Wednesday, March 31, 2010

Lelaki Lembut??


Sakit kapla laaa. Sudah lama tak migrain, hari ni menyerang. Sejak lepas berurut dengan Mak Cik Mun, Alhamdulillah kurang banyak migrain, kata makcik Mun urat tulang belikat saya bersimpul, dan tenggelam, itu selalu sakit kepala, errrkkk sebenarnya kena repeat balik mengurut tu, tp saya pompuan yang selalu sebok, jadi tak der kesempatan nak repeat urut tu, agar dibetulkan urat tulang belikat saya dok buat saya sakit kepala. Insya-Allah kalau free sikit next week nak pegi repeat urut ni.

Lelaki Lembut..
Dengar kat sinar FM, ada sorang lelaki call, katanya nak masuk toilet lelaki.. bila masuk toilet, nampak pompuan tengah mekap, meluru dia keluar balik. Tengok pintu betul signboard lelaki, dia masuk balik, pastu cam confuse, tetiba 'pompuan' tengah mekap cakap "betullah tu bang..." auuuwwww eheheheh kelakar giler..

Dulu masa tunggu result STPM, saya kerja satu kilang elektronik, kilang tu tidak membenarkan pekerja memakai baju kerja dari rumah, dari rumah kena pakai baju biasa, di kilang ada bilik persalinan yang besar, dan boleh tukar baju disitu. Ada satu kawan lelaki very the lembut.. kesian juga kat dia. Mula kerja dia menangis katanya dia tukar baju, lelaki kacau, raba-raba dia..huhuhu nak gelak ada kesian ada..tapi ko nak mampos gelakkan pondan?? mau kena maki kan??? jadi wa pujuk-pujuk dia, kata taper lah hang pi la tukar je baju kat toilet, masuk toilet kunci pintu. Hehehe bila saya cakap macam tu, dia gelak dan cakap, "kalau hat raba aku hensem tak pa juga, syok sikit, ni Jep*n makan ba**, koser mak nyah," hahahah pulak dah..siot je.

Tau dak, saya dulu memang ramai stok kawan lelaki lembut-lembut ni. Mereka ni sebenarnya baik tau, kalau kita baik dengan mereka. Tidak berkira, dari segi kerja/wang ringgit. Pernah la saay dok melangut tepi masjid (tak leh solat peyed maaa..) sebab temankan kawan lelaki yang lembut pegi solat jumaat. Ada yang memang lemah lembut, tapi idak le memondan. Tak caya tanya mak cik lela. rumah saya memang port 'adik-adik' berkumpul. Attterrr cik lela pun suka melayan..maklumlah cik kak-cik kak ni rajin, kalau Cik Lela minta tolong kukur nyioq pun depa kukoq, sedangkan anak cik lela hat gebus tu ngelat je manjang. Rileksla..pompuan gemuk kalau kukoq nyoq, kesian pengukoq tu, hazab dia.

Kawan lembut saya paling baik ialah Rizal, dia ni anak bongsu dari 8-9 beradik tah.. manja le kan..dari kakak, abang semua manjakan dia, cuma gile ko dia nak lemah lembut berlebihan di rumah? mau kena sepak ngan abang-abang dia yang macho. Jadi dia melembut di rumah meks la. Kekadang bila pegi paso malam, ada mekap-mekap yang murah-murah tu, dia siap beli..katanya jom la nanti balik aku try mekap hang.. cehhh.. hahah kemudian saya dah lost contact dengan Rizal, terakhir dengar kata dia sambung belajaq, amek medik.. Hahah kalau jadi doktor sakit puan sesuai le... hiks.. Saya ingat lagi, bila naik bas UTC (bas kat tempat saya) bila nak tekat loceng bas tu, saya tekan je, dia selalu marah..dia kata "ganaiah la hang cube lentik sikit jari tu.. baru fompuan..." hek eleehh dah tentu le saya ni pompuan, ape lagi nak fomfuan..

Tapi AWAS kamu, kalau ada jantan mengusik yang lebih-lebih, baik saya langkah lelaju, blah terus, kalau tak merasa jadi tontonan umum, makian dia tu boleh buat lagu rap segala versi. Abeh tok nenek, pak-pak tiri semua keluaq. Pernah sekali dia marah conductor bas, ye la dolu mana ada sistem masuk syiling dalam bas kan, ada conductor akan tebuk tiket dan kasi kita kan.. tetiba teringat skandal dengan conductor bas, chehhh tak taste langsung dulu aku.. ada sekali tu Rizal dan kawan baik dia Shu hahah shuib, panggul shu ko.. clezzzz.. Rizal ni di dipanggil adik dalam keluarga (macam sutun tu..ehehe) so ada sekali tu berapa banyak hang punya sekali pnut oi

Ok..ok..ni last..ada sekali tu, conductor ni usik depan, saya lupa dah pasai apa, tapi macam lucah juga, sekali dia malukan terus abang ni kata rizal "sabaqla abang, semalam dah bagi tak puas ka?? letih la saya tiap hari abang nak?? sedap sangat ka semalam? tak dan-dan dalam bas dok raba saya? awat bini abang tak bagi ka?" amek koooo usik sangat.. padahal bukan depa pernah skandal pun dengan abang ni tapi dah alang-alang geram, depa kasi satu pakej memalukan dengan paling berkesan.. terus tukar trip bas lepas tu brader tu, tak jalan line rumah kami dah.. padan muka...ahhaha satu bas pandang abang hiks..mrasalah kacau sangat orang macam tu.

Masa kat ITM dulu, wa sorry la nak gelakkan set-set ni, tau je la UiTM kan, dikatakan Pusat Ternak hadek-hadek ni, (ye la ada fashion design, chef training, hot cat) so kat kolej Jati tu mmg bersepah set-set ni, tak berani oo gelak-gelak syaiton depan depa, tak pasal kena maki. Jadi nak gelak pun tahan je la.. (Rass hang ingat dak Marlina kena maki dengan sorang hadek-hadek, sebab Marlina gelak dia pakai kasut Wadges tu) hiks, mujur sipi nak kena baling ngan kasut kawan saya tu..ahaks...

Tuesday, March 30, 2010

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan..


Mood-Mengantuk, semalam teralit baca buku kembara Atiq Wazif tu, baru baca prakata oleh ayah dia pun terus terpaku, selak punya selak-punya selak, ber bab-bab juga baca, padahnya dekat pukul 1 baru tido.. huhu ngantuk beb.. kepala pun sikit ada weng-weng...eheheh tp memang menarik buku ni, berbaloi-baloi saya beli. ada dua ayat terkesan disanubari saya semalam, tapi satu ayat tu saya dah lupe.. satu je saya ingat

"Melihat anak kecil kita sudah pandai menggaru kepala sendiri itu adalah lebih bermakna dari menandatangai kontrak berjuta ringgit, melihat anak kecil kita pandai hisap minuman dari straw itu lebih indah dari...." (saya lupe ape dia..eheheh memori acik selow la..)

Betul sangat ayat tu.. terkesan dijiwa. Bertuah Atiq Wazif punya orang tua yang berfikir jauh, dan sanggup berkorban demi memberikan yang terbaik buat anak mereka yang istemewa. Ada ketikanya membaca bait-bait luahan hati ayah Atiq, mengundang air jernih keluar dari celah pelupuk mata. Sayu...

Jiwa saya sebenarnya suka sangat budak-budak... macam saya kata, hajat dihati nak beranak ramai tapi apakan daya kemampuan diri tidak begitu memberangsangkan dari segi kesihatan diri. Pasrah saja. Itu sebab, saya mengumpul wang dari kawan-kawan semua untuk beri sesuatu kepada mereka. Alhamdulillah, banyak anak-anak ni dapat bahan bacaan, dari Kamus, novel remaja/kanak-kanak, buku agama, buku latihan, majalah.. Akan datang Insya-ALlah kalau kalian bermurah hati lagi, kita kumpul duit lagi untuk beli rak buku pulak ye... Insya-Allah, kalau sorang kasi RM5 pun kalau seratus orang dah berapa, kalau dua ratus orang dah berapa.. Mudah-mudahan anak-anak yang tiada emak dan ayah ni, meluangkan banyak masa mereka dengan membaca, jadi ilmu dan amalkan. Aminn..dan kita-kita ni, yang menyumbang, niatkan dalam hati sedekah pahala buat arwah saudara mara kita yang sudah meninggal.

Insya-Allah esok kelak kita meninggal pun ada juga anak-anak tinggalan kita berbuat baik macam kita buat hari ini. Dan rezeki kita akan bertambah baik, ya bukan anak-anak yatim ni yang beri balik rezeki pada kita, tapi Allah permudahkan urusan kita dalam pelbagai cara.

Eh kejap, apa motif saya nak cerita ek?? cerita pasal buku kisah benar yang saya baca?? Kisah buat baik ke kesah apa?? sangat tak der spesifik fokus.. begitulah saya, caca marba. Semalam seseorang hamba ALlah sms saya memaklumkan beliau memasukkan sejumlah wang ke akaun saya, dan saya balas sms tu ucap terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Beliau membalas balik, katanya dia "i like ur spirit, kita duk cakap nak buat, n u terus buat" yup itu perangai saya dari dulu saya kira.

Masa sekolah rendah, saya minat main hoki, cikgu pandang rendah pada saya yang gempal untuk main hoki. CIkgu offer sy jadi goal keeper, tapi ape barang, bagi saya goal keeper untuk budak gemuk je, saya tak suka cakap saya gemuk, walau hakikatnya memang le gemuk, akhir saya buktikan kat cikgu saya leh main jadi wing, jd defender.. sampai dapat wakil daerah, walau saya lari tak leh sekencang orang lain. Ynag penting, saya nak wakil sekolah tercapai, malah tak sangka dapat main untuk daerah. Abeh SPM, saya nak sambung belajar, tp BM saya teruk, tp saya teringin nak jadi budak U, atau budak ITM. Dapat result BM JUlai, saya masuk form six, saya target nak masuk U juga. Pertama kali mencuba gagal.. kedua gagal, permohonanan kali ke3 baru berjaya, kiranya saya lewat setahun dari kawan sebaya saya. Tapi saya dapat juga.

And now saya dah set satu target yang saya ingin capai. Dengan sokongan suami. Insya-Allah saya akan usahakan agar benda tu tercapai. Masalah utama kami ialah modal. Tapi tak pe, jangan jadikan modal sebagai alasan, modal kecik, bisnes kecik dulu.. Hahaha mana tau satu hari nanti senangingat akan jadi satu brand... ada franchise... dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. Moga 'baby' pertama kami akan dapat dilahirkan sebelum Mei 2010.. Doakan..

Monday, March 29, 2010

Cara orang kita bisnes


Menulis blog ialah satu perkara sampingan yang sebenarnya satu komitmen. Komitmen yang sengaja cari sendiri hahahaha. Bila tiada wahyu untuk menulis blog, saya jd malas. Kekadang ada banyak benda nak cerita sampai rasa nak cerita semua benda. berkoyan ada benda nak cerita.


Alhamdulillah, segala urusan pembelian buku untuk anak-anak yatim sudah saya terima... Kini misi saya seterusnya ialah untuk belikan mereka rak buku, dan meja serta kerusi untuk membaca dan set up library. So my geng librarian, kot ada rak meja/kerusi nak hapus kira tu roger aku weiii atau, kot ada supplier nak kasi hadiah, korang mintaklah hadiah buku kanak-kanak nooo dah ada bahan, dah ada rak, nanti kita pakat pi buat cataloguing pulak ek... moh... Masih ada yang masih bank in duit.. saya yakin memang duit yang masuk-masuk ni untuk anak-anak yatim, kerana urusan pembayaran duit cupcakes semua saya dah inform customer bank in ke akaun pakcik gebuku.. time kasih la semua...acik terharu sesangat.. moga misi kita nak bina library buat anak-anak ini tercapai..aminnn.

Citer Bisnes..
Eh nak story, tapi sipi-sipi dulu, saya akan 'lahirkan baby tau nanti' betullll ehehehh rileks...rilekkssss bukan adik alesya... la wei..acik dah pencen beranak, walau hati meronta nak anak lagi.. tp apa nak buek acik kalau mengandung dugaan hebat tak tertanggung rasanya, cukuplah Allah sudah beri sepasang kan...

"baby' saya ni Insya-ALlah akan saya perkenalkan tidak lama lagi.. tungguuuu

Ok yang saya nak cerita ni, adalah sikap orang melayu kita berurus niaga. Saya akui sebagai orang Melayu, orang melayu kita ni belum punyai skill berniaga dengan baik walau perniagaan mereka baik. Banyak orang Melayu kita kena belajar, termasuk saya sendiri. Terutama MASA dan JANJI. Jangan berjanji dengan orang sekiranya tidak mampu tunaikan walaupun kita keja duit. Manusia macam ni boleh BLAH, dia takkan kemana. Pengalaman saya buat kek ni, bukan sorang dua yang call saya merayu-rayu minta juga saya buatkan order mereka, kerana katanya mereka dah tempah kek dengan orang lain, tp last minute orang tu bagitau tak sempat buat, atau dah tgh malam, barang baking dia kehabisan, tak der stok barang nak buat order mereka yang dia dah confirm order. Alahai.. kenapa macam tu ye.

Sikap saya dalam berniaga ni, kalau saya boleh buat, saya akan buat, kalau saya rasa dah ada order berderet menanti, saya tak berani terima, takut tak terbuat. siapa yang pernah nak order bile time order saya penuh akan tau yang saya selalu cakap benda tu berulang kali, saya tak berani janji, kalau boleh tunggu last minute saya confirmkan saya akan call. Kalau tak boleh tunggu, carilah orang lain. Janji itu satu benda yang kita pegang. Kalau tak pasti jangan terima janji. Setakat ini saya pernah kansel order masa ayah mertua meninggal itu hari je, itu kes kecemasan yang kita tidak jangka kan? itu pun mereka yang dah confirm order, sanggup pula postpone date tu sehingga saya selesai urusan di kampung. Berniaga kalau nak bertahan lama, jaga customer betul-betul.

Saya nak story satu kisah benar ni, dalam urusan kami nak 'lahirkan baby' ni, banyaklah berurusan dengan pembekal-pembekal ni. Pasa suatu hari saya call satu pembekal ni dan discuss awal di telefon, kemudian saya pun set date and time untuk jumpa. Esoknya saya call lagi sekali, confirmkan saya akan jumpa dia jam 3ptg. Lagi 5 minit pukul 3 saya sampai kedai dia. Masuk je tanya staff dia, katanya boss dia dah keluar. baru je keluar. What the hell, ko janji ngan aku sejam yang lepas nak jumpa pukul 3, ko keluar. Ok fine la.. saya pun call dia, katanya dia kat somewhere around situ juga, kejap lagi dia datang situ. Saya tunggu, 3.15pm belum sampai... dah la tak sampai lagi, kot la dia call atau sms saya dia akan lambat sikit ke hapa.. 3.30pm pun masih belum muncul. Saya dah boring sebab saya adalah potential customer dia, yang bukan nak order barang dengan dia satu dua, mungkin 50 mungkin 100 dan akan datang maybe beratus-ratus... tapi dia boleh buat diam..

3.40 saya blah dari kedai tu tanpa sepatah kata. (sebenarya bosan dah sebab ada satu customer dia, yang tempah barang ngan dia, sedang bertekak, kes salah hantar, salah buat, bertekak depan customer lain, ape hal?? Saya blah dari situ, saya masuk kedai buku, belek itu ini, sampai jam 4 ptg, this mamat haram sikit pun tak call, tak sms..kot dia nak tanya saya kat mana??? dia dah balik kedai ke apa ke... saya tawar hati, and say no kat dia.. tak berminat nak deal dengan dia. Lagipun saya dah tengok sample barang kat kedai dia, mahal, tapi tak berkualiti. Pelik saya, takder PR skill langsung la.

Kekadang tu kita bukan tanak tolong bangsa kita berniaga, tapi camni la kita kena. Lagi satu kes, saya dok beli barang bakeri, tokei cina bakeri supply saya dok beli tu sampai kenal, bila krisis gula/tepung dia jaga dulu big-big customer dia ni. Bila kita nak stok, just call dia, dia prepare, kita datang ambil je, orang lain dia tak bagi. dia bagi pada regular customer dia je. Itu cara dia jaga customer dia. Dia juga akan simpan stok limited untuk kita, kalau benda tu dia nampak dah susut, kita pun selesa berurus niaga dengan dia. Selang beberapa kedai dari kedai dia, ada kedai melayu. Malangnya harga di kedai itu amat tidak munasabah, munasarawak langsung.. kaalu sekilo krim beza harga RM1, tepung beza sampai 20-30 sen, custor sugar pun beza 20-30sen.. kalau saya beli semua tu setiap satu 10kg? berapa bezanya??? mau berpuluh2 ringgit. Sebagai seorang peniaga juga, saya pun ingin keuntungan yang bijak kan??

Jadi moralnya disini..eh bukan moral.. persoalannya di sini, kenapa peniaga melayu itu mesti mahal dari tokei cina? adakah mereka mendapat supply dari pembekal berbeza dan harga yang jauh berbeza? Adakah tokei melayu nak kaya cepat? kalau jawapan dia nak kaya cepat, dia silap. sebab kalau dia jual mahal 30sen, tapi yang datang cuma 5-6 orang, berapa je untung dia kan? tokei cina kurang 30sen, tapi yang datang kedai dia berpuluh-piluh orang. Siapa lagi untung??? Tepuk dada tanya selera.

Sunday, March 28, 2010

Beli buku di Pesta Buku


ALhamdulillah, Jumaat lepas, rezeki anak-anak yatim yang dapat dikumpul ialah hampir RM500, terima kasih pada yang menyumbang, ada yang tak sms, tup-tup masuk je duitnya... so buat masa ni saya tutup dulu open bank in duit tu..bahaya, sebab duit anak-anak yatim tu saya dah keluarkan semuanya, yg ada skrng adalah duit saya je.. so kalau ada yang masih berminat nak derma bolehhh tapiii saya mohonlah sms dan bgtau jumlah yang dimasukkan.. sebab takut ooo termakan harta anak yatim....dosa besooo ngeri lah saya... semua ni amanah ni...terpikul di bahu saya.. thansk juga yang sms dan direct jumpa saya di PWTC beri sumbangan, terharu, dengan niat murni kalian.

Jumaat tu, saya tak sempat beli banyak buku sebab kekangan masa. saya beli apa yang patut je..InsyaAllah nanti saya akan surf beberapa buku, dan akan mintak tolong supplier yang sering berurusan rasmi dengan saya untuk bekalkan buku.

Saya perkara saya insaf lagi ialah, bila kita berniat baik, Allah permudahkan urusan kita. Saya terlupa bawa troli untuk memborong buku, awalnya saya jinjing semua buku0buku di beli, beratnya..tp saya kuatkan semangat, fikri pahala dan keseronokan anak-anak ni bila terima bahan bacaan ni, memang berat jinjing ber-beg-beg buku. Kemudian saya berjumpa seorang blogger popular ni..eheheh Puan H, dengan bantuan dia, saya tumpang letak buku-buku yang dah diborong di booth beliau bekerja, kemudian Allah utuskan Hazwan menelefon saya untuk beri bantuan.. Sebaik sahaja baca entry blog, Hazawah yang berkerja kat PWTC terus call saya tanya ada apa bantuan saya perlukan?? pucuk dicita ulam mendatang, harus saya minta troli kan? Hazwah pun susah payah turun usung troli yang berat tu naik eskalator lagi.. tima kasih..tima kasih..

Jadi dengan adanya troli rileks sikit saya pilih dan masuk buku dalam kotak. Saya beli set buku latihan untuk murid darjah 1-6, ustazah dari Baitul Sakinah dah sms saya berapa jumlah murid, saya beli satu set untuk semua murid. Beli juga set ala mainan monopoli (tp permainan berkisar tentang solat, wuduk) menarik.. harga asal ialah RM89, kemudian pesta buku punya price ialah RM62, tp tokei india muslim tu baik hati, bila saya cakap saya nak beli untuk anak yatim, kata dia 50 cukuplah, kasi saya modal balik, kemudian dia kutip beberapa naskah buku dari kedai dia untuk kasi saya.. Percuma.. Alhamdulillah.

Sempat juga saya jumpa kak Sri Diah, orang kuat Karangkraf ni..kak Sri dah jadi boss beso untuk satu anak syarikat Karangkraf tahniah kak.. cayalah... Kak Sri minta saya tulis satu buku (motivasi) dan saya sudah ada idea apa nak tulis..Insya-Allah kak Sri nanti kita bincang lagi. Lama tak jumpa kak Sri, jeles dia dah selim melim... serius..kurus sangat dah... aduiii dalam pic ni org amek gambar tu tak berapa terrer, tu nampak macam saya amat gumuk kan??? heheh salahkan orang lain memang best..


dan inilah yang saya beli untuk diri sendiri.. mmg tak sempat saya belek buku untuk diri sendiri, cuma ni je sempat beli..


Buku kembara Atiq Waziq tu, adalah kisah benar yang ditulis olah bapa Atiq, kisah anaknya yang mengalami Cerebral Palsy. Menarik sangat anak ni, macam mana kedua ibu bapa memberikan semangat dan dorongan kepada Atiq.. kuat semangat betul.. Buku ni terbitan Galeri Ilmu, pada ibu-ibu yang ada anak istemewa ni boleh la baca buku ini. boleh layari website galeri ilmu.. Jiey-maybe boleh tlg promote pasal buku pada kawan-kawan Jiey yang ada special kids tu, berguna baca pengalaman parent dia.

Dua CD yang saya beli itu ialah dari penyanyi Nasyid favourite saya iaitu Zain Bhika, Zain Bhika ni memang sedap dan syahdu je lagu-lagu dia. Selain Yusuf Islam, Zain Bhika memang sedap-sedap lagu dia.. carilah mmg best, terngiang-ngiang di telinga lagu Flower is Red-nyanyian dengan kanak-kanak..cute gile lagu tu..nanti saya upload letak kat blog ek..

Thursday, March 25, 2010

Jom Bersedekah...


"Si Pemurah yang JAHIL adalah lebih ALLAH CINTAI daripada AHLI IBADAH yang BAKHIL" - hadis riwayat Al-Khatib.

Saya tertarik dengan hadis tu, dan Insya-ALlah akan berpegang prinsip begitu selamanya.

Sebenarya sayan ingin kongsi satu kisah benar mengenai "magik" sedekah ni. Tahun 2007, kami berpindah ke rumah baru bulan November 2007. Siapa yang baca blog ni dari dulu tahu la memang kami berhabis untuk renovate RUMAH kami yang asalkan cute mute kan? bukan sikit duit dah abeh, so masa tu segala neka saving pun lincin lincau.. betul-betul dalam hanya ada duit dalam tangan sahaja, yang dalam bank, tinggal serdak je. Dan duit yang ada pun ngam je kena bajet abeh sementara nak tunggu gaji.

So satu hari saya pegi Pasar Tani, saya ada beberapa ringgit je dalam tangan, cukup untuk belanja dapur je, tiba-tiba saya dihampir anak yatim yang jual buku agama, untuk sumbangan derma, buku tu harganya RM15, Ya Allah, saya tak mampu beli buku agama bernilai RM15 pun, sedih!! tapi saya hulurkan cuma RM2 sahaja pada adik tu,itu je saya mampu masa tu.

Bagaikan magik, malam tu saya terima call dari seseorang yang ingin menempah cupcakes dalam kuantiti yang agak banyak, dan esoknya ada terima email dari orang lain pulak, kiranya bertalu-talu order yang masuk. Ya Allah rezeki...disaat saya betul-betul perlukan belanja, Allah utuskan rezeki masuk bertalu-talu. Saya terfikir, adakah berkat RM2 yang sedikit tp sangat ikhlas dari lubuk hati saya ketika itu. Maka ALlah ganti yang lebih buat saya. Alhamdulillah.. TERIMA KASIH KEPADA MEREKA INI

Saya insaf betul... hurmm masa menulis ni pun sebak saya teringat peristiwa itu.

Dan sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya ingin mengajak kawan-kawan saya yang membaca ini, kalau mampu jom kita sumbangkan sedikit sumbangan ye..

Camni, kejap lagi saya akan ke Pesta Buku (antara aktiviti Library saya kami anjurkan setiap tahun, bawa staff pegi Book Fair) so, saya ingin membeli buku-buku rujukan, dan buku-buku agama untuk saya sedekah kepada anak-anak yatim. Saya boleh je diam-diam beli dan hantar, tetapi kemampuan saya mungkin tidak lumayan sangat, tetapi bila saya ajak kawan-kawan kat sini join mungkin kita dapat kumpul banyak bahan bacaan yang menarik dan murah dijual di sana. Terbayang dah saya keseronokan anak-anak yatim ni menerima buku-buku dari kita semua.

Moga pahala yang kita terima ni, dapat kita niatkan sedekah pada arwah ibu/bapa atau saudara mara kita yang di alam kubur sana. Moga rezeki kita makin murah lagi..aminnn...

Saya sudah kosongkan akaun Maybank saya, semua wang yang gaji yang saya terima semalam saya pindahkan ke akaun pakcik gebu, so yang tinggal cuma seringgit beberapa sen sahaja, so saya anggap duit yang masuk nanti adalah derma ikhlas kawan-kawan.. Lebih baik kiranya kawan-kawan sms saya selepas masukkan wang ye.. Dan ingat, sumbangan kalau boleh lah dapat saya terima sebelum jam 1ptg ye.. sebab saya akan berada disana sampai jam 2ptg sahaja. Kalau ada yang masukkan duit selepas waktu itu, saya akan keluarkan dan beri sumbangan wang tunai pada rumah anak yatim.

NI no akaun maybank saya : 102054905838
Erkk nama penuh saya Nor SYA***** Samsudin (ehehe kiranya kalau nama pangkal tu betul dan nama abah saya sama kira betullah tu ye.
no telefon saya ialah 013-397 4760(sms ye kalau ada sumbangan kalian)
Ingat ye, sms tau.. sebab saya akan online untuk check sumbangan nanti, dan akan membeli guna semua sumbangan yang ada.

Setakat pagi tadi, saya sms dan YM pada beberapa rakan, sudah terkumpul sejumlah wang Alhamdulillah..... Gembiranya saya...

Update jam 9.20pg-tak sampai 2 jam saya sms, YM dan letak entry ni, wang terkumpul hampir RM300, Ya Allah syukur... pada semua yang menyumbang, terima kasih bebanyak, nanti saya update ape buku kita beli...

Wednesday, March 24, 2010

Entry Basi-Catatan Balik kampung


Rupanya kan..si abang semalam tu dia masuk pertandingan bercerita ala-ala islamic, so ceritanya ialah kisah Lukman al-Hakim. Jenuh juga dia nak hafal 5 muka surat, sian juga, ada nazam, ada gurindam, ada syair.. ada juga petikan-petikan ayat-ayat Al-Quran, harap-harap teranglah hati dia nak menghafal.

Abang, kalau kita nak kita boleh buat, kalau kita tak mau, kita akan buat main-main..

go boyyyy

Oklah nak kasi tunjuk pic semasa di Kedah itu hari.. baru nak upload, bosanlah laptop saya masih dalam rawatan, lama sungguh noooo sakit apakah dia?? laptop gantian ni tak best langsung. Merasalah korang tengok berkeping gambar. kalau ada picasa, edit kat picasa, sekeping gambo leh tgk 5-6 gambo..eheheh


Tau dak..inilah gerai fauvorite saya dari sekolah menengah lagi, gerai ni dekat Bakar Arang, depan Petronas Bakar Arang, dekat je ngan sekolah saya dulu, dulu kami kalau ada kokurikulum, tak balik kan, berjalan ramai-ramai beli cendol kat sini, beli laksa, pastu makan laksa pakai tangan, terus dari plastik, dan kuah laksa hirup dengan straw..eheheh indah..

Berapa ratus sehari makcik ni masyukkk tengok periuk kuah sup dia.. ada bihun sup, keow teow dan mee sup, kuah sambal merah tu, biasalah ori utara kannn



Tu hujung sinun nampak?? periuk kuah laksa tu..berapa kali peluk baru lepas tu?? gedabak. mau riban sehari jaualan bihun sup, laksa dan cendol dia..kayooo ni... sebenarnya saya kagum semangat niaga makcik ni, dulu mula jual cendol tepi jalan guna basikal roda 3 tu je, pastu jual laksa, pastu jual bihun sup, dulu takder kerusi meja org lepak minum, pastu letak kerusi je, org beli dan minum, kemudian up meja, pastu pasang payung beso tu..dari sebiji, dua biji..pastu uppp lagi, pasang khemah, cam khewah orang kawen tu.. sekarang nahhh amek kooo berapa beso gerai dia..dan berapa puluh kerusi ada tu??? cayalah makcik..jangan lupe bayar zakat nooo. Ni adalah gerai wajib kami singgah tiap kali balik kampung, tak singgah masa lps saya bersalinkan Alesya je, org utara lps beranak, pantang makan laksa setahun ooo

Tadaaa buat peminat DR> IEDA ..inilah julung kali korang tengok pic dia.. comel loteh orang dia, saya jumpa Ieda kat Tg. Dawai, kat medan ikan bakar yang sangat best.. apa nama tempat ni Ieda?? Nabila anak dia yang special tu mmg sungguh special.. cute mute... jatuh sayang saya tengok budak suci murni macam tu.



Alesya yang nakal... ngam soi je dia masuk beg tu.. Mekna, ni beg aku beli kat Idaman Suri Langkawi itu hari..ehehe



Jumpa tudung cousin dia, heheh suke dia..comel kan anak saya niii ahaks... sendiri puji


Wana-peberet mainan dia, toys dari awak tuuu kemana pegi kami bawa oooo


dah muslimah pun tak diam nokss ke sana sini pegi nya..ermmm ntah le..aktif betul..



Ni kami dah nak balik KL dah.. car seat macam dah tak sesuai dah ngan dia yang tinggi, sempit pulak rasa dia dok dalam tu, dia pun bukan mau duduk sangat dah dalam tu. so dah alang-alang Mr.Grey yang kecik tu kira luas juga untuk 5 penumpang, so turunkan kerusi tengah, letak beg antara tu, dapat dia tido selesa..tp saya takut juga tak letak dia dalam car seat... risau juga, tp doa banyak-banyak agar Allah pelihara kami dalam perjalanan...



Cik Abang Rauf, sorang agen insuran yang aktif tu minta saya tolong saya ajak korang vote bos dia, untuk competition ni..moh la vote.... PEGI SINI EK... Vote jangan tak vote... sesekali kita vote orang...esok-esok mana tau rezeki kita lak dapat masuk competition camni orang lain lak vote kita..hiks..bukan kena duit pun nak vote... jadi sile vote..eheheh jangan salah orang vote tau... Vote boss encik Rauf, yang berbaju hijau tau..pic no.3, dan katanya bossnya yang di day 7, ingat, pic no.3 day 7 tauuu..tauuu...tauuuu

Tuesday, March 23, 2010

Call dari Cikgu Najmi.. Suspen je


24hb dah ekkk ishhkk cam tak sabo tunggu esok... eheheh gaji beb...
ye la..gilo pokai acik ni, last gaji ialah pada 8hb Februari dolu.. tension acik nak tunggu date 25hb esok.. tapi takper..pakcik gebu adooo pakcik gebu tak pernah abaikan makcik gebus ini..hiks.. tapi ye la.. pakcik gebu takat bagi belanja barang dapur, makan minum acik anak beranak je, tak boleh acik cilok beli bunga ke..beli pasu ke.. beli hiasan dinding ke.. taper acik bukan gile henbeg dan kasut, tak der masalah terbeli kasut dan henbeg atau gila beli tudung ariani yang mahal dan tak mampu acik beli tu. (beli memahal, pastu bibik rajin tolong basuh, kedut kemut tudung haku..koser aiii)

Korang yang kompem main kutu barang henglish style..remeber aaa bayo sbl 28hb tau..jujur pada group memasing tau, sapo nak join lagi, kabo teman ye.. pegi SINI untuk maklumat lanjut atau dun shy-shy cat, calling or sms me occay. Kalau berkenan kabinet kek kedai cina mano dia bagi hutang kan?? ngan acik sapinat leh ansur-ansur... saya bukan ahlong, tapi mau tolong..hiks..

Tadi menerima call dari sekolah Najmi, cikgu dia call, guna hp lagik..suspennnn gileeee berderau darah... ayat dia lebey kurang camni...

Cikgu : "Assalamualaikum..Ini Puan Pnut ke?" (eh dia sebut nama penuh saya le)

Saya : "Ye saya,"

Cikgu : Saya ni Cikgu Mior Adha Najmi ni, ni pasal Mior ni.." pastu ayat dia cam terhenti..gaya cam tengah nak susun ayat nak cakap..(start cuak dah..sakit ke, cedera ke anak gebuku)

Saya : (Suspen)Naper cikgu????

Cikgu : Tak..tader apa..dia sihat...

Saya : Abeh tu dia gaduh ke?? pukul kawan ke.. (teringat kes semalam bebudak main depan rumah, ada sorang baling kayu, terkena dahi kawan dia dan berdarah-darah.)

Cikgu : Ehhh dokk..dok..(bunyi dah kelate dia..)Camni, Mior ni terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita, jadinya saya nak minta kebenaran Puanlah untuk dia sertai, Pertandingan tu hari sabtu ni, kat sek presint 8, bla..bla..bla...

Saya : Oh camtu..boleh...boleh.. elok juga cikgu, dia tu kat rumah je tak malu, kat sekolah bukan main malu..elok la expose dia.. nanti saya bagi sokongan kat dia di rumah

Cikgu : Oh terima kasih puan, nanti Puan bantulah apa patut..

Cehhh tetiba emak dia yang semulajadi kembang pat lima tempayan ni bertambah kembang tahap lori tangki simen terus.. tetiba emak dia over..terus call pakcik gebu, bagitau, dan siap pesan pakcik gebu nanti kena man to man talk tau..bagi semangat sikit, dia tu ada masalah gabra cuak dan malu.. kita kena tolong dia ni babah.. gitulah ayat lebey kurang saya.

Gila punya over acik kan?? hahahaha macam nak rejam muka sendiri dalam kolam ikan depan opis ni, punya over seronok lebih..

ingat saya je, pakcik gebu lagi syok.. siap cakap, nanti kita kena pegi la sabtu ni..hiks..pastu saya cakap, "cikgu dia tak kata pun jemput parent pegi..overlah babah ni nak pegi.." kannnn over kan..kan... pastu siap pesan kat saya, nanti suruh cikgu amek gambo. Hahahahah saya tak tau le orang lain.. tapi kalau jenis emak cam haku juga, korang memang rock sehati berdansa ngan acik le..

Erkk tapi dalam masa yang masa terkenangkan dulu saya dari sekolah rendah aktif juga, masuk pesta pantun la, baca puisi la, pertandingan bercerita lah, debat la.. dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai masuk U (rass ingatkah hang pesta pantun kita masuk?? hiksss) tapi masa tu emak abah saya buat derrrkkk je, macam takder perasaan ponnn bila tau anak dia wakil sekolah masuk pertandingan apa pun.. dan saya pun tak der apa rasa pon masa tu..ishkk pelik, kenapa bila saya jadi emak feeling over gila.. confuse tahap naga kejap...

taper la..apa pun emak wa tetap best.. nampak cam tak peduli anak-anak..tapiiii sebab peduli la dia keja teruk, jual nasi lemak, jual laksa, bihun, buat kuih jual.. nak bela anak-anak, sampai tembun cam yang tengah menaip entry untuk korang baca ni.. mujur jari masih muat tekan keyboard kat laptop hok cute-cute ni..bile tah nak kurus macam Mek salam pantai timur tu??

Monday, March 22, 2010

Alesya dah kebah demam..


Hari Ahad...


Budak kecil comel cik ting-ting demam.. (cik ting-ting ialah refer kepada rambutnya yang kerinting..eheheh)cian dia demam... ni lepas kasi ubat dan lap badan dia...

Esoknya Isnin masih demam, pak cik gebu EL, saya sms assistant saya bagitau saya masuk lambat, nak bawa anak pegi klinik, malas nak EL lagi, sebab baru lepas cuti/mc tak best la nak cuti lagi, dah pakcik gebu pun orait je nak cuti, lega sikit. Pagi-pagi kami bawa dia ke Cheras Perdana, ke Klinik Kita. As i said dlm byk entry kan, Klinik Kita is the best for us la, untuk ubat kanak-kanak ni. Dari si abang dulu, segala neka ruam, ubat demam, semua dari klinik tu je, dah pindah Putrajaya pun kami tetap akan ke Klinik Kita amek stok ubat demam. Macam si adik ni, demam sejak Sabtu, dah pagi ubat Klinik Medivr*on dah, tapi bila ada kesan ubat tu ok lah badan dia reda panas, abeh kesan ubat, naik balik panas dia.

Tak sudah, pagi Isnin saya dan pakcik gebu bawa budak kecik ni pegi Klinik Kita. Mak aiiiii ramainya orang... kan saya kabooo mmg ramai orang klinik ni walaupun ada dua bilik doktor, tetappp ramai siang dan malam. Selesai amek ubat semua, balik rumah, suruh bibik mandika dia, dan saya pesan bibik lepas mandi kasi ubat, saya pegi office semula. Sejam lepas tu call pakcik gebu, 'cakap-cakap' ngan Alesya, jerit dia... wahh dah sehat. Tghari balik rumah, bibik cakap lepas makan ubat, dia tido berpeluh-peluh.. Ya.. tu le special ubat dari Klinik Kita kita ni, dari dulu, makan je ubatnya budak ni pon berpeluh. Dolu ubat dia dalam botol refill tu je, skrang dah lain.. dalam botol pack camni, lagi berkesan.. kot ada jual kat pharmacy boleh la korang cari



Ni Alamat dan no tel klinik kita.



Ropanya bukan saya sorang je sanggup dari Putrajaya ke Cheras Perdana ke Klinik Kita, sorang kawan office ni pon sama gak kata dia, kawan dia rekemen pegi Klinik Kita ni, so dari anak 1 sampai anak dah 3 kata dia, memang budak demam bawa pegi klinik Kita, cuma kata dia ubat dia mahal sikit dari klinik lain. tapi tak kesah kata dia, janji budak sehat. Hehehe semalam kami amek terus dua set ubat demam, selsema dan batuk..tatau berapa chargenya sebab bilnya ditanggung Aff*n Bank. syukurlah, kalau tak mau kopak juga, sebab kata kawan ni sekali pegi dengan ubat dan consultation dekat RM50 juga. Mujur kami ditanggung, termasuk segala neka cucuk bebudak ni, semua ditanggung beres. Kalau tak cucuk kat klinik gomen je la..

So malamnya budak ni dah sehat... tak caya tengok ni..tak diam weiii penat kejo.. orait gak..berpeluh omaknya kejar mengejar anak dia berlari-lari semalam.. Boleh bua teman berjogging ni.. cayalah dik...ni la dia berlari sana sini belakang kelas KUMON si abang.












opssss ada pic anak-anak sedara teman, along dan Lukman... eheheh ni le dua hero saya sekarang, selain dua hero sedia akan, kini tambah bodyguard kami, dua mamat kurus kering ni...eheheheh
Ni pic semua ni kat taman dekat food court Presint 16, sambil kami tunggu abang abeh kelas KUMON, kami lepak-lepak kat taman ni. (Oh Ya update sikit progress KUMON si abang, so far, Alhamdulillah, untuk campur tolak ni dia boleh ingat le, tak payah kira pakai jari lagi dah, main ingat dalam otak je, sebab selalu buat latihan..adoii naper KUMON Putrajaya tader untuk English?? nak juga dia masuk untuk English punya..)

*Psstt Jiey, tunggu sikit hari lagi Ian berjalan dan berlari..jenuh kejar mengejar..leh pecah lomak ooo eheheheh

Sunday, March 21, 2010

Kenapa mesti buang bayi??


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..
eheheheh very the skema belia 4B..

Sebelum nak tulis panjang berkajang-kajang umpama kajang pak malau kajang berlipar, kajang hamba satey kajang haji samuri... saya nak luahkan kesedihan yang tidak terbendung lagi...

Cube tengok bebetul..baby ni comei kan??? doktor pun sahkan sihat takder masalah kesihatan.. tapi kenapa ibu yang menghamilkan dia, buang dia begitu saja?? tergamak sungguh ibu dia..binatang pun sayang anak cik kak oi...ko makhluk binatang cap apa? tenuk pun walau anak dia tak secomei mana, dia sayang anak dia.... ko boleh humban anak ko dalam tempat sampah?? dah tu hujan lebat pulak time tu, sampai budak tu takder kudrat dan suara hendak menangis dah... keji la ko ni..


Sedihlah kan, naper dia gamak buat camni??? sampai hati dia. Ramai suami isteri berbelas tahun kawen teringin nak anak sendiri, tapi diberi peluang, ko buat jahat pastu buang anak merata-rata... mana dukun...bomoh niang rapik... sape lagi..dergawan??? ape nama Kazar jadi dukun tu, tak der ke dukun hok kata hebat sangat tu...cube tilik tengok saper umat yang buang baby ni..kalau dapat, tak payah banyak...kita pakat luku kepala dia sorang sekali jadilah...mau bertelur-telur benjol kat kepala dia kena ketuk... bodoh sebodohnya, orang yang bodoh pun tak sebodoh dia.. Eeeeeiii geram...

Alesya
Anak dara kami demam, sejak petang Sabtu. Semalam pagi dah ok, tengahari panas balik. Petang lagi panas, tau la kan sejarah dia pernah kena sawan tarik masa demam..oh nooo saya takkan biarkan ia berulang lagi, bila panas je badan, saya bogelkan, lapkan badan dia dengan air, biar surut panas badan dia.. Petang semalam merengek je...nak beriba je...gilir la saya dengan bibik mendukung dan meriba. Tak dapat join bowling dengan geng GEPO (GEdik dan POyo) saya. Sorry geng..next time ek.. Semalam pukul 12tgh malam badan dia panas...mujurlah saya tido-tido ayam jek, kejap-kejap badan pegang badan dia.. panas.. kasi ubat.. then lapkan badan dia sampai tak berapa panas, baru dia tertido semula. Jam 4.30pg terjaga lagi..panas lagi..terus kejut pakcik gebu bangun.. dia pun sama tolong lap badan alesya, kasi ubat, kasi susu.. baru ok sikit, dahhhh dia tak mau tido dah..aktif pulak pagi buta.. dengan saya pun tak tido lagi niii sejak jam 4.30 pagi tadi... camtu le emak.. bila anak-anak demam ni.

OKlah, disebabkan laptop saya masih dirawat, laptop gantian ni leceh nak edit pic dan crop-crop gambar, saya sajikan kek barbie yang ke main mendapat permintaan dari korang, tiap minggu saya buat kek barbie ni, sampai stok patung barbie dah nak abeh dah... ngam soi tinggal untuk order yang sedia ada je ni...

Saya buat kek ni dengan idea barbie di lautan..ehehe biasa barbie duk kek taman ngan ladybird kan?? kali ni saya cadangkan pada customer agar buat barbie dilautan.. Customer pun ok, katanya ikut saya la.. dan hasilnya syukur.. tuan punya kek happy sangat.. thanks ek...









Sorry guys..promo kek barbie untuk March udah abeh..sebab dah full order sampai 28hb ni..sebarang rayuan untuk menerima tempahan adalah tidak digalakkan, kerana kasihani lah saya, saya perlukan rehat jua...huhuhu... takkan asyik dok bako kek dan deko kek je... acik pun nak jalan-jalan pegi tengok wayang juga.... huwaaaaa

Thursday, March 18, 2010

Kahwin muda? ok ke?


Tak tau nak update apa..
Mood kureng la.. maklumlah baru lepas balik kampung, dok melepak kat kampung, lupa segala neka kerja opis, lupa segala neka kek, cupcakes bagai.

Bisnes maksu Alhamdulillah, berkembang. Berkat doa dan restu emak. Emak pun happy dengan kerja-kerja bakeri sekarang, tak la dia sunyi sangat, dok saja tak ada buat apa-apa. Selain menerima tempahan kek dan roti, maksu juga menerima tempahan baulu. Baru je lepas call emak, depa dok bakaq baulu dan maksu baru terima tempahan 3 biji kek. Eheheh tu maksu bengang, time saya duk kat kampung, tak dak pulak order. Maksu tak berapa cekap lagi nak buat deko kek ni, jadi kalau saya kat sana boleh la tunjuk-tunjuk, tapi tak ada order pulak. Eheheh taper maksu, cabaran tu...cabaran...

Saya cuma nasihatkan jaga akaun bebetul, keluar masuk duit rekod bebetul, senang nanti nak memohon pinjaman. Saya sendiri pun sekarang memang jaga keluar masuk duit bebetul, sebab saya rasa tak banyak sikit mungkin kena bayar zakat. Biar duit dicari tu berkat. Kalau kemut nak keluar zakat, tak berkat pulak nanti. Itu sebab saya mohooonnn le sangat, orderlah cake atau cupcakes melalui order form yang saya sediakan, sebab itulah rekod untuk saya failkan. Kalau ada yang sms, call, kekadang terlupa. Encik CEO eheheh CEO katanya...CEO cakap 10sen pun mau resit...cehhh sampai lagu tu...ahaks..

Oh ya, saya juga ada perkhidmatan untuk print banner tau.. kalau ada nak buat birthday party ke... contact saya ek, untuk banner birthday party, harga cuma RM45 ringgit (size 2 kaki x 5 kaki), nak upload pic nantilah sekarang ni terbantut usaha sebab segala neka pic dalam laptop yang sedang sakit tu, tunggu kesihatan dia pulih saya masukkan apa pic patut.
Kahwin mudah

Saya tengok la kan.. contoh-contoh sekitar saya ni kan, muda-muda dah kahwin, kewangan belum kukuh, baru-baru nak kerja dan pegang-pegang duit sendiri, sebok kahwin, beranak pinak, kalau kerja besar tak apa la juga, ini kerja biasa, isteri pula tak kerja. Jadi timbul bermacam masalah kewangan selepas kahwin, bila dia rasa sendiri, baru dia tau kenapa orang tegah kahwin muda-muda dulu. Dan kini sorang sepupu pompuan saya umur muda gedik oiii dah sebok nak bernikah, emak bapak dia pulak bukan orang senang, dia ingat kahwin ni takat nak seronok, dia tak tau emak dai termenung fikir belanja kenduri, nak siapkan rumah bagai. Bila camni, baru yang dah merasai perit kahwin muda dan ekonomi diri tak stabil ni cuba nak nasihat. Tapi hat yang rasa dia no problem leh kawen ni nakkk juga... eeeeiii pening fikir bebudak sekarang.

Saya dulu umur 20-23 tahun dok usung beg naik turun pegi kelas, berpoya-poya dengan kawan-kawan.. ingat arwah abah dok pesan, abah ni bukan ada harta nak bagi, pelajaran tu la nanti nak tolong hang pa. ALhamdulillah, mungkin rezeki saya cari makan kerja makan gaji, sambil-sambil tu baru bisnes kecil-kecil. Kalau ikutkan saya pun kategori kahwin muda juga, umur 25, erkkk muda la kot, sebab ada orang sekarang kahwin umur 29,30 tahun bagi perempuan kira biasa je kan?? Tapi setidak-tidak saya dah abeh belajar, dan ada kerja tetap masa tu. Dan saya pun terrer gak, cari boipren yang dah kerja bertahun-tahun dan mampu sara saya..ahaks.. jgn mareee darling..

Tak gitu puan madu lebah yang berkahwin dengan si suami tercinta, dua-dua cukup matang, kukuh kerjaya dan stabil kan..kan... ada dua rumah dua kereta... satu keter malaysia, satu keter import...mantappppp.. ape lagi puan madu..duit koyan-koyan..shopping la...ahaks... ahhahaha tetiba madu lebah terlibat dalam ini pilem...apekahhhh???? ampuuuunnn dindaku...

Monday, March 15, 2010

Update dari kampung


Masih dikampung... si Sungai Petani..home sweet home.. hari pertama sampai kampung, saya lepak bakeri maksu, sebelah bakeri dia, tempat cuci kereta, sejam selepas cuci kereta hujan lebat dan lecah (apa ek orang kl sebut lecah?? becak??entah) abeh segala neka selut masuk kereta juga, dari kasut-kasut kami...sedeyyy cian mr.grey comot semula.

Nak update blog menggunakan laptop orang lain, yang jiwa muda dan penuh segala tok nenek perkakasan buat gue rasa macam baru nak belajar menaip dan baru nak bettlajar guna komputer atau laptop.

Laptop saya sedang sakit, sedang dirawat doktor, jadinya pinjam laptop anak sedara terkacak saya si Lukman, biasaklah orang muda... ermm pening haku dengan screan canggih, dengan perisian yang canggih, aarrahh taper, gue kan hebat...
oklah maleh nak taip pepanjang, saja nak berlagak dan riak sikit

pnut sekarang bukan Pnut yang dulu lagi..Pnut kini sudah ada syarikat sendiri..mueheheheh berlagak giler.. ya walaupun belum ada bisnes kencang, tapi saya tetap nak nama syarikat dan website, email dan ym saya selari dengan nama syarikat nanti..maka saya paksa en suami mendaftar syarikat, ermm saya keja gomen, tak leh
daftar syarikat di bawah nama saya. teng..teng..tenggg....jenggggg....



pasrah la upload guna blogger..sebab nak cepat...

tadaaaa saya sukeeeeee


pakcik tukang daftar dan kawan-kawan dia gelak..hahah mestilah dia gelak, nama kompeni senangingat..ehehehh taper pakcik satu hari nanti senangingat akan jadi satu brand pakcik..Insya-Allah... saya harap saya berjaya... Insya-Allah, kami akan mencetak sendiri baju muslimah, t-shirt, barangan cenderahati...moga sukses..aminnn...

Oh ya Mak su kini tak menang tangan, ermm perlukan modal untuk lagi satu mixer dan oven 2 tingkat. permintaan melebihi kemampuan. Roti supply ke kantin sekolah je, cecah ratusan perlu di bakar, (skrng cuti sekolah lega sikit) tapi kantin hospital dan gerai-gerai tetap calling minta maksu supply, kek yang dipotong dan layer cream, ada yang minta sehari 100pcs, tp maksu cuma mampu supply 50pc sahaja. kalau sehari kena suplly sebiji kek potong harganya RM5/pcs, kalau 100pcs bermakna RM500 sehari..kali 10 hari...kali 20 hari...kali 30 hari...erkkk sendiri kira la.... erkk itu saya bilang kalau...kalau maksu mampu supply 100pcs sehari, tp setakat ini kemampuan oven dan pekerja hanya mampu suplly 50pcs sahaja. Berniaga ni memang seronok kalau kena cara kan, macam saya tekankan sebelum ni, sekarang ni keluar universiti dapat first class degree pun belum tentu dapat kerja tetap dan pendapatan lumayan, maksu duduk rumah (bakeri maksu ialah rumah sebuah tepi jalan yang disewa) pakai kain batik buat kek dan roti boleh kalahkan gaji saya sendiri..hahahahaha

Berita baru saya terima, keluarga jiran saya, Pak Engku kemalangan, baby dhania, cucu pertama mereka kritikal dan berada di ICU, aduhai..sebak saya mendengar, moga baby dhania akan sembuh dan melepasi tahap kritikal... kawan-kawan saya mohon doa kalian, doakan kesihatan baby dhania dan semua keluarga mereka sembuh ye....

Thursday, March 11, 2010

Laptop kaput dah.. Nak balik kampung yeay...


Laptop saya yang mempunyai segala neka fail dan segala neka tok nenek tu masuk ward. Screen kaput sudah, sudah hantar unit ICT untuk vendor repair screen tu. jadinya saya guna laptop gantian sementara yang nak install selekom berukband pun tak dibenarkan..ayoooo minggu depan balik kampung, mana mungkin tanpa berukband.. Luqman... pinjam laptop kamu boleh???



Jadi mama aqilah, janjiku padamu untuk ku upload gambar-gambar seperti dipohon, tidak dapat ditunaikan...huwaaaa.... minggu depan baru boleh...



Pagi tadi dengo kat radio kisah gagal dulu sebelum berjaya. Motivasi kepada mereka yang gagal sekarang untuk berjaya kemudian hari. Gagal akademik belum tentu gagal dalam hidup dan tidak akan berjaya dimasa akan datang. Satu caller ni call cerita kisah adik dia yang gagal SRP, dari keja kuli, sampai sekarang dah bina jambatan bernilai juta-juta ringgit, itu dari seorang yang gagal SRP. Kagum seh... katanya tiap tahun adiknya bawa emak dia pegi mekah, perrrgghhh kita jangan kata nak bawa emak, diri sendiri pun tak mampu kumpul duit nak pegi Mekah lagi.. tabikkkkkk....



Dulu kan saya pernah cerita kesah kawan lelaki saya yang gagal SRP juga, tapi disebabkan dia ni minat sangat bertukang kan?? ayah dia suruh dia belajar pertukangan perabot, kat IKBN kalau tak silap.. Dari buat rak kasut untuk rumah sendiri, sampai baru-baru ni dah beli STORM cash lagik... bukan takat bengkel belakang rumah, member dah ada kilang perabot sendiri.. tak main la buat rak kasut 30 ringgit dah, takat tender 30K selalu sangat le dah. Bermula dengan buat rak kasut, sekarang dah masuk tender bina kelengkap built in pejabat/hostel/kolej-kolej.. Eheheh ada kawan saya jumpa dia, suruh create FB kata dia, "aku tak reti, aku tau bertukang je" hahahaha taper Pak Tam (kami panggil dia Pak Tam) hang tak celik it pun puluh ribu income hang sebulan..eheheh Rezeki masing-masing.



Balik kampung ni pun nak bincang dan beri panduan kat Maksu, Alhamdulillah, lepas abeh kursus junior bakers level 1 & 2, hari tu, hari ni Maksu sudah register perniagaan sendiri, Danlniey 2 Bakeri, dan membekalkan roti ke koperasi sekolah-sekolah, bermula dari 20-30 biji bun sehari, sekarang dah cecah seratus bun/roti sehari. Dari koperasi sekolah, sekarang dah supply ke kantin hospital, dan stesen Caltex. Tahniah maksu good move. Insya-Allah dengan iringan berkat doa emak yang berkekalan, saya doakan Maksu berjaya. Bagi saya Maksu ni sangat independent. Dia membesar banyak berdikari walau dia yang bongsu, sama macam adik ipar saya Nurul, adik hubby. Nurul membesar dan emak ayah mertua saya keuzuran, jadi segala urusan banyak dia uruskan sendiri. Maksu pun sama, dia bersekolah menengah dalam keadaan abah saya sudah uzur dan sakit. Banyak urusan dia uruskan sendiri, tanpa abah yang membawa dia ke sana ke sini, beza dengan saya dulu yang banyak dibantu arwah abah.



Dia masuk sekolah teknik pun saya dan emak je hantar. Kemudian berdikarilah dia di Langkawi selama dua tahun. Lepas SPM saya belikan motor untuk berulang alik ke sekolah masa ambil STPM. Abeh STPM dia keja kerani la, keja kat Ecensave la.. sampai la dapat kursus bakeri kat Baker's Ria tu, dan sudah tubuh syarikat ni, harapnya Maksu akan terus berjaya. Mudah-mudahan, inilah jalan untuk dia berjaya. Aminnn... dah berjaya jangan kedekut, orang kedekut ni kaya cemana pun hati tak tenang. Ehh ni kisah benar tau, saya pernah rasa satu keajaiban tau.. Suatu hari tu, saya memang kekeringan la..dalam wallet ada 20-30 ringgit, gaji pun lagi 2-3 hari, saving yang ada masa tu dah korek-korek dah.. kiranya macam tak banyak duit la masa tu, saya pegi paso malam, beli barang sikit, baki tinggal beberapa ringgit je, masa nak balik tu, ada ustaz ni minta derma rumah anak yatim, saya hulurlah singgit dua je..dah itu je saya mampu, tapi keajaiban berlaku, malam tu tetiba ada orang call nak order 100pcs cupcakes.. Ya Allah rezeki tuhan ganti balik yang saya keluarkan singgit dua petang tadi.. Kalau tak silap, itulah order dari Shikin, Kota Damansara, untuk wedding adik dia kalau tak silap, esoknya lepas confirm order, dia bank in duit, dan jadilah itu rezeki kami sementara nak nunggu gaji. Huhuhu masa tu memang agak sesak, sebab baru abeh keluarkan saving buat apa tah.. jadi masa tu betul harap duit gaji je untuk survive.



Alamak..mood balik kampung sudah marriiiiii jadi mood nak hupdate blog sudah lariiii..wakakakaka...Punah ranah dietku nanti... sedang menanti di SP, Radix Fried Chicken, Radix Chicken Rice Shop, Radix Pizza..erkk byk lagi Radix punya produk kat SP ni, pastu Char Keow Teow (dulu Keys, skrang ape ek Yuka? Abang Chik ek??) Laksa depan Petronas, tepung talam jalan semeling, huiii berderet menu ni... Ieda nanti saya contact awak esok, ada sikit cupcakes untuk awak, sikit, smlm bake sikit utk order order, ada lebih, saya kasi awak ek...



Darling, jom kita pegi Penang nak??? jom la... nasi kandaq line clear satuuu



eheheheh mampus tembun sampai mati le...tak merasa kurus ko pnut...hahahaha
P/s-group kutu untuk group B dah penuh ye.. kalo ada yang masih berminat, kita boleh buat group ke2... berminat sms me atau email... tgk entry bawah ye..utk maklumat, atau ke --> SINI

Tuesday, March 09, 2010

Tiada yang lebih indah dari kegembiraan anak


Alesya amat menghiburkan, babah belikan Alesya basikal, ini kerana Alesya sering ngendeng basikal anak jiran kami, si Hakeem, dia pandai membodek, kebiasaan dia akan salam-salam Akem, dan akan kiss pipi akeem yang sangat gebu itu. kemudian dia akan minta akem basikal tu.

Bibik kata belikan la. Alesya suka, uhuhu bibik ingat harga basikal tu 20 ringgit gamaknya. cecah ratus juga puan bibik oiii, jadinya bila sudah ada rezeki lebih, babah belikan Alesya basikal...Kami surprisekan dia, bila bawa masuk basikal dalam rumah.. dia teruja, sampai tak tentu arah, video ni kadar teruja dia dah menurun, sebelum dia dia tak tentu arah happy, masuk celah langsir, lompat-lompat tepuk-tepuk meja.. aduhhh

Abaikan suara emak bapak dia yang sama-sama over


ni dari gambar yang sempat diambil..


Benar kata orang... duit abeh boleh cari, kasih sayang dan kegembiraan yang kita beri pada anak-anak tiada ukuran dari segi wang ringgit. Kebahagiaan yang anak itu beri pada kita melebihi segalanya... Terima kasih Allah atas rezekiMU, duit dan anak-anak.. Kami bersyukur padaMu.. Kau limpah kurnia juga rezeki buat kawan-kawanku yang lain yang membaca ini, moga mereka berolehi limpahan rezeki darimu, dari segi wang ringgit dan anak-anak..aminnnnnnnnnnn...

Jangan lupa terjah SINI sokongan anda saya hargai..

Kate sudah kamu dapat survey hotel sia bah??? ehehehe prektis cakap sabah bahhhh..ehehe

Monday, March 08, 2010

Birthday si Abang 6 march 2010


Bisnes lagik beb..
Pasal bisnes saya, moh kita borak kat website baru saya...eheheh link http://www.senangingat.com atau KLIK SINI
  • sila jenguk ek...

    Untuk kutu Group B, ialah wall cabinet harga RM150, saya nak cari lagi sorang nak cukupkan korum 3 org ni.. saper nak email or sms ek.. murah oo cabinet tu, cuma RM150 sajork.. kat kedai pun tak dapat harga tu.. so sorang lagi ek...

    Atau kalau u all nak, boleh create group sendiri, pilih barang apa nak, create group kutu sendiri, nak campur barang pun boleh, katakan meja, cabinet ke sama harga, si A boleh pilih nak kabinet, si B nak rak, C pulak nak meja...boleh je asalkan harganya sama... anytime bebeh...

    menarik kan??? eheheh so jengah my bisnes punya website.. Website masih dimekapkan Ajid, biasalah dia busy, jadi kena bagi masa kat dia pelan-pelan mekapkan...

    okeh, cerita minggu lepas...
    Birthday Najmi yang simple..
    Actually, kami tader plan nak buat birthday party Najmi, memandangkan dia cakap dia dah big boy, tanak kek-kek party..malu kata dia, so kami pun dah dua kali balik kampung dalam waktu terdekat, (anak buah bertunang dan ayah mertua saya meninggal) dannnn gaji omaknya dah dapat 8hb feb nan lalu, jadi bajet nyawa-nyawa ikan je la... tetiba hubby cakap, ajak bebudak ni BBQ je la.. anak buah kami kan ramai kat sini, so pakat ajak diaorang datang rumah bako-bako le.. kebetulan abang ipar pulak kata nak datang rumah petang tu, hendak berbincang mengenai urusan penjagaan ibu mertua saya, so alang-alang dia nak datang, kami minta dia datang malam je, leh makan-makan sekali.

    SO terjadinya simple makan-makan kami, just bako-bako ayam, ikan, sosej, buat mashed potato, coselow air asam, dan prepare nasi putih, eheheh tp tader orang jamah nasi ponnn.. semua ni anak cucu cicit arwah ayah mertua saya, kecuali dua anak dara yang bakal jadi ahli keluarga kami sooonnn.

    oklah bior gambar berbicara




    Macam biasa... anak orang lain punya besday, buat kek best-best..anak sendiri nan adoooo kek bidan terjun je omak dia balun...




    oklah jangan lupe jengah my bisnes punya website..


    Sunday, March 07, 2010

    Barang Perhiasan Rumah English Style


    NI Stikcy Mode, entry baru sooonnn

    Saya meminati konsep perhiasa ala English Style ni, so selain menghias rumah sendiri, saya juga menjual barang perhiasan rumah ala English style ni.. Ye la, asyik dok membeli je, dok keluar duit, je, so setelah berbincang dengan hubby, saya ingin membeli untuk diri sendiri sambail menjual kepada peminat barangan english style, harga Insya-Allah berpatutan... so ape lagi..order la... harga ni adalah untuk promosi selepas ini MUNGKIN, saya bilang MUNGKIN, mungkin akan naik sedikit, atau mungkin juga kekal, bergantung pada tahap supplier bagi harga-harga terkini kepada saya.

    Untuk pembelian melebih 150 ke atas, boleh bayar dua atau tiga kali, konsep saya ialah, win-win situation camni :-

    * katakan berminat dengan kabinet harganya RM280, so boleh bayar dua kali, atau tiga kali.

    * Tetapi, sebab perniagaan ini Online, maka barang akan anda perolehi selepas pembayaran terakhir selesai, saya akan uruskan penghantaran.

    * Untuk barangan perabot saya akan hantarkan sendiri ke rumah anda. Charge penghantaran RM10-20 bergantung pada lokasi anda.

    * Untuk barangan yang kecil, seperti pot, vase, plate saya akan gunakan courier untuk penghantaran, dengan charge penghantaran ditanggung pihak anda.

    * Sekiranya berminat dengan sesuatu barangan, sila email/sms saya code barang, kuantiti dikehendaki, dan saya akan membuat booking dengan supplier (saya tidak simpan stok, saya hanya membuat pembelian berdasarkan pesanan anda)

    * sekiranya confirm barangan anda, pembayaran hendaklah dibuat dalam dalam tempoh 3 hari dari tarikh pesanan, atau setiap hari Jumaat, kerana bekalan stok akan dibekalkan setiap hari Sabtu, sekiranya terlambat, pesanan anda akan dibawa keminggu hadapannya.

    meh jamu mata meh...erkkk harga-harga ni tak termasuk periasan dalam pasu/atas kabinet, harga tu harga kabinet/pasu je...




















































    Erkkk ok tu je buat masa ini, sebarang pertanyaan leh tanya kat chat box, email, komen, sms..

    Saya juga perlukan agen, siapa berminat nak jual part time kat opis-opis, roger saya ek.. saya akan bagi harga special kat korang..Insya-Allah.. komisyen berpatutan untuk anda sebagai agen. Hehehe ape lagi, boleh jual kat akak-akak kat opis tu, leh dua kali bayo... saper tak nak... nak buat sistem kutu pun boleh, katakan barang Rm280/unit leh main kutu sorang RM70 sajork sebulan. 4 bulan dah setel, lepas tu leh main lagi.amek barang lain pulak..ehehehe, kalo kat kedai mana apek kedai tu kasi main kutu ni..eheheheh

    ok untuk group kutu online saya pun nak create juga...
    saper berminat sila bagi nama
    saya bagi Group,korang bagitau nak group mana..

    Group A - 4 orang = RM70 sebulan


    Group B - 3 orang = RM50 sebulan


    berminat bagi nama ek..
     

    pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino