Tuesday, December 23, 2008

Good Bye Mr. Wira, and Welcome Mr. Grey


Setelah bersama kami dan berjasa selama lebih kurang 6 tahun, akhir kami berpisah jua... setelah menempuh perjalanan sejauh ini (tengok pic bawah) akhirnya Mr. Wira telah berpindah ke tangan tokei used car.

Photobucket

Jasamu ke kenang..
Photobucket

Mr. Wira merajuk di saat-saat akhir, semalam, tiba-tiba keter tak boleh start..uhuhuhu rupanya bateri kong.. nak tukar bateri baru pun alahaiii sayangnya, dah petangnya nak serahkan keter dah. Cina bengkel tu pun kata ralatla kalau tukar..last-last dia manage dapatkan bateri second hand.

And welcome to our family... Mr. Grey..
Photobucket

eheheh ni amek dari tingkap office... saje ja tunjuk sipi-sipi ahaks..keter toyotla yang kasta paling murah eheheh. Si Ady (Tepak Sireh) kata aku beli Camry...ayoyo.... mana mampu mokcik...

plat pun cun juga nombornya ada kaitan dengan angka birthday darling, and dapat plat WSC-yang membawa makna-Wa Syaf*naz Cantik/Cun...hahahaha best la kan..

So walaupun tidak dapat Mr. Black idaman hati, syukurlah Mr. Grey pun Grey la... janji itu Mr. Wira dapat dijual segera, gilooo berapa hari lagi nak tahun baru...mau dua tiga riban harga drop nanti.

So dalam bulan ni kami ada dua ahli keluaga baru, Mr. Grey dan Bibik. Alhamdulillah bibik selamat tiba di Port Klang sabtu lepas, and kami kenalah jemput dia kan, sebab dah kami buat urusan dia sendiri, tader pakai-pakai agen, so nak clearkan dengan imigresen bagai, so kenalah kami hadir ke sana. Huishhh berjanggut nak tunggu dpt clearance pun, bibik tiba jam 6 ptg, gedebuk gedebak pukul 8.30 baru setel semua. Itu pun kata orang yang dah berpengalaman, kira cepat jugaklah tu, pengalaman dia dekat 4 jam tunggu.

So lepas ni tunggu nak bawak bibik pegi medical check up kat klinik panel fomema je. Siapa yang nak amek maid, better uruskan sendiri jimat, and kalau buat sendiri lebih puas hati. At least, maid kita cari tu kita kenal. Macam my bibik adalah di rekemen oleh Kak Sya, Kak Sya memang kenal bibik ni, itu sebab kitaorang berani nak ambil bibik ni.

Dan Alhamdulillah, bibik ni memang betul macam kak Sya cerita, cekap buat kerja, hari pertama tu kami belum bangun lagi, dia dah siap bangun sapu lantai, mop lantai semua, siap cuci bilik air lagi. eheheh saya belum bagi kerja lagi, dia dah cari kerja sendiri. Saya balik dari pasar, baru je letak ayam/ikan dalam sinki, ingat nak rileks kejap, batu nak cuci, rupanya member dah siap cuci, masuk peti ais dah. And memang senanglah saya tak perlu banyak memberi arahan, tau je dia lap tingkap, cuci sinki, cuci itu ini..mudahlah sebab saya pun bukan jenis cerewet, asalkan dia jaga baby ok, kerja rumah beres. ALhamdulillah. Cuma bab memasak, masih lagi saya yang uruskan.

And part paling best, ialah bibik ni suka beno berkebun..ehehe dan belakang rumah kami memang ada tanah kan, so apa lagi, dan berbatas-batas dibuat bibik dan ditanam segala neka pokok.. Bibik Kak Zah sebelah rumah kasi benih sawi, eheh bibik korek tomato ambil biji buah benih, lepas ni saya kenalah rajin ke nurseri pokok,beli tanah hitam, beli baja.. ehehe bibik dah pesan minta dibelikan baja, dan benih-benih pokok..

yezzzaaa petang ini emak saya akan sampai dari Kedah, and inilah perjalanan jauh emak setelah abeh edah lepas abah meninggal, kami sedang pujuk mak agar duk lama-lama sikit kat sini, saya nak umpan emak, eheh nak carikan guru agama, boleh betulkan tajwid dan aktiviti agama yang emak boleh join kat sini, so tak la dia boring kan..

tapi yang pastiiiiiiii abehlah dietku..... sure la emak akan masak yang best.... aduhhhhhh, ermm maknanya kalau diet punah, kena banyak exercise supaya bakar segala kalori yang menjana di badan, makanya..harus la beli dua cangkul untuk berkebun dengan bibik kan...ehehehe

Wednesday, December 17, 2008


Ok...entry sengal sudah berlalu...
tindakan terhadapa pemanggil yang membebel itu bos dah ambik.
Toyolta Kajang pun dah settle, cuma tunggu Mr Grey selamat sampai..uhuhu ku idamkan Mr. Black, tapi Mr. Grey ku dapat.. Ku pujuk hati... "Kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita belajar menyukai apa yang kita ada," uhuks... ralat..terkilan sumer ada... kalau nampak ada Mr. Black dijalanan, gua gerammmm oo sampai Najmi kata, "mama jangan pandang, nanti mama sakit hati" Huh!!

Susahkan menjadi manusia seperti saya, kalau saya kata hendak macam tu, camtu le saya nak.. camtu le saya, ishhhkkk sabar-sabar...

Baby Q dalam proses nak meniarap.. hangen je member bila gigih berusaha tapi tak dapat dia meniarap lagik, hanay boleh mengiring sipi-sipi je.. tak per dik... rileks... usaha gigih ye dik..

Dua hari lepas, saya bawa Najmi yang kemaruk nak swimming. Auntie-auntie sebelah rumah tak der, pergi makan angin ke Vietnam, so saya takut-takut nak lepaskan dia swimming sebelah rumah, walau Kak Zah memang offer biar je Najmi swimming kalau diaorang takder pun, saya takut sbb swimming diaorang dalam, kang saya lak yang panik, ehehehe..

So dua hari lepas bawa dia ke kolam renang dekat presint 6, dekat PICC tu, hollaa cantiknya view kat situ, tak ramai orang tau kolam situ, so rileks, tak ramai orang, kolam dewasa dia besar sungguh, size olimpik saya kira..memang luas dan puaslah, kolam budak pun ada dua, satu untuk budak-budak kecik, 1-5 tahun kot.. satu lagi kolam besar lagik, and dalam lagi, untuk generasi macam Najmi. Luas jugak, puaslah Najmi berenang, itu pun ada hati dia nak mandi kat kolam dewasa, saya lak tak confident, walau ada life guard kat situ.

Meh tengok pic
Baby Q dan Mak su
Photobucket

Hari ni dia moody sikit, so kureng mesra sikit
Photobucket

tengok puas hati kolam dia besar
Photobucket

ni kolam dewasa
Photobucket

ni pemandangan di luar kawasan pusat rekreasi air tu
Photobucket

boleh berkayak...piknik bagai..
Photobucket

kak sya, nanti kita datang sini ek..kita piknik sekalik...

Ok, itu je utk hari ini...
tata...
esok Insya-Allah our bibik akan tiba... moga-moga selamat tibalah bibik ku itu...

Monday, December 15, 2008

Entry sengal-sengal marah


Entry sengal-sengal marah..
Sila berangkat kalau anda seorang skema, mat or minah belia harapan negara..

Jarang tau saya meroyan.. tapi hari ini sila beri peluang.

Weiii bengang nih...
Bengang 1
Semalam ada orang sengal meraban, dan meroyan dan sawan kot menalipon saya dan meroyan bla..bla..bla... point je ciput je, mintak maklumat, tapi sengal dia lebey... pastu email lagik, terus la gua kasi gua punya boss handle, bukan level gua la nak handle meroyan camtu.

-titik-

Bengang 2
Yang ini memang sejak awal lagi bengang tahap sengal team T*yota Kajang macam _)*)(&^*&%)^(*^* benciiiiii - Weiii gua nak kaler hitam bukan dark grey... kalau gua lawyer gua saman kompeni lu.. gua nak hitam.. sian si darling serba salah... bininya degil nak hitam, tapi ada sebab musabab logik akal, dia dengan berat hati merelakan dark grey jugak. Gua lagi la... paksa tanpa rela.. huwaaaa..

Bengang 3
Peg. Imi and mamat Indon (Imi=Imigres*n)
Peg Imi telah prepare dokumen dan visa dengan bijaknya telah menyatakan kononnya calling visa bibik kena pi cop di Medan, sedangkan sepatutnya di Pekan Baru. Dia geografi dapat 9 ke? lainla gua yang memang sengal geografi. Kerani kaunter tu confuse, Medan or Pekan Baru, Peg. Imi itu dengan muka confident kata Medan, segala dokumen ditala ke Medan. Mamat Indon sengal yang uruskan bibik dari awal tak bagitau yang mintak Imi kita halakan ke Pekan Baru je. Semua sengal ekkkkk.. Hangin bila mamat ni sms, kena charge sebab dokumen patut cop di Medan dia cop di Pekan Baru.. Haruskah saya senyum gembira dengan situasi ittew.

Uhuhu
Hati sudah terhibur, kami menicah (apa istilah korang ek??) kami makan pelam muda dengan sambal home made, ada sorang my staff mertuakan pandai buatkan kuah sambal ala kuah rojak.. orang utara kan hebat...hahahah) kami makan-makan pelam muda sambil cicah kuah home made yang sedap itu, dapat kunyah pelam muda sedap dan rangup hilang bengang kejap.

Sudahlah dengan bengang..mari kita bergumbira..
Hari Sabtu nan silam kami pegi kenduri AMYZ sungguh seronok, dapat jumpa geng-geng otai blogger..hiks, ku katakan otai sebab time kami menulis blog beberapa tahun nan silam, ada orang baru pandai register email..ahhah sapa tatau tuuuuu kejam nooo..hahaha statement berunsur riak..sila lariiiiiii

Di Kenduri Amyz saya rasa gumbira sebab CIK DAUN yang sedang hamil sudah gumuk..malah saya rasa hebat, bila saya rasa saya lagi kurus dari daun, malah lebih jelita kerana era saya mengandung dengan pipi kembang dan hidung macam jambu air sudah berlalu, dan suka mengutuk dia yang makan tak hengat, masa kami makan, hujan mencurah, bila kami berhenti makan hujan pun berhenti, tapi Daun masih boleh bengun menambah ayam goreng untuk meratah.. sungguh poyo kan?? Maka keluar kenyataan, udah-udahlah..hujan pun dah berhenti, ko makan bila nak berhenti. Hiks... Tapi kerana dia membalas dendam hutang makan yang tertangguh kerana mabuk yang ganas masa awal kehamilan, maka dia di beri keampunan.

Tak Caya tengok gambar, Daun gumuk kan...hahahaha
Photobucket

Dan ini sebahagian dari otai blogger huh otai tu..
Photobucket

Dan inilah pengantin yang jelita ittew..merah ko nyah...
Photobucket

Itu cerita Sabtu silam, ini cerita Ahad silam
Ahad nan silam, persatuan penduduk Fasa 2 Semi D taman kami buat Family Day, best.. dapat kenal jiran-jiran satu fasa, bukan senang nak berkumpul dan beramah mesra, makan pagi port luck.. family kitaorang buat sosej roll bun..of course la homemade bun kan..
Photobucket

Then awal pagi tu ada senam robik.. meks ada baby so tak der nak berobik pepagi tu.. ada games memacam, tapi satu pun saya tak join, sebok bersembang bawah khemah je...pic pun maleh ambil,
Photobucket

paling kelakar time borak-borak, sesama jiran yang tak pernah kenal, bila diaorang tanya saya duk lorong mana, saya cakap 4/1, lorong ni antara laluan utama menghubungkan dengan lorong-lorong lain, sebab lorong yang tidak ada jalan mati, ehehe kita perumahan kami ni macam satu round, kami barisan yang membentuk bulatan, kira laluan kereta lalu lalang la.. bila orang bertanya rumah yang mana ye.. saya cakap le sebelah rumah putih yang naik dua tingkat, (rumah kak Zah) spontan mana-mana yang bersembang dengan saya akan sebut gini "ooo rumah pagar kayu ye," hiks... ya kami dikenali sebagai rumah pagar kayu... asal saya borak dan bagitau lorong rumah dan rumah yang mana, orang akan sebut, "ooo rumah pagar kayu" eheheh esok anak-anak saya orang kenal, sebagai anak-anak rumah pagar kayu...eheheh hiks, kelakar la pulak. orang sebut rumah kita rumah pagar kayu.. trade mark gitu

Siap ada satu akak ni ikut balik rumah sebab teringin nak tengok dalam rumah saya camner.. uhuhu orang berhajat ke rumah, takkan le nak kata tak boleh, terima ajer, sogan meks tau...masa ni dapur bakeri tengah bersepah, dengan sebelum siapkan tempahan cupcakes, tapi mujur part yg lain masih menten, sebab?? my darling very cerewet tau.. rumah mesti always kemas, kalo tak muka dia muncongggg jek..

so inilah rumah pagar kayu di lorong 4/1
Photobucket
kalau sesiapa baca blog ni nak menyinggah sila tekan loceng, saya menerima tetamu dengan gembira..tetamu bawa rezeki kan...

Sekian cerita saya..jumpa lagi di lain siaran..

Thursday, December 11, 2008

Raya Haji 2008


Alesya genap 6 bulan pada 9/12 lalu, iaitu sehari selepas hari raya haji. Kejap je rasa dah setengah tahun, lagi 6 bulan Alesya akan sambut first birthday dia. Alamak..biarlah Alesya lamabt besar..eheheh tak puas nak 'mem'baby'kan dia. Alesya is very-very-very good girl. Semua orang pun suka dan seronok melayan dia di kampung, sebab dia cool giler. dia rileks je santai dalam bakul baby dia. Dia hanya merengek, lapar, basah, berak, atau kembung perut, selain tu, dia amat baik, dan boleh bersembang dengan siapa saja. Bawaklah usung dia kemana dalam bakul tu dia rileks je. Semua orang puji baiknya Alesya, bila ramai-ramai puji Alesya baik, baiklah Alesya jadi, aminnnn. Tapi serius menjaga Alesya memang senang, mungkin ini hikmah Allah bagi, setelah pelbagai ujian saya lalui masa mengandung, melahirkan dan menanti penuh debar Alesya berjuang di NICU selama 90 hari.

Malam pun dia tido baik sekali, sebelum saya tido biasanya sekitar jam 12 malam, saya akan bagi dia minum susu sekali, tukar diapers semua (guna huggies untuk kesan serapan yang baik..ehehehe iklan jap) so dia akan tido lena sehingga jam 6 pagi, ngam untuk kejutkan saya bangun tido, atau paling awal dia jaga jam 4.30pg atau 5.30 pagi, itu kalau sebelum tido malam tu dia tak nak minum, itu je masa dia terjaga, selebihnya dia tido dengan baik. Itu sebab berat dia naik dengan baik, tido baik untuk baby.

Hari raya kami simple je, kami raya kat Kedah. Just beli beberapa jenis kerepek bawak balik, then emak buat ketupat palas, rendang ayam aku buat, and buat mee kari lagik, mee kari tu favourite my darling, of course buat selalu pun dia suka. Sanggup tu kami meredah sampai ke Yan mencarikan kerang fresh, untuk buat mee kari. Tapi nan ado.. last-last jumpa kerang baru juga, kat tepi jalan kat kampung berdekatan. Beli 5kilo kerang..hah amek, banyak je rasanya, ingat nak buat rendang kerang jugak, tapi bila dah buang kulit kerang, ciput lak tinggal, last-last emak ambil buat masak lemak cili api je, di masak dengan erkk apa nama benda siput beso macam tiram tu, lupa lak.

Gangguan
tu dia...tajuk gangguan tu.. ni ank cerita sikit, or nak ambik ikhtibar sikit bagi orang anak kecik berderet ni. Saya nak cerita pengalaman saya di surau kat hentian sungai buloh hari Rabu malam yang lepas, kami berhenti jamak soalt maghrib dan Isya, of course la bergilir dengan darling, aku solat dulu, dia tunggu baby Q dalam keter dengan si Abang. then baru depa pulak pegi. Ok, masa dalam surau perempuan tu, masuk satu perempuan bawak 3 org anak kecil, palign sulung pun saya rasa baru umur 4 taun or less, yang kedua rasanya baru nak masuk 2 tahun kot, and paling kecik baby, baby tu dia dukung, si bibiknya solat dulu, yang emaknya dukung baby, yang anak berdua tu punyalah hyper. berlari terjerit pekik dalam surau, saya tengok ramai dalam surau dah menjeling-jeling.

ada orang siap tertoleh-toleh lagi ke belakang, siap geleng kepala, dengan harapan emaknya faham, tapi emaknya buar sardin je. Si abangnya berlari ke hulu ke hilir siap menjerit, kejar-kejar dengan si adik, ada sekali jatuh atas sejadah yang sorang makcik ni tengah solat, makcik tu lepas rukuk, berdiri agak lama, tunggu si budaknya bangkit dari sejadah dia, di bantainya budak ni sengih-sengih pulak, last-last ada muslimah lain tarik budak tu, emaknya sebok dok bf si baby. Saya sendiri angkat takbir kemudian ulang lagi, sebab tak kushyuk. Baca fatihah pun macam confuse kejap, asyik terkejut dengan jeritan budak berdua ni. Aduhai, tak ke emaknya ada perasaan? bergilirlah nantikan dalam kereta, atau di luar surau untuk solat, ada tiga orang boleh bergilir, suaminya, bibik dan dia. kalau pun dia nak bf baby, duduk la dalam kereta, bibik pegi solat dulu, dengan suami dia, then dia pulak pegi solat lepas baby kenyang boleh baby duk selesa dengan bibik dalam keter.

Dalam hal ini aku rasa bibik tu lagi bijak, lepas je bibik solat, terus di tarik budak berdua dan ambil baby pergi keluar, menanti di luar surau. Emaknya baru berlenggang pegi ambik wuduk nak solat. Ishkkk aku rasa emak-emak begini kena bijak urus benda-benda macam ni, nak marahkan budak tak boleh sebab diaorang mana le reti adab sopan dalam surau. jadi orang tua yang reti kena manage la. Aku sendiri pun masa Najmi kecik, memang bergilir solat dengan hubby, dia dah besar sikit baru aku berani bawa masuk surau. sekarang pun sama, dengan adanya baby Q, kami tetap bergilir solat. So kepada yang ada anak kecik yang rapat-rapat tu, consider la sikit orang lain nak beramal ibadat dengan tenang, walau semua orang dalam perjalanan, tapi time kita nak sujud pada ALlah, hati kena tenang, rileks.

Oklah, moh layan je gambar kitaorang berhari raya nih..

Malam raya darling botakkan kepala, kerana berniat nak botakkan kepala bila ada hajat dia kesampaian. apa dia??? tungggguuuu..
Photobucket

Hari raya kami... ehh setelah sekian lama lesung pipit saya terbenam sebab terlalu gebu pipiku ittew, tapi setelah sekian lama berdiet, lesung pipit timbul kembali..hiks..alaa lesung pipit pun bukan dalam beno, tapi ada le jugak, hiks...bebudak berdua ni pun ada lesung pipit sebelah gak, sama tempat ngan mama punya, jadi senyuman ku lebih menawan..hahahahah
Photobucket

Our little princess...suka pic ni, dia nampak cool jek..
Photobucket

And Alesya terkini, tengok betapa rileks je dia dalam bakul baby dia tu, travel dari Kedah-Perak-KL
Photobucket

Dan ini pic menyentuh hati tau...
Photobucket
Saya tengah buat cupcakes, tiba-tiba tiada bunyi tv, tiada riuh-riuh Najmi, ehh confuse kejap, budak ni selalunya nakal. Saya pergi jenguk dia..oh rupanya dia mengaji kat adik dia..huks..tersentuh jap.. Saya diam-diam ambik kamera dan amek pic ni tanpa dia sedar, itu sebab pic tu gelap, saya terangkan dengan bantuan picasa je, dia baca beberapa surah kat adik dia, Saya tegur dia, "Abang, pegang Al-Quran ambik wuduk tak?" dia jawab "Ambiklah mama, mana boleh pegang Al-Quran tak der wuduk," legaaa..

He is now big boy. Alhamdulillah, sambil buat cupcakes tu saya dengar bacaan-bacaan dia semakin lancar, sesekali dia berhenti untuk mengeja ayat-ayat yang agak sukar. Ermm Abang, mama harap abang jadilah abang yang baik ye..

Wednesday, December 03, 2008

pic alesya di NICU


Masih berdukacita atas kehilangan sahabat rapat di UiTM dulu..
Al-Fatihah saja hadiah untuk arwah sekarang.
Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Moga suami dan anak-anak dia tabah menjalani hari-hari seterusnya.

Alesya
Rupanya Alesya ramai peminat. Saya sering di sapa melalui YM suruh update blog dan letak pic Alesya banyak-banyak. Uhuhu kang orang kata gila glemer pulak. Insya-Allah saya akan tetap masukkan gambar-gambar dia nanti, maklumlah blog ni catatan kenangan untuk anak-anak nanti bila mereka dah besar, dan mana tau umur saya tak panjang, dapatlah mereka tatap kisah mereka saban hari di sini. Atau menjadikan saya lebih dekat dengan mereka bila menatap catatan di sini.

Kali ni baru saya berani untuk letakkan picture-picture masa Alesya kritikal di NICU dulu, siapa tak belas melihat Alesya berselirat wayar, dengan mesin berbunyi warning setiap kali jantung dia berdegup kencang atau slow. Membuatkan hati berdebar tiap kali tertera ni telefon hospital, meminta saya datang segera ke hospital untuk ambil darah untuk dipindah kepada baby, masa tu keadaannya pucat, kuning, macam tak berdarah. Pilu hati memandang, sampai satu tahap, darling kata saya tak payah pergi hospital, kalau tak cukup kuat memandang bayi kecil yang sedang bertarung nyawa itu. Tapi hati ibu manalah kan yang sanggup membiarkan anak dia keseorangan berjuang. Saya gagahkan diri melihat dia setiap sekurang-kurang selang sehari. Tapi babahnya memang setiap hari singgah dalam perjalanan balik dari kerja.

Sampai satu tahap, doa saya ialah "Ya Allah, andai kata kau mengizinkan bayi ini kami pelihara, selamatkan dia, lindungilah dia, sembuhkan diam berikan dia kekuatan, seandainya tidak, kau ambillah dia, jangan kau seksa bayi aku sekecil itu,kasihanilah tubuh anak kecil itu, sesungguhnya kau Maha Mengasihi" Itu saatnya di mana berat dia makin hari makin menurun, drip makanan dihentikan, tubuhnya makin tinggal tulang dan kulit sahaja. Namum Allah sudah menetapkan, dia akan sihat dan kuat, maka sehingga saat ini, Alesya baby yang sihat dan kuat. Alhamdulillah.

Saya tak pernah tulis betapa sayu hati saya memandang ibu-ibu pulang mengendong bayi selepas bersalin dihospital, saya tak tulis betapa pilunya hati bila ada orang bermulut lantang mengomen saya tak berpantang betul sebab sibuk berulang alik ke hospital, orang tak tau masa tu saya hanya fikirkan baby saya bukan soal diri saya, belum kena pada diri sendiri bolehlah kita bercakap pada orang. Saya tak pernah tulis, saya tidak lena malam kerana sentiasa rindukan dia, sentiasa terkenangkan wajah pucat dan kurus dia. Saya tak pernah cerita betapa tersinggungnya saya bila orang kata tak leh imagine 1kg besar mana, sedangkan beli ayam kat pasar pun 1kg lebih beratnya, ada kata berat 1 kampit gula. Darling juga simpan kata-kata doktor mendebarkan jiwa tentang Alesya dari pengetahuan saya, dia hanya cerita baby ok, baby ok bila hari yang saya tidak dapat melawat dia. Semuanya saya simpan sampai saat ini baru saya tulis.

Alhamdulillah, genap 90 hari dia dilahirkan, dia dibenarkan pulang ke pangkuan kami, dan sehingga hari ini, dia cukup baik, tidak banyak ragam, tidak banyak kerenah. Rileks je dia lepak dalam baby cot dia, merengek bila lapar, or basah, selebihnya dia 'bermain' 'bersembang' atau sudah pandai berdua dengan abang menonton kartun di tv. Itulah dia Nur Alesya Qhaisara, kami pilih nama tu kerana sesuai makna dengan diri dia. Alesya - Yang dilindugi Allah/tuhan, Qhaisara -Permaisuri, jadi maksud nama dia, Cahaya Permaisuri yang dilindungi Allah/Tuhan.

ok buat julung kalinya saya paparkan picture Alesya yang tidak pernah saya tunjuk sebelum ini, kerana saya takut pelbagai kemungkinan pada masa itu. dan takut nanti ada komen yang menyinggung saya tanpa orang sedar.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino