Thursday, December 30, 2004

Ombak Jahat!!!


Masih sedih…



Aku memilih untuk tidak membaca surat khabar di awal pagi seperti kelazimannya seperti selalu, tidak sebagaimana aku excited setiap awal pagi nak bukak paper baca kisah Kak Pah, baca kisah Hasmawi bacul yang buat kat tunang dia macam tu…



Minggu ni aku tak sanggup menatap surat khabar awal pagi dan membaca kesedihan dan penderitaan orang lain.



Aku sangat-sangat sedih dengan tregedi Tsunami. Mereka orang susah, miskin hidup di tepi pantai, mencari rezeki di laut. Mereka orang miskin, bot mereka rosak, macam mana mereka nak ke laut nanti? Mana mereka nak dapatkan duit.untuk belanja rumah mereka.



Rumah pun dah musnah…pakaian dah rosak, peralatan rumah lagi?? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… Ada seorang teman aku yang bertugas sebagai doctor di daerah teruk terjejas, memaklumkan, bahawa mereka bukan hanya merawat luaran, malah merawat luka dalaman yang tidak nampak. Merawat kesedihan mereka. Jiwa mereka sedih, hilang anak isteri kaum keluarga sekelip mata.



Kau bayangkan baru pagi tadi kau bertolak dari rumah hendak pergi berkelah, anak-anak suka ria hendak berkelah, tiba-tiba dengan sekelip mata, anak-anak kecil kau hilang ditelan ombak dan menghayutkan mereka. Oh aku tak sanggup bayangkan…. Luluh jiwa ibu bapanya. Tiada lagi hilai tawa anak-anaknya.



Pak Lah kata sekarang bukan masa untuk kita berseronok.



Melihat manusia dikambus dalam lubang besar, di tolak dengan jentolak, hati siapa tidak pilu, boleh kau bayangkan yang ditolak jentera itu suami kau, anak kau, ibu bapa kau??? Ya Allah membayangkannya pun kita tidak sanggup, apatah lagi hendak menghadapinya.



Seorang suami kehilangan 4 anak dan seorang isteri, wartawan tanya perasaannya (bodoh punya wartawan, tanya soklan bangang, dah tentulah dia sedih..) Suami dan bapa yang malang tu cakap, “Umpama kita pinjam barang orang, sampai masa kena pulangkan, macam tu lah hidup kita, sampai masa Allah nak ambil balik apa yang dia bagi, kita kena redha,” Aku menangis saat itu.



Hari ni aku dan beberapa orang teman AJK Kelab yang lain akan mengumpulkan pakaian-pakaian untuk didermakan serta mengutip derma untuk mereka yang malang. Moga Allah restu usaha kami…









Monday, December 27, 2004

Selesai akhirnya Gath 2004


Takziah buat semua mangsa TSUNAMI



Aku terharu membaca/menonton berita mengenai mangsa TSUNAMI



Again it happened sehari selepas Krismas sepertimana kejadian menimpa rebut Greg kat Sabah suatu masa dahulu.



Ada member office aku bercuti ke Pangkor, tetapi hanya duduk-duduk dalam bilik tidak dibenarkan kelaur ke pantai.



Adik aku sekolah kat Sek. Teknik Langkawi, next week bukak sekolah, aku kerja di bawah Kementerian yang sama dengan Jabatan yang top skrng iaitu Jabatan Kajicuac*, aku call member kerja sana diramalkan ada lagi serpihan akan berlaku, tetapi katanya kemungkinan itu tipis, aku berdoa agar ianya tidak berlaku…



Banyak dugaan dan pengorbanan yang mereka lalui. Hilang rumah, kereta dan paling hebat hilang 5-6 ahli keluarga serentak. Aku hanya mampu meluahkan simpati kepada mangsa dan menyumbang beberapa ringgit yang berbaki berbaki di akaun Maybank kepada mangsa, jadilah setakat aku mampu.



Meeting



Baru balik dari meeting mewakili kumpulan pekerja level aku di Kelab Tasik Putrajay*, selepas meeting kami dijamu makan-makan disitu, aku makan semeja dengan Dato’ S, kami punya KSU, masa keluar dari bilik meeting aku terus ke toilet, bila aku kembali ke ruang makan, semua meja dah penuh aku nak mencelah duduk dengan member lain, tiba-tiba Dato’ cakap, “kenapa u all semua lari tak nak duduk dengan I, I hari ni nak makan nasi bukan nak makan u all, mai sini duduk dengan saya,” dia tarik tangan aku, (opss this Dato’ is woman tau) jadi aku pun duduklah sebelah Dato’



Memandangkan aku jenis belasah bukan kaki control, aku selamba je menambah nasi sebab aku memang rasa sangat lapar sebab aku hanya breakfast dengan 3 biji karipap je pagi tu. Kali ini Dato’ S pula melayan kami, dia siap sendukkan ikan siakap kukus untuk semua org. Dia sangat peramah dan kami borak-borak pasal TSUNAMI kebetulan ada wakil dari Jab. Kajicuac* juga, maka kami pun borak sakan, and some of that biasalah off record.



Tahniah



Tahniah kepada semua AJK yang menjalankan tugas mereka untuk menjayakan gathering 2004. Aku tidak dapat hadir atas sebab dinyatakan sebelum ini iaitu aku menerima kehadiran kakak ipar sekeluarga dari Ipoh sejak 24 hingga 26 Disember hari tu. Jadi amat tak wajar aku tinggalkan tetamu di rumah dan aku bergathering pulak. Tetapi aku ada juga beri komitmen dalam membantu para AJK, cuma pertolongan cikai-cikai je la, mambantu adik-adik yang dah lama aku kenal dalam GJ menyediakan apa yang patut, dan memberikan pendapat bila mereka bertanyakan pendapat, melalui sms ke, email ke…



Dan bersyukur kerana akhirnya majlis itu selesai dengan jayanya. Tahniah buat semua!!! Aku sudah menjadi AJK pencen. Zaman aku menjadi AJK dulu, zaman gathering bawah pokok di Taman KLCC jer. Walau bawah pokok tapi semua gumbira.





Thursday, December 23, 2004

Pegi ke tak..pegi ke tak...


Hati aku berbelah bagi. Sebelah hati nak pergi ke gathering GJ Ahad ni,

Tetapi ada family dari jauh di rumah di kala itu,

aku rasa tak sedap hati, bila ipar duai datang menumpang bermalam di rumah kita, kita pula pergi bergathering, kang terasa hati pula tetamu bertandang.



Darling kata pergilah, dia akan tunggu kat rumah melayan tetamu. Tetapi aku rasa berat hatilah, takut kakak ipar terasa pulak. Bukan selalu pun diaorg datang dah tu datang dari jauh, pagi ke tak..pegi ke tak....ermmmm...



Tak ada rezeki

Orang kata kalau tak ada rezeki, benda dalam genggaman pun boleh terlepas jatuh.

Aku simpati pada nasib seorang teman, teman seperjuangan masa menuntut ilmu dahulu, yang sudah 4 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat baby. Bila berjumpa doktor, doktor mengatakan peluang untuk kawan ni hamil agak sukar kerana kedudukan rahimnya agak bermasalah. (tak normal).



Tapi rezeki Allah yang menentukan, kata teman ni, semasa bulan puasa lepas, mereka tidaklah aktif menjalankan 'usaha' mereka, hanya sekali sahaja berusaha, tapi Allah tentukan walau sekali pun ianya menjadi. Gembiralah berdua suami isteri ini, kerana tidak menjangka usaha ramadhan berhasil. Tetapi malangnya kegembiraan mereka hanya seketika. Si teman saya mengalami turun darah, walau sedikit-sedikit, tetapi amat menggusarkan mereka. Doktor meramalkan kandungan berusia 6 minggu, tetapi tidak ada heart beat baby, dan janin tidak membesar. Doktor di hospital swasta terus nak cuci (D&C), tetapi melihat keadaan mereka yang seolah-olah tidak bersedia, doktor tangguhkan.



Kemudian mereka merujuk kepada pasangan lebih berpenglaman, dan doktor di klinik kerajaan. Doktor suruh tunggu lagi seminggu, seminggu seolah-olah setahun kata teman ni. Gusar sepanjang minggu. Akhirnya semalam saya menerima SMS dari teman itu, katanya "baby dah keluar, i'm okay, shall i go to hospital?" dan aku membalas, "pergilah biar doktor check habis, nanti sms aku," dan hingga hari ini dia tidak sms apa-apa. Aku juga tak bertanyakan apa-apa, kerana tidak mahu menganggu situasi dia dan suami. Semuanya Allah tentukan. Sudah tertulis zuriat itu bukan miliknya. Moga dia dan suami tabah.



Ada orang murah rezeki, duit berlambak, rumah dan kereta besar tetapi tidak ada anak. Jiran aku dahulu adalah pasangan yang tidak mempunyai anak, Kakak A. Kak A selalu luahkan perasaannya pada aku, katanya orang nampak kita gembira, tetapi hati kita orang tak tahu, orang tak ada perasaan bertanya, bila lagi nak mengandung, bila lagi nak beranak, katanya orang bodoh je tak mau anak. Siapa tak mau anak, semua orang mahukan anak. Tapi semuanya Allah menentukan. Hati manusia tak sama, ada orang boleh memahami perasaan orang, ada orang tak fikirkan perasaan orang.



Belum berkahwin orang bertanya bila nak kawin, dah kawin bila nak ada anak, dah ada satu anak, sebok juga mulut orang bertanya bila nak anak lagi...aku pun kadang-kadang bosan. Aku sendiri secara peribadi, tak pernah aku sibukkan bertanya pasangan lain,"kau ni bila lagi nak mengandung, kau ni bila lagi nak bagi adik pada anak kau ni, kau ni mengandung la cepat-cepat," kalau ada pasangan baru berkawin pun paling tidak aku usik, tak lama lagi jadi mak bapaklah...atau aku usik, ermm entah-entah dah berisi ni, atau kalau pasangan sudah ada anak, aku cakap, wahh tak lama lagi dapat adiklah ni. Mudah-mudahan makbul kata-kata kita betul-betul pasangan itu berhasil.



Setiap orang ada perancangannya. Macam aku dulu, lepas kawin sudah terus hamilkan Najmi tak sempat kami berbulan madu pun, keluarnya pun awal, tujuh bulan dalam perut dan keluar melihat mama dan babahnya. Kemudian doktor nasihatkan aku supaya tidak hamil lagi dalam waktu terdekat kerana aku beranak melalui pembedahan. Tetapi sejak pertengahan tahun ni kami sudah berhasrat mahu baby lagi, tetapi belum ada rezeki, dan aku tidak tertekan dengan keadaan itu, sebab Najmi masih belum pun berusia 4 tahun, dan aku bukan tidak ada anak langsung, cuma mahu menambah anak sahaja. Dan darling very cool, tak der excited dengan baby, cuma aku sahaja berhasrat mahu satu baby sebelum berusia 30 tahun, ermm nampaknya tak sempat he..he...







Monday, December 20, 2004

Sudah ada IC baru


Aku sudah dapat IC baru...orang dah nak buruk aku punya IC masih cantik, biarpun gambar dalam IC tu tak lawa...huhhh... tak suka lah tgk gambo tu...suka gambo lama..gambo zaman anak dara....zaman masih lagi boleh memakai saiz XL, walaupun bukan memakai saiz S pun gambo lama masih tahap boleh la....



Pagi tadi aku ke majlis rasmi bertempat di IK*M KL, wow!! mewahnya Dewan Besar mereka. Berjumpa dengan Dato' M dan Dato N orang kuat Persatuan Pengguna Isl*m Malaysia, kedua-dua Dato ni memang aku tabik empat lima lapis, senang giler berurusan dan sempoi jer. Sempat lagi diaorg ajak aku jadi volunteer untuk Persatuan mereka, Insya-Allah.



Aku berkenalan dengan beberapa orang dari wakil media, berborak sekejap, bertukar-tukar name kad, makan semeja, dengan press kenalah berbaik untuk dapatkan press untuk event-event akan datang. Aku dah jadi macam PRO pulak. Tapi tak per menarik juga buat benda-benda begitu.



Balik semula ke office after lunch, sibuk mengejar pembekal yang masih belum return balik LO kami, biasalah dah hujung tahun, nak tutup akaun, jadi kena cepat dan pantas. Aku dapat peruntukan gedebuk, untuk pembelian perabot sikit, Alhamdulillah, semangat sikit, setelah bertahun minta baru kali ni mendapat.



Si Najmi

Suatu hari Najmi cakap nak makan corn flakes, aku tolong bawakan satu mangkuk corn flakes tanpa susu untuk dia kunyah-kunyah depan tv. Sejam kemudian, dia tak dapat habiskan dan aku suruh dia bawa mangkuknya ke sinki untuk dicuci. Dia menjawab



"mama cakap, siapa yang ambil dia yang kena bawa ke dapur,"



"kalau kita sepahkan mainan, kita kena simpan, kalau mama bawakan mangkuk tu mamalah simpan,"



Ermmm geramnya...tapi aku berjaya mengugutnya membawa kembali mangkuk ke sinki.



Lagi story,



Hari Ahad ni Taska Najmi akan mengadakan Hari Konvo untuk 'senior-senior' Najmi yang tamat tadika. Dan Najmi akan mengambil bahagian dalam acara menyanyi-nyanyi dan bergelek-gelek. Cikgunya minta disediakan t-shirt putih dan seluar trek suit blue black. Aku belikan seluar trek suit tu masa aku balik kampung ahad lepas (balik naik bas sorang je) aku beli kat kedai jual barang-barang siam, harga t-shirt putih tu hanya RM2.90 dan seluar trek suit tu RM4.90, tak sampai 10 ringgit aku dapat beli 2 helai pakaian. T-shirtnya berkualiti juga, tebal dan bukan nipis sampai nampak tulang rangka.



Sifat budak, dia bukan tahu mahal murah, janji yang baru dia suka saja. Tak sempat aku basih seluar trek tu dia dah belasah pakai. Sampai dua hari berturut-turut dia pakai. Cuma baju putih darling berjaya provok dia supaya basuh dahulu. Sama macam mainan, kalau dia mengamuk minta dibelikan mainan, aku bawa le ke kedai 2 ringgit. Dan dia pun suka ria membeli mainan walau harga 2 ringgit. Aku memang tak suka beli mainan anak mahal-mahal, entah aku rasa macam membazir jer, keseronokan budak bermain sama je aku rasa. Baik aku simpan duit bayar insuran anak untuk masa depan dia dari asyik dok angkut mainan mahal-mahal.



Erkkk tapi aku rela korek sana, korek sini kalau nak beli perhiasan rumah...ha.ha..beli pasu, beli bunga, beli alas meja, ha..ha..darling kata, duit awak..suka hati awak la....ha..ha..alaah sifat lelaki mmg macam tu.... tapi kita tau dia suka kalau rumah kita mekap biar sejuk mata memandang...

Wednesday, December 15, 2004

Tangki yang berlumut


Sudah seminggu bilik air di dalam master bedroom tidak dapat digunakan, kerana tidak mengeluarkan air jadi kami hanya guna bilik air tetamu dan bilik air di tingkat bawah dekat dapur.



Laporan kerosakan sudah dibuat, dan kontraktor dilantik kerajaan sudah datang menengokkan punca air tidak keluar, Uweekkkk..kata budak yang naik tengok tangki, dia kata tangki utama tidak bertutup, sudah berlumut dan lumutnya tebal seinci....uwekk...uwekkk...aku rasa geli...heiiii....



Nasib baik aku memang sejak mula pindah suka mandi di bilik air tingkat bawah, airnya laju sedikit. Dan budak yang datang repair tu bagitau aku mereka tidak boleh buat apa-apa, kerana mereka hanya boleh repair yang minor-minor je, kalau kerosakan major macam ni, mereka akan contact kontraktor lain datang baiki. Katanya bukan rumah kami jer, banyak rumah macam tu.



Terkunci dalam rumah sendiri

Konsep rumah yang kami duduk sekarang ialah dibina ala-ala kondo. Ditingkat bawah, kita akan masuk rumah melalui dapur, tempat parking kereta disediakan di bahagian dapur, jadi tetamu yang masuk ke rumah kami akan melalui ruang makan dahulu sebelum ke ruang tamu.



Dapur rumah di bina 2 bahagian, wet kitchen dan dry kitchen. Wet kitchen di bina di luar kawasan dry kitchen, means aku memasak di luar rumah, tapi kami sudah pasang grill dan pasang langsir tak derlah terdedah sangat. Tiga hari lepas, Najmi cakap nak makan nasi dengan telur, jadi aku pun pergilah menggoreng telur di dapur luar, sambil aku menggoreng, Najmi main tutup bukak pintu, dan tiba-tiba aku dengar dia tekan pintu dan dumm!! dia tutup pintu, ampeh!! kami berdua terkunci di luar.



My darling that time tengah solat kat tingkat atas, aku pueh mengetuk-ngetuk pintu dan pueh mengorek dengan pisau la..dengan sudu tapi mmg hampa. Darling pulak kalau solat mmg lama, lepas solat member sempat lagi landing atas katil, kami hampir sejam terkurung di luar. Kata darling dia dengar pintu dum dam-dum-dam tapi dia boleh wat derk jer.. Si Najmi pulak aku tengah tension-tension terkurung begitu dia sempat bernyanyi-nyanyi dan bergelek-gelek. Aku kejap-kejap panjat sinki jenguk ke dalam rumah kot-kot laki dah turun. Lama tu baru lah laki turun itupun lagi lima belas minit genap sejam kami terkurung.



Dia bantai gelak kat aku pulak lepas tu..grrrrr...sabo je la...



Ok...ruangan komen kat blog ni sudah ditukar kepada holoscan, lebih user friendly sikit. Itupun aku try macam bangang, last-last Yadziz yang tolong, dah register guestbook, tapi masih tak reti nak bubuh...ha..ha... tengah tunggu Rosh mendesignkan layout yang best utk blog ni. Suka dengan hasil kerja Rosh terutamanya lukisan kartun komik multimedianya..memang cantik...

sabar-sabar...sabar....member tengah buat projek video klip animasi untuk seorang artis lelaki yang popular hensem...tak sabar tengok video klip tu nanti.











Sunday, December 12, 2004

Hujan di sana


Membaca dan mendengar...



Membaca dan mendengar berita di TV atau di akhbar seminggu dua ni semua bertumpukan kisah banjir yang melanda pantai timur. Kasihan mereka, rata-rata org kampung yang bergantung kepada cuaca untuk mendapatkan rezeki.



Dulu masa aku masih muda belia, zaman pakai kain sekolah kaler biru kehijauan tu, aku gembira sangat-sangat kalau hujan lebat, terutamanya kalau malam dan petang, sebab aku dapat tidur dengan best, sebab cuaca kat rumah aku panas, aku selalu berdoa, hujan la lama-lama...biar sejuk. Kemudian abah tegur, tak baik macam tu, kita cakap Alhamdulillah atas nikmat hujan membasahi bumi, dan berdoa semoga hujan cepat reda, kerana kata abah cuab bayangkan orang yang menoreh, kalau hujan dua tiga hari, dua tiga harilah dia tak menoreh.



Orang pergi ke laut, kalau hujan laut bergelora tidak dapat turun menangkap ikan, jadi mana mereka nak dapat duit nak belanja anak-anak sekolah. Jadi sampai sekarang kalau aku denagr berita pantai timur dilanda banjir, aku simpati dan berdoa semoga keadaan tidak berlarutan agar yang hendak ke laut boleh turun ke laut, dan yang mencari rezeki di darat dapat meneruskan usaha mereka. Mereka bukan makan gaji macam kita. Cukup bulan dapat gaji.



Tikus jangan ambil botol kita

Dua tiga hari lepas, semasa aku baring-baring dengan Najmi depan TV, kami bergurau-gurau dan tiba-tiba aku baut gurauan melampau dia pun sedikit angin, dicampaknya botol susunya. Kebetulan botol tu jatuh kat tepi peha aku dan aku kepitkan dia tak nampak botolnya, kemudian aku cakap "tak ader, botol Najmi tikus dan ambil, dia bawa lari ke rumah dia, anak dia tak der botol dia kasi anak dia, tu lah siapa suruh baling-baling botol," Najmi pun dah rasa sedih, dan aku pura-pura tidur. Kemudian aku dengar, dia berkomunikasi dengan tikus,

"Tikus, kasilah balik botol kita, kesian kita tak ada botol, tikus suruhlah mama tikus beli botol sendiri, kasilah balik botol kita," aku nak gelak tapi tahan.



Kemudian dia cakap lagi, " Nanti kita cakap babah kita tikus ambil botol kita, biar babah letak racun biar tikus mati," (this is refer to dia tengok aksi babah bubuh racun tikus bawah mesin basuh, dia tanya babah, kata babah kasi racun biar tikus mati) kemudian dia cakap lagi,

"Tikus, nanti kita kasi gula-gula kasilah botol kita balik," kemudian bila tidak ada respon dari tikus, dia pun sebak dan mula hendak menangis, dan aku cakap, "Najmi cakap kat tikus minta maaf," dan dia pun cakap, "kita minta maaf tikus, kita tak nak baling botol lagi, tikus kasilah botol kita balik," bila tikus 'tak bagi respon' dia pun sembamkan muka ke bantal dan menangis. Kemudian aku ambil balik botol dan kasi dia, "Nah, tikus kasi balik, tikus kata kalau balik lagi nanti dia gigit Najmi, tikus suruh Najmi tidur dan peluk mama," Dan kami tidur berpeluk-pelukan.



Bangun dari tidur Najmi dia mula main mainan dan bersepah, dan aku membebel, pok..pek..pok..pek... kemaslah..tak sukalah tengok bersepah, nanti babah bising, pok...pok..pok..pek... Najmi tak suka ke tengok rumah kita cantik, rumah kita bersih? Kemudian dia cakap, "rumah cantik dalam Casa Impian ke mama?" Aduh!!!! sabo je la...





Wednesday, December 08, 2004

Dah lama tak berupdate


Salam buat semua...

Dah lama tak berupdate,

lepas balik raya, aku memang busy, ada dua-tiga function yang di bawah batu jemala kepala otak aku ni.



Tak menang tangan, mujur juga member aku yang cuti bersalin sudah kembali ke office. Lepas selesai majlis pada hari isnin, Majlis Anugerah bla..bla.. kami tu, esoknya aku seram sejuk badan, dengan sakti kepalanya. Aku pi klinik, dah mula demam. Doktor kasi MC dua hari suruh duduk rumah rileks-rileks, tapi lepas aku balik dari klinik kontraktor yang kerajaan lantik suruh pasang grill datang untuk pasang grill kat tingkat atas. Yang tingkat bawah kami dah pasang sendiri, mana tau gomen nak pasang, lugi loooo...



bila kontraktor tu balik dia tinggal rumah aku tunggang langgang, dengan berdebunya, dengan kotornya lantai...sakit hati pun ada...sampai dekat 10 malam aku dok mengemop lantai, pasang semua langsir balik, termasuk gantikan langsir baru. (dah lama buat tapi aku sengaja tak nak pasang sebab aku tau diaorg nak pasang grill) sudahnya demam bertambah demam, esoknya lembik.



Sebut bab langsir, aku sudah meninjau langsir baru dengan adik aku hari tu, sampai ke Nilai aku pergi tapi malangnya tak ada kain yang aku berkenan. (Aku suka kain macam Elyza punya collection, ermm ingatkan nak pergilah cari kain ala-ala macam tu kat Nilai 1 tapi ermm tak ada..) aku dah set dalam kepala nak kain kotak-kotak warna sama dengan sofa + dinding, means sofa aku kaler maroon, dinding kaler kuning, jadi aku nak langsir aku ada dua unsur kaler tu. Buang masa je pergi Nilai 1 tu. Last-last balik singgah kat Bandar Baru Bangi, aku pergi ke kedai Hiasan Dalaman depan PK*S tu, aku masuk jer terus dah jumpa dengan langsir idaman hati, tergantung cantik, cuma langsir tergantung tu kaler purple.



Pekerja kedainya terus bawakan sample-sample kain untuk pilihan hati, erkkk semeter pun harga boleh tahan, aku sabarkan hati je...bila dah aku terpaut pada satu corak ni, dan aku pilih design langsir yang aku nak, tokei kedai pun kira-kira bla..bla.....gedebuk-gedebak, aku rasa macam nak pengsan. Macam tak jadi. Kemudian syaitan mula bertanduk, ala..bukan setiap tahun buat langsir...lepas ni tak tau bila nak buat lagi....kira berbaloi la harga tu dengan 2-3 tahun pakai. Ermmm aku congak-congak, ermm jadilah.



Keluar dari kedai langsir tu, aku cakap kat adik aku "kalau abang ikram tanya, hang pa kata tak tau berapa," ha..ha... bila balik rumah, aku bgtau lah bab langsir dah setel, hari sabtu nanti pekerja kedai tu akan datang sukat. dan pasang rod. Darling tanya berapa, aku cakap adalah....tak nak cakap. Dan darling cakap, ikut suka awak la... dia tak campur, sendiri buat sendiri bayar... ha..ha... ye ..ye... orang lelaki biasalah, dia uruskan soal bayaran rumah tangga lain yang penting dan urusan anak. Tapi para isteri kalau bab menghias rumah dia lah lebih arif kan..kan...



Darling pergi ke Pahang during the weekend, kami kat rumah sakan mengecat dinding dan memasang wall border, ada dua 'keluarga' baru dalam rumah kami darling balik je terkejut, wah....dah lawa katanya...ye la...kalau tunggu darling wall border tu berkulat akhirnya. he..he...



Hari Sabtu, ada open house rumah kawan kat Bangi, balik dari open house tu, member-member lain datang bertandang, kata sorang member bila masuk rumah aku, "weii hang letak pasu-pasu hang ni atas lantai macam ni anak hang tak kacau ka,"? he..he.. ramai bertanyakan hal yang sama. dan jawapan aku pun sama, kena biasakan dari dia kecil, dia nampak benda tu setiap hari, dia tak heran, kalau dia usik kita babab tangan sikit nanti dia tak usikla. So far Najmi mmg ok, pastu, tempayan or even satu pastu bunga kristal masih maintain.



Kalau nampak dia agresif sikit, main basikal ke apa, nanti darling jerit, "Najmi, nanti kena pastu mama...mama pukul tangan," he..he..dia dah set, pasu tak boleh usik. ha..ha..sampai hari tu masa ramai-ramai geng aku berkumpul, dia selamba je sound anak kawan aku yang dok usik frame gambar atas meja konsul, kata dia,"jangan main, itu mama punya nanti mama kita marah, kalau nak main ambil mainan," ha...ha..itu skrip biasa aku, kalau dia usik barang hiasan aku, aku cakap, kalau nak main barang tu, aku ambil semua mainan buang dalam tong sampah, dia takut dan dia akan tinggalkan barang tu, dan pergi main mainan dia sendiri. Sesiapa masih ada baby tu jangan risau, kalau nak menghias rumah dengan pasu-pasu teruskan....biar baby anda biasa. Nanti dia akan menghargainya.







 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino