Sunday, August 28, 2005

lama tak update


Menyepi tanpa kabar berita....

kitaorang balik Perak, cuti kecemasan, mak mertua aku masuk hospital Ipoh, baru dua tiga bulan lepas pak mertua patah kakai ditimpa motor, kali ni ujian dari Allah, bila mak mertua pulak terjatuh dalam rumah dan patah kaki bahagian bawah lutut ke bawah. Sabar je lah dengan ujian Allah.

Seminggu bercuti, malas rasanya nak masuk office, masuk pulak bertimbung kerja, esok ada meeting banyak benda nak setelkan....huishhh bestnya kalau kaya raya, tak payah kerja...

apa nak buat kerja. Semalam tak tengok pun Mentor akhir, sebab kami dalam perjalanan balik ke KL dari Ipoh, tapi kat opis pagi ni katanya Nora emosi habis...alahai kak Nora awat lagu tu....emosinya...sampai kaitkan dengan Mawi lak, apa kesnya....tak propesional la...Mawi tu orang suka dan undi dia....ni pertandingan pakai 50 juri 50 sms, AF tu 100 percent penonton sebab tu Cik Awi jadi juara, sebab suka hati pengundi dia lah nak undi banyak mana pun...janji dia puas hati dan Cik Awi jadi juara, dari minat Nora terus tak minat, minta mahaf ke Kak Nores ye...

Najmi seronok sungguh balik kampung jumpa sepupu-sepupu dia...mak sedara Opah, Tok, Mak Tok dan Wan. asyik main jer...bukan main seronok...berlari sana sini, main itu ini. Hari ini liat sikit nak pegi sekolah, ini pun dah heboh, esok nak cuti, harunya...penat dan letih aku kalau hari-hari macam ni...

Okeh kena sambung kerja....

Monday, August 15, 2005

Membaca ?


Kita sure pernah baca mengenai rakyat Malaysia yang kurang membaca. Suka atau tidak itu hakikat dia. Aku sendiri suatu masa dahulu memang kaki membaca, sekarang makin kureng. Nasib baik kerja kat tempat simpan buku-buku jadi kiranya setiap hari membelek buku jugak, sambil-sambil merekod dan buat catalog buku, sempat selak helai-helaian yang menarik membelek.

Kita buat Pesta Buku, kita rasa cam best sangat, tapi sebenarnya kita syok sendiri..tak percaya cuba baca komen seorang editor dari Indonesia ini :

"Kalau kau lihat, mungkin kau akan geli sendiri. Pasti kau menyangka selera baca mereka tinggi karena Malaysia lebih maju daripada kita. Ternyata tidak. Penerbit-penerbit kita berani menerbitkan buku-buku bertema serius semacam filsafat dan pemikiran, mereka tidak. Dalam hal buku agama Islam saja misalnya, mereka cuma menerbitkan buku-buku panduan fiqh sederhana seperti tuntunan shalat dan doa. Buku-buku self-improvement pun tidak seramai di Indonesia."

Nak baca lebih lanjut sila berkunjung ke
BLOG INI

Sedikit marah? tetapi itu benar. Aku sendiri memang kaki novel, lebih membaca novel berbanding buku-buku heavy yg lain. Macam aku katakan tadi, membaca novel aku boleh sungguh-sungguh mahu habiskan. Buku serius yang lain, helai demi helai, rasa macam lambatnya nak habis. Macam aku kata tadi, mujur aku kerja tempat orang membaca buku jadi setidak-tidak aku memang membaca serba sedikit jugak untuk memudahkan aku memberikan kelas subjek bahan itu perlu dikategorikan. sedikit sebanyak info masuk dan melekat di kepala.

Ini aku di jabatan kecil, yang koleksi bukunya terhad, tetapi semasa di Perpustakaan Negara Malaysia, setiap hari bertimbun buku masuk dihantar penerbit untuk simpanan koleksi khazanah negara. Seronok sangat. Nak baca ambik jer. Buku-buku sekarang bukan main mahal. Nak beli sebuah novel pun aku boleh dapatkan seekor ayam, dan sekilo ikan kembung, seiikat sayur malah ada belen-belen nak beli udang ke sotong sikit. Seekor ayam, kami tiga beranak boleh tiga kali masak. Sekilo ikan kembung boleh masak kari dua ekor, esok masak taucu. Dengan membeli sebuah novel, aku mengorbankan belanja dapur untuk seminggu. Kalau aku memang mewah duit ringgit apalah sangat 29.90 tu kan? Tetapi dalam keadaan kami, utamakan yang perlu dulu la, tapi aku memang tak miss beli majalah, tengok isu masa best, Keluarga or Perempuan. (Oh noo aku tak beli Majalah Wanita dan jelita, rugi...iklan banyak sangat)

Tetapi masih boleh membaca, kat sini pun ada library untuk penduduk Putrajaya, aku ada member opis memang kaki buku dan dia tak kisah pinjamkan aku. sebenarnya bahan bacaan itu boleh kita perolehi tanpa perlu membeli, pergi sahaja ke library. Dan jangan tidak tahu anda berhak request buku apa yang perlukan. Ini kata dari seorang pustakawan ni...orang jer tak tau.. Fungsi library adalah memberikan rujukan/pinjaman kepada ahlinya. So kalau sesuatu buku tidak ada dalam koleksi, kita boleh isi borang dan request library sediakan, malah kita juga boleh adakan inter library loan. Pinjam dengan library lain dengan kuasa yang telah ditanda tangani bersama. Sebenarnya service dah ada, tetapi ramai tidak tahu.

Semasa di universiti, kami student Library Management memang demand kalau pergi library, tak ada jer buku di cari, kami request inter library loan, kami request library beli, kami tahu klasifikasi bahan kat mana. Dan kami tahu kalau library kita tak ada buku itu, kita boleh minta pustakawan kat library kita sediakan surat refer untuk kita pergi ke library lain, masa student dulu kami selalu pergi library UKM, UIA, INTAN dll. so adik-adik yang masih di universiti ni sila maklum ye...macam aku sendiri kadang-kadang ada jer budak 'sekolah' area bangi, serdang, cyberjaya ni 'walk in' jer nak datang refer dokumen kat library aku. Sorry la bo layan. Tambah kalau jenis datang bawak henpon berkamera, baju senteng, seluar ketat, gaya mewah kalah orang dah bekerja, datang naik kereta, memang aku suruh balik, minta surat refer dari pustakawan universiti/kolej mereka, mengesahkan bahan mereka perlu tidak ada di library mereka dan mereka perlu rujuk sini.

Tapi kalau yang datang tu muka kampung, bila tanya datang dengan siapa? Naik apa, dia jawab naik bas, baju pun naif macam aku masa budak sekolah dulu, mintak pula IC, tengok alamat memang dari kampung, tak sampai hatilah nak suruh dia balik, just kasi warning jer, lain kali jangan buat macam ni, nak pergi library mana pun perlu surat dari library dia, takat student ID tak layan nyer..

Jadi ketahuilah hak anda sebagai pengguna library dan membacalah untuk keseronokan sendiri.

Friday, August 12, 2005

Al-Fatihah...


Image hosted by Photobucket.com
~Sheikh Ahmad Deedat- Tenang dan mengusik jiwa wajahnya lembut...Al-Fatihah untuk seorang tokoh yang patut kita kagumi~

Hilang sebutir mutiara indah yang bersinar cantik...
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Aku pernah membaca satu buku yang memuatkan intipati debat dia dengan tokoh Kristian, tka ingat apa tajuknya, sebab dah lama baca, tahun 2002, masa kat Perpustakaan Negara Malaysia, seronok kerja kat tempat buku lah katakan masa tu, rasa boring jer, capai buku baca...

Buku yang aku baca tu ada banyak artikel mengenai perbahasan dan isu Islam - Kritian. Menusuk jiwa membaca setiap baris kata-kata beliau. Tambahan buku itu sebenarnya terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia (orang Malaysia tak ramai rajin buat terjemahan)

Perlu ke nak tulis mengenai beliau?
Bacalah sendiri BACALAH KAT SINI semua ada..

Bak kata iklan Pensonic - Barangan baik tidak perlukan kata-kata indah, kita nilai dari hati..

Betul, semuanya dari hati, bak kata orang kalau derma seringgit pun tapi kita ikhlas dan jujur menderma, adalah lebih baik dari derma juta-juta tapi sebenarnya kita nak menunjuk-nunjuk kita lah dermawan. tak perlu lah kan...Hati perlu jujur dan ikhlas...bila tiada kejujuran, maka jadilah macam-macam...

Dalam berdakwah pun sama, kena ikhlas, itulah Syiekh Ahmad Deedat buat, beliau berpaksikan keluhuran dalam berjihad. Alhamdulillah dia tak keseorangan bila mana ramai yang menyambutnya. Itulah harga keikhlasan beliau yang Allah bayar di dunia.

Moga arwah akan tenang dan damai 'disana' aminnnn.

Wednesday, August 10, 2005

Menjadi Ibu di zaman moden...


Image hosted by Photobucket.com

~kami meraikan kejayaan Mawi di rumah pada malam 6 Ogos yang lalu, kehadiran gathering haram-Purbe dan Hana (all the way from Penang), Cik Daun, Yadziz, SayangMama(Ezham), Bean, NesloIce, Farihah dan Ep.

Masa kami semua melompat suka, Yadziz yang sedia tinggi tu panjat kusyen bulat Najmi dan shot gambar ni...kredit to Yadziz, semua gumbira...

Ok cerita hari ini..

Menjadi ibu yang bekerja amatlah mencabar

Penat dan Mencabar rasanya..macam semalam, sudahler seharian, aku dan team yang lain duduk seharian dalam bilik meeting, kami baiki laman web jabatan aku ni. Mulai awal tahun ni aku dilantik jadi Pengerusi Laman Web Jabatan ni, so semalam, sejam lebih aku chair meeting dan kemudian sambung terus baiki/tukar layout lama web Jabatan dengan bantuan orang unit IT. Mujur aku dah pesan kat Setiausaha Jawatankuasa minta heavy breakfast, so semua team freshlah sikit masa kerja.

Budak IT prepare sediakan LCD Projector dan terus pancarkan website terus ke skrin semua orang boleh tengok/komen, edit, keluarkan info tak berkenaan, masukkan info baru. Petang sambung, terutama bab layout, betulkan banner dan lain-lain..penat sangat. Seharian, kejap berdiri, kejap sana sini, tak siap jugak, aku angkut laptop bawak balik rumah sambung kerja kat rumah lagik, sebab aku nak balik tepat pukul 5.

Keluar office, pergi pasar Presint 8 dulu, beli daging, ikan sikit, dan sayur. Sampai rumah, baju pun tak tanggal lagik, dan jalankan kerja, basuh daging, rebus..basuh ikan, prepare masak kari..Tengah basuh daging, di Najmi nak tukar seluar, berhenti kejap, kancingkan seluar dia, pakaikan tali pinggang. Baru dah dia nak tengok tv, bukak tv, dia kata nak tengok cerita keling..alahai lantak ler, aku bantai bukak Vanavil bagi dia tengok, ada video klip penyanyi, penari india bergelak..lantak ler janji anak aku diam.

Pergi dapur balik, kupas bawang, hiris tomato cadangkan nak buat daging rebus air asam jer, ikan cendaru dah ada dlm peti ais, sambal pun ada, aku sumbat jer dan goreng. Then goreng kuih frozen sikit (karipap dan cucur badak) Baru start nak masak, dah dia panggil nak tengok vcd pulak. Pergi naik tingkat atas pasang VCD pulak. bukan dia tak reti nak pasang sendiri tapi saja nak perhatian.

Lepas dia boring layan VCD sorang-sorang, dia turun bawah, aku tanya dia dah tutup semua tv dan cd kata dia tak, naik pulak off semua...turun balik, dah dia bukak peti ais, nampak ada sebungkus mee belum masak, dah nak makan mee, masak pulak mee segenggam buat dia, (air asam daging rebus belum jadi lagi..) dah masak mee disuruhnya tiup sampai sejuk...bermenet-menet aku meniupkan mee dia..tak main letak bawah kipas, kena mama jugak tiup.

dah sejuk dia suruh suap pulak dah..sambil tu masih layan citer kel*ng kat vanavil lagik ni..dah siap makan, nak sirap pulak. aduhhh (aduh saleha) setel bab dia, baru sambung masak balik. Dah setel baru nak rileks-rileks depan tv dah dia nak mandi pulak. Setel semua baru boleh rest, aku amik remote nak tukar siter indon kat cenel ria, langsung dia tak kasik, dia masih nak layan Vanavil jugak..sabar jer la..kalau hilang sabar boleh penampor pulak...Malas layan aku naik atas, mandi dan solat asar..

Darling pun balik, layan laki dulu, bancuh air dan jamu karipap dan cucur badak tadi, sembang kejao ngan darling, naik pulak solat maghrib, lepas solat, gosok pakaian kerja esok, turun semula, tengok tv, lepas isya' layan makan malam pulak, habis makan, kemas meja, basuh pinggan, kemas dapur, kemudian layan ulangan konsert akhir AF3 kat cenel 15. Dah budak kecik tu nak tengok citer Puteri pulak, naik pulak tingkat atas, pasang tv atas, kasi dia tengok tv3.

Kejap panggil mama..kejap panggil mama (ishhh mama nak layan mawi pun tak senang..ahaks..) Dah abis konsert, barulah panggil Najmi gosok gigi, kemudian masuk tidur...baru lah berehat sebenar-benarnya...

itu kejap-kejap terjaga batuk..batuk...batuk...penatla...Bila komplen kat darling, kata dia dia tak cerewet makan nasik ngan telur goreng pun tak per...dia tak kisah, jangan susah-susah masak..tapi ye lah..kita ni isteri dia, ibu anak dia...kalau main beli jer, tak best jugak, nak jugak diaorang makan air tangan isteri/ibu sendiri walau tak sesedap mana. Kecuali kalau busy sangat, dan letih sangat barulah main beli jer. Suka tengok depa puas makan, dan aku puas hati, hilang penat bila tengok depa makan dengan 'meriah'.

Macam mana ibu-ibu lain? letis kan??

Sunday, August 07, 2005

dia dah menang pun...


Image hosted by Photobucket.com

BUDAK ADA MAGIC MENANG JUGAK AKHIRNYA...

Masa Aznil umumkan AFvokal dan AFBaik, aku cuak ler...rasanya memang kalah le kot mamat botak ni...
Tapi sedapkan hati...

sebab petang tu, kami pergi ke stadium, saja jer tengok-tengok karnival, dan tengok sambutan pengunjung yang boleh aku katakan 95% peminat mawi dan meriah dengan barangan mawi, maka aku rasa macam mustahil dia tak menang, tapi kalau astro jahat, mana tau kan...

Tapi akhirnya anak Pak Ani ni menang jugak, dan seluruh hidup dia akan berubah jugak. Kita semua mesti rasa satu benda kecil berlaku dalam hidup kita tapi akan membawa perubahan yang besar ke atas seluruh hidup kita...

Contohnya aku sendiri, suatu hari di tahun 1998, masa tu internet kira masih baru, dan chatting di IRC sangatlah pemes....dan seorang kawan aku yang buta it, mengajak dan sponsor aku ke Cyber Kafe di Seksyen 2 Shah Alam untuk aku ajar dia macam mana nak chatting, so aku chatting ngan sorang yang guna nick 'bengkang' berlarutan sejam berchatting, and this mamat kasi no phone, dan sebagai anak muda yang miang masa tu aku pun call ler mamat ni...call. sekali dua, kemudian secara tak dirancang...member aku semua nak pow mamat ni, dan kami 5 orang sahabat, pergi pow mamat ni kat Kenny Roger Bangsar, bukan takat pow makan, malahan pow tambang teksi dari Bangsar ke Shah Alam lagik...cisss pengikis sungguh aku masa tu..

kerana sessi ajar member chatting itulah perubahan yang berlaku, hanya kerana aku nak ajar member aku chatting, aku kenal mamat tu, dan akhirnya kawan-kawan, chenta-chenta terus mamat tu skrang dah jadi bapak kepada anak aku...aku cari kerja kat KL, kemudian dapat kerja gomen, dapat tinggal di Putrajaya, itulah takdir...

Macam Mawi, dia suka-suka je pergi uji bakat AF, kemudian dapat, tak berjaya masuk jadi pelajar AF awalnya, tapi atas tuntutan peminat, Mawi masuk semula, dan terus unggul sampai jadi juara. Dan aku yakin kini seluruh hidupnya berubah, tidak lagi lepak tepi simpang, tak lagi duduk di sudut restoran Bongsu Corner, tak lagi bawak motor kapcai, dah dapat suzuki swift pulak...itulah takdir dia...

Darling kata aman AF dah habih..aku pulak boring nye kena layan bola pulak..chehhhh...baik layan vcd Madagascar lagi best...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino