Wednesday, December 20, 2006

Alia dan my darling



<---This is the cute Alia, my menantu. Hehehe, dia ni suka bergaya, pantang suruh berposing depan kamera, mesti buat muka cute-cute dan manja. Kat belakang baju hijau belang tu, Mat Romeo yang frust bila aku bagitau Alia dah kawin. Hehehe.

---> Yang ni Alia dan Aina. Cute je dua beradik ni, Wish that i have a little cute girl jugak nanti, Aminnn...

<--- ni Mat Romeo yang kontrol hensem depan aweks. Koman betul...

Budak-budak ini bila berkumpul, memang kelakar, si Alia mulut pun becok boleh tahan, cute and smart girl. Ayah dia lecturer kat UPM, so pandai le bercakap, samalah dengan abang baju hijau belang tu. Macam-macam cerita kelakar kalau diaorg berbual. Paling best, bile best bila diaorang berjumpa. Biasanya Najmi akan tido semalam kat umah Papa dia, (atok Alia) dan bila baru jumpa, Alia akan cakap, "Eh, mimi, Iya rindu la dengan Mimi, dah lame tak jumpa," Mimi pun nanti jawab, "ye, la kiter pun rindu Iya, tu kiter datang ni," Kalau diaorg cakap telefon paling kelakar, siap nangis-nangis. Najmi pandai pujuk ooo.... Memang kelakar giler..

Ada sekali tu, Iya nangis, tak mau cakap, Iya bagi phone tu kat nenek dia, Najmi tak nak cakap ngan Mak Yam dia, dia suruh panggilkan Iya, dia cakap "kita tak suka Iya nangis, nanti kita ingat dia, panggil dia suruh dia diam, nanti mama cuti kita suruh mama hantar kita pegi umah Papa," hahah sweet je...

Nanti aku nak rakamkan aksi-aksi romantik diaorg, sure esok dah besar, dah umur belas-belas tahun sure malu-malu je bila aku tunjuk balik clip-clip tu.. hehehehe.

Cerita darling pulak..

Semalam aku cakap dengan darling, aku tengah surf cari satu buku, then terjumpa satu blog seorang lelaki ni, duda, ada satu entry dia menulis mengenai kecuaian dia menyebabkan rumah tangga di bina 14 tahun, jatuh tersungkur. This guy cakap, lelaki makin lama berkahwin, dia akan jadi makin tak romantik, benda-benda kecil bagi dia, dia anggap remeh, dan tak perlu. Ungkapan sayang, cinta, belaian, surprise2 semua bagi dia tak penting. Asalkan dia bertanggungjawab sepenuhnya pasa family dia.

Dia nyatakan, sepanjang berumah tangga, dia amik mudah, birthday isteri, birthday anak-anak, Hari Ibu ke apa ke.. Bila isteri terlalu lama memendam meledak, dan bila dia sedar kelalaian itu, semua sudah terlambat. Gagal diselamatkan lagi. Hehehe dan aku cakap le kat darling, so abang belajar-belajar le jadi romantik. Peh tu aku pun cakap le, tahun depan aku nak bunga time hari jadi. heheheh aci dak siap request. Pehtu aku gurau le ngan dia, pertama kali dan terkahir kali aku dpt bunga dari dia ialah masa hari konvo aku, iaitu pada 27/5/2000.

Heheheh itu pun member belikan bunga sebab segan kat mak dan abah aku yang dah belikan bunga untuk aku masa konvo. Masa tu kami bertunang, dan tinggal lagi 4 hari kami akan diijab kabulkan. Keluar dari dewan konvo, mak dan abah belikan aku bunga. Hehheh member sudah malu-malu, dan beli jugak bunga. Nanti aku tangkap gambar tu, aku letak sini. Peh tu smlm dia gelak-gelak bila aku ungkit pasal tu..peh tu dia cakap, "tu pun rasa macam nak pulang balik bunga, sebab tak berbaloi beli bunga RM20, bukan boleh makan, lagipun ada bunga tu nak amik gambar je, at least ada bukti abang pernah bagi bunga," heheheh boleh gitu.

Pastu tu saje je aku ungkit-ungkit, birthday dia aku celebrate makan-makan kat San Fracisco Pizza, birthday aku dia lupa. hehheh peh tu member dengan confident cakap "Eh..kita sambut aper, yang kita pegi makan Siakap tiga rasa kat Village view tu aper," hahahah serta merta aku jadi geram. "Eeiieieieiei abang ni nampak sangat...pelupa, mane ada kita makan kat Village View masa birthday mama, kita makan kat Pizza Hut la, tahun ni, ampeh la abang ni, belum masuk birthday tahun 2007, dia dah lupa," hahahah member cover..."ehhh abang cakap tahun lepas punya," heheheh banyak le... tak ke geram??? Pastu dia gelak-gelak tak ingat.

Hehehehe, jangan le salah sangka, aku ungkit-ungkit tu bukan nak burukkan dia, kitaorg gurau-gurau je, dun worry aku jenis selamba, kalau dia lupa aku ingatkan dan paksa-paksa ingat, dia tak beli aku suruh beli..hahahah sebab tu le kitaorg rock, no hard feeling. Time gaduh, memang gaduh la, aku bukan jenis simpan-simpan pendam-pendam, tp baiknya gaduh pesen gini, kejap je kitaorg gaduh, paling lama kot ada la 2-3 jam, pas tu aku tak leh, mesti mintak maaf, selalu member panas lagi...ermm tapi dah nak masuk 7 tahun akak ni kawin ngan dia, tau le akak pujuk cemane.

This is clip Alia, nyanyi lagu My Heart. Aku letak kat You Tube, wah ramai gak peminat lain jenguk..hehehe




Sambung update jam 4.00 ptg

aku suka ayat ini --> "Kebahagiaan itu ada pada diri kita, Terpulang pada kita nak nikmati kebahagiaan tu.. life goes on.. ada benda yg boleh buat kita bahagia, kenapa kita perlu pilih derita."

dipetik dari blog ENCIK DIMAN <-- klik sini utk seterusnya dan betapa tepatnya kata-kata untuk kita aplly dalam kehidupan kita, so adik diman, u also have u'r own choice kan, jangan salah hitung tau..

Monday, December 18, 2006

cerita hero


Cerita dua hero...
Hero Kecik

Sejak sudah boleh membaca, kami dah tak leh kelentong, kalau dia nak tengok cerita apa next kat tv, dia amik remote, tekan info, so dia akan tekan setiap channel untuk tengok apa next rancangan. Kalau ada cartoon, ada gerak khas, dua hati...tak merasalah kami tengok citer lain. Lock pun dia dah tau lock tu boleh bukak, jadi dia akan meragam mintak dibukak lock tu. Kena banyak sabar betul.

Masa kami ikut babah pergi Shah Alam, dia sibuk dengan signboard, tau pulak dia J.Bahru tu untuk Johor Bahru, then dia tanya kenapa signboard tu tulis J. Bahru, tak tulis Johor Bahru, kenapa tulis Subang, dan bukan Subang Jaya. Adeh, lepas tu akan ditanya kenapa Puchong, apa makna Puchong. Kenapa itu, kenapa itu.. Masa nak ikut darling pergi opis kat Shah Alam, dari rumah aku cakap nak pegi KL hehehe, masa masuk highway dia nampak signboard Shah Alam kiri, Kuala Lumpur kanan, dia cakap, "mama, kl kanan le, kalau kiri Shah Alam," heheheh kantoi..pastu dia cakap, "oooo mama saje je.kita nak pegi ofis babah yek," hehehehe.

Dia nampak signboard welcome, then dia tanya welcome tu aper? aku cakap la selamat datang, tapi kalau orang cakap thank you, dan kita cakap you are welcome, maknanya sama-sama, pastu dia confuse tapi akhirnya dia tau guna welcome dan you are welcome.

Tapi semalam dia cakap satu benda yang aku rasa kelakar, dan bila aku ingat kat opis aku leh sengih sorang-sorang.

Hari ni darling cuti, dia abehkan cuti tahun, sampai tahun depan, so dia tak pegi umah ummi dia, so pagi tu dia tanya, "mama esok pegi umah ummi tak?" aku cakap tak, duduk dengan babah, babah cuti.

Malam tu, lebih kurang pukul 11.30 mlm, darling keluar mengeteh dengan jiran aku, kami dah tutup lampu dan nak tido...dalam samar-samar cahaya lampu luar aku tengok dia termenung menongkat dagu atas katil dia, aku tanya dia, "ni apesal termenung lagi? tido la.." dan dia cakap..

Najmi : "kita ni tengah risau ni mama,"

mama : Apsal pulak?

Najmi : Babah tu dia tahu masak tak mama?

Mama : Kenapa?

Najmi : Ye la, ktia tau babah tu tak pandai masak, esok kita nak makan aper kalau kita lapar, mama tahu kan kita ni suka makan, jadi kalau mama tak der, tinggal dengan babah, dia tak reti masak, kalau kita lapar nak makan aper?

Mama : (hahahah kontrol tahan gelak ) tak payah le makan

Najmi : Mana boleh nanti kita lapar, ermm mama kena ajar babah masak la, kita ni nak masak pun tak boleh, sebab kita kecik lagi, dapur tu tinggi, kita tak boleh masak, camne aaaa??

hahahahah lawak la...boleh dia risau sebab tak dapat makan, sebab babah tak tau masak..heheheeh

So tadi tengahari, aku balik rumah kejap, aku siap tapaukan nasi hujan panas, dengan jelatah, dengan ayam masak dan kuah dalca. Dia punya la suka makan, babah kata cakaplah terima kasih kat mama.

dia pun "terima kasih mama, sedap sangat, mama ni pandai la beli, sedap sangat...."

Aku makan bihun sup, abeh je mkn, dia cakap "dah la, dah sudah makan, pegi la balik ofis" bertuah betul budak nih...sabo je la.. masa bersiap-siap nak pegi ofis balik, aku tanya dia, "mama cantik tak?" dia cakap..."cantik....dah tentu la cantik, ini kan mama najmi, mestilah cantik, mama najmi cantik dan beautiful" muahahahahahah laki pun tak pernah cakap romantik gitu...oh anakku.....hehehehe

Alia, si menantu ku..hehehe

Sabtu malam yang lepas, anak ex-baby sitter Najmi kat Cheras dulu, Buk, ada buat kenduri doa selamat masuk rumah baru, so kami pergi, pagi tu aku cakap le, malam nanti nak pegi rumah Iya (Alia) ada kenduri..dia pun suke sangat...

Masa on the way pegi tu dia tanya, Iya buat open house ke mama,

Aku cakap tak Iya buat kenduri..

Pastu dengan muka cuak dia cakap, "Iya kawin ke mama?"

Aku saje test "haah iya kawin,"

tiba-tiba dia nangis "Naper Iya kawin tak tunggu kita, Iya cakap dia nak kawin dengan kiter, kenapa Iya kawin dengan orang lain? Kita tak nak kawan dengan Iya, kalau pegi rumah papa, kiter tak nak main dengan Iya, Iya dah kawin orang lain,"

hahahahah wahhh tragis sungguh anak aku punya cinta... pastu babah ckp, tak der la...Iya kenduri dia pindah rumah...barulah dia sengih...

Sampai kat rumah Iya, dua-dua terkam...peluk-peluk macam baru balik haji...heheheh, pastu suka gelak-gelak...ehhh baju kita sama hijau la Iya... boleh kawin....hahahah cis anak teruna aku...

Iya ni pandai melukis, dia umur 4 tahun, tapi lukisan macam budak darjah 1, dia lukis gambar pengantin, siap pakai baju pengantin, dan lukis hero pengantin pompuan, dia cakap itu dia kawin dengan Mimi <-- (mimi tu najmi la..)

hahahaha nanti aku nak rakam perbualan 'cinta' diaorg, esok besar aku nak mainkan balik...hahahhahaa...romeo...

Thursday, December 14, 2006

Baby Boy!!!


14/12/2006-Tahniah KAK MAX atas kelahiran 2.5kg baby boy...Hey kak, lebih berat dari abang Najmi tau...dan akak lebih lama pregnant dari saya tau...See...saya dah cakap, baby akak Insya-Allah selamat.

Tahniah jugak pada Pak Long dah jadi Tok Wan nooo, dan mami, dah jadi Mak Tok dah, boleh beraya haji dengan cucu dah noooo..dan jugak pada PAK CIK DIA yang kena la belajar-belajar jaga anak penakan, dan bagi duit raya kat anak penakan...

Semalam kami keluar makan-makan meraikan CIK DAUN yang menyambut hari jadi ke 27, kami raikan di Yenkies Hut, So tahun depan 4/6 besday aku, aku nak kat Marriot atau Shang ri La, hehehe so diaorg boleh start kumpul duit untuk besday aku.. Kehadiran :- ENCIK AWAK KPD DAUN , ENCIK DIMAN (diam je smlm, tapi tangan je ligat ber-sms dengan saper tuuuu.., SALINA dan osmet dia AM dan Isteri DARLING dan Najmi serta adinda aku MAT JAN , serta CIK NIDA kami mamam di Yenkies Hut.

Celcom aku lak biol semalam, tah hapa kena... Rupanya Kata Pak Long, dia call aku...heheh orang pertama dia call aku nak bagitau kak Max dah bersalin...heheheh sorri Pak Long, henpon biol... lepas Pak Long call aku tak dapat, baru Pak Long call Mat Jan, and pagi tadi aku call Pak Long balik tanya perkhabaran...Wahhh orang dah ada cucu suara ceria noooo... Tak sabaq nak pi tengok baby baru..mesti comei macam muka anak mami... hensem macam abang misai jugak, hehehehe...

Thanks pada semua yang bagi pandangan mengenai Smart Reader Kids. Insya-Allah, kami hantar dia ke SRK nanti. Yang bestnya aku tanya dia "Najmi nak sekolah CIC lagi ke nak pergi ke Smart Reader? dia leh jawab, "Kita nak Pegi Smart Reader la mama, kita nak belajara Inggeris, nanti kit anak pandai cakap Inggeris, nanti besar kita nak pegi negara orang putih, dan lagi kita boleh tengok kartun inggeris banyak-banyak nanti, sebab kita dah faham cakap Inggeris.." hahaha tengok le..boy is always boy..

Good Luck la untuk anak mama nanti..

Sejak dia boleh membaca dengan lancar, ada saja soalan yang yang kadang-kadang kita kena fikir-fikir nak jawab...contohnya dia akan bertanya :- apa makna kategori, maksimum, minimum, pertandingan, aura, adeh...byk lagi tka ingat..bila dia buka surat khabar, dan baca mesti ade je pertanyaan. heheheh dulu-dulu selalu berangan, kalau ada anak mesti aku nak layan bila tanya itu, ini..hhahahaha bila dah segala macam ada je soalan, poning mok cik..hahhaha

Skrang dia sangat obses pada Superman, beli beg nak superman, pencil case Superman, baju Superman, topi Superman... dan ini antara gambar dia beraksi dengan beg, baju dan topi Superman...heheh girl tu Mak su dia, anak Pak Ngah aku. Yang dia tengah belek surat khabar aku curi snap masa dia sebok amik surat khabar kecik tu baca susunan rancangan..

Photobucket - Video and Image Hosting
dengan Mak su dia kat LRT Pudu, dengan beg dan topi Superman


Photobucket - Video and Image Hosting
baju, seluar, topi superman


Photobucket - Video and Image Hosting
Aku baru balik kerja, dia mintak surat khabar...nak tengok...


Photobucket - Video and Image Hosting
Ooooo rupanya tengokkan benda ni..heheheh..tapi sayangnya dia sudah tertido time gerak khas start, so kami layan movie Withour a Paddle yang lawak gila baban kat HBO..heheheeh

Monday, December 11, 2006


Penat.
My Pak Ngah dengan Mak Ngah ada sini sejak hari Sabtu, so melayan tetamu berjalan, bershopping, adehhh capek gue. Semalam sebelum balik sempat juga diaorg bershopping. Padahnya hari ni masa bangun je tido aku dah pancit, kepala sakit (migrain), dah lama tak kena migrain sejak aku banyak amik Bio-Barakah, minum red guara, tiba hari ni kena setelah berbulan tak kena. Kaki kejang, aku rasa nak demam. Bagitau darling aku aku mc la tak larat sangat.

So sekarang baru lega sikit, dah telan cafergot sebiji tadi, tido kejap. Sekarang baru ok.,

Citer Najmi

Semalam, aku chat ngan dua tiga orang kawan-kawan blogger kat ym, si budak kecik ni baru lps tengok citer Awie Record sitcom baru kat Astro, dan berangan pulak dia nak main gitar, dia melalak dalam bilik, sambil petik raket badminton dia. hehehe lupa nak amik gambar. Bila aku marah cakap bising dia cakap. Ala kenapa marah, mama buat kerja ke kat pc? Aku cakap, aku baca blog. Then dia datang, tengok aku tengah ber-ym, dia cakap.

"Mama, ni bukan baca blog, baca blog tu macam yang ada tulis-tulis, ni mama chat, kita tau la.." Huh... kantoi aku!!!

Hari tu aku ajar dia camner nak search kat internet. Sekali je aku ajar dia macam mana nak google. Kat pc aku mmg dah set, kalau klik IE, akan terus keluar web yahoo. Aku ajar dia, dia boleh cari apa dia suka kat yahoo tu, taip je apa dia nak, nanti klik kat tulisan kaler biru nanti boleh tengok-tengok apa kita suka tu.

And semalam, aku solat maghrib, and dia macam biasa time kami solat maghrib sampai isya' time dia boleh guna pc. Aku surprise dia tengah tgk website cicak man. Aku tanya dia macam mana dia bukak, dia cakap dia taip kat tempat mama ajar semalam tu. heheh malam sebelum tu dia search naruto.

And aku tengok dia explore website cicak man, sampai dia jumpa option game, dan dia happy main pac man, versi cicak man. Hahaha aku pun tak tau kat website cicak man ada game. Ermm dah start kena monitor dah dia depan pc ni.

Nak tanya pendapat korang sikit ni..please give opinion yek..

Next year, kami tengah fikir, samada nak teruskan Najmi di Children Islam*c Center (CIC) lagi or nak tukarkan dia ke Smart Reader Kids (SRK). Sebab aku dah compare yuran dan monthly fee, lebih kurang je, and kalau dulu SRK tak der masukkan Fardhu Ain dalam silibus dia, tapi next year dah ada, mungkin kat Putrajaya je kot, sbb kat sini 98% student SRK ni adalah Islam, to based on demand, diaorg masukkan subjek agama sekali.

And kalau dulu SRK tak der Day Care sampai petang, skrang dah ada, dgn additional RM80 inclusive meal. Cuma kena bayar for transport, sbb day care tu kat kawasan perumahan Presint 9, pusat SRK ni kat Presint 8. But overall SRK perlu di bayar RMRM889 (untuk registration, convo, stationary, buku, insurans, meal, 2 pasang baju, januari fee, registration utk day care sekali dah termasuk ni)

So mothly just bayar RM 250 (monthly fee) + RM80 Day Care + RM30 (transport) = RM360

CIC pulak, kena bayar RM320 (convo, buku, aktivity, stationary) + RM 100 Registration fee, Meal RM 393 (utk 5 bulan so sebulan dalam RM78) + RM70 (baju 2 pasang) + RM300 untuk Januari fee = semuanya RM1,183.

Monthly pulak RM300 (which is sama CIC jugak RM300 + meal yang perlu di bayar kalau bayar meal for monthly RM78 so overall lebih kurang Rm378 sebulan kalau kat CIC and kat SRK just RM360.

Just nak tanya pengalaman orang yang anak pernah belajar kat SRK, camner puas hati tak? Masa tahun ni Najmi kat CIC, kira kitaorg puas hati juga, dengan pencapaian dia. Oh ya, CIC islamic, still guna english as medium, and ada iqra sebelah petang. Smart Reader pun katanya dalam Silibus ada fardhu Ain, and kat daycare petang akan diajar solat, dan jawi, iqra tak pasti. so kalau u all camne? Kalau dari segi brand tu, SRK mmg sudah ada Superbrand la.. and pengalaman kawan-kawan yang pernah hantar anak ke SRK, semua kata ok.

p/s-Orang bujang, renung le, esok-esok time anak korang nak tadika berapa la yuran tadika dia.. lagi sepuluh tahun..hehehe, tapi kat Putrajaya bandaraya pintar ni kononnya, rate yuran tadika semua tempat lebih kurang je, malah tadika tak der 'cap' pun yuran kalah tadika yang ada cap ni. Sampai duit fotostat pun masuk dlm yuran. Kalau nak yang jimat kos, tadika gomen la. Tu pun kena booking awal, dan biasa diaorg pilih yang selayaknya dapat.

Tuesday, December 05, 2006

Rumah Setinggan Yang di Robohkan


Petikan Filem Cinta lagi
"ISTERI ITU SATU ANUGERAH, BUKAN HAK MILIK"
hahahah aku dilamun Cinta oleh filem Cinta anyone nak pegi ptgk lagi, or baru nak tengok jom la...

Ok dah stop promo.

Dah baca paper pasal perkara ini:-
Photobucket - Video and Image Hosting

Semenjak akhir ni memang timbul isu yang sensitif ini, aku pun nak cakap pasal ni, walau agak sensitif. Baru ni aku argue-argue manja dengan darling pasal isu merobohkan rumah setinggan, atau merobohkan rumah orang-orang yang tidak di bina atas tanah sendiri, atau tanah kerajaan la.

Memang la kalau kita tengok sedih dan kasihan dengan situasi mereka yang marah dan sedih rumah mereka dirobohkan. Yang aku tak faham, mengapa dah tau itu bukan tanah mereka, dan mereka mengharapkan agar pampasan diberi, dan sebagainya dan salahkan kerajaan. Kadang-kadang aku fikir bangsa kita ni terlalu bergantung, dan terlalu berharap. Bina rumah atas tanah bukan hak milik kita, dan berharap agar ia akan terus jadi hak kita, bila kerajaan nak amik, kita tuntut dapat pampasan, sedangkan selama ini selama berpuluh tahun duduk rumah setinggan tu, tak bolehkan sesorang tu berfikir untuk membeli rumah sendiri, walau sekadar rumah kos rendah dua bilik, yang penting rumah sendiri dan tidak hidup dalam ketakutkan orang nak rampas apa yang kita dakwa hak kita.

Kalau aku tengok rumah setinggan sekarang, rumah memang la tak sempurna, tapi ada home teater, ada tv 29 inci, ada astro, ada sofa gebu-gebu, kiranya meraka tidak terlalu daif. Sepatutnya, mereka fikir secara rasional, kalau sudah beranak pinak, sebolehnya dapatkan rumah sendiri, kalau 15 tahun dulu, rumah kos rendah sekitar 25-35 ribu je. Usahakan untuk dapatkan rumah kita sendiri. Aku sendiri pun lahir dari keluarga yang susah. Abah ekrja driver kerajaan je. Itu pun selepas beberapa tahun dai kerja jadi kuli kasar (dulu-dulu jkr kan ada pemotong rumput, ada kerja-kerja buat jalan sebelum kerja-kerja tu di tender pada swasta) lepas kerja buruh kasar, abah mintak jadi driver.

Mak cerita, masa aku lahir, mak dah tak tinggal dengan arwah mak tok (mak abah). Mereka sewa rumah setinggan, kat kampung kat pekan Sg. Petani, ruamh dekat sungai, dan rendah, bila hujan rumah banjir. Air tak der, kena angkut dari telaga. Tapi abah berazam nak dapatkan rumah sendiri. Masa kerajaan lancarkan rancangan perumahan awam, untuk rakyat yang miskin, abah mintak. Dan syukur abah dapat. Abah dapat beli rumah kami duduk sekarang dengan harga RM15, aku rasa sekitar tahun 1978 macam tu, sebab adik ke2 aku lahir 1980 di rumah yang kami tinggal sekarang. Rumah kecik je 2 bilik, rumah papan, macam konsep rumah kat felda-felda. Dan syukurlah di rumah itulah kami membesar, tidak di rumah setinggan yang setiap kali hujan akan banjir.

Mujur abah bulatkan tekad, buat kerja macam-macam sebab nak sediakan rumah untuk kami berteduh. Tak terbalas jasa abah. Abah ambil upah tebas rumput kalau hari tak kerja, ikut orang buat kerja kontrak buat rumah, pasang paip. Emak pulak berniaga nasi lemak belah pagi, jual laksa dan bihun sup belah petang. Dari rumah kecik dapur yang muat-muat untuk satu meja makan, Hasil duit laksa, nasi lemak dan bihun sup, abah tambah dapur belakang, buat dinding guna zink. Lantai masih tanah, mak masak diluar, jadi masak-masak semua kat luar, sampai tanah tu jadi licin macam lantai. Bertahun keadaan macam tu, dah ada duit sikit, baru abah simenkan. Tapi dinding masih zink. Kemudian dinding zink sudah berkarat-karat, abah buat dinding baru, itupun buat sikit-sikit, teruk kami hidup dalam keadaan rumah tak siap-siap.

Susah-susah mak dan abah, diaorg tak nak hidup di rumah sewa, tak nak hidup di tempat bukan hak sendiri. Jadi apabila kampung setinggan yang mak menyewa dulu di ambil kerajaan, jiran-jiran mak dulu meratapi tiada tempat tinggal, mak dan abah tidah risau sebab mereka ada rumah papan, dua bilik hak mereka sendiri.

So berbalik soal orang ruamh setinggan yang tidak puas hati sebab rumah mereka kena roboh, aku rasa dari muda meraka patut fikirkan perkara ini, bukan setelah meraka ada anak berderet dan tertekan sekarang. Kita perlu sediakan pada anak-anak kita sesuatu yang hak kita, bukan hak orang yang kita dakwa hak kita.

Sebab itu, walaupun kami berpeluang tinggal di kuarters di Putra*jaya ni, rumah yang selesa, tapi keselesaan tu tak sama dengan keselesaan rumah yang dibeli sendiri, dan Insya-ALlah hak milik kami sendiri. Sekurang-kurangnya kalau kerajaan buat dasar nak ambil balik hak duduk kuarters yang selama ini diberi untuk kakitangan awam, kami tidaklah melenting sebab ditarik balik hak itu, dan kami ada rumah yang hendak kami tuju.

So tepuk dada tanya selera...

Sunday, December 03, 2006

CINTA


Yeah, entry jiwang sikit..

baru balik dari menonton filem Cinta...

Nak ulas tak reti lak nak detail atau terrer macam pengulas-pengulas yang hebat

tapi bagi ulasan versi Pnut aku nak habaq..memang best giler... best sampai leh gila la..tak rugi tengok, dan tak rugi tengok 2,3 kali. Kami nak tengok hari Sabtu 9.20 mlm, petang tu aku try nak book melalui phone, ampeh, penuh.. So kami gamble je peg, kami sampai je tu diaaa beratur punyalah panjang. Disebabkan aku memang teringin nak tengok, darling mulanya keberatan, dia prefer nak tengok Happy Feet. Aku pujuk2 so last-last kitaorg beli tiket untuk esok, show pukul 11.20pg.

So pagi tadi, kami pegi tengok. Dari mula sampai habis korang akan rasa best, dan setiap detik cerita nya menarik dan sungguh menyentuh hati. Kekuatan cerita ni sebenarnya terletak pada skrip dia yang sangat cantik. Dan cara cameraman shoot latar belakang setiap adegan sangat menarik, banyak kalau nak cerita..

Skrip dia sangat indah, puitis dan bersahaja. Betul-betul isteri Khabir Bhatia ni tulis skrip dari hati...tulus dan jujur setiap kata-kata indah diterjemahkan. Antara yang menarik, sewaktu babak Q Haidar dan Nanu dalam kedai. Nanu kakak kepada Q Haidar, marahkan adiknya yang ada degree tapi tak bekerja elok-elok, nak jadi pelukis jalanan. Q marah kakak sebab bercinta dengan suami orang. Q marah dan blah.

Rubiah (Fatimah Abu Bakar) datang dan cakap "Kadang-kadang hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah" what a beautiful...

Masa babak Amin (Nasrizal) cucu kepada Cikgu Elias (Rahim Razali) penat seharian kerja dan melayan atuknya yang nyanyuk dan dah malam pun teringin nak makan laksa Rubiah, Amin datang jugak ke kedai Rubiah, bungkuskan laksa untuk atuknya, Amin cakap "Penat saya seharian hari mak cik dan Rubiah jawab "Penat seharian dengan orang yang kita sayang lebih bermakna dari, kita hidup hingga akhir hayat dengan orang yang kita tak punya rasa sayang.." gitu le lebih kurang ayat dia.,

(tiba-tiba teringat saat-saat aku dan darling menjaga ayah dia masa ayah dia masuk wad nak operate kaki, kami berdua tunggu di birai katil, baca majalah, aku baring kat lengan darling.. and aku akui, saat jaga org sakit di hospital malam hari sangat boring, tapi sebab aku dengan darling, kami laluinya sampai pagi dengan bercerita bermacam cerita)

Masa babak Airin bagitau suami dia, dia ada orang lain dia cakap "i boleh sayang you, i boleh sayang you sebagai kawan, sebagai abang, tapi tidak sebagai orang yang i cintai," yup betul..mungkin selama ini dia hanya ada rasa sayang, tanpa ada rasa cinta.

Masa babak Eizlan cakap dengan Rashidi, "Tak boleh ke kalau kau cinta dia, kau diam-diam, biar antara kau dan dia tau cinta itu sudahlah, tak perlu nak diumumkan," rashidi kata, "kalau kau bertemu cinta sebenar, kau akan umumkan, kerana kau tidak mahu melepaskannya," gitu le lebih kurang aku lupe...

Filem Cinta ialah kisah 5 kisah cinta yang tidak sama, setiap kisah cinta sangat menarik dan digarap dengan bagus sangat-sangat. Tidak keterlaluan. Aku sangat bangga dengan cerita ini. Ada lima kisah cinta yang semuanya menarik. Aku tidak dapat membuat pilihan mana satu Cinta pilihan aku yang paling best, ada orang suka kisah Rashidi dan Rita, ada yang lebih suka Sharifah Amani dan Peirre Andre, arrrghh semua best.

Hahahah dan aku sedang berkira-kira untuk menonton kali kedua. Darling dah bagi lampu hijau...yesssss...

Filem ni memang best, darling yang tak berapa nak layan kisah cinta tangkap leleh, dia suka sangat cerita ni, dan berulang kali dia sebut memang best, so means memang best, sebab susah darling nak puji filem melayu yang best dan menyentuh hati begini. Aku beberapa kali menangis menonton filem ini. Darling cakap, cerita ini sangat menarik pada skrip dia..

Lepas tengok filem ni masa nak balik, darling tanya, "Cinta tu besar kan?? kita ni cinta ke?"

Aku jawab, "bagi pnut, memang pnut cintakan abang, tapi abang mungkin sayang pnut saja, abang tak tunjuk cinta pun," (heheheh saja test market heheh)

Darling jawab "Cinta...abang cinta..cuma abang tak romantik untuk luahkan rasa cinta," hahahahahah aku rasa tu le kata-kata paling romantik....hehehheheeh

yuk korang....kalau tak ada rasa cinta, sila tonton filem ini, anda akan menghargai cinta...

kata Pnut :- "Cinta itu rasa di hati...Kita akan berjumpa dengan Cinta kita bila rasa itu terbit dari hati..." pewwwwiiiittttt....



U all should read thisREVIEW CINTA YANG MENARIK

dan SINI LAGI

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino