Wednesday, September 26, 2007


Selamat sudah adik Nurin bersemadi dan bermain di taman syurga...Al-Fatihah...

Cerita Puasa

Ramadhan kali ini boleh dikatakan ramadhan terajin aku, ehehehe, jarang bebeno bershopping di pasar ramadhan. Awal-awal puasa je pegi, then macam boring je membeli juadah, so sejak minggu lepas aku masak je sempoi. Ermm aku sendiri pun mmg jarang sangat jamah nasi sekarang, so masak untuk dua hero je..senang.. Dua hero ni pulak, satu citarasa. Senang mama prepare.

Kalau pegi pasar ramadhan pun, kadang2 just beli tembikai, air soya, murtabak, karipap atau popia basah favourite Najmi. Dua tiga hari sekali aku pegi pasar, siap beli udang, kucai taugeh, beli jagung, so sesekali buat cucur jagung, cucur udang..eheheh bukan banyak pun 3 beranak je nak makan, buat satu senduk tepung je, satu bungkus jagung ada 3 tongkol, aku guna satu tongkol je..eheheh so dapat 3 hari buat cucur jagung, dan kami anak beranak memang la suka makan cucur jagung dan cucur udang.

Menu lauk pulak simple2 je... sambal tumis udang, daging, paprik campur, sayut campur, cencaru sumbat sambal kelapa, kari-kari, gulai lemak kuning udang, sayut kobis.. Menu hari ni, bukak puasa makan keow teow kung fu, buat sendiri la sempoi2... then tomyam campur, dan ikan selar masak sambal, untuk dua hero jamah nasi nanti..

Najmi so far baru 8 hari berpuasa penuh, hari ni dia bukak puasa sebab dahaga katanya, aku pun tak galakkan dia puasa hari ni sebab dia batuk-batuk..agaknya seharian berpuasa dan malam asyik minum air ais je, batukla..dan tembikai pulak favourite dia, selang sehari mesti ada tembikai.

hari Ahad lepas kelakar betul, dia duduk atas sofa, sambil pegang jam tangan, dan kejap-kejap tanya pukul brp...kejap2 tanya pukul berapa, kejap-kejap berdoa.. bila aku tanya doa apa, dia cakap doa supaya Allah bagi cepat pukul 7, hahah innocent nya. dia kata "mama kata siapa yang berpuasa, Allah dengar doa dia, dan nanti Allah bagi apa-apa yang kita doa, kita doa bagi cepat malam, boleh lah minum" sabo je la anak ooii

Semalam dia bawak 3 biji keter hotwheel ke taska, petang tu dia bawa balik satu keter kawan, 3 biji keter dia ntah ke mana, satu hilang katanya, 2 kawan pinjam.. Ya Allah geramnya aku masa dia bagitau...terus kena marah dalam kereta. Babah balik pun kena marah lagi..adoi la..keter hotwheel yang dia bawak tu memang cun, geramnya... Pagi tadi dia nak bawa cd otromen pegi day care, nak tengok petang-petang, tapi aku bertegas tak bagi...muncung-muncung dia pagi tadi...

Progress rumah

Alhamdulillah, rasanya boleh la siap rumah sebelum kami balik raya harapnya, biasalah kontraktor melayu mmg agak sakit jiwa la.. terutamanya budak wiring tu..memang ampeh ya amat, dasar tamak kot...banyak sangat nak buat job, maka suka hati dia berselang seli, sehari buat kat umah aku, dua tiga hari tak datang, pegi buat job tempat lain..delat betul..pehtu poyo pulak, boleh ke door bell dia salah pasang wayar kat dalam kotak door bell tu, dia cakap benda tu rosak...siot je...bila aku bawa pegi ke kedai yang aku beli tu cina tu goncang dia cakap "ini rosak apa?" aku cakap le tak bunyi dia goncang dia kata kalau tak bunyi goncang pun tak bunyi tau..pehtu dia bukak tengok, rupanya mamat poyo tu salah pasang wire, ciss terus aku call kontraktor tu, aku sound "ni mana punya budak wiring kau angkut ni? pasang door bell pun tak reti"...hahahaha kontraktor ni pun dah bengang sangat ngan mamat ni, aku sound la..jejauh aku drive time lunch hour dari putrajaya-puchong ingat benda ni rosak, tapi dia salah pasang, buat malu kat cina tu je..cisss..

grill sliding door dah pasang, puas hati cantik pada mata aku, kaler wrought iron pun aku suka, gelap dan klasik. tidak terlalu berkerawang macam makcik-makcik punya taste, tak terlalu simple dan tak penuh kerawang. just nice pada aku. tak sabar nak tengok pagar nanti, frame yang wrought iron pagar tu dah siap, nak add kayu je nanti, hasilnya lebih kurang dengan gambar yang aku letak kat sini itu hari, cuma aku suruh diaorg tambah-tambah bunga dan daun bagi lebat sikit, kitchen kabinet sumer dah pasang sbl puasa lagi, wet kitchen dah siap, cuma nak pasang pintu-pintu kabinet kat table top je lagi, Alhamdulillah kitchen kabinet pun luas, dan dapur memasak aku pun luas, seperti yang aku idamkan, nak dapur luas. Sebab aku mmg la suka memasak. Puas hati rasanya ada ruang luas nak letak barang, nak letak meja makan satu utk kami tiga beranak. Nak letak gambar kat sini boss belum bagi approval..sabar je ek..ehehehh

okes...Selamat Berpuasa...

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah Nurin Jazlin


Al Fatihah...
Satu Malaysia marah...sedih, kesal dan kecewa...
Anak Kecil ini NURIN pergi jua...

Semenjak hari pertama kehilangannya aku sebak, terkenangkan dan memahami perasaan ibunya. Aku yakin sejak detik kehilangan itu, ibunya pasti tidak nyenyak tidur, tidak enak makan, malah solat juga mungkin tidak kusyuk, itu kalau aku... Anak yang dinanti, akhirnya tiba juga, walau hanya jasad yang akan disemadikan.

Apabila berita mayat budak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian aku berdoa biar bukan Nurin, dan aku kuat mengatakan ia adalah anak pendatang tanpa izin kerana tidak ada ibu bapa tampil mengaku itu anak mereka. Tidak terdetik itu Nurin, tetapi apabila DNA mengesahkan, aku menggigil bila membaca the star online tengahari Khamis semalam. Terus aku cari info di Current Issue di Forum Cari, dan rupanya forumer mula paste berita-berita terkini mengenai perkara ini. Dan Zohor itu, aku solat dengan linangan air mata di waktu sujudku, sebak tidak tertahan, Nurin bukan darah daging aku, tapi dia budak kecil tidak berdosa, dia tidak layak diperlakukan demikian. Manusia yang buat begitu bukan binatang, tetapi lebih keji dari itu.

Kalau sebelum ini, diakhir doa aku, aku titipkan agar Allah makbulkan doa kita rakyat Malaysia agar Nurin selamat kembali ke pangkuan keluarga, kini doa itu diganti dengan doa agar Nurin tenang di sana, dan agar pembunuhnya cepatlah di tangkap polis, dan mendapat balasan di dunia sebelum Allah adilinya di akhirat. Aminnn...

Kawan-kawan semua, marilah kita semua umat Islam, di Ramadhan ini, kita setiap orang berdoa lima kali sehari dalam solat wajib kita, agar Allah izinkan dengan doa-doa kita pembunuh Nurin ditangkap segera. Bayangkan berapa juta umat Islam di Malaysia berpuasa dan berdoa..ingatlah Allah pernah berkata "antara doa-doa yang makbul ialah, doa orang teraniaya <-which is family Nurin, dan doa-doa orang yang berpuasa" moga di Ramadhan ini, Allah makbul doa semua kita yang berpuasa..aminnn masa call mak pun aku pesan, mak dalam doa, titip kan doa agar pembunuh Nurin tu cepat ditangkap.

"Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Berkuasa ke atas segala, kami bermohon kepadaMu, kau tunjukkan kebenaran, kau permudahkan siasatan dan kerja polis agar pembunuh adik Nurin di tangkap, semoga dengan tangkapan ini, tidak akan berlaku jenayah kejam lain di masa akan datang ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa." Aminnnn Ya Rabbal A'Alamin...

Ya Allah, tidak dapat aku bayangkan betapa seksanya Allahyarham Nurin sebelum meninggal dunia, betapa malangnya dia menanggung derita di seksa, di dera, diperlakukan aksi seksual yang kejam. Tidak tergambar ketakutan yang di alaminya, tidak tergambar tangis hibanya memohon simpati agar tidak disakiti. Tidak tergambar pilunya dihati bila dia pukul, sehingga lebam, dikasari, pastinya dia menangis meraung meraih simpati, menangis ketakutan, Ya Allah Kau bantulah usaha manusia menjejaki pembunuh binatang itu. Tidak mampu ku bayangkan saat ajalnya tiba, saat malaikat maut mencabur nyawanya dengan cara amat zalim itu.

Namun kini, Nurin sudah bersemadi, berada di syurga, menjadi bidadari syurga, berada bersama-sama adik Nurul Huda, dan ramai lagi mangsa kekejaman yang kita sudah lupakan. Pasti tenang dan damai dia di sana, berada di sisi Allah.

Monday, September 17, 2007

Melatih Najmi berpuasa


Belum terlambat kan...
Selamat Berpuasa buat semua..

Busy la, kerja di office banyak, tak sempat nak cilok update blog, pc kat rumah baru je ok, duit lagi merepair cpu yang dah 'kong' bila dah tukar processor, motherboard sumer guna internet pun laju sikit, best je. Sabtu dan Ahad mengusung kerja-kerja office bawa ke rumah. Masa pc kong, pinjam laptop office, best sikit buat kerja bersila atas sofa depan tv, sambil buat kerja sambil layan tv.

Melatih yang meletihkan..

Melatih anak sekecil 6 tahun berpuasa memang dugaan hebat, alang-alang hilang sabar, eheheh dengan puasa aku pun boleh batal. Tapi syukur, sudah 5 hari berpuasa, Najmi dapat 3 hari berpuasa penuh. Hari pertama berbuka jam 6.30 ptg, udah abeh helah dan psiko aku guna, akhirnya dia tewas pada setin air minuman cincau dalam peti ais yang aku lupa sorok. Terbarai usaha dia berpuasa dari pagi hari. Tapi kagum jugak, hari pertama berpuasa tu memang aku tak jangka dia akan bertahan, kerana malam sebelum tu dia tido awal, tak sempat makan nasi, just makan bihun je petang tu lps ambil dia dari daycare. Lepas Isya' dia dah tertido dan kejut bersahur pun dia tak bangun.

Tapi esoknya bila ambil dia dari daycare, teacher dia cakap dia berpuasa, aku terkejut dan happy sebab dia berpuasa dengan sendirinya. Hari kedua dia berpuasa penuh, selepas jenuh aku auta ke sana ke sini, layan dia otromen tiga, layan transformers, dengan aku sekali dah kenal Daigo, Reena, dan jenis-jenis ultraman pun aku kenal, Ultraman Kosmos, Dyna, Nexus, Tiga.

Hari ketiga dia berebut tv dengan babah dia, dan end up dia merajuk pi makan biskut..adehhh geramnya, dia makan biskut just because dia geram tak dapat tengok Astro Ceria. Lepas makan sekeping biskut aku psiko la.. aku tak cakap ngan dia, dia cakap apa aku tanak layan, aku buat puding mangga, dia sebok-sebok tanya "mama buat jelly ke?" "mama buat jelly apa?" aku tak layan, dia cakap nanti nak makan, aku tak kasi, aku cakap siapa puasa je boleh makan, dia nampak sedih dan menyesal makan biskut.

Ehehehe pastu aku suruh dia makan nasi, dia tak nak dia cakap dia nak puasa balik, hahahaha belum memahami konsep puasa dan batal puasa sepenuhnya. Aku betul2 tak pedulikan dia, biar dia rasa bersalah. Hari ketiga auta aku semalam menjadi, dia dapat berpuasa sehari penuh, itupun dalam pukul 2 auta dia dah mai, aku cakap, "bukaklah, kalau dah bukak mama tanak kawan dan tanak cakap dengan Najmi" pehtu dia cakap "kalau mama tak cakap ngan kiter, kiter nak cakap ngan saper?' aku balas "dah tu puasa la cuba juga tahan," dia nampak ok, dia layan tv, dvd berjam-jam.

Dalam pukul 4, bagi dia main game kat internet, dia layan game sampai 5.30, then kami keluar ke Bandar Tun Hussein Onn hantar cupcakes yang di order orang. balik umah 6.30, jenuh menahan dia dari makan kuih yang dibeli. Tapi Alhamdulillah, berjaya akhirnya.

And hari ni Isnin 17/9, pun dia berjaya puasa abih satu hari. Syukurlah. Itupun bawa dia pegi tengok rumah baru, mamat-mamat yang dok buat kerja renovation kat umah baru kami suka melayan dia, so leka la sikit dia tolong diaorg angkat tiles, tukang tolak keter sorong, 6.30 baru kami balik, giliran babah pulak lekakan dia dengan tv.

Pukul 7 malam dah ngamuk nak makan nugget, kali aku aku guna ketegasan la. Aku marah dia, suruh sabar sikit, kejap je lagi azan. Dia merajuk pegi main game kat internet. Mujurlah pc dah ok, so dapatlah menantikan sampai azan maghrib. Esok pula nak hadapi kerenah dia lagi.

Ni aku tengah update ni blog dia berdiri di sebelah dok baca apa aku taip. heheh perhatikan ayat-ayat aku semua baik-baik..tadi aku taip amek (dia tanya amek tu apa?) aku taip aper (dai kata bukan a.p.e.r tapi a.p.a la mama) hahahah makanya aku menulis dengan perkataan berhemah kali ini.

ok gtg dia sebok nak main game FAST GAMES

Tuesday, September 04, 2007


Agak busy la sekarang, dengan kerja makin bertambah-tambah...(kira berbaloi la kenaikan gaji gomen, kerja pun kena la bertambah ye dak..) PC kat umah merajuk kami tinggal dia masa balik kampung, langsung tak leh on cpu, Uwaaaaa duit lagik...

Bulan ini adalah bulan kemerdekaan buat Malaysia, tapi bulan keperitan buat kami. Eheheh urusan renovation rumah dan urusan hal berkaitan rumah ni, memang membuatkan duit keluar dengan laju sekalik, macam naik keretapi laju kat jepun lajunya, bukan macam komuter kat mesia ye, yang boleh tido 5-6 round, tempat nak pegi tak sampai lagi. Dua tiga minggu lepas dan menambah nilai jualan kedai lampu kat Puchong, kemudian menambah nilai jualan kat Kedai Azizah Hias kat Bandar Baru Bangi dengan menempah langsir untuk seisi rumah adanya. Kemudian giliran Macy Home Furnishing mencatat jumlah jualan dia dengan pembeli rod kayu, mujurlah ada less 20%, so lebih kurang harga beli rod kat nilai 3 la adanya. dan besi untuk langsir seisi rumah. Sebelum-sebelum tu, kedai letrik Midah kat Kajang, beli dapur dan hood dapur.

Itu belum kira, bayaran first payment untuk renovation, then second payment, pehtu kos sambung bumbung luar, kos wet kitchen..Uwaaa kalau duit boleh cetak guna daun getah, aku sanggup masuk estate kutip daun getah. uhuhu tu belum masuk tokei kedai jati kat nilai yang dah dapat 50% duit deposit set kosi yang kami order, pehtu tokei perabot meja makan kat puchong lagi.. ermmm koyak rabak dah ni... Duit...duit...di mana kau duit.... duit..duit...

Ramai dok hantar YM, komen nak tengok progress rumah, Alhamdulillah, so far, dah 90% siap, hari ni diaoarg buat wiring, pasang lampu, kipas sumer, darling cuti, lepak sana usha-usha dan tunjuk mana tempat nak pasang lampu kipas sumer. Pictures dah ada, tapi big boos a.k.a menteri kewangan kata tunggu dulu jangan postkan lagik.. tunggu siap semua baru post. Sabar ye... Ehehehe...

Cerita Najmi

Budak ni makin banyak cakap dan makin banyak bertanya, dan aku keliru dengan diri aku. hahahah dulu-dulu suka melayan anak orang banyak bercakap, dan suka budak banyak bertanya.. tapi bila kena dengan anak sendiri, aku malas-malas menjawab sebab banyak beno soalannya, contoh hari tu kami bincang2 dengan budak kedai perabot tu..budak tu cakap, nanti kami ada service after sale, means, pasang dan susun kat mana nak, camtu la lebey kurang, dia tanya "mama service tu apa" aku cakap perkhidmatan, dia tanya perkhidmatan tu apa.. aku cerita ceriti diam kejap, pehtu budak tu kata, kalau rosak kami ada service repair, dia tanya repair tu apa? budak tu jawab baiki, dia tanya baiki tu apa? budak tu cakap, kita hantar tukang pegi betulkan apa yang rosak. dia tanya tukang tu apa? tukang apa? see non stop soalan dia.

Masa kami balik kampung, dia bercakap non stop dari Putrajaya sampai dekat lepas Tanjung Malim segala cerita ada, Ultraman Tiga, Ultraman Nexus, Ultraman Dyna, Transformers, Power Rangers dan segala neka cerita, aku tido, babah je melayan. Tiba-tiba dah abeh cerita dia, dia tego iklan DIGI kat billboard. dia kata iklan DIGI itu salah LIPUTAN LUAS kata dia sepatutnya LIPUTAN TERLUAS, dia bagi contoh, kalau luas tu macam "langit luas, laut luas" kalau DIGI mesti terluas, uhuhuhu aku pun tak tau nak fahamkan maksud dia. Hehehe aku pun tak terfikir dia boleh fikir macam tu.

Itu hari dia tegur tagline merdeka TESCO 50 tahun Merdeka "Merayai Bersama" dia tanya ada ke mama perkataan "Merayai" aku cakap entah, Merayakan sepatutnya, pehtu dia cakap "patutlah kita rasa macam pelik je Merayai." Heheh aku diam maleh layan, kang banyak lagi soalan dia.

Cerita lain, selalu kalau dia notti-notti, atau meragam, aku selalu nyakat dia, aku dan babah nak cari anak lain, boring dengan dia, sebab notti dan meragam, dia akan lagi meragam dan mengamuk tanak kami cari anak lain, kecuali dia nak adik yang aku mengandung..hehehehe lawak budak ni. Contohnya dia gila kumpul kereta hotwheels tu, asal pegi petronas meragam nak beli hotwheels, dan aku selalu marah, dan cakap, nak cari anak lain yang tak suka beli mainan, hehehe tapi baru-baru ni, dia mintak aku bancuhkan sirap, tapi aku lupa, pehtu dia cakap tak pe la dah lupa nak buat camner, nanti mama buatkan...

Pehtu dia suruh aku buat macam-macam benda, aku penat dan maleh buat, then dia suruh aku masak tu, masak ni, tapi aku busy dengan cupcakes, pehtu dia cakap "tak pe la kalau mama sibuk nanti mama buatkan ek..," aku diam jek, pehtu dia cakap "tak pe mama, kalau mama notti pun kita bukan nak cari mama lain, kita nak mama ni je, biarlah mama macam mana pun, kita tetap nak mama ni, tanak mama lain, bukan macam mama dan babah tu, bila kita notti je nak cari anak lain, sikit-sikit nak cari anak lain" uhuhuhu makan dalam sungguh... uhuks... mak terasa oulsss....

Snek preview :-

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

roti pintal sosej, home made, resepi sama je macam sosej bun itu hari, cuma pintal-pintal je sikit, ni lebihan tepung daripada bun daging yang cik adik SAS order sebab dia teringin sangat nak makan, kebetulan semalam mood rajin sikit, so dapatlah buatkan 22 pcs bun daging, dan sikit roti pintal ni, tak igt brp biji

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino