Thursday, January 29, 2009

Makaroni Bakar


Suker lah tau dengar lagu Mentera Beradu Malique and M.Nasir tu. Dulu tak berapa endah, and tiba-tiba termampak lirik lagu ni kat blog awek mana tah lupa dah ahkak..eheheh nampak beno dah kertu. Bila ditelek dan belek, liriknya sungguh menarik dan membawa makna yang tersirat...

antara part yang aku suka
"Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi"

"Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja"

Full lirik ada kat tepi blog ni sila baca dengan mata hati..ewahhh, Tahniah buat Malique kerana berjaya hasilkan lirik berkualiti gini... tak pulak dapat masuk final AJL ek??

Oklah, meh kita layan makaroni bakar versi sapinat occay... semalam dan silam, saya membuat makaroni bakar, dah lama nak buat, tapi asyik bertangguh je. So semalam Baby Q demam cikit, pastu mama balik half day, bawa baby Q pegi klinik, balik dari klinik, baby Q tido nyenyak, pastu mama pun mulakan aktiviti masak makaroni bakar ni. Ni versi saya sendiri la.. banyak cara buat makaroni bakar ni, ada orang pakai rempah kari je, ada orang guna white sauce je.. tapi menjadi saya yang suka-suak menderhaka kepada resepi, saya combine dua-dua..boleh??? suka ati saya je kan.. hiks...

Okeh, meh ahkak tulis resepinya ye... angin rajin ni..

Makaroni Bakar
Bahan-bahan

Untuk daging
1. Makaroni (dalam 2 cawan) (rebuslah dulu kannnn)
2. Bawang putih/beso (cincang/potong dadu)
3. Daging kisar cap ramly sebungkus
4. rempah kari daging 2 sudu (bancuh ngan sikit air)
5. Garam and gula

Cara:-
1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan rempah, masak sampai garing tau.. sampai naik minyak, kalo tka naik minyak tak sedap ooo,
3. Dah elok garing, masukkan daging, masukkan air sikit, masak sampai kekeringan, boh garam gula la of course kan..

Sos Putih
Bahan
1. Satu sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. Satu kotak kecik (bebudak minum) susu low fat (fresh milk)
4. Serbuk Lada Hitam, lada sulah
5. Kiub ayam, (sikit je, suku dari kiub tu je)
6. Cendawan butang Hiris/cincang (ikut suka la) <-- ni optional, tak boh pun taper

7. Bawang beso, bawang putih (cincang)

Cara

1. Cairkan butter, then tumiskan bawang-bawang

2. masukkan tepung gandum (masuk kejap je, pastu padamkan api jap, or kalau periuk tangkai, alihkan dari api kejap) (jangan bancuh ngan air masuk je original gitu) (tips, sila kacau dengan whisker ye, supaya tidak berbintil-bintil)

3. Masukkan susu, tambah air sedikit (anggaran sekotak susu tadi la)

4. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam, kiub ayam.

lain-lain bahan

1. telur ayam 4 biji (dipukul)

2. kacang peas/mix vegi/karrot parut/apa-apa la..)

3. Mozarela cheese (diparut)



OK siap tu, sila gaulkan semuanya makaroni yang dah siap rebus, dengan daging tadi, dan white sauce, dengan telur yang dah dipukul, sayur-sayur tadi (mix vegi ke, kacang peas ke) biar basah-basah, berair sikit.

Then bakar selama setengah jam or lebih, suhu bergantung pada oven memasing le, tp pada suhu yang tinggi supaya boleh membakar dan terus melembutkan makaroni tu, mula-mula bakar makaroni tu je dulu, dah agak masak elok, keluarkan kejap, taburkan cheese, and bakar lagi dalam 10-15 minit

okeh meh tgk pic yang sempat saya ambik semalam


Photobucket

Photobucket

Photobucket
ermmm sebelum ni say buat guna cara taruk daging kisar dengan rempah kari tu je, and guan telur dan susu cair, tapi dengan cara saya suka-suka hati campru white sauce tu, rasanya jauh lebih enak...eheheh

Monday, January 26, 2009

Fraser Hills


Seperti yang dirancang, kami ke Fraser Hills pada 25/1/2009, ini sebenarnya last minute plan, sebenarnya tader plan cuti CNY ni nak ke mana-mana pun, saya saje je masuk website BPH, JPM, saje check-check umah peranginan gomen, sebenarnya nak survey nak book apartment untuk plan bercuti dengan sanak saudara bulan Mei nanti, check-check klik kat rumah peranginan Fraser Hills, surprise masih ada room available, so terus saya call darling, tanya dia nak pegi tak, rumah beb, RM40 sajork semalam, babah kata ok, terus mama booking, bayar semua, book terus 2 bilik, so pada hari tersebut, kami pun bertolak ke sana, frust juga awalnya sebab saya dah book and bayar untuk dua bilik tapi yang maklumat penyelia rumah penginapan tu kata saya book satu bilik tapi booking semua saya print kan..so salah diaorg la.. so diaorg adjust-adjust, dapat juga kami dua bilik.. Cuaca di sana?? Ya Rabbiii sejuk ya amat, mungkin disebabkan masa kami sampai hujan, dan malamnya pun hujan lebat, cuaca yang sentiasa sejuk menjadi amat sejuk dengan hujan yang lebat tu.

Ok let the pictures do the talking ye..

Ni biliknya, murah la sbb gomen rate kan, tapi facilites dan kemudahan tip top, bilik besar gilo..puas hati sesangat
Photobucket

Little princess dengan topi comei.. kata abang macam fairy tales..ehehe
Baju sejuk merah tu di kirim dengan my cousin KAK PAH yang tinggal kat US, yang balik bercuti baru-baru ni, Ehh seluar pun sama..Thanks Cik..<--kata Alesya, mama lupa bawa blanket Alesya, so pinjam kain pelikat babah la buat selimut.. sejuk weiii Photobucket
Ni pic baby Q and mama kat bilik bibik and abang tido, bilik diaorg pun besar, selesa
Photobucket
Susah beno nak ajak si abang bergambar, tak mau saja dia.. tapi lepas dah belikan kad naruto, terus mood bergambar ok sikit..ehehe
Photobucket
Tengokla kabus tebal..tak nampak apa pun, sejuk sungguh
Photobucket
Dingin dan sejuk, best...
Photobucket
And again..our princess... And baju hijau yang comel itu pun dibeli oleh Kak Pah.. sweet semua baju kak pah beli..
Photobucket
And again, sayur segar dari kebun bibik..kailan... dari kebun terus ke kuali..maka terhasillah, kailan ikan masin..
Photobucket
And ini...hollaaaa ABC sanagt sedap occay... ni gerai favourite saya and rakan-rakan masa belajar di UiTM dulu, gerai Pegaga, dah dua kali posting gerai pegaga ni... dulu pernah letak pic Bancau dia yang memang tak pernah jumpa sesedap itu kat tempat lain.. ermm cari balik pic lama tak jumpa pulak, yang baru ni pegi minum, tak sempat amek pic dah kacau dan sedut, pastu baru teringat nak ambik pic.. uhuhu..tp serius memang sedap... and brader gerai pegaga ni maintain je selim gitu, walau dah lebih 10 tahun berniaga dan beranak pinak dah agaknya kot... ehehh ye la saya pun dah dua anak, dia entah-entah dah ada menantu..eheheh
Photobucket
Psssttt... Nak minta tolong jasa baik u oulss.. sila cadangkan lokasi menarik sekitar lembah kelang untuk dibuat family day.. saya kena organize family day le pulak, ni just untuk bahagian we all je, budget ala-ala ciput je, kalau dapat area lembah kelang yang ada chalet murah-murah je boleh dicadangkan kepada saya, atau memana tempat yang menariklah untuk buat family.. ohhhh pleaseeeeee pleasseeeeeeeeeeeeeeeee tolong la saya ye...

Thursday, January 22, 2009

Tag and kebun bibik


Ramai orang suka tag-tag..
saya pun selalau kena tag-tag..tapi entah saya jenis pemalas, ehehe sebab blog saya ni suka hati je saya nak update ke tak..pastu ikut dan je la saya nak cerita apa..caca marba suka ati saye.. Maaf kepada orang yang selalu tag saya, tapi saya tak pun buat tag tu.. eeheheh terukkan saya..

Saya baca blog RODI tadi, rupanya dia tag saya, dan oleh kerana saya tak ada idea nak update blog, saya pun buat tag..aci la ek..


Do you think you are hot??
Hot apa tu.Hot FM?? eehhe kalau hot angin kus-kus tu selalu gak, kalau hot bab lain tu hot jugak kot la kan.. hubby ku saja tau...hiks..

Upload your favourite picture
erkkk tag ni kata faovourite picture je kan..tak kata pic apa... so ni la pic fav. saya..




Why do you like the picture??
saya sukakan senyuman Alesya yang pada mata saya seorang emak yang perasan, saya rasa dia sangat comel dalam aksi begitu.. dan senyuman tu selalu saya rindu..

When was the last time you ate pizza??
bila ek..beberapa bulan lps, home made pizza lagik

The last song you listen to..
Aku bukan untukmu-Rossa (dgr tadi dlm keter)

What name do you prefers besides your?
Dolu-dolu masa kekecik suka berangan, so berangan nak nama Hernie Zuriana... hahahaha mas dolu la..sekarang dah tua.i like my name tau..

People to tag :
tader sapo saya nak, sbb sy tatau sapa saya nak tag... siapa yg baca ni sila tag, tak der blog boleh tag kat komen blog saya ni..ehehe

Okeh meh kita tengok pic kebun bibik pulaks...


Macam-macam adaa, bendi ada tak kurang 10 pokok ouls..

jenuh kami makan nanti

Tomato pun ada dekat 10 pokok, sawi?? errrmmm berbatas-batas..




Sawi lagik... and kawan sawi tepi pagar..

Sawi yang berjiran dengan Salad

Yeay!!! berbudi pada tanah, dapat makan sayur fresh from the garden..nak rancangan kat afc-from the garden to the kitchen...

Nantikan episod akan datang... taman bibik pulak... Memandangkan ruang depan rumah sebelah parking keter masih kosong, tak menarik, bibik telah mencadangkan agar pokok-pokok bunga dibeli dan ditanam... Maka saya telah mengabehkan sejumlah wang di nurseri pokok membeli anak-anak pokok untuk bibik tanam, dan membuat mini garden.. tunggu episod akan datang...

And selamat bercuti buat semua.. jumpa lagik nanti..u ols pegi mana?? we ols pegi Fraser Hill gitu..jalan-jalan makang angin.. suspen gak, first time nak pegi.. katanya jalan bengkang bengkok..oh eksian Mr. Grey kena panjat bukit nanti..

Tuesday, January 20, 2009

FATE, resit lama nostalgia percintaan


Ada kelab baru, siapa nak join sila daftar..hiks... mak sukerrrrr MEH SINI MEH!! (sila klik kanan, and pilih open in the new window supaya anda tidak meninggalkan blog saya occay..

Jangan marah kepada yang suka ek, saya cuba suka mamat ni, tapi enggak bisa dong...tatau naper tahap ketidaksukaan saya menjadi-jadi... dulu pun saya tak berapa gemo si Aizat tu, sebab ada sedikit poyo, tapi suara dia sedap.. pastu dah keluar AF, dia buat lagu best-best giler lagu dia... terus saya jadi peminat Aizat. Tapi si mamat tu, lagu-lagu dia memang best, tapi entah la weii tak leh suka bebeno teman. Maafkan ahkak anak Pak Tahir.

setuju ke idak ni??
Pagi tadi dengar berita kat radio, katanya ada cadangan nak buat larangan motosikal dari memasuki tempat-tempat sesak/pelancong. katanya nak kurang kadar jenayah/ragut, dan ada lagi, cadangan tak bagi bas ekpress beroperasi waktu malam, korang setuju ke?? Ishkkk relevan ke tu?? menyelesaikan masalah ke?? Gua pelik la siapa boleh keluarkan cadangan begitu... ermmm confuse beb..

Nostalgia
Ehhh itu hari kan cerita bab kitaorg mengemas stor kan.. so selain jumpa semula gambar-gambar lama, kitaorg pun jumpa nostalgia perchentaan kitaorg. Actually banyak lagik, tapi yg jumpa yang ini jer.. Kad-kad besday, kad-kad raya entah ke mana ye darling, mama simpan semua tu, tapi mesti dlm kotak-kotak yang kita tak bukak ye kanda??

Menjadi hobi ahkak dulu tau, menyimpan segala resit, tiket wayang, tiket bas, apa-apa yang berkaitan dengan kitaorang. Very the sentimental value katanya kannnn..

So ni antara yang terjumpa ye cik kak dan cik abang sekalian..
(sila klik untuk pic lebih besar dan memahami jalan cerita, ehehe)

Ni resit beli komputer, tengok reganya dekat 4k u olss skrang 4K dah boleh beli lappy canggih manggih kan..

Ni resit beli kasut nikah tau...Murah sajork kasut nikah ahkak..maklumlah baru abeh belajo, dah orang ajak nikah, ehehe pastu kasut ni jugak ahkak pakai masa konvo tau.. selang 3 hari lps akak konvo akak pegi masjid akad nikah pakai kasut ni u ouls..



Ini pulak first time dapat hadiah besday dari my darling, masa ni dah couple setahun lebey, dia belikan i cincin emas tau.. tak main le cincin tikam..ahaks.. masa ni belum plan nak tunang, hiks..kalau tak kompem tak dapat cincin ni, sbb sure ahkak akan pow dia beli cincin tunang terus, tup-tup dua bulan lps beli cincin ni member ajak tunang..ehehehe

Ni pulak resit cincin tunang, tengok date tu, dua bulan lepas beli cincin besday tu, ahkak ni baik hati, tak beli pon cincin memahal, sebab masa tu student, akak kureng materialistik..ahaks.. (Ehhh ye ke..ehehe tapi masa tu hantaran tunang semua dia beli, termasuk yang patut saya bagi kat dia, masa tu emak saya ada kasi duit buat beli barang untuk hantaran, tapi time nak bayo dia kata dia bayo, simpan duit saya, sbb dia yang ajak saya tunang..hehehehe, thanks darling)

Ni resit barang-barang mekap dari Body Shop,(untuk hantaran tunang) idakler barang mekap sebab saya tak suka mekap, just dia kasi bedak, lipstik, losyen, mandian, tah hapa tah lagi.. kira one set la.. tengok no telefon masih 7 angka lagik.

Ini unifon kad ye adik-adik... sure korang yang IC kepala 8 tak pernah tengok kad ni.. maklumlah korang tau prepaid kad sajork.. masa tu mano ada student mampu pakai handphone, maka bergayut tepon pakai uniforn kad, and kad ni bukan boleh top up, kena beli baru sokmo, berlambak kad ni actually. Ni sebahagian yang darling akan belikan untuk saya untuk saya call dia, nampak tak telekom lagi tu. Sekarang dah tukar TM kan.



Tidak ketinggalan.. resit dari UdaOcean (skrng UO supermarket), Ini tempat wajib kitaorg deting, kat plaza warisan dekat bas stand klang tu, masih wujud supermarket ni, ni darling belikan jajan untuk saya sebelum naik bas balik shah alam.

Hiks..sila jangan gelak.. Ye..kita deting pegi Zoo wakakakaka..bukan sekali, dua kali occay..hahah motif deting pegi Zoo?? entah... saya pun pelik, naper kitaorg pegi zoo..



Ini pulak tiket wayang yang panggungnya belakang central market tu, tak pastilah wujud lagi ke tak panggung wayang ni, dua dua tiga kali gak tengok wayang kat sini, ehheeh tiket zaman tok kadok..

Dan ini tiket-tiket wayang kat panggung rex, kat petaling street tu..dah tutup pon tempat ni, ni sangat kerap kitaorg tengok wayang kat sini, motif tempat deting kitaorg sekitar petaling street/cm/masjid india?? senang lor..turun bas, jumpa jalan-jalan/tengok wayang-balik naik bas kat bus stand klang, darling i very concern, dia mesti make sure saya akan sampai semula ke itm sebelum malam, paling lewat pun naik bas dari kl pukul 7 malam. Masa ni tader keter lagi wei.. beli keter selepas bertunang

Ini tiket bas MARA (Transnasional) dari KL-Grik, ni first time nak di bawa balik berjumpa bakal mertua..suspen beb... tiket bas sebelah tu, tiket bas Lenggong-Kuala Kangsar, bas zaman tok kadok, cermin tingkatp kena angkat-angkat.. adik saya cakap, bas zaman jepun

Eheheh itulah nostalgia kami yang masih kami simpan... korang ada simpan tak??

Oklah, nak tanya pembaca blog saya yang budiman.. ada tak u all nampak kat memana ada jual bakul baby macam Alesya guna ni??? beberapa pembaca blog saya ramai tanya mana nak beli bakul camtu, ada pun yg branded-branded mahal bebeno kata diaorang, saya beli bakul tu rasanya rega dia dalam RM49.90 je dulu, kat Fajar (Plaza Phoenix, Cheras) dah tutop pon... kalau ada kabo-kabo la ek..kesiannya pada First time mummy/daddy yang bertanya saya soalan itu.. Kalau ada nak gak belikan satu, hadiah kat adik ipar saya yang akan bersalin next month.




*Update tambahan sikit... sayur-sayur dari kebun bibik dah berhasil tau.. sawi bibik tanam subur-subur.. nanti saya amek pic letak sini..teruja sangat nihh...


Sunday, January 18, 2009

Amirah's Wedding and bye-bye Mak Tok dan Mak Su


Hari Sabtu nan silam, kami pegi kenduri
Amirah anak sedara saya, iaitu anak kepada sepupu saya Kak Na.. remember Kak Na yang kasi Baby Q gaun kaler putih yang sangat comel tu, and Mirah ni kakak Zaid @ Dr. Zaid dan Dr. Aishah yang kenduri beberapa bulan lepas. So dah 3 orang menantu Kak Na dapat tempoh setahun. Alhamdulillah, meriahlah rumah time raya nanti.

Ok, meh kita tengok Baby Q @ kenduri (sila klik utk tengok lebih besar..boring la upload pic pakai blogger nih)







Tadaaaaaa



Pengantin cilik, diaorang pulak rasmi pelamin..ehehehe, actually kami nak amek pic Baby Q sorang je atas pelamin ni, tiba-tiba omak budak lelaki comei ni terus angkat anak dia, dan ajak bersanding.. eheheh kena lak tu pink sama pink.. ahaks.. tengah kitaorg bodek-bodek diaorang suruh posing, official photographer pun masuk rumah, dan terus dia pun berhenti snap-snap pic diaorang, langsung budak berdua ni tanak pandang kamera omak-omak diaorang.. oh sungguh pandai.. diaorang pandang kamera canggih sajork.. dan masa ni ramai orang kerumun dok snap-snap pic sebelah photog tu,

tak sempat mama nak amek pic elok-elok, baby Q dah moody, terus mintak di angkat.



Ni pengantin ambik berkat ni.. Insya-Allah..



Gambar-gambar pengantin sikit je.. sebab tukang ambik gambar ni Mak Su, setting kamera tah hapa dia godek, tak lawa jadi pic, and gelap, blur, gegar, pastu pengantin tak pandang kamera pon..


Okeh dah abeh wedding mama kena balik awal, sebab nak siapkan tempahan cupcakes..





Ni semua cupcakes yang mama kena siapkan untuk esoknya Ahad..



And lagi, semalam abang, babah dan mama pegi potong rambut abang kat mamak, kali ni this big boy dah ada taste sendiri untuk potong macam mana dia nak, sebelum-sebelum ni botak je pesennya, member dah ada beso, so nak pilih patern apa dia, nak, so that, masa kat mamak tu, dia siap pilih patern mana dia nak... soooooo inilah dia rambut baru abang.


Macam biasa, abang sangat peramah occay, dengan mamak pun dia leh borak tau, dia bising mamak asek tukar-tukar mata pemotong, dia cakap kat mamak, dia geli, pelan-pelan sikit, pastu dia siap cakap kat mamak, perghh baru kacak, bila mamak tu guna gunting, member siap demand, alaaa tak yah gunting la..geli la... dan ntah hapa dia merepek, sampai ada satu brader kat sebelah tu terkekek gelakkan dia, bila rambut dah pacak, brader tu cakap, "tu kalau cicak jatuh, mati tak sempat mengucap" ehehehe. Ermm tapi tengoklah si abang ni skrang tak suka gambarnya di ambil, ni mama curi amek, tu pun dia cepat alih muka ke arah lain. Masa dalam kedai mamak tu dia siap sound "mama, jangan nak ambil gambar kita," uhuhuhu


And semalam, Mak Tok, dan Mak Su dah balik SP, lama mak stay kali ni, hampir sebulan, tak berdiet ahkak tau.. naik balik berat i sekilo u ouls... okeh dah bodek encik Hubby belikan Herba Life semula, belum mula lagik nih, and start diet semula.. target nak turunkan lagi 5 kilo dalam dua-tiga bulan nih.. Ishkkk boleh ke nih...

Malam tu sebelum tido Najmi down, dia ingatkan Mak Tok, terpaksa call Mak Tok yang yang baru beberapa jam naik bas tu, (emak naik bas pukul 9 malam, and Najmi dah 11.00 malam masih belum tido, sebab teringatkan Mak Tok, dia suruh bibik tido dengan dia, mengaji kat dia, macam Mak Tok selalu buat, last-last pujuk dia ajak tido sekali dalam bilik kami, cian dia.. dah siap tengok kalendar mengira bila nak cuti sekolah, nak balik kampung.

AJL 23
Suker tau MUH menang AJL semalam, alaa ahkak ni walau anak dah dua, umur pun dah sipi, tapi masih rock tau.. suka band-band indi.. ye la dedula memuda, ahkak suka ikut ex-bf pegi jamming tau.. (erkk tu jaman muda remaja occay..) band-band macam MUH, HUJAN, memang ahkak suker tau... And Estranged,bebudak ni masih mentah lagik masa aku keja kat kolej muzik tempat diaorng belajar tu, Hanafi tu jek, rambut memang patern tu je dari dulu. Ehh ramai tau bebudak ni masa hingusan dulu selalu kena marah dengan saya masa keja kat kolej muzik dulu, sekarang dah glamour gitu.. Vince, Az Samad, bebudak Estranged, Noryn Aziz, ermmm Noryn, teringin nak jumpa dia, dulu-dulu masa dia berkrisis rumah tangga, dengan sayalah Noryn sering menceritakan masalah, kira a shoulder to cry on la. Kesian dia masa tu. Agak-agak kalau dapat jumpa dia sekarang, dia masih nak peluk-peluk saya macam dulu-dulu tak??


Tepuk-tepuk untuk MUH, and Pejal Tahir tu, ahkak suka lagu dia, tapi tak suka kat dia.. eiii maca m muka pondan baru nak belajar mekap pun adoooo, bukan kutuk ooo tp betul, awat dia celak-celak bagai tu.. geli la tengok..

Tapi actually saya berharap lagu Aizat menang, tapi takder rezeki nampaknya, lagu Aizat tu memang best.. tapi belum cukup kuat nak beat MUH, apa pun, suka juga persembahan Elyana, comel sangat.


Cuma saya masih confuse, apa kena mengena ahkak pink dengan AJL?? motif???? tak kenal Ahkak Pink?? Ermmmmm tak prihatin la korang...



Wednesday, January 14, 2009

Cicah pelam dan kisah rumah tangga


Ini tatapan encik H, yang jauh di perantauan, iaitu di Vancouver.. dengan ucapan..
sedapnya pelam cicah sambal cicah buatan sendiri ni..
yummy.. ehehe ni bebudak opis buat ni, saya pembekal pelam je, sedap tau bebudak ni buat sambal cicah tu, home made lagik... ermm kuah rojak Mak Bee yang dijual kat sini, tak sedap tau..sangat tak ori, berbanding kuah ori yang dibeli di Kedah, umpama orang mengaku jual keropok losong di KL, langsung tak sama dengan yang dijual di Terengganu. Alamak...salah ke?? kang orang kat Vancouver teringin pula nak makan keropok lekor..

kalau pun kat Voncouver tu ada belacan, gula, garam dan cili padi..tapi adakah pelam sedap begini di sana.. lalalalalala sangat kejam kan... katanya nak balik bulan 7 kan...ermmm bulan 7 kami nak cuti beramai-ramaila ehehheehe

Dan kata Cik Ad*na-kalau asam pedas makan dengan nasi panas-panas pun sedap kan..








Saya nak serius sikit, saya memang ada join beberapa forum-forum diinternet, dan sering join topik-topik perbincangan keluarga. Manusia ni lumrah, kadang-kadang kita perlu tempat untuk meluahkan isi hati kita, cuma sebagai orang Melayu/Islam, kita tak digalakkan bercerita kisah rumah tangga kita kepada orang lain, doa buka aib suami/isteri kepada orang kan?

Ok sekarang dengan internet, kita punya ramai kenalan, walaupun tak pernah bersua, dan berporum guna nama samaran dan identiti tidak diketahui, so pelbagai kisah rumah tangga yang saya baca dan ambil ikhtibar, demi keharmonian rumah tangga. Ada kisah forumer bermasalah dengan mertua, ipar, bengang dengan sikap suami dan etc la.. semua saya baca dan sentiasa ingatkan diri, beberapa kesilapan orang, kalau boleh jangan saya buat. Dengan internet juga saya sering menerima email, daripada adik-adik yang sering meluahkan masalah-masalah mereka, dan saya nak nasihat pun, saya bukan yang terbaik, cuma saya berkongsi tips saja apa mereka boleh buat.

Tahun ni usia perkahwinan kami akan memasuki 9 tahun, dan semalam saya berbual dengan darling, dan saya katakan pada dia, saya bangga 9 tahun saya jadi isteri dia, bukan senang nak handle suami yang baran. Kalau isteri tak kental, dan meroyan sikit, mau bercerai berai. Dan dengan penuh kasih sayang dia cakap, "terima kasih kerana selalu bersabar dengan dia, dia hargai sangat," Saya cakap pada dia, marah macam mana pun dia pada saya, tak pernah saya tak bertegur sapa sampai beberapa hari, jangan kata beberapa hari, beberapa jam pun tak akan sampai.

Sebabnya kalau kita sudah tau perangai dia begitu, usah layan, kita mengalah. Lagi pun dia bapa kepada anak-anak kita, nak atau bawa hati ke mana? tak kemana punya. Dan saya juga lembut hati, dalam geram macam mana pun, saya tak gamak tengok dia makan sorang diri, tetap saya akan duduk teman dia makan. Marah macam mana pun, baju dia tetap saya gosok, makan minum dia tetap saya sediakan, walau sudah ada bibik sekarang, tapi part makan minum tetap saya yang sediakan. Walau sudah ada bibik, kalau saya dirumah, saya mandikan anak, saya yang hidang makanan, cuma kerja-kerja rumah seperti mengemas sudah ada pembantu, so saya punya banyak masa duduk bersantai depan tv, layan dia berborak.

Jangan tak tau, kami suka borak, selalu tidur jam 2-3 pagi, sebab berdua berborak di dapur, atau sesekali kami keluar minum berdua di mamak sampai 1-2 pagi. Kadang-kadang saya pelik, benda yang kami borak tu benda yang sama berulang cerita, tapi kami tetap suka bercerita. Walau cerita yang sama, tetapi saya tak jemu berborak dengan dia. Sampai emak saya pun hairan, pukul 2 pagi, kami masih di meja dapur berborak dan gelak ketawa. Emak kata macam tak ada esok nak bercerita. ehehehe

Lagi satu yang saya rasa penting ialah, jangan berkira. Maksudnya di sini, berbuat baik dengan keluarga dia macam kita buat baik dengan keluarga kita. Sentiasa call/tanya khabar emak ayah dia, walau dia tak suruh pun. Bila balik kampung, picit dan urut mak mertua. Masak makanan kegemaran mereka. Insya-Allah suami kita sendiri pun akan baik dengan keluarga kita, dan layan kita sebaik-baiknya. Penting tau kalau dia tengok kita layan emak ayah dia macam mana.

Macam sekarang emak darling sakit tua, saya tak kisah bila dia bercadang untuk membaca emaknya tinggal sekali, malah saya pulak suspen, boleh ke saya buat yang terbaik untuk emak? Mampu kah? Kami dah plan, pagi sebelum pergi kerja, darling akan mandikan emak, malam saya akan masak siap-siap untuk esoknya, jadi bibik hanya perlu panaskan lauk sahaja, atau masak sayur dan goreng ikan atau ayam saja. Tengahari saya akan jemput Najmi dari sekolah, bawa balik rumah, time ni saya akan bagi emak makan, cuci berak/kencing emak kalau dia sudah membuang.

Petang jam 4.30 saya kena segera pulang (waktu kerja saya ialah 7.30-4.30 ptg) balik saya kena terus jenguk emak dulu, kemudian solat asar, dan ready masak untuk malam. Itu yang dalam minda saya apa saya akan buat. harap Allah permudahkan segala urusan. Sesungguhnya mungkin ini antara jasa-jasa terakhir kami untuk emak, bila emak uzur begitu, darling cakap, sebenarnya Allah beri peluang kita untuk mengutip pahala, Allah panjangkan umur emak walau dah uzur sangat, supaya ALlah nak bagi kita pahala lebih. Kita kena ambil peluang ini, tak semua orang ada peluang. Alhamdulillah.

Saya tulis ini sebab saya terbaca ada forumer yang bercerita, dia kalau bergaduh dengan suami sampai 2-3 hari tak bertegur, makan asing-asing, aduhh saya rasa saya tak boleh la macam tu, and saya rasa itu bukan cara menyelesaikan masalah pun, malah boleh berlarutan. Macam saya, saya akui, kalau dia marah dan saya pun marah, memang sedikit saya berontak, dan masing-masing akan cakap apa yang terbuku, tapi habis tu habislah.. lepas dah lepas geram semua, kami boleh gelak-gelak dalam masa beberapa jam je.. kebiasaannya sayalah mengalah, dia tengah marah macam mana pun saya boleh selamba pegi peluk dia, pegang tangan dia.. cuit-cuit pipi..eheheh end up dia pun gelak sama, ikut hati marah tak koser la nak gedik-gedik dengan laki lepas kena marah, tapi!! percayalah, kalau kita buat jugak begitu, dia pun tak boleh marah lama, dia pun rasa bersalah, kan babah kan..kan..kan.... kan babah...

(psssttt...babah jangan lupa tau janji nak belanja mama tukar langsir...)


Sunday, January 11, 2009

Sama tak serupa


Semasa kitaorg kemas-kemas stor baru-baru ni, banyak kotak dipunggah and banyak gambar-gambar lama dijumpai semula, termasuk gambar saya yang sangat comel beberapa bulan selepas saya dilahirkan.

Ok selain picture lama saya, kami jumpa album gambar Najmi kecik-kecik dulu, ehehe kami tunjuk pada bibik, tanya bibik, ini gambar siapa, dengan confidentnya bibik jawab, gambar Adik, iya adik.. eheheheh bila kami cakap itu gambar Najmi bibik cakap "Ya Ampun...sama aja dengan abang ya... mirip sekali," ehehehh ok tengok la pic diaorang

*Sila klik untuk gambar lebih besar




sebenarnya banyak lagi, tapi saya malas nak mix and match pis kedua-duanya..eheheh nanti-nanti bila free saya buat.. oh sila percaya saya sangat sibuk occay.


dan inilah ada picture alesya yang dikerjakan oleh Mak Su, macam biasa, ada saja aksi dera dari Mak Su untuk Alesya posing..adehhh sabau je la.. saya sangat perasan bahawa Alesya sangat comel dipakaikan tudung hitam ini, sungguh comel.. hahahah sungguh perasan mama Alesya ni.



Si Abang
Di hari Sabtu nan silam, si abang terkena minyak panas, akibat kedegilan dia, Mama sangat marah, dan babah pulak cool, babah kata, let him learn a lesson. Anak lelaki yang dalam proses membesar begitu sangat menguji kesabaran occay, mak tok, mak su dan bibik sibuk buat karipap (seee emakku masak je kerja dia, kejap buat itu, kejap buat ini, mana cucu dan anak menantu tak gendut) ok, diaorg buat karipap, and kemudian bibik goreng karipap, puas di tegah, si Najmi amat sebok nak membalik-balik karipap dari kuali yang panas. I know it, saya tak salahkan bibik, sebab dia sendiri memang nakal. Masa kejadian tu saya tengah lepak dalam bilik, layan internet dan kemudian landing atas katil, tup-tup terlelap..ehehehe..

Ok, yang si Najmi boleh-boleh tanak kasi kitaorg tau, jadi dia jerit-jerit bila mak tok nak bagitau kami, uhuhu, rupanya bila terkena minyak panas, dia pergi lalukan air sejuk ke tangan dia, and bibik pulak panik, terus dituang minyak gamat kemudiannya, beberapa minit selepas itu, baru saya tau, ermm agak terlambat nak bawa ke klinik, tapi saya tetap bawa. Doktor basuh tangan dia, and sapu krim.

Dalam bilik doktor sempat lagi dia borak mesra dengan doktor, doktor cakaplah, "budak lelaki bukan duduk kat dapur, budak lelaki pegilah tengok tv ke apa," dia boleh jawab, "boring, dah tengok tv, biasalah doktor budak lelaki, mesti nakal sikit," ishkkk saya yang kat sebelah saya macam nak dushhh je, then doktor kata la, mujur tak kena muka, kalau kena muka, dah tak hensem, nanti takder perempuan nak," dia cakap kat doktor tu, "takper, kita suka kalau takder girlfriend, tak der la kawan ejek, kalau ada girlfriend susah, nanti kawan ejek," ishkkk grrr je..

Then doktor tu cakap pulak, ada budak lagi teruk kena kari, kemudian si Najmi menyampuk, "doktor tau tak, ada anak cikgu kita kan... dia buat makan-makan kat rumah dia, pastu kan, diaorang masak kari dalam periuk besar, pastu kan.. anak dia lari-lari...jatuh dalam periuk kari yang panas tu, abeh luka-luka," ehehe pastu doktor tu cakap "eh, tau pun ceritanya, abeh tu tak reti nak duduk jauh dari dapur?" dia boleh jawab, "ye la, kita nak tengok macam mana karipap tu dari tak masak jadi masak," aduhhhhh dalam dia sakit boleh dia bersoal jawab dan loyar buruk dengan doktor.

And atas kejadian itu, semalam emak dan bibik membakar ikan (seeee again aktiviti emak menambah lemak kami, ikan bakar cicah air asam lagi tu), ok masa bibik membakar ikan, dia duduk jauh berdepa eheheh takut dah dengan api. aman damai diaorang buat kerja di dapur. Itulah emak kata, "macam tu la bela anak, sementara depa nak cerdik, ada saja lah yang depa buat nanti," ehehehe.. bila fikir balik, ermm itulah semuanya nikmat ALlah beri, peluang merasai membesarkan anak-anak. macam-macam kerenah, macam-macam perangai, ada kalanya mencemaskan. sabar je la...

Pssst.. teruskan berdoa dan berdoa agar bumi Palestin terus dibantu, akhbar semalam melapor UAE telah berjaya mengumpulkan RM301juta untuk disalurkan kepada Palestin, banyakkan baca surah ini, dan berdoa agar Allah turunkan bantuan dengan pelbagai cara untuk bantu Palestin, dengan doa kita mana tau, kot-kot askar Israel kena taun ke, kena penyakit gatal, sampai mati ke... ishkkk bomoh dan pawang kita yang handal tu, tak boleh ke hantar santau kepada tentera Israel tu?? kot-kot mati askar-askar laknat tu kena santau...

ok banyakkan baca surah ni

Thursday, January 08, 2009

Alesya 7 months






Alhamdulillah, Alesya hari ni genap 7 bulan. Syukur kami diberikan kesempatan untuk bersama-sama dia hingga ke hari ni, dengan izin Allah Taala.

Hari ni saya plan nak niat berkenduri pulut kuning, memang dari masa Alesya kat NICU saya dah bercadangan akan kenduri pulut kuning, kebetulan emak pun ada sini, so ada tukang tanak pulut yang hebat ada, saya beli barang je la.. so semalam saya dah siapkan 2 ekor ayam di masak rendang. Pagi ni emak cuma tanakkan pulut, plannya pagi ni mak akan tanak sikit dulu untuk saya bawa ke opis, selebihnya emak akan tanak kemudian untuk saya bawa ke sekolah agama Najmi petangnya.

Uhuhuhu tapi tiada rezeki kawan-kawan di office, kerana emak dah tanak pulut, masih keras lagi, then emak nak stop kejap, pegi solat, mak pesan kat bibik, nanti di tambah air panas ke dalam periuk kukus sebab air dah makin kurang, uhuhuhu rupanya bibikku menyiram-nyiram air ke atas pulut tu, padahnya pukut jadi lembik, dan tak sedap...aduhhhh banyak pulak tu... nampaknya nanti balut, then buat pulut panggang je la... uhuks... tak der rezeki kengkawan office.. so saper nak makan pulut panggan inti sambal kelapa dan udang sila singgah rumah petang karang, sure banyak dapat tu... jenuhlah jiran-jiran makan pulut panggang versi lembik.

sabauuu jo la...

Si Abang pulak

Abang Najmi buat hal dua tiga ni, tak nak pegi sekolah, ye la dah lama cuti, malas la bangun pagi mandi dan ke sekolah, semalam dia menangis tanak pegi sekolah, mula-mula mama handle, bila tak jalan, babah masuk campur.. budak ni dengan babah tak berani. hahaha jangan kata budak, mama pun tak berani..hiks.. bibik pun awalnya selamba kodok, ubah/alih barang-barang pertukangan cik abang kita.. sampai pening dia mencari, last-last kita warning bibik..jangan usik barang bapak, nanti dia marah.. ehehehh bibik pun tak berani usik..hahahah ya hubby saya garang... sila percaya. Paling kelakar, bibik mengemas stor barang, aduhhh gue sendiri pun tak ganggu barang dalam stor sbb 80% barang dlm stor tu harta karun cik abang, ehehh bibik pulak pegi susun kotak, alih kotak, itu ini...aku lak cuak, bila balik kerja tengok stor berubah rupa... mujur hari tu angin babah baik, so dia gelak-gelak je dengan peel bibik..

Israel


tengok picture tu..lahanat kan Israel..Ya ALlah turunkan bantuan kepada kami di muka bumi untuk membantu saudara kami di Palestin.. kejamnya Yahudi celaka ni... aku nangis gila tengok mangsa-mangsa bom di Palestin, tengoklah wajah comel budak yang mati tertimbus ni...gila boleh bayangkan betapa azabnya dia sebelum meninggal..

Yahudi bodoh!!!! Bangsat!!! Lahanat!!!! Benciiiiiii mampus la korang semua Ya ALlah tolong kami hambaMU yang lemah ini, selamatkan Palestin...

kalau ada saki-baki gaji sikit dalam Maybank tu..sila log in dan dermalah pada Palestin alaa kalau baki ada tak sampai 30 rggt cam saya ni...uhuhu dermalah berapa pun, sepuluh, lima ringgit pun tak per..kalau sejuta rakyat malaysia derma 5 rggit, dah berapa kita dapat kumpul...
cepat derma...

ni no akaun maybank tabung bantuan palestin 514105-320501, alaa kalau belen dalam bank tinggal RM12.13 tu... pi la klik dan dermalah sepuluh ringgit tu... kalau belen tinggal 8 rggit, dermalah 5rggt, bukan boleh bawa keluar pun dari atm sepuluh ringgit, tambah-tambah bank cap kepala rimau tu.. semua main boleh keluar duit RM50 jek...

Monday, January 05, 2009

Selamat tinggal 2008, welcome 2009


Sudah 6 hari masuk tahun 2009, mak cik pnut baru nak update blog...hiks..
very the busy macam wakil rakyat oooo
Ye la..my emak ada sini kan..of course sangat gumbira kan..
lalalala.. sukanya hati..

Lama mak duk sini, mak sampai 24hb hari tu, and we all berjaya pujuk mak stay sampai 18hb ni, coz, 17hb tu kenduri rumah Kak Na kat Damansara, so we all cakap le... dulu masa mak jaga arwah abah sakit, kalau datang kejap-kejap je, pastu teringat arwah, sekarang duk la lama sikit, tunggu sampai Kak Na kenduri. ehehe mulanya emak berat hati, tapi pengaruh cucu-cucu adalah sangat kuat. Hubby pun pujuk mak, kata, mak ada sini boleh tengok budak-budak, dan tengok bibik yang baru kerja dengan kami buat kerja, dan jaga budak-budak, masuk bab cucu, terus cair hati.. Alhamdulillah, kami semua sangat gumbira. Diet gua??? huwaaaaaaa punah la...mano tak nya, masakan emak, mana boleh tahan.. tengahari tadi mak masak gulai kepala ikan plotan, sambal belacan, ulam daun selom, ikan kembung belah belakang, sayur kacang buncis dengan karot..adoiiii terliur-terliur.....

Tahun 2008, penuh kenangan, paling pahit, kehilangan abah tersayang, paling manis kehadiran Baby Q dalam keluarga kami, Alhamdulillah, setelah lebih 5 tahun kami plan nak dapatkan second one, and setelah mengalami dua kali keguguran, saya mampu lalui kehamilan kali ini, dan ALhamdulillah, kini ada seorang putera dan seorang puteri, syukur pada ALlah, ikutkan hati mana la cukupkan dua orang anak, sebab saya sukakan budak-budak, tapi kemampuan diri dan kesihatan tidak memungkinkan saya untuk lalui kehamilan berisiko tinggi lagi..eheheh dalam buku merah pregnant tu siap ada sticker kaler merah, menujukkan kehamilan berisiko tinggi. Tapi syukurlah Allah beri peluang untuk saya lahirkan dua zuriat dari rahim ini sendiri. Alhamdulillah.

Kami menutup tahun 2008, dengan membawa emak, adik, bibik dan anak-anak berjalan ke Melaka. Alhamdulillah, diaorang semua happy. Bibik pun nampak happy, ye la, bibik pun dah umur 40++ anggap macam kakak-kakak jugaklah, memandangkan bibik ini kerja pun bagus, so apa salahnya bawa dia happy-happy.

So tengok pic le pulak ye.. mak cik pnut tadak modal nak cerita, so let the pictures do the talking

ini pic kitaorg kat Melaka...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Itu cerita Melaka

Ini cerita di rumah kami
Pada hari Sabtu nan silam, kawan-kawan seperjuangan saya masa di UiTM 1996-1999, geng INFO96 telah berkumpul gather together di rumah saya, kira ini gather together 1/2009, Insya-Allah nanti akan ada siri gather together siri 2/2009, terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir, seronok tau berjumpa dengan kengkawan lama, terkilang juga, kerana beberapa rakan yang teringin sangat nak jumpa tak dapat berjumpa..Insya-Allah lain kali occay, Ady, encik Tepak Sireh, sila jangan kekwat, kalau turun KL reti-reti bgtau kengkawan boleh geder togeder lagi...

Walau sikit tapi meriah dan kecoh, makanan-makanan ni kebanyakkan sponsor oleh kengkawan lain yang tidak dapat hadir, diaorg kasi duit je, so dengan duit tu, saya order chicken pie, tartlets, and sediakan makanan lain. Kiranya saya ni penaja lokasi la..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ok ini lagi pic terperap menanti masa nak update..

tadaaaa.. kebun bibik
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekian update yang dua kali update...uhuhu opis gue dah mula block itu, ini..adehhhhh kena fokus kerja aja lorrrr
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino