Monday, May 26, 2008


Untuk renungan semua..aku tak pasti ini Hadis ke? atau petikan ayat Quran ke, tapi aku tertarik dengan kata-kata ini, mungkin siapa tahu dapat maklumkan kepada aku.

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baikbuatmu..Oleh itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.."

Semalam dah kena masuk kerja dah, setelah lebih sebulan aku MC, masuk je kerja, my staff kata rileks la Puan tak payah la banyak gerak, kalau hendak apa-apa cakaplah, kitaorang tolong, uhuhu terharu rasanya. Kakak-kakak kat opis ni dok pesan, jalan elok-elok, patut duk rumah je la tak payah kerja. Ermm naik bosan juga duk kat rumah, dah boleh hafal, time ni ada citer apa, jap lagi citer apa kat tv eheheh. Datang office boleh gak borak-borak ngan diaorang, at least tak la bosan sangat. Makan ubat semua on time, siap letak reminder takut terlupa..eheehehe..

Minggu pertama June ni dah kena pegi hospital, potensi untuk terus ditahan dan dibersalinkan adalah tinggi, ehehe, so minggu ni kiranya last la aku masuk office. Minggu ni hand over kerja-kerja untuk my assistant, next week aku ambik cuti, sampai pegi hospital. Suspen je rasanya. Hopefully 'si adik inside' ready macam abang dulu jugak. Emak aku beriya-iya dok pesan, biarlah doktor nak operate 7 bulan pun, toksah dah masuk 8 bulan, orang tua-tua kata tak elok. Mungkin betul jugak teori orang tua-tua ni, dari segi perubatan aku tak pastilah. Dari segi perubatan mungkin para doktor pun ada teorinya. Tapi semuanya kuasa Allah Taala, dia yang mengizinkan setiap perkara itu berlaku kan.. Kita sebagai hambaNya berusaha dah bertawakal, selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan, umpama kata-kata aku letak di atas tadi tu.

Duit..
Duit sekarang ni aku rasa laju keluar, masa gaji itu hari aku keluarkan separuh, tup-tup tak sampai seminggu duit tu abeh, bukan bershopping sakan ke, entah, aku rasa guna untuk keperluan mustahak je, macam bayar yuran tuisyen Najmi kat Smart Reader tu, pegi pasar malam, bawak RM150, 50 ringgit isi minyak kereta, seratus pegi pasar malam just beli benda makan je, apam balik, murtabak, ayam percik, kerabu, nasi lemak, beli jagung, air, kiranya barang makan je, tak beli ikan, ayam, sayur apa pun sebab memang aku tak larat memasak sekarang. Beli barang makan untuk kami tiga beranak, dan sorang cousin kat rumah, itu je pun balik tengok baki ada beberapa keping je duit kaler merah.

Harga makanan, memang terasa. Dulu kalau nak beli lauk pauk, kat Serdang tu punyalah murah harga makanan dia, kalau dengan RM30-40 tu boleh beli lauk siap masak untuk makan 10 orang, ingat lagi 3-4 tahun lepas, arwah kakak ipar datang sefamili, arwahnya mmg suka shopping, jadi bila dia datang aktiviti aku bawa dia bershopping je, so tak masak, kami beli lauk jer. Masa tu beli ikan keli bakar + ikan tilapia dia kira 3 ekor ikan RM5, aku beli gulai lemak perut campur rebung satu periuk kecik tu baru RM5-6 ringgit, sambal sotong, ayam goreng 4-5 ketul, semuanya tak sampai RM40 pun, tapi sekarang beli lauk gulai lemak campur perut dengan kuantiti yang sama harganya RM10.00, ikan keli dah dijual seekor RM2.50, tak dapat lagi dah 3 ekor ima ringgit.

Pemimpin kita kata berjimat cermatlah, tak tau la nak jimat macam mana, kita bukannya setiap hari ada function macam diaorang, so dapatlah makan free sokmo, kita tak der elaun keraian, jadi kalau tetamu datang rumah kita keluar duit poket sendiri jamu tetamu, diaorang ada elaun keraian, boleh meraikan tetamu dengan mewah. Depa ada elaun petrol, dan diaorang bukan isi minyak pun, tol pun tak bayar. Kita ni setiap minggu isi minyak penuh, kejap je abeh, isi lagi. Pakai pun keter mesia yang murah-murah je, tak mampu pakai keter import beso-beso. Itu kami yang anak sorang, dua-dua kerja, and gaji lebih dari gaji seorang kerani, seorang driver, atau seorang cleaner. Macam mana la orang gaji kecil anak 4-5 orang, yang sedang membesar, yang sekali tanak nasi 4-5 pot, sekali masak gulai ayam sekor atau ikan sekilo. Aku rasa kalau udang sederhana sekarang sekilo RM16-19 ringgit, takat sekilo udang tu, sekali hadap je kot kalau family tu ada 3 anak lelaki yang sedang membesar.

Kalau kami 10kg beras tu boleh tahan 2 bulan, orang anak ramai 10kg tu berapa lama je betahan, kalau sekali tanak nasi 4-5 pot. Pemimpin kata makan ubi ganti nasi..hahahah so kalau ada function pak menteri datang rasmi kita pakat jamu ubi kentang, ubi kayu rebus, ubi keledek. muehehehe..kepimpinan melalui teladan kan...

Abeh camno nak kumpul duit pegi Haji, bila tabungan kat tabung haji asyik bocor..hiks..itu sebab ada orang cadangan boleh keluarkan sedikit dari simpanan EPF kita untuk cover kos pegi Haji, aku kira logik jugak, kalau nak tunggu umur 55 baru keluarkan EPF, ermm entah, jangka hayat manusia ni tak sama, buatnya orang teringin nak pegi Haji, ada duit simpanan, tapi dalam EPF, cuma tak boleh keluarkan, ikutkan dia kategori mampu dengan jumlah simpanan di EPF yang ada, cuma undang-undang manusia kata tak boleh keluar, konon simpan utk hari tua. Tup-tup orang tu mati sebelum sempat dia keluarkan EPF, maka berkuburlah impian dia nak pegi Haji, kalau dapat waris yang amanah, guna duit epf arwah buat upah haji baguslah, tapi kalau diaorang pakat bahagi anak beranak, buat bayar hutang sendiri camno..sedihlah kan..

Aku dah takder kena mengena dengan EPF, sesen pun dah takdo duit den dalam tu, keluarkan abeh dah lepas amek skim pencen, merasa la duit epf, dapat bayar 10% duit rumah, beli pc, lepas la duit lawyer semua masa urusan pembelian rumah. Itulah my darling kata, kalau skrang dia dapat kerja gomen, jadi driver pun dia nak..eheeh cukup 3 tahun boleh keluarkan semua EPF.. wahhh banyak tu.. masalahnya abang, umur dah lanjut nak keja gomen..ahaks..eheheh

Tuesday, May 20, 2008

Happy Birthday to My Blog - 7 years old


Hari ni hari jadi blog ini. Sudah 7 tahun, seusia dengan Najmi. Happy Birthday to my blog. Dari menulis blog aku punya ramaiiiii kawan-kawan yang hebat-hebat. Kawan-kawan yang ala-ala korporat, profesional, ada juga kawan-kawan sempoi lepak kedai mamak pun masyuk, ada kaum ibu yang suri rumah, semua kawan-kawan yang best. Ada adik-adik yang ku anggap macam adik beradik sendiri, ada kakak-kakak yang sudi memberi semangat kala aku sedih, pilu. Ada yang memberi bantuan kala kebuntuan. Itulah manisnya menulis blog.

Banyak manis dari pahitnya menulis blog. Dan walaupun aku jarang update blog, tapi aku still akan menulis, kerana blog ni kesayangan. Dari blog ini aku ada banyak kenalan. Ke Langkawi ada teman blogger membawa berjalan, ke Sarawak, ada yang sudi menjadi supirku di sana, itu pun kawan blog. Ke Pahang, ada teman pembaca blog dan kawan dikenali melalui blog menanti di sana. Ke Johor, juga ada teman blogger membawa kami meronda.

Love my blog...

Sebenarnya sepanjang minggu lepas banyak kisah hendak di tulis, ada kisah sedih, kawan darling meninggal dunia keseorangan di rumahnya pada usia yang muda, iaitu 35 tahun. Al-Fatihah buat arwah Shahrul. Masa sebenarnya arwah meninggal tidak dapat dipastikan. Kisahnya pada pagi Isnin 12/5, sepatutnya arwah masuk kerja jam 8 pagi, tapi dia tak masuk office, then member-member office call hp, call phone rumah tak berangkat, sampai ke petang. Arwah tak pernah kalau tak datang kerja tak maklumkan, atau kalau orang call tak berangkat. Sampai ke Malam Isnin tu, salah seorang kawan diaorang call darling minta tolong pegi tengok dia kat rumah, sebab kami tinggal paling dekat dengan rumah arwah.

Jam 9 malam lebih kurang kami ke rumah arwah, darling ketuk, tak bersahut, tp grill tak berkunci, lampu cerah. kami turun bawah round cari kereta arwah, ada pulak kat tempat parking, darling mula tak sedap hati. Then aku cakap kat darling, pegi je la report polis, sebab kali terakhir dapat contact dia ialah pada Sabtu. Wife dia kebetulan satu pejabat dengan aku, tapi baru je pegi posting ke Taiwan, camner nak call dia kat sana bertanya kot-kot arwah ada maklumkan apa-apa. Kami report polis, dan polis ni amatlah lembab, hendak membuat keputusan untuk pecah pintu pun lebih dua jam tak der kesudahan. Nak tunggu bahagian pengurusan hartanah (BPH) la (sebab diaorang duduk kuarters) dah datang budak BPH tu, tunggu pulak budak maintenance, sampai budak maintenance, peralatan pecah pintu tak cukup. Soooo +*)_&)%&$*$*^*&$%*(&%(& sangatlah kan, lebih dua jam membazir masa, kerana polis tidak mau ambil keputusan dia pecahkan pintu tu.

Sampai satu tahap, kengkawan office darling dah fed up, and kebetulan jiran pintu sebelah buka pintu, dan sorang kawan diaorang minta masuk nak tinjau dari rumah sebelah, and akhirnya kawan diaorang ambil tindakan nekad, panjat dari balkoni rumah sebelah ke rumah arwah, gila punya berani, tingkat 9 tu, dah tu tanpa peralatan. Dapat jejak kaki ke balkoni rumah arwah, mujur sliding door tak berkunci, dapat masuk dalam rumah arwah. Dia bukak pintu semua, dan diaorang menemui arwah sudah meninggal, dan dijangka sudah meninggal lebih dari 10 jam, berdasarkan keadaan mayat yang telah kaku. Al-Fatihah.

Darling call aku, dan aku call my boss maklumkan, agar my boss boleh hubungi kedutaan Taiwan maklumkan berita sedih ini kepada isteri arwah, dan office uruskan penerbangan balik isteri arwah dengan segera. Sungguh sedih, kerana isteri arwah tiba dan sempat bersama 'arwah' yang telah di kafankan, di solatkan, hanya beberapa minit sebelum dibalutkan seluruh muka dan diusung ke tanah perkuburan. Moga arwah dicucuri rahmat Allah.

Perkembangan aku pulak..
Semalam pegi check up, bp ok la sikit, tp masih tinggi, urine yang minggu lepas ada protein sampai 2+, dah menurun ke 1+, so tidaklah aku kena masuk wad lagi, and doktor bagi appointment lagi 3 minggu, tapi doktor kata kalau check bp kat rumah naik, kena terus ke labour room, mungkin akan di bersalinkan. Now dah masuk 7 bulan, Insya-Allah kalau baby kena lahir awal, aku yakin baby akan kuat macam abang Najmi dia. Aku cari maklumat kat internet pun, banyak yang positif, kalau baby dilahirkan dalam tempoh ni, akan survive. Allah punya kuasa kan. Dia yang menentukan segalanya. Aku doakan yang terbaik, dan doa korang aku aminkan dengan tulus ikhlas, moga diperkenankan Allah, terima kasih ye atas doa kalian.

Last scan memang nampak baby boy or girl..eheheh tapi biarlah rahsia dulu, yang penting baby ni selamat dilahirkan, dan sahih barulah diumumkan, eheheh. This week mc lagi, minggu depan kena masuk kerja la nampaknya.

Sabar ye dik...kuatkan semangat, kita lalui bersama ye adik... last week mama dah kena inject dexa, injection untuk kuatkan paru-paru adik, moga itu antara jalan yang Allah beri untuk bantu adik lahir dengan kuat nanti. sakit tau mama kena inject, rasa lenguh dari punggung tu sampai kaki, malam nak tido pun tak selesa, kiri kanan kena inject. Tapi tak apa, demi untuk adik, mama tahankan sakit tu semua, adik kuat ek..

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu,
semua ibu dalam dunia ini adalah hebat, kecuali pompuan yang mengandung kemudian buang anak dalam longkang, dalam tong sampah, itu apa entah lah sebab ibu binatang pun tau sayangkan anak dia.

Entry ni sepatutnya aku taip semalam, tapi semalam pagi dan tengahari kami 3 beranak, lepak anak beranak, sayang pula aku nak mencuri masa untuk duduk depan pc, masa untuk spend 3 beranak lagi berharga. Petang darling membereskan kerja rumah, gosok baju, sementara dia gosok baju, aku lipat kain baju, kerja ringan la aku boleh buatkan, lepas dia abeh gosok baju, darling menyapu, so sangat la tak best dia buat kerja aku mengadap pc. Kemudian aku terlayan drama di Astro Ria, tajuk Mama, best..

Hari ibu tahun ni, kami tak ke mana pun, i need more rest, so kami duduk-duduk di rumah je, cuma malam tu je kami keluar makan kat luar, kami makan kat kedai tomyam je, tak der pegi makan tempat special sebab aku kena jaga pemakanan dalam waktu sekarang, so kami just order siakap kukus, dan beberapa lauk lain, dan aku request semuanya kurang masin. Cukuplah cik abang sekadar mengingati untuk menyambut Hari Ibu.

Hari Sabtu malam tu kat TV3 ada drama best rupanya, tapi awal tu kami terlayan Konsert AF, so tak sempat tengok dari awal, cuma sejam terakhir tu je dapat tengok, menyentuh hati. Kisah macam dalam drama tu aku kira dah beratus dah drama yang jalan cerita hampir sama, anak masuk universiti, ada gf or bf orang kaya, malu mak bapak miskin, lupa diri, biasalah kan, memang dah biasa kan, cuma aku suka skrip drama tu, simple tapi menyentuh hati. Ayat yang berkesan pada aku ialah "Kau kena ingat, dulu kau berjaya, sebab doa emaknya ada untuk kau, walau apa pun kau buat, tapi ingat, skrng emak kau dah tak ada, emak engkau dah mati, tak ada lagi doa untuk engkau," betul kan, selama emaknya hidup dia berjaya, sebab emaknya sentiasa berdoa, bila emaknya mati, dia ditimpa pelbagai masalah, kerana tiada lagi doa ibu. Touching..

Emak
Kalau cerita bab emak, memang tak akan habis, sebab emak kita adalah emak yang terbaik yang kita semua rasakan. Walaupun emak kita seorang penjual nasi lemak, emak kita buat kerja bendang, menoreh, tapi dialah emak yang best untuk kita. Dari emak tidak sekolah tinggi itulah lahirnya seorang doktor, seorang pensyarah, seorang peguam. Itulah emak.

Bila tengok seorang ibu menjual nasi lemak, laksa, bihun atau sebagainya, aku selalu teringat, masa aku kecik dulu itulah benda-benda yang emak aku buat untuk tambah pendapatan keluarga, membesarkan kami 4 beradik. Emak pernah jual laksa, bihun sup, nasi lemak, jual karipap, buat donut, nasi impit, untuk berjual. Sehari banyak benda yang emak buat. Kalau ikut hidup aku sekarang, aku kira kalau aku ditempat dia, aku tak mampu buat semua kerja tu dalam satu hari, penat tak dapat aku bayangkan, masa tu pulak mana ada mesin basuh, baju dibasuh dengan tangan. Tapi hebatkan emak. pukul 4.30-5.00 pagi dah bangun.

Tapi emaklah cikgu terbaik kita, dia tak ajar kita matematik, bahasa inggeris, sejarah, tapi ajar kita ilmu kehidupan. Emak ajar aku jaga adik-adik, emak ajar aku memasak, emak ajar aku tabah, kuat. Kalau bukan emak, aku tak reti memasak, aku tak reti menjaga rumah tangga, sampai sekarang emak tetap emak, aku dah kawin dia tetap 'mengajar' juga. Bila balik kampung, emak akan menegur itu ini. Bila time makan, kalau suami solat dahulu, pastikan sebelum dia tahiyat akhir, meja makan dah siap, air siap dibancuh, makan terhidang. Bila suami tengah berwuduk, pastikan sejadah siap tersedia, kain pelikat bersih, emak akan menegur kalau suami sudah siap solat, aku belum hidangkan makan untuk suami, mesti bising. Kalau tengok menantu dia tengah leka tengok tv, dia mesti sibuk suruh aku buatkan air minum hulurkan pada dia.

Kalau anak aku demam, sibuk emak turunkan petua itu ini bagi reda demam panas budak. Emak itu, emak ini. Kalau di rumah emak, aku sampai tak nak sebut nak makan apa, kalau aku tak mengandung pun memangnya emak akan usaha kalau aku tersebut nak makan apa-apa, tambah pulak kalau time aku begini. Minggu lepas aku call rumah, tengahari, adik menyakat aku, kata depa tengah masak gulai ikan mayong ada telur besar-besar sedap. Tiba-tiba aku menangis, aku teringin pulak nak merasa, adik aku rasa bersalah, aku dengar emak marah adik. sampai emak kata kalau aku hendak, dia nak hantar. Alahai emak, Kedah-Putrajaya 5-6 jam jauhnya perjalanan. Aku kata pada emak, tak apalah, nanti kat pasar malam sini aku cari. Tapi bila kat pasar malam aku tak terasa nak makan pulak, sebab telur ikan tu dah hancur2 lagi pun tak sama macam emak masak.

Aku dah cakap pada emak, kalau Khami ni aku pegi check up, dan tak kena tahan kat wad, cuti sekolah ni aku hendak emak datang sini, sebab kami tak mungkin balik kampung dalam keadaan aku skrang. Emak kata boleh, seronoknya, dapat emak datang 2-3 hari pun cukuplah. ye la emak tak boleh tinggal abah lama-lama, abah aku kan dah lumpuh, tak boleh berjalan. walaupun ada adik-adik sekarang duduk dengan emak, tapi tak samalah dengan adanya emak kan. So harapnya Khamis ni bp tak naik tinggi dan doktor tidak tahan aku di wad...

Tuesday, May 06, 2008

masih bercuti..


Minggu ni aku bercuti seminggu, minggu depan akan pegi check up, kalau bp tak naik tinggi sangat, nak minta mc lagi dengan doktor nak rest kat rumah, susah pegi office pun nak kerja tak boleh sebab tangan kebas, harap doktor baik hati bagi mc, i need more rest. Kalau nasib tak berapa baik, bp naik aku kena masuk wad, and kali ini masuk wad, mesti doktor tahan sampai dibersalinkan.

Kalau kali ni kena masuk wad again, aku kena lebih ready, kerana aku yakin mesti doktor tahan sampai aku dibersalinkan, doktor akan monitor bp and monitor perkembangan baby. Masa Najmi dulu, cukup 30 minggu, doktor scan estimate berat baby 1.2kg, doktor decide keluarkan dan baby dibesarkan di luar lebih selamat dari dibiarkan di dalam rahim ibu. So aku redha dan doakan yang terbaik. this time also, kalau perkara itu berlaku, aku doakan agar baby yang dilahirkan sempurna sifatnya dan sihat tubuh badannya.

Aku selalu usap baby dan cakap dia kena kuat macam abang Najmi, mama, babah dan abang sayang adik, dan kami hendak adik hidup dengan sihat dalam keluarga ini, harap-harap adik kuat semangat macam abang juga. Miraclenya, bila aku tak rasa baby banyak bergerak, aku macam suspen je, aku tepuk-tepuk perut dan cakap ngan baby, "adik, kick mama adik, tell me that u are ok inside there," kejap lepas tu aku boleh rasa tendangan comel dia, dan dia bergerak-gerak, sungguh baik adik, tak nak bagi mama risaukan dia. Abang selalu cakap pada adik "Adik, adik kuat macam abang tau, abang lahir 7 bulan, tapi abang kuat, aku bernafas sendiri, abang tak pakai oksigen yang doktor bagi, abang minum banyak susu, abang cepat besar, adik kuat tau, nanti abang jaga adik bila adik lahir"

And hopefully adik is a good listener, kuat semangat macam abang. Abang yang sangat teruja, Ya Allah, jangan kau hampakan kami. Aku yakin, sesaat pun Allah tak tinggalkan hambaNya, kita je selalu lupakan Dia, aku yakin Allah akan aturkan yang terbaik buat kami. Doa-doa kalian aku aminkan dan semoga Allah makbulkan doa kita semua. terima kasih semua.
Tak apalah, dugaan kuat masa mengandung, kerana Allah nak bagi anak yang baik kemudian hari..aminnnnn...

Weekend
Weekend lepas Mak Ngah dan Pak Ngah aku datang dari Penang, Pak Ngah ni adik abah, Along, anak diaorang yang sulung, iaitu sepupu aku la, dia dapat kerja dengan Imegresen, and buat sementara Along akan tinggal dengan kami, this mamat dah bertunang, and kalau ikut plan asal akan berkahwin bulan Ogos ni, bergantung pada situasi kerja dia la..maklumlah baru kerja, tak tau lagi akan datang macam mana, kot kena kursus ke. So sementara dia stay dengan kami. lega juga, sebab along ada, at least kalau hubby balik lambat ke, along ada kat rumah, apa-apa hal along boleh tolong. Along pun boleh drive, so kalau aku nak ke kedai ke, along boleh tolong drive, sebab hubby mmg tak berapa bagi aku bergerak sorang diri sekarang.

And kalau pun lepas ni aku kena masuk wad, at least along balik kerja 5.30 dah ada kat rumah, Najmi balik sekolah mengaji boleh terus balik rumah, sementara hubby balik kerja paling awal boleh sampai 6.30 ptg. See, semua yang berlaku ada hikmahnya, Allah dah tolong aturkan. And along pun jenis ringan tulang, kalau dia nampak ada pinggan mangkuk dalam sinki dia tolong basuhkan, lepas makan dia kemaskan meja makan. Kiranya ada lah rakan kongsi darling bereskan kerja rumah. ehehehe..

Jam
Misteri kehilangan jam Najmi sudah terjawab. Sebenarnya mmg seperti yang aku jangka, cumanya tak baik kita menuduh, and bila tiba-tiba Najmi bawa balik jam, dan menyebut si anu kata dia jumpa dalam dewan sekolah, aku tak terkejut, ermm tap hal budak-budak biarlah je la, cuma aku peringatan untuk diri aku sendiri. kalau anak-anak bawa balik barang yang bukan hak dia, aku pasti akan suruh dia pulangkan, walaupun dia kata itu kawan yang bagi, aku mesti suruh dia pulangkan.

Tapi budak-budak ni mmg susah, dah berpuluh kali pesan pun, dia selamba juga, semalam dia bawa balik dua patung robot yang kecik, dua seringgit kata dia, kata dia kawan yang kasi, aku geram betul, dah pesan jangan ambil, dia cakap kawan dia kasi, bukan dia mintak, tp itu kata dia, aku bukan tak percayakan anak, tapi mana tau kot kawannya balik cerita kat emaknya kata si Najmi yang minta, budak-budak punya cerita ni banyak version.
Ermmm mendidik anak memang mencabar la kan..
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino