ke hapa, sesak je..so kami ikut jalan lama, masa masuk Jalan Pahang, trafik slow je, tiba-tiba budak becok kat belakang bersuara “Mama, mama, cuba mama tengok tulang kat tangan kita ni,” sambil hulurkan tangan kiri dia kat aku.

“Awat, kenapa dengan tangan ni,” tanya aku.

“Mama tengok, tulang kat kat tangan kita ni dah tukar jadi tulang kambing mama,”

“What!! Tulang kambing, apesal pulak jadi tulang kambing,” sambil babah wat derk je drive.

“Ye lah, hari tu masa balik kampung mak tok tu, babah bagi kita makan kambing, kita makan tulang kambing, daging, habih tulang kita pun dah tukar jadi tulang kambing, daging pun dah nak tukar,”

“Ishhh merepek kamu ni,” sambil malas layan, dan buat-buat tidur…

sambil membebel “itulah kasi sangat kita makan kambing, tengok tulang dah tukar jadi tulang kambing,” kemudian dia dok belek-belek lagi tulang kering kat pergelangan tangan dia. Aku buat tak layan.

Cerita lain.

Dua minggu lepas dia pergi rumah Mak Yam dia, x-baby sitter dia kat cheras, dia bermalam kat sana, esoknya, lepas makan nasi dia main-main dengan Aleya (iya panggilan Najmi), main-main sampai penat dan lapar, dia cakap kat Mak Yam dia,

“Mak kita nak makan nasi lagi, lapar ni,” dan Mak Yam jawab,

“Ya Allah Mi, kau kan dah makan tadi, nak makan lagi ke, betul ke” Tanya mak Yam sebab si Najmi bukan jenis pemakan orang nya.

Selamba je dia jawab

“Ye lah kita dah lapar, nasi yang makan tadi tu dah turun ke kaki, kita main lompat-lompat dengan Iya, tengok nasi dah turun ke kaki, tengok perut kita dah kosong, tak der nasi, kita laparle,” dia jawab sungguh-sungguh sambil suruh Mak Yam pegang perut dia.

Mak Yam pun tergelak, dan terus dia kasi nasi, lepas makan, kata Mak Yam, si Najmi cakap kat Iya,”nanti kita jangan main lompat-lompat lagi, nanti nasi turun ke kaki, nanti kita lapar lagi.” Dan lepas makan diaorang tak main lompat-lompat lagi, dia orang tengok tv jer.

Ermm pandai auta anak aku ni, Mak Yam dia dok gelak-gelak cerita pasal dia. Mak Yam kata, cakap banyak, tak henti-henti mulut dia. Aku cakap memang la, letih nak melayan kadang-kadang, bila kita jawab gitu-gitu dia tak puas hati.

Macam semalam, kami ke Kampong Baru, masa kat sg. Besi dia tengok banyak kerja construction, nak bina jejambat, dia tanya aku,”diaorang buat apa tu,” aku jawab “buat jalan”

“eh bukan jalan, yg kat atas tu,” aku pun pandang sikit dan jawab “oh, diaorg buat jambatan,”

Kemudian tanya lagi, “eh kenapa jambatan dia tak ada tangga, macam mana orang nak naik, macam mana orang nak turun, kenapa gelap, tak ada lampu,” aku pejam mata, buat-buat tidur,

Dia marah “ehhh mama ni jawablah, orang tanya ni, jawablah mama,”

Babah tolong jawabkan “belum siap, nanti dah siap, diaorang buatlah tangga, pasang lampu, baru orang boleh lalu,”

Kemudian itu, ini, itu ini, sampailah tiba di Kampung Baru, ermm agaknya jadi lawyer anak aku nanti, or jadi PRO kot.

------------------------------------------------------------------------------------------

Lama kan saya dah tulis blog, dah beratus kawan dari blog saya dapat, dan kamu-kamu yang mengenali dan membaca blog ini dari zaman saya kerja kat kolej muzik yang glemer dulu saya sayang sangat kamu-kamu..kamu-kamu menceriakan hidup saya semasa di opis yang hazab dulu...

Ini malam saya pegi ke Pavilion, ada jemputan dari Nuffnang untuk Ogawa punya event. Saya tak tau siapa lagi blogger yang akan pegi, tapi kalau kalian kenal saya, tolong tegur.

Monday, August 10, 2009

Hal rumah tangga kita dan rumah tangga orang


Semalam kan, saya baca blog seorang teman, saya agak lama kenal teman ni melalui forum, tapi dah lama tak baca blog dia, so semalam tergerak hati nak baca blog dia, terkejut juga, sebab 3 bulan lepas kot, saya baca blog dia, masih bertiga, and tetiba semalam baca dia dah single balik, sudah melalui proses perceraian. Ermm kisah perceraian tu saya tak mau la pertikaikan, itu soal jodoh dan rumah tangga orang, kita tak tau apa sebenarnya masalah rumah tangga orang, hanya yang melalui je tau apa sebenarnya berlaku.

Cuma saya terkilan dan geram ialah sikap bekas suaminya. Udahlah anak dia ambil, pastu tidak berlaku adil, masa untuk teman ini berjumpa anak dia adalah ditetapkan oleh bekas suami, tak boleh bawa balik rumah la..jumpa kat luar je..berapa jam sangatlah dapat spend masa kan. Anak baru 4 tahun tak reti ert perpisahan, terpaksa teman ni berbohong kata dia kena kerja jauh, so dia kena tinggalnya bapa dia dan emak sedara dia. Dendam kepada isteri, anak menjadi mangsa, tergamak dia memisahkan kasih dua beranak. Bencilah.. saya sangat emosi.

Saya ada anak, saya faham le perasaan seorang emak (emak yang normal la..bukan emak jenis buang anak) seorang emak yang normal, yang sayangkan anak dia, boleh jadi gila kalau sampai sebulan tak jumpa anak, sedangkan sebelum ini anak itu setiap hari bersama. Itulah yang terjadi pada kawan saya itu, dia hampir hilang pertimbangan waras apabila terlalu rindukan anak dia. Kalau dia desak untuk berjumpa juga, dia diugut, kalau terus mendesak, bekas suami akan berpindah jauh dan dia takkan jumpa anak lagi. Maka mengalahkan si teman ini. Ikutkan hati saya nak maki je dalam tulisan ni, tapi saya masih menyimpan nilai tatasusila yang saya belajar dalam kelas tatarakyat dulu, kecewa cikgu tatarakyat saya kalau saya pandai maki orang.

Whatever dendam antara bekas suami dan isteri itu, tolong jangan babitkan emosi anak, sedih saya baca bila kawan ni telefon nak cakap dengan anak, anak tak mau cakap, sebab dia rasa ibu dia tak sayang dia, sebab itu ibu tak mau jumpa dia. Sedangkan situasi sebenarnya anak tak tau. Dan paling saya rasa menyucuk hati tu, belum pun si kawan ni abeh edah, family bekas ex dia dah sebok carikan jodoh baru untuk si lelaki itu. Dah ada calon pun, tinggal nak pegi meminang je. Senang dan mudah je kan. 5 tahun berkahwin, bila berpisah kejap je boleh cari pengganti.

I dunno what really going on dalam rumah tangga dia, hanya dia je tau, and for you my friend, dun't worry tak mampu bayar kos lawyer nak tuntuk hak penjagaan bersama, Biro Bantuan Guaman ada, go ibu *** go... Sorry tak boleh letak link blog dia, privacy dia kan..

Jodoh
Ada orang bercinta bertahun-tahun, happy couple, tapi bila bertunang atau berkahwin sekejap je, then berpisah, mungkin takdir menentukan mereka boleh berkawan je kot. Ada one of my customer order cupcakes, dia pernah order cupcakes untuk surprisekan tunang dia, awal dia order, sebulan sebelum tarikh birthday dah order kek untuk dihantar kepada tunang dia. last-last 2,3 hari sebelum tiba birthday tu, dia sms tak jadi, saya pun tak tanya kenapa, ok je, but a few days after, dia ym saya bagitau dia putus tunang, sedih dan hiba dia menulis, katanya bertahun kak saya kenal dia, dari student, buat diploma, pastu ijazah, dari zaman bercinta usung beg, pegi kelas, naik bas turun bas, dari deting makan gerai tepi jalan, sampai dah kerja, sesekali pegi candle light dinner kat hotel sebab dah mampu, tup-tup bila bertunang tak sampai 5 bulan, dia putus. Ape nak buat, mungkin dia bukanlah tulang rusuk lelaki yang hilang itu. Ingat kisah kejadian Hawa dan Adam??

Ermm dan sebenarnya (eh cam tajuk lagu Yuna lak) sebenarnya dalam rumah tangga tolak ansur tu penting, jangan ego sangat dua-dua pihak. Saya nak tulis lebih-lebih pun tak layak, sebab saya pun tahun depan baru nak masuk 10 tahun kahwin. Masih baru lagi. Tetapi dari pengalaman berumah tangga ni, satu je saya nasihatkan kepada adik-adik yang baru-baru kahwin ni, jangan terlalu memaksa, jangan memaksa suami/isteri kita berubah. Memang ada sikap dan perlakuan mereka ni ada yang kita tak suka, tetapi jangan mengharapkan mereka boleh berubah dalam masa yang singkat, mungkin ambil masa setahun, dua tahun, 3 tahun?? atau mungkin lebih.

For me, encik suami saya memang baran, dah la baran, tak romantik pulak, (opss terkutuk laki sendiri) kalau ikut baran dia dia, tak tau apa jadi rumah tangga kami. Apa saya boleh buat ialah sabar, dan sabar..orang lelaki ni kalau tengok kita banyak bersabar dengan kerenah dia, lama-lama dia jadi malu sendiri, dan dia akan lebih hargai kita. Suami saya pernah cakap, untung dia dapat isteri macam saya, boleh layan angin baran dia, kalau perempuan lain dah lama blah kot...eheheheh saya pun bukan sabar sangat, bila dia baran tu kekadang saya melawan, saya memang kaki memberontak, saya tetap lawan kalau saya rasa saya betul atau saya tak suka apa dia buat. TETAPI!! tidak lama, bila dia sejuk saya akan salam, minta ampun maaf, dan saya beralah. Itulah sabar saya, bukan sabar saya dia marah saya diam tunduk macam isteri-isteri baik dalam drama mulia-mulia tu kan?? Saya marah juga, tapi kejap, dan malas nak panjangkan hal, idak le dia marah saya duduk dalam bilik berkurung, tak masak,tak buat kerja apa, atau start enjin keter keluar rumah tak balik

Idak, saya bukan specis tu, marah pun dalam umah je, layan dia cam biasa gak hidang makan minum dia, cuma makan diam je tak bercakap..ahaks.. tapi kekadang tgh diam gitu, tetiba boleh gelak... bila dah gelak tu tandanya peace la.. dah boleh gesel-gesel pipi dah...ahahahaha.

Lagi satu, selalu buat suami ni rasa dihargai dan rasa dia penting, hatta, kalau katakan berjalan dengan anak, and anak nak beli apa ke... saya biasa call dia suruh anak dia cakap sendiri, minta izin bapak dia, walaupun yang beli dan duit itu duit saya, tapi bapa dia mesti tau apa dia nak beli. Sama gak, kalau hari-hari tertentu yang bukan hari untuk anak bermain, tengok tv atau main games, tetapi anak pujuk rayu emaknya nak buat semua di atas tu, saya biasa akan call babah dia, dan suruh si abang cakap sendiri apa dia nak buat, kalau babah kata ok baru boleh, kalau tak boleh kena terangkan kenapa babah kata no. Elllleh saya tau, walaupun suami saya tak cakap dia hargai saya buat semua tu, tapi jauh disudut hati dia bangga bila dia rasa dia dihargai dan penting. kan babah kan..kan..kan..?? tak ngaku malam ni tido luar.. wakakakakaka

Sama juga, kalau pun lepas keja saya nak pegi pasar ke apa, beli barang dapur, normally saya akan call dia bagitau saya ke mana, walaupun dia tader suruh saya buat gitu, tapi saya buat juga..hehehe dia kan selamba je, tak kesah mana saya pegi, asalkan tempat elok-elok le...tapi saya latih diri sendiri, pegi mana pun bagitau. Jadi dia adalah suami saya, saya tetap sms or call dia bgtau saya nak kemana, kalau terlupa pun ,dah sampai tempat tu saya akan bagitau dia juga. At least dia tau saya tak pegi mana tanpa izin dia. Benda-benda kecik yang kita buat kekadang memberi impak besar dalam kehidupan rumah tangga kita, anak-anak tengok, dan anak-anak buat, we are lucky sebab si abang memang dilatih no secret between us, so anyting tell and story. Itu sebab kalau dia nak masuk rumah jiran pun dia akan balik dan bagitau mama dia akan masuk rumah orang itu, ini, kalau saya tak kasi dia tak akan masuk.

Once kita selalu buat benda ni, bila kita tak buat,kita rasa tak sedap hati.

Lagi satu, biasakan diri kita beralah dengan benda-benda remeh, tak rugilah kita beralah pun, tapi awas le..janganler sepanjang masa je kita je kena beralah, dia?? ego nak mampos. tak acilah camtu kan?? my darling ni, walaupun baran, dan ada sedikit ego, tapi bila kena masa yang betul, dan cara yang betul, dia boleh berdiplomasi, dan menerima pendapat kita, and i always win in that situation.. tapi kalau tak kena masa, boleh perang dingin. Always looks for the best time nak bincang-bincang apa pun ngan dia.


ermmm ok that's it, nak tulis bebanyak pun saya bukan perfect, diri sendiri pun tunggang langgang, next time kita story lagi. ini anggap intro je... tu diaaa aiiihhh intro je 3-4 muka surat dah... biasalah kan... cuma ni cara saya, mungkin sama je semua orang pun macam tu, tetapi kepada yang belum amalkan budaya begitu, cube-cubelah...sebab saya ada juga kawan lelaki yang komplen bini depa boss, sikit-sikit merajuk, pastu kena pujuk, pastu kena ikut cakap, dia, tak ikut kang muncung, semua keputusan, isteri buat, dia kena ikut. Bahaya kalau begitu, kang mulala suami itu nak bandingkan isteri dia dengan isteri orang lain.

Bahaya dik..terimalah suami kita seadanya, kalau pun suami orang lain, romantik, penyayang, sikit-sikit surprise kan bini, sikit-sikit kasi hadiah, sikit-sikit pujuk isteri..anggap la rezeki dia dapat suami begitu, kalau kita dapat suami yang biasa-biasa terimalah dia seadanya, apa dia mampu beri, kita terima seadanya, dan suami pulak, belajar-belajar la berubah, kalau isteri bincang dan luahkan isi hati terimalah, jangan ego sangat. Tak kemana ego tu, jangan cipta jurang komunikasi yang susah untuk anak-anak dan isteri anda dekati anda, terbuka sikit.
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino