Thursday, May 26, 2005

Demam dah bermula...


Image hosted by Photobucket.com

Demam dah mula..
Frust Mawi tidak tersenarai...
peserta fav, tu...

Amylea sedap sora..(UFUNDI AMYLEA-orang Kedah)
Idayu pun sedap,
Felix menten jer...
Elliza or Elliza - dah nampak gedik semacam jer.

Demam dah mula...

~Babah...Liverpool dan menang, kita time AF yer....~

No more outing Saturday night....ha..ha...
kalau nak leparking after 11 la...kuangggg..kuangg....kuanngg..

Tima kasey semua pada ucap selamat ulang tahun ke4 wujudkan jurnal di alam cyber ini. Terima atas atas persahabatan yang kalian hulurkan, this is the magic of blogging.
Moga ikatan persahabatan yang terjalin kekal selamanya, semuanya atas diri sendiri, kalau kita hendak kekalkan persahabatan itu makan ia akan kekal terjalin, kalau kita sendiri tak mau memupuk ikatan yang terjalin maka ia akan lebur.

Najmi kena sakit mata, sejak dari ahad lepas lagi, dah bawa ke klinik, biasalah budak duduk taska, macam tu ler sakit sana sini, berjangkit sajalah. Hari Selasa aku cutilah sebab tidak mahu hantarkan ke taska, kang cikgunya bukan nak letak ubat titis tu. Tak harap aku.

Dalam tengah-tengah boring tu, aku angkut dia bershopping ke Mydin, Kajang, (orang mesken shopping kat Mydin jer,) ermm tidak beli byk brg sebab barang yang dicari tidak ada. Balik lepak kat rumah, boring jugak, aku keluarkan bunga-bunga dari stor, belen-belen yang aku gubah dan jual dulu, aku gubahkan satu dalam bakul, dan satu dalam pasu. Alihkan bunga-bunga kristal atas console table dan letak tepi TV (moga selamat bunga kristal aku tepi tu, dulu tu ada orang tertepis, berderai dua tiga batang) , bunga baru aku gubah dan replace atas console table, bunga dalam bakul letak atas tv, buat scallop sendiri guna kain pua kumbu kat atas pintu stor...(tiru dalam majalah anjung seri), tukar langsir pintu. (Angin rajin sesekali jer datang)

Alihkan VCD player naik ke tingkat atas, anak teruna tu asyik nak tengok VCD jer, selalu dok berebut dengan babah, so aku menjadi orang tengah, alihkan player tu kat atas, angkut kipas letak kat hall tu, dan Najmi boleh menonton vcd tanpa ganguan, babah pun boleh layan sport, mama jugaaakkkk asyik belek majalah, tak pun baca buku cerita jer. Malas nak berebut tv, bila orang tu asyik dok layan sport dan AXN. But june nanti mama dah demam AF. So darling - give and take - ye...

Pokok bunga kat luar rumah banyak dah mati, aku malas menyiram la, nak angkut air, dok pujuk darling nak pasang satu paip kat luar rumah, respon negatif la pulak...ermmm tu yg kadang-kadang aku main redah jer, pandai-pandai sendiri, alih-alih orang tu tengok benda dah ada...ha..ha..

Semalam BAKAL PENGANTIN BARU bermalam kat rumah sebab dia baru dapat kereta baru masih berkilat dan kusyen berbalut plastik lagik. (ha..ha...kan dah kata rumah aku medan depa menayang, selain tayang awek-aweks mereka, tayang keter baru bawa ke rumah dulu kah..kah...jangan mare ye pengantin baru...) So pagi ni bakal pengantin dah balik ke Pantai Timur untuk menjadi raja sehari. TAHNIAH!! (dengan ucapan..bila nak tayang bini pulak?)

Erkkk bagi mereka yang kenal suam-suam kuku ngan aku mesti anggap aku guna perkataan 'tayang awek' 'tayang kereta' mcm serius jer or macam tak sesuaaiii je ayat tu...tapi bagi mereka dah tahap bukan bukan suam kuku, tapi dah tahap suam mata, telinga, hidung semua dah maklum itu bahasa gurauan dan gurau senda adik beradik. So no hard feeling aaaa....Rumahku rumahmu jua kan??? kata Cik Daun - "rumah akak tu kan ke rumah kedua kita," ye la...ye la..ye la... mai le buang sawang, mop lantai rumah kedua awak ni....

Wednesday, May 18, 2005


Image hosted by Photobucket.com
Tahun 2001, Najmi dilahirkan pada 6/3/2001 (tapi gambar ni usianya 3 bulan lebih, iaitu masa bulan 5,

Image hosted by Photobucket.com

Dan kini Najmi berusia 4 tahun.

Sama macam blog aku...

Blog aku bermula dengan P-NUT ONLINE entry pertama ditaip pada 21 Mei 2001. Ok, lagi dua hari blog ini akan berusia 4 tahun. Kalau manusia itulah diibaratnya, lahir tahun 2001, dan kini anak itu sudha boleh berlari, sudah pandai memilih hendak mendengar lagu Peter Pan, sudah pandai memilih baju spiderman, sudah pandai demand nak tengok drama Gerak Khas, malah semalam dah pandai ajak mama pergi tengok wayang Senario XX.

Terima kasih kepada blog Mat Jan, kerana melalui situ, aku mengenal ramai blogger lain pada masa itu, terutama super-super blogger seperti Nett, Kak Max, Aquil (kini dah tutup blog), Mie, Spyz, Tok Rimau, Jigo, Napang dan Rudi (masa tu diaorg kat jepang,) Cik Daun yang masa tu kat UK, Cikgu Midad, Zaza, Kutet, Pika, Zumir, Pikor, Fajar, Idzwan dan Ezzss (kumpulan nasyid Firdaus), Sera, Syida, Yadziz, Rosh, Ijah, Enmiya (Nazmi a.k.a Bukunota) (erkkk kalau ada yang tertinggal sorilah memori selow ler)

Terima kasih juga kepada Mat Jan kerana menjadi orang yang membuat blog aku, yang ajar aku html simple-simple, kepada ayahanda Mat Jan iaitu PAK LONG yang dulu-dulu ajar aku benda-benda basic mengenai website. Tanpa mereka siapalah aku.

Kini sudah 4 tahun aku jadi blogger, aku kenal ramai kawan, sangat ramai, sehingga kalau kat office ni cerita apa saja nanti aku selalu cakap, oo saya ada kawan kat sini, saya ada kawan kerja situ, saya ada kawan wartawan, saya ada kawan orang kuat syarikat penerbitan buku/majalah ni, saya ada kawan padnai buat website, bak kata apa bidang pun ada jer kawan.

Malah rumah kami dah jadi macam rumah lepak-lepak santai-santai kawan-kawan blogger. Mereka selalu datang berkunjung, malah nak tayang awek pun selalu gak bawak ke rumah kami. Jiran pun naik heran, banyak sungguh sedara/kawan depa ni. Pernah sekali kami buat makan-makan masa hari Raya haji, jemput geng-geng blogger, hairan jiran dan kawan belajar aku dulu bila aku cakap most of the tetamu yang kami bergurau senda, kutuk-kutuk hari tu adalah kawan-kawan cyber.

Aku suka dan sayang giler dgn Geng Jurnal. Sebab aku rasa aku antara mula-mula pengikut blog, penulis blog, dan perintis kepada Geng Jurnal. Di sinilah segalanya bermula. Persahabatan kita dijalin disini.

Kini setelah 4 tahun aku belum pulak rasa nak berhenti menulis blog, sebab aku suka menulis luahan hati disini. Ulas sesuatu isu, masa aku dan Mat Jan ditemu ramah dalam rancangan radio1.com dulu, aku dan MJ setuju bahawa di blog kita bebas menulis, tiada editor tapi ada pembaca, mesej sampai tanpa edit. Kalau dihantar ke surat khabar belum tentu tulisan kita diterbitkan.

Terima kasih segalanya; budi, pengalaman dan kemesraan.
(terima kepada Rudi, Bluehikari kerana meminjamkan aku kata-kata dari Bluehikari.com)

~entry ni terpaksa di siarkan awal sebelum 21/5 kerana esok aku tak der pergi kursus dan lusa pulak cuti...~

Tuesday, May 17, 2005

WIRA DI HATI BONDA


Dia bukan wira membelah lautan maya
Dia tidak belayar menyeberangi samudera
Dia tidak mengukir nama di persada dunia
Tetapi dia adalah wira...

Dia juga bukan wira gagah memanjat puncak tertinggi dunia
Juga bukan wira memandu kereta ternama di litar antarabangsa
Apatah lagi menjadi wira yang menjaja nama negara
Jauh sekali bijak berkata dengan hujahnya...

Dia juga bukan wira yang menjaja kasih cintanya
Dia bukan menjadi raja dihati dara
Malah dia juga bukan perkasa mindanya
Tidak jua dia gah dengan kereta mewahnya

Dia gagah dalam arenanya
Bendang diredah dengan kudratnya
Jentera membajak itulah kereta mewahnya
Lumpur dan selut itulah punca rezekinya
Disitulah dia menjaja kasih pada ibunda...

Tanpa kasih ayahanda
Dialah penawar jiwa
Penguat semangat bonda serta adinda
Dialah menyara semuanya

Bagi anak muda lain seusianya
Bagi anak yang bapa mereka
dihantar pemandu ke mana-mana
Apalah wang yang cuma nilainya sehelai celana

Tetapi bagi dia wang senilai celana itu lebih bermakna
Lalu, dia rela dihumban terus ke penjara
Demi tidak akan membeban ibunya yang tua
Disaat tarikh bahagia seluruh dunia meraikan hari bonda
Dia berikan cerita duka buat bonda

Dia akhirnya bebas bila ada yang membela
Tidak balik bersuka ria
Esoknya dia kembali ke lumpur semula
Inilah masa dia bekerja, kerana musimnya telah tiba
Jentera membajak dipandu merata
Kerana inilah masa upah berganda

Iya...
Dia bukan wira kita semua
Tetapi dialah
Wira dihati bondanya...

Monday, May 16, 2005

Harga sebuah pengorbanan


Image hosted by Photobucket.com

Sebagai manusia normal, sebagai seorang anak dan sebagai seorang ibu aku terharu membaca petikan ini dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas, sangat menyentuh hati tulisan Ku Seman.

"Ketika orang Kuala Lumpur riuh-rendah menyambut Hari Ibu, Ahmad Harizal di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis ini mungkin tidak tahu pun apa itu Hari Ibu. Tetapi apa yang dilakukan jauh lebih bermakna daripada sesetengah yang riuh-rendah menjaja kasih sayang kepada ibu."

BACA SELANJUTNYA
PENJARA CALAR JIWA

Semalam aku baca pulak secara online Berita Minggu aku sebak sendiri membaca petikan ini

"Pada hari dijatuhkan hukuman itu, Ahmad Harizal tidak memaklumkan kepadanya malah melarang ibunya ke mahkamah bersamanya.

"Mak cik tidak tahu. Bila mak cik kata nak ikut pergi mahkamah, dia tidak benarkan," kata Noraini yang sempat memberikan RM7 kepada anaknya itu untuk tambang ke bandar Kangar.

Noraini berkata, selepas menerima notis PLKN bertarikh 9 Julai 2004 itu, dia sudah merayu berkali-kali minta Ahmad Harizal pergi dan sanggup sewa teksi untuk membolehkan anaknya itu mengikuti PLKN di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang tetapi Ahmad Harizal tetap tidak mahu pergi.

"Mak cik sanggup hantar dia ke sana. Biar terpaksa mengikat perut untuk bayar tambang teksi asalkan dia hadir PLKN," katanya.

Katanya, Ahmad Harizal enggan kerana mahu bekerja mengambil upah di sawah padi untuk memastikan keluarga mereka cukup makan dan dua adiknya dapat bersekolah."

BACA SETERUSNYA DUNIA HARIZAL KINI DI SAWAH BUKAN PENJARA

Nasib manusia tidak sama, Harizal mungkin malang kerana kemiskinannya menyebabkan dia didakwa dimahkamah, tetapi hikmah disebalik itu, nasib dia mungkin berubah kerana peluang untuk dia berubah telah diberikan.

Namun aku kagum, sebagai anak muda, dia sanggup kerja membajak sawah bergelumang lumpur untuk menyara keluarga. Bukan memilih untuk keluar bekerja di Kuala Lumpur, atau pun mungkin ke Alor Setar atau Penang, mungkin dia fikir dia perlu tinggal dengan emaknya kerana hanya dia lah pengganti ayahnya kini. Berkatlah hidupmu Harizal.

Adik aku sendiri pun sendiri pun tak reti jaga mak abah aku walau dia anak lelaki sorang, dan dia adalah harapan mak abah untuk bergantung lepas abah sakit ni, tapi ampeh, jaga diri sendiri pun kena mak bapak tolong.

Dah lama tidak cerita pasal anak bujang aku.

Semalam sambil dia duduk lepak atas jamba* melepas hajat, sempat pulak dia menyanyi-nyanyi, mula-mula aku nak marah sebab dia menyanyi dalam jamban, tetapi aku dengar dia nyanyi-nyanyi lagu " circle itu bulat, triangle, segi tiga, empat segi la..bla..bla.." aku diam kejap, kemudian baru aku suruh dia diam dan selesaikan hajat dia dulu he...he...

Dah selesai dia selesai hajat, aku tanya dia apa dia nyanyi tadi, dia pun ulang sambil tangan lukis-lukis, ermm aku agak kat sekolah cikgu dia ajar bentuk-bentuk. tapi sayang buku tadika tak diberi bawa balik, kalau tak boleh aku ulang apa dia belajar sementara dia tengah suka.

Anak aku dengan kartunnya tak habih-habih, babahnya dengan sukan, sukan..sukan. pening aku dua beranak ni...ermmm bulan depan akademi fantasia, time mama le pulak. Najmi pun suka layan AF jugak. Banyak story kelakar dia buat, tiba-tiba aku blur pulak...nantilah kalau aku ingat aku update balik....

Sunday, May 15, 2005

SELAMAT HARI GURU!!!!


Kepada semua guru-guru diseluruh dunia, diucapkan Selamat Hari Guru. Aku akui cikgu memang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masa depan seseorang murid. Contohnya, aku sendiri, aku akui dulu-dulu aku di sekolah bukan pelajar favourite guru, pelajar dilabel sebagai nakal adalah. Zaman aku sekolah dulu memang penuh kenakalan. Sekolah perempuanlah katakan. Dan kebetulan anak pengetua kami masa itu sebaya kami dan kami semua anti dengan anak pengetua yang perasan bagus itu. Dia anak manja pengetua kami, anak tunggal, jadi mengada-ngada buat semua orang menyampah dan bukan takat kami jer meluat, cikgu-cikgu pun meluat.

Masa form 3 pun dah gedik, keluar dating ngan pakwe dia kami panggil puting (sebab mulut pakwe dia macam budak hisap puting) balik dari dating love bite penuh tengkuk. Jahat-jahat kami pun kami tak main ler dating ngan pakwe, aku and the geng dulu tak main ler caouple-couple ni. Kami kawan-kawan jer dgn jantan sekolah lain. Masa dulu kat pekan Sg. Petani dah ada disco, kami sebagai remaja kami pun terpengaruh hendak jenguk macam mana rupa disko..(kan aku cakap aku jahat...)

Jadi aku and the geng pernahlah ponteng tuisyen sebab ikut member-member jantan dari sekolah lain pergi lepak kat disco. Masa tu ada sessi untuk remaja, dia panggil tea-dance. Dia hanya untuk budak bawah umur iaitu dari pukul 2 ptg hingga 7 mlm jer. Jadi aku and the geng lain tu dengan rasa jakun ikut ler member-member masuk tea-dance ni..bukan menari tapi dok tengok orang menari. Adalah dua kali kot kami pergi, kemudian, kali ketiga, polis buat 'rush' istilah kami masa tu. Ramai budak kantoi, nasib kami baik sebab masa polis tanya kami sekolah mana kami cakapler sekolah dot..dot..dot... Polis kata, "budak sekolah bagus pun masuk sini, sudah pi balik, sekali aku aku jumpa hang pa kat sini aku cekup terus," Terus je kami blah.

Ok back to story cikgu. Sejak aku masuk form 4, aku benci satu cikgu matematik, perempuan umur 40++ tp masih title anak dara, jadi loratnya bukan main, dia selalu kutuk kami, geng 6 jahanam la..sampai satu tahap dia sumpah kami, kata dia, "hang pa ni esok-esok kerja kilang jer sebab malas belajar," tapi sumpahan itu tak terkena kepada kami terutama aku, he..he.. walaupun 5 dari geng aku tak masuk universiti, aku sorang jer berpeluang, tp aku kira kami berjaya, 2 dari kami ada bisnes sendiri, sorang keja bank, 2 orang lagi dah kawin dengan orang senang, jadi duduk rumah bela anak jer. Tapi masih mewah kalah aku keja makan gaji. Jadi cikgu itu mempengaruhi aku membenci subjek matematik. Dan aku pernah bertekad, aku akan buktikan, tanpa kelulusan dalam matematik aku tetap boleh berjaya. Yes I did.

Dan cikgu paling kami sayang ialah Cikgu Syed. Kami takkan sekali-kali melukakan hati dia. Kebetulan dia mempunyai 4 anak, semuanya lelaki, jadi dia anggap kami macam anak-anak dara dia. Banyak jasa dia kalau aku nak tulis. Dia guru lukisan. Dalam pada cikgu lain hilang kepercayaan kepada kami, dia suruh kami masuk Kelab Lukisan, dia lantik 6 jahanam jadi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dll. Dia beri kami kunci Bilik Seni Lukis. kami bebas berkarya, kebetulan kami semua memang suka melukis. Kami gembira, sehinggakan semasa tingkatan 5, kami buat lukisan batik, hari Jumaat dan Sabtu pun kami datang sekolah. Kadang-kadang isterinya masakkan bihun dan bancuh air teh satu bekas dia bekalkan kepada kami di sekolah. Isterinya pun kami sayang sangat... Kami selalu jugak pergi bertandang ke rumah dia.

Dia pandai main psikologi, dia akan buat kita terasa diri kita penting, contohnya kalau kami bertandang ke rumah dia, dia akan minta kita beri pendapat, "Saya nak tukar cat rumahlah, warna apa sesuai?" atau dia nak belikan hadiah untuk isteri dia, dia akan tanya pendapat kami, lepas dia belikan hadiah tu, dia minta kami bungkuskan, dan kami pun berpeluang menulis kad ucapan kami bersama-sama dia. Hiasan dalaman rumah dia pun dia suka tanya pendapat kami, biasalah orang seni macam tu suka menghias rumah, dia selalu tanya kalau saya alihkan perabot saya macam ni, macam tu ok tak? Jadi secara tak langsung kita rasa diri kita dihargai.

Masa aku kawin selepas 8 tahun aku tinggalkan sekolah, dia datang. Aku pergi ke rumah dia menjemput, tetapi dia tidak ada, aku tinggalkan kad jemputan di balik bawah pintu sahaja. Aku terharu. Dia pernah menangis apabila kami dimarahi. Dia kata dia sedih kalau kami sia-siakan peluang yang dia beri. Kami akan dengar apa jua arahan dan nasihat dia. Kami terharu dengan kasih sayang dia. Aku tak jumpa lagi seorang pendidik sebagus dia. Tanpa dorongan dan nasihat dia aku takkan berada di sini sekarang. Mungkin sumpahan cikgu maths aku jadi betul-betul.

Terima Kasih cikgu Syed Mustafa

Thursday, May 12, 2005

Kesian nasib Hafizal


Sepanjang minggu ini tv dan surat khabar di Malaysia memfokuskan kes remaja pertama disabitkan kesalahan atas kesalahan ingkar menyertai PLKN. Malang sungguh remaja lelaki Hafizal yang bagi aku, anak yang taat pada ibunya. Biar miskin harta, tidak berpelajaran tinggi, tetapi jaminan syurga bagi anak lelaki itu ialah taat kepada ibunya. Bak kata lirik dalam lagu My Mother (Yusuf Islam) Who next? your mother.. Who next? Your mother... Who next? your mother... and then come your father..

Moga syurgalah ganjaran bagi anak sebaik Hafizal.

Ok dia salah, dia ingkar, dia tak kemukana hujah dan alasa kenapa dia tidak mahu menyertai PLKN. Bila disoal siasat, katanya "malas hendak pergi" Ok satu jawapan dari budak yang bersekolah setakat tingkatan 2. Tetapi solanya di sini wajar atau tidak hukuman penjara? dan dia digari seolah-olah baru lepas ditangkap kerana merompak bank, atau dia seroang perogol bersiri. Tak tahu lah kenapa mereka boleh 'cipta' undang-undang yang sangat bermoral itu.

Petikan menarik sepanjang aku mengikuti kes ini, (just apa aku ingat, kalau salah betulkan dan tambah kalau ada lagi)

~ "dia minta 7 ringgit buat tambang ke mahkamah" mak Hafizal

~ "Awak semak nama awak di mana-mana surat khabar atau laman web?" hakim

~ "Tidak, saya tidak baca surat khabar dan tidak pernah beli surat khabar"

~ " "Yesterday, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi borrowed RM7 from his mother to attend court where he pleaded guilty to skipping NS and was fined RM600.
Ahmad Hafizal, with only a few ringgit left in his pocket, could not pay the fine and was jailed 14 days instead....." The Star

~"Noraini Said, 50, said although she was sad her son had to go to jail because he could not pay the fine, justice must be done and her son’s sentence should serve as a lesson to others who were selected to undergo NS training"

~"Ia memilih untuk dipenjarakan kerana kesempitan hidup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Ahmad Hafizal adalah tempat adik beradiknya yang sedang bersekolah bergantung hidup. Dia bekerja mengambil upah mengerjakan sawah"

~"Berbeza seperti semalam, Noraini, seorang wanita yang mesra hari ini tidak banyak bercakap dan mengakhiri sesi temu bual dengan ungkapan penutup yang tepat dan padat:
"Saya tak mahu apa-apa (soalan) lagi. Saya nak balik. Nak buat kerja. Terima kasih". Air matanya mengalir.


~"Berseluar jean, berbaju T biru dan berselipar, Ahmad Harizal yang mulanya tenang ketika hukuman dijatuhkan, kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk dihantar ke penjara."

~" Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira latar belakang tertuduh yang terpaksa bekerja untuk menanggung dua adik dan ibunya. " Huh!! sebab tu aku tak boleh jadi majistret, aku mudah simpati, emosional jerk...

~"“Saya sudah mengarahkan untuk memohon semakan itu kerana tidak mahu keluarganya berhadapan masalah yang tidak perlu. Anak itu mungkin salah, tetapi kita tidak mahu emaknya menderita." “Kita akan hanya meminta semakan terhadap hukuman, (tetapi) sabitan kekal. Undang-undang tidak membezakan di antara yang kaya dan miskin. Dalam kes ini, kita tidak mahu ahli keluarga dijadikan ‘kambing hitam’ untuk apa yang telah dilakukan,”

Ketika disiasat polis, Ahmad Harizal cuma menjawab dia malas untuk menyertai program itu. Kalau dia kata 'saya tidak boleh pergi sebab nak cari pendapatan untuk keluarga', kita boleh periksa keluarga itu dan kita pertimbangkan.“Kita banyak kes seperti budak sakit, kena cari nafkah, ibu bapa sakit, orang buta huruf, cacat, nak ambil peperiksaan... kita lepaskan. Saya tidak mahu ini dijadikan kebiasaan. Semuanya bergantung kepada fakta setiap kes dan tidak boleh dibuat secara menyeluruh,” katanya. - Ghani Patail

Apa pun dalam kes ini aku tidak boleh hipokrit dan aku mengakui Shahidan Kassim telah melakukan sesuatu yang sepatutnya seorang wakil rakyat lakukan. Dan aku harap janjinya untuk menghantar remaja itu menjalani latihan kemahiran membaiki jentera akan dikotakan. Ermmm bayangkan kalau kes ini tidak menjadi tumpuan umum, nasib Hafizal tu macam tu jugak, bawak mesin bajak tu sampai tua agaknya. Dan agak-agak kalau dengan pelajaran takat tingkatan 2 tu boleh ker budak lain minta masuk kursus kemahiran lain gak? ermm kalau pusat giat mara tu boleh kot ye tak?


Sunday, May 08, 2005

Selamat Hari Ibu!!!


Seperti sedia maklum, semalam adalah sambutan Hari Ibu, sebagai seorang ibu, aku pun diraikan oleh dua jejaka dalam hidup aku sekarang.

Pagi-pagi lagi babah Najmi dah wish "selamat hari ibu". Najmi usah kira ler, dari malam tadi asyik "selamat hari ibu," kita nak pergi makan pizza. kata dia...

Bila call mak-mak sedara dia kat Ipoh, kecoh dia bagitau dia pergi Selamat Hari Ibu kat Pizza. Jadi sebagaimana yang dijanjikan my DARLING bawa kami pergi makan pizza. Mulanya ingat nak try pakej Hari Ibu kat San Francisc* Pizza kat Bangi, tapi bila tengok, promosi dia untuk dinner pulak. Errmmm tak sesuuuaiii buat set menu dinner untuk Hari Ibu. Malam ibu-ibu nak berehat dah.

So kami anak beranak terus ke Wart* Bangi pekena Pizza Hu*. Najmi buat kantoi mama, masa lalu depan kedai emas dia cakap kat babah, "kedai ni lah kita dengan mama hari tu," aduhhh budak ni tak leh simpan rahsia langsung, bukan sekali, dua tiga kali dah mama kantoi, itu hari masa kami berdua pergi ke Minlon, mama kelebek langsir, dan barang-barang hiasan rumah kat Macy tu, dan terbeli bekas mengisi mainan budak. Muahahahah konon-konon mama bgtau le beli kat kedai Ah Kau jer ha, murah, tapi Najmi bocorkan rahsia masa kami lalu depan Minlon beberapa hari selepas itu. kata dia "hari tu kita datang sini dengan mama," Babah beliakkan mata "bila? mama beli apa?" tanya babahnya. "mama beli tempat letak mainan kita," muahahhahahah kantoi mama..Biasanya darling tidak le marah sebab mama guna duit sendiri tak minta duit
babah kan..kan...duit babah kasi mama gunakan buat belanja dapur jer...he..he..

Lepas makan pizza, kami beli majalah dan surat khabar, darling tak mau bawak, aku cakap "hari ni hari ibu, mana boleh suruh ibu bawa barang, ibu jadi queen hari ni," ha..ha....budak jual majalah tu gelak jer. Balik dari situ, rehat-rehat kejap, aku masak utk dinner pulak, masak simple jer la, ada beli pucuk paku kat pasar malam Bangi hari Sabtu, santan belen-belen buat kari hari tu ada lagi dlm peti ais, aku pun hiris pucuk paku, rebus dan kemudian tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis buat masak lemak. Goreng telur, tumbuk sambal belacan, dan ulam kacang botol (kelisa kata org kedah).

So dikesempatan ini mama ucapkan terima kasih kepada babah kerana meraikan Hari Ibu semalam, dah 4 kali kita raikan Hari Ibu bersama, harap-harap tahun depan boleh meraikan berempat pulak..aminnnn...

So next month Hari Bapa pulak.

Jom tengok GAMBAR-GAMBAR BEST KAT FOTOPAGES KAMI.. tengoklah aksi-aksi anak-anak dara dan anak teruna geng Jurnal berkumpul secara tidak dirancang kat rumah kami last week. Budak-budak ni biasa, kalau nak datang terus serbu jer, tak sempat tuan rumah menyusahkan diri menyediakan apa-apa yang patut..he..he...

Monday, May 02, 2005

Ibuku berkahwin lagi


Pagi tadi masa dalam perjalanan hendak ke office dalam kereta aku dengar radio era. (selalunya aku layan radio era pagi jer, dari zaman Halim dan Jamal dulu sehingga sekarang Khairi* dan K*ran) sebab kadang-kadang topik pagi era best-best jugak. Habis topik pagi tu aku pun malas layan era sangat sebab merapu-raban dan banyak iklan.

Pagi tadi ada topik Ibuku Kahwin Lagi. Kata 2 DJ tu, minggu ini adalah tema pasal Ibu sahaja. Hari ini mereka meminta pendengar menelefon dan menceritakan pengalaman mereka apabila Ibu mereka yang berpisah mati/bercerai dengan ayah mereka dan berkahwin lagi. Ada seorang caller ni, perempuan, call dan ceritakan pengalaman dia. Katanya mak dan ayah dia berpisah, selepas beberapa tahun mak dan ayahnya bercerai, maknya membuat keputusan berkahwin dengan seorang lelaki, tetapi tidak memberitahu kepada anak-anak dia perkahwinan kali keduanya. Kata perempuan ini, mereka mendapat tahu apabila mereka terjumpa sijil nikah emaknya dengan bapa tiri mereka.

Jadi dia dan adik beradik yang lain sangat sedih tambah pulak mereka tahu ayah tiri mereka masih ada isteri. Kiranya emaknya jadi isteri kedua. Berbulan-bulan mereka boikot, tidak bercakap dengan emaknya. Sehinggalah suatu hari, mereka adik beradik terjumpa emaknya dengan ayah tiri mereka sedang dating. (maknya tidak pernah bawa ayah tiri balik ke rumah, selalu dating kat luar jer) Masa mereka lihat tu, mereka nampak mak dan ayah tiri dia sangat bahagia, dan emaknya ceria dan gembira bersama ayah tiri mereka.

So this girl and the siblings semua terfikir, mereka tidak patut bermasam muka dengan plihan emaknya, mereka sedar bahawa, walaupun emaknya ada anak-anak, bahagia dengan anak-anak, tetapi ada kebahagian dan kegembiraan yang tidak mampu diberikan oleh anak-anak kepada emaknya, iaitu kasih sayang seorang suami. Perhatian anak-anak dan perhatian suami jauh berbeza. So perempuan ini dan adik beradiknya mula menerima hakikat bahawa emaknya perlukan suami. Tapi kata pemanggil ini dia masih belum dapat berbual-bual dengan bapa tirinya dengan mesra. Janggal mungkin.

Aku tersentuh hati dengan cerita ini. Aku sendiri sebagai wanita, isteri, ibu dan seorang anak aku berpendapat ibu/ayah yang kehilangan suami/isteri berhak untuk mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi. Bagi seorang wanita seperti aku, berkahwin semula bukanlah atas fitrah untuk 'gitu-gitu' tetapi lebih kepada memerlukan seorang insan bergelar suami untuk tempat bergantung, berkongsi rasa, teman serumah dan sebilik. Mungkin semasa anak-anak masih bersekolah seorang wanita tidak terasa untuk berteman kerana dia sibuk dengan aktiviti hariannya, dan sibuk menguruskan keluarga. Tetapi bila anak-anak dah besar, sudah berpisah, masuk universiti, seterusnya berkahwin tak mustahil dia akan tinggal seorang diri.

Aku ada mak saudara yang kematian suami masa anak-anak belum berkahwin, kini bila anak-anak dia semua berkahwin dan bawa haluan masing-masing dan hanya sesekali balik menjenguk dia. Dia tinggal seorang di rumah besar. Kalau sakit tengah malam pun tidak ada siapa yang tahu. Simpati juga. Dan aku pun ada seorang mak saudara yang bujang terlajak, umur 40++ lebih masih belum berkahwin. Tetapi 5-6 tahun lepas dia telah berkahwin dengan duda berusia 55++ yang sudah bercucu. Dia dipinang sendiri oleh anak perempuan sulung suaminya. Anak-anak suaminya prihatin kesunyian ayahnya dan mereka carikan teman untuk ayah mereka.

Jadi Mak sedara aku ni pun dapat anak-anak dan cucu-cucu instant dan aku tengok dia sangat bahagia. Anak-anak tiri dia layan dia macam emak sendiri walau beza umur mereka tidak jauh. Dan mak sedara aku pun sayang dengan cucu-cucu tiri dia. Suami dia walaupun dah agak berumur, tapi masih kuat ke sana sini. Anak-anak menantunya siap menaja 'honeymoon' ayah dan mak baru mereka buat umrah lagi. Mungkin itulah hikmahnya bila mak sedara aku lewat berkahwin, rezeki dia nak dapat anak-anak tiri yang baik-baik.

Jadi dalam hal ini aku rasa setiap orang punya persepsi yang berbeza, ada yang sangat selesa hidup sendiri tanpa memerlukan suami/isteri lain selepas kematian/berpisah dengan pasangan mereka. Mereka tumpukan kasih sayang sepenuhnya untuk anak-anak yang berada di depan mata dan meminggirkan kehendak diri sendiri, bagi mereka ini, segala-galanya untuk anak-anak. Dan sebab itulah anak-anak yang dibesarkan oleh single parent ni lebih-lebih menghargai ibu/bapa mereka atas pengorbanan yang ibu/bapa mereka lakukan.

Sebab itulah aku sentiasa kagum kepada single parent. Sebab aku rasa mereka ini memang orang yang kuat semangat, kuat emosi.

Anybody ada pengalaman sebegini? Jom kongsi rasa...
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino