Wednesday, March 30, 2005

So Busy


Sejak awal minggu ni, busy la..
nak update blog pun tak sempat...
kejap boss nak itu, kejap nak ini...

kemudian setelkan beberapa urusan lelain.
Sekarang ada masa sikit nak update, tetapi tidak tahu apa yang hendakj diceritakan...
blur...kelabu asap..

Ok nak cerita Ahad malam tu kami layan cerita Siam kat TV1, malam, tajuknya Where Is Tong? Siapa tengok cerita tu? memang best, ia kisah cerita sekumpulan budak kampung yang nakal, suka mencuri jagung diladang jagung, dan mengacau satu perempuan tua yang tinggal seorang diri diladang jagung. Suatu hari seorang kawan mereka June hampir digilis keretapi, tetapi mak cik Porn ni menyelamatkan dia.

Mereka melawat Mak Cik Porn dihospital, dan barulah mereka tahu bahawa Mak Cik Porn ada seorang anak lelaki yang lari dari rumah, dan dia merindu mereka. Sebagai membalas jasa Mak CIk Porn, budak-budak ni merancang ke Bangkok untuk mencari anak Mak Cik Porn. Semasa pencarian mereka, mereka bertemu dengan King dan kawan dia Tong jugak, tapi bukan Tong yang mereka cari. Tong suruh mereka jual dadah.

Berbagai kisah lucu berlaku semasa pencarian. Jalan ceritanya macam cerita Iran, malang demi malang bertimpa-timpa. Tetapi enjoy ceritanya, memang best, sampai kami lupa kat TV3 ada The Apprentice. cis...

Cerita Najmi
Anak teruna sorang aku tu masih berada di kampung, cadangnya esok malam aku balik ambil dia naik bas jer, tetapi aku dapat surat kursus BTN kat Kuala Kangsor pulak pada 7-11, bincang-bincang, kitaorang plan balik kedah 5hb lepak kedah kemudian 7hb balik ke Kuale, hubby hantar aku ke kem BTN, dan mereka berdua lepak kat ruma Opah dan toknya Najmi di Sa*k. KK. sekali harung semua.

Dua tiga malam kami lepas kami menelefon dia, tiba-tiba sentimental dia, merengek-rengek minta diambilkan dari rumah Mak Tok, kemudian bila babah slow talk ngan dia, dia tanya kat babah "babah ada anak lain ke? babah ada adik girl ke? Babah tak sayang kita ke?" Oooo itulah sebabnya minta diambil....

Babahnya cakap,"Mana ada anak lain, mana ada adik, kalau babah ada adik pun babah sayang Najmi jugak, sebab Najmi good boy, dengar kata, babah dan mama mestilah sayangkan Najmi,'

Ermmm risau beno dia...

Rupanya, kata mak, petang tu, mak bawak dia main-main depan rumah, ada jiran aku Mak M mengusik dia, kata Mak M, "Babah dia tinggalkan dia kat sini sebab babahnya ada adik lain, adik pompuan, cantik lawa, sebab tu lah babahnya tinggal dia kat mak tok, babah dia sayang adik pompuan tu,"

Apalagi, member pun sedihlah, risau babah dan mama tak sayang dia. Kemudian bila dia dah cakap dengan babah, babah beri keyakinan pada dia balik, dia ok, mak kata dia dah tak ingat pasal tu, elok jer main.

Oh kesian dia....apalah mak cik tu cakap macam tu kat dia....ermmm tak perlah orang tua, mana dia tau psikologi budak-budak. Tak bermotivasi anak aku...Nasib baik Mak Tok pandai dok pujuk dia.

Paling kelakar kata mak, suatu hari dia ajak mak aku menebeng kat kedai makan kat area rumah aku, katanya, "jomlah kita pegi makan kat kedai, babah dan mama selalu bawa kita makan kat kedai, makan-makan minum" Mak toknya kata...aduhai..berpuluh tahun di taman tu, tak der pun sekali dia pi lepak minum kat kedai kopi...ha..ha..kerana cucu kuturutkan jua...ha...ha...

Kata mak, mulanya dia bawa ke kedai tu kononnya nak tapau je nasi goreng, rupanya si Najmi tak nak, nak makan situ, kata mak "kat sini tak ada sudu, kita balik makan kat rumah ada sudu," dijawab cucu bertuah tu "alaa..mintaklah...dia simpan kat dalam la...minta lah sudu kat dia," aduh pening Mak Toknya, mujur lepas tu datang anak jiran aku, si Anuar (umur 17 tahun) budak ni mmg rapat dengan family kami, kadang-kadang dia lepak kat rumah mak aku seharian. Jadi mak suruh si Nuar ni lepak situ dia nak balik segan. he..he..jadi si Nuar ni temankan dia, dan berjaya pujuk dia utk tapau makanan.

Haiii nenek kalau dengan cucu kalah betul yek...

Tuesday, March 22, 2005

Mama Rindu Najmi


Baru 4 hari anak bujang aku tinggal dengan Mak Tok dia di Kedah sana, aku dan darling rindu gila-gila kat dia. Sunyi jer rumah, darling kata, ini agaknya perasaan orang yang tak ada anak. Tetapi itu beza, orang tidak ada anak, dia akan merasa sunyi sebab di rumah mereka tiada penyeri kanak-kanak, tiada suara tawa ria, tangis budak-budak. Kesunyian sahaja. Tetapi orang yang ada anak, tetapi tiba-tiba berpisah dengan anaknya, dia akan merasa sunyi dan merasa rindu. Tengok mainan anak, mebuak-buak rindu, tengok baju dia rindu.

Orang tidak ada anak, rumah dia tidak ada mainan budak, tidak ada baju budak-budak. jadi dia tak terkenangkan keletah anak dia, ragam makan anak, ragam nak tidur. Mungkin dia mengimpikan inginkan suasana demikian. Cuma rezeki anak ini Allah Taala yang menentukan, mungkin ada orang lambat rezeki untuk dapat zuriat sendiri, tetapi Allah itu berkuasa, kalau dengan izinNya esok-esok, lusa-lusa dia akan punya anak sendiri. Inilah yang kami alami sekarang, aku masak sambal tumis telur teringatkan Najmi suka sangat makan sambal tumis. Ahhhh rindu..rindu...rindu...

Tapi untuk kesihatan dia yang lebih baik, elok dia duduk dengan mak, dia akan dijaga elok. Lagipun aku hendak membahagiakan emak, emak memang rindukan cucu dia, dan emak sunyi, ye lah tinggal berdua jer dengan abah sekarang, jadi bila ada budak mulut becok tu mak tidak sunyi. Setiap kali telefon mak, suara mak ceria, sebok bercerita gelagat cucu dia, nak tengok VCD cerita hantu pukul 12 malam la. Cerita cucu dia makan nasi lemak sebungkus habis, cerita cucu dia itu ini. Dan Insya-Allah Najmi budak baik dia akan dengar kata Mak Toknya. Insya-Allah...masin mulut ibu yang mengandungkan dia ni, sampai besarlah nanti dia jadi anak yang baik..aminnnnn... Orang kata mulut mak ni masin, selalu kena sebut yang baik-baik untuk anak. Mana ada mak bapak hendak anak dia jadi penyangak. Kalau ditanya penyangak sekali pun dia mesti dia impikan anak dia jadi orang baik-baik. kan...kan..

Jadi aku tak setuju cadangan ibu bapa akan dikenakan tindakan sekiranya anak dia melakukan jenayah/menagih dadah. Orang yang bagi cadangan tu anak dia baik, dengar kata, cuba bayangkan dahlah orang miskin mak bapak kerja buruh, nak sara anak berderet, kalau mak bapak kena dakwa, kena masuk penjara, siapa nak bela anak-anak depa yang lain, bodoh punya cadangan. Tak sukala...

Cerita semalam
Semalam sessi menebeng bersama Mak Andeh (see MA i'm using your word-menebeng). Macam biasa, kami jenis never ending story...ada juga seorang teman pembaca blog yang hadir sekali Syidah, or Syida or Shida or Shidah...so cutelah si Syida ni, muka manis, ini sessi kaum ibu bergebang kat kedai kopi...ha..ha.. And MA kata will be a session menebeng makcik-makcik coming..ha..ha...sempoi je MA cakap makcik-makcik...ha..ha.. aku kira makcik paling muda la...wooo belum 30 lagik, lagi 2 bulan jer angka berubah. Tapi makcik-makcik yang MA kata tu solid molid, aku yang masih muda belia dah body macam peti ais dua pintu...ha..ha..

Sunday, March 20, 2005

Najmi and Chicken Pox


My sweet little hero kena demam campak. As usual, for the first experience anak kena demam campak, kami tak tau that the bintik-bintik kat beberapa bahagian badan dia last week is the chicken pox. Aku ingat bintik-bintik biasa, sebab Najmi memang kulit putih dan kulit dia memang sangat sensitif. Aku ingat bintil-bintil tu keluar sebab masa kami balik last week ke Ipoh masa ayah sakit, because dia guna sabun ketul yang dikongsi with all the cousin. Kulit dia memang sensitif, sebab tu la kat rumah kami biasanya guna body shampoo or gel kat bilik air, jarang ada sabun ketul, kalau ada pun biasanya kami just letak kat bilik air tetamu.

Kalau balik kampung pun angkut juga body shampoo sekali sebab risau kalau dia kongsi-kongsi sabun maka naiklah merah ruam. Sama juga kalau duduk hotel, dia mandi kat swimming pool, nanti merah-merah kulit dia. Ermmm nak buat macam mana, mama terlebih bedal soya masa mengandungkan dia kot.

So hari Rabu Malam tu, aku check the bintik-bintik dah naik kat 'nonek' dia, dah dekat celah-celah peha, aku cuak. Call mak, kata mak betullah campak, remember last 2 week dia demam panas, sampai panas badan cecah 39 darjah celcius? Mak kata memang kalau nak jadi campak, budak demam dulu, kejap panas, kejap sejuk, kemudian elok, dan baru keluar campak. Kami terus bawak dia ke klinik, doktor kasi ubat demam, ubat gatal dan ubat untuk sapu kat badan. Esoknya aku terpaksa bawa dia ke office, takkan kita nak hantar ke taska, nak cuti boss dah bising, menjelang tengahari aku pergi ke Taman Warisan, belikan dia air kelapa. Balik rumah kami air kelapa, kemudian dia tertidur, aku pun terus minta off petang tu. Esoknya Jumaat, pagi petang aku ada meeting, aduh camner ni? Plannya aku akan hantar dia balik kampung Jumaat malam naik bas. Babahnya pulak ada ada training kat PD dari Khamis sampai Ahad, aduh pening aku.

Last-last dalam pukul 11.00 hari Khamis tu aku call mak, tanya kalau mak boleh ke sini ambil Najmi. Mak kata boleh, kelam kabut mak minta anak jiran belikan tiket, pukul 2.30 mak naik bas dari SP, petang tu aku call Salina, ajak dia temankan aku ke Pudu mengambil emak. Pukul 6 lebih kami dari Putrajaya, kami tiba di Pudu lebih kurang jam 7.15 kot, lepas solat magrhrib semua baru mak call dia tunggu depan Hotel apa tu dulu Hotel Impiana, turun cari mak, Salina bawa Najmi tunggu dalam kereta. Balik dari situ, sebelum sampai rumah, aku singgah lagi Taman Warisan, beli lagi sebiji kelapa muda, dan minta daun Mambu dari pak guard situ. Mujurlah Pak Guard tu baik hati, tolong kami ambilkan, sebab pokoknya tinggi.

Malam tu Najmi meracau-racau, kejap-kejap jaga, nak minum air, pukul 3 pagi, dia terjaga dan kata nak tengok tv. (kami tidur kat hall bawah jer) aku bukakkan tv, dia layan tgk filem gemilang kat astro. Aku sedar jam 4.30 pagi, dia dah tertidur semula. Esoknya petang, lepas maghrib keluar hantar mak dan Najmi ke Puduraya lagi, kali ni ajak Yadziz sekali, buat menemankan aku dan Salina nanti. Si Najmi suka naik bas, aku tak risau sangat, aku naik atas bas sekali, cium-cium dia, dan dia suruh aku turun, kata dia,"pergilah turun mama, nanti driver tu tutup pintu mama tak boleh turun," he..he..excited dia naik bas balik kampung. On the way balik, kami singgah kat Serdang minum-minum, ajak Rudi sekali yang jadi orang bujang jugak.

Salina tidur rumah aku malam tu, aku ni badan saja besar tapi penakut. Esoknya kami meround Jalan TAR, pegi SOGO, pegi Pasar Malam Nida dan Langsat pun join sekali. Sampai ke malam, letihnya, dah tualah katakan. Dulu-dulu berjalan kaki dari The Mall ke Bus Stand Klang menten jer. Sekarang berjalan dari Sogo, Jalan TAR, Jalan Masjid India, ke LRT Masjid Jamek pun pancit. Balik tu lenguh-lenguh kaki, semua anak-anak dara tu bermalam kat rumah aku, sebab esoknya diaorang nak pergi kenduri di Seremban. Aku pun jadi macam anak dara jugak, ha..ha...terima kasihlah kepada mereka-mereka yang sudi bersama kala aku memerlukan bantuan...terharu!! Itulah istemewanya Geng Jurnal...aku memang hargai...nilai persahabatan yang ada dalam kelompok ini.

Monday, March 14, 2005

balik kampung


Kami balik Perak pada hari Khamis lepas, bapak mertua aku mendapat kecederaan. Orang tua, usia sudah hampir cecah 80an, kudrat bukan kuat sangat. Dia cuba nak start motor, katanya dah lama motor tu tak start, takut enjin rosak. (anak buah darling yg duduk sekali tu dah masuk politeknik, jadi tak ada tukang start motor dia pun nak start) malang tidak berbau, motor terbalik, hempap dia.

Dia menjerit panggil mak, mak panik, sama-sama tua, sama-sama tak larat nak angkat motor, ayah cuba alihkan motor, tapi tak boleh bangun pehanya sakit, mak menjerit-jerit panggil orang lalu lalang depan rumah, mujur rumah tepi jalan. Jiran-jiran datang bantu mengangkat, semua orang tua, kudrat tak seberapa.

Tulang pehanya retak, kena operate nak masukkan besi. Jadi kami balik pada hari Khamis, kami gilir-gilir menjaga ayah di hospital, kadang-kadang menunggu di waktu siang, kadang-kadang jaga waktu malam. Hari Sabtu malam Ahad, aku dan darling menjaga ayah di hospital. Mujur pihak hospital tak kisah sangat dua org menemankan pesakit. (darling kata nurse lagi suka sebab depa ringan beban, boleh buat kerja lain)

Jadi malam tu kami jaga berdua, Najmi ditinggalkan di rumah kakak ipar bersama sepupu-sepupu dia. Malam tu aku kira sungguh romantik kami berdua..muahahhahahah... apa taknya, mula-mula kami membaca majalah yang kami angkut dari rumah kakak ipar, jemu membaca, kami sembang, sembang...sembang...gelak ketawa, heran nurse tu kami asyik gelak jer...kalau tak aku buat lawak bodoh, darling buat lawak bodoh. Dah lewat malam, lampu tutup, kami duduk berbual mengadap beranda hospital, dari tingkat 5, nampak bandar ipoh bergemelapan. Ewahhh berpegangan tangan lagi dalam gelap...sesekali berdua-duan..tak ada tv, tak ada radio, kami berbual jer.

Kejap-kejap perbualan kami terhenti, ayah hendak minum air, ayah minta diselimutkan. ayah minta tuala basah nak lap badan. Bila ayah tidur kami borak lagi. Betul kata orang, kuantiti tak penting, tak penting kualiti, itu quality time bagi aku, walau berdua-dua menjaga ayah di hospital, tempat yang boring, tapi ianya mengeratkan kami, habih segala kisah chenta-chenta dulu kami ungkap, kisah kelahiran Najmi, dan segala macam kisah. sampai ke pagi hari.

Sampai pagi, dalam pukul 8.30, anak buah husband pula tiba menggantikan kami menjaga ayah, kami balik ke rumah kakak ipar, tapi sebelum tu berhenti breakfast dulu berdua-duaan.

Petang tu jam 3 kami pun kembali ke hospital, Mat Jan dan Purbe pun datang dari Penang, ermm darling kata, ini betul kawan, bukan kawan masa senang saja... kredit tu dua sahabat yang sudah macam sedara. Thanks sudi melawat. Balikd ari hospital lebih kurang jam 5 ptg. Kami berhenti makan-makan minum kat Medan Gopeng dulu sebelum berpecah, diaorg ke Utara kami menghala ke KL.

Semalam ayah sudah dibedah kaki, dah dimasukkan besi. Moga ayah cepat sembuh, aku sayangkan kedua-dua mertua aku macam aku sayangkan mak abah aku jugak...

Wednesday, March 09, 2005

Cakar harimau?


Cakar Harimau??

Semalam semasa mengambil Najmi dari taska, aku hangin betul, muka dia ada cakaran-cakaran, sehari sebelum tu kena kat pipi dekat dengan telinga belah kiri, dua tiga hari lepas kena kat hidung, semalam kena bawah mata, pipi dan hidung.

Minggu lepas officemate aku dok bagitau anak dia kena (satu taska ngan Najmi la) aku bagitau Najmi tak kena. Tup-tup minggu ni dia pulak kena cakar, kata kawan aku ditanya anak dia siapa buat katanya ADAM Dani*l, semalam aku tanyakan Najmi, pun dia cakap budak yang sama.

Kawan aku tu cakap, dia dah bagitau cikgunya dan cikgunya pun tahu si budak Adam ni memang dalam diam jer dia kenakan orang. Aku call owner taska tu semalam, tapi tak berangkat pulak. Hari ni nak jumpa terus. Taska dia ni yuran dah ler mahal, penjagaan tak seberapa. Kalau tak kenangkan aku dah bayar yuran saja habis suku gaji dah lama aku angkut si Najmi duduk taska kerajaan ni. Kalau yuran murah tak heran sangat aku budak tak terjaga, kurang guru. Ini cikgunya berlambak, tapi bersidai berborak.

Owner dia aku cakap terus terang memang lembik la. Hari tu masa nak Raya Haji, raya Jumaat, Khamis dia minta cuti. tutup taska. Aku hangin dah ler masa cuti raya puasa dulu dia tutup taska 2 hari, walau bukan cuti umum. Baru ni masa dia amik cuti raya haji aku sound la..aku ni memang tipikal suka sound terus jer. Aku cakap,"kenapa nak cuti, bukan hari cuti pun Khamis tu, notis bagi Hari Selasa, saya dah tak boleh apply cuti, nanti marah boss saya," dia kata "Cikgunya banyak orang jauh, duduk kelantan, terengganulah, diaorg nak cuti," aku bidasla, "saya pun kampung jauh, kat kedah sana, tapi dah cuti pendek saya tak balik kampung, you sebagai boss, aturkan jadual cuti staff you, siapa cuti hari khamis, isnin kena kerja, siapa nak cuti isnin khamis dia kena kerja," tak ada masalah tak ada guru. Dia diam, aku mmg marah masa tu.

Kat office bebudak office aku memang tau sikap aku yang memang kalau tak puas hati aku tanya direct atau aku sound direct. Suatu ketika aku pernah beratur nak beli makanan, datang sorang minah terus potong Q dan siap panggil kawan-kawan dia lagi, dan tolong ambilkan makanan untuk dia. depan orang ramai aku cakap, "Mai...mai..panggil lagi kawan-kawan awak yang lain suruh datang depan, tak per tak payah beratur, panggil lagi, panggil lagi ramai, hah yang kat belakang tu mailah depan, adik ni baik hati dia boleh toloang ambikkan makanan," Awek tu merah padam muka. Lantakla, bebudak office aku dok belakang aku bantainya depa gelak.

Suatu lagi kes, aku tengah beratur hendak masukkan cek dalam mesin kat Ma*bank. Awek depan aku dah ler masukkan 3 keping cek, kemudian siap panggil kawan dia 2 orang yang baru sampai, silap orang lah dia buat macam tu depan aku. Ada dua adik office yang datang dengan aku diaorang beratur belakang aku, si adik sorang ni siap cakap,"awek ni kang kena soundlah dengan kak Pnut" Memang iya, aku terus cakap, "panggil-panggil kawan-kawan awak semua masuk cek satu-satu, kitaorg tak per memang suka tunggu, buatlah..buat..," terus kawan dia yang dua orang tu tak jadi nak hulurkan cek diaorg dan pergi belakang beratur. Benci aku orang perangai begitu.

Satu lagi aku teringin nak sound tokei kat Yenkies Hut tu. Ermm memang aku berbulu dengan tokei dia, aku suka makanan kat situ, dan tiap kali aku pergi aku inginkan kepuasan. Tunggu lama sudahlah 1 hal. Baru-baru ni masa ambil mak dari Hentian Duta, kami bawa mak pegi makan kat sana, saja nak bawa mak ke tempat makan yang special ada pondok, ada tempat bersila macam tu. kira tempatnya lain sikit dari yang lain. Kebetulan malam tu ada tempahan dari beberapa kumpulan (pelajar IPT aku rasa) diaorg tempah dua ruang. Bila aku nak order tomyam, siakap, kata budak tu, "dapur masak tomyam tutup 20 minit, kalau order nasi goreng boleh, sebab diaorang dah tempah,"

Budak malang tu tak pandai bagi alasan, aku bagitau,"kalau dia tempah, takkan dia baru tiba baru nak masak, patutnya kalau tempah diaorang datang tinggal nak menghidang jer, lembablah tokei kau ni," darling hangin jer aku cakap macam tu, tapi memang aku marah. Kemudian darling marah aku balik, sebab sound orang macam tu. Mak aku pun cakap, tak apalah mak makan apa saja. Geram betul aku, kalau darlign tak ada, memang aku nak jumpa tokei dia terus.

Lagi sakit hati, meja sebelah kami, tiba lebih lewat dari kami, tiba-tiba boleh pulak dia order tomyam dan siakap, hangin jer aku...

Dah memang laki aku dapat bini macam tu nak wat camner. Dengan dia pun sama, kalau aku tak puas hati dengan dia aku cakap terus, tak simpan punya, aku luah semua, kadang-kadang aku kena marah balik, tapi kita puas sebab kita tak simpan dalam hati, kadang-kadang bila kita luahkan pada dia dia pun mengaku ada benda yang dia silap. tapi kalau dia marah kita balik marah dia pun sekejap jer, kemudian lepas dia cool dia oklah, tapi selalu aku yang memujuk :-) itulah istemewanya Pnut di mata
TOKEI PAJAK aku akan pujuk dia sebab tak baik isteri muncung muka dengan suami. Kan darling kan?? kan..?

Aku pun suka marah-marah jugak, tapi marah aku sekejap jer, kemudian rasa bersalah dan pergi cium tangan dia minta maaf. Ye lah, dia suami, apa pun kena kita taat dia, bukan dia pulak kena taat kita. Dia kena setia jer...ha..ha...(iklan-kata ida nerina kpd Harith dalam Sepet, "your job is not to understand us, but to love us")

Hari tu depan mak aku dia ada tanya "hari tu ada beli cendawan kan?" (refer tu menu cendawan goreng kat Yenkies Hut) tapi sebenarnya dia tak beli, aku jawab,"mana ada...abang ni beli kat bini muda kot," ha..ha..dia jawab, "haah, beli kat rumah bini muda, rumah mak baru kamu lah Najmi, lupa babah," Najmi gelak dan mak aku pun gelak. Gurau senda jer tau bang oii...

Tuesday, March 08, 2005

Ayam Katik Kuala Lumpur


Lokasi : Persimpang ke Jalan Mahameru, Kuala Lumpur
Masa : 6.30 ptg.
Tarikh : Jumaat 4 Mac 2005

Pada masa dan tarikh tersebut di atas, kami dalam perjalanan Ke Pehentian Bas Jalan Duta, untuk menjemput kehadiran bonda tercinta yang akan tiba dari Kedah. Mak bertolak jam 1.45 tgh. dari Sungai Petani. So kami jangkakan mak akan tiba sekitar jam 7 di Jalan Duta.

Kami keluar rumah Jam 5.30 ptg. 5.30 ptg dari Putrajaya ke Jalan Duta mengambil masa 1 Jam setengah, yang jaraknya hanya lebih kuran 30km. Ermm kalau di Sungai Petani, jarak masa macam tu, kami boleh sampai Bukit Kayu Hitam, or Perlis. Jam teruk lepas Plaza Tol Sungai Besi. Kemudian jam lagi depan TUDM Sg. Besi. Kami amik jalan Jalan Parlimen menghala ke Jalan Duta, kami masuk Jalan Mahameru. Semuanya jam, kereta bergerak sikit-sikit. Masa dalam keadaan sesak macam tu, kami di simpang hendak menghala ke Jalan Mahameru, sebelum rumah pengasih, ada satu rumah, or kuarters tepi Jalan.

Dalam boring-boring dalam kereta aku terpandangkan 3 ekor ayam katik, sedang mematuk-matuk rumput kat halaman rumah tuannya. Aku cakap kat darling " kesian ayam tu, tuan dia telah mencabuli haknya sebagai seekor ayam, dia tidak berhak tinggal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, terkurung dalam pagar, bising kenderaan, menghidu asap kenderaan, dengan ada construction tepi jalan tu, sungguh tidak sesuai untuk habitat seekor ayam," darling gelak.

Kemudian aku tambah,"kalau ayam tu tahu undang-undang pasti dia menyaman tuannya kerana mencabuli haknya untuk hidup seperti ayam lain," ha..ha..kami gelak-gelak dalam kereta tengah jam tu.

Aku buat lawak bodoh lagik "kalau ayam-ayam tu ada persatuan Ayam Sedunia, mereka buat persidangan, dan buat deklarasi, menuntut habitat ayam yang sempurna tak adalah orang membela ayam di KL ni," uwahhahhaaahahahhaha....kami bergelak ketawa dalam kereta. NTV7 kata ketawa penawar duka...

dan akhirnya kami tiba di hentian jalan Duta beberapa minit sebelum jam 7. Kami lepak minum-minum teh tarik kat satu gerai tu, dan belum sempat teh tarik kami sampai, bas yang membawa bonda tercinta tiba. Senyuman terukir di wajah bonda bila melihat anak dan cucu. Itulah kebahagian bagi orang tua sebenarnya.

Cerita Najmi
Pagi semalam aku call mak, mak demam. Kemudian petang masa ambil Najmi kat taska, dalam kereta aku cakap, "Mak tok demam Najmi, kesian Mak Tok,"

Kata si mulut becok tu, "biar kita telefon Mak Tok, kita nak cakap ngan Mak Tok,"

Aku pun ambilkan telefon dan call mak, dan si becok tu bercakap,

"Mak Tok, Mak Tok demam ke? kalau demam kena makan ubat, ubat antibiotik dan ubat demam, ubat demam rasa oren, Mak Tok kena letak tuala kat kepala, kena lap badan, kalau tak kita bawa Mak Tok pergi hospital dan kita suruh doktor cucuk tangan Mak Tok, masuk air, Mak Tok kena minum air masak banyak, pot..pet..pot..pet...bla..bla..." dia pesan kat Mak Tok dia,

Kemudian dia kasi balik telefon kat aku, aku dengar Mak Tok tengah terbatuk-betuk gelakkan cucu dia.

Semua skrip tu adalah dialog-dialog normal aku pada Najmi kalau dia demam. Kalau dia demam, aku pastikan letak tuala kat kepala dia, lapkan badan dia, dan kasi ubat setiap 4 jam, satu ubat antibiotik dan satu ubat demam perasa oren. Kalau dia merengek tak nak letak tuala kat kepala, aku ugut, kalau tak nak letak tuala, nanti mama bawa pergi hospital, biar doktor cucuk tangan dan gantung air, Najmi tak boleh jalan kena baring jer, baru dia takut sikit, dan rela di letakkan tuala kat kepala.

Aku dah sangat phobia kalau dia demam panas, biar dia menangis melalak, aku mesti lapkan badan dia biar turun suhu panasnya. Takut dan serik sangat, cukuplah yang terakhir dia masuk hospital hari tu. Tak mau lagi dah.

Masa hendak tidur semalam, dia cakap, "mama, kita sayang mama," bila ditanya sayang banyak mana? dia jawab, " banyaklah...banyak ni," tunjuk jari dia sepuluh jari, aku cakap, "mama sayang Najmi banyak sangat, sampai tak boleh kira," dan dia cakap," kita pun sayang banyak tak boleh kira," Kemudian aku cium dia, dan suruh dia baca Bismillah, baca Al-Fatihah dan baca doa tidur, kemudian dia pun tidur...bila anak tidur mama pun Zzzzzzz sekali...My sweet Najmi.

Sunday, March 06, 2005

4 Tahun la...


Erkk tadi sudah masukkan entry...tapi macam tak syok recyle entry lama...
Jadi aku edit semula, just tinggal Pesanan ini jer utk Najmi.

Selamat Hari jadi anak mama... 6 Mac 2005,
sudah 4 tahun terima kasih kepada Cik Zaza yang seawal pagi mengirim ucapan hari jadi buat Najmi, dan Abang Purbe yang menghantar mesej menjelang malam, dengan janji-janji manisnya, akan ku tunggu.....yeahhh...

Ok ini pesanan utk Najmi yang telah mama tulis dalam blog pada 3 tahun yang lepas. Masa tu Encik diaryland masih power...

PESANAN UNTUKMU ANAK

Anakku...
Tahukah kau usulmu?
Dari setitis mani kejadianmu
Membeku menjadi seketul darah
Dan dari situ menjadi daging
Kemudian kamu satu janin
Yang bila tiba masanya,
roh akan ditiupkan padamu..

Anakku...
Tahukan kau Janjimu?
Sejak dialam rahim lagi
Kau sebenarnya
Menjadi hamba pada yang SATU
Lafaz azan padamu
Sebaik sahaja kamu dikeluarkan
dari perut ibumu
itulah janji sebenar kamu

Anakku...
Tahukah kau Agamamu?
Allah yang Agung adalah Tuhanmu
Muhammad adalah Rasulmu
Solat adalah tiang agamamu
5 rukun harus kau tahu..
Ya...Islam agamamu

Anakku...
Mekarlah kau seindah lautan
Harumlah kau seindah bunga di taman
Indahlah engkau umpama pelangi selepas hujan
Tabahlah umpama Ayub diuji Tuhan...

OK, tamat entry recyle.

Ini entry baru,
Jumaat-janji nak lunch ngan MAK ANEDH , tetapi dibatalkan sebab aku kena balik rumah tengahari sebab darling cuti hari ni menjagakan Najmi yang demam panas. So dia nak gi solat Jumaat, kenalah aku balik menjagakan Najmi.

Tetapi dalam pukul 10.00 Mak Andeh call ajak menebeng kat kafe sebelah office aku. So kami pun berdeting. Excited kami plan nak layan SEPET midnight show. Siap call SULTAN MUZAFFAR untuk bertanyakan konvoi diaorang menonton SEPET.

Tetapi akhirnya semua plan tak jadi, bak kata pepatah, "kita hanya merancang, Tuhan jua menentukan" malam tu lepas maghrib, suhu badan Najmi naik mendadak, sehingga kami terpaksa menggunakan ubat sumbat kat bontot tu, untuk meredakan demam panasnya. Mak Andeh pulak menerima kunjungan tetamu.

Maka tidaklah aku dapat menonton SEPET buat kali kedua, plan Sabtu malam pun tunda sebab Najmi masih lagi demam, kali ini suhunya dah cecah 38.8 darjah celcius. So kami bergegas bawa dia ke klinik, klinik panel yang biasa kami check Najmi dari kecil merah bayi hingga sekarang ialah Klinik Kita di Cheras, jadi walau demam macam mana kami mesti meredah ke Cheras, sebab Najmi memang serasi sanagt dengan ubat Klinik Kita ni.

Wednesday, March 02, 2005


Bawak bekal sandwich tuna ke office...
Sudah kenyang...
bancuh milo satu mug tak habis pulak, (buang lagi..)

Esok mak nak datang...eeeiii bestnya...

Baca blog ZAREDA teringat kita pun :-

Dua minggu lepas tanam pokok daun kesum, (belen-belen buat asam pedas, dari kecut dalam peti ais aku korek tanah tepi dapur dan cucuk-cucuk belen daun kesum tu) Alhamdullilah, menjadi pulak naiknya.

Pokok sireh yang ditanam pun menjadi. Saja suka-suka tanam pokok sireh, takut bila terdesak memerlukan. Selain itu sireh jugak elok untuk org perempuan ni, untuk cucian abadi...he..he..

Pokok pandan, ermmm dah merimbun, selalu kerat-kerat bawa ke office kasi kawan-kawna kat office ni.

Pokok daun kari, sampai dua pokok, satu tu kena cantas, jadi kita tanam lain, kemudian yang kena cantas pun naik elok hidup balik.

Serai dah habis dibuang sebab dah kering, tak subur, kena tanam semula. Ermm mana pulak nak dapat anak serai ni, ke boleh tanam dari batang serai yang dibeli kat pasar tu.

Seronok bercucuk tanam ni..tapi aku malas menyiram...tetapi sejak akhir-akhir dah rajin sikit sebab nak tengok pokok daun kesum dan daun sireh tu naik elok..tanah ciput je tepi dapur, tapi aku manfaatkan tanah yang sedikit tu pun. Jadilah...

Dulu masa duduk Cheras, aku tanam pokok pandan dan daun kari dalam pasu, letak depan rumah, masa aku balik kerja jer tengok daun kari makin kurang, pandan makin kurang sampai pucuk pun kena kerat. Aku bukan kedekut, tapi biarlah pokok tu merimbun sikit barulah ambil hasilnya, ini daun kari baru naik 5-6 helai dah diambil, sedih, last-last aku buang dua-dua pokok tu.

Kat sini pulak, puas aku offer jiran-jiran aku, kalau nak daun kari, daun pandan ambil lah..aku izinkan, kalau aku tak ada pun ambil jer. Dah tak ada orang nak ambil pulak.

Hari Selasa lepas, masa dalam kereta balik dari Pasar Malam kat Bangi, Najmi cakap. "mama kalau kita ada adik, kita nak jaga adik, kita nak sayang adik, kalau mama naik atas gosok kain, babah semayang, kita jaga adik kat bawah, kalau adik berak kita basuh," aku cakap "ye ker" dia kata, "iyer, kita jadi abang, kita kena sayang adik, kita kenalah jaga adik," sejuk hati mama dengar. Hari Ahad ni birthday dia, birthday yang ke 4 tahun. Moga dia jadi anak yang baik, moga dia jadi insan yang soleh, dan semoga makbul doakan hendak jadi Abang Long.

Kata dia pada babah, "babah panggillah kita Abang Long, kita nak jadi Abang Long,"

Pagi tadi, masa dalam bilik aku on kan kipas, sambil siap-siapkan Najmi, selesai bersiap, aku keluar, terlupa offkan kipas, aku jerit, "Najmi tolong mama tutup kipas kat bilik," dia jawab, "eh...siapa bukak tadi, mama kan? kenapa suruh kita tutup, mama cakap siapa buka dia kena tutup," (ok mama kena...)
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino