Monday, June 29, 2009

Ayaq Lemenet


Budak-budak sekarang mana tau ayaq lemenet (air lemonade) masa saya kecik-kecik dulu, bila balik rumah Tok kat Permatang Pak Maras, Penaga, selalu beli ayaq lemenet kat kedai "Awang Langut" (nama je awang, tapi dia apek cina, apek ni kepala dia teleng sikit, tah camner macam mendongak sikit kepalanya, orang kampung panggil dia Awang Langut, dah mendiang pun) sapa orang Penaga baca blog ni, kot-kot la ada, saya ni cucu Kak Nab mee. hehehe jejak kasih sat no...tok saya berniaga gerai mee, tepi kedai Hok Heng. kekdahnya berjejak kasut di alam maya le pulak, mana tau, kot-kot ada orang kampung emak saya baca blog ni, cheq ni anak Lela. hahahah apa punya meraban, padahal nak cerita pasai ayaq lemenet. BIasalah tak sampai ke India, Taiwan, Morocco, Arab Saudi, patah balik sampai Thailand, boleh turn pegi AFrika pulak, baru balik Malaysia cerita kepada tajuk asal...hahah itu pasal la masa SPM BM saya dapat 7, kena ambik Julai Paper lagik..ahahhaha

OK balik kesah ayaq lemenet, masa kecik dulu, tok abah selalu suruh 'cabut uban dan cabut rambut gatai' jadi upahnya dapat la dalam 2 kupang atau 3 kupang (20 sen atau 30 sen) dapat je upah zaaassss cargas ke kedai Awang Langut, beli ayaq lemenet, masa tu ayaq lemenet satu botol 20 ke 30 sen je, wahh mewah dapat minum ayaq lemenet. Menu wajib saya kalau minum ayaw lemenet kat umah arwah tok ialah, kena dengan mee segera CINTAN perasa ayam. perrghhh layannnn...

Kini saya kembalikan nostalgia ayaq lemenet kepada anda sekalian... my darling jumpa kedai minum kat kampung Limau Manis dekat ngan kawasan perumahan kami ni, ye la..kami kat duduk dekat kampung, so masa darling pergi servis dan cuci motor, dia lepak kedai mak cik ni dan ada jual ayaq lemenet, eheheh dah tu sampai hati je cerita, tak der pun dia beli, laki aaaiii laa kannnn besaaalaaahhh tak suruh tak beli le...

Then satu hari saya balik kerja, terus singgah kedai mak cik ni dan terus beli 4 botol bawak balik rumah, mak cik nak bukak dan tuang dalam plastik, tapi saya tak mau, saya mau dengan botol sekali. Jadi boleh la saya menayang kepada kalian.. sedap ayaq lemenet ni, tapi sebotol tu boleh dapat dua botol nisbahnya..eheh kerana, amat manis, saya tak suka manis, jadi kena campur dengan hampir sebotol air juga baru balance rasa manis tu.. tengok alamat, kelantan mari ayaq lemenet ni, agaknya memang orang kelantan mmg suka manis kot, jadi sangat manis air nya, tak tahan la teman.

tadaaaa...
ada macam-macam perisa ouls... sungguh nostalgia.. huhuhu rindu pulak arwah tok dan tok abah..
Photobucket

Transformers
saya peminat transformers, saya masih belum sempat menononton Transformers yang tgh main kat panggung sekarang, oh nooo minat haper tak tengok lagik, ermmm nak kira, nak selit juga hari kerja ni nak pegi tengok deting ngan darling..nak jugakkk babah jom la..sian mama, next week dah keluar lagi satu filem yang kitaorg ni boleh kata kipas mati filem ni punya..iaitu Ice Age 3, sejuta kali ko nengok Ice Age 1 & 2, tu sejuta kali gak boleh gelak dengan telatah Sid, dan si Tupai yang gilakan kacang hazel tu.

Actually, saya ni tengah demam, letih badan, batuk dan selsema, ishkkk perlu ke pegi buat saringan H1N1 tu??? harapnya esok-esok oklah, mujurlah tak demam last week, masa saya kena bake 1,150pcs cupcakes untuk wedding gift...

Saturday, June 27, 2009

Alesya with new Baby Walker


Alesya tu kan, asyik nak berdiri je, tak nak duduk dukung-dukung.. kalau kita duduk, dipangku dia, sebok je dia nak berdiri. macam dia boleh berdiri sendiri, tapi bila dia berdiri pun kita pegang dia marah, ayoo macam le dia dah beso sangat. Jadinya bibik telah masukkan dia dalam bakul pegi pasar, hahaha kelakar giler, kitaorang gelak sakan, tapi dia punya suka, ditolak ke hulu ke hilir, ditolak dari depan ke dapur, kalau boring dalam rumah tolak kat luar rumah bawah bumbung tepi rumah sampai ke depan tempat letak kereta.

Sila tengok teruja dia dengan abang dia
Photobucket

Maka, cadangan asal kami tanak belikan dia walker, terpaksa dikhianati..(ewaaah dikhianati ayat tak boleh tahan tu..eheheh) Maka saya berkejar juga pegi Alamanda lepas kerja hari Selasa lepas, mencarikan Walker untuk dia, kat Anakku tengah sales, ada walker cantik, harga RM139, kira dalam bajet mama le, rugi je nak beli mahal-mahal pun almaklumlah la, mungkin Alesya sorang je nak pakai pun, no more adik lagi lepas ni. tapi malanganya stok dah abeh, yang tinggal yang lagiiii lawa harga pun lawaa jugak, RM299, ermmm tanak la mama, mahal. Masuk ToyCity, tader pulak Walker, pegi Carefour, ada walker yang harganya RM139.00 juga, Sweet Cherry, tapi takder stok juga, adoii geramnya, last saya ambik yang harga RM89.00 je, malas la mama nak pegi usha tempat lain, tetap nak beli juga hari tu, sebab esok-esok tu mama busy, Rabu mama dah janji nak attend function yang melibatkan jemputan dari Nuffnang, Khamis, Jumaat cuti, nak baking seribu lebih order cupcakes, maka beli juga kat situ hari tu, harganya jauh lebih murah dari bajet asal mama, (so balance bajet tu, boleh buat bekal mama pegi beli 'jajan' kat Romantika. eheheh

So, balik tu, babah tengah tido, demam dia MC, tapikan magik tau, babah ni demam-demam pun dengar mama belikan walker kat anak dara dia, cargas bangun terus pasang, ayooo kalau mama mintak tolong pasang apa-apa almari ke kalau mama beli, seminggu belum tentu dipasang, tapi tang anak dara dia punya stuff, dan-dan tu cargas pasang. Tak adil!!!

Tengok, memikir nak pasang camner, (darling ai selalu seksi meksi, selalu kena pakaikan 'baju' kalau nak letak pic dia kat blog)
Photobucket

tengok anak dara dia, nak berdiri je, tanak didukung, dah berdiri tak kasi orang pegang, comel tak dia bertocang? bibik ikat rambut dia,
Photobucket

Tadaaaa dah siap pasang, dan terujanya dia duk dalam walker tu, tak payah lama, tak sampai setengah jam, dia terrer dah 'kayuh' ke hulu ke hilir...huwaaa abehlah segala neka perhiasan mama kena adjust balik.

Walau walker murah-murah pun tapi ada lagu-lagu best gak, memacam lagu ada bunyi-bunyi lagi sukalah anak dara kecik tu...
Photobucket

Anak manja pak dia, duk dalam walker pun nak pak dia..
Photobucket

Manja lentok la anak dara sorang ni ngan pak dia, tapi best juga tau, time nak tido,memang dia cari pak dia, ngan mama tanak nye, masa dia duk breastfeeding dulu ok le dia nak mama, tapi sekarang tak der maknanye, dia cari pak dia je, tapi untung gak senang le mamanya nak berinternet, abehhh dah nak tido je nangis merengek kalau orang lain tidokan dia, kalau pak dia ada kat umah, jadi masa pak dia duk manjakan anak dara dia, pok-pok tidokan, mama dapat bertenet dengan aman..hahaha untung gak..

Eh dulu kan, orang kata kalau emak mengandung pak dia yang mabuk dan demam, nanti anak rapat dengan pak, mungkin benar juga, masa saya prengnantkan Baby Q ni, memang teruk la pak cik ni mabuk, dengan demam, muntah, tak selera makan, sikit lagi kalau bawa pegi hospital kena masuk drip le, ater asek mual, loya dan muntah, makan pun tanak. jangan tak tau, drive pun tak berapa bulih, sebab dia tak tahan bau air-cond, dan nak muntah. pegi paso malam pun tanak, loya bau pasar malam, kelakar pulak kalau diingat kesah dia, masa Najmi dulu pun dia juga muntah-muntah, sampai kakak sebelah rumah kami tego, saper yang mengandung dan mabuk ni? aku dengo asyik suara jantan je dok uwek-uwek...hahahah, ye lah, orang lelaki macho mabuk, muntah, buruk bebeno weiii hahahaha tp apa nak buek, macho-macho pun kemam asam dalam mulut tau, takut dia muntah, kelakar la.. tapi sekarang mungkin betul, si anak dara kecik tu memang rapat sangat dengan pak dia, agaknya connection mabuk mual tu ada chemistry kot..eheheh

Monday, June 22, 2009

Birthday tertunggak Alesya and anak-anak buah datang umah


Tau kan,laki saya ni antik sikit kan, lepas siapkan Anjung Kaseh, memacam plan dia nak mekapkan Anjong tu. Nak boh basikal tua, tempayan, nak cari batu giling, nak boh lampu gaslin, nak itu, nak ini, sampai tahap nak cari orang boleh buat lesung kayu tu...alaaa yang tok nenek kita dok tumbuk kacang bawah rumah dulu, katanya sanggup beli kalau ada orang nak jual. See antik sungguh aihh..

Dalam dok berangan tu, minggu lepas saya pegi tempah langsir baru kat kedai biasa saya selalu buat, Azizah Hias tu, hiks, tak sesia saya pegi tempah kat situ, dia terjumpa lampu gaslin cap butterfly kat satu kedai hardware tu, harganya RM150 ko.. dia bodek cina kedai tu dapat kasi dia RM130, elllleh babah ni, kasi mama pun tak per. (ada hikmah gak, masa saya dok bincang bab tempahan tu dengan Niki assistant Kak Zah tu, sebab darling pun sebok gak, nego dan bincang nak tokei hardware tu eheh so ai dok belek katalog elyza's tu lelama pun dia tak kesah, sebab dia dok kat kedai sebelah eheheh)

Dia siap suruh budak kedai tu pasang, dan tunjuk cara nak pasang, balik rumah dengan semangat member pegi cari minyak tanah, kat kedai hardware kat umah ni, sekalik budak tu kata kena boh spirit gak untuk hidupkan lampu tu, and spirit macam fungsi gas utk menyalakan sumbu tu kot.. tah le gue pun bukan reti. Balik je umah dia tak le reti sangat pasang, mujur bibik terror...

tengok usaha bibik sampai berjaya menyalakan lampu gaslin tu.
Photobucket

dah siap menyala, malam tu kitaorang lepak kat Anjong sambil makan 'peknga nyoq' (lempeng kelapa) cicah kuah kari ikan. perggh macam duk kampung. esoknya kitaorg dah gantung atas bumbung..
Photobucket
tu cerita minggu lepas, haha tu diaaaa gigih nak cerita juga cerita minggu lepas.

Minggu ni pulak...
Hari Jumaat lepas, anak-anak buah hubby Aizat dan Syazwan yang tengah bercuti tu,tiba-tiba muncul depan rumah, tah hapa konon surprise, naik motor dari Ipoh pagi tu, tengahari sampai Putrajaya.. ko buat la gitu, kitaorg ader tak per la, buatnya kitaorg pegi makan angin ke London ke New York ke, padan muke korang, tido masjid le.. hahaha tapikan kalau betul gue pegi makan angin ke London kompem wa sms bebudak ni kasi eksen dan riak takbur sikit. Baru best sikit.

Jadi hujung minggu kami sangat meriah, Mak tok masih ada lagi kat sini (menggemukkan kami dengan masak enak-enak Mak Tok tu, selalu tak sempat amek gambar pic Mak Tok masak best-best sedap sebok hadap makanan) ok weekend kami ada Mak Tok,Bibik, Mak Su yang belajar kat Bakeria sekarang, and ada Lukman, ada Aizat dan Syazwan, paling suka si abang Najmi, sebab ada kawan bergusti. eheheh.

Kitaorang masak-masak,kemudian diaorang makan 'berkelah' kat Anjong Kaseh, kitaorang kaum ibu makan dalam le, diaorang makan kat sana.. best kan..macam kat kampung
Photobucket

Pastu kan setelah dua minggu birthday Alesya berlalu, baru semalam omaknya sempat buat kek birthday anak dia sendiri, ehehehe, biasalah macam anak tukang jahit gak, baju raya anak sendiri belum tentu sempat jahit, sibuk siapkan tempahan orang je, camtu le mak pnut, sebok siapkan order kek-kek orang kek anak sendiri tertunda-tunda.. Sebelum ni busy je, and kebetulan bebudak ni ada, jadi adalah tukang makan keknya, kitaorg plan next year baru nak buat birthday party Alesya, camner nak buat tahun ni, tengok le potong kek pun seksa nak amek gambo nya.. tader satu yang lawo picnya. ni pun puas dipilih. Nengok pic yang dengan Mak Su tu, bibik kena pegang tangannya ke belakang, asyik nak pegang je Barbie dia tu..eheheh
Photobucket

First time Mak Pnut buat kek Barbie, comot pun comot la.. anak sendiri punya, bukan orang order pon, Babah kata oklah tu, mama bukan pegi kelas buat kek Barbie pun. Main hentam ikut suka mama je pon.
Photobucket

Terjadi satu cerita, ada orang order cupcakes hari yang sama, anak dia nak tema princess, dia punya dah siap, and kebetulan masa emaknya mengambil kek, si comel tu pun ikut sama, dia punya suka tengok cupcakes princess dia.. sekali Mak Su cakap kat birthday girl tu, "come and see we have princess at the kitchen" (budak comel ni speaking wei..) tu dia...dia tengok kek barbie ni dia punya terlopong.. "wahhhhh," pastu cakap kat mama dia, "mummy, i want cake like this one," eheheheh mak dia cakap, "next year when u are 6 years old we ask auntie to bake a cake like this one ok," and this little good girl angguk, tapi macam tak lepas memandang kek barbie tu..hahaha kesian pulak nengok. Si Alesya pulak, tak tau menda pun, barbie ke hapa, satu hagham tatau ape, omaknya over buat kek barbie.. hiks.. alaaa bukan apa, saje je nak practice buat kek barbie gitu, kot-kot esok ada orang nak order, tau le omak pnut nak mengerjakan kek camtu..

Tak sabo lak, nak tunggu next year, nak buat kek Barbie in the garden siap ada castle-castle lagi..wahh berangan ko pnut ek..hahahaha

Wednesday, June 17, 2009

Wedding Shahir dan kesah kedekut


Lagi cerita basi..abehlah korang sakit perut muntah-muntah asyik dihidangkan dengan hidangan basi je..tapi ape nak buat, i am very the lembab...

Ok nak story mori kesah anak buah my darling punya wedding, si Shahir, Mior le jugak, kan ke kaum kerabat hubby ni semua Mior belaka, jadi kitaorg ahli keluarga idak le panggil Mior kan, jadi kengkawan bebudak ni semua pakat panggil Mior, very confuse tau, time kenduri kendara ni, bila kengkawan bebudak ni panggil Mior, serentak segala Mior yang ada berpaling, hiks.. kelakar pulak, terkejut muka orang yang panggil Mior tu, dia panggil kawan dia sekalik dengan pak-pak sedara pun berpaling, jadi awas le kengkawan anak nama Nik, Wan, Tengku, training anak supaya kat sekolah, tadika jangan panggil nama keluarga tu, Najmi dari duk taska umur 4 tahun lagi dah siap warning cikgu dia, tak boleh panggil dia Mior, cikgu dia tanya kenapa, dia cakap "Sebab tok saya Mior, babah saya Mior, sedara lelaki saya semua Mior" ehheh gud boy, dia cakap sebijik apa mama dia ajar.

Ok balik kepada kenduri si Shahir ni, budak ni nampak je kental sikit, tapi fragile beb, manja bukan main, being no.2 in family is always macam tu le kan, ye ke..ntah.. And being antara emak sedara yang agak rapat dengan bebudak ni, diaorang selalu le juga share-share story mori and feeling-feeling dengan saya, and now dia sudah ada isteri, moga isterinya Mas boleh jaga dan manjakan mamat ni macam arwah ibunya. Talking abour arwah memang sepanjang majlis kenduri kendara, saya teringatkan arwah, kalau saya teringatkan arwah, apatah lagi abg ipar saya dan anak-anak arwah, sungguh pemergian arwah sangat dirasai. Mujurlah si Shahir ni tokei katering, jadi urusan kenduri kendara, pelamin, lauk pauk semua beres ditangan dia la, walau tanpa ibu, saya kira majlis tu berjaya diatur oleh Shahir sendiri. Tahniah!!

Memang ada kekalutan masa majlis kenduri di dewan malam tu, tapi harap itu dijadikan pengajaran oleh dia selaku tokei "Mior Katering" untuk perbaiki segala kelemahan, and paling penting management tu sangat penting tau, kena manage pekerja, masa betul-betul tenaga kerja dan kemampuan diri kena dikaji sebaiknya. Tak pe, belajar dari kesilapan, dalam perniagaan siapa tak buat silap kan??

oklah meh kita tengok majlis kenduri mereka, tema pengantin perempuan cream/coklat wahh mujur mek bawa baju coklat-coklat, kira masuk tema le jugak...
Photobucket

Only my darling doing the merenjis, i tak sanggup, kalau bebudak ni perasan, masa sessi menepung tawar ni, ari mata saya asyik merembes je, betul-betul teringatkan arwah, jadi saya tak sanggup merenjis, kang saya buat drama pulak kat pelamin tu, elok pengantin senyum bersanding kang saya spoil je. Jadi my darling je buat.
Photobucket

All the lauk pauk, the krew semua bebudak si Shahir ni punya, moga berjaya, sedap lauk pauk disediakan..
Photobucket

And ni pulak pengantin dah lama, tapikan masa kitaorg kawen dulu mana ada pelamin vouge-vouge ni, ni kira tumpang glemer, baby Q tader, sebab dia dah tido dalam bilik rehat kat dewan tu. okeh kalau korang kat perak nak kawen katering, bolehlah contact Shahir, kabo le kawan mak sedara dia, mintaklah dia adjust-adjust kasi murah sikit, or dtp free gift ke ape..eheheh no tipon dia, 019 413 7730 /017 531 0017

Belah lelaki baut kenduri kat dewan, and tema hitam putih..huish budak ni, hitam putih tu...tapi lawa juga kan..
Photobucket

Photobucket

Oklah tu sikit cerita basi.

Now nak story sikit, bab kedekut ni, ayooo la.. umat specis kedekut tolong jangan kawan dengan saya, terang-terang la nak habaq, cheq tak suka orang kedekut, tak kiralah kedekut ilmu ka, kedekut duit ringgit, atau tenaga. Busuklah orang macam ni. Saya pernah kawan dengan sorang umat ni, mak aiii sangat kira mengira, kalau makan sendiri belanja, lauk ciput-ciput, kira macam bajet makan tengahari tak lebih RM3.50-4.00 la..air suam, tapi kalo kita sebut nak belanja dia, mak aiiii lauk ayam boleh taruk, sayur 2-3 jenis, telur ayam la boleh masuk lagi, telur ikan tenggiri la..tu tak kesah la kan sbb kita niat nak belanja, tapi yang kesahnya, bila makan bayar sendiri tak der pulak gitu ek.

Pastu kalau kita keluar ngan dia, pegi pasar malam ke, atau memana le.. katakan kita dah beli kepok lekor, dia ni asalnya niat nak beli kepok lekor, bial tgk kita beli, terus dia tak beli, selamba je pulak cakap, tak jadilah beli, ko dah beli, kang nak rasa lah sikit. aikk gitu pulak. Pastu kalau kita beli pulak karipap, katakan kedai makcik tu beli boleh campur kuih, 5 biji dua ringgit, dia siap leh nego ngan kita lagi, boleh tak aku tumpang kuih ni sebiji, nak rasa je, so saya kena pilih 4 kuih yang saya nak, dan dia akan pilih satu kuih, ishkkk ada gak ek orang macam ni. Macam saya kalau pun saya cuma nak rasa sebiji dua kuih, tapi saya biasanya beli lebih pun pastu letak je kat eating corner kami, so sesapa pegi ambik air, sudu ke, nampak je kuih makan je, konsep kami kalau letak kuih kat meja makan tu, means benda tu boleh kongsi, tak payah mintak-minta izin, memang gitu la lebih kurang konsepnya. (erkk tp cerita kawan tu bukan kat tempat saya kerja sekarang, bebudak opis saya sekarang lagi pemurah, asyik beli, letak kuih atas meja tu, pastu tak termakan, hehehe) ni kesah zaman muda remaja la..

Pastu kedekut ilmu la, kalolah kita tanya resepi apa best dia pandai masak, boring la jawapan dia, alaa main masak gitu-gitu, campak-campak je, tak der sukat-sukat... agak-agak...tapi takder langsung bgtau ramuan, takat nak agak-agak boleh je sap-sap suii tapi ramuan pun ko tak bgtau mende nak campak, campak ko boleh??? Betul oiii, ada saya kenal seseorang ni, dia buat bisnes, popia dan samosa, mmg sedap dan rangup, walau goreng pagi, petang masih enak, kita pun tanyalah kulit popia brand apa dia pakai, knowing me, kalau hero-hero saya suka makan sesuatu tu, saya akan baut sendiri, sebab lebih kepuasannya. boleh, brand tu pun tanak cakap, belum pun tanya cara dia buat inti dan sos popia.. podaahhh kedekut la..kemut.. tak suka.. bukan saya potong bisnes dia, nak buat anak beranak makan je pun, me even bisnes cupcakes pun orang tanay resepi kasi je, orang tanya itu ini, saya bgtau je, even competitor tanya mana beli cup, casing, beli itu ini, saya bgtau je, ye la kalau ktia dapat beli murah, apa salah kita bgtau kawan kita juga.

Part last, kedekut tenaga, oh no.. not my staff, staff saya kat office ni syukur, semua senang handle, tak der masalah, cekap, saya suka, itu sebab setiap tahun ada je staff saya akan dapat anugerah pekerja cemerlang, sebab i know diaorg punya potential, kalau sorang cuti, sorang lagi tak kesah cover counter duty, lebih dari masa dia sepatutnya duty, kalau bagi kerja pagi, even saya cakap tak urgent, esok pun leh kasi saya balik, tp by petang or kejap je lagi benda saya minta sampai ke tangan saya, so they deserve good 'point' from me kan? oh next time saya cerita bab kerja la ek.. kita cerita bab kedekut tenaga, tak suka umat jenis, duk meja sebelah menyebelah, tapi telefon kawan sebelah bunyi pun tak tolong angkat. alasan malas nak jawab pertanyaan yang bukan dia perlu jawab. hoho..sangat tak bagus, tak suka sangat.

Sekian untuk hari ni, jumpa lagi di lain siaran...

Monday, June 15, 2009

Kisah Basi Cameron Highland..


Tu dia..kekdahnya, kisah dah nak basi baru Mak Pnut nak blogkan, sangat tak tegar menjadi blogger kan, orang lain dah berpuluh entry dalam masa seminggu, mak pnut baru nak update... Ada anak kecik weiii, pukul 11.30 acik dah tido..dulu leh je standby sampai pukul 1 godek-godek depan komputer, sekarang tido kena jaga, kang baby bangun nak menyusu lagi, mana dia mengigau lagi.. ada masanya meragam pulak kan.. tapi taper, i like melayan baby...

Eh sebut bab baby kan, semalam awek kecik tu merajuk ngan pak dia.. ishkk punyalah sensitif... kesahnya semalam pak dia balik kerja, tak ambik dia, pak dia balik tego-tgego gitu, terus pak dia mengadap 'pek nga nyoq' kata org kedah, orang sini cakap lempeng tepung ngan kelapa, (FYI Mak tok bebudak ni ada kat sini, aduhai. kalau mak tok ada, kami anak beranak melantak je keja, mak tok suka beno masak itu ini, punah ranah diet mak pnut) jadinya semalam pak dia tak ambik dia masa balik kerja tu, dan dukung dia belek anak dara dia.. jadinya budak kecik ni boleh merajuk sentap gitu. Nak cerita pun karang korang tak caya lak, tapi serius beb, dia merajuk sakan, sampai ke tengah malam, dalam pukul 11 lebih dia terjaga dari tido selalu dia main-main kejap ngan babah dia, tp semalam, pandang pun tak nak, siap muncung-muncung dan tak nak senyum langsung, pueh oo pak dia pujuk, pak dia kasi susu, dia siap tepis, omaknya kasi elok je dia minum. ishkkk mmg merajuk sangat..pak dia sampai cuak dan rasa bersalah..amek ko, ngan anak ke main rasa bersalah, kalo mak budak ni merajuk dia wat derk je. kejam!!

OKlah tamat cerita awek kecik tu merajuk, meh kita tengok pic kami yang basi ittew..

Ni first day sampai, first day kitaorg stay kat rumah rehat persekutuan, facities dia, sangat kelassss ala-ala 4 bintang, dgn astro complete, menariknya ada coverage 3G, so boleh la layan internet celcom berukband.
Photobucket

Kitaorang sampai dalam lebih kurang jam 1 tghari, pastu rileks-rileks kejap, makan minum bagai..petang lepas asar kitaorg keluar pegi jalan-jalan.. tu yg kitaorg pegi pasar malam dia tu.. gambar dah letak itu hari kan...

Esoknya 4 June, yeay, my birthday tu, lepas kitaorg check out, kitaorg pegi round-round kat taman rama-rama,
Masa kat taman, asal nak bergambar Najmi suke buat aksi tak senonoh, sekalik babah dia sound daaaa, terus posing skema jek..hiks...siap bergambar ala-ala YB melawat kawasan lagik..hiks..
Photobucket

Photobucket

tapi kejap je, pastu dia mula gediks..ikut sapa la tu... hiks..
Photobucket

Masa kat situ, darling tak puas hati, dia tanya tokei farm tu kat mana tempat leh minum teh yang ada ladang besar tu, tokei tu cakap ooo situ, depan sikit ada sign board sungei palas, masuk situ la. Kitaorg pun..oooo eheh pasal dah lalu lalang tapi tak perasan je. Darling kata tak per, petang karang kita datang, so kitaorg check in pulak kat Desa Anthurium, memang best dan puas, besar tempat ni.. selesa..
Photobucket

Petang tu kitaorg keluar semula nak pegi ladang teh tu, sekalik dah sampai separuh jalan, ada teksi hon-hon cakap suruh patah balik, dah tutup..eheheh betullah saya dah tengok dalam internet, tempat tu tutup pukul 4.30, darling tak caya, tapi kitaorg naik gak ke atas, just bergambar je.. darling kata esok lepas check out kita datang lagi.
Photobucket

Untuk mengubati kecewa di hati dia, kitaorg gerak ke Ladang Teh Bharat yang tutup semalam tu, sekalik dia bukak daaa ini hari, jadi diaorg minum la kat situ, saya tak minum, tak suka, melampau mahal harga teh dia, segelas 5 ringgit..ermm not value for money bagi saya.
Photobucket

pastu teh-teh berperisa yang dijual kat sana, semua mahal dari kat pasar malam, so kitaorg decide nak beli kat pasar malam je, brand yang sama, tp pelik, apsal kat tempat dia lagi mahal dari orang jual kat pasar malam..

Jeng..jeng..jeng... esoknya lepas check out, kitaorg terus gerak pegi panjat bukit nak pegi Ladang Teh BOH, memang cantik tempat ni, tapi ngeri siot, selekoh dia sempit, salah belok, mau terhumban bawah gaung ladang teh tu...ketaq kepala lutut..

sampai sana, kereta kena parking bawah tak leh naik, jadi kena menapak..so bravo mak tok sebab larat gak panjat bukit menonggek naik ke atas..
Photobucket

kat sini, baru best, sejuk nyaman je...view cantik, teh dia pun tak le cekik darah, harga mahal jugaklah tapi masih value for money, ye la segeles teh ais perisa blackcurrent harganya RM3.90 kot, masih value la jugak, coz, kita bayar untuk menikmati keindahan bumi menghijau tu, sejuk mata memandang dan sejuk dingin kat atas sinun..

And harus cube, scone dan strawberry tart dia..sedap..mahal siot, tapi beli juga sebab mmg sedap, strawberry tart tu saya siap tapau lagik, nak cube buat la, resepi scone dah ada, tp tak pernah cube, lepas ni nak try la..harus..

Photobucket

Last kitaorang pegi strawberry farm, tapi malangnya dah tengahari sangat, so tak dapat petik strawberry, round-round je la, darling ajak pegi ladang lain, malas lah, nak cepat balik, penat..
Photobucket

okeh sekian terima kasih...

cutest-baby-photo-contest


Idak le teman sempat lagi nak update kesahnya kami ke Cameron Highlands, gigih katanya dok edit gambar tak abeh-abeh lagi...jadi.. terima update yang harus dibuat, kekononnya mak pnut berasa anak dara dia comei, dan gedik mak pnut nak masuk Cutest Baby Baby Photo Contest. Merasalah perasan anak cute kan.. Standard la tu, semua emak rasa anak dia comel, maka tak salah le mak pnut rasa anak dia comel gak kan, kalau kat mata orang lain idak le comei mana pun..eheheh

Okeh bebeh meh kita tengok apa perlu buat untuk masuk contest ni..


Get a photo of your baby in RED (red dress/red shirt/red pant/red hat/red towel/red blanket… no! you can’t paint your baby red…ha..ha..ha)
Okeh bebeh, ni pic Baby Q in red- tima kasih tu Cik Muzlifah kat Indiana yang belikan Baby Q baju sejuk in red, at least ada gak pic my baby in red.

ni pic terbaru la kiranya, kira segar dari ladang, ladang le..ladang teh dan butterfly farm kat Cameron Highlands, ehehehe, dalam cotest ni tak kata satu pic je, maka saya boh 3 pic aci la ek..
Pic kat Ladang Teh BOH
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
Tengah buat le ni...

Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
Nama : Nur ALesya Qhaisara
DOB : 9 June 2008

Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“
Musti menang sebab belum bagi Alesya hadiah birthday, kalau menang kira salah satu hadiah untuk dia dan mama dia, and again, she is miracle, whe was born 1.05kg only, and suffer to survive, critical conditions for a few weeks ni NICU, and finally after spend 90 days ant NICU, she can go back together with us.. so she deserve the 'award'

Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
Penaja utama ni,
MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com

Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy.
okeh jap lagi tinggalkan comment..

okeh sekian update kali ini... (at least ada gak modal update blog kan...)
Nanti kalo baby Q menang kita eksen lagi kat sini ek..

Friday, June 12, 2009

Zikir untuk elakkan keguguran


Saya curi masa update kejap..kejap je tau..pendek je tau..

Saya suka cuti kalau cuti panjang, balik kampung jalan-jalan dan rileks-rileks...
tapi saya tak sukakan suasana lepas saya balik bercuti, kerja tu diaaa berlonggok..
Saya kena bergilir dengan Pen. Pegawai saya, saya cuti seminggu awal cuti sekolah, dan minggu ni turn dia pulak cuti. Minggu lepas dia cover kerja saya, maka minggu ini saya kena cover kerja dia pulak..

Satu hari terdapat beberapa jenis surat khabar melayu, dan bahasa inggeris saya kena check page by page, kot ada isu mengenai menteri saya, kementerian saya atau sebarang isu antarabangsa yang melibatkan negara kita. Wajib tak der tangguh2, semua paper kena siap check before lunch, kecuali kalau saya ada meeting pagi le. Bila salah seorang kami bercuti, kena double kerja check mengecheck. Kerja itu saja memakan masa sekerat hari bekerja saya. Jadi saya hanya punya masa selepas jam 11 or 12 tghari untuk buat kerja lain. Nasib baik saya tak reti baca surat khabar tamil dan cina, kalo tak kena check jugak.. :-)

Tak boleh lepas pandang, kot tetiba ada isu saya terlepas pandang, and pejabat menteri pun terlepas pandang, and tetiba pak menteri nak juga new paper report on that issue, haru beb!! Or officer kekadang refer bila diaorang kena prepare kertas jawapan untuk kabinet ke hape.. (wahhh tetiba propa macam hebat sangat le kan..hiks..)

ok cukup le saya merapu sat tadi..saya nak update dan letak pic kitaorg pegi cameron highlands, tapi itu saya rasa kerja-kerja edit gambar akan siap hujung minggu ni, dan cerita itu akan korang tatapi minggu depan, agak basi le kan.. saya bukan blogger tegar yang wajib bagi cerita fresh-fresh je, saya tak koser duk lelama depan laptop tapi, rasa bersalah kat laki dan anak-anak, kalo emaknya asyik depan laptop. Semua-semua hero dan awek kecik saya kena manjakan. Paknya nak makan kena siapkan, paknya tengok tv, saya nak temankan, kecuali kalo pak dia layan gusti, tak koser le mak pnut.

eh merapu panjang pulak..

ok saya tergerak curi masa sat ni nak update sebab saya terima satu email dari pembaca blog saya, bertanya mengenai zikir dan doa yang diberi oleh ustaz Darul Syifa untuk diamakan ketika hamil, selain membalas email tu dengan ringkas, sebab sebok saya rasa elok juga letak kat sini, selain blog saya update, saya boleh kongsi satu ilmu untuk ouls..

ok petikan dari email saya...
salam ***....

thanks sebab sudi baca blog akak...

sori akak tak dpt nak reply panjang-panjang sebab sangat busy kat office, tu yg sampai blog pun tak berupdate lagi...

ok cube amalkan zikir Ya Mubdi, amalkan selalu...

tak kira masa, sepanjang masa baca je..duk dlm keter ke, tgh masak ke...

baca dan pegang perut... kalau kat public segan nak pegang perut, baca je dlm hati, zikir ni mmg untuk elakkan keguguran...

and lagi satu, bacakan permulaan surah Tabbat... bacaanya Tabbat ya da habi la habiuwwattabb (masa masa sebut wattab, angkat lidah ke langit-langit, tahan lidah tu dan niat dalam hati minta Allah kuatkan janin, tahan supaya jangan keguguran) baca lah berulang kali (masa sebut wattab tu, pegang tangan kat bawah perut) macam kita tadah bawah perut, (manahan ) caranya tapak ke atas, letak bawah perut antara perut dan ari-ari, (rahim kita) amalkan selalu.. zikir ya Mubdi tu pun suami boleh bacakan, mintalah suami bacakan sambil baring-baring tengok tv, mintak dia letak tangan atas perut dan baca zikir tu berulang kali..

Amalkan dari awal kita tau pregnant...

semoaga selamat semuanya...

Kalau pun u all tak pregnant, mana tau nanti pregant, or adik beradik ktia pregnant boleh la print amalan ni dan sampaikan barang seciput ilmu yang ini. moga dapat membantu..

Saya juga ada beli buku penawar penyakit dari Al-Quran, dari Darul Syifa bagus sangat buku tu, boleh kita guna dan amalkan dalam mengubati penyakit kita, selain pegi doktor kan. Ada doa penyembuhan sakit kepala, ada doa untuk darah tinggi, batu karang, semua dari Al-Quran yang dikumpul oleh Ustaz Harun Din, nanti ada masa saya snap or scan letak sini, saya amalkan doa untuk melembut hati.. hadiran sekelian tau je la cik abe saya tu kan baran sikit orangnya.. Jadi itu hari saya pergi Darul Syifa dan saya minta ustaz buatkan air untuk 'menyejuk' hati suami (dengan kehendak dia juga) supaya dia boleh kontrol amarah dia, tak nak anak-anak membesar dengan baran dia..

Sangat syukur Alhamduillah, kini hatinya lebih tenang, kurang ribut-ribut. malah saya pulak sering kena tegur sebab selalu marah-marah. Dan ustaz itu sarankan saya amalkan doa dalam buku perubatan itu, ALhamdulillah, bila abeh air yang dibekalkan ustaz tu, saya jadi 'ustazah' sendiri, saya buka buku, baca ayat-ayat tu berulang kali ke botol air minuman, dan niat dalam hati agar anak-anak, suami malah saya sendiri lebih lembut hati... Alhamdulillah lebih tenang kami anak beranak... Jadi bila bancuh kopi dan teh, campur le sikit air yang sudah kita baca doa itu ke dalam minuman.

Saya tak pasti buku tu ada dijual di kedai-kedai buku atau tidak, harganya RM15, kat sini saya terus je beli direct kat Darul Syifa tu.

Hahaha pendek le sangat kan....kununnya tadi...

Monday, June 08, 2009

Edisi Khas Nur Alesya Qhaisara Satu Tahun !!


Ini edisi khas..
Sempena Ulang Tahun yang pertama Baby Q..
Ye la kan...Agung punya birthday pun ada edisi khas dalam surat khabar kan..
Jadi Mak Pnut pun buatlah edisi Khas sempena birthday Permaisuri hati kami hari ini... Jadi baca lah sampai lebam, memang panjang ouls..

Setahun sudah.. kejap je rasanya... kehadiran si adik amat membahagiakan, tidak tertulis atau terluah dengan kata-kata, cukup bermakna, manis dan indah. Dia pejuang yang hebat. DIa hadir di kala saya dalam perbincangan dengan doktor J untuk memulakan proses IUI,(tak tau IUI, sila tanya encik google) kerana saya bagitau doktor, saya nak juga dapat baby sebelum umur saya 35 tahun, and being a very nice doc, Dr. J sabar dan tenang, tak ribut-ribut pun, kalau doktor lain mungkin tak berapa setuju kerana saya pernah 3 kali hamil normal sebelum ini, Najmi dan dua keguguran. Tapi saya bagitau doktor, lagi umur saya meningkat, lagi risiko tinggi kalau saya pregnant kena darah tinggi.

And masa tu doktor J refer kes saya kepada doktor medical untuk full check up condition kesihatan untuk dia proceed dengan proses IUI, tapi Alesya seperti saya katakan, dia pejuang hebat, semasa pertemuan saya dengan doktor J, pada Disember 2007, dalam pada doktor arahkan staff nurse untuk ambil darah, buat urine test bagai, saya saja je sebut kat Dr. J nak buat UPT test (pada yg tak tau, UPT test tu alat untu check pregnant or tidak) then Dr. J tanya, dah berapa hari lewat period, saya cakap baru 3 hari, and as i said, dia doktor yang cool kan, even baru 3 hari lewat period, ada doktor nak tunggu sehingga seminggu lewat baru dia nak check, tapi Dr.J rileks, siap cakap ngan staff nurse, bawa upt test yang mahal sikit tu, yang lebih tepat, tak nak yang celup biasa tu, saya suspen dan tak menaruh harapan apa-apa sebab sebelum ni saya memang biasa pun period lewat, and pernah sampai lebih sebulan tak period, tapi tak pregnant pun.

And this little miracle memang sudah menunjukkan miracle dia dari awal.. sebaik sahaja, staff nurse hulurkan alat UPT test tu, tu dia...merah menyala dua line, senyum doktor J, and saya tergamam, tak tau nak senyum ke tak, suspen je. terus doktor J kira berapa usia kandungan, masa tu baru 5 minggu, terus doktor J bagi date appointment lagi dua minggu, dia minta datang balik nak scan. Bermula dari hari tu, saya hidup dalam trauma, kesan takut keguguran, selepas dua kali gugur, tido malam tak lena, saya bermimpi yang buruk, dan sering terjaga ketakutan, sehingga hubby terpaksa bawa saya ke Darul Syifa berubat dengan ustaz, di situ ustaz bagi saya zikir dan ayat-ayat yang harus saya baca untuk elakkan keguguran, dan saya amalkan, sehingga berjumpa semula dengan Dr.J, dia scan, saya punya berdebar giler, bila scan doktor J tunjuk, ni janin yang ada, dan ini heart beat dia... Syukur sangat.. Alhamdulillah.. And macam kehamilan sebelum ni, saya punya darah tinggi naik tak turun punya kalau hamil, akhirnya pada tarikh 9 June 2008, saya 'menyerah' diri ke hospital, untuk dibersalinkan. Tapi malangnya tak dapat dengan Dr. J, sebab doktor J ada kes lain. tapi selepas itu check kat wad semua dengan dia semula. heheh ada kawan saya kena kencing manis masa pregnant, masa nak dibersalinkan, siap book lagi, nak Dr. J yang buat C-sec tu, tak mau dengan dotkor lain, hahaha, dia kata doktor lain nanti takut, and masa Dr.J dok belah-belah perut dia, siap leh sembang-sembang, buat lawak lagi.. huh~

Dan hari ini, baby yang dilahirkan setahun yang lepas,dengan berat 1.05kg, sudah pun berusia setahun, menghadapi saat dia berjuang nyawa di NICU amat mendebarkan, bila menerima call dari hospital, minta datang hospital segera, kerana perlu mengambil darah ibu yang 'fresh' untuk transfer kepada baby yang sudah pucat dan diibaratkan 50-50 masa tu amat memilukan. Sangat mendebarkan bila sampai di hospital, melihat baby pucat lesi, kuning badannya, masa tu air mata je menemani, sampai satu tahap hubby cakap, mama kalau tak cukup kuat tak payah pergi tengok adik, sebab jangan tunjuk lemah kat adik, kita kena kuat macam mana dia kuat.

Azam saya masa itu saya nak breastfeeding dia selama yang mungkin, maklumlah dia dilahirkan pada usia 30 mggu je, and ikut hukum biologi, pada masa ini susu ibu baru terbentuk. tetapi dia pulak sudah hadir ke dunia, tapi saya kuatkan azam, dengan sokongan hubby, saya boleh tersenyum bangga, tanpa baby disisi selama 90 hari, saya berjaya memberikan dia 100% susu ibu. And meneruskan lagi sehingga beberapa bulan selepas itu, then kemudian susu makin slow, and berat dia pulak tidak begitu naik dengan baik, doktor sarankan campur susu formula, terpaksa sebab bekalan tidak cukup, tapi tak perlah saya consider saya berjaya, kerana baby tidak ada disisi, dan saya berjaya mendapatkan stok susu yang banyak untuk bekalan dia.

dan akhirnya selepas melepasi tempoh kritikal, dia sudah keluar dari zone kritikal di NICU, dan berada dalam incubator sebaris dengan baby yang lain, barulah hati ini lega. Dan akhirnya setelah 90 hari di NICU, dia sudah boleh kembali bersama kami. Sehingga kini, dia memang kuat, jarang demam, jarang selsema dan jarang batuk, siapa kata baby prem mudah kena penyakit?? Insya-ALlah Allah lebih tau ke atas segalanya.

And for today...terimalah kompilasi pic Perjalanan hidup Alesya...
Bulan Pertama di NICU...
Photobucket

Berjuang untuk hidup... tengok tapak kaki dia, besar ibu jari tangan babah dia je. Bulan kedua berjuang...
Photobucket

Bulan ketiga, kami sudah lega, kerana dia pandai menyusu, dia pandai senyum saat ini.. menantikan berat dia 1.8kg untuk pulang ke rumah.
Photobucket

Bulan ke 3 nak masuk bula ke 4, bersama mama dirumah, masa ni mama cuti sebulan, full time house wife, sebab Alesya full bF masa ni, bulan posa pulak, ada ketikanya mama terpaksa bukak puasa sebab susu kurang, and kena minum air masak dan susu banyak-banyak demi memastikan bekalan susu cukup untuk baby.
Photobucket

Ni bulan ke 4-first time kami beraya berempat, happy sangat, sebab Alesya the only baby dalam family masa tu,
Photobucket

Balik rumah Mak Tok, cukur rambut, botak anakku..
Photobucket


Balik KL, sibuk dia ikut kitaorg pegi open house
Photobucket


5 bulan... saat paling debab dia..
Photobucket


bergaya walaupun botak..ehehehe
Photobucket


Bulan ke 6, raya haji kat Kedah...
Photobucket

7 bulan... makin selim pulak..ehehe sebab dia makin tinggi..
Photobucket

Masa ni dia demam, agak lama, terus beratnya menurun. And masa ni doktor mintak supply dengan susu formula Pediasure supaya berat dia naik semula. heheh tapi saya tak bagi, tanak dia gumuk nanti, saja bagi susu S-26 je masa ni.
Photobucket

9 bulan... makin cerdik.. spontan dia baut peacee masa bergambar, sebab ikut si abang..
Photobucket

10 bulan, makin jelita..ehehehe
Photobucket

11 bulan, berlajar merangkak, and makin ayu.hehehe..
Photobucket

Setahun!!!!!! ikut muka sapa ek.. hahah muka mama kan....
Photobucket


Kata anak sedara teman, awek cun yang feminin.. hehe si lukman suka menyakat dia, marah dia dengan lukman...
Photobucket

Dannnnn... amaaatttt manja dengan babah dia.. Saya jangkakan dia musti manja leleh-leleh dengan saya, maklumlah pompuan sama pompuan, rupanya takkkk dia sungguh leleh dengan babah dia, sensitif ooo kalo babah dia sibuk-sibuk tak layan dia, dia akan merajuk.. tengok pic ni, ni masa malam kenduri anak buah yang lepas, babah dia sibuk ke hulu ke hilir, dia ditemani bibik, sekali terdengar suara babah dia, tapi tak jenguk anak dia, tengoklah muncung dia merajuk.. jenuh pak dia memujuk merayu domba.. (chehh dengan emak dia tak pernah pak dia pujuk gitu..) lama gak memujuk ni, baru nak lentok kat pak dia, pastu baru nak senyum-senyum.. gitulah.. memalam nak tido pun cari pak dia juga, kalau dia kata nak pak dia... mama dia jangan dekat-dekat, marah sungguh dia, pass ke pak dia, terus lentok-lentok tido celah ketiak pak dia.. Manja aaiiihhhh..
Photobucket

Wednesday, June 03, 2009

Happy Birthday to Me.. @ Cameron Highlands


belum pun abeh korang wish saya happy anniversary, korang sila ucapkan selamat happy birthday untuk saya pulak..

ya hari ni saya sudah berumur 34 tahun... no secreto.. age is just a number.. don't you stop having fun.. yeay bebeh...

kepada yang lebih tua umurnya dari saya dok panggil saya kak pnut tu, hiks bawak-bawak le tukar panggilan ye... hahaha, saya baru umur 34 tahun. eheheh kejap je udah 34 tahun...

sudah 34 tahun, syukurlah kebanyakan impian saya dalam hidup sudah tercapai, walau lagi banyak yang belum tercapai, tetapi yang sudah dicapai ini cukup Alhamdulillah, saya dah ada rumah sendiri, ada keluarga yang sangat saya sayang.. Diberi nikmat menjadi ibu kepada sepasang putera dan puteri..oh sangat bersyukur.. ALhamdulillah..

And sebagai meraikan june penuh celebration, Anniversary, My Birthday, and next week Baby Q punya birthday..(eh kejap je rasanya..Oh nooo i still want her to be my baby...) ok sebagai meraikan june penuh sejarah, kitaorang anak beranak, dengan bibik, dengan Syazwan (mamat encem yang belajar kat BMI GOmbak tu) dan emak tersayang saya, kitaorg berada di Cameron Highlands... yeay..sejukkk besh... lupakan office kejap, esok nak pegi butterfly farm, strawberry farm hari last, iaitu jumaat baru kitaorg pegi.. ada orang tu, frust cari tempat teh yang best konon nak hirup teh tepi ladang..hahah tapi semalam pencarian tak jumpa... malam semalam terus bertanya "encik google" esok akan mencari...

okeh selama tengok gambar..
Sempena cuti sekolah, ada pasar macam pasar malam kat sini, happening juga, barang-barang dijual kat sini murah-murah belako... and a must try of course le strawberry coklat..yummy...
Photobucket

semalam ada amoi jual bunga, hand bouquet of half dozen roses, dengan bunga kecil-kecil lain tu, alahai cuma 5 rggt...ape barang darling nak belikan i bunga 5 rggt..eh pakcik tu bukan boleh kira, kang bebetoi dia beli bunga amoi tu jual, dia bukan tau bab-bab bunga ni..ermm korang tunggu la ek, apa pakcik tu belikan untuk saya nanti..
Photobucket
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino