Thursday, April 28, 2005

Wanita yang dikagumi

Dalam hidup aku ni, aku sangat-sangat kagum dengan beberapa kategori wanita.

1. Wanita yang sanggup memperjudikan nasib dia mengahwini lelaki yang dia belum pasti kenal hati budai dan latar belakang hidup dia. Kahwin walau tanpa restu mak bapak. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam.

2. Wanita yang teraniaya, wanita yang sering dipukul suami, suami kaki judi, suami kaki betina, suami 'doktor' (inject diri sendiri got what i mean?) dia teraniaya, tapi dia masih tetap bersama suami dia. Masih sanggup hidup dengan lelaki keparat tu. Setia pada suami. Masih melahirkan anak benih suami dia, susah payah untuk laki bodoh dia. Kagum..

3. Ibu tunggal membesarkan anak-anak berderet, kes laki tinggalkan anak-anak tanpa nafkah, suami meninggal dikala anak-anak masih kecil. Wanita cekal ini terus bersusah payah membesarkan anak-anak dia. Terutamanya wanita yang tidak ada pendidikan tinggi, kerja jadi pencuci, kerja apa saja untuk menyara anak-anak dia. Aku kagum.

4. Wanita yang membuat keputusan berkahwin dengan lelaki dari luar negara, tak kira lah orang putih ker, orang Jepun ker, Korea ker, mana-manalah, dan sanggup berkorban rasa meninggalkan sanak saudara, sahabat di bumi Malaysia dan membina hidup baru bersama suami di negara asing dan melahirkan anak-anaknya diluar negara.

5. Wanita yang asalnya miskin, melarat, kemudian kerja keras dan berjaya kemudiannya. Tegas, berdisiplin, dan sangat-sangat tabah.

Kenapa aku kagum dengan 5 kategori wanita begitu?

Sebab...
Aku sendiri tidak mampu jadi begitu. Aku tidak sanggup membuat keputusan berkahwin dengan lelaki yang aku tak tau asal usul, mak bapak tak restu. Oh memang aku tidak boleh macam tu.

Aku tak mampu bersabar dengan lelaki bagi jantan di kategori nombor 2 di atas. Aku bukan boleh sabar sampai tahap macam tu, setia sampai tahap macam tu. Sanggup jadi bahan sepak terajang dan sanggup hidup melarat.

Kategori nombor 3 pulak, membuatkan aku kagum kerana dalam kedaaan diri seorang wanita tak berpelajaran, apalah sangat kerja yang dia mampu buat bagi menyara anak-anak dia. Dengan gaji 5-6 ratus tu la dia aturkan hidup dia. makan minum, sewa rumah, belanja anak-anak. Tabahkan wanita macam tu?

Bagi wanita kategori 4 pula, aku kagum kerana aku memang tidak boleh jadi macam tu, jangankan kata hendak tinggal di luar negara, kalau ke Sabah or Serawak pun aku fikir 2-3 kali. Aku memang tak boleh nak berpisah dengan mak abah sejauh itu. Ye lah memang teknologi sekarang canggih, tapi mak bapak aku tidaklah canggih. Duduk kat Lembah Klang ni pun dah rasa macam jauuuuhhhh sangat dah. Tapi masih ok lagik, kalau ada apa-apa kecemasan sekurang-kurang pack barang start kereta boleh terus bertoalk balik, or beli tiket bas, keretapi pun ada. Jadi aku rasa kagum dengan mereka yang mempunyai kekuatan emosi begitu.

Kategori 5 pulak memang tidak dipertikaikan lagi, mereka memang patut dikagumi. Aku pernah baca mengenai kisah Pn Ro*ita tokei Senday* Tinggi tu. Ceritanya dia dulu ditinggalkan suami, anak-anak kecil lagi, dia susah sangat, sampai tahap dia tak mampu belikan susu untuk anak, dia hanya beri anak dia minum air sirap, tetapi dia kuatkan semangat ceburi bidang kecantikan, dia mula berniaga kecil-kecil, hasil gadaian barang-barang kemas dia, dan kini dia sudah berjaya.

Antara wanita yang paling aku kagumi ialah emak aku sendiri, lepas abah sakit, tidak boleh berjalan, emaklah menjadi ketua rumah, walau anak-anak dah besar, tapi aku kagum dengan mak, dia ke hulu ke hilir, naik bas turun bas pergi pekan, bayar bil air, api, duit rumah, bawa abah ke hospital, sewa teksi, dan menempuh segala macam dugaan dengan pelbagai masalah yang terlalu peribadi untuk diceritakan di sini.

Sebab itu dengan mak aku kalau tak ada duit macam mana pun sanggup aku berbelanja untuk mak walau menggunakan kad kredit. Atau sanggup aku keluarkan duit tabung haji kalau mak perlukan duit. Sebab itu saja mak yang aku ada. Kalau mak aku dah mati, aku sudah tidak punya mak lagi untuk aku berbakti. Sebab itu 2-3 bulan sekali kalau kami balik, kami pastikan mak cukup segala stok makanan. Aku mesti call mak selang sehari, atau adakalanya sehari sekali, malah kadang-kadang sehari 2-3 kali. Aku heran dengan orang menelefon mak dia seminggu sekali or malah ada yang sebulan sekali. Alasan berjimat bil telefon, tapi bab melaram tak jimat pulak, beli gincu, beli hand bag, beli kasut, beli minyak wangi..heran la...

Tuesday, April 26, 2005

Borang income tax dan Like mother/father like son

Dah isi borang income tax?
Aku macam biasa...sain jer, darling ku akan isi semua...
Alaa suami isteri tolong menolong..sayangggg dia...
Kalau dia hulur borang kebenaran nikah lagi satu pun aku main bantai sain jer...ahaks..sedar-sedar dah bermadu aku..opsss i know my darling maaaa...

Tapi aku bukan kena income tax pun, ye ler gaji ciput jer pun, tapi yang penting declare dan ada failnya kat pejabat diaorang. Tidakler nanti aku kena denda sebab tak pernah declare pendapatan. Ada member aku kata dia tak pernah declare income tax dia kata pendapatan sikit tak payah declare. Ermm ikut suka dia ler..esok-esok jangan menyesal dah ler. Kakak ipaq aku keja income tax, kata dia dulu ada kes sorang pesara ni dia tak pernah declare income tax sejak kerja sampai pencen. Masa pencen, habih duit pencen dia kena bayar denda dan bayar income tax berpuluh tahun dia tak bayar, naya jer… ada member aku kata kalau tak reti pi jer kat pejabat income tax tu minta dia guide macam mana nak isi, bawa penyata pendapatan, serta resit dan dokumen berkaitan. Kalau keja gomen, pergi income tax, dikira urusan rasmi…ha..ha…

Cerita Najmi

Like father like son.

Unsur-unsur babah banyak melekat kat Najmi, Semalam dia makan ayam goreng, dia minta air minum dari meja makan tu, memikirkan tangan dia berminyak, aku rela ambilkan dia air, so aku tanya dia air apa dia nak. (air masak or air sejuk dari peti ais maksu aku) selamba je dia jawab, “air apa-apa ler mama, janji boleh minum…” sama sebijik jawapan babahnya.

Kemudian dia cuci tangan kat dapur, dia nampak ada sebiji mug kat tepi peti ais tu, dia bebel “Ni cawan apa? Kalau dah habis minum letak dalam sinki la,” again, skrip babah dia.

Masa lepas aku solat, aku siap pakai seluar, t-shirt standby, sebab kitaorang nak pergi pasar malam, dia tanya, “Nak pergi mana ni mama?”

“Nak pergi pasar malam,” kata aku sambil dok layan sms dengan Cik Daun.

“Kalau pergi pasar malam, nanti tak boleh beli mainan, mainan kat rumah dah banyak, dah penuh bakul, dah penuh kotak, main itu jer, buat apa beli banyak-banyak, beli makanan tak per,” ok..for your information ini adalah dialog ulangan babah dia most of the time kitaorang nak pergi ke Shopping Mall atau ke Pasar Malam. Aku tergelak. Bertuah sungguh anak babah ni…

Like mother like son pulak..

Aku suka goyang kaki bila time tidur, aku suka tidur meniarap dan akan goyang-goyang pergelangan kaki sampai aku terlena. Dia itu jadi amalam dia jugak. Semalam aku tegur, “eh kenapa tidur goyang kaki, jangan buat macam tu,” selamba dia jawan, “kita ikut mamalah, goyang-goyang kaki,” ermm masa balik kampung Mak Toknya tegur, tabiat tidur maknya turun ke anak dia….he..hehehehehh

Orang kata ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi ??? Ye tak??

Thursday, April 21, 2005

MISI SUARA HATI

Di Astro ada program realiti tv yang sudah ditayangkan sejak beberapa minggu yang lalu, nama rancangannya ialah MISI SUARA HATI. Ia memaparkan sekumpulan 8 orang pelajar yang terpilih dari 3 IPTA tempatan yang merangka satu misi bagi mengumpulkan dana bagi seorang pelajar iaitu Sim Yee Lim yang mengidap penyakit lukemia. Ayahnya juga mempunyai masalah mental dan telah diberhentikan kerja, ibunya pengidap barah yang juga memerlukan pembedahan. Mereka orang susah. Ibunya tidak mahu dibedah kerana kalau beliau dibedah, beliau tidak boleh bekerja untuk menyara keluarga.

Sim ingin membantu emaknya dan diri dia sendiri. So sekumpulan pelajar diketuai oleh Jag telah membuat pelbagai program untuk membantu Sim mengumpulkan dana sebanyak 50K. Duit yang terkumpul sekarang tak sampai 25k (sehingga episod semalam) mereka ada membuat FUTSAL, dengan sedikit yuran penyertaan, akan mengadakan jualan amal. dan mereka akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal pada 24 Mei nanti.

Mereka merayu-rayu penonton menyumbangkan derma bagi menjayakan misi mereka. Mereka ke hulu ke hilir merayu sumbangan dan derma. Mereka cuba membantu bukan darah daging mereka, malah bukan bangsa mereka. Kalau anda tidak punya wang yang banyak untuk menderma, 1 ringgit pun boleh derma. Kalau peminat Akademi Fantasia boleh habis beratus ringgit dengan AFUNDI, apalah salahnya menderma kepada adik Sim ni. Taipkan MISI1 nilai derma dan hantarkan ke 32999. Nilai derma ialah RM1, RM5 dan RM10. Contohnya anda boleh mulakan menaip MISI1 5 dan hantarkan ke 32999.

Atau inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 03-8922 1740 atau ketua mereka Jag 012-2411 874 atau Juliza 012-396 3871 email mereka misi_suarahati@yahoo.com apa salahnya menderma 1 ringgit or 5 ringgit or kalau mampu derma 10 ringgit 7-8 kali. Alhamdulillah bagi pihak diri aku sendiri aku sudah menitipkan sedikit dari kami anak beranak. sikit pun tak apa, janji niat kita ingin membantu. Sekarang time anak orang sakit, sedara mara orang sakit, esok-esok kalau sakit, anak beranak kita ke sakit, sedara mara kita sakit, tiada siapa pun yang ALlah gerakkan hati kita untuk membantu. Masa tu barulah kita terfikir kenapa kita sendiri bila tahu orang susah/sakit suatu masa dahulu tidak mahu membantu.

Kalau pun bukan orang yang kita bantu hari ni membantu kita di masa akan datang tetapi Allah mungkin gerakkan hati orang lain untuk membantu kita. Percayalah Allah itu MAHA ADIL. Tadi pun aku call Jag untuk bertanya maklumat lanjut mengenai perkara ini. Beliau berharap ada lah yang sudi untuk membangunkan satu website untuk mereka...so kepada mereka yang pandai mereka bentuk web canggih-canggih bila lagi hendak menyumbangkan bakat dan idea?? siapa berani sahut cabaran ini? sila email mereka dan sama-sama kita bantu mereka mengutip dana untuk anak malang ini. (tapi bgtaulah aku kalau korang dah create web canggih2 utk misi ni...aku ni buta it..tak reti nak buat canggih-canggih)

MISI SUARA HATI akan menemui anda setiap malam 8.30 malam di Astro Ria. Kepada geng-geng anti AF suatu masa dahulu yang berkobar-kobar menyarankan program tv realiti yang bukan hiburan, buktikan ada bersungguh-sungguh ingin membantu, bak kata iklan kitar semula..."jangan pandai cakap sajaaaa..."

Moga Allah permudahkan usaha mereka..amin....

aku seorang ibu,
aku punya anak...
aku rasa perit bila anak aku sakit...
aku mahu anak aku sihat..
aku gembira melihat anak aku sihat...

Aku seorang anak,
aku punya ibu
aku rasa sebak bila ibuku sakit..
aku mahu ibuku sihat...
aku bahagia melihat ibu sihat...

Tak semua dari kita ada anak...
tapi semua dari kita punya ibu...
apa kita rasa??
tepuk dada tanya selera...

(update jam 4 ptg jumaat 22/4/05)
Yadziz telah menyahut cabaran ini dan mebuat satu website
sila layari http://misi-suarahati.blogspot.com
dan Salina sedang membuat banner yang agung dan akan siap tidak lama lagik...
siapa ingin menyumbang idea sila berbuat demikian..

Monday, April 18, 2005

What is This??

What is this?
Entah?
Pelik?
Hairan?

Am I doing something wrong?

Ok, Stop.

___________________________________________________________

Semalam aku masak meehoon jer, meehoon pun meehoon putih bodoh jer...cili pon malas blender, so aku masak bihun putih jer, tumbuk-tumbuk bawang, dan taruk lada hitam yang memang aku dah kisar lumat yang sentiasa ada dalam tupperware kat dapur tu...taruk ayam dan sotong, dah siap masak, aku potong cili padi dan taruk kicap. Jadilah utk dinner kami.

Itupun anak dan laki makan dua kali, first round masa lepas masak sekitar jam 7 malam. Kemudian ulang lagi lepas solat Isya' masih ada belen sikit, pagi tadi aku tapau buat breakfast pagi...(jimat sungguh, mkn malam boleh jadi breakfast jugak, kalau hari-hari mcm ni jimat la..)

baca review pasal sepet vs sembilu kat blog SULTAN MUZAFFAR aku rasa macam nak gelak guling-guling. Aku dah banyak kali pergi Speedy Video kat Alamanda cari VCD Sepet, tapi tokei asek bgtau habis, "2 minggu lepas saya tanya cakap order lagi? tak der pun?" tanya aku..."aiya..sudah order, sudah sampai tapi habis jugak maaa, sekarang sudah order next week sampai," ermm VCD Sembilu or Selumbar tu aku tunggu Cina berambut merah (jason??) jual kat paso malam la..

Semalam baru kami gelak-gelak kat office cerita sembilu tu, kata sorang kakak kat opis ni "Usop Selam tu tak reti buat cerita orang miskin ker? orang kampung? semua cerita dia mesti cerita orang kaya, ngape kat malaysia semua orang kaya jer ker ada ceritanya?" ha..ha..tu dia...makcik-makcik pun dah bosan dengan cerita dia. Aku tak pasti golongan mana yang minat citer Usop Selam ni. Sesiapa boleh tolong jawabkan?
Kesian aku tengok pelakon-pelakon yang ada kat Malaysia, dia lah penyanyi dia lah pelakon, dia lah berlakon jadi orang tua, dia lah remaja, dia lah kakak bak kata serba boleh lah. Ada sesetengah tu watak mak sebaya pulak ngan anak. Kalau tua pun alahai beza 5-6 tahun, mak dia beranak lepas dapat period yang pertama kot.

Cerita Najmi
Semalam lepas kerja ambil dia kat taska kemudian aku bawa dia pergi kedai, baik anak aku semalam patuh dan mendengar kata, aku pun rasa lain macam jer, biasalah mesti aku masam-masa muka kalau bawak dia pergi kedai, gula-gula nak, keropok nak, air kotak nak, tapi semalam aku minta dia janji, boleh beli biskut tiger jer. Dia kata ok, tapi sampai kat kedai dia nak beli keropok yang kaler-kaler tu, erkk keropok tradisional. Aku kata ok, so jangan beli biskut dan gula-gula dah, dia pun kata ok. Tapi dia ambil gula-gula aku cakap letak balik, dia pun ikut jer...alahai senangnya macam tu jer...aku pun apalagi cepat-cepat bayar dan keluar.

Balik rumah pun dia ok, dia keluarkan baju kotor dari beg dan masukkan dalam bakul baju kotor dan sidai tualanya. Tak perlu aku jerit-jerit "Najmi amik baju kotor letak dalam bakul, sidai tuala, bla..bla.." masa aku sebok masak bihun pun dia tak busy body sangat. Dia layan kartun dan layan VCD jer. nak minum pun dia ambil sendiri. Harapnya hari ni pun dia ok. Pagi tadi pergi taska pun ok jer.

Pergi meeting tadi jumpa kawan lama, dia bawa berita gembira tapi aku rasa pilu mendengarnya. Oh ya..jangan macam tu Pnut...come on!!! cheer up!!

Thursday, April 14, 2005

Anakku Najmi

Ya Allah si Najmi buat hal lagi pagi tadi...
Semalam dia meragam susah nak bangun pagi, ye lah malam sebelum tu dok layan movie kat HBO dengan babah dia cerita perang-perang ni..sampai pukul 12 malam. Geram betul...padahnya esok tu dia liat nak bangun pagi.

Pagi tadi pulak, bangun tu liat jugak ler, tapi belum tahap meragam-ragam, elok jer lepas tanggalkan baju dia nak pergi mandi dan gosok gigi semua, pakai baju hensem-hemsem dah, time aku suruh off tv dan ambik beg dia dah mula, katanya dia nak ikut aku pergi office. Alahai....dia dah start mencari pasal je nak meragam. Aku kata tak boleh boss mama ada nanti boss mama marah. Dia masih meraung, dan tiba masanya aku dah tak boleh handle dah, aku terpaksa panggil babah ynag tengah dok shaving kat bilik air tingkat atas. Babah turun dan pujuk-pujuk tetapi tak mau jugak. last-last aku buat tak peduli, masuk kereta, dia pulak nangis-nangis masuk kereta, dalam kereta memang aku marah..sampai kat taskanya pun dia meragam lagik, aku buat tak peduli, aku usung saja masuk taska dan biarkan dia dipujuk cikgunya.

Tak lama tu darling call, aku cakap aku tinggalkan jer dia. Then babah kata elok tu biar dia tahu kita tak boleh ikut semua kehendak dia. Sabar jer la..

Tapi aku notice budak Najmi ni, banyak benor soalannya...dulu-dulu aku berpegang kata-kata biarlah budak cerdik memang suka bertanya, tapi bila semua benda dia bertanya aku pulak jadi letih. Contohnya kalau tengok tv, dai sebok bertanya, pelakon ini siapa, ini siapa, kenapa dia pergi situ, kenapa mama dia marah dia, kenapa dan banyaknya kenapa...

Aku bawak dia pergi kedai, aku parking belakang lori, dia tanya, "kenapa lori tu ikat-ikat kayu tu? Kenapa lori tu kotor? kenapa driver lori tu parking kat situ? Kalau cakap dia parking situ sebab driver dia pergi makan, dia tanya lagi, "driver dia lapar ke mama?" aduh sayang....

dia lalu depan pokok yang baru ditanam, nampak ada kayu-kayu penyokong nak bagi pokok tegap pun dia tanya, "kenapa letak kayu kat pokok tu?" kalau kita jawab acuh tak acuh dia marah, "cakap la elok-elok, jawab betul-betullah mama," aduhhh

Semalam, kami kat bilik tv atas, aku gosok kain, dia sibuk dengan aktiviti mewarna buku-buku dia, entah macam mana kain yang gosok meleret dan menepis bekas color pencil dia, dan terjatuh. Dia merengus "ishhh mama ni, habih jatuh kaler kite" aku pun cakap, "itulah siapa suruh letak situ, kan dah nampak mama gosok kain ni," dia jawab "mama, gosoklah kat sana, kita yang duduk kaler kat sini dulu," kena sebiji.

Aku pun tak mau kalah dan cakap "sudah, kutip kaler tu dan duduk tepi dinding," then dia cakap "cakap sorry, mama tak sengaja, hah cakap," erkkk dia sudah dilatih say sorry if made any mistake now he is teaching me. Aku pun cakap "Sorry, mama tak sengaja," dia nampaknya berpuas hati dan senyum "hah macam tu lah mama, pandai mama ni, tengok babah kalau dia, dia cakap sorry tak sengaja, mama pun kena cakap macam tu," dua biji aku kena semalam. What a smart boy we have..syukur pada Tuhan.

And aku pun notice he will be following all his cousin, pandai metematik than art or other subject may be..aku selalu tidak memaksa dia belajar ABC or counting kat rumah, tapi bila dia sendiri bawa buku minta diajarkan, aku ambil peluang untuk ajar dia betul-betul, tak marah-marah sebab dia ikhlas nak belajar. Aku notice that dia lambat sikit kenal huruf abjad berbanding angka dan nilai kiraan. Dan dia boleh kira dengan bagus. Hopefully he will be ok like other cousins dia yang dah ambil SPM, PMR dan UPSR, semua dari mereka memang score A dalam math. Aku memang kagum dengan orang pandai metematik sebab aku sangat sangap metematik.

Dan ada beberapa buku sains pre school yang cousin dia kasi, (buku-buku tadika 3 tahun yg lepas) dia suka belek-belek dan dia sibuk bertanya, kenapa matahari tu panas (when he saw matahari dan kesan panas) kenapa awan tu biru, kenapa sayur tu kaler hijau kenapa carrot kaler oren. padahal karrot pun sayur jugak...kenapa hujun turun dari awan? ermm nampaknya mama pun kena cari buku sains juga. Yea I should. Anybody can explain?

Tuesday, April 12, 2005

Kepenatan yang melampau

Seperti yang telah diuar-uar kan...last week aku kena menghadiri BTN di Ulu Kena* Perak. So pada 5hb malam tu kami terus balik ke Kedah, ambil Najmi kat rumah Mak Tok, kesian Mak Tok rindukan Najmi nanti, kemudian pada 7hb tu, dari Kedah terus babah hantarkan mama ke kem tempat berkursus. selesai pendaftaran, mama pun cari port katil yang baik semua, babah pun balik, elok dah kemas locker, seterika baju-baju tup-tup kami kena tukar tempat penginapan, dari kem B bertukar ke Kem A, alahai, naik bukit turun bukitlah kami berangkut barang-barang, bagi yg drive tu oklah, lelain angkutla..ampeh sungguh.

Malam tu ada taklimat, kemudian dibahagikan kumpulan, group yang aku hadiri ni hanya terdiri dari kumpulan pegawai dan penolong pegawai jer, so group aku adalah kombinasi pegawai dan penolong pegawai yang dari pelbagai organisasi, ada dari MPOB, MPSJ, Kimia, Mahkamah, Nuklear, Kompleks Sukan dll..so macam-macam gelagat ada, orang Kimia tu sebok kami bertanyakan dia kes-kes tumpuan, rogol, dll, orang mahkamah kami tanya kes-kes sensasi, dan rupanya majistret yg dari JB tu sebaya aku, budak law dari UIA, aku paling rapat dengan dia, kebetulan kami sati dorm dan katil sebelah menyebelah.

Dalam group aku, aku dan majistret tu paling lantang, dan kamu usik mengusik, abihlah balik nanti, "u kena ke kinabatangan, i kena ke lahad datu ler" dan kami gelak-gelak. Bila sessi LDK, bila fasilitator bertanya pendapat yang berbau politik kami berdua paling banyak songeh, aku memang tipikal yang kalau tak puas hati aku cakap je buat apa simpan-simpan. dan Isu paling panas ialah bila tiba bab DSAI. Org Kimia bercakap DNA itu sahih, lawyer bukak hujah dan fakta yang meragukan, aku jadi aji no moto jer. penambah perisa.

Tapi jangan risau aku sudah sain aku janji, aku sudah ikrar setia pada kerajaan, aku setia pada kerajaan, cuma kesetiaan kita jangan membuat tuli, kalau ada perkara kita rasa tidak betul kita kena utarakan, bukan main angguk kan? cuma orang selalu salah anggap, bila kita tidak bersetuju dengan beberapa perkara orang anggap kita anti kerajaan. Sama macam orang PAS, ada antara mereka taksub membuta tuli, Mat Sabu berceramah maki-maki pun dengar gelak tepuk tangan bukan main, tetapi aku kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz, seorang pemimpin yang punya kelembutan. Kalau kita tengok dulu masa zaman Tun Hussein Onn, beliau memberikan kebebasan kepada media untuk mengkritik pemerintahan beliau supaya beliau boleh membaiki kelemahan pentadbiran beliau. Aku tak tau sejauh mana fakta itu benar sebab aku masih menyusu masa tu.

Sebenar politik menjadi sempit bila orang-orang bawah terlebih emosi. kalau sesiapa pernah hadiri persidangan di parlimen, kita boleh tengok, dalam parlimen bukan main mereka berhujah, mereka bantah membantah, tapi kat kantin nanti boleh tengok diaorang makan semeja, solat sebelah menyebelah. ok jer. Tak caya, pergilah tengok sendiri kat parlimen, bagi pegawai gomen memang tak boleh lari dari bertugas di parlimen. memang aku confirmkan, Karp*l Singh boleh duduk borak ngan ahli Parlimen BN yang lain. Lim Kit Sia*g boleh gelak-gelak dengan menteri dot.dot.dot pun...

So sepanjang kursus aku di sana aku rasa objektif kerajaan hantar kakitangan awam ke sana tercapai, benda ni terpulang pada diri masing-masing. Kalau dia rasa pengisian selama 5 hari tu boring, sia-sia maka jadi sia-sia, tetapi kalau dia enjoy dengan apa yang dia hadiri dia akan rasa kesannya. Aku rasa aku lebih positif, lebih menghargai keamaan dalam negara kita sekarang, lebih bertolak ansur dengan bangsa lain dan we are malaysian!!

apa pendapat anda?

Anda ada pengalaman anda? kongsikan bersama..
 
pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino