Sunday, July 31, 2005

Mawi go Mawi..Go!!!


Tajuk macam fanatik jer...
Yes...aku memang fanatik Mawi..lantaklah korang nak cakap apa...
daripada orang yang pura-pura jer..baik terus terang...
Nasib baik dapat laki yang sporting, layan jer gila aku fanatik Mawi...sebab dia tau bini dia macam mana, bukan angau Mawi sampai lupa laki...ala fanatik gitu-gitu jer, tak der sampai tahap berkampung halaman kat Stadium pun, tak der tahap beratur panjang kat stadium nak beli tiket...

aku fanatik tengok kat tv jer. Memang suspen nunggu Mawi nyanyi setiap minggu...dia tak macam budak lain, kasi je lagu apa semua boleh jer, Mawi kena kerja keras sikit. Tetapi aku kagum semangat peminat dia, 'setia' ahaks...fans yg lain jangan marah yer..

Menyampah tengok tanya Linda malam tu, tetamu dia yg anti Mawi tu, termasuk seorang Prof ni, alaa kamon la, nak fight pun hujah biar kuat, senang-senang jer abang Zam (Burn Acid-presiden penaja MAWIFC) balas hujah diaorang, dan selamba jer Iman Wan kasi serangan balas....tak power lah pembangkang, even profesor, tapi cakap main sedap jer, tak der berdasarkan fakta dan hujah yang kuat, syok sendiri jer...

Ada ker cakap Mawi tak hebat sebab tak pandai main alat muzik, Iman Wan 'tibas' "Jamal Abdillah pun tak pandai main muzik, tp dia hebat, Siti nurhaliza tak main muzik tapi dia hebat" woooooo

Mamat sorang lagik lagi best, "peminat dan pengundi Mawi terdiri dari orang luar bandar" mangkuk punya statement, weiii GM opis laki aku bawak BMW 7 series, peminat Mawi la...seorang ketua jabatan kategori JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) pun minat Mawi, kamon la kampung ke diaorang tu...sedar dirilah, asal tok nenek moyang kita pun orang kampung la...orang kampung lah teroka KL, orang kampunglah yang datang kerja kat Bandar...bak kata Iman Wan kat mamat tu, sebagai event consultant, dia nak jemput artis yang disukai ramai untuk datang ke konsert anjuran dia atau jemput artis yang dia suka?

Lawak giler Tanya Linda malam tu dengan Linda pun ampeh, sikit-sikit "Burn sebagai presiden what ever" woooo pengacara best ke cam tu..

Oklah cerita pasal Mawi, sat gi ada orang muntah hijau baca pulak. Minggu depan dah habis dah...harap Maestro cepat amik kesempatan rancang terbitkan album Mawi tahun ni jugak...tahun depan bersedialah pengutuk Mawi- "artis harapan baru" jangan mareee

Konsert last week bagi aku menusuk kalbu, Amylea nyanyi bagus, Mawi pun bagus, Yazer bagus, Kefli jer, tak tau nak cakap, awatlah dari minggu kedua tak terkeluar, seksa tengok mamat jambu ni...

Final konsert last week masa bebudak yang dah terkeluar menyanyi, azabnya aku tengok, semua nak tunjuk power, nyampah pulak...tp Poad pulak best, tiba-tiba jer rasa poad best...Aidil pun best.

Orait, moga Mawi berjaya...

GO MAWI GO!!!!

Sunday, July 24, 2005

Family day


Last week dari 21-23hb aku aku kursus kat PD, then Ahad 24 tu ada family day, sekali semua opis aku buat kat PD, malam 23 tu kami ada Majlis Makan Malam dan anugerah Cemerlang, persembahan kakitangan, group aku buat persembahan macam ampeh jer...aku tak kecewa sebab kami tak banyak practice dan perancangan berterabur.

So malam tu tak dapatlah aku nengok konsert AF, cehhh time aku tak dpt tengok ni ler berpusu-pusu member saja kasi dengki kat aku dok bgtau Mawi perform best...taks abo nak nengok ulangan nanti. Cayalah dik Mawi...World gitu...Kawan kita Sultan Muzaffar pun jadi tetamu masa imbasan...cayalah fren.

Aku pergi PD tu tumpang member opis jer, kami naik satu kereta 3 org, ye lah kitaorg ada satu keter jer. Hari jumaat petang tu baru lah my darling dan Najmi datang, sampai je kat bilik, si Najmi dah nampak swimming pool. kebetulan bilik aku memang mengadap swimming pool dan pantai...terus dia ajak turun mandi kolam. Masa tu dah lebih 6.30, aku karang pukul 8.30 kena masuk kelas semula. Bawak jugak ler turun kejap, baru turun tangga swimming pool tu, dia tergelincir dan jatuh tersembam. panik pulak dia, dah tak boleh bangun balik, terpaksa ler aku terjun menyelamatkan...habis lenjun seluar aku..peh tu dia terus macam tak mau mandi, tp ajak balik tak mau pulak, dia nak aku pegang dia, kemudian aku paksa balik. Ingatkan lama le phobia dia...tak juga, hari Ahad tu kemain dia berkubang dalam kolam, jenuh aku ajak naik. babah pun tak bawak pelampung pulak...nak tinggal kejap pun risau jugak. Dah balik sini pun dok ajak pergi hotel lagi nak mandi kolam lagik...haru...nantilah bawa pergi berendam kat Persin* 16 tu, mujurlah kat sini memang ada kolam untuk penduduk sini, bayar dua ringgit jer...

hari ni masuk office, alahai kerja banyak, tak tau nak mulakan mana dulu, letih mak..
Nak update blog pun macam malas, tapi update gak ler, kang ada orang kata aku lupa aku ada blog pulak.

Ada perkara menarik aku nak story, last week aku bertugas di tapak pameran kat PWTC, masa aku boring-boring aku pun lah meround ke booth-booth org lain sambil merasa makanan dan minuman yang depa dok promote aku singgah satu booth publisher ni, sorang staff dia tegur aku "erkk macam kenal akak ni, tapi kat mana yer.." aku tanya dia, "dulu belajar kat UiTM ke?" dia kata tak, aku cakap aku librarian, so kalau dia pernah visit ke library tmpt aku kerja dulu ? dia kata tak...then dia cakap, "tak sure, but you look very familiar," aku cakap, "ye ke" siapa ye...then kami berpisah sambil masing-masing konpius, aku memang tak pernah nampak muka dia.

Sehari kemudian tu, dia datang ke booth aku dan tanya "Akak ni orang Putrajaya ke?" aku jawab ye. then dia cakap "kak Pnut yek?" ha...ha...bila dia tanya macam tu, aku mesti agak, ni mesti budak GEJU jugak...tapi dia kata tak...dia pembaca blog jer, dia baca blog Mat Jan, blog Cikgu Midad, blog Zaza, blog Mie, Meer Taro, dan beberapa blogger la...tp most blogger org lama kata dia, dia start membaca blog Mat jan, dia kunjung blog aku dari blog Mat Jan, dia kata dia suka tulisan aku masa dulu-dulu, merapu merepek, (ha..ha..skrang dah tua tak merepek lagi...)

Seronok jumpa pembaca blog kita, dia sembang ngan kita macam dia kenal sunguh-sungguh dengan kita, memang aku percaya dia baca blog aku betul-betul, kata dia, dia ingat dulu aku selalu tension kerja dengan MISAI, aku pergi kerja naik motor, dia tau dulu Najmi rapat ngan Cik Yam, aku pindah Putrajaya, abah aku sakit, adik aku kawin, so sweet, aku rasa dekat. Magic dunia blogger ni. Kemesraan terjalin cukup mudah. Dia kata dia teringin nak tengok Najmi, sebab dia baca cerita Najmi dari baby, sampai Najmi dah pandai nyanyi lagu "circle bulat" ha...ha...again aku respect pembaca ni, dia ingat aku pernah tulis Najmi nyanyi lagu circle bulat, aku pun lupa aku pernah tulis.

Cuma kata dia, semalam dia mcm blank, dia rasa dia macam kenal aku, macam kenal sangat, tapi macam tak sure kat mana, buat i really know kata dia...bila balik dia tengok balik picture-picture aku kat fotopages, kat sini baru dia yakin dan tahu dia memang kenal aku, tapi aku tak kenal dia, dan dia tak pernah tengok muka aku betul-betul....

Aku sukakan pertemuan itu. Moga kita akan terus bersahabat...Mudah kan menjalinkan persahabatan zaman sekarang? Thanks Ira...

Wednesday, July 13, 2005

Susah-susah ajer...


Ermmm macam lupa aku pun ada blog...
asyik melangut kat blog peminat akademi fantasia,
melangut kat comment box SM,
lupa blog sendiri...

Ermmm tak der gak...
busy sikit skrang sebab kerani aku cuti bersalin, jadi aku merangkap kerani dan pegawai sekaligus...

punya kelam kabut gak dia tak der...nak photostat depan belakang aku tak reti, aku bantai kerani orang tolong fotostatkan...nak faks ke obersi pun terkial-kial, last-last PA boss aku gak tlg faks kan...

buku-buku tak bersusun lagi lah berderet, lintang pukang gak ler...skrng tengah kelam kabut dengan Majlis Anugerah dan Family day kami next week??? next week dah?? kerja byk tak setel, fenin..

Nak cerita apa? cerita Mawi??? ermmm alahai...takkan update blog nak cerita pasal mawi jer...tp cerita lah jugak...

masa ditunjukkan klip mawi baca doa masa kononnya ada kenduri dalam AF tu, alahai, cair beb...cair....!!! depan laki aku ckp, alahai cair ni bang...cair...aku anak sorang cair jer tengok adegan tu, tambahan anak-anak dara, lagilah kan??? nasib baik laki aku rock jer...dia sporting kan DARLING kan...

Malam ni nak pi check mata, lepas dari sakit mata hari tu aku makin tak jelas pandangan mata, nak tengok mawi pun tak clear...(opssss...mawi again..) dah pi check kat kedai spek tu, tapi dia kata ok bukan rabun, so aku akan pergi Kajang Plaza Medical Center malam ni, nak tunggu spital gomen??? aku dah pi....encik-encik sekelian tahu bila date appoinment aku? 30 januari 2006...encik-encik bayangkan kalau aku rabun dah buta time tu...(aku ckp kat nurse tu macam tu..) nasib baik kompeni laki boleh keluarkan GL nak pegi spital lain.

Harap-harap tak der yang mengerikan, seriau dengar doktor klinik dok cerita bab ketarak, bab glukoma....ishhh mintak ler dia kasi ubat utk makan jer...or titis-titis jer...

Cerita last week.

Hari Jumaat malam, kami mendapat khabar sepupu darling yang kat Gombak sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah...amat sayu, sebab dia meninggal selepas 4 hari anak sulung dia meninggal dunia akibat kanser payudara, dugaan hebat buat mereka sekeluarga. Kami pergi ziarah hari Sabtu pagi, sebab malam tu darling kena pergi office dan balik pagi sabtu tu. Tengahari tu adik beradik husband datang dari Ipoh 2 family, semua bertandang di rumah kami, jadi kami hanya duduk-duduk rumah melayan tetamu jer weekend lepas, dan tak dapat join kenduri durian ep, di rumah Zino, anyway thanks atas jemputan, jangan serik menjemput lagi..

Cerita Najmi...
Semalam tadika dia ada buat program pembelajaran yang aku rasa menarik, cikgunya minta dibekalkan dengan sebiji epal, sekotak air dan setin ari jugak. Mereka akan membuat seolah-olah ada parti, di situ nanti diaoarang akan belajar mengenai bentuk. Air kotak-segiempat, tin minuman-selinder, permukaan tin-bulat, belon bulat, epal-sebiji, potong 2, potong empat...epal hijau-green, epal merah-red..belon-bulat round.dan mcm-mcm lagik, cute jer...

Tadika Najmi ni dari segi kaedah pembelajaran kira kreatif jugak, cuma yuran jer tatak tahan..mahal...harap berbaloi la...

Balik sekolah petang tu dia pun sibuk cerita, tiup belon la...kemas meja, sapu lantai kat tadika tadi...dan semalam dia mengemas rumah...dia kemas ala-ala babahnya..sambil kemas sambil bebel...huhh bapa borek anak rintik!

tp teliti kalau dua beranak ni mengemas, kalah aku...kalau besar esok rajin macam ni, lega la mama...

boss cuti ni....yahoooo

Thursday, July 07, 2005

Here it come!!


Gambar-gambar konsert AF diambil masa rehersal pada malam Jumaat

Pada malam rehersal tu kami pergi, ingatkan tak ramai..tp ramai jugak...
ini sebahagian jer...lelain gambar akan diupload kemudian di fotopages,
oleh kerana fotopages meroyan semacam jer....tak dapat nak upload, asyik tertangguh jer...

Image hosted by Photobucket.com
Berdiri tegak pun orang bersorak dah...- Mamat Khalid..

Image hosted by Photobucket.com
Walau kurus, tapi nampak machoooo gak...ahaks..



Image hosted by Photobucket.com
Ehh dia tengok kita....ehhh dia jeling mata..."anak dara tepi aku amik gambo ni cakap, tak tido malam aku mawi pandang sini." kah..kah..gambo ni dari jarak jauh seb baik ada digital zoom, jadiler....

Image hosted by Photobucket.com
Marsha cantik...dari tak suka Marsha terus suka Marsha..

Image hosted by Photobucket.com
Felix-masa rehersal baju lain ye....mas akonsert sebenar baju bunga-bunga, agaknya baju pink tu tak der dua kot, (satu nak kasi pada Wahid Satay)

Image hosted by Photobucket.com
Minah bulu...suka la MAT JAN

Image hosted by Photobucket.com
jangan mareee mawi lagik....ini masa hari konsert

Image hosted by Photobucket.com
Mat Jambu menghayati lagu..

Image hosted by Photobucket.com
Kitaorg dtg lewat tp duduk depan skrin sebab kitaorg ikut jalan belakang...tak payah berebut dan bersesak...

Image hosted by Photobucket.com
"akuuuu pulanggggg dan melenggaanngggg....bestnya jalan ni tak der orang lalu pun...

dah nak upload ke fotopages tp msg ni kuar
Note: You can upload ONLY JPEG or JPG files.
Image uploading disabled temporarily due to maintenance follwoing a hardware failure.
Images and image uploads will be back shortly.


marah aku cam niii
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino