Monday, February 28, 2005

SEPET


SEPET YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN...
Plan awalnya kami hendak menonton pada hari Ahad, tetapi MAT JAN dan PURBE lambat tiba, so that my DARLING plan on sunday dah kansel.

Aku mmg amik cuti hari Isnin, sebab aku macam dapat rasa plan hari Ahad tu tak jadi, jadi aku mmg amik cuti Isnin semata-mata nak tonton Sepet. Tak pernah aku ambik cuti sebab nak tengok wayang. Masa pembantu aku tanya kenapa aku amik cuti Isnin, selamba je aku saya, "Nak tengok wayang cerita SEPET"

Ok here my comments..

Berpuas hati
Aku amat berpuas hati dengan filem ni, tak sia-sia aku amik cuti, dan pergi ke Sunway Piramid, kena bayar tol 4 ringgit (pergi balik dari Putrajaya) sebab panggung terdekat The Mines tak tayang citer ni. Aku puas hati sebab menonton filem yang ada jiwa. Tak terasa macam filem bodoh sebab semua pelakon bercakap dalam filem macam kita cakap hari-hari. Selamba dan sangat menggembirakan. Kecuali adegan Orked bergaduh dengan Leonardo celup. Agak sedikit over dan jantan lembik tu kureng ummph dalam lakonan, pelakon lain semua hebat-hebat.

Gembira
Gembira sebab jalan ceritanya sebenarnya simple, tetapi kekuatan pelakon dia menyebabkan kau terasa "eh nak tengok lagi lah lepas ni," Gembira bila menonton aksi manja Orked dengan Jason, gembira dan terhibur dengan lakonan selamba dan nampak real Jason semasa first time dating dengan Orked kat satu restoran Fast Food ni, erkk Chicken King ke? yang second date tu mmg kat Chicken King, tapi first date tak sure. Aku terhibur tengok bila cinta pandang pertama Jason dan Orked. Aksi Jason yang malu-malu masa first date, aksi Orked yang nampak semulajadi manja, petah dan bijak.

Aku gembira bila melihat aksi-aksi Yam, dan keluarga Orked.

Dialog Yam kepada mak Orked, bila mak Orked tertinggal hand bag dalam rumah semasa diaorg nak keluar ke pasar malam, Yam terkejar-kejar memanggil mak Orked dan bertanya, "ini apa ni ?" jawab mak Orked "ehh hand bag, lupalah," dan Yam menjawab, "kalau tertinggal ni macam mana nak beli ikan semua kat pasar, benda lain nasib baik melekat, kalau tak berterabur merata-rata," ha..ha..aku suka skrip ni...ni skrip mak aku dulu-dulu.

Lagi satu dialog semasa Harith Iskandar (abah Orked membelek-belek CD lagu Yam-lagu Siam) kata abah Orked, "ni CD siapa ni," Yam jawab, "CD Yam" kemudian abah Orked cakap, "Si Yam dengan lagu Siam," mmg lucu..

Tersentuh hati
Masa babak-babak klimaks, aku menangis dalam panggung, tapi aku kaver nanti Mat Jan gelakkan aku, aku sapu-sapu air mata, ohh cerita yang bagus, boleh buat aku ketawa, dan menangis sekaligus. Aku menangis saat Orked membaca surat Jason kali pertama macam dalam bilik (but betul Mar, masa mak Orked serahkan surat, sampulnya lain, masa Orked baca dalam bilik lain pulak sampulnya)

Aku menangis semasa Jason susah hati, tak tenteram termenung saja kat rumah, mak dia cakap, "lu apa pasal? lu ada girlfriend melayu ka? lu jangan risau, mak tak marah, lu bawa lu punya nyonya balik rumah, kasi mak tengok, lu jangan susah hati, kalau lu susah hati, rumah ni sunyi, lu satu orang saja kawan mak di rumah ni," kemudian Jason baring di riba maknya, sangat menyentuh hati. Satu ekpressi yang baik dari Jason.

Sekali lagi hati aku tersentuh bila Jason menghantar surat di peti pos dan dia nampak Orked sedang baring di riba abahnya dan mereka sedang main..ek main apa?? shahiba ker? tak perasan pulak, dan Jason memandang saja mereka.

Aku sedih bila Jason bagitau Yam, pesan pada Orked, saya sayangkan dia. Sedih masa Keong kena belasah dan aku suka babak mereka berbual dalam hospital. Jason cerita, mak dia dari keturunan peranakan, dan dia tahu mak dia tak kisah dia bercinta ngan Orked, dan Jason kelentong Keong, pasal keturunan peranakan dari Melaka, siap story zaman kesultanan Melaka, Puteri Hang Li Po la..bila Keong tanya, dia baca buku sejarah ker? kata Jason, tak dia baca dari brosur kat kedai makan Baba dan Nyonya..

Terhibur
Terhibur melihat babak-babak Orked dan Jason. Melihat aksi comel Orked memakai plastik di kepala semasa hujan di bus stop.

Terhibur dengan babak, Jason nak kenalkan Orked pada Keong, kata Keong, kalau suka budak pompuan melayu, kena tukar agama, si anu kena potong, tak boleh makan khinzir lagi. ha..ha...dan muka Jason macam comei jer masa tu,

dan aku suka babak, Orked melangkah masuk dalam kedai dan dia nampak penjual itik panggang cina sedang menetak itik panggang, Orked terkejut, comel jer muka dia.

Paling terhibur dan geli ialah babak mak Orked melondeh kain pelikat abah Orked, uwaaaaaaaaa gelilah tengok Harith pakai spender jer,....

Jadi secara keseluruhannya mmg puas hati, kecuali part sampul surat bertukar-tukar dan babak Orked bergaduh dengan jantan lembik masa lepas amik result.

dan aku akan tengok lagi....besttttttttttttt!!!

Thursday, February 24, 2005

Nostalgia kedai Ba


Salam Jumaat buat semua

Semoga Jumaat membawa keberkatan. Dulu-dulu masa aku full time warga negeri Kedah, Jumaat merupakan hari cuti, jadi Jumaat sangat-sangat dinantikan. Boleh bangun lewat sikit, mak pun akan masak special sikit, sebab hari tu ialah hari pasar minggu di Pekan Sungai Petani. Kalau time Jumaat abah baru dapat gaji dapatlah merasa makan ayam or daging. Ye lah orang susah mana nak merasa anytime nak makan ayam macam budak-budak sekarang yang stok ayam sentiasa ada dalam peti ais, bila-bila masa jer maknya boleh masakkan.

Biasanya pagi-pagi Jumaat tu abah dan mak akan naik motor pergi pekan ke pasar minggu sebab pasar minggu kat kedah bermula sejak awal pagi hingga malam. Skrng sudah tidak ada pasar malam yang sangat meriah dan menjadi tarikan pekan SP. Dan bila mak sudah pulang dari pasar malam, dengan segala macam bahan mentah, aku akan menolong mak memasak. Tengahari kami akan makan bersama-sama, biasanya abah suka makan lepas solat Jumaat.

Baru-baru ni balik, aku dan darling singgah kat Kedai Ba, (apek cina) dulu-dulu sebelum ada supermarket hebat-hebat kat SP kedai Ba lah tempat abah ambil barang-barang dapur. Setiap kali Ba datang dgn motor roda empat dia, kami gembira sebab tahu abah sudah gaji, masa tu abah beli beras timbang, gula timbang, semua dibungkus dalam kertas surat khabar. Semua barang ada, kicap, sos, cili kering, dan ada juga abah belikan bikust empat segi panjang warna coklat yang ada krim dan rangup tu. (macam Snap).


Masa tu orang susah, dapat beli barang kat kedai Ba pun dah rasa macam seronok sangat, ye lah sebulan sekali bershopping barang dapur walau kat Kedai Ba, seronok sangat terasa. Lepas supermarket Billion di buka di Pekan SP, abah banyak membeli barang di situ, sebab murah. Tapi nostalgia berangkut barang dari kedai Ba memang manis untuk dikenang. Ba akan menulis harga barang-barang di atas kad kotak rokok yang telah di potong keping-keping.

Masa bercerita dengan darling dia pun tergelak dan mengaku, memang nostalgia. Dia kecil-kecil dulu ayah tugaskan menulis apa barang yang tidak ada di dapur, dan diberi duit ke kedai dan memesan barang-barang. Kemudian barang-barang akan dihantar ke rumah. Masa menanti barang-barang sampai sangat manis, sebab ada kordial, walau kordial murah pun tapi orang tua belikan sebulan sekali, pandai-pandai jimat-jimat minum kordial yang ada. Biasa mak simpan untuk kalau tetamu datang baru menjamu air kordial. Kalau tak minum air sirap jer la.

Masa tu kita tak anggap pun pengalaman begitu akan menjadi nostalgia manis buat kita, kini sudah 20 tahun ianya berlalu kita rindukan saat-saat begitu. Rindukan saat-saat berkerumun makanan yang dimasak emak. Terutama cucur udang cicah kuah kacang emak. Sedapnya, dimakan kala hujan-hujan makan depan tv. Berkerumun kami adik beradik makan sampai puas.

Di hari Jumaat ini juga kebiasaannya mak suka buat ikan bakar, bila nampak kami membaut bara, jiran sebelah, Mak Jah pun akan menumpang memanggang ikan. Kalau Mak jah yang memanggang ikan, kami pun menumpang juga, seronok berjiran dahulu. Bila belah petang pulak, lepas asar, biasa kami semua budak-budak berkumpul untuk bermain, main Katok ulaq (erkk org sini panggil apa ye EP? yang main guna kayu tu? konta konti? ye ker?), main tuju kasut, susun tiga selipar menegak mcm piramid dan baling dengan bola tenis. ada dua team. Main lom (galah panjang), main tuju tin...ermm sangat manis untuk dikenang....sungguh nostalgia...

nostalgia anda bagaimana??

- Iklan - sila lawati PAJAK GADAI sudah dibuka kembali..dia kembali riak....dia kembali mengganas...ia jalankan bisnes memajak semula dan sedang kumpul modal hendak bukak bowling centre pulak....

(iklan ini berbayar, ermmm nyum..nyum...sedapnya pizza...)

Tuesday, February 22, 2005

Artis Malaysia


Semalam aku tidak sihat, migrain bermaha raja lela..pagi, melarat sampai petang, lepas telan ubat untuk kali kedua, dalam pukul 3 macam tu baru ok.

Jadi prestasi kerja aku semalam memang ampes, boleh kira berapa buku jer aku masukkan input dalam database, denyut-denyut kepala.

Jadi aku rileks kan kepala aku dengan melayan forum kat Bincang.net.

ini antara posting yang amat aku suka dibawah kategori Hiburan dan tajukkan KENYATAAN BODOH ARTIS MALAYSIA

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"... Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"


Tergelak-gelak aku membacanya..
dan aku akui, ada antara artis Malaysia, (tak semua..ada yang berilmu dan bagus) macam last week kitaorang baca paper ada kenyataan FIZA (calon kelima tu..) dia hendak mencari lelaki beriman untuk menjadi suaminya. Kebetulan sehari sebelum tu dia ada berlakon drama kat TV2 6.30 ptg, dia ucapkan satu dialog agak lucah iaitu "payudara aku ini sudah menjadi seperti barang mainan dia," (merujuk kepada perebutan seorang jantan diantara dua pompuan, Azza dan Fiza berebut jantan, Fiza ni pompuan simpananlah kiranya)

Ok berbalik kepada mencari lelaki beriman, Kata sorang kakak kat office ni, "amboi nak yang beriman jer, hendak ke emak lelaki beriman nak terima menantu seksi cam tu?"

Saja aku menyakat, "alaaa kak, Wilma dulu pun seksi, tapi dapat laki beriman sekarang bertudung litup dah, jodoh Allah bagi," ha..ha..betul jugak kan?

Cerita pasal Najmi
Semasa menggosok baju tadika Najmi aku perasan cikgunya tulis nama "MEOR" kat kolat baju tadikanya. Aku panggil Najmi, dan cakap "Najmi, cikgu panggil Najmi ke Mior" dia cakap, cikgu panggil Mior.

Aku pesan lagi, untuk kali yang ke berapa entah.."Cakap kat cikgu, mama suruh panggil Najmi bukan Mior, babah saya nama Mior, tok saya mior, sepupu saya semua Mior, ada banyak Mior nanti,"

Erkk macamlah budak tu reti nak kabo kat cikgunya.

Kemudian dia cakap, "kat sekolah kita sekarang ada lagi satu Najmi," ermmm itulah agaknya cikgu panggil dia Mior.

Hari Ahad lepas, abang ipar aku datang dengan isteri dia kak Ida dan tiga hero mereka. Cerita kak Ida, anak dia Daniel darjah 3 kata, "kenapa ibu letak nama kita Mior? kawan-kawan ejek, Miau..miau..." dan tahun ini adik Daniel, Darwish masuk darjah 1, jadi ada dua Miau kat sekolah tu, ha..ha..kesian budak-budak tu.

Memang budak-budak lelaki dalam family belah husband kena suruh kawan-kawan mereka panggil dengan nama sendiri, bukan nama family tu. Ada suatu ketika, semua orang berkumpul dalam satu rumah, tiba-tiba seorang dari kawan anak buah darling call, dan budak tu cakap, nak cakap dengan Mior, dan dia ditanya balik, "kat rumah ni semua lelaki nama Mior, kamu nak cakap dengan Mior mana?" Kawan tu pun mamai dan sebut, "Mior yang sekolah kat Ipoh," kata kakak ipar aku yang menjawab telefon, ada 5 org Mior sekolah kat Ipoh, last-last awek tu terus letak telefon, agaknya dia baru berkenalan kot dengan mana-mana Mior tapi tak sempat hafal nama penuh he..he..

Itu yang terjadi bila EP call, kat rumah darling kat Sauk. Disana semua line telefon tak ada, jadi kami divert no. HP ke telefon rumah, so siapa call ke HP terus masuk ke phone rumah, jadi, suatu hari masa hari raya EP call, dan telefon di dijawab oleh anak buah husband, budak ni pulak lurus, EP cakap nak cakap dengan Mior, kata anak buah husband, "Mior sakit, tak boleh bangun, demam," (Mior tu is refer to Toknya yang mmg tengah demam)

Jadi bila kami balik Kedah, sudah kansel divert, EP call tanya,"hang sakit teruk ka sampai tak boleh bangun?" husband pun terkejut, dan dia pun tahu bahawa tukang angkat telefon kat Sauk tu ingat Mior tu Toknya, dia pun tak tanya Mior mana.

ha..ha..nanti ada pulak yang ditanya Mior mana? dan ada pulak menjawab, Mior yang tinggal kat Putrajaya....ha...ha..

Sunday, February 20, 2005

Gulai Nangka Campur Tulang...


Hari Jumaat malam, semasa sedang enak-enak menonton tv kami anak beranak, kami terima mesej dari orang-orang dari utara, mereka akan check in kat Pnut Inn esoknya. Ok, kami terima saja siapa yang akan datang.

Lepas solat Isya, darling bawa kami dua beranak keluar makan malam. Menebus rajuk mama dan Najmi paginya. Puas kami dijamu dengan ikan siakap tiga rasa, tapi ikannya terlalu garing, or minyaknya minyak yang sudah digunakan, tak berapa enak. Ok lain kali tak payah pergi kedai tu.

Sambil makan, sambil layan tengok Anugerah Planet Muzik kat Astro, darling berbalas sms dengan jejaka dari utara, mesej mereka "Siti malam ni 'berbakat besar'" siapa yang pernah baca blog Mat Jan yang pasal Sharifah Sofea 'berbakat besar' pasti akan faham lawak ini.

Lepas makan, kami ke Pasar Borong Selangor, yang dekat Sri Kembangan tu, pertama kali kami pergi sana, saja nak merasa pergi pasar borong, memang murah, kami beli sekilo udang yang sederhana besar dengan harga RM12/kilo. Biasa kalau kat Putrajaya ni sekilo RM16/17 la...sotong fresh besar, sekilo RM10. Beli ikan merah, separuh, yang bahagian ekor, baru 10 ringgit jugak.


Esoknya tetamu dari utara tiba seawal jam 7 pagi. Tengharinya darling mesej Ep ajak makan lunch kat rumah, (ye lah org tu orang bujang, sesekali kita jamulah makan spesel) kebetulan kami semua orang utara, jadi kari memang menu utama. Hidangan tengahari ialah kari Nangka + tulang (darling punya fav.) ikan selar masak sambal taucu, sambal belacan ulam-ulam, ikan goreng, dan sayur campur, habis seperiuk nasi berbaloi aku bertungkus lumus memasak. Aku ingatkan bibik aku dan jiran flat hijau aku pergi kenduri kat Muar, jadi mereka tidak terlibat dlm ini pilem. penat aku bersilat sorang-sorang kat dapur.

Petangnya kami layan boling. Kat Alamanda, Mat Jan ditegur peminat, he..he.pemes sungguh Mat Jan ni, Najmi pun tidak kurang hebatnya apabila peminat Mat Jan pun kenal Najmi, salam perkenalan baut Azra. Main boling, aku kena riak, sebab aku sorang perempuan, aku orang pertama strike, aku antara yang mendahalui carta, tapi disabotaj Najmi yang menekan butang biru, perkara lucu berlaku bila bola masuk longkang berpatah balik ke pembalingnya, mmg lawak. Mat Jan kecewa tidak ada lambang pangkah kat score nama dia, darling riak dia ada dua strike, Haz riak sebab dia menang pertama, Ep..ermmm Ep riak sebab game kedua anak dia Faiz dpt tempat kedua...ha..ha..

Esoknya malamnya tetamu kami semua balik, masa dalam kereta Najmi tidur diriba Mat Jan, kakinya diletak atas riba Purbe (wahh ada ciri-ciri jantan idaman, kalau anak-anak dara tengok pasti tertawan)pagi tadi bangun Najmi tanya, Abang Purbe dan abang Mat Jan dah balik ke? aku cakap dah, dia cakap, "la...kenapa balik? kita nak main dengan abang Purbe dan Abang Mat Jan," ermmm dia buat dah si Najmi ni, mencari pasal di pagi hari.

Hari ni dia pergi sekolah naik motor dengan babah. Babah kata ok...takut ribut taufan datang macam Jumaat lepas.

Thursday, February 17, 2005

Tension di pagi hari...


Semenjak dua menjak ni, Najmi asyik meragam, letih aku...letih dan letih...

Pagi tadi kemuncak aku angin dan malu, dan menyebabkan aku menangis macam budak kecil di awal pagi, malaikat nak masuk rumah bawa rezeki pun boleh berpatah balik kalau begitu. Puncanya dia hendak babah hantar dia ke sekolah naik motor, tapi babah masih mahukan mama menghantar kerana tak mau anak kena angin sejuk pagi dan tak ada helmet.

Dia meraung depan sekolah, meronta-ronta bila tak mau masuk sekolah, dia tarik tangan aku, dia meraung-raung, kalau ikutkan hati zalim hendak sahaja aku heret dia masuk sekolah dan biarkan dia dipujuk cikgunya, tetapi aku yang mengandungkannya aku lahirkan dia dengan susah payah, aku tak sampai hati nak biarkan anak aku masuk sekolah dengan hati yang kacau, dengan hati yang kecewa, aku tak sanggup dia rasa sengsara dan tidak dihargai.

Aku suruh dia masuk semula dalam kereta dan balik rumah, babah belum ke pejabat. Aku menangis, kecewa, malu dan rasa terkilan. Aku tinggalkan dua lelaki dalam rumah tu, dan aku terus ke pejabat, alang-alang aku dah lambat, aku singgah beli breakfast dulu. Aku harap dua lelaki kat rumah tu boleh selesaikan masalah mereka sendiri, itu urusan lelaki, aku tak mau masuk campur.

Mujur meeting pada pagi ini dibatalkan aku rasa lega, kalau tak aku tak tenteram mengenangkan anak yang aku tinggalkan dalam keadaan emosinya yang tidak begitu baik, aku nak Najmi gembira bila pergi sekolah. Aku on PC, aku bukak alunan ayat-ayat suci hati jadi sejuk. Sejuk sangat.

Ermmm terkenangkan, macam mana lah orang punya anak 7-8 orang or orang dulu-dulu anak berbelas orang. Tapi times change. Masa dulu tak sama macam masa sekarang. Mak-mak dulu tak terkejar-kejar nak naik bas, naik lrt, memandu pergi kerja. Tak perlu kejar punch card. Mak dulu-dulu bangun pagi buat sarapan, kemas rumah, memasak dan jaga anak jer.

Mak skrng dah la kena buat perkara-perkara yang sama macam mak dulu-dulu, malah ada extra lagi, hantar anak pergi sekolah, jemput anak balik sekolah, pergi kerja, pergi meeting, kena buat paper work, kena buat proposal, kena buat budget, kena jaga 4-5 orang staff kat bawah kita lagi. Itu belum bab kena bambu dengan boss.

Dan anak-anak sekarang pun bukan macam budak-budak zaman dulu, anak sekarang dah pandai layan astro, layan cartoon network memanjang, budak dulu main guli keliling rumah, naik polis sentri, main galah panjang. budak duduk dalam rumah saja, tentulah boring dan banyak pulak songehnya. Maknya pula tension, balik kerja penat, nak rileks-rileks, anak pula minta perhatian.

Ermm semua perlukan SABAR....

Wednesday, February 16, 2005

Cuti yang panjang


Ermm, Lama tak update, tak tau nak mula dari mana??
Hari Selasa hari tu patut masuk office, tapi aku terpaksa MC sebab tak sihat, sakit yang mengecewakan…Hari Rabu, masih tidak sihat, bertambah pula Najmi yang demam, berdua kami berehat kat rumah, dengan tukang paip datang repair tangki dan repair semua bilik air di tingkat atas yang tersumbat.

Cerita sepanjang cuti
5hb kami bertolak balik ke Kuala Kangsar lebih kurang jam 1.15 tgh. Jarang kami travel balik kampung tengahari, kecuali sekali masa hari abah kena stroke. Lebih dari tu, kami balik kampung malam, sejuk dan selesa.

Dua hari di sana, Hari Isnin 7/2/2005, kami balik ke Sungai Petani, esoknya bermulalah, kerja-kerja untuk kenduri kahwin adik aku yang menyebabkan aku migraine dan penat yang amat, ke sana sini, beli itu, ini. Akhirnya semua berlalu. Lega.. Dan bak kata Mat Jan kat blog dia, Mohd. Syafizan sekarang, bukan lagi Mohd. Syafizan yang dahulu, dia kini sudah ada bini.

Sehari lepas kawin, dia masuk bilik dia (bilik masa dia bujang la, dia kutip-kutip baju dia, dan dia longgok sekali dengan kain-kain nak dibasuh, aku sound dia,
“wei dah ada bini, suruh bini hang basuh baju,” dia sengih-sengih

Aku sambung “buat lupa pulak, nak makan pun suruh bini masak la ni,”
ermm biasalah kakak dia ni mulut memang laser.

Masa kenduri, ramai adik beradik berkumpul. Meriah dan seronok, sekali sekala berkumpul, kalau hari raya, pun tak semua dapat kumpul. Ada balik beraya rumah mertualah, ada beraya ke rumah sedara lain. Tapi kali ni semua adik beradik mak ada, kagum dengan semangat adik beradik mak, Pak Ngah jadi ‘kepala’ masak, dibantu Mak Ngah, Mak Su, Pak Su, Mak Ndak, dan Pak Ndak. Bak kata jiran aku, Semua adik beradik mak buat sendiri, jiran-jiran tolong potong bawang, halia, lengkuas jer.

Sepupu-sepupu aku anak-anak Pak Ngah semua dah besar, dah boleh buat kerja tanpa suruh, bancuh air, basuh pinggan, menghidang. Yang kenit-kenit tukang bagi bunga telur, or kami tak kasi telur, tapi kasi gula-gula. Habis kenduri Pak Ngah balik Penaga sebab esok dia kena siapkan bahan memasak untuk satu majlis kawin lagi.

Walaupun penat, dengan saki baki kudrat yang masih bersisa, sehari selepas kenduri, malamnya kami menhayun bola boling, bermain boling di Central Square, Sungai Petani. Ermmm mari ktia riak, ada lima orang bermain boling, Aku, darling, Mat Jan, Purbe, dan Anuar, jiran aku. Kat boling tu, main satu game, percuma satu game, masa game pertama aku kecewa sebab tidak ada bola no.10 saiz XL, mmg kecewa, aku terpaksa guna bola no. 11 yang aku rasa berat. Jadi aku tak power, masa game kedua, aku jumpa bola no. 10, dan aku jadi terror dan aku, Anuar, dan Purbe menjadi 3 org mendapat 100++. Jadi kena riak, sebab aku lebih gagah dari Mat Jan.

Habis berboling, kami ke Taman Ria (or boleh juga disebut Taman Riak) aku nak makan bihun sup tapi tak ada, kemudian kami beredar dari kedai tu, dan lepak kat mamak, minum-minum, makan-makan, riak meriak, sampai dah cecah pagi.

Hari ni masuk office, geram aku, kontraktor _&%#$%@@# masih tak siapkan kerja lagi memasang kaunter depan ni, memang nak kena betul. Geram aku,

Silalah lawat fotopage yang baru diupdate, link ada kat tepi kanan monitor anda...

Thursday, February 03, 2005

Kami akan cuti panjang...


Sempena cuti Raya Cina, kami akan bercuti panjang, esok kami balik kampung, seminggu lebih kami akan bercuti.



Mula-mula tak bercadang nak update, tetapi memandangkan minggu depan kami tak dapat online seminggu, dan esok pagi aku ada meeting, jadi aku update jugak,sebelum balik bercuti, ni kira entry untuk sampai aku balik semula ke office pada 15 feb nanti.



Najmi

semalam najmi mengadu sakit kakilah, sakit tanganlah, aku pulak semalam tension semacam jer, angin jugaklah...dah siap keluarkan sotong, ayam, ikan, santan dari peti ais, ingat nak masak akri sotong + kentang + kacang panjang, ntah macam mana lepas tumiskan rempah daging dan campur sedikit kerisik, aku rasa macam nak masak kari ayam, terus aku potong ayam kecik-kecik sebab aku tumis rempah dalam periuk kecik jer.



Dah buat kari, baru teringat, ada roti canai segera dalam peti ais, esok balik kerja boleh panaskan kari dan cicah roti canai untuk minum petang. Kacang panjang dah potong, aku fikir apa aku nak buat pulak, ermm hentam jer la...aku tumis bawang putih bawang merah, letak lada hitam yang mmg aku sudah siap-siap blender simpan, aku boh air sikit, masak sampai kering, masuk sotong dan taruk kunyit, garam, gula, kacang panjang dan taruk udang. Ntah hapa aku main taram. Itu jer menu makan malam, dua jenis lauk jer.



Ada orang tu, siap suruh awek dia mai belajar masak kat aku, ampeh..macam aku chef pulak, masakan utara aku bolehlah kelentong, tp kalau asam pedas, gulai lemak aku tak pandai. Awek orang tu cerita, bakal bapak mertuanya suka makan pajeri terung, dia nak belajar buat pajeri terung, katanya dia cuba buat tapi salah skill. Insya-Allah nanti kita kenduri pajeri terung pulak. Tunggu lepas kami balik dari kampung. Untuk orang itu, nanti akak ajarkan awek awak yang comei lote tu masak pajeri terung ye...awak kena jaga Najmi masa tu. Bertuah orang tu, dah ler awek comei, sabar, lemah lembut, pandai layan budak, rajin pulak tu. Cepatlah kawin, kang disambar orang.



Dan saya SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Salji a.k.a Faris dan Aida, selemat menempuh gerbang perkahwinan yang akan merubah seluruh hidup anda. Dan untuk Aidi, selamat menjalankan kewajipan sebagai isteri untuk suami tercinta, dan Faris semoga menjadi suami yang baik nanti. Kami tidak dapat hadir majlis nanti sebab kami berada di kampung masa tu nanti.



ok...happy holiday during CNY















Wednesday, February 02, 2005

Semua orang nak bahagia...


Mari kita gumbira...



Tadi pergi lunch date dengan Mak Andeh...

Kami borak-borak mengenai trip nak bercamping kat Taman Negara.

Wah..cam best jerk kalau jadi...



Siapa nak ikut jom....

tapi tunggu lepas tengah tahun sikit,

akak aku nan sorang tu sibuk awal tahun ni





Kat Opis




Aku bengang dengan kontraktor pembekal alatan untuk tmpt aku, siotlah, dah masuk dua minggu kerja-kerja memasang rak tak habis lagi...

aku penat punggah buku-buku, susun semula, lintang pukang. Ikan aku kat office dah tak der port bagus aku nak landing, dia duduk atas kabinet tinggi kesian ikan aku.



Ada sorang office kat office aku cakap, ikan aku ikan educated, sebab dia duduk di tempat yang banyak buku. ha.ha..betul jugak..



Bila lintang pukang, aku rimas, office mate rimas, semua org macam moody jer. Ermm sabo...sabooo...



Minggu depan kami balik kampung. 10hb adik aku Mohd. Syafizan b. Samsudin akan kahwin, tak ia bukan Mohd. Syafizan Kasim, jangan keliru... adik aku dipanggil Jan, dan Syafizan Kasim di panggil Mat Jan, dia masih solo..siapa nak tekel silakan.

jadi kalau sesiapa yang tinggal di Kedah, Penang kami menjemput kalian semua ke rumah orang tua kami di Sungai Petani,



Alamatnya

S-10 Lrg 3, Taman Sri Tanjung, Sg. Layar, Sg. Petani, Kedah.



Adik aku ni masih muda, tapi dah chenta-chenta, kerja kat penang, tunang dia pun kerja sana, mak aku risau, mak tunang dia risau, dua-dua duduk jauh kerja pulak balik pukul 2-3 pagi...mak aku kata dia ada anak dara, dia tak suka orang dok usung anak dara dia malam-malam buta macam tu, walau tlg hantar balik rumah dari tempat kerja.



Jadi dengan duit seciput, adik aku pun akan berkahwin. Aku bantu dengan mengorbankan dua ekor kambing untuk akikah Najmi, dan kami akan beli ayam untuk jamuan tetamu. Erkk bukan duit aku, duit darling aku.



Aku harap dia akan jadi matang lepas kawin dan akan lebih bertanggung jawab, dah kerja pun asyik minta duit kat mak lagi apa hal...aku harap status suami untuk dia nanti aku merubah situasi...



Jadi jemputlah semua yer....













Tuesday, February 01, 2005

Sabtu, Ahad dan Cuti Wilayah


Rumah Pena, Rumah Basri, Rumah P-nut dan Rumah...erkk...erkkk rumah Alamanda..



Seperti yang ditulis ramai para blogger, hari Sabtu kami berkumpul di Rumah Pena, untuk forum akademik dan ilmiah, inputnya sangat bagus, dan menambah pengetahuan, aku duduk di sofa dibelakang sekali, sebab aku bawa anak teruna aku yang akan ke hulu ke hilir, tak boleh duduk kerusi hadapan duduk belakang senang nak kontrol dia. Jangan ingat duduk belakang aku tak dengar apa diperkatakan ahli panel, aku dengar. Dan banyak benda yang aku bersetuju.

Selesai acara di sana, kami bergerak balik ke Putrajaya, Mat Jan ikut ke Putrajaya sebab perancangannya malam itu akan ke Poolside BBQ di rumah Basri. Masa dalam kereta sebelum bergerak pulang, aku tunggu dlm kereta, tunggu MJ layan peminat, tiba-tiba Salina datang bertanya, "akak, diaorg tanya, kalau ramai-ramai diaorg pergi rumah akak akak meraikan ke tak,? " boleh...boleh..no hal, tapi akak kena balik dulu sebab janji dengan Purbe nak ambik dia kat komuter Serdang sbl 6.30 ptg.



Lepas ambik Purbe, kami terus balik ke Putrajaya, darling dah sampai, diaorg borak-borak ngan darling aku bancuh air nescafe satu jag besar, tak lama kemudian, anak-anak dara tiba (Salina, Langsat, dan Nida), menjelang senja anak-anak teruna pulak tiba, (Zhouls, Superdiman, Nesloice dan Pak Bear). Meriah rumah aku. Lepas semua solat maghrib, kami bergerak menuju ke rumah Basri. Sesat barat kami mengikut ajaran sesat Purbe...he..he...



Lebih ramai geng kat sana. Habis selesai semua, kami terus balik, sesat jugak...



Esoknya, Ahad, ajak Salina dan Langsat makan tengahari kat rumah, aku masak rendang daging korban yang EP kasi, daging + paru+hati, limpa aku campur semua. Buat tomyam, goreng sayur, goreng ikan, sambal belacan dan ulam-ulam. berselera semua orang makan. Lepas makan semua mata kelat. MJ dah lentok atas sofa.



Pukul 5.30 macam tu, Nesloice sampai untuk join main boling, jam 6 baru kami gerak ke Alamanda. Sampai jer terus booking, dan kami main dua lane. 8 orang bersaing. Aku kena riak...walau tidak menang, tapi aku orang pertama strike. Ada bukti..nanti Purbe upload gambarnyer yer... Habis boling, terus solat maghrib dalam boling tu jugak. Aku tabiklah tokei pusat boling tu, dia sediakan surau untuk pelanggan dia. bagusla... Lepas tu semua org melepak minum-minum kat food court, Najmi dah ngantuk, sampai dia terlena kat bahu aku, dan aku selamba je, clearkan meja, lapik kepala dia dengan beg, dan dia pun lena atas meja. Orang lalu lalang mesti kata, "senangnya bela anak, atas meja makan pun boleh lena," itulah kelebihannya budak dilatih tidur dalam kebisingan.



Sejam lebih berborak situ, masing-masing dah lapar, paling lapar ialah Mat Jan. Aku ajak semua org balik makan kat rumah sebab banyak makanan siang tadi ada. Jadi semua lepak kat rumah, layan tengok The Apprentice. Masa ni semua dah penat, tak der kami makan hidang, semua orang makan buffet jer. Semua ambik nasi, lauk dan angkut makan depan TV. Aku suka sebab semua yang ada buat macam rumah sendiri, tak payah susah-susah aku melayan he..he.. Lepas semua dah balik, tinggal Mat Jan, Purbe dan darling masih berborak dan borak..



Esok Isnin, aku kerha half day, aku cadang nak tengok Gengster dgn MJ dan Purbe, aku call darling tanya boleh ke aku pergi dgn budak-budak tu, darling kata pergilah, dia izinkan, lagipun kami suami isteri mmg dah anggap budak berdua tu sedara mara lah kiranya. Jadi kami bertiga pun pi melayan Gengster. Lepas habis, kami makan-makan, jalan-jalan. Malam tu, Ep pulak belanja kami Briyani Gam Putra, habis layan Briyani, Ep kasi makan cempedak pulak. Habis satu rumah bau cempedak. Lepas EP balik, Darling dan budak berdua tu melayan boling. AKu tak ikut penat.



Sampai pukul berapa entah diaorg boling, darling riak dia dpt dua strike. Mat Jan kata, darling lagi riak dari dia, riak tahap dewa, MJ kena menuntut ilmu riak dari darling. Esoknya, kami ke Kajang, MJ ambik borang kerja kat MPK. kemudian kami ke Pusat Sains, Mat Jan hendak beli puzzle yang menyusahkan hidup semua orang kat rumah aku. dan kami melawat-lawat Pusat Sains, sebab aku ada kroni kat sana, kami semua masuk percuma. Kalau tak kena bayar 24 ringgit. Diaorg bertanya kat budak jual puzzle tu macam mana nak buat puzzle tu, ampeh, dua tiga kali tunjuk pun kami masih tak reti. Purbe siap amik gambar step by step.



Balik dari situ, terus hantar diaorg ke Pudu Jail...opsss..Puduraya. diaorg nak balik utara dah. dan kami terus balik rumah.



Seronok...bila berkumpul ramai-ramai, jiran-jiran aku mesti heran, ramainya sedara mara depa ni..hampir setiap minggu kereta nissan ep datang, tak pun kereta salina, ada jer...hampir setiap minggu meriah jer rumah kami. ada jer kawan-kawan cyber datang. kira macam rumah transitla.. seronok..



Masa sembang dengan darling, MJ dan Purbe, diaorg nak poya-poya, aku cakap pergilah, darling kata, tak cemburu, aku cakap..ermmm tak koser aku nak cemburu, MJ kata...ooo susah cemburu pun susah, tak cemburu pun susah. ha..ha..aku rasa siapa yang akan kawin dengan anak dara or anak teruna dari GJ mesti tak boleh yang jenis cemburu, sebab geng GJ ni banyak aktiviti dan bila beraktiviti, ada anak dara-anak teruna, ada laki orang, ada bini orang. Jadi kenalah paham kan? kena jadi macam isteri-isteri/suami-suami GJ yang ada sekarang. Sempoi rock jer. terutamanya isteri, sebab suami-suami GJ masih boleh menebeng kat kedai mamak pukul 1-2 pagi.



Aku - elok lagi menebeng dengan GJ kat kedai mamak 1-2 pagi, daripada pergi dangdut...he..he..













 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino